29
LAPORAN TEMUBUAL BERSAMA PUAN SHAMILAH BINTI MASOOD MENGENAI ICT DAN REKABENTUK PENGAJARAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN JAMILAH BINTI YUSOF (s212187) LAPORAN DIMAJUKAN KEPADA DR. ABDUL HALIM BIN MOHAMED, PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BAGI

Laporan Temubual

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Laporan Temubual_Pendidikan

Citation preview

Page 1: Laporan Temubual

LAPORAN TEMUBUAL BERSAMA PUAN SHAMILAH BINTI MASOOD

MENGENAI ICT DAN REKABENTUK PENGAJARAN DALAM PROSES

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

JAMILAH BINTI YUSOF (s212187)

LAPORAN DIMAJUKAN KEPADA DR. ABDUL HALIM BIN MOHAMED,

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BAGI

MEMENUHI KEPERLUAN KURSUS SGDT2023 TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Page 2: Laporan Temubual

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN

Penghargaan i

1.0 Pengenalan 1

2.0 Objektif Kajian 2

3.0 Biodata Tokoh 3

4.0 Prosedur Menjalankan Temubual 6

5.0 Set Soalan Temubual Guru 6

6.0 Transkrip Temubual 8

7.0 Analisa Temubual 14

8.0 Hasil Dapatan Temubual 15

8.1 Latarbelakang pengggunaan ICT 15

8.2 Tahap Perlaksanaan Pengintegrasian ICT dalam Pengajaran

dan Pembelajaran

15

8.3 Halangan Pengintegrasian ICT dalam Pengajaran dan

Pembelajaran

16

9.0 Kesimpulan 17

Rujukan

Page 3: Laporan Temubual

PENGHARGAAN

Sejambak kesyukuran dirafakkan kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan

hidayahNya dapatlah kami menyiapkan tugasan berkenaan temubual bersama guru mengenai

ict dan rekabentuk pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk subjek

Sgdt2023 Teknologi Pendidikan yang diberikan ini dengan jayanya pada waktu yang

ditetapkan. Alhamdulillah.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih

dan sekalung penghargaan yang tidak terhingga kepada pensyarah subjek Sgdt2023

Teknologi Pendidikan iaitu Dr. Abdul Halim Bin Mohamed yang begitu sabar mengajar kami

sepanjang semester ini. Beliau telah memberikan banyak tunjuk ajar, galakan dan maklumat

kepada kami bagi menyiapkan tugasan ini.

Tidak dilupa juga, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu

bapa kami yang disayangi yang telah banyak memberikan sokongan moral, dorongan dan

nasihat yang tidak putus-putus dari jauh.

Setinggi-tinggi penghargaan ingin kami tujukan kepada Puan Shamilah binti Masood

yang menjadi pengkisah dalam penulisan transkrip kami ini. Beliau telah memberikan banyak

maklumat dan kerjasama yang begitu baik sekali kepada kami semasa temuduga sekaligus

memenuhi keperluan subjek ini.Sesungguhnya kami sangat menghargai jasa beliau dalam

membantu kami.

Akhir sekali, sekali lagi kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga

kepada pensyarah, rakan-rakan dan semua yang telah terlibat secara langsung atau tidak

langsung dalam membantu kami. Allah sahaja yang dapat membalas jasa anda sekalian.

Terima Kasih.

Page 4: Laporan Temubual

LAPORAN TEMUBUAL BERSAMA PUAN SHAMILAH BINTI MASOOD

MENGENAI ICT DAN REKABENTUK PENGAJARAN DALAM PROSES

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.0 PENGENALAN

Sekolah merupakan institusi sosial yang memainkan peranan amat penting dalam

merubah kehidupan masyarakat. Sekolah adalah pengubah minda dan sekolah adalah penentu

kepada budaya dan pembangunan sesebuah negara. Di sinilah tempat kita menuju wawasan.

Menurut sumber dari Hal Ehwal Persekolahan, Bahagian Sekolah Kementerian

Pendidikan Malaysia, guru boleh didefinisikan sebagai orang yang menyebarkan ilmu

pengetahuan di sesebuah institusi peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru

terlatih yang bertugas di dalam unit pentadbiran, organisasi dan juga penyelidikan

pendidikan. Sebagai seorang guru, mereka perlu mematuhi garis panduan yang telah

ditetapkan oleh pihak Kementerian bagi melahirkan para pelajar yang berkualiti bagi

memimpin Negara di masa depan.

Page 5: Laporan Temubual

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Temubual ini dijalankan dengan tujuan bagi memenuhi beberapa objektif seperti berikut:-

1. meninjau tahap penglibatan guru dalam melaksanakan pengintegrasian ICT dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

2. mengenalpasti kesesuaian kursus pembangunan profesionalisme berkaitan dengan

bidang ICT yang ditawarkan kepada guru Matematik oleh pihak sekolah dan Pejabat

Pelajaran Daerah.

3. mengenalpasti masalah yang menjadi halangan pengintegrasian ICT dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

Page 6: Laporan Temubual

3.0 BIODATA TOKOH

Nama : Shamilah Binti Masood.

Usia : 46 Tahun

Tarikh Lahir : 5 Jun 1966 (15 Safar 1386 Hijrah)

Tempat Lahir : Pekan, Pahang Darul Makmur.

Jawatan Sekarang : Guru Perpustakaan Media (GPM).

Sekolah Mengajar : Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Father Barre,

Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Adik beradik : Anak ke-7 dari 9 orang adik-beradik.

Latar Belakang Pendidikan : i. Rendah:

Sekolah Rendah Ahmad, 26600 Pekan,

Pahang Darul Makmur (1972- 1978)

ii. Menengah:

Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad,

26600 Pekan, Pahang Darul Makmur (1979-

1984)

iii. Maktab:

Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim,

08000 Sungai Petani, Kedah (1989-1991)

Pendidikan Sekarang : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Page 7: Laporan Temubual

(Kesusasteraan) – Universiti Sains

Malaysia, Pulau Pinang (1989)

Sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang

‘Master of Education (MEd) in Instructional

Technology’ – Universiti Utara Malaysia

(2012 – 2014)

Anugerah yang pernah diterima:: Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Page 8: Laporan Temubual

Laporan Temubual Bersama Puan Shamilah binti Masood Mengenai ICT dan

Rekabentuk Pengajaran Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah

Kebangsaan Convent Father Barre, Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Laporan ini mengandungi temubual bersama dengan Puan Shamilah binti Masood

mengenai ict dan rekabentuk pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran selama

beliau berkhidmat sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan Convent Father Barre,

Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Temubual ini diadakan di BKBM 2.5, Bangunan Pusat

Pengajian Pendidikan Universiti Utara Malaysia pada 24hb November dan mengambil masa

selama 1 jam 15 minit. Puan Shamilah telah dilahirkan pada 5 Jun 1966 bersamaan 15 Safar

1386 Hijrah. Beliau telah dilahirkan dan dibesarkan di Pekan, Pahang. Beliau merupakan

anak ketujuh daripada sembilan adik-beradik Puan Shamilah mula mendapat pendidikan

awalnya di Sekolah Rendah Kebangsaan Ahmad di Pekan, Pahang Darul Makmur pada tahun

1972. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim

di Sungai Petani, Kedah (sekarang dikenali sebagai IPSAH). Beliau mula memasuki maktab

selepas mendapat keputusan STP (Sijil Tinggi Pelajaran) iaitu pada tahun Mei 1985.

Sekarang, beliau menyambung pelajarannya di Universiti Utara Malaysia (UUM),

mengambil bidang dalam Master of Education (MEd) in Instructional Technology dan akan

menamatkan pengqjiannya pada tahun 2014. Di akhir temuramah ini, Puan Shamilah juga

ditanya berkenaan pendapatnya tentang isu-isu semasa di dalam bidang pendidikan. Apa yang

dapat dilihat sepanjang temubual ini berlangsung, Puan Shamilah sangat komited terhadap

kerjayanya dan memberikan kerjasama yang begitu baik sekali kepada kami.

Page 9: Laporan Temubual

4.0 PROSEDUR MENJALANKAN TEMUBUAL

Terdapat beberapa jenis medium yang dapat digunakan untuk mengumpulkan sesuatu

maklumat dalam membuat penyelidikan. Salah satu daripada medium yang mempunyai

kaitan dengan kaedah kualitatif ini adalah menggunakan teknik temubual. Temu bual

merupakan kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi ‘face-to-face’ antara penyelidik

dengan informan atau orang yang ditemu bual. Menurut Patton (1980) terdapat tiga

pendekatan dalam temubual iaitu temubual formal, temubual tidak formal dan temubual

terbuka.

Semasa kajian ini dilakukan, proses temubual ini dilakukan secara berkumpulan.

Dimana di dalam temubual ini dilakukan seramai lima orang pelajar telah terlibat untuk

menemubual Puan Shamilah Binti Masood.

5.0 SET SOALAN TEMUBUAL GURU

A. Bahagian Biodata

1. Apakah nama penuh bagi Cikgu?

2. Adakah Cikgu mempunyai nama timangan?

3. Berapakah usia Cikgu sekarang?

4. Cikgu berasal dari mana?

5. Cikgu menetap di mana sekarang?

6. Bila dan dimanakah cikgu dilahirkan?

7. Berapakah bilangan adik beradik cikgu dan cikgu yang ke berapa?

8. Pada waktu lapang, apakah hobi cikgu yang sering cikgu lakukan?

9. Dimanakah cikgu mendapat pendidikan awal? Tahun?

10. Pada tahun berapakah cikgu tamat belajar disekolah tersebut sebelum meneruskan

pendidikan ke peringkat menengah?

11. Adakah kemudahan bilik darjah semasa zaman cikgu belajar dahulu sama seperti

sekarang?

12. Dimanakah cikgu mendapat latihan perguruan? Tahun?

13. Apakah pengkhususan cikgu semasa disana?

14. Pada tahun berapakah cikgu mula berkhidmat sebagai seorang guru?

Page 10: Laporan Temubual

15. Berapa tahunkah pengalaman cikgu dalam dunia pendidikan?

16. Apakah subjek yang diajar?

17. Apakah jawatan yang pernah disandang oleh cikgu sepanjang berkhidmat sebagai

guru?

18. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan?

19. Apakah anugerah yang pernah diterima oleh cikgu sepanjang perkhidmatan cikgu

sebagai seorang guru?

B. Bahagian Hal-Hal Berkaitan ICT

1. Apakah masalah-masalah yang menghalang guru dalam melaksanakan

pengintegrasian ICT dalam proses P&P?

2. Pernahkah cikgu diminta untuk menghadiri mana-mana kursus pembangunan

profesionalisme dalam bidang ICT?

3. Sejauh manakah keberkesanan kursus tersebut?

4. Adakah guru diberi kebebasan untuk menentukan kekerapan menggunakan ICT atau

tidak mahu menggunakan ICT?

5. Bagaimanakah cara penyampaian atau proses P&P berjalan?

Page 11: Laporan Temubual

6.0 TRANSKRIP TEMUBUAL

Berikut adalah rakaman temubual secara lisan mengenai pengalaman seorang guru Puan Shamilah binti Masood. Rakaman ini telah dijalankan di BKBM 2.5, Bangunan Pusat Pengajian Pendidikan Universiti Utara Malaysia pada 24hb November dan mengambil masa selama 1 jam 15 minit. Wawancara ini dikendalikan oleh Jamilah Yusof. Dengan segala hormatnya wawancara ini dimulakan.

Jamilah Yusof : Assalamualaikum, Cikgu.

Puan Shamilah Masood: Wa'alaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh.

Jamilah Yusof : Apa khabar Cikgu?

Puan Shamilah Masood: Alhamdulillah, khabar baik.

Jamilah Yusof : Apakah nama penuh Cikgu?

Puan Shamilah Masood: Nama penuh saya Shamilah Binti Masood.

Jamilah Yusof : Bilakah Cikgu dilahirkan?

Puan Shamilah Masood: Saya dilahirkan pada lima Jun sembilan belas enam puluh enam

(5 Jun 1966), bersamaan 15 Safar seribu tiga ratus lapan puluh

enam (1386) Hijrah.

Jamilah Yusof : Dimanakah Cikgu dilahirkan?

Puan Shamilah Masood: Saya dilahirkan di Pekan, Pahang.

Jamilah Yusof : Di mana pula Cikgu dibesarkan?

Puan Shamilah Masood: Saya juga dibesarkan di Pekan, Pahang.

Jamilah Yusof : Berapakah bilangan adik-beradik Cikgu, dan Cikgu anak

yang ke berapa?

Puan Shamilah Masood: Adik beradik saya ada sembilan orang, dan saya adalah yang ke

tujuh.

Jamilah Yusof : Berapakah umur Cikgu sekarang?

Page 12: Laporan Temubual

Puan Shamilah Masood: Umur saya tahun ini 46 tahun.

Jamilah Yusof : Apa hobi Cikgu di masa lapang?

Puan Shamilah Masood: Hobi saya di masa lapang saya suka lakukan aktiviti yang

melibatkan ‘outdoor’, seperti berbasikal dan lain-lain.

Jamilah Yusof : Apa pula kenangan yang tidak dapat Cikgu lupakan hingga

sekarang?

Puan Shamilah Masood: Kenangan yang tidak dapat saya lupakan adalah kenangan yang

saya rasa agak sedih sedikit bagi saya yang sememangnya saya

akan ingat adalah dimana ketika saya hendak menyambung

pelajaran ke peringkat Sarjana tidak mendapat sokongan dari

pihak pengetua dimana saya berkhidmat sekarang. Walhal

sememangnya inilah cita-cita saya sejak dari dulu lagi.

Disebabkan semangat untuk menyambung pelajaran, saya

terpaksa cekalkan hati menyambung pelajaran ke peringkat

sarjana ini tanpa permit dari pihak pengetua. Saya telah membuat

keputusan untuk menukar ke sekolah lain dan permohonan saya

telah diluluskan. Saya akan berpindah ke sekolah lain pada awal

tahun hadapan iaitu 2013.

Jamilah Yusof : Di mana Cikgu mendapat pendidikan awal?

Puan Shamilah Masood: Saya mendapat pendidikan awal, pendidikan sekolah rendah di

Sekolah Rendah Kebangsaan Ahmad di Pekan, Pahang Darul

Makmur (1972- 1978).

Jamilah Yusof : Bilakah Cikgu mendapat pendidikan awal?

Puan Shamilah Masood: Saya masuk darjah satu pada tahun sembilan belas tujuh puluh

dua (1972).

Jamilah Yusof : Di mana pula Cikgu mendapat pendidikan sekolah

menengah?

Puan Shamilah Masood: Saya mendapat pendidikan sekolah menengah, di Sekolah

Menengah Kebangsaan Ahmad juga di Pekan, Pahang Darul

Page 13: Laporan Temubual

Makmur.

Jamilah Yusof : Seterusnya, di mana Cikgu mendapat pendidikan perguruan?

Puan Shamilah Masood: Saya masuk ke Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim di Sungai

Petani, Kedah yang mana sekarang lebih di kenali dengan IPSAH

selama tiga tahun.

Jamilah Yusof : Bila Cikgu mendapat pendidikan perguruan?

Puan Shamilah Masood: Saya mula-mula masuk maktab selepas keluar keputusan STP

[Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia] pada tahun sembilan belas

lapan puluh lima (1985).

Jamilah Yusof : Apakah pengkhususan yang Cikgu ambil sepanjang

mendapat pendidikan perguruan itu?

Puan Shamilah Masood: Saya mengambil Kursus Pendidikan Pengajian Melayu Pengajian

Sekolah Rendah.

Jamilah Yusof : Pernahkah Cikgu menjadi guru sandaran? Jika pernah,

dimana?

Puan Shamilah Masood: Pernah, waktu tu saya baru tamat tingkatan enam. Saya

berkhidmat di Sekolah Rendah Kebangsaan Keratong 9,

Muadzam Shah, Pahang.

Jamilah Yusof : Pada tahun berapa Cikgu mula berkhidmat sebagai guru?

Puan Shamilah Masood: Secara ‘official’ nya pada tahun 1991, setelah saya mendapat Sijil

Perguruan Asas.

Jamilah Yusof : Setakat ini, berapa tahun sudah Cikgu telah berkhidmat

dalam bidang pendidikan?

Puan Shamilah Masood: Jika kira dari tahun saya berkhidmat secara rasmi pada tahun

1991 hingga sekarang, saya rasa sudah masuk dua puluh satu

Page 14: Laporan Temubual

tahun.

Jamilah Yusof : Apakah matapelajaran yang Cikgu ajar sekarang?

Puan Shamilah Masood: Saya mengajar matapelajaran Geografi bagi tingkatan 3 serta

menjadi guru Pendidikan Jasmani.

Jamilah Yusof : Adakah Cikgu menyandang apa-apa jawatan di sekolah?

Puan Shamilah Masood: Ada, saya memegang jawatan sebagai Guru Perpustakaan Media

yang mana lebih mudah kita panggil sebagai GPM.

Jamilah Yusof : Pernahkah Cikgu menerima apa-apa anugerah sepanjang

perkhidmatan Cikgu?

Puan Shamilah Masood: Ohh, pernah (Sambil tersenyum). Saya pernah di anugerahkan

dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Jika dikalangan gur-

guru, anugerah ini kita hanya panggil APC sahaja.

Jamilah Yusof : Sepanjang Cikgu berkhidmat, pernah atau tidak Cikgu

menghadiri Kursus Pembangunan Profesionalisme Bidang

ICT?

Puan Shamilah Masood: Mestilah pernah. Saya pernah hadiri kursus dalam aplikasi

Pangkalan Data seperti Tarantula i-NILAM 2012 dan baru tiga

bulan sebelum ni saya telah mengikuti kursus Adobe Photoshop.

Jamilah Yusof : Pada pendapat Cikgu, sejauh manakah keberkesanan kursus

tersebut?

Puan Shamilah Masood: Dengan adanya kursus-kursus seperti ini sebenarnya dapat

membantu kami guru-guru dalam meningkatkan lagi kualiti

pengajaran kami. Saya ambil satu contoh, dengan adanya kursus

Microsoft Excel ianya dapat memudahkan saya dalam

menyimpan maklumat mengenai markah pelajar saya. Tetapi apa-

apa pun pada pendapat saya, semuanya terpulang kepada ‘atitude’

Page 15: Laporan Temubual

seorang guru tersebut sama asa mahu atau tidak, kalau kita diberi

seribu kursus sekalipun tapi jika kita tidak ‘practise’, pasti akan

hilang juga.

Jamilah Yusof : Pada pandangan Cikgu, apakah masalah-masalah serta

halangan pengintegrasian ICT dalam Pengajaran dan

Pembelajaran?

Puan Shamilah Masood: Pada saya, antara halangan yang mengganggu perlaksanaan

pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ialah

bilangan komputer tidak mencukupi, masa pengajaran yang tidak

mencukupi, kurang bantuan teknikal dan tidak mempunyai masa

untuk menambah kemahiran penggunaan komputer dalam

pengajaran dan pembelajaran. Bagi memastikan peralatan ICT

sentiasa dalam keadaan yang baik, KPM telah melantik syarikat-

syarikat untuk menyelenggarakan peralatan ICT di sekolah.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan yang diberikan oleh

kontraktor ini umpama melepaskan batuk di tangga. Kontraktor-

kontraktor ini sengaja melengah-lengahkan masa apabila

penyelaras makmal komputer membuat laporan untuk

menyelenggarakan peralatan ICT yang rosak. Peralatan yang

rosak pula tidak digantikan dengan serta merta dengan alasan

kehabisan stok.

Jamilah Yusof :Sepanjang perkhidmatan Cikgu di Sekolah Kebangsaan

Convent Father Barre, menurut pemerhatian Cikgu adakah

semua para guru diberi kebebasan untuk menentukan

kekerapan menggunakan ICT atau tidak mahu menggunakan

Page 16: Laporan Temubual

ICT?

Puan Shamilah Masood: Sudah tentu, tetapi walaubagaimanapun semuanya bergantung

kepada kesanggupan para guru juga kerana ada diantara guru

yang tidak mahu menggunakan ICT kerana mereka beranggapan

penggunaan ICT hanya melambatkan perjalanan proses

pengajaran dan pembelajaran sahaja.

Jamilah Yusof : Oh begitu, bagaimana pula cara Cikgu meyampaikan

pengajaran semasa proses P&P berjalan?

Puan Shamilah Masood: Semasa proses P&P, sebenarnya saya lebih gemar menggunakan

‘slide’ dengan menggunakan Microsoft Powerpoint. Ini kerana

ianya lebih mudah untuk menarik perhatian pelajar saya semasa

proses P&P berjalan. Ini kerana dengan menggunakan ‘slide’ saya

boleh memasukkan video untuk mewujudkan satu suasana yang

lebih menarik di dalam kelas. Selain itu, dengan menggunakan

‘slide’ tersebut ianya memudahkan kerja saya kerana saya hanya

perlu membuat ‘slide’ tersebut sekali sahaja dan sekiranya saya

diminta untuk mengajar subjek yang sama lagi pada tahun

hadapan saya masih lagi boleh menggunakan ‘slide’ tersebut. Jadi

disini telah berlaku penjimatan masa secara tidak langsung.

Jamilah Yusof : Bagaimana pula dari segi kerja rumah yang Cikgu berikan

pada pelajar Cikgu?

Puan Shamilah Masood: Dari segi latihan atau kerja rumah yang diberikan kepada pelajar

saya akan membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan.

Berdasarkan kumpulan tersebut mereka akan diberi satu tajuk

untuk membuat satu ‘slide’.

Jamilah Yusof : Baiklah, nampaknya sesi temubual kita sudah sampai ke

Page 17: Laporan Temubual

penghujungnya. Terima kasih atas kerjasama Cikgu.

Puan Shamilah Masood: Sama-sama.

7.0 ANALISA TEMUBUAL

BIL. KEMAHIRAN ICTTAHAP

1 2 3 4

1. Pemprosesan Perkataan

2. Hamparan Elektronik

3. Pangkalan Data (Sistem Tarantula)

4. Perisian Persembahan

5. Grafik & Multimedia

6. Melayari Internet

Jadual 7.0 Tahap Kemahiran

Bagi aspek kemahiran ICT, skala yang digunakan ialah skala Likert yang diwakili

oleh skala Sangat Baik (4) , Baik (3), Sederhana. (2) dan Lemah (1).

Data temu bual yang diperoleh perlu dibuat tranksripsi (transcription) iaitu ditaip

dengan lengkap supaya memudahkan proses menganalisis. Untuk membolehkan analisis

dibuat dengan tepat, bolehlah dibuat transkripsi secara verbatim, iaitu menggunakan

perkataan atau ayat-ayat yang sebenarnya diperoleh.

Berdasarkan analisa yang dibuat hasil dari temubual bersama Puan Shamilah Masood,

secara keseluruhannya dapat saya katakan bahawa pengintegrasian ICT dalam proses

pengajaran dan pembelajaran berjaya dilakukan dalam subjek yang di ajar beliau.

Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa masalah yang dihadapi beliau seperti masalah

komputer di makmal komputer yang rosak mengambil masa yang lama untuk dibaiki. Selain

dari itu, menurut Puan Shamilah Masood juga tidak semua guru-guru menggunakan ICT

Page 18: Laporan Temubual

dalam proses pengajaran dam pembelajaran. Hal ini kerana mereka beranggapan bahawa

penggunaan ICT hanya melambatkan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran sahaja.

Menurut Zorinawati (1999), ‘phobia’ golongan pendidik ini biasanya mempunyai tiga

kategori. Kategori yang pertama ialah ‘phobia’ dengan komputer atau takut dengan

komputer, manakala kategori yang kedua pula ‘phobia’ dengan perkembangan komputer atau

takut tidak mampu menangani perkembangan komputer dan akhir sekali ‘phobia’ dengan

kerja atau takut jika tahu komputer, akan diberikan banyak kerja oleh Pengetua atau Guru

Besar.

8.0 HASIL DAPATAN TEMUBUAL

8.1 Latarbelakang pengggunaan ICT

Puan Shamilah Binti Masood mempunyai latarbelakang asas ICT yang baik dan

beliau juga turut menegaskan bahawa beliau merupakan penyokong ICT. Kebanyakan

daripada kemahiran yang beliau perolehi merupakan hasil daripada menghadiri kursus

yang merupakan asas dalam penggunaan ICT seperti pengenalan komputer, Ms Excel dan

Ms Powerpoint. Secara keseluruhannya, kemahiran responden dalam pemprosesan

perkataan,hamparan elektronik, perisian persembahan dan melayari internet berada pada

tahap yang mahir. Bagi kemahiran pangkalan data, grafik dan multimedia, min yang

dicatatkan menunjukkan responden mempunyai kemahiran yang sederhana.

8.2 Tahap Perlaksanaan Pengintegrasian ICT dalam Pengajaran dan

Pembelajaran

Selepas temubual ini dibuat, didapati Puan Shamilah Binti Masood berjaya

mengintegrasikan ICT ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran beliau sewaktu

didalam kelas. Pelaksanaan ini termasuklah dengan memberikan tugasan kepada pelajar

yang memerlukan pelajar menggunakan Ms Powerpoint dalam penyediaan tugasan.

Selain itu, Puan Shamilah Masood juga bukanlah seorang guru yang kita kategorikan

sebagai seorang guru yang mengamalkan kaedah pengajaran secara tradisional. Ini kerana

beliau sentiasa mengalakkan pelajar beliau memberikan input baru dalam penyedia

Page 19: Laporan Temubual

tugasan samaada input itu diperolehi dari melayari internet mahupun dari hasil

pembacaan.

8.3 Halangan Pengintegrasian ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Antara halangan yang mengganggu proses perlaksanaan pengintegrasian ICT dalam

pengajaran dan pembelajaran ialah bilangan komputer tidak mencukupi, masa pengajaran

yang tidak mencukupi, kurang bantuan teknikal dan tidak mempunyai masa untuk

menambah kemahiran penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, peralatan ICT di makmal komputer juga sering mengalami kerosakan

disebabkan oleh peralatan yang tidak berkualiti dan juga penggunaan oleh pelajar yang

tidak bertanggungjawab. Pelajar-pelajar yang menggunakan makmal komputer dalam

proses pengajaran dan pembelajaran mereka seringkali merosakkan peralatan ICT yang

terdapat di dalam makmal komputer. Antara kerosakan yang sering mereka lakukan ialah

membuang bebola tetikus, menukar butang-butang pada papan kekunci dan menukar

setting pada komputer. Kerosakan yang dibuat oleh segelintir pelajar tidak

bertanggungjawab ini menyebabkan komputer tidak dapat digunakan oleh pelajar-pelajar

lain.

Bagi memastikan peralatan ICT sentiasa dalam keadaan yang baik, KPM telah

melantik syarikat-syarikat untuk menyelenggarakan peralatan ICT di sekolah. Walau

bagaimanapun, perkhidmatan yang diberikan oleh kontraktor ini umpama melepaskan

batuk di tangga. Kontraktor-kontraktor ini sengaja melengah-lengahkan masa apabila

penyelaras makmal komputer membuat laporan untuk menyelenggarakan peralatan ICT

yang rosak. Peralatan yang rosak pula tidak digantikan dengan serta merta dengan alasan

kehabisan stok. Adakalanya peralatan yang rosak digantikan dengan peralatan yang

spesifikasinya lebih rendah.

9.0 KESIMPULAN

Menurut Wan Zahid (1996), untuk mencapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu

anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi terkini.

Page 20: Laporan Temubual

Bidang teknologi maklumat yang menjadi sebahagian daripada kandungan sukatan kursus

akan memberi peluang kepada guru untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkan

kemahiran dalam penggunaan komputer, khususnya untuk aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Untuk beralih daripada kaedah tradisional kepada teknologi sudah tentu akan

mengambil masa yang agak lama. Guru-guru perlulah mengikuti kursus kemahiran ICT

secara berperingkat-peringkat dan mendapat sokongan dari pentadbir, kementerian serta

sumber pakar-pakar dalam ICT yang mendapat kemahiran khusus untuk matapelajaran yang

mereka ajar.

Page 21: Laporan Temubual

RUJUKAN

Juriah, S. (1998). Inovasi dalam Perkaedahan Pengajaran Bahasa, Sains Sosial, dan Teknologi Maklumat. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Yusup, H. (1997). Media Pengajaran untuk Pendidikan dan Latihan. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.