Upload
others
View
24
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
LAPORAN PROGRAM
TEAM BUILDING UNIT MATEMATIK
AMVERTON HERITAGE RESORT
ANJURAN:
UNIT MATEMATIK
KOLEJ MATRIKULASI JOHOR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TEMPAT:
AMVERTON HERITAGE RESORT
AYER KEROH, MELAKA
TARIKH:
5 APRIL 2019 – 6 APRIL 2019
1.0 PENDAHULUAN
Menurut Greenbery dan Baron (1995) pasukan didefinisikan sebagai satu kumpulan yang memiliki
kemahiran dan saling bergantung di antara satu sama lain serta komited terhadap matlamat kerja
iaitu mereka sedia mengambil tanggungjawab secara kebersamaan. Sesebuah organisasi lazimnya
mempunyai ahli yang boleh dikatakan sebagai sebuah pasukan dan pasukan ini sememangnya
memainkan peranan yang penting dalam sesebuah organisasi.
Ini adalah kerana di dalam sesebuah pasukan didapati mempunyai banyak manfaat
berbanding individu secara perseorangan serta dapat membantu dari segi perkongsian pengalaman,
kemahiran, perolehan maklumat, pembahagian dan pengembelingan kerja itu sendiri.
2.0 PERJALANAN AKTIVITI
HARI & MASA ATURCARA
JUMAAT
10.00 pg- 12.30 tgh
3.00 ptg
4.45-6.30 ptg
6.00 ptg-8.00 mlm
8.00 -11.00 mlm
11.00-11.30 mlm
Aktiviti 1: a)Bowling di MIBC
b)Pertandingan Mewarna (Bawa pensel warna & alas)
Check in Penginapan
Aktiviti 2: a) Wet Telematch (5 games)
b) Acara Kanak-kanak
Makan malam
Aktiviti 3: a) Persembahan Cheers(3 minit)
b)Pertandingan Pantun Tema: Muafakat Membawa
Berkat)
c) Tukar-tukar hadiah (Minima RM10)
d)Ucapan Ringkas Ketua Unit Matematik
e)Ucapan Ringkas Ketua Jabatan
f)Penyampaian Hadiah
Minum malam & Rehat
SABTU
6.00-8.00 pagi
9.00-10.30 pagi
10.30 pagi
12.00 tgh
Sarapan
Aktiviti 4: Treasure Hunt
Penyampaian Hadiah & Majlis Penutup
Check out & Makan tengahari
Persediaan setiap kumpulan sebelum team building
Acara team building Unit Matematik, KMJ bermula pada pagi hari Jumaat (5April 2019) dimana
pensyarah bersama keluarga berkumpul di MIBC, Ayer Keroh, Melaka untuk sesi pendaftaran pada
jam 10.30 pagi. Seterusnya pertandingan mewarna kanak-kanak bermula serentak dengan
pertandingan bowling. Peserta bowling diagihkan kepada 8 lane berbeza dan pemenang dikira
berdasarkan jumlah mata setiap ahli kumpulan yang telah ditetapkan. Pertandingan mewarna
dipecahkan kepada 3 kategori berbeza iaitu kategori A (<6 tahun), kategori B (7 – 9 tahun) dan
kategori C (> 10 tahun).
Pertandingan mewarna kanak – kanak
Pertandingan bowling
Selepas habis acara bowling dan mewarna, para peserta membawa haluan masing-masing sebelum
check in pada jam 3 petang di Amverton Heritage Hotel, Ayer Keroh, Melaka. Aktiviti Wet
telematch bermula pada jam 5.00 petang selepas acara kanak-kanak. Para peserta diagihkan kepada
3 kumpulan iaitu kumpulan Taming Sari, Semerah Padi dan Lela Rentaka. Terdapat 5 permainan
yang dipertandingkan secara keseluruhan. Permainan berakhir pada jam 6 petang.
Acara Kanak-kanak
Aktiviti Wet Telematch
Aktiviti team building diteruskan lagi dengan aktiviti berkumpulan yang bermula pada
pukul 8.30 malam. Tema pada malam adalah Malam Kesultanan Melayu Melaka. Aktiviti dimulai
dengan persembahan cheers dari setiap kumpulan dituruti dengan pertandingan pantun dan tukar-
tukar hadiah antara peserta. Aktiviti malam diakhiri dengan ucapan Ketua Unit dan Ketua Jabatan
dan seterusnya dimeriahkan lagi dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan
bowling, mewarna, wet telematch, pertandingan pantun serta King, Queen, Prince and Princess of
the night.
Pertandingan Cheers
Kumpulan Taming Sari Kumpulan Semerah Padi
Kumpulan Lela Rentaka Juri Pantun
Pertandingan Pantun
Aktiviti Tukar –tukar Hadiah
Pemenang Pertandingan Mewarna
Individu Terbaik Pertandingan Bowling
Taming Sari Lela Rentaka Semerah Padi
Hadiah Pertandingan Bowling
Semerah Padi Taming Sari Lela Rentaka
Hadiah Pertandingan Wet Telematch
Semerah Padi Taming Sari Lela Rentaka
Hadiah Pertandingan Pantun
King of The Night Queen of The Night
Prince of The Night Princess of The Night
Pada hari Sabtu (6 April 2019), para peserta berkumpul di lobi pada jam 9.00 pagi untuk aktiviti
Treasure Hunt. Pada jam 10.30 pagi, aktiviti treasure hunt berakhir dan para peserta berkumpul di
dewan Puteri untuk Majlis Penutup.
Aktiviti Treasure Hunt
Lela Rentaka Semerah Padi Taming Sari
Hadiah Aktiviti Treasure Hunt
Juara Keseluruhan (Semerah Padi)
3.0 KESIMPULAN
Diharapkan aktiviti team building unit Matematik 2019 yang dijalankan ini akan dapat memberi
manfaat yang besar dalam memantapkan kredibiliti pensyarah dalam berganding bahu menjana
pelajar yang mampu bersaing di zaman yang serba mencabar ini.
Penganjur juga berharap agar para pensyarah dapat meningkatkan pengetahuan sedia ada
untuk transformasi diri ke arah yang lebih positif. Selain itu, semoga program ini dapat memupuk
semangat kerjasama di kalangan pensyarah bagi melahirkan para pelajar yang berjiwa kental dalam
menghadapi cabaran yang mendatang dan dapat bekerja serta mengajar dengan lebih efektif,
berfikiran kreatif dan inovatif.
Disediakan oleh,
.................................................
(Halimatul Saadiah Hashim)
AJK Dokumeantasi Team Building 2019,
Unit Matematik,
Kolej Matrikulasi Johor