Upload
duonghuong
View
232
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
BULAN MAC
TAHUN 2016
Tajuk : Program Pendawaian Rumah Komuniti
Anjuran : Unit CSR KKKT dan Program Pemasangan Elektrik
Tempat : Beting Lintang, Besut
Tarikh : 27 & 30 Mac 2016.
Masa :8.00 pagi – hingga 6.00 petang
Penyelaras/ Tenaga Pengajar:
1. Mohd Sahal Bin Harun2. Abdullah Bin Bedul3. Mohd Haffiz Bin Zainal Abidin4. Mohd Zuhairi Bin Mustafa
Bilangan Peserta :4 orang pelajar
1. Pengenalan
Program pendawaian rumah komuniti ini merupakan salah satu program CSR
(Community Service Responsibility) yang diamanahkan kepada Unit Elektrik KKKT. Gabungan
kepakaran tenaga pensyarah dan pelajar ini menjadikan CSR rumah komuniti menjadi
kenyataan buat penduduk yang menerima bantuan tersebut.
Antara objektif program ini adalah:
i- Merealisasikan program CSR Rumah Komuniti yang dianjurkan Kolej Komuniti
Malaysia bagi membantu penduduk memiliki rumah mampu milik.
ii- Memberi latihan yang tersusun dan dinamik untuk meningkatkan ilmu dan
kemahiran kepada pelajar ke arah mencapai kesejahteraan hidup kendiri dan
masyarakat.
iii- Meningkatkan tahap kemahiran bagi golongan pelajar.
iv- Menyediakan peluang untuk peningkatan kemahiran pelajar dan latihan semula
kemahiran sedia ada pelajar.
v- Membantu pelajar melihat , merasai suasana pekerjaan sebenar dan
Memberikan sumbangan berbentuk khidmat kepada rakyat yang memerlukan
bantuan.
Bil Prosedur Butiran Kerja
1. Membuat rangka pendawaian menggunakan paip PVC
Konduit.
Laluan dari DB ke Ruang Tamu,
Tandas dan Bilik Tidur 1,2,3.
2. Membuat pendawaian utama daripada point DB ke point
terakhir di lampu luar halaman.
Laluan dari DB ke Ruang Tamu,
Tandas dan Bilik Tidur 1,2,3.
3. Membuat pemasangan suis lampu,suis
kipas,lampu,kipas sangkut dinding.
1. Ruang tamu 2 point lampu
kalimantang. 2 point
kipas,2 point Soket alir
keluar 13 Amp.
2. Bilik 1, 1 point lampu 1
point kipas.
3. Bilik 2, 1 point lampu 1
point kipas,1 point Soket
Alir Keluar 13 Amp.
4. Bilik 3, 1 poin lampu 1
point kipas,1 point Soket
Alir Keluar 13 Amp.
5. Halaman Belakang 1 point
lampu.
6. Halaman Hadapan 1 point
lampu.
7. Tandas 1 point lampu.
8. Dapur 2 point Soket Alir
keluar 13 Amp.
4. Memasang dan membuat pendawaian DB menggunakan
papan kayu sebagai pelapik.
10 way Distribution Board
digunakan sebagai
peralatan perlindungan.
5. Memasang papan meter dan service Hook untuk cable
TNB.
Papan meter perlu
disediakan dengan
Nombor Lot Rumah.
6. Membuat sistem pembumian rumah. Menanam elektrod bumi
bertutup dengan earth
chamber sebagai
memenuhi prosedur
keselamatan elektrik.
7. Mengambil gambar papan meter dan nombor LOT
Rumah.
Membuat proses
permohonan kepada TNB
untuk proses mengalih
bekalan elektrik dari rumah
lama ke rumah baru
pengguna.
2. Senarai pelajar yang terlibat dalam Program Rumah Komuniti Besut , Terengganu Darul Iman.
BIL NAMA IC PENDAFTARAN
1 MOHAMAD NUR AIMAN B. ZUKRI
971119-11-5457 T01SPE15F059
2 MOHAMAD AMIRUL FAHMIE B. MOHD NAFI
970922-11-5507 T01SPE15F014
3 AHMAD AMIR ASHRAF BIN AB RAHIM 970406-46-5121 T01SPE15F003
4 NIK MOHAMAD AMIR FATIHI BIN ABDULLAH 970131-03-5965 T01SPE15F079
5 MOHAMAD SYARIMAN BIN AZHAR 971231-03-6337 T01SPE15F020
3. Kesimpulan/ Kejayaan Program
Pelaksanaan Program CSR Pendawaian Rumah Komuniti telah berjaya dilaksanakan
seperti yang telah dirancang dan ianya ternyata membantu meningkatkan keyakinan para
pelajar untuk menempuh alam pekerjaan di masa akan datang sejurus menamatkan pengajian
di Kolej Komuniti Kuala Terengganu. Pelajar juga lebih teruja untuk memberi sumbangan
khidmat kepada masyarakat kerana mendapat pengalaman berharga daripada program yang
dijalankan. Semoga pelaksanaan program seumpama ini dapat diteruskan di masa akan
datang.