3
MAJLIS SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2018 Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan berangkat mencemar duli dan menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2018 yang berlangsung di Padang Majlis Perbandaran Seremban pada 14 Julai 2018 yang lalu. Bertemakan ‘Bomba Tonggak Penyelamatan Negara’, acara pada pagi tersebut dimulakan dengan pemeriksaan kawalan kehormat oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Di- Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Majlis kemudiannya diteruskan dengan perarakan anggota kontinjen perbarisan, pertunjukan persembahan kebombaan oleh pasukan ‘Special Tactical Operation And Rescue Of Malaysia’ (STORM) serta aksi penerjunan pasukan Smoke Jumpers JBPM. Secara keseluruhan sebanyak 28 kontinjen dan 95 Unit jentera membabitkan penglibatan lebih 2,200 orang peserta menjayakan perarakan kali ini.

MAJLIS SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2018...MAJLIS SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2018 Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz

  • Upload
    others

  • View
    2

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MAJLIS SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2018...MAJLIS SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2018 Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz

MAJLIS SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2018

Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku

Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan berangkat mencemar duli dan

menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2018 yang

berlangsung di Padang Majlis Perbandaran Seremban pada 14 Julai 2018 yang lalu.

Bertemakan ‘Bomba Tonggak Penyelamatan Negara’, acara pada pagi tersebut

dimulakan dengan pemeriksaan kawalan kehormat oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Di-

Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku

Munawir. Majlis kemudiannya diteruskan dengan perarakan anggota kontinjen

perbarisan, pertunjukan persembahan kebombaan oleh pasukan ‘Special Tactical

Operation And Rescue Of Malaysia’ (STORM) serta aksi penerjunan pasukan Smoke

Jumpers JBPM. Secara keseluruhan sebanyak 28 kontinjen dan 95 Unit jentera

membabitkan penglibatan lebih 2,200 orang peserta menjayakan perarakan kali ini.

Page 2: MAJLIS SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2018...MAJLIS SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2018 Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz

Perarakan kali ini melibatkan pelbagai jentera Awam dan Swasta antaranya Pasukan

HAZMAT dan CBRne, Pasukan Penyelamatan Bangunan Tinggi, Bahagian Udara

Bomba, Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA), Unit Pengesan (K9), Pasukan

Penyelamatan Kemalangan Jalan Raya (RTA), Emergency Medical Rescue Services

(EMRS), Kelab 3K, Pasukan Bomba Tentera, Bomba Pelabuhan dan Bomba Lapangan

Terbang.

Majlis turut dimeriahkan dengan perarakan jentera bomba seperti kereta bomba Dennis,

dua unit Amphibious All Train Vehicle (AATV), Rapis Resques Vehicle (RRV), 24 unit

Rapid Intervention Motorcycle (RIM), dua unit Aerial Ladder Platform Turn Table (ALPT)

yang merupakan aset terbaru jabatan selain lintas hormat pesawat udara bomba jenis

MI17 yang membawa bendera bomba dan Jalur Gemilang semasa acara berlangsung.

Page 3: MAJLIS SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2018...MAJLIS SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2018 Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz

Hadir sama dalam majlis tersebut, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Puan

Hajah Zuraida Binti Kamaruddin serta Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, YAB

Tuan Haji Aminuddin Bin Harun.

Sumber: Unit Komunikasi Korporat