Magnet

Embed Size (px)

DESCRIPTION

jenis magnet dan kajiannya

Citation preview

  • Science Education 76

    Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,19 20 September 2012

    Mencipta Alat Permainan Magnet Daripada Bahan Terbuang:Kaedah Alternatif Mengajar Topik Magnet

    Tong Li Xiang1Chin Chee Keong2

    1SJK( C) Yoke Hua, Air Mawang 73100 Johol, Negeri Sembilan.2IPG Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

    Email: [email protected]

    Diterima untuk diterbitkan pada: 15 Ogos 2012

    ABSTRAK

    Semasa pengajaran Sains Tahun 3, pengkaji mendapati sesetengah muridTahun 3 ini menghadapi masalah dalam membezakan benda yang bolehditarik oleh magnet dan benda yang tidak boleh ditarik oleh magnet. Disamping itu, sesetengah murid pula terlalu bergantung kepada gurusemasa melakukan aktiviti atau eksperimen di dalam kelas. Pengkaji sedarbahawa pembelajaran yang melibatkan penglibatan murid secara aktifadalah lebih bermakna. Oleh demikian, pengkaji merancang satu projekkecil yang boleh dilaksanakan di dalam kelas demi membantu murid-murid membezakan bahan yang boleh ditarik oleh magnet dan bahanyang tidak dapat ditarik oleh magnet dengan betul. Tujuan pelaksanaanprojek ini ialah menggalakkan murid menggunakan minda kreatif daninovatif mereka untuk menghasilkan alat permainan yang menggunakanmagnet .Pemerhatian pengkaji mendapati murid-murid Tahun 3melibatkan diri secara aktif dalam projek ini. Di samping itu, interaksiantara murid dengan pengkaji sebagai fasilitator bertambah mesra. Adajuga bukti yang menunjukkan murid-murid mendapat kesan motivasi yangtinggi daripada projek ini. Oleh itu, kajian ini mengandungi ciri-ciripembelajaran konstruktivisme yang berpusatkan murid di mana murid-murid terlibat dengan aktif dan berdikari untuk menghasilkan alatpermainan dengan menggunakan bahan buangan dan penglibatan guruadalah minimum sebagai fasilitator.

    1.0 REFLEKSI PENGALAMAN MENGAJAR

    Sepanjang tiga tahun mengajar subjek Sains di sekolah rendah, pengkaji mendapati bahawamurid-murid menunjukkan minat yang tinggi terhadap subjek Sains berbanding dengan subjeklain. Namun, masih terdapat beberapa perkara yang harus dititikberatkan dan ditambahbaikkan.Misalnya:

  • Science Education 77

    Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,19 20 September 2012

    (a) Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang tidak sesuai bukan sahaja menggugatkeputusan pelajar malah menyebabkan mereka kehilangan minat terhadap subjekSains.

    (b) Sesetengah murid terlalu bergantung kepada guru, tidak berani mencuba danberasa bosan kerana tidak mengambil bahagian dalam proses pengajaran danpembelajaran

    (c) Guru yang sentiasa menunjuk ajar, memberi nota dan membuat demonstrasi didepan murid murid menyebabkan mereka tidak berfikir. Ini menyebabkan muridmenjadi pasif dalam proses pembelajaran.

    Pengkaji berpendapat seseorang murid menghafal fakta Sains adalah lebih senang tetapimengajar seseorang berfikir adalah lebih mencabar. Oleh itu, seseorang guru Sains haruslahsentiasa melibatkan murid dalam aktiviti dan memberi peluang kepada mereka untuk melahirkanmurid yang berkemampuan berfikir secara kreatif dan inovatif.

    2.0 Fokus kajian

    Kajian bertumpu pada usaha meningkatkan kemahiran murid menggunakan kreativiti merekadalam penciptaan alat permainan magnet daripada bahan-bahan terbuang . Projek ini melibatkanmurid-murid secara aktif dalam proses pembelajaran kerana proses mencipta alat mainanmerupakan aktiviti hands-on yang memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi

    Kumpulan sasaran kajian ini ialah lapan orang murid Tahun 3 SJK(C) Yoke Hua (sekolahkurang murid).

    3.0 Objektif kajian

    Tujuan kajian tindakan ini adalah untuk:

    (a) Mengatasi masalah pelajar yang lemah dalam topik Magnet, Tahun 3(b) Mengurangkan masalah murid yang terlalu bergantung pada guru(c) Meningkatkan memotivasikan murid dalam pembelajaran Sains.(d) Mencungkil kreativiti dan bakat murid dalam bidang reka cipta

    4.0 Pelaksanaan Kajian4.1 Prosedur

    i. Untuk melaksanakan projek ini, pengkaji memberi arahan kepada murid-muridTahun 3 supaya mengumpul bahan-bahan terbuang seperti kotak, botol, minumandan sebagainya di rumah masing-masing dalam masa dua minggu.

    ii. Pengkaji membahagikan lapan orang murid ini kepada dua kumpulan, iaitu empatorang dalam satu kumpulan.

    iii. Guru menunjukkan beberapa gambar bahan permainan magnet dengan bantuanpowerpoint sebagai contoh bagi merangsangkan pemikiran kreatif murid.

  • Science Education 78

    Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,19 20 September 2012

    iv. Selepas perbincangan dalam kumpulan masing-masing, murid-murid mulaimerekacipta alat permainan magnet dengan bahan-bahan terbuang yang telahdikumpul.

    v. Guru bertindak sebagai fasilitator dan membimbing pelajar semasa membuat alatpermainan magnet.

    vi. Sekiranya murid-murid menghadapi masalah semasa melaksanakan projek,mereka haruslah berbincang sesama ahli kumpulan bagi menyelesaikan masalahitu.

    vii. Murid-murid mempamerkan alat permainan yang telah mereka hasilkan danmembentangkan hasil kumpulan mereka .

    viii. Murid-murid yang membentangkan hasil kumpulan akan memperkenalkan hasilciptaan mereka, dan mendemonstrasikan cara penggunaan alat permainan magnetitu kepada kawan-kawan yang lain.

    ix. Semua murid mengambil bahagian dalam sesi pembentangan.Mereka akanmemain peranan sebagai saintis yang sedang memperkenalkan alat ciptaan yangcanggih , manakala ahloi kumpulan lain turut mengambil bahagian sebagaiwartawan kecil (mewawancara saintis )dan jurugambar (merekod video).

    x. Video yang direkodkan ini akan digunakan semasa sesi menyaksikan wayang .Selepas menonton video , guru akan mengadakan sesi perbincangan supayamurid-murid memahami kekuatan dan kelemahan diri semasa berucap dikhalayak ramai.

    xi. Pertandingan kecil telah diadakan untuk memilih alat permainan magnet yangcanggih .Kumpulan yang menang diberi hadiah kecil untuk memotivasikanmurid-murid.

    xii. Guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan bahan-bahan yangditarik dan tidak ditarik oleh magnet.

    xiii. Guru membuat kesimpulan bersama-sama dengan pelajar . Kini, masalahkekurangan tenaga kuasa dan masalah pencemaran udara disebabkan penggunaanbahan batu api sebagai penjana kuasa hangat diperkatakan. Sekiranya manusiadapat mencari sesuatu tenaga alternatif seperti tenaga magnet dapatmengurangkan masalah pencemaran udara. Selain itu, masalah kekurangansumber tenaga juga dapat diselesaikan.

    5.0 Dapatan Kajian

    Hasil kajian adalah melalui pemerhatian pengkaji terhadap tingkah laku dan sikap murid semasaproses menghasilkan bahan mainan magnet. Alat mainan magnet yang dihasilkan oleh muridjuga menjadi pengukur keberksanan kajian tindakan ini.

    5.1 Masalah Murid Lemah

    Masalah murid-murid yang tidak dapat membezakan bahan yang boleh ditarik dan bahan yangtidak boleh ditarik oleh magnet telah diselesai. Semasa projek ini dijalankan, magnet yangdisediakan oleh pengkaji tidak mencukupi kerana murid-murid menghasilkan bahan mainan

  • Science Education 79

    Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,19 20 September 2012

    yang di luar jangkaan pengkaji. Pengkaji mendapati murid-murid telah menggunakan bahanmagnet seperti paku, gunting, penyepit besi untuk menggantikan magnet yang diperlukan . Inimenunjukkan murid-murid telah memahami konsep magnet.

    5.2 Penglibatan Murid

    Sebelum projek ini dilaksanakan, penglibatan murid yang pasif dalam proses pembelajaran didalam kelas amat merunsingkan pengkaji. Mereka kurang berminat, tidak berani mencuba danterlalu bergantung kepada guru semasa melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Murid juga tidak terlibat dalam proses berfikir dengan aktif.

    Mereka rajin berbincang dan mengeluarkan pendapat yang bernas semasa sesi perbincangankumpulan. Mereka mengambil bahagian secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran. Segalakerja seperti menggunting, mewarna, menampal dilakukan oleh diri sendiri tanpa mengharapkanbantuan guru.

    Sesetengah murid seperti JH dan VC menunjukkan ciri-ciri pemimpin. Mereka dapatmengagihkan kerja sesama ahli kumpulan secara rata supaya dapat menyiapkan kerja dalammasa yang ditetapkan.

    Semasa sesi perbincangan dijalankan, pengkaji mendapati murid-murid dapat bertoleransi antarasatu sama lain walaupun mempunyai idea yang berbeza. Mereka saling tolong-menolong sesamaahli kumpulan dalam sepanjang projek dilaksanakan.

    Murid murid yang sentiasa malu dan tidak berani berucap telah diberi peluang membentangkanhasil kumpulan semasa sesi Saya Saintis Tekenal . Setiap murid melibatkan diri secara aktifkerana memainkan peranan masing-masing dalam sesi pengambilan video seperti saintis,pembantu makmal, wartawan dan jurugambar. Murid-murid menumpukan perhatian yangsepenuh dalam sesi pembentangan.

    5.3 Motivasi Murid

    Semasa murid-murid melaksanakan projek ini, murid menunjukkan minat yang tinggi sepanjangproses pembelajaran. Nilai berdikari, berani mencuba dan bekerjasama telah berjaya diterapkandalam diri mereka. Sesetengah murid masih memerlukan bimbingan guru semasa menjadisaintis dan wartawan. Pembentangan murid direkodkan oleh rakan mereka sendiri di dalamkelas.

    Objektif kajian tindakan ini tercapai kerana murid-murid memberi perhatian semasa sesipembentangan dan suasana pembelajaran yang berlangsung adalah menyeronokkan. Murid murid yang pasif dan pemalu telah mengambil peluang ini untuk meningkatkan keyakinan diri .Sesetengah murid berbincang dengan pengkaji bahawa mereka ingin menjadi seorang saintispada masa akan datang .

  • Science Education 80

    Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,19 20 September 2012

    5.4 Kreativiti dan Bakat Murid

    Dalam perancangan aktiviti ini, pengkaji berharap setiap kumpulan dapat menghasilkan dua alatmainan magnet . Pada akhir kajian, murid-murid dapat menggunakan kreativiti mereka danmenunjukkan bakat mereka dalam bidang reka cipta. Jumlah hasil projek mereka ialah tujuh alatmainan magnet termasuklah:

    (a) 3 kapal kecil(b) 1 kereta(c) 1 keretapi(d) 1 crane(e) 1 lori sampah(f) 1 stadium layang-layang.

    Antara hasil reka cipta di atas, pengkaji amat tertarik pada kreativiti pelajar, JH yangmenggunakan bahan-bahan buangan ini menghasilkan sebuah mesin pengangkat berat yangmempunyai gear di sisinya. Magnet dapat diturunkan ke bawah dan ditarik ke atas denganmemusing gear. Kreativiti murid-murid ini tidak boleh dipandang rendah . Sekiranya kitasebagai pendidik , sanggup memberi peluang kepada mereka, bakat mereka akan terserlah.

    6.0 Refleksi Kajian

    Secara keseluruhannya, pengkaji amat berpuas hati dengan kesan positif yang dibawa olehProjek Mereka Cipta Alat Permainan Magnet ini. Pendekatan Konstruktivisme ini telahmelibatakan pelajar secara aktif dalam proses P&P. Di samping mengajar murid-muridmemahami konsep magnet , pengkaji juga dapat menerapkan nilai-nilai murni sepertibekerjasama, yakin pada diri sendiri dan bertanggungjawab . Murid-murid juga dapat memahaminilai cinta kepada alam sekitar dan mempraktikkannya dalam amalan hidup.

    Pengkaji berpuas hati kerana aktiviti hands-on telah mencapai objektifnya. Murid berfikiruntuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan. Disebabkan murid terlibatsecara langsung dalam mebina pengetahuan baru, mereka akan lebih faham dan bolehmengaplikasikannya dalam semua situasi. Selain itu segala konsep dapat diingati sebagai ingatankekal/ingatan jangka panjang kerana mereka memainkan peranan masing-masing dalam aktivitimereka cipta alat mainan magnet.

    Lampiran

  • Science Education 81

    Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,19 20 September 2012

    Gambar ProjekMereka Cipta

    Alat Permainan Magnet

  • Science Education 82

    Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,19 20 September 2012

  • Science Education 83

    Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,19 20 September 2012

    Pelajar membuat persediaan semasa melaksanakan projek .

    Hasil kerja murid yang belum sempat disiapkan disimpan di dalam bilik computer.

  • Science Education 84

    Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,19 20 September 2012

    Pelajar cuba menarik benda yang berat dengan menggunakan alat permainan magnetmereka .

  • Science Education 85

    Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,19 20 September 2012

    Murid murid sedang menarik benda yang berat dengan menggunakan alat permainanmagnetnya.

  • Science Education 86

    Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,19 20 September 2012

    Alat permainan magnet yang berbentuk kereta apai . Kereta magnet ini bergerak dengan

    Daya tarikan magnet . Ini dapat mengurangkan pembebasan gas rumah hijau ,

    Pelajar gembira dengan alat permainan magnet (laying-layang ).

  • Science Education 87

    Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,19 20 September 2012

    Jin Hui sedang memandu kereta sampah .

    Vincent kelihatan begitu gembira dengan dragon boatnya.

  • Science Education 88

    Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,19 20 September 2012

    Kapal layar yang menngunakan daya tarikan magnet sebagai tenaga kuasanya.

    Ahli Kumpulan Arnab: Vincent Tam , Chin Pak Yu , Ng Choon Fei dan Aina Ching (cuti

  • Science Education 89

    Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,19 20 September 2012

    sakit )

    Ahli kumpulan Tiger:Kesavan ,Lee Mei Shin , Yap Jun Wey , Thoo Jin Hui

    Pelajar Tahun 3 mengambil gambar bersama-sama.

  • Science Education 90

    Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,19 20 September 2012

  • Science Education 91

    Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,19 20 September 2012