48
PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK (ALUMNI PTD) Mesyuarat Agung Tahunan Ke-29 Rabu, 19 Jun 2019, 3:00 Petang Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Kuala Lumpur LAPORAN TAHUNAN BAGI TAHUN BERAKHIR

LAPORAN TAHUNAN BAGI TAHUN BERAKHIRptdalumni.org/wp-content/uploads/2019/10/2018.pdfKelab Golf Perkhidmatan Awam, Kuala Lumpur LAPORAN TAHUNAN BAGI TAHUN BERAKHIR € € MALAYSIA

  • Upload
    others

  • View
    104

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN

DIPLOMATIK

(ALUMNI PTD)

Mesyuarat Agung Tahunan Ke-29 Rabu, 19 Jun 2019, 3:00 Petang Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Kuala Lumpur

LAPORAN TAHUNAN

BAGI TAHUN BERAKHIR

 

 

MALAYSIA

 

AKTA PERTUBUHAN 1966PERATURAN-PERATURAN PERTUBUHAN 1984

 

BORANG 3

(Peraturan 5)

 

PERAKUAN PENDAFTARAN 

Adalah diperakui bahawaPERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK, KUALA LUMPUR

 

hari ini didaftarkan sebagai suatu pertubuhan di bawah Seksyen 7

Akta Pertubuhan 1966 dan bahawa nombor pendaftarannya ialah 

PPM-003-14-19041989 

Diperbuat dengan ditandatangani oleh saya pada

19 haribulan April 1989

 

 

     

   

    (ENCIK DASMOND DAS MICHAEL DAS)

    b.p. Pendaftar Pertubuhan,

    Malaysia

     

Disahkan bahawa maklumat di atas adalah seperti yang dicatat dalam Daftar Pertubuhan

Tarikh migrasi: 21 haribulan November 2013   No. Migrasi: WKL1302/88

Notis Mesyuarat Agung Tahunan Ke-29 ms 2 - 5

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-28 ms 6 - 11

Jawatankuasa Kerja & Pengurusan ms 12 - 14

Mesyuarat Agung Tahunan ms 15

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja ms 16

Keahlian ms 17 – 18

Jawatankuasa Kecil Perkhidmatan Awam ms 19- 23

Jawatankuasa Kecil Kebajikan ms 24 - 25

Jawatankuasa Kecil Sosial ms 26

Jawatankuasa Kecil Sukan ms 27 - 28

Jawatankuasa Kecil Majlis ms 29 - 31

Jawatankuasa Kecil Lawatan ms 32

Jawatankuasa Kecil Penerbitan ms 33

Yayasan Alumni PTD ms 34 - 35

Laporan Audit ms 36

Laporan Kewangan Tahun Berakhir ms 37 - 40

31 Disember 2018

Senarai Jawatankuasa Kerja Sejak 1989 ms 41 – 43

Catatan ms 44 - 45

PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK The Administrative and Diplomatic Officers' Alumni Association

(ALUMNI PTD)

Rujukan: PTDA.01/03

15 Mei 2019

KEPADA SEMUA AHLI ALUMNI PTD

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG KE-29

Adalah saya dengan hormatnya memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung

Tahunan yang Ke-29, Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni

PTD) akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 19hb Jun 2019 (RABU)

Jam : 3.00 petang

Tempat : Kelab Golf Perkhidmatan Awam,

Jalan Damansara, Bukit Kiara,

60000 Kuala Lumpur

2. Agenda Mesyuarat Agung kali ke-29 ini adalah, seperti berikut:

i. Ucapan Dasar Presiden;

ii. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-28 yang telah diadakan pada 10 Mei 2018;

iii. Menerima Laporan Jawatankuasa Kerja mengenai aktiviti-aktiviti bagi Tahun 2018;

iv. Menerima dan meluluskan Penyata Kira-Kira Tahun 2018 yang telah diaudit;

v. Memilih ahli-ahli Jawatankuasa Kerja dua (2) tahun sekali bagi Tempoh 2019 - 2021, seperti berikut:

a. Satu (1) orang Presiden b. Satu (1) orang Timbalan Presiden

c. Dua (2) orang Naib Presiden d. Tujuh (7) orang Ahli Jawatankuasa Kerja Biasa;

vi. Memilih dua (2) orang Pemeriksa Kira-Kira dua (2) tahun sekali bagi Tempoh 2019 - 2021;

Rumah PTD, 515 Persiaran Sultan Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur

Tel.: +603- 2602 1992 Email: [email protected] Web: ptdalumni.org

vii. Membincangkan usul-usul yang telah diterima oleh Urusetia

sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum Mesyuarat Agung dijalankan dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja, dan

viii. Ucapan Penangguhan.

Semua ahli Alumni PTD dengan ini adalah dijemput hadir ke Mesyuarat Agung

Tahunan Ke-29, Persatuan Alumni Pegawai Tadbir Dan Diplomatik. Bersama ini

disertakan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-28 yang telah diadakan pada 10

Mei 2018 yang lalu dan Laporan Tahunan 2018.

Sekian harap maklum.

Yang benar.

DATU DR. MICHAEL D. LUNJEW

Setiausaha Kehormat.

Nota: Sila sahkan kehadiran melalui telefon/SMS/Whatsapp kepada:

Dato’ Azhar Abu Bakar telefon no. 013-3374266 atau Datu Dr. Michael D. Lunjew telefon no. 012-3071951 atau

Telefon Puan Diana 03–2602 1992 atau melaui email: [email protected].

Proksi

Mengikut peraturan Fasal 7. d), kehadiran dalam Mesyuarat Agung Tahunan boleh dilakukan sendiri atau secara proksi bertulis oleh ahli. Seorang ahli tidak boleh memegang lebih daripada satu (1) proksi. Borang proksi adalah disertakan. Sila

kembalikan borang proksi yang telah diisi kepada Setiausaha Kehormat di alamat seperti di Borang Kehadiran di Lampiran A sebelum 10 Jun 2019.

Lampiran A

SETIAUSAHA KEHORMAT

Alumni PTD

Rumah Kelab PPTD

515 Persiaran Sultan Sallahuddin

50480 KUALA LUMPUR

Datu Dr. Michael D. Lunjew,

eMail: [email protected]

KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-29

PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK

(ALUMNI PTD)

Dengan hormatnya saya, ___________________________________________

Akan Hadir Maaf Tidak Dapat Hadir Hadir Secara

Proksi di Mesyuarat Agung Tahunan Ke-29 Alumni PTD pada hari Rabu, 19 Jun

2019 jam 3:00 Petang di Kelab Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Jalan

Damansara, Bukit Kiara, 60000 Kuala Lumpur.

Bagi mewakili saya di Mesyuarat Agung tersebut, saya dengan ini melantik

_________________________________________________ sebagai Proksi

saya untuk mengundi bagi pihak saya di Mesyuarat Agung Tahunan Ke-29 Alumni

PTD.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

_______________________ ______________________

(Tanda Tangan) Tarikh

Nama:__________________________________________________________

Alamat:_________________________________________________________

_________________________________________________________

Telofon:__________________ email: _________________________________

Nota: Pembawa proksi perlulah menyerahkan Surat Proksi ini semasa mendaftar

sebelum Mesyuarat bermula atau poskan kepada alamat di atas atau email kepada

[email protected] atau whatsapp ke 013-3374266 supaya sampai kepada

Setiausaha Kehormat sebelum 10 Jun 2019.

Lampiran B

PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK

(ALUMNI PTD)

BORANG PENCALONAN BAGI JAWATAN-JAWATAN DALAM JAWATANKUASA

KERJA ALUMNI PTD BAGI SESI 2019-2021

(Diisi oleh Pencadang)

Saya, ________________________________________________,

ingin mencadang Ahli/Ahli-Ahli berikut untuk bertanding bagi Jawatan/Jawatan-

Jawatan seperti dinyatakan di bawah:

Jawatan yang dipertandingkan:

1. Presiden __________________________________________________

2. Timbalan Presiden __________________________________________

3. Naib Presiden ______________________________________________

4. Naib Presiden ______________________________________________

5. Ahli Jawatankuasa Kerja Biasa _________________________________ 6. Ahli Jawatankuasa Kerja Biasa _________________________________

7. Ahli Jawatankuasa Kerja Biasa _________________________________

8. Ahli Jawatankuasa Kerja Biasa _________________________________

9. Ahli Jawatankuasa Kerja Biasa _________________________________

10.Ahli Jawatankuasa Kerja Biasa _________________________________ 11.Ahli Jawatankuasa Kerja Biasa _________________________________

12.Juruaudit ______________________________________________

13.Juruaudit ______________________________________________

PERAKUAN

Saya akui bahawa calon/calon-calon tersebut telah memberi persetujuan untuk

bertanding bagi jawatan yang berkenaan.

Tandatangan: _________________________________ Tarikh: _______________

Di sokong oleh: ________________________________ Tarikh: _______________

Tanda Tangan Penyokong: _______________________

PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK

(ALUMNI PTD)

MINIT MESYUARAT AGUNG YANG KE DUA PULUH LAPAN, PERSATUAN ALUMNI

PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK YANG TELAH DIADAKAN PADA HARI

KHAMIS, 10 MEI 2018, JAM 03:00 PETANG, BERTEMPAT DI RUMAH PPTD, 515

PERSIARAN SULTAN SALAHUDDIN, 50480 KUALA LUMPUR.

Yang Hadir:

Bil.: Nama Ahli: No. Ahli:

1. Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Sallehuddin Mohamed 44

2. Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid 180

3. Tan Sri Datuk Dr. Hadenan A. Jalil 222

4. Tan Sri Dato' Sri Dr. Haji Mohd Nasir Mohd Ashraf 483

5. Datuk Merlyn Kasimir 327

6. Datu Dr. Michael Dosim Lunjew 414

7. Pn. Ainon Haji Kuntom 363

8. Pn. Lee Meng Foon 505

9. Datuk Wira Jahaya Mat 306

10. Dato’ Dr Mat Tap Salleh 390

11. Datuk Dr. P. Manoharan 405

12. Dato’ Azizan Ayob 279

13. Datuk Yahya Baba 347

14. Datuk Muhd Feisol Haji Hassan 4

15. Datuk Abdul Malek Abdul Aziz 254

16. Datuk Dr. Mohd Ghazali Dato' Haji Md. Nor 440

17. Dato' Shahbuddin Imam Mohamad 214

18. Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob 362

19. Tan Sri Izzuddin Dali 578

20. Dato’ Zainal Abidin Ahmad 179

21. Tan Sri Dr. Muhammad Rais Abdul Karim 404

22. Dato' Abdullah Kassim 409

23. Dato' Shaari Harun 516

24. Dato' Mohd Shariff Osman 160

25. Encik Mohd Zulkifli Bin Abdul Rauf 563

26. Datin Huzaimah Mohd Yusof 446

27. Datuk Wan Awang Wan Yaacob 176

28. Dato' Seri Dr. Ishak Yeop Mohamad Shar 467

29. Puan Laila Wathiqah Judin 549

30. Dr. Agoes Salim 76

31. Tuan Haji Zainuddin Ahmad 491

32. Dato' Kalsom Abdul Rahman 391

33. Dato' Halimah Sulaiman 419

34. Dato' Abdullah Satar 417

35. Encik Md. Khalid Abdullah 241

36. Dato’ Azhar Abu Bakar 486

37. Dato' Sirajuddin Haji Salleh 463

38. Dato' Kamaruddin Mahmood 137

39. YBhg Dato' Munirah Abdullah Bajanuddin 585

40. Dato' Haji Mohamed Md. Yassin 332

Proksi:

1. Tiada

1. PENGERUSI MESYUARAT

1.1 Mengikut Peruntukan Fasal 9, Perlembagaan Persatuan Alumni Pegawai

Tadbir dan Dilpomatik (Alumni PTD) yang berkuatkuasa pada 4 Februari,

2015, Presiden diberi kuasa dan tanggungjawab untuk mempengerusikan

Mesyuarat Agung Tahunan. Dengan itu, Tan Sri Dato’ Sri Sallehuddin

Mohamad, Presiden, Persatuan Alumni PTD, memulakan Mesyuarat Agung

Tahunan Alumni PTD Ke 28 dengan mengalu-alukan ahli yang hadir.

1.2 Seterusnya, Tan Sri Presiden meminta pengesahan daripada Setiausaha

Kehormat samada korum Mesyuarat Agung Tahunan telah diperolehi.

1.3 Setiausaha Kehormat mengesahkan korum telah mencukupi dengan

kehadiran ahli lebih daripada 26 orang, iaitu, bilangan minima untuk

mencukupi korum Mesyuarat.

2. MELANTIK SETIAUSAHA BERSAMA MESYUARAT

2.1. Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid telah mencadangkan Datu Dr. Michael Lunjew

dan Dato’ Azhar Abu Bakar untuk dipilih sebagai Setiausaha Mesyuarat

Bersama dan telah dipersetujui dengan sebulat suara oleh ahli-ahli yang

hadir.

3. UCAPAN DASAR PRESIDEN

3.1. Tan Sri Presiden, dalam Ucapan Dasarnya, telah memaklumkan

berberapa perkembangan Persatuan Alumni PTD dalam tempoh setahun

yang lalu untuk makluman semua ahli.

3.2 Pertamanya, Tan Sri Presiden telah memaklumkan bahawa di Mesyuarat

Agung Tahunan Ke-28 ini, tiada pemilihan ahli Jawatankuasa Kerja yang

baru. Pemilihan hanya akan dijalankan di Mesyuarat Agung tahun Ke-29,

pada tahun 2019.

3.3 Seterusnya, beliau telah memaklumkan bahawa Pejabat Persatuan Alumni

PTD telah berpindah kembali ke Rumah PPTD di 515 Persiaran Sultan

Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur, daripada Chalet I, Kampus INTAN, Bukit

Kiara, sejak dari 1 Februari 2018 yang lalu. Tan Sri Presiden merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diatas kerjasama Pengarah

INTAN dan pegawai-pegawai INTAN semasa Persatuan Alumni PTD berada

di Chalet INTAN. Tan Sri Presiden juga merakamkan penghargaan dan

ucapan terima kasih kepada Presiden dan ahli Jawatankuasa Kerja

Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) kerana

menyediakan ruang pejabat di Rumah PPTD.

3.4. Tan Sri Presiden juga telah memaklumkan bahawa Persatuan Alumni PTD

sentiasa mendapat sokongan daripada pihak Kerajaan. Persatuan Alumni

pernah mendapat sumbangan bantuan kewangan sebanyak RM2 juta pada

tahun 2010 dan sebanyak RM500,000.00 pada tahun 2013, RM180,000.00

pada tahun 2016 dan RM50,000.00 pada tahun 2017. Faedah daripada

Simpanan Tetap sumbangan kewangan ini telah dapat menampong

perbelanjaan tahunan Persatuan.

3.5 Tan Sri Presiden juga telah menyatakan cadangan untuk menambah nilai

sumbangan permulaan Tabung Yayasan Persatuan Alumni PTD daripada

RM50,000.00, seperti yang telah diluluskan semasa Mesyuarat Agung Ke-

26 pada tahun 2016, kepada sebanyak RM Satu Ratus Ribu

(RM100,000.00). Usul mengenai cadangan ini akan dikemukakan di

mesyuarat ini nanti.

3.6 Disamping itu, Persatuan Alumni PTD sedang merancang untuk

menerbitkan sebuah jurnal Alumni PTD. Jurnal ini nanti akan memuatkan

artikel-artikel mengenai sejarah, pengalaman dan sumbangan ahli-ahli

Alumni PTD serta lain-lain artikel yang berhubung dengan Perkhidmatan

Awam di negara ini, termasuk bahan penyelidikan. Semua ahli digalakkan

menyumbang artikel yang berkaitan dan diharap sumbangan berkenaan

akan berterusan.

‘3.7 Akhirnya, Tan Sri Presiden merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

ucapan terima kasih kepada semua ahli Persatuan Alumni PTD yang telah

sudi menyumbang kepada aktiviti dan program Persatuan Alumni PTD.

Diharap sokongan dan sumbangan seperti ini dapat diteruskan di masa

hadapan.

4. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG YANG KE 27

4.1. Minit Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Alumni PTD Ke 27 yang telah

diadakan pada 22 Mei, 2017 telah disahkan atas cadangan Datuk Dr. Mohd

Ghazali Md Noor dan disokong oleh Dato’ Sirajuddin Hj. Salleh.

5. MENERIMA DAN MELULUSKAN LAPORAN KEMAJUAN TAHUNAN

5.1. Laporan Jawatankuasa Kerja bagi Tahun 2017 adalah saperti dari muka

surat 14 hingga muka surat 23 dalam Buku Laporan Tahunan Tahun

Berakhir 2017, sepertimana yang telah dikemukakan terdahulu kepada

ahli-ahli.

5.2 Datuk Dr. Mohd Ghazali Md Noor telah menarik perhatian Mesyuarat

bahawa terdapat Ketua-Ketua Perkhidmatan Awam telah terlibat secara

langsung di dalam kempen menyokong pihak Barisan Nasional pada Pilihan

Raya yang baru lepas. Tindakan tersebut telah melanggar prinsip

“neutrality” pegawai awam dari aspek penglibatan politik. Beliau

berpendapat bahawa mereka yang terlibat hendaklah meletak jawatan

dengan segera. Beliau juga meminta Alumni PTD memberitahu rasa

ketidakpuashati terhadap tindakan pegawai-pegawai berkenaan.

5.3 Beliau mencadang supaya Persatuan Alumni PTD mengadakan perjumpaan

dengan semua Ketua Setiausaha untuk membincang isu-isu berkenaan.

Beliau juga mencadangkan agar INTAN memainkan peranan lebih

berkesan di dalam menerangkan prinsip “neutrality” pegawai

perkhidmatan awam bukan sahaja di kalangan pegawai kerajaan tetapi

juga di kalangan ahli-ahli politik yang akan membentuk kerajaan baru.

5.4 Dato’ Muhd Feisol Haji Hassan menyokong penuh pandangan Datuk Dr.

Ghazali dan menyatakan, pada masa yang lepas, kesemua pegawai-

pegawai tinggi kerajaan adalah bersih dan bersikap neutral.

5.5 Tan Sri Datuk Dr. Mohamad Abdul Rais Karim turut menegaskan bahawa

pegawai-pegawai kerajaan hendaklah berpegang teguh kepada prinsip

“neutrality” perkhidmatan awam dan tidak sama sekali terlibat di dalam

politik. Beliau mencadang agar Persatuan Alumni PTD dapat mengaturkan

satu perjumpaan dengan Perdana Menteri Baru untuk mengemukakan

pendirian Persatuan mengenai perkara ini.

5.6 Tan Sri Wan Mahmood Pawanteh menarik perhatian mengenai

Memorandum Bersama Alumni PTD dan dua pihak lagi mengenai isu

pencen pegawai perkhidmatan awam yang telah dikemukakan kepada

pihak Kerajaan tetapi, setakat ini, masih tidak dapat perhatian daripada

kerajaan oleh kerana pegawai-pegawai tidak berani mengemukakannya

kepada perhatian kerajaan untuk membuat keputusan. Beliau meminta

memorandum tersebut dikemukakan semula kepada kerajaan baru ini dan

harap akan dapat perhatian sewajarnya kali ini.

5.7 Laporan Jawatankuasa Kerja bagi Tahun 2017 telah diterima atas

cadangan Datuk Dr. Mohd Ghazali Md Noor dan disokong oleh Dato’ Zainal

Abidin Haji Ahmad.

6. MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KIRA-KIRA TAHUNAN 2017

6.1. Penyata Kira-Kira Tahun 2017 yang telah diaudit adalah saperti di muka

surat 24 hingga muka surat 28 dalam Buku Laporan Tahunan Tahun

Berakhir 2017, sepertimana yang telah kemukakan terdahulu kepada ahli-

ahli.

6.2 Datuk Dr. Mohd Ghazali Mohd Nor bertanya kepada siapakah bayaran

honorarium sebanyak RM38,100 dibuat dan Bendahari Kehormat telah

menjerlaskan bahawa honorarium tersebut adalah bayaran kepada

Setiausaha Pengurusan yang berkhidmat secara sambilan.

6.3 Datuk Dr. Mohd Ghazali Mohd Nor juga ingin mengetahui sumber Terimaan

Lain-Lain sebanyak RM 73,356.90 dan Bendahari Kehormat telah

menjelaskan bahawa jumlah tersebut adalah hasil daripada Yuran

Keahlian, Royalty Buku Alumni PTD dan Faedah Simpanan Tetap,

sepertimana tercatat di muka surat 27 dalam Buku Laporan Tahunan.

6.4 Penyata Kira-Kira Tahunan Berakhir 31 Disember 2017 telah diterima dan

diluluskan atas cadangan Dato’ Sirajuddin Haji Salleh dan disokong oleh

Dato’ Seri Dr. Ishak Yeop Mohamad Shar.

7. MEMBINCANGKAN USUL-USUL YANG TELAH DITERIMA TERDAHULU

7.1. Satu Usul daripada Jawatankuasa Kerja berbunyi “Mesyuarat Agung

Tahunan Ke 28 Alumni bersetuju menambah nilai sumbangan permulaan

Yayasan Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Yayasan Alumni

PTD) di bawah Peruntukan Akta Pemegang Amanah (Perbendaharaan

1952) [Akta 258], kepada sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ratus Ribu

sahaja (RM100,000.00).”

7.2 Semasa perbahasan usul, ahli-ahli telah mencadangkan supaya

sumbangan kepada Yayasan dikecualikan daripada cukai seperti

kemudahan yang diberikan sama kepada Zakat. Juga dicadangkan adalah

supaya Yayasan cuba memperolehi keuntungan dengan terlibat di dalam

konsortium perniagaan.

7.2 Usul daripada Jawatankuasa Kerja ini supaya “sumbangan permulaan

Yayasan Alumni PTD ditambah kepada RM100,000.00” telah diluluskan

dengan sebulat suara diatas cadangan Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob dan

disokong oleh Datuk Zainal Abidin Ahmad.

8. UCAPAN PENANGGUHAN

8.1. Tan Sri Presiden mengucapkan berbanyak terima kasih di atas pandangan-

pandangan yang telah dikemukakan. Beliau berjanji bahawa Jawatankuasa

Kerja akan menelitinya secepat mungkin dan mengambil tindakan yang

sewajarnya.

8.2 Tan Sri Presiden akan mengutus surat ucapan tahniah kepada YAB Tun Dr.

Mahathir Mohamed di atas kemenangan Parti Pakatan Harapan dan

perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-7.

8.3 Tan Sri Presiden juga telah menyatakan bahawa Persatuan Alumni PTD

akan segera membentuk satu kumpulan kecil “think tank” bagi merangka

pandangan, cadangan dan perakuan Persatuan Alumni PTD kepada pihak

Kerajaan baru mengenai perkembangan Perkhidmatan Awam semasa.

8.4. Seterusnya, Tan Sri Presiden menangguhkan Mesyuarat Agung yang

Ke 27 pada jam 4.20 petang.

Disediakan oleh:

Datu Dr. Michael D. Lunjew Dato’ Azhar Abu Bakar

Setiausaha Bersama Mesyuarat Setiausaha Bersama Mesyuarat

Disahkan oleh:

Tan Sri Dato' Sri Sallehuddin Mohamed

Pengerusi Mesyuarat

1.1 Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja

Tan Sri Dato’ Sri Sallehuddin Mohamed

Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid

Tan Sri Dr. Hadenan A. Jalil

Tan Sri Dato’ Sri Dr. Haji Mohd Nasir Haji Mohd Ashraf

Datu Dr. Michael D. Lunjew

Datuk Merlyn Kasimir

Hajah Ainon Haji Kuntom, Lee Meng Foon, Datuk Wira Jahaya Mat,

Datuk Dr. P. Manoharan@Manogran, Dato’ Dr. Mohd Tap Salleh,

Dato’ Azizan Ayob, Datuk Yahya Baba

Datuk Muhd Feisol Haji Hassan, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz

Dato’ Azhar Abu Bakar Bismi Nurdiana Mohd Mahthir

1.2 Ahli-Ahli Jawatankuasa Kecil Keahlian

1. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Mohd Nasir Mohd Ashraf - Pengerusi

2. Datu Dr. Michael D. Lunjew

3. Dato’ Azhar Abu Bakar

1.3 Ahli-Ahli Jawatankuasa Kecil Perkhidmatan Awam

1. Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid - Pengerusi

2. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Mohd Nasir Haji Mohd Ashraf

3. Datu Dr. Michael D. Lunjew

4. Datuk Merlyn Kasimir

5. Dato’ Dr. Mohd Tap Mohd Salleh

6. Datuk Dr. P. Manoharan@Manogran

7. Puan Hajah Ainon Haji Kuntom

8. Puan Lee Meng Foon

9. Dato’ Azhar Abu Bakar

1.4 Ahli-Ahli Jawatankuasa Kecil Kebajikan

1. Datuk Azizan Ayob - Pengerusi

2. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Mohd Nasir Haji Mohd Ashraf

3. Datuk Yahya Baba

4. Puan Hajah Ainon Haji Kuntom

5. Dr. Zahratul Kamar Mahmud

6. Dato’ Azhar Abu Bakar

1.5 Ahli-Ahli Jawatankuasa Kecil Majlis

1. Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid - Pengerusi

2. Datu Dr. Michael D. Lunjew

3. Datuk Merlyn Kasimir

4. Dato’ Dr. Mohd Tap Mohd Salleh

5. Puan Hajah Ainon Haji Kuntom

6. Puan Lee Meng Foon

7. Datuk Rahmah Haji Kassim

8. Datuk Tunku Nazihah Tunku Mohd Rus

9. Dato’ Munirah Abdullah Bajanuddin

10. Puan Laila Wathiqah Judin

11. Puan Wan Hasmah Wan Mohd

12. Dato’ Azhar Abu Bakar

1.6 Ahli-Ahli Jawatankuasa Kecil Sosial

1. Hajah Ainon Haji Kuntom - Pengerusi

2. Puan Wan Hasmah Wan Mohd

3. Puan Laila Wathiqah Judin

4. Dato’ Munirah Abdullah Bajanuddin

5. Dato’ Azhar Abu Bakar

6. Puan Bismi Nurdiana Mohd Mahthir

1.7 Ahli-Ahli Jawatankuasa Kecil Sukan Golf

1. Datuk Yahya Baba - Pengerusi

2. Datuk Wira Jahaya Mat

3. Dato’ Azizan Ayob

4. Encik Johari Kandar

5. Datuk Khalid Ismail

6. Encik Jaswinder Singh

7. Puan Bismi Nurdiana Mohd Mahthir

1.8 Ahli-Ahli Jawatankuasa Kecil Rekreasi Sosial

1. Puan Lee Meng Foon - Pengerusi

2. Dato’ Patricia Chia Yoon Moi

3. Cik Yap Siew Hong

4. Puan Grace Ong Okuda

5. Puan Laila Wathiqah Judin

6. Puan Mary A.Fernandez

7. Puan Saraswathy Rajagopal

8. Puan Bismi Nurdiana Mohd Mahthir

1.9 Ahli -Ahli Jawatankuasa Kecil Penerbitan

1. Datuk Dr. P. Manoharan@Manogran - Pengerusi

2. Datu Dr. Michael D. Lunjew

3. Datuk Merlyn Kasimir

4. Dato’ Dr. Mohd Tap Mohd Salleh

5. Puan Lee Meng Foon

6. Encik Liew Swee Liang

7. Dato’ Azhar Abu Bakar

2.1 Mesyuarat Agung Tahunan Ke-28 telah diadakan pada Isnin, 20 Mei 2018 jam 3 petang di Rumah PPTD, 515 Persiaran Sultan Salahuddin, 50480

Kuala Lumpur. Mesyuarat telah dihadiri oleh seramai 40 orang ahli.

2.2 Mesyuarat kali ini telah meluluskan Laporan Tahunan 2017 dan Penyata

Kewangan Tahun Berakhir 31 Haribulan Disember 2017 yang dibentangkan.

2.3 Di antara lain, keputusan Mesyuiarat ialah:

i. Meluluskan resolusi bagi menambah Sumbangan Permulaan olehPersatuan Alumni PTD kepada Yayasan Alumni PTD, daripada

RM50,000.00 kepada RM100,000.00;

ii. Mesyuarat telah mengambil maklum terhadap cadangan supaya

sumbangan kepada Yayasan dikecualikan daripada cukai sepertikemudahan yang diberikan sama kepada Zakat;

iii. Mesyuarat juga mengambil maklum cadangan supaya Yayasan cubamemperolehi keuntungan dengan terlibat di dalam konsortium

perniagaan;

iv. Mesyuarat telah mengambil maklum bahawa Tan Sri Presiden akan

mengutus surat ucapan tahniah kepada YAB Tun Dr. MahathirMohamed di atas kemenangan Parti Pakatan Harapan danperlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-7; dan

v. Persatuan Alumni PTD akan segera membentuk satu kumpulan kecil

“think tank” bagi merangka pandangan, cadangan dan perakuan

Persatuan Alumni PTD kepada pihak Kerajaan baru mengenai

perkembangan Perkhidmatan Awam semasa.

3.1 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja pada tahun 2018, telah diadakan sebanyak

10 kali, pada tarikh-tarikh berikut:

i. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bil. 1/18 pada Hari Isnin, 22 Januari

2018 jam 3 petang, di Bilik Mesyuarat, Rumah PPTD, Kuala Lumpur;

ii. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bil. 2/18 pada Hari Selasa, 27

Februari 2018 jam 3 petang, di Bilik Mesyuarat, Rumah PPTD, Kuala

Lumpur;

iii. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bil. 3/18 pada Hari Khamis, 22 Mac

2018 jam 3 petang, di Bilik Mesyuarat, Rumah PPTD, Kuala Lumpur;

iv. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bil. 4/18 pada Hari Khamis, 26 April

2018 jam 3 petang, di Bilik Mesyuarat, Rumah PPTD, Kuala Lumpur;

v. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bil. 5/18 pada Hari Jumaat, 29 Jun

2018 jam 3 petang, di Bilik Mesyuarat, Rumah PPTD, Kuala Lumpur;

vi. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bil. 6/18 pada Hari Selasa, 24 Julai

2018 jam 10:00 pagi, di Bilik Mesyuarat, Rumah PPTD, Kuala

Lumpur;

vii. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bil. 7/18 pada Hari Selasa, 14 Ogos

2018 jam 10:00 pagi, di Bilik Mesyuarat, Rumah PPTD, Kuala

Lumpur;

viii. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bil. 8/18 pada Hari Selasa, 18

September 2018 jam 10:00 pagi, di Bilik Mesyuarat, Rumah PPTD,

Kuala Lumpur;

ix. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bil. 9/18 pada Hari Selasa, 23

Oktober 2018 jam 10:00 pagi, di Bilik Mesyuarat, Rumah PPTD,

Kuala Lumpur; dan

x. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bil. 10/18 pada Hari Khamis, 06

Disember 2018 jam 10:00 pagi, di Bilik Mesyuarat, Rumah PPTD,

Kuala Lumpur;

4.1 Jumlah Keahlian:

Jumlah keahlian Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 31

Disember 2018, ialah seramai 627 orang. Seramai 34 orang ahli baru telah

mendaftar sebagai ahli Alumni PTD yang baru manakala seramai 16 orang

ahli telah meninggal dunia di sepanjang tahun 2018.

4.2 Ahli-ahli baru Alumni PTD:

i. Encik Mohamed Anuar Mohamed Zainun, Ahli No. 594;

ii. Dato' Sri Sakib Bin Kumin, Ahli No. 595

iii. Dato' Mahamed Bin Hussain, Ahli No. 596;

iv. Encik Jaswinder Singh, Ahli No. 597;

v. Encik Noordin Azhari, Ahli No. 598;

vi. Encik Abdullah Zawawi Hj. Hassan, Ahli No. 599;

vii. Encik Mohd Danil Bin Husni, Ahli No. 600;

viii. Encik Zulkifli Bin Hamzah, Ahli No. 601;

ix. Encik Kamarudin Ghafar, Ahli No. 602;

x. Encik Md Alias Ibrahim, Ahli No. 603;

xi. Encik Kamaruzaman Yaacob, Ahli No. 604;

xii. Dato' Musa Bin Muhamad, Ahli No. 605;

xiii. Dato' Sri Ismail Bin Ahmad, Ahli No. 606;

xiv. Encik Shaharuddin Bin Othman, Ahli No. 607;

xv. Encik Kamaruddin Bin Daud, Ahli No. 608;

xvi. Encik Zulkepli Bin Ahmad, Ahli No. 609;

xvii. Dato' Khairuddin Bin Ibrahim, Ahli No. 610;

xviii. Dato' Sopian Bin Ahmad, Ahli No. 611;

xix. Encik Md Silmi Bin Abd Rahman, Ahli No. 612;

xx. Encik Hassan Bin Manaf, Ahli No. 613;

xxi. Datin Mariah Binti Mahmud, Ahli No. 614;

xxii. Tunku Datuk Nazihah Binti Tunku Mohd Rus, Ahli No. 615;

xxiii. Dato' Rohani Binti Musa, Ahli No. 616;

xxiv. Puan Zarina Binti Ali Merican, Ahli No. 617;

xxv. Puan Norbee Binti Abdul Hamid, Ahli No. 618;

xxvi. Encik Idris Bin Yakob, Ahli No. 619;

xxvii. Dr. Ibrahim Bin Abu Ahmad, Ahli No. 620;

xxviii. Dato' Harun Rawi, Ahli No. 621;

xxix. Encik Wan Abdul Aziz Bin Wan Mahmood, Ahli No. 622;

xxx. Datuk Mohamed Bin Jusoh, Ahli No. 623;

xxxi. Dato' Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Ahli No. 624;

xxxii. Dato' Than Tai Hing, Ahli No. 625;

xxxiii. Datuk Zahari Abdul Aziz, Ahli No. 626; dan

xxxiv. Datuk Kamilan Bin Maksom, Ahli No. 627

4.3 Manakala, ahli yang telah meninggal dunia di sepanjang tahun 2018,

ialah:

Nama: Tarikh Meninggal:

i. Tan Sri Dato' Ishak Tadin, 05 Februari 2018;

ii. Tuan Haji Ahmad Ajmain, 14 Mac 2018;

iii. Tan Sri, Datuk Paduka Mazlan Ahmad, 31 Mac 2018;

iv. Tan Sri Zakaria Haji Mohd Ali, 10 April 2018;

v. Tan Sri Dato' Seri Elyas Omar, 15 Mei 2018;

vi. Dato'Seri Mohamed KhaIil Haji Hussein, 20 Mei 2018;

vii. Tan Sri Datuk Seri Utama Hashim Aman, 21 Mei 2018;

viii. Dato' Haji Abu Ishak Bin Haji Ahmad, 18 Julai 2018;

ix. Datuk Harun Baba, 26 Julai 2018;

x. Encik Abas Bin Haji Ahmad, 07 Ogos 2018;

xi. Tan Sri, Dato' Seri Utama (Dr.) Hj. Abu Hassan Omar, 08 September 2018;

xii. Datin Huzaimah Mohd Yusof, 06 Oktober 2018;

xiii. Dato' Shaharuddin Haron, 16 Oktober 2018;

xiv. Tuan Haji Abdul Razak Mohd Nordin, 30 November 2018;

xv. Dato' Shahbuddin Imam Mohamad, 12 Disember 2018; dan

xvi. Tun (Dr.) Abdullah Ayub, 13 Disember 2018.

5.1 Pertemuan YAB Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, Perdana Menteri

Malaysia dengan Alumni PTD.

5.1.1 Sebaik sahaja peralihan kuasa kepada Kerajaan baru selepas

Pilihan Raya ke 14, pada 10 Mei 2018, Alumni PTD telah

mengadakan pertemuan dengan YAB Tun Dr. Mahathir Bin

Mohamad, Perdana Menteri Malaysia Ke-7, pada hari Jumaat, 27

Julai 2018 jam 11:00 pagi bertempat di Yayasan Al-Bukhary,

Taman Tasik Perdana,Kuala Lumpur. Seramai 19 orang ahli Alumni

PTD yang terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa Kerja dan ahli-

ahli Alumni telah menghadiri majlis pertemuan ini. Rombongan

Alumni PTD diketuai oleh Tan Sri Dato’ Sri Sallehuddin Mohamed,

Presiden Alumni PTD.

5.1.2 Di antara perkara-perkara yang telah dibincangkan ialah bagi

Alumni PTD membantu menyediakan program orientasi yang

sesuai untuk Anggota Pentadbiran (Menteri dan Timbalan Menteri).

5.2 An Orientation Programme For Members Of The Adminstration: A

Proposal.

5.2.1 Di antara tujuan utama program ini adalah untuk:

a. Memberi peluang kepada Anggota Pentadbiran yang baru

mendapat pandangan menyeluruh bagaimana sector awam

dibentuk dan dijalankan;

b. Memberikan maklumat mengenai undang-undang, peraturan-

peraturan, system dan proses bagi mempastikan tadbir urus

yang baik dan ‘the rule of law’; dan

c. Menyampaikan etika dan “the code of conduct” yang

diharapkan daripada para ahli Anggota Pentadbiran semasa

menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.

5.2.2 Kertas cadangan yang telah disediakan telah diserahkan kepada

Pejabat Perdana Menteri dan INTAN untuk pertimbangan dan

pelaksanaannya. INTAN telah melaksanakan program ini pada hari

Ahad, 9 Disember 2018 dari jam 8:30 pagi hingga 5:30 petang

bertempat di Hotel Marriot Putrajaya. Presiden dan beberapa orang

ahli Jawatankuasa Kerja Alumni PTD telah turut hadir.

5.3 Sesi Town Hall Bersama YAB Perdana Menteri

5.3.1 Presiden dan beberapa orang ahli Jawatankuasa Kerja Alumni PTD

telah menghadiri Sesi Town Hall Bersama YAB Perdana Menteri

pada hari Rabu, 15 Ogos 2018 bertempat di Pusat Konvensyen

Antarabangsa Putrajaya. Sesi ini adalah anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan

Diplomati (PPTD), bagi menyampaikan maklumanbalas mengenai

isu-isu semasa yang sedang dihadapi oleh pegawai-pegawai

Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik.

5.4 Pertemuan Alumni PTD Dengan KPPA

5.4.1 Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid, Timbalan Presiden bersama

beberapa orang ahli Jawatankuasa Kerja Alumni PTD telah bertemu

dengan Datuk Borhan Bin Dollah, Ketua Pengarah Perkhidmatan

Awam yang baru, pada 28 Ogos 2018.

5.4.2 Di antara perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Alumni

PTD, ialah:

a. Alumni PTD sedia membantu dalam mendapatkan kembali

“trust, confidence and dependence of the Government”

terhadap Perkhidmatan Awam;

b. Alumni PTD telah menwujudkan Kumpulan Kecil “Think Tank”

bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan serta telah

mengemukakan Memorandun kepada YAB Perdana Menteri,

Malaysia untuk pertimbangan pihak Kerajaan;

c. Alumni PTD telah dimaklumkan bahawa pihak Kerajaan tidak

mendapat sokongan penuh serta ‘neutrality’ di kalangan

Penjawat Awam;

d. Anggota Pentadbiran (Menteri dan Timbalan Menteri) adalah

baru dan tidak ada pengalaman sebagai Anggota Pentadbiran

dan memerlukan nasihat daripada Ketua-Ketua Setiausaha

serta Ketua-Ketua Jabatan.

5.4.3 Sehubungan dengan itu, Alumni PTD berpendapat bahawa adalah

wajar peranan dan kerjasama di antara ‘the three wise men” iaitu

KSN, KPPA dan KSP di perkukuhkan semula.

5.5 Forum “Neutrality of the Public Service”

5.5.1 Satu lagi kertas yang telah dikemukakan kepada INTAN ialah Kertas

Cadangan bagi menganjurkan sebuah forum mengenai “Neutrality of the

Public Service’ pada 30 April 2019. Disebabkan beberapa perkara yang

tidak dapat dielakkan, forum ini terpaksa ditangguhkan oleh pihak INTAN

sehingga selepas hari raya 2019.

5.6 Syarahan Perdana

5.6.1 Syarahan Perdana yang pada awalnya dirancangkan pada awal tahun 2019

juga telah ditangguhkan sehingga bulan Julai 2019. Ini disebabkan

Penyampai Syarahan Perdana yang dicadangkan, ia itu, Prof Jomo Kwame

Sundaram terlalu sibuk Beliau ialah salah seorang daripada “council of

elders”. Prof Jomo dicadang menyampaikan syarahan mengenai isu-isu

semasa perkembangan ekonomi negara.

6.1 Ceramah Kesihatan Penyakit Kanser

6.1.1 Ceramah Kesihatan Mengenai Penyakit Kanser telah diadakan pada

hari Jumaat, 13 April 2018 jam 3 petang bertempat di Rumah PTD.

Seramai 40 orang ahli Alumni bersama suami atau isteri, telah

hadir. Ceramah telah disampailan oleh dua orang pakar Penyakit

Kanser, iaitu Dr. Ahmad Radzi dari Johor Baru dan Dr. Azlina Azizan.

6.2 Ceramah Keluarga “Risk of Falling”

6.2.1 Ceramah keluarga mengenai risiko jatuh yang sering dihadapi

semasa peringkat usia emas ini telah diadakan pada hari Sabtu, 10

November 2019 di Rumah PTD. Seramai 50 orang ahli Alumni PTD

bersama keluarga telah menghadiri ceramah yang telah

disampaikan oleh pakar dan penceramah daripada Apple

Physiotherapy Centre PJ.

7.1 Majlis Tahlil & Iftar Alumni

7.1.1 Seperti di tahun-tahun yang lalu, Majlis Tahlil dan Iftar Alumni PTD

2018 telah dilangsungkan di Roof Top Garden, Sime Darby

Convention Center pada hari Rabu, 30 Mei 2019. Seramai 80 orang

ahli Alumni PTD telah menghadiri majlis ini.

7.2 Majlis Hari Raya Aidilfitri Alumni PTD

7.2.1 Majlis Hari Raya Aidifitri Alumni PTD 2018 telah diadakan pada hari

Rabu, 27 Jun 2018 jam 8:00 malam bertempat di Ballroom, Royal

Lake Club, Kuala Lumpur.Seramai 170 orang ahli Alumni PTD

Bersama suami/isteri telah menghadiri majlis ini.

7.3 Sambutan Hari Wanita Antarabangsa Alumni PTD 2018

7.3.1 Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa Alumni PTD 2018 telah

diadakan pada Sabtu, 17 Mac 2018 bermula dari jam 8 pagi hingga

1 tengah hari bertempat di Rumah PTD. Seramai kira-kira 30 orang

ahli telah hadir. Alumni PTD berharap agar aktiviti-aktiviti bagi ahli-

ahli wanita diadakan lebih kerap lagi serta melibatkan suami dan

keluarga.

8.1 Golf Silatulrahim Alumni PTD 2018

8.1.1 Pertandingan Golf Silaturrahim Alumni PTD 2018 telah diadakan

pada hari Selasa, 6 Mac 2018 bertempat di Kelab Golf Perkhidmatan

Awam, Kuala Lumpur. Seramai 88 orang telah mengambil bahagian

dan pertandingan ini telah dimenangi oleh Encik Johari Kandar (1),

Encik Jaswinder Singh A/L Bariam Singh (2) dan Tuan Haji Mohd

Radi Zun (3)

8.2 Pertandingan Golf Persahabatan Alumni PTD vs ExPDRM

8.2.1 Pertandingan Golf Persahabatan Alumni PTD – ExPDRM 2018 telah

diadakan pada hari Rabu, 8 Ogos 2018 bertempat di Nilai Spring

Golf & Country Club, Nilai, Negeri Sembilan. Seramai 60 orang

pemain satu pasukan telah mengambil bahagian dan pertandingan

ini telah dimenangi oleh Pasukan ExPDRM.

9.1 Majlis Makan Malam Dwi-Tahunan Alumni PTD 2018

9.1.1 Majlis Makan Malam Dwi-Tahunan 2018 bertemakan “Malam

Menyumbang Bakti” telah diadakan di Mutiara Ballroom, Hotel

Royale Chulan Damansara, Mutiara Damansara, Petaling Jaya pada

hari Ahad, 25 November 2018 jam 8:00 malam.

9.1.2 Majlis telah diserikan dengan kehadiran YAB Perdana Menteri

Malaysia, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad Bersama isteri YABhg Tun

Dr. Siti Hasmah Binti Mohd Ali. Seramai 365 orang ahli Alumni PTD

bersama suami atau isteri mereka telah hadir.

9.1.3 Acara kemuncak di majlis ini ialah Pelancaran Yayasan Amanah

Alumni PTD oleh YAB Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad.

10.1 Lawatan Sosial Alumni PTD Ke- Xi'an, Republik Rakyat China

10.1.1 Jawatankuasa Kecil Lawatan telah mengaturkan Lawatan Sosial

Alumni PTD ke Xi’an, Republik Rakyat Cina dari 15 hingga 20

Oktober 2018. Serama 24 peserta yang terdiri daripada ahli-ahli

Alumni PTD bersama suami dan isteri masing-masing telah turut

menyertai lawatan ini. Lawatan diketuai oleh Datuk Yahya Bin

Baba, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Lawatan.

11.1 Penerbitan Buletin

11.1.1 Jawatankuasa Kecil Penerbitan telah sempat menerbitkan satu

Edisi Buletin Alumni PTD sahaja, iaitu keluaran pada Bulan Ogos

2018.

11.2 Penerbitan Buku Alumni PTD

11.2.1 Jawatankuasa Kecil Penerbitan merancang untuk menerbitkan

sebuah buku koleksi penulisan ahli-ahli bertemakan kepada

“Administrative and Diplomatic Service: Past to Present”, yang

akan diberi tajuk “From Federal House to Putrajaya”. Penerbitan

buku ini masih sedang diusahakan.

12.1 Majlis Pelancaran Yayasan Alumni PTD

12.1.1 Yayasan Alumni PTD telah dipemerbadankan pada 12 Disember

2018, di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952,

oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana

Menteri.

12.1.2 Objektif Yayasan Alumni PTD yang termaktub dalam Surat Ikatan

Amanah yang telah didaftarkan, adalah:

a. Memberi sumbangan kepada badan-badan dan individu

sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosialnya,

termasuk golongan miskin dan kurang bernasib baik, tanpa

mengira kaum, bangsa dan agama dan memberi bantuan

kepada mereka yang terjejas oleh bencana alam, seperti

kebakaran dan gempa bumi;

b. Menjalankan aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada

kebajikan ahli-ahli Persatuan Alumni PTD; dan

c. Membiayai program dan aktiviti yang terus menyumbang kearah

kemajuan perkhidmatan awam.

12.1.3 Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Alumni PTD yang telah

dilantik bagi tempoh 3 tahun mengikut Surat Ikatan Amanah

yang telah diluluskan, adalah:

a. Pengerusi: Tan Sri Dato’ Sri Sallehuddin Bin Mohamed;

b. Timbalan Pengerusi: Tan Sri Nuraizah Binti Abdul Hamid;

c. Ahli: Datuk Dr. David Chua Kok Tee;

d. Ahli: Tan Sri Mustafa Bin Mansur; dan

e. Ahli: Datuk Maznah Binti Abdul Hamid

12.1.4 Majlis Pelancaran Yayasan Amanah Alumni PTD telah

disempurnakan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, Perdana

Menteri Malaysia, semasa Majlis Makan Malam Dwi-Tahunan

Alumni PTD pada hari Ahad, 25 November 2019 bertempat di Hotel

Royale Chulan Damansara, Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

12.1.5 Pada akhir tahun 2019, Alumni PTD merancang untuk

menganjurkan satu Majlis “Fund Raising Dinner” bagi tujuan

mengisi tabung Wang Amanah Yayasan Alumni PTD.

PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK

( ALUMNI PTD )

LAPORAN JURU AUDIT

Kami telah mengaudit Kunci Kira-Kira tersebut dan Akaun Pendapatan dan

Perbelanjaan berkenaan dengan Akaun Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan

Diplomatik bagi Tahun Berakhir pada 31 Haribulan Disember 2018.

Mengikut pendapat kami, Kunci Kira-Kira dan Akaun Pendapatan dan

Perbelanjaan bersama dengan catatan-catatan kepada kira-kira itu adalah

mengikut peraturan betul untuk menunjukkan keadaan yang benar dan

pemandangan sederhana mengenai Akaun Persatuan tersebut mengikut

maklumat-maklumat dan penerangan-penerangan yang diberikan kepada

kami dan seperti yang ditunjukkan dalam buku kira-kira.

Juru Audit Dalam Alumni PTD

DATUK MUHD FEISOL HAJI HASSAN DATUK ABDUL MALIK ABDUL AZIZ

Bertarikh: Mei 2019 Bertarikh: Mei 2019

PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK

PENYATA KIRA-KIRA TAHUN 2018

PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN UNTUK TAHUN BERAKHIR

31 DISEMBER 2018

2017 2018

RM Nota RM

Penerimaan (Receipts)

2,000.00 Yuran Masuk 3,400.00

50,000.00 Sumbangan Dana Dari Kerajaan

71,243.61 Keuntungan Simpanan Tetap Di Bank Rakyat 56,712.90

113.29 Royalty Buku "At the Forefront of Nation Building" 47.03

11,611.00 Sumbangan Dari Ahli 1 5,721.00

750.00 Terimaan-Terimaan Lain 2 142,384.70

135,717.90 208,265.63

Pembayaran (Payments)

31,900.00 Gaji & Elaun 28,968.00

354.00 Tuntutan Perubatan 352.00

3,991.00 Caruman KWSP 7,488.00

38,100.00 Honorarium Setiausaha Pengurusan 39,600.00

Saguhati Pembersihan Pejabat 1,800.00

21.00 Tuntutan Perjalanan 137.00

3,588.39 Setem Dan Pos 3,736.92

1,013.85 Perhubungan Telefon Dan Internet 2,488.65

24,679.09 Alat Tulis, Percetakan & Perabot Kecil

Pejabat

3 15,121.21

2,383.80 Keraian 4 6,828.40

600.00 Sewaan Peralatan

500.00 Kontrak Hos Laman Web 530.00

1,300.00 Hadiah Dan Derma

2,946.80 Mesyuarat Agung 5 7,055.55

14,155.80 Seminar Dan Forum

27,493.20 Aktiviti Sosial 6 32,020.16

5,768.62 Aktiviti Kebajikan 7 5,572.15

9,023.80 Aktiviti Sukan 8 27,423.75

Lawatan Ke Xi'an 9 65,904.00

Majlis Makan Malam Dwi-Tahunan 2018 10 68,246.80

365.56 Penyelenggaraan & Ubahsuai Pejabat 11 108,062.40

Pendaftaran Yayasan Amanah Alumni PTD 350.00

72.12 Caj Bank 77.50

993.02 Perbelanjaan GST 6% 1.05

2,555.23 Susut Nilai Aset Tetap 1,651.96

171,805.28 423,415.50

-36,087.38

Lebihan (Kurangan)

-215,149.87

PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK

KUNCI KIRA-KIRA PADA 31 DISEMBER 2018

2017 2018

RM RM

Aset Tetap

2,867.60 Peralatan Pejabat 1,444.20

3,520.36 Peralatan Elektronik 3,291.80.

6,387.96 4,736.00

Aset Semasa

293,970.93 Wang Dalam Akaun Semasa Maybank Islamic 192,421.35

160.42 Wang Runcit Ditangan 20.04

1,526,607.95 Simpanan Tetap Di Bank Rakyat 1,414,800.00

1,820,739.30 1,607,241.39

1,827,127,26 Aset Semasa Bersih 1,611,977.39

Modal

1,863,214.64 Tahun Sebelum 1,827,127.26

-36,087.38 Lebihan/(Kurangan) Tahun Semasa -215,149.87

1,827,127.26 1,611,977.39

Saya / kami dengan ini mengesahkan bahawa Penyata dan Kunci Kira-Kira yang diberikan

adalah benar dan betul dari pengetahuan dan kepercayaan saya / kami.

Datuk Merlyn Kasimir

Bendahari Kehormat

RM RM

Nota 1 Sumbangan Dari Ahli 5,721.00

Majlis Hari Raya Aidilfitri Alumni PTD 2018 1,240.00 Majlis Tahlil & Iftar Alumni PTD 2018 4,481.00

Nota 2 Terimaan-Terimaan Lain 142,384.70 Lawatan Ke Xi'an 65,904.00

Majlis Makan Malam Alumni PTD 2018 50,700.00 Golf Salitulrahim Alumni PTD 2018 12,570.00

Golf Persahabatan Alumni PTD - ExPolis 13,210.70 Nota 3 Alat Tulis, Percetakan & Perabot Kecil Pejabat 15,121.21

Kertas Dan Alat Tulis 3,426.40 Ink & Toner Printer 1,393.60

Cetak Buletin Dan Kad Nama 6,025.00 Perabut Kecil 1,075.76 Configure & Driver Installation Printers 100.00

Potret Presiden Dahulu & Sekarang 300.00 1 Unit Mesin Shredder 172.45

1 Unit Desktop HP Slimline, Monitor LED 2,628.00 Nota 4 Keraian 6,828.40

Majlis Penghargaan Presiden 659.00 Makan Minum Semasa Mesyuarat 4,008.80

Perkhidmatan Juru Gambar Perjumpaan YAB PM 1,200.00 Ulangtahun Kelahiran Ke-86 Tan Sri Presiden 200.00

Ulangtahun Kelahiran Ke-90 Tan Sri Arshad Ayob 310.60 Ulangtahun Kelahiran Tan Sri Chong Hong

Nyan 450.00

Nota 5 Mesyuarat Agung 7,055.55

Percetakan Buku Laporan Tahunan 4,700.00 Backdrop Mesyuarat Agung Tahunan Ke-28 55.55 Perkhidmatan Management Account 2017 1,700.00

Jamuan Hi-Tea Mesyuarat Agung Tahunan 600.00

Nota 6 Aktiviti Sosial 32,020.16 Majlis Tahlil & Iftar Alumni PTD 8,296.10 Majlis Hari Raya Royal Alumni PTD 19,643.06

Kad Selamat Hari Raya & Kad Jemputan 4,081.00

Nota 7 Aktiviti Kebajikan 5,572.15 Hari Wanita Antarabangsa Alumni PTD 3,475.45 Ceramah Kesihatan - Penyakit Kanser 644.50

Ceramah Kesihatan - 'Risk of Falling' 1,452.20

Nota 8 Aktiviti Sukan 27,423.75

Golf Salitulrahim Alumni PTD 2018 14,384.65

Golf Salitulrahim Alumni PTD Vs Ex-Polis 2018 13,039.10

Nota 9 Lawatan Sosial Ke Xi'an 65,904.00

Tiket Penerbangan AirAsia untuk 19 Orang 22,296.20

Sedunia Travel Services Sdn. Bhd. 43,607.80

Nota 10 Majlis Makan Malam Dwi-Tahunan Alumni PTD 2018 68,246.80

Sajian Makanan Majlis Makam Malam 51,000.00

Percetakan Kad Jemput dan Buku Program 3,520.00

Backdrop Majlis 485.80

Bayaran Perkhidmatan Juru Acara Majlis 3,000.00

Saguhati Bacaan Doa 200.00

Perkhidmatan Juru Gambar 1,500.00

Perkhidmatan Muzik String Quartet 2,500.00

Perkhidmatan Sound System 2,500.00

Perkhidmatan Live Feed 2,500.00

Lunch & Dinner Petugas 1,041.00

Nota 11 Penyelenggaraan Aset Tetap Dan Ubahsuai Pejabat 108,062.40

Perpindahan & Kebersihan Pejabat Di INTAN 2,700.00

Kerja-Kerja UbahSuai Pejabat Alumni PTD 103,212.40

Pemasangan Cable Optic Unifi 300.00

Signage Pejabat & Tanda Nama Di Pintu 1,850.00

Nota 12 Simpanan Tetap Di Bank Rakyat Bangsar No. Akaun: 3-043-100980-6

SIJIL Pelaburan

Pokok Pada

01.01.2018

Keuntungan

Pada 2018

Jumlah Pada

08.12.2018

Pengeluaran

Pada

09.12.2018

JUMLAH

PADA 31.12.2018

RM RM RM RM RM

F0907224 200,000.00 7,400.00 207,400.00 - 207,400.00

F0907229 200,000.00 7,400.00 207,400.00 - 207,400.00

F0824910 225,321.59 8,382.58 233,704.17 33,704.17 200,000.00

F0824920 225,321.59 8,382.58 233,704.17 33,704.17 200,000.00

F0824925 225,321.59 8,382.58 233,704.17 33,704.17 200,000.00

F0824927 225,321.59 8,382.58 233,704.17 33,704.17 200,000.00

F0824933 225,321.59 8,382.58 233,704.17 33,704.17 200,000.00

1,526,607.95 56,712.90 1,583,320.85 168,520.85 1,414,800.00

PRESIDEN

Tun Abdullah Mohd Salleh, Tan Sri Dato’ Sri Sallehuddin Mohamed, 1989 – 1997 1997 – Kini

TIMBALAN PRESIDEN

Tan Sri Hashim Aman, 1989 – 1993 Dato’ Dr. Abdullah Sanusi Ahmad, 1993 – 1995

Tan Sri Osman S. Cassim, 1995 – 1999 Dato’ Sri Mohd Khalil Haji Hussein, 1999 – 2009

Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid, 2009 – Kini

NAIB PRESIDEN Dato’ Dr. Abdullah Sanusi Ahmad, 1989 – 1992

Tan Sri Osman S. Cassim, 1992 – 1995

Tan Sri Dato‘ Sri Abdul Rahim Mohamad, 1995 – 2001 Dato’ Wan Mansor Abdullah, 1999 – 2011

Tan Sri Haji Hanafiah Ahmad, 2005 – 2009 Datuk Dr. Abdullah Abdul Rahman, 2011 – 2016 Tan Sri Dato’ Dr. Hadenan A. Jalil, 2009 – Kini

Tan Sri Dato’ Sri Dr. Haji Mohd Nasir Mohd Ashraf, 2017 – Kini

SETIAUSAHA KERHORMAT Tan Sri Dato‘ Sri Abdul Rahim Mohamad, 1989 – 1993

Dato’ Abu Bakar Haji Mohd Said, 1993 – 1997 Dato’ Rommel Josef, 1997 – 2009

Datu Dr. Michael D. Lunjew, 2009 – Kini

BENDAHARI KEHORMAT Datuk Muhd Feisol Haji Hassan, 1989 – 1995

Dato’ Mohd Noor Ismail, 1995 – 2001 Dato’ Khalid Ismail, 2001 – 2015

Datuk Merlyn Kasimir, 2015 – Kini

AHLI-AHLI JAWATANKUASA

Tan Sri Ramon V. Navaratnam, 1989 – 1992 Tan Sri Osman S. Cassim, 1989 – 1992

Tan Sri Radin Soenarno, 1989 – 1992 Tan Sri Arshad Ayub, 1989 – 1992

Encik Lee Cheng Yan, 1989 – 1994 Dato’ Baharuddin Musa, 1989 – 2000

Tan Sri Datuk Seri Utama Hashim Aman, 1993 – 1994

Dato’ Baharuddin Musa, 1989 – 2000 Tan Sri Alwi Jantan, 1993 – 1994

Tan Sri Dato‘ Sri Abdul Rahim Mohamad, 1993 – 1995 Dato’ Dr. M. Shanmughalingam, 1993 – 2005 Datuk Muhd Feisol Haji Hassan, 1995 – 2003

Dato’ Rommel Josef, 1995 – 1996 Haji Azmil Haji Mohd Daud, 1995 – 2005

Haji Mohd Saadullah Suhaimi, 1995 – 2007 Dato’ Abu Bakar Haji Mohd Said, 1997 – 1998

Datuk Shaharuddin Haron, 1999 – 2000

Dato’ Mohd Sharif Osman, 2001 – 2005 Dato’ Shamsuddin Dahlan, 2003 – 2005

Dato’ Shahabudin Imam Mohamed, 2003 – 2005 Dato’ Ahmad Zabri Ibrahim, 2003 – 2007

Dato’ Noh Haji Abdullah, 2003 – 2009

Dato’ Pahamin A. Rejab, 2005 – 2007 Hajah Ainon Binti Kuntom, 2006 – Kini

Dato’ Wahiduddin Wahab, 2007 Encik Kassim Sarbani, 2007

Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid, 2007 – 2009

Dato’ Wira Jahaya Bin Mat, 2007 – Kini Dato’ Halifah Esa, 2009 – 2010

Dato’ Abdul Majit Ahmad Khan, 2009 – 2016 Tan Sri Dato’ Sri Dr. Mohd Nasir Mohd Ashraf, 2012 – 2017

Datuk Merlyn Kasimir, 2007 – 2015

Dato’ Dr. Mohd Tap Salleh, 2009 – Kini Dato’ Dr. Mohamed Ghazali Haji Mohd Noor, 2011 – 2012

Puan Lee Meng Foon, 2012 – Kini Datuk Yahya Bin Baba, 2016 – Kini

Dato’ Azizan Ayob, 2017 – Kini

Datuk Dr. P. Manogran@Manoharan, 2017 – Kini

JURU AUDIT Haji Mohd Saadullah Suhaim, 1989 – 1992

Encik Mohd Shamsuddin Mohd Noor, 1989 – 1992 Dato’ Haji Ahmad Saadi, 1992 – 1994

Dato’ Syed Zainal Abidin Jamalullail, 1993 – 1998 Dato’ Wan Mansor Abdullah, 1995 – 1998

Dato’ Khalid Haji Ismail, 1999 – 2000

Dato’ Sulaiman Abdullah, 1999 – 2000 Tan Sri Haji Hanafiah Ahmad, 2001 – 2005

Dato’ Abu Bakar Haji Mohd Said, 2001 – 2005 YDH Tan Sri Dato' Paduka Raja Wan Mahmood Bin Pawanteh, 2005 – 2010

Haji Azmil Haji Mohd Daud, 2005 – 2015

Dato’ Muhd Feisol Haji Hassan, 2011 – Kini Datuk Abdul Malek Abdul Aziz, 2015 – Kini

SETIAUSAHA PENGURUSAN

Encik C. Ayadurai, 1991 – 2011 Encik Ramse Bin Ablah, 2011 – 2012 Dato’ Azhar Abu Bakar, 2012 – Kini

DATO AZHAR ABU BAKAR
Typewritten Text
DATO AZHAR ABU BAKAR
Typewritten Text
DATO AZHAR ABU BAKAR
Typewritten Text
TERIMA KASIH

PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK

(ALUMNI PTD)

Alumni PTD telah didaftarkan pada 19 April 1989 sebagai persatuan pegawai-pegawai kerajaan yang berkhidmat dalam PTD, yang pada mulanya, dikenali

sebagai Malayan Civil Service (MCS). Allahyarham Tun Abdullah Mohd. Salleh telah dipilih sebagai Presiden pertamanya dan berkhidmat selama 6 tahun sehingga tahun 1997, apabila Tan Sri Dato' Sri Sallehuddin Mohamed,

Presiden sekarang, mengantikan beliau.

Alumni PTD menyediakan berbagai peluang untuk ahli-ahlinya bertemu dalam banyak aktiviti sosial sebagai memenuhi objektif meningkat dan memperkukuhkan hubungan antara mereka. Namun, objektif yang lebih

penting ialah menyediakan landasan bagi ahli-ahli terus berbakti kepada masyarakat dan negara. Ini termasuk memberi bantuan dan input kepada

pelaksanaan dan pencapaian dasar-dasar kerajaan, memperkukuhkan hubungan antara sektor awam dan sektor swasta, serta memberi pandangan dan ulasan yang membina sebagai makluman balas yang berguna kepada

kerajaan yang memerintah.

The PTD Alumni, registered on 19 April 1989, is an association of retired government officers who served in the PTD known, initially, as the Malayan Civil Service (MCS). The late Tun Abdullah Mohd. Salleh was elected the first

President and served for six years until 1997 when Tan Sri Dato' Sri Sallehuddin Mohamed, the current President, succeeded him.

Established to foster and strengthen relationships among its members, the PTD Alumni provides opportunities for members to meet by organising a

range of social activities. A more important objective, however, is to provide a platform for members to continue to serve the nation and society, including

giving assistance and input toward the implementation and achievement of government policies, strengthening the relationship between the public and private sectors, and offering frank and constructive views and opinions as

valuable feedback to the Government of the day.

PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK (ALUMNI PTD)

Rumah PTD, 515 Persiaran Sultan Sallahuddin,50480 Kuala Lumpur

Tel: 03 - 2602 1992

[email protected] ptdalumni.org

https://www.facebook.com/alumniptd/