6
Pada 27-28 Mac 2015 yang lalu, kami guru pelatih kumpulan PISMP Sejarah Semester 5 Ambilan Jan 2013, IPG Kampus Kent telah mengadakan lawatan Jejak Sejarah ke Keningau, Tambunan dan Tenom. Antara tempat yang dilawati termasuk Tugu Mat Salleh, Tugu Pahlawan, Tugu Antanom, Pusat Kebudayaan Murut, Muzium Keningau dan lain-lain. Lawatan ini mengambil masa 2 hari 1 malam. Terdapat dua orang pensyarah yang membimbing kami sepanjang lawatan tersebut iaitu Puan Sarimawathy dan Puan Roryna. Antara objektif lawatan ini ialah untu melahirkan guru pelatih yang dapat berdikari dalam segala masalah yang dihadapi, meningkatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman guru pelatih melalui lawatan ke Tugu Mat Salleh, Tugu Antanom, Pusat Kebudayaan Murut, Muzium Keningau dan Batu Sumpah, Keningau serta Tugu Pahlawan, memupuk sifat kepimpinan dalam kalangan guru pelatih melalui kepimpinan yang akan ditunjukkan oleh guru pelatih sepanjang lawatan dan juga mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar, pensyarah dengan guru pelatih, serta guru pelatih dengan orang luar. Kumpulan kami telah dibahagikan tugas untuk menuliskan laporan tentang Tugu Tambunan. Tugu Ini di buat kerana terdapatnya dua pahlawan yang bernama gombunan dan tamadun. Nama mereka telah digabungkan menjadi Tambunan. Kisah asal usul Tambunan adalah satu cerita yang menarik yang diceritakan dari mulut ke mulut daripada satu generasi ke generasi yang lain di kalangan orang Kadazan Dusun di Tambunan.

lawatan jejek sejarah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

lawatan 2 hari

Citation preview

Pada 27-28 Mac 2015 yang lalu, kami guru pelatih kumpulan PISMP Sejarah Semester 5 Ambilan Jan 2013, IPG Kampus Kent telah mengadakan lawatan Jejak Sejarah ke Keningau, Tambunan dan Tenom. Antara tempat yang dilawati termasuk Tugu Mat Salleh, Tugu Pahlawan, Tugu Antanom, Pusat Kebudayaan Murut, Muzium Keningau dan lain-lain. Lawatan ini mengambil masa 2 hari 1 malam. Terdapat dua orang pensyarah yang membimbing kami sepanjang lawatan tersebut iaitu Puan Sarimawathy dan Puan Roryna. Antara objektif lawatan ini ialah untu melahirkan guru pelatih yang dapat berdikari dalam segala masalah yang dihadapi, meningkatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman guru pelatih melalui lawatan ke Tugu Mat Salleh, Tugu Antanom, Pusat Kebudayaan Murut, Muzium Keningau dan Batu Sumpah, Keningau serta Tugu Pahlawan, memupuk sifat kepimpinan dalam kalangan guru pelatih melalui kepimpinan yang akan ditunjukkan oleh guru pelatih sepanjang lawatan dan juga mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar, pensyarah dengan guru pelatih, serta guru pelatih dengan orang luar. Kumpulan kami telah dibahagikan tugas untuk menuliskan laporan tentang Tugu Tambunan. Tugu Ini di buat kerana terdapatnya dua pahlawan yang bernama gombunan dan tamadun. Nama mereka telah digabungkan menjadi Tambunan. Kisah asal usul Tambunan adalah satu cerita yang menarik yang diceritakan dari mulut ke mulut daripada satu generasi ke generasi yang lain di kalangan orang Kadazan Dusun di Tambunan. Pada zaman dahulu kawasan Tambunan hanya di penuhi oleh hutan hujan tropika .Hutan di situ penuh dengan pelbagai jenis haiwan , daripada lintah yang menghisap darah hinggahlah kerbau liar Borneo. Tidak ada manusia yang tinggal disitu pada mulanya. Namun demikian beberapa lama kemudian peneroka mula berhijrah ke selatan dari Nunukragang dan beberapa orang daripada mereka menetap di Tambunan. Kumpulan orang pertama yang sampai ketika itu dipimpin oleh Gombunan .Beliau seorang pahlawan dari kalangan puak Nunukragang, di samping itu dia juga seorang pemimpinyang berkeboleihan dan baik hati.

Beliau mula meneroka dataran Tambunan yang subur disamping pengikutnya. termasuk isteri dan anak mereka. Menanam tanaman seperti padi huma, jagung ubi kayu, labu dan keladi merupakan aktiviti utama kaum wanita . Kaum lelaki pula banyak menghabiskan masa dengan berburu binatang liar daripada tupai hingga babi hutan dan rusa. Buah buahan hutan dan beri yang boleh dimakan untuk setiap orang pada ketika itu.Dan setiap orang akan gembira dan berpuas hati.Apabila bilangan penduduk bertambah ,lebih banyak kawasan telah di bersihkan untuk menanam. Penduduk kampung itu yang mengelarkan diri mereka orang dataran oleh kerana mereka tinggal di dataran Tambunan menjadi bertambah maju dan aman damai dan berharmoni di bawah kepimpinan Gombunan. Tetapi pada satu hari, sekumpulan pahlawan yang ganas dari puak Tonsundung yang datang dari kawasan berbukit bukau datang di sebelah timur menyerang orang dataran. Mereka memusnahkan tanam tanaman dan harta benda lain dan juga membunuh sebahagian daripada orang kampung itu. Gombunan dan pahlawannya bertindak cepat dan berjaya dan berjaya menghalau mereka. Dan penyerang penyerang tersebut telah mengalami kecedreraan yang teruk. Puak Tonsundung yang marah atas kekalahan mereka itu bercadang hendak membalas dan membunuh Gombunan. Kejadian itu berlaku pada satu hari lebih kurang 30 orang pahlawan Tonsundung menangkap Gombunan yang ketika itu bersendirian di ladangnya dan membunuhnya. Mereka mencincang badanya dan membawa balik kepalanya sebagai tanda kemenangan. Kepala Gombunan digantung pada tiang yang tinggi untuk membolehkan orang Tonsundung membaca mentera dan memperolokan kematian ketua orang dataran. Orang Dataran amat berdukacita apabila mengatahui kematian ketua mereka. Mereka berkabung beberapa hari sebagai tanda menghormatinya dan bersumpah akan membalas atas kematiannya. Sebagai mengenang akan jasanya mereka telah menamakan penempatan mereka tiu GOMBUNAN . Dalam pada masa itu satu lagi puak dari kawasan berbukit bukau di sebelah barat datang berhijrah di dataran. Mereka adalah puak Tamadon.Orang Tamadon merupakan orang yang ramah dan baik hati terhadap puak Gombunan. Mereka bersedia menghulurkan bantuan bagi memerangi puak Tonsudung kerana lambat laun puak Tonsundung akan menyerang puak Tamadon. Oleh itu sebagai langkah mengelakan sebarang serangan yang menejutkan daripada puak Tonsundung, puak Tamadon pun bergabung dengan puak Gombunan.Pada masa yang sama juga merancang hendak membunuh semua puak Gombunan. Mereka sebenarnya tidak sedar akan adanya gabungan dan pakatan daripada puak Gombunan dan puak Tamandon. Sampai sahaja masanya, puak Tonsundung pun melaksanakan niat jahat mereka, maka terperanjatlah mereka bahawa bilangan pihak lawan mereka bertambah ramai .Walaupun begitu pertempuran darah yang dashyat berlaku juga. Lebih setengah bilangan puak Tonsundung telah terbunuh. Pahalawan yang terselamat pula telah melarikan diri ke hutan di sebelah timur untuk beberapa lama tidak kelihatan. Dibanding dengan mereka jumlah orang dataran yang mengalami kecederaan hanya sedikit. Puak Gombunan dan puak Tamadon merayakan kemenangan mereka dengan mengadakan pesta besar besaran, makanan dan minuman tapai dihidangkan dengan banyaknya. Kemuncak upacara itu ialah menamakan semula penempatan dari Gombunan ke Tambunan selepas mendapat persetujuan orang orang tua kedua-dua pihak .TAM diambil dari Tamadon dan BUNAN diambil dari Gombunan dengan itu lahirlah TAMBUNAN hingga sekarang.Dalam lawatan dua hari malam ini, guru pelatih telah memperolehi banyak pengetahuan dan pengalaman yang amat bermakna guru seorang bakal guru sejarah. Melawat tempat-tempat bersejarah memberi satu pengalaman yang berharga kepada guru pelatih. Contohnya sewaktu kami melawat Memorial atau Tugu Antanom, kami dapat mengenali sejarah perjuagan yang dilakukan oleh beliau demi mempertahankan tanah air yang tercinta. Ini adalah pengalaman yang realistik berbanding dengan hanya mendapat pengetahuan melalui buku-buku atau internet. Selain itu, ia juga memperkukuhkan kepercayaan kami bahawa peristiwa-peristiwa yang dilihat dalam buku memang benar berlaku pada suatu ketika dahulu. Melalui lawatan ini, guru pelatih juga akan dapat mengagumi kesungguhan tokoh-tokh perjuangan dalam usaha membangunkan negara dan diteruskan oleh pemimpin-pemimpin kemudiannya. Tempat-tempat bersejarah juga memberikan pengajaran kepada kami. Cerita-cerita klasik seperti Tugu Pahlawan dan Batu bersumpah memberi kesedaran kepada kami bahawa sikap tabah boleh membawa kemenangan manakala sikap buruk pasti menerima balasan. Watak-watak dalam cerita ini bukanlah rekaan sebaliknya wujud satu masa dahulu. Rasa kecintaan kepada negara semakin kuat jika kita mengetahui sejarah negara kita. Selain daripada membaca buku ataupun menonton di kaca televisyen, kita sewajarnya mendalami sejarah dengan melawati tempat berlakunya sesuatu peristiwa. Secara tidak langsung aktiviti lawatan kali ini telah amat menyumbang jasa kepada guru pelatih kerana melalui pengalaman yang diperolehi, kami dapar lebih memahami selok-belok berlakunya sesuati peristiwa pada masa dahulu dan ini adalah penting sebagai maklumat tambahan kepada kami dalam pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah di sekolah supaya penerangan lebih menarik dan mantap. Dalam lawatan Jejak Sejarah ini, saya memainka peranan sebagai Bendahari. Antara tugas yang telah dilaksanakan adalah berbincang dengan ajk kebajikan untuk mendapatkan jumlah perbelanjaan yang diperlukan untuk sepanjang lawatan dua hari tersebut. Selain itu, saya juga telah menolong ajk peralatan untuk memohon minuman kotak dan plat-plat yang dihadihi sebagai penghargaan kepada pihak menerima lawatan kami. Sewaktu tiba di hotel Keningau, saya telah menguruskan pembayaran wang untuk semua guru pelatih yang terlibat dengan kerjasama rakan setugas saya. Saya amat bersyukur kerana dengan adanya semangat kerjasama antara guru pelatih, kami dapat menjalankan tugas dengan senang dan gembira. Bak kata pepatah, bersatu teguh, bercerai roboh. Saya berharap lawatan seperiti ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.