Upload
mila-andy
View
225
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
nb
Citation preview
1.0 Pendahuluan
Kecemerlangan dalam kerjaya dan dunia materialistik sering menjadi idaman dan perhatian semua orang dewasa ini. Namun demikian dalam mengejar kecemerlangan, para pelajar sering kali terlupa bahawa aspek asas dalam kemahiran membaca dan menulis tidak diberi perhatian baik para pendidik mahu pun ibu bapa. Justeru, wujud sedikit kepincangan dalam menjayakan setiap program yang berpaksikan pelajar, guru dan ibu bapa. Oleh yang demikian, Program Bijak LINUS ini dirancang dan dilaksanakan untuk membantu murid-murid yang masih tidak menguasai kemahiran membaca , menulis dan mengira.
2.0 RasionalProgram ini dijalankan bagi membantu meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran membaca dan mengira. Selain itu, program ini dapat memberi tumpuan yang maksima kepada murid yang lemah kerana ianya dijalankan dalam kumpulan kecil.
3.0 MatlamatTujuan program ini dijalankan adalah untuk membantu murid menguasai kemahiran membaca dan mengira dan dapat meningkatkan kecemerlangan dalam ujian saringan seterusnya. Program ini juga diharapkan dapat mensifarkan murid tegar LINUS.
4.0 Objektif
Membantu murid menguasai kemahiran bacaan.
Membantu murid-murid menguasai asas matematik.
Mensifarkan murid-murid tegar bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan
Matematik.
Mensasarkan pencapaian yang lebih baik dalam ujian saringan LINUS 2.
Mengenal pasti zon kelemahan murid-murid dalam Literasi dan Numerasi.
5.0 Kumpulan Sasaran
Murid-murid tahun satu hingga tiga LINUS
6.0 Jawatan kuasa Induk Program Bijak LINUS 2012
Pengerusi : Pn Monimolzhi Lenin
Timbalan Pengerusi : Pn Puvanesvari Vengoo PK 1 )
Naib Pengerusi : Pn Sathiavani ( PK HEM)
Naib Pengerusi 2 : Pn Nirmala ( PK Ko-ku)
Setiausaha : Pn Sobha
Bendahari : Pn Nilla
7.0 Jawatankuasa Pelaksana Aktiviti
Pn Indra Ganthi – Guru Pemulihan
Cik Navanitha – Guru Bahasa Malaysia
Cik Sharmila Devi – Guru Bahasa Malaysia
Cik Aswini Nair– Guru Bahasa Inggeris
Pn Sobha – Guru Matematik
8.0 Perbelanjaan Program
Penggunaan kertas untuk photostat bahan ditanggung oleh pihak sekolah.
9.0 Penutup dan Rumusan
Diharapkan dengan kerjasama dan sokongan yang padu dalam kalangan semua
jawatankuasa yang terlibat ini dapat mencapai objektif yang dicitakan. Diharapkan
bilangan murid-murid yang tegar dapat dikurangkan dan jumlah memasuki kumpulan
Arus Perdana semakin bertambah.