27
TAJUK : Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Literasi Bahasa Pjk Eu

  • Upload
    eiyrul

  • View
    238

  • Download
    4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

perbentangan

Citation preview

Slide 1

TAJUK : Aktiviti Penyerapan PemulihanMembaca dan Menulis dalamMata Pelajaran PendidikanJasmani dan KesihatanAktiviti bermain denganhuruf dan perkataan secara lokomotorPendahuluanPendidikan Jasmani merupakan suatuproses yang bertujuan meningkatkanprestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan:-pemilikan dan penghalusankemahiran-kemahiran motor-Pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik.-Memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal.

Tokoh-tokohBerpendapatbahawa :Jenny (1961) dan Williams (1964)Berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melaluiaktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembanganfizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi.

Freeman (1997,1992) pula menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.

Manakala, Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkanatau menggunakan pengalaman bagimempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti. Pendidikan Kesihatan juga bertujuanuntuk membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

Mata Pelajaran Pendidikan Jasmanidan Kesihatan menjadi rutin yang digemari oleh sebahagian besar murid-murid. Justeru, aktiviti penyerapan pemulihan membaca dan menulis boleh diterapkan melalui mata pelajaran ini.LOMPAT JANGAN TAK LOMPATCARA BERMAINSetiap petak 1-6 diletakkan kotak berisi kad-kad huruf dan kad-kad suku kata.Permainan bermula dengan peserta pertama berdiri membelakangi gelanggang permainan.Pundi kacang dibaling ke belakang melintasi kepala.Peserta akan membuat lompatan statik mengikut nombor petak dan berhenti di tempat pundi kacang tadi jatuh.Peserta mengambil 4 kad secara rawak dan lompat sebelah kaki melalui nombor petak seterusnya. Contohnya, jika peserta berhenti di petak 3 maka lompatan disambung dari petak 4,5,6.

Ahli kumpulan akan membina perkataan dan menulisnya di tempat yan disediakan. Pasukan yang membina paling banyak perkataan dikira pemenang.Mana kawan saya?PeraturanMurid-murid dibahagikan kepada 3 kumpulan.Setiap kumpulan menghantar dua orang wakil.Wakil-wakil kumpulan diminta berdiri sebaris di belakang kelas.Wakil kumpulan kemudian akan ditunjukkan satu objek.Setiap wakil perlu meneka nama objek yang dilihat.Setiap wakil perlu mari ke depan kelas untuk memijak suku kata nama objek tersebut di atas lantai (cth: bo, tol bagi botol).Wakil kumpulan yang memijak suku kata yang betul akan diberi markah.anggur

bola

singa

betik

gunting

kucing

polis

pensel

rumah

kunci

PERMAINAN MEMBENTUK AYATAKTIVITI 1:

KERUSI BERLAGUCara BermainPemain di bahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan menghantar 5 orang untuk mewakili kumpulan tersebut.

Disediakan 9 buah kerusi.

Pemain dikehendaki mengelilingi kerusi tersebut dengan iringan lagu dan apabila lagu dihentikan, pemain dikehendaki duduk mencari tempat. Manakala, pemain yang tidak berjaya mendapat kerusi akan di keluarkan dari permainan.

Terdapat 2 buah kerusi yang mempunyai gambar. Jika pemain menduduki kerusi yang mempunyai gambar, pemain dikehendaki membina ayat dalam masa 5 saat. Jika berjaya, pemain tersebut akan mendapat 2 markah.

Kerusi dan gambar akan dikurang untuk meneruskan permainan.

AKTIVITI 2 :

PATUNG HIDUP

CARA BERMAINPermainan ini terdapat 2 stesen. Setiap stesen mempunyai ayat yang tidak dapat diselesaikan.

Pemain dikehendaki berjalan itik untuk sampai ke stesen tersebut.

Pemain dikehendaki menyelesaikan ayat tersebut dengan iringan lagu. Apabila lagu dihentikan, pemain dikehendaki menjadi patung dan tidak boleh bergerak. Setiap ahli kumpulan lain menghantar 2 orang untuk mengganggu patung tersebut selama 5 saat. ( Tidak boleh menggunakan tangan atau kaki. Hanya boleh membuat patung tersebut ketawa atau pun bergerak.)

Jika pemain bergerak, pemain kalah dan tidak boleh meneruskan permainan.

Jika berjaya pemain harus menyelesaikan ayat tersebut, dan membaca ayat tersebut di garisan penamat.

PELAN STESEN