Upload
selvam-latha
View
220
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
LAPORAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DI
SEKOLAH KEBANGSAAN PAHI, KUALA KERAI, KELANTAN
Pada 09, 10, 11 dan 12hb. Februari 2015 kami telah diarahkan untuk mengikuti program
khidmat masyarakat ke Sekolah SK Pahi, Kuala Kerai, Kelantan. Seramai 60 orang guru pelatih
yang terdiri daripda empat unit iaitu unit PSV, Muzik, PJK (SK) dn Bahasa Tamil serta seramai
10 orang pensyarah pembimbing turut menyertai dalam program khidmat masyarakat ini.
Sebagai persediaan, pada 28hb. Januari 2015 bersamaan hari Rabu taklimat bagi
program khidmat masyarakat telah diadakan oleh En Abdul Rahim dan En Amaran dari unit
gerko disamping itu, pemilihan ahli jawatankuasa turut diadakan. En Devandran telah dipilih
sebagai Pengerusi Program dari unit PSV, Naib Pengerusi disanjungi oleh En Kalai Selvan dari
unit PSV, Cik Saraswathi juga dari unit PSV telah dipilih sebagai setiausaha dan Cik Annie
Maria dari unit PJK (SK) dipilih sebagai bendahari program khidmat masyarakat. Selain
daripada itu, ahli jawatan kuasa yang lain telah disanjungi oleh guru pelatih daripada keempat-
empat unit PISMP Semester 4. ( Sila rujuk lampiran 1 ). Taklimat program khidmat masyarakat
telah ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.
Pada 5hb. Februari 2015, bersamaan hari Khamis, ahli jawatankuasa peralatan telah
mengarahkan kesemua ahli jawatankuasa untuk mengambil dan memeriksakan segala
peralatan dan bahan yang diperlukan dibawa bersama untuk program ini ke sekolah SK Pahi.
Ketua AJK Peralatan menyediakan senarai semak supaya memastikan alat dan bahan yang
diambil itu cukup untuk digunakan pada program khidmat masyarakat. Kerja-kerja pemeriksaan
peralatan telah disempurnakan pada pukul 5.30 petang.
Pada 09hb. Februari 2015 bersamaan hari Isnin, kami berkumpul di garaj bas IPGKRM
pada pukul 7.00 pagi. Kami telah diberikan taklimat yang berkaitan tentang perjalanan ke
sekolah SK Pahi, Kuala Kerai, Kelantan oleh pensyarah pembimbing dan pengerusi program
iaitu En Abdul Rahim dan En Devandran. Seterusnya, ketua ahli jawantankuasa pengangkutan
telah membahagikan empat unit kepada dua unit untuk menaiki bas. Oleh itu, unit PSV dan
Muzik telah digabungkan untuk menaiki sebuah bas manakala unit PJK SK dan Bahasa Tamil
telah dinaiki sebuah bas dan perjalanan kami menuju ke sekolah SK Pahi pada pukul 8.00 pagi.
Pada pukul 6.00 petang kami telah sampai ke sekolah SK Pahi, Kuala Kerai, Kelantan.
En Abdul Rahim, selaku ketua jurulatih program khidmat masyarakat telah memberikan taklimat
tentang tempat penginapan kami di sekolah tersebut selama empat hari dan tiga malam. Dalam
taklimat itu, beliau memaklumkan bahawa guru pelatih lelaki harus menginap di khemah, guru
pelatih wanita pula menginap di bilik pra-sekolah manakala pensyarah pembimbing dan ketua
jurulatih menginap di bilik ICT sekolah dan di surau.
Setelah tamatya taklimat, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk
mengambil alatan dan bahan serta barangan keperbadian masing-masing dari bas menuju ke
tempat penginapan masing-masing. Guru pelatih lelaki telah mendirikan tiga buah khemah di
kawasan yang telah di arahkan oleh En Awang Abdullah Bin Yaacob dan En Amran Bin Mohd
Din. Manakala guru pelatih menginap di tempat yang telah ditetapkan. Pada pukul 8.00 malam
ajk makanan telah menyediakan makanan malam bagi kami semua di kantin sekolah tersebut.
Seterusnya, ketua ahli jawatankuasa keselamatan menyediakan jadual kawalan keselamatan
pada pukul 12 malam hingga pada pukul 6 pagi. Dalam jadual kawalan tersebut sejam sekali
tiga orang guru pelatih menjalankan rondaan pada waktu yang ditetapkan.
Pada 10hb. Februari 2015 bersamaan hari Selasa, pada pukul 7.30 pagi kami
berkumpul di tapak perhimpunan sekolah untuk membuat senaman pagi yang dikendalikan oleh
unit PJK SK. Setelah tamatnya senaman pagi. guru besar sekolah SK Pahi memberi ucapan
dan mengalu-alukan kehadiran kami. Dalam ucapan beliau, beliau meminta beberapa bantuan
daripada kami untuk membersihkan bilik darjah pra-sekolah dan kawasan sekolah supaya
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang lancar.
Oleh itu, En Devandran, selaku pengerusi program khidmat masyarakat mengagihkan
kumpulan guru pelatih wanita yang terdiri daripada unit PSV, Muzik dan PJK SK membersihkan
dan mengecatkan tiga buah bilik pra sekolah manakala kumpulan guru pelatih lelaki
membersihkan kawasan sekolah serta peralatan sukan dan mencucikan dewan sekolah,
bengkel kemahiran hidup dan makmal sains. Seterusnya, ajk kebersihan dan peralatan
memainkan peranan untuk megedarkan alat dan bahan yang diperlukan untuk melaksanakan
tugasan dengan sempurna.
Seterusnya, guru penyelaras bilik pra sekolah telah memberikan tugasan yang harus
diberaskan terlebih dahulu kepada guru pelatih. Manakala, guru pelatih lelaki melaksanakan
tugasan mereka dengan bimbingan tukang kebun sekolah. Segala tugasan pada hari tersebut
ditangguhkan pada pukul 5.30 petang. Pada malam hari tersebut, mesyuarat bersama dengan
ketua jurulatih iaitu En Abdul Rahim telah diadakan pada pukul 9.00 malam. Dalam mesyuarat
tersebut kami dapat melaporkan segala perkembangan tugasan kami.
Pada 11hb. Februari 2015, bersamaan hari Rabu, pada pukul 7.30 pagi kami berkumpul
di tapak perhimpunan sekolah untuk membuat senaman pagi yang dikendalikan oleh unit PJK
SK. Setelah selesainya senaman pagi, kami masing-masing menyambungkan tugasan kami.
Segala tugasan kami telah disempurnakan pada pukul 4.30 petang. Guru pelatih telah diberikan
masa untuk melawat kawasan perkampungan yang melanda banjir berhampiran dengan
kawasan sekolah SK Pahi, Kuala Kerai. Selepas makanan malam, semua guru pelatih diminta
untuk mengemaskan barangan keperibadian masing – masing.
Pada 12hb. Februari 2015, bersamaan hari Khamis, setelah selesainya majlis
penutupan dari pentadbiran SK Pahi, kami bertolak menuju ke IPGKRM pada pukul 9.00 pagi
dan tiba ke IPGKRM pada pukul 6 petang. Setelah sampai di Negeri Sembilan dengan selamat,
Kami memulangkan segala peralatan yang dipinjam dari stor IPGKRM dan bersurai pada pukul
6.30 petang.
Secara amnya, program Khidmat Masyarakat ini dapat berjalan dengan lancar. Pada
pandangan saya ini merupakan satu pengalaman yang sangat berharga kerana saya dapat
memperolehi pelbagai ilmu pengetahuan yang luar biasa yang tidak dapat sewaktu kuliah.
Penglibatan saya dalam program ini membanggakan diri saya kerana selaku siswa pendidik,
saya dapat peluang untuk membantu mangsa banjir dan juga membuat khidmat masyarakat. Ini
merupakan satu pengalaman yang sangat berharga yang tidak dapat memperolehi lagi.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,
----------------------------------------------
(KALAI SELVAN A/LPERIASAMY)
LAMPIRAN 1
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
LAMPIRAN 2
GAMBAR-GAMBAR PERSEDIAAN SEBELUM MENGIKUTI PROGRAM KHIDMAT
MASYARAKAT
Taklimat dan pemilihan ahli jawatankuasa sedang dijalankan
Pemeriksaan khemah telah dilangsungkan
LAMPIRAN 3
GAMBAR-GAMBAR SEMASA MELAKSANAKAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
Tiba di destinasi
Senaman pagi
Melaksanakan tugasan selama dua hari
LAMPIRAN 4
GAMBAR-GAMBAR SELEPAS MELAKSANAKAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
Pulang dari sekolah SK Pahi
Memulangkan peralatan