21
PENGENALAN Local Agenda 21 (LA21) merupakan satu program yang dirancang oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mewujudkan pembangunan mampan di bawah kawasan pentadbirannya. Ia telah mula diperkenalkan hasil daripada Persidangan Earth Summit di Rio de Janeiro, Brazil yang telah diadakan pada 3hb hingga 14hb Jun 1992. Agenda 21 ialah suatu program tindakan pembangunan mampan global manakala angka "21" menandakan abad ke-21. Program Agenda 21 tersebut telah ditandatangani oleh lebih 178 wakil kerajaan termasuk Malaysia. Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung dengan pembangunan mampan dan Bab 28 dalam Agenda 21 bertajuk "Usaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Dalam Menyokong Agenda 21" menetapkan supaya PBT melaksanakan proses perundingan dengan masyarakat untuk merumuskan "Local Agenda 21" masing-masing. Oleh yang demikian, LA21 ialah Agenda 21 di peringkat tempatan yang memfokuskan kepada PBT bagi satu-satu kawasan

Local Agenda 21

  • Upload
    azmir

  • View
    2.191

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Local Agenda 21

PENGENALAN

Local Agenda 21 (LA21) merupakan satu program yang dirancang oleh Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mewujudkan pembangunan mampan di bawah

kawasan pentadbirannya. Ia telah mula diperkenalkan hasil daripada Persidangan Earth

Summit di Rio de Janeiro, Brazil yang telah diadakan pada 3hb hingga 14hb Jun 1992.

Agenda 21 ialah suatu program tindakan pembangunan mampan global manakala

angka "21" menandakan abad ke-21.

Program Agenda 21 tersebut telah ditandatangani oleh lebih 178 wakil kerajaan

termasuk Malaysia. Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung

dengan pembangunan mampan dan Bab 28 dalam Agenda 21 bertajuk "Usaha Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT) Dalam Menyokong Agenda 21" menetapkan supaya PBT

melaksanakan proses perundingan dengan masyarakat untuk merumuskan "Local

Agenda 21" masing-masing. Oleh yang demikian, LA21 ialah Agenda 21 di peringkat

tempatan yang memfokuskan kepada PBT bagi satu-satu kawasan

Page 2: Local Agenda 21

PRINSIP-PRINSIP LA21

Beberapa prinsip-prinsip LA21 telah digariskan oleh KPKT bagi mencapai objektif ke

arah pembangunan mampan iaitu:-

1. Penyertaan Dan Ketelusan

Melibatkan masyarakat tempatan termasuk pihak swasta, pihak berkuasa tempatan

dan jabatan-jabatan kerajaan lain dalam semua program LA21. Maklumat tentang

program LA21 dan pembangunan mampan mestilah sentiasa terbuka kepada

masyarakat tempatan.

2. Usahasama

Mewujudkan usahasama dan tanggungjawab bersama antara semua pihak

berkepentingan di semua peringkat program LA21.

3. Kebertanggungjawaban

Memastikan bahawa semua rakan usahasama bertanggungjawab kepada keputusan

dan tindakan yang diambil.

4. Pendekatan Menyeluruh

Menangani punca masalah-masalah sosial, ekonomi dan alam sekitar dengan cara

yang sepadu dan merangkumi seluruh masyarakat tempatan.

5. Peka Kepada Keupayaan

Memastikan bahawa corak hidup dan pembangunan kita adalah mesra alam dan

selaras dengan keupayaan alam sekitar.

6. Kesaksamaan

Memastikan bahawa semua lapisan masyarakat tempatan, tanpa membezakan

kaum, jantina, umur, keupayaan, taraf sosio-ekonomi atau latar belakang, diwakili

dalam program LA21.

7. Mementingkan Masa Hadapan

Memastikan bahawa kepentingan-kepentingan masa kini dan lebihlebih lagi masa

hadapan diambilkira pada semua peringkat program LA21.

8. Hasil Yang Nyata

Membuahkan hasil yang nyata supaya program Local Agenda 21 dapat

dipertingkatkan dan dipastikan berterusan.

Page 3: Local Agenda 21

CIRI-CIRI PERLAKSANAAN LOCAL AGENDA 21

Bagi proses perlaksanaan LA21, PBT perlu menerapkan ciri-ciri seperti

mana dibawah iaitu:-

i. Menangani keperluan ekonomi, sosial dan alam sekitar bersama

ii. Merumus wawasan masa hadapan yang mampan berdasarkan sepersetujuan

(consensus)

iii. Melibatkan masyarakat tempatan

iv. Mewujudkan badan atau forum yang terdiri daripada pihak-pihak yang

berkepentingan untuk menguruskan proses ini

v. Merumuskan pelan tindakan dengan sasaran-sasaran tertentu

vi. Mewujudkan rangka kerja pemantauan dan laporan perkembangan projek

vii. Merumuskan petunjuk-petunjuk pembangunan mampan

viii. Melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program-program untuk menjayakan pelan-pelan

tindakan yang telah dirumuskan

Page 4: Local Agenda 21

FAEDAH-FAEDAH PERLAKSANAAN LOCAL AGENDA 21

Menurut KPKT (2002), perlaksanaan projek LA21 sememangnya menjanjikan kebaikan

kepada semua pihak yang terlibat. Antara faedah yang bakal

diterima adalah:-

1. Sebagai Individu

Sebagai masyarakat setempat dan individu yang terlibat, segala pendapat yang

diberikan akan diambilkira dalam perancangan dan pelaksanaan

programprogram untuk meningkatkan kualiti hidup. Ini kerana PBT adalah

merupakan pihak yang lebih peka kepada keperluan-keperluan masyarakat

setempat. Dengan cara demikian, ia dapat mewujudkan alam sekitar yang lebih

selesa, kualiti hidup yang lebih tinggi dan seterusnya dapat meningkatkan rasa

bangga, cinta dan bertanggungjawab kepada alam sekitar.

2. Persatuan Atau Syarikat

Dengan perlaksanaan LA21 maka ia dapat meningkatkan imej pertubuhan atau

syarikat sebagai badan masyarakat atau korporat yang bertanggungjawab dan

peka terhadap keperluan-keperluan masyarakat tempatan dan pihak-pihak

berkepentingan yang lain. Syarikat dan persatuan dapat menjalankan program-

program dengan lebih berkesan kerana adanya kerjasama daripada pihak-pihak

berkepentingan yang lain. Selain itu ia juga dapat memberi peluang untuk

merancang dan menguruskan pembangunan alam sekitar kawasan anda

bersama-sama dengan PBT. Ia juga dapat memberi input kepada dasar-dasar

dan kaedah operasi tempatan yang ada kesan kepada alam sekeliling, selain

berkhidmat untuk masyarakat.

Page 5: Local Agenda 21

3. Wakil Kerajaan

Faedah yang diterima oleh wakil kerajaan adalah dapat meningkatkan

persefahaman antara masyarakat dengan pihak kerajaan dan dapat

meningkatkan sokongan masyarakat kepada program-program yang akan

membawa manfaat kepada semua. Dengan penglibatan seseorang wakil

kerajaan, maka ia dapat mempertingkatkan imej sebagai wakil kerajaan yang

mempraktikkan tadbir urus yang baik (good governance) dengan adanya

penyertaan awam, ketelusan, kepekaan dan kesepakatan.

4. Pihak Berkuasa Tempatan

Faedah yang diterima oleh PBT adalah dapat meningkatkan kerjasama antara

PBT, sektor swasta dan masyarakat dengan pengurusan kawasan persekitaran

yang lebih teratur dan cekap kerana wujudnya kerjasama antara masyarakat dan

PBT. Selain itu, pembangunan bandar juga akan lebih teratur dan peka kepada

keperluan tempatan. Disamping itu juga, sokongan dan penglibatan masyarakat

akan dapat dipertingkatkan dan seterusnya hasrat serta hala tuju masyarakat,

sektor swasta dan MBJB dapat diselaraskan.

Page 6: Local Agenda 21

TAPAK-TAPAK PROJEK PERINTIS LA21

Pada pertengahan tahun 1999, Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian

Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menjemput semua PBT di Malaysia supaya

menyertai Projek Perintis LA21. Selepas penilaian dibuat berdasarkan minat dan

kemampuan PBT yang memohon, PBT-PBT berikut telah dipilih untuk melaksanakan

projek perintis LA21:

• Majlis Perbandaran Miri

• Majlis Perbandaran Petaling Jaya

• Majlis Daerah Kerian

• Majlis Perbandaran Kuantan

Lokasi Tapak-Tapak Projek Perintis Local Agenda 21

Pilihan ini juga mewakili jenis dan lokasi PBT dalam negara, iaitu:

• Majlis Perbandaran Miri bagi PBT-PBT Sabah dan Sarawak

• Majlis Perbandaran Petaling Jaya di kawasan tengah Semenanjung dan bagi PBT

yang bersaiz besar dan mempunyai isu-isu perbandaran yang agak kompleks

• Majlis Daerah Kerian di utara Semenanjung dan bagi PBT-PBT peringkat daerah

• Majlis Perbandaran Kuantan di pantai timur Semenanjung dan bagi PBT-PBT yang

bersaiz sederhana

Page 7: Local Agenda 21

PERLAKSANAAN LA21 DI MAJLIS PERBANDARAN PETALING JAYA

Petaling Jaya adalah merupakan sebuah bandar baru yang ditubuhkan pada

tahun 1952. Tanah seluas 3,600 ekar telah dikhaskan untuk pembangunan sebuah

bandar baru. Apabila Petaling Jaya mula menunjukkan kemajuan mendadak pada tahun

1954 melalui Ordinan No. 36, Petaling Jaya Authority (dan kemudiannya dikenali

dengan Perbadanan Kemajuan Petaling Jaya) telah ditubuhkan dengan tujuan

memajukan sebuah bandar satelit.

Pada 1hb Januari 1964 sebuah Lembaga Bandaran yang mempunyai 'autonomi

kewangan' telah ditubuhkan melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor G.N. Bil.2/1964

untuk mentadbir bandar Petaling Jaya. Ia telah dinaiktaraf sebagai Lembaga Bandaran

Petaling Jaya. Pada 1hb Januari 1977, telah dinaiktaraf sekali lagi menjadi Majlis

Perbandaran Petaling Jaya. Petaling Jaya kini mempunyai keluasan lebih kurang 97.2

km persegi berkembang sebagai pusat tumpuan pelaburan dan sektor perindustrian

serta pendidikan. Kini kawasan perindustrian dan perdagangannya telah melebihi 20%.

Petaling Jaya terus membangun dan menyediakan kemudahan kepada lebih 590

industri yang terus beroperasi. Kepesatan ini telah menyumbang kepada pertumbuhan

penduduk yang melebihi 480,000 orang dengan kawasan perumahan melebihi 52%.

Kemajuan Perbandaran dan kepesatan sektor ekonominya menjadi simbol kemajuan

bagi Negeri Selangor Darul Ehsan. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbirnya adalah

Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

Page 8: Local Agenda 21

KRONOLOGI LA 21 DI PETALING JAYA

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memilih MPPJ untuk

dijadikan projek perintis bagi Perlaksaan program LA21. Projek LA 21 telah

dibangunkan oleh Unit Perancangan Ekonomi dan United Nations Development

Programme.

Bengkel LA21 telah dilaksanakan pada 1hb dan 2 hb Februari 2000 dan telah

disertai dan dihadiri oleh 150 orang peserta termasuklah NGO, Organisasi Masyarakat

(CBO), Agensi Kerajaan, Sekolah, Pihak Swasta, dan MPPJ. Peserta bengkel tersebut

telah mengenalpasti 3 isu utama di PJ iaitu keselamatan, persekitaran (Alam Sekitar)

dan Intergerasi Sosial. Selain itu, bengkel LA21 telah mencipta wawasan bagi LA21 di

PJ iaitu “kami komited untuk menyelesaikan segala isu yang berbangkit daripada

masyarakat umum untuk mewujudkan persekitaran yang selesa, selamat, harmoni dan

perbandaran yang mampan”.

MPPJ juga telah melaksanakan seminar LA21 pada 10hb Mei 2000. Pada

seminar yang diadakan sebelumnya, peserta dan penduduk setempat telah menghadiri

seminar tersebut dengan jayanya dan mereka begitu bersemangatmemberi pandangan

serta mengutarakan segala permasalahan yang berbangkit.

Komuniti LA21 telah ditubuhkan pada Julai 2000 dan dipengerusikan oleh Yang

di Pertua MPPJ. Komuniti tersebut mempunyai seramai 37 orang ahli. Komuniti tersebut

telah melibatkan NGO, CBO, Agensi Kerajaan, Pihak Swasta dan MPPJ. Pada masa

yang sama, logo dan slogan baru bagi LA21 Petaling Jaya dilancarkan iaitu “Ke arah

Pembangunan Mampan”.

Page 9: Local Agenda 21

Pelaksanaan Local Agenda 21

Merupakan satu komuniti yang mesra untuk mempromosi pembangunan dan

pentadbiran bandar yang kukuh  

Merupakan satu forum untuk penyertaan komuniti dan penasihat di dalam pelan

perbandaran dan proses pembangunan

Pendekatan Implimentasi

Menyokong strategi Pengukuhan Pembangunan di Negeri Selangor dan

menjadikan Local Agenda 21 sebagai satu penunjuk perlaksanaan.

Menubuhkan pendekatan dengan strategi pengukuhan pembangunan dalam

proses pentadbiran.

Memfokus dalam alam persekitaran, integerasi sosial dan aspek-aspek sosial

dalam proses perlaksanaan.

Memberi sokongan yang berterusan dalam proses perlaksanaan inisiatif yang

sedia ada.

Konsep Dasar Local Agenda 21

Persekutuan dan penyertaan di kalangan pihak-pihak penguasaan, komuniti,

agensi kerajaan, sektor-sektor swasta dalam rancangan, perlaksanaan dan

pentadbiran aktiviti-aktiviti sistem pengkukuhan pembangunan perbandaran.

Pendekatan pentadbiran dari bawah ke atas.

Pendekatan yang sistematik dan dari segi keugamaan.

Page 10: Local Agenda 21

Ciri-ciri program LA21:

Ia menyatakan keperluan bersama ekonomi, sosial dan ekologi.

Ia mengabungkan satu visi konsensus untuk pengukuhan di masa depan.

Ia mengabungkan satu proses penyertaan bersama penduduk tempatan.

Ia menubuhkan kumpulan-kumpulan Pengerusi, Forum atau sektor yang

berbilang kumpulan komuniti untuk melangsungkan proses-proses pentadbiran.  

Ia mempunyai satu pelan tindakan dengan sasaran yang konkrit dalam tempoh

panjang.

Ia mengetuai dan melaporkan dalam lingkungan kerja.

Ia mempunyai penunjuk untuk mengetuai proses kemajuan.

Ia mempunyai kewujudan aktiviti-aktiviti yang nyata serta program dalam pelan

tindakan.

Cabaran Dalam Local Agenda 21

Memenuhi keperluan ekonomi, sosial dan alam persekitaran.

Merumuskan visi berpandukan dengan kosensus.

Mengabungkan semua segmen-segmen daripada komuniti tempatan.

Memikir dengan keseluruhan serta bertindak sepenuhnya.

Menubuhkan institusi-institusi yang melibatkan pihak-pihak pengerusi daripada

sektor-sektor yang berlainan.  

Merumuskan dan melaksanakan pelan tindakan berpandukan dengan sasaran

dan objektif.

Menubuhkan aktiviti-aktiviti dalam rumusan kerja.

Menghasilkan laporan kemajuan pada setiap projek-projek yang dilakukan.

CARTA ORGANISASI LOCAL AGENDA 21 MPPJ

Page 11: Local Agenda 21

Carta Organisasi Jawatankuasa LA21 MPPJ

Bil Jawatankuasa Kerja Pelan Tindakan Pengerusi

1 PJS 2 Pengerusi Jawatankuasa En. Aman b. Mat

2 Ekonomi Pelan Tindakan EkonomiYB Dato Ghazali B Dato

Yusoff

3 Keselamatan Pelan Tindakan Keselamatan YB. Dr. Lim Thuang Seng

4 Alam Sekitar Pelan Tindakan Alam Sekitar YB. Dr. Wong Sai Hou

5 Integrasi SosialPelan Tindakan Memperkukuhkan

Semangat KejirananYB. Lim Choon Kin

6 SS 22 Pelan Tindakan Perangkaan En. Yew Cheng Hoe

Jawatankuasa LA21

Page 12: Local Agenda 21

FUNGSI JAWATANKUASA KERJA

Antara fungsi Jawatankuasa kerja di MPPJ adalah:-

Mengadakan aktiviti seperti berdialog, penyelidikan dankempen di peringkat

tempatan.

Membangunkan pelan tindakan dan mewujudkan strategi.

Merancang, mengurus dan melaksanakan projek printisLA21.

Membuat laporan prestasi bagi komuniti LA21.

Memudahcarakan perlaksanaan projek perintis LA 21 PJ.

Memandu arah tuju projek perintis LA 21 PJ.

Merangka pelan tidankan dan strategi perlaksanaan projek perintis LA 21 PJ.

Menyelaras, melaksana dan mengawasi kemajuan projek perintis LA 21 PJ.

Melaporkan kemajuan projek kepada Majlis Penuh, Jawatankuasa Teknikal dan

Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan.

Menjalankan aktiviti meningkat kesedaran melalui dialog, penyelidikan dan kempen

di peringkat tempatan.

Merangka pelan tindakan dan strategi perlaksanaan.

Menyalaras, melaksana dan mengawasi kemajuan projek perintis Local Agenda 21.

Melaporkan kemajuan kepada Jawatankuasa LA 21 PJ.

Page 13: Local Agenda 21

PELAN TINDAKAN LOCAL AGENDA 21

Jawatankuasa Kerja Alam Sekitar

Jawatankuasa Kerja Alam Sekitar telah merangkakan Pelan Tindakan Pengurusan Sisa

Pepejal Domestik untuk perlaksanaan. Antara program yang telah dilaksanakan

termasuk :-        

Sesi Taklimat Local Agenda 21 dan Program Kitar Semula kepada semua

sekolah di Petaling Jaya.  

Demonstrasi Memkompos sisa buangan dapur dan taman di kawasan kejiranan. (

setakat ini 3 kali demo telah dijalankan ).  

Jawatankuasa Kerja SS 22 telah mencetak dan mengagihkan risalah untuk

meningkatkan kesedaran, komuniti di SS dan menubuhkan satu pusat kitar

semula.

Galakan penubuhan Pusat Kitar Semula komuniti. Yang baru dilancarkan adalah

Pusat Kitar Semula Komuniti Bandar Sri Damansara pada 26/1/2002.  

Latihan kesedaran Local Agenda 21 kepada pelajar dan guru-guru di Petaling

Jaya.  

Perlaksanaan Projek Perintis “River basin management” dengan GEC dan NGO

lain.  

Perlaksanaan Projek Perintis “ Harmonising NEHAP policy in the local

government” bersama Kementerian Kesihatan.  

Anjuran Karnival Makanan Semulajadi dan Organik bersama NGO lain untuk

mempromosikan kesedaran mengkompos sisa buangan.          

Page 14: Local Agenda 21

J awatankuasa kerja Integrasi Sosial

Jawatankuasa kerja Integrasi Sosial telah merangkakan Pelan Tindakan

Memperkukuhkan Semangat Kejiranan untuk perlaksanaan. Antara Program yang telah

dijalankan termasuk :-        

Mengadakan Pertandingan Kawasan Kejiranan Terbaik Tahun 2004 Petaling

Jaya.

Jawatankuasa Kerja SS 21 telah menganjurkan Hari Keluarga yang julung kali

diadakan bersama semua pihak berkepentingan di satu kawasan kejiranan.

Penganjuran Pertandingan Kawasan Kejiranan Terbaik Tahun 2001 Petaling

Jaya. Tarikh Tutup pada 15/1/2002 telah mendapatkan 11 penyertaan. Majlis

anugerah akan diadakan pada 6/5/2002.  

Perlaksanaan Program Rakan Kerjaya yang akan berlangsung dalam aspek

Latihan Kemahiran anjuran bersama MBPJ, Yayasan Strategik Sosial, Pejabat

Pendidikan Daerah dan See Hoy Chan Sdn Bhd. Tujuannya untuk mendedahkan

pelajar Tingkatan 5 yang sedang menunggu pengumuman keputusan

peperiksaan SPM kepada peluang pekerjaan di sektor swasta.

Menganjurkan pertandingan menrekabentuk taman kejiranan sebagai pusat

interaksi sosial di SS 2. Karnival SS2.  

Cares di Taman Bandaran SS 2, Jalan SS 2/63 , Petaling Jaya.  

Jawatankuasa Kerja juga memulakan sesi perundingan dengan golongan kurang

upaya untuk merangkakan deraf pelan tindakan Orang Kurang Upaya.

Pertemuan kedua akan diadakan pada 23/3/2002 untuk sesi dialog dan

merangka pelan tindakan.  

Penganjuran Malam Perayaan Gong Xi Fa Cai pada 24/2/2002 di Uptown

Damansara oleh 16 organisasi termasuk 8 Persatuan Penduduk

Page 15: Local Agenda 21

Pelan Tindakan Keselamatan

Jawatankuasa Kerja Keselamatan telah memulakan langkah proses pada pertengahan

tahun 2001 disebabkan pertukaran pengerusi Jawatankuasa kerja. Namun,

Jawatankuasa Kerja ini berjaya menghasilkan 2 pelan tindakan, iaitu Pelan Tindakan

Mencegah Jenayah Ringan dan Pelan Tindakan Mencegah Vandalisma. Kedua-dua

pelan telah diluluskan oleh komuniti dan disahkan oleh MBPJ untuk perlaksanaan.

Berasaskan kepada syor pelan tindakan, beberapa program telah dilaksanakan :-        

Pencetakan Buku Panduan Keselamatan dan Sekuriti untuk edaran.  

Skim Pengawasan Kejiranan (Neighbourhood Watch) telah diadakan di beberapa

kawasan seperti SS 22, Sunway Damansara, Bandar Sri Damansara, Bandar

Utama.  

Program Menganak-angkatkan pili-pili bomba di Petaling Jaya.  

Pameran pencegahan vandalisma kemudahan dan harta-benda awam.

Program Pasukan Keselamatan Kebakaran.        

Page 16: Local Agenda 21

 

Inisiatif Lain

Selain daripada aktiviti di atas, promosi LA 21 telah menarik minat NGO dan CBO lain

untuk menjalankan projek pembangunan komuniti di kawasan lain . Setakat ini ,

Jawatankuasa Kerja Kebersihan Pusat Bandar Seksyen 17 telah ditubuhkan . Aktiviti

berikut telah dijalankan :-        

Program Kitar Semula.  

Pengawasan pengutipan sampah berjadual oleh pekedai-pekedai.

Penyusunan semula gerai-gerai.  

Pembersihan pusat bandar secara berjadual.        

Bagi tujuan promosi, pameran dan pengiklanan juga diadakan dari masa ke semasa. E-

Buletin juga diterbitkan sebagai makluman berkenaan kemajuan dan pengumuman

aktiviti.      

Page 17: Local Agenda 21

RAKAN KONGSI LOCAL AGENDA 21 PETALING JAYA

Komuniti

Organisasi di peringkat kejiranan  

Persatuan Penduduk  

Rukun Tetangga

Organisasi bukan Kerajaan

Badan Kebajikan

Organisasi bagi golongan kurang upaya

Sekolah

Pihak Swasta

Perniagaan dan Perindustrian

Media

Syarikat Penghantar servis

Agensi Kerajaan

Kakitangan

Ahli MBPJ dan Agama

Page 18: Local Agenda 21

KESIMPULAN

Local Agenda 21 merupakan suatu program untuk masyarakat, sektor swasta

dan PBT bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran

mereka ke arah pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi.Tidak

hairanlah sekiranya Local Agenda 21 ini dikenali sebagai ‘Pelan tindakan tempatan

yang menjurus ke arah pembangunan mampan di abad 21.’

Page 19: Local Agenda 21

RUJUKAN

Buku Rujukan

Nor Mohamed bin Mohamed Haniba (2003),

Perspektif NGO dalam memajukan Pembangunan Lestari Di Malaysia,

Forum 21, Petaling Jaya

Selangor.

Laman Web

http://www.Kpkt.Gov.My/

http://www.mbpj.gov.my/