23
Latar Belakang Jata Negara & Bendera Negeri Malaysia Wednesday, July 14, 2010 Latar Belakang Bendera & Jata Negara Malaysia Bendera Malaysia JALUR GEMILANG Bendera negara Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Terengganu, Perlis, Selangor, Melaka, Sarawak, Pulau Pinang Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna Kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Di Raja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Latar belakang jata negara

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Latar belakang jata negara

Latar Belakang Jata Negara & Bendera Negeri Malaysia Wednesday, July 14, 2010

Latar Belakang Bendera & Jata Negara Malaysia

Bendera Malaysia JALUR GEMILANG

Bendera negara Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang

sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah

negeri - Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Terengganu, Perlis, Selangor, Melaka, Sarawak, Pulau Pinang Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas

jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang

pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna Kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Di Raja bagi Duli-Duli Yang Maha

Mulia Raja-Raja.

Page 2: Latar belakang jata negara

Jata Negara Malaysia

Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang

terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah

keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah,

Perlis, Kelantan dan Terengganu).

Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini

adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna

Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri

Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan.

Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga Bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah

kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunya Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang di tunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu

digunakan dalam Lambang Malaysia,

Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan

tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya

dikibarkan pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk semangat

kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati bendera mereka. Posted by sivik 2010 at 6:15 AM No comments:

Email ThisBlogThis!Share to Tw itterShare to Facebook

Page 3: Latar belakang jata negara

Latar Belakang Bendera Negeri Wilayah Persekutuan

BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Bendera ini mengandungi tiga jalur melintang yang sama lebar berwarna merah, putih dan biru dengan bulan bintang pecah empat belas berwarna kuning terletak di tengah

bendera. Jalur-jalur merah, putih, biru dan bulan bintang berwarna kuning yang melambangkan warna Bendera Malaysia membawa makna Pulau Labuan adalah

menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia. Bulan Bintang bermakna Agama Islam sebagai agama rasmi dan bintang pecah empat belas menggambarkan

negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan bersatu dalam Persekutuan Malaysia.

Merah : Melambangkan keberanian bermakna Pulau Labuan adalah menjadi

Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia.

Putih : Melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan dalam

mempertingkatkan katahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.

Biru : Melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum, hidup bersatu, aman

makmur hormati serta berusaha untuk memajukan pembangunan ekonomi yang berasaskan sains dan teknologi.

Kuning : Melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara.

Bulan Bintang : Bulan bintang berwarna kuning yang menjadi lambang keIslaman dan Kedaulatan Raja Berperlembagaan yang terletak di tengah-tengah

dan mencakupi ketiga-tiga jalur (merah, putih, biru) menampakkan kestabilan dan

kekuatan di dalam menyatukan lambang-lambang keberanian, kesucian dan perpaduan.

Page 4: Latar belakang jata negara

BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Bendera baru bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah berasaskan dua (2) warna utama iaitu biru dan kuning.Warna biru melambangkan keharmonian dan perpaduan

rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.Manakala warna kuning bendera adalah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.Logo Persekutuan

melambangkan Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi tonggak pentadbiran negara

yang baru dengan kekuatan dan semangat yang utuh dalam mengharungi era globalisasi dan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Bendera ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih dan merah. Warna

biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning. Unsur-unsur ini tidak dapat dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia dan juga

Wilayah Persekutuan.14 jalur merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan

13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bulan sabit dan bintang melambangkan Agama

Islam sebagai agama rasmi. Bintang berbucu 14 melambangkan 13 buah negeri di

Page 5: Latar belakang jata negara

Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Pusat Kerajaan dan pentadbiran.

Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan wargakota

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum.

Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya dalam menghadapi cabaran ke arah pembangunan bandaraya kosmopolitan yang dinamik

dan berprogresif.

Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur.

Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya

dalam taman bercahaya Posted by sivik 2010 at 6:05 AM No comments:

Email ThisBlogThis!Share to Tw itterShare to Facebook

Latar Belakang Bendera dan Lambang Negeri-Negeri Malaysia

BENDERA NEGERI SABAH

Bendera Negeri Sabah berbentuk empat persegi bujur pada kada 1 : 2. Petak utama dalam bendera ini luasnya separuh bendera dan buka lebarnya 2/3 bendera. Petak ini

berwarna biru salji sebagai latar belakang kepada bentuk Gunung Kinabalu berwarna

nilakandi yang berada dalam kedudukan 1/4 dari sempadan atas dan sempadan bawah petak utama. Bahagian lain dalam bendera ini terbahagi kepada tiga jalur warna

melintang yang mana jalur yang paling bawah memenuhi kaki bendera. Jalur paling atas berwarna biru zirkon, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna

merah cili.Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, putih melambangkan kemurnian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan

keberanian dan keyakinan. Warna biru salji melambangkan perpaduan dan

kemakmuran sementara warna nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.Lima jenis warna itu melambangkan lima buah Bahagian Pentadbiran

Negeri ini dan bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.

Page 6: Latar belakang jata negara

LAMBANG NEGERI SABAH

Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas yang berupa dua lengan

berwarna kuning sedang menjulang Bendera Negeri yang terletak di atas satu susunan lima warna Negeri iaitu biru zirkon, merah cili, putih, biru salji dan nilakandi. Di

bawahnya iaitu tubuh utama lambang ini yang berbentuk sebuah perisai. Bahagian

atas perisai ini tersusun tiga warna Negeri iaitu biru zirkon, putih dan merah cili dalam bentuk V. Bahagian bawah perisai ini terdapat bentuk Gunung Kinabalu

berwarna nilakandi yang berlatarbelakangkan warna biru salji. Perisai itu dipangku oleh sehelai skrol berwarna merah yang tertulis dengan cogankata negeri Sabah

"Sabah Maju Jaya" berwarna putih.Dua lengan yang menjulang Bendera Negeri itu melambangkan perpaduan dan kerjasama di kalangan masyarakat berbagai kaum di

negeri ini ke arah kemajuan dan kejayaan.Lima warna yang tersusun itu bermakna

lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri Sabah. Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, warna putih melambangkan kemurnian dan keadilan.

Merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Biru Salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara nilakandi melambangkan kekuatan dan

semangat kerjasama.Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.

Page 7: Latar belakang jata negara

BENDERA NEGERI SARAWAK

Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan

dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.Warna

kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.Warna hitam melambangkan

kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.Bintang yang berwarna kuning

bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis.Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat

perjuangan kita untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.

Page 8: Latar belakang jata negara

LAMBANG NEGERI SARAWAK

Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang: terbang tinggi dengan aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan ideologi

"politik pembangunan". Lencana negeri ini juga boleh membezakan keunggulan

Sarawak daripada negeri-negeri lain di dunia.

BENDERA NEGERI TERENGGANU

Latar belakang berwarna putih maksudnya D.Y.M.M. Sultan. Ia melingkungi tanah hitamyang bermakna rakyat - oleh itu bermakna Sultan adalah memberi perlindungan

Page 9: Latar belakang jata negara

kepada seluruh rakyat baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama

negeri.

LAMBANG NEGERI TERENGGANU

Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan Di Raja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri. Manakala

di sebelah kanannya ialah Quran melambangkan Undang-undang. Buku Undang-undang di sebelah kiri pula melambangkan keadilan. Wali/Selampai melambangkan Alat-alat

Istiadat Kebesaran.

Page 10: Latar belakang jata negara

BENDERA NEGERI SELANGOR

Empat bahagian yangberwarna kuning dan merah itu maksudnya daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan

bintang pula ialah sebagai Agama Islam, iaitu agama rasmi negeri dan kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.

LAMBANG NEGERI SELANGOR

Page 11: Latar belakang jata negara

Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah di tengah-

tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di Kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan Jawi yang berbunyi

"Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai iakt pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu.

BENDERA PULAU PINANG

Warna biru muda maksudnya warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih maksudnya negeri Pulau Pinang yang aman damai. Warna kuning tanda

kemakmuran. Pohon pinang ialh pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.

Page 12: Latar belakang jata negara

LAMBANG NEGERI PULAU PINANG

Pohon pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang mempunyai dua (2) tiang dan

empat (4) kabel yang menegakkan tiang tersebut. Dua (2) tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan

penyusunan semula masyarakat. Empat (4) kabel pula menggambarkan empat (4) jenis keturunan di negeri ini iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.Jalur-jalur biru dan

putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima (5) tiap-tiap satu warna yang

memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang.

Page 13: Latar belakang jata negara

BENDERA NEGERI PERLIS

Warna kuning maksudnya D.Y.M.M. Raja. Warna biru maksudnya rakyat. Bendera itu maknanya kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat baginda.

LAMBANG NEGERI PERLIS

Lengkaran padi itu maksudnya pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi.

Perisai tanda kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya.

Page 14: Latar belakang jata negara

BENDERA NEGERI SEMBILAN

Tanah kuning itu maksudnya D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merah

bermakna rakyat. Sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya

Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.

LAMBANG NEGERI SEMBILAN

Page 15: Latar belakang jata negara

Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam

Gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa yang lalu dengan British. Warna hitam maksudnya

Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang Di Pertuan Besar. Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam gabungan lama.

Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda Kebesaran Yang Di Pertuan Besar.

BENDERA NEGERI MELAKA

Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera Persekutuan dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara

anak bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri

dan Malaysia.

Page 16: Latar belakang jata negara

LAMBANG NEGERI MELAKA

Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam Malaysia.

Lima bilah keris maksudnya lima orang pahlawan termasyhur di Melaka pada zaman

dahulu. Anak bulan dan bintang pecah lima tanda Agama Islam, agama rasmi negeri.

Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat namanya. Dua ekor pelandok yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua iaitu

pelandoklah yang telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.

BENDERA NEGERI KELANTAN

Latar belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk, rakyat Raja.

Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.

Page 17: Latar belakang jata negara

LAMBANG NEGERI KELANTAN

Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda Islam. Dua pucuk

meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala

Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun yang ke 14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah

memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu.

"BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" ialah cogankata negeri ini.

Page 18: Latar belakang jata negara

BENDERA NEGERI PAHANG

Bendera negeri Pahang Darul Makmur mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan

hitam di bawah. Kedua-duanya sama lebar.Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang

adalah seorang yang bertaraf Bendahara.Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan

warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini juga membawa erti

bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada Raja

sebagai negeri beraja dan berdaulat.

Page 19: Latar belakang jata negara

LAMBANG NEGERI PAHANG

Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk

penongkok dan taran.Tujuan dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas merupakan hasil masyur yang utama di Negeri

Pahang.Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat dari

emas.Gading yang bersilang dibawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi

satu perdagangan yang besar.Kalimah " Ya La Tif " bermaksud yang lemah lembut.Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan." Ya La Tif " juga

dijadikan azimat yang berguna.

BENDERA NEGERI PERAK

Page 20: Latar belakang jata negara

Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning

dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.Warna putih melambangkan kebesaran

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul

Ridzuan.Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir

Perak Darul Ridzuan.

LAMBANG NEGERI PERAK

Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha

Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi.Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah.Bulan

Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi.Bunga padi menggambarkan

sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.

Page 21: Latar belakang jata negara

BENDERA NEGERI KEDAH

Bendera negeri memaparkan bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai kuning dan dilingkungi oleh jambangan padi berwarna kuning di atas latar belakang

merah. Merah adalah warna tradisional negeri dan juga melambangkan kemewahan, sementara bulan sabit adalah simbol agama Islam. Perisai

melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya

LAMBANG NEGERI KEDAH

Lengkaran itu maksudnya padi, tanaman utama negeri ini. Anak bulan tanda Agama

Islam. Perisai pula tanda kekuasaan.

Page 22: Latar belakang jata negara

BENDERA NEGERI JOHOR

Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat.

Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri.

Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.

LAMBANG NEGERI JOHOR

Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan

Endau; sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam. Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang

buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang

berbunga-bunga di sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini.

Page 23: Latar belakang jata negara

"KEPADA ALLAH BERSERAH" ialah cogan negeri itu.

Posted by sivik 2010 at 4:44 AM 4 comments:

Email ThisBlogThis!Share to Tw itterShare to Facebook

Home

Subscribe to: Posts (Atom) Followers

Blog Archive

▼ 2010 (3)

o ▼ July (3)

Latar Belakang Bendera & Jata Negara Malaysia

Latar Belakang Bendera Negeri Wilayah Persekutuan

Latar Belakang Bendera dan Lambang Negeri-Negeri M...

About Me

sivik 2010 View my complete profile

Simple template. Powered by Blogger.