6
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2015 Laporan Akhir Era milenium yang menyaksiakan cabaran bersifat sejagat merentasi sempadan geografi mahupun sosiologi menjadi penyumbang utama kepada sumbatan saraf-saraf hutan konkrit ini dengan sel-sel abstrak yakni globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi. “Sebagai guru alaf baru, kerenah bukan saja merangkumi aspek pematuhan tugas dan dasar malah mengawal selia pelajar selain memastikan standard ditetapkan tercapai. Aspek itu bukan mudah kerana penanda arasnya sentiasa berubah selain menguji sejauh mana ketahanan guru. Ia bukan saja memerlukan ketahanan fizikal, lebih penting kekuatan emosi bagi mengelak tekanan. Guru zaman ini harus menyediakan perisi untuk menghadapi segala kemungkinan itu lebih awal” , begitulah kata-kata pensyarah Jabatan Pengajian Pendidikan, Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Mohmad Noor Mohmad Taib yang bergema dan terpapar pada dada akhbar harian. Umat manusia yang berjuang di medan pengemudian masa hadapan dunia pendidikan global kian menyelusuri selok-belok tangga kejayaan dan mengasahkan bucu pembangunan tanpa mengenal erti penat lelah. Dalam motif yang dibina untuk merealisasikan aspirasi rakyat, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memulakan siri dialog pendidikan di seluruh negara bermula April 2012, dengan menghimpunkan pelbagai pihak dari berbagai-bagai lapisan iaitu professional, warga pendidik, pemimpin masyarakat dan ibu bapa untuk berganding bahu di bawah satu bumbung menyumbangkan idea

laporan terakhir

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pbs

Citation preview

Page 1: laporan terakhir

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2015

Laporan Akhir

Era milenium yang menyaksiakan cabaran bersifat sejagat merentasi

sempadan geografi mahupun sosiologi menjadi penyumbang utama kepada

sumbatan saraf-saraf hutan konkrit ini dengan sel-sel abstrak yakni globalisasi,

liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan pesat dalam bidang sains dan

teknologi. “Sebagai guru alaf baru, kerenah bukan saja merangkumi aspek

pematuhan tugas dan dasar malah mengawal selia pelajar selain memastikan

standard ditetapkan tercapai. Aspek itu bukan mudah kerana penanda arasnya

sentiasa berubah selain menguji sejauh mana ketahanan guru. Ia bukan saja

memerlukan ketahanan fizikal, lebih penting kekuatan emosi bagi mengelak

tekanan. Guru zaman ini harus menyediakan perisi untuk menghadapi segala

kemungkinan itu lebih awal” , begitulah kata-kata pensyarah Jabatan Pengajian

Pendidikan, Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan

Sultan Idris (UPSI), Mohmad Noor Mohmad Taib yang bergema dan terpapar pada

dada akhbar harian. Umat manusia yang berjuang di medan pengemudian masa

hadapan dunia pendidikan global kian menyelusuri selok-belok tangga kejayaan dan

mengasahkan bucu pembangunan tanpa mengenal erti penat lelah. Dalam motif

yang dibina untuk merealisasikan aspirasi rakyat, Kementerian Pelajaran Malaysia

telah memulakan siri dialog pendidikan di seluruh negara bermula April 2012,

dengan menghimpunkan pelbagai pihak dari berbagai-bagai lapisan iaitu

professional, warga pendidik, pemimpin masyarakat dan ibu bapa untuk berganding

bahu di bawah satu bumbung menyumbangkan idea bagi membentuk sebuah

blueprint pendidikan yang dapat mencorakkan arah tuju sistem pendidikan pada

masa hadapan. Himpunan insiatif kerajaan Malaysia bagai pohon bersama-sama

dengan rakyat diibaratkan akar mampu menaikkan taraf tanah air kita sebagai

negara maju suatu hari nanti di persada dunia supaya dapat berdiri sama tinggi dan

duduk sama rendah dengan negara-negara yang sudah mencecah puncak

pembangunan seperti Amerika Syarikat, Jepun dan China. Gurulah merupakan

penyajak yang harus memperalatkan pendidikan sebagai mata pena untuk mengukir

golongan muda-mudi menjadi arca pantun yang amat berkualiti dan mempunyai

daya saing yangg tinggi bagi mencipta sejarah pembangunan nasional.

Page 2: laporan terakhir

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2015

Saya, Bavithraa A/P Ravinthiran sedang menuntut ilmu perguruan di Instistusi

Perguruan Kampus Sultan Abdul Halim telah melaksanakan Pengalaman

Berasaskan Sekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Perbadanan

Kedah, Sungai Petani selama seminggu yakni bermula dari 13 September 2015

hingga 17 September 2015. Melalui kaedah pemerhatian, saya mendapati bahawa

pihak sekolah tersebut berjuang bermati-matian untuk menyemai unsur-unsur yang

tertera di dada muka surat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam jiwa para pelajar

untuk membentuk warga modal insan yang harmoni dan seimbang. Guru-guru di

sekolah tersebut memikul dan menyedari tanggungjawab mereka sebagai pendidik

bangsa dengan mempersenjatakan diri mereka dengan ilmu pengetahuan dan

persediaan awal yang lengkap dan sistematik bagi merealisasikan matlamata

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Guru besar di sekolah tersebut diibaratkan sebagai pepohon yang diperkukuh

sokongan padu daripada barisan guru yang boleh dikatakan sebagai akar sekolah

untuk membuahkan ilmu pendidikan kepada pelajar bagi memekar mereka menjadi

modal insan yang berkualiti dan mempunyai kemahiran kompetitif. Guru besarlah

berperanan sebagai penggerak utama sekolah tersebut dalam membina struktur

pentadbiran sekolah serta mengatur taktik pengurusan institusi. EncikVasu sebagai

guru besar SJK (T) Ladang Perbadanan Kedah melakukan tanggungjawab beliau

sebagai pemimpin yang memiliki matlamat, strategi, gaya dan pemantauan

kepimpinan terhadap golongan guru sekolah untuk menganjakkan kemajua prestasi

sekolah dalam bidang kokurikulum dan kurikulum. Beliau menonjolkan peranan

sebagai peneraju sekolah untuk melahirkan anak-anak murid yang menyerlah

cahaya keseimbangan dan keharmonian dari aspek jasmani, emosi, rohani dan

intelek (JERI) selaras dengan harapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Beliau

turut menunjukkan ketrampilan yang baik dalam melakukan tugas selaku ketua

pentadbiran SJK (T) Ladang Perbadanan. Pemimpin seumpama beliau dapat

mewujudkan institusi sekolah yang amat berkualiti bagi melahirkan muda-mudi yang

menyerap unsur keseimbangan dan keharmonian supaya dapat memangkin

pembangunan diri, masyarakat serta negara.

Guru Penolong Kanan Kurikulum di SJK (T) Ladang Perbadanan Kedah

bertungkus-lumus untuk mempertingkatkan prestasi pencapaian murid dalam

Page 3: laporan terakhir

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2015

peperiksaan terutamanya Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan

menyelaras dan mengamalkan berbagai-bagai insiatif demi kebaikan warga pelajar.

Seminar dan motivasi diatur demi menganjakkan kekuatan mental murid-murid untuk

belajar bersungguh-sungguh bagi memperolehi keputusan peperiksaan yang

cemerlang peringkat kebangsaan. Kelas tambahan dilakukan untuk menyampaikan

ilmu yang secukupnya kepada para pelajar bagi menghadapi soalan peperiksaan.

Manakala Guru Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah tersebut merancang

pelbagai aktiviti kokurikulum demi melahirkan warga pelajar sebagai pemimpin

bangsa yang menonjolkan ciri-ciri keseimbangan dan keharmonian. Setiap hari

Rabu, aktiviti kelab, persatuan dan badan beruniform diadakan dengan

menghimpunkan warga pelajar besama guru-guru di bawah satu bumbung dengan

melakukan rancangan aktiviti yang agak menarik speerti pertandingan memasak,

pertandingan kawad kaki dan pertandingan melukis kolam. Beliau juga mendorong

pelar untuk mengabil bahagian dalam pertandingan ko-akademik peringkat daerah,

negeri dan kebangsaan; Murid-murid dilatih dan kemahiran mereka diperkembang

untuk memiliki kejohanan sesuatu pertandingan yang diadakan. Menurut Mohd

Sofian, Aminuddin & Borhan (2002) kokurikulum merupakan suatu pelengkap

kepada kehendak dan keperluan kurikulum di mana ia menyediakan banyak peluang

kepada murid-murid untuk menambah, mengukur, dan mengamalkan kemahiran,

pengetahuan dan nilai-nilai yang telah dipelajari semasa sesi pembelajaran dalam

bilik darjah. Dalam erti kata lain, kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan lanjutan

daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Seterusnya, Guru

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah ini berjuang untuk mengarcakan

seseorang individu yang berdisiplin dan berkelakuan baik. Setiap pagi, belia

meronda kawasan sekeliling sekolah untuk memastikan tiada pelajar yang

melakukan kesilapan yang bertentangan dengan peraturan sekolah; Beliau turut

membuat kepastian terhadap keselamatan murid-murid serta memberi perhatian

yang serius terhadap rekod kehadiran pelajar ke sekolah. Ketegasan beliau dalam

pengambilan tindakan segera terhadap pelajar yang bermasalah mampu

membentuk modal insan yang dinanti-nantikan oleh barisan pemimpin nasional.

Para guru sekolah menggembleng tenaga bersama-sema dengan ketiga-tiga orang

Guru Penolong Kanan untuk memperkuat pepohon sekolah iaitu Guru Besar SJK (T)

Ladang Perbadanan untuk memekar modal insan yang seimbang dan berkualiti.

Page 4: laporan terakhir

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2015

Barisan guru di sekolah tersebut memupuk etika keguruan dan nilai-nilai kesyumulan

selaras Falafah Pendidikan Guru supaya dapat menjadi role model ataupun suri

teladan yang baik kepada pelajar untuk mewarisi unsur insaniah. Antara sifat terpuji

yang boleh diambil iktibar dari guru-garu tersebut adalah berpakaian kemas,

berkelakuan baik, bersopan-santun, berbudi bahasa dan menepati masa. Barisan

guru sekolah ini berpegang kepada etika dan tata susila profesion perguruan supaya

tidak lari daripada matlamat murninya. Mereka juga minat terhadap profesionnya

serta mata pelajaran yang diajar. Mereka bersiap sedia dengan membuat rancangan

sebelum proses pembelajaran dan pengajaran; Guru-guru tersebut amat

menumpukan kepentingan terhadap penggunaan bahan ABM. Guru-guru di sekolah

tersebut menganggap diri mereka sebagai pencetus ilmu pendidikan yang berkualiti

tinggi.

Institusi SJK (T) Ladang Perbadanan Kedah merupakan pondok pendidikan

yang sempurna dan berkualiti untuk membangunkan modal insan yang berjaya di

swarnabumi ini untuk mendukung ambang 2020.