12
LAPORAN PROGRAM PERMAINAN BOWLING PENDIDIKAN KHAS BESTARI 2010 LAPORAN PROGRAM PERMAINAN BOWLING PENDIDIKAN KHAS BESTARI 2010 Program-program kokurikulum yang berasaskan permainan dalam kehidupan pelajar Pendidikan Khas perlu diberi perhatian oleh pendidik Pendidikan Khas. Program seperti ini harus dijalankan dengan konsep yang lebih terbuka dan mencabar kebolehan pelajar berkeperluan khas. Adaptasi kurikulum dan disiplin dalam sesuatu permainan dan pertandingan mampu memupuk semangat jati diri dan ketrampilan disamping menyuntik perasaan seronok dan pengalaman manis kepada pelajar berkeperluan khas. Justeru, program kokurikulum ini seharusnya menjadi medium pelengkap dalam memastikan pelajar berkeperluan khas dapat berdikari dalam menjalani kehidupan sebenar serta menyemai semangat bermasyarakat dalam menghadapi masyarakat terbuka. Program Permainan Bowling Pendidikan Khas Bestari 2010 telah dianjurkan oleh Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Bestari, Sekolah Kebangsaan Kepis Felda. Program ini telah dijalankan pada 06 April 2010 bersamaan dengan hari Selasa dan bertempat di Pusat Bowling Hotel Era, Bahau, Negeri Sembilan. Peserta-peserta yang 1

Laporan Program Permainan Bowling

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Laporan Program Permainan Bowling

LAPORAN PROGRAM PERMAINAN BOWLING PENDIDIKAN KHAS BESTARI 2010

LAPORAN PROGRAM PERMAINAN BOWLING

PENDIDIKAN KHAS BESTARI 2010

Program-program kokurikulum yang berasaskan permainan dalam kehidupan pelajar

Pendidikan Khas perlu diberi perhatian oleh pendidik Pendidikan Khas. Program seperti

ini harus dijalankan dengan konsep yang lebih terbuka dan mencabar kebolehan pelajar

berkeperluan khas. Adaptasi kurikulum dan disiplin dalam sesuatu permainan dan

pertandingan mampu memupuk semangat jati diri dan ketrampilan disamping

menyuntik perasaan seronok dan pengalaman manis kepada pelajar berkeperluan

khas. Justeru, program kokurikulum ini seharusnya menjadi medium pelengkap dalam

memastikan pelajar berkeperluan khas dapat berdikari dalam menjalani kehidupan

sebenar serta menyemai semangat bermasyarakat dalam menghadapi masyarakat

terbuka.

Program Permainan Bowling Pendidikan Khas Bestari 2010 telah dianjurkan oleh

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Bestari, Sekolah Kebangsaan Kepis Felda.

Program ini telah dijalankan pada 06 April 2010 bersamaan dengan hari Selasa dan

bertempat di Pusat Bowling Hotel Era, Bahau, Negeri Sembilan. Peserta-peserta yang

terlibat terdiri daripada pelajar-pelajar, guru-guru, dan pembantu pengurusan murid

Pendidikan Khas Bestari, Sekolah Kebangsaan Kepis Felda.

Sebelum bertolak ke Pusat Bowling Hotel Era, ketua program telah memberikan

taklimat ringkas mengenai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang program

berlangsung. Kemudian, para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan seperti yang

tertera di dalam jadual di bawah.

1

Page 2: Laporan Program Permainan Bowling

LAPORAN PROGRAM PERMAINAN BOWLING PENDIDIKAN KHAS BESTARI 2010

KUMPULAN TIGER KUMPULAN LIONMuhamad Asrul Hafizi Bin Mohamad Mohamad Haslan (K)

Mohamad Zulhilmi Bin Mustafa (K)

Muhammad Aiman Hafiz Bin Akmar Nurul Syuhaidah Binti Abdullah

Muhammad Alif Fikri Bin Ali Asan Muhammad Haziq Fikri Bin Nakim

Nur Fatihah Binti Hashim Nurdini Batrisyia Binti Mohammad Hadi

Pn. Ruzielawati Binti Harun Pn. Isdanita Binti Ismail

Jadual 1: Senarai nama ahli kumpulan

Setelah para peserta dibahagikan kepada kumpulan masing-masing, para peserta

dibawa ke kantin Sekolah Kebangsaan Kepis Felda untuk minum pagi. Para peserta

bertolak dari Sekolah Kebangsaan Kepis Felda ke Perhentian Bas Felda Kepis pada

jam 10.30 pagi dan menaiki bas pada jam 11.00 pagi. Perjalanan dari Perhentian Bas

Felda Kepis ke Pusat Bowling Hotel Era mengambil masa selama setengah jam. Tepat

jam 11.30 pagi, peserta-peserta turun dari bas dan terus menuju ke Pusat Bowling

Hotel Era. Sebelum masuk ke Pusat Bowling Hotel Era, para peserta diminta berkumpul

di lobi hotel bagi mendengar taklimat dari ketua program mengenai aktiviti yang akan

dijalankan, tujuan aktiviti, dan peraturan sebelum, semasa, dan selepas berada di Pusat

Bowling Hotel Era. Para peserta masuk ke Pusat Bowling Hotel Era tepat jam 12.00

tengah hari. Setiap peserta diberikan sepasang kasut khas untuk bermain bowling.

Guru-guru pengiring memastikan semua peserta berpakaian lengkap untuk bermain

bowling. Kemudian, ketua program membuat demonstrasi teknik bermain bowling

kepada para peserta dan dibantu oleh guru-guru pengiring.

Kumpulan yang telah dibahagikan akan bertanding antara satu sama lain bagi

meningkatkan semangat para peserta untuk bermain dengan bersungguh-sungguh.

2

Page 3: Laporan Program Permainan Bowling

LAPORAN PROGRAM PERMAINAN BOWLING PENDIDIKAN KHAS BESTARI 2010

Pertandingan berlangsung selama tiga jam sebanyak dua pusingan permainan.

Kumpulan yang mengumpul mata tertinggi akan diberikan hadiah. Setiausaha program

menjadi pengadil dalam pertandingan ini. Setiausaha program juga akan memilih

seorang pemain terbaik di kalangan pelajar Pendidikan Khas mengikut jumlah mata

tertinggi yang dikumpul. Jadual di bawah menunjukkan jumlah mata yang dikumpul bagi

setiap individu bagi dua pusingan permainan.

1. Pusingan pertama

KUMPULAN LION

Nama 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 HDPMohamad Zulhilmi 1 1 4 5 5 5 12 2

0

20 20 20

Muhammad Haziq Fikri 0 0 0 3 11 11 12 1

2

12 12 12

Nurul Syuhaidah 0 0 4 5 12 12 12 1

9

19 28 28

Pn. Isdanita 6 11 20 26 38 41 47 5

3

56 62 62

Nurdini Batrisyia 0 0 0 6 6 6 13 2

7

32 32 32

JUMLAH KESELURUHAN 154

Jadual 2 : Jumlah mata yang dikumpul oleh Kumpulan Lion bagi pusingan pertama

KUMPULAN TIGER

Nama 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 HDPPn. Ruzielawati 8 16 17 36(X) 45 53 59 68 84(X) 90 90

Muhamad Asrul Hafizi 0 0 7 13 18 27 30 39 39 57(X) 57

Muhammad Alif Fikri 6 6 6 6 6 6 6 6 9 16 16

Nur Fatihah 0 0 0 0 0 3 10 10 10 18 18

3

Page 4: Laporan Program Permainan Bowling

LAPORAN PROGRAM PERMAINAN BOWLING PENDIDIKAN KHAS BESTARI 2010

Muhammad Aiman Hafiz 8 17 23 26 26 26 34 39 39 39 39

JUMLAH KESELURUHAN 220

Jadual 3 : Jumlah mata yang dikumpul oleh Kumpulan Tiger bagi pusingan pertama

** (X) = strike

 2. Pusingan kedua

KUMPULAN LION

Nama 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 HDPMohamad Zulhilmi 6 9 12 12 13 18 18 2

2

22 32 32

Muhammad Haziq Fikri 0 0 0 0 3 3 3 3 3 7 7

Nurul Syuhaidah 4 11 11 19 20 33 36 3

6

39 39 39

Pn. Isdanita 3 11 11 14 18 26 35 4

3

52 59 59

Nurdini Batrisyia 0 0 1 1 1 6 12 1

8

18 18 18

JUMLAH KESELURUHAN 155

Jadual 4 : Jumlah mata yang dikumpul oleh Kumpulan Lion bagi pusingan kedua

KUMPULAN TIGER

Nama 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 HDPPn. Ruzielawati 8 16 16 30 36 43 49 4

9

55 64 64

Muhamad Asrul Hafizi 6 10 10 10 16 25 34 4

1

48 56 56

Muhammad Alif Fikri 0 3 6 6 6 12 12 2

0

26 26 26

Nur Fatihah 5 5 8 8 8 9 9 1 15 15 15

4

Page 5: Laporan Program Permainan Bowling

LAPORAN PROGRAM PERMAINAN BOWLING PENDIDIKAN KHAS BESTARI 2010

2

Muhammad Aiman Hafiz 8 15 22 30 30 33 41 4

1

50 50 50

JUMLAH KESELURUHAN 211

Jadual 5 : Jumlah mata yang dikumpul oleh Kumpulan Tiger bagi pusingan kedua

Berdasarkan jadual markah di atas, Kumpulan Lion telah mengumpul 309 mata iaitu

154 mata pada pusingan pertama dan 155 mata pada pusingan kedua. Manakala,

Kumpulan Tiger pula telah mengumpul 431 mata iaitu 220 mata pada pusingan pertama

dan 211 mata pada pusingan kedua. Ini menunjukkan Kumpulan Tiger telah menjadi

juara dalam pertandingan bowling kali ini.

Jadual di bawah menunjukkan jumlah mata keseluruhan yang dipungut oleh peserta-

peserta yang terdiri dari pelajar-pelajar Pendidikan Khas Bestari.

Nama Pusingan 1 Pusingan 2 Jumlah

KUMPULAN LION

Mohamad Zulhilmi 20 32 52

Muhammad Haziq Fikri 12 7 19

Nurul Syuhaidah 28 39 67

KUMPULAN TIGER

Muhamad Asrul Hafizi 57 56 113

Muhammad Alif Fikri 16 26 42

Nur Fatihah 18 15 33

Muhammad Aiman Hafiz 39 50 89

Jadual 6 : Jumlah mata yang dikumpul oleh peserta Pendidikan Khas Bestari

Berdasarkan jadual di atas, Muhamad Asrul Hafizi dari Kumpulan Tiger telah berjaya

5

Page 6: Laporan Program Permainan Bowling

LAPORAN PROGRAM PERMAINAN BOWLING PENDIDIKAN KHAS BESTARI 2010

mengumpul mata tertinggi iaitu 113 mata dan ini menjadikan beliau terpilih sebagai

pemain terbaik bagi Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Bestari 2010.

Pertandingan bowling berakhir pada jam 3.20 petang. Para peserta diminta berkumpul

bagi sesi penyampaian hadiah. Hadiah telah disampaikan oleh Pn. Norazizah Binti

Mohamed Norok. Setelah sesi penyampaian hadiah selesai, para pelajar diminta

menyatakan tentang perasaan mereka sepanjang program ini berlangsung. Para

pelajar juga diminta menyatakan nilai-nilai murni yang perlu ada ketika berhubung

dengan masyarakat sekeliling. Tepat jam 3.30 petang, para peserta bersolat dan makan

tengah hari. Para peserta bertolak pulang ke Sekolah Kebangsaan Kepis Felda pada

jam 5.00 petang dan tiba pada jam 5.30 petang.

Pihak penganjur bersyukur kerana Program Permainan Bowling Pendidikan Khas

Bestari 2010 berjalan dengan lancar. Sokongan dan gandingan tenaga serta semangat

kerjasama daripada semua pihak serta komitmen sepenuhnya terhadap segala

perancangan yang telah dibuat dapat mencapai objektifnya. Diharap program-program

seperti ini dapat diteruskan lagi bagi melahirkan pelajar-pelajar berkeperluan khas yang

mampu merancang dan mengurus diri, berdikari, berupaya, berhaluan, dan menyedari

potensi diri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif.

Disediakan oleh,

………………………………………………… 07 April 2010(NORAZIZAH BINTI MOHAMED NOROK)

Setiausaha,

6

Page 7: Laporan Program Permainan Bowling

LAPORAN PROGRAM PERMAINAN BOWLING PENDIDIKAN KHAS BESTARI 2010

Program Permainan Bowling Pendidikan Khas Bestari 2010,

Sekolah Kebangsaan Kepis Felda.

LAMPIRAN 1

7

Para peserta minum pagi

Menyerahkan wang untuk bayaran tambang bas

Para peserta menunggu basPara peserta menunggu giliran menaiki

bas

Page 8: Laporan Program Permainan Bowling

LAPORAN PROGRAM PERMAINAN BOWLING PENDIDIKAN KHAS BESTARI 2010

8

Para peserta menuju ke Pusat Bowling Hotel Era

Para peserta memakai kasut bowling

Tunjuk cara teknik bermain bowlingPeserta sindrom down dibantu oleh ahli

kumpulan untuk membaling bola bowling

Page 9: Laporan Program Permainan Bowling

LAPORAN PROGRAM PERMAINAN BOWLING PENDIDIKAN KHAS BESTARI 2010

9

Para peserta berangkat pulang

Para peserta tiba di Perhentian Bas Felda Kepis

Menaiki bas menuju ke SKKF