42
LITERASI BAHASA (WAJ 3104) < KESEDIAAN MEMBACA > MOHD FIRDAUS BIN SALAMAT MUHAMMAD HAFIZ BIN MANSOR

LITERASI BAHASA waj3104.pptx

Embed Size (px)

Citation preview

LITERASI BAHASA AKTIVITI PRA BACAAN

LITERASI BAHASA(WAJ 3104)

< Kesediaan membaca >

MOHD FIRDAUS BIN SALAMATMUHAMMAD HAFIZ BIN MANSORDEFINISI & KONSEP MEMBACADefinisi dan konsep kesediaan membacaFaktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membacaFaktor-faktor yang menghalang kesediaan membaca Konsep kematangan mental

Gangguan kepada mental akan mengakibatkan masalah kepada kebolehan membaca.

Aspek kemahiran kesediaan membacaFaktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran membacaKognitifPersekitaranBudayaSosioekonomi

Kognitif Persekitaran Budaya Sosioekonomi PERINGKAT KESEDIAAN MEMBACA

Pada peringkat awalnya, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran.

Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua, iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat.Aktiviti PrabacaanBertujuan memberikan asas kepada kanak-kanak sebelum mereka boleh membaca. Walaupun kemahiran-kemahiran pra bacaan dapat dipelajari secara semulajadi di rumah atau di prasekolah, kemahiraniniadalah penting dalam perkembangaan kemahiran membaca kanak-kanak.

Secara ringkasnya kemahiran-kemahiran ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu pengamatan penglihatanpendengaranpergerakan mata & tangan.Pelaksanaan aktiviti pengamatan penglihatan

Terdapat empat belas komponen dalam pengamatan penglihatan dan setiap satu komponen mempunyai aktiviti serta tujuannya yang tersendiri. Komponen-komponen itu ialah :- a) diskriminasipenglihatan atau visualb) ingat kembalic) orientasi kedudukand) turutane) menyudahkan atau melengkapkanf) menyaling) rajah dan latar bertindihh) koordinasi mata dan tangani) pertalian jarak (ruang)j) ketetapan bentuk/kedudukan dalam rajahk) gambar bersiril) pembalikanm) mencari jalan keluarn) benda tersembunyia)Diskriminasi penglihatanKomponen ini juga dikenali sebagai visual, merangkumi keupayaan murid untuk melihat dan mengamati persamaan dan perbezaan sesuatu objek, bentukgeometri, gambar, huruf dan perkataan. Ada dua tujuan, iaitu membolehkan murid membezakan perkataan, huruf, nombor dan perkataan yang hamper sama manakala tujuan kedua untuk melatih murid mencari cirri-ciri persamaan yang terdapat pada objek, huruf, nombor, corak dan sebagainya.i)Aktiviti diskriminasi yang sama

Contoh 1Arahan: Bulatkangambaryang sama.

Aktiviti diskriminasi yang tidak sama. Arahan: Tandakan (X) jenis yang tidak sama

b)Rajah dan latar bertindihAktiviti ini menguji kebolehan murid mengesan dan menentukan jenis imej seperti bentuk, huruf atau nombor dari latar belakang sesuatu rajah. Kemudian murid diminta melukis bentuk yang ada pada sehelai kertas putih.ContohArahan: Lihat dan lukis bentuk

Aktiviti mengesan imejc)mencari benda tersembunyi

Aktiviti ini menguji kebolehan murid untuk menyelesaikan masalah secara abstrak. Berbantukan sekeping gambar, murid-murid dikehendaki mengesan semua objek yang tersembunyi pada gambar berkenaan.ContohArahan: Cari objek tersembunyi ( pensel, topi, baldi, huruf S dan kasut )

Aktiviti mencari benda tersembunyia)Diskriminasi pendengaranBertujuan melihat keupayaan murid-murid untuk mengenali dan mengamati persamaan dan perbezaan bunyi atau perkataan yang telah didengar. Untuk melaksanakan aktiviti ini, guru boleh menggunakan pita rakaman dan kad gambar sebagai bahan bantu mengajar.Contoh aktiviti diskriminasi yang samaGuru memperdengarkan pita rakaman yang mengandungi bunyi kucing jantan, kucing betina dan anak kucing.

ContohArahan: Padankan bunyi kucing ini

Aktiviti diskriminasi pendengaran yang samaAktiviti Diskriminasi Pendengaran Yang Berbeza

b)Penerimaan pendengaranBertujuan melihat keupayaan murid-murid, memperoleh atau mendapat makna daripada apa yang telah didengar atau secara lisan. Contoh aktiviti adalah meneka bunyi yang didengar secara langsung dengan pandangan mata yang terhad atau mata ditutup. Aktiviti ini memerlukan murid mendengar dengan teliti, fokus dan berfikir dalam tempoh masa yang singkat sebelum membuat keputusan. Antara bunyi yang boleh diwujudkan untuk tujuan ini adalah bunyi duit syiling jatuh ke lantai, bunyi ketukan meja, ketukan tin dan botol.

c)Perkaitan pendengaranAktiviti memberikan peluang kepada murid-murid untuk mengaitkan beberapa konsep tertentu yang disampaikan secara lisan. Contoh aktiviti ialah murid melakonkan watak emosi sedih dan gembira manakala rakan-rakan mereka yang lain diminta menceritakan gambaran emosi yang dilakonkan.

d)Ingatan pendengaranMembolehkan murid-murid mengingati apa jua yang telah didengar, kemudian mengulaginya. Contoh aktiviti ialah permainan surat beratai di mana perlukan kerjasama setiap ahli kumpulan. Orang pertama akan membaca mesej asal yang diberikan guru secara bertulis. Kemudian orang yang pertama tadi akan menyampaikan mesej secara lisan kepada orang yang kedua, manakala orang yang kedua akan menyampaikannya kepada orang ketiga dan begitulah seterusnya. Orang yang terakhir akan menulis semula mesej yang diterima sebelum menyerahkan kepada guru.Tugas guru menyemak dan membandingkan mesej yang diterima dengan mesej asal.

e)Melengkapkan pendengaranJuga dikenali sebagai Auditory Closureyang memberikan peluang kepada murid-murid untuk mengenali dan menggunkan unit-unit biasa dalam pengalaman pendengaran apabila sebahagian sahaja unit-unit itu didengar secara lisan. Contoh aktiviti ialah melengkapkan pantun dua kerat, melengkapkan lirik lagu atau melengkapkan dialog oleh watak-watak terkenal dalam drama Melayu.

f)Percantuman bunyi atau perkataanAktiviti ini memerlukan murid mencantumkan bunyi-bunyi yang didengar secara terasing, menjadi susunan perkataan atau mencantumkan perkataan menjadi beberapa baris ayat yang lengkap.Antaranya aktiviti bercerita spontan di mana juruacara akan menyebutkan perkataan di awal, di tengah dan di akhir cerita. Untuk mengelakkan jalan cerita terpesong jauh, tema cerita diberikan sebelum acara bermula. Contohnya Pada suatu malam yang hening (ayat awal), terkejut apabila tiba-tiba seekor kerbau melintas jalan (ayat tengah), dan rupa-rupanya aku bermimpi di siang hari (ayat akhir).

Melaksanakan aktiviti pergerakan tangan dan mata

Aktiviti pergerakan tangan dan mata penting dalam pengamatan. Aktiviti ini bertujuan membantu murid-murid menguasai kemahiran asas menggerakan tangan secara kemas, berpandu dan bersistematik. Ada empat kemahiran yang ditekankan dalam melaksanakan aktiviti yang melibatkan pergerakan tangan dan mata iaitu;a)Melakukan latihan pergerakan tangan.b)Menguasai gerak tangan secara bebas supaya boleh menulis dengan selesa.c)Melakukan latihan pergerakan mata.d)Melakukan latihan kordinasi tangan dan mataTerdapat dua jenis aktiviti yang telah dikenal pasti dan sesuai untuk tujuan ini iaitu menyambung titik dan aktiviti menyalin corak.

a)Menyambung titikAktiviti ini dilaksanakan dengan meminta murid-murid melukis garisan dengan menggunakan pensel warna antara titik-titik pada gambar mengikut urutan abjad yang disediakan. Jika murid berjaya melukis garisan tersebut mengikut susunan yang betul, maka hasilnya akan terbentuk satu gambar atau objek yang sempurna binaannya. Tetapi jika murid gagal melaksanakannya, gambar atau objek tersebut akan cacat dan tidak menarik.

Guru perlu melaksanakan aktiviti ini secara berperingkat demi peringkat, iaitu dimulakan dengan gambar yang mempunyai bilangan titik sedikit, kemudian gambar yang mempunyai titik sederhana banyak hinggalah peringkat yang sukar dan rumit. Melalui cara ini murid-murid berpeluang menikmati keseronokan serta cabaran membuat aktiviti di samping mengalami aktiviti yang pelbagai aras kesukarannya. Secara tidak langsung akan berlakulah latihan kordinasi tangan dan mata.Contoh aktiviti ditunjukkan dalam rajah berikut.

b)Menyalin corakCorak merupakan susunan motif (idea rekaan) sama ada secara teratur,terancang atau secara bebas. Terbahagi kepada dua jenis, iaitu corak terancang dan corak tidak terancang.Motif corak pula terdiri daripada motif flora, fauna, geometrical dan organik.Aktiviti menyalin corak ialah murid-murid meniru corak yang ditunjukkan oleh guru kepada mereka sama ada secara pandang-lihat kemudian lukis atau secara berpandu, iaitu menggunkan kaedah tekap dengan menggunakan kertas karbon atau kertas surih. Guru juga perlu menjalankan aktiviti ini secara peringkat demi peringkat, iaitu dimulakan dengan corak yang mudah kemudian diikuti corak yang sukar.Tujuan supaya murid-murid dapat melalui tahap kesukaran yang pelbagai. Pada waktu yang sama guru perlu membimbing kerja murid supaya proses menyalin corak berlaku dengan cermat dan kemas. Ini penting supaya proses kordinasi tangan dan mata berlaku secara teratur dan bersistematik.Contoh aktiviti ditunjukan dalam rajah berikut.

Menyalin corak yang mudah Menyalin corak yang rumit

TAMAT