11
LAPORAN PROJEK TAMAN HERBA SEKOLAH KEBANGSAAN COCHRANE PERKASA TARIKH 16-22 Julai 2012 TEMPAT Taman Herba Sekolah Kebangsaan Cochrane Perkasa ANJURAN Panitia Kemahiran Hidup DENGAN KERJASAMA Guru-guru Pelatih Institut Pendidikan Guru

Laporan Taman Herba

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Laporann

Citation preview

Page 1: Laporan Taman Herba

LAPORANPROJEK TAMAN HERBA

SEKOLAH KEBANGSAAN COCHRANE PERKASA

TARIKH

16-22 Julai 2012

TEMPAT

Taman Herba Sekolah Kebangsaan Cochrane Perkasa

ANJURAN

Panitia Kemahiran Hidup

DENGAN KERJASAMA

Guru-guru Pelatih Institut Pendidikan Guru

1.0 Pengenalan

Page 2: Laporan Taman Herba

Taman Herba Sekolah merupakan sebuah mercu tanda yang menjadi tumpuan kepada guru-guru, murid-murid, ibubapa, dan pengunjung-pengunjung yang datang melawat sekolah. Setiap tumbuhan mempunyai kelebihan tersendiri. Tumbuhan Herba merupakan tumbuhan yang boleh dibuat ubat. Tumbuhan baik untuk keseimbangan ekosistem sekolah.

Misi projek ini adalah untuk menubuhkan Taman Herba Sekolah bagi memelihara warisan ubat-ubatan yang berasaskan herba yang diwarisi oleh nenek moyang kita dahulu. Kewujudan taman herba ini juga dapat meningkatkan pengetahuan  tentang tanaman-tanaman herba dan kegunaan-kegunaannya yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini. Visi kami adalah untuk menjadikan Taman Herba ini sebagai sumber rujukan kepada para pelajar  dan warga Sekolah Kebangsaan Cochrane Perkasa untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

2.0 Objektif

2.1 Untuk mengindahkan kawasan persekitaran sekolah supaya lebih ceria.

2.2 Menambahkan pengetahuan murid tentang nama tanaman herba dan fungsinya.

2.3 Mewujudkan sebuah Taman Herba yang kemas , cantik dan teratur dari segi landskap dan susun atur tanaman herba yang dipamerkan.

2.4 Mendapatkan  kerjasama yang erat daripada pihak pengurusan sekolah  dan pihak jawatankuasa pelaksana Taman Herba .

2.5 Dapat digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

3.0 Tarikh

16-20 Julai 2012

4.0 Tempat

Taman Herba Sekolah Kebangsaan Cocrane Perkasa

5.0 Struktur Organisasi

Rujuk Lampiran 1

7.0 Laporan

Page 3: Laporan Taman Herba

Projek ini dimulakan dengan persediaan melakar pelan untuk membina

taman ini. Perbincangan dan pertukaran idea untuk merancang pelaksanaan

taman dan kerja-kerja memulakan projek. Persediaan ini adalah dari segi

bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kerja- kerja projek. Bahan-

bahan yang dimaksudkan adalah seperti cangkul, sekop, kereta sorong, cat

dan sebagainya.

Dengan bantuan nasihat penasihat projek iaitu Puan Norhasmaniza bt

Bolhassan, dan guru- guru lain turut memberikan sokongan moral yang baik

untuk menjayakan projek taman ini. Langkah pertama yang dilakukan ialah

membersihkan tapak taman lama. kerja- kerja pembersihan merangkumi

mencabut pokok yang telah mati, mencabut rumput dan lalang, menggembur

tanah, mengalih pokok dan sebagainya.

Hari kedua, pokok-pokok yang dialih dan disusun supaya lebih kemas

dan cantik. Selain itu juga, satu lubang mengelilingi taman telah dibina untuk

menempatkan tayar terpakai yang akan digunakan sebagai pagar. Terdapat

selonggok tanah dihadapan taman herba. Tanah tersebut dialihkan dan

digunakan untuk menambah tanah untuk menanam dan membuat batas bagi

kegunaan murid- murid untuk Mata Pelajaran Kemahiran Hidup.

Pada hari ketiga, tayar- tayar terpakai telah dihantar ke sekolah. Tayar-

tayar tersebut disusun dalam lubang yang telah dibina. Namun begitu, lubang

tersebut tidak dalam. Kerja-kerja pendalaman lubang dilakukan dan tayar –

tayar telah disusun seperti yang telah dirancang. Selain itu, cat dan peralatan

yang telah dipesan turut dihantar. Oleh yang demikian, kerja-kerja mengecat

batu penjalan kaki dan tayar dilakukan. Selain itu, kerja-kerja pengalihan

tanah masih diteruskan kerana terdapat satu per tiga tanah yang masih belum

sempat dialihkan.

Pada hari keempat, kerja-kerja penambahbaikan taman herba

dimulakan lewat kerana hujan. Oleh yang demikian banyak kerja- kerja

Page 4: Laporan Taman Herba

terpaksa ditanguhkan. Apabila hujan telah mulai reda, kerja mengecat tayar

dan tapak penjalan kaki diteruskan. Namun begitu, keadaan batu dan tayar

yang masih basah menyebabkan kesukaran dan memakan masa. Selain itu,

kerja- kerja meletakkan tayar sebagai papan tanda dilakukan. Kerja ini

memakan masa yang lama kerana, kerja- kerja memotong bahagian bawah

tayar tidak dapat dilakukan. Walaupun pelbagai cara dilakukan, tayar tersebut

tidak dapat dipotong. Namun begitu, mesin gerudi digunakan untuk menebuk

tayar supaya apabila tayar tersebut diletak ditempatnya dan tidak menakung

air hingga menyebabkan pembiakan nyamuk.

Taman herba yang dirancang masih belum lengkap ekoran daripada

kelewatan pembekal tanaman menghantar tanaman yang dipesan. Namun

begitu, tempat semaian telah disediakan. Jika tanaman dihantar oleh

pembekal, pihak yang bertanggungjawab hanya perlu menanam tanaman

tersebut ditempat yang telah disediakan itu.

8.0 Kelemahan

Antara kelemahan yang didapati sepanjang menyempurnakan projek ini

adalah kurangnya pengalaman dalam membuat kerja-kerja bercucuk tanam.

Namun demikian, perkara itu tidak menjadi penghalang untuk menjayakan

projek ini. Dengan adanya pengetahuan dan nasihat daripada guru- guru lain,

kerja-kerja dijalankan dengan pembelajaran daripada kesilapan. Selain itu,

kekurangan pengalaman dalam melaksanakan projek seperti ini

menyebabkan perkara-perkara seperti jumlah bahan yang dipesan tidak

mencukupi berlaku. Perkara ini akan dijadikan iktibar pada masa akan datang.

Selain itu, pengurusan masa bagi sesuatu kerja yang kurang efisyen

menyebabkan kerja-kerja pelaksanaan lewat. Akibat menghabiskan masa

terlalu lama untuk menjalankan tugas di pusat sumber, kerja-kerja pelaksaan

projek taman herba bermula pada masa yang lambat.

9.0 Pengajaran

Page 5: Laporan Taman Herba

Terdapat banyak proses pembelajaran dalam projek ini. Pertama sekali,

kepercayaan sebagai seorang perancang yang baik adalah penting. Jika kita gagal

untuk merancang, maka kita adalah merancang untuk gagal. Perancangan dibat

dengan teliti dengan kemampuan dan keperluan yang ada disekolah. Perancangan

untuk pelan B juga sangat penting jika pelan A tidak dapat dilaksanakan. Selain itu,

pengajaran yang dapat diperolehi adalah kerjasama berpasukan. Kerjasama sangat

penting untuk memastikan kejayaan sesuatu projek. Perbincangan sesama pasukan

dan dengan guru pembimbing serba sedikit membantu dalam melancarkan

pelaksanaan kerja. Idea-idea daripada mereka yang berpengalaman telah

memberikan satu pengajaran penting.

10.0 Penutup

Secara keseluruhan, projek ini adalah satu latihan dan pembinaan insan melalui

pendedahan kepada corak komunikasi, kerjasama dan kecintaan kepada alam

sekitar. Hasil daripada usaha ini, murid- murid juga belajar untuk memberikan

kerjasama dan bantuan serta nilai yang baik dalam hidup bermasyarakat.

Disediakan oleh,

…………………………………….

(FADHIRUL BIN ANUAR)

Setiausaha,

Projek Taman Herba,

Sekolah Kebangsaan Cochrane Perkasa.

Lampiran 1

Page 6: Laporan Taman Herba

STUKTUR ORGANISASI

Lampiran 2

Penaung

Puan Noor Einee Binti Haron

(Guru Besar SK Cochrane Perkasa)

Pengerusi

Puan Noor Maizura binti Md.Hilmi

(GPK 1 SK Cochrane Perkasa)

Penasihat Projek

Puan Norhasmaniza bt Bolhassan

(Ketua Panitia KH SK Cochrane Perkasa)

Penyelaras

En.Sumardi bin Sagah

Setiausaha

En.Fadhirul bin Anuar

AhliJawatankuasa

En. Ahmad Faiz bin Mohd Fauzi

Cik Wan Shahilla Nuraqilla bt Wan Adnan

En.Mohamad Hazzim bin Suahimi

Page 7: Laporan Taman Herba

Sebelum

Selepas

Page 8: Laporan Taman Herba