Latihan Geografi Tingkatan 1

  • View
    118

  • Download
    9

Embed Size (px)

DESCRIPTION

geo

Text of Latihan Geografi Tingkatan 1

  • 5/26/2018 Latihan Geografi Tingkatan 1

    1/21

    UJIAN BULANAN PERTAMA SET 1

    Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan,

    iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu

    jawapan sahaja.

    1 Lajur dan baris penting untuk menentukan

    A bentuk bumi sesuatu tempat

    B kedudukan sesuatu tempat

    C keluasan sesuatu tempat

    D ketinggian sesuatu tempat

    2 Kedudukan sesuatu objek atau tempat boleh

    dinyatakan dengan cara

    I kedudukan koordinat

    II rujukanIII kedudukan relatif

    IV kedudukan nombor

    A I dan II C I dan IV

    B I dan III D III dan IV

    3 Kedudukan sesuatu objek atau tempat yang

    dinyatakan berdasarkan lajur dan baris

    dikenali sebagai

    A kedudukan relatif

    B kedudukan mudah

    C kedudukan koordinatD kedudukan tepat

    4 Pernyataan manakah benar tentang koordinat?

    I Kedudukan ditentukan oleh titik di garis

    mendatar sahaja

    II Diukur menggunakan unit darjah

    III Melibatkan penggunaan angka

    IV Didapati melalui persilangan garis lajur

    dan baris

    A I dan II

    B II dan III

    C III dan IV

    D I dan IV

    5 Koordinat ialah titik pertemuan garisan

    A menegak dengan mendatar

    B menegak dengan menegak

    C mendatar dengan mendatar

    D menegak dengan garis bulatan

    Masjid terletak di belakang rumah saya

    6 Pernyataan di atas menunjukkan penentuan

    kedudukan sekolah dengan cara

    A kedudukan jarak

    B kedudukan relatif

    C kedudukan koordinat

    D kedudukan mutlak

    7 Koordinat boleh menentukan kedudukan

    mutlak dengan tepat seperti

    A kedudukan Fauzi di dalam kelasnya

    B garisan menegak permukaan bumi

    C arah angin lazim sepanjang tahun

    D garisan bujur di glob

    8 Antara berikut, yang manakah benar tentang

    koordinat?

    A koordinat dinyatakan dengan dua angka

    B koordinat merupakan titik rujukanC koordinat ialah titik persilangan antara

    lajur dan baris

    D koordinat ialah titik persilangan antara

    bulatan dan jejari

    9 Kedudukan sekolah dan surau paling tepat

    ditentukan dengan menggunakan kaedah

    A koordinat

    B arah mata angin

    C arah kompas

    D penunjuk cara

    10 Garis mendatar pada sesuatu peta lakar ialah

    A lajur

    B jalan raya

    C grid

    D baris

    11 Garisan menegak di sesuatu peta lakar

    dipanggil

    A tanda

    B lajurC petunjuk

    D grid

    Ukuran jauh antara satu tempat dengan

    satu tempat yang lain.

    12 Maklumat di atas berkaitan dengan

    A skala

    B ketinggian

    C jarakD arah

  • 5/26/2018 Latihan Geografi Tingkatan 1

    2/21

    13 Antara berikut, manakah cara yang paling tepat

    untuk menentukan arah?

    A Menggunakan kompas magnetik

    B Memerhatikan kedudukan bintang

    C Memerhatikan kedudukan matahari

    D Memerhatikan kedudukan bulan

    14 Mengapakah jarum kompas magnetiksentiasa menghala ke arah Utara - Selatan?

    A Peredaran bumi

    B Peredaran matahari

    C Tiupan angin

    D Tarikan magnet bumi

    15 Barat laut terletak antara

    A selatan dan timur

    B utara dan timur

    C utara dan barat

    D utara dan selatan

    16 Rajah di atas menunjukkan arahA mata angin perantaraan

    B kawasan titik rujukan

    C mata angin utama

    D mata angin utama dan perantaraan

    Hala ke sesuatu tempat dari sesuatu tempat

    yang lain.

    17 Maklumat di atas berkaitan dengan

    A skala

    B jarakC arah

    D petunjuk

    18 Kedudukan relatif ditentukan dengan merujuk

    kepada

    A susunan objek

    B titik persilangan

    C titik rujukan

    D lajur dan baris

    19 Ukuran jarak relatif mengikut masa berdasarkan

    kiraan

    I meter

    II minitIII jam

    IV hari

    A I, II dan III

    B I, II dan IV

    C I, III dan IV

    D II, III dan IV

    Soalan 20 dansoalan 21 berdasarkan rajah di bawah.

    20 Apakah arah mata angin S?

    A Timur C Barat daya

    B Tenggara D Timur laut

    21 Apakah arah mata angin R?

    A Timur laut C TenggaraB Selatan D Timur

    Nisbah perbandingan di antara jarak pada peta dengan

    jarak sebenar di permukaan bumi.

    22 Maklumat di atas berkaitan dengan

    A jarak

    B skala

    C jarak mutlak

    D jarak relatif

    23 Antara berikut, yang manakah bukan cara yang

    dapat digunakan untuk menentukan arah?

    A Memerhatikan kedudukan bintang-bintang

    B Memerhati kedudukan matahari terbit dan

    terbenam

    C Menggunakan kompas magnetik

    D Memerhatikan kedudukan bulan

    24 Antara berikut yang manakah arah mata angin

    utama?

    A Utara, tenggara, selatan

    B Utara, timur, selatan, barat

    C Utara, timur laut, tenggara, timur

    D Timur, selatan, tenggara, barat

    25 Antara berikut, objek manakah yang tidak perlu

    dijauhi semasa menggunkan kompas magnetik?

    A Tiang lampu

    B Kayu

    C Pagar besi

    D Pencawang elektrik

    26 Sebelum menentukan suatu arah, jarum kompasharuslah berada tepat ke arah

    A barat laut

    B tenggara

    C selatan

  • 5/26/2018 Latihan Geografi Tingkatan 1

    3/21

    D utara

    27 Antara berikut, yang manakah cara yang boleh

    dilakukan bagi menentukan kedudukan arah mata

    angin selain menggunakan kompas?

    A Keadaan cuaca

    B Arah bulan

    C Jenis anginD Kedudukan matahari

    28 Besi dan logam harus dijauhkan daripada

    kompas semasa hendak menentukan arah kerana

    A membahayakan pengguna kompas

    B kompas tidak berhenti berpusing

    C jarum kompas akan terpesong dari arah

    sebenar

    D jarum kompas akan rosak

    29 Antara berikut, siapakah yang sangatmemerlukan kompas dalam pekerjaannya?

    I peladang

    II suri rumahIII pengembara

    IV ahli pelayaran

    A I dan II

    B I dan III

    C II dan III

    D III dan IV

    30 Kelebihan menggunakan kompas untukmenentukan arah sesuatu tempat ialah

    A arah dapat ditentukan dengan tepat

    B harganya murah

    C senang digunakan

    D mudah dikendalikan

    Soalan 31 dansoalan 32 berdasarkan rajah di bawah.

    31 Di manakah arah kantin dari bengkel?

    A Barat daya

    B Tenggara

    C Barat laut

    D Selatan

    32 Antara berikut, pernyataan manakah yang

    berkaitan dengan arah kompas di atas?

    A Sekolah terletak di sebelah timur

    B Rumah terletak di sebelah barat daya

    C Sekolah terletak di utara

    D Rumah terletak di tenggara

    Soalan 33 dansoalan 34 berdasarkan rajah di bawah.

    33 Sungai Pauh menghala ke arah

    A barat laut C tenggara

    B barat daya D selatan

    34 Di manakah punca Sungai Pauh?

    A Tenggara C Utara

    B Barat laut D Timur laut

    35 Skala di atas penting dalam sesuatu peta

    untuk membantu seseorang mencari

    A lokasi sesuatu tempat

    B masa perjalanan

    C jarak antara dua tempat

    D kepadatan penduduk

    36 Nyatakan persamaan bagi skala di atas

    A 1 cm : 2 km

    B 1 cm : 5 km

    C 1 cm : 10 km

    D 1 cm : 30 km

    37 Antara berikut, yang manakah merupakan

    jenis jarak?

    I Jarak mudah

  • 5/26/2018 Latihan Geografi Tingkatan 1

    4/21

    II Jarak relatif

    III Jarak penuh

    IV Jarak mutlak

    A I dan II C II dan IV

    B II dan III D III dan IV

    38 Antara berikut, yang manakah benar tentang

    jarak mutlak?I Nilainya tidak berubah

    II Nilainya berubah mengikut masa

    III Diukur dalam meter dan masa

    IV Diukur dalam unit meter dan kilometer

    A I dan II

    B II dan III

    C III dan IV

    D I dan IV

    39 Antara berikut, unit yang manakah digunakan

    untuk mengukur jarak mutlak?I Meter

    II Minit

    III Ringgit Malaysia

    IV Kilometer (km)

    A I dan II C III dan IV

    B II dan III D I dan IV

    40 Yang manakah antara berikut benar tentang

    skala?

    A Nisbah jarak di atas peta dengan jarak

    sebenar di permukaan bumiB Ukuran jauh antara satu tempat dengan

    tempat yang lain

    C Terdiri daripada jarak mutlak dan jarak

    relatif

    D jauh antara dua tempat

    41 Manakah skala yang menunjukkan 1 cm

    mewakili 5 meter?

    Jarak di antara rumah Risha dengan sekolah

    ialah 5 km.

    42 Berdasarkan pernyataan di atas, sekiranya Risha

    mengambil masa selama 30 minit ke sekolah.

    Berapa minitkah masa yang diambil bagi setiap

    kilometer?

    A 3 minit

    B 6 minit

    C 5 minit

    D 10 minit

    Soalan 43 dansoalan 44 berdasarkan rajah di bawah.

    Jarak di antara rumah Fatimah dengan sekolah ialah 8

    km dan jarak di antara rumah Khadijah dengan

    sekolah ialah 6 km.

    43 Pernyataan di atas berkaitan dengan

    A jarak relatif

    B jarak berkadar

    C jarak jauh

    D jarak mutlak

    44 Sekiranya tambang bas yang perlu dibayar oleh

    Fatimah ke sekolah ialah RM 2.40 untuk

    perjalanan pergi dan balik. Berapakan tambang

    bas sehala yang perlu dibayar oleh Fatimah?

    A RM 0.60

    B RM 1.80

    C RM 0.90

    D RM 1.20

    45 Maksud jarak relatif ialah

    A jarak yang diukur berdasarkan masa sahaja

    B jarak yang mengambil kira faktor kos sahaja

    C jarak yang diukur dalam meter dan kilometer

    D jarak yang diukur berdasarkan kos dan masa

    46 Antara berikut, manakah alat yang digunakan

    bagi mengukur jarak di atas peta?

    I Jalur kertas

    II Jangka tolakIII Benang

    IV Kompas magnetik

    A I, II dan III

    B I, II dan IV

    C I, III dan IV

    D II, III dan IV

    47 Jadual yang lengkap dapat membantu kita untuk

    A mengira jarak

    B merekod data

    C mencatat masalah

    D menentukan kedudukan