31
LARI BERGANTI-GANTI 4 x 100m Nama Ahli Kumpulan: Chia Pui Ling Hong Sian Nee Hong Yi Xin

Lari Berganti Ganti

Embed Size (px)

DESCRIPTION

lari berganti-ganti

Citation preview

LARI BERGANTI-GANTI 4 x 100m

LARI BERGANTI-GANTI 4 x 100mNama Ahli Kumpulan:Chia Pui LingHong Sian NeeHong Yi XinPENGENALANObjektif : Membawa baton dari tempat permulaan sehingga tempat penamat menerusi 4 orang peserta secepat mungkin.Jenis acara dalam kebanyakan perjumpaan olahraga pelbagai peringkat seperti :4 x 100 meter4 x 200 meter4 x 400 meterAcara yang paling diminati & paling mendapat sambutan di kalangan pelari dan penonton.Faktor utama penentu kejayaan : persefahaman di antara pelari dalam pasukan.

SEJARAHBerasal dari Amerika SyarikatPunca-punca lahirnya acara ini :Perjalanan kereta kuda jarak jauh (pony ekspress) di mana surat-surat atau berita-berita disampaikan dari satu tempat ke tempat lainPerlumbaan dimulakan dengan seorang pelari membawa bendera & menyampaikan kepada pelari lain yang menanti di hadapan (dimulai di Universiti Pensylvania, Amerika Syarikat).Permainan pasukan ahli bomba. Ahli daripada satu pasukan bomba akan berlari dengan pantas & menyentuh kereta bomba. Ini sebagai isyarat kepada ahli lain dalam pasukan untuk bersedia.Percubaan pertama dilakukan pada tahun 1893, di mana pasukan dipertandingkan dengan setiap pelari berlari sejauh suku batu.

PELAKSANAANPemilihan pelari dan penentuan kedudukan hendaklah dibuat terlebih dahulu, dan tumpuan latihan hendaklah mengikut kedudukan ini. Menentukan tangan yang akan memegang baton, sama ada tangan kiri atau tangan kanan. Menyediakan blok permulaan untuk pelari pertama dan menentukan zon pertukaran baton bagi pelari kedua, ketiga dan keempat. Menentukan lorong larian setelah undian dibuat.

Pemilih PelariBiasanya pemilihan pelari untuk acara ini dijalankan menerusi satu ujian khas yang dibuat oleh sesuatu badan atau pihak yang bertanggungjawab ke atas pasukan itu. Empat atau lima orang pelari terbaik akan dipilih berdasarkan kedudukan masing-masing untuk membentuk satu pasukan pelari kelima sebagai simpanan.Pemilihan dibuat dengan berasaskan kepada beberapa perkara seperti, mengikut keupayaan pelari dalam peringkat tertentu. Dalam acara lari berganti-ganti 4x100 meter ini, ada pelari perlu berlari lebih jauh dan ada pula yang perlu berlari lebih dekat daripada pelari lain. Dan ada pelari yang mampu berlari dengan baik pada lorong lurus dan ada yang mampu berlari dengan baik pada selekoh.

Pelari pertama Pelari pertama haruslah mempunyai permulaan yang baik sambil tangan memegang baton, dan berkeupayaan berlari di selekoh. Selalunya pelari pertama adalah pelari kedua terbaik dalam satu pasukan. Ketiga-tiga aspek ini penting kerana dibandingkan dengan pelari lain, pelari pertama akan berlari lebih jauh bersama baton. Ia juga akan menjadi pendorong penting kepada pasukan jika pelari pertama berkemampuan berlari dengan baik.

Pelari kedua Pelari ini hendaklah berkeupayaan berlari dengan pantas pada garisan lurus. Dia juga mestlah bijak daripada segi menerima dan menghantar baton. Selalunya, jika pelari pertama membawa baton pada tangan kanan, pelari kedua hendaklah cuba menerima baton pada tangan kiri. Namun ini bukanlah satu syarat.

Pelari ketiga Kriteria utama bagi pelari ketiga ialah mempunyai kebolehan dan kemampuan berlari di selekoh dan menerima baton menggunakan tangan kanan jika pelari kedua memberikannya menggunakan tangan kiri, atau sebaliknya. Daripada segi keupayaan, biasanya pelari ketiga terpantas dalam pasukan diletakkan sebagai pelari ketiga. Satu lagi aspek penting ialah keupayaannya berlari di selekoh. Pelari akhir Pelari akhir biasanya merupakan pelari terpantas dalam satu-satu pasukan kerana pada bahunyalah terletak keputusan yang bakal dicapai oleh seseubah keputusan yang bakal dicapai oleh sesebuah pasukan lari berganti- ganti 4x100 meter. Pelari ini haruslah berkebolehan berlari di garisan lurus. Walaupun daripada segi jarak larian sebenar, pelari terakhir ini adalah terpendek, namun daripada segi kepantasan dan kelajuan, ia amat penting.

Undang-undang dan Peraturan Acara Lari Berganti-ganti 4X100m dan 4X400mCiri-ciri baton:Baton berbentuk tiub dan mempunyai permukaan yang licin.Baton diperbuat daripada kayu atau logam.Berukuran antara 28cm-30cmdengan ukur lilit antara 12cm-13cm.Berat baton pula ialah tidak kurang daripada 50g.

Teknik memintas masuk (cut-in):Hanya pelari kedua dalam acara 4X400m boleh memotong sebaik sahaja melintasi lengkung cut-in yang ditandakan dengan bendera setinggi 1.50m.

Zon Pertukaran:Zon pertukaran baton ialah sepanjang 20m. Baton hendaklah diserahkan di dalam zon ini.Teknik memegang baton:Baton hendaklah dipegang sepanjang larian. Jika terjatuh, hendaklah diambil oleh pelari yang menjatuhkannya.

Pelaksanaan yang membatalkan larian:Pelari memasuki lorong peserta lain.Memberi dan menerima baton di luar zan pertukaran.Membaling dan melambung baton setelah menamatkan larian.Aspek KeselamatanPastikan kawasan adalah selamat.Lakukan aktiviti memanaskan badan sebelum aktiviti larian dan aktiviti menyejukkan badan selepas larian.Baton diperiksa agar selamat digunakan.Memakai kasut dan pakaian sukan yang sesuai untuk acara lari berganti-ganti.

Trek Lari Berganti-ganti

Zon Pertukaran BatonSetiap zon penukaran baton adalah sepanjang 20 meter dengan adanya satu garisan pembahagi di tengah-tengahnya.Penukaran baton ini mestilah dilakukan di dalam zon penukaran baton.Dalam acara 4 x 100 meter, zon pemecutan sepanjang 10 meter dibenarkan dan mendahului zon penukaran baton.Zon pemecutan digunakan untuk pelari memulakan larian bila pembawa baton menghampiri titik tanda.

Kebiasaannya, penerima baton akan membuat satu tandaan (check mark) yang jaraknya lebih kurang 15-18 tapak kaki ke belakang garisan mula zon penukaran baton.Apabila pembawa baton berlari sampai ke tandaan yang dibuat itu, penerima baton akan terus berlari dan menunggu isyarat daripada pembawa baton untuk menerima baton dalam zon penukaran baton.

Penggunaan Blok Permulaandigunakan dalam semua acara lari berganti-ganti.digunakan oleh pelari pertama. cara memegangnya boleh disesuaikan mengikut keselesaan atlit.Cara Mengukur Blok PermulaanLetakkan blok permulaan dalam ukuran 1 kaki dari garis permulaan.Letakkan pedal dua kaki daripada garis permulaan.Pedal sebelah lagi diletakkan dua setengah kaki daripada garis permulaan.

Contoh Jarak Antara Blok

Gaya Selang-seli tanpa pandang pelari pertama dan ketiga dikehendaki membawa baton dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempat pula menerima dan membawa baton dengan tangan kanan.

Gaya Selang-seli cara pandangSemasa pertukaran baton dilakukan, pelari yang menerima baton akan menoleh ke belakang dan memerhati pemberian baton daripadanya.

Gaya dan Teknik Penukaran Baton Teknik menerima dari atas Teknik menerima dari bawahTeknik menerima dari atas/bawahPelari yang akan menerima akan berlari apabila pelari yang membawa baton melepasi garisan zon penukaran .Pelari yang membawa baton masuk zon penukaran zon memberi isyarat apabila hampir dengan penerima baton. Sambil berlari, ketika melihat ke hadapan, penerima baton akan menghulurkan sebelah tangan ke belakang dengan tapak tangannya terbuka (menadah) ke atas/bawah dalam bentuk V yang dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk penerima untuk menerima baton. Sentiasa luruskan tangan dan jangan cuba mengoyang-goyangkannya.

4. Penghantar baton akan menghayun baton ke atas tangan penerima. 5. Penerima memegang bahagian hujung baton yang berhampiran dengan tangan pelari penghantar. Tetapi pelari yang membawa baton jangan pula melepaskan baton serta merta. 6. Pelari yang memberikan baton membiarkan baton ditarik dari pada tangannya, dan mengawal kelajuan sendiri. Penerima mengambil alih baton daripada pelari yang masuk.

Rajah 1: Menerima dari atas.

Rajah 2: Menerima dari bawah

Ansur MajuAktiviti dijalan dengan berpasangan.Pelari di belakang menghantar baton kepada pelari di depan. Kemudian ia memotong pelari tersebut dan bersedia untuk menerima baton.Latihan diulangkan dengan berlari anak.Kelajuan ditambah dan pelari berlatih menukar baton dengan tangan kanan serta kiri.