19
Laporan Majlis Yassin Perdana & Solat Hajat Peringkat SK Palong 9 (F) 4 SEPTEMBER 2014 Anjuran: PANITIA PENDIDIKAN ISLAM & KECEMERLANGAN TAHUN 6

Laporan Yassin Perdana

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SK PALONG 9

Citation preview

Page 1: Laporan Yassin Perdana

Laporan Majlis Yassin Perdana & Solat Hajat

Peringkat SK Palong 9 (F)

4 SEPTEMBER 2014

Anjuran:

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM & KECEMERLANGAN TAHUN 6

Page 2: Laporan Yassin Perdana

1.0 PENDAHULUAN

Majlis bacaan Yassin dan Solat hajat untuk UPSR adalah salah satu program yang

dirancang untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya membantu para pelajar tahun 6

menghadapi peperiksaan UPSR dengan lebih tenang dan yakin. Surah Al Baqarah ayat 186

Ertinya : Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah),

bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia

memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan

hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu mendapat petunjuk.

Sempena peperiksaan UPSR yang bakal tiba. Pihak sekolah dengan kerjasama Panitia

Pendidikan Islam & kecemerlangan tahun 6 mengadakan ibadah bacaan Yasin dan solat Hajat

secara besar-besaran yang melibatkan murid tahun 6, ibu bapa , penjaga, kakitangan sekolah

dan guru-guru SK Palong 9. Semoga dengan usaha tersebut , Sekolah Kebangsaan Palong 9

akan terus menempa kejayaan dalam UPSR dan semua usaha warga SK Palong 9 akan

mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Diucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang memberikan kerjasama sama ada

secara langsung atau tidak langsung. Sek Keb Palong 9 (F) merakamkan setinggi penghargaan

kepada semua penderma sama ada dalam bentuk makanan mahupun wang ringgit.

Keseluruhannya program ini mencapai matlamat.

Page 3: Laporan Yassin Perdana

2.0 OBJEKTIF

Semasa melaksanakan Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat ini, pihak sekolah telah menetap

beberapa objektif yang hendak dicapai. Setelah melaksanakan program ini, kami mendapati

objektif berikut telah berjaya dicapai iaitu :

2.1 Mendedahkan pelajar kepada cara memohon bantuan daripada Allah S.W.T.

2.2 Memupuk rasa cinta kepada ibadah

2.3 Meningkatkan lagi ilmu dalam menjalankan solat hajat

3.0 TARIKH PROGRAM YANG TELAH DIJALANKAN

Tarikh : 4 SEPTEMBER 2014 (KHAMIS MALAM JUMAAT)

Tempat : Surau SK Palong 9

Masa : 7. 00 malam – 10.00 malam

Pakaian : Baju Melayu & Baju Kurung

4.0 AKTIVITI

4.1 Bacaan Yassin & Solat Hajat

Bacaan Yassin & Solat Hajat dipimpin oleh Ustaz Tuan haji Rahmat bin Yusoff. Para peserta

membaca surah yassin secara tartil dan bersama-sama dengan mengikut oleh Ustaz Tuan haji

Rahmat bin Yusoff . Solat hajat pada rakaat perkara membaca surah al fatihah dan ayat kursi

kemudian pada rakaat ke dua para peserta membaca surah al fatihah dan surah al ikhlas. Majlis

ditutup dengan bacaan doa.

Page 4: Laporan Yassin Perdana

5.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

7.00 malam Kehadiran / Ketibaan VVIP

7.30 malam Solat maghrib berjemaah

8.00 malam Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

8.10 malam Ucapan Guru Besar SK Palong 9

8.15 malam Bacaan Yassin

8.40 malam Solat Isyak berjemaah

9.00 malam Solat Hajat

9.15 malam Jamuan

10.00 malam Majlis Bersurai

6.0 JAWATANKUASA

AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI

Penasihat : En. Mohd Taufik b. Awap (Guru Besar)

Pengerusi : Pn. Hajah Rosna bt.Mahat (GPK 1)

N. Pengerusi 1 : Pn. Lina bt.Dollah (GPK HEM)

N. Pengerusi 2 : En. Abd Mulki b. Gaisun (GPK KO)

Setiausaha : En. Mu’az bin Abd Aziz

Bendahari : Pn. Fatimah bt. Mohd Tahir

Page 5: Laporan Yassin Perdana

Ahli Jawatankuasa Kerja

Persiapan Surau

1. En. Mohd Aiman b. Abdol Aziz ( ketua )

2. En. Mohd Zaki b. Ismail

3. En. Mohd Fakhrulrazi b. Abd Kudus

4. Cik Nur Amanina bt. Ibrahim

5. Cik The Nur Idayu bt. Abd. Ghafar

Buku Program / Surat Jemputan

1. Pn. Rafiha bt. Samsudin ( ketua )

2. Pn. Marhana bt. Md Noor

PA system

1. En.Shamsu Ngarifin b. Abdullah ( ketua )

2. En.Mohd Zaidi b. Zin

Jamuan

1. Pn. Fatimah bt. Mohd Tahir ( Ketua )

2. Pn. Marhana bt. Md Noor

3. Pn. Sarina bt.Salim

4. Pn. Norliza bt.Mihat

5. Pn. Cik Ayuni Hardiny bt.Yusof

6. Pn. Salmi bt. Salleh

7. Pn. Hjh. Saloma bt Hj. Abd. Razak

Page 6: Laporan Yassin Perdana

Disiplin

1. En. Jaafar b. Karis ( Ketua )

2. En. Ahmad Fauzan b. Yaakob

3. En. Norkhairulazaddin b. Wahid

4. Pn. Noor Shalida bt. Mohd Sharif

5. En. Hairullidzam bin Berhan

Imam / bilal / solat hajat / yassin

1. En.Mohd Khalis b. Abdul Rahman ( Ketua )

2. Ustaz Tuan haji Rahmat bin Yusoff

3. En. Ahmad Faisal b. Abdul Halim

4. En Muhammad Afnan bin Tumiran

Dokumentasi / Gambar

1. En. Mu’az bin Abd Aziz ( Ketua )

2. En. Ahmad Fauzan b. Yaakob

Pendaftaran

1. Pn. Nor Aini bt.Muda

2. Pn. Yusmida bt. Yunus

3. Ummi Saidatul bt. Hasaan

4. Pn. Shawaliza bt. Ali

Pengerusi Majlis

1. En. Mohd Razif Irwan b. Ramli

Page 7: Laporan Yassin Perdana

7.0 PERBELANJAAN

7.1 SUMBER PERBELANJAAN

1. Sumbangan daripada pelajar seorang : RM 10.00

34 orang x RM 340.00 : RM 340.00

2. Sumbangan kewangan dari sekolah

3. Sumbangan kewangan dari guru-guru SK Palong 9

4. Sumbangan kewangan dari perseorangan dan ibu bapa

7.2 PERBELANJAAN

BIL PERKARA RM

1.

2.

Jamuan RM 5.00 X 130 orang

Cenderahati Imam

RM 650.00

RM 100.00

JUMLAH RM 750.00

9.0 DOKUMENTASI AKTIVITI

Rujuk Lampiran A

Page 8: Laporan Yassin Perdana

10.0 Rumusan

Secara rumusan keseluruhan Majlis Yassin Perdana & Solat Hajat berjalan dengan lancar.

Para tetamu hadir bermula 7.00 malam dan dapat solat Maghrib berjamaah, majlis bermula tepat

pada masa yang dirancang. Kehadiran para peserta juga sangat baik dengan kehadiran 90 % dari

pelajar, penjaga, kakitangan dan guru. Azan maghrib dilaungkan oleh En. Mohd Aiman b. Abdol

Aziz dan diimamkan oleh Ustaz Tuan haji Rahmat bin Yusoff. Antara VVIP yang datang ialah

en. Abd Kadir bin Ahmad Yang Dipertua PIBG SK Palong 9 ( F ).

Selepas solat Maghrib majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis yaitu En.

Mohd Razif Irwan b. Ramli kemudian majlis diteruskan ucapan yang disampaikan oleh guru

besar SK Palong 9 . Beliau mengucapkan selamat datang dan ucapan pemberi semangat kepada

pelajar-pelajar untuk menghadapi UPSR yang akan datang. Majlis Yassin Perdana & Solat Hajat

dikepalai oleh Ustaz Tuan haji Rahmat bin Yusoff. Majlis berjalan baik dan lancar dengan

bimbingan Ustaz Tuan haji Rahmat bin Yusoff. Majlis Yassin Perdana & Solat Hajat ditutup

dengan bacaan doa oleh Ustaz Tuan haji Rahmat bin Yusoff.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Semoga Allah

membalas jasa kepada yang terlibat dan diberi kejayaan di dunia dan akhirat.

Disediakan oleh

………………………………

(Mu’az bin Abd Aziz)

Ketua Panitia Pendidikan Islam

SK Palong 9 (F),Gemas.

Page 9: Laporan Yassin Perdana

LAMPIRAN

KEHADIRAN PESERTA

MENYAMBUT TETAMU DENGAN SENYUMAN

Page 10: Laporan Yassin Perdana

VVIP YANG HADIR

SETIA MENUNGGU TETAMU

Page 11: Laporan Yassin Perdana

SENYUMAN TOK BILAL DAN ORANG LAMA

PENGERUSI MAJLIS

Page 12: Laporan Yassin Perdana

BACAAN YASSIN

BACAAN YASSIN

Page 13: Laporan Yassin Perdana

SOLAT HAJAT

SOLAT HAJAT

Page 14: Laporan Yassin Perdana

DOA SEORANG GURU

TAUSIAH DARI IMAM

Page 15: Laporan Yassin Perdana

PENGHARGAAN KEPADA IMAM

JAMUAN