14
LMCK 1531 KEPIMPINAN DAN KREATIVITI PROGRAM PANGSAPURI ANGKAT FIESTA SINERGI INTELEK (FSI) 2014/2015 KOLEJ TUN SYED NASIR NAMA : NUR AMANINA BINTI CHE DERAMAN NO. MATRIK : A 147303 SET : 3

Lmck 1531 Kepimpinan Dan Kreativiti

Embed Size (px)

DESCRIPTION

H

Citation preview

LMCK 1531 KEPIMPINAN DAN KREATIVITI

PROGRAM PANGSAPURI ANGKATFIESTA SINERGI INTELEK (FSI) 2014/2015KOLEJ TUN SYED NASIR

NAMA : NUR AMANINA BINTI CHE DERAMANNO. MATRIK : A 147303SET : 3TAHUN : SEM 1 2014/2015KEPIMPINAN : EXCO PERHUBUNGAN DAN PENGANGKUTANPENSYARAH : DR TUAN MAZLELAA BINTI TUAH MAHMOOD

LAPORAN SEKRETERIAT PERHUBUNGAN DAN PENGANGKUTAN PROGRAM PANGSAPURI ANGKAT FIESTA SINERGI INTELEK (FSI) 2014/2015 KOLEJ TUN SYED NASIR

GERAK KERJABILTARIKHGERAK KERJATINDAKAN

130 OKT 14Perbincangan bersama exco dan ajk.Penjelasan tugas perhubungan dan pengangkutan serta membahagikan tugas.

22 NOV 14Mendapat senarai pempamer.Mula mencari contact semua pempamer.

33 NOV 14Memilih pempamer dan menyediakan surat jemputan.3.1 Daripada contact yang cari, pemilihan pempamer dijalankan dan mula menghubungi :

i. BSMNii. PMFFARiii DENSTAIV AUDIOLOGI

44 NOV 14Senarai barang yang diperlukan.Menyenaraikan barang keperluan dan memberitahu teknikal

55 NOV 14Perbincangan bersama exco dan ajk.Mengemaskini tugas mengenai pempamer. Menghubungi pentadbir pangsapuri.

6.10 NOV 14Mencari pengangkutanMenghantar surat memohon kebenaran untuk pengangkutan

7.16 NOV 14Mengenalpasti bilangan pempamer yang akan hadir.Menghantar surat jemputan kepada pempamer yang dapat hadir.

8..23 NOV 14Perjumpaan bersama exco dan ajk.Membincangkan status pempamer dan pengangkutan seperti membuat jadual pengangkutan. Pembahagian tugas pada hari kejadian.

9.24 NOV 14Perjumpaan bersama exco lainMengemaskini bilangan pempamer kepada jamuan dan mengenal pasti barang yang diperlukan daripada teknikal.

10.3 DIS 14Lawatan ke PangsapuriMengenalpasti ruang untuk membuat pameran.

11.4 DIS 14Taklimat bersama pempamer11.1 Menerangkan dan memberitahu tentang perincian program dan pengangkutan .11. 2 Exco 1 bersama-sama Pengarah menghadiri mesyuarat bersama dengan wakil bahagian Umno Fasa 3

12.5 DIS14Persiapan tempat programMenyusun meja, kerusi dan papan kenyataan yang diperlukan untuk pempamer.

OBJEKTIF 1. Mengasah ciri ciri kepimpinan dalam diri bagi menjayakan sesuatu program.2. Mencari pengalaman dalam melakukan kerja berpasukan 3. Menyemai kesedaran tentang perlunya semangat kerjasama yang kuat dalam setiap organisasi dalam menjayakan sesuatu program.4. Mengeratkan hubungan sesama ahli organisasi dan masyarakat luar disamping melatih diri berkomunikasi dengan orang ramai5. Melahirkan mahasiswa yang berkeyakinan, berkepimpinan dan beretika.6. Memberi bantuan kepada masyarakat luar yang memerlukan pertolongan dari segala aspek seperti kesihatan dan kebersihan kawasan.7. Memberi kesedaran kepada diri sendiri bahawa bukan semua manusia hidup sempurna.

REFLEKSI KEPIMPINAN DIRI

The function of leadership is to produce more leaders, not more followers-Ralph Nader. Potongan kata-kata itu memberi saya semangat bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi pemimpin jika seseorang itu ada kemahuan. Program yang dianjurkan oleh Fiesta Sinergi Intelek (FSI) di bawah subprogram Pangsapuri Angkat ini telah dijalankan di Pangsapuri Fasa 3, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur pada 6 Disember 2014 dengan jayanya oleh semua ahli organisasi Pangsapuri Angkat yang dianggotai oleh pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia.

Program berbentuk kemasyarakatan ini telah memberi impak yang besar kepada diri saya sendiri dan juga organisasi -organisasi yang terlibat. Program ini juga memperkukuhkan lagi ciri-ciri kepimpinan diri dalam setiap pelajar kerana keseluruhan program ini dijalankan atas kerjasama semua pihak. Sebagaimana objektif program yang digariskan seperti mengasah ciri- ciri kepimpinan dalam diri, mencari pengalaman bekerja dalam berpasukan, mengeratkan hubungan dengan masyarakat luar disamping membantu mereka dapat dicapai secara menyeluruh dan berkesan disamping memberi impak yang besar bukan kepada ahli organisasi sahaja malah penduduk di bandar tersebut.

Melalui program ini saya selaku exco bahagian perhubungan dan pengangkutan ditugaskan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan peserta yang akan terlibat dengan aktiviti pameran dan juga urusan pengangkutan semasa program tersebut berjalan. Dua bulan sebelum program bermula, sesi perbincangan telah dilakukan oleh exco dan ajk perhubungan dan pengangkutan yang disertai oleh enam orang pelajar selaku ahli organisasi Fiesta Sinergi Intelek. Dari sudut perbincangan mengenai kepimpinan, setiap pelajar telah diberikan tugas masing-masing bagi memudahkan kerja yang akan dijalankan dan memastikan setiap pelajar merasai tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.

Program kemasyarakatan ini memberi kemudahan kepada penduduk bandar Baru Sentul dengan adanya perkhidmatan kesihatan secara percuma. Jadi, saya selaku exco perhubungan telah ditugaskan untuk mencari orang yang ingin memberi khidmat kesihatan percuma tersebut. Kerja ini dipermudahkan dengan izinNya kerana perkhidmatan yang berbentuk kesihatan ini akan disertai oleh pelajar UKM sendiri iaitu daripada persatuan Fakulti Farmasi, persatuan Fakulti Pergigian, Audiologi dan Bulan Sabit Merah. Semua senarai peserta pempamer diperoleh dan surat jemputan untuk mereka telah dihantar oleh exco dan ajk bahagian perhubungan.

Pada hari kejadian, semua ahli organisasi Pangsapuri Angkat bersama-sama menaiki bas bertolak ke Bandar Baru Sentul yang hanya mengambil masa 30 minit perjalanan ke sana. Saya ditugaskan untuk memeriksa setiap kehadiran ahli organisasi dan pempamer sebelum bas bertolak ke destinasi. Untuk memastikan setiap orang datang tepat pada waktunya bukanlah kerja yang mudah kerana tidak semua orang boleh menepati waktu. Tetapi saya sangat berpuas hati dan bangga dengan diri saya selaku exco perhubungan kerana dapat melakukan tugasan yang dipertanggungjawabkan dengan jayanya. Saya percaya sifat kepimpinan dapat dipupuk melalui cara ini dan tidak mustahil jika urusan yang lebih besar diberikan kepada saya kelak akan dipermudahkan lagi dengan izinNya.

Ketibaan kami disambut dengan meriah oleh para penduduk di sana. Saya sangat terharu dengan semangat yang ditunjukkan oleh penduduk di sana. Tugas kami sebagai exco perhubungan dan pengangkutan diteruskan lagi dengan aktiviti menguruskan barang-barang untuk pempamer. Setiap ahli organisasi bersama-sama berganding bahu menguruskan tempat yang dipilih berdekatan pangsapuri untuk memudahkan sebarang perkhidmatan dan aktiviti bersama masyarakat dilakukan. Kami meneruskan aktiviti dengan pembahagian tugas untuk gotong-royong membersihkan kawasan pangsapuri tersebut.

Bukan itu sahaja, perkhidmatan kesihatan percuma mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk pangsapuri itu sehingga pempamer tidak menang tangan melayan kerenah penduduk di sana. Aktiviti sukaneka pula dijalankan pada sebelah petang. Urusan saya selaku bahagian perhubungan tidak terhenti di situ sahaja, pada sebelah malamnya saya ditugaskan untuk menghubungi pemandu lori dan bas untuk menghantar semua ahli organisasi dan barang-barang peralatan pameran untuk dibawa pulang ke kolej. Pepatah ada mengatakan pengalaman adalah sebuah sisir yang diberikan alam semesta kepada kita saat kita botak tak berambut. Pepatah ini membawa maksud yang amat dalam tentang hebatnya pengalaman ini memberi peranan dan saya percaya setiap momentum adalah sebuah pengalaman. Saya berasa sangat bertuah kerana melalui program ini menjadikan kami lebih matang dengan pembahagian tugas dengan sangat lancar tanpa kekalutan. Apa yang dapat disimpulkan melalui program ini, saya mempelajari banyak perkara termasuk cara melatih menjadi seorang pemimpin yang berguna. Seorang pemimpin yang berjaya mempunyai sifat pengaruh yang tinggi dan saya percaya sedikit sebanyak sifat tersebut ada pada diri saya. Akhir sekali, melalui program ini saya lebih berani untuk bersuara dalam membuat keputusan. Peranan semua pihak dalam menjayakan program ini sangat memberi kejayaan yang memberangsangkan dan saya berharap dapat melakukan program kemasyarakatan sebegini pada masa hadapan.

LAMPIRAN Sesi perbincangan exco perhubungan dan pengangkutan

Sesi perbincangan organisasi FSI

mempersiapkan tempat untuk pameran dan perkhidmatan kesihatangotong-royong

Pameran dan perkhidmatan kesihatan oleh BSMMKhidmat kesihatan oleh persatuan Fakulti Farmasi

Acara sukanekaPameran dan perkhidmatan kesihatan oleh Audiologi dan persatuan Fakulti Pergigian