LINGUISTIK PERBANDINGAN

Embed Size (px)

Citation preview

BIDANG LINGUISTIKDISEDIAKAN OLEH : NORASMA YASIMIN BT SULIMAN NUR ATIQAH BT NASRUDIN NUR IYLIA AMALINA BT MOHD ZAINUDDIN NUR SUZIEYANI BT DAHLAN PISMP 4C AMBILAN JANUARI 2010

IPG KAMPUS BAHASA MELAYUBIDANG LINGUSITIK

Istilah umum bagi cabangcabang pengkajian linguistik yang menghasilkan konsep asas, kaedah, dan biasanya merangkumi prinsip analisis dan pemerian dalam pengkajian fonologi, tatabahasa, dan kosa kata. (Kamus Linguistik, 1997:149)

Linguistik teori (atau am) adalah berkenaan dengan rangka-rangka untuk memerihalkan bahasa-bahasa dan teori-teori individu dari segi ciri kesejagatan dalam bahasa. merumuskan secara umum semua bahasa manusia yang bersifat alamiah

(Kamus Linguistik, 1997:149)

Antara sifat-sifat umum bahasa secara universal adalah : -bahasa terdiri daripada bunyi-bunyi -bahasa dilambangkan secara struktur -bahasa mempunyai sistem -bahasa mempunyai erti -bahasa adalah arbitrari

(Kamus Linguistik, 1997:149)

BIBLIOGRAFI Kamus Linguistik, 1997, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

LINGUISTIK GUNAAN

Dikenali sebagai linguistik terapan. Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi. Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula digunakan untuk mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing.(Linguistik Am, 2007 : 251)

Menghasilkan kaedah mengajarkan bahasa dan bahan yang mengajarkan bahasa. Satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajar bahasa dan menulis buku teks. Aktiviti lain yang digunakan ialah terjemahan dan perkamusan.(Linguistik Am, 2007 : 251)

Kamus Linguistik(1997), penerapan ilmu linguistik dalam bidang yang berkaitan seperti linguistik pedagogi, leksikografi, psikolinguistik, dan terjemahan. Arbak Othman (1986), menjelaskan bahawa linguistik gunaan ialah apabila seseorang pengkaji itu berusaha menggunakan teori linguistik untuk menyatakan sumbangannya terhadap bidang-bidang ilmu yang lain.(Kamus Linguistik, 1997:149)(Arbak Othman , 1986, 29)

Linguistik terapan kajian tentang bahasa secara lebih praktikal, berkaitan dengan masalah-masalah sebenar seperti: pengajaran dan pembelajaran bahasa asing sebagai bahasa kedua, polisi dan perancangan bahasa, penilaian program bahasa

11

Sebelum timbulnya linguistik moden, bahasa diajar melalui kaedah terjemahan tatabahasa. Latihan terdiri daripada memahami dan menghafal rumus-rumus tatabahasa.. Timbullah kaedah yang terkenal dengan nama kaedah terus. Bahasa asli pelajar pelajar tidak digunakan, tetapi terus menggunakan bahasa sasaran.(Linguistik Am, 2007 : 252)

Disusun latihan belajar bahasa secara berperingkat. disusun pula latihan-latihan yang memperkenalkan pelajar kepada apa yang sama dengan yang ada dalam bahasa aslinya terlebih dahulu.

(Linguistik Am, 2007 : 252)

ISI BAHAN PENGAJARAN Sesuai dengan kurikulum. Berorientasikan tujuan. Berlandaskan kebahasaan, kependidikan, dan psikologi. Memperhatikan jenjang pendidikan peringkat dini, tengah dan tinggi. Memungkinkan pelajar memperkembang keupayaan berbahasa. Memastikan bahawa bahan terpadu dan utuh. Berguna kepada pelajar.14

KESIMPULAN Linguistik terapan lebih berfokus pada pedagogi bahasa Linguistik terapan mula berkembang pada akhir abad ke-19, dan objeknya ialah bahasa. Linguistik terapan amat erat hubungannya dengan guru bahasa kerana linguistik terapan berorientasikan penggunaan teori bukan penciptaan teori. Antara kaedah pengajaran bahasa yang popular ialah kaedah langsung, alamiah, psikologi, fonetik, membaca, tatabahasa, terjemahan, terjemahan tatabahasa, eklektik, unit dan kontrol bahasa

15

BIBLIOGRAFI Abdullah Hassan, Linguistik Am, 2009, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Arbak Othman, Permulaan Ilmu Linguistik, 1986, Penerbitan Sarjana Sdn. Bhd.

LINGUISTIK SEJARAH / HISTORIS

Linguistik sejarah ( historis ) adalah cabang ilmu linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa. Di samping itu pula, bidang ini mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asal-usul (etimologi ) sesuatu bahasa, perkembangan dan proses-proses yang dilaluinya daripada masamasa yang lampau pada masa sekarang ini.Arbak Othman, 1986 , 6

LINGUISTIK SEJARAH

LINGUISTIK SEJARAH linguistik yang Linguistik sejarah atau historis ialah disiplinbersangkutan dengan perkembangan sesuatu bahasa zaman awal kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu. Kajian dilakukan misalnya untuk memperoleh data, maka kajian akan dilakukan secara sinkronik iaitu kajian mengenai sesuatu bahasa pada satu waktu tertentu sahaja. linguistik sinkronik (synchronic linguistics) : Pendekatan dalam cabang linguistik yang mengkaji bentuk satu bahasa atau lebih pada peringkat atau satu masa perkembangan tertentu.Arbak Othman, 1986 , 46 Kamus Linguistik, 1997:153

Setelah pakar historis berpuas hati dengan dapatan kajian secara sinkronik maka kajian secara diakronik akan dijalankan, iaitu membuat perbandingan antara beberapa zaman untuk melihat perbezaan, menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku dalam bahasa tersebut. Perbandingan dibuat daripada pelbagai segi seperti fonologi, morfologi, sintaksis, makna, ejaan, sistem tulisan dan sebagainya.Arbak Othman, 1986 , 46

BIBLIOGRAFI Arbak Othman , Permulaan Ilmu Linguistik, 1986, Penerbitan Sarjana Sdn.Bhd. Kamus Linguistik, 1997, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

LINGUISTIK PERBANDING AN

APAKAH LINGUISTIK PERBANDINGAN? Dikenali sebagai bidang kajian yang mengadakan perbandingan antara bahasa-bahasa yang sekeluarga. Contohnya, persamaan bahasa Sanskrit dengan bahasabahasa Eropah(Indo-Eropah) serta bahasa Inggeris dan Belanda yang terdapat perkataan seakan-akanBAHASA INGGERIS mother son BELANDA moeder zon

Indo-Eropah adalah keluarga bahasa di Eropah dan Asia Barat seperti Inggeris, Sepanyol, Jerman, Itali, Parsi, Hindi, Punjabi dan Urdu.Arbak Othman, 1986 , 41

Yang penting adalah ciri-ciri persamaan sama ada dalam fonetik atau struktur tatabahasa di antara bahasa yang dibandingkan.

KELUARGA BAHASAMenurut laman web Ethnologue, keluarga-keluarga terbesar dari segi bilangan bahasa ialah: Niger-Congo (1,532 bahasa) 1. 2. Austronesia (1,257 bahasa) Trans-New Guinea (477 bahasa) 3. 4. Sino-Tibet (449 bahasa) Indo-Eropah (439 bahasa) 5. 6. Afro-Asia (375 bahasa) Nilo-Sahara (204 bahasa) 7. 8. Pama-Nyunga (178 bahasa) Oto-Manguean (174 bahasa) (bilangan dipertikaikan; Lyle 9. Campbell hanya memasukkan 27 bahasa) 10. Austro-Asia (169 bahasa) 11. Sepik-Ramu (100 bahasa) (kesahan dipertikaikan) 12. Tai-Kadai (76 bahasa) 13. Tupi (76 bahasa) 14. Dravidia (73 bahasa) 15. Maya (69 bahasa)

http://ms.wikipedia.org/wiki/Keluarga_bahasa

TUJUAN Tujuan kajiannya tidak lain untuk melihat ciri-ciri perubahan dan persamaan di antara bahasa yang sekeluarga atau mencari dan menentukan kekerabatan antara bahasa. Akibat pemisahan geografi dan sebagainya, perubahan telah menyebabkan perbezaan bunyi berlainan. Perbandingan yang dilakukan mungkin di antara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruh aspek bahasa-bahasa yang dibandingkan itu.Arbak Othman, 1986 , 5

Peringkat permulaan, kajian bertumpu di bidang fonetik iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi ujaran manusia. Ini bertujuan sekiranya sesuatu bahasa tergolong dalam rumpun yang tertentu yang sama, ciri-ciri persamaan tetap ada pada sekumpulan perkataan yang menjadi dasar bahasa itu. Misalnya , dalam pengkajian bahasa-bahasa Austronesia, Bahasa Melayu memperlihatkan persamaan kekerabatan dengan bahasa Jawa, Tagalog dan Bali.Siti Hajar Abdul Aziz , 2008, 89

Dalam Bahasa Austronesia, Bahasa Melayu memperlihatkan persamaan kekerabatan dengan beberapa bahasa seperti:

Bahasa Jawa Malegasi Sunda Madura Melayu Bali Tagalog

Perkataan pari fari pare padih padi padi palai

Arbak Othman, 1986 , 42

Di atas adalah bukti jelas bagi menyatakan adanya hubungan kekeluargaan dan berasal dari satu rumpun atau turun dari satu bahasa induk yang lebih tua. Umumnya, linguistik perbandingan lebih menumpukan usaha ke arah menentukan rumpun bahasa melalui perbandingan. Antara rumpun bahasa sedunia adalah; IndoEropah, Hamito-Semit, Finno-Ugria, Bantu, Tibeto-China, Austro-Asia, Austroneis, Japhetit dan lain-lain.Arbak Othman, 1986 , 42

Tokoh kajian linguistik perbandingan adalah seperti R.K Rask (1787-1832), Jacob Grimm (1785-1863) dan Verner. R.K Rask membuktikan bahawa perkataan bahasa German ada pertalian dari segi bunyi dengan perkataan bahasa Indo-Eropah. Hukum p-s-vBahasa Latin Inggeris Jerman Belanda Arbak Othman, 1986 ,42 Contoh pater father vater vader

BIBLIOGRAFI Arbak Othman . 1986 . Permulaan Ilmu Linguistik, Penerbitan Sarjana Sdn.Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz. 2008. Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1, Oxford Fajar Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.