26
Makanan Tradisi Kaum Melanau SELISIH ULAT MULONG Ulat mulong, dalam bahasa melanau dipanggil ‘Siet’.Inilah adalah makanan eksotik yang paling digemari masyarakat melanau ‘Umai’ dan ‘Siet’ atau makanan laut adalah trademark bagi masyarakat melanau.

Makanan Tradisi Kaum

Embed Size (px)

Citation preview

Makanan Tradisi Kaum Melanau

SELISIH

ULAT MULONG

Ulat mulong, dalam bahasa melanau dipanggil ‘Siet’.Inilah adalah makanan eksotik

yang paling digemari masyarakat melanau ‘Umai’ dan ‘Siet’ atau makanan laut adalah

trademark bagi masyarakat melanau.

MELANAU

Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik di Sarawak. Masyarakat Melanau

mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan,

kebudayaan dan adat resam.Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai

budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Adat resam ini jelas terlihat dalam

aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. Adat

resam atau amalan ini diwarisi sejak zaman berzaman dan masih diteruskan hingga ke

hari ini.

KELAHIRAN

Sewaktu Mengandung

Ibu yang mengandung terikat daripada mengamalkan pantang larang. Kebanyakan

larangan yang dikenakan banyak bergantung kepada faktor pemakanan seperti tidak

boleh memakan buah-buahan yang berbau kuat seperti durian kerana badan akan

menjadi busuk. Wanita hamil tersebut juga tidak boleh makan pucuk-pucuk paku kerana

susu badan akan menjadi masam. Haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan tidak

boleh diberikan kepada wanita hamil kerana diyakini anak dalam kandungan akan

melecur seluruh badan.

Si suami juga dikehendaki menjauhi beberapa perkara. Si suami tidak boleh memotong

kayu yang bertindan atau memakan ikan pari kerana dikhuatiri bibir anak akan menjadi

sumbing. Si suami juga tidak boleh mengecat kerana dikhuatiri anak di dalam

kandungan akan diiringi minyak. Sekiranya terdapat sebarang kematian, si suami tidak

boleh melihat kerana anak di dalam kandungan akan mendapat penyakit. Suami juga

tidak boleh memotong akar temalet kerana anak akan meninggal dunia tanpa sebab.

Semasa mengandung juga wanita tersebut tidak boleh ditakut-takutkan kerana

dikhuatiri akan menyebabkan anak dalam kandungan cacat ataupun gugur.

Perkahwinan

Aspek pangkat dititikberatkan dalam institusi perkahwinan berbanding dengan institusi

yang lain. Masyarakat Melanau juga begitu mementingkan status sosial mereka iaitu

sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah

yang perlu dibawa untuk tanda bertunang dan barang yang mengiringi mas kahwin

seperti adat menuga, adat mebin dan pakan juga dikira berdasarkan status sosial ini.

Namun begitu, asas adat perkahwinan adalah sama seperti masyarakat lain iaitu

merisik, meminang dan majlis perkahwinan.

Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran kecuali perkahwinan jenis

'peramas' iaitu per-kahwinan kerana ditangkap basah. Persiapan untuk majlis ini

berlangsung beberapa hari lebih awal. Bakal pengantin lelaki dikehendaki menyerahkan

hadiah mas kahwin iaitu 'penyekab' dan 'berian' dan hadiah lain seperti 'adat menuga',

'adat mebin' dan 'pakan' sehari sebelum majlis itu diadakan. Penyerahan ini disusul

dengan acara pernikahan. Pernikahan boleh juga di-adakan pada pagi keesokannya

iaitu pada hari diadakan majlis perkahwinan. Kenduri perkahwinan diadakan di rumah

kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang dihadiri oleh

sanak saudara, jiran dan sahabat handai.Kemuncak acara majlis ialah persandingan

yang biasanya diadakan pada tengah hari. 

Selesai bersanding di rumah pengantin lelaki, diada-kan pula persandingan di rumah

pengantin perempuan untuk menjalani 'adat petudui' iaitu penyerahan pelbagai barang,

antaranya termasuklah sebentuk cincin emas dan seutas gelang perak oleh pengantin

lelaki kepada pengantin perempuan. Semasa menjalani adat ini, kedua-dua pengantin

dikenakan pelbagai pantang larang, misal-nya tidak boleh mandi di sungai dan tidak

boleh tidur pada waktu siang.Pada sebelah malam, di rumah pengantin perempuan

diadakan pula upacara makan nasi temuan. 

Adat Rumah Tangga

Oleh kerana perkahwinan merupakan satu institusi yang penting, terdapat beberapa

peraturan dalam kehidupan mereka yang perlu diikuti oleh kedua-dua pasangan

pengantin sama ada lelaki atau perempuan. Antara peraturan yang perlu diikuti oleh

mereka ialah:

Setelah menjadi pasangan suami isteri, suami tidak boleh menetak bumbung rumah

dengan parang kerana cara ini boleh menyebabkan hubungan renggang antara suami

dan isteri.

Suami tidak boleh memerah kelapa yang sudah diparut kerana boleh menyebabkan

perut isteri sakit atau memulas.

Pakaian yang dipakai semasa upacara perkahwinan tidak boleh dijahit walaupun koyak

kerana boleh menyebabkan penyakit di kalangan suami isteri.

Isteri dilarang keras memarut rumbia atau menyeberangi sungai kerana akan jatuh sakit

sehingga boleh menyebabkan anak di dalam kandungan keguguran.

BUDAYA MELANAU

Pakaian Tradisional(Lelaki)

1)Pakaian lelaki Melanau dari satin berwarna gelap dipadankan dengan kain songket

bunga tabur dan pakaian kepala sengkulon dari Jawa. 2)Lelaki menggayakan baju

potongan moden bersamping broked oren keemasan, pinggang berikat selendang sifon

berkopiah Jawa.

Pakaian Tradisional(Wanita)

1)Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei

tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan

kepala kepih sanggul.2) Wanita Melanau menggayakan Baju Baban asal pakaian

pengantin Melanau. Baju kurung pendek warna hitam dipadankan dengan kain songket.

Di dada memakai 2 helai selendang merah dan perhiasan diri kepih dada dan kepih

sanggul.

Sesama dengan suku kaum Iban, Orang Melanau tinggal di dalam rumah panjang

(yang dibina dengan tinggi). Namun, masyarakat Melanau pada masa kini telah

mengubah cara kehidupan mereka dengan tinggal di dalam rumah kampung yang

mengikut corak orang Melayu. Masyarakat Melanau yang bukan

beragama Islam mempercayai makhluk ghaib yang dipanggil Ipok.

Suku etnik Melanau berkumpul di persisiran pantai seperti kawasan lembah utara

Sungai Rajang, Igan, Mukah, Dalat, Oya, dan Bintulu. Masyarakat yang terawal di

Sarawak menetap di Mukah.

Kegiatan ekonomi

Kegiatan ekonomi utama mereka adalah menangkap hasil laut dan menjadi petani padi

sawah bagi sebahagian kecil daripada mereka yang tinggl di pendalaman. Selain ini,

perusahaan sagu juga diusahakan oleh kaum ini. Pokok sagu tumbuh di kawasan yang

berpaya. Pokok Sagu hanya boleh ditebang selepas sepuluh tahun. Tepung sagu atau

lemantak diperoleh daripada isi pokok sagu yang dipanggil ripo. Ripo dijemur sehingga

kering dan diproses sebelum dijadikan lemantak, iaitu tepung sagu. Sarawak

merupakan pengeksport sagu yang terbesar di Malaysia.

Loghat/Jenis Melanau Mengikut Kawasan

Kaum Melanau terbahagi mengikut bahagian di kawasan Sarawak;

Melanau Mukah

Melanau Dalat - Dalat Town Sharing Channel

Melanau Oya

Melanau Matu-Daro

Melanau Belawai-Rajang

Melanau Ba'ie (Bintulu)

Melanau Balingian ,dan

Melanau Miri.

Budaya

Perayaan Kaul disambut oleh orang Melanau dengan meriah pada bulan Mac/April

setiap tahun dalam bulan Pengejin mengikut kalender Melanau. Perayaan ini diadakan

untuk menjamu ipok yang mengawal laut. Tujuannya untuk memperoleh tangkapan

yang memuaskan dan selamat semasa berada di laut serta mengelakkan pelbagai

wabak dan penyakit. Perayaan ini melambangkan berakhirnya musim hujan dan

kedatangan atau permulaan musim menangkap ikan. Dalam hari ini, serahang akan

disediakan untuk menjamu ipok. Serahang adalah diperbuat daripada daun buluh dan

daun nipah dengan memasukkan bertih, telur ayam, pulut kuning, kirai atau rokok daun,

dan sirih ke dalamnya. Walau bagaimanapun, perayaan ini datang dengan keghairahan

dan kegembiraan.

Selain Pesta Kaul yang disambut meriah setiap tahun, terdapat budaya yang masih

utuh diamalkan oleh masyarakat Melanau khususnya yang melibatkan peristiwa

kematian ahli keluarga. Walau bagaimanapun, amalan tersebut berbeza-beza mengikut

daerah dan kampung. Bagi masyarakat Melanau yang mendiami daerah Matu, amalan

yang berkaitan dengan kematian sudah banyak dipengaruhi oleh agama Islam. Selepas

selesai majlis pengebumian, ahli keluarga akan bersedia untuk mengadakan upacara

"sare" iaitu seperti rumah terbuka selama 7 malam berturut-turut. Rumah keluarga si

mati akan dikunjungi oleh sanak saudara dan masyarakat setempat. Akan tetapi ia

sudah dipengaruhi oleh agama Islam secara dengan majlis tahlil, bacaan yassin,

sembahyang berjemaah, dan kenduri arwah. Adalah fenomena biasa bagi satu

keluarga Melanau yang orang tuanya menganuti agama tradisional, dan anak-anak

menganuti agama Islam dan Kristian.

Belajar Bahasa Melanau

Bahasa Melanau mempunyai tatabahasanya yang tersendiri dan tidak begitu sukar

untuk dipelajari. Sebagai satu bahasa yang mempunyai banyak dialek, bahasa melanau

berkongsi tatabahasa yang serupa. Oleh itu apa yang perlu ditumpukan ialah kosa kata

yang unik untuk dialek itu sahaja. Di alam maya laman untuk mempelajari bahasa

melanau telah diusahakan oleh orang-orang melanau dan bukan melanau untuk

memastikan kemandirian bahasa ini di zaman moden. Antaranya ialah Learn

Melanau yang memfokuskan bahasa melanau mukah serta budaya melanau merentasi

dialek-dialek.

Contoh perkataan Melanau

pagi = Song, Badik ,suab

Makan = Keman

Minum = Tuteng

Air = Nya'am, Anum

Siapa = Sai, Yai

Awak = Mo,Ka'au, Nou, Kan

Nama = Ngadan,Radan

Rumah = Lebok, Kubou,Lebuk, lamin

Apa = Inou, Nau

Khabar = Dengah

Bagus = Da'au,Dao, diak

Bila = Pidan ,Paya

Siapa = Yai, sai

Kenapa = Inauhal,Wakno, minew

kamu = mo, kan ,ka'au

tidur = tudui,Tudoy,Tudoi

kentut = petut,pangai

jalan = sibal,Makau

Perkataan Melanau (Loghat Matu-Daro)

Bangun = Pitah

Hantar = Tuloi

Makan = Keman

Minum = Tuteng

Air = Anum

Siapa = Sai

Awak = Mo

Nama = Ngadan,Radan

Rumah = Lebuk

Apa = Waknou,wakno

Khabar = Britah

Jalan = Makau

Mandi = Temuk

Duduk = Munguk

berdiri = Tiger

baring = Beleg

kencing = Besinik

berak = Betae

tandas = Jamben/Jelatong/Jungah

Bodoh = Badik

tak tahu = Mey Tao

tahu = Tao

tidak = Mey

tunggu = Lo

menuggu = Lulo

besok = Song nah

hari = law

itu = idun,idu

buku = bub

main = pelik,plik

kahwin = nikah

tumbuk = bukut

miang = keranau

tua = lakey,lakei

Bagi sebahagian besar penduduk negeri Sarawak, 'Melanau' adalah satu bangsa yang

sama seperti bangsa Iban, Melayu, Cina dan sebagainya. Ramai yang tidak

mengetahui asal-usul dan makna perkataan 'Melanau'. Kira-kira setengah abad yang

lalu, semasa Daerah Bintulu masih dalam jagaan Kerajaan Kesultanan Brunei, kerap

kali Baginda Sultan datang ke Bintulu untuk melihat keadaan daerah ini serta

memungut hasil daripada penduduknya. Pada suatu hari, sedang sebuah perahu

kerajaan Brunei belayar menuju ke Kuala Bintulu, tiba-tiba bertembunglah perahu itu

dengan beberapa buah perahu yang menuju ke destinasi yang sama. Nakhoda pun

bertanya dengan seorang kelasinya, "Perahu siapakah yang banyak di hadapan kita?"

Jawab kelasi itu, "Perahu orang memanau, Datuk." Sari sehari ke sehari perkataan

'memanau' ini dengan tidak disedari oleh sesiapa bertukar menjadi 'Melanau'.

'Panau', begitulah asal perkataan yang sebenar dalam dialek Bintulu yang mana bererti

salah satu pekerjaan yang boleh didapati dalam daerah Bintulu pada masa ini.

Pekerjaannya ialah menangkap ikan duai, ikan jamah dan sebagainya. Pekerjaan ini

dilakukan oleh enam hingga sepuluh orang serta lengkap dengan perkarangan yang

dinamakan "Idus" dalam dialek Bintulu serta perahu yang besar sebab orang yang

bekerja 'panau' harus pergi ke tengah laut sejauh enam atau tujuh batu. Daun-daun

'mulong' dijadikan umpan. Di tengah-tengah laut inilah kadang-kadang terjadi ribut yang

kencang dan gelombang besar yang datang dengan tiba-tiba.

Sekiranya mereka memakai perahu yang kecil sudah tentu mereka karam dan boleh

jadi nyawa mereka juga mungkin terancam. Kiranya saudara berasal dari tempat yang

penduduknya orang 'Melanau', janganlah berkecil hati apabila dipanggil orang 'Melanau'

kerana ia bukanlah merendah martabat, pangkat dan bangsa. Ianya adalah semata-

mata satu pekerjaan yang dipusakai oleh datuk-nenek moyang kita. Andaian lain

tentang asal nama Melanau ialah kaitannya dengan nama 'Meranau' (Maranao) atau

'Mindanau' (Mindanao). 'Maranau' atau 'Marinau' ialah nama suku kaum di Mindanao

Tengah (lanun) yang sering menyerang kawasan persisiran Sarawak yang didiami

orang Melanau sekarang.

BAHASA 

Bahasa Melanau tergolong di bawah induk bahasa Malayo-Polinesia atau Austronesia.

Bahasa Austronesia ialah bahasa yang tersebar daripada keluarga bahasa Austris

dalam kebudayaan Dong Son di selatan Negeri China dalam tahun 2500 S.M.

Kelompok dialek Melanau dapat dipecah kepada empat kelompok penempatan yang

utama.

1. Kawasan Rajang: - Belawai, Rajang, Paloh, Daro, dan Matu

2. Kawasan Mukah: - Mukah, Jebungan, Penakub, Teh, Sesok, dan kawasan

persekitaranMukah-Dalat

3. Kawasan Balingian-Tatau: - Tatau : Sungai Balingian, Sungai Tatau terutama di

muara sungai dan kawasan persisiran

4. Kawasan Bintulu - Sungai Kemena dan Sebiew

Dalam "Sarawak Gazzette" 1972, I.C.F.S. Clayre menyatakan bahawa orang-orang

Siteng di Mukah adalah hampir sama dengan bahasa orang-orang Melanau di Tatau.

Bahasa ini pula ada persamaan dengan bahasa yang digunakan oleh orang-orang

Punan Ba. Clayre seterusnya menerangkan bahawa dialek Melanau di Bintulu adalah

hampir sama dengan bahasa kaum Sekapan di Belaga.

Dalam kertas kerjanya bertajuk "Bahasa Melanau: Satu Tanggapan Awal" yang

dibentangkan dalam Seminar Budaya Melanau 1988, Encik Zaini Ozea dari Dewan

Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak menyatakan bahasa bahasa Bintulu

mempunyai hubungan yang dekat atau banyak persamaan dengan bahasa Melanau.

Walaupun bahasa Bintulu tidak dapat difahami oleh Melanau lain kecuali melalui

pembelajaran, namun bahasa itu masih dapat dianggap sebagai bahasa orang Melanau

kerana pengenalpastiaan Melanau di Bintulu tidak hanya pada aspek-aspek lain seperti

adat resam.

Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik yang terdapat di Sarawak.

Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu

baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini

merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat

Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Adat resam

ini jelas terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan

juga kematian. Adat resam atau amalan ini diwarisi sejak zaman berzaman dan masih

diteruskan hingga ke hari ini.

Pengenalan 

Masyarakat Melanau adalah antara masyarakat yang terdapat di Sarawak. Umumnya

masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi

kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu

cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap

mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri dan antaranya dalam

aspek kelahiran. Adat dan pantang larang tersebut adalah seperti berikut:

KELAHIRAN

Sewaktu Mengandung

Tiada sebarang adat khusus yang diamalkan oleh wanita hamil di kalangan masyarakat

Melanau, namun begitu mereka juga terikat daripada mengamalkan pantang larang.

Kebanyakan larangan yang dikenakan banyak bergantung kepada faktor pemakanan

seperti tidak boleh memakan buah-buahan yang berbau kuat seperti durian atau ulam

seperti petai kerana badan akan menjadi busuk. Wanita hamil tersebut juga tidak boleh

makan pucuk-pucuk paku kerana susu badan akan menjadi masam. Haiwan buruan

yang dibunuh di dalam hutan tidak boleh diberikan kepada wanita hamil kerana diyakini

anak dalam kandungan akan melecur seluruh badan.

Larangan ini juga tidak terhad kepada wanita hamil tersebut sahaja, malah si suami

juga dikehendaki menjauhi beberapa perkara. Si suami tidak boleh memotong kayu

yang bertindan atau memakan ikan pari kerana dikhuatiri bibir anak akan menjadi

sumbing. Si suami juga tidak boleh mengecat kerana dikhuatiri anak di dalam

kandungan akan diiringi minyak. Sekiranya terdapat sebarang kematian, si suami tidak

boleh melihat kerana anak di dalam kandungan akan mendapat penyakit. Suami juga

tidak boleh memotong akar temalet kerana anak akan meninggal dunia tanpa sebab.

Semasa mengandung juga wanita tersebut tidak boleh ditakut-takutkan kerana

dikhuatiri akan menyebabkan anak dalam kandungan cacat ataupun gugur.

Selepas Lahir

Apabila si ibu melahirkan anak, orang kampung dan saudara mara akan datang

melawat. Mereka lazimnya akan membawa hadiah bersama. Masyarakat Melanau juga

dilarang daripada memuji bayi yang baru dilahirkan. Sebaliknya mereka lebih senang

jika bayi itu dikatakan hodoh dan sebagainya. Selepas bersalin, ibu tersebut

dikehendaki mengeringkan badannya di puyan dan tidak boleh makan sembarangan.

Sesiapa yang ingin bermalam di dalam rumah tersebut hendaklah bermalam selama

tiga hari. makanan dan barang-barang di dalam rumah tidak boleh dipinjam atau dibawa

keluar, jika tidak anak akan jatuh sakit atau meninggal.

Dalam tempoh berpantang juga, si ayah tidak dibenarkan memegang anak itu selepas

balik dari hutan atau balik dari laut kerana bau laut dan hutan masih melekat di

badannya sehingga boleh menjejaskan kesihatan anak tersebut.

Bagi bayi perempuan, semasa kecilnya dahinya dipipihkan dengan sejenis alat iaitu jak.

Ini bertujuan untuk mencantikkan dahinya. Proses ini sudah menjadi identiti khas di

kalangan masyarakat Melanau

PERKAHWINAN

Pengenalan.

Perkahwinan dalam masyarakat Melanau mengandungi beberapa istiadat yang sangat

diambil berat kerana implikasi sosial yang terdapat padanya. Aspek pangkat

dititikberatkan dalam institusi perkahwinan berbanding dengan institusi yang lain.

Masyarakat Melanau juga begitu mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan

pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu

dibawa untuk tanda tunaeng dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti adat

menuga, adat mebin dan pakan juga dikira berdasarkan status sosial ini. Namun begitu,

asas adat perkahwinan adalah sama seperti masyarakat lain iaitu merisik, meminang

dan majlis perkahwinan.

Merisik

Di kalangan masyarakat Melanau, perkahwinan antara pasangan daripada status sosial

yang sama dikenali dengan sama gara. Perkahwinan antara pasangan yang berlainan

status sosialnya dikenali sebagai sida adat. Wakil pihak lelaki mengunjungi rumah

keluarga perempuan untuk mengetahui lebih lanjut dan memastikan status sosial

keluarga perempuan dan untuk menentukan sama ada gadis itu sudah berpunya atau

belum. Sekiranya gadis itu belum berpunya, ditanyakan sama ada gadis itu boleh

dipinang ataupun tidak serta mas kahwinnya.

Meminang

Pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak keluarga lelaki dan

perempuan, maka diadakanlah adat tanda tunang, wakil keluarga lelaki, iaitu beberapa

orang lelaki dan perempuan yang telah berumur akan menyerahkan barang hantaran

peminangan iaitu sebentuk cincin emas, sebilah senjata, segantang padi, sebiji kelapa

dan satu pikul barang tembaga.

Dengan penyerahan barang tersebut oleh wakil keluarga lelaki dan diterima oleh wakil

keluarga perempuan maka rasmilah pertunangan itu. Kedua-dua pihak hendaklah

mematuhi segala syarat yang telah dipersetujui bersama. Jika persetujuan dilanggar,

pertunangan boleh diputuskan. Sekiranya pihak perempuan yang memutuskannya,

barang tanda tunang mesti dikembalikan kepada pihak lelaki tetapi jika pihak lelaki yang

memutuskannya, tanda tunang itu menjadi milik pihak perempuan.

Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran kecuali perkahwinan jenis

'peramas' iaitu per-kahwinan kerana ditangkap basah. Persiapan untuk rnajlis ini

berlangsung beberapa hari lebih awal. Bakal pengantin lelaki dikehendaki menyerahkan

hadiah mas kahwin iaitu 'penyekab' dan 'berian' dan hadiah lain seperti 'adat menuga',

'adat mebin' dan 'pakan' sehari sebelum majlis itu diadakan. Penyerahan ini disusul

dengan acara pernikahan. Pernikahan boleh juga di-adakan pada pagi keesokannya

iaitu pada hari diadakan majlis perkahwinan. Kenduri perkahwinan diadakan di rumah

kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang dihadiri oleh

sanak saudara, jiran dan sahabat handai.

Kemuncak acara majlis ialah persandingan yang biasanya diadakan pada tengah hari.

Persandingan pertama diadakan di rumah pengantin lelaki dan ini diikuti dengan

persandingan kedua di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki dan perempuan

yang lengkap dengan pakaian tradisional bersanding di atas pelamin untuk disaksikan

oleh para jemputan. Pada hari yang ditetapkan, bakal pengantin perempuan bersama-

sama rombongan keluarganya pergi ke rumah pengantin lelaki. Ketibaan mereka

disambut oleh keluarga pengantin lelaki. Wakil keluarga pengantin lelaki akan

menghadiahkan 'adat pahe' kepada pengantin perernpuan. Penyerahan hadiah ini

sangat penting kerana selagi pengantin pe-rempuan belum menerima hadiah tersebut,

dia dilarang memakan sebarang makanan di rumah pengantin lelaki itu.

Selesai bersanding di rumah pengantin lelaki, diada-kan pula persandingan di rumah

pengantin perempuan untuk menjalani 'adat petudui' iaitu penyerahan pelbagai barang,

antaranya termasuklah sebentuk cincin emas dan seutas gelang perak oleh pengantin

lelaki kepada pengantin perempuan. Semasa menjalani adat ini, kedua-dua pengantin

dikenakan pelbagai pantang larang, misal-nya tidak boleh mandi di sungai dan tidak

boleh tidur pada waktu siang.

Pada sebelah malam, di rumah pengantin perempuan diadakan pula upacara makan

nasi temuan. Semasa ja-muan berlangsung upacara suap-menyuap antara kedua-dua

pengantin itu dilakukan. Selepas itu, diadakan pula upacara 'begendang', iaitu tari-

menari. Hadirin dijemput untuk ikut serta tetapi pasangannya mestilah daripada kaum

sejenis yakni lelaki berpasangan sesama lelaki dan perempuan dengan perempuan.

Mereka menari hingga larut malam. Pada hari ketujuh, diadakan upacara mem-

bebaskan mereka daripada pantang yang dikenakan. Upacara membuang pantang ini

juga bertujuan untuk membuang ke laut segala bala atau bencana yang mung-kin

mengancam pasangan suami isteri itu. Upacara ini sebenarnya lebih merupakan

upacara bersukaria dan mandi-manda beramai-ramai di tepi pantai.

Bangsa Sembilan Pikul

Apabila hari perkahwinan akan dilangsungkan mas kahwin diberikan. Terdapat dua

bahagian yang penting iaitu penyekab dan berian. Penyekab terdiri daripada sembilan

amas emas, sebilah pedang, sehelai persarakap betabor (sapu tangan berebang emas

dengan corak tertentu) dan sebuah tumo' (bekas diperbuat daripada kayu dalam bentuk

tertentu). Berian pula terdiri daripada barang-barang tembaga kuning sebanyak

sembilan pikul (133 paun x 9) atau harta lain yang senilai dengan harga barangan

tersebut.

Keperluan-keperluan lain ialah Adat Menuga sebanyak satu pikul barangan tembaga

kuning atau harta senilai sebagai syarat pengangkutan pengantin perempuan ke rumah

lelaki pada hari perkahwinan. Adat Mebin adalah satu pikul barangan tembaga sebagai

syarat untuk pengantin perempuan naik ke rumah pengantin lelaki apabila rombongan

sudah sampai di rumah itu. Pakan pula hanya berupa duit mengikut kehendak pihak

perempuan. Semua barangan hantaran akan disampaikan kepada pihak perempuan

sehari sebelum tarikh perkahwinan.

Pada keesokkan paginya pengantin perempuan akan berangkat ke rumah pengantin

lelaki. Pada masa yang sama rumah pengantin lelaki akan dihias dengan menarik dan

kemudian pangkat pihak lelaki dipamerkan. Pada masa yang sama sembilan helai

bendera akan dikibarkan, lima di hadapan rumah dan empat di sebelah jalan raya.

Sebaik sahaja rombongan pengantin perempuan sampai, seorang wakil lelaki akan

menghadiahkan sebuhuong pranakan siantan betabor (kain tenun berbenang emas

dengan corak tertentu). Kemudian pengantin perempuan akan berdiri di atas batu asah

yang disediakan sambil menyentuh kanan seni (tempayan). Wakil lelaki merenjis

kedua-dua belah kakinya ke kiri. Setelah itu barulah wakil tersebut memberi hadiah

kepada pengantin perempuan sebagai syarat Adat pahe'.

Terdapat tiga bentuk adat pahe' yang perlu disediakan oleh wakil pengantin lelaki iaitu

pahe' Mukad yang merangkumi satu amas emas, sepasang gelang perak (batuong) dan

sembilan biji manik (kehet). Pahe' Atap pula adalah terdiri daripada lima biji manik

pasin. Pahe' Id adalah lima biji manik tebalan dan Pahe' Keman adalah lima biji manik

pingeh yuong. Selepas itu upacara persandingan akan dilakukan di rumah pengantin

lelaki.

Barang-barang yang disediakan ini dimasukkan ke dalam bilik khas pengantin. Setelah

itu pasangan pengantin akan masuk ke dalam bilik. Pengantin lelaki memberi cincin

emas kepada pengantin perempuan. Kemudian pengantin lelaki memberi seutas gelang

perak yang diikat dengan manik-manik dalam kain hitam kepada isterinya lagi. Mengikut

tradisi masyarakat Melanau, pasangan pengantin yang baru berkahwin tidak dibolehkan

keluar dari rumah selama sehari. Tempoh ini dinamakan sebagai adat pedudui yang

mensyaratkan mereka tidak boleh mandi di sungai atau tidur pada waktu siang.

Sungguhpun demikian pasangan tersebut bebas melawat rumah kedua-dua ibu bapa

mereka.

Bangsa Tujuh Pikul

Perkahwinan untuk golongan berpangkat bawah dari Sembilan Pikul hampir sama.

Cuma yang membezakan adalah dari segi jumlah mas kahwin sahaja. Penyekab terdiri

daripada tujuh amas emas, sebilah keris, sehelai persarakab, sapu tangan berbenang

emas dan sebuah tumo'. Berian pula terdiri daripada barangan tembaga kuning

sebanyak tujuh pikul atau pelbagai jenis barangan lain yang senilai.

Adat Menuga' adalah sebanyak sepikul barangan tembaga kuning atau wang tunai.

Pakan yang diberi dalam bentuk wang tunai mengikut jumlah yang ditetapkan oleh

pihak perempuan. Semasa pengantin perempuan menaiki rumah lelaki, dia diberi

sebuhuong pranakan bercura' (kain tenun berbenang emas dengan corak khas). Pahe'

makad juga akan dihadiahkan kepada pengantin perempuan dengan mengandungi satu

amas emas, tujuh biji manik kehet dan sepikul juga diberi bersama manik-manik dan

diikat dalam kain hitam. Dalam adat petudui katil akan disediakan empat bilah lembing.

Kemudian tiga ketul damar disediakan bersama perkakas seperti bagou tulei, kila,

sebilah mata lembing dan terusung. Minyak kelapa akan dimasukkan ke dalam

tembikar kecil. Selain itu pengantin lelaki juga akan menghadiahkan isterinya dengan

beberapa bentuk hadiah sebanyak satu amas emas, lima biji manik tilak, sepasang

gelang perak dan bibe' kuali.

Bangsa Tujuh Beritih

Bagi golongan Tujuh Beritih adat pemberian mas kahwin adalah seperti sebentuk cincin

yang diletakkan dalam bekas anak selapak, segantang padi diletakkan di dalam

segamut yang tidak bertutup dan sebiji kelapa yang diletakan di dalam bukor dan

ditudung. Penyekab pula terdiri daripada lima amas emas, sebilah keris, sebuah sipir,

pinggan tembaga bergigi di sisi dan sehelai kain perasa. Berian pula terdiri daripada

barang-barang tembaga kuning sebanyak tiga pikul sembilan puluh kati atau harta yang

lain senilai dengan tembaga tersebut. Adat Menuga pula adalah sebanyak sepikul

barang tembaga kuning atau wang tunai yang sama nilai. Manakala pakan yang

diberikan dalam bentuk wang tunai bergantung pada pihak perempuan. Semasa

pengantin perempuan menaiki rumah pengantin lelaki, wakil pengantin lelaki akan diberi

kain sebuhuong tanjing sarek. Pahe' mukad yang mengandungi satu amas emas, lima

biji manik tilak yang diikat bersama bibe' kuali dan sepikul barang tembaga kuning

(menuga).

Bagi adat petudui Tujuh Beritih, tiga ketul damar akan disediakan dengan bagou tulei,

kila' (sebilah mata lembing) dan terusung. Barang-barang lain pula digunakan kecuali

minyak kelapa yang diletakkan di dalam selepak sahaja. Adat lima beritih tidak wujud

lagi di kalangan yang berkedudukan paling rendah. Ini disebabkan golongan seperti ini

tidak wujud lagi dalam masyarakat Melanau.

Peraturan Dalam Perkahwinan

Oleh kerana perkahwinan merupakan satu institusi yang penting, terdapat beberapa

peraturan dalam kehidupan mereka yang perlu diikuti oleh kedua-dua pasangan

pengantin sama ada lelaki atau perempuan. Antara peraturan yang perlu diikuti oleh

mereka ialah:

Setelah menjadi pasangan suami isteri, suami tidak boleh menetak bumbung

rumah dengan parang kerana cara ini boleh menyebabkan hubungan renggang

antara suami dan isteri.· Suami tidak boleh memerah kelapa yang sudah diparut

kerana boleh menyebabkan perut isteri sakit atau memulas.

Pakaian yang dipakai semasa upacara perkahwinan tidak boleh dijahit walaupun

koyak kerana boleh menyebabkan penyakit di kalangan suami isteri.

Isteri dilarang keras memarut rumbia atau menyeberangi sungai kerana akan

jatuh sakit sehingga boleh menyebabkan anak di dalam kandungan keguguran.