Upload
tranbao
View
286
Download
8
Embed Size (px)
Citation preview
MANUAL MPK BIL : 06 /2013
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
MANUAL :
KOD ETIKA KERJA DAN NILAI - NILAI
BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN KLANG
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 12 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Manual Kod Etika Kerja Dan Nilai – Nilai Bersama MPK
2
KANDUNGAN
NO ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 2
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 3
1.0 TUJUAN MANUAL 5
2.0 LATAR BELAKANG 6 - 7
3.0 DEFINISI 7 - 12
4.0 CARTA BAHAGIAN / UNIT 13
5.0 SUMBER KUASA 14
6.0 SKOP KERJA 15
7.0 PROSES KERJA 16 - 25
8.0 CARTA ALIR 26 - 27
9.0 PENUTUP 28
10.0 LAMPIRAN 29
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 06 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
l Kod Etika Kerja Dan Nilai – Nilai Bersama MPK
3
SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA
Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya
Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka menjadi tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk
berusaha membuat penambahbaikan agar penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi, berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya pengiktirafan status
Bandaraya tersebut.
Manual Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran Majlis Perbandaran Klang ini dikeluarkan bagi tujuan sebagai arahan dan panduan untuk menentukan Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Peraturan
Tindakan Kecemasan dapat dititikberatkan oleh semua pihak pengurusan, pegawai, semua kakitangan Majlis Perbandaran Klang serta orang awam
yang berurusan di dalam bangunan Majlis. Setiap Ketua Jabatan, pegawai dan kakitangan hendaklah
bertanggungjawab bagi menentukan keselamatan di tempat kerja sebagai satu tanggungjawab bersama dan menentukan tidak berlakunya
kemalangan sama ada kakitangan atau pun orang awam yang ada di dalam kawasan atau di dalam permis Majlis Perbandaran Klang.
Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita berpadu untuk
membuat perubahan dan penambahbaikan dalam semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar bersedia dam mampu mengalas
tanggungjawab yang berupaya memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat memuaskan hati semua pelanggan MPK atau
“stakeholder” dan rakyat umumnya. “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih
Ehsan Mukri
Setiausaha MPK
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 06 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
l Kod Etika Kerja Dan Nilai – Nilai Bersama MPK
4
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN
Alhamdulliah, dipanjangkan himpunan kesyukuran ke
hadrat Allah S.W.T atas limpah kurnia, taufik dan hidayahNya serta selawat dan salam kepada Junjungan
Besar Nabi Muhammad S.A.W telah mengizinkan untuk menerbitkan manual ini sepertimana yang telah dirancang.
Majlis Perbandaran Klang dalam mengorak langkah pembangunan serta membudayakan sistem penyampaian
perkhidmatan yang berkesan melalui beberapa agenda yang telah dirancang oleh pihak pengurusan tertinggi Majlis.
Majlis dalam usaha untuk membuat satu perubahan melalui perkhidmatan yang diberikan kepada warga Klang bagi mencapai matlamat dan misi Majlis iaitu „Ke
Arah Mewujudkan Bandaraya Terbilang Di Malaysia Menjelang 2015’.
Akhir bicara, semoga Majlis dalam mencapai kecemerlangan yang diusahakan,
kegemilangan yang bakal digenggam dan keterbilangan bangsa yang akan dikagumi selaras dengan polisi serta dasar kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi
memperhebatkan lagi daya produktiviti serta sanggahan kerja yang diamanahkan untuk pelaksanakan yang tepat, kemas dan mencapai matlamat Majlis.
Sekian. Terima Kasih. Wassalam.
(Zaireezal bin Ahmad Zainuddin)
Pengarah Khidmat Pengurusan
Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 06 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
l Kod Etika Kerja Dan Nilai – Nilai Bersama MPK
5
1.0 TUJUAN MANUAL
Manual Kod Etika Kerja dan Nilai – Nilai Bersama Majlis Perbandaran Klang disediakan:-
1.1 Memberi rujukan dan panduan kepada pegawai dan kakitangan serta
tujuan member penerangan secara ringkas dan tepat mengenai
pengamalan nilai – nilai bersama dan integriti.
1.2 Menjamin hasil mutu kerja serta perkhidmatan berkualiti kepada penduduk Klang.
1.3 Menjadikan warga Majlis Perbandaran Klang berprestasi tinggi, berkualiti dan beretika mulia serta dihormati semua pihak.
2.0 LATAR BELAKANG MAJLIS PERBANDARAN KLANG
Penguasa Tempatan Klang telah ditubuhkan pada bulan Mei 1890 yang ketika itu dikenali sebagai Lembaga Kesihatan Klang untuk mentadbir
Bandar Klang.
Sempadan rasmi Lembaga Kesihatan Klang telah ditetapkan pada tahun
1895 di bawah Enakmen Tanah. Di samping itu, telah dilengkapkan lagi dengan Enakmen Lembaga Kesihatan Klang yang telah memberi kuasa mutlak bagi Lembaga memenuhi tanggungjawab sebagai Penguasa
Tempatan.
Pada tahun 1926, kawasan Lembaga Kesihatan Klang telah digabungkan
dengan kawasan Pelabuhan Klang. Nama Lembaga ini telah ditukar kepada Lembaga Bandaran Klang pada Disember 1945.
Perubahan yang nyata dalam bentuk pentadbiran Bandar Klang bermula
setelah terbentuknya Majlis Bandaran Klang pada tahun 1954. Dengan sistem pentadbiran ini Majlis Bandaran Klang terus membangun dengan
pesatnya hingga tahun 1971 apabila kawasan Majlis merangkumi kawasan Bandar Klang, Pelabuhan Klang, Kapar dan Meru lalu dinaikkan tarafnya kepada Majlis Daerah Klang.
Dengan berkuatkuasanya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) di mana proses penyusunan semula Penguasa Tempatan di seluruh Malaysia
dilaksanakan, Majlis Daerah Klang telah dinaikkan taraf yang ada sekarang iaitu Majlis Perbandaran Klang pada 1 Januari 1977.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 06 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Manual Kod Etika Kerja Dan Nilai – Nilai Bersama MPK
6
3.0 OBJEKTIF
3.1 Mengekal dan memelihara imej Klang sebagai Bandar Di Raja
dan Bersejarah.
3.2 Menghasilkan kehidupan yang lebih selesa, seimbang dan
selamat.
3.3 Menjadikan Klang sebagai nadi pemangkin pembangunan.
3.4 Mewujudkan masyarakat madani yang harmonis.
4.0 STRATEGI
4.1 Memantapkan modal insan bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.
4.2 Memperkasakan pengurusan dan keupayaan organisasi untuk mencapai organisasi berprestasi tinggi
4.3 Memperkukuhkan pengurusan kewangan untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat
4.4 Menaiktaraf kualiti perkhidmatan kebersihan dan pengindahan
untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat
4.5 Memantapkan perancangan dan kawalan pembangunan bandar bagi merealisasikan pembangunan yang
mampan
4.6 Menambah dan menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan
awam bagi mewujudkan suasana kehidupan yang lebih selesa seimbang dan selamat
4.7 Meningkatkan keupayaan, keprihatinan dan penglibatan
masyarakat bagi mewujudkan masyarakat madani yang harmonis
5.0 VISI
“KEARAH MEWUJUDKAN BANDARAYA DIRAJA TERBILANG DI MALAYSIA MENJELANG 2015”
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 06 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Manual Kod Etika Kerja Dan Nilai – Nilai Bersama MPK
7
6.0 MISI
MERANCANG DAN MENGAWAL PEMBANGUNAN YANG MAMPAN DAN
MEMBERI PERKHIDMATAN PERBANDARAN YANG BERKUALITI MELALUI TADBIR URUS YANG CEMERLANG UNTUK MASYARAKAT
KLANG YANG GEMILANG
7.0 MOTO
“PERPADUAN SENDI KEKUATAN”
8.0 NILAI – NILAI BERSAMA
Dalam usaha menjadikan Majlis Perbandaran Klang sebagai sebuah
Pihak Berkuasa Tempatan yang bertanggungjawab dalam mentadbir dan memajukan Bandar Klang sebagai Bandaraya Diraja yang
bersejarah, semua warga Majlis Perbandaran Klang perlu menghayati dan mengamalkan nilai – nilai teras berikut:
8.1 KERJA BERPASUKAN
Pegawai dan kakitangan mempunyai semangat kerja berpasukan, bekerjasama, bertolak ansur dan sifat bermuafakat untuk mencapai misi dan visi organisasi.
8.2 ADIL
Sentiasa berusaha membuat pertimbangan yang saksama dan sama rata dalam setiap tindakan dan keputusan berasaskan
undang-undang, peraturan, keutamaan dan fakta yang lengkap dan tepat.
8.3 AMANAH
Sentiasa menjalankan tugas dengan penuh amanah serta komitmen sepenuhnya sejajar dengan akujanji yang telah diikrarkan.
8.4 BIJAKSANA
Sentiasa berusaha melaksanakan tugas serta tanggungjawab secara bijaksana berpandukan ilmu, kemahiran dan tahap
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 06 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Manual Kod Etika Kerja Dan Nilai – Nilai Bersama MPK
8
profesionalisme yang tinggi. Setiap tindakan yang dibuat perlulah mengikut pertimbangan rasional serta mengambil kira kepentingan organisasi.
8.5 TELUS
Sentiasa berusaha bertindak positif dengan mewujudkan prosedur kerja yang telus seperti menyelesaikan kerja mengikut masa yang
ditetapkan. Menyalurkan maklumat kepada pihak-pihak yang berhak mengetahui selagi tidak bercanggah dengan undang-undang.
8.6 BERDISIPLIN
Sentiasa mengawal diri dan perilaku berdasarkan prinsip dan undang-undang serta peraturan yang ditetapkan. Melaksanakan
tugas dan tanggungjawab dengan penuh tekun dan taat setia dan menjaga nama baik dan imej organisasi di mata masyarakat dan negara.
8.7 AKAUNTABILITI
Mempunyai rasa tanggungjawab dan akauantabiliti di dalam segala t
indakan dan kelakuan.
9.0 PROGRAM 8S
Program 8S Majlis Perbandaran Klang merupakan kesinambungan
program untuk Khidmat Pelanggan ke arah mewujudkan kaunter mesra pelanggan. 8S ialah istilah bagi:-
Salam
Sayang
Segak
Segera
Sempurna
Sensitif
Senyum
Sopan
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 06 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Manual Kod Etika Kerja Dan Nilai – Nilai Bersama MPK
9
10.0 PIAGAM PELANGGAN
Kami akan memastikan semua pelanggan yang berurusan dengan
Pentadbiran Majlis Perbandaran Klang akan mendapatkan layanan dengan sempurna dan memproses segala permohonan dengan
kadar segera.
10.1 Penilaian ke atas harta-harta yang telah di tukar syarat, di
pecah sempadan, dikeluarkan hakmilik baru atau dikeluarkan Sijil Layak Menduduki (CF) / Sijil Perakuan Siap dan
Pematuhan (CCC) akan dibuat dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh dokumen lengkap diterima.
10.2 Permohonan maklumat penilaian disediakan dalam tempoh
satu (1) hari dari tarikh permohonan yang lengkap / memenuhi syarat.
10.3 Rayuan / Bantahan Cukai Taksiran dalam tempoh yang dibenarkan, dijawab /diberi maklumbalas dalam masa tujuh (7) hari bekerja dari tarikh surat rayuan / bantahan diterima.
10.4 Permohonan Remisi dijawab / diberi maklumbalas dalam masa tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
10.5 Setiap permohonan penyewaan premis Majlis yang lengkap diproses dan dipanggil temuduga dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh tutup iklan.
10.6 Tawaran penyewaan premis kepada pemohon yang berjaya dikeluarkan dalam masa tujuh (7) hari bekerja selepas
temuduga.
10.7 Penyaluran aduan dan laporan kerosakan premis diserahkan kepada jabatan berkaitan dalam masa tujuh (7) hari bekerja
dari tarikh aduan lengkap diterima.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 06 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Manual Kod Etika Kerja Dan Nilai – Nilai Bersama MPK
10
11.0 KOD ETIKA
11.1 TATAKELAKUAN
Seseorang pekerja tidak boleh:-
a) Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan
persendiriannya;
b) Berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga mungkin
menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah
dengan tugasnya sebagai pekerja Majlis;
c) Berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga mungkin
menyebabkan syak yang munasabah bahawa-
i. Dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya
bercanggah dengan tugasnya sebagai pekerja Majlis
hingga menjejaskan kebergunaannya sebagai seorang
pekerja Majlis; atau
ii. Dia telah menggunakan kedudukannya sebagai pekerja
Majlis bagi faedahnya sendiri;
iii. Berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga membawa
nama buruk kepada Majlis atau mencemarkan nama baik
Majlis;
iv. Kurang cekap atau kurang berusaha;
v. Tidak jujur atau tidak amanah;
vi. Tidak bertanggungjawab;
vii. Membawa atau cuba membawa apa - apa bentuk
pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau
memajukan tuntutan berhubungan dengan perkhidmatan
sebagai pekerja Majlis sama ada tuntutan itu adalah
tuntutannya sendiri ingkar perintah; dan
viii. Cuai dalam melaksanakan tugasnya.
11.2 PEKERJAAN LUAR
Seseorang pekerja boleh membuat permohonan kepada Majlis untuk memaklumkan penglibatan dengan pekerjaan luar.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 06 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Manual Kod Etika Kerja Dan Nilai – Nilai Bersama MPK
11
11.3 PAKAIAN
Seseorang pekerja yang sedang bertugas hendaklah sentiasa berpakaian dengan sepatutnya mengikut apa-apa cara yang
ditentukan oleh Majlis dari semasa ke semasa. (Sila rujuk pada lampiran)
11.4 DADAH
Seseorang pekerja tidak boleh menggunakan atau mengambil (kecuali bagi maksud perubatan sebagaimana yang dipreskripsikan oleh seorang pengamal berubatan berdaftar)
atau menyalahgunakan atau menagih apa-apa dadah merbahaya.
11.5 HADIAH DAN SEBAGAINYA
Tertakluk kepada peruntukan lain kaedah ini, seseorang pekerja tidak boleh :-
a) menerima atau memberikan ; atau
b) membenarkan isteri dan suaminya atau mana- mana
orang lain untuk menerima atau memberikan bagi
pihaknya.
11.6 KERAIAN
Seseorang pekerja boleh memberikan atau menerima apa-apa jenis keraian kepada atau daripada mana-mana orang
jika :-
a) keraian itu tidak dengan apa-apa cara mempengaruhi
pelaksanaan tugas rasminya sebagai seorang pekerja
Majlis untuk kepentingan orang itu ; dan
b) pemberian atau penerimaan keraian itu tidak dengan apa-
apa cara tak konsisten dengan tatakelakuan yang
ditetapkan dalam kaedah 10.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 06 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Manual Kod Etika Kerja Dan Nilai – Nilai Bersama MPK
12
11.7 PEMUNYAAN HARTA
Seseorang pekerja hendaklah mengistiharkan hartanya apabila
dia dilantik menjadi pekerja Majlis atau pada bila – bila masa selepas itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Majlis.
Isytiharkan segala harta sendiri atau isteri atau suami atau anak. Jika tiada harta perlu diisytihar juga secara bertulis.
11.8 MENYENGGARA TARAF HIDUP YANG MELEBIHI
EMOLUMEN DAN PENDAPATAN PERSENDIRIAN LAIN
YANG SAH.
Jika Yang Dipertua berpendapat bahawa seseorang pekerja
adalah atau tampaknya:
a) menyenggara taraf hidup yang melebihi emolumennya dan
pendapatan persendiriannya yang lain yang sah, jika ada;
atau
b) mempunyai kawalan ke atas atau memiliki sumber- sumber
kewangan atau harta ,alih atau tak alih, yang tidak boleh
semunasabahnya dijangka telah diperoleh oleh pekerja itu
dengan emolumennya dan pendapatan persendiriannya yan
lain yang sah.
11.9 MEMINJAM WANG
Tiada pekerja boleh meminjam daripada mana-mana orang atau menjadi penjamin kepada mana- mana peminjam, atau
dengan apa-apa cara meletakkan dirinya di bawah suatu obligasi kewangan kepada mama-mana orang :-
a) yang secara langsung atau tak langsung tertakluk kepada
kuasa rasminya ;
b) yang dengannya pekerja itu ada atau mungkin ada urusan
rasmi ;
c) yang tinggal atau memiliki tanah atau menjalankan
perniagaan di dalam had kawasan Majlis ; atau
d) yang menjalankan perniagaan pemberian pinjaman wang.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 06 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Manual Kod Etika Kerja Dan Nilai – Nilai Bersama MPK
13
11.10 KETERHUTANGAN KEWANGAN YANG SERIUS
Seseorang pekerja tidak boleh dengan apa-apa cara
menyebabkan dirinya berada dalam keadaan keterhutangan kewangan yang serius.
11.11 MEMBERIKAN PINJAMAN WANG
Seseorang pekerja tidak boleh memberikan pinjaman wang dengan bunga sama ada dengan cagaran atau tanpa
cagaran.
11.12 PENERBITAN BUKU DAN SEBAGAINYA
Seseorang pekerja tidak boleh, secara lisan atau bertulis atau
dengan apa-apa cara lain :- a) membuat apa-apa pernyataan awam yang berhubungan
dengan apa-apa dasar, program atau keputusan Kerajaan
atau Majlis tentang apa-apa isi:
b) memberikan apa-apa maklumat factual yang berhubungan
dengan Majlis; atau
c) memberikan apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-
apa peristiwa atau laporan yang berhubungan dengan
Majlis.
11.13 LARANGAN UNTUK BERTINDAK SEBAGAI
PENYUNTING, DAN SEBAGAINYA BAGI SURAT
KHABAR DAN SEBAGAINYA.
Seseorang pekerja tidak boleh bertindak sebagai penyunting, atau mengambil bahagian secara langsung atau tak langsung dalam pengurusan, atau dengan apa-apa cara memberikan
apa-apa sumbangan kewangan atau selainnya kepada mana- mana penerbitan, termasuk mana-mana suratkhabar ,
majalah atau jurnal, kecuali yang berikut:
a) penerbitan Majlis atau mana-mana jabatannya atau
penerbitan kakitangannya; b) penerbitan profesional ; dan
c) penerbitan organisasi sukarela yang tidak bercorak politik.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 06 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Manual Kod Etika Kerja Dan Nilai – Nilai Bersama MPK
14
11.14 POLITIK
Seseorang pekerja terlibat dalam aktiviti politik yang menjadi ahli biasa ataupun memegang jawatan dalam parti hendaklah
memaklumkan kepada Majlis untuk makluman / kelulusan.
11.15 HUKUMAN
Pegawai dan kakitangan terikat dengan Kaedah – Kaedah
Pekerja (Pelakuan & Tatatertib) Majlis Perbandaran Klang 1995 dan Lembaga Tatatertib boleh, jika ia mendapati seseorang pekerja bersalah kerana melanggar mana-mana
peruntukan kaedah- kaedah ini,dan selepas mengambil kira keseriusan kesalahan itu, menjatuhkan mana-mana satu
daripada hukuman itu atau lebih ke atas pekerja itu :
a) amaran ;
b) denda ;
c) tertakluk kepada subkaedah (2) . lucut hak emolumen ;
d) tangguh pergerakan gaji ;
e) turun gaji ;
f) turun pangkat ; atau
g) buang kerja.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 06 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Manual Kod Etika Kerja Dan Nilai – Nilai Bersama MPK
15
12.0 CARTA BAHAGIAN / UNIT
SETIAUSAHA
TIMBALAN YANG DIPERTUA
PENGARAH KHIDMAT PENGURUSAN
TIMBALAN PENGARAH
KHIDMAT PENGURUSAN
UNIT TATATERTIB
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
KOD ETIKA KERJA & NILAI – NILAI
BERSAMA MPK
PENOLONG PEGAWAI TADBIR
N32
PEMBANTU TADBIR
N26
PEMBANTU TADBIR
N22
PEMBANTU
TADBIR N17
PEMBANTU
TADBIR N17
PEMBANTU
TADBIR N17
PEMBANTU
TADBIR N17
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 06 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Manual Kod Etika Kerja Dan Nilai – Nilai Bersama MPK
16
13.0 SKOP KERJA
13.1 Antara fungsi Jabatan Khidmat Pengurusan adalah
mengendalikan Kod Etika dan Nilai – Nilai Bersama Majlis
Perbandaran Klang. Manual Kod Etika dan Nilai – Nilai
Bersama Majlis Perbandaran Klang adalah merupakan
panduan yang diamalkan dan diterapkan bagi memastikan
warga Majlis Perbandaran Klang berintegriti dan
bertanggungjawab.
13.2 Memastikan warga Majlis Perbandaran Klang sentiasa
mengamalkan budaya kerja yang murni dan cekap bagi
menjaga imej Majlis Perbandaran Klang.
14.0 LAGU:
NEGERI SELANGOR BERGERAK MAJU
Terbentang Indah Banjaran Gagah Negeri Makmur Tanahnya Subur
Rakyat Berpadu Aman Sentosa Selangor Negeri Tercinta
Para Petani Seluruh Negeri Berpadu Tenaga Mencurah Bakti
Pada Negeri dan Juga Bangsa Di Bawah Payung Baginda
Maju-Maju Arah Dituju
Kerja Kuat Penuh Semangat Gagah Berdiri Penuh Berdikari
Matlamat Yang Sungguh Murni
Maju Bangsa Maju Negara Padu Erat Rakan dan Taulan
Gagah Perkasa Di Mata Dunia
Negeri Selangor Darul Ehsan
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 06 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Manual Kod Etika Kerja Dan Nilai – Nilai Bersama MPK
17
15.0 LAGU:
KLANG TERUS MEMBANGUN
Bandar Di Raja yang tercinta
Melambangkan kedaulatan bangsa Penduduknya bersatu dan aman
Rala berkorban apa saja
Majlis Perbandaran Klang
Menjadi Pusat Pentadbirannya Di bawah teraju Duli Tuanku
Klang terus membangun
Megah ku merasa megah
Melihat Klang maju dan makmur Mari kita bersama
Berganding bahu padu tenaga
Megah ku merasa megah
Melihat Klang maju dan makmur Mari kita bersama
Berganding bahu menjayakannya
Klang terus maju jaya
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 06 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Manual Kod Etika Kerja Dan Nilai – Nilai Bersama MPK
18
16.0 IKRAR MAJLIS PERBANDARAN KLANG
Bahawasanya kami kakitangan Majlis Perbandaran Klang
berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita – cita atas prinsip – prinsip berikut:
Berazam meninggikan mutu perkhidmatan dengan
mematuhi Piagam Pelanggan Majlis Perbandaran Klang.
Bekerja dengan penuh tanggungjawab.
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri.
Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan.
Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan
pembangunan negara.
Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh
– musuh negara.
Berpegang teguh kepada ajaran agama.
17.0 PENUTUP
Majlis Perbandaran Klang berhasrat semua warga kerja dapat
memahami dan mempraktikkan etika dan nilai – nilai bersama bagi memastikan kerja dapat dilakukan dengan harmoni dan bertanggungjawab. Amalan nilai – nilai bersama yang diterapkan
kepada warga Majlis diharap dapat memberi mutu kerja yang berkualiti dan berintegriti serta dapat mematuhi peraturan - peraturan
yang telah ditetapkan seperti termaktub di dalam Kaedah – Kaedah Pekerja (Pelakuan & Tatatertib) Majlis Perbandaran Klang 1995. Seterusnya, setiap warga Majlis Perbandaran Klang hendaklah
bertekad dan berusaha mempertingkatkan kualiti peribadi dan profesion. Mudah – mudahan setiap kerja yang dilaksanakan diterima sebagai ibadat.