33
1.0 PENGENALAN 1.1 Pembungkusan ‘‘Kebanyakan produk usahawan bumiputera ini mempunyai kualiti yang bagus, namun aspek pembungkusannya masih belum mencapai piawaian yang dikehendaki.” – itulah antara komen mengenai aspek pembungkusan produk oleh En. Mohamad Nordin, Ketua Unit IKS FAMA, (sebagaimana dilaporkan) semasa berlangsung Ekspo Industri Asas Tani di Ipoh pada bulan Disember 2007 yang lepas. Dalam pemasaran, aspek pembungkusan produk merupakan salah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian. Malah aspek pembungkusan (packaging) ini dianggap sebagai P yang ke- 5 dalam Marketing Mix selepas 4P (Product, Price, Place & Promotion) yang lazim dipraktik sebagai strategi pemasaran. Jika diperhatikan definisi ringkas pemasaran itu sendiri, iaitu seni menjual produk, kita boleh gunakan maksud yang tersirat daripada definisi tersebut ke dalam aspek pembungkusan. Di sini, ia memerlukan inisiatif usahawan untuk melaksanakan inovasi tertentu bagi mencapai tahap kesempurnaan produk yang hendak dijual. Sekali pun produk mempunyai kualiti yang baik, namun sekiranya aspek pembungkusannya tidak setanding, produk mungkin sukar bersaing, apa lagi di peringkat antarabangsa yang lebih luas persaingannya. Dalam menentukan kaedah pembungkusan sesuatu produk, aspek yang paling penting biasanya ialah ia berfungsi 1

literasi nombor

  • Upload
    wan-man

  • View
    36

  • Download
    7

Embed Size (px)

DESCRIPTION

l

Citation preview

1.0 PENGENALAN 1.1 PembungkusanKebanyakan produk usahawan bumiputera ini mempunyai kualiti yang bagus, namun aspek pembungkusannya masih belum mencapai piawaian yang dikehendaki. itulah antara komen mengenai aspek pembungkusan produk oleh En. Mohamad Nordin, Ketua Unit IKS FAMA, (sebagaimana dilaporkan) semasa berlangsung Ekspo Industri Asas Tani di Ipoh pada bulan Disember 2007 yang lepas.Dalam pemasaran, aspek pembungkusan produk merupakan salah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian. Malah aspek pembungkusan (packaging)ini dianggap sebagaiPyang ke-5 dalamMarketing Mixselepas 4P (Product, Price, Place&Promotion) yang lazim dipraktik sebagai strategi pemasaran.Jika diperhatikan definisi ringkas pemasaran itu sendiri, iaitu seni menjual produk, kita bolehgunakanmaksud yang tersirat daripada definisi tersebut ke dalam aspek pembungkusan. Di sini, ia memerlukan inisiatif usahawan untuk melaksanakan inovasi tertentu bagi mencapai tahap kesempurnaan produk yang hendak dijual. Sekali pun produk mempunyai kualiti yang baik, namun sekiranya aspek pembungkusannya tidak setanding, produk mungkin sukar bersaing, apa lagi di peringkat antarabangsa yang lebih luas persaingannya.Dalam menentukan kaedah pembungkusan sesuatu produk, aspek yang paling penting biasanya ialah ia berfungsi sebagaibekasyang akan memuatkan dan melindungi produk supaya selamat dan tidak rosak. Namun, pada masa yang sama, kaedah pembungkusan perlu juga mengambil kira beberapa aspek lain serta berperanan antaranya seperti: Mempromosi produk melalui visual (reka bentuk, warna, lukisan, grafik) yang dapat memberikankesanyang baik kepada pengguna. Memperkenalkan identiti korporat / syarikat melalui logo atau jenama. Memberi maklumat tentang produk (bahan, berat / bilangan kandungan, cara guna, logo halal) Memberitahu mengenai promosi / tawaran semasa. Mudah untuk dibawa, transportasi dan penyimpanan ( faktor bahan, saiz & bentuk) Mematuhi peraturan dan perundangan yang ditetapkan pihak berkuasa. Kesesuaian dengan faktor kos.

Berasaskan kesedaran tentang pentingnya aspek pembungkusan dalam pemasaran, pada masa kini terdapat banyak agensi-agensi yang berkenaan telah mengambil inisiatif dengan memberi perhatian yang lebih serius terhadap isu ini. Sebagai contoh: Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganumenawarkan Skim Bantuan Pembungkusan Produk sebagai usaha meningkatkan lagi daya saing produk IKS tempatan. Kraftangan Malaysia (Cawangan Terengganu)di bawah aktiviti R&D-nya mempunyai program Pembangunan Pembungkusan Produk bertujuan meningkatkan penampilan dalam pembungkusan produk serta memberi kesedaran kepada usahawan. Persatuan Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PPIPBM), menubuhkan Syarikat SME Packaging Centre Sdn Bhd (SMEP) di Banting, Selangor dengan matlamat untuk membantu pengusaha IKS meningkatkan mutu produk serta pembungkusan dan memenuhi standard yang ditetapkan supaya dapat bersaing di pasaran tempatan dan luar negara. SMIDECpula menawarkan skim yang dipanggil Geran Bersamaan Untuk Peningkatan Keupayaan Rekabentuk Pembungkusan Produkdengan objektifmemberibantuan kepada syarikat kecil dan sederhana (EKS) untuk mempertingkatkan dan memperbaiki keupayaan reka bentuk pembungkusan dan pelabelan produk bagi meningkatkan penampilan produk dan memenuhi keperluan dan peraturan pasaran.

Kami memilih untuk membuat pembungkus coklat dan susu, jadi di sini kami sertakan beberapa info mengenai makanan dan minuman tersebut.1.2 Sejarah CoklatCoklat atauChocolatlyang bererti air pahit berasal dari buah pohon koko, pohon koko sendiri hanya dapat hidup di daerah tropika yang cukup sinar matahari dan suhu yang tepat.Coklat berasal dari Amerika Latin sejak 1000 tahun sebelum Masihi. Coklat yang berasal dari Amerika Latin merupakan minuman yang dicampur dengan rempah-rempah, seperti kayu manis, vanila ataupunserbuk cili.Kemudian pada abad ke-15, bangsa Eropah membawa coklat ke Eropah.Tetapi rempah-rempah yang diolah bersama dengan coklat digantikan dengan susu dan gula. Coklat yang awalnya di Amerika Latin dijadikan sebagai minuman mula dikembangkan menjadi bar coklat di Eropah, ini berkemungkinan disebabkanoleh bantuan suhu di Eropah yangsejuk dan campuran lemak dan gula dalam coklat.Di Malaysia pula, coklat mula diperkenalkan apabila koko dibawa ke Asia Tenggara oleh orang Sepanyol pada abad ke-17. Dengan terciptanya mesin-mesin pengisar dan pembuat coklat serta penemuan cara-cara pembuatan coklat yang baru telah memperkembangkan pembuatan coklat ke seluruh dunia.

1.3 Sejarah SusuPada zaman dahulu, susu telah dipakai sebagai bahan asas manusia. Manusia mengambil susu dari haiwan yang memiliki kelenjar susu, seperti lembu,kudadan biri-biri. Lembu mula dijinakkan sejak 8000 SM untuk diambil daging, bulu dan susunya. Di Timur Tengah, susu bahkan difermentasi menjadi keju oleh para pengembara gurun di sana. Susu mula masuk ke dataranEropahpada abad 5000 SM melewati daerah Anatolia. Sementara itu, susu mula masuk keInggerispada zamanNeolitik. Penggunaan keju dan susu dari Timur Tengah mula diperkenalkan oleh bangsa Eropah pada zaman Pertengahan.Kemudian, pada abad ke-15, para pelaut mulai membawa lembu untuk dipelihara dan diternak di benua Eropah untuk penggunaan susu. Susu lembu mula dikenali oleh bangsaIndonesiaapabila dijajah oleh Hindia Belanda pada abad ke-18.

2.0 PERKEMBANGAN PEMBUNGKUSAN COKLAT & SUSU2.1 Perkembangan Pembungkusan CoklatDi sini, kami telah memilih untuk menunjukkan perkembangan pembungkusan coklat M&Ms sebagai contoh kepada perkembangan pembungkusan coklat. Coklat M&Ms mula diperkenalkan dan dijual kepada orang awam pada 1941. Pada masa itu, coklat tersebut dipakej dalam tiub kadbod.

Coklat M&Ms pada tahun 1941Pada 1948, pembungkusan berubah dari tiub kepada bungkusan plastik berwarna coklat seperti sekarang. Huruf m dicetak pada setiap butir coklat dengan dye sayuran.

Coklat M&Ms pada tahun 1948Kemudiannya, pada tahun 1954, M&Ms Peanut Chocolate Candies diperkenalkan. Pada tahun yang sama, karakter jenama tersebut dan slogannya The milk chocolate melts in your mouth, not in your hand telah digunakan secara rasmi.

Karakter & slogan coklat M&Ms

2.2 Perkembangan Pembungkusan SusuBagi perkembangan pembungkusan susu pula, kami mengambil perkembangan pembungkusan Tetra Pak sebagai contoh. Tetra Pak ialah syarikat memproses dan membungkus makanan berbilang negara yang beribu pejabat di Lund, Sweden dan Lausanne, Switzerland. Berikut adalah kronologi bagi perkembangan pembungkusan Tetra Pak:

1952 - Tetra Classic

1963 - Tetra Brik

1966 Tetra Rex

1986 Tetra Top

1997 Tetra Fino Aseptic

2007 Tetra Gemina Aseptic

2011 (terkini) Tetra Evero Aseptic

3.0 MODEL 2D PEMBUNGKUS COKLAT & SUSU3.1 Model 2D Pembungkus Susu

Pelan

Pandangan sisi

3.2 Model 2D Pembungkus Coklat

Hamparan kotak

Pelan4.0 APLIKASI PEMBUNGKUSPembungkusan dapat dihuraikan sebagai satu bekas yang mempunyai hubungan lansung dengan produk itu sendiri, ianya memegang, melindungi, menyimpan dan mengenal pasti produk selain untuk memudahkan proses pengurusan dan mengkomersialkan produk (Vidales Giovannetti, 1995). Secara lebih spesifik, terdapat 3 kategori pembungkusan. Kategori pertama ialah pembungkusan yang berhubung terus dengan produk. Kategori kedua pula merupakan pembungkusan yang mempunyai fungsi atau hubungan untuk menjaga kualiti produk. Ianya mengandungi satu atau lebih pembungkusan kategori pertama. Manakala pembungkusan kategori ketiga merupakan pembungkusan yang mengandungi pembungkus kategori pertama dan kategori kedua, fungsi pembungkus kategori ketiga adalah untuk proses pengedaran, penyelarasan dan melindungi semasa proses mengkomersialkan produk.Selain itu, ada juga pendapat yang menghuraikan bahawa pembungkusan merupakan sebahagian daripada proses untuk membina produk dan jenama sesuatu produk. Antaranya pendapat yang disuarakan oleh Evans dan Berman (1992) yang menyatakan bahawa pembungkusan merupakan ciri-ciri khas produk atau sifat produk. Daripada pendapat yang disuarakan oleh beliau, dapat ditakrifkan bahawa pembungkusan melambangkan ciri-ciri atau sifat sesuatu produk. Seperti mana produk-produk yang terdapat dipasaran, pasti terdapat gambar atau maklumat yang berkaitan dengan produk pada bungkusan produk yang dipasarkan. Gambar atau maklumat yang dipaparkan bertujuan untuk memberi gambaran yang lebih jelas kepada pengguna berkenaan produk yang dipasarkan. Pendapat ini disokong oleh Olson dan Jacoby (1972) yang menghuraikan mengenai perkaitan antara produk dan bungkusan. Pada pendapat beliau, pembungkusan adalah elemen luaran bagi suatu produk. Elemen yang dimaksudkan adalah elemen yang bertujuan untuk mengakui atau menggambarkan produk. Akan tetapi, tidak mempunyai hubungan fizikal dengan produk itu sendiri.

Dengan kata lain, pembungkusan juga merujuk kepada operasi membalut dan membungkus bertujuan untuk melindungi sesuatu barangan. Ia juga merupakan satu seni dan teknologi dimana ia memerlukan kepakaran seni rekabentuk.

4.1 Pembungkus CoklatBagi pembungkus coklat ini, kami menggunakan kertas dan produk paper based. Antara jenis kertas ini ialah kertas kraft, kertas kalis minyak, kertas lilin, kotak papan dan banyak lagi. Setelah dibuat penilaian, akhirnya kami telah memilih kertas bersalut plastik (plastic coated paper) untuk dilapik di bahagian luar pada kotak coklat tersebut.Kertas tersebut digunakan dalam bentuk kotak kecil untuk dimuatkan beberapa butir coklat di dalamnya. Kotak coklat tersebut direka dengan mempunyai penutup di bahagian atas. Jadi, para pengguna tidak akan mempunyai masalah untuk mengaplikasikan kotak itu kerana cara penggunaannya yang ringkas dan mudah. Selain itu, casing berpetak juga digunakan. Casing berpetak merupakan jenis pembungkusan yang biasa digunakan dalam membuat coklat dan memasarkannya. Dengan adanya casing ini, coklat-coklat di dalam kotak akan lebih teratur dan menyenangkan pengguna untuk memilih bentuk coklat kegemaran mereka.Tidak dilupa juga, kami telah meletakkan informasi-informasi sepatutnya pada kotak tersebut seperti kandungan nutrisi, harga, tarikh luput dan juga logo halal. Walaupun ciri-ciri ini kelihatan remeh tetapi kami tahu bahawa ramai pengguna sekarang lebih berwaspada dalam memilih barangan. Jadi, dengan adanya maklumat itu, pengguna boleh terus merujuk di situ tanpa perlu bertanya kepada mana-mana pihak yang bertangggungjawab.Kotak coklat ini sengaja kami reka dengan mempunyai bentuk yang sederhana kecil demi memenuhi kehendak pasaran yang mementingkan kesempurnaan dan kesenangan. Hal ini demikian kerana, kotak yang kecil ini akan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja.Akhir sekali, gabungan antara warna pembungkus, bentuk coklat serta bentuk pembungkusan dapat memberikan gambaran visual yang mampu menarik minat pengguna untuk membeli coklat tanpa perlu merasai coklat berkenaan.

Penutup kotak coklat

Seperti yang dapat kita perhatikan pada gambaran visual kotak di atas, kami percaya bahawa pengguna akan rasa tertarik untuk mencuba kerana tona warnanya yang menyerlah.

4.2 Pembungkus SusuSeperti kebanyakan syarikat yang menjual produk tenusu, kami juga menggunakan plastik sebagai pembungkus. Hal ini disebabkan oleh kemajuan pesat yang berjaya dilakukan dengan plastik di seluruh dunia dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Plastik ini kemudiannya kami bentukkan kepada bentuk botol.Bentuk botol yang silinder dapat memudahkan pengguna untuk memegangnya. Selain itu, bentuk silinder juga menyenangkan pengguna dari segi faktor penyimpanan kerana senang untuk diletak dan tidak mengambil ruang yang begitu luas.Filem pembungkus plastik yang fleksibel juga digunakan sebagai pembungkus botol plastik itu di bahagian luar. Dengan adanya filem ini, pengguna dapat meneliti khasiat dan maklumat yang terkandung di dalam susu tersebut.

Filem pembungkus plastik

Akhir sekali, bentuk botol yang mesra pengguna ini menyenangkan mereka untuk menyimpan susu tersebut di dalam peti ais. Hal ini amat penting kerana susu dapat tahan lebih lama jika didinginkan.

5.0 ANGGARAN KOS PEMBUNGKUS5.1 Kos Pembungkus Makanan (seunit)Plastic coated paper = RM 0.40Kotak = RM 0.50Cetakan = RM 1.00Jumlah= RM 1.90Harga jualan= RM 2.90Untung bersih = RM 1.00

5.2 Kos Pembungkus Minuman (seunit)Plastik = RM 1.05Filem pembungkus plastik = RM 0.35Cetakan = RM 0.50Jumlah = RM 1.99Harga jualan= RM 2.69Untung bersih = RM 0.70

6.0 IMPLIKASI PEMBUNGKUSTerdapat baik dan buruk berkenaan pemilihan bahan-bahan untuk pembungkus makanan dan minuman kami. Walau bagaimanapun, kami telah cuba untuk meminimumkan kekurangan yang mungkin berlaku dan lebih memikirkan tentang kebaikan yang dapat diperoleh.6.1 Pembungkus CoklatBahan: kertas dan produk paper basedKebaikan: Ringan Permukaannya boleh dicetak Kos yang rendah Senang untuk dilupuskan

Bentuk rekaan luaran & dalaman:Kebaikan: Mudah untuk dibawa Mudah untuk digunakan Menghalang coklat daripada bercampur dan bertaburan Menyerap gegaran

Berdasarkan ciri-ciri di atas, di sini kami huraikan mengapa kami katakan sebegitu. Bagi bahan asas yang digunakan untuk membentuk kotak pembungkus coklat ialah kertas dan produk paper based. Seperti yang kita tahu, bahan ini sangat ringan jika hendak dibandingkan dengan bekas pembungkus yang lain seperti tin dan sebagainya.Kotak pembungkus itu pula kemudiannya akan dilapisi di bahagian luar dengan plastic coated paper yang akan memudahkan proses pencetakan rekaan yang kami telah sediakan. Tambahan pula, bahan-bahan yang bersumberkan jenis ini adalah murah di pasaran kerana tidak memerlukan proses yang kompleks untuk menghasilkannya.Akhir sekali, bahan tersebut mudah untuk dilupuskan jika sudah tidak diperlukan lagi. Hal ini demikian kerana, kertas dan produk paper based amat mudah untuk dimusnahkan kerana kurangnya bahan kimia dalam komposisi kandungannya berbanding plastik.Bagi bentuk rekaan pula, kotak tersebut mudah dibawa dan digunakan kerana saiz yang digunakan amat sesuai untuk mereka yang sukakan apa-apa sahaja yang ringkas dan mudah. Coklat pula dapat dihalang daripada bercampur dan bertaburan kerana terdapatnya casing berpetak di bahagian yang memisahkan setiap coklat. Hal ini dapat memastikan supaya keadaan coklat sentiasa dalam keadaan yang baik dan tidak rosak bentuknya.Casing tersebut juga berfungsi sebagai penyerap gegaran. Jadi, secara tidak langsung, keadaan coklat akan lebih terpelihara dengan adanya aspek tambahan ini.

Casing untuk meletak coklat

Kotak pembungkus coklat

6.2 Pembungkus SusuBahan: plastikKebaikan: Kos yang rendah Proses pembuatan yang senang Ringan

Bentuk rekaan:Kebaikan: Mudah disimpan Senang dibawa Mesra pengguna

Seperti pembungkus makanan, di sini, kami juga akan menerangkan bagi setiap ciri yang diperlihatkan di atas. Bagi aspek bahan, kami telah gunakan plastik sebagai bahan asas. Salah satu sebabnya adalah kerana kosnya yang rendah.Salah satu sebab lain mengapa plastik dipilih adalah kerana proses pembuatan yang senang. Jadi, kami dapat memaksimumkan penghasilan pembungkus minuman untuk dibekalkan kepada syarikat. Proses penghasilannya mudah mungkin kerana tidak memerlukan masa, tenaga dan proses yang kompleks.Akhir sekali, plastik bersifat ringan. Sebagaimana kertas, plastik juga tergolong dalam golongan bahan-bahan yang mempunyai berat yang agak ringan.Bagi bentuk rekaan pula, keadaan botol yang mempunyai bentuk silinder amat memainkan peranan yang sungguh penting kerana hanya dengan menggunakan bentuk tersebut, kami dapat memastikan bahawa pembungkus ini mudah untuk disimpan dan dibawa, justeru itu, menghasilkan satu rekaan yang mesra pengguna.

Botol berbentuk silinder

7.0 RUMUSAN / CADANGANSebagai rumusan, pembungkus makanan dan minuman kami haruslah dipilih kerana memberi banyak impak yang positif kepada pengguna sama ada dari segi kos, penggunaan dan khasiat makanan serta minuman yang kami bungkus. Hal ini demikian kerana, susu dan coklat amat memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan tubuh seseorang itu sentiasa sihat. Sebagai contoh, susu mengandungi kalsium dan vitamin D yang dapat membantu perkembangan tulang dan gigi individu terbabit. Bagi coklat pula, kandungan lemak, gula dan tenaga yang terkandung di dalamnya dapat membantu kita untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih lancar kerana mempunyai sumber tenaga yang mencukupi.Selain daripada memberi impak yang positif kepada pengguna, pembungkus kami juga memberi impak yang positif kepada syarikat yang menggunakan rekaan kami ini. Ini sudah tentulah berkaitan dengan harga dan sumber pembungkus itu sendiri. Kos yang diperlukan untuk menghasilkan satu unit pembungkus kami tidaklah terlalu mahal kerana barang yang digunakan tidak terlalu kompleks. Tambahan pula, barangan yang kami gunakan mesra pengguna serta mesra alam.Oleh yang demikian, tiada sebab mengapa rekaan kami tidak diterima oleh syarikat yang terbabit kerana kami telah cuba sedaya upaya untuk memenuhi kehendak mereka serta kehendak pasaran.Jikalau rekaan pembungkus kami ini dapat diterima, saya memberi cadangan bahawa pihak kami akan sekali lagi berunding dengan pihak syarikat untuk membuat sebarang penambahbaikan yang mampu untuk mengoptimumkan keuntungan yang bakal diperoleh.Kami juga tidak teragak-agak untuk menghasilkan rekaan yang lebih bermutu di masa yang kelak jika rekaan ini dapat diterima dan mampu untuk menembusi pasaran dalam negara khususnya.

8.0 REFLEKSISepanjang menjalankan kerja kursus ini, banyak yang telah saya pelajari, bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga dalam kehidupan seharian saya. Proses-proses dalam menyiapkan kerja kursus ini telah mengajar saya erti berusaha dan bersabar. Hal ini demikian kerana, saya bukanlah orang yang rajin dan cepat dalam melakukan sesuatu hal, jadi secara tidak langsung, dalam menyiapkan kerja kursus ini, perasaan malas itu semakin pudar kerana jika kita sudah komited dalam melakukan sesuatu kerja, nescaya kita akan berasa seronok ketika melakukannya.Dari segi akademik pula, saya dapat memahami dengan lebih jelas tentang cara-cara dan faktor-faktor yang utama dalam menghasilkan rekaan yang berkualiti serta dapat diterima awam. Jadi, secara tidak langsung saya telah memperoleh serba sedikit ilmu yang sangat berguna bagi saya apabila menjejakkan kaki ke dalam profesion ini beberapa tahun akan datang.Dalam menghasilkan rekaan pembungkus-pembungkus ini, secara tidak langsung telah mematangkan saya dalam membuat pemilihan idea yang bersesuaian demi menghasilkan suatu kepuasan terhadap hasil usaha sendiri. Walaupun bekerja secara kolaboratif bersama rakan sekumpulan, saya masih mengekalkan keaslian idea saya yang kemudiannya disulami dengan idea dari rakan sekumpulan.Di sini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Pn. Wan Haspinah bt. Wan Hussin kerana telah membimbing kami berdua dalam usaha menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada rakan sekelas yang telah memberikan komitmen yang sebaiknya dalam bekerjasama menyiapkan tugasan kali ini.Walaupun banyak kekangan yang terpaksa dilalui untuk menghasilkan kerja kursus ini, terutamanya untuk berjumpa dengan pensyarah pembimbing, kami tidak berputus asa dalam menanyakan idea dan tunjuk ajar daripada rakan sekelas mengenai apa yang mereka tahu mengenai kerja kursus ini. Sedikit demi sedikit kami berupaya mengubah apa yang sepatutnya.

Namun, cabaran dalam menyiapkan tugasan ini terus meningkat dengan wujudnya percanggahan pandangan antara kami sekelas. Walau bagaimanapun, kami bersetuju untuk melakukan apa yang dirasakan terbaik dan memenuhi kehendak soalan. Oleh yang demikian, kami telah berkongsi pandangan masing-masing tersebut untuk disatukan dalam satu kerja.Akhir sekali, dalam menyiapkan kerja kursus ini, sedikit sebanyak telah mengajar saya supaya pandai berbincang dan bertoleransi dengan rakan sekumpulan saya demi menghasilkan satu kerja yang bermutu serta berkualiti.

MUHAMMAD SAFWAN BIN SHUHAMI921015-07-51252PISMP SN

Pertama sekali, saya ingin merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia-Nya diberi kesihatan dan kesempatan dalam menyiapkan kerja kursus subjek literasi nombor ini. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang dihormati, Puan Wan Haspinah binti Wan Hussin yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada para sahabat yang banyak memberi dorongan dan idea-idea bernas bagi membantu kami menyiapkankerja kursus ini. Sesungguhnya, tanpa bimbingan dan tunjuk ajar daripada pensyarah, mustahil kerja kursus ini berjaya disiapkan.Semasa menjalankan kerja kursus ini, banyak halangan yang telah saya hadapi. Memandangkan terdapat banyak kerja kursus lain yang perlu disiapkan, saya terpaksa bergelut dengan masa bagi menyiapkan kerja kursus ini. Perancangan masa yang bijak merupakan faktor utama saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu, saya juga mempunyai kesukaran bagi mengadakan sesi kolaborasi bersama pensyarah pembimbing kerana beliau mempunyai banyak komitmen lain. Walau bagaimanapun, kami berjaya mencari waktu bagi mengadakan beberapa sesi kolaborasi bersama beliau.Kerja kursus ini banyak memberi input yang berguna kepada saya mengenai geometri dan penghasilan produk. Perkara ini bagi saya adalah sangat bermanfaat dan boleh diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.Setelah bertungkus-lumus selama beberapa minggu, akhirnya tugasan ini berjaya kami siapkan. Sesungguhnya, pengalaman menyiapkan tugasan ini amat berharga. Banyak perkara yang telah saya pelajari sepanjang menyiapkan tugasan ini. Antaranya ialah sentiasa berusaha dengan berterusan. Tanpa usaha yang berterusan, sudah pasti tugasan ini tidak akan berjaya disiapkan. SALIHIN BIN AHMAD920422-13-58132PISMP SNBIBLIOGRAFIa) Laman webAspek Pembungkusan dalam Pemasaran. Dimuat turun pada 9 Ogos 2012 daripada http://infosky.wordpress.com/2008/02/26/aspek-pembungkusan-dalam-pemasaran/

Bahan-bahan pembungkusan. Dimuat turun pada 8 Ogos 2012 daripada http://www.dairyforall.com/package-mater.php

Pembungkusan. Dimuat turun pada 1 Ogos 2012 daripada http://tangkapgambar.blogspot.com/2012/04/pembungkusan-p2.html

Sejarah koko. Dimuat turun pada 8 Ogos 2012 daripada http://portalduniaku.koko.my/index.php?option=com_content&view=article&id=219&Itemid=510

b) Artikel elektronikKajian Operasi Laporan Tahunan (1999-2000). Fraser & Neave Holdings Bhd.26