Click here to load reader

Malaya · PDF file 2019-10-14 · kepimpinan instruksional guru besar di sekolah kurang murid . zakaria bin othman . tesis diserahkan sebagai memenuhi . keperluan bagi ijazah doktor

  • View
    24

  • Download
    5

Embed Size (px)

Text of Malaya · PDF file 2019-10-14 · kepimpinan instruksional guru besar di sekolah...

  • KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DI SEKOLAH KURANG MURID

    ZAKARIA BIN OTHMAN

    FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

    KUALA LUMPUR

    2016

    Un ive

    rsi ty

    of Ma

    lay a

  • KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR

    DI SEKOLAH KURANG MURID

    ZAKARIA BIN OTHMAN

    TESIS DISERAHKAN SEBAGAI MEMENUHI

    KEPERLUAN BAGI IJAZAH DOKTOR FALSAFAH

    FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

    KUALA LUMPUR

    2016

    Un ive

    rsi ty

    of Ma

    lay a

  • ii

    UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

    Nama: ZAKARIA BIN OTHMAN No. Pendaftaran/Matrik: PHA 070034 Nama Ijazah: DOKTOR FALSAFAH Tajuk Kertas Projek/Laporan Penyelidikan/Disertasi/Tesis (“Hasil Kerja ini”):

    KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DI SEKOLAH KURANG MURID

    Bidang Penyelidikan: PENGURUSAN PENDIDIKAN

    Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa:

    (1) Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis Hasil Kerja ini; (2) Hasil Kerja ini adalah asli; (3) Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah

    dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa- apa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana- mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan pengarang/penulisnya telah dilakukan di dalam Hasil Kerja ini;

    (4) Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya tahu bahawa penghasilan Hasil Kerja ini melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain;

    (5) Saya dengan ini menyerahkan kesemua dan tiap-tiap hak yang terkandung di dalam hakcipta Hasil Kerja ini kepada Universiti Malaya (“UM”) yang seterusnya mula dari sekarang adalah tuan punya hakcipta di dalam Hasil Kerja ini dan apa- apa pengeluaran semula atau penggunaan dalam apa jua bentuk atau dengan apa juga cara sekalipun adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari UM;

    (6) Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan Hasil Kerja ini saya telah melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau sebaliknya, saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan lain sebagaimana yang diputuskan oleh UM.

    Tandatangan Calon Tarikh:

    Diperbuat dan sesungguhnya diakui di hadapan,

    Tandatangan Saksi Tarikh:

    Nama: Jawatan:

    Un ive

    rsi ty

    of Ma

    lay a

  • iii

    ABSTRAK

    Sekolah ialah institusi pendidikan, dan urusan utamanya ialah melaksanakan kurikulum

    melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan berdasarkan konsep kedaifan

    sekolah dalam konteks deprivasi sosial, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk

    menganalisis keadaan kepimpinan instruksional guru besar sekolah kurang murid

    (SKM), prestasi akademik murid, profesionalisme guru, dan iklim sekolah di kawasan

    terpinggir dan pedalaman. Amalan kepimpinan instruksional guru besar di SKM

    menggunakan Model Kepimpinan Instruksional Hallinger & Murphy (1985) yang

    terbahagi kepada tiga dimensi iaitu, menetapkan matlamat sekolah, mengurus program

    pengajaran, dan menggalakkan iklim sekolah. Responden kajian tinjauan melibatkan

    334 orang guru besar di seluruh Malaysia dengan menggunakan Instructional

    Leadership Checklist Respone Form (McEwan, 2003). Bagi melihat amalan kepimpinan

    instruksional secara lebih mendalam penyelidik telah menemu bual 6 orang guru besar

    SKM terpilih menggunakan protokol temu bual yang dihasilkan berdasarkan adaptasi

    daripada Principal Instructional Management Rating Scale – Principal Form 2.0

    PIMRS (Hallinger, 1985). Kajian mendapati guru besar SKM yang terlibat ada

    mengamalkan ketiga-tiga dimensi kepimpinan instruksional. Bagaimanapun dimensi

    menggalakkan iklim sekolah lebih jelas diamalkan oleh guru besar. Hasil kajian juga

    menunjukkan terdapat hubungan positif yang lemah antara amalan kepimpinan

    instruksional dengan prestasi akademik murid. Hal demikian berlaku kerana faktor

    murid, ibu bapa, komuniti, dan budaya masyarakat yang tinggal di kawasan yang

    terpinggir kurang memberi tumpuan kepada pendidikan. Kajian ini juga mendapati

    bahawa: (i) status kemudahan infrastruktur di SKM pada tahap baik dan membolehkan

    sekolah beroperasi, (ii) guru besar di SKM mempunyai beban tugas yang berlebihan

    kerana kekurangan sumber manusia, (iii) SKM yang mempunyai bilangan murid ≤ 30

    orang tidak boleh bersaing secara sihat, (iv) guru besar SKM yang menekankan proses

    Un ive

    rsi ty

    of Ma

    lay a

  • iv

    pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dapat menunjukkan keberhasilan

    dalam prestasi akademik, (v) peranan ketua masyarakat dan kerjasama komuniti dapat

    menyumbang kepada kejayaan SKM, dan (vi) teori modenisasi yang mengaitkan antara

    kemajuan teknologi dan pembangunan kemanusiaan masih belum terbukti membawa

    kesan yang positif kepada masyarakat peribumi yang tinggal di kawasan pedalaman.

    Secara khusus kajian ini mendapati SKM di Malaysia masih relevan diwujudkan bagi

    memenuhi aspirasi sistem pendemokrasian pendidikan sebagaimana yang termaktub

    dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-1025). Dalam masa yang sama

    gaya kepimpinan instruksional merupakan tuntutan profesional yang wajar diamalkan

    oleh setiap guru besar selaras dengan kehendak Program Transformasi Daerah (PTD)

    yang telah menyarankan agar pemimpin sekolah berubah watak daripada menjadi

    pemimpin ceremonial kepada pemimpin pengajaran.

    Un ive

    rsi ty

    of Ma

    lay a

  • v

    ABSTRACT

    A school is an educational institution, and its main purpose is implementing the

    curriculum through the teaching and learning process. With the concept of poverty in

    the context of school social deprivation, the purpose of this study was to analyse the

    state of instructional leadership in under enrolled schools, the students academic

    performance, teachers professionalism and the school climate, in the isolated and

    remote areas.The instructional leadership practices in under enrolled schools use

    Hallinger and Murphy’s Instructional Leadership Model (1985) which is divided into

    three dimensions, namely, setting school goals, managing the teaching programme, and

    encouraging school climate. In this study, the survey “Response Instructional

    Leadership Checklist Form” (Mc Ewan, 2003) was used and the respondents involved

    were 334 school headmasters across Malaysia. To view the instructional leadership

    practices in greater depth the researcher interviewed 6 school headmasters from

    selected under enrolled schools using an interview protocol adapted from the

    “Principal Instructional Management Rating Scale - Principal Form 2.0 PIMRS”

    (Hallinger, 1985).The study shows that the school headmasters from these under

    enrolled schools do practise the three dimensions of instructional leadership. However,

    dimensions of school climate are also commonly practiced by the school headmasters.

    The study also shows that there is a weak positive relationship between instructional

    leadership practices and students' academic performance. This is because students,

    parents, community, and the culture of the community living in isolated areas do

    not give much emphasis on education. The study also shows that: (i) under enrolled

    schools have good infrastructure facilities and are thus enabled to operate, (ii) school

    headmasters in these under enrolled schools are burdened with a heavy workload

    due to a lack of human resources (iii) under enrolled schools having students

    enrolment ≤ 30 students, cannot compete healthily (iv) school headmasters in these

    Un ive

    rsi ty

    of Ma

    lay a

  • vi

    under enrolled schools who emphasize on teaching and learning process in the

    classroom are able to produce success in the school academic performance, (v) the

    role of community leaders and collaboration in the community can contribute to the

    success of these under enrolled schools , and (vi) modernization theory that links

    between technological progress and human development, has still not proven to bring

    positive impact to the indigenous people who live in the remote areas. Specifically, the

    study finds that the under enrolled schools in Malaysia are still relevant in fulfilling

    the democratic aspirations of our education system as stated in the Malaysia Education

    Blueprint (2013-1025). At the same time, the instructional leadership style should be

    adopted by every school headmaster in accordance with the District Transformation

    Programme (DTP), which proposes that the character of school leaders is no

    longer of ceremonial leader but more of instructional leader.

    Un ive

    rsi ty

    of Ma

    lay a