Upload
reimyrez-ramzza
View
444
Download
71
Embed Size (px)
Citation preview
TARIKH:
04 Julai 2013( Khamis )
TEMPAT:
Asrama SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban
ANJURAN:
Unit Asrama SMA Dato’ Haji Tan Ahmad
PENDAHULUAN
Unit Asrama SMA Dato’ Haji Tan Ahmad telah merangka Lawatan Penanda Aras ke SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban. Lawatan ini adalah untuk memberi pengalaman baru kepada AJK Tertinggi asrama untuk menimba ilmu dalam mewujudkan suasana asrama yang lebih harmoni dan kondusif. Disamping mengeratkan silaturrahim antara guru dan pelajar, program ini boleh mendatangkan suatu idea dan pengalaman baru dalam mempertingkatkan mutu pengurusan asrama ke arah yang lebih cemerlang.
Lawatan ini akan disertai oleh 37 orang AJK Tertinggi Asrama dan diiringi 5 orang guru serta 2 orang penyelia asrama. Diharap dengan adanya lawatan sebegini dapat mengukuhkan ukhwah sesama manusia serta meningkatkan pengurusan asrama ke arah yang lebih baik.
OBJEKTIFPada akhir lawatan ini, murid-murid akan dapat;
i. Menimba ilmu untuk membantu pengurusan asrama yang lebih sistematik dan kondusif.
ii. Mengeratkan hubungan baik antara warga asrama.iii. Menjadikan contoh asrama yang terbaik untuk mewujudkan asrama yang
lebih cemerlang.iv. Mewujudkan pengurusan asrama yang terbaik.
BILANGAN PESERTA- Pelajar : 37 Orang AJK Tertinggi Asrama- Guru : 5 Orang (GPK HEM, Warden)- Penyelia Asrama : 2 Orang
PENGANGKUTAN- Satu Buah Bas
ATURCARA LAWATAN
KHAMIS ( 04 Julai 2013 )8.00 pg : Bertolak dari sekolah 9.30 pg : Tiba di SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban
12.00 t/hari : Makan tengah hari
1.00 ptg : Bertolak Pulang
2.30 ptg : Tiba di sekolah
BELANJAWAN LAWATANPERBELANJAAN RM JUMLAH
1. Kos Pengangkutan Bas2. Makanan Pelajar3. Cenderahati 4. Buku catatan & pen
RM 600.00 x 1 buahRM 10.00 x 37 orang RM 30.00 x 1 plugRM 3.00 x 37 orang
JUMLAH
RM 600.00RM 370.00RM 30.00RM 111.00
RM 1,111.00
PENUTUP
Kami berharap dengan adanya lawatan penanda aras ini dapat menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada kepada AJK Tertinggi asrama dan dapat meningkatkan mutu pengurusan asrama ke arah yang lebih cemerlang. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan untuk masa–masa akan datang, InsyaAllah.
Saya yang menjalankan tugas,
……………………………..(Siti Norfarehan Binti Musa)Warden Aspuri,SMA Dato Haji Tan Ahmad
Disemak Oleh:
……………………………........(Hjh. Noraini Binti Abdul Latif)GPK Hal Ehwal Murid,SMA Dato’ Hj Tan Ahmad
Diluluskan/Tidak Diluluskan:
………………………(Zamrud Bt Ridzuan)Pengetua,SMA Dato’ Hj Tan Ahmad