Upload
others
View
20
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 79 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Notis Kepada Tuan Punya Tanah Bersebelahan Majlis Perbandaran Klang
1
MANUAL MPK BIL : 79 /2013
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
MANUAL :
GARISPANDUAN NOTIS KEPADA TUAN
PUNYA TANAH BERSEBELAHAN
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 79 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Notis Kepada Tuan Punya Tanah Bersebelahan Majlis Perbandaran Klang
2
KANDUNGAN
NO ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA i
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN ii
1.0 TUJUAN MANUAL 3
2.0 LATAR BELAKANG 3
3.0 DEFINISI 4
4.0 CARTA BAHAGIAN 5
5.0 SUMBER KUASA 6
6.0 SKOP KERJA 6
7.0 PROSES KERJA 8
8.0 KEPERLUAN NOTIS DIKELUARKAN 10
9.0 DOKUMEN YANG DI PERLUKAN 8
10.0 TINDAKAN PENYAMPAIAN NOTIS 9
11.0 TEMPOH NOTIS 9
12.0 MESYUARAT JAWATANKUASA PENDENGARAN AWAM. 9
13.0 HASIL MESYUARAT JAWATANKUASA PENDENGARAN
AWAM 10
14.0 PENUTUP 11
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 79 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Notis Kepada Tuan Punya Tanah Bersebelahan Majlis Perbandaran Klang
3
1.0 TUJUAN MANUAL
1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik
Holistik [PATH] MPK 2013.
1.2 Sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga
Klang.
1.3 Memberi panduan kepada pegawai dan kakitangan semasa
menyediakan dan menyampaikan notis kepada tuan punya tanah
bersempadan yang terlibat.
1.4 Memastikan Notis yang disampaikan selaras dengan Kaedah –
Kaedah Pengawalan Perancangan (Am) (Selangor) 2001.
1.5 Memastikan notis yang disampaikan diterima oleh tuan punya
tanah bersebelahan dengan prosedur dan kaedah yang betul.
1.6 Memastikan bantahan dan pandangan yang diterima dirujuk ke
mesyuarat jawatankuasa pendengaran awam dengan mematuhi
kaedah di bawah Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta
172).
2.0 LATAR BELAKANG
Garis panduan ini disediakan bagi membantu pihak Majlis
Perbandaran Klang untuk mengawal dan menentukan arah
pembangunan dengan lebih terkawal, sistematik dan terancang.
Permintaan ke atas perancangan pembangunan, semakin mendapat
sambutan di kawasan Majlis Perbandaran Klang.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 79 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Notis Kepada Tuan Punya Tanah Bersebelahan Majlis Perbandaran Klang
4
Selain itu, untuk memastikan pihak Majlis Perbandaran Klang
mempunyai rujukan yang khusus kepada orang awam dan kakitangan
Majlis Perbandaran Klang sendiri. Garispanduan ini mengandungi
perkara-perkara utama seperti tujuan, definisi, sumber kuasa, skop
kerja, proses kerja, dokumen yang di perlukan, tindakan penyampaian
notis, tempoh notis dan mesyuarat pendengaran awam.
3.0 DEFINISI
3.1 NOTIS
Termasuklah apa-apa pemberitahuan, instrument atau lain-lain
dokumen yang dibenarkan atau dikehendaki untuk disampaikan
kepada mana-mana orang atau badan.
3.2 TUANPUNYA
Mana-mana orang atau badan yang buat masa itu didaftarkan
sebagai tuanpunya mana-mana tanah berimilik.
3.3 TANAH
i. Permukaan bumi dan segala benda yang menjadi
permukaan bumi tersebut;
ii. Bumi di bawah permukaan bumi dan segala benda di
dalamnya;
iii. Segala tumbuh-tumbuhan dan lain-lain keluaran
semulajadi, sama ada atau tidak memerlukan penggunaan
buruh secara berkala untuk pengeluarannya, dan sama
ada di atas atau di bawah permukaan bumi;
iv. Segala benda yang bercantum kepada bumi atau yang
terpasang dengan kekal kepada apa-apa benda yang
bercantum kepada bumi, sama ada di atas atau di bawah
permukaaan bumi; dan
v. Tanah yang diliputi air.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 79 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Notis Kepada Tuan Punya Tanah Bersebelahan Majlis Perbandaran Klang
5
4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT
BAHAGIAN KAWALAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANG BANDAR MAJLIS PERBANDARAN KLANG
TIMBALAN PENGARAH PERANCANG BANDAR DAN DESA
PENGARAH PERANCANG BANDAR DAN DESA
PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN
DESA (KLANG UTARA)
PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN
DESA (KLANG SELATAN)
PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN
DESA
PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN
DESA
PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN
DESA
PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN
DESA
JURUTEKNIK PERANCANG
BANDAR DAN DESA
JURUTEKNIK PERANCANG
BANDAR DAN DESA
JURUTEKNIK PERANCANG
BANDAR DAN DESA
JURUTEKNIK PERANCANG
BANDAR DAN DESA
JURUTEKNIK PERANCANG
BANDAR DAN DESA
JURUTEKNIK PERANCANG
BANDAR DAN DESA
PEMBANTU TADBIR
PEMBANTU TADBIR
PEMBANTU TADBIR
PEMBANTU
TADBIR
PEMBANTU
PENGUATKUASA
PEMBANTU AM
PEJABAT
PEMBANTU AM
PEJABAT
KETUA BAHAGIAN
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 79 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Notis Kepada Tuan Punya Tanah Bersebelahan Majlis Perbandaran Klang
6
5.0 SUMBER KUASA
Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan
manual adalah seperti berikut:
i. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
ii. Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172)
iii. Pekeliling/Arahan daripada Yang Di Pertua/Setiausaha
6.0 SKOP KERJA
6.1 Pengarah Perancang Bandar
Menerima permohonan di peringkat Jabatan serta
mengesahkan surat yang diterima. Pengarah Perancang Bandar
memantau surat-surat yang diterima dan menyemak surat
jawapan. Selain itu, menyemak kertas kerja atau menyemak
minit mesyuarat yang berkaitan dan mengkaji surat jawapan
sebelum Pembantu Tadbir menguruskan surat jawapan keluar.
Pengarah Perancang Bandar akan menjalankan lawatan tapak
sekiranya perlu.
6.2 Pegawai Perancang Bandar
Memproses permohonan kebenaran merancang dan lain-lain
berkaitan dengan pemajuan tanah. Pegawai Perancang Bandar
akan menjalankan lawatan tapak sekiranya perlu dan
menyemak ulasan yang disediakan oleh Penolong Pegawai
Perancang Bandar. Selain itu, memberi maklumbalas kepada
surat-surat yang diterima daripada orang awam dan
menyediakan kertas kerja atau menyemak minit mesyuarat yang
berkaitan.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 79 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Notis Kepada Tuan Punya Tanah Bersebelahan Majlis Perbandaran Klang
7
6.3 Penolong Pegawai Perancang Bandar
Memproses permohonan kebenaran merancang dan lain-lain
yang berkaitan dengan pemajuan tanah. Penolong Pegawai
Perancang Bandar juga memberi maklumbalas kepada surat-
surat yang di terima daripada orang awam. Penolong Pegawai
Perancang Bandar juga akan menjalankan lawatan tapak dan
menyediakan laporan tapak berdasarkan maklumat gunatanah
sediada dan maklumat yang diperolehi. Selain itu, menyediakan
kertas kerja atau keputusan minit mesyuarat yang berkaitan.
Penolong Pegawai Perancang Bandar juga mengumpul,
menyelia maklumat serta data, menyediakan laporan dan ulasan
teknikal ke atas sesuatu permohonan bagi surat-surat
permohonan.
6.4 Pembantu Tadbir
Menaip kertas kerja Mesyuarat Jawatankuasa OSC, Mesyuarat
Teknikal Pembangunan dan Mesyuarat berkaitan. Selain itu,
menaip pemberitahuan mesyuarat serta notis penduduk
bersempadan/berjiran, surat bantahan awam, lawatan tapak,
panggilan mesyuarat, maklumbalas dan sebagainya.
6.5 Pembantu Penguatkuasa
Membantu Pengarah/Pegawai/Penolong Pegawai/Juruteknik
ketika siasatan/lawatan tapak dibuat. Membantu mengenalpasti
tapak-tapak tanpa permohonan kebenaran merancang. Selain
itu, membantu mengedarkan notis penduduk berjiran.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 79 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Notis Kepada Tuan Punya Tanah Bersebelahan Majlis Perbandaran Klang
8
7.0 PROSES KERJA
Carta alir tatacara notis kepada tuan punya tanah bersebelahan di
kawasan Majlis Perbandaran Klang seperti berikut:-
TIDAK
LENGKAP
LAWATAN TAPAK DAN LAPORAN
JABATAN
TEKNIKAL
TERIMA LENGKAP
SURAT
ULASAN/SOKONGAN
JABATAN TEKNIKAL
DARI OSC
PEMOHON MENGEMUKAKAN
PERMOHONAN KM DI OSC
SEMAK PERMOHONAN DI OSC
LENGKAP PEMOHON
TERIMA PERMOHONAN
DARIPADA OSC
SEDIAKAN KERTAS KERJA
MESYUARAT JAWATANKUASA
OSC
MESYUARAT JAWATANKUASA
OSC
SEDIA BORANG (KAEDAH 7) KELUAR NOTIS
BERTULIS
PEMUNYA TANAH
BERJIRAN
MESYUARAT
PENDENGARAN
BANTAHAN
SEKIRANYA
MENERIMA BANTAHAN
LULUS/LULUS BERSYARAT
PEMOHON
SEDIAKAN SURAT IRINGAN BORANG
C(A) DAN COP LULUS PELAN DAN
BORANG B (KAEDAH 10) KEPADA
PEMBANTAH
KELUAR SURAT MAKLUMAN
KEPUTUSAN KEPADA PEMOHON
KEPUTUSAN
PEMBANTAH
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 79 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Notis Kepada Tuan Punya Tanah Bersebelahan Majlis Perbandaran Klang
9
7.1 Penerimaan Permohonan
Pemohon mengemukakan permohonan di kaunter OSC. Semak
permohonan samada lengkap atau tidak lengkap. Jika tidak lengkap
permohonan dikembalikan dan nyatakan sebab-sebab permohonan di
tolak.
Terima permohonan berserta ulasan Jabatan Teknikal daripada pihak
OSC. Jika lengkap dapatkan no. fail sediada atau buka fail baru jika
belum ada rekod berhubung tanah tersebut.
7.2 Mengeluarkan Notis Kepada Tuan Punya Tanah Bersebelahan
Borang (Kaedah 7) dikeluarkan kepada tuan punya tanah
bersebelahan.
7.3 Mesyuarat Pendengaran Bantahan
Sekiranya terdapat bantahan daripada tuan punya tanah
bersebelahan, mesyuarat pendengaran bantahan akan di buat.
7.4 Membuat Lawatan Tapak
Membuat lawatan dan laporan tapak. Menyediakan ulasan
berdasarkan maklumat sediada atau laporan tapak.
7.5 Penyediaan Kertas Kerja
Menyediakan kertas kerja mesyuarat Jawatankuasa OSC dan
kemukakan kepada Pengarah Perancang Bandar untuk semakan.
Permohonan dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa OSC.
7.4 Keputusan Mesyuarat
Keputusan mesyuarat dimaklumkan kepada pemohon. Pemohon akan
mengemukakan dokumen untuk tujuan pengesahan.
7.5 Kelulusan
Surat keputusan mesyuarat akan di maklumkan kepada pemohon.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 79 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Notis Kepada Tuan Punya Tanah Bersebelahan Majlis Perbandaran Klang
10
8.0 KEPERLUAN NOTIS DI KELUARKAN
Notis ini digunapakai hanya meliputi Permohonan Kebenaran
Merancang yang terlibat sahaja. Notis ini dikeluarkan untuk
mendapatkan pandangan penduduk berjiran berhubung permohonan
berikut:
8.1. Permohonan gunatanah yang bercanggah dengan kelas/ zon
gunatanah Rancangan Tempatan Klang (2002-2015).
8.2. Permohonan yang bercanggah dengan gunatanah/ bangunan
bersebelahan walaupun di dalam kelas/ zon gunatanah yang
betul.
8.3. Permohonan yang tidak bercanggah dengan zon gunatanah
kawasan tetapi belum dibangunkan sepenuhnya dan
pembangunan tersebut memberi kesan kepada gunatanah
sediada dan sekitar.
8.4. Permohonan yang tidak bercanggah dengan zon tetapi
melibatkan lot-lot pembangunan bersebelahan yang tidak
lengkap.
9.0 DOKUMEN YANG DI PERLUKAN
9.1 Nama pemilik berdaftar bagi tuan punya bersempadan.
9.2 Alamat pemilik berdaftar bagi tuan punya bersempadan.
.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 79 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Notis Kepada Tuan Punya Tanah Bersebelahan Majlis Perbandaran Klang
11
10.0 TINDAKAN PENYAMPAIAN NOTIS
10.1 Menyediakan notis mengikut Jadual Ke Empat Kaedah-kaedah
Pengawal Perancangan (Am) 1996, Notis Kepada Tuan Punya
Tanah Bersebelahan (Kaedah 7).
10.2 Menghantar Notis mengikut Garispanduan Notis Kepada Tuan
Punya Bersempadan.
11.0 TEMPOH NOTIS
11.1 Hak membantah daripada pemilik tanah berjiran adalah dalam
masa 21 hari dari tarikh notis disampaikan.(merujuk kepada
Seksyen 21 (6) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
(Akta 172).
11.2 Bantahan atau pandangan yang diterima selepas 21 hari dari
tarikh notis disampaikan boleh dilayan tetapi tidak menjadi
kewajipan.
12.0 MESYUARAT JAWATANKUASA PENDENGARAN AWAM.
12.1 Tempoh Mengadakan Mesyuarat
Jika ada bantahan yang diterima dan diminta untuk
pendengaran, maka Mesyuarat Jawatankuasa Pendengaran
Awam perlu di buat dalam masa 30 hari selepas tamat tempoh
notis dikeluarkan. (Merujuk Seksyen 21(7) Akta 172).
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 79 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Notis Kepada Tuan Punya Tanah Bersebelahan Majlis Perbandaran Klang
12
12.2 Keahlian Jawatankuasa
Ahli Jawatankuasa terdiri daripada:
i. Yang DiPertua Majlis atau Timbalan Yang DiPertua Majlis
atau Ahli Majlis selaku Pengerusi Mesyuarat,
ii. Ahli Majlis,
iii. Pengarah Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor,
iv. Pengarah Perancang Bandar Majlis Perbandaran Klang
(MPK),
v. Pengarah Undang-Undang MPK,
vi. Pengarah Bangunan MPK,
vii. Pengarah Kejuruteraan MPK.
12.3 Aturcara Mesyuarat
i. Pengerusi menjelaskan tujuan dan matlamat Mesyuarat.
ii. Pemohon membentangkan cadangan permohonan
kebenaran Merancang.
iii. Pembantah membentangkan alasan-alasan bantahan.
iv. Pertanyaan daripada ahli jawatankuasa mesyuarat.
13.0 HASIL MESYUARAT JAWATANKUASA PENDENGARAN AWAM
13.1 Hasil perbincangan akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa
Pusat Setempat (OSC) untuk pertimbangan dan keputusan.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 79 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Notis Kepada Tuan Punya Tanah Bersebelahan Majlis Perbandaran Klang
13
14.0 PENUTUP
Manual garis panduan ini digubal bagi membantu pihak PBT dan
pemaju dalam merancang, mengawal dan memantau pembangunan
agar tidak bercanggah dengan dasar dan prinsip perancangan.
Penyediaan Manual Garis Panduan ini akan dapat mempermudahkan
proses permohonan dan dapat mengetahui dengan lebih jelas
berkenaan notis kepada tuan punya tanah bersebelahan. Adalah
menjadi hasrat Jabatan Perancang Bandar dan Desa agar Manual
Garis Panduan yang digubal ini dapat memandu pihak-pihak terlibat
termasuk pengusaha, pemaju, PBT dan agensi bertanggungjawab
dalam menyediakan perancangan pembangunan di kawasan Majlis
Perbandaran Klang.