Letter head

Embed Size (px)

Citation preview

1. Sekolah Kebangsaan Tamau Peti Surat 210 89158 Kota Belud, Sabah. Tel : 088 -966962 Fax: 088966962 e-mail : [email protected] Rujukan Kami : SKTKB/3004-04 ( ) Tarikh : 19 Ogos 2013 Jurutera Jabatan Kerja Raya, Kota Belud. Tuan, LAPORAN KEROSAKAN BAHAGIAN BANGUNAN YANG DIKENALPASTI DAN PERLU PENYELENGGARAAN SEGERA. Merujuk kepada perkara di atas. 02. Adalah dimaklumkan kepada pihak tuan bahawa, sejak menduduki bangunan baru sekolah ini mulai 5 julai 2013 hingga sekarang, pihak sekolah mendapati beberapa bahagian bangunan tidak berfungsi dan perlu penyelenggaraan segera demi keselesaan serta keselamatan pelajar dan warga sekolah khasnya. 03. Bersama ini dikemukakan salinan lampiran laporan bahagian kerosakan yang dikenalpasti untuk perhatian dan tindakan segera pihak tuan. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA, Saya yang menurut perintah, ( MUNGI @ RUPIAH BTE JULAYHI @ LAIHI ) Guru Besar. Sk. Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah, Kota Belud. Syarikat Usaha Hakikat, Kota Kinabalu, Sabah. 2. Lampiran A BAHAGIAN / KOMPENAN KEROSAKAN BANGUNAN BARU SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAU, KOTA BELUD. Bi l. Bahagian/Kompenan Jenis Kerosakan / Kekurangan Catatan A. BANGUNAN 1. Bilik Koperasi Tiada pintu kaunter 2. Bilik Pentadbiran - Bilik Guru Besar Penghawa dingin tidak berfungsi. - Bilik PK.HEM Tiada penghawa dingin / kipas - Ruang Tetamu Penghawa dingin bocor Air menitis dilantai - Bilik Kerani Kewangan Penghawa dingin tidak berfungsi 3. Bilik Data Penghawa dingin bocor Air menitis dilantai 4. Bilik PK. KOKUM Penghawa dingin tidak berfungsi 5. Bilik Disiplin Air tandas menitis disiling Masalah Tandas tingkat 1. 6. Bilik Guru 3 penghawa dingin tidak berfungsi Penghawa dingin bocor Air menitis dilantai 7. Bilik Darjah tingkat 2 & 3 Siling Asbestos jatuh bila ditiup angin. Beberapa kelas siling asbestos jatuh waktu P&P terutama musim berangin. 8. Makmal Sains Pemegang/kunci pintu rosak Kabinet belum dipasang. Sinki tiada air Tingkap sliding tak boleh ditutup/kunci. Tidak dapat dikunci. Bilik belum diguna 9. Bilik SPBT Lantai simen berhabuk/mengelupas. Habuk berterbangan bila kipas dipasang. 10 . Makmal Komputer Siling Asbestos (koridor) terselak hampir jatuh. 11 . Bengkel Kemahiran Hidup Kabinet belum siap dipasang. Semua Sinki tiada air. 12 . Tandas surau L/P Paip tiada air 13 . Prasekolah Saluran paip dalam tandas pecah dan bocor. Air paip disinki dapur tiada. 12 buah almari dapur belum terpasang dgn sempurna. 3. 14 . Kantin Tandas tiada kunci Bilik persalinan tiada kunci Tiada Meter elektrik Semua Tingkap Sliding bilik ruang makan guru tidak boleh dibuka (jem). Punca letrik/karan disambung terus dari meter bangunan sekolah. 15 . Papantanda Logo/nama sekolah tiada. Belum dibuat nama/logo sekolah di pintu utama. B. AIR 16 . Tandas Hanya beberapa tandas yang dapat digunakan selebihnya terpaksa dikunci kerana tiada air dan tersumbat (belum diguna). Air Tangki melimpah disiling tandas blok akademik. 17 . Tangki Air (tingkat 3 blok pentadbiran & Akademik ) Air melimpah keluar disiling Terdapat kebocoran saluran. 18 . Longkang tiada saluran pembuangan air Air bertakung sepanjang parit /longkang. C. LETRIK 19 . Terdapat sebuah lampu tidak dapat ditutup/dimatikan (lampu hidup 24 jam). 20 . Sebuah lampu pagar tidak menyala. 21 . Pam Air Automatik tidak berfungsi (hidup). Pam air auto bersebelahan bilik Ko-Kurikulum.