Click here to load reader
Upload
zairil-azhar-rozlan
View
2.517
Download
5
Embed Size (px)
Citation preview
ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN2010301341
1.0 PENGENALAN
Menurut Ab. Razak Ab. Karim (2008) laras didefinisikan sebagai kelainan bahasa yang
digunakan oleh penutur dalam kehidupan sehari-harian mereka. Seorang penutur itu
akan mengubah larasnya bergantung pada keadaan ataupun situasi sesuatu peristiwa
bahasa itu berlangsung. Misalnya, laras ekonomi, laras undang-undang, laras
perubatan dan sebagainya.
Menurut Nik Safiah karim (1982) pula menyatakan bahawa laras ialah satu gaya atau
cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi bahasa yang
dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Beliau mengaitkan
laras dengan pemilihan bahasa berdasarkan konteks, bidang yang diperkatakan dan
juga peringkat sosial.
Menurut Rajiee Hadi (1994), laras bahasa adalah satu wahana yang membuktikan
kemampuan sesuatu bahasa untuk mengungkapkan makna dan maksud dalam
pelbagai bidang. Laras bahasa menentukan makna leksikal sesuatu kata dan
pengertian mengkhusus kepada bidang tertentu iaitu merangkumi pemilihan diksi,
istilah, frasa dan ayat yang digunakan.
Ciri-ciri khusus yang dapat membezakan antara sesuatu laras bahasa ialah dengan
adanya penggunaan istilah yang berbeza mengikut bidang masing-masing. Jenis dan
struktur ayat yang mudah atau kompleks, pendek atau panjang, ayat aktif atau ayat
pasif, bergantung kepada jenis bidang ilmu yang tertentu. Selain itu, pemerengganan
yang bergantung kepada jenis format penulisan, penghuraian, penomboran, simbol,
carta dan lain-lain.
1
ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN2010301341
Terdapat banyak laras dalam bahasa Melayu. Antaranya laras bahasa sains dan
teknologi, bahasa undang-undang, bahasa ekonomi atau perniagaan dan banyak lagi.
Kajian ini adalah memberi tumpuan kepada bagaimana bahasa yang digunakan dalam
laras ekonomi. Laras ekonomi merupakan salah satu daripada laras-laras ilmiah yang
ada. Laras ini merangkumi banyak jenis dan salah satu daripada laras ekonomi yang
dimaksudkan ialah laras bursa saham. Laras ini banyak terdapat dalam akhbar-akhbar
harian dan jarang ditatapi oleh pembaca kecuali seseorang itu terlibat secara langsung
atau tidak dengan urusan jual beli saham. Biasanya ia digunakan dalam dunia korporat,
khususnya dalam bidang perniagaan, perusahaan, perindustrian, perakaunan,
perbankan dan perdagangan.
2
ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN2010301341
2.0 ANALISIS
2.1 Aspek Istilah
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), istilah ialah satu perkataan atau rangkai
kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang
ilmu pengetahuan. Istilah boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu istilah khusus dan
istilah umum.
2.1.1 Istilah Umum
Istilah umum ialah istilah yang terdiri daripada perkataan yang menunjukkan jenis atau
kumpulan. Contoh istilah umum yang terdapat dalam laras ekonomi adalah seperti
berikut:
Istilah Umum Huraian
Indeks Indeks merupakan pinjaman bahasa Inggeris iaitu index.
Wang Wang merupakan bahasa sumber.
Saham Saham merupakan bahasa sumber.
Sen Sen merupakan pinjaman bahasa Inggeris iaitu cent.
Juta Juta merupakan bahasa sumber.
Harga Harga merupakan bahasa sumber.
Dagangan Dagangan merupakan bahasa sumber.
Deposit Deposit merupakan pinjaman bahasa Inggeris iaitu
deposit.
Labur Labur merupakan bahasa sumber.
Ekonomi Ekonomi merupakan pinjaman bahasa Inggeris iaitu
3
ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN2010301341
economy.
Jadual 1: Istilah umum dalam laras ekonomi.
2.1.2 Istilah Khusus
Istilah khusus ialah istilah yang terdiri daripada perkataan yang merujuk kepada
perkara, benda atau alat-alat tertentu. Contoh istilah khusus yang terdapat dalam laras
ekonomi adalah seperti berikut:
Istilah Khusus Huraian
Indeks Komposit
Kuala Lumpur
Indeks merupakan pinjaman bahasa Inggeris iaitu index
manakala komposit juga merupakan pinjaman bahasa
Inggeris iaitu composit. Kuala Lumpur pula merupakan
kata nama khas.
Pasaran Saham Hong
Kong
Pasaran dan saham merupakan bahasa sumber
manakala Hong Kong merupakan kata nama khas.
Saham Talam Saham merupakan bahasa sumber manakala Talam
merupakan kata nama khas.
Saham Kbunai Saham merupakan bahasa sumber manakala Kbunai
merupakan kata nama khas.
Saham global Saham merupakan bahasa sumber manakala global
merupakan pinjaman bahasa Inggeris iaitu global.
Bursa Malaysia Bursa merupakan bahasa sumber manakala Malaysia
merupakan kata nama khas.
Indeks Nikkei 225 Indeks merupakan pinjaman bahasa Inggeris iaitu index
4
ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN2010301341
Jepun manakala Nikkei 225 Jepun merupakan kata nama
khas.
Saham Ramunia Saham merupakan bahasa sumber manakala Ramunia
merupakan kata nama khas.
Saham Saag Saham merupakan bahasa sumber manakala Saag
merupakan kata nama khas.
Indeks FTSE London Indeks merupakan pinjaman bahasa Inggeris iaitu index
manakala FTSE London merupakan kata nama khas.
Jadual 2: Istilah khusus dalam laras ekonomi.
2.2 Aspek Sintaksis
Aspek sintaksis ini membincangkan tentang beberapa perkara seperti binaan ayat, pola
ayat, susunan ayat, ragam ayat, jenis-jenis ayat dan bentuk ayat.
2.2.1 Binaan Ayat
Dalam binaan ayat, analisis teks dibuat dengan melihat binaan subjek dan predikat
ayat. Contoh binaan ayat boleh dilihat dalam jadual dibawah.
5
ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN2010301341
Subjek Predikat
1. Para pelabur lebih ceria.
2. Pasaran saham global meningkat.
3. Indeks Nikkei 225 Jepun ditutup.
Jadual 3: Contoh binaan ayat dengan melihat subjek dan predikat
Dalam contoh satu dalam Jadual 3 di atas, iaitu Para pelabur lebih ceria, kita dapati
unsur frasa subjeknya ialah para pelabur dan unsur predikat lebih ceria. Subjek dalam
ayat tersebut merupakan frasa nama dan predikatnya pula ialah frasa adjektif. Contoh
kedua pula iaitu Pasaran saham global meningkat, kita dapati unsur frasa subjeknya
ialah pasaran saham global iaitu frasa nama dan unsur predikatnya ialah meningkat
iaitu frasa kerja. Contoh yang ketiga pula iaitu Indeks Nikkei 225 Jepun meningkat, kita
dapati unsur frasa subjeknya ialah Indeks Nikkei 225 Jepun iaitu frasa nama dan unsur
predikatnya ialah ditutup iaitu frasa kerja.
2.2.2 Pola Ayat
Pola ayat terdiri daripada empat unsur iaitu:
I. Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
II. Frasa Nama + Frasa kerja (FN + FK)
III. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
IV. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FSN)
6
ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN2010301341
Namun begitu, pola 1 iaitu FN + FN tidak terdapat dalam analisis ini. Pola ayat yang
hanya terdapat pada teks adalah:
Pola 2: Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
FN (subjek) FK (predikat)
1. Indeks Komposit Kuala Lumpur mencecah paras 1533.
2. Unit dagangan meningkat hampir dua kali ganda.
3. Pasaran saham Amerika Syarikat menunjukkan perubahan positif.
Jadual 4: Pola ayat Frasa Nama + Frasa Nama.
Pola 3: Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN +FA)
FN (subjek) FA (predikat)
1. Para pelabur lebih ceria.
Jadual 5: Pola Ayat Frasa Nama + Frasa Adjektif.
Pola 4: Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FSN)
FN (subjek) FSN (predikat)
1. Pasaran saham Hong Kong pada bulan Januari 2011.
2. Pasaran saham negara pada awal tahun 2011.
3. Indeks kini dengan hanya 30 kaunter.
Jadual 6: Pola Ayat Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FSN)
7
ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN2010301341
2.2.3 Susunan Ayat
Susunan ayat dilihat kepada dua bahagian iaitu susunan ayat biasa dan susunan ayat
songsang.
I. Ayat Biasa
Dalam susunan ayat biasa, kedudukan konstituen subjeknya berada di hadapan
konstituen predikat. Contoh ayat yang terdapat dalam teks ialah:
subjek predikat
a) Indeks berada di paras melebihi 23 ribu mata.
b) Indeks ditutup pada 23 447.3 mata.
c) Pasaran saham global meningkat hampir dua kali ganda.
Jadual 7: Contoh ayat biasa yang terdapat dalam teks.
II. Ayat Songsang
Ayat songsang ialah ayat yang telah melalui proses pendepanan atau penjudulan. Bagi
ayat songsang, konstituen predikat yang biasanya selepas subjek dipindahkan
kehadapan objek. Unsur dikedepankan itulah yang hendak diberi penegasan iaitu
melalui proses pendepanan. Contoh ayat yang terdapat dalam petikan ialah:
8
ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN2010301341
Predikat Subjek Ayat biasa
1. Pada minggu kedua Indeks komposit Kuala
Lumpur FBM terus
meningkat.
Indeks komposit Kuala
Lumpur FBM terus
meningkat pada minggu
kedua.
2. Pada minggu ketiga
bulan Januari 2011
Indeks Komposit Kuala
Lumpur FBM mula
menurun sedikit, tetapi
masih di paras 1500 mata.
Indeks Komposit Kuala
Lumpur FBM mula
menurun sedikit, tetapi
masih di paras 1500 mata
pada minggu ketiga bulan
Januari 2011.
Jadual 8: Contoh susunan ayat songsang.
2.2.4 Ragam Ayat
Ragam ayat terbahagi kepada dua iaitu:
a) Ayat aktif
b) Ayat pasif
1. Ayat Aktif
Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek
asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Terdapat dua jenis ayat aktif iaitu:
a) Ayat Aktif Transitif
b) Ayat Aktif Tak Transitif
9
ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN2010301341
Ayat Aktif Transitif
Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh
frasa nama ataupun klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya.
Contoh ayat aktif transitif yang terdapat dalam teks boleh dilihat dalam jadual di bawah.
Subjek Predikat Predikat
Kata KerjaTransitif Objek
Indeks Komposit Kuala
Lumpur FBM
menunjukkan perubahan positif.
Indeks Komposit Kuala
Lumpur FBM
mencecah paras 1533 mata pada hari
pertama.
Pasaran saham Amerika
Syarikat
menunjukkan perubahan positif.
Jadual 9: Ayat Aktif Transitif.
Ayat Aktif Tak Transitif
Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang megandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak
diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Contoh ayat aktif tak transitif yang terdapat
dalam teks boleh dilihat dalam jadual di bawah.
10
ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN2010301341
Subjek Predikat (Kata Kerja Tak Transtif)
Unit dagangan meningkat.
Indeks ditutup.
Indeks Dow Jones meningkat.
Jadual 10: Ayat Aktif Tak Transitif
2. Ayat Pasif
Subjek Kata kerja Pasif Oleh + Frasa Nama Keterangan
Peningkatan ini disebabkan oleh berita positif
sektor perumahan
di negara itu.
Saham Nestle dibeli oleh pihak luar.
Sentimen positif didahului oleh kaunter stok.
Jadual 11: Ayat Pasif
2.2.5 jenis-jenis Ayat
Terdapat empat jenis ayat dalam tatabahasa Melayu iaitu:
a) Ayat Penyata
b) Ayat Seruan
c) Ayat Tanya
d) Ayat Perintah
11
ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN2010301341
a) Ayat Penyata
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan.
Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang
sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan. Contoh ayat
penyata yang terdapat dalam teks adalah seperti yang berikut:
i. Analisis saham ini adalah berkaitan dengan pasaran saham yang lalu.
ii. Pasaran saham Negara pada awal tahun 2011, amat memberangsangkan
dengan jumlah dagangan melebihi 40 000 juta.
iii. Saham teraktif dalam minggu itu termasuklah saham Saag, Talam, KUB
Malaysia Berhad (KUB), Borneo Oil Berhad (Bornoil) dan Ho Wah Genting
Berhad (HWGB).
b) Ayat Seruan
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan
untuk tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan, seperti takut, marah, takjub, geram
dan sebagainya. Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru ( ! )
yang biasanya terletak di akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau
tidak. Walaubagaimanapun tidak terdapat ayat seruan dalam teks yang dikaji ini.
c) Ayat Tanya
Ayat Tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Dengan
berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Contoh ayat tanya yang
12
ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN2010301341
terdapat dalam teks adalah seperti yang berikut:
i. Apakah faktor peningkatan pasaran saham Hong Kong pada bulan Januari
2011?
ii. Adakah pasaran saham negara akan sentiasa meningkat?
d) Ayat Perintah
Ayat perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu
tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti
nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau dan sebagainya yang biasa
digugurkan. Walaubagaimanapun tidak terdapat ayat perintah dalam teks yang dikaji ini.
2.2.6 Bentuk Ayat
Terdapat dua bentuk ayat yang dianalisis dalam teks ini, iaitu;
a) Ayat Tunggal
b) Ayat Majmuk
Ayat Tunggal
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai
satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Oleh yang demikian, ayat tunggal,
seperti ayat-ayat jenis lain juga, terbit daripada ayat dasar. Binaan ayat tunggal
menyamai binaan ayat dasar, iaitu terkandung di dalamnya satu konstituen subjek dan
satu konstituen predikat. Contoh ayat tunggal yang terdapat dalam teks yang dikaji ini
adalah seperti yang berikut:
13
ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN2010301341
subjek predikat
Pasaran saham negara meningkat tinggi.
Saham menurun.
Jadual 12: Ayat Tunggal.
Ayat Majmuk
Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau
lebih dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadi
ayat baharu. Ayat majmuk terbahagi kepada tiga jenis iaitu
a) Ayat majmuk gabungan
b) Ayat majmuk pancangan
c) Ayat majmuk campuran
Ayat Majmuk Gabungan
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang
dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut
dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya. Contoh ayat majmuk
gabungan yang terdapat dalam teks yang dikaji adalah seeprti yang berikut:
i. Jumlah dagangan harian berada di paras melebihi 2000 juta unit pada hampir
setiap hari pada minggu pertama dan minggu kedua tahun 2011.
ii. Indeks Komposit Kuala Lumpur FBM menurun, tetapi masih di paras 1500 mata.
iii. Unit dagangan masih tinggi dan berjumlah 7450.23 juta unit berbanding dengan
6361.99 juta unit pada minggu ketiga bulan Disember 2010.
14
ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN2010301341
Ayat Majmuk Pancangan
Ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau
beberapa ayat kecil yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian
daripada ayat induk itu. Ayat majmuk pancangan terbahagi kepada ayat pancangan
relatif, ayat pancangan komplemen dan ayat pancangan keterangan. Contoh ayat
majmuk pancangan dalam teks kajian ialah :
i. Permulaan yang positif untuk tahun 2011.
ii. Saham yang banyak perubahan termasuklah saham British American Tobacco
berhas (BAT).
iii. Bahawa ekonomi negara kita pada masa itu merosot adalah kurang tepat.
Ayat Majmuk Campuran
Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat,
yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan
berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Contoh ayat majmuk campuran dalam teks kajian
ialah:
i. Saham yang banyak perubahan termasuklah saham BAT, saham Nestle, dan
saham TWS.
ii. Indeks Komposit Kuala Lumpur FBM yang mula turun sedikit, tetapi masih di
paras 1500 mata.
15
ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN2010301341
3.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, dalam analisis teks laras ekonomi yang bertajuk ‘sasaran
tahun baharu’ terdapat penggunaan istilah umum dan juga istilah khusus yang telah
disenaraikan.
Dari segi aspek sintaksis pula binaan FN+FK merupakan binaan ayat yang
paling banyak dikenal pasti berbanding dengan FN+FA dan FN+FSN.
Walaubagaimanapun, binaan FN+FN didapati tiada di dalam kajian teks yang
dilakukan.
Kebanyakan susunan ayat adalah ayat biasa namun ada juga ayat songsang
digunakan dalam laras ini. Selain daripada ayat biasa dan ayat songsang, teks ini juga
menggunakan ayat aktif dan ayat pasif dan juga beberapa jenis ayat seperti ayat
penyata dan ayat tanya . Ayat perintah dan ayat seruan tidak terdapat dalam teks.
Bentuk ayat yang digunakan pula ialah ayat tunggal dan juga menggunakan lebih
banyak ayat majmuk daripada ayat tunggal.
16
ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN2010301341
RUJUKAN
Ab. Razak Ab. Karim. 2008. Kepelbagaian Laras Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :
Universiti Malaya.
Asmah Haji Omar. 2008. Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Laras bahasa .Dicapai pada 2 Oktober 2011, daripada http://yunimaha5-
lestaribestari.blogspot.com/2009/07/laras-bahasa-2.html
Mohd Hanif Mohd Helmi. 2011. Mac. Sasaran Tahun Baharu. Dewan Ekonomi. 59-61.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, & Abdul Hamid Mahmood. 2010.
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
17