25
LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER EDISI SEMESTER 2 - 2012

LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN … · Web viewLATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER EDISI SEMESTER 2 - 2012 * Karangan Bahagian A * Karangan Bahagian B * Merumuskan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN … · Web viewLATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER EDISI SEMESTER 2 - 2012 * Karangan Bahagian A * Karangan Bahagian B * Merumuskan

LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER EDISI SEMESTER 2 - 2012

* Karangan Bahagian A

Page 2: LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN … · Web viewLATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER EDISI SEMESTER 2 - 2012 * Karangan Bahagian A * Karangan Bahagian B * Merumuskan

* Karangan Bahagian B* Merumuskan Karangan* Pemahaman* Pengetahuan & Kemahiran Bahasa* Novel

KARANGAN BAHAGIAN A

Huraikan pendapat anda tentang isu yang dibincangkan dalam dialog di bawah. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Encik Arif : Rakyat Malaysia terutama kanak-kanak sangat menggemari makanan segera. Saya sangat risau dengan keadaan ini.

Encik Latif : Saya pun begitu Encik Arif, memandangkan makanan segera mengandungi kandungan lemak tepu, gula, garam dan bahan kimia yang tinggi. Oleh itu, pihak pengeluar makanan segera perlu lebih bertanggungjawab

Encik Arif : Mereka perlu sedar bahawa kandungan itu boleh memudaratkan tubuh badan manusia. Oleh itu, saya cadangkan agar iklan-iklan makanan segera hendaklah dihentikan.

Encik Latif : Pihak berwajib perlu menangani masalah ini dengan segera. Bagi pengusaha yang engkar, lesen perniagaan mereka mesti ditarik balik.

Page 3: LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN … · Web viewLATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER EDISI SEMESTER 2 - 2012 * Karangan Bahagian A * Karangan Bahagian B * Merumuskan

KARANGAN BAHAGIAN B

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1 Sejak kebelakangan ini, para remaja dikatakan kurang berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang bercorak kemasyarakatan.

Bincangkan manfaat-manfaat yang diperoleh remaja apabila menceburkan diri dalam aktiviti-aktiviti bercorak kemasyarakatan.

2. Kecemerlangan sesebuah sekolah tidak hanya bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh guru dan pelajar tetapi juga melibatkan ibu bapa.

Nyatakan peranan ketiga-tiga pihak tersebut.

3. Anda berminat untuk menyertai pertandingan syarahan yang akan diadakan pada peringkat daerah. Tajuk yang anda pilih ialah “Budi Bahasa Budaya Kita”.

Tulis teks syarahan anda selengkapnya.

4. Masalah jerebu yang berlaku di rantau ini dapat ditangani secara berkesan melalui kerjasama dengan negara-negara jiran.

Bincangkan kerjasama yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan negara-negara jiran untuk menangani masalah tersebut.

Page 4: LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN … · Web viewLATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER EDISI SEMESTER 2 - 2012 * Karangan Bahagian A * Karangan Bahagian B * Merumuskan

5. “Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat” bermaksud perpaduan dapat diwujudkan melalui kerjasama anggota masyarakat.

Berdasarkan maksud peribahasa tersebut, tulis cerpen yang menggambarkan kerjasama dalam kehidupan masyarakat majmuk.

MERUMUSKAN KARANGAN

Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang cara-cara mengurus tekanan dan kepentingan pengurusan tekanan kepada individu. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Tekanan didefinisikan sebagai satu tindak balas mental dan fizikal terhadap pengalaman pahit atau sukar yang dialami oleh seseorang. Tekanan yang berterusan akan memberikan kesan buruk terhadap mental, emosi dan jasmani. Oleh itu, tekanan perlu diurus dengan baik supaya tindakan-tindakan yang terhasil merupakan tindakan yang mencerminkan kebijaksanaan dan bukan tingkah laku melulu yang memalukan. Ekoran itu, setiap individu perlu mengetahui cara-cara mengurus tekanan dengan baik supaya tekanan tidak menguasai diri mereka.

Pepatah ada mengatakan bahawa mencegah lebih baik daripada mengubati. Kita perlu mengelakkan gejala ini sebelum terlambat dengan mengamalkan budaya hidup sihat, bukan sahaja dari segi pemakanan tetapi juga dari segi pergaulan. Beriadah merupakan salah satu amalan budaya hidup sihat. Aktiviti ini membolehkan seseorang itu mendapat tidur yang berkualiti dan menghindarkan kemurungan serta meningkatkan daya tahan. Kita juga perlu membuang segala perasaan buruk dan sentiasa berfikiran positif. Hal ini dapat dilakukan dengan memberikan kata-kata perangsang yang dapat meredakan perasaan negatif supaya kita berada dalam keadaan yang lebih terkawal dan seimbang. Walau bagaimanapun, jika kita gagal berbuat demikian, kita boleh memikirkan hikmah atau kebaikan di sebalik perkara-perkara buruk itu. Seseorang itu dapat menegaskan kepada dirinya bahawa seteruk mana sekalipun sesuatu perkara itu menyakitkan hatinya, bukan bererti dunia telah berakhir dalam hidupnya. Kita hendaklah memahami bahawa kitalah yang bertanggungjawab menentukan emosi kita. Oleh itu, kita hendaklah ingat bahawa perasaan marah tidak memberikan keuntungan, sebaliknya keadaan diri sendiri akan menjadi lebih buruk.

Tekanan juga boleh diatasi dengan cara memikirkan perkara-perkara yang menggembirakan kehidupan kita. Contohnya, seseorang itu boleh mengimbau kejayaan-kejayaan

Page 5: LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN … · Web viewLATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER EDISI SEMESTER 2 - 2012 * Karangan Bahagian A * Karangan Bahagian B * Merumuskan

yang telah dicapai selama ini kerana dengan berbuat demikian, dia berasa lebih yakin dan mampu menghadapi cabaran. Penglibatan diri dalam kegiatan kemasyarakatan dapat menghindarkan tekanan dalam diri kita. Pergaulan dalam masyarakat membolehkan kita tidak keseorangan dalam menghadapi masalah hidup. Oleh itu, luahkan masalah tersebut kepada orang yang boleh dipercayai secara terus-terang dan tidak menyimpannya dalam hati kerana masalah yang dipendam akan menjadi racun yang membunuh secara senyap.

Berjenaka juga dapat mengurangkan kerunsingan kerana dengan ketawa seseorang dapat melupakan masalah yang dihadapinya. Di samping itu, kita perlu kembali kepada kepercayaan agama masingh-masing supaya dapat menenangkan fikiran dan emosi. Kita perlu sedar bahawa masalah hati tidak dapat diatasi sekiranya kita sekiranya kita lemah dalam penghayatan agama.

( Diubahsuaikan daripada Membina Motivasi Diri Tatkala Tertekan oleh Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj, Dewan Masyarakat, Mac 2002 )

PEMAHAMAN

Petikan UmumBerdasarkan petikan Soalan 1 di atas ,jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata bukan bererti dunia telah berakhir.[ 2markah ]

(ii) Apakah kesan daripada kegagalan mengurus tekanan? [ 3 markah ]

(iii) Huraikan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dapat mengurangkan tekanan.

[ 4 markah ]

Page 6: LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN … · Web viewLATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER EDISI SEMESTER 2 - 2012 * Karangan Bahagian A * Karangan Bahagian B * Merumuskan

Petikan Cerpen 1Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

Ketika Junid tiba ke tempat rumpun buluh, matanya segera menangkap apa yang ada di depannya. Dia masih mengenalnya dengan cerat. Pusaran sedang dibaringkan!

“Pusaran!!!”

Junid terus menerkam ke atas leher Pusaran yang sedang dipegang oleh beberapa orang. Dia memeluk seerat-eratnya. “Pusaran! Pusaran!” Serunya dengan suara yang sudah tidak dapat dikuatkan lagi. Dia seolah-olah menghadapi suatu gerombolan penjahat dari neraka yang ingin mengorbankannya.

Keadaan menjadi gempar. Takbir berhenti tiba-tiba. Dan semua orang melingkungi peristiwa yang terjadi tiba-tiba. Junid memeluk leher Pusaran yang terbaring lemah. Dia menangis dan meraung. “Bunuhlah aku! Bunuhlah aku! Pusarannn!”

“Bukalah ikatan itu!” Perintah Tuan Haji Subki, dengan pisau tajam masih tercekak dalam tangannya. “Kau tidak berunding dengan anakmu lebih dulu. Ini membahayakan jiwa anakmu. Batalkan lembu ini dari korban kita. Tak baik merosakkan nyawa orang yang bersangkutan.”

(Dipetik daripada cerpen Pusaran dalam antologi Anak Laut Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah suasana di tempat penyembelihan Pusaran menjadi gempar? [ 3 markah ]

(ii) Sekiranya anda Junid, apakah tindakan-tindakan yang boleh anda lakukan setelah Pusaran dilepaskan?

[ 3 markah ]

Page 7: LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN … · Web viewLATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER EDISI SEMESTER 2 - 2012 * Karangan Bahagian A * Karangan Bahagian B * Merumuskan

(iii) Huraikan dua sifat Junid yang terdapat dalam petikan di atas dan dua sifat lain yang terdapat dalam cerpen ini.

[ 3 markah ]

Petikan Cerpen 2Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

Tangannya yang bertaut-taut diramas-ramaskan, hingga memercik cahaya ungu. Dari udara yang kosong muncul sebilah pedang di dalam genggaman Strenn. Eyrique juga berbuat demikian cuma pedang putihnya yang dihasilkan nampak lebih kemas buatannya. Strenn menghayun senjata memulakan sayembara yang telah lama tertangguh. Eyrique sekadar menangkis. “Strenn,” katanya sambil melayan kehendak sepupunya. “ Kau tahu akibatnya sekiranya aku kaubunuh?” “Aku tidak peduli itu semua. Yang penting kau mesti kuhapuskan.” Balas Strenn. “Jadi sia-sialah tindakanmu selama ini.” Eyrique menekan. Jawapan Strenn hanyalah serangan yang bertubi-tubi ke arah anak saudara bapanya. Eyrique kian berundur sehingga dia terasak ke dinding bangsal. Pertahanannya semakin tipis walaupun aksinya tetap tenang. Annyss mula dicakar cemas. Namun dia tahu pertarungan ini adalah perhitungan peribadi. Tetapi Akmal tidak dapat membiarkan sahabat yang baru dikenali begitu sahaja. Dicapainya senjatanya sendiri dari saku seluarnya lantas dihalakan kepada Strenn.

“Akmal! Jangan!”Banggg!!!

(Dipetik daripada cerpen Annyss Sophillea oleh Nisah Haji Haron, Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka 2000)

(i) Siapakah Strenn dalam petikan di atas? [ 2 markah ]

(ii) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang perlu diambil oleh Akmal untuk mengelakkan pertumpahan darah seperti di atas daripada berlaku ? [ 3 markah ]

(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan dua pengajaran lagi daripada keseluruhan cerpen tersebut. [ 4 markah ]

Page 8: LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN … · Web viewLATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER EDISI SEMESTER 2 - 2012 * Karangan Bahagian A * Karangan Bahagian B * Merumuskan

Petikan Drama Baca petikan drama di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

UMAR : Foreign Service? Buat apa?

SAFIAH : Ha, itulah susahnya kalau fikiran you asyik ke guru sahaja! Nak jadi guru, nak jadi guru, sampai you tak mahu ke tempat lain. Father I bilang kalau masuk Foreign Service ada can ke luar negeri.

(Memandang Umar, sedikit keanak-anakan) You tak suka ke luar negeri ?

UMAR : Ini bukan soal suka tak suka ke luar negeri Piah. Kalau jadi guru pun bukan tak mungkin I ke luar negeri.

SAFIAH : Ke luar negeri sebulan dua melawat-lawat sahaja, buat apa

UMAR : Habis apa maksud you?

SAFIAH : I mahu duduk di luar negeri, bekerja di luar negeri..(Memandang ke kejauhan, matanya penuh impian, bangga dan bergaya) Di Paris, di London, di.....

UMAR : (Sinis) Di United States, di Hollywood ….

SAFIAH : (Terhenti, menjeling masam pada Umar, terdiam seketika, tapi bersemangat semula) Kalau you bercita-cita hanya nak jadi guru; tak payah masuk universiti pun you boleh jadi guru. Apa susahnya? Tengok, berapa banyak orang yang boleh jadi guru, tak payah pandai cakap Inggeris pun boleh jadi guru.

UMAR : (Sedikit kesal) You terlalu memikirkan diri sendiri. I suka jadi guru dan kita pun memang kekurangan guru.

SAFIAH : (Tak sabar) You ni nasionalis sangat......(Dipetik daripada drama, Serunai Malam oleh Usman Awang, dalam

Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka,2000 )

(i) Nyatakan perkara yang tidak dipersetujui oleh Safiah? [2 markah ]

Page 9: LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN … · Web viewLATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER EDISI SEMESTER 2 - 2012 * Karangan Bahagian A * Karangan Bahagian B * Merumuskan

(ii) Pekerjaan guru kini dianggap sebagai satu profesion yang mencabar. Berikan pendapat anda untuk menyokong pernyataan tersebut.

[3 markah ]

(iii) Huraikan satu perwatakan Umar dalam petikan di atas dan dua perwatakannya yang lain daripada keseluruhan drama [3 markah ]

Petikan Klasik 1Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Akan titah tuan puteri, “Jikalau Raja Melaka hendakkan aku,perbuatkan aku jambatan emas satu,jambatan perak satu,dari Melaka datang ke Gunung Ledang ini.Akan peminangnya, hati nyamuk tujuh dulang, hati kuman tujuh dulang, air mata setempayan,air pinang muda setempayan, dan darah raja semangkuk, dan darah anak raja yang bernama Raja Ahmad itu semangkuk. Jikalau boleh demikian, kabullah tuan puteri akan kehendak Raja Melaka itu.”Telah sudah ia berkata-kata demikian lenyaplah ia.

Maka pada suatu riwayat orang tua yang berkata-kata itulah Puteri Gunung Ledang, merupakan dirinya seperti orang tua.Telah itu Tun Mamat pun turunlah dari sana, kembali pada Laksamana dan Sang Setia.Maka segala kata Puteri Gunung Ledang itu semuanya dikatakannya pada Laksamana dan Sang Setia.Maka Laksamana dan segala kawannya itu pun turunlah dari atas Gunung Ledang itu, berjalan kembali ke Melaka. Berapa lamanya di jalan sampailah ke Melaka.Maka Laksamana dan Sang Setia dan Tun Mamat pun masuklah menghadap Sultan Mahmud,dan segala kata yang didengarnya itu semuanya dipersembahkannya kepada Sultan Mahmud.

Maka titah Sultan Mahmud, “Semuanya kehendaknya itu dapat kita adakan; mengeluarkan darah itu juga tiada dapat, kerana tiada sampai hati kita, melainkan berhentilah dahulu.”

(Dipetik daripada Peminangan Puteri Gunung Ledang Dalam antologi Anak Laut,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan segala kata yang didengarnya itu seperti yang digunakan dalam petikan? [ 2 markah ]

(ii) Apakah reaksi Sultan Mahmud sebaik-baik sahaja permintaan Puteri Gunung Ledang dipersembahkan kepada baginda? [ 3 markah ]

(ii) Pada pendapat anda, wajarkah Puteri Gunung Ledang meletakkan syarat-syarat sedemikian?

Page 10: LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN … · Web viewLATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER EDISI SEMESTER 2 - 2012 * Karangan Bahagian A * Karangan Bahagian B * Merumuskan

[ 3 markah ]

Petikan Klasik 2Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah sudah Sura Pandaki berkata demikian maka ia pun menggerak-gerak dirinya dengan seketika itu jadi seorang perempuan terlalu baik rupanya. Maka ia pun berjalan pada tempat Seri Rama diam itu. Maka ia pun berdiri di hadapan Seri Rama maka pelbagai ia menjadikan dirinya dan rupanya hendak akan Seri Rama. Maka kata Seri Rama, “Hai perempuan muda, aku telah beristeri jika engkau hendak bersuami ada saudaraku Laksamana di balik bukit ini, pergilah engkau ke sana!” Mendengar kata demikian maka Sura pandaki pun pergi mendapatkan Laksamana ke sebelah bukit itu. Maka didapatinya Laksamana lagi bertapa maka Sura Pandaki pun membuat dirinya berbagai-bagai dan barang lakunya, di hadapan laksamana. Jangankan ditegur Laksamana dilihatnya pun tiada. Maka Sura Pandaki pun menggerak-gerakkan dirinya dengan seketika itu juga ia jadi seperti rupa raksasa lalu ditangkapnya Laksamana. Setelah sudah ditangkap maka diterbangkannya ke langit. Tatkala itu Laksamana melihat ke bawah maka dilihatnya dunia ini seperti sebuah telur juga besarnya. Maka Laksamana pun menghunus pedangnya maka ditetaknya hidung Sura Pandaki lalu rompong. Merasai tetak itu maka Laksamana pun dilepaskannya daripada tangannya. Tatkala itu Laksamana dan Sura Pandaki pun gugur ke bumi.

(Dipetik daripada Sikap Terburu-buru Membawa Padah dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan hendak akan Seri Rama berdasarkan petikan di atas? [ 2 markah ]

(ii) Nyatakan kesaktian yang dimiliki oleh Sura Pandaki.[ 3 markah ]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah Laksamana tidak mempedulikan Sura Pandaki yang cuba menggodanya.

[ 3 markah ]

Page 11: LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN … · Web viewLATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER EDISI SEMESTER 2 - 2012 * Karangan Bahagian A * Karangan Bahagian B * Merumuskan

Petikan Puisi Tradisional 1Baca seloka di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SELOKA PAK KADUK

Aduhai malang Pak KadukAyamnya menang kampung tergadaiAda nasi dicurahkanAwak pulang kebuluranMudik menongkah surutHilir menongkah pasang;Ada isteri dibunuhNyaris mati oleh tak makanMasa belayar kematian anginSauh dilabuh bayu berpuput Ada rumah bertandang duduk.

(Antologi Anak Laut,DBP.hal.9)

(i) Nyatakan tiga perbuatan Pak Kaduk yang telah merugikan dirinya sendiri.

[ 3 markah ]

(ii) Sekiranya anda rakan Pak Kaduk, apakah nasihat yang boleh anda berikan supaya dia dapat mengubah nasib malangnya? [ 3 markah ]

(iii) Berikan tiga pengajaran yang dapat diambil daripada seloka ini. [ 3 markah ]

Page 12: LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN … · Web viewLATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER EDISI SEMESTER 2 - 2012 * Karangan Bahagian A * Karangan Bahagian B * Merumuskan

Petikan Puisi Tradisional 2Baca seloka di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PANTUN KIASAN

Tikar pucuk tikar mengkuang,Alas nikah raja Melayu;

Ikan busuk jangan dibuang,Buat perencah si daun kayu.

Buah bacang masak serangkai,Burung dekut meniti batang;

Saya dagang tidak terpakai,Macam melukut di tepi gantang.

Tebang gelam, tebang kenanga,Batangnya tumbang menimpa gedung;

Kumbang mengidam nak seri bunga,Bunga kembang di puncak gunung.

Pokok terap tumbuh di bukit,Belat berbanjar panjang ke hulu;

Jangan diharap guruh di langit,Kilat memancar hujan tak lalu.

Limau Bentan di tepi tingkap,Budak-budak melempar burung;

Harimau di hutan lagi kutangkap,Kononlah pulak cicak mengkarung.

Antologi Anak Laut Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Apakah maksud Macam melukut di tepi gantang dalam puisi di atas ?[ 2 markah ]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu tidak boleh berharap kepada sesuatu perkara yang belum pasti?

[ 3 markah ]

(iii) Huraikan persoalan - persoalan yang terdapat dalam pantun di atas.[4 markah ]

Page 13: LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN … · Web viewLATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER EDISI SEMESTER 2 - 2012 * Karangan Bahagian A * Karangan Bahagian B * Merumuskan

Petikan Sajak 1Baca sajak di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

ANAK LAUT

Segar angin lautmengembalikan rindunya pada kolekbagai buih kecil terapung di airmenjaring sedikit rezekidan sisik ikan

kulit ketamkepala sotongdankaki udang yang bersimpati

Seperti kolek terdampar di pasirmenampakkan urat jalur-jalur tuaanak laut itu sudah dapat menerkalangkahnya hampir tibapada muara Pencipta

RAHIMIDIN ZAHARI [Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka,2000]

(i). Apakah yang dimaksudkan oleh penyajak dengan mengembalikan rindunya pada kolek dalam sajak di atas ? [ 2 markah ]

(ii). Selain perlu mempunyai tahap kesedaran untuk maju yang tinggi, pada pendapat anda, bagaimanakah taraf hidup para nelayan boleh ditingkatkan?

[4 markah ]

(iii). Huraikan tiga nilai yang hendak disampaikan oleh penyajak dalam sajak di atas. [3 markah ]

Page 14: LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN … · Web viewLATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER EDISI SEMESTER 2 - 2012 * Karangan Bahagian A * Karangan Bahagian B * Merumuskan

Petikan Sajak 2Baca sajak di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

JALAN-JALAN RAYA KOTAKU

Saban waktu sepanjang perjalananjalan-jalan raya kotakulewat senja beginitika gerimis menabur benihmenerima kehadiran warga kotalemas dalam kesabaranlelah meresahkandengan luka parah di hati.Ketidaksabaran membengkakkesombongan merajai setiap ruangsemakin padat dengan emosikebosanan mengigit pangkal rasa.Demikian ketika di perjalananbudi luhur warga kotakutidak lagi berlakuyang hadir adalah keserakahanmemacu menghimpun kekuatanmenghakis sopan santunseperti banjir kilatmelanda pinggir perjalananfitrah sang manusiaperadaban kota masa kini.Jalan-jalan raya kotaku adalah gelanggang kebuasanperlumbaan kebiadabanpara pesakitkemanusiaan semakin mandulpada penghujung musim.

ZAM ISMAIL [ Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000 ]

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan yang hadir adalah keserakahan? [ 2 markah ]

(ii) Berdasarkan sajak di atas, pada pendapat anda, apakah sifat yang perlu kita hindari dalam hidup ini?

Mengapakah anda berpendapat demikian? [ 4 markah ]

(iii) Nyatakan pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. [ 3 markah ]

Page 15: LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN … · Web viewLATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER EDISI SEMESTER 2 - 2012 * Karangan Bahagian A * Karangan Bahagian B * Merumuskan

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA 1

(a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

i. hiasii. berhias iii. menghiaskaniv. menghiasiv. perhiasanvi. penghias

[ 6 markah ]

(b) Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.

Jannah : Eh, apa yang kaubaca tu?Meor : Ni hah ..., berita hangat tentang keracunan makanan yang berlaku di

sekolah akhir-akhir ini. Jannah : Aku pun pernah terbaca. Tapi, apakah puncanya?

Meor : Daripada petikan ini, aku rasa pengusaha kantin sekolah mengabaikanfaktor kebersihan.

Jannah : Betul pendapat kau tu. Mereka sepatutnya mementingkan kebersihan, bukan keuntungan semata-mata.

Meor : Aku setuju, pandai pun kau.[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat-ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Komen-komen yang membina telah dikemukakan oleh juru ulas terkemuka itu demi meningkatkan mutu menerbitkan filem tempatan.

(ii) Pengaruh dailek dalam pertuturan didapati mempengaruhi prestasi tulisan para pelajar di kawasan-kawasan tertentu di negara ini.

(iii) Projek untuk memperlebarkan jalan-jalan raya di kawasan bandaraya di seluruh negara sedang giat dijalankan untuk mengatasi masalah kesesakan.

[ 6 markah ]

Page 16: LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN … · Web viewLATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER EDISI SEMESTER 2 - 2012 * Karangan Bahagian A * Karangan Bahagian B * Merumuskan

(d) Dalam ayat- ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Penunggang serta penumpang motosikal wajib memakai topi keledar dengan rapi demi untuk memastikan keselamatan mereka ketika di jalan raya.

(ii) Kebanyakan ibu dan bapa yang berkerjaya gagal memberi pandangan sepenuhnya pada anak-anak mereka oleh sebab mereka terlalu sibuk dengan pekerjaan masing-masing.

(iii) Para remaja di negara ini Perdana Menteri seru untuk melengkapkan diri mereka dengan kemahiran teknologi maklumat supaya mereka dapat berlawan dengan remaja di negara-negara maju.

[ 6 markah ]

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

(i) Sekalipun Tengku Rosman merupakan seorang kerabat raja, namun pergaulannya dengan rakyat biasa tidak akan menjatuhkan martabatnya.

(ii) Segala jasa dan bakti yang ditaburkan oleh pejuang kemerdekaan negara tidak akan dilupakan walaupun mereka sudah meninggalkan kita semua.

(iii) Didikan dan panduan yang diberikan oleh ibu bapa akan mencorakkan peribadi anak-anak mereka.

[ 6 markah ]

Page 17: LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN … · Web viewLATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER EDISI SEMESTER 2 - 2012 * Karangan Bahagian A * Karangan Bahagian B * Merumuskan

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA 2

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan kata di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Andatidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) menghadiahi - menghadiahkan

(ii) menghadiri - menghadirkan

(iii) menghubungi - menghubungkan [ 6 markah ]

(b) Tulis semula ayat-ayat di bawah dengan menggarisi kata kerja yang terdapat dalam ayat tersebut. Nyatakan juga sama ada kata kerja itu, kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif.

(i) Pak Khamis terbaring di atas katil kerana kepenatan.(ii) Kami sampai di kolam air panas itu pada pukul 7.00 pagi.(iii) Kami melancong ke Langkawi pada hujung minggu lepas.(iv) Mak Minah menjerit dengan sekuat hatinya kerana terperanjat .(v) Meja yang berat itu terangkat oleh pelajar yang berbadan kurus di sekolah itu.(vi) Juruhebah radio itu memainkan lagu keroncong kegemaran nenek saya..

[ 6 markah ]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat-ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Jurujual itu sedang mengenengahkan kaedah penggunaan alat perapi rambut agar pembeli tahu selok belok merapikan rambut dengan betul.

(ii) Usaha membenteras vandalisme perlu dilakukan secara terusan oleh semua pihak.

(iii) Projek pembinaan lebuhraya itu telah tergendala akibat kegawatan ekonomi pada akhir tahun 1990an lagi.

[ 6 markah ]

(d) Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Kedua ibu bapa Azman tidak mampu menghantarnya yang tepok itu ke sekolah khas kerana sewa bulanannya terlalu tinggi.

Page 18: LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN … · Web viewLATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER EDISI SEMESTER 2 - 2012 * Karangan Bahagian A * Karangan Bahagian B * Merumuskan

(ii) Masalah pengurangan ozon telah membimbangkan dunia berikutan berlakunya pencairan ais pada kawasan kutub.

(iii) Walaupun sibuk, Ahmad tetap mengulang kaji pelajaran disebabkan banyak isu yang belum dia kuasai.

[ 6 markah ]

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini.

Perpaduan rakyat menjadi tonggak kegemilangan negara Malaysia. Mereka saling membantu antara satu sama lain. Mereka amat sedar bahawa pada masa ini sikap negatif akan menyukarkan kerajaan untuk menyatupadukan rakyat. Sekiranya hal ini wujud maka tiada sesiapa pun yang untung. Sebaliknya, mereka akan kehilangan segala-galanya.

[ 6 markah ]

NOVEL

Page 19: LATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN … · Web viewLATIHAN INTENSIF MENJELANG PEPERIKSAAN SEMESTER EDISI SEMESTER 2 - 2012 * Karangan Bahagian A * Karangan Bahagian B * Merumuskan

Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang anda pelajari.

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusuf(iii) Di Hadapan Pulau A. Samad Said(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussein(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah(vii) Julia karya Abu Hassan Morad(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Mohamad

(a) Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan dua nilai tolong-menolong yang terdapat dalam novel tersebut.

[ 7 markah ]

(b) Huraikan satu perwatakan dua watak sampingan yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. .

[7 markah ]

(c) Latar tempat merupakan aspek penting dalam sebuah novel. Huraikan tiga latar tempat dan peristiwa yang berlaku berdasarkan novel yang anda pelajari.

[8 markah ]

(d) Ketabahan merupakan aspek penting dalam menjamin kejayaan watak utama. Buktikan pernyataan ini dalam sebuah novel yang telah anda kaji.

[8 markah ]

(e) Berdasarkan novel yang telah anda kaji, jelaskan tiga latar masyarakat yang menitikberatkan aspek keprihatinan yang terdapat dalam novel tersebut.

[7 markah ]

(f) Jelaskan tiga teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam novel yang anda kaji. [ 8 markah ]

(g) Huraikan dua peristiwa penting yang terdapat dalam novel yang anda pelajari. Mengapakah anda berpendapat bahawa kedua-dua peristiwa itu dianggap penting?

[7 markah ]

(h) Pada pendapat anda mengapakah novel yang anda kaji dapat menimbulkan keinsafan kepada pembaca?

[ 7 markah ]