Upload
ieka-adila
View
261
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
CONTOH LAPORAN SETIAUSAHA
Citation preview
LAPORAN SETIAUSAHAFESTIVAL SENI LIKU DAN PERASMIAN GALERI SENI
Pada 11 dan 12 Ogos 2015, PISMP Pendidikan Seni Visual Januari 2015 telah mengadakan
dua buah program yang besar iaitu Festival Seni Liku dan Perasmian Galeri Seni di ruang
legar dan galeri seni. Bagi program ini, saya telah diberi tanggungjawab sebagai setiausaha
dan dibantu oleh naib setiausaha iaitu Nur Hanisah binti Radi untuk memastikan program
yang dirancang berjalan dengan lancar. Memandangkan kami memegang jawatan yang
sama iaitu setiausaha bagi kedua-dua program ini, kami telah membahagikan skop tugas
setiausaha agar dapat memudahkan sebarang urusan. Saya telah ditugaskan untuk
menghasilkan teks ucapan pengarah, minit mesyuarat dan kertas kerja bagi kedua-dua
program ini.
Bagi penghasilan kertas kerja, saya telah berbincang dengan beberapa ahli
jawatankuasa untuk mendapatkan maklumat seperti perbelanjaan, tema program, tentatif
dan peralatan yang diperlukan dalam kertas kerja ini. Setelah mendapatkan maklumat, saya
telah menyediakan kertas kerja Festival Seni Liku dan Perasmian Galeri Seni mengikut
format baru yang telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
(IPGK PM). Kemudian, diserahkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Pn. S. Rudzitha
bagi menyemak kertas kerja agar tidak ada sebarang kesilapan seperti ejaan. Apabila kertas
kerja telah dibetulkan, barulah dihantar ke Hal Ehwal Pelajar (HEP) bagi meluluskan
program ini.
Selain itu, saya juga menghasilkan teks ucapan wakil pengarah iaitu En. Yeow Kek
Ong sebelum perasmian galeri seni dijalankan. Teks ucapan ini dihasilkan bagi membantu
dan memudahkan En Yeow Kek Ong untuk berucap pada hari perasmian galeri seni. Hal ini
kerana segala info atau maklumat mengenai Festival Seni Liku dan Perasmian Galeri Seni
telah dimasukkan dalam teks ucapan tersebut.
Saya dan naib setiausaha telah berkerjasama untuk menguruskan penulisan minit
mesyuarat setiap kali perjumpaan antara ahli jawatankuasa diadakan. Jadi, kami mengambil
keputusan untuk bergilir-gilir mencatat minit mesyuarat dan berbincang agar sebarang
maklumat tidak tertinggal. Disamping itu, saya juga membantu naib setiausaha dalam
membuat spesifikasi tugas ahli jawatankuasa bagi kedua-dua program ini. Spesifikasi tugas
telah dicetak dan dimaklumkan kepada setiap ahli jawatankuasa agar mereka tahu skop
tugas masing-masing.
Sepanjang saya menjalankan tugas sebagai setiausaha, terdapat beberapa masalah
yang timbul iaitu kertas kerja bagi Festival Seni Liku dan Perasmian Galeri tidak diluluskan
oleh Pengarah pada mulanya. Mungkin tiada peruntukan bagi perbelanjaan kedua-dua
program ini. Apatah lagi, kertas kerja ini tidak mendapat kelulusan pada saat akhir iaitu
seminggu sebelum program ini dijalankan. Akan tetapi, masalah ini dapat diselesaikan
melalui pensyarah pembimbing. Cuma tiada peruntukan diberikan untuk perbelanjaan bagi
kedua program ini.
Seterusnya, banyak berlakunya perubahan tarikh Festival Seni Liku dan Perasmian
Galeri akibat percanggahan aktiviti di IPGK PM. Hal ini disebabkan tarikh yang dicadang
bertindih dengan aktiviti lain seperti Sambutan Hari Raya, seminar kajian tindakan dan
perubahan tarikh intership. Perubahan tarikh ini menyebabkan proses penghasilan kertas
kerja terganggu. Bagi menyelesaikan masalah ini, saya dan pengerusi telah memeriksa
takwim IPGK PM dan menetapkan tarikh yang sesuai bagi program ini iaitu 11 dan 12 Ogos.
Akhir sekali, saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan di IPGK PM
pada masa hadapan. Program ini dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan yang
baru bukan sahaja kepada ahli jawatankuasa yang terlibat malah pelawat yang terdiri
daripada pensyarah dan siswi pendidik yang hadir.
Disediakan oleh : 14 OGOS 2015
(NUR ‘ATIQAH ‘ADILAH BINTI MEDON)
Setiausaha,
Festival Seni Liku dan Perasmian Galeri Seni.