53
D.R. 8/2019 RANG UNDANG-UNDANG LEVI PELEPASAN 2019 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN Fasal 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Pemakaian dalam wilayah dan luar wilayah 3. Tafsiran BAHAGIAN II PENTADBIRAN 4. Fungsi dan kuasa Ketua Pengarah dan pegawai lain 5. Orang yang dilantik atau diambil kerja hendaklah menjadi pekhidmat awam 6. Pengiktirafan jawatan 7. Kerahsiaan maklumat 8. Ketua Pengarah boleh menghantar, dsb., dokumen dsb. BAHAGIAN III PENGENAAN DAN SKOP LEVI PELEPASAN 9. Pengenaan levi pelepasan 10. Levi pelepasan yang genap masa 11. Kadar levi pelepasan 12. Membayar balik levi pelepasan

Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

  • Upload
    others

  • View
    4

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Levi Pelepasan 1

D.R. 8/2019

RANG UNDANG-UNDANG LEVI PELEPASAN 2019

SUSUNAN FASAL

Bahagian I

PERMULAAN

Fasal

1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

2. Pemakaian dalam wilayah dan luar wilayah

3. Tafsiran

Bahagian II

PENTADBIRAN

4. Fungsi dan kuasa Ketua Pengarah dan pegawai lain

5. Orang yang dilantik atau diambil kerja hendaklah menjadi pekhidmat awam

6. Pengiktirafan jawatan

7. Kerahsiaan maklumat

8. Ketua Pengarah boleh menghantar, dsb., dokumen dsb.

Bahagian III

PENGENAAN DAN SKOP LEVI PELEPASAN

9. Pengenaan levi pelepasan

10. Levi pelepasan yang genap masa

11. Kadar levi pelepasan

12. Membayar balik levi pelepasan

Page 2: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Rang Undang-Undang2

Bahagian IV

PENDAFTARAN

Fasal

13. Tanggungan untuk berdaftar

14. Kewajipan untuk melantik ejen

15. Pendaftaran pengendali atau ejen pengendali asing

16. Pemberitahuan pemberhentian tanggungan dan pembatalan pendaftaran

Bahagian V

REKOD, PENYATA, TAKSIRAN DAN MENDAPATKAN BALIK

17. Kewajipan untuk menyimpan rekod

18. Salinan rekod diterima sebagai keterangan

19. Pengemukaan penyata

20. Pembayaran levi pelepasan

21. Tempoh pemulaan pendakwaan bagi levi pelepasan yang tidak dibayar

22. Kuasa untuk menaksir

23. Taksiran levi pelepasan pada amaun yang lebih tinggi daripada yang sewajarnya

24. Taksiran untuk menampung kehilangan levi pelepasan yang boleh dikaitkan dengan fraud, dsb.

25. Orang berdaftar membayar levi pelepasan dan penalti apabila diberitahu

26. Ketua Pengarah boleh mengubah taksiran, dsb., untuk memastikan ketepatan

27. Kuasa untuk memungut levi pelepasan, dsb., daripada orang yang terhutang wang pada orang berdaftar

28. Mendapatkan balik levi pelepasan, dsb., yang dibayar balik secara silap

29. Mendapatkan balik levi pelepasan, dsb., sebagai hutang sivil

30. Tanggungan pengarah, dsb.

Bahagian VI

PENGECUALIAN, PEREMITAN DAN PEMBAYARAN BALIK

31. Kuasa Menteri untuk mengecualikan dan membayar balik

32. Peremitan

Page 3: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Levi Pelepasan 3

33. Pembayaran balik levi pelepasan yang terlebih bayar atau dibayar secara silap, dsb.

34. Pembayaran balik apabila Ketua Pengarah berpuas hati dan dengan keterangan sokongan

Bahagian VII

PENGUATKUASAAN

35. Kuasa penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan

Bahagian Viii

KESALAHAN

36. Halangan

37. Penyata tidak betul dan yang terkurang dibayar

38. Pengelakan levi pelepasan, fraud

39. Keengganan untuk menjawab soalan atau memberi maklumat palsu

40. Percubaan dan pensubahatan

41. Penalti am

42. Kesalahan oleh syarikat, dsb.

43. Tanggungan seseorang bagi perbuatan, dsb., pekerja, dsb.

44. Levi pelepasan, dsb., yang kena dibayar walau apa pun apa-apa prosiding, dsb.

Bahagian IX

PERBICARAAN DAN PROSIDING

45. Pendakwaan

46. Bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan

47. Peruntukan keterangan

48. Nilai keterangan salinan notis elektronik

49. Pemenjaraan kerana tidak membayar denda

50. Tiada kos atau ganti rugi yang timbul daripada penyitaan boleh didapatkan balik melainkan jika penyitaan tanpa sebab yang munasabah atau sebab barangkali

51. Pengkompaunan kesalahan

52. Perintah mahkamah

Fasal

Page 4: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Rang Undang-Undang4

53. Obligasi kerahsiaan

54. Perlindungan pemberi maklumat daripada diketahui

Bahagian X

PELBAGAI

55. Penyampaian notis, dsb.

56. Penggunaan perkhidmatan elektronik

57. Pengesahan notis, dsb.

58. Transaksi perniagaan bagi pihak orang berdaftar

59. Permohonan untuk kajian semula

60. Pelikuidasi orang berdaftar hendaklah memberikan notis penggulungan, dan mengetepikan levi pelepasan

61. Pelantikan penerima hendaklah diberitahu kepada Ketua Pengarah

62. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

Bahagian XI

PERALIHAN

63. Pendaftaran sebelum tarikh efektif

64. Pembayaran sebelum tarikh efektif

Fasal

Page 5: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Levi Pelepasan 5

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengenaan levi pelepasan ke atas orang yang meninggalkan Malaysia dan bagi perkara yang berkaitan dengannya.

[ ]

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

PERMULAAN

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Levi Pelepasan 2019.

(2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa bahagian yang berlainan atau peruntukan yang berlainan Akta ini.

(3) Walau apa pun subseksyen (2), Menteri boleh melalui pemberitahuan dalam Warta, menetapkan tarikh efektif bagi mengenakan dan melevikan levi pelepasan di bawah Akta ini.

RANG UNDANG-UNDANG

b e r n a m a

Page 6: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Rang Undang-Undang6

Pemakaian dalam wilayah dan luar wilayah

2. (1) Akta ini hendaklah terpakai kedua-duanya di dalam dan di luar Malaysia.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), Akta ini hendaklah terpakai bagi mana-mana orang, walau apa pun kerakyatan atau kewarganegaraannya, melepasi had geografi Malaysia dan wilayah perairannya, jika orang itu ialah seorang pengendali asing di bawah Akta ini.

Tafsiran

3. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“dokumen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56];

“elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 [Akta 680];

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kastam dan Eksais, yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta Kastam 1967 [Akta 235];

“komputer” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 3 Akta Keterangan 1950;

“levi pelepasan” ertinya suatu levi yang kena dibayar di bawah Akta ini;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

“orang” termasuklah individu, syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan dan setiap orang juridikal lain;

Page 7: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Levi Pelepasan 7

“orang berdaftar” ertinya mana-mana pengendali atau ejen pengendali asing berdaftar di bawah seksyen 15;

“pegawai kastam” ertinya mana-mana pegawai kastam yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967 dan termasuklah mana-mana orang yang dilantik dan diambil kerja di bawah subseksyen 4(4);

“pegawai kanan kastam” ertinya mana-mana pegawai kastam yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;

“pengendali” ertinya mana-mana orang yang mengendalikan apa-apa kenderaan untuk membawa mana-mana orang meninggalkan Malaysia dan “pengendali asing” ertinya mana-mana orang, yang mengendalikan apa-apa kenderaan untuk membawa mana-mana orang meninggalkan Malaysia, tetapi tidak mempunyai perniagaan atau tempat perniagaan di Malaysia;

“tarikh efektif” ertinya tarikh yang ditetapkan di bawah subseksyen 1(3).

Bahagian II

PENTADBIRAN

Fungsi dan kuasa Ketua Pengarah dan pegawai lain

4. (1) Ketua Pengarah hendaklah mempunyai pengawasan ke atas semua perkara yang berhubungan dengan levi pelepasan, tertakluk kepada arahan dan kawalan Menteri.

(2) Tertakluk kepada arahan dan penyeliaan am Ketua Pengarah, seseorang pegawai kanan kastam hendaklah mempunyai dan menjalankan semua kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah oleh atau di bawah Akta ini.

(3) Mana-mana pegawai kastam hendaklah mempunyai kewajipan dan kuasa untuk menguatkuasakan dan memastikan pematuhan yang sewajarnya peruntukan Akta ini.

Page 8: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Rang Undang-Undang8

(4) Mana-mana orang selain pegawai kastam boleh dilantik oleh, atau diambil kerja dengan persetujuan daripada, Ketua Pengarah bagi apa-apa kewajipan atau perkhidmatan yang berhubungan dengan levi pelepasan dan orang itu hendaklah disifatkan sebagai pegawai kastam bagi kewajipan atau perkhidmatan itu.

(5) Ketua Pengarah boleh, melalui pemberian kuasa secara bertulis, memberi mana-mana orang yang dilantik dan diambil kerja di bawah subseksyen (4) semua atau apa-apa kuasa pegawai kanan kastam oleh atau di bawah Akta ini, bagi suatu tempoh yang tidak melebihi sembilan puluh hari berkenaan dengan mana-mana satu pemberian kuasa.

Orang yang dilantik atau diambil kerja hendaklah menjadi pekhidmat awam

5. Tiap-tiap orang yang dilantik atau diambil kerja di bawah subseksyen 4(4) bagi apa-apa kewajipan atau perkhidmatan yang berhubungan dengan levi pelepasan hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

Pengiktirafan jawatan

6. (1) Tiap-tiap pegawai kastam apabila menunaikan kewajipannya hendaklah, apabila diminta oleh mana-mana orang, mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kepada orang itu kad kuasa atau lencana yang ditetapkan di bawah seksyen 8a Akta Kastam 1967 atau dalam hal mana-mana pegawai kastam yang dilantik di bawah subseksyen 4(4), apa-apa kad kuasa lain sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.

(2) Tidaklah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang yang enggan mematuhi apa-apa permintaan, tuntutan atau perintah yang dibuat oleh mana-mana pegawai kastam yang bertindak atau yang berupa sebagai bertindak di bawah Akta ini jika pegawai itu enggan mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kad kuasa atau lencananya apabila diminta oleh orang itu.

Page 9: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Levi Pelepasan 9

(3) Mana-mana orang, yang bukan seorang pegawai kastam, yang memakai, menggunakan, memiliki atau mempamerkan dengan cara yang menyalahi undang-undang, selain semasa suatu pertunjukan pentas atau persembahan teater yang lain—

(a) apa-apa pakaian seragam yang ditetapkan di bawah seksyen 8a Akta Kastam 1967 atau apa-apa pakaian yang kelihatan seperti, atau yang mengandungi tanda tersendiri yang terdapat pada, pakaian seragam itu; atau

(b) apa-apa kad kuasa atau lencana yang ditetapkan, atau kad kuasa sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah, yang disebut dalam subseksyen (1),

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kerahsiaan maklumat

7. (1) Tiap-tiap orang, yang mempunyai apa-apa kewajipan rasmi atau yang dilantik atau yang diambil kerja di bawah Akta ini, hendaklah menganggap dan menguruskan semua dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan yang berhubungan dengan perniagaan atau nilai pembekalan perkhidmatan oleh mana-mana orang berdaftar sebagai rahsia.

(2) Tertakluk kepada subseksyen 8(1), tiap-tiap orang yang mempunyai milikan atau kawalan ke atas apa-apa dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan atau salinan dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan itu, berhubung dengan perniagaan atau nilai levi pelepasan oleh mana-mana orang, yang pada bila-bila masa, selain bagi maksud Akta ini atau dengan kuasa nyata Ketua Pengarah—

(a) menyampaikan atau cuba untuk menyampaikan maklumat itu atau apa-apa jua yang terkandung dalam dokumen, penyata atau perisytiharan itu atau salinan dokumen, penyata atau perisytiharan itu kepada mana-mana orang; atau

Page 10: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Rang Undang-Undang10

(b) membiarkan atau membenarkan mana-mana orang untuk mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau kepada apa-apa jua yang terkandung dalam dokumen, penyata atau perisytiharan itu atau salinan dokumen, penyata atau perisytiharan itu,

melakukan suatu kesalahan.

(3) Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa kewajipan rasmi atau yang dilantik atau yang diambil kerja di bawah Akta ini atau yang disebut dalam subseksyen 8(1) boleh dikehendaki untuk mengemukakan dalam apa-apa perkara atau prosiding dalam mana-mana mahkamah atau tribunal apa-apa dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan atau untuk mendedahkan atau menyampaikan dalam perkara atau prosiding itu apa-apa perkara atau benda, yang dibawa kepada pengetahuannya dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini, kecuali sebagaimana yang perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini atau bagi memulakan suatu pendakwaan atau dalam penjalanan suatu pendakwaan bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini.

Ketua Pengarah boleh menghantar, dsb., dokumen dsb.

8. (1) Ketua Pengarah boleh, sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, menghantar atau menyampaikan apa-apa dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan yang disebut dalam subseksyen 7(1) atau apa-apa jua yang terkandung dalam dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan itu kepada Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia yang boleh dikehendaki dalam melaksanakan kewajipan rasminya.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh, sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, membenarkan Ketua Pengarah untuk menghantar atau menyampaikan apa-apa dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan yang disebut dalam subseksyen 7(1) atau apa-apa jua yang terkandung dalam dokumen, maklumat, penyata dan perisytiharan itu kepada mana-mana orang lain.

Page 11: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Levi Pelepasan 11

Bahagian III

PENGENAAN DAN SKOP LEVI PELEPASAN

Pengenaan levi pelepasan

9. (1) Mana-mana orang yang meninggalkan Malaysia hendaklah membayar levi pelepasan.

(2) Levi pelepasan hendaklah dikenakan dan dilevikan ke atas mana-mana orang yang meninggalkan Malaysia—

(a) dalam keadaan orang itu dibawa oleh mana-mana pengendali, oleh orang berdaftar; atau

(b) dalam keadaan selain perenggan (a), oleh mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Menteri,

pada kadar yang dinyatakan oleh Menteri mengikut seksyen 11 Akta.

(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau perenggan (2)(a), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Levi pelepasan yang genap masa

10. Levi pelepasan yang dikenakan di bawah seksyen 9 hendaklah menjadi genap masa apabila orang itu meninggalkan Malaysia.

Kadar levi pelepasan

11. (1) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta—

(a) menetapkan kadar levi pelepasan yang hendak dikenakan dan dilevikan; dan

(b) mengubah atau meminda kadar levi pelepasan yang ditetapkan di bawah perenggan (a).

Page 12: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Rang Undang-Undang12

(2) Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah—

(a) dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat pada mesyuarat Dewan Rakyat yang berikutnya; dan

(b) apabila habis tempoh satu ratus dua puluh hari daripada dibentangkan di bawah perenggan (a) atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diarahkan, melalui ketetapan, oleh Dewan Rakyat, terhenti berkuat kuasa secara keseluruhannya jika perintah itu tidak disahkan, atau sebahagiannya setakat yang perintah itu tidak disahkan, oleh suatu ketetapan yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam tempoh satu ratus dua puluh hari itu atau, jika tempoh itu telah dilanjutkan, dalam tempoh yang dilanjutkan itu.

Membayar balik levi pelepasan

12. (1) Jika suatu perintah terhenti berkuat kuasa secara keseluruhannya atau sebahagiannya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 11(2), apa-apa levi pelepasan yang telah dikenakan dan dilevikan menurut perintah itu atau apa-apa bahagian perintah itu sebagaimana yang terhenti berkuat kuasa hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), kena dibayar balik kepada orang yang membayar levi pelepasan itu.

(2) Melainkan jika Menteri mengarahkan selainnya, tiada levi pelepasan yang kena dibayar balik di bawah subseksyen (1) boleh dibayar balik, melainkan jika orang yang membayar levi pelepasan itu membuat tuntutan secara bertulis kepada Ketua Pengarah dalam masa satu tahun dari tarikh perintah itu terhenti berkuat kuasa secara keseluruhannya atau sebahagiannya dan tuntutan itu hendaklah mengandungi apa-apa butir-butir sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.

(3) Ketua Pengarah boleh mengurangkan atau tidak membenarkan apa-apa levi pelepasan yang kena dibayar balik di bawah subseksyen (1) setakat yang pembayaran balik itu akan secara tidak patut memperkaya orang yang membayar levi pelepasan itu.

Page 13: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Levi Pelepasan 13

Bahagian IV

PENDAFTARAN

Tanggungan untuk berdaftar

13. (1) Mana-mana pengendali bertanggungan untuk berdaftar di bawah Akta ini dan bagi maksud itu hendaklah memohon kepada Ketua Pengarah untuk didaftarkan, mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.

(2) Permohonan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat tidak kurang daripada tiga puluh hari sebelum tarikh permulaan operasi membawa mana-mana orang meninggalkan Malaysia.

(3) Mana-mana pengendali yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Kewajipan untuk melantik ejen

14. (1) Seseorang pengendali asing hendaklah melantik seorang ejen yang hendaklah memohon untuk didaftarkan di bawah seksyen 13.

(2) Jika terdapat perubahan ejen yang dilantik di bawah subseksyen (1), pengendali asing itu hendaklah melantik ejen yang lain untuk bertindak bagi pihaknya tidak kurang daripada tiga puluh hari sebelum perubahan itu dan ejen itu hendaklah memohon pendaftaran dalam masa tiga puluh hari selepas daripada tarikh pelantikan itu.

(3) Mana-mana pengendali asing yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Page 14: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Rang Undang-Undang14

Pendaftaran pengendali atau ejen pengendali asing

15. (1) Ketua Pengarah hendaklah mendaftar mana-mana pengendali atau ejen pengendali asing yang berkuat kuasa daripada hari pertama permulaan operasi pengendali atau pengendali asing membawa mana-mana orang meninggalkan Malaysia atau apa-apa tarikh yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(2) Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasa untuk mendaftar mana-mana pengendali atau ejen pengendali asing yang tidak memohon di bawah seksyen 13 berkuat kuasa dari hari pertama pada bulan berikutnya selepas maklumat itu diketahui oleh Ketua Pengarah.

(3) Ketua Pengarah hendaklah memberitahu orang yang didaftarkan di bawah subseksyen (2) mengikut cara yang difikirkan patut olehnya.

Pemberitahuan pemberhentian tanggungan dan pembatalan pendaftaran

16. (1) Mana-mana orang berdaftar —

(a) yang berniat untuk berhenti menjalankan operasi sebagai pengendali; atau

(b) yang berniat untuk berhenti menjadi ejen pengendali asing,

hendaklah memberitahu Ketua Pengarah secara bertulis mengenai fakta itu enam puluh hari sebelum tarikh pemberhentian.

(2) Apabila pemberitahuan di bawah subseksyen (1) diterima, Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran orang berdaftar itu dari tarikh yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(3) Mana-mana orang berdaftar yang melanggar subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Page 15: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Levi Pelepasan 15

Bahagian V

REKOD, PENYATA, TAKSIRAN DAN MENDAPATKAN BALIK

Kewajipan untuk menyimpan rekod

17. (1) Tiap-tiap orang berdaftar hendaklah menyimpan rekod yang lengkap dan benar mana-mana orang yang dibawa oleh orang berdaftar meninggalkan Malaysia dan semua transaksi yang menyentuh atau boleh menyentuh tanggungannya untuk mengenakan levi pelepasan, dalam buku akaun atau rekod lain itu sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.

(2) Apa-apa rekod yang disimpan di bawah seksyen ini hendaklah dipelihara bagi tempoh tujuh tahun dari tarikh terakhir yang berhubungan dengan rekod itu.

(3) Jika rekod itu adalah dalam bentuk yang boleh dibaca secara elektronik, rekod itu hendaklah disimpan mengikut apa-apa cara yang membolehkan rekod itu mudah diakses dan boleh ditukar ke dalam bentuk tulisan.

(4) Jika rekod itu pada asalnya dalam bentuk manual dan kemudiannya ditukar ke dalam bentuk elektronik, rekod itu hendaklah dikekalkan dalam bentuk asalnya sebelum penukaran itu.

(5) Mana-mana orang berdaftar yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Salinan rekod diterima sebagai keterangan

18. Suatu salinan rekod di bawah seksyen 17 boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding setakat yang sama sebagaimana rekod itu sendiri.

Page 16: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Rang Undang-Undang16

Pengemukaan penyata

19. (1) Tiap-tiap orang berdaftar hendaklah—

(a) mengakaunkan levi pelepasan yang genap masa pada tempoh bulanan dalam penyata itu sebagaimana yang ditetapkan; dan

(b) mengemukakan penyata itu kepada Ketua Pengarah mengikut cara yang ditetapkan tidak lewat daripada hari terakhir bulan itu selepas berakhirnya tempoh bulanan yang berhubungan dengan penyata itu.

(2) Mana-mana orang berdaftar yang terhenti daripada didaftarkan di bawah seksyen 16 hendaklah, tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas pemberhentian itu atau apa-apa tarikh terkemudian sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, mengemukakan suatu penyata sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah berkenaan dengan bahagian tempoh yang terakhir itu yang dalamnya orang itu didaftarkan.

(3) Penyata yang disebut dalam subseksyen (1) dan (2) hendaklah dikemukakan sama ada atau tidak terdapat apa-apa levi pelepasan yang kena dibayar atau tidak.

(4) Mana-mana orang berdaftar yang tidak mengemukakan penyata melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pembayaran levi pelepasan

20. (1) Mana-mana orang berdaftar yang dikehendaki untuk mengemukakan penyata di bawah seksyen 19 hendaklah membayar kepada Ketua Pengarah amaun levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar oleh orang berdaftar itu yang berkenaan dengan tempoh yang berhubungan dengan penyata itu tidak lewat daripada hari terakhir yang pengendali itu dikehendaki untuk mengemukakan penyata itu.

(2) Jika apa-apa levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya oleh mana-mana orang berdaftar selepas hari terakhir levi pelepasan

Page 17: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Levi Pelepasan 17

itu genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (1) dan tiada pendakwaan dimulakan, orang berdaftar itu hendaklah membayar—

(a) bagi tempoh tiga puluh hari pertama yang levi pelepasan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), suatu penalti sebanyak sepuluh peratus daripada amaun levi pelepasan itu yang masih belum dibayar;

(b) bagi tempoh tiga puluh hari kedua yang levi pelepasan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), suatu penalti tambahan sebanyak lima belas peratus daripada amaun levi pelepasan itu yang masih belum dibayar; dan

(c) bagi tempoh tiga puluh hari ketiga yang levi pelepasan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), suatu penalti tambahan sebanyak lima belas peratus daripada amaun levi pelepasan itu yang masih belum dibayar.

(3) Mana-mana orang berdaftar yang tidak membayar kepada Ketua Pengarah amaun levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(4) Sebagai tambahan kepada mana-mana denda yang dikenakan oleh Mahkamah di bawah subsekyen (3), Mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana orang berdaftar yang disabitkan dengan kesalahan di bawah subseksyen (3) untuk membayar penalti yang dinyatakan dalam subseksyen (2).

Tempoh pemulaan pendakwaan bagi levi pelepasan yang tidak dibayar

21. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), pendakwaan bagi kesalahan di bawah subseksyen 20(3) boleh dimulakan selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam perenggan 20(2)(c).

Page 18: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Rang Undang-Undang18

(2) Tiada pendakwaan bagi kesalahan di bawah subseksyen 20(3) boleh dimulakan terhadap orang berdaftar yang telah membayar amaun levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar dan penalti yang dinyatakan di bawah subseksyen 20(2) dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen yang sama.

Kuasa untuk menaksir

22. (1) Jika—

(a) mana-mana pengendali atau ejen tidak memohon bagi pendaftaran;

(b) mana-mana orang berdaftar tidak mengemukakan suatu penyata; atau

(c) mana-mana orang berdaftar mengemukakan suatu penyata yang didapati oleh Ketua Pengarah tidak lengkap atau tidak betul,

Ketua Pengarah boleh menaksir mengikut pertimbangan terbaiknya amaun levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar, dan penalti yang kena dibayar di bawah subseksyen 20(2), jika ada, oleh orang itu, dan Ketua Pengarah hendaklah memberitahu orang itu tentang taksiran itu secara bertulis.

(2) Taksiran di bawah subseksyen (1) tidak boleh dibuat lebih daripada enam tahun dari tarikh levi pelepasan itu telah genap masa dan kena dibayar.

Taksiran levi pelepasan pada amaun yang lebih tinggi daripada yang sewajarnya

23. (1) Jika—

(a) Ketua Pengarah membuat suatu taksiran di bawah perenggan 22(1)(b) atau (c);

(b) levi pelepasan yang ditaksir telah dibayar tetapi tiada penyata telah dikemukakan bagi tempoh yang berhubungan dengan taksiran itu; dan

Page 19: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Levi Pelepasan 19

(c) orang berdaftar tidak mengemukakan suatu penyata bagi apa-apa tempoh berikutnya,

Ketua Pengarah boleh, sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, menaksir suatu amaun levi pelepasan yang lebih tinggi daripada amaun yang selainnya patut dipertimbangkannya sebagai wajar.

(2) Jika Ketua Pengarah mendapati bahawa amaun yang sepatutnya ditaksir dalam suatu taksiran di bawah subseksyen (1) melebihi amaun yang ditaksir sedemikian, Ketua Pengarah boleh di bawah peruntukan yang sama sebagaimana yang taksiran itu dibuat dan dalam tempoh yang dalamnya taksiran itu sepatutnya telah dibuat, membuat suatu taksiran tambahan dan hendaklah memberitahu orang berdaftar itu secara bertulis dengan sewajarnya.

Taksiran untuk menampung kehilangan levi pelepasan yang boleh dikaitkan dengan fraud, dsb.

24. Jika pada pendapat Ketua Pengarah apa-apa bentuk fraud atau keingkaran telah dilakukan oleh atau bagi pihak mana-mana orang yang berkaitan dengan atau berhubung dengan levi pelepasan, Ketua Pengarah boleh, bagi maksud menampung apa-apa kehilangan levi pelepasan yang boleh dikaitkan dengan fraud atau keingkaran itu, membuat suatu taksiran pada bila-bila masa.

Orang berdaftar membayar levi pelepasan dan penalti apabila diberitahu

25. (1) Jika amaun levi pelepasan dan penalti, jika ada, telah ditaksir dan diberitahu kepada mana-mana orang berdaftar, ia hendaklah disifatkan sebagai suatu amaun levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar dan penalti yang kena dibayar, jika ada, dan boleh didapatkan balik dengan sewajarnya dan hendaklah dibayar oleh orang berdaftar itu, melainkan atau kecuali setakat taksiran itu telah ditarik balik atau dikurangkan oleh Ketua Pengarah.

(2) Amaun levi pelepasan yang genap masa dan yang kena dibayar dan penalti yang kena dibayar hendaklah dibayar oleh orang berdaftar sama ada atau tidak orang berdaftar itu memohon untuk kajian semula di bawah seksyen 59 terhadap taksiran itu.

Page 20: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Rang Undang-Undang20

Ketua Pengarah boleh mengubah taksiran, dsb., untuk memastikan ketepatan

26. Ketua Pengarah boleh membuat apa-apa pengubahan di dalam atau penambahan kepada mana-mana taksiran yang dibuat sebagaimana yang difikirkan patut olehnya untuk memastikan ketepatan dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang berdaftar itu secara bertulis.

Kuasa untuk memungut levi pelepasan, dsb., daripada orang yang terhutang wang pada orang berdaftar

27. (1) Jika apa-apa levi pelepasan genap masa dan kena dibayar atau apa-apa penalti yang kena dibayar oleh mana-mana orang berdaftar, Ketua Pengarah boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki—

(a) mana-mana orang yang olehnya apa-apa wang terhutang atau terakru atau boleh menjadi genap masa dan kena dibayar kepada orang berdaftar;

(b) mana-mana orang yang memegang atau yang boleh kemudiannya memegang wang bagi atau untuk orang berdaftar; atau

(c) mana-mana orang yang mempunyai kuasa daripada mana-mana orang lain untuk membayar wang kepada orang berdaftar itu,

supaya membayar kepada Ketua Pengarah dengan serta-merta, atau dalam tempoh yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, wang itu, yang bukan gaji atau upah yang terhutang atau terakru kepada orang berdaftar itu, atau sekian banyak daripada wang itu yang cukup untuk membayar levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar, terakru atau penalti yang kena dibayar oleh orang berdaftar itu.

(3) Semua bayaran yang dibuat menurut suatu notis di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan telah dibuat bagi pihak orang berdaftar itu dan dengan kuasa daripada orang berdaftar itu dan daripada semua orang lain yang berkenaan.

Page 21: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Levi Pelepasan 21

Mendapatkan balik levi pelepasan, dsb., yang dibayar balik secara silap

28. (1) Jika mana-mana levi pelepasan atau penalti selepas bayaran dibuat telah dibayar balik secara silap kepada mana-mana orang, orang itu hendaklah membayar levi pelepasan atau penalti yang dibayar balik secara silap kepadanya sama ada atau tidak ada suatu tuntutan dibuat oleh Ketua Pengarah.

(2) Tuntutan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat oleh Ketua Pengarah dalam masa enam tahun dari tarikh pembayaran balik itu telah dibuat.

(3) Apabila tuntutan di bawah subseksyen (2) diterima, orang itu hendaklah membayar semula bayaran balik yang telah dibayar secara silap kepadanya.

Mendapatkan balik levi pelepasan, dsb., sebagai hutang sivil

29. (1) Tanpa menjejaskan apa-apa remedi lain dan walau apa pun apa-apa keputusan pegawai kastam, apa-apa levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar atau penalti kena dibayar oleh orang berdaftar di bawah Akta ini boleh didapatkan balik sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Kerajaan.

(2) Dalam apa-apa prosiding untuk mendapatkan balik levi pelepasan atau penalti, jika ada, di bawah subseksyen (1), pengemukaan suatu perakuan yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah yang memberikan nama dan alamat orang berdaftar itu dan amaun levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar atau penalti kena dibayar, jika ada, hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi bagi amaun itu sebagai yang genap masa dan kena dibayar atau yang kena dibayar olehnya dan hendaklah menjadi autoriti yang mencukupi bagi mahkamah untuk memberikan penghakiman bagi amaun itu.

(3) Apa-apa penalti yang dikenakan di bawah Akta ini hendaklah, bagi maksud Akta ini dan Akta Had Masa 1953 [Akta 254], Ordinan Had Masa Sabah [Sabah Bab 72] atau Ordinan Had Masa Sarawak [Sarawak Bab 49], mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh didapatkan balik seolah-oleh ia adalah penalti yang kena dibayar di bawah Akta ini dan dengan demikian subseksyen 6(4)

Page 22: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Rang Undang-Undang22

Akta Had Masa 1953, seksyen 3 Ordinan Had Masa Sabah atau seksyen 3 Ordinan Had Masa Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak terpakai bagi penalti itu.

Tanggungan pengarah, dsb.

30. (1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, dan tertakluk kepada subseksyen (2), jika levi pelepasan adalah genap masa dan kena dibayar atau penalti adalah kena dibayar di bawah Akta ini oleh mana-mana syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang lain, pengarah syarikat itu, pegawai pematuhan perkongsian liabiliti terhad itu, pekongsi firma itu, pemegang jawatan pertubuhan itu atau orang yang bertanggungjawab bagi pengurusan kumpulan orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, bersama dengan syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang lain itu bertanggungan secara bersesama dan berasingan bagi levi pelepasan atau penalti itu.

(2) Berhubung dengan suatu syarikat yang sedang digulung, pengarah syarikat itu hendaklah hanya bertanggungan jika aset syarikat itu tidak mencukupi untuk menjelaskan amaun yang terhutang, selepas membayar apa-apa jumlah wang yang mempunyai keutamaan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] berhubung dengan penggunaan aset syarikat itu dalam penggulungan itu berbanding dengan levi pelepasan atau penalti itu.

Bahagian VI

PENGECUALIAN, PEREMITAN DAN PEMBAYARAN BALIK

Kuasa Menteri untuk mengecualikan dan membayar balik

31. (1) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, dalam apa-apa hal tertentu dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya, mengecualikan—

(a) mana-mana orang atau golongan orang daripada pembayaran keseluruhan atau mana-mana bahagian levi pelepasan;

Page 23: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Levi Pelepasan 23

(b) mana-mana orang berdaftar daripada mengenakan keseluruhan atau mana-mana bahagian levi pelepasan;

(c) mana-mana orang yang diberi kuasa di bawah perenggan 9(2)(b) daripada mengenakan levi pelepasan; atau

(d) mana-mana pengendali daripada kehendak untuk mendaftar.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh, dalam apa-apa hal tertentu dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya, mengecualikan—

(a) mana-mana orang daripada pembayaran keseluruhan atau mana mana bahagian levi pelepasan;

(b) mana-mana orang berdaftar daripada mengenakan keseluruhan atau mana-mana bahagian levi pelepasan; atau

(c) mana-mana pengendali daripada kehendak untuk mendaftar.

(3) Jika seseorang yang telah diberikan pengecualian di bawah perenggan (1)(a) atau (2)(a) telah membayar apa-apa levi pelepasan yang berhubungan dengan pengecualian itu dan yang telah diberi kelulusan oleh Menteri bagi pembayaran balik amaun levi pelepasan yang telah dibayar, orang itu adalah berhak bagi pembayaran balik itu.

Peremitan

32. (1) Menteri boleh meremitkan keseluruhan atau mana-mana bahagian levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar jika difikirkan patut olehnya.

(2) Ketua Pengarah boleh, jika difikirkan patut olehnya dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan olehnya, meremitkan penalti di bawah subseksyen 20(2).

(3) Jika seseorang yang telah diberikan peremitan di bawah subseksyen (1) atau (2) telah membayar apa-apa levi pelepasan atau penalti yang berhubungan dengan peremitan itu, dia berhak kepada suatu pembayaran balik amaun levi pelepasan atau penalti yang telah dibayar yang telah diremitkan itu.

Page 24: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Rang Undang-Undang24

Pembayaran balik levi pelepasan yang terlebih bayar atau dibayar secara silap, dsb.

33. (1) Mana-mana orang yang telah terlebih bayar atau membayar secara silap apa-apa levi pelepasan atau penalti atau berhak untuk mendapatkan bayaran balik levi pelepasan atau penalti di bawah seksyen 31 atau 32 boleh membuat tuntutan dalam borang sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(2) Tuntutan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam masa satu tahun dari masa berlakunya pembayaran terlebih itu atau pembayaran yang silap itu atau berlakunya kelayakan pembayaran balik itu.

(3) Ketua Pengarah boleh mengurangkan a tau t idak membenarkan apa-apa pembayaran balik berkenaan dengan tuntutan di bawah subseksyen (1) setakat yang pembayaran balik itu akan dengan tidak patut memperkaya orang yang disebut dalam subseksyen (1).

(4) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen ini, Ketua Pengarah tidak bertanggungan untuk membayar balik amaun yang dibayar kepada orang yang disebut dalam subseksyen (1) melalui levi pelepasan menurut fakta bahawa ia bukan levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar kepadanya.

Pembayaran balik apabila Ketua Pengarah berpuas hati dan dengan keterangan sokongan

34. (1) Ketua Pengarah boleh membuat pembayaran balik berkenaan dengan tuntutan di bawah subseksyen 33(1) selepas berpuas hati bahawa orang itu telah membuktikan tuntutan itu dengan sepatutnya.

(2) Suatu tuntutan di bawah seksyen ini hendaklah disokong oleh apa-apa keterangan sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.

Page 25: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Levi Pelepasan 25

Bahagian VII

PENGUATKUASAAN

Kuasa penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan

35. Bagi maksud Akta ini, tiap-tiap pegawai kastam hendaklah mempunyai semua kuasa yang diberikan di bawah Akta Kastam 1967, dan kuasa itu hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan tidak mengurangkannya.

Bahagian VIII

KESALAHAN

Halangan

36. Mana-mana orang yang—

(a) dengan apa-apa cara mengamang, menghalang, menggalang, mengancam atau mencabul pegawai kastam dalam menunaikan fungsinya di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; atau

(b) tidak memberi kemudahan atau bantuan yang munasabah kepada mana-mana pegawai kastam dalam menjalankan fungsinya di bawah Akta ini,

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.

Penyata tidak betul dan yang terkurang dibayar

37. Mana-mana orang berdaftar yang membuat penyata tidak betul atau memberikan apa-apa maklumat yang tidak betul berhubung dengan apa-apa perkara yang memberi kesan ke

Page 26: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Rang Undang-Undang26

atas tanggungannya untuk mengenakan levi pelepasan atau levi pelepasan yang telah dikenakan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a) didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; dan

(b) jika kesalahan itu berhubung dengan levi pelepasan yang terkurang, dikenakan penalti bersamaan dengan amaun yang terkurang itu.

Pengelakan levi pelepasan, fraud

38. (1) Mana-mana orang yang dengan niat hendak mengelak atau membantu mana-mana orang lain untuk mengelak levi pelepasan— (a) meninggalkan daripada suatu penyata apa-apa maklumat

berhubung dengan apa-apa perkara yang menyentuh tanggungannya untuk mengenakan levi pelepasan atau amaun levi pelepasan yang dipungut;

(b) membuat apa-apa pernyataan palsu atau catatan palsu dalam mana-mana penyata yang dikemukakan, atau tuntutan atau permohonan yang dibuat, di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(c) memberikan apa-apa jawapan palsu sama ada secara bertulis atau selainnya kepada apa-apa soalan yang ditanya atau permintaan bagi maklumat yang dibuat mengikut peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(d) menyediakan atau menyenggarakan atau membenarkan penyediaan atau penyenggaraan apa-apa buku akaun palsu atau rekod palsu yang lain, atau memalsukan atau membenarkan pemalsuan mana-mana buku akaun atau rekod; atau

(e) membuat, menggunakan atau membenarkan penggunaan apa-apa penipuan, tipu daya atau helah,

melakukan suatu kesalahan.

Page 27: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Levi Pelepasan 27

(2) Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan—

(a) didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi l ima tahun atau kedua-duanya; dan

(b) jika kesalahan itu berhubung dengan levi pelepasan yang terkurang, penalti bersamaan dengan amaun yang kurang itu.

(3) Jika dalam apa-apa prosiding di bawah seksyen ini dibuktikan bahawa suatu pernyataan palsu atau catatan palsu, sama ada dengan peninggalan atau selainnya, telah dibuat dalam mana-mana penyata yang dikemukakan, atau tuntutan atau permohonan yang dibuat, di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini oleh atau bagi pihak mana-mana orang atau dalam mana-mana buku akaun atau rekod lain yang disenggarakan oleh atau bagi pihak orang lain, orang itu hendaklah dianggap sehingga dibukti sebaliknya telah membuat pernyataan palsu atau catatan palsu dengan niat untuk mengelak levi pelepasan. (4) Apa-apa sebutan dalam seksyen ini tentang seseorang yang membuat, menggunakan atau membenarkan penggunaan apa-apa fraud, tipu daya atau helah termasuklah sebutan mengenai seseorang yang, tanpa kuasa Ketua Pengarah atau pegawai kanan kastam—

(a) memusnahkan, merosakkan, memadamkan, mengubah atau manipulasikan data yang disimpan dalam, atau yang digunakan berkaitan dengan, suatu komputer;

(b) memasukkan ke dalam, atau merekodkan atau menyimpan di dalam, suatu komputer, melalui apa-apa cara, data bagi maksud—

(i) memusnahkan, merosakkan, memadamkan, mengubah

atau memanipulasi data yang disimpan dalam, atau digunakan berkaitan dengan, suatu komputer; atau

(ii) mengusik, mengganggu atau menghalang penggunaan secara sah suatu komputer itu, atau data yang disimpan di dalam, atau digunakan berkaitan dengan, suatu komputer; atau

Page 28: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Rang Undang-Undang28

(c) selainnya menggunakan suatu komputer,

yang maksud atau kesannya adalah untuk mengelak levi pelepasan. (5) Bagi maksud subseksyen (4), “data” termasuklah apa-apa program komputer atau sebahagian daripada program komputer.

(6) Dalam mana-mana pendakwaan di bawah seksyen ini, apa-apa pengelakan levi pelepasan hendaklah disifatkan berada dalam pengetahuan tertuduh melainkan jika dibuktikan sebaliknya oleh tertuduh itu.

Keengganan untuk menjawab soalan atau memberi maklumat palsu 39. (1) Mana-mana orang, yang dikehendaki di bawah Akta atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini untuk memberi apa-apa maklumat yang dengan munasabah boleh dikehendaki oleh pegawai kastam yang adalah dalam kuasanya untuk memberi, yang enggan untuk memberi maklumat itu atau mengemukakan sebagai benar maklumat yang diketahuinya atau yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai sebagai palsu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(2) Apabila apa-apa maklumat dibuktikan sebagai tidak benar atau tidak betul pada keseluruhannya atau sebahagiannya, tidaklah menjadi suatu pembelaan untuk mengatakan bahawa maklumat itu atau mana-mana bahagian maklumat itu telah dikemukakan secara tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau fraud, atau disalahtafsirkan atau tidak ditafsirkan sepenuhnya oleh seorang jurubahasa yang disediakan oleh pemberi maklumat itu.

Percubaan dan pensubahatan 40. Mana-mana orang yang cuba melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, atau bersubahat melakukan kesalahan itu, boleh dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Page 29: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Levi Pelepasan 29

Penalti am 41. Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan secara nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Kesalahan oleh syarikat, dsb. 42. J ika se sua tu kesa lahan d i bawah Akta in i a t au peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dilakukan oleh suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain, seseorang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pegawai pematuhan, pekongsi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau yang berupa sebagai bertindak atas sifat itu, atau dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu, atau membantu dalam pengurusannya—

(a) boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu; dan

(b) jika syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama seperti seorang individu melainkan, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—

(i) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya; atau

Page 30: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Rang Undang-Undang30

(ii) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.

Tanggungan seseorang bagi perbuatan, dsb., pekerja, dsb.

43. Jika mana-mana orang boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan—

(a) oleh pekerja orang itu dalam penjalanan pekerjaannya;

(b) oleh ejen orang itu apabila bertindak bagi pihak orang itu; atau

(c) oleh pekerja ejen orang itu semasa bertindak dalam penjalanan pekerjaannya dengan ejen orang itu atau selainnya bagi pihak ejen orang itu yang bertindak bagi pihak orang itu,

orang itu boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran oleh pekerja atau ejen orang itu, atau pekerja ejen orang itu.

Levi pelepasan, dsb., yang kena dibayar walau apa pun apa-apa prosiding, dsb.

44. Permulaan prosiding atau pengenaan suatu penalti, denda atau tempoh pemenjaraan di bawah Akta ini atau pengkompaunan suatu kesalahan di bawah seksyen 51 tidak boleh melepaskan mana-mana orang daripada tanggungan untuk membayar levi pelepasan atau penalti di bawah Akta ini.

Page 31: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Levi Pelepasan 31

Bahagian IX

PERBICARAAN DAN PROSIDING

Pendakwaan

45. Tiada pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.

Bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan

46. Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan mengenakan hukuman di bawah Akta ini bagi mana-mana kesalahan itu.

Peruntukan keterangan

47. (1) Dalam apa-apa prosiding di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, apa-apa pernyataan yang berupa sebagai telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah atau seorang pegawai yang diberi kuasa olehnya yang menjadi sebahagian daripada atau yang dilampirkan kepada apa-apa maklumat, aduan atau pernyataan tuntutan, hendaklak menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalamnya.

(2) Suatu transkrip tentang apa-apa butir yang terkandung dalam suatu penyata atau dokumen lain yang berhubungan dengan levi pelepasan, jika ia diperaku dengan ditandatangani sendiri oleh Ketua Pengarah atau seorang pegawai yang diberi kuasa olehnya sebagai suatu salinan benar butir-butir itu, hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalamnya.

(3) Tiada pernyataan yang dibuat atau dokumen yang dikemukakan oleh atau bagi pihak mana-mana orang boleh tidak diterima dalam keterangan terhadap orang itu dalam apa-apa prosiding terhadapnya yang seksyen ini terpakai baginya, semata-mata oleh sebab fakta bahawa dia telah atau mungkin telah didorong untuk membuat pernyataan itu atau mengemukakan dokumen itu disebabkan oleh apa-apa dorongan, janji atau ugutan yang dibuat oleh mana-mana

Page 32: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Rang Undang-Undang32

orang yang mempunyai apa-apa kewajipan rasmi di bawah, atau dilantik bagi pentadbiran wajar, Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(4) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menjejaskan pelaksanaan Bab IX Bahagian III Akta Keterangan 1950.

(5) Jika dalam apa-apa prosiding dibuktikan bahawa apa-apa pernyataan atau catatan palsu yang telah dibuat dalam apa-apa penyata yang tertera di bawah Akta ini oleh atau bagi pihak mana-mana orang atau dalam apa-apa buku akaun atau rekod mana-mana orang—

(a) orang itu hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, telah membuat pernyataan atau catatan palsu itu, atau telah menyebabkan penyataan atau catatan palsu itu dibuat, atau telah membenarkannya dibuat dengan niat untuk mengelak pembayaran levi pelepasan atau untuk memperoleh bayaran balik levi pelepasan yang orang itu tidak berhak kepadanya, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(b) mana-mana orang lain yang membuat apa-apa pernyataan atau catatan palsu hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, telah membuat pernyataan atau catatan palsu dengan niat untuk membantu orang yang mula-mula disebut untuk mengelak pembayaran levi atau untuk memperoleh bayaran balik levi yang dia tidak berhak.

(6) Jika mana-mana pegawai kastam telah memperoleh apa-apa dokumen atau keterangan lain dalam menjalankan kuasanya di bawah Akta ini, dokumen atau salinan dokumen atau keterangan lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalamnya, walau apa pun, apa-apa yang bertentangan dalam mana-mana undang-undang bertulis.

(7) Jika mana-mana dokumen yang hendak digunakan dalam apa-apa prosiding terhadap mana-mana orang bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini adalah dalam bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, terjemahan dokumen itu ke dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris hendaklah diterima sebagai keterangan jika terjemahan itu disertakan dengan suatu perakuan orang yang

Page 33: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Levi Pelepasan 33

menterjemahkan dokumen itu yang menyatakan bahawa terjemahan itu ialah terjemahan yang tepat, benar dan betul dan terjemahan itu telah dibuat oleh orang itu atas kehendak mana-mana pegawai kastam.

(8) Subseksyen (7) hendaklah terpakai bagi sesuatu dokumen yang diterjemahkan, tidak kira sama ada dokumen itu telah dibuat di dalam atau di luar Malaysia, atau sama ada terjemahan itu telah dibuat di dalam atau di luar Malaysia, atau sama ada milikan dokumen itu telah diperoleh oleh mana-mana pegawai kastam di dalam atau di luar Malaysia.

Nilai keterangan salinan notis elektronik

48. (1) Bagi mengelak keraguan, apa-apa notis elektronik atau apa-apa rekod elektronik bagi suatu notis elektronik atau apa-apa salinan atau cetakannya tidak boleh tidak diterima dalam keterangan hanya atas asas bahawa ia telah difailkan, dikemukakan atau dihantar melalui perkhidmatan elektronik, tanpa penghantarserahan apa-apa dokumen atau kaunterpart yang sama dalam bentuk kertas.

(2) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dalam apa-apa prosiding di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, apa-apa notis elektronik atau apa-apa rekod elektronik bagi suatu notis elektronik atau apa-apa salinan atau cetakannya yang —

(a) diperakui oleh Ketua Pengarah untuk mengandungi semua atau apa-apa maklumat yang difailkan, dikemukakan atau dihantar melalui perkhidmatan elektronik mengikut Bahagian ini; dan

(b) disahkan dengan sewajarnya mengikut cara yang dinyatakan dalam seksyen 47 atau selainnya disahkan mengikut cara yang diperuntukkan dalam Akta Keterangan 1950 bagi pengesahan dokumen yang dihasilkan oleh komputer,

hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalamnya.

Page 34: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Rang Undang-Undang34

Pemenjaraan kerana tidak membayar denda

49. Walau apa pun peruntukan seksyen 283 dan 284 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], tempoh pemenjaraan yang dikenakan oleh mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa denda yang tidak dibayar di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, atau berkenaan dengan keingkaran suatu distres yang mencukupi untuk membayar apa-apa denda sedemikian, adalah apa-apa tempoh mengikut perihalan, yang pada pendapat mahkamah akan memberi keadilan bagi kes itu, tetapi tidak boleh dalam mana-mana hal melebihi tempoh maksimum seperti yang berikut:

(a) jika denda itu tidak melebihi lima ribu ringgit, tempoh maksimum ialah dua bulan;

(b) jika denda itu melebihi lima ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, tempoh maksimum ialah empat bulan; atau

(c) jika denda itu melebihi sepuluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi dua puluh ribu ringgit, tempoh maksimum ialah enam bulan,

dengan dua bulan tambahan bagi setiap sepuluh ribu ringgit selepas dua puluh ribu ringgit yang pertama denda itu sehingga suatu tempoh maksimum enam tahun dicapai.

Tiada kos atau ganti rugi yang timbul daripada penyitaan boleh didapatkan balik melainkan jika penyitaan tanpa sebab yang munasabah atau sebab barangkali

50. Tiada seorang pun boleh dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa barang yang disita pada penjalanan atau yang berupa sebagai penjalanan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relif lain selain suatu perintah bagi pemulangan barang itu atau pembayaran nilainya melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah atau sebab barangkali.

Page 35: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Levi Pelepasan 35

Pengkompaunan kesalahan

51. (1) Menteri boleh, dengan kelulusan Pendakwa Raya, membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan—

(a) apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun;

(b) kriteria untuk mengkompaun kesalahan itu; dan

(c) kaedah dan tatacara untuk mengkompaun kesalahan itu.

(2) Mana-mana pegawai kanan kastam boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum pertuduhan dimulakan, mengkompaun apa-apa kesalahan yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh kompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu dengan membayar kepada Ketua Pengarah suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu, dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.

(3) Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan, dan jika jumlah yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam tempoh yang dinyatakan dalam tawaran atau tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(4) Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan kesalahan terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan apa-apa dokumen atau barang yang telah disita yang berkait dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Ketua Pengarah, tertakluk kepada apa-apa terma yang difikirkan wajar oleh Ketua Pengarah.

Page 36: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Rang Undang-Undang36

(5) Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan.

Perintah mahkamah

52. (1) Jika mana-mana orang didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, mahkamah yang mendapati orang itu bersalah hendaklah memerintahkan orang itu membayar kepada Ketua Pengarah jumlah levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar atau apa-apa penalti yang kena dibayar di bawah Akta ini, jika ada, sebagaimana yang diperakui oleh Ketua Pengarah dan levi pelepasan atau penalti itu hendaklah didapatkan semula sama kaedah dengan denda sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 283 Kanun Tatacara Jenayah.

(2) Jika mana-mana orang itu didapati tidak bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, dan jika dia telah membayar jumlah levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar atau penalti yang kena dibayar berkenaan dengan kesalahan yang dipertuduh, mahkamah boleh memerintahkan supaya amaun yang telah dibayar itu dibayar balik kepada orang itu jika tiada notis rayuan difailkan.

Obligasi kerahsiaan

53. (1) Kecuali diperuntukkan di bawah seksyen 54, nama, nombor kad pengenalan, nombor pasport, alamat pemberi maklumat atau apa-apa maklumat lain yang boleh membawa kepada identiti pemberi maklumat itu dan bahan maklumat yang diterima daripada pemberi maklumat hendaklah disimpan sebagai rahsia dan tidak boleh dizahirkan oleh mana-mana pegawai kastam atau mana-mana orang yang dalam keadaan biasa kewajipannya memiliki, atau mempunyai kawalan ke atas atau akses kepada, maklumat itu kepada mana-mana orang kecuali pegawai kastam yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Page 37: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Levi Pelepasan 37

Perlindungan pemberi maklumat daripada diketahui

54. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selepas ini, tidak ada saksi dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah berkewajipan atau dibenarkan untuk menzahirkan nama, alamat atau apa-apa maklumat pemberi maklumat atau bahan maklumat yang diterima daripadanya atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin membawa kepada pemberi maklumat itu diketahui.

(2) Jika apa-apa buku, dokumen atau kertas yang dikemukakan dalam keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihal atau yang mungkin membawa kepada dirinya diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan semua petikan itu disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan setakat yang perlu bagi melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui.

(3) Jika dalam apa-apa perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, mahkamah itu, selepas memeriksa sepenuhnya kes itu, mempercayai bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja dalam aduannya suatu pernyataan yang material yang diketahuinya sebagai palsu atau tidak dipercayainya sebagai benar, atau jika dalam apa-apa prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dijalankan sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa pemberi maklumat itu diketahui, adalah sah bagi mahkamah untuk menghendaki pengemukaan aduan asal, jika secara bertulis, dan membenarkan pemeriksaan, dan menghendaki penzahiran penuh berkenaan dengan pemberi maklumat itu.

Bahagian X

PELBAGAI

Penyampaian notis, dsb.

55. (1) Tiap-tiap notis, arahan atau apa-apa dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini untuk disampaikan kepada mana-mana orang boleh disampaikan—

(a) secara ke diri kepada orang itu;

Page 38: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Rang Undang-Undang38

(b) dengan menghantarnya kepada orang itu melalui pos berdaftar; atau

(c) melalui perkhidmatan elektronik.

(2) Notis, arahan atau dokumen lain yang dihantar melalui pos berdaftar kepada seseorang hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada orang itu pada masa ia sepatutnya telah diserahkan kepada orang itu dalam penjalanan biasa pos itu jika notis, arahan atau dokumen lain itu telah dialamatkan—

(a) dalam hal syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan lain—

(i) ke pejabat berdaftarnya;

(ii) ke alamat terakhirnya yang diketahui; atau

(iii) kepada mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya untuk menerima proses penyampaian; dan

(b) dalam kes seorang individu, ke alamat terakhirnya yang diketahui.

(3) Jika seseorang telah memberi persetujuan untuk suatu notis itu disampaikan kepadanya melalui perkhidmatan elektronik, notis itu hendaklah disifatkan telah disampaikan pada masa notis elektronik itu dihantar kepada akaunnya melalui perkhidmatan elektronik.

Penggunaan perkhidmatan elektronik

56. (1) Walau apa pun peruntukan lain Akta ini dan tertakluk kepada peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, Ketua Pengarah boleh menyediakan suatu perkhidmatan elektronik kepada mana-mana pengguna berdaftar bagi —

(a) pemfailan atau pengemukaan apa-apa permohonan, penyata atau apa-apa dokumen lain; dan

(b) perkhidmatan apa-apa notis, arahan, perintah, permit atau apa-apa dokumen lain.

Page 39: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Levi Pelepasan 39

(2) Jika suatu notis elektronik dibuat dan dihantar kepada Ketua Pengarah, Ketua Pengarah tidak bertanggungan terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami oleh pengguna berdaftar itu atas sebab apa-apa kesilapan atau peninggalan tidak kira dengan apa jua sifat atau tidak kira bagaimana jua sekalipun berbangkit yang terdapat dalam apa-apa notis elektronik yang diperoleh oleh pengguna berdaftar di bawah perkhidmatan elektronik jika kesilapan atau peninggalan itu dibuat dengan suci hati dan dalam penjalanan biasa penunaian kewajipan Ketua Pengarah atau berlaku atau timbul akibat daripada apa-apa kecacatan atau kegagalan dalam perkhidmatan eletronik itu atau dalam kelengkapan yang digunakan bagi penyediaan perkhidmatan elektronik itu.

(3) Apa-apa notis elektronik yang dibuat dan dihantar oleh pengguna berdaftar hendaklah disifatkan sebagai telah difailkan, dikemukakan atau disampaikan pada masa notis elektronik itu diterima oleh Ketua Pengarah.

(4) Bagi maksud seksyen ini, “pengguna berdaftar” ertinya mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah untuk mengakses dan menggunakan perkhidmatan eletronik.

Pengesahan notis, dsb.

57. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), tiap-tiap notis atau apa-apa dokumen lain yang disampaikan bagi maksud Akta ini oleh Ketua Pengarah atau seseorang pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah adalah disahkan dengan secukupnya jika nama dan jawatan Ketua Pengarah dicetak, dicap atau selainnya ditulis di atasnya.

(2) Jika Akta ini memperuntukkan bagi suatu notis atau apa-apa dokumen lain hendaklah di bawah tandatangan mana-mana pegawai kastam, notis atau dokumen lain itu hendaklah ditandatangani dalam manuskrip oleh pegawai kastam itu.

(3) Suatu notis atau apa-apa dokumen lain yang disampaikan bagi maksud Akta ini dan berupa sebagai ditandatangani dalam manuskrip oleh Ketua Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa olehnya hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, telah ditandatangani sedemikian.

Page 40: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Rang Undang-Undang40

Transaksi perniagaan bagi pihak orang berdaftar

58. Mana-mana orang yang berurusan bagi pihak orang berdaftar ke atas apa-apa perkara berkaitan Akta ini hendaklah—

(a) mengeluarkan suatu surat kebenaran daripada orang berdaftar yang diwakili oleh orang itu; dan

(b) jika mana-mana borang yang ditetapkan dikehendaki untuk dikemukakan bagi maksud perkara yang sedang diuruskan, mengemukakan borang yang telah ditandatangani oleh orang berdaftar, kecuali jika, selainnya dibenarkan oleh pegawai kastam.

Permohonan untuk kajian semula

59. (1) Mana-mana orang boleh memohon kepada Ketua Pengarah dalam masa tiga puluh hari dari tarikh orang itu diberitahu tentang apa-apa keputusan yang dibuat oleh pegawai kastam untuk kajian semula keputusan itu.

(2) Jika suatu permohonan telah dibuat di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah hendaklah membuat suatu kajian semula dan memberitahu keputusan kajian semula kepada orang itu, jika dapat dilaksanakan, dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh permohonan itu diterima.

(3) Tiada kajian semula boleh dibuat bagi apa-apa perkara yang berhubungan dengan kompaun.

(4) Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam bentuk dan cara yang ditetapkan.

Pelikuidasi orang berdaftar hendaklah memberikan notis penggulungan, dan mengetepikan levi pelepasan

60. (1) Jika suatu ketetapan diluluskan dan berkuat kuasa, atau suatu perintah dibuat bagi penggulungan suatu syarikat yang merupakan orang berdaftar, pelikuidasi syarikat itu hendaklah—

(a) memberikan notis mengenai penggulungan syarikat itu kepada Ketua Pengarah dalam masa empat belas hari selepas ketetapan itu berkuat kuasa atau perintah itu dibuat;

Page 41: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Levi Pelepasan 41

(b) sebelum melupuskan apa-apa aset syarikat itu, mengetepikan apa-apa jumlah wang daripada aset itu sebagaimana yang didapati oleh Ketua Pengarah sebagai mencukupi untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa levi pelepasan yang atau yang akan selepas itu menjadi genap masa dan kena dibayar berkenaan dengan syarikat itu; dan

(c) membayar levi pelepasan yang disebut dalam perenggan (b).

(2) Pelikuidasi mana-mana syarikat yang disebut dalam subseksyen (1) yang tidak memberikan notis kepada Ketua Pengarah dalam masa yang ditetapkan dalam perenggan (1)(a) atau tidak mengadakan peruntukan bagi pembayaran levi pelepasan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (1)(c) hendaklah bertanggungan sendiri bagi apa-apa levi pelepasan yang atau yang akan menjadi genap masa dan kena dibayar sebagaimana yang disebut terdahulu.

(3) Mana-mana pelikuidasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(4) Jika dua atau lebih orang dilantik sebagai pelikuidasi atau dikehendaki oleh undang-undang untuk menjalankan penggulungan syarikat yang disebut dalam subseksyen (1), kewajipan dan tanggungan yang dikenakan kepada pelikuidasi di bawah seksyen ini hendaklah dikenakan kepada semua orang itu secara bersesama dan berasingan, tertakluk kepada suatu hak sumbangan antara mereka sebagaimana dalam hal kontrak.

Pelantikan penerima hendaklah diberitahu kepada Ketua Pengarah

61. (1) Jika seseorang penerima dilantik bagi harta seseorang orang berdaftar, penerima itu hendaklah memberi notis mengenai pelantikan itu kepada Ketua Pengarah dalam masa empat belas hari selepas pelantikan itu dibuat, dan hendaklah sebelum melupuskan mana-mana aset orang berdaftar itu mengetepikan apa-apa jumlah wang daripada aset sebagaimana yang didapati oleh Ketua Pengarah sebagai mencukupi untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa levi pelepasan yang atau yang akan selepas itu menjadi genap masa dan kena dibayar oleh orang berdaftar itu sebelum pelantikan penerima, dan hendaklah membayar levi itu.

Page 42: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Rang Undang-Undang42

(2) Mana-mana orang yang dilantik sebagai penerima yang tidak memberikan notis kepada Ketua Pengarah dalam masa yang ditetapkan dalam subseksyen (1) atau tidak mengadakan peruntukan bagi pembayaran levi pelepasan sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen itu hendaklah bertanggungan sendiri bagi apa-apa levi pelepasan yang atau yang akan menjadi genap masa dan kena dibayar sebagaimana yang disebut terdahulu.

(3) Mana-mana penerima yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya

(4) Jika dua atau lebih orang dilantik sebagai penerima, kewajipan dan tanggungan yang dikenakan kepada penerima di bawah seksyen ini hendaklah dikenakan kepada semua orang itu secara bersesama dan berasingan, tertakluk kepada suatu hak sumbangan antara mereka sebagaimana dalam hal kontrak.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

62. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat itu bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.

(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh menetapkan —

(a) semua perkara yang berhubungan dengan pendaftaran orang berdaftar;

(b) semua perkara yang berhubungan dengan pengemukaan penyata;

(c) semua perkara yang berhubungan dengan pembayaran levi;

(d) semua perkara yang berhubungan dengan pembayaran balik dan peremitan levi pelepasan atau penalti;

Page 43: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Levi Pelepasan 43

(e) semua perkara yang berhubungan dengan perkhidmatan elektronik;

(f) semua perkara yang berhubungan dengan pejabat bagi pentadbiran levi pelepasan itu;

(g) semua borang yang ditetapkan untuk maksud Akta ini; atau

(h) apa-apa perkara lain yang dikehendaki di bawah Akta ini untuk ditetapkan.

(3) Apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan suatu tindakan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan hukuman denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.

Bahagian XII

PERALIHAN

Pendaftaran sebelum tarikh efektif

63. (1) Walau apa pun seksyen 13, mana-mana orang dan mana-mana ejen pengendali asing yang mengendalikan operasi membawa mana-mana orang meninggalkan Malaysia sebelum tarikh efektif dan perkhidmatan itu adalah tertakluk kepada levi pelepasan hendaklah memohon kepada Ketua Pengarah untuk didaftarkan dalam masa tiga puluh hari sebelum tarikh efektif, mengikut ketetapan yang diperuntukkan dalam seksyen 13.

(2) Ketua Pengarah boleh mendaftarkan mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) pada atau selepas tarikh efektif.

(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Page 44: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Rang Undang-Undang44

Pembayaran sebelum tarikh efektif

64. (1) Levi pelepasan tidak boleh dikenakan atau kena dibayar oleh mana-mana orang yang telah membuat pembayaran penuh sebelum tarikh efektif untuk perjalanannya meninggalkan Malaysia pada atau selepas tarikh efektif.

(2) Jika mana-mana orang yang membuat pembayaran bagi perjalanannya untuk meninggalkan Malaysia sebahagian sebelum tarikh efektif dan sebahagiannya selepas tarikh efektif, levi pelepasan boleh dikenakan dan kena dibayar oleh orang itu bagi pembayaran sebahagian pada atau selepas tarikh efektif.

HURAIAN

Rang Undang-undang Levi Pelepasan 2019 yang dicadangkan ini (“Akta yang dicadangkan”) bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pengenaan dan pemungutan levi pelepasan, dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Akta yang dicadangkan memperuntukkan pelaksanaan levi baharu iaitu levi pelepasan ke atas mana-mana orang yang meninggalkan Malaysia.

Bahagian I

2. Bahagian I memperkatakan perkara permulaan.

3. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas Akta yang dicadangkan dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan. Fasal 1 juga memberi Menteri kuasa untuk menetapkan tarikh efektif untuk mengenakan dan melevikan levi pelepasan di bawah Akta yang dicadangkan.

4. Fasal 2 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pemakaian dalam wilayah dan luar wilayah Akta yang dicadangkan dan peruntukan subsidiari.

5. Fasal 3 mengandungi takrif bagi perkataan dan ungkapan tertentu yang digunakan dalam Akta yang dicadangkan.

Bahagian II

6. Bahagian II memperkatakan pentadbiran mengenai perkara yang berhubungan dengan levi pelepasan.

Page 45: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Levi Pelepasan 45

7. Fasal 4 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa Ketua Pengarah mempunyai pengawasan ke atas semua perkara yang berhubungan dengan levi pelepasan tertakluk kepada arahan dan kawalan Menteri. Fasal 4 juga bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kuasa pegawai kastam dalam menguatkuasakan dan memastikan pematuhan sewajarnya Akta yang dicadangkan.

8. Fasal 5 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa tiap-tiap orang yang dilantik atau diambil kerja bagi apa-apa kewajipan atau perkhidmatan yang berhubungan dengan levi pelepasan hendaklah disifatkan sebagai perkhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

9. Fasal 6 bertujuan untuk menghendaki pegawai kastam memperkenalkan diri mereka dan mengemukakan kad kuasa atau lencana mereka apabila menunaikan kewajipan mereka dan kegagalan berbuat sedemikian akan memberikan hak kepada mana-mana orang untuk enggan mematuhi apa-apa permintaan, tuntutan atau perintah yang dibuat oleh pegawai itu. Fasal 6 juga bertujuan untuk memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang dengan cara yang menyalahi undang-undang memakai, menggunakan, memiliki atau mempamerkan apa-apa pakaian seragam, kad kuasa atau lencana yang ditetapkan, dsb., bagi pegawai kastam sebagaimana yang dinyatakan di bawah subfasal 6(3) melakukan suatu kesalahan.

10. Fasal 7 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang mempunyai kewajipan rasmi, atau yang diambil kerja atau dilantik di bawah Akta yang dicadangkan, berkewajipan untuk menganggap dan menguruskan apa-apa maklumat, dokumen, penyata atau perisytiharan yang berhubungan dengan perniagaan atau nilai pembekalan perkhidmatan oleh mana-mana orang berdaftar sebagai rahsia. Fasal 7 juga bertujuan untuk memperuntukkan bahawa maklumat, dokumen, penyata atau perisytiharan itu hanya boleh didedahkan oleh orang itu bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta yang dicadangkan atau pendakwaan bagi suatu kesalahan.

11. Fasal 8 bertujuan untuk memberi Ketua Pengarah kuasa untuk menghantar atau menyampaikan apa-apa dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan atau apa-apa yang terkandung dalam dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan itu kepada Ketua Perangkaan Jabatan Perangkaan Malaysia. Fasal ini selanjutnya memperuntukkan bahawa Menteri boleh membenarkan Ketua Pengarah untuk menghantar atau menyampaikan apa-apa dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan atau apa-apa yang terkandung dalam dokumen, maklumat penyata atau perisytiharan itu kepada mana-mana orang yang difikirkan sesuai oleh Menteri.

Bahagian iii

12. Bahagian III memperkatakan peruntukan yang berhubungan dengan pengenaan dan skop levi pelepasan.

13. Fasal 9 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi mengenakan dan melevikan levi pelepasan ke atas mana-mana orang yang meninggalkan Malaysia dengan menggunakan apa-apa pembawa yang disediakan oleh seseorang pengendali dan pengendali itu hendaklah memungut levi pelepasan. Kadar

Page 46: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Rang Undang-Undang46

levi pelepasan hendaklah ditetapkan oleh Menteri mengikut fasal 11 Akta yang dicadangkan. Fasal 9 juga bertujuan untuk memperuntukkan bahawa sekiranya orang itu meninggalkan Malaysia dengan cara selain dibawa oleh pengendali seperti dalam subfasal 9(2)(a) levi pelepasan hendaklah dikenakan oleh mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Menteri.

14. Fasal 10 bertujuan untuk memperuntukkan bagi masa levi pelepasan menjadi genap masa apabila orang itu meninggalkan Malaysia.

15. Fasal 11 bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk menetapkan kadar levi pelepasan yang hendak dikenakan dan dilevikan ke atas mana-mana orang yang meninggalkan Malaysia melalui perintah yang disiarkan dalam Warta dan Menteri diberi kuasa untuk mengubah atau meminda kadar tersebut. Perintah itu hendaklah dibentangkan di Dewan Rakyat.

16. Fasal 12 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pembayaran balik levi pelepasan kepada orang yang kepadanya levi pelepasan telah dibayar tertakluk kepada tuntutan bagi pembayaran balik itu dibuat secara bertulis kepada Ketua Pengarah dalam tempoh satu tahun dari tarikh perintah yang disebut dalam subfasal 11(2) Akta yang dicadangkan terhenti berkuat kuasa. Fasal ini selanjutnya memberi Ketua Pengarah kuasa untuk mengurangkan atau tidak membenarkan pembayaran balik levi pelepasan jika pembayaran balik levi pelepasan itu boleh dengan tidak patut boleh memperkaya orang yang membuat tuntutan itu. Apa-apa tuntutan hendaklah disokong dengan keterangan sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.

Bahagian IV

17. Bahagian IV mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan pendaftaran pengendali sebagai orang berdaftar di bawah Akta yang dicadangkan.

18. Fasal 13 bertujuan untuk memperuntukkan tanggungan pengendali untuk memohon kepada Ketua Pengarah untuk berdaftar. Fasal ini selanjutnya memperuntukkan pelanggaran fasal ini sebagai suatu kesalahan.

19. Fasal 14 bertujuan untuk menghendaki seseorang pengendali asing yang tidak mempunyai apa-apa perniagaan atau tempat perniagaan di Malaysia untuk melantik seorang ejen dan ejen yang dilantik hendaklah bertanggungjawab untuk mengakaunkan, membayar levi pelepasan dan mematuhi peruntukan Akta yang dicadangkan. Fasal ini juga menghendaki sekiranya terdapat apa-apa perubahan kepada ejen yang dilantik, pengendali asing hendaklah melantik ejen yang lain untuk bertindak bagi pihak beliau tidak kurang daripada tiga puluh hari sebelum perubahan ejen dan ejen yang baharu hendaklah membuat permohonan dalam masa tiga puluh hari selepas pelantikan. Fasal ini selanjutnya memperuntukkan pelanggaran fasal ini sebagai suatu kesalahan.

20. Fasal 15 bertujuan untuk memberi Ketua Pengarah kuasa untuk mendaftarkan pengendali atau ejen pengendali asing berkuat kuasa dari hari pertama permulaan operasi membawa mana-mana orang meninggalkan Malaysia. Fasal ini juga memberi Ketua Pengarah kuasa untuk mendaftarkan mana-mana pengendali atau ejen pengendali asing yang bertanggungan untuk berdaftar tetapi gagal

Page 47: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Levi Pelepasan 47

memohon pendaftaran dan tarikh kuat kuasa untuk pendaftaran ialah pada hari pertama bulan berikutnya selepas maklumat itu diketahui atau diberitahu kepadanya.

21. Fasal 16 bertujuan untuk menghendaki mana-mana orang berdaftar untuk memberitahu Ketua Pengarah jika berniat untuk berhenti beroperasi sebagai pengendali atau ejen enam puluh hari sebelum tarikh pemberhentian. Apabila menerima pemberitahuan itu, Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran orang berdaftar itu pada tarikh yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Bahagian V

22. Bahagian V mengandungi peruntukan berhubungan dengan rekod, penyata, taksiran dan mendapatkan balik.

23. Fasal 17 bertujuan untuk menghendaki orang berdaftar untuk menyimpan rekod yang lengkap dan benar mana-mana orang yang dibawa oleh mereka meninggalkan Malaysia dan semua urusniaga yang menyentuh tanggungannya atau mungkin menyentuh tanggungannya untuk mengenakan levi pelepasan bagi tempoh tujuh tahun. Fasal ini selanjutnya memperuntukkan pelanggaran fasal ini sebagai suatu kesalahan.

24. Fasal 18 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bahawa satu salinan rekod di bawah fasal 17 Akta yang dicadangkan hendaklah diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding.

25. Fasal 19 bertujuan untuk menghendaki orang berdaftar untuk mengakaunkan levi pelepasan dalam penyata dan mengemukakan kepada Ketua Pengarah dalam masa yang ditetapkan. Fasal ini selanjutnya menghendaki orang berdaftar untuk mengemukakan penyata sama ada atau tidak terdapat levi pelepasan yang kena dibayar atau tidak.

26. Fasal 20 bertujuan untuk menghendaki orang berdaftar yang dikehendaki untuk mengemukakan penyata untuk membayar amaun levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar tidak lewat daripada hari terakhir yang orang berdaftar itu dikehendaki untuk mengemukakan penyata itu. Fasal ini juga memperuntukkan penalti sehingga empat puluh peratus yang perlu dibayar oleh orang berdaftar yang gagal membayar sepenuhnya atau sebahagian daripada levi pelepasan yang terhutang dalam masa yang ditetapkan jika tiada pendakwaan dimulakan. Peruntukan ini juga memperuntukkan pelanggaran fasal ini sebagai suatu kesalahan.

27. Fasal 21 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa pendakwaan bagi suatu kesalahan bagi kegagalan membayar amaun levi pelepasan yang disebut dalam subfasal 20(2) Akta yang dicadangkan boleh dimulakan selepas habis tempoh sembilan puluh hari.

28. Fasal 22 bertujuan untuk membenarkan Ketua Pengarah kuasa untuk menaksir amaun levi pelepasan dan penalti yang kena dibayar jika pengendali gagal untuk memohon pendaftaran, gagal mengemukakan penyata atau mengemukakan penyata tidak lengkap atau tidak benar. Fasal ini mengehadkan tempoh masa tidak lebih daripada enam tahun untuk membuat taksiran kecuali dalam kes-kes fraud.

Page 48: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Rang Undang-Undang48

29. Fasal 23 bertujuan untuk membenarkan Ketua Pengarah untuk menaksir amaun levi pelepasan yang melebihi taksiran terdahulu dan membuat taksiran tambahan yang melebihi taksiran terdahulu dan Ketua Pengarah hendaklah memberitahu orang itu mengenai taksiran itu secara bertulis. Fasal ini selanjutnya memperuntukkan bahawa taksiran tidak boleh dibuat melebihi masa enam tahun daripada levi pelepasan itu menjadi genap masa dan kena dibayar.

30. Fasal 24 bertujuan untuk memberi Ketua Pengarah kuasa untuk membuat taksiran pada bila-bila masa jika pada pendapat Ketua Pengarah apa-apa bentuk fraud atau keingkaran telah dilakukan oleh atau bagi pihak mana-mana orang berhubung dengan levi pelepasan itu.

31. Fasal 25 bertujuan untuk menghendaki orang berdaftar untuk membayar amaun levi pelepasan dan penalti yang telah ditaksir apabila diberitahu.

32. Fasal 26 bertujuan untuk memberi Ketua Pengarah kuasa untuk membuat apa-apa pengubahan kepada mana-mana taksiran yang dibuat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah untuk memastikan taksiran itu betul.

33. Fasal 27 bertujuan untuk menghendaki orang yang memegang atau berhutang wang kepada orang berdaftar untuk membayar kepada Ketua Pengarah sekiranya orang berdaftar itu berhutang levi pelepasan dan penalti apabila suatu notis bertulis telah dibuat kepada orang itu. Bayaran yang dibuat oleh orang itu disifatkan sebagai bayaran yang dibuat bagi pihak orang berdaftar.

34. Fasal 28 bertujuan untuk memberi Ketua Pengarah kuasa untuk mendapatkan balik levi pelepasan atau penalti yang tersilap dibayar balik dalam masa enam tahun dari tarikh pembayaran balik itu dibuat.

35. Fasal 29 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi mendapatkan balik apa-apa levi pelepasan atau penalti yang genap masa dan kena dibayar di bawah Akta yang dicadangkan sebagai hutang sivil yang kena dibayar kepada Kerajaan. Pengeluaran suatu perakuan yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi bagi prosiding mahkamah.

36. Fasal 30 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi tanggungan pengarah syarikat, pegawai pematuhan perkongsian liabiliti terhad, pekongsi firma, pemegang jawatan pertubuhan atau orang yang bertanggungjawab bagi pengurusan kumpulan orang itu untuk apa-apa levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar atau penalti yang kena dibayar oleh syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang itu.

Bahagian VI

37. Bahagian IV mengandungi peruntukan berhubungan dengan pengecualian, peremitan dan pembayaran balik levi pelepasan.

38. Fasal 31 bertujuan untuk memberi kuasa kepada Menteri untuk mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang daripada membayar atau mana-mana orang berdaftar daripada mengenakan keseluruhan atau

Page 49: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Levi Pelepasan 49

mana-mana bahagian levi pelepasan, atau mengecualikan mana-mana pengendali daripada kehendak untuk berdaftar di bawah Akta yang dicadangkan, atau mengecualikan mana-mana orang dalam hal tertentu daripada pembayaran atau pengenaan keseluruhan atau mana-mana bahagian levi pelepasan. Fasal 31 juga bertujuan untuk memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang telah diberi pengecualian, dan orang itu telah membayar levi pelepasan, adalah berhak bagi pembayaran balik.

39. Fasal 32 bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk meremit keseluruhan atau mana-mana bahagian levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar di bawah Akta yang dicadangkan dan untuk memberi Ketua Pengarah kuasa untuk meremit keseluruhan atau mana-mana bahagian penalti yang kena dibayar di bawah Akta yang dicadangkan. Peruntukan ini juga memperuntukkan pembayaran balik levi pelepasan atau penalti yang telah diremit jika orang itu telah membayar levi pelepasan atau penalti itu.

40. Fasal 33 bertujuan untuk membenarkan seseorang yang telah terlebih bayar atau tersilap membayar apa-apa levi pelepasan atau penalti untuk menuntut pembayaran balik dalam tempoh satu tahun dari masa pembayaran lebih atau pembayaran tersilap itu berlaku, atau kelayakan pembayaran balik itu berlaku. Fasal ini selanjutnya memberi Ketua Pengarah kuasa untuk mengurangkan atau menolak pembayaran balik jika pembayaran balik itu boleh dengan tidak patut memperkayakan orang yang membuat tuntutan itu.

41. Fasal 34 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa Ketua Pengarah boleh membayar balik levi pelepasan atau penalti itu jika berpuas hati bahawa pembayaran lebih itu telah berlaku. Apa-apa tuntutan hendaklah disokong dengan keterangan sebagaimana dikehendaki oleh Ketua Pengarah.

Bahagian VII

42. Bahagian VII mengandungi peruntukan berhubungan dengan penguatkuasaan.

43. Fasal 35 memperuntukkan bahawa setiap pegawai kastam hendaklah mempunyai kuasa di bawah Akta Kastam 1967 [Act 235].

Bahagian VIII

44. Bahagian VIII memperkatakan pelbagai kesalahan dan hukuman di bawah Akta yang dicadangkan.

45. Fasal 36 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan menghalang, dsb., mana-mana pegawai kastam di bawah Akta yang dicadangkan.

46. Fasal 37 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan membuat penyata atau maklumat tidak betul berhubung dengan pengenaan bagi levi pelepasan.

Page 50: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Rang Undang-Undang50

47. Fasal 38 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan yang berhubungan dengan pengelakan levi pelepasan.

48. Fasal 39 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan keengganan menjawab soalan atau memberi maklumat palsu.

49. Fasal 40 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bahawa percubaan untuk melakukan suatu kesalahan atau persubahatan untuk melakukan suatu kesalahan boleh dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

50. Fasal 41 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penalti am.

51. Fasal 42 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan yang dibuat oleh syarikat, dsb.

52. Fasal 43 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi tanggungan mana-mana orang bagi kesalahan yang dilakukan oleh pekerja atau ejennya atau pekerja ejennya.

53. Fasal 44 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi tanggungan seseorang untuk membayar levi pelepasan atau penalti walau apa pun permulaan suatu prosiding atau pengenaan penalti, denda atau pemenjaraan atau pengkompaunan suatu kesalahan.

Bahagian IX

54. Bahagian IX memperkatakan peruntukan yang berhubungan dengan perbicaraan dan prosiding.

55. Fasal 45 memperuntukkan bahawa tiada pendakwaan bagi kesalahan di bawah Akta yang dicadangkan boleh dimulakan melainkan oleh atau dengan kebenaran bertulis Pendakwa Raya.

56. Fasal 46 bertujuan untuk memperuntukan bahawa Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta yang dicadangkan dan untuk menjatuhkan hukuman bagi kesalahan itu.

57. Fasal 47 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa apa-apa pernyataan yang berupa sebagai telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa, apa-apa transkrip mengenai butir-butir berkenaan dengan levi pelepasan diperakui sebagai suatu salinan benar oleh Ketua Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa olehnya hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalam perakuan itu. Fasal ini selanjutnya memperuntukkan kebolehterimaan sebagai keterangan mengenai apa-apa pernyataan yang dibuat atau dokumen yang dihasilkan oleh dorongan, janji atau ugutan dan apa-apa terjemahan dokumen ke dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris yang diperakui oleh orang yang menterjemah dokumen itu bahawa terjemahan itu adalah tepat, benar dan betul.

Page 51: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Levi Pelepasan 51

58. Fasal 48 memperkatakan nilai keterangan notis elektronik. Suatu notis elektronik boleh diterima sebagai keterangan bagi suatu fakta yang dinyatakan dalam notis itu jika notis elektronik itu diperakukan oleh Ketua Pengarah sebagai mengandungi semua maklumat yang dihantar melalui perkhidmatan elektronik dan telah disahkan mengikut cara yang dinyatakan dalam Akta yang dicadangkan atau Akta Keterangan 1950 [Akta 56].

59. Fasal 49 bertujuan mengadakan peruntukan bagi tempoh pemenjaraan yang boleh dikenakan oleh mana-mana mahkamah berkenaan dengan denda yang tidak dibayar.

60. Fasal 50 bertujuan untuk tidak membenarkan apa-apa kos atau kerugian diberikan berkenaan dengan apa-apa benda yang disita melainkan penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah atau sebab barangkali.

61. Fasal 51 bertujuan memberi Menteri kuasa, dengan kebenaran Pendakwa Raya, untuk menetapkan melalui peraturan kesalahan yang boleh dikompaun, kriteria bagi mengkompaun dan tatacara bagi mengkompaun. Fasal ini selanjutnya memberi Ketua Pengarah atau pegawai kanan kastam kuasa untuk mengkompaun kesalahan dengan izin bertulis Pendakwa Raya.

62. Fasal 52 bertujuan untuk memberi mahkamah kuasa untuk memerintahkan seseorang untuk membayar kepada Ketua Pengarah amaun levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar atau penalti yang kena dibayar di bawah Akta yang dicadangkan jika dia didapati bersalah dan levi pelepasan atau penalti boleh didapatkan balik dengan cara yang sama sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 283 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

63. Fasal 53 memperkatakan tanggungjawab kerahsiaan berhubung dengan maklumat yang boleh membawa kepada identiti seorang pemberi maklumat dan kandungan maklumat yang diterima daripada seorang pemberi maklumat kecuali sekiranya maklumat itu didedahkan kepada pegawai kastam yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah.

64. Fasal 54 bertujuan untuk menghendaki seorang saksi untuk tidak mendedahkan maklumat yang berhubungan dengan seorang pemberi maklumat yang boleh membawa kepada pemberi maklumat itu dikesan. Ia juga mengadakan peruntukan bagi suatu catatan dalam buku, dokumen atau kertas untuk disembunyikan atau dipadamkan bagi melindungi pemberi maklumat daripada dikesan semasa pemeriksaan buku, dokumen atau kertas dalam prosiding dan membenarkan mahkamah untuk menghendaki pengemukaan aduan asal atau pendedahan penuh mengenai pemberi maklumat jika mahkamah mendapati pemberi maklumat itu telah membuat pernyataan palsu yang material atau keadilan tidak dapat dijalankan dengan sepenuhnya tanpa diketahui pemberi maklumat itu.

Bahagian X

65. Bahagian X memperkatakan peruntukan pelbagai.

Page 52: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Rang Undang-Undang52

66. Fasal 55 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi cara penyampaian notis, arahan atau dokumen lain yang dikehendaki di bawah Akta yang dicadangkan.

67. Fasal 56 bertujuan untuk membenarkan Ketua Pengarah untuk menyediakan perkhidmatan elektronik kepada mana-mana pengguna berdaftar bagi urusan tertentu dan membebaskan Ketua Pengarah daripada apa-apa tanggungan bagi apa-apa kehilangan atau kerosakan yang ditanggung oleh pengguna berdaftar perkhidmatan elektronik.

68. Fasal 57 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pengesahan notis dan dokumen lain.

69. Fasal 58 memperkatakan urusan perniagaan bagi pihak orang berdaftar kecuali mengenai pembayaran balik, peremitan, pengecualian atau perkara lain sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah. Fasal ini juga menghendaki orang yang berurusan bagi pihak orang berdaftar untuk mengemukakan surat kuasa daripada orang berdaftar itu dan untuk menyerahkan borang yang ditetapkan yang telah ditandatangani oleh orang berdaftar melainkan jika dibenarkan sebaliknya.

70. Fasal 59 bertujuan untuk membenarkan mana-mana orang yang terkilan untuk merayu terhadap keputusan pegawai kastam kepada Ketua Pengarah untuk mengkaji semula keputusan.

71. Fasal 60 bertujuan untuk menghendaki pelikuidasi orang berdaftar untuk memberi notis penggulungan syarikat kepada Ketua Pengarah dalam tempoh yang dinyatakan dan untuk mengenepikan suatu amaun daripada aset bagi levi pelepasan yang kena dibayar sebelum melupuskan aset itu dan seterusnya, untuk membayar levi pelepasan itu. Fasal ini mengadakan peruntukan bagi pelikuidasi bertanggunggan sendiri ke atas levi pelepasan itu jika pelikuidasi tidak memberi notis dalam tempoh yang ditetapkan atau tidak membayar levi pelepasan itu. Fasal ini selanjutnya memperuntukkan pelanggaran fasal ini sebagai suatu kesalahan dan dalam hal yang terdapat dua atau lebih penyelesai yang dilantik, mereka hendaklah bertanggungan secara bersesama dan berasingan bagi kewajipan dan tanggungan di bawah fasal ini.

72. Fasal 61 bertujuan membenarkan supaya pelantikan penerima syarikat diberitahu kepada Ketua Pengarah dalam masa yang dinyatakan dan untuk mengasingkan suatu amaun daripada aset orang berdaftar bagi levi pelepasan yang kena dibayar sebelum melupuskan aset itu dan seterusnya, untuk membayar levi pelepasan itu. Fasal ini mengadakan peruntukan bagi penerima bertanggunggan sendiri ke atas levi itu jika penerima gagal memberi notis dalam tempoh yang ditetapkan atau gagal membayar levi pelepasan itu. Fasal ini selanjutnya memperuntukkan pelanggaran fasal ini sebagai suatu kesalahan dan dalam kes yang terdapat dua atau lebih penerima yang dilantik, mereka hendaklah bertanggungan bersesama dan berasingan bagi kewajipan dan tanggungan di bawah fasal ini.

73. Fasal 62 bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk membuat peraturan-peraturan bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta yang dicadangkan.

Page 53: Levi Pelepasan 1 - parlimen.gov.my. 8_2019 - BM.pdf · seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti

Levi Pelepasan 53

Bahagian XI

74. Bahagian XI memperkatakan peruntukan peralihan.

75. Fasal 63 dan 64 memperkatakan peruntukan peralihan bagi pelaksanaan sistem levi pelepasan yang baharu, iaitu levi pelepasan, di bawah Akta yang dicadangkan.

IMPLIKASI KEWANGAN

Rang Undang-Undang ini akan melibatkan Kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya belum dapat ditentukan sekarang ini.

[PN(U2)3168]