Upload
vannhu
View
217
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Majlis Pelancaran Biasiswa Endowmen UTM.
Endowmen, Transformasi& Pengurusan Risiko
Fokus Perancangan Global 2012-2020meletakkan UTM sebagai sebuah
universiti ternama peringkat antarabangsadaripada segi sumbangan ilmiah,
penjanaan modal insan, sumbanganberimpak kepada ekonomi inovasi
Malaysia dan serantau, penonjolan unggulpada peringkat antarabangsa serta
penyerlahan jenama yang disegani. Dalammasa yang sama inisiatif ke arah
penyediaan sumber kewangan yangkukuh di pertingkatkan dengan
penubuhan Tabung Endowmen.
Endowmen, Transformasi & Pengurusan Risiko
Pihak pengurusan universiti sentiasa mencari kaedah
terbaik untuk menambah pendapatan universiti menerusi
pelbagai strategi menambah tabungan. Antaranya ialah
pelaburan dalam hartanah, simpanan jangka panjang
dan tabung endowmen yang dapat memberi impak
besar kepada bakal dan golongan pelajar, UTM telahpun
sampai satu peringkat di mana ia perlu mempunyai
tabungan yang mencukupi dan nilai besar untuk
menampung pembelajaran para pelajar terbaik.
Endowmen menjadi instrumen penting dalam penjanaan
pendapatan untuk membangunkan reputasi UTM dari
segi enrolmen mahasiswa terbaik, penjanaan Kursi
Profesor dan projek khas (keutamaan ialah
makmal termaju).
Sebagai IPTA pertama di Malaysia yang memperkenalkan
program Endowmen bagi membiayai pengajian para
mahasiswa cemerlang, seramai 50 orang mahasiswa
fasa pertama telahpun menerima biasiswa endowmen
UTM bernilai RM10,000 seorang bermula pada Semester
Kemasukan September 2011/2012. Angka ini dijangka
meningkat kepada 100 orang setiap tahun. Tabung
Endowmen UTM juga telah melepasi tahap jangkaan
awalnya bagi
tahun 2011 yang lalu daripada sasaran pungutanRM20 juta kepada RM31.9 juta. Ekoran prestasimemberangsangkan itu, maka penekanan danstrategi serampang dua mata telah dilakukan untukmembolehkan lebih banyak golongan dermawanmemberi sumbangan, sekaligus meningkatkan
pulangan daripada segi pelaburan.
Sumbangan dilaksanakan melalui pelbagai saluran.
Antaranya melalui pemotongan gaji staf dan royalti
jualan buku. Malah pelancaran Tabung Endowmen
Ainuddin Wahid bernilai RM100 ribu yang diumumkan
oleh Perdana Menteri pada 27 September 2011 juga
memperlihatkan kesan signifikan kepada universiti
secara amnya dan mahasiswa khasnya.
Menjelang tahun 2020, Tabung Biasiswa Endowmen
ini dijangka akan dapat mengumpulkan dana terkumpul
berjumlah RM500 juta dan akhirnya mampu menaja
kesemua pelajar cemerlang dan terbaik di UTM. Hasrat
murni ini mengambil model Universiti Al-Azhar di Mesir
yang mempunyai harta wakaf yang besar sehingga
membolehkan pelbagai aktiviti universiti ditampung
tanpa memerlukan yuran pengajian pelajar.
Endowmen, Transformasi,dan Pengurusan Risiko
102
Endowmen, Transformasi & Pengurusan Risiko
Tabung Endowmen UTM 2011.
Pendapatan Jumlah (RM Juta)
UTM menyahut saranan kerajaan yang telah
melancarkan pelbagai program seperti Model
Ekonomi Baru (MEB), Program Transformasi
Ekonomi (ETP) pada Mei 2010, Program
Transformasi Kerajaan (GTP) pada September
2009 dan penubuhan UNIK (Unit Inovasi Khas) di
Pejabat Perdana Menteri. Program Transformasi
UTM Fasa 1 yang bermula sejak 2007-2010 adalah
asas transformasi untuk memulakan lonjakan
berganda, antara lain menyediakan dasar, sistem
tadbir urus dan prasarana. Di sinilah bermula
pelbagai inisiatif baru seperti program APEX dan
Universiti Penyelidikan.
Transformasi UTM
Perbelanjaan Jumlah (RM Juta)
Sumbangan kewangan dalam bentuk tunai oleh pihak industri, pendermaprihatin, alumni, staf dan lain-lain.
Projek endowmen seperti penajaan buku, penajaan kursi profesor, penyewaan,caj perkhidmatan, jamuan tahunan, kejohanan golf, walkathon dan lain-lain.
Pelaburan dalam institusi kewangan dan tabung amanah.
Biasiswa
Kursi Endowmen
Projek Khas
Jumlah Perbelanjaan
Jumlah Tabung
Jumlah Pendapatan
103
Sementara Fasa 2 (2011-2015) pula menyaksikan Pelancaran
Program Transformasi 2 (TPU.2) pada 10 Januari 2011. TPU.2
ini pula lebih menjurus kepada peningkatan dan pemerkasaan.
Ini bermakna peranan semua IPT adalah untuk melonjak lebih
lancar dan maju selaras dengan dasar, asas dan fokus yang
ditetapkan dalam Fasa 1. UTM perlu lebih memainkan
peranannya sebagai universiti yang menyediakan pengajian
tinggi berkualiti dalam seluruh aspek di sebuah negara
membangun. Dasar serta strategi yang dirangka adalah
mengambilkira Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSTPN)
dan beberapa dasar kerajaan lain, serta keputusan pihak
pengurusan UTM yang telah disahkan oleh Lembaga Pengarah
UTM (LPU).
Endowmen, Transformasi & Pengurusan Risiko
Dalam Bajet 2011 juga, Kerajaan telah memperuntukkan
bajet sebanyak RM411 juta untuk melonjak ekonomi
ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi
menerusi aktiviti penyelidikan, pembangunan,
dan pengkomersilan (R&D&C). UNIK pula diberi peranan
sebagai pusat sehenti untuk merangka dasar dan strategi
bagi menyediakan ekosistem kondusif untuk inovasi.
Tujuan asas program-program transformasi ini adalah
untuk memacu dan mempercepatkan proses perubahan
untuk memastikan matlamat Visi 2020 iaitu, pencapaian
status negara maju pada tahun 2020 tercapai.
Lima bidang utama yang kritikal dipilih sebagai Key
Focus Area (KFA) untuk menjayakan TPU.2 di UTM
dengan setiap satu diketuai oleh seorang Champion
yang terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan
Universiti (JPU). Sebanyak 206 projek telah dilaksanakan
di bawah 40 orang ketua projek yang dipilih.
Malahan, UTM juga telahpun diisytihar sebagai IPTA
pertama diperuntukkan oleh Menteri Pengajian Tinggi
sebagai berstatus autonomi penuh pada 8 Januari
2012. Dengan pengumuman itu bermakna Kementerian
Pengajian Tinggi memberi kuasa kepada universiti untuk
membuat keputusan dari segi tadbir urus, kewangan
dan pengambilan pelajar.
Key Focus Area (KFA)
Akademik & Pengantarabangsaan
Penyelidikan & Inovasi
Pembangunan Pelajar
Pembangunan
Modal Insan
UTM KL
Champion
TNC (A&A)
TNC (P&I)
TNC (HEMA)
TNC (Pembangunan)
Pendaftar
Pengarah UTMKL
Jumlah
Task Force
10
8
3
9
6
4
40
Projek
43
24
24
78
22
15
206
104
Lima bidang utama (Key Focus Area) untuk menjayakan TPU.2 UTM.
Endowmen, Transformasi & Pengurusan Risiko
Pada 11-13 November 2011, seramai 135 orang staf
UTM terdiri dari pelbagai kategori perkhidmatan telah
berhimpun dalam sesi Strategy Alignment Retreat di
Kuala Lumpur. Tujuan program tersebut adalah untuk
menilai semula keberhasilan strategi dan pelan tindakan
yang dilancarkan sejak penubuhan UTM sebagai sebuah
institusi berstatus universiti, dan secara khusus sejak
Pelan Transformasi 2009 dilancarkan. Selain daripada
aspek visi dan misi, sasaran dan petunjuk baru dalam
KAI juga telah dibincangkan dengan panjang lebar
berlatar belakang perkembangan ekonomi, sosiopolitik
dan saintifik serantau serta global. Persediaan retreat
2011 dilakukan enam bulan lebih awal menerusi
penyediaan kerangka, data dan analisis.
Beberapa jawatankuasa pemandu ditubuhkan dan
persediaan awal turut dilakukan semasa Leadership
Discourse yang diadakan setiap tiga bulan sekali dalam
kalangan ahli Kumpulan Pengurusan Universiti (UMG).
Sementara itu, pemahaman dan kaedah untuk
melaksanakan Blue Ocean Strategy yang diperkenalkan
oleh Profesor W. Chan Kim dan Dr. Renee Mauborgne
turut diaplikasikan di UTM.
Fokus Perancangan Global 2012-2020 ialah meletakkan
UTM sebagai salah sebuah universiti ternama peringkat
antarabangsa daripada segi sumbangan ilmiah,
penjanaan modal insan, impak terhadap ekonomi inovasi
Malaysia dan serantau, penonjolan pada peringkat
antarabangsa serta penyerlahan jenama yang
disegani. Justeru, perancangan tersebut terangkum
dalam Transformasi Fasa 2 yang dinamai Pelan
Global UTM 2012-2020. Dari segi sasaran,
Pelan Global UTM 2012 - 2020 terbahagi kepada
tiga fasa, iaitu:
Fasa 1: 2011-2014
Penjajaran Universiti Global (Alignment for Global
University). Dalam fasa ini, strategi, struktur, dan budaya
ilmu di UTM akan memberi fokus kepada penyediaan
ekosistem yang bercitra global dan menggiatkan proses
pengantarabangsaan daripada segi sasaran KAI,
kesarjanaan, komposisi pensyarah dan mahasiswa,
kemudahan akademik dan prasarana kampus, jaringan
akademik, kerjasama antarabangsa, penjenamaan, dan
sebagainya.
Pelan Global UTM 2012-2020
105
Endowmen, Transformasi & Pengurusan Risiko
106
Untuk Fasa 1 (2011-2014), lima teras strategik yang
telah dirangka untuk tahun 2011 akan diteruskan, iaitu:
• Melaksanakan konsep Universiti Penyelidikanberasaskan keusahawanan (entrepreneurial researchuniversity).
• Memperkasa pembangunan organisasi supaya bersifat
telus, mantap, dan berdaya saing.
• Menyediakan suasana pembelajaran yang stimulatif,entrepreneurial, dan berkualiti.
• Menyediakan ekosistem intelektual yang dinamik,
dan bersepadu.
• Menyediakan kampus yang ceria, sihat, dan lestari.
Kelima-lima teras strategik tersebut telah memberi
pulangan yang berganda serta signifikan kepada
perkembangan UTM, sekaligus membantu menjadikan
Malaysia sebagai hab pengajian tinggi dalam konteks
serantau, terutama dari segi kehadiran mahasiswa
antarabangsa. Dari segi perancangan, sesuatu pelan
perlu dibangunkan dengan mengadunkan pelbagai
komponen yang mengandungi misi, visi, nilai, strategi,
BSC, dan kaedah pelaksanaan dari tahap organisasi
hingga ke tahap individu.
Fasa 2: 2015-2017
Pelaksanaan Program Berimpak Tinggi. Fasa ini memberi
tumpuan kepada pelaksanaan beberapa program
berimpak tinggi yang menggunakan sumber kewangan
dan modal insan yang besar daripada segi bidang serta
fokus pengajian, penyelidikan, kokurikulum, jaringan
antarabangsa, penjenamaan, dan pemasaran.
Fasa 3: 2018-2020
Pelaksanaan Program STAR. Istilah STAR adalah
singkatan kepada Strategic Transformation and Advanced
Research. Fasa ini merupakan lonjakan untuk
membolehkan staf dan mahasiswa UTM berada pada
posisi lebih selesa untuk bersaing dengan warga universiti
ternama dunia daripada segi produktiviti ilmiah
(penyelidikan, penerbitan, harta intelek dan lain-lain);
minda kelas pertama, ekosistem kampus, budaya kerja,
dan dukungan kewangan pelbagai sumber.
Pengurusan Risiko
Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan
Risiko Universiti termasuklah memantau proses,
mengenalpasti risiko yang wujud serta tahap pendedahan
risiko tersebut kepada UTM. Selain itu ia perlu
memastikan pengurusan risiko universiti memenuhi,
mematuhi peraturan yang dikeluarkan oleh pihak
kerajaan bagi mengukur risiko fundamental di UTM.
Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab memaklumkan
kepada Jawatankuasa Audit berkaitan penilaian
keperluan dalam memastikan integrasi audit dalaman.
Seandainya wujud risiko ekstrem, ianya perlu ditangani,
diselaraskan dan diatur uji. Budaya pengurusan risiko
menjadi keutamaan penting di universiti melalui
pendidikan risiko, kawalan tahap tinggi dan prosedur.
Ahli Jawatankuasa
Ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Risiko UTM
dianggotai oleh Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)
sebagai Pengerusi, Pengarah Bahagian Transformasi
dan Pengurusan Risiko, Bendahari, Dekan Pusat
Pengurusan Penyelidikan (RMC), Dekan ICC, Pengarah
Hal Ehwal Korporat, Pengarah Pejabat Harta Bina,
Pengarah OSHE, Pengarah Keselamatan, Pegawai
Undang-undang, Pengarah CICT, dan Sekretariat
(Timbalan Pendaftar Bahagian Transformasi dan
Pengurusan Risiko)
Kaedah Pelaksanaan Pengurusan Risiko
Semua PTJ di universiti dikehendaki mewujudkan
Jawatankuasa Pengurusan Risiko di peringkat masing-
masing bagi memantau pelaksanaan pengurusan risiko
di PTJ masing-masing. Semua PTJ dikehendaki
mengemukakan minit mesyuarat dan laporan berkaitan
perkara-perkara yang berbangkit di peringkat PTJ
masing-masing setiap dua bulan sekali untuk penyediaan
laporan ke jawatankuasa pengurusan risiko, iaitu
setiap empat bulan sekali.
UTM komited dalam memastikan pengurusan risiko
dilaksanakan secara proaktif dan berkesan dalam tadbir
urus, kewangan, modal insan, akademik, harta intelek,
sistem teknologi maklumat, dan infrastruktur. UTM juga
bertanggungjawab dalam pengurusan risiko yang
melibatkan proses analisis, pengenalpastian, penilaian
terhadap projek atau program dalam melihat
keberkesanan kos serta pelan tindakan bagi mengelak,
memindah, dan kesediaan menerima risiko.
Pengurusan risiko meliputi kepada semua staf,
Keputusan Jawatankuasa, dan Lembaga Pengarah
Universiti bagi mengelakkan kerugian atau kerosakan
kepada UTM. Na ib Canse lo r hendak lah
bertanggungjawab kepada Lembaga Pengarah
bagi memastikan polisi yang akan dikaji setiap tiga
tahun ini dilaksanakan.
Endowmen, Transformasi & Pengurusan Risiko
107
Kampus UTM Kuala Lumpur.