Upload
lynga
View
228
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
MALAYSIA
DEWAN NEGARA
ATURAN URUSAN MESYUARAT
NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my
HARI ISNIN, 20 DISEMBER 2010, PUKUL 10.00 PAGI
Bil. 24
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
1. PN-1233-L11375 Tuan Pau Chiong Ung minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) bagaimanakah pihak Kementerian menyalurkan informasi
dasar-dasar terkini negara kepada rakyat seperti Strategi Transformasi Ekonomi; dan
(b) adakah artikel dasar Kerajaan oleh PEMANDU disalurkan
dalam semua akhbar pelbagai bahasa agar semua warga negara dapat memahami dasar-dasar Kerajaan dengan baik.
2. PN-1233-L10832
Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang memberikan kuasa polis tambahan kepada guru disiplin di sekolah bagi membendung pelbagai masalah disiplin pelajar.
3. PN-1233-L11210
Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kemajuan yang telah dicapai oleh MIFC setakat ini. Apakah strategi jangka pendek dan sederhana bagi memantapkan usaha menjadikan Malaysia sebagai hab kewangan Islam di peringkat global di samping menghadapi saingan dari pusat kewangan Islam serantau.
4. PN-1233-L11076
Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tidakkah Kerajaan bercadang untuk mengkaji semula sistem jalan ke Genting Highlands yang sehingga kini tidak selamat kerana sering kali berlaku kemalangan maut. Apakah langkah-langkah keselamatan yang perlu ditambah supaya jalan ini lebih selamat digunakan.
AUM DN 20/12/2010
2
5. PN-1233-L11237 Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bagaimana pihak Kementerian menangani isu penutupan kilang secara tiba-tiba atau menerusi notis yang singkat. Apakah bentuk-bentuk perlindungan serta pampasan bagi para pekerja yang menjadi mangsa dalam kes-kes sebegini.
6. PN-1233-L10721
Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan jumlah peruntukan dan pemantauan terhadap pengagihan netbook 1Malaysia kepada pelajar sekolah menengah di seluruh negara memandangkan kualiti dan penyelewengan pembahagian telah mula dikesan walaupun ia baru sahaja dilancarkan.
7. PN-1233-L11130
Datuk Akbar bin Ali minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan :-
(a) apakah rasional yang munasabah hingga Kementerian terpanggil untuk menderma sebanyak RM3 juta kepada Shoe Makers Association untuk menganjurkan The Shoes Festival di PWTC KL pada Mac/April 2010, apakah pulangannya dan mengapakah tidak ada peserta Bumiputera; dan
(b) apakah maklum balas terhadap pelbagai teguran dalam
Laporan Ketua Audit Negara 2009, khususnya mengenai Program Promosi Produk Khusus sebanyak RM14.7 juta yang tidak mematuhi peraturan kewangan dan kelemahan dari segi perancangan, pelaksanaan dan pemantauan Program Homestay.
8. PN-1233-L10875
Tan Sri Datuk Dr. Jins bin Shamsudin minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah program-program yang akan dilaksanakan bagi melaksanakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan tidakkah Kementerian bercadang untuk menggalakkan belajar Tulisan Jawi di sekolah rendah dan menengah kebangsaan bagi memudahkan pelajar membaca Al-Quran.
9. PN-1233-L10771
Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dibuat untuk membantu petani-petani dan pekebun-pekebun kecil yang bergantung hidup sepenuhnya kepada pertanian, tetapi tidak memiliki tanah walaupun seekar dan sepanjang hayat mereka menjadi pekerja kepada tuan-tuan tanah. Berapakah jumlah kumpulan petani, tanpa tanah ini di seluruh negara.
AUM DN 20/12/2010
3
10. PN-1233-L10854 Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang memperluaskan sistem atas talian bagi memudahkan proses permohonan cadangan pembangunan sebagaimana yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dikenali sebagai "KUL-Submission".
11. PN-1233-L10699
Dato' Zaitun binti Mat minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kesan cadangan Khazanah Nasional Berhad untuk mengurangkan secara agresif dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) khususnya syarikat utama di Bursa Malaysia.
12. PN-1233-L10746
Datuk Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor minta PERDANA MENTERI menyatakan setakat mana keberkesanan laman sesawang E-Government dapat menolong masyarakat luar bandar khususnya dari negeri kurang maju dalam menyelesaikan masalah mereka.
13. PN-1233-L10823 Tuan Ng Fook Heng minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kerajaan berhasrat membawa ke hadapan atau ke belakang tarikh peperiksaan SPM dan STPM untuk mengelakkan peperiksaan ini diganggu banjir yang sering berlaku pada akhir tahun di negara kita. Jika tidak, apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk memastikan calon-calon peperiksaan tidak tercicir kerana banjir.
14. PN-1233-L10864
Tuan Muhammad Olian bin Abdullah minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan selaras dengan ucapan Bajet 2011, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli akan disusun semula dan diperkukuhkan dengan penjenamaan semula sebagai Jabatan Kemajuan Orang Asli, apakah langkah-langkah yang akan dilaksanakan ke arah itu dan adakah terdapat usaha-usaha untuk menstrukturkan semula perjawatan di semua peringkat agar bersesuaian dengan beban tugas dan keperluan semasa tugas di peringkat akar umbi.
15. PN-1233-L11169 Dato' Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah jaminan Kerajaan dengan kelulusan begitu banyak hospital dan klinik swasta tidak akan menjejaskan perkhidmatan kesihatan khususnya kepada golongan berpendapatan rendah.
AUM DN 20/12/2010
4
16. PN-1233-L11051 Dato' Haji Idris bin Haji Buang minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi memastikan setiap produk-produk yang berbentuk makanan yang diimport dari luar negara seperti daging kerbau, daging unta dan sebagainya telah melalui proses kajian dan penilaian yang menyeluruh oleh agensi-agensi yang bertanggungjawab dan apakah kriteria-kriteria atau ciri-ciri yang boleh diambil kira supaya kesahihan 'halal' atau 'haram' sesuatu produk tersebut terjamin tanpa was-was.
17. PN-1233-L11002
Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah tindakan jangka panjang yang diambil oleh Kerajaan untuk mengurangkan keperluan sumber manusia dari negara asing dalam industri seperti pertanian, pembinaan dan perhotelan.
18. PN-1233-L11059
Puan Doris Brodie minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah-langkah dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pengajian tinggi di peringkat antarabangsa menjelang 2020 sejajar dengan matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).
19. PN-1233-L10798
Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha yang dilakukan oleh Kerajaan untuk meningkatkan perkhidmatan TM Streamyx, Broadband dan P1-Max di seluruh negara. Apakah Kerajaan bercadang pemberian pampasan kepada pelanggan yang mengalami gangguan perkhidmatan tersebut.
20. PN-1233-L11386
Datuk Paul Kong Sing Chu minta MENTERI KEWANGAN menyatakan Sabah mempunyai lebih dari 40 kelab mesin slot yang beroperasi dengan 10 daripadanya beroperasi di kawasan DUN Kapayan. Apakah rancangan Kerajaan untuk mengurangkan kegiatan perjudian, terutamanya melalui kelab-kelab mesin slot ini.
21. PN-1233-L10805 Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah tunggakan saman trafik termasuk saman ekor sehingga Oktober 2010 dan bagaimanakah cara kutipan denda saman tersebut hendak dipungut.
22. PN-1233-L10987
Puan Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bagaimana Kerajaan dapat memantau kadar sewa tempat tinggal yang tinggi yang membebankan rakyat dan adakah Kerajaan bercadang untuk menggubal undang-undang kawalan sewa.
AUM DN 20/12/2010
5
23. PN-1233-L11091 Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengapa kapal Israel, Zim Genova yang berdaftar di Israel dibenarkan berlabuh di Pelabuhan Barat, Klang pada 7 Jun yang lalu.
24. PN-1233-L11336
Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah insentif-insentif yang disediakan dan status terkini industri ikan hiasan di Malaysia.
25. PN-1233-L11103
Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan dengan jelas perlaksanaan Dasar Industri Kreatif dan perspektif industri kandungan kreatif dan ekosistem serta insentif yang disediakan sebagai jaminan untuk memajukan industri tersebut.
26. PN-1233-L10704
Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kementerian membuat kajian dan bercadang untuk meminda takwim persekolahan negara dan jadual peperiksaan-peperiksaan utama kerana banyak negeri yang akan dilanda banjir pada musim tengkujuh setiap akhir tahun kerana ia akan menjamin kebajikan pelajar dan sekolah lebih dipelihara dan memberikan semua pelajar peluang dan tumpuan yang adil, seimbang dan sepenuhnya dalam menuntut ilmu.
27. PN-1233-L11330
Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah kelemahan-kelemahan yang telah dikenal pasti sebagai punca mengapa PTPTN gagal mengutip hutang dan apakah tindakan-tindakan pembetulan yang akan diambil oleh Kerajaan.
28. PN-1233-L11177 Dato' Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sebelum ini Kerajaan telah melancarkan program bagi mengatasi masalah Brain Drain di kalangan saintis seperti 'Returning Scientist Programme' (RSP) dan 'Returning Malaysian Experts Programme' (RMEP). Apakah program ini berjaya sebagaimana yang diharapkan oleh Kerajaan.
29. PN-1233-L10753
Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah tindakan yang telah diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap "bloggers" yang menghina raja-raja dan negara, sungguhpun laporan-laporan polis telah dibuat terhadap mereka.
AUM DN 20/12/2010
6
30. PN-1233-L11360 Dato' Daljit Singh Dalliwal minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah penuntut yang mendapat pinjaman PTPTN dan jumlah penuntut yang mendapat biasiswa pada tahun 2010.
31. PN-1233-L10773 Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pendapatan negara melalui hasil cukai perkhidmatan dan cukai jualan (service tax & sales tax) bagi tempoh 10 tahun terakhir, serta apakah kelebihan dalam bentuk jumlah dan efisyensi dibandingkan dengan kaedah GST, serta perancangan Kerajaan untuk melakukan penambahbaikan kepada sistem percukaian negara secara menyeluruh.
32. PN-1233-L11159
Dato' Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah kes jenayah yang telah dibuang kes (acquitted) oleh mahkamah dari tahun 2007 hingga 2010 atas sebab kehilangan bahan bukti semasa dalam jagaan polis dan apakah langkah-langkah yang telah atau akan diambil untuk memastikan kehilangan bahan bukti tidak akan berulang.
33. PN-1233-L11298
Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sejauh manakah Kementerian telah dapat membantu usahawan Bumiputera untuk mendapatkan pasaran eksport.
34. PN-1233-L11354 Tan Sri Datuk Tee Hock Seng minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan sejauh mana usaha Kementerian dalam menangani masalah penempatan semula tokong dan kuil khususnya dari kawasan setinggan, memandangkan semakin bertambah bilangan tokong yang menjalankan aktiviti penyembahan di kawasan perumahan.
35. PN-1233-L11291
Tuan Ahmad bin Hussin minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah iktibar-iktibar daripada peristiwa banjir teruk yang telah berlaku pada tahun 2005 dan 2010 di negeri Kedah dan Perlis yang mana pihak Kerajaan dapat membaiki lagi langkah-langkah pencegahan, sistem penyampaian maklumat bencana alam supaya risiko kemusnahan harta benda rakyat dan Kerajaan dapat dikurangkan.
36. PN-1233-L11012
Datuk Maijol bin Mahap minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah status terkini cadangan projek Loji Tenaga Batu Arang di Lahad Datu, Sabah memandangkan Laporan DEIA untuk projek tersebut telah pun ditolak tidak lama dahulu.
AUM DN 20/12/2010
7
37. PN-1233-L10711 Dato' Zaitun binti Mat minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh manakah latihan industri untuk graduan dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan dan menyediakan tenaga kerja yang sesuai dengan keperluan industri.
38. PN-1233-L11041
Puan Doris Brodie minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kementerian bercadang menyediakan kemudahan ‘e-waste’ ke bandar-bandar lain di Sarawak bagi memberikan kemudahan kepada orang ramai melupuskan telefon bimbit dan bateri telefon bimbit lama ke dalam kotak khas yang disediakan yang setakat ini hanya terdapat di Bandar Raya Kuching.
39. PN-1233-L10734
Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan persediaan kita dari segi politik, ekonomi dan sosial sebagai sebuah negara dalam ASEAN dengan pewartaan Piagam ASEAN dan sejauh manakah kita bersedia untuk mewujudkan satu penyatuan Parlimen ASEAN bagi menjaga kestabilan ekonomi dan kebajikan serantau.
40. PN-1233-L11136 Dr. Malasingam a/l Muthukumaru minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah tindakan yang akan diambil oleh Kementerian terhadap koperasi-koperasi yang menjalankan perniagaan pinjaman kewangan yang mengenakan kadar faedah yang jauh lebih tinggi, sambil menyalahkan agen mereka dan mengaut keuntungan sehingga mencecah lebih dari 35 peratus.
41. PN-1233-L11161
Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memantau ucapan-ucapan dan tutur kata menghasut ‘seditious statements' yang dilafazkan oleh legislator-legislator peringkat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) yang merosakkan keharmonian hubungan kaum.
42. PN-1233-L10915
Dato' Azian bin Osman minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
(a) jumlah Orang Asli mengikut suku yang bebas miskin di
negara ini; dan (b) nyatakan taburan Orang Asli yang masih berada di tahap
kemiskinan dan langkah-langkah terkini bagi membantu kelompok masyarakat itu.
AUM DN 20/12/2010
8
43. PN-1233-L10994 Puan Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) statistik projek perumahan terbengkalai di seluruh negara
dari tahun 2006 sehingga November 2010; dan (b) mekanisme yang diwujudkan khusus bagi membantu
pembeli rumah terutama golongan berpendapatan rendah yang menjadi mangsa beban hutang akibat projek terbengkalai.
44. PN-1233-L10780
Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jaminan Kerajaan bahawa sistem pengesahan '1Malaysia Best Product' mampu memastikan kualiti, kebersihan dan HALAL, jika hanya memohon berdasarkan 'checklist', berapa lamakah diperlukan untuk urusan menyelesaikan permohonan 35,000 pengeluar makanan, serta apakah tindakan sekiranya mereka tidak memohon atau tidak mematuhi piawaian ditetapkan.
45. PN-1233-L11371
Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah jumlah pelajar yang telah berjaya bagi kemasukan ke IPTA dan IPTS pada tahun 2010 ini.
46. PN-1233-L11243
Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah perkembangan terkini isu "Child Trafficking" di Malaysia, faktor-faktor penyumbang dan bentuk-bentuk perlindungan kanak-kanak pada masa sekarang.
47. PN-1233-L11267 Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan perkembangan loji jana kuasa arang batu dengan kapasiti 300 megawatt yang akan dibina di Lahad Datu, Sabah yang diumumkan Perdana Menteri pada September 2009 lalu dan langkah-langkah Kerajaan untuk mengekalkan "biodiversity" dan teknologi hijau sekiranya loji arang batu tersebut dibina.
48. PN-1233-L11095
Datuk Akbar bin Ali minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) berapakah nilai (RM) subsidi, insentif dan geran yang telah diberikan oleh Kerajaan bagi tempoh 2000-2009 dan pecahan nilai tersebut yang diterima oleh isi rumah, swasta dan lain-lain; dan
AUM DN 20/12/2010
9
(b) apakah kaedah baru yang dirancang untuk memperbaiki sistem agihan subsidi, insentif dan geran tersebut agar ia lebih menepati kumpulan sasar, tidak berlaku ketirisan dan lebih menjimatkan kos lagi dan jika ada, bilakah ia akan dilaksanakan.
49. PN-1233-L11193
Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan status terkini pasar tani di seluruh negara dari segi bilangan peserta, bilangan pasar, nilai jualan dan kualiti hasil-hasil pertanian yang dipasarkan. Apakah langkah-langkah dan perancangan sistematik Kementerian untuk meningkatkan dan menambah nilai semuanya itu.
50. PN-1233-L10973
Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan telefon bimbit mudah dimiliki dan kini telah menjadi salah satu barang keperluan kepada rakyat. Apakah peranan terhadap perkhidmatan telefon awam yang sedia ada di Malaysia.
51. PN-1233-L10946
Tuan Mohamad Ezam bin Mohd Nor minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah pelaksanaan "Perjanjian Integriti" semua agensi Kerajaan dengan pembida kontrak Kerajaan sebagai usaha merealisasikan hasrat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
52. PN-1233-L11146
Dr. Malasingam a/l Muthukumaru minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah kes dan peratus jenayah yang melibatkan juvana sejak 3 tahun dan berapakah di antaranya adalah pesalah ulangan (Repeated Offender) dan berikan mengikut pecahan kaum dan umur.
53. PN-1233-L10731
Datuk Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah tindakan dan peruntukan undang-undang yang boleh diambil terhadap pembekal perkhidmatan telefon bimbit yang mengenakan caj-caj tertentu dengan sewenang-wenangnya terhadap pengguna walaupun tidak dipohon oleh pengguna.
54. PN-1233-L11027
Datuk Maijol bin Mahap minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah peratusan golongan atasan, pertengahan dan bawahan rakyat di Malaysia, dan apakah peratusan golongan pertengahan yang ideal supaya negara lebih makmur, aman dan stabil.
55. PN-1233-L11304
Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status terkini penyakit kencing manis (diabetes) bagi setiap negeri di Malaysia.
AUM DN 20/12/2010
10
56. PN-1233-L10899 Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah tindakan Kerajaan bagi membantu golongan berumur untuk terus berdikari dan menyumbang kepada masyarakat. Laporan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nation) menyatakan bahawa Malaysia sudah sampai ke tahap masyarakat berumur (ageing society) kerana lebih 7 peratus daripada penduduk negara berumur lebih 65 tahun dan dijangka akan meningkat kepada 7.1 peratus pada tahun 2020.
57. PN-1233-L11365
Dato' Daljit Singh Dalliwal minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan output dan hasil kajian cadangan penyelesaian kadar tol secara menyeluruh yang telah dilaksanakan oleh perunding KPMG dan UiTM pada tahun 2008.
58. PN-1233-L11125
Dr. Malasingam a/l Muthukumaru minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah pegawai perkhidmatan awam yang berkhidmat dengan Kementerian sedia ada kini mengikut pecahan kaum dan berikan jumlah pecahan kaum mengikut jawatan di setiap Kementerian.
59. PN-1233-L10929
Tuan Lee Cheam Choon minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan negeri Melaka sering dilanda banjir kilat setiap kali hujan lebat. Pihak Kerajaan negeri telah berkali-kali mengatakan sudah membuat permohonan peruntukan khas daripada pihak Kerajaan pusat untuk mengatasi masalah banjir kilat ini. Bilakah permohonan tersebut akan mendapat kelulusan.
60. PN-1233-L10838
Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang menambah bilangan pendidik Melayu di sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) bagi mengukuhkan perpaduan bangsa dan meningkatkan pengajaran Bahasa Kebangsaan di kedua-dua sekolah jenis kebangsaan berkenaan.
61. PN-1233-L10812
Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sehingga Oktober 2010, berapakah jumlah tunggakan hutang PTPTN yang masih belum dijelaskan dan apakah sebab-sebabnya hutang tersebut tidak dapat dipungut serta bagaimanakah Kerajaan hendak mengatasi masalah ini.
AUM DN 20/12/2010
11
62. PN-1233-L11387 Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kementerian bercadang memasukkan projek Transit Aliran Massa (MRT) yang menghubungkan Pusat Pentadbiran Putrajaya bagi mengatasi masalah kesulitan tempat meletak kenderaan serta mengurangkan kesesakan lalu lintas.
63. PN-1233-L10903
Dato' Azian bin Osman minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) jumlah pemilikan rumah kedai mengikut kaum dan bandar utama di
negara ini pada tahun 2005, 2006,2007, 2008, 2009 dan 2010; dan (b) berapakah pemilikan bangunan-bangunan komersial mengikut
kaum sejak lima tahun kebelakangan ini.
64. PN-1233-L11219 Tuan Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sejauh manakah pengawasan Kementerian dalam industri francais dalam negara ini serta usaha-usaha bagi mewujudkan peluang-peluang baru untuk meningkatkan lagi keusahawanan dan perniagaan.
65. PN-1233-L10967
Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah usaha-usaha yang lebih berkesan bagi mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya yang tinggi di Malaysia.
66. PN-1233-L11183
Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta PERDANA MENTERI menyatakan sekiranya JAKIM atau jabatan-jabatan lain yang berkaitan dengan peningkatan syiar dan syariat Islam memberi bantuan kewangan dan perkhidmatan kepada badan-badan sukarela (NGO) Islam, khususnya Majlis Masjid-masjid Seluruh Malaysia (MSSM) yang ketika proses penubuhannya dahulu dijanjikan akan diberi bantuan oleh Menteri berkenaan pada masa itu.
67. PN-1233-L11048
Datuk Akbar bin Ali minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
(a) berapakah jumlah skim FELCRA, bilangan dan peratus yang ada
kemudahan penimbang muatan lori (getah dan kelapa sawit), kadar OER dan harga minyak sawit yang diguna pakai bagi tujuan menetapkan peserta FELCRA serta potongan-potongan yang dikenakan bagi tempoh 2005 hingga 2010 (sehingga bulan November); dan
AUM DN 20/12/2010
12
(b) apakah sebab-sebab kontrak memetik buah kelapa sawit pada tahun 2010 diberikan kepada Koperasi Pekebun Kecil Kuala Lipis, Pahang yang memberi gambaran seolah-olah ada unsur penyelewengan (conflict of interest) dan mengapakah kerja ini tidak diberikan kepada KPFB seperti tahun-tahun lalu.
68. PN-1233-L10785
Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta PERDANA MENTERI menyatakan status tindakan Kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara, susulan kepada laporan terperinci yang dikemukakan oleh Pihak MAS kepada SPRM dan juga Lembaga Penasihat SPRM berhubung kerugian ribuan juta ringgit yang ditanggung kebelakangan ini.
69. PN-1233-L10760
Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sejauh manakah prestasi dan keberkesanan "One Stop Centre" (OSC) yang diperkenalkan 5 tahun lalu dapat menyelesaikan masalah kelewatan memproses dan meluluskan hal-hal berkaitan dengan pembangunan setempat di semua PBT seluruh negara.
70. PN-1233-L10847 Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilangan buku mengikut genre atau jenis (ilmiah, sastera dan sebagainya) yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bagi tempoh 2005 hingga 2010.
71. PN-1233-L11208
Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta PERDANA MENTERI menyatakan tindakan yang bakal diambil terhadap Namewee dan lain-lain penulis blog yang menimbulkan kontroversi dan tidak menghormati Perlembagaan Negara.
72. PN-1233-L10960
Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan kepada pesakit-pesakit psikiatri yang memerlukan penjagaan rapi.
73. PN-1233-L11078
Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah terkini anggota RELA di seluruh Malaysia dan di setiap negeri-negeri. Berapakah kawasan Parlimen yang mempunyai lebih dari 100 orang anggota RELA dan apakah jaminan mereka tidak akan digunakan sebagai pengundi pos dalam pilihan raya umum.
74. PN-1233-L10933
Tuan Mohamad Ezam bin Mohd Nor minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Bagi Integriti tidak dilaksanakan semula bagi memastikan agenda pemantapan integriti politik boleh diperkasakan kembali secara pro-aktif.
AUM DN 20/12/2010
13
75. PN-1233-L11342 Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan-tindakan yang telah diambil terhadap Syarikat-syarikat Penyumbaran Luar (Out-Sourcing) Pekerja Asing yang telah didapati gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian.
76. PN-1233-L11020 Datuk Chandrasekar Suppiah minta MENTERI PELAJARAN menyatakan punca kemerosotan prestasi mata pelajaran Bahasa Malaysia bagi penulisan dan pemahaman dalam peperiksaan UPSR 2010. Apakah alasan untuk keadaan ini walaupun berjuta-juta Ringgit Malaysia telah dibelanjakan untuk sekolah rendah melalui Kementerian dan program transformasi nasional.
77. PN-1233-L11112
Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan perbelanjaan bagi Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998, dan berapakah hutang yang masih belum dijelaskan dan kepada siapa.
78. PN-1233-L11273
Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada anggota Pesuruhjaya SIAP diambil dari bekas anggota Pesuruhjaya Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis.
79. PN-1233-L10890
Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) senarai nama syarikat yang dimiliki penuh oleh KWSP dan apakah perniagaan yang mereka jalankan serta berapakah yang dilaburkan dalam setiap syarikat; dan
(b) kenapa KWSP memiliki pemilikan penuh syarikat tersebut
memandangkan KWSP adalah perbadanan pelaburan dan tiada kepakaran serta pengalaman dalam bidang perniagaan.
80. PN-1233-L11230
Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) bilangan Sekolah Pendidikan Khas di seluruh negara dan
juga bilangan pelajar pada masa ini; dan (b) apakah mekanisme pemantauan Kementerian dalam
memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran di Sekolah-sekolah Pendidikan Khas.
AUM DN 20/12/2010
14
81. PN-1233-L10982 Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan dengan terperinci, apakah mekanisma-mekanisma insentif Kerajaan untuk menjana pasaran yang lebih aktif untuk Bangunan Hijau (Green Building) baik daripada perspektif pemaju, tuan punya bangunan, pengguna dan penghuni bangunan seperti insentif cukai, insentif tarif elektrik, insentif kadar air dan lain-lain.
82. PN-1233-L11225
Tuan Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan usaha-usaha konkrit yang dilaksanakan dalam memajukan industri kampung bagi meningkatkan taraf hidup penduduk.
83. PN-1233-L11094
Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kenapakah kes tahanan bolos sering terjadi di depoh tahanan dan transit PATI walaupun pertukaran pegawai imigresen dibuat. Apakah pagar depoh tahanan ini tidak kukuh, atau tiada CCTV, atau berlaku banyak kecuaian pegawai. Apakah usaha Kementerian setakat ini untuk memperkasakan depoh tahanan ini.
84. PN-1233-L10883 Dr. S. Ramakrishnan minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah sejak beberapa tahun lepas banyak kes berprofil tinggi yang dibawa ke mahkamah menemui kegagalan apabila tertuduh dibebaskan hanya atas alasan teknikal yang remeh sedangkan bukti dikemukakan lebih daripada memadai untuk menjatuhkan hukuman. Apakah tindakan Kerajaan bagi menjamin ketelusan dan keadilan dalam sistem kehakiman negara serta meningkatkan kreadibiliti Peguam Negara.
AUM DN 20/12/2010
15
ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
1. (D.R. 36/2010) Rang Undang-undang Perbekalan 2011 - Menyambung
semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (16 Disember 2010) [ Kementerian Kewangan ]
2. (D.R. 37/2010) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2010 [ Kementerian Kewangan ]
Bacaan Kali Yang Kedua
3. (D.R. 24/2010) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2010 [ Kementerian Kewangan ]
“
4. (D.R. 40/2010) Rang Undang-undang Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa 2010 [ Kementerian Kewangan ]
“
5. (D.R. 32/2010) Rang Undang-undang Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]
“
6. (D.R. 35/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 [ Kementerian Pengangkutan ]
“
7. (D.R. 28/2010) Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 [ Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]
“
8. (D.R. 31/2010) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Meteorologi Malaysia) (Pengesahan) 2010 [ Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ]
“
AUM DN 20/12/2010
16
9. (D.R. 41/2010) Rang Undang-undang Agensi Inovasi Malaysia 2010 [ Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ]
“
10. (D.R. 33/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2010 [ Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ]
“
11. PN-1233-U10878
Tan Sri Datuk Dr. Jins bin Shamsudin akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini menyanyikan lagu Negaraku selepas doa dibacakan setiap kali sidang Parlimen Dewan Negara dan Dewan Rakyat berlangsung, sesuai dengan prinsip perkara kedua Rukun Negara, Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara.” (Perdana Menteri)
12. PN-1233-U11281
Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak agar pihak Kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Bebas Diraja dengan pesuruhjaya terdiri daripada pihak-pihak yang benar-benar bebas dan memahami undang-undang bagi menyiasat segala aspek keselamatan jalan raya yang banyak mengancam nyawa rakyat biasa disebabkan oleh salah pengurusan pihak berkuasa." (Menteri Pengangkutan)
13. PN-1233-U10976
Dr. S. Ramakrishnan akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mendesak agar pihak Kerajaan menggubal Undang-undang Kebebasan Maklumat bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmati hak untuk mendapatkan maklumat selaras dengan kehendak dan prinsip-prinsip demokrasi. Hak rakyat untuk mendapatkan maklumat adalah penting bagi membolehkan rakyat untuk memeriksa dan membendung penyalahgunaan kuasa oleh kakitangan Kerajaan dalam hal-hal pentadbiran Kerajaan terutamanya keputusan-keputusan Kerajaan yang mempunyai implikasi secara langsung dan tidak langsung terhadap rakyat jelata.
AUM DN 20/12/2010
17
Oleh itu, saya mengambil kesempatan melalui mesyuarat di Dewan Negara ini untuk menampilkan usul penggubalan undang-undang bagi tujuan membolehkan rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam pentadbiran dan hal-hal Kerajaan terutamanya dalam proses membuat keputusan-keputusan sejajar dengan prinsip demokrasi (participatory democracy) dan kepentingan awam (public interest). Rakyat Malaysia mengalu-alukan satu Kerajaan yang telus dan bertanggungjawab maka penggubalan undang-undang ini adalah mustahak. Undang-undang ini akan membenarkan akses kepada dokumen-dokumen sesebuah agensi Kerajaan dan dokumen-dokumen rasmi Kementerian atau Kerajaan. Maka disarankan supaya Kerajaan mengambil serius penggubalan undang-undang ini dan mengambil segala langkah-langkah untuk merealisasikan undang-undang ini di Malaysia yang mana undang-undang begini telah pun diperkenalkan di Negara-negara Komanwel yang lain.”
(Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi)
14. PN-1233-U10977
Dr. S. Ramakrishnan akan mencadangkan:- “Bahawa Dewan ini mendesak agar pihak Kerajaan menggubal Undang-undang Perhubungan Kaum (Race Relations Act) bagi menyingkirkan perkauman di sektor awam, di sektor swasta, di dalam bidang pelajaran di peringkat universiti dam matrikulasi, di dalam proses pengambilan ‘tender’ Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. Tujuan utama undang-undang ini adalah untuk mempromosi perhubungan perkauman yang baik dan sihat di antara semua kaum di Malaysia dengan menyingkirkan ketidak seimbangan perkauman dan diskriminasi. Oleh itu, disarankan supaya Kerajaan prihatin dan memandang serius terhadap gejala diskriminasi dan ketidak seimbangan perkauman di dalam sektor-sektor ini. Undang-undang ini boleh dikuasakan dan diberi mandat untuk memastikan bahawa agensi-agensi Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Tempatan, syarikat-syarikat swasta, Syarikat-syarikat ‘GLCs’ Kerajaan dan institut pengajian tinggi tempatan (IPT) memperkenalkan program ‘race quality’ yang berdasarkan merit di dalam semua aspek pekerjaan terutamanya di dalam aspek pengambilan tenaga kerja dan pengambilan pelajar, promosi, latihan dan peluang pembelajaran di dalam negeri dan di luar negara. Dalam masa yang sama Kerajaan perlu menubuhkan satu Suruhanjaya Perhubungan Perkauman di bawah undang-undang ini bagi memastikan penguatkuasaan dan implimentasi undang-undang perhubungan perkauman.”
(Perdana Menteri)
AUM DN 20/12/2010
18
RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN NEGARA)
TAHUN
2010
RISALAT/DOKUMEN TARIKH
DIBENTANGKAN
ST.102 AKTA KASTAM 1967 Perintah Duti Kastam (Barang- Barang Di Bawah Perjanjian Perdagangan Bebas Antara Malaysia Dengan New Zealand ) 2010 P.U (A) 254 / 2010
20 Disember 2010
ST.103 AKTA KASTAM 1967 Perintah Duti Kastam (Barang-barang Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN) (Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN dan Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan) (No.3) 2010 P.U(A) 255 / 2010
20 Disember 2010
ST.104 AKTA KASTAM 1967 Perintah Duti Kastam (Barang- Barang Di Bawah Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Antara Negeri- negeri Anggota ASEAN Dengan Jepun ) (Pindaan) 2010 P.U (A) 280 / 2010
20 Disember 2010
ST.106
AKTA KASTAM 1967 Perintah Duti Kastam (Perjanjian Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas Antara ASEAN-Australia- New Zealand ) (Pindaan) 2010 P.U (A) 329 / 2010
20 Disember 2010
ST.109 AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) 2010 P.U (A) 169 / 2010 bertarikh 24 Mei 2010.
20 Disember 2010
AUM DN 20/12/2010
19
TAHUN 2010
RISALAT/DOKUMEN
TARIKH DIBENTANGKAN
ST.110 AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 DAN
AKTA PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) 1967 Perintah Pelepasan Cukai Dua Kali (Kerajaan Republik Seychelles)(Pindaan) 2010 P.U(A) 286/2010
20 Disember 2010
ST.111 AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 DAN AKTA PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) 1967 Perintah Pelepasan Cukai Dua Kali (Kerajaan Negara Kuwait)(Pindaan) 2010 P.U(A) 287/2010
20 Disember 2010
ST.112 AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 DAN AKTA PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) 1967 Perintah Pelepasan Cukai Dua Kali (Kerajaan Republik San Marino) 2010 P.U(A) 302/2010
20 Disember 2010
ST.113 AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 DAN AKTA PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) 1967 Perintah Pelepasan Cukai Dua Kali (Kerajaan United Kingdom of Great Britain dan Ireland Utara)(Pindaan) 2010 P.U(A) 322/2010
20 Disember 2010
ST.114 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Akademi Sains Malaysia Bagi Tahun 2009
20 Disember 2010
ST.116
Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan LGM Properties Corporation (LGMPC) Bagi Tahun 2009.
20 Disember 2010
ST.117 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Bagi Tahun 2009
20 Disember 2010
ST.118 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bagi Tahun 2009
20 Disember 2010
AUM DN 20/12/2010
20
TAHUN 2010
RISALAT/DOKUMEN
TARIKH DIBENTANGKAN
ST.119 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan
Universiti Malaysia Kelantan Bagi Tahun 2009.
20 Disember 2010
ST.120 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Bagi Tahun 2009.
20 Disember 2010
ST.121 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Bagi Tahun 2009
20 Disember 2010
ST.122 AKTA KASTAM 1967 Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.3) 2010
20 Disember 2010
ST.123 AKTA KASTAM 1967 Perintah Duti Kastam (Barang-barang Berasal Dari Negeri-negeri ASEAN)(Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN dan Perjanjian Perdagangan Barangan Antara Negeri-negeri ASEAN) (Pindaan) 2010.
20 Disember 2010
ST.124 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Bagi Tahun 2009
20 Disember 2010
ST.125 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia ( MATRADE ) Bagi Tahun 2009
20 Disember 2010
ST.126 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Pelabuhan Kuantan Bagi Tahun 2009
20 Disember 2010
ST.129 AKTA EKSAIS 1976 Perintah Duti Eksais (Pindaan) 2010 P.U(A) 337 bertarikh 1 Oktober 2010
20 Disember 2010
AUM DN 20/12/2010
21
TAHUN 2010
RISALAT/DOKUMEN
TARIKH DIBENTANGKAN
ST.172 AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 DAN
AKTA PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) 1967 Perintah Pelepasan Cukai Dua Kali (Kerajaan Republik Demokratik Rakyat Lao) 2010 P.U(A) 379 bertarikh 11 November 2010
20 Disember 2010
ST.183 Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (Pindaan) 2010 P.U(A) 345 Bertarikh 7 Oktober 2010
20 Disember 2010
ST.184 Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (Perlanjutan Tempoh) 2010 P.U(A) 348 Bertarikh 14 Oktober 2010
20 Disember 2010
ST.196 Perintah Duti Eksais (Pindaan) (No.4) 2010 P.U (A) 391 bertarikh 30 November 2010
20 Disember 2010
ST.197 Perintah Duti Kastam (Barang-barang Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN) (Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN dan Perjanjian Barangan Antara Negeri-negeri ASEAN) 2007 (Pindaan) (No.2) 2010 P.U(A) 392 bertarikh 30 November 2010.
20 Disember 2010