Upload
adibah-alias
View
558
Download
30
Embed Size (px)
DESCRIPTION
lingusitik
Citation preview
Laras Bahasa
Dr Maheram Ahmad
Nur Adibah Bt Alias
Nurul Wardah Nazifah Bt Razali
Jabatan Peng. Arab & Tamadun Islam
PPPC6363 Sosiolinguistik dan Penterjemahan
Konsep Laras Bahasa
• Nik Safiyah Karim (1988) menyatakan bahawa laras bahasa dapat dijelaskan sebagai gaya dan penggunaan sesuatu bahasa. Gaya merujuk kepada kelisanan dan penulisan, manakala penggunaan merujuk kepada penutur, pendengar, situasi, topik, dan tujuan perbincangan.
• Halliday (1968) mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi. Menurut beliau lagi, laras bahasa berubah-ubah mengikut situasi. Halliday mendasarkan perbezaan laras yang digunakan kepada dua faktor iaitu pengguna dan penggunaan.
• Bahasa
Pengguna penggunaan
dialek laras• Menurut Halliday, ukuran utama bagi sesuatu laras dapat dilihat daripada tatabahasa dan
perbendaharaan katanya. Beliau menjeniskan laras kepada tiga kategori :• a) Tajuk wacana• b) cara penyampaian wacana• c) Gaya wacana
• Asmah Hj Omar (1987) memberi takrif laras : Yang dimaksudkan dengan laras bahasa ialah ciri-ciri khusus dalam penggunaan menurut bidang penggunaannya.
• Kemunculan laras bahasa selari dengan kewujudan situasi penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa juga berubah mengikut konteks, bidang dan juga peringkat sosial.
• Laras bahasa merupakan satu konvensi sosial. Sesuatu laras tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu.Seseorang pengguna bahasa menggunakan laras bahasa yang berbeza-beza bagi situasi yang berlainan, mengikut kesesuaiannya.
• Jumlah laras seseorang itu menggambarkan keseluruhan pengalaman bahasanya dan peranan yang dimainkan olehnya dalam masyarakat. Semakin besar jumlah peranannya, maka semakin besar jumlah laras bahasa yang digunakannya.
• Jadi jelaslah bahawa laras ialah cara penggunaan sesuatu bahasa dan variasi bahasa mengikut bidang situasi seseorang penutur sewaktu berbahasa sama ada secara lisan atau tulisan.
SITUASI LUARAN SITUASI PERSEKITARAN
•Merujuk kepada latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa.•Meliputi struktur dan keseluruhan cara hidup yang menentukan perlakuan anggota masyarakat.•Contoh : huraian tentang laras agama hendaklah mengambil kira bentuk lafaznya, teknik lafaznya, dan latar belakang khalayak yang mendengar ceramah agama berkenaan.
•Merujuk kepada aspek-aspek yang terlibat secara langsung dengan penggunaan bahasa.•Empat situasi persekitaran yang ketara ialah :1.Cara penyampaian2.Hubungan sosial dan peribadi antara pengguna bahasa.3.Bahan yang diperkatakan4.Fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa.
Laras bahasa dapat dilihat daripada dua ciri utama, iaitu :a) Ciri-ciri keperihalan sesuatu peristiwa bahasa yang merangkumi situasi luaran dan situasi persekitaran sesuatu masyarakat bahasa.
Ciri-ciri Laras
• b) Ciri-ciri linguistik yang berkaitan dengan situasi dalaman teks tersebut iaitu aspek bunyinya, aspek perkataannya, aspek frasanya, dan aspek ayatnya.
ASPEK BUNYI •Penggunaan sesuatu laras berkaitan dengan nada suara, terutama yang melibatkan laras berbentuk lisan seperti laras agama.
ASPEK PERKATAAN •Sesuatu laras dikenali melalui kosa katanya seperti laras undang-undang, laras ekonomi dan laras sains
ASPEK FRASA •Laras tertentu dikenali melalui ungkapan frasanya.•Contohnya, frasa pukul telur hingga naik hanya terdapat dalam laras resipi dan frasa sajak kabur terdapat dalam laras sastera.
ASPEK AYAT •Binaan, susunan, dan panjang pendeknya ayat akan menjadikan laras berbeza-beza.•Contohnya, ayat yang panjang selalunya terdapat dalam laras undang-undang.
Laras Bahasa Biasa
Formal/Rasmi Tak Formal
Digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan sebagainya.
Berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama ada pengguguran subjek, predikat,
objek.
• Laras bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan laras khusus.
• Laras biasa ialah laras khusus yang digunakan untuk masyarakat umum seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuan dan penerangan (syarahan, rencana), maklumat dan pemujukan (rencana, iklan).
Ø Tidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah teknikal, kurang kata pinjaman.Ø Gaya ayat sederhana, ringkas dan padat.Ø Struktur ayat mudah, contohnya: Di larang memijak rumput.Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal.
• Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku).
• Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khusus ialah:• kosa kata• tatabahasa• gaya• Perbezaan antara laras bahasa biasa dan laras bahasa khusus :
Golongan laras Bidang Situasi Contoh Bahan
Biasa
HiburanPengetahuan
MaklumatUpacara/.Majlis
Khalayak Umum
Berita, laporan. iklan, surat peribadi
Ucapan syarahanAcara majlis umum
Doa, khutbah
KhususDoa-khutbah
TeknikalIlmiah
Khalayak khusus
Acara majlis rasmiRencana, ekonomi, undang-
undang, fizik, kimia, dan lain-lain.
Tesis, rencana matematik, biologi, Fizik, Kimiz, Lukisan Kejuruteraan dan sebagainya.
• Jenis-jenis Laras Bahasa Berserta Contoh
• Laras Biasa• Laras ini merupakan penggunaan bahasa yang tidak membabitkan sebarang bidang
ilmu atau konteks khusus. Ia biasanya digunakan dalam perbualan seharian. Oleh itu, laras biasa tidak mengandungi istilah atau pola yang khusus.
• Contoh : Hai Mat ! Nak ke mana tu? Tak singgah dulu?
• Laras bahasa biasa terbahagi kepada dua :
i-Laras bahasa biasa formal digunakan dalam situasi rasmi sahaja • Contoh: Laras untuk majlis akad nikah. Laras sewaktu majlis pertunangan.
ii- Laras bahasa biasa tidak formal menggunakan ciri-ciri bahasa basahan • Contoh: Bahasa di pasaran harian Bahasa sewaktu membeli barang di gerai-
gerai - Cakap-cakap mulut sahaja disebabkan keperluan untuk berkomunikasi - Kadangkala bahasa dicampuradukkan dengan bahasa penutur yang berlainan ras dan tempat - Adakala digunakan dalam komunikasi dalam kalangan kaum berbeza
• Laras Bahasa Istana• Mempunyai peraturan nahu dan bunyi bahasa Melayu• Terdapat ciri-ciri pengulangan• Ciri pemulukan dan ciri pendinaan.• Kerap berlaku penambahan yang jelas menandai bahasa Istana• Mempunyai kosa kata dan ungkapan yang dibahagikan kepada rutin
bahasa dan perbendaharaan leksis (konotasi &denotasi)• Sebutan diri dalam laras bahasa Istana dibahagikan kepada dua jenis
iaitu ganti nama diri dan kekeluargaan
• Contoh : ampun tuanku, bersemayam, bertitah, anakanda, mencemar duli, berkirim sembah, derma kurnia
• Laras Bahasa Rencana• bahasa yang mudah,ringkas
• digunakan menyampaikan kepelbagaian idea tentang sesuatu isu • mudah difahami • gaya bahasa penulisan menarik yang menjurus kepada tajuk rencana • bersifat melaporkan sesuatu kepada pembaca secara umum ataupun secara terperinci• Perkara utama dalam penulis berita ialah Judul. Imej atau berita yang terkandung
dalam judul menjadi penarik utama.
• Contoh : Oleh kerana baru dilancarkan, kejayaan model terbaru Proton, ‘Proton Satria GTi’ masih belum dapat diukur. Pelbagai aspek seperti pilihan pembeli, faktor reka bentuk, kemudahan mendapatkan alat ganti dan ketahanannya perlu diambil kira. Model terbaru ini pastinya berhadapan dengan pelbagai rintangan sebelum model ini berkemampuan untuk menguasai pasaran dalam dan luar negara.
• Laras Bahasa Perniagaan/ iklan
• Biasanya digunakan dalam dunia korporat, khususnya bidang• perusahaan, perindustrian, perakaunan, perbankan, perniagaan dan• perdagangan.• Contoh: Bank Simpanan Nasional (BSN) mencatatkan prestasi di luar
jangkaan apabila mengaut keuntungan sebelum cukai bagi
setengah tahun pertama, lebih RM70 juta dan mengatasi
keuntungan sebanyak RM 47.754 juta bagi tahun lalu
• Laras jenis ini kebiasaanya digunakan untuk mengiklankan jenama barangan yang
ingin dijual. Gaya bahasa yang digunakan biasanya memujuk pendengar supaya membeli barangan menerusi cara penyampaian yang menarik sekali.
• Ayat yang digunakan pendek-pendek dan tidak gramatis.• Mempengaruhi penguna untuk membentuk tanggapan tertentu , atau mengubah sikap
dan melakukan tindakan.• Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong pula oleh gambar,
lukisan, grafik, ilustrasi dan sebagainya.
:
• Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:
• (a) Slogan: Kami Ada Cara• (b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa• (c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y• (D) Perisytiharan: Waja dengan Aksesori Lengkap• (e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu• (f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan.• (g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama• (h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai• (i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z.
• Laras Bahasa Undang-Undang• banyak menggunakan istilah teknikal.• Teks berkaitan dengan perundangan dan mengandungi prinsip undang-
undang dan berbentuk akta – terbahagi kepada bahagian dan seksyen • Penggunaan istilah-istilah khusus undang-undang dan banyak mengunakan
istilah yang dipinjam dalam bahasa Inggeris • Makna kosa yang digunakan berdasarkan interpretasi • Tidak mementingkan struktur ayat tetapi sangat mementingkan kejelasan • Bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat • Penggunaan ayat majmuk
• Contoh : Defendan membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju
dengan cadangan plaintif untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak relevan dengan perbicaraan berkenaan.
• Laras Bahasa Akademik• Laras akademik boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian berdasarkan bidang
ilmu yang diperkatakan. Antaranya laras sains, laras ekonomi, laras sastera dan sebagainya. Laras ini kemudiannya terbahagi pula kepada beberapa sub-bidang yang terdapat dalam sesuatu bidang akademik. Misalnya, dalam bidang sains, terdapat laras kimia, biologi dan fizik.
• Dalam bidang akademik, laras yang digunakan mudah dikesan dengan kehadiran istilah-istilah teknikal dan khusus yang berkaitan dengan bidang berkenaan.
• Contoh dalam bidang ekonomi : Perubahan dalam pola guna tenaga merupakan gejala yang umum dalam proses pembangunan ekonomi. Lebihan buruh daripada sektor pertanian yang mempunyai daya pengeluaran marginal yang rendah semakin ramai diserap ke dalam sektor industri yang mempunyai daya pengeluaran yang tinggi.
• Contoh laras sains dalam bidang biologi : Sel-sel kelenjar kolon merembeskan mukus yang berfungsi dalam melicinkan pergerakan kandungan kolon ke arah rektum. Tidak terdapat enzim yang dirembeskan di bahagian kolon. Cecair yang dirembeskan bersifat alkali.
• Contoh laras bahasa sains dalam bidang fizik: sferometer ialah sejenis alat yang digunakan untuk mendapatkan jejari kelengkung permukaan yang berbentuk sfera seperti permukaan kanta dan cermin yang melengkung.
• Laras Bahasa Sains dan Teknologi • Menggunakan istilah-istilah khusus.• Laras bahasa ilmiah dan bersifat formal dan tidak menggunakan
bahasa basahan • Bersifat intelektual, saintifik, formal dan objektif• Maklumat yang diberi berdasarkan kepada kajian dan fakta• Mementingkan kejelasan dan ketepatan fakta • Banyak menggunakan istilah sain dan teknikal• Penggunaan istilah-istilah pinjaman terutama daripada bahasa Inggeris• Lebih banyak penggunaan kata nama dan ragam ayat pasif
• Contoh : Ada juga bukti-bukti yang menyatakan bahawa tumbuh-tumbuhan menyerap dari tanah bahan-bahan bernitrogen yang larut seperti urea, asid-asid amino dan lain-lain yang disebut auksimon.
• Laras bahasa Media• Laras media massa kurang mementingkan gaya atau nahu, khususnya penggunaan imbuhan
dan kata hubung.• Berita sebagai satu wacana mempunyai struktur teks yang tersendiri, lain daripada struktur
teks cereka, dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya ilmiah.• Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu menurut
cara yang paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilangan besar pembaca akhbar.• Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baik ialah:• Pertama - bahasa yang digunakan mudah.• Kedua - gaya tulisan yang jelas dan• Ketiga - isi tulisan mestilah tepat. • Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai, maka bahasa akhbar haruslah sesuai
dengan bahasa kegunaan orang ramai.• Bahasa yang digunakan bersahaja dan bersifat melaporkan sesuatu peristiwa yang berlaku.
Bahasanya juga ringkas dan mengandungi berita yang maksimum untuk dipaparkan kepada pembaca dan penonton
• Contoh : Perak menjuarai kejohanan bola sepak Piala Malaysia 1998 selepas menewaskan Terengganu dengan jaringan tipis 1-0 di Stadium Nasional malam tadi.
• Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klausa, menggunakan petikan, metafora, kiasan,
istilah teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan.
• Laras Ekonomi
• Laras ekonomi berbentuk ilmiah.• menggunakan istilah-istilah teknikal• tidak mementingkan struktur ayat,bersifat formal• mementingkan susunan maklumat yang disampaikan dengan jelas dan
eksplisit. • Setiap data dapat dihuraikan berdasarkan bukti dalam bentuk data dan
statistik.
• Contoh: Jumlah dagangan negara melonjak ke tahap yang tertinggi sebanyak RM 880.37 bilion pada tahun 2004, didorong oleh sektor eksport yang turut merekodkan nilai terbesar dalam sejarah ekonomi negara.
• Laras Bahasa Sastera/ Klasik• Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.• Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, dramatik dan puitis.• Beberapa ciri bahasa sastera:
a kreatif dan imaginatif
b. mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata
c. puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasa dan sebagainya.
d. menggunakan bahasa tersirat: perlambangan, kiasan, perbandingan, peribahasa, metafora, simile, personifikasi, ilusi, ambiguiti dan sebagainya.
e. terdapat penyimpangan makna daripada pengucapan bahasa biasa.
f. menggunakan bahasa hiasan• Contoh novel : Perkarangan tempat menunggu di Unit Kecemasan Hospital Universiti
Kebangsaan Malaysia kelihatan lengang. Syafiqah dan Fahmi yang sudah hampir 15 minit tiba setelah menerima berita kemalangan yang melibatkan Abu, sekadar menyepikan diri di deretan bangku-bangku kosong yang terdapat di situ. Air mata mereka sudah lama kering. Penantian mereka bagaikan tiada jawapan..
• Laras Bahasa Agama• Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab• Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab• Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.• Terdapat unsur bahasa klasik terutama pada kosa katanya.• Terdapat istilah agama yang khusus bagi sesuatu agama.• Banyak mengandungi bentuk cerita, kias dan ibarat.
• Contoh: Syurga dalam bahasa Arab disebut sebagai ''al-jannah'' yang bermaksdu sebuah taman yang indah, penuh dengan pelbagai nikmat dan keselesaan....
• Contoh (doa) : Wahai Tuhan kami,kami meminta daripada Engkau kesejahteraan dalam agama, kesihatan tubuh badan, keberkatan rezeki, keampunan sebelum mati, rahmat pada kala mati, dan keampunan selepas mati. Wahai Tuhan kami, senangkanlah kami waktu menghadapi kematian dan lepaskan kami dari neraka dan anugerahi kami kemaafan pada waktu perkiraan.
• Laras Bahasa Sukan• Berkaitan dengan aktiviti-aktiviti dan kegiatan sukan.• Bahasa yang ringkas dan bersahaja• Menggunakan istilah sukan• Contoh : Sistem liga merupakan satu-satunya format
pertandingan yang paling digemari oleh pihak penganjur dan para peserta dalam permainan sukan berpasukan. Dalam sistem ini setiap pasukan akan bertemu seberapa banyak yang mungkin dengan pasukan yang lain bergantung kepada bilangan ahli kumpulan masing-masing.
• Laras Bahasa Kanak-kanak
• Kosa katanya terdiri daripada kata akar, kata nama konkrit, kata kerja, dan kata adjektif.
• Bilangan atau jumlah kosa katanya kurang berbanding dengan kosa kata orang dewasa.
• Bilangan imbuhan yang digunakan agak terhad, malah imbuhan yang digunakan untuk membentuk kata abstrak tidak terdapat dalam laras ini.
• Struktur ayat yang banyak digunakan ialah struktur ayat aktif bentuk tunggal.• Bahasa perlambangan tidak digunakan, begitu juga bentuk-bentuk bunga
bahasa.
Contoh:Sebelum tidur, nenek menghidangkan susu panas.
“Kamu berdua mahu dengar cerita tak? Nenek ada suatu cerita bagus, “kata nenek Kiti.
“Cerita apa, nenek? tanya Kiti.
“Kamu pernah dengar cerita Semut dan Belalang?” tanya nenek pula.
“Tidak pernah,” jawab Kiti dan Bani.