11
Laporan Situs Istana Damnah Situs bermaksud tapak manakala Damnah berasal daripada perkataan Damna iaitu dam bermaksud jauh dan na bermaksud benar. Hal ini benar kerana kedudukan Istana Damnah tersebut jauh benar dari perkampungan penduduk. Istana Damnah ini dibina pada tahun 1860 iaitu semasa zaman Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah II. Istana Damnah ini mempunyai keluasan 150m x 50m persegi ini merupakan tempat Sultan-sultan bersemayam iaitu pada tahun 1860 1900. Antara sultan yang pernah bersemayam di istana ini ialah Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah II dan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah. Di depan Istana Damnah ini iaitu di bahagian depan balairung seri terdapat beberapa tangga kecil dan sebuah tangga utama di tengah-tengah tangga kecil tersebut. Setiap tangga kecil tersebut dijaga oleh beberapa orang pengawal. Di bahagian tengah Istana Damnah ini pula merupakan balai takhta manakala di bahagian belakang pula merupakan dapur, tempat panas badan dan tandas sultan. Istana Damnah mempunyai keunikannya yang tersendiri iaitu mempunyai sistem perparitan yang sistematik. Hal ini demikian kerana sistem perparitan ini dikawal oleh sekeping papan yang diperbuat daripada kayu kapur atau kayu merah. Papan ini terletak di antara celahan yang dibuat di hadapan tandas. Apabila papan ini ditarik keluar, air akan mengalir masuk ke dalam lubang tandas untuk mengalirkan bahan buangan ke sistem perparitan. Di sebelah Istana Damnah ini terdapat bilik 44. Nama ini diberi berdasarkan bilangan bilik yang terdapat di istana tersebut iaitu sebanyak 44 bilik. Bilik ini dibina semasa zaman Sultan Mahmud Muzaffar Shah. Bilik 44 ini dibina bertujuan untuk mengumpul ahli keluarga baginda yang ramai di samping untuk menyimpan hasil niaga dan barangan. Namun pembinaan bilik ini tidak selesai kerana hanya 32 bilik sahaja yang sempat dibina.

Laporan Situs Istana Damnah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Laporan Situs Istana Damnah

Citation preview

Page 1: Laporan Situs Istana Damnah

Laporan Situs Istana Damnah

Situs bermaksud tapak manakala Damnah berasal daripada perkataan Damna iaitu

“dam” bermaksud jauh dan “na” bermaksud benar. Hal ini benar kerana kedudukan Istana

Damnah tersebut jauh benar dari perkampungan penduduk. Istana Damnah ini dibina pada

tahun 1860 iaitu semasa zaman Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah II. Istana Damnah ini

mempunyai keluasan 150m x 50m persegi ini merupakan tempat Sultan-sultan bersemayam

iaitu pada tahun 1860 – 1900. Antara sultan yang pernah bersemayam di istana ini ialah

Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah II dan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah.

Di depan Istana Damnah ini iaitu di bahagian depan balairung seri terdapat beberapa

tangga kecil dan sebuah tangga utama di tengah-tengah tangga kecil tersebut. Setiap

tangga kecil tersebut dijaga oleh beberapa orang pengawal. Di bahagian tengah Istana

Damnah ini pula merupakan balai takhta manakala di bahagian belakang pula merupakan

dapur, tempat panas badan dan tandas sultan. Istana Damnah mempunyai keunikannya

yang tersendiri iaitu mempunyai sistem perparitan yang sistematik. Hal ini demikian kerana

sistem perparitan ini dikawal oleh sekeping papan yang diperbuat daripada kayu kapur atau

kayu merah. Papan ini terletak di antara celahan yang dibuat di hadapan tandas. Apabila

papan ini ditarik keluar, air akan mengalir masuk ke dalam lubang tandas untuk mengalirkan

bahan buangan ke sistem perparitan.

Di sebelah Istana Damnah ini terdapat bilik 44. Nama ini diberi berdasarkan bilangan

bilik yang terdapat di istana tersebut iaitu sebanyak 44 bilik. Bilik ini dibina semasa zaman

Sultan Mahmud Muzaffar Shah. Bilik 44 ini dibina bertujuan untuk mengumpul ahli keluarga

baginda yang ramai di samping untuk menyimpan hasil niaga dan barangan. Namun

pembinaan bilik ini tidak selesai kerana hanya 32 bilik sahaja yang sempat dibina.

Page 2: Laporan Situs Istana Damnah
Page 3: Laporan Situs Istana Damnah
Page 4: Laporan Situs Istana Damnah
Page 5: Laporan Situs Istana Damnah
Page 6: Laporan Situs Istana Damnah
Page 7: Laporan Situs Istana Damnah
Page 8: Laporan Situs Istana Damnah
Page 9: Laporan Situs Istana Damnah
Page 10: Laporan Situs Istana Damnah
Page 11: Laporan Situs Istana Damnah

Gurindam Situs Istana Damnah

Buah durian buah ceri,

Lagi sedap pisang berangan,

Istana Damnah nama diberi,

Tinggal tapak banyak kenangan.

Cantik menawan si kucing parsi,

Jadi rebutan sentiasa di ingini,

Daik dan lingga menjadi saksi,

Masih berkekalan ke hari ini.

Pelangi tersergam berwarna-warni,

Indah menghias Tasik Chini,

Banyak sejarah tertulis di sini,

Dilihat generasi hari ini.