5
Legasi pemerintahan shah Reza Pahlavi ke Khomeini di Iran 1. Khomeini lahir pada tahun 1900 dan menjadi pemimpin Iran setelah menjatuhkan Shah Reza Pahlavi.Shah telah dilantik menjadi pemimpin Iran pada tahun 1941 yang pada ketika itu dia baru sahaja berumur 22 tahun.Pada tahun 1951,seorang nasionalis Iran bernama Mosaddeq telah dilantik menjadi perdana menteri Iran.Beliau merupakan seorang penentang kepada Shah Reza dan juga sekutunya,Amerika Syarikat.Mosaddeq juga seorang yang pro Soviet Union. 2. Kebencian Mosaddeq terhadap Amerika dan sokongannya terhadap Russia menyebabkan Amerika berasa bimbang akan kepentingannya yang mungkin terjejas di Iran.Justeru,pada tahun 1953 seorang ketua divisyen CIA bernama Kreemlet Rooselvelt telah mencadangkan kepada Shah supaya mengadakan rampasan kuasa terhadap Mosaddeq. 3. Rampasan kuasan terhadap Mosaddeq gagal,sebaliknya Shah pula yang terpaksa melarikan diri.Sungguhpun gagal menjatuhkan Mosaddeq,CIA tetap tidak berputus asa,dan mengadakan konspirasi untuk menjatuhkannya.CIA telah mengebom sebuah rumah ulama di Iran dan menuduh Mosaddeq bertanggungjawab dalam kejadian tersebut.Pada 15 mei tahun 1950 pula,CIA telah mengarahkan syarikat walt Disney untuk membuat kartun anti komunis khusus untuk rakyat Iran.Semua ini dilakukan supaya rakyat Iran akan berpaling dari terus menyokong Mosaddeq yang pro Soviet Union.

Legasi Pemerintahan Shah Reza Pahlavi Ke Khomeini Di Iran

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Legasi Pemerintahan Shah Reza Pahlavi Ke Khomeini Di Iran

Legasi pemerintahan shah Reza Pahlavi ke Khomeini di Iran

1. Khomeini lahir pada tahun 1900 dan menjadi pemimpin Iran setelah menjatuhkan Shah

Reza Pahlavi.Shah telah dilantik menjadi pemimpin Iran pada tahun 1941 yang pada

ketika itu dia baru sahaja berumur 22 tahun.Pada tahun 1951,seorang nasionalis Iran

bernama Mosaddeq telah dilantik menjadi perdana menteri Iran.Beliau merupakan

seorang penentang kepada Shah Reza dan juga sekutunya,Amerika Syarikat.Mosaddeq

juga seorang yang pro Soviet Union.

2. Kebencian Mosaddeq terhadap Amerika dan sokongannya terhadap Russia

menyebabkan Amerika berasa bimbang akan kepentingannya yang mungkin terjejas di

Iran.Justeru,pada tahun 1953 seorang ketua divisyen CIA bernama Kreemlet Rooselvelt

telah mencadangkan kepada Shah supaya mengadakan rampasan kuasa terhadap

Mosaddeq.

3. Rampasan kuasan terhadap Mosaddeq gagal,sebaliknya Shah pula yang terpaksa

melarikan diri.Sungguhpun gagal menjatuhkan Mosaddeq,CIA tetap tidak berputus

asa,dan mengadakan konspirasi untuk menjatuhkannya.CIA telah mengebom sebuah

rumah ulama di Iran dan menuduh Mosaddeq bertanggungjawab dalam kejadian

tersebut.Pada 15 mei tahun 1950 pula,CIA telah mengarahkan syarikat walt Disney

untuk membuat kartun anti komunis khusus untuk rakyat Iran.Semua ini dilakukan

supaya rakyat Iran akan berpaling dari terus menyokong Mosaddeq yang pro Soviet

Union.

Page 2: Legasi Pemerintahan Shah Reza Pahlavi Ke Khomeini Di Iran

Kejatuhan Mosaddeq dan kenaikan semula Shah

1. Sungguhpun Shah telah melarikan diri keluar dari Iran,dia masih mempunyai askar-askar

yang setia kepadanya.Askar-askar ini telah bertempur dengan askar-askar pro Mosaddeq

sehingga Mosaddeq berjaya dijatuhkan.Setelah Mosaddeq dijatuhkan,Shah Reza telah

pulang ke Iran dan pada bulan Ogos 1953 Amerika secara rasminya melantik Shah

sebagai pemimpin Iran sekali lagi.Apabila berkuasa,langkah pertama yang dilakukan

Shah ialah menghapuskan semua musuh-musuh politiknya yang terdiri dari barisan parti

pembangkang.

2. Shah Reza malah telah menubuhkan sebuah unit pasukan khas bernama SAVAK untuk

menangkap,menyeksa dan membunuh musuh politiknya.Antara musuh politik Shah

yang mula mengancam survival politiknya ialah Imam Khomeini dan dia telah ditangkap

oleh Shah pada 5 Jun 1963.Ketika penahanan Khomeini ,rakyat Iran telah bangkit

menentang kerajaan Shah di seluruh pelusuk Iran.

3. Pada ketika inilah,buat pertama kalinya nama Khomeini menjadi terkenal kerana ia telah

tersebar dari mulut ke mulut dan ramai pula yang menyokongnya kerana

penampilannya sebagai ulama yang warak dan bencikan Amerika Syarikat.Desakan yang

sangat kuat oleh rakyat akhirnya telah membebaskan Khomeini dari tahanan pada tahun

1964.Setelah dilepaskan,Khomeini tetap meneruskan perjuangannya untuk

menjatuhkan Shah dan menentang Amerika Syarikat.

Page 3: Legasi Pemerintahan Shah Reza Pahlavi Ke Khomeini Di Iran

Sokongan rakyat terhadap Khomeini

1. Sokongan kepada Khomeini semakin meningkat apabila Shah telah membuat perjanjian

dengan Amerika Syarikat untuk menjadikan semua pegawai diplomatik dan tentera

Amerika di Iran sebagai kebal dari sebarang tindakan undang-undang di Iran.Ini

bermaksud semua pegawai Amerika disana akan bebas dari disabitkan dengan sebarang

salah laku di Iran.Mesejnya secara tidak langsung ialah,kedudukan pegawai-pegawai

Amerika ini adalah lebih mulia dari rakyat dan semua pegawai-pegawai Iran

sendiri!Sebagai ganjarannya,Shah telah menerima 200 juta dolar Amerika untuk

membeli peralatan perang dari Amerika Syarikat.

2. Isu ini telah dimainkan dengan baik oleh Khomeini untuk terus mendapat sokongan dari

penduduk Iran.Disebabkan kelantangannya dalam bersuara,dia telah dibuang ke

Najaf,Iraq.Tindakan membuang negeri ini menjadi titik permulaan yang sangat penting

dalam kejatuhan Shah di Iran.

3. Dalam usahanya untuk mengekang kebangkitan rakyat,Shah telah mengerahkan

pasukan khas SAVAK untuk berkawal dimana-mana sahaja kawasan di seluruh

Iran.Keadaan ini membuatkan rakyat menjadi tertekan dan takut.Ini kerana, apa-apa jua

percakapan dan tindakan mereka yang boleh ditafsir sebagai menentang rejim

Shah,mereka akan didakwa,diseksa dan dibunuh.Dalam hal ini CIA malah telah memberi

tunjuk ajar kepada pasukan SAVAK untuk menyeksa para penentang Shah menggunakan

kaedah penyeksaan ala Nazi Jerman.

Page 4: Legasi Pemerintahan Shah Reza Pahlavi Ke Khomeini Di Iran

4. Hubungan yang baik di antara Shah dan

Amerika inilah yang menjadi

propaganda ampuh bagi Khomeini

dalam meningkatkan lagi sokongan

rakyat Iran terhadapnya.Semakin kuat

sokongan Amerika terhadap

Shah,semakin kuat sokngan yang

diberikan rakyat Iran

5. terhadap Khomeini.Penentangan

terhadap Shah semakin memuncak

pada tahun 1978 dan Khomeinilah

pelopornya.Jumlah pendemonstrasi

pada waktu itu malah mencecah

sampai sejuta orang.Keadaan ini telah

memaksa Shah untuk mengenakan

tindakan yang lebih keras iaitu

menurunkan para tenteranya untuk

mengawal keadaan.Beribu-ribu rakyat Iran telah mati ditembak oleh tentera-tentera ini.

6. Malah Shah turut meminta bantuan Saddam Hussein dari Iraq untuk menolongnya

menghapuskan Khomeini yang dibuang di Najaf.Ini kerana, walaupun telah dibuang dari

Iran Khomeini masih mempunyai pengaruh yang kuat dan segala arahannya dipatuhi

oleh penyokongnya di Iran.Saddam Hussein bersetuju untuk membantu Shah,dan pada

waktu itulah Khomeini telah segera meninggalkan Iraq dan menuju ke negara

Perancis.Tindakan Shah meminta pertolongan Saddam untuk menghapuskan Khomeini

telah menimbulkan kemarahan rakyat.Mereka semua berasa marah dan telah beramai-

ramai turun berdemonstrasi menentang Shah.Dianggarkan jumlah mereka ketika itu

telah mencapai sebanyak 9 juta orang!

7. Akibatnya,Shah benar-benar telah hilang kawalan keatas rakyatnya dan ketika itulah dia

sekali lagi telah melarikan diri keluar dari Iran menuju ke Mesir pada 16 Januari

1979.Shah telah menggunakan 2 buah kapal terbang Boeing 707 untuk membawa

semua harta kekayaanya keluar dari negara Iran.Dengan perginya Shah keluar dari

Iran,seluruh rakyat Iran telah berasa gembira dan mereka telah beramai-ramai turun ke

jalanan untuk meraikannya.Ketika Shah lari keluar dari Iran,Khomeini pula telah pulang

ke Iran menaiki Boeing 747 pada 1 Februari 1979.Ini menunjukkan satu pengakhiran

kepada satu era dan bermulanya satu era baru yang lain.

Page 5: Legasi Pemerintahan Shah Reza Pahlavi Ke Khomeini Di Iran

fizikrMedia.com// Legasi pemerintahan shah Reza Pahlavi ke

Khomeini di Iran