16
SMK CHERAS JAYA LAPORAN PROGRAM ‘OPEN PREP’ 2013 RASIONAL : Pelajar seharusnya diberikan pendedahan teknik belajar dan menjawab kertas soalan berformat peperiksaan sebenar PMR dan SPM. Peperiksaan SPM dan PMR pelajar kian hampir dengan itu pelajar perlu pengisian aktiviti ilmiah secara lebih terancang dan efektif sebagai persediaan pelajar menghadapi peperiksaan PMR dan SPM. Matlamat : i) Menyediakan program akademik yang bersesuaian dengan tahap kemampuan pelajar. ii) Memberi bimbingan dan kesedaran serta pendedahan awal kearah kecemerlangan prestasi peperiksaan awam. Objektif : i) Memberi pendedahan teknik menjawab soalan. ii) Meningkatkan keyakinan diri pelajar menghadapi peperiksaan. iii) Memanfaatkan masa lepas sekolah dengan pengisian akademik. iv) Mengembangkan potensi pelajar dari segi jasmani emosi, rohani dan intelek. Sasaran : Semua pelajar tingkatan 3 Pelaksanaan : Tarikh : Tingkatan 3: 4/2, 18/3 , 22/4 ,18/5,11/9 dan 25/9 Masa : 1.30- 2.30 pm Tempat : 5E dan 5F Kaedah Pelaksanaan : i) Pelajar tingkatan 3 dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu pelajar yang mendapat B dan C di dalam peperiksaan pertengahan tahun yang dapat dinaikkan kepada gred A dan pelajar yang mendapat D dan E yang dapat dinaikkan kegred C Ahli Jawatankuasa : Pengerusi : Cik Rohana binti Ismail, GKMP Sains dan Matematik Naib Pengerusi / : Pn Rashidah binti Yusof, Ketua Panitia Matematik Setiausaha

Laporan Program Panitia 2013

  • Upload
    kichi

  • View
    27

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Laporan Program Panitia 2013

SMK CHERAS JAYALAPORAN PROGRAM ‘OPEN PREP’ 2013

RASIONAL : Pelajar seharusnya diberikan pendedahan teknik belajar dan menjawab kertas soalan berformat peperiksaan sebenar PMR dan SPM.Peperiksaan SPM dan PMR pelajar kian hampir dengan itu pelajar perlu pengisian aktiviti ilmiah secara lebih terancang dan efektif sebagai persediaan pelajar menghadapi peperiksaan PMR dan SPM.

Matlamat : i) Menyediakan program akademik yang bersesuaian dengan tahap kemampuan pelajar.

ii) Memberi bimbingan dan kesedaran serta pendedahan awal kearah kecemerlangan prestasi peperiksaan awam.

Objektif : i) Memberi pendedahan teknik menjawab soalan.ii) Meningkatkan keyakinan diri pelajar menghadapi peperiksaan.iii) Memanfaatkan masa lepas sekolah dengan pengisian akademik.

iv) Mengembangkan potensi pelajar dari segi jasmani emosi, rohani dan intelek.

Sasaran : Semua pelajar tingkatan 3

Pelaksanaan : Tarikh : Tingkatan 3: 4/2, 18/3 , 22/4 ,18/5,11/9 dan 25/9Masa : 1.30- 2.30 pmTempat : 5E dan 5F

Kaedah Pelaksanaan : i) Pelajar tingkatan 3 dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu pelajar yang mendapat B dan C di dalam peperiksaan pertengahan tahun yang dapat dinaikkan kepada gred A dan pelajar yang mendapat D dan E yang dapat dinaikkan kegred C

Ahli Jawatankuasa : Pengerusi : Cik Rohana binti Ismail, GKMP Sains dan MatematikNaib Pengerusi / : Pn Rashidah binti Yusof, Ketua Panitia MatematikSetiausahaAJK : Guru Matapelajaran

Anggaran Perbelanjaan : PCG – 3 rim kertas A4 untuk fotostat bahan tingkatan 3 dan tingkatan 5.

Penilaian Program : Kehadiran kurang memuaskan terutama dari kelas lemah.

Refleksi : Kekuatan : Bahan-bahan yang disediakan mengikut tahap pelajar dan kesanggupan guru-guru untuk balik lewat.

Kelemahan : Masalah pengangkutan dan tidak ada duit.

Penambahbaikan; Pelajar balik bersama pelajar petang

Disediakan oleh:

…………………………………………………………….PN RASHIDAH BINTI YUSOFKETUA PANITIA MATEMATIK

Page 2: Laporan Program Panitia 2013

SMK CHERAS JAYALAPORAN PROGRAM PERKAMPUNGAN BESTARI 2013

RASIONAL : Pelajar seharusnya diberikan pendedahan teknik belajar dan menjawab kertas soalan berformat peperiksaan sebenar PMR dan SPM.Peperiksaan SPM dan PMR pelajar kian hampir dengan itu pelajar perlu pengisian aktiviti ilmiah secara lebih terancang dan efektif sebagai persediaan pelajar menghadapi peperiksaan PMR dan SPM.

Matlamat : i) Menyediakan program akademik yang bersesuaian dengan tahap kemampuan pelajar.

ii) Memberi bimbingan dan kesedaran serta pendedahan awal kearah kecemerlangan prestasi peperiksaan awam.

Objektif : i) Memberi pendedahan teknik menjawab soalan.ii) Meningkatkan keyakinan diri pelajar menghadapi peperiksaan.iii) Memanfaatkan masa lepas sekolah dengan pengisian akademik.

iv) Mengembangkan potensi pelajar dari segi jasmani emosi, rohani dan intelek.

Sasaran : Semua pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5

Pelaksanaan : Tarikh : 25 Mac dan 27 Mei 2013Tempat : kelas-kelas

Jadual Pelaksanaan : Cuti Pertengahan penggal 23 Mac 2013 dan 24 Mei 2013 (rujuk jadual induk kurikulum untuk anggihan kelas dan subjek )

Ahli Jawatankuasa : Pengerusi : Pn Maimon bt BujaiNaib Pengerusi / : Pn Mazni bt IsmailSetiausahaAJK : Guru Matapelajaran

Anggaran Perbelanjaan : Bahan Panitia ( Buku Kerja )

Penilaian Program : Kehadiran kurang memuaskan terutama dari kelas lemah. Di antara Sebab-sebabnya ialah tidak ada kenderaan sebab ibubapa bekerja, tidak ada bas, mengikuti ibubapa pergi bercuti, pergi umrah, kenduri, balik kampung menziarahi keluarga di luar, demam, bekerja dan tidak berminat.( bagi kelas lemah di mana pada hari persekolahan biasa pun selalu ponteng)

Refleksi : Kekuatan : Bahan-bahan yang disediakan mengikut tahap pelajar dan kesanggupan guru-guru datang ke sekolah untuk mengajar pelajar.

Kelemahan : Masalah pengangkutan dan terdapat pelajar yang pergi tuisyen diluar.

Penambahbaikan; Memaklumkan kepada pemandu bas berkenaan dan memberi jadual perkampumgan bestari kepada mereka.

Disediakan oleh:

…………………..Pn Nazirah bt Alias

Page 3: Laporan Program Panitia 2013

SMK CHERAS JAYALAPORAN PROGRAM LATIH TUBI TERANCANG 2013

Rasional : Pelaja-pelajar perlu sentiasa diberi latih tubi supaya mereka dapat menguasai sesuatu topik dengan baik.

Matlamat : Meningkatkan keyakinan pelajar menghadapi peperiksaan dan meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar di dalam peperiksaan

Objektif : i) Memberi latih tubi tambahan kepada pelajar untuk memantapkan penguasaan konsep dan teknik menjawab

ii) Memanfaatkan masa hujung minggu dengan pengisian akademik iii) Meningkatkan potensi pelajar ke tahap optimum

Sasaran : Empat kelas pertama tingkatan 3

Pelaksanaan : Tarikh : 10/2, 9/3,14/4,14/5, 22/6, 13/7, 10/8 dan 14/9

Kaedah Pelaksanaan : Guru yang telah ditetapkan akan memberi latih tubi kepada kelas-kelasyang terlibat pada hari Jumaat dan akan berbincang dengan pelajar pada minggu yang berikutnya.

Ahli Jawatankuasa : Pengerusi : Cik Rohana Bt Ismail ,GKMP Sains dan MatematikNaib Pengerusi / : Pn Rashidah Bt Yusof, Ketua PanitiaSetiausahaAJK : Guru Matapelajaran

Anggaran Perbelanjaan : Bahan fotostat untuk 4 kelas pertama disediakan oleh guru yang ditetapkan dan sumber kewangan diperolehi daripada Tabung Peningkatan Prestasi.

Penilaian Program : Menambah kefahaman pelajar.Refleksi :Kekuatan : Program ini didapati berjaya meningkatkan kefahaman pelajar .

Keberkesanannya akan dinilai pada keputusan peperiksaan pertengahan tahun.

Kelemahan : Latih tubi tidak dapat dijalankan setiap minggu kerana terpaksa bergilir dengan matapelajaran lain.

Penambahbaikan : Libatkan juga kelas-kelas yang mempunyai potensi untuk cemerlang seperti 3C hingga 3 F.

Perancangan awal supaya tajuk yang penting dari Tingkatan lebih rendah dimasukkan.

Disediakan oleh

…………………….PN RASHIDAH BINTI YUSOFKETUA PANITIA MATEMATIKSMK CHERAS JAYA

Page 4: Laporan Program Panitia 2013

SMK CHERAS JAYALAPORAN PROGRAM OPEN PREP ELITE PMR 2013

Rasional : Bagi memastikan peningkatan prestasi sesebuah sekolah ,pelajar cemerlang dan berpotensi untuk cemerlang dikumpulkan.Mereka perlu mengikuti kelas khas selepas sesi persekolahan bagi memantapkan keyakinandan pengetahuan mereka dalam bidang akademik.

Matlamat : Melahirkan pelajar yang berkeyakinan dalam akademik dan berusaha untuk mengapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR sebenar.

Objektif : i) Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik. ii) Memantapkan keyakinan diri dan kefahaman pelajar. iii) Memastikan pelajar dapat memberi fokus yang baik terhadap pelajaran. iv) Memberikan pendedahan tentang teknik menjawab soalan berformat PMR.

Sasaran : Pelajar tingkatan 3 yang cemerlang dan berpotensi cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Tahun

Pelaksanaan : Tarikh: Ogos dann SeptemberMasa : 1.15 – 2.30 p.mTempat : APD .(Lihat Lampiran)

Kaedah Pelaksanaan : Pelajar dipilih berdasarkan markah Peperiksaan Akhir Tahun.

Ahli Jawatankuasa : Pengerusi : Cik Rohana Bt Ismail, GKMP Sains dan MatematikNaib Pengerusi / : Pn Rashidah Bt Yusof, Ketua PanitiaSetiausahaAJK : Guru Matapelajaran –Rashidah Bt Yusof

Anggaran Perbelanjaan : Bahan disediakan oleh guru yang mengajar.Penilaian Program : Kehadiran pelajar adalah baik dan pelajar rajin membuat latihan yang diberi

oleh guru.

Refleksi : Kekuatan : Pelajar menghadiri kelas da nada kelas kosong untuk pelajar belajar.

Kelemahan : Setiap subjek tidak dapat diajar setiap minggu sebab bergilir dengan subjek.

Penambahbaikan: Pelajar perlu diajar setiap minggu sebab matapelajaran matematik perlu banyak buat latihan.

Disediakan oleh:

…………………………………………………………….PN RASHIDAH BINTI YUSOFKETUA PANITIA MATEMATIKSMK CHERAS JAYA

Page 5: Laporan Program Panitia 2013

SMK CHERAS JAYALAPORAN PROGRAM TUISYEN TERBUKA PIBG 2013

Rasional : Pelajar seharusnya diberi pendedahan tentang teknik belajar dan menjawab kertas soalan berformat peperiksaan sebenar PMR. Cuti dihujung minggu perlu diisi dengan aktiviti ilmiah secara lebih terancang dan efektif sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan.

Matlamat : Menyediakan program akademik yang bersesuaian dengan tahap kemampuan pelajar

Objektif : Pelajar-pelajar dapat menjawab soalan mengikut format peperiksaan dan meningkatkan keyakinan diri untuk menghadapi peperiksaan.

Sasaran : Pelajar tingkatan 3 yang berminat.Pelaksanaan : Hari : Sabtu

Tempat : Bilik-bilik Darjah

Kaedah Pelaksanaan : Mengikut jadual yang telah ditetapkan.Guru terlibat menyediakan sendiri bahan untuk pelajar-pelajarnya. ( Jadual disediakan oleh unit Kurikulum)

Ahli Jawatankuasa : Pengerusi : Pn Maimon bt BujaiNaib Pengerusi / : Pn Nazirah bt AliasSetiausahaAJK : Guru Matapelajaran

Anggaran Perbelanjaan : Pelajar-pelajar yang mengikut kelas tuisyen ini perlu membayar yuransebanyak RM 30.00 setahun (Tabung PROPEC)

Penilaian Program : Menambah kefahaman pelajar sebab latihan yang diberi adalah latihan ulangkaji tapi untuk memantapkan kefahaman pelajar agak sukar sebab tuisyen ini bukan setiap minggu.

Refleksi : Kekuatan : Pelajar bersemangat untuk belajar dan meningkatkan kefahaman mereka dengan menyoal guru sekiranya mereka kurang jelas berkenaan sesuatu topik.

Kelemahan : Murid tidak memiliki buku rujukan semasa tuisyen.

Penambahbaikan : Murid perlu diingatkan terlebih dahulu agar membawa buku rujukan semasa menghadiri tuisyen.

Disediakan oleh:

…………………………………………………………….Pn Nazirah bt Alias

Page 6: Laporan Program Panitia 2013

SMK CHERAS JAYALAPORAN PROGRAM ANJAKAN SAUJANA 2013

Rasional : Pelajar seharusnya diberikan pendedahan tentang teknik belajar dan menjawab kertas soalan berformat peperiksaan PMR dengan menggunakan khidmat guru cemerlang dari dalam atau luar daerah dan guru pakar yang mempunyai kemahiran dan pengalaman menanda kertas PMR .

Matlamat : i Menyediakan program akademik yang bersesuaian dengan tahap kemampuan pelajar.

ii Memberi bimbingan dan kesedaran serta pendedahan kea rah kecemerlangan prestasi peperiksaan awam.

Objektif : i Memberi pendedahan teknik menjawab soalan.ii Meningkatkan keyakinan diri pelajar menghadapi peperiksaan.iii Mengembangkan potensi pelajar dari segi jasmani ,emosi rohani dan intelek.

Sasaran : Pelajar tingkatan 3

Pelaksanaan : 9 dan 15 Julai 2013

Kaedah Pelaksanaan : Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu elit dan galus

Jadual Pelaksanaan : Kump 1 - Tarikh : 9 /7 /13 Kump 2 - Tarikh : 15/7/13 Masa : 10.00am-1.05pm Masa :10.000am-1.05pm

Tempat : Bilik Seminar

Ahli Jawatankuasa : Pengerusi : Cik Rohana binti Ismail, GKMP Sains dan MatematikNaib Pengerusi / : Pn Rashidah binti Yusof , Ketua PanitiaSetiausahaAJK : Guru Matapelajaran

Anggaran Perbelanjaan : RM 150.00 – Bayaran penceramah dan bahan fotostat.

Penilaian Program : Dapat membantu pelajar membina keyakinan diri dan seterusnya menanam minat pelajar untuk belajar Matematik . Pelajar dari awal telah didedahkan dengansoalan PMR. Sambutan memuaskan.

Refleksi : Kekuatan : Pelajar elit didedahkan dengan soalan yang lebih mencabar dan mengikut format kertas 2 PMR. Mereka berminat dan tekun menyelesaikan latihan yang diberi.Pelajar galus didedahkan dengan latihan yang melibatkan melukis graf,lokus dan pembinaan.

Kelemahan : Daya ingatan pelajar- pelajarlemah adalah kurang iaitu cepat lupa sesuatu konsep .

Penambahbaikan : Mereka perlu buat latihan yang sama berulang-ulang Kali sehingga mereka betul-betul menguasai sesuatu

konsep.

Disediakan oleh:

…………………………………………………………….PN RASHIDAH BINTI YUSOFKETUA PANITIA MATEMATIK

Page 7: Laporan Program Panitia 2013

SMK CHERAS JAYALAPORAN PROGRAM SKOR A 2013

Rasional : Tempoh antara peperiksaan percubaan dengan peperiksaan sebenar PMR dan SPM sangat penting kepada pelajar bagi menilai sejauh mana persediaan mereka

untukmenghadapi peperiksaan PMR dan SPM.Tempoh ini adalah masa yang sangat sesuai untuk melatih, membimbing dan menyemak konsep-konsep penting yang perludiperkukuhkan dalam diri pelajar untuk menyedia dan membiasakan mereka menghadapi peperiksaan sebenar . Dengan menjawab soalan terancang yang mengikut format peperiksaan sbenar secara berulangkali akan lebih memantapkan konsep dan teknik menjawab soalan dalam diri pelajar.

Matlamat : Menambah keyakinan kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan sebenar bagi membolehkan mereka mencapai kecemerlangan.

Objektif : I Pelajar dapat melatih menjawab soalan-soalan mengikut format PMR atau SPM.II Memantapkan lagi pemahaman dan penguasaan dalam teknik menjawab soalan PMR atau SPM.

Sasaran : Semua pelajar tingkatan 3 dan 5

Pelaksanaan : Tarikh : Tingkatan 3 - Selepas peperiksaan percubaan PMR Tingkatan 5 – Selepas peperiksaan percubaan SPM.

Masa : Mengikut jadual waktu matapelajaran

Tempat: Kelas masing-masingKaedahPelaksanaan : i Muat turun soalan dan skema dari 2 negeri (Perak , P.Pinang dan Terengganu) . Soalan –soalan akan difotostat dan diperbanyakan sendiri oleh Ketua Panitia.

ii Guru matapelajaran akan mengambil soalan untuk diberi kepada pelajar dan seterusnya menyemak hasil kerja pelajar dan membincang jawapan.

Ahli Jawatankuasa : Pengerusi : Cik Rohana binti Ismail, GKMP Sains dan Matematik

Naib Pengerusi / : Pn Rashidah binti Yusof , Ketua PanitiaSetiausahaAJK : Guru Matapelajaran

Anggaran Perbelanjaan : PMR : 505 pelajar - RM 650.00 (3 negeri- Perak, Terengganu dan Pulau Pinang.) SPM : 430 pelajar – RM 450.00 (3 negeri – Perak, Terengganu dan Pulau Pinang)

Sumber Kewangan : Peruntukan Program Peningkatan Prestasi. Penilaian Program : Dapat membantu pelajar membina keyakinan diri dan seterusnya mereka dapat menjawab dengan baik di dalam peperiksaan sebenar.

Refleksi : Kekuatan : Pelajar didedahkan dengan format peperiksaan PMR dan SPM dan berulang kali menjawab soalan yang berbentuk sama supaya pelajar dapat kemahiran menjawab semasa peperiksaan PMR dan SPM sebenar.

Kelemahan : Daya ingatan pelajar- pelajar dari kelas lemah adalah kurang iaitu cepat lupa sesuatu konsep .

Penambahbaikan : Mereka perlu buat latihan yang sama berulang-ulang kali

Page 8: Laporan Program Panitia 2013

sehingga mereka betul-betul menguasai sesuatu konsep dan berlatih melukis pelan dan dongakan dan memplot graf.

Disediakan oleh:

…………………………………………………………….PN RASHIDAH BINTI YUSOFKETUA PANITIA MATEMATIK

Page 9: Laporan Program Panitia 2013

SMK CHERAS JAYALAPORAN PROGRAM PECUTAN JAYA 2013

Rasional : Pelajar seharusnya diberikan pendedahan awal sebelum menghadapi PMR dan SPM dengan cara mengisi masa terluang sewaktu cuti sekolah dengan latihan terancang yang diberikan.

Matlamat : Memberi pengayaan , pengukuhan dan pemulihan bagi setiap mata pelajaran.

Objektif : i Masa terluang pelajar terisi dengan latihan terancang.ii Memantapkan lagi pemahaman dan penguasaan dengan kepelbagaian bentuk

soalan dalam mata pelajaran PMR dan SPM.Iii Memberi keyakinan kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan sebenar.

Sasaran : Semua pelajar tingkatan 3 dan 5

PelaksanaanTarikh : Cuti sekolah ( 23 Mac , 24 Mei dan 7 Ogos )

Kaedah Pelaksanaan : i Ketua panitia menyediakan dua mukasurat soalan samada soalan objektif atau

Subjektif,diperbanyakkan dan diedarkan pada minggu terakhir persekolahan kepada murid sebagai latihan dimasa cuti.

Ii Guru matapelajaran akan membincangkan jawapan diminggu pertama dan kedua selepas cuti

Ahli Jawatankuasa : Pengerusi : Pn Maimon bt Bujai

Naib Pengerusi / : Pn Nazirah bt Alias / Pn Mazni bt IsmailSetiausahaAJK : Guru Matapelajaran

AnggaranPerbelanjaan : RM 100.00

Sumber Kewangan : Tabung PROPEC

Penilaian Program : Menambah kefahaman pelajar sebab latihan yang diberi adalah latihan Ulangkaji.

Refleksi :Kekuatan : Pelajar dari kelas baik bersemangat untuk buat latihan diberi dan menyemak jawapan bersama guru matapelajaran diminggu pertama selepas cuti sekolah.

Kelemahan : Pelajar kelas lemah selalu hilangkan kertas latihan diberi.

Penambahbaikan : Guru matapelajaran sepatutnya memilih soalan yang sewajarnya mengikut aras Murid.

Disediakan oleh:

…………………………………………………………….Pn Nazirah bt Alias

Page 10: Laporan Program Panitia 2013

SMK CHERAS JAYALAPORAN PROGRAM LESTARI ILMU 2013

Rasional : Program Lestari Ilmu PMR merupakan aktiviti yang dirancang setiap tahun untuk para pelajar lepasan PMR yang bertujuan untuk kesinambungan ilmu yang diterapkan

kepada pelajar berterusan sehinggalah ke hari akhir persekolahan . Ianya juga bagi memastikan bahawa ilmu itu tidak terhenti apabila selesainya peperiksaan PMR,maka Program Lestari Ilmu dirancang dengan modul-modul dan aktiviti-aktiviti yang akan memberi manfaat dalam bentuk dan pendekatan yang berlainan dari P&P yang sedia ada.

Matlamat : Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh , berketrampilan, berkeperibadian mulia , berpengetahuandan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan Negara maju 2020.Justeru,matlamat Program Lestari Ilmu ini adalah untuk memastikan pelajar dapat menafaatkan ilmu yang diperoeh serta mengamalkannya dalam kehidupan sehari-harisecara berterusan.

Objektif : i Memastikan pelajar-pelajar menerima pengurusan ilmu pendidikan yang berterusan walaupun wakyu peperiksaan telah tamat.ii Memantapkan lagi pemahaman dan penguasaan dengan kepelbagaian bentuk aktiviti.

Sasaran : Semua pelajar tingkatan 3.

PelaksanaanTarikh : 16,22 dan 24 Oktober 2013 (Rabu, Selasa, Khamis)

Kaedah Pelaksanaan : i Pelajar di bahagikan kepada 2 slot dan setiap slot mempunyai beberapa kumpulan

di mana setiap kumpulan mempunyai sepuluh orang. Setiap kumpulan akan bergilir menjalani beberapa aktiviti dan bergerak secara berkumpulan.Ii Hadiah akan diberi kepada tiga orang pemenang bagi setiap slot.

Ahli Jawatankuasa : Pengerusi : Cik Rohana binti Ismail, GKMP Sains dan Matematik

Naib Pengerusi / : Pn Rashidah binti Yusof , Ketua PanitiaSetiausahaAJK : Guru Matapelajaran

AnggaranPerbelanjaan : RM 940.00 iaitu untuk hadiah diperuntukan sebanyak RM 900.00 dan untuk bahan

serta fotostat sebanyak RM 40.00

Sumber Kewangan : PCG

Keputusan : TEKA SILANGKATA DAN KUIZ:

TEMPAT SLOT 1PERTAMA Kumpulan 6

KEDUA Kumpulan 2KETIGA Kumpulan 3

7 SAGUHATI

EKSPLORASI:

TEMPAT SLOT 1 SLOT 2PERTAMA Kumpulan 1 Kumpulan 1

Page 11: Laporan Program Panitia 2013

KEDUA Kumpulan 3 Kumpulan 2KETIGA Kumpulan 4 Kumpulan 5

7 SAGUHATI

Penilaian Program : Menanam sikap bekerjasama dan bertanggunujawab di dalam kumpulan.

RefleksiKekuatan : Dapat mencungkil bakat dalaman pelajar dalam menyelesaikan uji minda.Kelemahan : Pelajar kelas lemah tidak dapatmenjawab soalan sukar Penambahbaikan : Pelajar kelas lemah perlu dibentuk untuk menjawab soalan yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi.

Disediakan oleh:

…………………………………………………………….PN RASHIDAH BINTI YUSOFKETUA PANITIA MATEMATIK