62
Bil. 14 Rabu 15 Jun 2016 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KEDUA

MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

  • Upload
    others

  • View
    24

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

Bil. 14 Rabu 15 Jun 2016

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KETIGA BELAS

PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KEDUA

Page 2: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus
Page 3: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

______________________________________________________________________________________________________________

Diterbitkan oleh:

CAWANGAN PENYATA RASMI

PARLIMEN MALAYSIA

2016

K A N D U N G A N

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1)

USUL:

Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 24) RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Pengambilan Tanah (Pindaan) 2016 (Halaman 31)

Page 4: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

DN 15.6.2016 i

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Datuk SA. Vigneswaran (Dilantik)

2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad (Dilantik)

3. “ Datuk Haji Abdullah bin Mat Yasim (Dilantik)

4. “ Tan Sri Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman (Dilantik)

5. “ Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin (Terengganu)

6. “ Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan (Perlis)

7. “ Dato’ Adam bin Abdul Hamid (Johor)

8. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang)

9. “ Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki (Dilantik) - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

10. “ Puan Azizah binti Harun (Dilantik)

11. “ Puan Bathmavathi A/P K.Krishnan (Dilantik)

12. “ Datuk Seri Boon Som A/L Inong (Dilantik)

13. “ Dato’ Chai Kim Sen (Dilantik)

14. “ Tuan Chandra Mohan A/L S.Thambirajah (Selangor)(LS)

15. “ Datin Paduka Chew Mei Fun (Dilantik) - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

16. “ Tuan Chia Song Cheng (Johor)

17. “ Datuk Chin Su Phin (Dilantik)

18. “ Tuan Chong Sin Woon (Negeri Sembilan) - Timbalan Menteri Pendidikan

19. “ Dato’ Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg (Sarawak)

20. “ Y.M. Engku Naimah binti Engku Taib (Terengganu)

21. “ Dato’ Goonasakaren A/L Raman (Dilantik)

22. “ Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim (Perak)

23. “ Dato’ Hoh Khai Mun (Pahang)

24. “ Dato’ Dr. Hou Kok Chung (Dilantik)

25. “ Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah (Dilantik)

26. “ Tuan Isa Bin Ab Hamid (Dilantik)

27. “ Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman (Dilantik)(LS)

28. “ Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh (Dilantik)

29. “ Dato’ Dr. Johari bin Mat (Kelantan)

30. “ Datuk Haji Kadzim bin M. Yahya (Sabah)

31. “ Puan Hajah Khairiah binti Mohamed (Kelantan)

32. “ Dato’ Sri Khairudin bin ES Samad (Dilantik)

33. “ Datuk Koh Chin Han (Melaka)

34. “ Dato’ Lee Chee Leong (Perak) - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

35. “ Datuk Lihan Jok (Sarawak)

Page 5: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

ii DN 15.6.2016

36. Yang Berhormat Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Dilantik) - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan

37. “ Datuk Dr. Lucas bin Umbul (Sabah)

38. “ Datuk Hajah Mariany binti Mohammad Yit (Dilantik) 39. “ Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Md. Said Keruak (Dilantik) - Menteri Komunikasi dan Multimedia

40. “ Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin (Dilantik)

41. “ Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam (Melaka)

42. “ Laksamana Tan Sri Dato’ Setia Mohd Anwar bin Haji Mohd. Nor (B)

43. “ Prof.Dr. Mohd Nor bin Haji R.M. Monutty (Selangor)

44. “ Dato’ Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Negeri Sembilan)

45. “ Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah (Kedah)

46. “ Tan Sri Nallakaruppan A/L Solaimalai (Dilantik)

47. “ Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin (Dilantik)

48. “ Puan Hajah Norahan binti Abu Bakar (Pahang)

49. “ Datuk Norliza binti Abdul Rahim (Dilantik)

50. “ Datuk Paul Low Seng Kuan (Dilantik) - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

51. “ Datin Hajah Rahimah binti Haji Mahamad (Dilantik)

52. “ Tuan Ramli bin Shariff (Perlis)

53. “ Puan S. Bagiam A/P Ayem Perumal (Dilantik)

54. “ Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff (Kedah)

55. “ Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian (Dilantik)

56. “ Puan Siti Aishah binti Shaik Ismail (Pulau Pinang)

57. “ Datuk Subramaniam A/L Veruthasalam (Dilantik)

58. ” Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader (Dilantik)

59. “ Tuan Wilfred Yong Chen Leong (Dilantik)

60. “ Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas (Dilantik)

61. " Datuk Yoo Wei How (Dilantik)

62. “ Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus (Wilayah Persekutuan Labuan)

63. “ Datuk Zali bin Mat Yasin (Dilantik)

Page 6: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

DN 15.6.2016 iii

DEWAN NEGARA

Ketua Pentadbir Parlimen

Datuk Awang Alik bin Jeman

Setiausaha Dewan Negara

Encik Riduan bin Rahmat

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan)

-

PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD)

Monarita binti Mohd Hassan Azhari bin Hamzah

Rosna binti Bujairomi Noraidah binti Manaf

Nor Hamizah binti Haji Hassan Siti Norlina binti Ahmad

Suriyani binti Mohd. Noh Nor Liyana binti Ahmad

Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir

Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid

Siti Norhazarina binti Ali Mulyati binti Kamarudin

Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Sherliza Maya binti Talkah Mohd Salleh bin Ak Atoh

Azmir bin Mohd Salleh

Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim

Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib

Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari

Syahila binti Ab Mohd Khalid Ismalinda binti Ismail Hazliana binti Yahaya

Amir Arshad bin Ab Samad Sharifah Raabiatul Adawiyah binti Syed Mohamed

Nik Nor Nazrin binti Nik Ab Rahman Nurul Fadhilah binti Ibharim

Hizamihatim Maggiha bin Juarah

Page 7: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus
Page 8: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

DN 15.6.2016 1

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KETIGA BELAS

PENGGAL KEEMPAT

MESYUARAT KEDUA

Rabu, 15 Jun 2016

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Y.M. Engku Naimah binti Engku Taib minta Menteri Sumber Manusia

menyatakan, sejauh mana perlaksanaan Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM 2016) ke atas semua majikan tanpa mengira bilangan pekerja akan memberi kesan kepada bilangan pekerja yang diberhentikan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib]: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

salam sejahtera, salam 1Malaysia, salam sehati sejiwa, salam Ramadhan.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Mulia Engku Naimah binti Engku Taib atas soalan yang dikemukakan nombor 1.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Mulia, pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012 yang mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2013 didapati tidak memberi apa-apa kesan kepada peningkatan bilangan pekerja yang diberhentikan.

Begitu juga dalam pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2016 mulai 1 Julai 2016 akan datang dijangkakan juga tidak akan memberikan kesan kepada bilangan pekerja yang diberhentikan. Ini bermakna, ini adalah kerana kerajaan berpendapat terdapat berbagai faktor yang menyumbang kepada penutupan syarikat atau peningkatan bilangan pekerja yang diberhentikan. Antaranya kekurangan permintaan bagi produk syarikat di pasaran global dan juga akibat peningkatan harga bekalan bahan mentah dan sebagainya.

Selain itu data Jabatan Tenaga Kerja yang menguatkuasakan Perintah Gaji Minimum 2012 didapati tidak menunjukkan sebarang peningkatan pemberhentian pekerja akibat pelaksanaan gaji minimum ini. Malah mengikut analisis yang dibuat oleh Malaysian Institute of Economic Research atau MIER, dengan izin, didapati setelah pelaksanaan gaji

minimum pada tahun 2013, satu persekitaran pasaran buruh yang sihat dan lebih reseptif telah mula muncul dan ini satu perkembangan yang baik bagi negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya berikan sedikit statistik pemberhentian pekerja yang bukan disebabkan gaji minimum. Jumlah pekerja yang diberhentikan mengikut tahun di negara kita:

Tahun Jumlah Pekerja

Pemberhentian Tetap

Pemberhentian Secara Sukarela

(VSS)

2013 332,086 21,145 11,941

2014 25,917 16,820 9,097

2015 34,499 18,608 19,891

2016 6,534 1,224 5,240

Page 9: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

2 DN 15.6.2016

Tuan Yang di-Pertua, pemberhentian di atas tidak kerana pelaksanaan gaji minimum kerana setiap pemberhentian pekerja dan syarikat-syarikat, mereka mesti mendaftarkan kepada kementerian dengan mengisi borang BK, berhenti kerja dan di dalamnya menyatakan jumlah bilangan pekerja diberhentikan dan sebab ataupun kenapa pekerja itu berhenti. Maknanya dalam rekod kita tidak ada sebab disebabkan oleh pelaksanaan gaji minimum pekerja-pekerja ini diberhentikan.

Tuan Yang di-Pertua, namun begitu kerajaan yakin Majlis Perundingan Gaji Negara atau MPGN, yang dipertanggungjawabkan untuk mengkaji semula perintah gaji minimum sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua tahun akan mengambil kira kesan gaji minimum kepada peningkatan bilangan pekerja yang diberhentikan jika ada dan sebarang pengubahsuaian akan dapat disyorkan kepada kerajaan jua untuk pertimbangan selanjutnya. Jadi kesan pelaksanaan gaji minimum untuk Julai 2016 tidak boleh kita beri Tuan Yang di-Pertua kerana kita belum lagi menguatkuasakan gaji minimum 2016. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang

Berhormat Mulia.

Y.M. Engku Naimah binti Engku Taib: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima

kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana akhirnya akan melaksanakan dasar gaji minimum kepada pekerja sektor swasta mulai 1 Julai ini setelah kajian semenjak tahun 2009 lagi.

Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah daripada taburan pendapatan terdapat seramai 2.7 juta iaitu 56 peratus di bandar dan 44 peratus di luar bandar telah meningkat daripada RM1,140 pada tahun 2009 kepada RM2,537. Sedangkan kajian tahun 2009 menunjukkan 33.8 peratus orang pekerja sektor swasta berpendapatan kurang RM700 sebulan iaitu di bawah garis kemiskinan.

■1010

Langkah penetapan gaji minimum ini dapat memastikan semua pekerja melepasi pendapatan garis kemiskinan atau PGK. Bagaimanapun pendapatan gaji minimum ini telah menimbulkan kegusaran di kalangan majikan pula. Soalan tambahan saya, setakat manakah penepatan gaji minimum ini akan membebankan majikan dalam keadaan ekonomi masa kini? Adakah kerajaan bercadang untuk menangguhkan pelaksanaan gaji minimum ini yang sepatutnya 1 Julai ini, memandangkan lebih 60 ribu orang pekerja akan diberhentikan sebagaimana pandangan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).

Cabaran kepada golongan pekerja berpendapatan rendah ini keupayaan untuk meningkatkan pendapatan bagi mengatasi kos sara hidup yang terus meningkat dan pemilikan rumah. Adakah sistem jaringan sosial dan program kebajikan sosial kepada pekerja berpendapatan rendah ini, termasuk jika mereka diberhentikan? Adakah kerajaan bercadang untuk menetapkan syarikat swasta memberi elaun sara hidup atau COLA kepada pekerja, khususnya yang berpendapatan kurang RM2 ribu sebulan bagi meringankan beban hidup mereka? Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, ada banyak soalan.

Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Hari ini ada banyak masa lah.

Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Yang mulia Yang Berhormat

Senator. Sebenarnya, awal-awalnya saya mohon kepada majikan supaya berikan sokongan kepada pelaksanaan gaji minimum ini, Julai. Bermakna, RM1 ribu di Semenanjung, RM900 di Sabah, Sarawak dan juga Labuan. Sebenarnya, persetujuan untuk meletakkan gaji minimum baru ini adalah secara bersama yang melibatkan berbagai-bagai pihak, termasuk kita mendapatkan nasihat daripada ILO, World Bank dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak nampak sebenarnya beban yang akan dipikul oleh majikan terlalu besar. Sebaliknya apabila kita memberikan gaji yang terbaik untuk pekerja kita, sudah tentulah pekerja akan bermotivasi tinggi untuk membina kejayaan majikan.

Page 10: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

DN 15.6.2016 3

Konsep tripartite, persetujuan bersama antara majikan, pekerja dan sokongan

kerajaan amat perlu kita laksanakan. Tuan Yang di-Pertua, bukti yang saya sebutkan ini kita ambil contoh, apabila kita membuat pemeriksaan berkanun kepada majikan-majikan yang melaksanakan gaji minimum ini. Umpamanya, kita ambil di Semenanjung, 66,931 pemeriksaan berkanun kita buat sama ada majikan melaksanakan gaji minimum atau tidak.

Di Sabah, kita buat 13,338, di Sarawak 12,297 dan semuanya 92,566 pemeriksaan berkanun kita buat pada majikan-majikan. Sungguh membanggakan kita ialah sebanyak 99 peratus orang majikan telah melaksanakan gaji minimum ini. Daripada 92,566 sejumlah 91,316 telah melaksanakan gaji minimum dan 1,250, 1 peratus saja yang tidak dapat, agak- bukan mengingkar tapi mungkin kadang sebahagian mereka tidak tahu. Sebab itulah kita mengadakan roadshow kepada pelaksanaan gaji minimum ini.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi bukti bahawa gaji minimum berjaya membina ekonomi negara dan pekerja seperti mana Yang Berhormat Senator menyebutkan. Malaysia telah mendepositkan dokumen bagi meratifikasi Konvensyen International Labour Organization (ILO), dengan izin, No.131/C131 berhubung gaji minimum dalam Persidangan Buruh Antarabangsa ke-105 di Geneva. Dengan ini, Malaysia merupakan negara pertama dalam ASEAN dan kelima dalam Asia yang mengiktiraf dan meratifikasikan C131 ini.

Melalui pemeriksaan berkanun seperti mana yang saya sebutkan tadi, 99 peratus orang majikan melaksanakan. Maknanya 1 peratus saja, itu pun sebahagian kita dapat mereka yang kadang-kadang tidak faham, terlupa, cuai dan sebagainya. Satu lagi ialah seperti mana Yang Berhormat Senator menyebutkan terbukti bahawa B40 ini, pendapatan mereka telah meningkat. Ini bermakna pelaksanaan gaji minimum memberikan impak yang cukup besar kepada pekerja-pekerja.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat impak terhadap tahap produktiviti dan daya saing susulan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2015. Sejak tahun 2013 hingga 2014, impak susulan pelaksanaan gaji minimum sejak tahun 2013 hingga 2014, data terkini dari aspek daya saing dan produktiviti adalah seperti berikut:

(i) tahap produktiviti yang dicatatkan bagi tahun 2014 sebanyak 74,823 berbanding sebelum pelaksanaan gaji minimum pada tahun 2012, di mana tahap produktiviti adalah sebanyak 71,700 sahaja; dan

(ii) pertumbuhan produktiviti daya saing pula bagi tahun 2014 sebanyak 3.5 peratus berbanding sebelum pelaksanaan gaji minimum pada tahun 2015, hanya 1.84 peratus.

Ini terbukti bahawa pelaksanaan gaji minimum memberi dorongan daripada impak yang cukup besar pada khususnya pekerja. Saya berharap, kerajaan berharap supaya majikan janganlah mencari peluang untuk mengelak untuk membayar gaji yang baik untuk pekerja kita kerana pekerja kita adalah sama seperti kita dan mereka memberi sumbangan kepada kita sendiri sebagai majikan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, silakan Yang Berhormat Datuk Zali.

Datuk Zali bin Mat Yasin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan

saya ialah Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita mengucapkan terima kasih kepada kerajaan apabila mengumumkan gaji minimum kepada rakyat dan juga pekerja. Cuma soalan saya ialah apabila kerajaan mengumumkan kenaikan gaji minimum ini, adakah ia dapat menyelesaikan masalah kebergantungan kita kepada buruh asing. Maksud saya tadi, selepas gaji minimum diumum. Adakah ini dapat menyelesaikan masalah pengambilan dan juga kebergantungan kita kepada buruh asing. Sekian, terima kasih.

Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

terima kasih Yang Berhormat Senator. Sebelum itu saya hendak jawab sikit yang COLA atau cost of living allowance, dengan izin. Sebenarnya kerajaan tidak bercadang

menetapkan majikan swasta untuk memberikan elaun COLA setakat ini. Namun, kalau Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat memperhatikan betapa dalam sistem pemerintahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kerajaan sekarang.

Page 11: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

4 DN 15.6.2016

Kerajaan telah banyak memperkenalkan berbagai-bagai kemudahan dalam usaha

untuk meringankan beban hidup yang dihadapi oleh rakyat, termasuklah BR1M, bantuan sekolah, bantuan perumahan dan sebagainya yang tidak dapat saya sebutkan satu persatu Tuan Yang di-Pertua.

Manakala, penglibatan pekerja asing ini sebenarnya pelaksanaan gaji minimum antaranya untuk kita menarik pekerja tempatan mengisi peluang pekerja-pekerja asing ini. Sebab itulah kalau kita lihat dalam hari ini, kerajaan menekankan bagaimana kita hendak menggalakkan pekerja-pekerja kita, anak-anak muda kita terlibat dalam pendidikan vokasional dan teknikal. Hari ini keperluan pelajar-pelajar ini penting dan mereka inilah akan mengambil alih tempat yang diisi oleh pekerja asing. Sebenarnya, pekerja asing ini mereka terlibat dengan kerja-kerja di peringkat 3D. Istilah 3D- “dangerous”, “difficult” dan “dirty”. Makna, kerja-kerja yang kasar, yang mungkin sebahagiannya tidak diisi oleh orang kita. Kita masih perlukan pekerja asing sebenarnya.

Mungkin yang penting bagaimana kita boleh menurunkan kadar bilangan pekerja asing negara kita dan berharap anak-anak kita, pelajar-pelajar kita yang keluar dari kolej, SPM dan sebagainya sambut peluang-peluang yang telah disediakan oleh kerajaan, termasuk Kementerian Sumber Manusia dan kementerian-kementerian yang lain. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, hari ini kita ada masa. So, saya

ingin memanjangkan masa untuk pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan untuk hari ini. Sekarang kita alih ke soalan nombor 2. Yang Berhormat Datuk Chin Su Phin.

2. Datuk Chin Su Phin minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat menyatakan, statistik kanak-kanak jalanan bagi tahun 2014 sehingga kini mengikut warganegara, negeri, kaum, umur dan jantina dan langkah-langkah yang telah diambil bagi menyelesaikan masalah ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Datin Paduka Chew Mei Fun]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita,

Keluarga dan Masyarakat memandang serius dan berusaha mencari jalan penyelesaian berhubung masalah kanak-kanak jalanan. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh kementerian dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah pada tahun 2010, kanak-kanak jalanan ini boleh didefinisikan kepada dua keadaan iaitu, dengan izin, children of the street dan children on the street. Children of the street kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa dan penjaga serta tempat tinggal. Manakala, children on the street kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa dan penjaga tetapi tinggal atau berkeliaran di tempat-tempat awam.

■1020

Terdapat juga kanak-kanak jalanan ini dikategorikan juga sebagai stateless children. Mereka kanak-kanak yang tidak mempunyai taraf kerakyatan. Kanak-kanak ini dipercayai berasal dari negara Filipina, Indonesia dan Pakistan. Mereka kemungkinan datang ke Malaysia bersama keluarga tanpa dokumen, ditinggalkan setelah ibu bapa diusir dan kes penceraian ibu bapa.

Di Malaysia, kanak-kanak jalanan ini didapati banyak dijumpai di negeri Sabah. Bagi negeri-negeri selain Sabah, setakat ini tiada maklumat atau aduan berhubung dengan kanak-kanak jalanan ini. Berdasarkan operasi menyelamat pengemis dan kutu rayau yang dijalankan secara bersepadu oleh Jabatan Perkhidmatan Am Sabah bersama-sama dengan beberapa buah agensi penguatkuasaan di negeri Sabah pada tahun 2014, terdapat seramai 47 orang kanak-kanak jalanan berjaya diselamatkan hasil operasi tersebut. Seterusnya, pada tahun 2015 adalah seramai 42 orang dan sehingga Mac 2016, berjumlah 52 orang kanak-kanak jalanan.

Kanak-kanak yang diselamatkan ini diletakkan di Rumah Perlindungan Ehsan di bawah kendalian Jabatan Perkhidmatan Am Sabah untuk diberi perlindungan sementara dan tetap. Bagi kanak-kanak yang mempunyai keluarga, mereka akan dikembalikan semula kepada keluarga masing-masing mengikut prosedur seperti mana yang telah ditetapkan. Kanak-kanak jalanan di negeri Sabah terdiri terutama daripada warga negara asing di mana mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Page 12: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

DN 15.6.2016 5

Tuan Yang di-Pertua, antara usaha-usaha yang telah dan sedang dilaksanakan

untuk membantu kanak-kanak jalanan di Sabah adalah seperti berikut. Pertama, pihak kerajaan telah menubuhkan sebuah badan khas yang dikenali sebagai Pasukan Petugas Khas Persekutuan di bawah Majlis Keselamatan Negara pada 4 April 1989. Agensi-agensi yang terlibat di dalam Pasukan Petugas Khas Persekutuan tersebut terdiri dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Majlis Tempatan. KPWKM melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah telah menyertai operasi bersepadu bersama-sama dengan Pasukan Petugas Khas Persekutuan bagi menyelamatkan kanak-kanak jalanan ini.

Kedua, penubuhan Rumah Perlindungan Ehsan di Kimanis, Papar Sabah untuk penempatan kanak-kanak jalanan yang telah diselamatkan. Di institusi ini kanak-kanak diberikan pakej perlindungan dan pemulihan secara komprehensif daripada aspek fizikal dan spiritual. Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan adalah seperti jagaan dan perlindungan, pendidikan tidak formal, keagamaan, sukan dan rekreasi. Sehingga Mac 2016, terdapat seramai 44 orang kanak-kanak lelaki dan lapan orang kanak-kanak perempuan ditempatkan di institusi ini.

Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara turut membantu menyediakan dokumentasi kanak-kanak iaitu pendaftaran lewat kelahiran dan mendapatkan sijil kelahiran atau kad pengenalan. Namun demikian, ia adalah tertakluk kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).Manakala bagi status kewarganegaraan, pihak JPN akan mengemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara. Sekian, terima kasih.

Datuk Chin Su Phin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang

Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi yang begitu jelas. Soalan tambahan saya, apa langkah yang telah diambil oleh kementerian dalam memastikan kanak-kanak jalanan ini tidak dimanipulasi oleh sindiket-sindiket tertentu yang menjadikan mereka sebagai peminta sedekah, pengedar dadah dan sebagainya? Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Khusus kepada sindiket-sindiket.

Datin Paduka Chew Mei Fun: Kepada sindiket-sindiket ini adalah di bawah PDRM

tetapi kita menyeru kerana semua orang awam mereka akan jadi mata kita supaya bila mereka nampak ada anak-anak jalanan, silalah beritahu dan maklumkan ke Jabatan Perkhidmatan Am di Sabah. Ini supaya kita boleh ambil tindakan untuk menyelamatkan anak-anak dan dimasukkan ke pusat-pusat yang sedia ada di bawah JKM. Sekian, terima kasih.

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ada sedikit sahaja soalan tambahan. Pengalaman saya semalam saya buka puasa di restoran belakang PWTC, seorang ibu saya kira warga asing yang mendukung anak. Dia pergi meja ke meja untuk minta sedekahlah. Waktu itu kita hendak buka puasa. Daripada pengamatan saya, semua meja. Tipulah kalau kita kata kita tidak bagi, kita hendak hapuskan peminta sedekah. Akan tetapi semua meja bagi termasuk saya sendirilah. Semua orang sudah bagi, mesti ada perasaan kasih sayang dan kasihan. Itu yang pertama.

Malam saya lalu di Bukit Bintang, kanak-kanak seusia 7 tahun atau 8 tahun, ada tiga orang. Dia pergi ke kereta-kereta jual bunga. Dia ketuk pintu cermin saya, dia jual bunga. Dia tunjuk signal dia hendak makan, dia buat muka kasihan. Dia mengetuk-ngetuk cermin, dia buat macam ini pada saya. Jadi kita pun tersentuh hati. Saya buka cermin itu saya hendak ambil gambar dia dahulu, dia lari. Jadi saya hendak tanya kes-kes macam ini, saya tidak tahu kategori anak apa yang kita hendak masukkan. Anak jalanan kah ataupun apa-apalah. Cuma saya hendak tahulah JKM, sebab pengemis ini dan anak-anak ini dia bergerak waktu malam. JKM dia kerja waktu siang. Adakah JKM ini ada satu tindakan agresif, proaktif untuk pegawai-pegawai keluar buat kerja waktu malam cari anak-anak ini?

Seterusnya, sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua. Di Bukit Bintang daripada segi pengamatan saya, bila pelancong-pelancong asing sedang makan dengan keluarga, dengan anak-anak, budak-budak pengemis ini dia akan duduk dekat dengan meja, dia akan tunjuk tanda dia hendak makan. Jadi, pelancong-pelancong kita ini tengok seolah-olah Malaysia ini teruk sangat.

Page 13: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

6 DN 15.6.2016

Saya risau takut pelancong-pelancong ini kata, “Eh! Malaysia ini tengok macam

hebat, gah dengan KLCC tetapi rupanya ramai anak-anak rakyat Malaysia ini miskin”. Jadi, itu salah satu yang sangat-sangat mencemarkan nama negara Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datin Paduka Chew Mei Fun: Terima kasih Yang Berhormat. Pertama sekali saya

hendak memaklumkan kepada Yang Berhormat, kalau ada kes sebegini sila beritahu kepada JKM. JKM akan ambil tindakan bekerjasama dengan polis dan juga DBKL. Bukan sahaja operasi akan diambil selepas dapat maklumat atau laporan dari orang awam. Kita juga ada operasi berjadual bersama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pihak Imigresen dan polis juga akan dijalankan.

Pegawai JKM ini walaupun mereka bekerja pada siang hari tetapi peranan kita adalah untuk kita jaga kebajikan golongan sasar di bawah kementerian. Oleh itu, apa yang sebenarnya ialah bila-bila masa kalau ada apa-apa yang perlu mereka bertindak dengan segera, mereka sebenarnya bekerja 24 jam. Bila-bila masa ada bencana atau kes anak-anak yang perlu perlindungan dengan segera, kita akan hantar pegawai kita.

Selain daripada itu, saya rasa kalau boleh janganlah terlalu bermurah hati. Ini kerana langkah yang betul untuk kita ambil adalah untuk memaklumkan kepada JKM. Kami juga ada Talian Kasih iaitu 15999 yang boleh orang awam buat laporan. Sekian, terima kasih Yang Berhormat.

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana begitu komited dan prihatin terhadap nasib kanak-kanak yang malang ini. Kita merasakan dalam perkembangan pembangunan ekonomi kita yang begitu pesat di mana orang-orang asing cukup suka datang ke Malaysia dengan membawa anak-anak mereka.

Saya merasakan bahawa masalah ini akan menjadi satu masalah yang cukup serius bukan sahaja kepada kanak-kanak, tetapi kepada nama baik negara. Apa langkah-langkah, dan jumlah statistik kanak-kanak jalanan yang terlibat dalam bukan sahaja kes-kes minta sedekah tetapi yang lebih serius, kes-kes gengsterisme, kes-kes dadah dan yang terbaru kita diberitahu kes pedofilia juga ada melibatkan kanak-kanak jalanan. Kita tidak boleh bayangkan seorang warga asing datang ke negara kita sesuka hati melakukan kerja-kerja terkutuk ini dan mangsanya kanak-kanak.

■1030

Saya diberitahu sama ada betul atau tidak betul, saya inginkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri apakah kes pedofilia baru-baru ini juga melibatkan beberapa orang kanak-kanak jalanan. Sekian, terima kasih.

Datin Paduka Chew Mei Fun: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kes kanak-

kanak yang terlibat dalam gengsterisme dan juga meminta sedekah dan semua ini, saya tidak ada maklumat sekarang. Oleh itu saya minta kalau boleh saya jawab secara bertulis.

Kedua, mengenai kes- berapakah kanak-kanak yang menjadi mangsa bagi kes yang disebut oleh Yang Berhormat tadi? Saya rasa ini lebih baik dijawab oleh PDRM kerana peranan JKM atau kementerian hanya untuk beri bantuan. Sekiranya mangsa dikenal pasti, kami akan turut masuk dan beri kaunseling dan daripada segi kebajikan mereka. Sekian, terima kasih.

Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin nak tahu

penjelasan sedikit mengenai budak-budak yang minta sedekah ini. Adakah budak-budak yang meminta sedekah ini warganegara Malaysia atau warganegara lain? Terima kasih.

Datin Paduka Chew Mei Fun: Saya tidak dapat jawab kerana sekiranya kita tidak

dapat menyelamatkan mereka. Hanya bila kita menyelamatkan mereka, baru kita boleh mengenal pasti adakah mereka orang asing atau warganegara kita. Saya setuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Tan Sri tadi, kanak-kanak yang ada di jalanan ini atau masalah kanak-kanak ini bukan sahaja kanak-kanak orang asing tetapi sekarang ada juga satu keadaan yang mana ramai lelaki Malaysia ini mereka melahirkan anak dengan perempuan dari negara asing tanpa pendaftaran perkahwinan yang sah.

Page 14: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

DN 15.6.2016 7

Maka dengan itu anak-anak yang dilahirkan oleh pasangan ini, mereka akan jadi

tidak ada kewarganegaraan dan ini mendatangkan masalah masyarakat yang amat serius. Kami selalu dapat permohonan atau untuk kita bantu mereka supaya mereka dapat taraf kewarganegaraan di Malaysia ini. Sekian terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat, actually tiga saja soalan

tambahan tapi yang tadi Datuk Chin punya saya tak bagi, dia cakap saja, tidak apalah [Ketawa]

Dato’ Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Cuma saya hendak bertanya kepada Menteri. Sering kali kita menyatakan bahawa perlu buat laporan kepada JKM di mana pengemis di kalangan kanak-kanak. Adakah pihak kementerian menyediakan penguatkuasaan kerana kita tahu bahawa hari ini sekiranya Yang Berhormat pergi R&R pastinya ada pengemis. Adakah perlu tunggu laporan? Sebenarnya saya menganggapkan bahawa kementerian tidak mempunyai pegawai penguat kuasa yang cukup untuk mengawal dan untuk mengambil tindakan. Ataupun tidak ada NBOS antara imigresen, penguatkuasaan pendaftaran negara dan sebagainya.

Jadi yang ini saya rasa tidak akan selesai, sampai bila-bila tidak akan selesai jika hendak menunggu laporan, tangkapan tidak ada. Jadi tangkapan saya ingat kalau Yang Berhormat Menteri boleh beritahu, jumlah tangkapan pun tidak dapat beritahu kerana kita tidak ada statistik yang betul-betul, fokus kepada pengemis di kalangan kanak-kanak ini. Jadi adakah pihak kementerian dalam bajet akan datang untuk menambah pegawai penguatkuasaan untuk menjalankan tugas membanteras pengemis daripada kalangan kanak-kanak ini.

Datin Paduka Chew Mei Fun: Terima kasih Yang Berhormat. Seperti apa tadi

saya telah pun sebut, kita akan bertindak. Pertama, bila dapat laporan, kedua walaupun tidak ada laporan...

Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datin Paduka Chew Mei Fun: Bukan, dengar dulu, tadi saya sudah sebut, saya

sudah jawab. Sekiranya tidak ada laporan, walaupun tidak ada laporan kita memang ada operasi berjadual bersama dengan Imigresen, DBKL dan juga polis, ada. Ini pertama.

Kedua, peranan kita adalah untuk menyelamatkan mereka, bukan tangkapan. Kita tidak tangkap, kita menyelamatkan anak-anak dan kanak-kanak dan pengemis. Ketiga, statistik memang ada tetapi hari ini tajuknya kanak-kanak jalanan di Sabah. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi saya

hendak juga memberitahu kepada Yang Berhormat Menteri, saya tahu Yang Berhormat Menteri tidak ada statistik tetapi perkara ini kalau berkali-kali kita memberitahu kepada Dewan bahawa ini adalah bukan di bawah jagaan kementerian Yang Berhormat, polis itu ditangkap, dia bagi sabitan kesalahan. Akan tetapi statistik saya ingat Yang Berhormat Menteri kena statistik berkenaan dengan yang terlibat dengan jenayah dan sebagainya boleh dapatkan daripada polis. Ini kerana kita di Dewan ini kena tanya dengan siapa, kalau tidak tanya dengan Yang Berhormat Menteri yang menjaga pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. So there might be a bit of confusion, dengan izin.

Datin Paduka Chew Mei Fun: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kami akan

dapat dari PDRM. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Soalan nombor 3, Tuan Haji

Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan.

3. Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan minta Menteri Sumber Asli dan

Alam Sekitar menyatakan, langkah memulihkan kawasan empangan yang kritikal ekoran fenomena El Nino dan dalam masa yang sama mampu melindungi alam sekitar dan tidak terdedah kepada beban kewangan yang tinggi.

Page 15: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

8 DN 15.6.2016

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Datuk Ir. Haji Hamim bin

Samuri]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Senator

Tuan Haji Shukor bin Mohd Sultan.

Memang benar fenomena El Nino yang berlaku baru-baru ini telah menjejaskan takungan air di empangan-empangan sehingga ada yang mencecah tahap kritikal, itu tidak dapat dinafikan. JPS sedang menjaga, menyelenggarakan 16 daripadanya. Jadi untuk jangka masa pendek berdasarkan empangan yang kritikal iaitu Empangan Timah Tasoh, Beris, Muda dan Pedu sekarang terlibat dengan- bermula daripada 16 April 2016, baru-baru ini terlibat dengan operasi pembenihan awan yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Alhamdulillah, berdasarkan operasi pembenihan awan oleh MET Malaysia, aras Empangan Timah Tasoh telah meningkat sebanyak 0.5 meter dan telah pun menghentikan catuan air pada 22 Mei 2016. Aras Empangan Bukit Merah telah meningkat sebanyak 1.5 meter dan telah terkeluar daripada senarai empangan kritikal pada 14 Mei 2016. Manakala empangan-empangan kritikal yang lain masih diklasifikasikan sebagai kritikal tetapi mengalami trend takungan air yang meningkat kerana hujan yang diterima bagi tempoh tiga bulan masih mengalami defisit 52 peratus.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi oleh MET Malaysia iaitu bergantung pada kelembapan atmosfera awan tersebut sama ada sesuai atau tidak dibuat pembenihan awan. Kedua, arah dan kelajuan angin kerana dua faktor ini adalah penting semasa operasi pembenihan awan bagi memastikan bahawa hujan turun di kawasan takungan yang disebutkan. Bagi jangka masa panjang pula, kementerian sedang naik taraf dua buah empangan iaitu Empangan Timah Tasoh dan Empangan Bekok. Timah Tasoh di Perlis, Bekok di Johor dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Itu untuk jangka masa panjang.

■1040

Pada masa yang sama juga kementerian sedang membangunkan satu sistem mengoptimumkan pengagihan sumber air dan kebolehdapatan sumber air terutama pada musim kemarau yang dinamakan sebagai, dengan izin, National Water Balance Management System (NAWABS). Program perintis ini akan dilaksanakan untuk enam lembangan sungai iaitu Sungai Muda, Sungai Kedah, Sungai Bernam, Sungai Klang, Sungai Melaka dan Sungai Kelantan. Di samping itu juga kementerian bercadang membentangkan Rang Undang-undang Sumber Air Negara di antara lain dapat melindungi kawasan tadahan air daripada termusnah oleh aktiviti pembangunan seperti pembalakan dan sebagainya seterusnya mengekalkan sumber air di empangan. Sekian, terima kasih.

Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua dan terima kasih kepada Menteri yang memberi penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, secara logiknya negara kita tidak sepatutnya mengalami masalah kekurangan air kerana negara berada di kawasan tropika yang mempunyai banyak taburan hujan. Malah taburan hujan turut melebihi kapasiti sepatutnya dalam perkataan mudah hujan terlalu lebat sehingga ke peringkat sesetengah kawasan mengalami banjir kilat.

Soalan tambahan saya, adakah kementerian dengan kerjasama Kementerian MOSTI mempunyai satu mekanisme yang khusus yang mampu memberi amaran awal sebarang bentuk perubahan cuaca yang ekstrem agar orang ramai lebih bersiap sedia. Mohon pandangan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri: Terima kasih Yang Berhormat. Memang betul

tepat sekali. Secara logiknya Malaysia sepatutnya tidak menerima masalah ataupun situasi kekurangan air kerana kita menerima jumlah air yang di antara terbanyak seluruh dunia iaitu 2900mm setahun lebih kurang sama dengan 1,000 dekat-dekat 900 lebih ataupun dekat 1,000. The round figure 1,000 billion meter padu setahun, di antara negara yang terbanyak menerima air di dunia. Cuma isu ataupun realitinya ialah kita agak kurang baik daripada segi pengurusan air.

Justeru, untuk jangka masa yang sederhana dan panjang ini Majlis Sumber Air Negara telah pun membuat keputusan bahawa sebuah pelan jangka masa panjang yang profesional untuk memastikan bahawa pengurusan air dapat dibuat lebih baik. Antaranya saya sebut tadi National Water Balance Management System (NAWABS).

Page 16: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

DN 15.6.2016 9

Dia lebih kepada air ini diagihkan dalam bentuk siap siaga ataupun dalam bentuk

takungan dan sebagainya supaya dapat diagihkan secara wajar tidaklah adil 100 peratus, maknanya kawasan kurang air kita pos air ke sana sistem agihan menggunakan terusan dan sebagainya.

Pada masa yang sama juga kita pastikan bahawa Malaysia terus tidak melaksanakan atau melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan air segera ataupun dalam bahasa Johornya deras masuk ke sungai terus masuk ke laut tidak disimpan di muka bumi. Rekod yang sedia ada hanya 6 peratus sahaja air yang masuk ke bumi. Fungsi pokok itu juga penting. Pokok sebenarnya berfungsi sebagai menyimpan air. Sebanyak 30cm diameter pokok hutan saya tidak sebut pokok kelapa sawit, pokok hutan, makna pokok yang boleh menyimpan air. Biasanya adalah rainforest pokok dalam hutan boleh menyimpan 10 liter air sehari. Makna fungsi satu batang pokok 30 cm diameter ataupun satu kaki diameter. Makna pokok yang banyak ini juga fungsinya adalah untuk menyimpan air. Itu kedua.

Seterusnya saya sebutkan tadi Rang Undang-undang Sumber Air Negara yang telah pun siap drafnya. Sekarang dibuat penerangan, saya sendiri telah pun diarah oleh Yang Berhormat Menteri NRE untuk pergi ke negeri-negeri menerangkan tentang perlunya Rang Undang-undang Sumber Air Negara ini diterima dan akhirnya diterima pakai oleh kerajaan negeri. Sekarang kita cuba mendapatkan maklum balas yang terperinci daripada kerajaan-kerajaan negeri tentang kebolehan ataupun tentang rang undang-undang air ini perlu mendapat maklum balas yang terperinci. Kata Pengerusi Majlis Air Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri bahawa dapatkan maklum balas sehabis baik dan sehabis buruk sebelum Rang Undang-undang Air Negara ini dibentangkan, insya-Allah pada akhir tahun ini.

Berkenaan dengan soalan kedua, sama ada kita mendapatkan kerjasama daripada MOSTI. Ya memang betul kita sentiasa berhubung baik dengan MOSTI dan MOSTI sebenarnya dalam proses, saya difahamkan MOSTI dalam proses untuk meningkatkan lagi sistem yang lebih baik supaya ada satu amaran yang lebih tepat. Sistem pemakluman yang lebih tepat tentang jangkaan masa depan taburan hujan di Malaysia. Sekian, terima kasih.

Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya

melihat kepada rekod El Nino semenjak 1951 dikatakan berlaku sebanyak 12 kali sehingga sekarang ini sebanyak 12 kali. Rekod yang tertinggi yang dicatat oleh Stesen Meteorologi Chuping pada 9 April 1998 - 40.1. Fenomena El Nino ini sebenarnya berlaku kalau kita balik kepada source ataupun kita balik kepada basic program kita. Tadi Yang Berhormat kata sebatang pokok boleh mengeluarkan begitu banyak air dan semalam kita berbincang soal banjir kilat di Kuala Lumpur. Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa diklasifikasikan sebagai act of God, hujan yang begitu banyak jadi kita tidak dapat. Saya dengar Yang

Berhormat Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan kata tadi tidak sepatutnya berlaku El Nino kerana hujan banyak.

Jadi daripada information ini saya teringat kalau di Bhutan itu kalau perayaan hari menyambut Rajanya ditanam dengan pokok instead of buat program, programnya

menanam pokok di kawasan Bhutan. Sehinggakan saya membaca buku berhubung dengan Bhutan ini, sungai-sungai di Bhutan ini kadang-kadang ada mayat yang mati dipotong-potong diletak dalam sungai supaya ikan makan. Supaya the green, kawasan hijau ini, dengan izin, menjadi begitu baik sekali. Baca buku berhubung dengan Bhutan Yang Berhormat sekalian. Jadi kalau kita tengok asas kepada El Nino itu penebangan pokok, Kementerian Pertanian kata tebang, kita tanam padi, hendak membesarkan, hendak meluaskan penanaman padi di Sarawak dan sebagainya.

Maknanya kita akan menambahkan lagi punca-punca untuk El Nino yang akan datang ini, bertambah dengan keadaan dunia global yang kita bincang selama ini berhubung dengan cuaca ini. Jadi soalan saya, saya hendak bertanya kepada kementerian, kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kita mempunyai perancangan untuk kita menyusun balik tanah-tanah yang dipotong ataupun dengan agriculture yang agresif. Di

Cameron Highlands itu saya tengok tidak ada apa-apa lagi yang berlaku. Jadi apakah pandangan Yang Berhormat Menteri berhubung dengan punca-punca kepada El Nino ini hendak diselesaikan? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Page 17: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

10 DN 15.6.2016

■1050

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri: Terima kasih, Yang Berhormat. Ringkasnya

begini.

Dalam konteks negara Malaysia, kita sentiasa berusaha untuk memastikan bahawa negara kita tidak menyumbang kepada El Nino. El Nino juga berlaku di tempat-tempat lain di seluruh dunia. Ia bergerak dari wilayah kepada wilayah. Ilmu sains mengatakan bahawa ia berpunca daripada aktiviti manusia di muka bumi dan ada juga disebut dalam al-Quran.

Majlis Sumber Air Negara dan juga Majlis Tanah Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sebenarnya sekarang sedang dalam perjalanan ke arah itu. Ada pelan perancangan yang kita buat secara terperinci bagi memastikan bahawa akhirnya negara kita bukan di kalangan negara yang menyumbang kepada El Nino.

Mudah-mudahan negara kita juga ada peranan yang besar dan pada masa yang sama juga kita berkongsi pengalaman, kepakaran dalam membina pembinaan paya di dalam negara kita supaya segala pengalaman dapat kita garap dan dapat kita kongsi dan mudah-mudahan ini tidak akan menjejaskan kerosakan cuaca pada masa akan datang. Itu jawapan yang saya boleh beri kepada Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

Dato’ Adam bin Abdul Hamid: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyatakan secara serius begini. Pepatah Melayu menyatakan kita ini selalunya ‘apabila terantuk baru

tengadah’. Maksudnya, ada masalah baru kita hendak tengok, hendak selesaikan. Kenapa tidak kementerian mengambil satu inisiatif menyelesaikan, merancang bagi mengatasi masalah bekalan air di negara kita secara jangka panjang?

Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Shukor tadi, negara kita sepatutnya tidak ada masalah daripada segi bekalan air. Kita tengok sungai ada banyak, air pun banyak, tiap-tiap hari mengalir ke laut. Akan tetapi, bila sampai musim kemarau, kita menghadapi banyak masalah terutama kawasan-kawasan perindustrian yang banyak menggunakan bekalan air. Bekalan air tidak dirawat dan bukan bekalan untuk minuman.

Jadi saya hendak menanya, di samping enam yang telah dirancang tadi, banyak lagi sebenarnya sungai kita- dan saya rasa negeri-negeri yang terlibat termasuk misalnya kata Negeri Sembilan, Melaka, dan saya rasa Johor sendiri pun menghadapi masalah. Kita tengok tidak ada bekalan air bersih di Kelantan dan negeri-negeri yang lain. Perlis misalnya, kita ada Timah Tasoh, kering itu hari kita menghadapi masalah.

Jadi saya hendak tanya sekali lagi, kenapa tidak dibuat sekali gus satu kajian yang menyeluruh untuk seluruh negara dan kemudian kita selesaikan bertahap-tahap dalam jangka masa tiga, empat tahun daripada sekarang? Kita hendak menuju ke arah negara maju tahun 2020. Sepatutnya masalah ini tidak timbul empat atau lima tahun akan datang. Terima kasih.

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri: Terima kasih, Yang Berhormat. Betul, saya

tidak nafikan tentang perkara tersebut dan di antara teras utama Dasar Air Negara yang seperti mana dicakupi dalam kenyataan dasar jaminan dan kelestarian sumber air perlu dijadikan keutamaan negara bagi memastikan air yang mencukupi dan selamat melalui penggunaan yang lestari, pemuliharaan dan pengurusan sumber air yang berkesan dengan disokong oleh mekanisme perkongsian bersama. Ini dasar yang jelas.

Kajian juga telah dibuat dan sebab itu saya sebut tadi ada sistem yang telah pun kita perkenalkan iaitu NAWABS selain daripada pengurusan air itu sendiri iaitu Rang Undang-undang Sumber Air Negara. Itu satu perkara.

Tuan Yang di-Pertua, El Nino yang berlaku di negara Malaysia baru-baru ini dan juga di beberapa buah negara lain mungkin antara yang terburuk sepanjang tempoh masa lalu yang tersebut. Umpamanya Sungai Pahang, tiba-tiba kapal perang British yang tenggelam dijumpai iaitu setelah 130 tahun ataupun 120 tahun berlalu. Maknanya air Sungai Pahang hampir-hampir kering pada waktu itu semasa sebelum hujan turun baru-baru ini. Maksud saya ialah kita mungkin tidak mempunyai pengalaman kemarau akibat El Nino yang panjang lebih kurang 100 tahun dan kita belajar daripada situasi tersebut.

Page 18: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

DN 15.6.2016 11

Pada masa yang sama juga, sebenarnya trend cuaca di Malaysia ke arah kering

dan sebagainya akibat daripada global warming dan sebagainya ini kita kesan. Oleh sebab itulah awal-awal lagi kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran dan juga kajian yang telah dibuat oleh NAHRIM membuat beberapa cadangan dan akhirnya Rang Undang-undang Sumber Air Negara ini kita bentuk dan sekarang sedang dibuat penerangan kepada negeri-negeri dan juga sistem NAWABS tadi iaitu, dengan izin, National Water Balance Management System. Ini dua perkara penting yang sedang kita laksanakan sekarang.

Mudah-mudahan segala persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator tadi dapat diselesaikan pada masa akan datang. Saya menghargai segala teguran dan pandangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. Sebenarnya inilah yang sedang kita hadapi dan mudah-mudahan kita dapat selesaikan segala masalah dalam tempoh yang tidak berapa panjang. Saya rasa itu sahajalah. Terima kasih.

4. Dato' Dr. Hou Kok Chung minta Menteri Pendidikan menyatakan, dasar

berhubung pengambilan pelajar ke dalam sistem persekolahan negara khususnya bagi golongan anak yang dilahirkan hasil daripada perkahwinan yang tidak berdaftar, khasnya di antara warganegara Malaysia dengan warga asing.

Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan]:

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Hou Kok Chung mengenai soalan sistem persekolahan khususnya kepada golongan anak dilahirkan hasil daripada perkahwinan tidak berdaftar.

■1100

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil tindakan bagi menangani kes melibatkan permohonan murid bukan warganegara ataupun anak hasil daripada perkahwinan tidak berdaftar khususnya antara warganegara Malaysia dengan warga asing untuk bersekolah di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan berdasarkan prosedur yang sedia ada.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penerimaan kanak-kanak warganegara yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri masuk ke sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan adalah berdasarkan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2009, Kemasukan Kanak-kanak Warganegara Malaysia Tanpa Dokumen ke Sekolah seperti berikut:

(i) mana-mana salah seorang ibu bapa kanak-kanak tersebut adalah warganegara Malaysia; dan

(ii) surat pengesahan atau surat pengakuan Ketua Kampung bahawa kanak-kanak tersebut anak kepada warganegara Malaysia.

Murid-murid warganegara yang tidak mempunyai dokumen boleh juga mendapatkan surat sokongan daripada Penghulu, Ketua Anak Negeri, Pengerusi Jawatankuasa Ketua-ketua Kampung (JKKK) ataupun Pengerusi Jawatankuasa Ketua-ketua Kampung Persekutuan (JKKP) bagi membantu mereka mendapatkan pendidikan di sekolah kerajaan ataupun bantuan kerajaan.

Selepas memasuki sekolah, ibu bapa perlulah berusaha mendapat dokumen pengenalan diri yang sah melalui Jabatan Pendaftaran Negara bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan dan seterusnya memudahkan mereka menyambung pelajaran mereka ke peringkat seterusnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan.

Dato’ Dr. Hou Kok Chung: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah berapakah jumlah keseluruhan pelajar kategori ini berada dalam sistem persekolahan Tahun 1 hingga Tahun 6 di seluruh negara dalam tahun ini. Apakah anggaran kos bagi membiayai pendidikan pelajar-pelajar ini yang perlu ditanggung oleh kerajaan setiap tahun serta adakah Malaysia selaku ahli dalam Lembaga Eksekutif UNESCO mengutarakan isu ini termasuk mendapatkan bantuan kewangan daripada UNESCO?

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Page 19: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

12 DN 15.6.2016

Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Hou. Yang Berhormat, maklumat secara terperinci akan saya uruskan dan berikan kepada Yang Berhormat secara bertulis kerana secara spesifik angka ini tidak ada bersama saya sekarang. Akan tetapi maklumat tentang isu UNESCO dan kos-kos ini, biasanya untuk anak-anak warganegara Malaysia yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditentukan tadi, Kerajaan Malaysia masih boleh menampung. Tiada masalah untuk kita menampung kerana mereka masih merupakan anak kepada warganegara Malaysia. Masalahnya mereka tidak ada dokumen dan kita sarankan kepada mereka untuk mendapatkan dokumen-dokumen sebelum anak ini dapat menduduki peperiksaan, itu sahaja.

Mengenai soalan Yang Berhormat Senator tentang jumlah pelajar sekolah ini Tahun 1 hingga Tahun 6 dan anggaran kos untuk anak-anak ini, saya akan memberi jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat Senator. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Silakan Yang Berhormat.

Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya

ada satu soalan di sini. Ini berkenaan dengan masalah yang dihadapi di Sabah, ada mereka yang tidak memperoleh kewarganegaraan atas masalah-masalah yang disiasat oleh RCC baru-baru ini. Mereka belum lagi mendapat satu keputusan berkenaan dengan permohonan itu dan juga anak-anak mereka ini. Anak-anak mereka ini sudah menjadi mangsa sekarang ini kerana kedua-dua ibu bapa pun bukannya warganegara Malaysia mengikut RCC. Akan tetapi keputusan belum dikeluarkan tetapi kenapalah anak-anak mereka dihukum. Ini kerana lebih 20 tahun ibu bapanya tinggal di Sabah, Malaysia.

Oleh sebab tiada kesahihan kad pengenalan ataupun kewarganegaraan ini, mereka dihukum. Saya sendiri pun buat banyak surat sokongan. Ada tempat yang terima dan ada tempat tidak diberikan dalam sekolah. So saya mahu minta daripada Kementerian Pendidikan untuk mengadakan satu mekanisme yang senang untuk mengeluarkan satu Pekeliling kepada semua sekolah, katakan terima atau tidak terima. Ada sebahagian sekolah dia terima, ada sebahagian sekolah dia tidak mahu terima. Itulah soalan saya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Soalan sebelum siasatan keluar, kenapa anak-anak itu

dihukum. Terima kasih.

Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Senator. Yang Berhormat, kita di Kementerian Pendidikan Malaysia, hasrat kita bukan hendak menghukum anak-anak. Dalam konsep dan juga dasar education for all, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, kita ingin memudahkan anak-anak ini memasuki alam pendidikan. Itu hasrat kita dan kita hendak melaksanakan. Cadangan Yang Berhormat Senator tentang memudahkan satu mekanisme akan kita ikhtiar tetapi kita tidak mahu mereka ketinggalan dalam alam pendidikan.

Dalam bab yang mana sekiranya kanak-kanak tanpa dokumen tersebut tidak mempunyai ibu bapa. Contohnya dalam bab itu juga, contoh kanak-kanak itu yang mana ibu bapanya tidak ada dokumen langsung. Untuk mereka pun kita cuba wujudkan peluang. Mengikut cara-cara yang telah ditetapkan, kita ada peluang. Hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia ialah untuk memastikan semua kanak-kanak yang lahir di bumi ini diberi peluang untuk masuk ke sekolah untuk mendapat pendidikan dan kita ikhlas dan kita hendak melaksanakan. Kita mohon kerjasama daripada ibu bapa juga.

Bab Sabah ini, ada pelbagai aspek yang kita membantu mereka dan kita akan terus mencari ruang dan peluang bagaimana kita dapat memastikan tiada anak-anak Malaysia yang tertinggal dalam bidang pendidikan. Itu hasrat kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Yang Berhormat Senator Dato’ Jaspal.

Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua

kerana memberi peluang kepada saya untuk soalan tambahan. Saya melihat daripada jawapan Yang Berhormat Menteri, kita ada dua masalah di sini. Satu ialah warganegara kanak-kanak yang lahir di Malaysia di mana ibu bapanya seorang warganegara Malaysia tetapi tidak mempunyai dokumen.

Page 20: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

DN 15.6.2016 13

Satu lagi ialah anak-anak warganegara asing yang dilahirkan di Malaysia.

Disebabkan sekarang ini kita sudah banyak pekerja-pekerja asing di Malaysia, terdapat banyak warganegara asing yang telah melahirkan kanak-kanak di Malaysia.

Soalan nombor dua tadi, kita berbincang tentang street children. Kebanyakannya warganegara asing. Jadi adakah peluang, adakah kementerian mempunyai satu inisiatif ataupun satu cara untuk memberi pendidikan kepada semua termasuk kanak-kanak yang dilahirkan di Malaysia tetapi ibu bapanya bukan warganegara Malaysia.

Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Jaspal Singh. Dengan izin, street kids. Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mewujudkan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) di pusat bandar Kuala Lumpur untuk memberi ruang dan peluang kepada anak-anak yang tidak ada sekolah, yatim piatu, tidak tahu siapa ibu ayah mereka. Di sana pun kita beri mereka laluan untuk pendidikan. Balik kepada jawapan pokok saya yang mana kita tidak mahu sesiapapun tertinggal dalam bidang pendidikan. Itu hasrat kita.

Dalam bab yang mana kategori murid yang bukan warganegara yang boleh diterima masuk. Yang Berhormat, kita ada tiga kategori yang mana anak bukan warganegara yang boleh masuk ke sekolah. Pertama, anak kakitangan kedutaan asing. Tidak ada masalah. Kedua, anak yang ibu bapanya juga bukan warganegara yang bekerja dalam perkhidmatan atau agensi kerajaan, badan berkanun atau mana-mana tempat lain dengan permit kerja yang sah. Boleh atau anak yang ibu bapanya pemastautin tetap Malaysia.

Maka ada ruang juga untuk mengikut sistem pendidikan negara kita dan kita akan terus mencari kaedah bagaimana kita dapat menyediakan ruang pendidikan kepada semua yang memenuhi syarat dan juga terma yang telah kita rujuk dalam Akta Pendidikan kita. Itu hasrat kita. Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

■1110

5. Datuk Norliza binti Abdul Rahim minta Menteri Kesejahteraan Bandar,

Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:

(a) saranan agar Majlis Perumahan Negara mengharmonikan “standard” dan harga rumah mampu milik di seluruh negara; dan

(b) apakah inisiatif yang diambil dalam menjalinkan persefahaman dengan kerajaan negeri dan pihak pemaju.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk Halimah binti Mohd. Sadique]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-

Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Norliza binti Abdul Rahim atas soalan yang dikemukakan.

Saya tahu Yang Berhormat ini memang amat prihatin, terutama berkaitan dengan soal perumahan kepada rakyat Pulau Pinang. Agaknya kadang-kadang tanggungjawab itu seperti dilaksanakan tetapi tidak seperti dilaksanakan. Agaknya mungkin Dr. Ariffin bin S.M. Omar ada itu. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Senator Datuk Norliza, saya ingin memaklumkan Yang Berhormat. Apabila Yang Berhormat menyebutkan apakah usaha kerajaan untuk kita harmonikan harga-harga rumah, terutama bukan sahaja kepada kerajaan di bawah kepimpinan Barisan Nasional, termasuklah kepada tiga buah kerajaan negeri yang lain. Jadi, adakah kementerian dapat mengendalikan satu usaha untuk kita mengharmonikan harga rumah mampu milik yang melibatkan semua kerajaan negeri.

Jadi, saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Senator Datuk Norliza. Untuk makluman Yang Berhormat, Mesyuarat Majlis Perumahan Negara ataupun kita sebut MPN Tuan Yang di-Pertua, yang telah pun bersidang pada 6 April 2016 telah pun bersetuju Yang Berhormat, supaya paras harga rumah mampu milik ditetapkan di bawah RM300,000.

Page 21: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

14 DN 15.6.2016

Tuan Yang di-Pertua, RM300,000 dan telah pun dipersetujui oleh semua kerajaan

negeri, termasuklah Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dr. Ariffin bin S.M. Omar angguk kuat itu, termasuklah Kerajaan Negeri Selangor dan termasuklah Kerajaan Negeri Kelantan, telah dipersetujui.

Walaupun pada peringkat awal sebelum diharmonikan harga rumah itu Tuan Yang di-Pertua, terdapat sangkaan-sangkaan dan juga kenyataan yang menyatakan bahawa KPKT telah pun meletakkan harga rumah mampu milik pada kadar RM400,000 seperti yang dinyatakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada peringkat awal. Akan tetapi selepas kita mengambil persetujuan bersama dalam Mesyuarat Majlis Perumahan Negara dan juga melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang akan saya sebutkan sekejap lagi yang telah pun dicapai persetujuan bersama untuk menerima standard bagi harga rumah mampu milik iaitu RM300,000 ke bawah.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan untuk kita harmonikan- cadangan sedang lagi dalam usaha ini Yang Berhormat. Sekarang ini kita setuju standard harmoni harga rumah mampu milik ialah RM300,000 ke bawah. Kita masih lagi dalam perbincangan dengan kerajaan negeri ini untuk kita tentukan yang pertama keluasan lantai, kelayakan pendapatan isi rumah pembeli kurang RM3,000 dan melebihi RM3,000. RM1 hingga RM7,000, spesifikasi minimum, Tuan Yang di-Pertua. Tiga buah bilik, dua buah bilik air- wajib, sekatan moratorium mungkin selepas 10 tahun baru boleh jual, kuota pembangunan itu tertakluk kepada keperluan kerajaan negeri, levi pelepasan kuota pembangunan, density

pembangunan. Maknanya, kalau ia satu ekar, kalau rumah bertingkat, ia mesti pada kadar 50 unit kalau berstrata. Kalau 100 ekar, 50 unit. Kalau minimum landed, satu ekar mungkin 12 unit.

Ini perkara-perkara yang dalam pertimbangan untuk kerajaan menimbangkan keperluan-keperluan yang akan kita harmonikan lagi selain daripada harga rumah yang saya sebutkan tadi RM300,000 Tuan Yang di-Pertua. Cadangan pengharmonian ini Tuan Yang di-Pertua, yang paling penting ialah untuk mewujudkan satu garis panduan yang boleh diguna pakai dan ditetapkan pada harga tidak melebihi RM65,000 sehingga kepada maksimum RM300,000 yang saya sebutkan tadi. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, daripada segi aspek jalinan kerjasama Yang Berhormat, pihak KPKT sering mengadakan perbincangan, Tuan Yang di-Pertua. Ini soal untuk menyediakan perumahan bagi rakyat Malaysia, terutama bagi mereka yang berpendapatan seperti yang saya sebutkan tadi bagi mereka memiliki rumah mampu milik bernilai RM300,000 ke bawah.

Jadi, perbincangan dari semasa ke semasa dijalankan oleh pihak kementerian bersama dengan kerajaan negeri dan juga bersama-sama dengan pihak pemaju-pemaju swasta yang ada untuk kita bincangkan pelbagai isu yang melibatkan isu perumahan, termasuklah harga rumah dan sebagainya. Kementerian sedar Yang Berhormat Senator, persefahaman antara pihak kerajaan negeri dengan pihak pemaju dan juga industri perumahan ini akan dapat memberikan banyak manfaat kepada semua pihak.

Untuk makluman Yang Berhormat, isu-isu perumahan yang timbul ini Yang Berhormat, akan dibincangkan terlebih dahulu dalam pelbagai mesyuarat di peringkat kementerian sebelum diangkat isu-isu itu Tuan Yang di-Pertua, untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Perumahan Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Mesyuarat-mesyuarat yang diadakan secara berkala bersama dengan pihak kerajaan negeri Tuan Yang di-Pertua dan juga pihak pemaju swasta adalah seperti berikut:

(i) Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan Negara ataupun kita sebut JPAN dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri KPKT dengan dianggotai oleh semua setiausaha kerajaan-kerajaan negeri dan turut melibatkan persatuan perumahan seperti REDHA, SIREDHA dan juga SHEDA; dan

(ii) Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pemantauan Pelaksanaan Keputusan Majlis Perumahan Negara yang dipengerusikan oleh saya sendiri dengan dianggotai oleh semua exco perumahan, termasuklah Exco Perumahan Pulau Pinang, Tuan Jagdeep, termasuklah Exco Perumahan Selangor, Dato’ Iskandar dan termasuklah Exco Perumahan Kelantan, Dato’ Haji Abdul Fattah.

Page 22: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

DN 15.6.2016 15

Jadi, semua negeri, semua exco perumahan daripada semua negeri duduk

sebagai ahli kepada jawatankuasa yang dipengerusikan oleh saya, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menjelaskan sedikit kepada Yang Berhormat, selepas apa-apa keputusan dibuat oleh Majlis Perumahan Negara, sebelum dibentangkan kepada Majlis Perumahan Negara, semua kertas akan dibawa kepada Jawatankuasa JPAN yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri. Kemudian kertas itu akan diangkat kepada Majlis Perumahan Negara. Selepas keputusan dibuat oleh Majlis Perumahan Negara Tuan Yang di-Pertua, maka kertas itu akan diturunkan kepada jawatankuasa saya untuk dibincangkan daripada segi pelaksanaan bersama-sama dengan semua kerajaan negeri yang ada.

Di peringkat pegawai-pegawai, satu lagi Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan dan Penilaian Pelan Tindakan Dasar Perumahan Negara peringkat agensi dan ini dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian sendiri dengan dianggotai oleh semua bahagian perumahan setiausaha-setiausaha kerajaan negeri.

Jadi, saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Senator Datuk Norliza, sehingga hari ini Yang Berhormat, jangan bimbang, kementerian melaksanakan tugas dan peranannya dengan baik. Sehingga pada hari ini, kementerian telah pun mendapat kerjasama daripada semua kerajaan negeri berkaitan dengan mengharmonikan harga rumah mampu milik yang bernilai RM300,000 dan juga itu adalah antara inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak kementerian. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kehadiran Yang

Berhormat Menteri sentiasa menceriakan Dewan ini. Silakan Yang Berhormat.

Datuk Norliza binti Abdul Rahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan saya

hendak ucap setinggi-tinggi tahniah kepada Timbalan Menteri yang menjawab dengan begitu jelas dan padat dengan warna merah yang begitu cantik sekali, menceriakan Dewan pagi ini. Sebenarnya, segala-galanya terjawab dan jelas sekali dan saya rasa bolehlah saya dan Dr. Ariffin bin S.M. Omar balik ke Pulau Pinang cerita dekat orang-orang kampung.

Akan tetapi ada sedikit lagi saya hendak bertanya. Kalau kita tengok rumah mampu milik ini satu isu rakyat yang sangat penting dan sensitif. Jadi, saya cuma ingin bertanya kepada pihak Timbalan Menteri, sekiranya kita tetapkan harga rumah itu di bawah RM300,000, jadi ada kalanya pemaju yang mengambil kesempatan mungkin rumah itu di bawah harga itu tetapi kena pula caj parking nya, caj-caj lain yang dikenakan yang mana ada kalanya ia membebankan. Jadi, rumah itu akan jadi melebihi RM300,000. Itu yang pertama.

Keduanya, tetapi saya merasakan mungkin ini dapat kita atasi sekiranya melalui jawatankuasa-jawatankuasa sebagaimana yang disebutkan oleh pihak Timbalan Menteri tetapi perkara ini harus kita lihat juga. Keduanya, kalau kita tengok mungkin kementerian boleh mengkaji semula sama ada pemaju yang membina rumah-rumah mampu milik ini harus diberi pengecualian sebagai inisiatif. Sebagai contohnya, ada kala pemaju terpaksa membuat contribution, dengan izin, sumbangan kepada IWK, TNB dan yang lain-lain pada kadar yang begitu tinggi. Mungkin sekiranya dia membina rumah mampu milik, pengecualian ini dapat dikecualikan sebagai satu inisiatif atau galakan kepada pemaju untuk membina lebih banyak rumah mampu milik. Jadi, saya rasa itu sahaja soalan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Silakan.

■1120

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima

kasih Yang Berhormat Datuk Norliza.

Soalan yang pertama tadi, kemungkinan dengan syarat-syarat tambahan, harga rumah mampu milik yang telah pun dipersetujui pada kadar RM300,000 itu akan meningkat. Syarat persetujuan telah diambil oleh semua kerajaan negeri dan maknanya harga rumah mampu milik tetap pada kadar harga RM300,000. Itu syarat, itu persetujuan yang telah dipersetujui oleh semua kerajaan negeri dalam mesyuarat Majlis Perumahan Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Itu yang pertama.

Page 23: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

16 DN 15.6.2016

Keduanya Tuan Yang di-Pertua, bila saya sebut harga rumah mampu milik

maksimum RM300,000. Harga rumah mampu milik maksimum RM300,000. Dalam harga rumah mampu milik yang saya sebut maksimum ini Yang Berhormat Senator Datuk Norliza, kita ada tiga jenis, tiga jenis kategori. Pertama, type ‘A’ ataupun kita panggil dengan harga

rendah. Kita sekarang dah tak hendak panggil rumah kos rendah lagi, Tuan Yang di-Pertua. Kalau dulu kita panggil rumah kos rendah, “Duduk dekat mana? Saya duduk di rumah kos rendah.” Kadang dia ada macam stigma sedikit. “Awak duduk rumah orang kaya, saya duduk rumah kos rendah.”

Kita tak hendak ada disparity antara rakyat, perbezaan daripada segi kedudukan terutama daripada segi penyediaan rumah mampu milik yang kita letakkan bersesuaian dengan kadar pendapatan isi rumah yang ada. Mungkin pada pendapatan isi rumah RM2,500, dia mampu pada harga kadar rumah yang harga rendah. Jadi kita tak hendak ada perbezaan, dalam memiliki rumah pun ada perbezaan.

Jadi maka kerana itu Tuan Yang di-Pertua, di bawah jawatankuasa yang saya pengerusikan ini semua kerajaan negeri telah bersetuju. Kita ada tiga jenis rumah, kadar maksimum RM300,000. Pertama ialah type ‘A’ iaitu harga rendah. Type ‘A’ maksimum

RM65,000, itu yang maksimum. Kedua ialah harga sederhana rendah Tuan Yang di-Pertua. Harga sederhana rendah, kita dah bersetuju dalam mesyuarat ini RM65,001 sehingga RM100,000. Ketiga ialah harga sederhana iaitu RM100,001 sehinggalah RM300,000.

Tuan Yang di-Pertua, jadi kita berikan peluang, bukakan kepada pemaju perumahan supaya pemaju perumahan dapat memenuhi dasar perumahan kerajaan negeri. Ini kerana kerajaan-kerajaan negeri ini Yang Berhormat, dia ada dasar perumahan dia. Dia ada kuota dia, dia ada berikan kuota, makna jumlah kuota. Kalau rumah harga rendah RM65,000, mungkin dia hendak berapa peratus. Kalau harga rumah pada sederhana rendah, berapa peratus? Itu adalah syarat-syarat yang dikenakan oleh kerajaan negeri yang tidak melibatkan kementerian. Syarat kerana kerajaan negeri mempunyai dasar perumahan negeri. Jadi kuota keperluan kepada rumah mampu milik yang bernilai di antara RM42,000 harga rumah rendah yang paling rendah sekarang sehingga RM300,000, itu ditetapkan oleh kerajaan negeri Tuan Yang di-Pertua. Dapat Yang Berhormat ya? Tiga jenis ya.

Jadi Yang Berhormat jangan bimbang, RM42,000 sehingga kepada RM300,000 dan bagi harga rendah RM42,000 sehingga maksimum RM65,000. Tak boleh lebih. Kalau lebih, kita masih lagi runding dengan kerajaan negeri Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi setakat ini kerajaan-kerajaan negeri menyatakan bahawa mereka mahu ditetapkan pada kadar harga RM65,000 ke bawah. Mereka tak hendak lebih kecuali dua buah negeri sahaja iaitu negeri Terengganu, rumah harga rendah dia ialah RM68,000 dan negeri Perak, rumah harga rendah bagi negeri Perak ialah RM70,000. Itu yang pertama.

Keduanya Tuan Yang di-Pertua, adakah insentif yang kita berikan supaya pemaju ini berminat untuk bina tiga kategori ini, type ‘A’, type ‘B’, type ‘C’ rumah mampu milik pada kadar harga yang telah pun saya nyatakan tadi. Adakah insentif. Tadi Yang Berhormat Senator Datuk Norliza mencadangkan supaya IWK dan sebagainya, kita bagi lebih tinggi daripada itu Yang Berhormat. Kita bagikan insentif yang lebih tinggi. Adakah insentif yang kita berikan kepada pemaju Tuan Yang di-Pertua, kepada pemaju-pemaju yang membina rumah harga mampu milik sehingga RM300,000 kepada pembeli-pembeli rumah pertama. Ha! Itu syarat dia. Kepada pembeli-pembeli rumah pertama.

Pertama Tuan Yang di-Pertua, bagi menggalakkan pemaju swasta ini untuk mereka bina lebih banyak rumah mampu milik berharga sehingga maksimum RM300,000 ini, kementerian KPKT telah pun menetapkan beberapa insentif yang diberikan kepada pemaju iaitu pertama, bagi rumah berharga RM300,000 ke bawah, saya dah sebut tadi sehingga kepada type ‘A’, maksimum type ‘A’ pada RM65,000. Bagi rumah berharga

RM300,000 ke bawah, nilai deposit dikekalkan pada paras RM200,000. Kadar semasa nilai deposit ini Tuan Yang di-Pertua selepas kita buat pindaan kepada Akta 118, kita dah naikkan. Kalau dahulu dia bayar kadar deposit dia pada RM200,000.

Dengan pindaan yang kita buat ini untuk kita kawal supaya tak berlaku projek-projek sakit, projek lewat, projek terbengkalai dan sebagainya, kadar deposit yang suatu waktu dahulu ialah RM200,000 telah pun dinaikkan iaitu pada kadar 3 peratus daripada anggaran harga kos pembinaan projek yang tersebut. Maknanya 3 peratus daripada GDC pembangunan projek yang tersebut.

Page 24: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

DN 15.6.2016 17

Akan tetapi insentif yang diberikan oleh kementerian Tuan Yang di-Pertua, dia tak payah bayar 3 peratus daripada total cost of the project tetapi dia cuma perlu bayar RM200,000 sahaja sebagai deposit pemajuan projek yang akan dilaksanakan oleh mereka. Itu yang pertama.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, bagi mana-mana projek pembangunan ataupun pemajuan bercampur atau mixed development, nilai deposit dia pula berdasarkan kepada baki pemajuan rumah-rumah yang berharga melebihi kepada RM300,000. Maknanya mana-mana rumah yang RM300,000 ke bawah Tuan Yang di-Pertua, dia masih lagi menikmati insentif yang diberikan.

Jadi ini antara dua insentif yang diberikan yang amat berkesan kepada pemaju kerana 3 peratus daripada total cost project itu Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, it’s not a small money. Dia melibatkan satu kos yang besar tetapi insentif kita bagi dia bayar RM200,000 sahaja. Jadi saya harap pemaju-pemaju berpuas hati daripada kalau kerajaan negeri hendak waive lagi, hendak kecualikan lagi syarat-syarat tambahan mungkin kepada pembayaran seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat, itu kita serahkan kepada kerajaan negeri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Datuk Salim tadi dah bangun. Sila Yang

Berhormat.

Dato’ Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

terima kasih Menteri yang menjawab. Cukup bertenagalah sebab dua hari di Sungai Besar.

Tuan Yang di-Pertua: Cukup apa Yang Berhormat?

Dato’ Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif: Ya?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, cukup apa?

Dato’ Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif: Ha! Soalan?

Tuan Yang di-Pertua: Tak ada, cukup apa tadi you cakap kepada Menteri?

Dato’ Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif: Oh! Cukup bertenaga. Dia dapat

suntikan baru di Sungai Besar.

Beberapa Ahli: Ingatkan tak puasa tadi.

Dato’ Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif: Eh, puasa. Soalan saya, saya jelas

daripada segi penerangan Menteri sebentar tadi. Cuma saya tidak faham daripada segi keluasan lantai tadi itu. Keluasan lantai ini adakah pihak pemaju menentukan ataupun pihak kementerian? Maknanya saiz, adakah saiz ini sama di contohnya di Pulau Pinang, di Seremban, di mana-mana sahaja sama saiz dia.

Keduanya, adakah pemilihan ini diletakkan di bawah kerajaan negeri, perumahan negeri ataupun di kementerian mengenal pasti siapa yang layak untuk mendapat perumahan mampu milik.

Ketiganya, adakah projek ini sama dengan projek PPA1M, yang mana diberi subsidi RM300,000 ditambah pemaju. Harga rumah RM360,000 dan pemaju jual RM300,000, maka kerajaan subsidi RM60,000. Adakah ini sama dengan konsep yang dibuat di negeri yang disebutkan tadi ataupun ini hanya khas untuk perumahan penjawat awam yang seperti mana pelaksanaan ini dibuat di kawasan-kawasan yang difikirkan tanahnya cukup mahal untuk didapatkan. Mohon pencerahan daripada Menteri. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Secara ringkas Yang Berhormat.

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Ya, ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Salim. Kita jumpa di Sungai Besar. Saya dah berada di situ dah satu minggu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya cuti hari Isnin dengan hari Selasa, terima kasih banyak. Tuan Yang di-Pertua, okey berkaitan dengan siapa yang menentukan saiz keluasan lantai. Saya dah sebut tadi Yang Berhormat Dato’, kita dah setuju harga rumah mampu milik daripada RM42,000 harga yang kategori A tadi, maksimum sehingga RM65,000. Ini rumah harga rendah, tak ada lagi kos rendah dan maksimum ialah RM300,000. Saya dah sebut type ‘A’, type ‘B’, type ‘C’ tadi.

Page 25: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

18 DN 15.6.2016

■1130

Saya pun sudah sebut tadi kita sudah setuju dengan kerajaan negeri tentang harga rumah mampu milik RM300,000 ke bawah. Bila disebut RM300,000 ke bawah itu Yang Berhormat Senator Datuk Norliza, maknanya yang tiga jenis tadi lah type ‘A’, type ‘B’ dan type ‘C’. Saya pun sudah sebut kita sekarang Tuan Yang di-Pertua sedang dalam peringkat perbincangan lanjut dan mesyuarat jawatankuasa akan saya adakan dalam tempoh sebulan lagi untuk kita bawa persetujuan kerajaan-kerajaan negeri. Bersetuju atas apa yang saya sudah sebutkan tadi, yang pertama tentang harga jualan tiga kategori tadi telah pun dipersetujui. Kedua, keluasan lantai iaitu minimum 700 kaki persegi bagi perumahan kategori type ‘A’.

Maknanya harga rendah RM42,000 sehingga RM65,000. Minimumnya ialah 700 kaki persegi. Walaupun pihak kementerian sedang melihat untuk kita besarkan lagi keluasan itu mungkin kepada 1,000 kaki persegi. Akan tetapi peringkat awal ini minimum ialah 700 kaki persegi. Siapa yang menentukan, itu syarat yang telah pun dipersetujui secara bersama oleh kementerian dan juga oleh kerajaan negeri. Itu yang pertama.

Kedua, apakah beza? Adakah dia sama dengan PPA1M? PPA1M ini ialah Yang Berhormat Senator Dato’ Mohd Salim, ia program perumahan bagi penjawat awam 1Malaysia. Oleh sebab itu kita panggil PPA1M, Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia. Perumahan PPA1M ini Tuan Yang di-Pertua disediakan untuk penjawat-penjawat awam. Bagi kementerian saya Yang Berhormat kita ada tiga jenis program, program perumahan yang pertama ialah Projek Perumahan Rakyat ataupun kita panggil PPR, kalau Yang Berhormat tengok, mana-mana flat ada tulis PPR KPKT itu projek PPR kita yang kita bangunkan bagi mereka yang berpendapatan RM2,500 ke bawah.

Kedua, kita ada Program MyDeposit yang baru sahaja diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan peruntukan RM200 juta. Ketiga ialah Program MyHome dan ini merupakan projek perumahan yang dijalankan secara bersama dengan pihak pemaju selain daripada yang diusahakan oleh kementerian. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Tan Sri silakan.

Tan Sri Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Terima kasih, Tuan

Yang di-Pertua. Saya pun turut mengucapkan tahniah kepada Timbalan Menteri atas jawapan yang begitu terperinci dan juga saya pun setujulah Timbalan Menteri Perumahan ini yang selalunya memberi keceriaan dengan kehadirannya di Dewan ini [Tepuk] Soalan

tambahan saya ialah tidakkah sepatutnya penentuan harga mampu milik ini ditentukan mengikut negeri memandangkan perbezaan harga di antara negeri? Misalannya di Kuala Lumpur memang RM300,000 adalah berpatutan, tetapi di Kelantan tidakkan sepatutnya diturunkan misalannya ke RM180,000. Terima kasih.

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima

kasih kepada Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Haji Abdul Rahim. Ini lelaki pujaanku [Ketawa] Lain-lain semua sudah berpunya, yang ini saja belum. Mana yang belum itulah target saya [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua saya sudah menjawab tadi Tuan Yang di-Pertua, harga jualan rumah mampu milik ada tiga kategori. Type ‘A’ tadi harga rendah iaitu RM42,000 sehingga RM65,000. Type ‘B’ tadi harga sederhana rendah RM65,001 sehingga RM100,000. Type ‘C’ tadi iaitu harga sederhana RM100,001 hingga RM300,000. Maknanya

Yang Berhormat Senator Tan Sri, terpulanglah kepada kerajaan negeri atas dasar perumahan kerajaan negeri terpulanglah kepada kerajaan negeri hendak membuat ketetapan harga ini mengikut kepada tiga jenis yang telah pun saya sebutkan yang masuk dalam kategori harga jualan rumah mampu milik di bawah RM300,000. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Sudah tiga, minta maaf. Sekarang ada

peraturan mesyuarat kita sudah tahu, dulu tak tahu. Kita alih kepada soalan nombor 6 Yang Berhormat Senator Tuan Wilfred Yong Chen Leong.

Page 26: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

DN 15.6.2016 19

6. Tuan Wilfred Yong Chen Leong minta Menteri Kesihatan menyatakan, jumlah

kerosakan aset, mesin dan peralatan perubatan yang terdapat di setiap hospital awam di Sabah dan bilakah ia akan diganti dan dibaikpulih.

Timbalan Menteri Kesihatan [Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Yang di-

Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tuan Wilfred Yong Chen Leong. Soalannya ini adalah berkenaan dengan Sabah tentang aset-aset di hospital Sabah, hospital awam ya.

Tuan Yang di-Pertua, sehingga bulan Mei 2016 berdasarkan Centralized Management Information System (CMIS) jumlah keseluruhan aset, mesin dan peralatan

perubatan yang terdapat di setiap hospital awam di Sabah sebanyak 22,986 unit. Daripada jumlah tersebut bilangan aset mesin dan peralatan perubatan yang masih berfungsi dan sedang digunakan sebanyak 19,186, manakala yang tidak berfungsi dan rosak serta perlu diganti sebanyak 1,401. Bagi aset mesin dan peralatan perubatan yang rosak dan masih boleh dibaiki ia perlu diselesaikan dalam tempoh tujuh hari bekerja oleh syarikat selenggaraan hospital. Dalam hal Sabah ini, syarikat yang telah pun ditugaskan ialah Sedafiat Sdn. Bhd. Mereka bertanggungjawab untuk membuat penyelenggaraan aset-aset yang telah rosak, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, bagi peralatan perubatan yang bernilai rendah ia akan digantikan dalam tahun semasa, manakala peralatan yang bernilai tinggi perolehan penggantian secara lazimnya diuruskan dalam tempoh satu tahun, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Wilfred Yong Chen Leong: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima

kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Walau bagaimanapun saya ingin mendapat penjelasan apakah langkah-langkah atau inisiatif-inisiatif pihak kementerian untuk mengatasi masalah kekurangan parking awam khususnya di hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan contohnya di negeri Sabah di Klinik Kesihatan Luyang. Begitu juga saya ingin mendapatkan kepastian Yang Berhormat Timbalan Menteri, mengikut perancangan kementerian berapa banyak kah hospital-hospital awam di Sabah yang akan dinaik taraf dan mendapat status specialist menjelang tahun 2020? Terima kasih.

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, soalan ini terkeluar sedikit

daripada soalan asal, walau bagaimanapun saya cuba jawablah. Tentang parking, ya lah memang parking sekarang ini di mana-mana sahaja di hospital kerajaan memang masalah parking kerana rakyat Malaysia sudah mewah. Masing-masing ada kereta dan mak dia sakit seorang anak dia enam orang pergi bawa kereta masing-masing jadi memang jammed lah. Kalau ikut kadar biasa yang diamalkan di setiap hospital katakan hospital ada 500 buah katil, kita ada sekurang-kurangnya 2,000 jadi satu katil ada empat orang staf. Bermakna daripada doktor, sampai ke nurse, sampai MA sampai ke attendant dan sebagainya, kira-kira satu katil ada empat orang staf. Maknanya kalau 2,000 bahagi dengan tiga shift jadi lebih kurang 700, satu shift 700 parking yang perlu. Masing-masing ada kereta.

Jadi ini satu masalah besar yang kita hadapi di seluruh negara bukan sahaja di Sabah dan Sarawak. Setakat ini Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian- saya hendak beritahu satu lagi bahawa ada juga di kawasan-kawasan hospital parking di kawasan hospital disalah gunakan oleh pihak-pihak tertentu. Dia hendak pergi kerja dia park, dia letak kereta di kawasan hospital percuma kemudian dia naik public transport dia pergi kerja, balik dia ambil. Jadi walaupun dia tak ada kena mengena dengan hospital tetapi dia menggunakan kawasan parking hospital. Oleh sebab itu dalam hal ini pihak Kementerian Kesihatan cuba untuk menguruskan, kita buat…

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Dalam hal ini untuk mengelakkan daripada salah guna parking di hospital ini jadi

kita akan uruskan, kita akan panggil tender di hospital-hospital tertentu untuk supaya diuruskan dan mengelakkan daripada salah guna oleh pihak-pihak tertentu ini. Dalam hal ini program ini adalah berterusan dan saya tak boleh bagi kata putus bila ia akan diuruskan di Sabah dan Sarawak. Tentang upgrading of the hospital di Sabah, ini saya perlu beri

jawapan secara bertulis, Tuan Yang di-Pertua.

Page 27: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

20 DN 15.6.2016

■1140

Datuk Koh Chin Han: Tuan Yang di-Pertua, sering kali rakyat ke hospital kerajaan

kita boleh dapati kemudahan dan infrastruktur hospital sentiasa berada dalam keadaan yang serba kekurangan dan tidak lengkap. Apabila ditanya kepada pihak ataupun pegawai hospital, jawapan standard yang diberikan ialah kemudahan dan infra tersebut akan dibekalkan sekiranya peruntukan mengizinkan.

Maka di sini saya ingin bertanyakan apakah struktur dan faktor penimbangan utama KKM bagi bajet yang akan datang untuk memastikan sasaran pembaikpulihan kemudahan dan infra di hospital lebih baik serta pembinaan hospital baru yang telah diumumkan oleh kementerian. Selain daripada itu saya ingin bertanya juga adakah perancangan KKM untuk membina sebuah lagi hospital baru di negeri Melaka kerana Hospital GH Melaka sekarang yang ada ini sudah tidak dapat menampung keperluan rakyat di negeri Melaka. Sekian, terima kasih.

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, memang kita ada lebih

140 buah hospital di seluruh Malaysia. Ada yang hospital berpakar, ada yang hospital pakar minor dan ada juga hospital daerah. Hospital daerah memang kalau kita lihat daripada segi kehadiran pesakit tidak begitu ramai. Dia punya bed occupancy rate dia dalam lingkungan 50 peratus ataupun kurang kerana alasannya adalah tidak ada pakar. Jadi pesakit bypass hospital daerah dia pergi kepada hospital yang berpakar. Jadi maknanya hospital berpakar akan jadi sesak kerana ramai yang datang dari jauh, Sungai Buloh contohnya orang daripada Sabak Bernam pun pergi ke Sungai Buloh kerana hendak bersalin di sana kerana didapati mudah sampai dan ada pakar banyak di sana.

Jadi begitulah keadaannya banyak hospital yang berpakar ini di mana memang kita ada perancangan, sudah buat senarai supaya ditambah lagi blok-blok hospital contohnya macam disebut Melaka tadi. Melaka perlu satu Women’s and Children’s Hospital. Memang perancangan untuk dibina di tapak 60 ekar dekat bandar Melaka. Tempat sebenar saya tidak tahu nama dia tetapi saya sudah tengok tapak itu seluas 60 ekar tapak di situ akan dicadangkan untuk membina Women’s and Children’s Hospital. Banyak lagilah di Pulau Pinang, di Subang Jaya hendak tambah blok lagi, 316 buah katil, di pulau hendak tambah lagi Women’s and Children’s Hospital dan sebagainya. Jadi memang ada perancangan yang telah kita jalankan.

Jadi ini semua memakan kos yang banyak. Oleh sebab peruntukan yang kita terima tiap-tiap tahun untuk bangunan Tuan Yang di-Pertua, peruntukan keseluruhan yang diberikan kepada Kementerian Kesihatan lebih kurang RM23 bilion lebih kurang begitulah, RM22 bilion ke RM23 bilion setahun. Bajet untuk pembangunan hanya RM1.6 bilion ke RM1.8 bilion setahun. Jadi hendak merangkumi seluruh negara memang banyaklah. Kemudahan kita memang lama-lama. Kemudahan klinik-klinik kesihatan (KK) dan KD dari bangunan-bangunan lama, bangunan kayu dan sebagainya yang perlu kita upgrade. Jadi semua melibatkan kos yang tinggi dan kita akan buat secara berfasa.

Tentang equipment yang lama-lama ini kita sudah ada concession kita di seluruh negara kita bahagikan kepada lima buah kawasan. Jadi Semenanjung Malaysia tiga buah kawasan. Di Sabah sebuah kawasan, di Sarawak sebuah kawasan. Jadi ada lima buah syarikat yang mengendalikan pengurusan penyelenggaraan equipment yang mereka akan buat penyelenggaraan.

Kalau downtime maksudnya Tuan Yang di-Pertua, kalau machine tidak boleh

digunakan oleh sebab ada kerosakan dan tanggungjawab oleh syarikat. Kalau dia tidak boleh selesaikan dalam jangka masa yang ditetapkan maka dia kena bayar. Bermakna kita hantar patient kita kepada pihak swasta, program outsourcing dan syarikat ini kena bayar. Maknanya dia kena efisien, dia kena repair cepat-cepat. Pengiraan kena efisien dan dia pastikan machine tidak rosak. Program ini telah diteruskan lama. Sudah lama dibuat, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Baik. Ada lagi? Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat ya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi dan salam

sejahtera. Kita sambung nombor 7 Yang Berhormat Senator Datuk Seri Boon Som A/L Inong.

Datuk Seri Boon Som A/L Inong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam

sejahtera, selamat berpuasa kepada rakan yang beragama Islam. Soalan saya soalan nombor 7.

Page 28: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

DN 15.6.2016 21

7. Datuk Seri Boon Som A/L Inong minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan,

bilangan persatuan dan kelab belia yang berdaftar dan aktif, bilangan belia yang menjadi ahli persatuan dan kelab belia, serta langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk menggalakkan penyertaan belia dalam persatuan dan kelab berkenaan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan [Datuk Saravanan A/L Murugan]: Terima

kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah bilangan persatuan dan kelab belia yang berdaftar dan aktif di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia (ROY) sehingga 31 Mei 2016 sebanyak 8,560 buah pertubuhan belia dan jumlah keahlian adalah seramai 2.699 juta orang.

Definisi yang dimaksudkan aktif pertubuhan belia oleh ROY penerimaan maklumat yang kena diberi MYKD serta laporan tahunan oleh persatuan belia tersebut. Bagi tahun 2015, sebanyak 1,317 buah pertubuhan belia yang aktif dan sehingga 31 Mei 2016 sebanyak 775 buah pertubuhan belia yang masih aktif. Langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk menggalakkan penyertaan belia dalam persatuan dan kelab adalah melalui pelbagai program seperti berikut:

(i) memberi keutamaan kepada ahli persatuan belia untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kementerian seperti, dengan izin, The Ship for Southeast Asian and Japanese and Youth Programme;

(ii) Pertukaran Belia Malaysia ASEAN;

(iii) MyCorps program;

(iv) Felo Perdana;

(v) Parlimen Belia Malaysia;

(vi) kursus kepimpinan organisasi; dan

(vii) KLD Tunas Samudera.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya pengiktirafan kepada pemimpin dan peserta-peserta pertubuhan belia menerusi program Anugerah Remaja Perdana dan Anugerah Perdana Belia Negara. Pengupayaan pertubuhan belia melalui penganjuran program secara bersama dengan kementerian, jabatan dan agensi lain NBOS dan sebagainya. Akhirnya kementerian turut menyediakan kemudahan dana bantuan kepada badan-badan bukan kerajaan belia bagi membiayai kos pentadbiran dan juga pelaksanaan aktiviti.

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2015 sahaja kementerian melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara telah meluluskan dan menyalurkan bantuan kepada 754 daripada 1,156 buah persatuan yang memohon dengan jumlah bantuan sebanyak RM50,830,946. Jumlah ini adalah jumlah tertinggi daripada segi penyaluran bantuan kewangan kepada bantuan belia sejak tahun 2008 seperti berikut:

Tahun Jumlah (RM Juta)

2008 18.7

2009 8.4

2010 11.5

2011 37.4

2012 44.2

2013 22.0

2014 31.0

Permohonan-permohonan ini disalurkan berdasarkan pelbagai kategori merangkumi aktiviti sukan, belia, rakan muda dan bantuan pentadbiran. Kementerian juga telah membelanjakan sebanyak RM10 juta pada tahun 2014 untuk pelaksanaan sambutan Hari Belia Negara seluruh negara. Sejumlah RM5 juta pada tahun 2015 dan RM1 juta pada tahun 2016.

Page 29: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

22 DN 15.6.2016

Bagi pelaksanaan Hari Sukan Negara sebanyak RM23 juta telah dibelanjakan bagi

sambutan di seluruh negara dan pada tahun 2016 sejumlah RM20 juta telah diperuntukkan.

Ini langkah-langkah yang telah diambil dan sedang diambil oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk menggalakkan golongan belia menyertai dalam aktiviti-aktiviti berpasukan seperti persatuan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih. Sila.

Datuk Seri Boon Som A/L Inong: Terima kasih. Daripada jawapan Menteri, kita

dapati ada banyak pertubuhan dan kelab belia ditubuhkan di negara ini iaitu hampir 8,000 yang aktif. Akan tetapi mengapa pergerakan belia sekarang tidak lagi menonjol dan meninggalkan impak kepada belia dan masyarakat seperti dahulu. Misalnya dahulu kita ada Gerakan Belia 4B dan Belia Gerak Maju, kami yang turun padang hingga ke kawasan luar bandar. Mereka yang menerajui dan memimpin program belia di setiap peringkat.

■1150

Sekarang program ada, wang telah banyak dibelanjakan tetapi yang dirancang kementerian seperti program kerjaya dan tadi program yang disebutkan oleh Menteri, mengumpul belia untuk bersuka ria tetapi tidak ada kesan dalam jangka panjang. Jadi, ahli belia sekarang lebih banyak menjadi pengikut program yang dirancang oleh kementerian. Nampaknya pertubuhan dan kelab belia di semua peringkat macam lesu dan tidak nampak ke mana hala tuju mereka.

Apakah yang terjadi kepada pertubuhan belia kita sekarang? Mengapakah nampak macam lesu? Apakah yang terjadi pada jabatan belia negeri? Kerana kita tidak nampak lagi fungsi dan peranannya dalam hal ini. Adakah usaha dan langkah kementerian dalam memupuk persefahaman dan perpaduan di kalangan belia pelbagai kaum di negara kita ini serta usaha untuk menarik Generasi ‘Y’ ini untuk menyokong kerajaan?

Apakah pula langkah kementerian untuk melibatkan belia dalam keusahawanan? Sekarang ada banyak agensi kerajaan yang menjalankan pelbagai program keusahawanan sampai belia sendiri pun jadi keliru. Apakah langkah kementerian untuk membantu mereka ini? Adakah cadangan untuk wujudkan one-stop centre bagi memudahkan belia yang berminat untuk mendapat bantuan dan menceburi bidang keusahawanan ini? Terima kasih.

Datuk Saravanan A/L Murugan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima

kasih Ahli Yang Berhormat. Saya setuju dengan pandangan Ahli Yang Berhormat, hampir 50 peratus populasi negara kita merupakan golongan muda di mana mereka akan menentukan hala tuju negara pada suatu ketika nanti.

Daripada segi pendirian dan pendekatan Kementerian Belia dan Sukan dan juga Kerajaan Barisan Nasional, tak pernah kita berubah apa-apa dan sebetulnya kita telah menambahbaikkan program-program yang sedia ada. Akan tetapi, kecacatan hari ini kita lihat daripada segi skop ataupun keadaan ideologi. Jika dibandingkan dengan zaman dahulu dan zaman sekarang, zaman dahulu- ini antara dua darjat. Kita tidak boleh menyamakan ataupun membandingi sebab zaman dahulu tiada lagi aktiviti-aktiviti seperti laman sosial dan sebagainya dan mereka hanya bergantung dengan aktiviti-aktiviti sukan dan sebagainya sebagai belia. Akan tetapi hari ini belia dia ada kepelbagaian aktiviti-aktiviti lain di laman sosial dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, Kementerian Belia dan Sukan telah dan sedang menjalankan pelbagai aktiviti untuk memastikan golongan belia menyertai dalam program-program seperti ini. Yang penting hari ini, kita janganlah letak beban ini untuk KBS memikul sendiri. Ini harus menjadi tanggungjawab semua pemimpin di negara, mahupun daripada pemimpin-pemimpin politik dan juga pemimpin-pemimpin daripada NGO dan sebagainya, harus menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memastikan- program itu memang sudah ada. Program itu memang ada untuk belia dan pelbagai program yang boleh membantu belia memang telah wujud. Yang penting, semua pemimpin tanpa mengira ideologi politik harus memainkan peranan penting supaya kita memastikan golongan ini menyertai program ini demi kebaikan masyarakat belia.

Kedua, isu yang disentuh oleh Yang Berhormat mengenai keusahawanan belia. Ini kita lihat, Yang Berhormat, ini soalan yang begitu baik dan kita perlu mengkaji secara mendalam dan memahami masalah di peringkat akar umbi.

Page 30: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

DN 15.6.2016 23

Hari ini kita lihat golongan belia khususnya, Tuan Yang di-Pertua, hampir

sebahagian besar yang terdiri daripada golongan belia di bawah B40 yang tidak dapat melanjutkan pendidikan khususnya golongan tercicir.

Sebelum ini, ini tidak tertentu pada mana-mana kaum, semua kaum menghadapi masalah yang sama di mana golongan tercicir yang tidak dapat melanjutkan pendidikan ataupun yang telah menamatkan pendidikan di peringkat rendah dan menengah, sebelum ini mereka masih ada lagi peluang-peluang pekerjaan di negara ini di mana apabila mereka tidak dapat melanjutkan pendidikan, mereka sempat dapat peluang pekerjaan di sektor perladangan, perkilangan, kedai-kedai makanan, pelbagai di peringkat bawah. Hari ini semua ini telah diambil alih oleh pekerja asing. Maka golongan tercicir B40 ini, apabila tiada peluang lagi, mereka menjadi masalah besar kepada negara kita, menambahkan masalah sosial di negara kita.

Maka kementerian-kementerian khususnya Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pertanian, Kementerian Pembangunan Wanita dan sebagainya adakan pelbagai program untuk memperkasa ekonomi belia melalui program-program tertentu. Contohnya, Agropreneur Muda di Kementerian Pertanian dan juga program keusahawanan di Kementerian Belia dan Sukan dan juga macam Amanah Ikhtiar dan pelbagai program telah diaturkan untuk golongan belia supaya memastikan kita dapat memperkasakan ekonomi mereka. Kalau tidak, mungkin mereka akan tercicir daripada arus pembangunan negara. Sekian, terima kasih.

Datuk Dr. Lucas bin Umbul: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi

peluang bertanya soalan tambahan.

Kita sememangnya mahu penglibatan belia dalam persatuan dan kelab bergerak aktif melaksanakan pelbagai aktiviti yang memberikan kesan positif kepada masyarakat dan juga negara. Namun, terdapat juga persatuan atau kelab yang menjadi tidak aktif disebabkan antaranya mungkin peralatan yang digunakan oleh persatuan dan kelab tersebut menyalahi daripada segi undang-undang atau memerlukan lesen daripada pihak berkuasa untuk menjalankan aktiviti tersebut.

Saya mengambil contoh aktiviti sukan paintball. Suatu ketika dahulu sukan paintball bergerak aktif dalam masyarakat dan banyak persatuan NGO malah badan korporat menganjurkan atau lebih baik menaja persatuan dan kelab untuk menjalankan aktiviti sukan paintball. Namun, entah bagaimana, tiba-tiba masalah timbul iaitu alat utama sukan paintball iaitu senapang paintball atau lebih dikenali sebagai marker diarah oleh pihak polis kepada para pengusaha ataupun pemilik marker memohon lesen senjata. Ini

kerana alat tersebut telah diklasifikasikan sebagai senjata.

Seperti kata pepatah, ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, akibatnya banyak persatuan dan kelab paintball tidak menjadi aktif dan sekiranya kita lihat sekarang, kebanyakan daripada mereka telah senyap sepi. Persoalan saya kepada kementerian, apakah tindakan yang boleh diambil oleh kementerian bagi mengatasi masalah ini dan membantu kelab dan persatuan paintball di negara kita? Sekian, terima kasih.

Datuk Saravanan A/L Murugan: Tuan Yang di-Pertua, mengenai persatuan-

persatuan yang aktif ataupun berdaftar dan tidak aktif adalah dengan sebab bukan sahaja sebab pelesenan tetapi memang dengan pelbagai sebab dan alasan. Kalau kita lihat sehingga 31 Mei 2016, jumlah persatuan yang telah berdaftar sebanyak 8,560 buah persatuan. Akan tetapi kalau kita lihat bagi tahun ini sehingga 31 Mei 2016, yang diklasifikasikan sebagai aktif sebanyak 775 sahaja. Satu perbandingan yang begitu jauh.

Salah satu sebab, bukan sahaja pelesenan, salah satu sebab kita lihat, satu sindrom hari ini di mana semua orang hendak tubuhkan pertubuhan, minat mendaftarkan pertubuhan semata-matanya hendak mendapatkan peruntukan. Ada juga saya dapat maklumat dalam sebuah keluarga ada tiga, empat buah persatuan. Anak persatuan lain, bapa persatuan lain, mak persatuan lain, adik persatuan lain. Empat buah persatuan dalam sebuah keluarga. Semata-matanya hendak mendapatkan peruntukan dan bukan untuk memajukan golongan belia. Maka, Kementerian Belia dan Sukan telah mengenal pasti persatuan-persatuan seperti ini yang tidak aktif, hanya ditubuhkan semata-matanya untuk kepentingan diri sendiri, dan telah mengambil tindakan yang sewajarnya.

Page 31: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

24 DN 15.6.2016

Seterusnya mengenai pelesenan. Pelesenan ini bukan di bawah bidang kuasa

Kementerian Belia dan Sukan. Walau bagaimanapun, KBS mengambil pelbagai langkah-langkah positif untuk membantu golongan ini untuk mendapatkan lesen. Mengenai paintball ini, paintball adalah merupakan salah satu aktiviti yang digemari oleh ramai belia.

■1200

Saya sendiri pernah menceburi dalam sukan paintball sebelum ini. Akan tetapi setelah mengkaji secara mendalam, Kementerian Dalam Negeri dan PDRM Malaysia telah membuat keputusan demi ciri-ciri keselamatan untuk tidak membenarkan sukan ini. Walau bagaimanapun, KBS sedang dalam perbincangan dengan KDN berkaitan dengan alat-alat yang digunakan oleh persatuan paintball. Saya yakin kita akan berjaya untuk meyakinkan KDN untuk meluluskan lesen. Terima kasih.

Datuk Haji Abdullah bin Mat Yasim: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Nanti sekejap

Yang Berhormat. Saya hendak Usul akan dibacakan oleh seorang Menteri. Yang Berhormat Dato’ Dr. Asyraf Wajdi, sila.

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN

DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

12.00 tgh.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 11(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang-undang Pengambilan Tanah (Pindaan) 2016 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 16 Jun 2016.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Datin Paduka Chew Mei Fun]: Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan

masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih. Sambung Yang Berhormat.

12.01 tgh.

Datuk Haji Abdullah bin Mat Yasim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bercakap fasal belia ini rasa amat berminat sebab tadi pihak kementerian berkata, “Tahun ini peruntukannya RM17 juta”. Akan tetapi saya tengok persatuan belia lesu di kampung-kampung ini memang tidak ada pergerakan langsung. Boleh katakan mati persatuan belia. Saya tidak tahu apa yang dibuat oleh Kementerian Belia dan Sukan sekarang ini. Lebih kurang dua tahun lagi kita akan pilihan raya dan menjelang PRU Ke-14 ini, kita akan berdepan dengan enam juta lebih pengundi muda.

Page 32: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

DN 15.6.2016 25

Saya hendak bertanya pihak Kementerian Belia dan Sukan, sedar atau tidak

bahawasanya dengan tidak adanya peruntukan atau diperkasakan balikKelab Sukan Komuniti. Saya tengok dulu Kelab Sukan Komuniti ini memang amat berkesan dan menjadi tumpuan belia-belia. Jangan kira pemuda, ini belia. Kalau Pemuda UMNO itu berbeza. Ini belia. Belia ini semua kategori. Jadi kita hendak tangkap belia-belia ini supaya menyokong kerajaan. Jadi saya mintalah Kementerian Belia dan Sukan perkasakan balik Kelab Sukan Komuniti bagi membolehkan belia-belia, orang muda ini yang kebanyakannya menjadi pengundi muda dalam PRU Ke-14 ini menyokong kerajaan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat.

Datuk Saravanan A/L Murugan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan

meminta Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan untuk menyemak balik keadaan sebenar sama ada dapat peruntukan atau tidak. Kebetulannya, Kementerian Belia dan Sukan tidak pernah memilih kasih sama ada belia itu daripada kerajaan ataupun menyokong kerajaan atau bukan menyokong kerajaan. Apa yang penting kita adakan program mengikut keperluan dan mengikut peruntukan yang sedia ada.

Apa yang penting golongan belia perlu dibantu dan didorong tanpa melihat ideologi politik mereka sama ada mereka menyokong kerajaan, tidak sokong kerajaan ataupun apa-apa pendirian mereka. Apa yang penting, bantuankementerian akan disalurkan mengikut keperluan semasa. Saya akan minta Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan untuk menyemak balik perkara ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Datuk Saravanan yang

telah menjawab dengan baik dan nampaknya ramai yang hendak bercakap. Minat mereka kepada sukan kerana sukan juga boleh mengharumkan nama, kecemerlangan sukan negara akan mengharumkan nama kita di luar negara. Ya, saya hendak hanya pesan kepada kawan-kawan di sini sebab bak kata orang tua tadi.

Ada kawan ada rakan, Kalau memimpin biar tegas, Kalau kita sukan bersukan, Badan sihat otak cergas [Tepuk]

Betul ya dan terima kasih. Saya hendak alih kepada soalan nombor 8, Yang Berhormat Senator Datuk Lihan Jok. Dipersilakan.

8. Datuk Lihan Jok minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

menyatakan, tahap masalah transgender dalam negara, dan sejauh mana masalah ini telah mengganggu-gugat keluarga dan masyarakat.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Datin Paduka Chew Mei Fun]: Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, oleh

sebab kebanyakan daripada golongan transgender tidak mendedahkan identiti sebenar mereka, oleh itu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak ada maklumat statistik mengenai bilangan transgender di Malaysia. Selain itu, belum ada lagi kajian khusus yang dilaksanakan bagi menilai keseriusan permasalahan transgender di Malaysia.

Namun begitu, pihak kerajaan sentiasa prihatin kepada isu sosial timbul dalam masyarakat dan mengamalkan pendekatan synergy multisector dalam melaksanakan program pembangunan sosial berteraskan nilai-nilai murni dalam usaha mencegah aktiviti masalah sosial ini daripada berlarutan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila.

Datuk Lihan Jok: Soalan tambahan Datuk Seri Yang di-Pertua. Pada 3 April yang

lepas, sepuluh orang penguat kuasa dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menyerbu sebuah hotel yang mana aktiviti yang dianjurkan oleh LGBT telah dijalankan di sana dan serbuan dibuat.

Page 33: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

26 DN 15.6.2016

Ekoran daripada ini, saya melihat bahawa masalah walaupun bukannya

transgender yang seperti mana yang saya maksudkan, masalah LGBT ini merupakan satu masalah ataupun satu fenomena yang akan menjadi masalah kalau kita lihat di negara-negara seperti di Eropah, Amerika, masalah ataupun fenomena LGBT ini telah menjadi.

Akan tetapi apabila saya dengar daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan tidak ada perkara yang serius, belum dikenal pasti masalah yang timbul daripada masalah ini, tetapi adakah pendirian kerajaan berhubungnya khusus tentang transgender. Saya tidak melihat masalah LGBT secara keseluruhan. Kalau dia LGBT itu ada lesbian, gay, biseksual dan transgender. Maksud saya di sini, kenapa manusia sehingga menghadapi konflik peribadi mampu membuat keputusan untuk mengubah sex organnya yang giat berlaku dengan negara jiran kita. Kemungkinan perkara fenomena ini akan menular ke negara kita ataupun mungkin sudah berleluasa tetapi kita sengaja tidak mempedulikan. Ini kerana masalah fenomena ini akan menjadi-jadi, apakah pendirian kerajaan? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila.

Datin Paduka Chew Mei Fun: Terima kasih Yang Berhormat. Untuk jawab soalan

Yang Berhormat, agenda untuk membendung dan menyelesaikan masalah transgender atau termasuk juga LGBT perlu diberi perhatian utama kerana tanggungjawab untuk menangani gejala ini terletak di atas bahu semua pihak. Pendekatan synergy multisectoral serta melengkapi antara satu sama lain atau, dengan izin, complimenting each other antara

pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, ahli akademik, malah setiap anggota masyarakat diperlukan agar usaha-usaha yang dilaksanakan bagi menyekat penularan transgender dapat memberi kesan pada tahap maksimum.

■1210

Kementerian sentiasa prihatin terhadap semua golongan rentan dalam masyarakat Malaysia dan sentiasa mengambil inisiatif dalam membantu memperkasakan golongan ini dari sudut ekonomi, sosial dan sebagainya serta sentiasa cakna kepada isu sosial yang timbul dalam masyarakat, termasuk transgender. Dalam menangani isu ini, KPWKM mengamalkan pendekatan sinergi multi sektor dalam melaksanakan program pembangunan sosial berteraskan nilai-nilai murni. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih. Sila Yang Berhormat.

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua. Saya cukup menyokong apa yang dikatakan oleh sahabat saya tadi Yang Berhormat Datuk Lihan Jok bahawa perkara yang berkaitan dengan transgender mahu pun LGBT merupakan satu fenomena yang cukup berbahaya kepada negara kita, bahkan kepada seluruh dunia yang sebenarnya. Bukan sahaja ia bercanggah dengan amalan manusia normal tetapi bercanggah dengan ajaran agama, bahkan ia juga akan membuahkan satu hasil yang cukup negatif yang akan mengganggu gugat keluarga dan masyarakat.

Tuan Yang di-Pertua, di negara China di dapati kaum hawa, wanita, orang perempuan kaum China yang berjumlah lebih kurang 14 juta, 14 juta kaum wanita di negara China menghadapi masalah yang cukup besar tiap-tiap malam, yang sudah baru kahwin kah, yang sudah lama berkahwin, si isteri ini melopong mulut, ternganga mulut, telan air liur tunggu suami untuk nafkah batin tidak dapat. Tidak dapat, 14 juta, kerana suami mereka gay. Saya bayangkanlah 14 juta sana lebih kurang seluruh wanita di Malaysia ini, termasuk

sahabat saya Yang Berhormat Datuk Halimah. Termasuk semua wanita dalam Dewan ini, 14 juta orang rakyat wanita Malaysia setiap malam ternganga mulut. Melopong, tunggu nafkah batin, tidak ada, tidak boleh sebab suami gay.

Bayangkan kalau semua perkara ini berlaku di Malaysia, ya Allah ya Rabbi, dijauhi

sama sekali, apakah yang akan terjadi pada generasi akan datang? Anak tidak akan keluar lagi, lelaki lebih berminat benda-benda lain. Saya rasa beruk pun tidak ada jantan dengan jantan. Ini manusia pula syok jantan dengan jantan. Maka, isteri akan dineglect, isteri akan marah dan banyak lagi menimbulkan masalah-masalah lain. Persoalan saya Tuan Yang di-Pertua, telah juga berlaku di negara Eropah seperti yang dikatakan tadi dan saya beri contoh negara China 14 juta orang wanita menghadapi masalah kahwin palsu dengan gay. Sudah lama kahwin kah, baru kahwin kah, perkahwinan palsu merupakan satu masalah yang cukup serius yang juga boleh berlaku di negara kita secara kita tidak sedari.

Page 34: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

DN 15.6.2016 27

Apatah lagi saya perhatikan di Malaysia ini, saya amat bimbang, bahkan ia

disokong oleh ahli-ahli politik dan bahkan oleh orang-orang agama mengeluarkan petua mengatakan seolah-olah membenarkan amalan-amalan yang tidak senonoh ini. Kalau ini berterusan, saya bimbang sistem keluarga dan masyarakat kita akan ditimpa satu zaman yang cukup-cukup gelap. Persoalan saya, dengan andaian-andaian tersebut, apa langkah pihak kerajaan sama ada daripada segi jangka pendek atau pun jangka panjang, juga yang berkaitan tindakan-tindakan perundangan dan penguatkuasaan supaya fenomena ini tidak akan merebak ke negara kita iaitu langkah-langkah yang konkrit, langkah-langkah yang efektif, yang serius supaya tidak berlaku di negara kita pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Datin Paduka Chew Mei Fun: Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri. Untuk

makluman Yang Berhormat, modul kesejahteraan keluarga telah pun digunakan untuk melaksanakan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial. Antara tumpuan modul ini ialah aspek seksualiti iaitu nilai dan tanggungjawab seksual seseorang individu. Aspek ini juga menekan bahawa tingkah laku seksual mempunyai kesan dan akibat kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Selain itu, pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial telah diintegrasi ke dalam Program Latihan Khidmat Negara sejak bulan Jun 2011.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga telah menubuhkan pusat Kafe@Teen mulai bulan November 2005. Pusat ini yang disasarkan kepada remaja yang berumur antara 13 hingga ke umur 24 tahun bertujuan untuk memberi maklumat yang berkaitan isu psikososial, kemahiran hidup, nasihat klinikal, kaunseling keluarga serta konsultasi orientasi seksual iaitu kaunseling berhubungan dengan antara jantina. Melalui program ini, remaja berpeluang mendapat bimbingan dan nasihat daripada doktor dan kaunselor terlatih yang ditempatkan di pusat ini.

Pada masa ini, KPWKM mempunyai 15 buah pusat remaja Kafe@Teen di sembilan buah negeri iaitu di Kedah, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Kekukuhan institusi keluarga merupakan benteng dan asas kekuatan masyarakat dalam menghadapi isu sosial, termasuklah aktiviti songsang atau hubungan sejenis. Menyedari hal ini, KPWKM telah memperkenalkan Program Ilmu Keluarga @ LPPKN bermula pada tahun 2002. Program ini merupakan kursus pembangunan keluarga untuk meningkatkan kemahiran keibubapaan, persediaan perkahwinan, pemantapan institusi keluarga serta pembangunan remaja dengan tumpuan kepada jati diri remaja dalam mengharungi cabaran.

Kursus ini dijalankan setiap bulan di semua negeri. Kemahiran ibu bapa membahagikan masa antara pekerjaan dan tanggungjawab keluarga amat penting dalam melahirkan suasana keluarga yang harmoni dan sihat. Suasana keluarga yang harmoni mempengaruhi kestabilan emosi anak-anak sehingga mereka terhindar daripada sebarang bentuk gejala sosial. Menyedari perkara ini, KPWKM telah melaksanakan Program Parenting@Work yang dikhususkan kepada ibu bapa yang bekerja sama ada di sektor awam atau swasta. Program ini bermula pada tahun 2007 dengan matlamat membantu ibu bapa mengimbangi tanggungjawab kerja dan keluarga. Antara aspek yang diliputi dalam program ini ialah cara gaya keibubapaan, kreatif dan pengurusan konflik agar ibu bapa berupaya mengenali anak remaja mereka. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ada lagi? Ya, sila.

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed: Soalan saya simple sahaja. Tidak adakah

satu program atau pun kempen secara khusus oleh pihak kerajaan bagi mengatasi isu LGBT ini? Sebab setakat yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, saya kira itu program-program semuanya berbentuk umum, tidak ada satu kempen atau pun program khusus untuk mengatasi isu ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Baik, terima kasih .

Datin Paduka Chew Mei Fun: Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah

JAKIM ada program JAKIM mendekati golongan LGBT bermula pada Mei 2011 dengan menganjurkan Program Mukhayyam terhadap golongan transgender iaitu mak nyah di bawah kelolaan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti. Isu-isu LGBT sebelum ini ditangani oleh Jabatan Agama Islam Negeri sama ada melalui bahagian dakwah atau pun bahagian penguatkuasaan. Sekian, terima kasih.

Page 35: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

28 DN 15.6.2016

Timbalan Yang di-Pertua: Sekian tadi Yang Berhormat Datin Paduka, terima

kasih banyak kerana telah memberi jawapan yang tepat dan bernas. Saya hendak beralih ke soalan nombor 9. Yang Berhormat Datuk Hajah Mariany tidak hadir dan minta diwakilkan kepada Yang Berhormat Datin Hajah Rahimah. Sila Yang Berhormat.

9. Datin Hajah Rahimah binti Haji Mahamad [Di bawah Peraturan Mesyuarat 23(2)]

minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan jumlah geran atau peruntukan penyelidikan dan pengkomersialan yang diperuntukkan dalam tahun 2015, dan RMKe-11, serta unjuran manfaat pasaran yang bakal diperoleh melalui aktiviti penyelidikan tersebut.

12.19 tgh.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia.

■1220

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan soalan nombor 9 ini, izinkan saya menjawab soalan ini berlangsung kepada dua bahagian. Pertama, dia bertanya berkenaan dengan jumlah geran penyelidikan dan yang kedua bertanya berkenaan dengan unjuran manfaat pasaran.

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2015, kerajaan telah memperuntukkan RM22.9 juta bagi membiayai dana sains iaitu yang meliputi pra-pengkomersialan dana sains, pengkomersialan yang meliputi dana-dana sains seperti pra-pengkomersialan, Commercialisation of the R&D Fund (CRDF), Biotechnology Commercialisation Fund (BCF). Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membelanjakan RM145.7 juta untuk pembiayaan 147 buah projek di bawah dana sains dan 192 buah projek bagi dana pra-pengkomersialan dan pengkomersialan.

Untuk Rancangan Malaysia Kesebelas pula pada tahun ini, MOSTI telah pun meluluskan peruntukan bernilai RM75 juta untuk membiayai projek penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi, R&D C&I di bawah Rolling Plan 1 (RP1).

Berdasarkan prestasi dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh, kadar pengkomersialan jumlah projek yang dikomersialkan berbanding dengan jumlah projek siap 12.73 peratus.

MOSTI akan terus berusaha memastikan kadar pengkomersialan produk R&D ini ditingkatkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas melalui inisiatif-inisiatif seperti Malaysia Commercialisation Year (MCY) dan juga intervensi serta khidmat fasiliti oleh jabatan dan agensi MOSTI serta agensi-agensi yang lain. Selain daripada itu, pulangan daripada penciptaan kekayaan (wealth creation) juga perlu sedar bahawa projek-projek R&D turut memberi pulangan daripada penjanaan tenaga ilmu, knowledge in ration serta lebih penting lagi kesejahteraan masyarakat ataupun social wellbeing.

Berkenaan dengan unjuran- tadi berkenaan dengan hasil jualan. Untuk Rancangan Malaysia Kesembilan, ini berdasarkan kepada apa yang Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi membiayai kerja penyelidikan ini tidak melibatkan agensi yang lain, daripada kementerian yang lain. Pada tahun 2009, kita telah mendapat hasil jualan daripada produk R&D dikomersialkan RM3.154 bilion. Ini antara Rancangan Malaysia Kesembilan. Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh kerana kesannya panjang. Apabila kita bagi dalam projek Malaysia Kesembilan, mungkin projek itu boleh dijual untuk Rancangan Malaysia Kesepuluh atau Malaysia Kesebelas. Ini kerana produk itu berjalan sepanjang-panjang itu ya. Rancangan Malaysia Kesepuluh pula, sekarang sudah pun berjumlah RM751.8 juta.

Kalau kita tengok pula untuk tiga tahun yang kebelakangan ini pada tahun 2013, hasil jualannya daripada produk inovasi RM279.71 juta, dalam tahun 2014 RM122.48 juta dan untuk tahun 2015, kita telah pun mendapat hasil jualan RM228.24 juta. Jadi berdasarkan kepada pertanyaan itu, kita akan mengunjurkan untuk tahun 2016 ini hasil jualannya RM250 juta dan pada tahun akhirnya pada tahun 2010, kita menganggarkan jualan daripada produk inovasi RM300 juta. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sila.

Page 36: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

DN 15.6.2016 29

Datin Hajah Rahimah binti Haji Mahamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua

dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri yang menjawab begitu terperinci. Soalan tambahan beliau ialah bagaimana kementerian memastikan dasar sains, teknologi dan inovasi terkini dan pembangunan talent di peringkat sekolah, institusi kemahiran dan institusi pendidikan tinggi serta sokongan program berimpak tinggi serta engagement

kementerian agar usaha dalam penerokaan baru teknologi dan inovasi di bidang baru aeroangkasa sebagai contoh atau program angkasawan kedua yang boleh di komersial dan kita mempunyai hala tuju yang lebih jelas serta rapi bersesuaian dengan pelaburan kerajaan melalui geran atau pembiayaan dan jaminan sosial. Sekian, terima kasih.

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah: Tuan Yang di-Pertua, soalan yang

dikemukakan ini jauh berbeza daripada soalan utama. Akan tetapi walau bagaimanapun, soalan ini telah pun ditanya dalam persidangan Dewan Negara yang lepas. Boleh rujuk kepada apa yang saya telah jawab pada persidangan yang lepas. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila. Ada lagi soalan lain? Kalau tidak ada, terima

kasih Yang Berhormat. Jawapan telah diberi dengan tepat dan saya hendak kembali kepada soalan nombor 10 sekarang inilah. Soalan 10 daripada Yang Berhormat Senator Dato’ Hoh Khai Mun, sila.

10. Dato’ Hoh Khai Mun minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

menyatakan, apa langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membolehkan perusahaan-perusahaan terutamanya perusahaan kecil dan sederhana menggunakan teknologi moden serta kaedah penghasilan yang mampan dan berkonsep hijau terutamanya dalam mendapat kemudahan bantuan kewangan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Dato’ Lee Chee Leong]: Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan perusahaan-perusahaan tempatan

terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kekal berdaya saing, kerajaan telah menyediakan pelbagai program serta akses kepada pembiayaan khusus bagi pembangunan PKS untuk meningkatkan keupayaan dan kapasiti PKS termasuk dalam menggalakkan penggunaan teknologi moden serta teknologi hijau.

MITI melalui SME Corp Malaysia telah mencapai matlamat pelan induk PKS telah mengenal pasti enam Program Berimpak Tinggi, High Impact Program (HIP), dengan izin, yang akan memacu perubahan PKS ke peringkat yang seterusnya. Di antara HIP yang berkaitan serta dilaksanakan dengan kerjasama agensi pelaksana lain adalah HIP 2: Platform Pengkomersialan Teknologi untuk menggalakkan inovasi. Program ini menyediakan perkhidmatan sokongan yang diperlukan daripada peringkat proof of concept dengan izin, sehingga pengkomersialan yang dilaksanakan melalui penyediaan bantuan kewangan dan teknikal, maklumat pasaran, kemudahan inkubator serta kemudahan ujian dan perkhidmatan lain yang relevan yang mana semuanya disediakan di bawah satu platform.

Kedua, HIP 5 atau HIP 5: Program Pemangkin bagi mencipta jaguh tempatan. Program Pemangkin direka bentuk untuk menghapuskan sekatan pasaran dan menyediakan bantuan yang tertumpu kepada firma yang mempunyai kadar pertumbuhan tinggi dan potensi menjadi jaguh tempatan. Program ini menyediakan sokongan penuh dalam aspek jaminan bank, pembiayaan perolehan modal insan berkemahiran dan pementoran.

Ketiga HIP 6 atau HIP 6: Keterangkuman Inovasi bagi memperkasa kumpulan 40

peratus terendah dalam piramid pendapatan. Keterangkuman inovasi pemantapan membantu kumpulan pendapatan 40 peratus terendah dengan memanfaatkan inovasi. Program ini menggalakkan transformasi masyarakat termasuk perusahaan mikro di kawasan luar bandar menerusi bimbingan berserta sokongan teknikal, kewangan dan pengurusan.

Selain program di bawah pelan induk PKS, SME Corp Malaysia juga menawarkan program Pensijilan 1-Innocert untuk mempromosi dan membangunkan PKS berinovatif di Malaysia. Ia bertujuan untuk menggalakkan perusahaan yang berinovatif bagi memanfaatkan dan meningkatkan inovasi melalui research and development (R&D), dengan izin.

Page 37: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

30 DN 15.6.2016

PKS yang telah menerima pensijilan ini ditawarkan dengan geran bersamaan iaitu

innovation voucher dan insentif Polisi Laluan Hijau yang ditawarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia serta layak untuk menyertai SME Innovation Award.

Di samping itu, kerajaan melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air turut menyediakan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau di mana PKS yang merupakan pengeluar atau pengguna teknologi hijau di seluruh negara boleh memohon pinjaman mudah ini di bawah skim tersebut.

■1230

MITI melalui SME Bank turut menawarkan beberapa program pembiayaan bagi perusahaan yang berkonsepkan teknologi iaitu Dana Penggalakan IBS atau IBS Promotion Fund dilaksanakan oleh SME Bank dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Dana tersebut bertujuan menggalakkan penggunaan kaedah teknologi sistem pembinaan berindustri IBS dalam sektor pembinaan yang mampu meminimumkan pembaziran dan mempercepatkan tempoh siap. Peruntukan sebanyak RM500 juta telah disediakan di bawah program ini bagi membiayai pengeluar dan kontraktor berstatus PKS yang memiliki persijilan daripada CIDB serta menggunakan teknologi IBS dalam pembinaan projek perumahan dan projek infrastruktur kerajaan.

Dana Transformasi Teknologi PKS dengan peruntukan sebanyak RM200 juta iaitu sebuah program usaha sama di antara SME Bank dan SIRIM Berhad bagi menyediakan pembiayaan kepada usahawan PKS yang ingin meningkatkan penggunaan teknologi sama ada untuk meningkatkan produktiviti, meningkatkan kecekapan proses, membantu pengurusan kos yang lebih efisien serta mengembangkan perniagaan ke pasaran eksport. Program Pembiayaan Usahawan Internet pula merupakan sebuah program kerjasama di antara SME Bank dengan Malaysian Association of Bumiputera ICT Industry and Entrepreneurs (NEF) yang menyediakan pakej pembiayaan kepada ahli-ahli NEF yang

layak dan terlibat dalam perniagaan atas talian untuk mengembangkan dan mengukuhkan perniagaan mereka. Dana dengan peruntukan RM10 juta ini mula diaktifkan pada bulan Julai tahun 2015.

Melalui MITF pula, kerajaan turut menyediakan bantuan pembiayaan melalui penawaran Skim Pinjaman Mudah bagi Automasi dan Modenisasi (SLSAM) bertujuan menggalakkan penggunaan teknologi moden oleh syarikat-syarikat pengilang tempatan. Di bawah Bajet 2016, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM150 juta untuk program SLSAM ini bagi tujuan tersebut. Sehingga kini RM127.9 juta telah diluluskan kepada 35 buah syarikat tempatan, sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Baik, terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Lee

Chee Leong. Sekarang, saya hendak beralih...

Dato’ Hoh Khai Mun: Soalan tambahan?

Timbalan Yang di-Pertua: Sekejap, baik bagi sekejap.

Dato’ Hoh Khai Mun: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat

Timbalan Menteri yang telah memberikan ucapan yang begitu padat dan jelas. Kerajaan telah mempelbagaikan usaha untuk membantu PKS untuk membuat anjakan kepada perusahaan dan perindustrian yang lebih maju dan membangun termasuklah industri hijau. Syabas saya ucapkan kepada kementerian. Namun begitu, PKS di negara kita kelihatan kurang berdaya saing atau tidak mampu bertahan terutamanya dalam keadaan ekonomi yang sering berubah dan serba mencabar. Jadi soalan tambahan saya adalah apakah statistik yang terkini berhubung sumbangan PKS kepada negara serta apakah tindakan yang diambil oleh kementerian untuk membantu PKS untuk mengatasi kekurangan pekerja asing. Sekian.

Dato’ Lee Chee Leong: Tuan Yang di-Pertua, pada dekad yang lalu PKS

Malaysia menunjukkan peningkatan yang baik berbanding dengan pertumbuhan ekonomi di seluruh negara. Kalau kita bandingkan pertumbuhan ekonomi keseluruhan negara pada masa sekarang, dahulu pertumbuhannya 4.9 peratus dan pertumbuhan ekonomi PKS sekarang 7.1 peratus. Daripada segi sumbangan PKS kepada KDNK, pada tahun 2013 - 33.5 peratus manakala pada tahun 2014 - 36 peratus. PKS juga menunjukkan pekerjaan kepada 60 peratus guna tenaga kerja Malaysia.

Page 38: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

DN 15.6.2016 31

Kerajaan sememangnya akan terus komited membantu pembangunan PKS agar

kekal berdaya saing. Di bawah peruntukan bagi program-program pembangunan PKS tahun 2016 sejumlah RM4.35 bilion telah diperuntukkan oleh kerajaan untuk 125 program pembangunan PKS yang dilaksanakan melalui 16 buah kementerian dan lebih 60 buah agensi.

Mengenai isu pekerja asing, MITI mengambil maklum mengenai masalah kekurangan tenaga kerja yang dihadapi oleh syarikat-syarikat sektor perkilangan dan telah pun mengumpul senarai syarikat-syarikat kritikal yang memerlukan tenaga kerja. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu buruh asing adalah di bawah bidang KDN dan juga Kementerian Sumber Manusia. Walau bagaimanapun, MITI sedang dalam perbincangan bersama pihak KDN untuk membantu syarikat-syarikat dalam sektor perkilangan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih Yang

Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab dengan baik.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat.]

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PENGAMBILAN TANAH (PINDAAN) 2016

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

12.37 tgh.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang

bernama suatu akta untuk meminda Akta Pengambilan Tanah 1960, dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, kepesatan pertumbuhan ekonomi di Malaysia memerlukan penggunaan tanah yang optimum khususnya di bandar-bandar besar dan kawasan-kawasan membangun yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Peningkatan permintaan terhadap faktor tanah yang semakin terhad sumbernya telah menyebabkan keperluan dan tuntutan mengguna pakai ruang tanah di bawah permukaan tanah iaitu tanah bawah tanah, ruang udara atas permukaan tanah dan lain-lain bagi tujuan pembangunan.

Pada masa ini pelaksanaan sesuatu projek pembangunan negara memerlukan perolehan tanah dibuat oleh kerajaan bagi memastikan negara Malaysia mempunyai daya saing dengan negara maju yang lain. Justeru bagi meneruskan agenda pembangunan negara, kerajaan perlu menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 yakni Akta 486 untuk memperoleh tanah yang sesuai bagi tujuan awam.

Sesetengah bandar raya lain di dunia telah menggunakan tanah bawah tanah secara optimum dan membina ruang bawah tanah yang besar dan dalam pelbagai kegunaan. Ruang tanah bawah tanah boleh menjadi sumber strategik bagi mewujudkan ruang tambahan yang sangat luas dalam suasana bandar raya yang padat, negara-negara tersebut telah mula mengeksploitasi potensi tanah bawah untuk kegunaan yang lebih besar dan pelbagai.

■1240

Tuan Yang di-Pertua, pertambahan populasi penduduk khususnya di bandar-bandar besar telah meningkatkan kadar kesesakan lalu lintas dan ini mendorong peningkatan permintaan terhadap infrastruktur dan kemudahan awam.

Page 39: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

32 DN 15.6.2016

Memandangkan faktor tanah adalah semakin terhad, pengambilan balik tanah beri

milik diperlukan bagi tujuan pembangunan infrastruktur seperti pengangkutan awam, jambatan, sekolah, hospital dan lain-lain.

Peningkatan permintaan terhadap tanah yang semakin terhad sumbernya telah menyebabkan keperluan untuk mengguna pakai ruang tanah di bawah permukaan tanah dan hartanah berstrata. Oleh itu cadangan pindaan Akta 486 ini adalah bertujuan untuk memastikan prosedur pengambilan tanah dapat dilaksanakan dengan teratur selaras dengan perkembangan semasa dan pada masa yang sama kepentingan tuan tanah dan pihak yang berkepentingan yang terlibat dapat dilindungi.

Tuan Yang di-Pertua, secara umumnya cadangan pindaan yang dikemukakan ini melibatkan 41 seksyen dan Jadual Pertama. Pindaan kepada borang-borang berkanun dalam jadual kedua akta ini akan dibuat melalui kaedah-kaedah oleh Menteri di bawah seksyen 69 akta ini. Cadangan pindaan terhadap peruntukkan seksyen-seksyen dalam akta ini dibuat berdasarkan keperluan-keperluan berikut:

(i) bagi menjelaskan dan menambah baik prosedur pelaksanaan pengambilan tanah bawah tanah, hartanah berstrata dan pendudukan atau penggunaan sementara tanah;

(ii) menjelaskan dan menambah baik prosedur berhubung rujukan ke mahkamah oleh tuan tanah; dan

(iii) memperkemaskan peruntukan sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa.

Sebagaimana kita sedia maklum, peruntukkan sedia ada membenarkan pengambilan tanah bawah tanah dan harta tanah berstrata. Walau bagaimanapun, prosedur sedia ada perlu ditambah baik berhubung perkara ini bagi memastikan kepentingan semua pihak termasuk tuan tanah dan kerajaan dilindungi. Perkara ini mengambil kira keperluan semasa bagi pengambilan tanah bawah tanah dan hartanah berstrata dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, takrifan schedule land, dengan izin, dalam akta ini dipinda bertujuan untuk memudah cara pelaksanaan pengambilan bangunan yang di pecah bahagi atau hartanah berstrata. Takrifan di bawah subseksyen 2(1) akta ini dipinda dengan memasukkan perkataan, “including partial or provisional block”, dengan izin, bagi memperjelaskan bahawa tanah yang jual juga merangkumi petak atau blok sementara bagi tujuan ini. Manakala “lot” merupakan takrifan baru yang diperkenalkan yang bertujuan menjelaskan dan menambah baik prosedur pelaksanaan pengambilan tanah.

Tuan Yang di-Pertua, seksyen 3(3) akta ini dipinda untuk membolehkan laporan penilaian awal penilaian swasta boleh disertakan bersama-sama permohonan. Peruntukan sedia ada hanya membenarkan laporan penilaian awal, penilai kerajaan sahaja disertakan bersama-sama permohonan. Tujuan cadangan pindaan ini adalah untuk memastikan proses pengambilan tanah dapat dilaksanakan dengan lebih cepat. Walau bagaimanapun, penilai swasta juga bagi tujuan laporan penilaian awal tersebut tidak dibenarkan untuk menyediakan apa-apa laporan penilaian bagi tujuan penentuan pampasan mana-mana pihak berkepentingan kelak.

Tuan Yang di-Pertua, seksyen 3C, dengan izin, akta ini dipinda bagi menggantikan keahlian salah seorang ahli Jawatankuasa Khas Pengambilan Tanah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pindaan ini akan hanya memperkenalkan jawatan secara umum untuk memudahkan pelaksanaannya, sekiranya sesuatu kementerian atau agensi distruktur semula.

Tuan Yang di-Pertua, seksyen 3F akta ini dipinda bagi menyelaras prosedur penarikan balik permohonan pengambilan tanah. Cadangan pindaan ini bagi membolehkan pentadbir tanah merampas deposit yang ditetapkan dalam kaedah dan tiada keperluan bagi pentadbir tanah untuk membuat siasatan dan menentukan pampasan kerana pewartaan di bawah seksyen 8 belum dibuat.

Tuan Yang di-Pertua, seksyen 7 akta ini dipinda bagi memperkenalkan subseksyen baru 7(2) yang memperuntukkan keperluan sebuah pelan yang menggambarkan keluasan dan kedalaman tanah bawah tanah bagi pengambilan yang melibatkan tanah bawah tanah.

Page 40: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

DN 15.6.2016 33

Dengan pindaan ini, baki tanah yang merupakan tanah permukaan kekal dalam

pemilikan tuan tanah setakat had kedalaman yang ditetapkan dalam syarat nyata hak milik sambungan dan apa-apa kedalaman di bawah had yang ditetapkan kepada tuan tanah merupakan tanah kerajaan selaras dengan peruntukan subseksyen (4), seksyen 92B, dengan izin, Kanun Tanah Negara.

Sebagai contoh, sekiranya had kedalaman ditetapkan bagi tanah permukaan 20 meter, maka tanah selepas kedalaman tersebut merupakan tanah kerajaan yang telah diambil balik. Pelaksanaan perkara ini akan mengambil kira semua aspek teknikal.

Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan pindaan kepada takrifan schedule land bagi

tujuan untuk menambah baik pelaksanaan pengambilan hartanah berstrata, peruntukan-peruntukan lain berkaitan perlu dipinda. Oleh itu, pindaan juga dicadangkan kepada:

(i) subseksyen 9(2) bagi membolehkan catatan tentang pengambilan melibatkan hartanah berstrata dibuat dalam buku daftar strata yang berkenaan;

(ii) subseksyen 22(3) yang menghendaki pentadbir tanah untuk menyampaikan suatu salinan notis atau dokumen-dokumen berkaitan kepada pihak-pihak berkenaan termasuk Perbadanan Pengurusan Skim Strata berkenaan;

(iii) perenggan 23(a) dan 66 akan memperjelaskan bahawa pengambilan petak strata akan terus diletak hak kepada badan berkanun, orang atau badan yang bagi pihaknya petak itu diambil; dan

(iv) seksyen 26 bagi membolehkan pihak berkuasa berkenaan membuat tindakan susulan terhadap buku daftar strata selaras dengan peruntukan Akta Hak Milik Strata [Akta 318].

Tuan Yang di-Pertua, seksyen 9A, dicadangkan untuk dipinda bagi memendekkan tempoh masa dalam mendapatkan maklumat mengenai tanah daripada pihak berkuasa perancangan tempatan tanpa perlu melalui Pengarah Perancang Bandar dan Desa. Selain itu, subseksyen (5A) kepada seksyen ini turut diperkenalkan agar maklumat mengenai tanah yang diperoleh tidak perlu diambil kira sekiranya pengambilan tanah dilaksanakan selaras dengan seksyen 37, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, [Akta 172].

Tuan Yang di-Pertua, subseksyen 14(1) akta ini dipinda untuk memotong perkataan, “imposed by the valuer” dan fee penilaian yang akan dibayar selaras dengan pengambilan tanah adalah sepertimana yang akan diperuntukkan dalam kaedah.

Tuan Yang di-Pertua, peruntukkan sedia ada dalam akta ini tidak menjelaskan secara terperinci berhubung dengan pengambilan tanah melalui perakuan segera. Oleh itu cadangan pindaan dibuat untuk memasukkan seksyen baru 19A kepada akta ini bagi menjelaskan bahawa siasatan dan pampasan perlu dibuat walaupun perakuan segera dalam Borang ‘I’ dan Borang ‘K’ telah dikeluarkan. Selain itu segala prosiding yang telah diambil berhubung pengambilan tanah tersebut masih lagi berkuat kuasa walaupun pampasan tidak dibuat dalam tempoh masa dua tahun seperti yang diperuntukkan di dalam subseksyen 8(4). Ini adalah kerana tanah yang telah diambil selaras dengan pengeluaran Borang K telah menjadi tanah kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, seksyen 28 akta ini dipinda bagi memasukkan peruntukan baru untuk memperjelaskan bahawa sekiranya terdapat perbezaan antara keluasan tanah yang diambil selepas pengukuran dengan keluasan tanah yang diwartakan. Tiada pewartaan baru perlu dibuat sekiranya tidak melebihi suku hektar atau satu peratus tanah diwartakan, yang mana lebih luas. Sekiranya perbezaan adalah lebih daripada kadar tersebut, ia perlu diwartakan semula.

Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan hasrat kerajaan untuk menambah baik prosedur yang sedia ada seksyen 29A, 31, 32, 35, 36, 37, 38, 49, 51, 53, 55 dan 65, dipinda agar seksyen-seksyen tersebut turut diguna pakai bagi tujuan penarikan balik di bawah seksyen 35 dan pendudukan sementara atau penggunaan tanah di bawah Bahagian VII akta ini.

Page 41: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

34 DN 15.6.2016

Selain itu, seksyen 29A, 32 dan 48 akta ini turut dipinda bagi mengurangkan kadar

caj bayaran lewat daripada 8 peratus setahun yang dikenakan dalam peruntukan sedia ada kepada 5 peratus setahun. Kadar 5 peratus kadar caj bayaran lewat selaras dengan kadar semasa yang digunakan oleh mahkamah pada masa ini.

Tuan Yang di-Pertua, seksyen 32A akta ini dicadang dipinda untuk menggambarkan amalan pembayaran pampasan pengambilan tanah selaras dengan perkembangan teknologi pada masa ini. Seksyen 35 akta ini dicadang dipinda bagi memperkemaskan prosedur berhubung penarikan balik pengambilan tanah. Sekiranya penarikan balik hendak dibuat sebelum pemilikan formal dilaksanakan, pewartaan penarikan balik hendaklah dilaksanakan. Selain itu pentadbir tanah juga perlu menentukan kos sekiranya ada seperti mana yang dinyatakan di subseksyen 14(5).

Seksyen 37 akta itu dipinda bagi menaikkan had pampasan untuk tujuan rayuan ke mahkamah kepada RM5,000.

■1250

Selain itu, pindaan juga dicadangkan untuk membenarkan agensi pengambilan membuat bantahan ke mahkamah bagi semua maksud pengambilan tetapi had bantahan yang dibenarkan dinaikkan kepada RM30,000. Bagi tujuan ini, mana-mana kerajaan, orang atau perbadanan dianggap sebagai orang berkepentingan yang boleh membuat bantahan.

Seksyen 40B sedia ada memperuntukkan bahawa menjadi keperluan undang-undang bagi melantik pengapit yang terdiri daripada penilai kerajaan dan penilai swasta untuk hadir ke mahkamah apabila diarahkan. Seksyen ini dicadangkan dipinda bagi membolehkan penilai kerajaan turut menerima fi sebagaimana yang ditentukan oleh mahkamah di bawah subseksyen (5) seksyen ini. Ini adalah kerana kedua-dua pengapit yang dilantik adalah bebas dan tidak terikat atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak untuk memberikan pandangan kepada mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua, seksyen 57 akta ini suatu peruntukan untuk menjelaskan berhubung pendudukan dan penggunaan sementara tanah. Pindaan yang dicadangkan bertujuan untuk membolehkan peruntukan ini digunakan dan keperluan untuk mengendorsekan, dengan izin, catatan mengenai pendudukan dan penggunaan sementara

tanah tersebut itu ke dalam dokumen hak milik atau dokumen lain yang ditetapkan di bawah perenggan seksyen 9(2)(a) dan (b) akta ini.

Susulan pindaan kepada seksyen 57, seksyen 58 akta ini dipinda bagi memasukkan peruntukan berhubung penentuan pampasan oleh pentadbir tanah yang boleh merujuk kepada pandangan yang diberikan oleh penilai, memasuki apa-apa perkiraan bagi tujuan menggantikan pampasan dalam bentuk kewangan, merekodkan perkiraan dan semua keterangan semasa siasatan. Selain itu juga, ia bertujuan menjelaskan bahawa pihak berkuasa negeri boleh menduduki atau menggunakan tanah tersebut apabila notis berkaitan diberikan.

Seksyen 59 akta ini turut dipinda bagi membolehkan siasatan dibuat oleh pentadbir tanah untuk tujuan penentuan pampasan setelah tamat tempoh pendudukan atau penggunaan sementara.

Seksyen 60 akta ini turut dipinda bagi membolehkan bantahan oleh pihak berkepentingan yang tidak berpuas hati dengan pampasan yang diberikan dan membuat bantahan ke mahkamah dengan menggunakan peruntukan sedia ada dalam akta ini. Prosedur ini dikemas kini selaras dengan prosedur sedia ada bagi pengambilan tanah untuk memastikan perjalanan rujukan ke mahkamah oleh pihak berkepentingan adalah teratur.

Seksyen 69 akta ini dipinda bertujuan untuk membenarkan kaedah-kaedah dibuat berhubungan apa-apa perkara di bawah akta ini yang turut meliputi apa-apa borang, fi atau deposit. Ini termasuk fi penilaian yang baru diperkenalkan selaras dengan pindaan subseksyen 14(5). Selain itu, ia dipinda bagi memberi kuasa kepada Menteri untuk membuat kaedah bagi menetapkan borang-borang dalam Jadual Kedua selaras dengan persekitaran elektronik khususnya penggunaan tandatangan secara digital.

Jadual Pertama akta ini turut dipinda bagi tujuan penyelarasan dan mengambil kira keperluan seksyen 214A Kanun Tanah Negara dalam menilai nilai pasaran tanah ladang.

Page 42: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

DN 15.6.2016 35

Peruntukan sedia ada memperuntukkan bahawa dalam menentukan nilai tanah

ladang yang akan diambil tidak akan dipengaruhi dengan fakta bahawa ladang berkenaan boleh dijual kepada seorang yang lain seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 214A Kanun Tanah Negara.

Ia bertujuan bagi mengelakkan keputusan dalam kes, ‘Kumpulan Sua Betong Sdn. Bhd. lawan Izan Sdn. Bhd.’ di mana mahkamah memutuskan bahawa kelulusan Lembaga Tanah Ladang tidak diperlukan apabila tanah ladang atau pun sebahagiannya dipindah milik kepada seorang sahaja. Cadangan pindaan ini akan memperjelaskan situasi bahawa sekiranya pengambilan tanah melibatkan tanah ladang, nilaian tanah perlu mengambil kira perbandingan nilaian tanah ladang.

Tuan Yang di-Pertua, sebentar tadi saya telah membentangkan cadangan-cadangan pindaan yang utama terhadap Akta Pengambilan Tanah 1960. Pindaan-pindaan yang lain tidak dinyatakan kebanyakannya merupakan pindaan yang berbangkit atau consequential amendments, dengan izin. Apa-apa penyelarasan dengan pindaan perundangan tanah yang lain dan pengemaskinian prosedur semasa.

Sesungguhnya cadangan pindaan-pindaan yang dibentangkan tadi adalah untuk mengemas kini prosedur pengambilan tanah, memudahkan pihak-pihak berkepentingan untuk memfailkan bantahan ke mahkamah dan memastikan hak-hak pihak berkepentingan terpelihara. Oleh itu, proses pindaan ini melibatkan semua stakeholders, kementerian dan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, ahli akademik dan orang awam. Semua pihak yang berkenaan telah dilibatkan dalam proses penyediaan pindaan rang undang-undang ini.

Konsultasi yang bersifat inclusive ini membolehkan kerajaan menyediakan cadangan pindaan yang mencakupi semua aspek pentadbiran tanah. Peruntukan baru yang diperkenalkan dalam pindaan kali ini menjurus ke arah satu matlamat bagi memastikan rakyat mendapat manfaat daripada projek-projek infrastruktur awam yang dibangunkan untuk kepentingan rakyat dan negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri Datuk Ir. Haji

Hamim bin Samuri dan sekarang ada seorang yang menyokong?

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk Halimah binti Mohd. Sadique]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis

ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pengambilan Tanah 1960 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.

Sila Yang Berhormat Senator Dato’ Hoh Khai Mun. Sila.

12.56 tgh.

Dato’ Hoh Khai Mun: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan

ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyertai dalam perbahasan Rang Undang-undang Pengambilan Tanah (Pindaan) 2016.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang diketahui umum, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengemukakan Rang Undang-undang Pengambilan Tanah (Pindaan) 2016 atau Akta 486 ekoran daripada perkembangan pembangunan ekonomi negara yang pesat.

Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Persekutuan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mencadangkan 41 pindaan ke atas seksyen yang terlibat. di mana pindaan ke atas Jadual Pertama dan juga ke atas borang-borang dalam Jadual Kedua. Tujuannya adalah untuk memperkemaskan prosedur pengurusan dan peruntukan yang sedia ada dalam isu tanah.

Satu lagi matlamat utama kementerian adalah untuk memastikan agar hak rakyat terjamin serta terpelihara apabila melibatkan isu tanah seperti pengambilan tanah bawah tanah, hartanah berstrata dan penghunian di tanah sementara.

Page 43: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

36 DN 15.6.2016

Sebagaimana contohnya projek pembangunan infrastruktur seperti Mass Rapid

Transit (MRT) telah menimbulkan berbagai-bagai pertikaian di antara rakyat dengan pihak berkepentingan seperti usaha rundingan bangunan Ampang Park, pembinaan laluan MRT bawah tanah di Jalan Sultan.

Namun begitu, saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut daripada kementerian mengenai pindaan yang akan dipersetujui ini terutamanya kemampuan pindaan Akta 486 menangani isu lain seperti perolehan tanah bagi menjalankan kegiatan perlombongan bauksit di Kuantan dan ulangan kejadian banjir di perkampungan Orang Asli Pos Terisu akibat penerokaan tanah haram di Cameron Highlands serta keperluan pembangunan masa akan datang.

Pindaan yang dicadangkan oleh kementerian perlu menyeluruh bagi menampung pembangunan negara terutamanya pembinaan lebuh raya, sistem pembetungan, sistem pengurusan banjir, sumber air serta ekologi. Ini jelas akan memberikan impak kepada keperluan, kepentingan dan hak rakyat yang akan terjejas.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan NCR ke atas Rang Undang-undang Pengambilan Tanah (Pindaan) 2016, saya amat prihatin ke atas pindaan Akta 486 kerana akta ini sebenarnya merupakan satu kaedah kepada kerajaan untuk merealisasikan perancangan atau projek pembangunan agar pengambilan sesuatu tanah untuk kemudahan dan infrastruktur awam, skop perancangan atau projek pembangunan kerajaan amat luas apabila menuntut perkara yang didefinisikan sebagai kemudahan dan infrastruktur awam seperti yang telah dibangkitkan.

Bagi pindaan Akta 486, kerajaan perlu diseimbangkan dengan kepentingan rakyat agar tidak berlaku penyelewengan serta projek kerajaan dapat menyumbangkan kepada keperluan ekonomi.

Justeru itu, perbahasan saya akan tertumpu pada enam isu. Bagi isu yang pertama ialah berkaitan dengan...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, panjang lagi? Yang Berhormat akan

sambung selepas ini ya.

Dato’ Hoh Khai Mun: Ya. Boleh.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, sekarang mesyuarat ditangguhkan hingga jam 2.30 petang. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato’ Hoh Khai Mun ada lagi. Silakan

sambung.

2.39 ptg.

Dato’ Hoh Khai Mun: Terima kasih lah kepada Tuan Yang di-Pertua kerana

membenarkan saya meneruskan perbahasan Rang Undang-undang Pengambilan Tanah (Pindaan) 2016. Tuan Yang di-Pertua, isu yang pertama ialah berkaitan dengan Laporan Penilaian Awal oleh kerajaan berbanding dengan penilai awal swasta kerap timbul. Kementerian yang terlibat telah mencadangkan agar pindaan dilakukan ke atas seksyen 3, Akta 486. Ini adalah untuk mengurangkan percanggahan dan mempercepatkan proses pengambilan tanah dengan membenarkan Laporan Penilaian Awal oleh penilai swasta dikemukakan bersama dalam permohonan.

Namun begitu timbul persoalan apakah objektif kementerian membenarkan laporan penilaian awal daripada penilai swasta dan kerajaan. Sekiranya kebenaran tersebut tidak untuk mempertimbangkan tuntutan pampasan atau rujukan bagi perbincangan bagi jumlah pampasan.

Page 44: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

DN 15.6.2016 37

Selain itu bagi penambahbaikan kepada imej kerajaan dalam isu pengambilan tanah, ingin saya cadangkan agar satu buah salinan dilanjutkan kepada rakyat yang terlibat atau tinggal di kawasan tersebut untuk memahami tujuan pengambilan tanah tersebut. Ini bertujuan untuk mengurangkan pertikaian dibawa ke mahkamah dan melambatkan pelaksanaan projek tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, kemajuan ekonomi negara telah mengubah bentuk penggunaan aspek yang melibatkan yang tanah serta jauh melangkaui tanah hanya untuk pembinaan bangunan industri atau projek perumahan, institusi perbankan atau kewangan. Permukaan tanah yang boleh digunakan amat jelas terbatas terutamanya di kawasan bandar. Bagi mencapai keseimbangan pertubuhan, rancangan telah dilaksanakan oleh kementerian bagi memastikan dan membenarkan pembangunan tanah bawah tanah di kawasan bandar dapat diseimbangkan antara keperluan ekonomi sosial dan kini melibatkan juga pemeliharaan alam sekitar.

Tuan Yang di-Pertua, bagi pindaan ke atas seksyen 7, Akta 486 adalah untuk mengoptimumkan penggunaan tanah dengan memperkemaskan dan menyelaraskan pembangunan tanah bawah tanah iaitu di bawah Akta 486 dan ia kepada bantuan pelaksanaan pelupusan tanah bawah tanah tambahan Kanun Tanah Negara 1965 yang sedia ada dan telah dikuatkuasakan bagi menentukan pemilikan kedalaman sesuatu tanah.

Penggunaan ruang tanah bawah tanah bukan sesuatu yang baru di Malaysia di mana kita telah melaksanakan pelbagai projek bukan sahaja bagi pembinaan MRT. Sebenarnya kerajaan telah melaksanakan beberapa projek seperti pembinaan terowong SMART di Lembah Klang bagi maksud penggunaan trafik dan kawalan isu banjir di Lembah Klang. Pembinaan laluan LRT dari Ampang Park sehingga Masjid Jamek dan kini Pahang Selangor Raw Water Transfer Tunnel, dengan izin, isu menjadi satu percanggahan pembinaan laluan MRT melalui tanah bawah tanah yang telah menjejaskan operasi atau kegiatan di permukaan tanah seperti mana di Jalan Sultan dan Ampang Park.

Namun begitu berdasarkan pindaan seksyen tersebut dilihat juga Jadual 1 Ketetapan dan pada zon, dengan izin, yang jelas mengenai kedalaman yang akan diambil oleh kerajaan selepas ketetapan minimum yang dijadikan dalam panduan. Begitu juga tentang peraturan untuk melaksanakan jual beli tanah bawah tanah termasuklah tanah perkuburan, tapak kuil, tokong dan masjid masyarakat yang masih tidak diperjelaskan secara terperinci oleh kementerian mengenainya. Kerajaan boleh memastikan sokongan dan sumber sedia ada dipertingkatkan bagi menampung pembangunan ruang tanah bawah tanah dan tanah permukaan.

Sebagai contohnya, sistem pemetaan geologi ruang tanah bawah tanah boleh dirancang sebaik-baiknya agar rakyat yang masih tinggal di permukaan tanah tidak terjejas strukturnya. Kerajaan juga perlu memastikan teknologi dan penggunaan bearing system or mass rating (GRASS), geology strength index, dengan izin, yang terkini bagi menentukan kesesuaian geologi sesuatu tanah. Sebagai contohnya struktur geologi bagi Pahang-Selangor Raw Water Transfer Tunnel, dengan izin, secara umumnya batu granit.

Saya ingin mencadangkan di sini agar kementerian perlu memperkasakan dasar dan pelan tindakan atau rangka kerja baru yang sedia ada untuk menggariskan secara terperinci mengenai pembangunan tanah permukaan serta ruang tanah bawah tanah bagi projek seperti storm water system, dengan izin, saluran gas atau lebih kritikal, military base, dengan izin. Ini juga akan mempertingkatkan tatacara kerajaan atau kementerian dalam mengendalikan dan respons terhadap kemalangan sekiranya berlaku.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pindaan seksyen 57, Akta 486 juga tiada penjelasan mengenai sebarang pampasan walaupun kementerian telah memberi jaminan bahawa teknikal geologi tanah dan keselamatan menjadi faktor penentuan bagi permintaan sekiranya perlu dilaksanakan. Di sini saya ingin meminta agar kementerian dapat memberi jaminan bahawa pemasangan yang adil serta berpatutan akan diberikan sekiranya masyarakat tersebut perlu dipindahkan.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pindaan ke atas seksyen 9, 22, 23, 26 dan 66, Akta 486 membolehkan penjelasan dengan Akta 318 yang merupakan pengambilan hartanah berstrata. Difahamkan juga bahawa tidak semua boleh dirangkumi dalam akta tersebut.

Page 45: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

38 DN 15.6.2016

Walaupun begitu adalah penting bagi kerajaan dan kementerian menerangkan faktor penentuan bagi pengambilan hartanah berstrata terutamanya pengambilan yang melibatkan data tertentu atau plot sementara. Berikutan itu, saya mencadangkan agar social impact assessment, dengan izin, mesti diwajibkan selain daripada keperluan EIA bagi

sesuatu pembinaan yang dicadangkan.

Di sini saya merujuk kepada kes Kelana Jaya LRT line extension project (LEP) yang dibina melalui Empire Gallery dan Saujana Residensi di Subang Jaya telah menimbulkan ketidakpuasan daripada rakyat. Merujuk pula kepada faktor kejuruteraan dalam pengambilan data tertentu atau plot sementara struktur bangunan blok di Malaysia mampu menampung tekanan dan teknologi teknikal. Contohnya negara yang telah mempunyai pengalaman sedemikian seperti Hanshin Expressway melalui bangunan Gate Tower 16 tingkat di Osaka, Jepun dan transit aliran ringan boleh melalui flat di Chongqing,

China.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan dan kementerian amat prihatin mengenai pemilikan tanah di kalangan rakyat. Sekiranya tanah yang diambil adalah sukar untuk rakyat mendapatkan gantian tanah, oleh itu ketetapan telah dicadangkan ke atas seksyen yang terlibat agar kerajaan hanya mengambil keluasan yang diperlukan dan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar. Di sini saya ingin mencadangkan agar kerajaan atau kementerian yang terlibat mengadakan perbincangan dengan rakyat dengan lebih kerap dan memberi pilihan kepada rakyat yang tinggal di kawasan tersebut sama ada setuju dengan pengambilan sebahagian atau pengambilan sepenuhnya.

Keadaan ini akan mengurangkan sebarang percanggahan selepas pelaksanaan pembinaan tersebut di mana ia akan menjejaskan imej kerajaan kita.

■1450

Tuan Yang di-Pertua, isu yang berikutnya ialah pengambilan semula tanah yang telah dianugerahkan dengan kebenaran TOL atau Temporary Occupation License, dengan izin, kepada sesetengah golongan petani di Cameron Highlands. Berdasarkan Akta 486, kerajaan telah diberi kuasa untuk bertindak sedemikian. Namun begitu, petani dan pekebun merupakan golongan yang kita perlu hargai kerana mereka merupakan penyumbang sumber makanan kepada negara kita.

Maka, di sini saya minta pertimbangan kerajaan agar sebuah penempatan yang bersesuaian diberikan kepada golongan petani, pekebun agar mereka dapat menyara hidup dan terus menyumbang kepada sumber makanan negara. Saya juga ingin mencadangkan agar menerapkan golongan pekebun yang menanam sayur seperti kubis, tomato, kubis bunga dan brokoli serta bunga dalam vertical farming systems, dengan izin, yang hanya memerlukan keluasan tanah yang kecil sahaja.

Dengan ini, saya menyokong sepenuhnya kepada Rang Undang-undang Pengambilan Tanah (Pindaan) 2016. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, Dato’

Goonasakaren.

2.51 ptg.

Dato’ Goonasakaren A/L Raman: Salam sejahtera, salam perpaduan, salam

1Malaysia. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam membahaskan Rang Undang-undang Pengambilan Tanah (Pindaan) 2016.

Tuan Yang di-Pertua, rakyat Malaysia semakin bertambah dari tahun ke tahun. Dianggarkan bahawa pertumbuhan rakyat Malaysia mampu mencecah sehingga 70 juta orang penduduk berbanding 30 juta orang penduduk pada masa kini. Dengan memahami bahawa tanah yang semakin berkurangan, perancangan guna tanah yang diguna pakai perlu dikaji dan dibuat penambahbaikan agar disesuaikan dengan guna tanah yang bertambah.

Page 46: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

DN 15.6.2016 39

Walau bagaimanapun, dalam pengambilan tanah ini isu-isu yang berbangkit akibat

pengambilan tanah oleh pihak kerajaan perlulah ditangani sebaik-baik mungkin. Tuan Yang di-Pertua, konflik pengambilan tanah sering kali menjadi penyumbang kepada masalah kekurangan makanan, peluang kehidupan yang terhad dan kemiskinan.

Pengiktirafan hak milik terhadap tanah perlu dipertimbangkan dalam menjalankan pembangunan terutamanya bagi kawasan luar bandar di mana penduduknya banyak bergantung hidup dengan hasil tanaman dan ternakan di atas tanah yang mereka duduk atau menjalankan perusahaan kecil di atas tanah tersebut.

Pengambilan tanah Orang Asli di Malaysia sering berlaku akibat daripada pembangunan yang dijalankan di kawasan mereka melalui aktiviti pembalakan dan perladangan kuari, perlombongan dan juga pembinaan kawasan perumahan. Selain itu, pengambilan tanah di kawasan orang Asli juga berlaku untuk kegunaan umum seperti termaktub dalam Akta Pengambilan Tanah 1990 dengan tujuan untuk pembinaan lebuh raya, kawasan tadahan air, pewartaan sebagai kawasan rizab hutan, kawasan Taman Negara dan kawasan Taman Negeri menjadi punca kepada berlakunya konflik di antara Orang Asli dan juga pihak berkuasa negeri.

Persoalannya, adakah pindaan yang dibuat ini akan mampu untuk mengatasi masalah pencabulan hak-hak rakyat dan kepentingan awam dapat dibela dan dipelihara seadil-adilnya. Permasalahan abused of power, dengan izin, dalam mengambil tanah rakyat untuk tujuan pembangunan di sesuatu kawasan tertentu.

Tuan Yang di-Pertua, terdapat banyak persoalan tentang nilai tanah ini. Antaranya yang sering kali dibangkitkan ialah kebanyakan peneroka turut membangkitkan isu nilai tanah yang kini melambung tinggi berbanding harga yang ditawarkan pemaju sebelum ini dan masing-masing memohon kerajaan negeri menilai tanah terbabit mengikut harga pasaran.

Menjawab persoalan itu, peneroka perlu beri peluang kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan kes pengambilan tanah terlebih dahulu sebelum tindakan lanjut dapat diambil. Sekiranya projek dapat disiapkan barulah tanah dan rumah itu ada nilai tetapi jika masih terbengkalai ia tidak mempunyai nilai langsung meskipun tanah terletak di kawasan strategik. Persepsi penilaian terhadap tanah berbeza-beza harga mengikut siapa pemilik tanah daripada segi kaum. Adakah tuan pemiliknya daripada bangsa Melayu, Cina atau pun India. Harga mesti berpadanan dengan nilai pasaran. Begitu juga dengan pentakrifan tanah yang dikatakan hak milik Melayu atau pun hak milik bumiputera tidak sepatutnya diambil kira apabila yang hendak mengambil tanah itu kerajaan.

Pentakrifan sebagai tanah hak milik bumiputera atau pun hak milik Melayu sebenarnya tujuannya adalah untuk menolong orang Melayu dan bumiputera. Tersasarlah tujuan jika kerajaan menggunakan takrif dan kategori itu sebagai penentu harga kepada tanah di bawah rizab Melayu atau pun bumiputera jika perlu haruslah mengambil harga pasaran semasa.

Tuan Yang di-Pertua, apabila kerajaan mengambil tanah sesetengah bangunan awam seperti sekolah, balai polis telah dirobohkan dan dibina di tempat lain dan bangunan baru akan dibina. Akan menjadi masalah bila bangunan yang dibina untuk menggantikan tempat tersebut akan tetapi kegagalan untuk mereka membangunkan tempat tersebut akibatnya bangunan tersebut terbengkalai dan tidak digunakan. Perlu dinyatakan kaedah yang nyata siapakah yang bertanggungjawab supaya tindakan seterusnya boleh terus dipanjangkan kepada pihak yang betul. Adakah Ketua Pengarah Tanah dan Galian Kementerian atau kerajaan negeri?

Contohnya tanah yang telah diambil oleh kerajaan untuk tujuan projek-projek kerajaan. Contohnya membina pejabat kerajaan. Akan tetapi penggunaan bangunan tadi tidak berpanjangan dan telah ditinggalkan atau diabaikan. Persoalannya sekarang adakah boleh jika tanah tersebut dikembalikan kepada kerajaan negeri untuk diusahakan untuk rakyat tempatan seperti dijadikan tapak perumahan bagi orang tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, nilai tanah bawah tanah ini merupakan satu yang baru bagi sesetengah pihak. Adalah wajar jika ada panduan tentang penyelarasan cara-cara penilaian, ciri-ciri penilaian, berapa harga tanah, di mana tanah, jauhnya tanah itu dari kawasan bandar atau sebagainya.

Page 47: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

40 DN 15.6.2016

Rakyat juga perlu untuk memahami dan diberikan pendekatan, pendedahan dan

maklumat-maklumat berkaitan tentang pindaan baru ini terutama dengan pembaharuan yang mengambil tempat dalam pembangunan dalam negara kita iaitu pengambilan tanah di bawah tanah contohnya.

Begitu juga dengan perbezaan method atau istilah pengukuran tanah. Penggunaan dan amalan sistem ukuran tanah berbeza di setiap negeri. Bagaimana pihak kerajaan menangani permasalahan ini. Adalah lebih sistematik jika sistem ukuran ini menggunakan sistem metrik supaya pengukuran tanah lebih selaras untuk semua ini. Dengan itu, Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Dato Seri

Boon Som A/L Inong.

2.59 ptg.

Datuk Seri Boon Som A/L Inong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana

memberi peluang kepada saya untuk berbahas Rang Undang-undang Pengambilan Tanah (Pindaan) 2016. Tadi ataupun ketika di Dewan Rakyat Yang Berhormat Menteri memberi contoh mengambil tanah untuk tujuan infrastruktur pengangkutan awam diperlukan kerana menjelang tahun 2020 bilangan penduduk Malaysia dijangka bertambah kepada 35 juta orang. Sehingga akhir tahun lalu, di dalam negara kita ada 26 juta buah kenderaan dengan 57 peratus atau lebih separuh daripadanya direkodkan di bandar besar di Kuala Lumpur, Ipoh, Georgetown, dan Johor Bahru.

■1500

Ini akan mendorong kepada peningkatan permintaan terhadap pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam. Akan tetapi kita jangan lupa masalah kenderaan ini ada kaitan dengan pengangkutan awam kita yang tidak cekap. Kalau pengangkutan awam kita cekap dan berkesan, sudah pasti masalah kesesakan yang berlaku sekarang dapat diatasi.

Kita juga tidak boleh lupa bahawa peningkatan bilangan penduduk akan membawa kepada peningkatan permintaan terhadap makanan. Ini bererti kita perlukan pertambahan tanah pertanian untuk mengeluarkan lebih banyak makanan sejajar dengan pertambahan penduduk. Masalah yang kita hadapi sekarang ialah banyak tanah pertanian diambil untuk tujuan pembangunan infrastruktur, industri, perumahan dan kemudahan awam lain. Jika mengikut peraturan, tanah-tanah pertanian yang diambil untuk tujuan pembangunan seperti itu mestilah diganti ataupun swap. Soalan saya, berapa banyakkah tanah pertanian yang tidak diambil atas nama dan tujuan pembangunan selama ini dan berapa banyakkah tanah-tanah pertanian ini telah diganti semula?

Apa yang saya perhatikan sekarang seperti di Kedah di kawasan MADA, tanah sawah semakin kurang sebab diambil untuk tujuan pembangunan tetapi tidak diganti. Macam mana kita nak pastikan bahawa pengeluaran makanan kita dapat ditambah untuk penuhi keperluan penduduk nanti? Mesej saya mengambil tanah untuk tujuan pembangunan infrastruktur ini perlulah seimbang dengan keperluan pengeluaran makanan ini. Kita perlu ada kawasan yang benar-benar sesuai untuk tujuan pembinaan perumahan dan industri yang dibuat di kawasan pertanian.

Kedua, apabila kerajaan telah mengambil alih tanah di kampung atas alasan untuk pembangunan atau kepentingan awam seperti pembinaan klinik, hospital dan sebagainya tetapi selepas pengambilan sudah selesai, tanah sudah menjadi milik kerajaan. Selepas 10 tahun atau 20 tahun, tanah itu masih tidak dibangunkan. Macam mana kedudukan tanah ini? Kalaulah tanah ini tidak diambil oleh kerajaan, masih di tangan tuannya yang asal, sudah tentu tanah ini boleh dimanfaatkan, mungkin boleh digunakan untuk dibina rumah anak cucu mereka sebab kita tahu harga rumah sekarang semakin naik.

Jadi saya rasa kita perlu ada satu mekanisme memastikan tanah yang diambil untuk tujuan pembangunan mestilah dibangunkan dan tidak terbiar. Mungkin kita kena bagi tempoh tertentu. Kalau dalam tempoh lima tahun misalnya tidak dibangunkan juga, apa kita hendak buat. Adakah kita nak bagi balik kepada pemilik asal tanah itu supaya boleh dimanfaatkan daripada terbiar dan naik semak samun.

Page 48: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

DN 15.6.2016 41

Ketiga, sekarang kita tengok ada banyak tanah milik kerajaan yang macam itu,

siap naik papan tanda lagi, “Penceroboh akan didakwa”. Akan tetapi 10 tahun, 20 tahun tanah itu terbiar macam itu sahaja, tidak dibuat apa-apa. Bukankah itu satu pembaziran atau mungkin kita patut benarkan penduduk tempatan yang berminat untuk menyewa dan mengusahakan tanah berkenaan.

Keempat, mengapa perlukan perbezaan yang sangat jauh antara penilaian harga tanah yang dibuat oleh kerajaan dengan pihak swasta. Selalunya penilaian yang dibuat oleh jabatan kerajaan sudah pasti jauh lebih rendah. Bukankah sepatutnya dibuat mengikut harga pasaran semasa. Apakah mekanisme yang memastikan perbezaan penilaian ini tidak terlalu jauh? Seperti contoh di Kampung Naka, Padang Terap.

Tan Sri Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Mohon penjelasan

Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan.

Tan Sri Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Terima kasih Yang

Berhormat. Sebab ini adalah bidang saya, saya terpaksa bagi komen sedikit. Sebenarnya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, persepsi bahawa penilaian daripada jabatan kerajaan adalah rendah dan penilaian oleh penilai-penilai swasta adalah tinggi dan banyak perbezaan sebenarnya tidak betul. Prinsip penilaian adalah sama iaitu market value tetapi cara penilaian itu maklumlah kerajaan, apabila bekerja dengan kerajaan, tugas mereka untuk menjaga kepentingan kerajaan. Tugas penilai swasta ialah menjaga clientnya untuk mendapat harga yang tertinggi.

Saya, memang adalah dalam profesion penilaian ini pun ada yang memang tidak menilai dengan betul. Akan tetapi kita ada Lembaga yang menentukan di mana penilaian itu tidak mengikut market value, lembaga ini boleh mengambil tindakan jika ada laporan daripada pihak-pihak yang tertentu. Jadi saya fikir Yang Berhormat, persepsi yang berbeza itu sememangnya tidak ada. Cumanya memanglah orang yang tanahnya diambil selalunya nak harga yang mahal sangat. Itu yang sebab ada bezanya, ia hanya persepsi Yang Berhormat. Terima kasih.

Datuk Seri Boon Som A/L Inong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebenarnya sebagai contoh projek PLKN di Naka di Padang Terap, pengambilan tanah pihak kerajaan RM2.40 tetapi bila ditanya swasta, diambil swasta untuk ukurnya, dia kata dalam RM3.80. Jadi perbezaannya agak jauh. Jadi bila mengambil proses untuk mahkamah yang mengambil masa, jadi sampai sekarang belum selesai lagi terhadap kes tanah PLKN ini.

Kelima, Seksyen 37 dipinda untuk menaikkan had pampasan untuk tujuan rayuan di mahkamah kepada RM5,000. Ini agak terlalu mahal. Berapakah hadnya pampasan untuk tujuan rayuan itu sekarang? Apakah rasional untuk menaikkan kadar ini? Tidakkah kenaikan had ini terlalu tinggi terutamanya untuk orang-orang kampung dengan keadaan harga komoditi pertanian yang semakin menurun, berapa ramai yang sanggup pergi ke mahkamah untuk buat rayuan kalau mereka tidak puas hati dengan pampasan yang diberikan. Saya rasa perkara seperti ini perlu kita ambil kira sejajar dengan keadaan kenaikan taraf hidup sekarang dan juga sejajar dengan slogan 1Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Sekian terima kasih, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Shahanim

binti Mohamad Yusoff.

3.07 ptg.

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim... [Membaca sepotong doa]

Tertib bertimpuh si anak dara, Bersama keluarga di bendang luas; Pindaan Kanun Tanah Negara, Terima kasih Tuan Yang di-Pertua izinkan saya berbahas.

Page 49: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

42 DN 15.6.2016

Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan pegawai-

pegawai Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar atas kejayaan untuk memuktamadkan penggubalan Kanun Tanah Negara 2016. Bagi memudahkan perbahasan saya kali ini, saya ingin menyenaraikan beberapa isu dari inti pati pindaan ini untuk mendapatkan penjelasan lebih terperinci oleh Yang Berhormat Menteri bagi memastikan penambahbaikan urus tadbir tanah ini dilaksanakan secara berkesan dan memanfaatkan rakyat. Dalam persoalan yang saya ingin timbulkan adalah:

(i) status terkini pewartaan sempadan negeri-negeri yang melibatkan sungai atau tasik atau laut sebagaimana takrifan dalam pindaan seksyen 5;

(ii) apakah pemilik tanah sedia ada yang mana tanah mereka di pinggir tebing sungai boleh menambak semula tanah bagi memastikan warisan tanah hak mereka dipelihara;

(iii) berhubung dengan Fasal 10, seksyen 66 di mana satu ketetapan dibuat dalam seksyen 66(e)(2) di mana pentadbir tanah tidak dibenarkan memberikan lesen TOL iaitu Temporary Occupation License, dengan izin, bagi jarak lingkungan 50 meter dari tebing mana-mana sungai, mata air dan tasik.

(iv) Fasal 12 dengan memperkukuhkan kuasa pentadbir tanah agar rujukan pemohon permit mengeluar, meminda dan mengangkut bahan dibuat dengan Jabatan Mineral dan Geosains.

Tuan Yang di-Pertua, isu atau persoalan yang ingin saya kemukakan adalah berkaitan dengan isu persempadanan negeri-negeri di Semenanjung jika bersama berkongsi aliran sungai atau tasik. Dalam isu Kedah dan Penang, satu undang-undang yang dipanggil Akta Kedah Pulau Pinang (Pengubahan Sempadan) 1985 telah dibuat satu ketetapan bahawa sempadan Sungai Muda di antara bagi Pulau Pinang dan Kedah garis tengah aliran sungai tersebut.

■1510

Justeru, dalam seksyen 2, Akta Kedah dan Pulau Pinang (Pengubahan Sempadan) 1985, di garis sempadan akan diwartakan di garis tengah sungai, di mana daripada takat tebing air sebelah Penang dan tebing air sebelah Kedah apabila air surut berlaku. Persoalan saya dalam soal ketetapan sempadan negeri Kedah dan Pulau Pinang bagi sesuatu sungai, kita telah mempunyai satu undang-undang khusus. Akan tetapi bagaimana sempadan dengan negeri-negeri lain seperti Kelantan-Terengganu di Tok Bali dan Pahang-Johor; atau Perak-Kelantan; atau Perak-Thailand; atau Kelantan-Thailand. Perkara ini melibatkan sungai. Bagaimanakah pula jika melibatkan maritim?

Umum mengetahui Penang dok sibuk menambak laut. Kedah akan bantah kerana

menjejaskan nelayan di Kuala Muda atau sempadan yang terlibat kerana impak tambak tanah akan menyebabkan laut dan hidupan laut terancam. Jadi, kesan ini akan menyebabkan mata pencarian nelayan, terutama di negeri Kedah, di kawasan Kuala Muda di kawasan saya, pesisir pantai akan terjejas.

Oleh itu saya ingin dapatkan kepastian apakah kerajaan mempunyai warta terkini sempadan laut maritim? Agar sebarang pertikaian, tata kelola pentadbiran tanah lebih efisien dan mengurangkan pertikaian. Ini lebih-lebih lagi pertikaian antara kerajaan negeri berlainan parti.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan isu hakisan di tebing pantai atau sungai bagi penduduk yang telah membina rumah mereka di atas tanah hak milik mereka. Saya mendapat maklum bahawa tidak ada kebenaran akan diberikan oleh pentadbir tanah bagi melakukan tambakan semula tanah ke atas tapak tanah yang dihakis oleh laut di pesisir pantai dan sungai. Kalau penghuni rumah ini orang kaya, tidak apa Tuan Yang di-Pertua, tetapi bagaimana dengan orang miskin? Saya memohon Yang Berhormat Menteri menjelaskan perkara ini kerana di negeri Kedah, terutamanya di kawasan Yan, kebanyakan tanah-tanah orang kampung terhakis. Bila dia orang hendak tambak balik, kerajaan tidak membenarkan. Jadi, saya mohonlah Menteri menjelaskan perkara ini.

Page 50: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

DN 15.6.2016 43

Tuan Yang di-Pertua, bagi isu ketiga saya ingin mendapatkan kepastian, adakah dengan pindaan baru seksyen 66(e)(ii), di mana pentadbir tanah tidak dibenarkan memberikan lesen TOL bagi jarak lingkungan 50 meter dari tebing mana-mana sungai, mata air dan tasik akan menyebabkan permohonan membina jeti dan kemudahan perikanan akan terjejas. Oleh itu, saya mohon Yang Berhormat Menteri menjelaskan.

Terakhir Tuan Yang di-Pertua, adalah mengenai tata kelola apabila sesuatu permit mengeluar, memindah, mengangkut bahan batuan perlu dirujuk kepada Pengarah Galian. Dalam isu ini, saya ingin mencadangkan agar tambahan dibuat dengan memastikan sebelum sesuatu permit dikeluarkan, ketetapan teknikal oleh Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, JPJ, PBT dan pihak berkuasa pelabuhan diperlukan. Agar penguatkuasaan ke atas bahan galian ini dibuat secara bersepadu. Kita tidak mahu episod kesedihan, kesengsaraan penduduk di Kuantan akibat perlombongan dan pemindahan bauksit menjadi satu kemarahan rakyat.

Justeru, saya memohon dalam pindaan ini, mengapakah tidak diperincikan agar setiap pentadbir tanah perlu mendapatkan kebenaran dari jabatan atau agensi teknikal? Bagi memastikan tata kelola dan tata amalan industri yang tidak mengancam kesejahteraan rakyat dipelihara. Sekian, Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya memanggil

Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman.

3.14 ptg.

Tan Sri Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Terima kasih Tuan

Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk bersama-sama membahas rang undang-undang untuk meminda Akta Pengambilan Tanah 1990. Sungguhpun saya sedar bahawa pindaan kepada Akta Pengambilan Tanah ini tertumpu kepada tambahan kepada pengambilan tanah kepada pengambilan bawah tanah, stratum dan strata, sejajar dengan pindaan Akta Hak Milik Strata 1985. Izinkan saya memberi pendapat secara umum berhubung dengan beberapa perkara yang saya fikir relevan dan dengan harapan dapat diambil kira oleh Yang Berhormat Menteri.

Pertama, saya ingin membangkitkan berhubung dengan pampasan yang berpatutan kepada tuan empunya tanah yang diambil. Pada dasarnya, mengikut Akta Pengambilan Tanah, tuan empunya harta yang terlibat mestilah dibayar pampasan yang berpatutan dan munasabah mengikut harga pasaran.

Dalam hal ini, saya ingin menarik perhatian Menteri kepada Jadual Pertama iaitu prinsip berhubung dengan penentuan pampasan. Di syarat 1(d) Jadual Pertama ada menyebut, saya baca, ”Jika tanah yang dijadualkan hendak diambil itu dipegang di bawah suatu hak milik yang tempoh beberapa tahun, dalam mentaksir nilai pasaran, perhatian hendaklah diberi kepada tarikh habis tempoh pajakan itu sebagaimana yang ditunjukkan dalam dokumen hak milik. Akan tetapi perhatian tidak perlu diberi kepada kemungkinan pemberian milik kemudiannya pada orang atau badan yang tuan empunya sebelum sahaja habis tempoh pajakan itu.”

Pada pendapat saya Tuan Yang di-Pertua, apabila menentukan harga pasaran bagi harta yang dipegang dalam satu-satu tempoh pajakan, katakan 30 tahun, kita mesti ambil kira kemungkinan harta itu dipanjangkan tempoh pemilikannya. Saya berpendapat perenggan 1(d) di Jadual Pertama patut dimansuh kerana saya percaya ini adalah juga pendapat kebanyakan penilai sama ada yang kerja di dalam kerajaan ataupun di swasta. Satu perkara lagi berhubung dengan pampasan yang saya ingin bangkitkan ialah berhubung dengan Perkara 2(d) Jadual Pertama iaitu kerosakan yang ditanggung oleh orang yang berkepentingan apabila tanahnya diambil terhadap kepunyaan hartanya yang lain, sama ada, dengan izin, whether moveable or immoveable. Dalam hal ini, saya berpendapat pendapatan sebenar dari perniagaannya harus diambil kira apabila mengira untuk membuat pampasan.

Kedua, saya ingin memberi pendapat berhubung dengan bantahan apabila satu-satu kes dibincang di mahkamah.

Page 51: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

44 DN 15.6.2016

Di bawah seksyen 42, jika bantahan di hadapan mahkamah adalah berhubung

dengan amaun pampasan, mahkamah hendaklah melantik dua orang pengapit iaitu seorang daripadanya hendaklah pegawai penilai yang bekerja dengan kerajaan. Bagi maksud membantu hakim dalam mencapai satu amaun pampasan yang adil dan munasabah. Dalam seksyen 40(d)(ii), jika dua orang pengapit mencapai suatu keputusan yang berbeza, maka hakim hendaklah memilih untuk bersetuju dengan keputusan salah satu daripada pengapit dan amaun pampasan ialah yang diputuskan oleh pengapit itu.

Saya berpendapat seksyen 40(d)(ii) patut dipinda supaya memberi kuasa kepada hakim untuk menentukan amaun pampasan setelah mengambil kira keputusan kedua-dua pengapit dan tidak tertakluk kepada angka satu-satu pengapit sahaja. Ini akan memberi hakim kuasa yang lebih luas untuk menentukan pampasan yang berpatutan.

Selanjutnya, saya meminta penerangan Menteri berhubung dengan pemindahan seksyen 14, sub seksyen 5, dengan menggantikan perkataan, “imposed by the valuer”, dengan perkataan, “prescribed by the rules.” Ataupun kalau diizinkan saya terjemah, “...yang dikenakan oleh penilai” dengan perkataan “...yang ditentukan oleh kaedah yang ditetapkan.”

■1520

Ini adalah berhubung kait dengan pembayaran fi kepada penilai swasta yang dilantik oleh tuan empunya harta yang terlibat. Selalunya fi yang dikenakan adalah dirunding di antara penilai dan tuan empunya tanah bangunan atau harta yang akan diambil di bawah akta ini iaitu fi berasaskan kepada Jadual 7, Akta Penilai, Pentaksir dan Agen Hartanah 1981 [Akta 242]. Saya berharap kementerian sedar bahawa adanya Jadual 7 dan akan mengambil kira Akta 242 apabila membuat rules, dengan izin, di bawah subseksyen (5) yang dicadangkan ini.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberi pendapat sedikit berhubung dengan bahasa yang digunakan di dalam kertas D.R. 7/2016 yang dibentangkan hari ini. Dalam kertas ini kita ada dua versi. Versi yang pertama di muka depan, “...bernama suatu akta untuk meminda Akta Pengambilan Tanah 1960”, dan versi kedua versi Inggeris, “A Bill intituled an Act to amend the Land Acquisition Act 1960.”

Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mengapakah dalam bahasa versi bahasa Malaysia kita meminda dengan menggunakan bahasa Inggeris walaupun kita sudah ada versi Bahasa Malaysia iaitu Akta Pengambilan Tanah 1960. Saya bagi contoh yang pendek, di muka surat 15 di bawah perenggan penilaian seksyen 60 iaitu perenggan 38 menyebut, saya baca.

Seksyen 60 Akta Ibu dipinda dengan menggantikan perkataan, “Where the Land Administrator is unable to agree with persons interested on the amount of compensation” dengan perkataan “Where the persons interested is unable to agree on the amount of compensation offered by the Land Administrator”. Tidakkah patut kita sebut terus dalam Bahasa Malaysia iaitu seksyen 60 Akta Ibu dipinda dengan menggantikan perkataan, “Jika Pentadbir Tanah tidak boleh bersetuju dengan orang-orang berkepentingan atas amaun pampasan yang akan dibayar” dengan perkataan, “Jika orang berkepentingan tidak bersetuju dengan amaun pampasan yang ditawarkan oleh Pentadbir Tanah”.

Tuan Yang di-Pertua, nampaknya kita pinda akta ini dalam Bahasa Inggeris dan terjemah ke dalam Bahasa Malaysia. Jika kita hendak memperkasakan Bahasa Malaysia kertas yang dibentangkan di Parlimen lah sepatutnya dibuat dalam Bahasa Malaysia dan diterjemah ke bahasa Inggeris. Jika perlu dan bukan di sebaliknya.

Sekian, Tuan Yang di-Pertua. Saya pohon menyokong. Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua: Sememangnya adalah dengan izin, the right interpretation

yang kena diberi, pemindahan daripada Bahasa Malaysia kepada bahasa Inggeris tetapi saya harap Yang Berhormat Menteri akan jawablah bila dia gulung nanti. Sekarang Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan.

Page 52: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

DN 15.6.2016 45

3.24 ptg.

Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan: Bismillahir Rahmanir Rahim.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas laluan yang diberi kepada saya untuk turut sama bangun dan mengambil bahagian berbahas Rang Undang-undang Pengambilan Tanah ini. Secara dasarnya saya amat menyokong Rang Undang-undang Pengambilan Tanah (Pindaan) 2016 ini yang antaranya bertujuan memperkemaskan prosedur pengambilan tanah di negara ini.

Ini kerana dalam zaman moden dan perkembangan ekonomi yang menggalakkan ditambah lagi fakta kekurangan tanah untuk tujuan permohonan terutamanya di bandar-bandar besar. Pengambilan tanah bagi tujuan pembangunan khususnya daripada segi infrastruktur penting untuk mengekalkan daya kompetitif negara untuk mencapai status negara maju. Ini termasuk penggunaan tanah bawah tanah bagi pembangunan seperti terowong, saliran air dan prasarana bawah tanah.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong rang undang-undang ini tetapi saya berharap di sebalik keghairahan pengambilan tanah untuk tujuan kemajuan ekonomi Malaysia dan membangunkan kawasan setempat ini, bagaimanapun perlu mematuhi syarat yang ketat bagi menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat. Saya ambil contoh kedudukan tanah rizab Melayu. Tanah rizab Melayu semakin terhakis. Sejak dikuatkuasakan pada 1 Januari 1914 oleh Raja-Raja Melayu lalu, sejak sedekad lalu, tanah rizab Melayu hari ini tidak pernah mencapai sasaran 50 peratus daripada jumlah keseluruhan tanah di Semenanjung Malaysia sebaliknya hanya tinggal kira-kira 12 peratus sahaja.

Apakah yang berlaku? Bagaimana tanah rizab Melayu boleh susut sedangkan ia dilindungi undang-undang tanah di semua negeri malah undang-undang persekutuan. Pihak mana yang perlu bertanggungjawab atas kehilangan tanah-tanah tersebut? Saya ada membuat sedikit kajian dan mendapati keluasan tanah rizab Melayu menunjukkan trend

penyusutan ekoran terdapat banyak tanah rizab Melayu telah dibatalkan status untuk tujuan pembangunan dan penggantian tidak dilakukan secara serta-merta. Sama ada melalui pelupusan tanah terhadap tanah rizab Melayu, milik kerajaan ataupun pengambilan tanah terhadap tanah-tanah milik individu. Banyak daripada tanah rizab Melayu itu tidak diganti semula seperti dikehendaki oleh enakmen berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, Perkara 89 Fasal (3) Perlembagaan Persekutuan antara lain meletakkan tanggungjawab kepada pihak berkuasa negeri untuk menggantikan tanah rizab Melayu yang dibatalkan dengan tanah lain yang sama jenis. Kuasa pengisytiharan tanah rizab Melayu terletak pada Menteri Besar dan kelulusan Raja dalam mesyuarat dan perlu dibuat melalui warta kerajaan bertujuan mewujud, membatal, meminda had atau sempadan tanah rizab Melayu dan memasukkan tanah ke dalam kawasan tanah rizab sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua, penangguhan demi penangguhan oleh pihak berkuasa negeri untuk mematikan tanah rizab Melayu menyebabkan trend penyusutan itu berterusan

dan tidak mustahil perkara ini menggugat kepentingan generasi Melayu akan datang. Amat menyedihkan sekiranya pihak berkuasa negeri terus gagal mematuhi undang-undangnya sendiri iaitu wajib menggantikan mana-mana tanah rizab Melayu yang telah dikeluarkan daripada statusnya.

Tuan Yang di-Pertua, isu tawaran harga bagi tanah rizab Melayu. Saya melihat dan mengambil maklum penawaran harga ke atas tanah rizab Melayu dan dalam kesempatan ini saya ingin menyuarakan kegusaran mereka berkaitan mengapa Jabatan Penilaian meletakkan nilai yang rendah pada tanah rizab Melayu. Nilai tanah tidak sepatutnya berdasarkan pada status tanah rizab Melayu sepatutnya perlu berdasarkan pada nilai pasaran. Malah saya berpandangan Kerajaan Persekutuan sepatutnya menunjukkan contoh dengan meletakkan nilai yang lebih tinggi pada harga pasaran apabila membeli tanah rizab Melayu. Tawarkanlah dengan harga yang tinggi daripada nilai pasaran terutamanya yang lokasinya strategik dan di bandar-bandar besar.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu tanah rizab Melayu saya juga terpanggil untuk menyentuh tentang kedudukan tanah wakaf. Mengikut istilah syarak, wakaf membawa maksud menahan sesuatu harta dan memberikan manfaatnya untuk kebajikan dan kepentingan agama juga umat Islam.

Page 53: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

46 DN 15.6.2016

■1530

Dalam hujah wakaf, harta itu diwakafkan hinggalah ke akhirnya semata-mata kerana Allah SWT untuk selama-lamanya dan ia tidak boleh diambil kembali atau dimiliki oleh mana-mana individu. Namun dalam hal ini, kebanyakan tanah wakaf terutamanya di Pulau Pinang didiami sejak sekian lama, dua hingga tiga generasi, dan akhir-akhir ini, mereka enggan berpindah bagi memberi ruang kepada pembangunan untuk dimanfaatkan kepada lebih ramai umat Islam.

Mungkin Majlis Agama Islam Pulau Pinang perlu membuat satu perancangan strategik kerana ada tanah wakaf yang disalahgunakan untuk tujuan lain seperti orang bukan Islam yang membuka perniagaan dan keengganan penduduk di situ berpindah dan memberi ruang untuk tujuan pembangunan masyarakat Islam setempat agar lebih ramai umat Islam mendapat manfaatnya. Mungkin dalam jawapan Yang Berhormat Menteri nanti boleh mengulas sedikit termasuk apa yang kementerian Yang Berhormat Menteri boleh bekerjasama berkait isu tanah wakaf ini walaupun portfolionya di bawah kerajaan negeri dan majlis agama Islam. Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Yang Berhormat Senator Puan Hajah

Khairiah binti Mohamed.

3.31 ptg.

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Berkait dengan pindaan kepada Akta Pengambilan Tanah ini di bawah Rang Undang-undang Pengambilan Tanah (Pindaan) 2016, hanya dua isu sahaja yang ingin saya kemukakan di sini.

Jika kita lihat kepada Rang Undang-undang Pengambilan Tanah ini, kita lihat kebanyakan pindaan dan gantian kepada seksyen-seksyen berkaitan melibatkan aspek memperkemaskan prosedur pengambilan terutamanya bagi pengambilan melibatkan tanah bawah tanah dan juga strata. Saya yakin pindaan pada kali ini melihat kepada keperluan-keperluan semasa di mana pembangunan yang ada pada hari ini adalah lebih kompleks melibatkan strata dan juga hak milik bawah tanah.

Pertama, saya ingin merujuk kepada fasal 13 iaitu pindaan kepada seksyen 28 di mana apabila terdapat perbezaan antara jumlah keluasan tanah yang diambil dengan tanah yang terjadual yang tidak kurang daripada suku hektar atau satu peratus daripada keluasan tanah yang disiarkan dalam warta, perbezaan tersebut boleh diawardkan tanpa perlu menyiarkan semula perbezaan itu.

Persoalan ataupun permasalahan yang ingin saya kemukakan adalah berlaku kes di mana terlebih pengambilan ini hanya disedari selepas beberapa tahun dan ini benar-benar berlaku. Apabila terlebih pengambilan itu disedari, pihak kerajaan terpaksa menanggung pembayaran pampasan lebihan pengambilan dan juga dalam masa yang sama tentu sekali terpaksa menanggung caj lewat bayar.

Di sini saya ingin bertanya, adakah prosedur sebenarnya di pihak kerajaan sendiri apabila berlaku gazet keluasan pengambilan tersebut, dari sudut semakan, semakan sama ada berlaku terlebih pengambilan ataupun terkurang pengambilan? Jadi apabila ada standard operating procedure yang jelas berkait dengan perkara ini, tentu sekali terlepas

pandang berkait lebihan pengambilan ataupun kekurangan pengambilan sehingga melibatkan bertahun-tahun itu tidak akan berlaku. Jadi saya mohon penjelasan kerajaan berkait dengan perkara yang telah saya sebutkan tadi.

Seterusnya, saya ingin merujuk kepada fasal 21 iaitu bertujuan mengurangkan kadar caj bayaran lewat mengikut kadar semasa yang diguna pakai oleh mahkamah iaitu daripada lapan peratus kepada lima peratus. Jika di bawah seksyen 32, ia menyebut tentang payment of interest.

Sekali lagi berkait dengan caj bayaran lewat. Saya mohon penjelasan juga. Caj bayaran lewat ini adakah ia berbentuk compounding? Setakat yang saya tahu, kebanyakan interest ataupun caj bayaran lewat yang diamalkan oleh kerajaan pada hari ini, ia berbentuk compounding.

Page 54: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

DN 15.6.2016 47

Compounding yang dimaksudkan ialah sebagai contoh, sekiranya sepatutnya caj

interest asalnya yang dikenakan adalah atas jumlah pokok RM1,000, caj pada tahun ini termasuk interest lima peratus ialah RM1,005. Akan tetapi apabila masuk tahun kedua, ketiga, keempat dan kelima, interest tersebut ataupun caj lewat tersebut bukan dikenakan ke atas pokok tetapi pokok dan juga interest. Saya rasa ini tidak boleh sama sekali

diamalkan.

Di peringkat PBT sendiri, cukai bandarnya, rates di pihak bank itu memang ini amalan bank. Cuma di pihak kerajaan, saya menyeru agar apa-apa caj bayaran lewat yang berbentuk compounding ini sewajarnya dielakkan kerana ia agak menekan dan zalim. Jadi saya rasa di pihak PBT ada yang telah mengkaji aspek rates ini, cukai bandar ini dan saya mohon di pihak kerajaan, berkait dengan cukai tanah ataupun rates yang sebegini untuk mengelakkan compounding rates ini. Dua perkara itu sahaja. Sekian, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Tan Sri

Haji Mohd Ali. Silakan.

3.37 ptg.

Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam: Terima kasih kepada Tuan Yang di-

Pertua. Saya ingin sama-sama menyokong rang undang-undang meminda Akta Pengambilan Tanah 1960 yang mana tujuan utamanya adalah untuk membolehkan kerajaan mengambil tanah di bawah bangunan yang telah pun sedia ada untuk pembangunan sistem pengangkutan baru negara seperti LRT, kereta api laju dan sebagainya yang juga boleh melibatkan terowong ataupun mungkin laluan gas dan paip air. Ini satu undang-undang baru yang patut kita sokong yang mana ia telah pun dilaksanakan di negara-negara maju oleh sebab tanah yang semakin sempit terutama dalam kawasan bandar.

Kita ada tiga jenis title tanah. Satu, tanah biasa, geran tanah, atas itu ada bangunan. Kedua, bila bangunan dibina atas tanah tetapi bangunan itu bertingkat. Tingkat pertama, tingkat kedua, tingkat ketiga dan kalau kita jual secara bertingkat-tingkat, itu dipanggil strata title. Yang kita hendak buat sekarang ini tingkat bawah tanah seperti pembinaan terowong ataupun ada juga bangunan yang dibina bawah tanah bertingkat. Di sesetengah negara, bangunan bawah tanah itu empat hingga lima tingkat dan dijual secara tingkat. Ini juga patut ada undang-undang. Ini dipanggil- masa saya dulu bincang, dipanggil stratum. Jadi tanah atas, geran tanah. Bawah stratum, dan atas strata. Jadi ada tiga jenis

geran tanah sekarang.

Saya hendak tanya, bila kita ambil tanah di bawah, katalah Bangunan Parlimen ini, katalah bawah ini hendak buat laluan kereta api laju, jadi berapa tinggi? Tadi ada sebut 20 meter. Kalau piling itu tinggi sangat sampai 100 meter macam mana? Adakah pemilik tanah

atas ini dapat pampasan? Katakan tanah ini milik saya, ini rumah saya tapi dia hendak ambil sebelah bawah itu, saya dapat berapa? Kalau katakan sekaki RM1,000 harga tanah biasa, adakah saya dapat RM1,000 sedangkan tanah saya sebelah atas itu kekal saya punya dan bangunan itu kekal saya punya? Ataupun kerajaan sudah ada kadarnya hendak ambil bawah itu?

■1540

Kemudian katalah kita ambil sekali, kemudian akan datang hendak ambil sekali lagi tak? Ada lagi satu pembangunan. Adakah pemilik atas itu dapat lagi sekali pampasan dan pemilik yang kedua itu dapat juga pampasan? Soalan saya yang ketiga apabila kita bina terowong kereta api laju misalnya di bawah bangunan, kita mungkin dapat sedikit bising gangguan alam sekitar. Kadang-kadang bergegar kereta api lalu, kadang-kadang dekat Paris pun masa kita lalu kereta api lalu bangunan yang sebelah pun berbunyi. Kita pun terasa gegaran.

Adakah pemilik rumah itu dapat setiap tahun pampasan kerana menghadapi bunyi bising gangguan alam sekitar dan sebagainya. Ini suka tak suka kita terpaksa luluskan kerana dalam kemajuan negara kita yang semakin pesat, laluan-laluan bawah tanah telah menjadi satu perkara baru yang perlu kita laksanakan.

Page 55: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

48 DN 15.6.2016

Perkara yang kedua yang saya hendak bincang cara Jabatan Penilaian mengira

pampasan. Tadi Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman kata harga swasta lebih mahal, harga kerajaan murah. Akan tetapi dalam pengalaman saya di Melaka sudah terbalik. Harga kerajaan lebih mahal daripada harga swasta. Kalau dahulu kita suka pakai harga swasta. Apabila kerajaan ambil alih, kita lawan pergi mahkamah, jadi dapat harga lebih baik. Akan tetapi hari ini sudah terbalik. Harga swasta murah, harga kerajaan pula mahal. Jadi hari ini kalau di Melaka syarikat swasta bagi kita tak nak pakai. Kita tunggu kerajaan kerana penilaian kerajaan dia lebih mahal...

Tuan Ramli bin Shariff: Mohon mencelah.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, dia hendak celah.

Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam: Boleh, boleh.

Tuan Ramli bin Shariff: Lanjutan daripada apa yang dibangkitkan oleh Yang

Berhormat tadi, saya hendak dapat pandangan Yang Berhormat. Maksudnya di Melaka sekarang soal semakan kehakiman ataupun judicial review ini sudah tiada lagi? Itu saya hendak minta penjelasan kerana penilaian daripada pihak kerajaan lebih tinggi. Jadi adakah rakyat Melaka sekarang sudah selesa dan tidak perlu membuat semakan kehakiman di mahkamah untuk tujuan pengambilan? Terima kasih.

Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam: Judiciary masih berjalan Tuan Yang di-

Pertua. Selepas itu apabila sudah dapat harga kerajaan yang mahal kita lawan sekali lagi pula pergi mahkamah. Mahkamah biasanya naikkan 20 peratus. Jadi dua kali untunglah. Saya ambil contoh tanah di kampung sayalah di Bukit Katil. Mula-mula saya jadi Ketua Menteri dahulu Disember 1999 katalah saya bina ada rumah kedai depan itu saya bina yang terakhir RM120,000 dua tingkat. Itu rumah terakhir. Hari ini harga rumah kedai itu sudah pergi RM400,000. Semasa tahun 2000, kampung saya baru RM3 sekaki. Depan jalan mungkinlah RM5 ke RM6, belakang boleh RM3. Hari ini baru ini kita ambil sudah pergi RM24. Kemudian pergi mahkamah dia sudah jadi RM30.

Jadi hendak bangunkan rumah kos rendah sudah tidak boleh, hendak bina rumah kos sederhana pun sudah tidak boleh. Kalau hendak bina rumah, hendak kena bina rumah flat RM200,000 ke RM300,000. Sedangkan orang kampung pun dia tidak expect harga itu. Dia expect mungkinlah RM11, RM12 kan? Sekali Jabatan Penilaian lambung RM24. Selepas itu pergi court lawan naik RM30.

Jadi itu bukan tempat di kampung saya. Di Bachang pun dalam Melaka pun macam itu juga. Kalau dahulu RM12 hari ini sudah pergi RM35. Ada satu kes ini dia naik RM45. Jadi kita sudah susah hendak bangunkan kawasan-kawasan macam di Peringgit, di Bachang. Tanah pertanian tetapi sudah pergi RM45. Jadi saya apabila tanya Jabatan Penilaian macam mana you nilai ini? Kadang-kadang kita bawa sampai Mesyuarat Exco. Dia kata dia ikut penilaian terakhir.

Katalah begini ya, kita ada tanah. Nilai ini katalah RM20. Jadi orang tahu dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman kita nak bangunkan. Jadi di situ pula ada kita dengar dia ambil sebuah tanah kecil suku ekar dilambungkan- transaction RM50. Jadi apabila hendak ambil dekat taman Lake Garden, jadi harta penilaian dikira yang terakhir transaction. Padahal itu transaction main-main sahaja. Jadi dia ikut RM50.

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Boleh saya mencelah?

Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam: Jadi macam mana kita hendak bangun, cara mengira itu mengikut transaction yang terakhir.

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Sebenarnya dalam soal penilaian ini, kalau ambil Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan Lake Club, dia tidak boleh ambil comparison yang jual di Lake Club untuk menentukan harga di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Dia kena dalam vicinity itu. Sungguhpun tidak ada definisi apa ‘vicinity’ ia

bermakna yang berdekatan.

Berhubung dengan last transaction, not necessarily. Apabila kita buat satu-satu penilaian, kalaulah harga tanah pada keseluruhannya di antara RM20 hingga RM22 kaki persegi kalau ada satu transaction yang RM50 misalannya, dalam prinsip penilaian kita

tidak boleh ambil kira penilaian yang RM50 itu kerana ia bertentangan dengan trend nilaian. Tidak semestinya nilaian yang terakhir. Dia kena ambil semua nilaian. Itu prinsipnya.

Page 56: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

DN 15.6.2016 49

Akan tetapi cara yang ditentukan oleh pegawai-pegawai tanah dalam perbicaraan mungkin berlainan. Itulah sebabnya kita ada mahkamah dan sebagainya kalau kita tidak setuju dengan nilaian yang dibuat. Itu pendapat saya Yang Berhormat. Terima kasih.

Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam: Tuan Yang di-Pertua, memang kita pun sudah argue dengan Jabatan Penilaian macam itu dalam Mesyuarat Exco. Saya tadi beri contoh kawasan agak jauh sedikit, sebenarnya dalam vicinity yang sama.

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Kalau macam itu kena lantik Rahim and Co. sebagai consultant [Ketawa]

Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam: Rahim and Co. lawan Jabatan

Penilaian Negara, Jabatan Penilaian Negara akan menang kalau kita lawan kan kerana harga ...

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Tidak semestinya [Ketawa]

Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam: Ini kerana harga Jabatan Penilaian

sekarang lebih tinggi daripada swasta dalam konteks Melakalah. Saya dahulu suka pakai swasta. Ini jam sudah tidak suka lagi kerana kerajaan lebih mahal. So saya pertikaikan bagaimana dia kira tetapi alasan macam-macamlah. Ayat terakhir mengikut the last transaction, dengan izin. Itulah cara yang saya minta supaya Jabatan Penilaian tengok balik macam mana harga di Bachang tiba-tiba naik RM45 ini? Depan Tesco Bachang, selepas Giant. Itu semua kawasan pertanian dalam itu kan.

Kalau katakan RM15 agak munasabahlah. Ini RM45 termasuk juga dekat sebelah Bachang ini Pengkalan Batu pun macam itu juga. Dia pun sudah naik sampai RM40. Jadi saya hari ini kita hendak buat pembangunan sudah tidak boleh Tuan Yang di-Pertua, sudah jem ini sebab semua harga sudah naik. Tiba-tiba sudah jadi melambung tidak tentu pasal termasuk kampung saya, Tan Sri pun sudah pergi kampung saya. Tidaklah macam Bukit Baru kan, di situ pun sudah naik RM30 satu kaki. Kita expect dalam RM18. Itu pun sudah

tinggi, sepatutnya RM12.

Inilah yang saya pertikaikan bagaimana cara menilai oleh Jabatan Penilaian tetapi kalau kita dengar jawapannya pergi court pun dia menang juga. Inilah isu yang berlaku sekarang ini. Tidak samalah yang macam tadi ada Ahli Yang Berhormat cakap tanah MCL itu Yang Berhormat. Akan tetapi yang MCL ini pun RM30 ke RM40 juga. Itu kita sukalah tetapi hendak bangunkan negara sudah menjadi susah.

Kemudian pengambilan yang hendak diukur balik. Tadi ada sebut kalau dia semasa ambil itu katakan 10 ekar, kemudian apabila ukur, sudah jadi 10 ekar setengah. Jadi kita hendak kena mohon balik. Itu memang mengganggu kelicinan perjalanan pembangunan. Oleh sebab itu saya sokong kalau dia terlebih suku ekar, kenalah ukur balik. Akan tetapi kalau hendak kira pun satu ekar terlebih pun kalau projek itu 50 ekar, terlebih seekar dia salah kira patut tidak payah lagi nak bawa ukur balik, cuma betulkan sahaja. Jadi projek boleh jalan terus kerana ini projek awam yang untuk kepentingan orang ramai.

■1550

Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya kalau dari bawah itu, berapa tahun dia punya tempoh. Kata lease itu tinggal 70 tahun ya, adakah bila kerajaan ambil, dia akan jadi geran besar atau diikut juga 77 tahun. Last sekali berkaitan dengan tanah milik

bumiputera. Saya tadi sokong Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Shukor lah kerana bila kita ambil tanah MCL dengan tanah adat, ini Yang Berhormat Lim Kit Siang bertanya. Dia kata orang kata dia racist kan, ini yang DAP tak setuju. Dia hendak semua tanah ini sama, tak payah ada tanah adat Melayu, tak payah ada tanah MCL, tak payah ada tanah adat. Jadi semua siapa kaya, dia ada duit, dia sapu. Ini kita tak setuju Tuan Yang di-Pertua, tanah adat ini kita kena pertahankan. Sebab itu kita tak sokong cara DAP ini kerana kalau boleh semua tanah adat pun dia hendak beli juga kerana dia banyak duit kan.

Dulu saya ingat masa dia menang Perak, dia kata kita Ahli-ahli Parlimen ADUN Pembangkang DAP, satu inci tanah kerajaan pun kita tak hendak ambil. Satu kali ada satu Ahli Parlimen itu ambil 10,000 ekar dekat Kelantan kan. Jadi kita pun tanya, “Engkau kata satu inci engkau tak hendak. Ini 10,000 ekar?” Ini orang cakaplah. Dia kata satu inci dia tak mahu, 10,000 ekar dia mahulah Datuk.

Page 57: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

50 DN 15.6.2016

Pandai juga dia orang ini ambil ya, beribu ekar diambil. Itu mungkin agaknya tanah

lease. Sebab itu masa di Perak dia dapat pegang sekejap, tanah 99 tahun ditukar jadi 999 tahun.

Dia punya tamak itu Tuan Yang di-Pertua, pasal itu orang Melayu pun risaulah. Kita orang Melayu ini, orang bumiputera ini termasuk Sabah dan Sarawak kita banyak orang miskin. Jadi kalau orang kaya-kaya ini datang bawa duit dari Singapore, bawa duit dari Tehran kah, dari luar negara, dia pergi beli semua tanah ini, kita tinggal apa? Dia bagi mungkin mahal sedikit, sebab itu kita hendak kekalkan tanah adat ini.

Saya hendak tanya, bila tanah ini sudah berkurangan, bagaimanakah kerajaan ganti balik? Macam kita dekat Melaka, kita ada satu undang-undang di peringkat negeri kalau kita beli tanah 99 tahun, kita boleh jadi balik Tanah Adat Melaka. Jadikan balik sepanjang masa tetapi untuk bumiputera sahaja untuk gantikan balik supaya kalau kita ada 50 peratus, tetap kekal 50 peratus. Macam kata pesan Raja-Raja Melayulah. Merdeka ini esok, 50 peratus jumlah tanah ini kekal ya di tangan orang Melayu, lagi 50 peratus itu bahagi-bahagilah di kalangan semua rakyat.

Jadi itulah soalan saya bagaimana kerajaan hendak mengekalkan percentage

tanah-tanah adat ini supaya tidak akhirnya esok kaum bumiputera kehilangan tanah-tanah yang mereka memiliki. Dengan ini, saya lagi sekali menyatakan sokongan saya kepada rang undang-undang ini terutama untuk mengambil tanah di bawah bangunan bagi infrastruktur yang amat diperlukan oleh negara kita pada ketika ini. Terima kasih, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, itu sahajalah Yang Berhormat

yang telah memberi nama. Sekarang saya memanggil Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.

3.53 ptg.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang

Berhormat yang mengambil bahagian tadi khususnya Yang Berhormat Senator Dato’ Hoh Khai Mun; Yang Berhormat Senator Dato’ Goonasakaren A/L Raman; Yang Berhormat Senator Datuk Seri Boon Som A/L Inong; Yang Berhormat Senator Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff; Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman; Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan; Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed; dan akhir sekali tadi Yang Berhormat Senator Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.

Saya merasa lega kerana umumnya Ahli Yang Berhormat menyokong kecuali beberapa mungkin cadangan bagi tujuan penambahbaikan sama ada akta ini atau pun akta-akta lain berkaitan pada masa akan datang termasuklah tentang penggunaan bahasa, tentang caj dan lain-lain lagi. Jadi saya terus menjawab kepada beberapa isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Pertamanya tentang pengambilan balik tanah iaitu sama ada kenapa kerajaan membuat pengambilan balik tanah kemudian tanah tersebut dibiarkan kosong dan tidak dibangunkan dan sebagainya. Jadi ini telah mengundang persepsi rakyat yang tidak baik. Sebenarnya perkara ini adalah tertakluk kepada perancangan agensi pemohon yang melibatkan peruntukan yang disalurkan oleh Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri. Jadi tanah sekiranya tidak dibangunkan bagi tujuan yang diambil, ia boleh ditukar guna untuk tujuan lain demi manfaat rakyat. Ia akan dituntut oleh kerajaan setelah berunding dengan kementerian-kementerian yang berkaitan.

Di samping itu kerajaan telah mula menggunakan tanah-tanah yang diambil untuk dibangunkan rumah mampu milik seperti PR1MA, PP1M dan sebagainya. Berhubung isu-isu berkaitan dengan aktiviti pertanian atas tanah, kerajaan sedikit sebanyak menyumbang kepada bekalan makanan yang dikenal pasti ia akan dibawa kepada pengetahuan kementerian yang berkaitan. Tentang Temporary Occupation License ini atau TOL, adakah

pencerobohan di Cameron Highlands ini, tentang Cameron Highlands ini sebenarnya akta ini hanya digunakan untuk pengambilan atas tanah hak milik. Kebanyakan isu di Cameron Highlands isu melibatkan tanah yang diberikan lesen pendudukan sementara ataupun TOL.

Page 58: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

DN 15.6.2016 51

Oleh itu akta ini tidak digunakan sekiranya ia tidak melibatkan tanah milik.

Kemudian tentang pengambilan tanah bawah tanah, ada yang membangkitkan tentang mengenai buffer zone, mengenai kedalaman yang diambil selepas ketetapan minimum dan mengenai pindaan seksyen 50 iaitu di mana tiada penjelasan mengenai pampasan akibat penggunaan sementara tanah.

So dalam hal ini ia akan diperjelaskan dalam kaedah-kaedah yang akan dibuat oleh Menteri di bawah seksyen 69 Akta 486 serta pekeliling dan garis panduan yang berkaitan pada masa yang akan datang. Juga tentang pindaan seksyen 7, isu yang membangkitkan adakah tiada ketentuan kedalaman yang diambil. Dalam hal ini, perincian akan dibuat dalam kaedah dan pekeliling kerana melibatkan soal teknikal. Sama ada ia melibatkan cerucuk, melibatkan rupa bentuk, sifat tanah dan sebagainya. Selain itu kerajaan juga akan menggunakan teknologi yang sesuai dan mendapatkan laporan teknikal bagi memastikan kedalaman tanah yang diambil adalah memadai bagi memastikan tanah permukaan selamat dan stabil seperti yang saya sebutkan tadi.

Tentang penilaian. Ini subjek yang mungkin ramai yang menyebut tadi. Sebenarnya mengapa seksyen 3 dipinda bagi membenarkan laporan penilaian swasta diambil kira. Ia dipinda bagi mempercepatkan pelaksanaan sesuatu projek. Laporan penilaian awal oleh pihak swasta dicadangkan untuk diterima bagi tujuan menentukan nilai deposit yang perlu dibayar serta peruntukan kewangan yang perlu disediakan oleh agensi pembayar. Ia sama sekali tidak menjejaskan hak tuan tanah untuk mendapatkan laporan penilaian bagi tujuan pampasan.

Pindaan akta ini juga tentang kenapa pindaan akta menaikkan nilai untuk tuan tanah membuat bantahan di mahkamah. Sebenarnya pindaan akta ini tidak menaikkan nilai deposit ke mahkamah. Ia kekal RM3000 cuma hanya had bantahan yang dinaikkan iaitu sekiranya nilai pampasan yang diperoleh tuan tanah kurang RM5000 barulah bantahan ke mahkamah boleh dibuat. Ini adalah selaras dengan harga pasaran tanah semasa bukannya caj. Ini melibatkan nilai tanah yang kurang bawah RM5000. Oleh itu tidak timbul rakyat dibebankan untuk membantah ke mahkamah.

Cadangan penggunaan unit yang seragam bagi keluasan tanah iaitu dinyatakan dalam sistem metrik. Untuk kiraan dalam undang-undang tanah hanya disebut dalam Kanun Tanah Negara sahaja dan dalam Kanun Tanah Negara, ia dinyatakan dalam sistem metrik. Sekiranya berlaku ketidakseragaman unit kiraan peringkat pelaksanaan, ia boleh diselaraskan dalam Mesyuarat Pengarah-pengarah Tanah Malaysia yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Tanah dan Galian.

■1600

Tentang tanah rizab Melayu. Tanah rizab Melayu tidak mendapat nilai yang sama dengan tanah lain. Sebenarnya tanah rizab Melayu diberi penilaian yang serupa dengan tanah-tanah milik lain seperti mana di dalam Jadual Pertama Akta Pengambilan Tanah 1960. Asas nilaian adalah harga pasaran semasa tanah dan bukan berdasarkan status rizab Melayu. Tentang bagaimana penilaian-penilaian bagi pengambilan tanah bawah tanah ditentukan.

Yang Berhormat Senator Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam tadi menyebut, bertanya ya iaitu penentuan pampasan bagi pengambilan tanah bawah tanah akan dibuat berdasarkan prinsip Jadual Pertama akta ini. Sebagai contoh, walaupun pengambilan melibatkan sebahagian tanah bawah dan sebahagian tanah di permukaan dilaksanakan, penentuan pampasan adalah mengguna pakai prinsip yang sama dalam Jadual Pertama akta ini selaras dengan Perkara 13, Perlembagaan Persekutuan.

Namun demikian, tiada transaksi jual beli tanah untuk tanah bawah tanah pada masa ini. Oleh yang demikian, pihak penilaian akan menentukan asas pampasan berdasarkan prinsip-prinsip yang terpakai. Ini antara kerajaan dengan tuan punya tanah. Mungkin akan datang kalau timbul jual beli tanah bawah tanah yang melibatkan bukan kerajaan, mungkin isu perkara yang lain yang kita boleh buat satu perbincangan atau seminar bagi tujuan tersebut kalau adalah ya.

Tentang caj. Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed, isu caj bayaran lewat dan elemen compounding. Dalam hal ini, Akta 486 hanya memperuntukkan interest ke atas nilai pokok sahaja, tiada elemen compounding di dalam Akta 486.

Page 59: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

52 DN 15.6.2016

Tentang kedudukan tanah adat atau Malacca Customary Land di Melaka dan

JPPS menilai pampasan pada kadar lebih tinggi berbanding swasta. Seperti juga tanah rizab Melayu, Tanah Adat Melaka juga terpelihara dan pampasannya dikira pada kadar yang sama dengan tanah lain. Ini termasuk dalam perenggan 1(2)(1)(a), Jadual Pertama Akta Pengambilan Balik Tanah.

Tentang adakah prosedur selepas gazet pengambilan tanah sekiranya berlaku terlebih atau terkurang ambil tanah melebihi melalui pindaan seksyen 28. Terlebih atau terkurang pengambilan sesuatu tanah akan diketahui oleh pentadbir tanah selepas...

Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam: Terima kasih Yang Berhormat beritahu.

Apa yang saya sebut tadi di Melaka tu bukan sahaja tanah adat, tanah yang tak adat ini pun harganya pun luar biasa, tinggi sangat. Macam di Pengkalan Batu tu, itu bukan tanah adat. Itu tanah sesiapa boleh ambil, tanah besar. Itu pun harga naik mahal. Jadi untuk maklumanlah, bukan saya mempertikaikan tanah adat sahaja. Di Melaka tanah adat Melayu atau dengan tanah biasa kemungkinan besar sama harga. Memang telah diberi pengiktirafan yang sama. Akan tetapi mengapa kenaikan tu tinggi sangat?

Akan tetapi sudah saya tanya tadi bahawa sudah pun dijawab oleh jabatan kerana dia ambil penilaian terakhir, tetapi Tan Sri Dato’ Haji Abdul Rahim kata dia bukan pakai nilai yang terakhir. Suatu hari esok mungkin Tan Sri boleh datang, kita lawan supaya boleh turunkan harga itu.

Timbalan Yang di-Pertua: [Ketawa] Bila bekas Ketua Menteri bercakap ya.

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri: Terima kasih Yang Berhormat. Melaka dengan

Ledang dia jiran, dia memang banyak- dia banyak tempias ke Tangkaklah, bukan Ledang. Jadi Ledang pun ikut juga kalau boleh [Ketawa]

Tentang prosedur selepas gazet yang tadi saya sebut. Terlebih atau terkurang pengambilan sesuatu tanah akan diketahui oleh pentadbir tanah selepas pelan akui disediakan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan. Jika tanah tersebut terlebih ambil, perbezaan tanah tersebut akan dinilai berdasarkan perintah pentadbir tanah dan ini akan dikenakan caj bayaran lewat. Jika tanah tersebut terkurang, pentadbir tanah akan meminta kembali wang pampasan tersebut daripada tuan tanah.

Tentang sama ada kedudukan rizab Melayu terjejas, pengambilan tanah yang membabitkan rizab Melayu tidak akan menjejaskan kedudukan sebagai rizab Melayu. Sebagai contoh, tapak sekolah, hospital dan lain-lain. Sekiranya tujuan pengambilan bagi tujuan ekonomi yang disasarkan secara terbuka meliputi semua kaum, maka ketika itulah pengambilan tanah akan disusuli dengan pembatalan. Apabila pembatalan dibuat, maka kerajaan negeri terikat dengan Perkara 89, Perlembagaan Persekutuan iaitu perlu mengisytiharkan tanah lain sebagai tanah rizab Melayu. Dari sedut rizab Melayu, ia sepenuhnya di bawah kerajaan negeri. Kementerian ini berperanan sebagai penyelaras dari sudut pengumpulan data dan penyediaan pelan geospatial. Oleh itu, keluasan tanah rizab Melayu termasuk keluasan yang dibatalkan dan diganti perlulah dirujuk kepada kerajaan negeri yang berkaitan.

Berdasarkan pemerhatian kementerian ini, tidak berlaku pengurangan keluasan. Kerajaan sememangnya prihatin tentang wasiat Raja-Raja Melayu berdasarkan perjanjian perlembagaan yang ditandatangani pada 5 Ogos 1957. Oleh itu, tindakan yang dibuat oleh kerajaan sememangnya selaras dengan Perkara 89, Perlembagaan sebagaimana yang dipersetujui oleh Raja-Raja Melayu.

Berdasarkan rekod kementerian yang diperoleh daripada pihak pentadbiran tanah negeri, keluasan tanah rizab Melayu di Semenanjung Malaysia didapati telah meningkat sebanyak 1,989,796.48 hektar pada tahun 2014 berbanding pada tahun 1947. Pada tahun 1947, tanah rizab Melayu dianggarkan sejumlah 2,422,720 hektar iaitu 18.76 peratus daripada hektar jumlah keluasan keseluruhan Semenanjung, tidak termasuk Pulau Pinang dan Melaka. Tidak, ini daripada segi kurang. Bukannya maksud Melaka tak masuk, bandingan sahaja.

Manakala pada tahun 2014, keluasan tanah rizab Melayu dianggarkan berjumlah 4,362,469.549 hektar iaitu meliputi 33.79 peratus daripada 12,911,400 hektar jumlah keluasan keseluruhan tanah Semenanjung tidak termasuk lagi Pulau Pinang dan Melaka. Ini sebagai bandingan sahaja.

Page 60: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

DN 15.6.2016 53

Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Haji Abdul Rahim tadi mencadangkan

supaya pindaan seksyen 40D(2) agar mahkamah boleh membuat keputusan setelah meneliti pandangan kedua-dua pengapit tanpa perlu memilih salah satu pandangan pengapit. Sebenarnya Yang Berhormat, penilaian tanah merupakan satu isu teknikal. Tugas pengapit adalah untuk membantu hakim. Jadi seksyen 40D(2) ini adalah berkait dengan seksyen 49 di mana tiada rayuan boleh dibawa ke mahkamah lebih tinggi jika melibatkan isu kuantum. Oleh itu, tiada cadangan pindaan terhadap seksyen 40D ini.

Tentang tanah wakaf. Perundangan yang terlibat dalam mentadbir tanah wakaf. Seperti juga tanah, wakaf juga terletak di bawah bidang kuasa negeri. Perkara ini terletak di bawah urusan Majlis Agama Islam negeri-negeri dan diperjelaskan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam atau Enakmen Wakaf Negeri.

■1610

Isu-isu lain yang dibangkitkan seperti mengapa teks pindaan rang undang-undang bahasa Malaysia tidak ditulis dalam Bahasa Malaysia, sebaliknya dalam bahasa Inggeris. Saya suka jelaskan iaitu ini kerana teks sahih Akta 486, bahasa Inggeris. Tiada teks terjemahan ke Bahasa Malaysia yang sahih kerana ia digubal pada tahun 1960. Hanya selepas Akta Bahasa Kebangsaan 1967 digubal, barulah teks di dalam mana-mana undang-undang dikehendaki dalam teks Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Oleh itu, apa-apa pindaan terhadap undang-undang yang wujud sebelum 1967 hendaklah berpandukan teks sahih ataupun asal iaitu bahasa Inggeris.

Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat.

Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Saya hendak tanya Yang Berhormat

Timbalan Menteri, bila Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut teks dalam bahasa Inggeris, kalau kita tengok Kanun Tanah, muka surat 15 ini memang memalukan Bahasa Malaysia. Kalau kita tengok proviso dalam subseksyen 211, dalam perenggan dengan memasukkan selepas koma perkataan “or” ini. Apa salahnya kalau kita- kalau hendak Melayu, betul-betul Melayukan ia. Kalau hendak English semua Englishkan ia. Jadi, memang memalukan sangat martabat Bahasa Malaysia. Bila saya tengok muka surat 15 itu rasa macam tidak mahu bahaslah undang-undang ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih. Pandangan, pandangan ya.

Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri: Terima kasih Yang Berhormat atas kepekaan.

Saya pun seiring dengan Yang Berhormat oleh sebab ini berkaitan dengan kepakaran undang-undang, mungkin kita menjurus kepada pihak pengamal undang-undang supaya segera mengalih bahasa teks asal [Ketawa]

Atau apa tindakan seterusnya bagi tujuan, bagi menyahut seruan daripada Yang Berhormat tadi. Terjemahan ya. Ini juga soal teknikal. Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Haji Abdul Rahim bertanya tentang seksyen 14, subseksyen 5, berkaitan “imposed by the valuer” dipotong. Ia dipotong kerana nilai bayaran kepada penilai akan dimasukkan sebagai jadual melalui kaedah oleh Menteri.

Jadual Ketujuh di bawah Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah akan dipotong apabila nilai bayaran kepada penilai dimasukkan dalam kaedah Akta 486. Tentang tadi, Yang Berhormat Senator Dato’ Goonasakaren menyebut pencabulan hak kepada Orang Asli dan pihak yang lain. Saya suka menyebutkan di sini iaitu kerajaan sentiasa terbuka dalam segala tindakannya. Mana-mana pihak boleh merujuk kepada mahkamah. Selain itu untuk makluman, kerajaan telah menubuhkan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai hak Orang Asli.

Akhir sekali, kalau tidak salah saya akhir sekali, kalau tiada kertas dari belakang iaitu tentang isu pertelingkahan dalam pengambilan tanah di Ampang Park. Untuk makluman Yang Berhormat, perkara ini sedang di dalam prosiding di mahkamah. Kita tunggu. Walau bagaimanapun, kita mencatat sebagai rekod, cadangan ataupun teguran daripada Yang Berhormat untuk rujukan pada masa akan datang. Kemudian, sejauh mana kemampuan pindaan Akta 486 ini boleh menangani masalah banjir di Pos Terisu akibat pencerobohan tanah di Cameron Highlands.

Page 61: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

54 DN 15.6.2016

Isu bauksit di Pahang dan menampung keperluan pembangunan pada masa akan

datang. Ia sebenarnya di luar- tidak ditampung pada pindaan Akta 486. Ia melibatkan penguasaan di bawah undang-undang. Namun demikian, perkara ini turut diambil kira melalui pindaan kepada Kanun Tanah Negara yang akan dibentangkan di dalam Dewan ini di mana kadar penalti dinaikkan bagi kesalahan-kesalahan yang lain.

Ini baru yang terakhir, Yang Berhormat Senator Puan Shahanim menyebut tentang kesan pantai. Kementerian peka dan sentiasa memantau tentang hakisan pantai. Memang benar ada beberapa- terlalu banyak lot tanah telah pun, dengan izin, disappeared kerana

tanah telah pun terhakis. Oleh sebab itulah kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan yang amat banyak dahulu, sekarang dan akan datang bagi menebus semula lot tanah yang telah pun hilang kerana hakisan pantai. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Baik. Terima kasih Yang Berhormat. Kita dengar

dengan penuh panjang lebar tadi diperkatakan oleh Timbalan Menteri kita, diterangkan dengan baik. Terima kasih banyak. Petang semalam saya bertanya kepada Yang Berhormat Senator, saya kata, “Manakah pergi anak muda kita?” Siapakah dia itu? Saya kata, kita punya Yang Berhormat Senator Datuk Haji Megat Zulkarnain. Ini ada tadi.

Petang ini saya senang hati, ada kita punya mantan, kita punya Presiden ada, dibuktikan oleh Presiden kita pun ada sama. Semalam, Tok Ya kita Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas kata dia uzur. Akan tetapi pentang ini pun dia datang. Tepuk tangan sikit. Terima kasih datang, bagus [Tepuk] Salah satu contoh

buktinya. Apatah lagi hingga larut petang ini ada kita di sini, saya senang hati bahawa anda sekalian menunjukkan jiwa perjuangan itu.

Nampak tadi Yang Berhormat Senator Dato’ Mohd. Suhaimi tegur itu tentang kata-kata, pentingnya kata-kata kepada kita orang perjuangan ini. Jangan, boleh menyenangkan hati, boleh pujuk isteri, boleh menyusahkan orang. Itu kata-kata itu mustahak.

Baju kurung kain hijau, Balik kampung menumpang kereta, Luka di tangan kerana pisau, Luka di hati kerana kata.

Itu ya. Pandangan itu ya. Pegang, jaga kata-kata itu. Kata hikmat. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya sampaikan lagi. Ahli-ahli Yang Berhormat. sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

[Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa]

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

[Fasal-fasal 1 hingga 43 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]

[Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang]

[Majlis Mesyuarat bersidang semula]

[Rang undang-undang dilaporkan dengan tiada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk Halimah binti Mohd Sadique], dan diluluskan]

Timbalan Yang di-Pertua: Baik, terima kasih.

Page 62: MALAYSIA - parlimen.gov.my · Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-11, pendapatan isi rumah B40 iaitu isi rumah berpendapatan 40 peratus

DN 15.6.2016 55

Kalau ada sumur di ladang, Izinkan saya menumpang mandi, Kalau ada umur kita panjang, Pagi esok kita jumpa lagi... [Tepuk]

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi pada hari Khamis, 16 Jun 2016. Sekian, wassalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.]