8
PENGENALAN Menurut Ford, P.M. (1981), Pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar amat perlu dilaksanakan kerana alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Segala pencemaran yang telah berlaku terhadap alam sekitar sama ada pencemaran air, udara, bunyi dan sebagainya akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada alam sekitar dan juga manusia itu sendiri. Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

Laporan Ringkas Mini Projek Andi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Laporan Ringkas Mini Projek Andi

PENGENALAN

Menurut Ford, P.M. (1981), Pemuliharaan dan pemeliharaan alam

sekitar amat perlu dilaksanakan kerana alam sekitar memainkan peranan

yang penting dalam kehidupan manusia. Segala pencemaran yang telah

berlaku terhadap alam sekitar sama ada pencemaran air, udara, bunyi

dan sebagainya akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung

kepada alam sekitar dan juga manusia itu sendiri. Alam sekitar adalah

anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan.

Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka

bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran

munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-

gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber

makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai

jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar

memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping

memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan

terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam

sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

Page 2: Laporan Ringkas Mini Projek Andi

LAPORAN RINGKAS MINI PROJEK

PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Tarikh:     07.03.2013 (Khamis)

Masa:       8.30 pg - 11.00 pagi

Tempat:   Kawasan sekolah

 

Mini projek yang dijalankan ini melibatkan seramai 39 orang murid

yang terdiri daripada tahun 4 perdana. Kawasan yang dipilih adalah di

sekitar sekolah yang mana tumpuannya adalah lebih kepada tumbuhan-

tumbuhan hijau serta habitat yang sedia ada. Antara aktiviti yang

dijalankan adalah seperti berikut:

a) Membersihkan kawasan mini projek.

b) Mencatas dahan-dahan tumbuhan yang mati.

c) Menerapkan nilai-nilai murni tentang kepentingan

pemuliharaan alam sekitar.

d) Meletakkan label pada tumbuh-tumbuhan.

e) Menghayati kehidupan yang sedia ada pada habitat kawasan

mini projek tersebut.

Segala aktiviti yang dirancang pada hari tersebut berjalan dengan

licin dan mencapai objektifnya iaitu meningkatkan kesedaran dikalangan

murid-murid tentang kepentingan memulihara alam sekitar dan

membanteras kegiatan mencemarkan alam sekitar. Melalui aktiviti ini

juga guru dapat memupuk sikap positif dan cintakan alam sekitar di

kalangan warga sekolah khasnya dan masyaratkat setempat amnya.

Page 3: Laporan Ringkas Mini Projek Andi

Pelajar-pelajar sedang membersihkan kawasan

Sedang menghayati keindahan tumbuhan berbunga

Page 4: Laporan Ringkas Mini Projek Andi

Kumpulan pelajar-pelajar perempuan sedang giat membuat aktiviti pembersihan

Memupuk semangat kerjasama

Page 5: Laporan Ringkas Mini Projek Andi

Memerhati hidupan yang ada dalam habitat iniPelajar-pelajar sedang memerhatikan hidupan yang sedia ada

Salah seekor hidupan yang ada di habitat ini. Mereka memanggilnya siput babi.

Page 6: Laporan Ringkas Mini Projek Andi

KESIMPULAN

Aktiviti pemuliharaan meliputi beberapa kawasan di sekitar sekolah

Salah seorang pelajar yang sangat rajin membuat cacatan-catatan yang berguna.

Page 7: Laporan Ringkas Mini Projek Andi

Perkembangan teknologi masa kini dan peningkatan aktiviti

manusia telah memberi banyak sumbangan dan kemajuan dalam bidang

social, ekonomi dan politik sejagat. Namun secara tidak langsung, segala

proses untuk pelaksanaan objektif pembangunan tersebut telah

menyebabkan pencemaran terhadap alam sekitar.

Pencemaran alam sekitar akan menyebabkan penurunan taraf

kesihatan dan keselamatan penduduk, penipisan lapisan ozon,

penghapusan hidupan akuatik serta kepupusan flora dan fauna. Oleh yang

demikian kepentingan pemuliharaan dan pemiliharaan berdasarkan

objektif pendidikan konservasi amatlah penting untuk direalisasikan oleh

manusia supaya keselamatan alam sekitar akan lebih terjamin pada masa

akan datang.