101
Bil. 16 Isnin 29 Jun 2015 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KEDUA

MALAYSIA - · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

  • Upload
    ngocong

  • View
    317

  • Download
    7

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

______________________________________________________________________________________________________________ Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2015

Bil. 16 Isnin 29 Jun 2015

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KETIGA BELAS

PENGGAL KETIGA MESYUARAT KEDUA

Page 2: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,
Page 3: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

______________________________________________________________________________________________________________ Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2015

K A N D U N G A N

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL:

Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 19) Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 (Halaman 22)

Page 4: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,
Page 5: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 i

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang

2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Doris Sophia ak Brodi

3. “ Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad (Dilantik)

4. “ Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman (Dilantik)

5. “ Dato’ Abdul Rahman bin Mat Yasin (Terengganu)

6. “ Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan (Perlis)

7. “ Dato’ Sri Abdul Wahid bin Omar – Menteri di Jabatan Perdana Menteri

8. “ Dato’ Adam bin Abdul Hamid (Johor)

9. “ Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md Hanipah - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan

Kepenggunaan

10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang)

11. “ Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki (Dilantik)

12. “ Puan Bathmavathi A/P K. Krishnan (Dilantik)

13. “ Dato’ Boon Som A/L Inong (Dilantik)

14. “ Dato’ Chai Kim Sen (Dilantik)

15. “ Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah (Selangor)

16. “ Datin Paduka Chew Mei Fun (Dilantik) - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

17. “ Tuan Chia Song Cheng (Johor)

18. “ Datuk Chin Su Phin (Dilantik)

19. “ Tuan Chong Sin Woon (Negeri Sembilan)

20. “ Dato’ Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Haji Openg (Sarawak)

21. “ Dato’ Goonasakaren A/L Raman (Dilantik)

22. “ Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim (Perak)

23. “ Dato’ Hoh Khai Mun (Pahang)

24. “ Dato’ Dr. Hou Kok Chung (Dilantik)

25. “ Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah (Dilantik)

26. “ Dato’ Sri Iris Jala @ Idris Jala (Dilantik) - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

27. “ Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman (Dilantik)

28. “ Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh (Dilantik)

29. “ Dato’ Dr. Johari bin Mat (Kelantan)

30. “ Datuk Kadzim bin Haji M. Yahya (Sabah)

31. “ Puan Hajah Khairiah binti Mohamed (Kelantan)

32. “ Dato’ Khairudin bin Samad (Dilantik)

Page 6: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

ii DN 29.6.2015

33. Yang Berhormat Tuan Koh Chin Han (Melaka)

34. “ Dato’ Lee Chee Leong (Perak) - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

35. “ Datuk Lihan Jok (Sarawak)

36. “ Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan - Senator - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan

37. “ Datuk Dr. Lucas bin Umbul (Sabah)

38. “ Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit (Dilantik)

39. “ Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam (Melaka)

40. “ Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Mohd Anwar bin Haji Mohd. Nor (B)

41. “ Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Negeri Sembilan)

42. “ Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah (Kedah)

43. “ Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin (Dilantik)

44. “ Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah (Dilantik)

45. “ Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai (Dilantik)

46. “ Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin (Dilantik)

47. “ Puan Hajjah Norahan binti Abu Bakar (Pahang)

48. “ Datuk Hajah Noriah binti Mahat (Dilantik)

49. “ Datuk Norliza binti Abdul Rahim (Dilantik)

50. “ Datuk Paul Low Seng Kuan - Senator - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

51. “ Datin Rahimah binti Haji Mahamad (Dilantik)

52. “ Tuan Ramli bin Shariff (Perlis)

53. “ Puan S. Bagiam A/P Ayem Perumal (Dilantik)

54. “ Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff (Kedah)

55. “ Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian (Dilantik)

56. “ Puan Siti Aishah binti Shaik Ismail (Pulau Pinang)

57. “ Datuk Subramaniam A/L Veruthasalam (Dilantik)

58. ” Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader (Dilantik)

59. “ Dr. Syed Husin Ali (Selangor)

60. “ Datuk S. Vigneswaran A/L M. Sanasee (Dilantik)

61. “ Tuan Wilfred Yong Chen Leong (Dilantik)

62. “ Datuk Yahaya bin Mat Ghani (Dilantik)

63. " Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus (Wilayah Persekutuan Labuan)

64. “ Datuk Yoo Wei How (Dilantik)

65. “ Tuan Zali bin Mat Yasin (Dilantik)

Page 7: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 iii

DEWAN NEGARA

Ketua Pentadbir Parlimen

Encik Awang Alik bin Jeman

Setiausaha Dewan Negara

Encik Riduan bin Rahmat

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan)

Encik Muhd Sujairi bin Abdullah

PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD)

Monarita binti Mohd Hassan Azhari bin Hamzah

Rosna binti Bujairomi Noraidah binti Manaf

Siti Norlina binti Ahmad

Suriyani binti Mohd. Noh Aisyah binti Razki

Yoogeswari A/P Muniandy Nor Liyana binti Ahmad

Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir

Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid

Siti Norhazarina binti Ali Mulyati binti Kamarudin

Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Sherliza Maya binti Talkah Mohd Salleh bin Ak Atoh

Nor Hamizah binti Haji Hassan

Azmir bin Mohd Salleh Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim

Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib

Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari

Syahila binti Ab Mohd Khalid Hazwani Zarifah binti Anas Siti Aishah binti Md. Nasir

Ismalinda binti Ismail Hazliana binti Yahaya

Muhammad Dzulhazmi bin Sha’arin Amir Arshad bin Ab Samad

Sharifah Raabiatul Adawiyah binti Syed Mohamed Nik Nor Nazrin binti Nik Ab Rahman

Page 8: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,
Page 9: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 1

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KETIGA BELAS

PENGGAL KETIGA

MESYUARAT KEDUA

Isnin, 29 Jun 2015

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan selamat pagi. Ahli-ahli Yang Berhormat, kita hari ini masuk hari di mana selepas soalan lisan dan kementerian akan menjawab kerana banyak perkara telah dibangkitkan oleh semua Ahli Yang Berhormat semasa dalam membahaskan Rancangan Malaysia Kesebelas dan saya harap semua kementerian juga bersedia memberi jawapan.

Besar kemungkinan agaknya kerana masa pada bulan Ramadan ini, kita akan buat macam mana yang lepas iaitu kita teruskan waktu semasa makan tengah hari dan siapa yang hendak makan itu, yang tidak puasa bolehlah keluar diam-diam, tetapi Majlis akan terus berjalan. Kepada yang berpuasa takkan hendak makan juga? Saya rasa mesti duduk dalam Dewan dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada jawapan yang diberi oleh pihak kementerian.

Saya harap sangat kesemua kementerian bersedia juga memberi jawapan secepat mungkin dan bersedia memberi jawapan. Tanpa membuang masa, saya mempersilakan pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan. Soalan pertama Yang Berhormat Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam.

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam minta Perdana Menteri menyatakan, senarai

pertubuhan belia yang memperolehi Dana Sukarelawan 1Malaysia (DRE1M) bagi tujuan menjalankan program kesukarelawanan yang membina negara atau nation building, dan senaraikan nama program yang dianjurkan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Shahidan bin Kassim]: Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebanyak 96 buah persatuan belia berdaftar dari seluruh Malaysia telah menerima manfaat menerusi sokongan Dana Sukarelawan 1Malaysia (DRe1M) sejak penubuhan 1Malaysia For Youth (iM4U) pada tahun 2012 sehingga 15 Jun 2015. Sejumlah 170 aktiviti kesukarelawan telah dilaksanakan oleh persatuan-persatuan tersebut yang meliputi teras aktiviti iM4U iaitu pembangunan belia, kesejahteraan masyarakat, keusahawanan sosial, kesenian dan kebudayaan dan inovasi serta sukan.

Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam: Terima kasih kepada Yang Berhormat

Menteri yang telah memberikan jawapan. Soalan tambahan saya, berapakah jumlah bantuan yang telah diberi menerusi dana ini?

Page 10: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

2 DN 29.6.2015

Kejadian bah atau banjir besar yang berlaku di Kelantan pada akhir tahun 2014

lalu telah mewujudkan ramai sukarelawan dan semangat kesukarelawan yang tinggi. Persatuan Pengakap Malaysia contoh terbaik pasukan NGO beruniform yang berperanan sebagai sukarelawan.

Saya ingin tahu, bolehkah dana sukarelawan ini disuntik secara automatik saban tahun bagi kumpulan sukarelawan yang aktif seperti persatuan pengakap, pandu puteri ataupun persatuan belia yang lain seperti Majlis Belia Malaysia?

Soalan saya yang kedua, saya lihat 1Malaysia For Youth (iM4U) dilihat mengawal

selia adanya benar dana sukarelawan ini walaupun misinya menyemai dan memperkukuhkan semangat kesukarelawan dalam kalangan belia Malaysia dan berjaya mengaktifkan 1.3 juta orang sukarelawan di negara ini. Saya amat takut satu kekangan atau halangan kerana birokrasi.

Kalau kita lihat sebagai contohnya pengakap, organisasi ini mempunyai 1 juta keahlian dan sudah mempunyai networking yang meluas di seluruh negara berbanding dengan iM4U kerana pertubuhan ini sudah lebih 100 tahun beroperasi. Jadi dana-dana sukarelawan yang diperkenalkan oleh kerajaan amat bermakna bagi pertubuhan seperti pengakap, pandu puteri kerana mereka sudah mempunyai program sukarelawan sepanjang tahun termasuklah juga MBM kalau kita bagi bantuan dana untuk sukarelawan, pasti persatuan belia ini dapat digerakkan dengan lebih berkesan. Saya harap dapat penjelasan. Terima kasih.

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, yang pertama pengakap

boleh pohon ataupun tidak? Boleh. Kedua, berhubung dengan Yang Berhormat beri contoh mangsa banjir. Banyak program yang telah dipohon termasuk pasca banjir, cuci kawasan dan sebagainya. Ini boleh dipohon dan yang memohon bantuan Dana Sukarelawan 1Malaysia ini terdiri daripada beberapa kategori iaitu individu boleh, pelajar-pelajar IPT dan juga persatuan belia.

Jadi, seperti yang saya sebutkan sehingga kini kita ada 96 buah persatuan belia berdaftar yang memohon dana ini. Jadi kalau Yang Berhormat bertanya kenapa pengakap tidak diberi peruntukan dan sebagainya, kehadiran kita lebih compliment kepada apa yang

ada sekarang. Jadi Yang Berhormat, ini ialah sebuah dana yang dibuat, yang difikirkan bahawa cukup penting kita bagi perhatian bukan sahaja kepada sesuatu kumpulan tertentu tetapi termasuk kumpulan-kumpulan lain terutamanya pelajar di IPT yang ada usaha untuk meningkatkan kesukarelawanan di kalangan mereka, mereka boleh berbuat demikian.

■1010

Sehingga kini, lebih RM20 juta telah pun diluluskan kepada semua persatuan dan juga individu serta pelajar IPT untuk menjalankan pelbagai aktiviti kesukarelawanan. Yang lain-lain, saya sebutkan ialah kehadiran kita ialah untuk menampung kepada aktiviti-aktiviti sukarela yang berjalan dengan lancar di negara ini.

2. Dato' Chai Kim Sen minta Menteri Kewangan menyatakan, bolehkah Kumpulan

Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membentangkan pelan atau kertas kerja pelaburan secara berkala dalam Parlimen untuk perdebatan di kalangan Ahli-ahli Parlimen demi menentukan simpanan persaraan ahli-ahli terjamin.

Timbalan Menteri Kewangan [Datuk Chua Tee Yong]: Tuan Yang di-Pertua,

untuk makluman, objektif pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai sebuah dana persaraan adalah untuk melindungi dan menambah nilai simpanan ahli. KWSP adalah salah satu daripada dana persaraan yang menjamin kadar dividen tidak kurang daripada 2.5 peratus nominal setahun. Selain itu, KWSP turut menyasarkan kadar dividen pada atau lebih daripada 2 peratus campur purata kadar inflasi untuk tempoh tiga tahun. Pelaburan yang dibuat adalah berdasarkan kepada peruntukan yang telah digariskan di bawah Akta KWSP 1991.

Mengikut seksyen 18, Akta KWSP 1991, perkara-perkara yang berkenaan dengan pelaburan KWSP dipertanggungjawabkan kepada panel pelaburan KWSP yang dilantik oleh Menteri Kewangan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang luas berkaitan pelaburan dan industri.

Page 11: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 3

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat Senator, sebarang kertas kerja atau cadangan pelaburan KWSP melibatkan maklumat-maklumat price sensitive material information dan sulit. Dalam KWSP sendiri, polisi Chinese Wall, dengan izin, telah dilaksanakan bagi mengawal dan melindungi maklumat-maklumat tersebut kepada anggota KWSP yang disenaraikan sahaja.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Senator juga, simpanan ahli secara kumulatif dilaburkan selaras dengan pelan lokasi aset strategik KWSP yang dirangka bagi memastikan pulangan pelaburan yang konsisten dan stabil untuk tempoh jangka panjang. KWSP telah melantik dan bekerjasama dengan perunding global yang mempunyai kredibiliti yang tinggi di dalam merangka alokasi aset strategik yang bersesuaian dengan profil, risiko dan pulangan KWSP. Sekian, terima kasih.

Dato’ Chai Kim Sen: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang

Berhormat Menteri atas jawapan tadi. Tuan Yang di-Pertua, berikut kemerosotan nilai mata wang Ringgit Malaysia yang mendadak ini, ahli-ahli KWSP kini kurang yakin dan bimbang akan terjejaskan pendapatan atau prestasi KWSP pada tahun ini.

Apakah langkah yang akan diambil oleh kementerian ataupun KWSP untuk melindungi wang simpanan ahli-ahlinya? Tambahan pula tertanya-tanya isu MARA berhubung dengan pembelian hartanah dengan harga yang luar biasa di Melbourne, Australia baru-baru ini. Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014, mereka telah melabur dalam hartanah dan infra. Soalan saya, apakah mekanisme pelaburan yang dirangka oleh KWSP untuk mengelakkan penyelewengan berlaku iaitu tidak beli dan jual dengan harga yang tidak berpatutan berbanding harga pasaran? Sekian, terima kasih.

Datuk Chua Tee Yong: Terima kasih atas soalan tambahan, Yang Berhormat

Senator. Tuan Yang di-Pertua, KWSP mengamalkan dasar-dasar atau tadbir urus korporat pelaburan yang ketat, telus dan berhemah. Bagi pelaburan yang telah diperuntukkan di bawah Akta KWSP 1991, kelulusan diperlukan pada peringkat pengurusan, termasuklah jawatankuasa pengurusan pelaburan, jawatankuasa pengurusan risiko serta jawatankuasa langganan saham untuk tujuan perakuan, manakala kelulusan selanjutnya adalah di bawah bidang kuasa panel pelaburan. Bagi pelaburan yang tidak diperuntukkan di bawah Akta KWSP 1991, kelulusan bertulis daripada Menteri Kewangan adalah diperlukan. Pelaburan KWSP juga adalah tertakluk kepada pengauditan yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Dalam KWSP secara suku tahunan, manakala Jabatan Audit Negara secara tahunan.

Di samping itu, KWSP secara organisasi yang telus turut mendedahkan kedudukan dan prestasi pelaburannya setiap suku tahunan. Perincian kedudukan kewangan dana yang menggunakan Polisi Perakaunan Antarabangsa (FRS) 139 juga dibuat melalui laporan tahunan yang telah diluluskan oleh Jabatan Audit Negara, dibentangkan di Parlimen dan tertakluk kepada proses penelitian oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

Bagi menjamin simpanan persaraan ahli, KWSP sebagai pemegang amanah berpegang teguh kepada polisi pelaburan yang berhemah pada julat risiko yang munasabah serta mengamalkan tahap integriti yang tinggi bagi setiap keputusan pelaburan yang dilaksanakan. Untuk prestasi daripada segi EPF atau KWSP, kita melihat semenjak tahun 2004, jumlah dividen yang telah diberikan telah kian meningkat. Pada tahun 2004, dividen yang telah diagihkan adalah sebanyak RM10 bilion. Menjelang tahun 2014, dividen yang diberikan adalah sebanyak RM36 bilion. Setiap pelaburan mempunyai risikonya yang tersendiri tetapi saya yakin dengan prestasi KWSP yang menunjukkan prestasi yang baik sekian lama. Sekian, terima kasih.

Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan saya, KWSP pada 31 Disember 2014 mengisytiharkan bahawa asetnya bernilai RM636 bilion yang mana 40 peratus daripadanya dilaburkan dalam pelaburan patuh syariah, manakala 60 peratus lagi bersifat konvensional. Persoalan yang dibangkitkan oleh rakyat di luar sana, terutama di kalangan 60 peratus orang Islam, bagaimanakah wang-wang yang berada di dalam KWSP ini akan dilaburkan sepenuhnya dalam pelaburan yang patuh syariah?

Page 12: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

4 DN 29.6.2015

Adakah di sana roadmap yang jelas, atau perencanaan yang jelas bagaimana kita

boleh mengalihkan pelaburan yang daripada konvensional kepada patuh syariah dalam satu jangka masa yang tertentu. Oleh sebab tidak ada alasan lagi untuk kita tidak melonjak ke arah itu kerana negara kita pun dikenali sebagai negara yang mahu menjadi hab kepada sistem kewangan Islam yang mana pelaburannya berpaksikan kepada patuh syariah. Terima kasih.

Datuk Chua Tee Yong: Terima kasih atas soalan tambahan, Yang Berhormat Senator. Baru-baru ini, KWSP telah melancarkan survey untuk menambahbaikkan daripada

segi sistem penyampaian mereka dan untuk mendapat tahu maklum balas daripada orang ramai hala tuju KWSP yang perlu diambil. Daripada segi soalan, salah satu soalan yang telah dikemukakan dalam kajian tersebut atau survey tersebut mengenai sama ada EPF atau KWSP haruslah memperkenalkan Syariah-Compliant Retirement Scheme.

Sebenarnya, yang mendapat maklum balas sebanyak 71 peratus dan bukan 100 peratus yang menyokong. Bahkan, ada yang tidak menyokong sebanyak 29 peratus dan bila ditanya sama ada pilihan untuk memilih syariah-compliant retirement savings ini, jikalau diberi peluang, yang bersetuju hanyalah sebanyak 45.1 peratus sahaja.

Maka, daripada segi hala tuju dan gerak, EPF akan menilai kajian-kajian tersebut untuk merangka apa yang diperlukan, terutamanya oleh mereka yang mencarum. Sekian, terima kasih.

3. Datuk Chin Su Phin minta Menteri Pendidikan menyatakan, adakah kerajaan

bercadang untuk memberikan kelonggaran kepada kanak-kanak yang memiliki masalah berkenaan kad pengenalan diri seperti kes di Sabah untuk melanjutkan pelajaran di sekolah-sekolah awam sehingga peringkat tertinggi.

Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin]:

Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Chin Su Phin atas soalan yang berkaitan dengan persekolahan untuk pelajar di Sabah yang tidak mempunyai dokumen.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa prihatin dengan peluang dan hak kanak-kanak di Malaysia mendapat pendidikan, termasuk kanak-kanak yang tidak memiliki dokumen yang lengkap di Sabah dengan syarat-syarat yang tertentu.

■1020

Sehubungan itu, selain daripada merujuk kepada Akta Pendidikan 1996 di bawah Peraturan-peraturan Pendidikan atau penerimaan yang berkaitan dengan penerimaan masuk murid ke sekolah, penyimpanan data dan syarat bagi mengekalkan murid/pelajar di sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia juga mengguna pakai Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.1/2009 yang berkaitan dengan kemasukan kanak-kanak warganegara Malaysia tanpa dokumen ke sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Yang menjelaskan penerimaan kanak-kanak warganegara Malaysia yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri masuk ke sekolah-sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:

(i) mana-mana seorang ibu bapa kanak-kanak tersebut adalah warganegara Malaysia; dan

(ii) syarat surat pengesahan atau surat perakuan ketua kampung bahawa kanak-kanak tersebut anak kepada warganegara.

Penguatkuasaan Pekeliling Ikhtisas Bil.1/2009 ini memberi sedikit kelonggaran kepada kanak-kanak warga Malaysia mendapat pendidikan formal di peringkat rendah selaras dengan dasar pendidikan wajib. Namun di peringkat pendidikan tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia masih mengekalkan dasar bahawa hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak mengemukakan permohonan untuk kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam atau IPTA bagi lepasan SPM dan setaraf.

Manakala bagi permohonan kemasukan lepasan STPM setaraf, adalah terbuka kepada warganegara Malaysia dan penduduk tetap yang mempunyai nombor kad pengenalan atau MyKad. Permohonan ini boleh dibuat terus kepada IPTA. Sekian, terima kasih.

Page 13: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 5

Datuk Chin Su Phin: Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, kanak-kanak yang dianggap tanpa kerakyatan menjadi masalah terselindung rakyat Malaysia sekian lama dan menjadi satu masalah yang serius dan memberi kesan besar terhadap masyarakat. Kanak-kanak ini tidak berpeluang mendapat pendidikan sempurna. Jika mereka masuk ke dalam sistem persekolahan kebangsaan sekalipun, mereka perlu mendaftarkan diri sebagai warga asing dan harus membayar levi.

Oleh yang demikian, soalan tambahan saya, adakah kementerian harus mengkaji semula Pelan Pembangunan Pendidikan 2015 ke tahun 2025 bagi memasukkan masalah ini sebahagian daripada keutamaan dalam perancangan jangka panjang tersebut. Apakah sebenarnya target kerajaan bagi mengatasi masalah ini di dalam kita menjadi negara maju menjelang tahun 2020 khasnya masalah di Sabah? Terima kasih.

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin: Terima kasih Yang Berhormat

Senator atas soalan, sebenarnya dua soalan tambahan. Yang berkaitan dengan adakah kementerian harus mengkaji semula Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk membuat peningkatan. Di sini saya hendak sampaikan kepada Yang Berhormat Senator bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia mengadakan dua buah pelan pembangunan pendidikan Malaysia yang sudah dilancarkan kepada bahagian sekolah pada tahun 2013. Baru-baru ini Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk pengajian tinggi juga dilancarkan pada bulan April.

Memang Kementerian Pendidikan Malaysia apabila melaksanakan kedua-dua pelan pembangunan pendidikan tersebut, menggunakan satu modul yang berkaitan dengan PIR. ‘P’ adalah berkaitan dengan merancang pelan. ‘I’ berkaitan dengan melaksanakan implement dan ‘R’ adalah berkaitan dengan review yang termasuk daripada segi pemantauan juga. Jadi jawapan saya di sini ialah memang kajian akan dijalankan dari semasa ke semasa seperti pelan pembangunan pendidikan dan ada inisiatif yang akan dilaksanakan di bawah Gelombang 1, yang ke-2 dan ke-3. Apa yang Kementerian Pendidikan akan buat adalah selepas melaksanakan inisiatif di bawah gelombang demi gelombang itu, memang kajian semula akan dijalankan.

Yang berkaitan dengan soalan yang kedua kerajaan ambil tindakan untuk mengatasi masalah supaya Malaysia mencapai status sebagai sebuah negara yang maju dan memang tindakan diambil. Dalam konteks pendidikan, target untuk Malaysia mencapai status sebuah negara yang maju ini ditetapkan dalam sebelas anjakan di Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Untuk Sabah, memang Sabah terlibat dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Jadi ini bermakna bahawa Sabah tidak diabaikan.

Sekiranya katalah kita rujuk kepada Gelombang 1, kita boleh melihat bahawa tumpuan diberi untuk merapatkan jurang yang diwujudkan di antara sekolah di luar bandar atau pedalaman dan sekolah bandar. Saya mencadangkan kepada Yang Berhormat Senator di sini bahawa lebih eloklah sekiranya luangkan masa untuk membaca Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, kedua-dua pelan pembangunan kerana semua inisiatif dan transformasi dicatatkan dalam pelan tersebut. Sekian, terima kasih.

4. Dato’ Khairudin bin Samad minta Menteri Kewangan menyatakan, tuntutan

insurans yang memakan masa terlalu lama untuk kenderaan yang hilang ataupun terlibat dengan kemalangan (total loss).

Datuk Chua Tee Yong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuntutan insurans

akibat kehilangan kenderaan bermotor pada kebiasaannya akan diselesaikan dalam tempoh enam bulan atau apabila siasatan polis telah selesai mengikut masa mana yang lebih awal. Tempoh ini mengambil kira masa yang diperlukan oleh syarikat insurans dan polis untuk membuat penyiasatan berhubung kehilangan tersebut dan juga usaha mencari balik kenderaan tersebut. Kadar kecurian kenderaan yang tinggi di negara ini turut mempengaruhi tempoh masa yang diambil bagi menyelesaikan kes tuntutan insurans. Pada tahun 2014 sahaja, sebanyak 31,010 tuntutan kecurian kenderaan dengan nilai hampir RM500 juta telah dicatatkan.

Page 14: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

6 DN 29.6.2015

Bagi tuntutan insurans kenderaan yang terlibat dalam kemalangan besar pula,

siasatan yang terperinci dilakukan bagi menentukan status kenderaan sebelum diisytiharkan sebagai mengalami kerugian menyeluruh atau total loss, dengan izin. Terdapat kes di mana status kenderaan yang kemalangan hanya dipastikan sebagai kerugian menyeluruh (total loss) selepas usaha membaik pulih yang dijalankan oleh bengkel tidak dapat disempurnakan atau apabila alat ganti untuk melengkapkan sebahagian besar daripada pembaikan tidak dapat diperoleh dalam masa yang berpatutan.

Bank Negara Malaysia dan industri insurans mengambil langkah berterusan untuk memperbaiki kecekapan proses penyelesaian tuntutan motor di negara ini. Pada tahun 2001, pangkalan data merujukkan ke pusat telah diperkenalkan untuk mempercepatkan penentuan harga pasaran kenderaan dan seterusnya mengurangkan pertikaian ke atas nilai tuntutan yang merupakan antara sebab-sebab berlakunya kelewatan dalam menyelesaikan tuntutan insurans motor sebelum ini.

Selain itu, langkah untuk memperbaiki proses penyelesaian tuntutan telah diambil seperti mengehendaki syarikat insurans menyediakan maklumat tambahan kepada orang ramai mengenai komitmen mereka kepada standard perkhidmatan tertentu bagi menyelesaikan tuntutan, meningkatkan pengaturan bagi pengendalian tuntutan pihak ketiga dengan lebih cepat dan mengurangkan penipuan dalam pengendalian pembaikan kenderaan bermotor. Syarikat insurans adalah dikehendaki memaklumkan pihak yang menuntut mengenai status tuntutan mereka dengan kadar segera selepas menerima dokumen yang lengkap. Kebiasaannya dalam masa 14 hari.

■1030

Bagi kes-kes rumit yang mengambil masa yang lebih lama ini disusuli dengan status aduan dalam masa dua bulan dan setiap 30 hari bekerja kemudiannya. Sekiranya kelewatan tuntutan yang tidak munasabah dialami oleh pihak yang menuntut dan tiada alasan yang kukuh diberi oleh syarikat insurans, pihak yang menuntut boleh membuat aduan kepada syarikat insurans terbabit atau terus pada Bank Negara Malaysia melalui laman informasi nasihat dan khidmat dan BNM Telelink. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Seterusnya soalan tambahan Dato’ Khairudin.

Dato’ Khairudin bin Samad: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan ribuan

terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah menjawab termasuk sekali soalan tambahan yang hendak saya kemukakan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat. Sekarang saya

mempersilakan Yang Berhormat Datin Rahimah.

Datin Rahimah binti Haji Mahamad: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan

tambahan saya memohon pihak kementerian memaklumkan jumlah tuntutan insurans palsu yang telah dibuat oleh orang awam dan berapa banyak yang telah dibawa ke pengadilan. Terima kasih.

Datuk Chua Tee Yong: Terima kasih atas soalan tambahan tersebut. Saya tidak

mempunyai data spesifik sebegini. Mungkin pegawai boleh memberitahu maklumat yang terperinci tersebut. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bila soalan tambahan itu kalau boleh

jangan terlalu spesifik sebab kalau spesifik itu susah hendak jawab oleh Menteri.

5. Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah minta Menteri Pendidikan menyatakan,

berapa banyak perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kerajaan bagi menjalankan Program Belia untuk Pendidikan, Kemapanan dan Kedamaian (YESPeace) yang telah dilancarkan baru-baru ini.

Datuk Yap Kain Chaing @ Mary Yap Ken Jin: Terima kasih, Yang Berhormat

Senator Dato’ Haji Mohd Suhaimi atas soalan yang berkaitan dengan program Belia untuk Pendidikan, Kemapanan dan Kedamaian (YESPeace). Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, rangkaian antarabangsa YESPeace adalah di bawah kelolaan Mahatma Gandhi Institute of Education for Peace and Sustainable Development

(MGIEP) yang merupakan pusat kategori 1 UNESCO.

Page 15: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 7

Ingin dijelaskan bahawa peruntukan bagi aktiviti-aktiviti MGIEP tidak dibiayai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebaliknya dibiayai oleh UNESCO sendiri dan rakan-rakan strategik tempatan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Soalan tambahan, Yang Berhormat Dato’ Suhaimi.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Dalam program YESPeace ini kita telah mendapat maklumat bahawa UNESCO telah mengatakan bahawa di dunia ini terdapat 1.2 bilion orang pemuda antara umur 15 hingga 24 tahun. Saya ada dua soalan, Tuan Yang di-Pertua.

Nombor satu, apakah program YESPeace akan juga menjadi satu program yang akan menjadi satu persaingan dengan Program World Assembly of Youth? Yang Berhormat Tan Sri Ali ada bersama dengan kita ini.

Soalan kedua saya, boleh tidak kementerian menggunakan program YESPeace kedamaian, Peaceful World ini supaya rakan-rakan muda yang banyaknya mengikut UNESCO terdapat di negara China supaya mereka ini bersatu dengan Youth Malaysia kerana baru-baru ini dalam YouTube kita tengok ada berita yang mengatakan bahawa orang-orang Islam yang berpuasa di China telah mendapat penindasan daripada mereka dan kita menggunakan YESPeace ini untuk mereka memberi kesedaran kepada dunia bahawa ini satu kesalahan yang besar terhadap religious peace. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Yap Kain Chaing @ Mary Yap Ken Jin: Terima kasih, Yang Berhormat

Senator atas dua soalan yang berkaitan dengan program YESPeace. Saya hendak sampaikan kepada Yang Berhormat Senator bahawa program YESPeace telah dilancarkan pada 24 hari bulan Mei tahun ini dan pada 25 hari bulan Mei tahun ini satu mesyuarat sudah dijalankan. Program ini sebenarnya adalah dalam status untuk buat perancangan. Jadi bengkel sudah dijalankan. Kedua, cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator boleh dibincang dan dipertimbangkan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Dr.

Hou Kok Chung.

Dato’ Dr. Hou Kok Chung: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kita telah dengar

tadi tentang dana sukarelawan dan kaitannya dengan soalan ini ialah kumpulan sasarnya adalah juga belia. Apakah langkah atau usaha-usaha kerajaan untuk memastikan program YESPeace ini memberi fokus membawa kepada kedamaian? Misalnya melebihkan lagi aktiviti yang melibatkan belia semua kaum dalam bilangan yang sama banyak dan program-program tersebut membawa konsep pendidikan kepada pelbagai agama, budaya dan cara hidup masing-masing.

Datuk Yap Kain Chaing @ Mary Yap Ken Jin: Yang Berhormat Senator seperti

yang saya beritahu tadi bahawa YESPeace program baru dilancarkan dan salah satu mesyuarat telah dijalankan dalam bentuk brainstorming workshop, dengan izin. Sekiranya saya boleh berkongsi dengan isu-isu yang dibincang adalah berkaitan dengan apa yang, Yang Berhormat Senator kemukakan tadi dan ini ada berkaitan dengan the issue of Youth in Malaysia and Need for YESPeace Network Malaysia Charter. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat.

6. Tan Sri Dato' Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta Menteri Luar Negeri

menyatakan, tidakkah kerajaan boleh mengambil inisiatif berunding dengan OIC supaya setiap negara ahli menerima sebilangan pelarian Rohingya ini untuk ditempatkan di negara masing-masing.

Timbalan Menteri Luar Negeri [Dato' Hamzah bin Zainudin]: Terima kasih,

Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya menjawab soalan yang dikemukakan soalan Tan Sri Dato’ Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman bersekali dengan tujuh pertanyaan yang menyentuh mengenai isu Rohingya dan pelarian asing yang agak lebih kurang sama.

Page 16: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

8 DN 29.6.2015

Tuan Yang di-Pertua: Silakan, Yang Berhormat.

Dato' Hamzah bin Zainudin: Mereka Yang Berhormat Dato’ Muhammad Olian –

29 Jun; Yang Berhormat Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad – 30 Jun; Yang Berhormat Datuk Seri Nallakaruppan – 30 Jun; Yang Berhormat Dato’ Dr. Asyraf Wajdi – 30 Jun; Yang Berhormat Tan Sri sekali lagi; Yang Berhormat Tuan Chong Sin Woon; dan Yang Berhormat Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin. Maka jawapan saya agak panjang, Tuan Yang di-Pertua kerana saya ingin mengucapkan kepada semua mereka ini “terima kasih” atas soalan yang dikemukakan.

Pertama, isu pendatang asing Rohingya dan Bangladesh merupakan satu masalah besar yang dihadapi oleh bukan sahaja oleh Malaysia tetapi juga negara-negara seperti Indonesia dan Thailand. Malaysia telah mengambil beberapa inisiatif untuk menangani isu ini. Menerusi platform ASEAN, Malaysia telah menyuarakan keprihatinan di samping menyeru kerajaan Myanmar supaya memainkan peranan konkrit bagi menyelesaikan konflik kemanusiaan di negeri-negeri Rakhaine di Myanmar.

Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia telah mengambil inisiatif untuk memanggil Thailand dan Indonesia untuk mengadakan mesyuarat peringkat Menteri pada 20 Mei 2015 di Putrajaya. Susulan mesyuarat tersebut Malaysia dan Indonesia telah pun setuju dan bersepakat untuk membantu dan menyediakan tempat perlindungan sementara untuk menampung pendatang asing Rohingya dan Bangladesh yang pada ketika itu dipercayai masih berada di perairan Teluk Bengal dan Laut Andaman.

Proses penempatan semula dan penghantaran balik akan dilakukan dalam tempoh satu tahun dengan kerjasama masyarakat antarabangsa. Susulan daripada mesyuarat tersebut, Yang Berhormat Menteri Luar Negeri telah mengadakan lawatan kerja ke Naypyitaw, Myanmar pada 21 Mei bagi membolehkan beliau membincangkan bersama rakan sejawat beliau di Myanmar. Semasa perbincangan tersebut Yang Berhormat Menteri meminta jaminan daripada kerajaan Myanmar untuk membantu dalam menangani isu ini di samping menekankan kepentingan negara Myanmar untuk mengenal pasti dan menyelesaikan punca utama kepada isu Rohingya ini.

Di samping itu Malaysia juga akan menganjur dan mempengerusikan satu mesyuarat tergempar, Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai jenayah rentas sempadan atau ASEAN Ministerial Meeting on Transnational Crime (AMMTC) pada 2 Julai 2015 di Kuala Lumpur bagi membincangkan isu ini secara komprehensif serta mencari jalan penyelesaian bagi menangani krisis kemanusiaan pendatang asing tanpa izin atau PATI di Teluk Bengal dan Laut Andaman.

■1040

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, ASEAN dalam proses memuktamadkan konvensyen ASEAN mengenai pemerdagangan manusia atau ASEAN Convention on Trafficking in Persons (ACTIP) dan pelan tindakan ASEAN atau ASEAN Plan of Action yang akan dikemukakan Mesyuarat AMMTC Ke-10 pada 28 September hingga 1 Oktober di Kuala Lumpur nanti.

Tuan Yang di-Pertua, menerusi platform OIC pula, Malaysia telah memainkan peranan aktif dalam membawa serta membincangkan isu etnik Rohingya ini di mesyuarat-mesyuarat pertubuhan tersebut. Misalnya semasa mesyuarat sesi ke-42 Menteri-Menteri Luar Negeri OIC diadakan di Kuwait pada 27 dan 28 Mei, Malaysia dan negara-negara OIC yang lain telah menyokong dan menerima pakai resolusi berkaitan situasi etnik Rohingya di Myanmar.

Resolusi tersebut antara lain menzahirkan keprihatinan semua negara OIC terhadap krisis yang melanda etnik berkenaan dan menggesa agar Kerajaan Myanmar mengambil tindakan konkrit dengan segera bagi menangani permasalahan ini. Selain itu, Malaysia negara ahli kepada kumpulan perhubungan Menteri-Menteri Luar Negeri OIC juga telah mengadakan satu mesyuarat di ICFM Ke-42.

Semasa mesyuarat tersebut, Malaysia telah menyatakan kebimbangannya terhadap situasi terkini etnik Rohingya dan menggesa agar semua pihak memainkan peranan mereka di dalam membantu mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

Page 17: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 9

Pada mesyuarat tersebut juga, kita telah membuat gesaan kepada masyarakat antarabangsa termasuk negara-negara anggota OIC untuk menghulurkan bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada negara-negara yang menyediakan penempatan sementara kepada pendatang-pendatang etnik Rohingya. Kita juga menggesa agar mereka terus berunding dan mengambil inisiatif untuk menerima dan menyediakan penempatan kekal untuk pendatang-pendatang etnik Rohingya ini sebagaimana langkah yang diambil oleh Kerajaan Gambia. Kita dalam hal ini, beberapa buah negara telah pun bersetuju untuk membantu seperti Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, Turki dan Arab Saudi dan mereka telah menyatakan komitmen untuk memberikan bantuan kewangan pada Malaysia dalam pengurusan bantuan kemanusiaan pendatang Rohingya ini.

Sebagai salah sebuah negara pengasas OIC dan ASEAN, kita akan terus memainkan peranan aktif dalam pertubuhan-pertubuhan tersebut untuk mengangkat dan mencari jalan penyelesaian terbaik isu Rohingya ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih.

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana menjawab soalan sebegitu komprehensif. Soalan tambahan saya mengikut jawapan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, apabila menjawab pertanyaan berhubung pendatang Rohingya pada minggu lepas iaitu 24 Jun, sehingga 31 Mei 2015, seramai 46,581 orang etnik Rohingya berada di Malaysia. Saya tahu soalan saya ini spesifik tapi hendak tahu jugalah kalau boleh, bolehkah kementerian memberitahu berapakah anggaran perbelanjaan sebulan yang dibelanja oleh kerajaan untuk membeli bekalan keperluan asas seperti makanan, makan, minum, pakaian, ubat-ubatan dan lain-lain.

Yang keduanya, dalam mesyuarat dengan kerajaan-kerajaan ASEAN, apa respons kerajaan-kerajaan ini terhadap sama ada mereka itu akan menerima sebilangan daripada pendatang Rohingya yang sedang berada di negara kita supaya kita dapat share the problems, dengan izin. Terima kasih.

Dato' Hamzah bin Zainudin: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan

terima kasih pada Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Abdul Rahim. Pertama, tentang soalan yang ditanyakan anggara perbelanjaan. Saya hendak beritahu bahawa bila cerita tentang anggaran perbelanjaan ini, ia termasuk dalam jawapan yang akan diberikan kalau tidak silap saya selepas ini oleh Jabatan Perdana Menteri. Maka saya rasa kita tunggu jawapan yang akan diberikan nanti.

Manakala tentang mesyuarat kerajaan ASEAN, saya hendak jelaskan bahawa inilah yang telah pun kita tegaskan. Kita mahu supaya masalah ini bukan hanya melibatkan dua buah negara atau tiga buah negara, Malaysia, Indonesia dan Thailand tetapi semua negara dalam ASEAN dapat membantu sekiranya mereka mampu untuk mengambil pelarian etnik Rohingya ini untuk ditempatkan di negara-negara mereka kerana ia melibatkan sebuah kawasan yang luas untuk kita letakkan sebuah masyarakat yang begitu ramai hanya kepada sebuah negara.

Jadi sebab seperti yang saya berikan jawapan tadi, buat masa ini dalam negara ASEAN belum ada negara selain dari Malaysia dan Indonesia yang mahu menempatkan secara sementara tapi di dalam negara OIC saya sudah jawab tadi, Kerajaan Gambia, negara Gambia bersetuju untuk mengambil mereka. Jadi kita ucapkan tahniah kepada Kerajaan Gambia yang sudi untuk menerima mereka.

7. Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad minta Perdana Menteri

menyatakan, laporan bertarikh 20 Mei 2015 menyatakan kesediaan Malaysia dan Indonesia menerima 7,000 orang pelarian Rohingya dengan membina pusat pemindahan sementara untuk tempoh satu tahun. Dalam tempoh satu tahun ini, jumlah peruntukan yang akan dikeluarkan dan apakah rancangan kementerian dalam mengawal selia mereka. Apa tindakan seterusnya daripada pihak kementerian berkenaan status mereka selepas tempoh satu tahun tersebut tamat.

Page 18: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

10 DN 29.6.2015

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Bismillahir Rahmanir Rahim. Tuan Yang di-

Pertua, izinkan saya menjawab soalan nombor 7, dan 76 bersekali, memandangkan kedua-dua soalan menyentuh isu yang sama iaitu isu PATI Rohingya, Myanmar dan juga Bangladesh.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Hari ini hari yang cukup berbahagia Tuan Yang

di-Pertua, satu masalah yang sama dijawab oleh dua kementerian. Terima kasih.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kenyataan bersama Menteri-Menteri Luar Negara Malaysia, Thailand dan juga Indonesia pada 20 Mei 2015 telah memutuskan bahawa Malaysia dan Indonesia akan memberikan bantuan kemanusiaan kepada 7 ribu orang pendatang tanpa izin PATI yang masih terkandas di perairan utara Selat Melaka dan Laut Andaman. PATI ini akan ditempatkan di tempat perlindungan sementara untuk tempoh satu tahun, tertakluk kepada komitmen komuniti antarabangsa untuk melaksanakan penghantaran pulang ke negara asal ataupun penempatan ke Negara Ketiga.

PATI Bangladesh yang merupakan migran ekonomi pula akan dihantar pulang ke negara asal. Kerajaan sedang mengambil tindakan untuk mengenal pasti tempat perlindungan sementara bagi pelarian Rohingya, Myanmar untuk tempoh setahun. Sebarang keputusan mengenai lokasi, tempat perlindungan sementara tersebut akan dimaklumkan kepada kerajaan negeri yang berkaitan. Berdasarkan kenyataan bersama bertarikh 20 Mei 2015, kos penyediaan dan pengurusan tempat perlindungan sementara dan juga penghantaran pulang ke negara asal dan penempatan ke negara ketiga akan ditanggung oleh komuniti antarabangsa.

Jumlah kos yang terlibat akan ditentukan kemudian. Pada sama ini kerajaan sedang berusaha sedaya upaya untuk mencari jalan penyelesaian terhadap isu ini. Ini kerana penyelesaian melibatkan usaha di peringkat antarabangsa dan juga peringkat dalaman antara agensi. Memandangkan terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa pelarian Rohingya, Myanmar yang diselamatkan oleh Malaysia akan terus tinggal di Malaysia selepas tempoh satu tahun, aka kerajaan akan mengambil langkah-langkah proaktif dengan mengadakan pertemuan dengan negara-negara OIC dan negara pihak Kepada Konvensyen Mengenai Status Pelarian 1951, dan juga Protokal 1967 serta negara-negara lain bagi tujuan penempatan pelarian Rohingya tersebut di Negara Ketiga.

■1050

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pelarian Rohingya Myanmar dan PATI Bangladesh yang mendarat di Langkawi pada 10 Mei 2015 yang berjumlah seramai 1,107 orang telah ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik, Kedah. Mereka telah diberi saringan kesihatan awal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengesan sebarang bawaan penyakit berjangkit Khususnya yang boleh memudaratkan pegawai dan kakitangan imigresen yang menjaga depot dan juga masyarakat awam amnya. PATI yang dikesan menghidapi penyakit berjangkit akan diberikan rawatan di hospital dan juga klinik kerajaan yang berhampiran.

Manakala pemegang kad UNHCR sedia ada yang berada di depot boleh mendapatkan rawatan di hospital ataupun klinik kerajaan jika mereka mengalami masalah kesihatan. Mereka akan diberikan potongan sebanyak 50 peratus ke atas bayaran yang dikenakan kepada warga asing yang berada secara sah di negara ini.

Dan hari ini juga kerajaan menggesa supaya pihak UNHCR membuat pemantauan dan pengesanan status kesihatan PATI yang memegang kad UNHCR dan merujuk kepada hospital ataupun klinik kerajaan bagi rawatan susulan. UNHCR juga perlu membuat saringan kesihatan semula ke atas PATI sebelum mengeluarkan kad UNHCR kepada PATI yang memerlukan perlindungan pihak UNHCR. Sekian, terima kasih.

Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua

dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri menjawab soalan-soalan itu dan saya faham. Kedua-dua tadi Menteri memberi pandangan dan jawapan kepada soalan 6 dan 7, banyak benda yang saya dah faham dah. Saya siap banyak soalan-soalan di sini tetapi bila saya sudah dengar ucapan penjelasan yang diberi oleh Menteri kita tadi, kedua-dua Menteri, dah jelas. Akan tetapi sekarang saya hendak tahu juga hasilnya tadi.

Page 19: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 11

Satu daripadanya perbuatan tidak berperikemanusiaan ini yang keji ini, contohnya oleh Kerajaan Myanmar kepada orang hanyutkah apa juga ini. Apakah tindakan tegas kita ambil terhadap Kerajaan Myanmar ini tadi? Itu pertama sekali.

Keduanya tadi saya rasa hasil daripada persidangan OIC dibawa ini tadi, Pertubuhan Kerjasama Islam di Yangon, apakah hasil daripada itu tadi? Apa langkah lebih tegas yang kita perlu ambil supaya- sampai orang Islam rasa terhina ini, perkara ini berlaku? Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya minta kepada kerajaan mengambil tindakan tegas supaya benda ini tidak berlarutan, ada noktahnya. Terima kasih.

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali

berhubung dengan kos harian. Kita belum mendapat maklumat lengkap mengenai perkara ini dan ia akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Berhubung dengan tindakan kejam dan keji ini, perkara ini kita serah kepada Kementerian Luar, Yang Berhormat, untuk mengadakan rundingan dengan pihak Myanmar supaya perkara ini tidak berlaku. Kalau sekiranya benda ini masih berterusan, kita akan menghadapi masalah dalam urusan penempatan semula orang-orang Rohingya ini termasuk pemegang kad UNHCR.

Kita tahu bahawa yang kita terima di Belantik baru-baru ini 1,000 lebih tetapi yang berada di sini seperti angka yang telah saya berikan tadi iaitu yang sudah berada di sini ialah 46,000 lebih. Mereka yang tidak mempunyai kad UNCHR dan mereka memang PATI, angkanya melebihi daripada angka tersebut. Jadi maklumat ini kita dapatkan daripada pelbagai pihak termasuk Persatuan Rohingya tidak sah. Mereka pun ada persatuan tetapi tidak sah. Mereka memberi maklumat terkini berhubung dengan kehadiran Rohingya di merata tempat di seluruh negara.

Sewajarnya UNHCR ini- dia ada sejarahnya yang cukup menarik. UNHCR ini mereka hadir semasa boat people, dengan izin, yang hadir dahulu dan mereka hadir untuk

tujuan tersebut. Jadi bila mereka berada di sini dahulu, semua pelarian diberi perlindungan dan makanan oleh pihak UNHCR. Akan tetapi dalam keadaan sekarang, kita lihat UNHCR masih ada di sini tetapi kad yang dikeluarkan, orang-orang ini tidak mendapat shelter, dengan izin, dan juga makanan. Mereka berkeliaran di seluruh negara dan sekali lagi saya sebutkan bahawa mereka menimbulkan masalah daripada segi sosial dan sebagainya tetapi mereka mencari makan sedemikian rupa.

Orang yang masuk kem tahanan ini ialah 1,000 lebih tetapi yang masih berada di pasaran yang begitu besar yang menunggu masa untuk dihantar ke negara yang ketiga dan setengahnya berada sudah berbelas-belas tahun. Rekod yang terakhir yang ada pada saya ialah 20 tahun pun ada dan seterusnya.

Jadi usaha-usaha tersebut kita berdoa semoga Menteri Luar dan Timbalannya yang hebat yang luar biasa ini akan meneruskan usaha supaya memujuk pihak Myanmar melihat bahawa orang yang mereka menafikan kerakyatan itu sudah berada di negara yang berkenaan bergenerasi dan setengahnya beratus-ratus tahun. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Syed Husin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin merujuk

kepada apa yang disebut oleh Menteri tadi iaitu wujudnya masyarakat Rohingya di beberapa buah tempat di Malaysia ini. Saya tahu rapat, sebuah masyarakat di Ampang misalnya, ramai mereka itu dan masalah mereka ialah anak-anak mereka tidak dapat bersekolah. Oleh itu, mereka mendirikan sekolah sendiri. Mereka tidak dapat ke sekolah kerana tidak ada kad pengenalan. Jadi apakah kementerian memantau sekolah-sekolah ini dan adakah cita-cita untuk memberikan bantuan kepada sekolah-sekolah tersebut? Terima kasih.

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, kami bersimpati. Rakyat

bersimpati dan kita semuanya bersimpati. Akan tetapi peraturan yang ada sekarang ini ialah mereka tidak boleh menghantar anak mereka ke sekolah kerajaan dan mereka hanya boleh menghantar anak-anak di sekolah UNHCR ataupun sekolah yang ditubuhkan oleh mereka sendiri.

Page 20: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

12 DN 29.6.2015

Oleh sebab mereka tidak ada kad pengenalan, maka mereka belajar di sekolah yang berkenaan. Masalah timbul sekarang ini banyak daripada anak-anak ini sudah pun bertaraf SPM dan lebih ya, sebahagiannya mungkin ke peringkat universiti, mereka terpaksa membayar. Cuma, peraturan yang sedang dipertimbangkan oleh pihak kerajaan sekarang ini ialah permohonan daripada pelbagai pihak supaya mereka ini mendapat permit bekerja di negara ini. Kalau kira mereka dapat permit, mereka juga masih lagi kena patuhi peraturan yang sedia ada. Itulah kedudukannya.

Berhubung pemantauan, Menteri Pendidikan ada bersama, kita berharap dia dapat memberi jawapan kepada persoalan yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat. Terima kasih.

8. Puan Bathmavathi A/P K. Krishnan minta Menteri Kewangan menyatakan, sama

ada kesemua Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luarbandar (RTC) menawarkan perkhidmatan kebajikan masyarakat. Adakah cadangan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas untuk menubuhkan lebih banyak mini UTC di kawasan-kawasan perumahan, seperti yang terdapat di Bandar Baru Sentul, sebagai langkah untuk mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Datuk Chua Tee Yong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang

Berhormat Senator.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, Pusat Transformasi Bandar (UTC) merupakan salah satu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan, National Blue Ocean Strategy bertujuan menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti bandar di dalam sebuah bangunan dan beroperasi melebihi waktu bekerja biasa termasuk hujung minggu kecuali cuti umum. Secara prinsipnya, perkhidmatan disediakan di UTC terangkum di bawah 10 kluster iaitu perkhidmatan kerajaan, perkhidmatan kesihatan, pembangunan perniagaan dan usahawan, keselamatan, pekerjaan, pendidikan dan latihan, perkhidmatan kewangan, kebajikan, utiliti, belia dan badan-badan bukan kerajaan.

Berdasarkan perancangan, kerajaan bercadang untuk menubuhkan sebanyak satu UTC di setiap pusat pentadbiran semua negeri. Sehingga kini, kerajaan telah mewujudkan lapan buah UTC iaitu di Melaka, Kuala Lumpur, Perak, Pahang, Kedah, Sabah, Sarawak dan Johor. Kerajaan juga turut memberi pertimbangan mengikut keutamaan untuk mewujudkan mini UTC di bandar-bandar utama dengan mengambil kira keperluan dan kepadatan penduduk yang tinggi di sesuatu kawasan tersebut. Setakat ini, dua buah mini UTC telah diwujudkan iaitu di Sentul dan Keramat, Kuala Lumpur.

■1100

Sukacitanya dimaklumkan juga bahawa penubuhan UTC atau mini UTC akan diteruskan pelaksanaannya sehingga menjangkau dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Ketika ini perancangan sedang dilakukan bersama-sama kerajaan negeri bagi menubuhkan UTC Perlis, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan serta mini UTC di Sabah, Sarawak dan Kedah.

Untuk pusat transformasi luar bandar, ia adalah sebenarnya di bawah Kementerian Luar Bandar di mana khususnya adalah untuk kegiatan ekonomi, menolong kegiatan ekonomi luar bandar. Sekian, terima kasih.

Puan Bathmavathi A/P K.Krishnan: Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang

menjawab. Soalan tambahan saya ialah walaupun RTC ataupun pusat transformasi luar bandar menekankan kepada aktiviti pertanian, di Kuala Linggi dan dekat Gopeng juga disediakan perkhidmatan TNB dan juga perkhidmatan lain, JPJ dan sebagainya. Jadi apa salahnya kalau dibuka juga perkhidmatan JKM sebab golongan yang amat memerlukan bantuan dari kerajaan datang daripada mereka yang berpendapatan rendah dan kebanyakan mereka terdapat di pinggir bandar dan di kawasan luar bandar.

Jadi adakah cadangan untuk menambahkan perkhidmatan iaitu perkhidmatan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memudahkan rakyat mendapat bantuan dan perkhidmatan dari kerajaan. Itu soalan tambahan saya.

Page 21: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 13

Datuk Chua Tee Yong: Terima kasih atas soalan tambahan. Cadangan Yang

Berhormat Senator akan kita bawa kepada kementerian berkenaan untuk dipertimbangkan dan diperbincangkan dengan kementerian yang berkenaan. Terima kasih.

9. Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, sejauh mana sistem Critical National Information Infrastructure (CNII) telah berupaya menangkis serangan siber bagi melindungi maklumat penting negara.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah]: Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam

1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan soalan adi, Dasar Keselamatan Negara atau National Cyber Security Police atau NCSP digubal, bertujuan untuk memperkasakan Keselamatan Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara atau Critical National Information Infrastructure atau CNII. Dasar ini akan memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan sosial dan pentadbiran negara.

Selain daripada pertumbuhan ekonomi, dengan wujudnya persekitaran siber yang selamat melalui penggunaan Malaysia Trustmark, akan merancakkan lagi aktiviti perniagaan serta boleh menarik pelabur asing ke Malaysia. Manakala persekitaran siber yang selamat akan menjamin kesejahteraan sosial masyarakat, menikmati kehidupan yang aman dan mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Ini akan merapatkan jurang kesejahteraan digital di antara celik dan kurang celik ancaman siber.

Bagi menjamin keselamatan dan keselamatan negara daripada ancaman siber, langkah-langkah proaktif perlu diambil seperti memastikan penggunaan produk terpercaya (trusted) melalui command criteria certification dan pelaksanaan pensijilan Information Security Management System (ISMS). Usaha berterusan untuk menangkis ancaman siber

sentiasa dipertingkatkan dengan mengukuhkan kesiapsiagaan agensi dan organisasi Critical National Information Infrastructure dalam menghadapi pelbagai ancaman dan serangan siber. CyberSecurity Malaysia sentiasa bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta agensi CNII untuk menangani insiden serangan siber.

Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mengeluarkan Arahan MKN 24 iaitu mekanisme pengurusan krisis siber negara yang bertujuan untuk mengurus krisis siber melalui peringkat sebelum, semasa dan selepas insiden. Pencapaian mencapai satu pendekatan yang seragam dan proaktif bagi memantau dan menangani ancaman siber secara berkesan dan menetapkan garis panduan untuk agensi kritikal, membuat persiapan dari pelbagai aspek dalam menghadapi sebarang ancaman dan serangan siber. Arahan MKN 24 disokong oleh peraturan tetap operasi yang memperincikan setiap proses utama secara carta aliran pengendalian, insiden dan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh semua pihak yang terlibat dalam pengurusan krisis siber negara.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menerusi CyberSecurity Malaysia juga telah membangun dan meningkatkan keupayaan Pusat Penyelidikan Malware atau Malware Resource Centre. Pusat ini dikendalikan oleh pakar

Malware yang mengumpul dan menganalisis pelbagai Malware yang masuk ke negara ini agar satu sistem penyelesaian yang efektif dapat dihasilkan untuk menangani isu Malware di Malaysia. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana telah memberi jawapan yang begitu terperinci. Malaysia merupakan salah sebuah negara utama di dunia yang kerap menerima serangan siber. Sasarannya ialah agensi-agensi kerajaan dan swasta, bank-bank, pegawai kerajaan, ahli politik dan individu berpengaruh. Faktor ini juga didorong oleh kebergantungan negara tanpa batasan terhadap teknologi dan kepakaran siber asing sehingga menyebabkan kita menjadi mangsa serangan siber tanpa disedari.

Page 22: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

14 DN 29.6.2015

Apa yang membimbangkan saya dan seluruh rakyat jelata ialah terdapat banyak

laman web yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam yang dihoskan oleh Amerika Syarikat dan juga laman web yang berunsur hasutan yang dihoskan di Singapura dan Amerika Syarikat. Akan tetapi milik rakyat Malaysia yang membahaskan isu-isu sensitif seperti agama, raja dan perkauman. Selain itu, tidak kurang juga hasutan dan paparan video lucah yang digunakan dengan sepenuhnya melalui saluran YouTube.

Sebenarnya soalan saya yang pertama, saya dapati bahawa Yang Berhormat Menteri telah menjawab tetapi soalan seterusnya ialah mengapakah pendakwaan yang melibatkan kes siber di mahkamah masih berkurangan. Adakah undang-undang siber di mahkamah masih berkurangan. Adakah undang-undang siber yang sedia ada masih belum cukup baik untuk menangani masalah ini? Terima kasih.

Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah: Tuan Yang di-Pertua, seperti yang

ditanya oleh penanya tadi, memang soalan yang pertama telah saya jawab. Kebetulan pula soalan yang kedua itu ialah bukan di bidang kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi kerana itu adalah di bidang kuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Walau bagaimanapun, tentang negara kita, saya rasa mempunyai kesiapsiagaan Malaysia terhadap serangan siber bukan hanya bertanggungjawab kerajaan melalui agensi penguatkuasaan semata-mata kerana CyberSecurity yang diletak di bawah Kementerian Sains menjaga soal keselamatan. Ini kerana serangan siber mempunyai pelbagai bentuk seperti berikut:

(i) serangan minda melalui kandungan negatif di laman sosial yang boleh memporak-perandakan keamanan negara daripada segi politik, ekonomi dan sosial;

(ii) serangan kejuruteraan sosial juga (social engineering) yang memanipulasikan kelemahan pengguna-pengguna untuk menembusi sistem pertahanan siber seperti anti-virus, spyware dan intrusion detection system (IDS) dan serangan siber skala besar seperti Distributed Denial of Service (DDoS) yang dilancarkan melalui effected computer atau zombie computer

yang melumpuhkan sistem dalam talian dalam tempoh yang tertentu.

Jadi banyak langkah-langkah, saya ceritakan sedikit sahaja. Langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kementerian melalui pihak kerajaan melaksanakan Dasar Siber Nasional yang telah pun saya terangkan lebih detail dalam soalan beberapa hari yang lepas. Kita juga telah membangunkan beberapa buah dasar mekanisme untuk pengurusan krisis siber negara yang seperti yang diarahkan daripada MKN 24. Yang lain itu tadi adalah di bawah bidang kuasa kementerian lain yang mungkin akan dijawab kemudian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

10. Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta Menteri Sumber Manusia

menyatakan, pelan strategik bagi membolehkan pekerja Malaysia akan lebih produktif menjelang tahun 2020 terutama dalam sektor swasta.

Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam

1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Puan Shahanim.

Untuk makluman Dewan yang mulia, pada masa lalu, pertumbuhan ekonomi negara lebih didorong oleh input melalui pelaburan swasta dalam industri dan pelaburan awam dalam infrastruktur.

■1110

Usaha kerajaan dibuat untuk meningkatkan produktiviti. Malaysia pada umumnya masih ketinggalan daripada segi produktiviti berbanding dengan negara berpendapatan tinggi seperti Amerika dan Korea Selatan. Malaysia berbanding dengan Amerika lebih kurang 32 peratus, Tuan Yang di-Pertua dan 56 peratus kalau berbanding dengan Korea Selatan. Namun, Malaysia mempunyai potensi untuk berkembang produktiviti sebanyak 3.7 peratus dalam masa lima tahun akan datang.

Page 23: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 15

Manakala pada tahun 2014, produktiviti buruh Malaysia per seorang pekerja telah diukur sebanyak 3.5 peratus ke nilai RM61,708 berbanding RM59,622 pada tahun 2013. Maknanya ada peningkatan.

Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Kesebelas yang dibentangkan pada 21 Mei 2015 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menggariskan dua strategi utama bagi membolehkan rakyat Malaysia bekerja lebih produktif menjelang tahun 2020. Strategi pertama menambah baik produktiviti buruh dan gaji melalui peralihan kepada pekerjaan berkemahiran tinggi menerusi langkah seperti peluasan menggunakan sistem gaji berasaskan produktiviti (PLWS), peralihan daripada pekerjaan berkemahiran rendah kepada pekerjaan berkemahiran tinggi dan pengurangan jurang gaji.

Sasaran PLWS Tuan Yang di-Pertua, bagi RMKe-11 dijangka 85,000 orang majikan akan menerima pakai PLWS ini dan akan memanfaatkan 3.7 juta orang pekerja melalui program upskilling dan reskilling bagi meningkatkan produktiviti dan seterusnya meningkatkan gaji, upah serta dapat mengurangkan jurang gaji dan sudah tentulah lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi akan diwujudkan. PLWS ini dibangunkan oleh Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama dengan agensi kerajaan yang lain seperti Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) yang memberi panduan dan tanda aras kepada majikan.

Tuan Yang di-Pertua, strategi kedua adalah mempertingkatkan operasi pasaran buruh bagi memaksimumkan kecekapan dan keberkesanan. Langkah yang akan diambil termasuklah pembaharuan perundangan seperti Akta Kerja 1955, Akta Kesatuan Kerja 1959 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Tambahan juga, maklumat yang lebih bersepadu bagi menambah baik proses membuat keputusan dalam perancangan dan pembentukan dasar modal insan program integrasi yang lebih erat dengan industri dan integrasi yang disasarkan untuk belia dan wanita akan dilaksanakan oleh kerajaan. Terima kasih.

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Menteri. Kalau kita sebut soal masa depan pekerja di Malaysia, cabaran dan masalah yang besar akan dihadapi ialah saingan pekerja asing. Negara maju seperti Jerman, Jepun mahupun Korea Selatan, kemajuan yang dicapai atau produktif dihasilkan daripada pekerja tempatan itu sendiri. Soalan tambahan saya ialah Malaysia perlu melahirkan 200 ribu orang pekerja mahir dalam pelbagai sektor bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Jadi, setakat manakah kerajaan menyusun kerjasama antara pihak awam dan swasta? Setakat mana terkesan hasil tumpuan kerajaan dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) sekali gus berupaya menghasilkan pekerja yang lebih produktif? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

terima kasih Yang Berhormat Puan Shahanim. Kerjasama sektor swasta dan awam di negara kita amat baik. Untuk makluman, involvement pelajar TVET ataupun teknikal vokasional ini dapat ditingkatkan jika pihak swasta turut menyediakan tempat latihan melalui program Sistem Latihan Dual Nasional.

Ini telah pun dilaksanakan, SLDN, di mana 70 peratus latihan di tempat kerja diberikan kepada pelatih dan 30 peratus di pusat latihan seperti mana juga amalan dilakukan di negara-negara maju seperti Jerman, Switzerland dan juga Australia. Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Manusia akan melaksanakan pendekatan double shift, dengan izin, yang boleh menambah keluaran sebanyak 57 peratus daripada 203,401 orang kepada 319,193 orang bagi Rancangan Malaysia Kesebelas.

Keberkesanan TVET ini menghasilkan pekerja lebih produktif. KSM melalui JPK memastikan bahawa semua program latihan ditauliahkan adalah berasaskan National Occupational Skill Standard dengan izin, ataupun NOSS yang dibangunkan untuk memenuhi keperluan industri.

Page 24: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

16 DN 29.6.2015

Di bawah RMKe-11, kerajaan akan memberi tumpuan kepada pembangunan

tenaga pengajar vokasional melalui CIAST di bawah Kementerian Sumber Manusia. Makna, kita akan mempertingkatkan kepakaran dan kemahiran tenaga pengajar kita.

Tuan Yang di-Pertua, kita ada dua buah jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia yang cukup membantu kita dalam melahirkan tenaga mahir ini. Pertama ialah Jabatan Tenaga Manusia dan yang kedua ialah PSMB iaitu Pembangunan Sumber Manusia Berhad. Saya nak beri gambaran di sini bagaimana sumbangan PSMB ataupun HRDF ini.

Sehingga 31 Mei 2015, sebanyak RM5.25 bilion telah dikutip daripada levi yang dikutip daripada majikan-majikan. Daripada jumlah ini, sebanyak 81 peratus telah digunakan bagi meluluskan 11.6 juta latihan dalam pelbagai bidang kemahiran di bawah RMKe-11. Liputan Akta PSMB akan diperluaskan untuk meliputi 2.8 juta orang pekerja menjelang tahun 2020 ke arah peningkatan kemahiran yang lebih tinggi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Adam bin Abdul Hamid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang

Berhormat Menteri tadi menyebut soal perancangan kita bagi pasaran dalam negara kita. Saya nak tanya, adakah kementerian juga mempunyai satu perancangan jangka panjang untuk kita melatih tenaga mahir daripada segi pekerja-pekerja kita, kemudian kita mengeksport untuk keperluan pasaran antarabangsa. Terima kasih.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Hakikat di negara kita hari ini, kita masih bergantung pada pekerja asing. Secara legalnya, kita ada lebih kurang 1.9 juta orang pekerja asing dan kita ada berpuluh ribu orang ekspatriat, maknanya pekerja-pekerja dari luar yang kita import untuk transfer teknologi kepada negara kita. Tuan Yang di-Pertua, sudah tentulah sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga kalau kita dapat melahirkan pekerja mahir ini dan kita hantar pekerja kita ke luar negara, tetapi hari ini mungkin peringkat itu masih dalam tingkat tindakan.

Saya nak jelaskan di sini Tuan Yang di-Pertua, bagaimana peranan TVET ini. Program TVET yang berkualiti mampu melahirkan pekerja yang lebih produktif. Oleh sebab itulah kita berikan perhatian yang serius. Saya ambil perbandingan Tuan Yang di-Pertua, kalau pelajar-pelajar di negara kita dahulunya yang keluar selepas SPM hanya lebih kurang 10 peratus sahaja pergi ke aliran vokasional dan teknikal ini, sedangkan negara lain, negara maju seperti Australia lebih 40 peratus, Korea begitu juga lebih daripada itu.

Jadi sudah tentulah peningkatan ini perlu dibuat dan kalau tak silap saya, Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah untuk meningkatkan usaha ini, tak silap saya sekarang mungkin 20 peratus agaknya untuk kita menyalurkan pelajar-pelajar ini ke TVET ini.

Untuk itu, usaha yang berterusan dan bersepadu akan digembleng untuk mempromosikan TVET sebagai satu jenama yang boleh menarik perhatian lebih ramai pelajar. Antara program yang akan diberi penekanan adalah seperti pertandingan MySkills untuk tenaga pelajar. Kita ada di negara kita bagaimana kita nak menambahkan tenaga mahir ini. Kita ada MySkills untuk tenaga pengajar negara kita dan kita ada juga skill for youth maknanya, kemahiran untuk belia-belia.

■1120

Tuan Yang di-Pertua, kita juga terlibat dalam ASEAN Skills Competition, pertandingan kemahiran peringkat Asia. Tahun lepas kita mencapai kejayaan cukup cemerlang- sembilan biji pingat emas dan kita dapat negara kedua dalam Asia. Kita juga terlibat dalam World Skills Competition, di peringkat dunia. Hebahan secara besar-besaran melalui kempen media massa, media cetak dan media sosial juga akan diperhebat bagi memastikan supaya masyarakat, anak-anak muda kita akan cukup menyambut cabaran yang diberikan oleh kerajaan.

Oleh sebab itulah kerajaan juga menubuhkan Malaysian Board of Technologist atau MBOT yang akan berperanan bagi membantu kerajaan kementerian dalam meningkatkan penambahan kakitangan atau pekerja-pekerja kita yang berkemahiran tinggi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Page 25: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 17

11. Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta Menteri Pendidikan menyatakan, jenis

langkah-langkah yang lebih praktikal dan sesuai yang akan digunakan oleh kementerian dalam menangani kejadian buli dan pukul di sekolah terutamanya di sekolah berasrama.

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin: Terima kasih Yang Berhormat

Senator Datuk Prof. Dr. Sim atas soalan berkaitan dengan kes buli dalam sekolah. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam isu buli di kalangan murid sekolah. Sehubungan dengan ini, izinkan saya menjawab bersekali pertanyaan lisan yang berhubung kait dengan perkara ini yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat pada hari ini. Pertanyaan tersebut Yang Berhormat Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian, soalan yang ke-11, dan Yang Berhormat Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit soalan nombor 73.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia memandang serius dan sentiasa memantau disiplin murid bagi memastikan kes buli tidak berleluasa di semua sekolah termasuklah di sekolah-sekolah berasrama. Langkah-langkah utama yang diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan kejadian buli dapat dikawal mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 8/2010, Garis Panduan Mencegah dan Menangani Perbuatan Buli Dalam Kalangan Murid di Sekolah. Surat Pekeliling tersebut menggariskan:

(i) peranan Jawatankuasa Disiplin Sekolah dan Asrama perlu diaktifkan sepenuhnya supaya dapat menyiasat, meneliti serta mengambil tindakan segera terhadap setiap aduan yang dibuat oleh pelajar atau pihak berkepentingan;

(ii) saluran aduan murid secara berkesan di sekolah dan asrama;

(iii) sekolah dikehendaki menghapuskan budaya tertentu oleh murid yang berlawanan dengan prinsip pendidikan akhlak dan usaha memupuk budaya pekerti yang baik dalam kalangan murid sekolah;

(iv) sekiranya sekolah dan asrama ada melaksanakan aktiviti orientasi atau suai kenal terhadap murid baru, maka aktiviti tersebut hendaklah berada di bawah kawalan guru sepenuhnya;

(v) bagi sekolah berasrama kewujudan guru atau warden hendaklah dapat dirasai oleh penghuni sepanjang masa; dan

(vi) kempen dan penjelasan terhadap kesan perbuatan buli dilaksanakan secara berterusan dan boleh melibatkan pihak luar seperti Polis Diraja Malaysia, Persatuan Ibu bapa dan Guru atau pihak lain yang difikirkan berkaitan.

Sekian, terima kasih.

Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih

Yang Berhormat Menteri. Walaupun disiplin dan hukuman yang sesuai boleh dijatuhkan kepada mereka yang bermasalah, namun bimbingan kaunseling yang profesional untuk menangani pelajar bermasalah juga amat penting. Oleh itu soalan tambahan saya ialah, sehingga kini, apakah langkah yang diambil oleh kementerian dalam meningkatkan mutu kaunseling terutamanya daripada segi latihan dan kemahiran kaunselor di setiap sekolah di Malaysia? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin: Terima kasih atas soalan Yang

Berhormat senator yang berkaitan dengan kaunseling. Di sini saya hendak sampaikan kepada Yang Berhormat Senator bahawa tindakan yang diambil kepada pelajar yang terlibat dalam kes buli adalah dalam satu bentuk yang membina atau kita panggil development tools, plans of action, dengan izin.

Page 26: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

18 DN 29.6.2015

Kaunseling merupakan satu aktiviti yang akan mendatangkan faedah kepada

pelajar atau murid yang melibatkan diri dalam kes buli dan kita hendak merekodkan satu peningkatan daripada segi bilangan pelajar yang terlibat dalam kaunseling dan kita boleh melihat bawah ada penurunan daripada segi bilangan pelajar dalam kes buli.

Kaunseling seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Datuk Prof. Dr. Sim tadi bahawa memang ini satu aktiviti yang dijalankan kepada pelajar bukan hanya melibatkan dalam kes buli tetapi yang melibatkan dalam kes disiplin yang lain. Kementerian Pendidikan Malaysia memang mengadakan satu bahagian khas untuk melantik kaunselor kepada sekolah dan sebagai Credential Professional Development untuk kaunselor, dengan izin, mereka juga diberi latihan pendedahan dengan cara yang terkini yang berkaitan dengan mengendalikan sesi kaunseling kepada adik pelajar. Seperti yang saya sudah jawab tadi, bahawa ini merupakan salah satu aspek yang begitu penting untuk Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengurangkan kes buli. Sekian, terima kasih.

Tuan Chong Sin Woon: Kebelakangan ini kita melihat banyak video klip

pergaduhan kes-kes buli antara murid-murid di sekolah yang berpakaian uniform sekolah sedang bertumbuk atau menarik rumput, jatuh dalam longkang. Soalan saya ialah berapakah kes-kes yang mempunyai bukti seperti video klip ini diterima oleh kementerian setiap tahun sekiranya? Adakah kementerian mengambil tindakan yang sesuai dan menyelesaikan kes-kes ini bukan sahaja tindakan disiplin, tetapi memastikan bahawa perkara ini tidak diulangi lagi. Sekian, terima kasih.

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin: Yang Berhormat Senator,

memandangkan kalau katalah hendak minta bilangan kes jadi saya anggap ini adalah spesifik dan saya menjemput Yang Berhormat Senator untuk duduk bersama dengan saya dan pegawai untuk dapat maklumat selanjutnya. Sekian, terima kasih.

12. Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai minta Menteri Kewangan menyatakan,

bagaimana kerajaan berhasrat untuk mengurangkan hutang negara dan juga menangkis persepsi masyarakat yang menyatakan kewangan negara semakin tidak stabil dan boleh menyebabkan negara menjadi bankrap seperti negara Greece dan seumpamanya.

Datuk Chua Tee Yong: Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Senator

sebenarnya soalan yang telah ditujukan mempunyai dua buah komponen, maka saya ingin memberi penjelasan. Nombor satu, perbezaan antara hutang negara atau hutang luar Malaysia dan juga hutang Kerajaan Persekutuan. Hutang Negara atau hutang luar Malaysia pinjaman dalam mata wang asing oleh Kerajaan Persekutuan, perusahaan awam, bukan kewangan dan sektor swasta yang lain. Selain itu kredit perdagangan deposit oleh bukan pemastautin atau none-resident, dengan izin, dan pegangan instrumen kewangan dalam pasaran kewangan domestik oleh bukan pemastautin atau none-resident, juga diambil kira

dalam kiraan hutang negara atau hutang luar Malaysia.

Untuk hutang Kerajaan Persekutuan ia adalah hutang yang ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan daripada sumber dalam dan luar negeri. Hutang menerusi sumber dalam negeri terbitan bil perbendaharaan, terbitan pelaburan kerajaan, sekuriti Kerajaan Malaysia dan pinjaman Kumpulan Pinjaman Perumahan. Manakala hutang menerusi sumber luar negeri ialah daripada sumber pasaran modal antarabangsa atau scope global, dengan izin, dan pengeluaran pinjaman projek melalui institusi multilateral dan bilateral dalam mata wang iaitu Dollar Amerika Syarikat, Yen, Dollar Euro, Dollar Canada serta Dinar.

■1130

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada akhir Mac 2015 adalah sebanyak RM596.8 bilion atau 51 peratus daripada KDNK. Daripada jumlah berkenaan, RM579.2 bilion hutang daripada sumber domestik, sementara bakinya sebanyak RM17.6 bilion merupakan pinjaman luar pesisir. Hutang Kerajaan Persekutuan daripada sumber domestik juga turut dimiliki oleh bukan pemastautin, non-resident, yang mana jumlah tersebut telah diambil kira dalam pengiraan hutang luar Malaysia.

Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana. Kerajaan terus komited dalam memastikan paras hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi 55 peratus daripada KDNK.

Page 27: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 19

Bagi memastikan paras hutang Kerajaan Persekutuan kekal rendah dan terurus, langkah konsolidasi fiskal akan terus diamalkan bagi mengurangkan paras defisit secara berperingkat. Ini telah terbukti dengan paras defisit telah berjaya dikurangkan daripada 6.7 peratus daripada KDNK pada tahun 2009 kepada 3.4 peratus daripada KDNK pada tahun 2014 dan diunjurkan akan terus berkurangan kepada 3.2 peratus pada tahun 2015.

Kedudukan ini seterusnya akan mengurangkan keperluan kerajaan untuk meminjam dan dapat menurunkan paras hutang. Kepatuhan yang tegas terhadap disiplin, fizikal serta pengurusan hutang yang baik terus diberikan penekanan bagi memastikan kedudukan fizikal dan mikroekonomi terus kukuh serta mampan sebarang krisis.

Di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, kerajaan juga mengunjurkan paras hutang Kerajaan Persekutuan akan terus berkurang ke paras 43.4 peratus daripada KDNK. Justeru berdasarkan langkah-langkah konsolidasi dan kepatuhan kepada disiplin kewangan, kerajaan yakin dan akan memastikan negara tidak akan menjadi negara bankrap seperti negara Greece dan seumpamanya. Kerajaan kewangan merujuk hutang negara atau hutang luar Malaysia yang meliputi pinjaman dalam mata wang asing oleh Kerajaan Persekutuan, perusahaan awam bukan kewangan, dan sektor swasta yang lain.

Sehingga Mac 2015, jumlah hutang luar Malaysia adalah berjumlah sebanyak RM768.1 bilion atau 65.7 peratus daripada KDNK. Daripada jumlah tersebut, hutang luar pesisir Kerajaan Persekutuan berjumlah 17.6 peratus atau 2.3 peratus daripada jumlah keseluruhan hutang negara. Selain itu, Kerajaan Persekutuan juga mempunyai dedahan kepada bukan pemastautin berjumlah RM160.4 bilion berikutan pegangan oleh bukan pemastautin ke atas hutang yang diterbitkan oleh Kerajaan Persekutuan. Sebagai contoh, kalau kita bandingkan dengan negara-negara lain, untuk hutang luar negara tersebut seperti United Kingdom, hutang luar United Kingdom sebanyak 406 peratus daripada KDNK. Ini adalah sebagai salah satu perbandingan.

Paras hutang luar Malaysia adalah terkawal. Ini adalah disebabkan oleh sebahagian besar daripada hutang luar Malaysia ini pinjaman oleh sektor swasta yang mempunyai kecekapan bagi memastikan pinjaman dilaburkan secara cekap dan efisien dan dalam sektor yang produktif. Ini dibuktikan dengan pelaburan swasta yang kekal meningkat 13.6 peratus kepada 51.5 bilion pada suku pertama 2015. Pelaburan yang efisien dan sektor yang produktif akan berupaya memberi pulangan yang tinggi dan meningkatkan keupayaan bayaran balik pinjaman. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelum saya

membuka ruang untuk soalan tambahan yang pertama, saya ingin menjemput seorang Menteri untuk mengemukakan satu usul.

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN

DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

11.34 pg.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Shahidan bin Kassim]: Tuan

Yang di-pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 11(1), Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1 tengah hari, dan diteruskan sehingga jam 6.30 petang dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 30 Jun 2015.”

Page 28: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

20 DN 29.6.2015

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan [Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L

Jaganathan]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan

masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat. Silakan soalan tambahan

yang pertama.

Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri yang jawab pun sudah panjang. Soalan tambahan saya, adakah penyusutan nilai mata wang berlaku pada Malaysia sahaja atau seluruh negara ASEAN yang lain? Bagaimanakah untuk meningkatkan lagi nilai mata wang berbanding mata wang Singapura? Terima kasih.

Datuk Chua Tee Yong: Terima kasih atas soalan tambahan. Sebenarnya soalan

yang ditujukan ada berkaitan dengan soalan 15 pada Aturan Mesyuarat hari ini. Akan tetapi saya akan cuba menjawab yang telah ditujukan. Sebenarnya kadar perubahan atau boleh dikatakan penyusutan nilai mata wang ringgit berbanding dengan dolar Amerika Syarikat, bukanlah satu fenomena yang khusus untuk negara Malaysia. Ia juga dialami oleh negara-negara yang lain sama ada di ASEAN atau di Asia Tenggara dan bahkan dialami oleh negara-negara maju.

Untuk data-data spesifik yang ingin yang telah ditanya mengenai kadar penyusutan, saya akan memberi maklumat selepas pertanyaan ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Soalan tambahan seterusnya, nampaknya tidak ada.

Kita beralih kepada soalan seterusnya dipersilakan Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim.

13. Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam [Di bawah P.M. 23(2)] minta Menteri

Sumber Manusia menyatakan, apa implikasi Komuniti Ekonomi ASEAN untuk pasaran tenaga kerja dan sumber manusia di Malaysia. Apa rancangan kementerian untuk menggalakkan kemasukan tenaga kerja profesional dan berkualiti ke Malaysia dan juga perlindungan yang lebih baik untuk buruh dari negara-negara jiran.

11.37 pg.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

terima kasih Senator Tan Sri Mohd Ali, wakil Yang Berhormat Senator Datuk Hamzah.

Tuan Yang di-Pertua, Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) akan wujud pada penghujung tahun 2015 dan membuka peluang kepada 285 juta orang pekerja di rantau ASEAN. Pekerja-pekerja ini dapat bergerak dari sebuah negara ke negara lain bagi menangani isu kekurangan tenaga mahir dalam sektor-sektor penting. Dengan adanya pasaran buruh yang terbuka di rantau ini, implikasi untuk pasaran tenaga kerja dan sumber manusia negara kita, antaranya akan membantu pertumbuhan ekonomi Malaysia kerana ia meningkatkan kreativiti dan produktiviti di dalam suatu sektor kerana wujudnya persaingan sihat di kalangan pekerja-pekerja mahir.

Kedua, pekerja-pekerja mahir Malaysia yang pulang ke negara kita selepas bekerja di negara-negara lain di rantau ASEAN akan membawa kemahiran baru yang dipelajarinya daripada negara-negara berkenaan untuk ditawarkan kepada sektor-sektor pekerjaan di Malaysia.

Ketiga, pergerakan bebas pekerja-pekerja mahir membolehkan pekerja-pekerja mahir mencari peluang di negara sendiri dan negara luar serta membantu menstabilkan negara semasa kegawatan. Keempat, dengan memberikan peluang kepada pekerja-pekerja mahir daripada kalangan negara-negara anggota ASEAN, akses ke pasaran pekerjaan di Malaysia, ia boleh membantu Malaysia meningkatkan profil pasaran buruh Malaysia.

Page 29: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 21

Ini kerana pasaran buruh Malaysia yang bercampur dengan pekerja tempatan dan pekerja asing mempunyai kecenderungan menarik lebih ramai pekerja buruh mahir ke Malaysia. Ini akan membantu Malaysia kerana dapat menggunakan kemahiran-kemahiran pekerja buruh mahir sedemikian untuk memajukan sektor-sektor pekerjaan dan ekonominya.

Tuan Yang di-Pertua, daripada segi rancangan kementerian untuk menggalakkan kemasukan tenaga pekerja profesional dan berkualiti ke Malaysia, sukacita saya ingin menyatakan di Dewan yang mulia ini bahawa Kementerian sumber Manusia, di bawah agensi-agensinya seperti Institut Jabatan Latihan Tenaga Manusia, Jabatan Pembangunan Kemahiran melatih pelajar-pelajar kita untuk menjadi tenaga pekerja mahir di pelbagai kemahiran di sektor pembinaan, perkilangan, pertanian dan perkhidmatan.

Dengan ini, syarikat-syarikat multinasional membuka cawangannya di sini kerana Malaysia menawarkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi. Sehubungan itu, ramai juga tenaga kerja profesional dan berkualiti akan masuk ke Malaysia kerana faktor kewujudan syarikat-syarikat multinasional di Malaysia untuk mencari pekerjaan dan keutamaan kepada bidang kemahiran yang diberi penekanan oleh negara kita.

■1140

Oleh yang demikian imej negara dirantau ASEAN akan dipertingkatkan. Manakala aspek perlindungan untuk makluman Dewan yang mulia, perlindungan yang lebih baik untuk buruh daripada negara jiran akan juga diberikan keutamaan Malaysia. Malaysia mempunyai banyak undang-undang pekerjaan dan perburuhan yang melindungi hak asasi buruh daripada negara-negara jiran. Antaranya Akta Kerja 1955, Akta Ordinan Buruh Sabah 1920 (Bab 67) jelas menjelaskan tentang perlindungan ini dan Ordinan Buruh Sarawak 1959 (Bab 76) juga menjelaskan perkara yang sama dan Akta Pampasan Pekerja 1952 dan lain-lain yang berkaitan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima

kasih atas kertas jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Soalan saya adakah kerajaan bercadang untuk mengambil pekerja-pekerja profesional seperti pakar bidang perubatan bidang IT termasuk juga profesional yang kaya-raya dengan memberi PR kepada mereka supaya tenaga-tenaga profesional ini dapat digunakan untuk membangunkan negara. Jika telah pun menjadi dasar, setakat ini berapa ramaikah orang asing yang telah diberikan PR kerana mereka mempunyai kepakaran seperti yang saya sebutkan sebentar tadi.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Terima kasih Yang Berhormat Tan

Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam. Sebenarnya negara kita seperti yang saya sebutkan awal tadi bahawa kita masih lagi terikat keperluan kita kepada tenaga-tenaga asing termasuklah expatriate ataupun yang berkemahiran ini. Cuma oleh sebab soalan Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam agak spesifik sangat, saya terpaksa mendapatkan maklumat lebih terperinci untuk berikan penjelasan. Terima kasih banyak.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada soalan

tambahan lagi? Tidak ada? Nampaknya kita tidak ada soalan tambahan yang lain, maka dengan jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri itu tadi. Maka setakat itu dululah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan kita pada hari ini. Sekian, terima kasih.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat.]

Page 30: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

22 DN 29.6.2015

USUL

RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS 2016-2020

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

“Bahawa Dewan ini,

Menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian

sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh;

Merestui usaha kerajaan untuk meneruskan Dasar Transformasi

Nasional atau DTN dalam rangka dan merencana Rancangan Malaysia Kesebelas seterusnya;

Meluluskan pelaksanaannya bertunjangkan falsafah Dasar Transformasi

Nasional dalam ikhtiar menjadi sebuah negara maju pada Tahun 2020 menurut Kertas Perintah Tahun 2015;

Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesebelas, Dewan yang

mulia ini menyeru agar semua pihak bersama-sama dan berusaha menjayakan matlamatnya.” [25 Jun 2015]

Timbalan Yang di-Pertua: Diminta Yang Berhormat Menteri Kewangan. Silakan.

11.43 pg.

Menteri Kewangan II [Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah]:

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih daripada Ahli Yang Berhormat dalam perbahasan telah menyentuh perkara-perkara di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan dan izinkan saya untuk menjelaskan beberapa isu yang dibangkitkan.

Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah: Pertama isu yang

dibangkitkan aspek monetary iaitu berkenaan dengan nilai mata wang ringgit yang kini lebih rendah kalau kita bandingkan setahun yang lalu. Kita maklum bahawa kedudukan ringgit ini terjejas akibat daripada isu yang dipanggil sebagai sentimen. Daripada segi ekonomi kita, kukuh asas-asas fundamentalnya begitu kuat dengan pertumbuhan kita capai tahun lalu enam peratus, suku tahun pertama; lima bulan enam peratus, kita punya current balance of payment tinggi, inflasi kita rendah, unemployment kita rendah tetapi isu-isu sentimen ini yang menjejaskan pelabur-pelabur dan pelabur ini sebahagian adalah dalam bidang saham ataupun stock exchange, bursa daripada segi bond ia tetap kukuh.

Antara isu-isu yang dibangkitkan adalah tentang berpunca daripada kejatuhan harga minyak. Jadi pada pandangan dunia, bila harga minyak kita turun bermakna ini akan menjejaskan kutipan pendapatan negara kita. Jadi dengan itu, sentimen itu agak terjejas. Kemudian kita lihat pula, dalam konteks ekonomi dunia Amerika Syarikat telah capai pertumbuhan dari semasa ke semasa dengan berbagai-bagai sektor apabila dibuat pengumuman ia makin positif dan makin positif. Dengan itu, US Dollars telah meningkat dan mata wang negara lain terjejas. Bukan sahaja Malaysia tapi negara-negara yang lain juga terjejas.

Dalam konteks soalan berkenaan dengan mengapa ringgit lebih rendah terjejas berbanding dengan Thai Baht dan juga Dollar Singapura. Ini berpunca kerana Malaysia sebuah negara pengeluar minyak, bila harga turun, bermakna dikaitkan dengan pendapatan negara ia akan turun. Jadi sentimennya terjejas. Itu sebabnya Ringgit kita lebih rendah daripada Singapore Dollar dengan juga daripada segi Thai Baht.

Page 31: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 23

Kemudian isu kedua dibangkitkan mengenai dengan laporan Ketua Audit Negara. Saya ingin menjelaskan di sini Tuan Yang di-Pertua, kita selalu melihat laporan Ketua Audit Negara dalam konteks ketirisan, sebenarnya laporan Ketua Audit Negara adalah berkenaan dengan teguran. Teguran di mana perbelanjaan ikut Ketua Audit Negara tidak mengikut kepada prinsip-prinsip perakaunan, itu yang dimaksudkan. Kita sering menyatakan bahawa ketirisan ini besar. Sebenarnya kalau kita ambil daripada segi laporan Ketua Audit Negara, kita ambil bagi tahun 2014, jumlah tegurannya RM1.3 bilion, kadangkala kita kata ketirisan RM20 bilion, RM40 bilion. Saya ingat di Parlimen ini biarlah kita bercakap steady, Tuan

Yang di-Pertua, kita berteraskan kepada laporan bukannya kita ambil daripada angin, kemudian kita kata RM20 bilion, RM40 bilion itu tidak benar.

Perkara yang ketiga dibangkitkan tentang belanjawan negara, seperti mana kita maklum bahawa kita telah menyediakan belanjawan secara unjuran sehingga tahun 2020. Ini ada di dalam RMKe-11, di lampirkan dan kita tahu bahawa sasaran kerajaan untuk mengurangkan defisit itu inshaa-Allah akan tercapai dengan defisit berkurangan tahun depan kita cadang 2.9 peratus dan kemudian turun lagi. Inshaa-Allah pada tahun 2020, kita dapat balance budget.

Kemudian isu yang kedua Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan GST. GST kita sedia maklum telah dilaksanakan, kalau kita ambil daripada segi pendaftaran, pendaftarannya begitu membanggakan kita kerana 380,000 buah syarikat telah mendaftar, berbanding dengan dibawah SST dulu 63,000. Jadi pertambahan lebih daripada enam kali ganda dari tahun-tahun kita laksanakan SST dahulu.

Kita maklum bahawa, dalam negara kita ini ada tiga cukai utama, Cukai Korporat, Cukai Pendapatan dan Cukai Kepenggunaan. Jadi cukai GST ini cukai kepenggunaan yang dahulu kita panggil sebagai SST dan sekarang ditukar kepada GST. Mengapakah kita tukar? Kerana dunia melalui proses evolusi, setiap bidang itu ada pertukaran macam mana saya nyatakan dahulu dalam bidang accounting, tukar FRS kepada FRS baru, dalam sistem perbankan kepada Basel yang baru, jadi begitu juga daripada segi cukai kepenggunaan dari SST kepada GST.

Ada beberapa perkara yang di ketengahkan di sini, satu mengenai cukai yang dikatakan sebagai regresif. Kalau kita lihat daripada segi cukai negara kita, kita lihat daripada segi strukturnya mereka yang berpendapatan antara RM1,000 ke RM5,000 tidak perlu bayar cukai. Yang RM5,001 kepada RM20,000, di bawah GST ini kalau dahulu 2 peratus, sekarang bayar 1 peratus.

■1150

Kemudian, kita naik ke atas yang RM70,000 hingga RM100,000 21 peratus, melebihi RM400,000 25 peratus. Maknanya kita yang bawah daripada RM25,000 tidak dikenakan cukai. Jadi ada cukai yang progresif.

Kemudian yang kedua, kita lihat dalam konteks produk-produk pula yang di bawah GST. Kita tahu bahawa barang-barang asas keperluan oleh semua masyarakat. Jikalau gaji isi rumah itu lebih kurang RM2,000, sebahagian besar daripada perbelanjaan tentulah dalam kumpulan-kumpulan asas yakni zero rated. Kemudian, kalau tidak sihat dia pergi

hospital atau pun klinik yang kerajaan adakan, bayarannya begitu murah. Maknanya daripada segi cukai ini sistem cukai di negara kita, kita menumpukan kepada keperluan masyarakat yang tidak berupaya, kita kurangkan cukai.

Dalam konteks bidang-bidang keagamaan, kita memang bagi zero rated. Akan

tetapi ada yang sesetengah itu tidak ada dalam konteks itu. Kemudian apabila dia mohon, kita bagi based on case tertentu. Maknanya Menteri ada kuasa, Menteri luluskan. Malah kita sudah luluskan beberapa fasal kita tahu bahawa kekuatan negara kita individu kita ramai yang berpegang kepada prinsip agama. Kemudian mengenai perisian ini, ini kita boleh bincang lebih mendalam. Ada perisian yang agak mahal, ada yang kurang.

Kemudian berkenaan dengan hasil kutipan cukai. Buat masa ini saya ingat elok kita jangan umumkan lagi fasal ia ada beberapa judgement kena dibuat.

Page 32: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

24 DN 29.6.2015

Bermakna apabila kita ada dispense gross kemudian ada yang kena bayar balik,

jadi netnya itu kita dalam proses untuk kita buat pengiraan. Di sini kalau kita ikut daripada segi anggaran asas, tahun ini kita jangka dapat surplus, dengan izin, setelah ditolak SST, setelah ditolak insentif-insentif yang diberi, dijangka dapat RM690 juta surplus. Bagi tahun

hadapan lebih kurang dalam RM9 bilion. Akan tetapi kita dapati sekarang bahawa hasil pendapatan daripada GST ini sebenar lebih daripada itu. Ini kita akan umumkan apabila tiba waktunya nanti.

Tentang penggunaan hasil kutipan-kutipan ini biasa. Tuan Yang di-Pertua, apabila kerajaan hendak belanja, ia akan masuk dalam bajet. Jadi akan dibentangkan di Parlimen untuk dibahaskan oleh Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara di mana kita janji bahawa tujuannya adalah untuk memperkukuhkan the peoples’ economy, dengan izin. Bermakna kalau kita lihat Rancangan Malaysia Kesebelas penekanannya kepada B40, bottom 40 peratus yang ini akan menjadi penekanan dan di situlah GST ini akan diberi tumpuan daripada segi penggunaannya.

Kemudian daripada segi penyelenggaraan bangunan yang ini kita bagi zero rated. Kemudian yang ini Tuan Yang di-Pertua, mereka yang kurang upaya. Mereka yang kurang upaya apabila didaftar dengan Jabatan Kebajikan dan melalui beberapa buah badan, badan-badan yang dipanggil sebagai Persatuan Pekak Malaysia, Persatuan Kanak-kanak Spastik, Persatuan Orang Cacat dan lain-lain lagi dia akan dapat exemption daripada segi pembayaran GST.

Kemudian kita berpindah kepada kewangan Islam. Saya tahu Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Asyraf yang bangkitkan isu ini. Beliau dahulu adalah dalam bidang tersebut. Terlibat sebagai panel, Advisory panel kepada kewangan Islam. Saya ingin nyatakan bahawa daripada segi kewangan Islam, di negara kita pertumbuhannya begitu hebat. Beliau membangkitkan mengenai peranan MIFC. Beliau tahu MIFC adalah untuk menentukan hala tuju dasar. Kemudian daripada inisiatif yang dijalankan satu galakan sukuk program mata wang asing. Sediakan persekitaran kondusif, lahirkan model insan penubuhan Insef, dana biasiswa dan geran penyelidikan, penubuhan International Syariah, Research Academic for Islamic Finance, platform bagi membincangkan isu-isu syariah dan

penyelidikan, memperkukuhkan hubungan kerjasama pelbagai negara.

Dalam konteks itu, kita dapati bahawa negara kita telah mencapai pertumbuhan daripada segi sukuk yang tertinggi, sukuk global iaitu 65.6 peratus. Sejak tahun 2009 lebih USD16 bilion, emas dominasi Dolar, Amerika syarikat, Renminbi, Dolar Singapura dan Yen telah dilaksanakan. Kita juga lihat dalam domestik kita, pertumbuhan aset-aset syariah ini meningkat makin tinggi. Kemudian kita lihat dalam konteks latihan yang telah disediakan Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia telah menjalankan kursus.

Apa yang penting sekali ia melibatkan 20 buah negara. Di samping itu kita lihat bahawa pihak IMF sekarang ini sedang memperkasakan kewangan Islam kerana mereka melihat di sebelah conventional banking perlu ada Islamic banking, Islamic finance supaya kemudahan pembiayaan kewangan untuk sama ada syarikat, negara dan sebagainya terus meningkat dan mereka telah mengadakan satu simposium yang disertai oleh negara kita di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Satu perkembangan yang paling penting adalah di kalangan negara ASEAN. Kita telah pun bersetuju menandatangani ASEAN Banking Integration Framework. Sebelum adanya ABIF ini, agak sukar untuk bank-bank Malaysia untuk menembusi negara-negara jiran. Akan tetapi dengan adanya ini ia menjadi facilitate, dengan izin, pertumbuhan tersebut. Ia mestilah seharusnya berdasarkan kepada bilateral, hubungan kita dengan Indonesia begitu rapat. Ini semua akan memberi peluang kepada Islamic finance untuk berkembang lanjut.

Isu seterusnya tentang 1MDB. Ini mengenai dengan pelantikan ahli lembaga pengarah. Ini kita belum cadangkan lagi untuk bertukar ahli lembaga pengarah. Ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, apabila berlaku penangkapan Xavier Andre Justo di Thailand, ia memberi banyak impak kepada 1MDB. Satu 1MDB ini sebelum ini dilihat sebagai sebuah syarikat yang fragile, yang ada skandal, saya pernah terangkan di Dewan Rakyat terutamanya. Tuduhan-tuduhan daripada online media dan sebagainya. Jadi dengan penangkapan beliau, apa yang telah beliau nyatakan itu, bermakna isu itu tidak timbul.

Page 33: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 25

Bermakna bahawa 1MDB adalah atas landasan yang betul. Kerajaan sedang menunggu laporan lengkap sebelum kita ambil apa-apa tindakan. Akan tetapi yang penting di sini kita sebagai Ahli Dewan Negara, saya percaya satu isu itu kita mesti lihat secara yang textual dan kita tidak menggunakan ad hoc facts. Kita tidak berdasarkan kepada

tuduhan, kita tidak berdasarkan kepada teori. Semua ini perlukan kepada pembuktian dan pembuktian inilah yang kerajaan lantik Ketua Audit Negara untuk buat penyiasatan.

Apa yang penting di sini masa depan. Jadi pihak 1MDB telah mempunyai pelan rasionalisasi yang sudah mula dilaksanakan. Di Dewan Rakyat saya terangkan 1MDB ada empat bentuk aset, satu financial asset, aset tenaga dikonsolidasi dibawah Edra, aset hartanah yang begitu berpotensi, TRX dan Bandar Malaysia dan lain-lain yang keempatnya tanah-tanah tertentu yang dibeli untuk pembangunan masa depan. Tanah-tanah itu inshaa-Allah akan dimonetizedkan.

■1200

Jadi dalam konteks ini kita lihat financial asset ada RM16 bilion. Jadi dengan kerjasama International Petroleum Investment Company (IPIC) iaitu satu sovereign wealth fund Abu Dhabi, kita telah bersetuju untuk menyelesaikan ataupun mencairkan aset-aset

tersebut dan ini telah bermula apabila RM3.5 bilion atau USD1 bilion telah dibayar yang mana kita gunakan melalui Bank BSI kita bayar ke Deutsche Bank. Pembayaran kepada Deutsche Bank ini penting kerana kita hendak aset-aset kita free from encumbrances iaitu melibatkan kepada Edra.

Kita percaya dalam tempoh sebelum akhir tahun ini, kita akan dapat selesaikan RM12.5 bilion. Pengumuman ini pun telah dibuat oleh IPIC dan pinjaman sebanyak USD3.5 bilion yang akan ditanggung oleh IPIC itu, faedahnya pun telah mula dibayar oleh IPIC. Maknanya, kalau mereka bayar faedah, ada penjimatan daripada segi pembayaran faedah lebih daripada RM600 juta.

Kemudian kita akan monetize Edra, dalam proses. Kita akan buat secara tender terbuka, dan Edra kita pegang 30 peratus. Kemudian kita ada daripada segi tanah TRX dan Bandar Malaysia, kita buat joint venture, 1MDB akan pegang lebih kurang 40 peratus. Keseluruhan exercise ini, pada akhir tahun, lewat-lewat awal tahun depan bila selesai kita

jangka kita akan dapat lebih RM40 bilion. Jadi kita boleh selesaikan masalah hutang tersebut.

Kemudian kita menyentuh tentang RMKe-11 ini, bottom 40 peratus ini, yang ini saya percaya elok dibangkitkan semasa jawapan oleh Jabatan Perdana Menteri kerana mereka adalah authority dalam RMKe-11. Saya ingat itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Saya ucap, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Baiklah, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas

jawapan itu tadi. Seterusnya saya ingin mempersilakan Kementerian Pendidikan. Silakan Yang Berhormat Kementerian Pendidikan.

12.03 tgh.

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin: Tuan Yang di-Pertua, pada

kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu pendidikan dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas yang berlangsung dari 22 Jun hingga 25 Jun 2015. Seramai 26 Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut. Saya akan cuba menjelaskan perkara-perkara yang dibangkitkan sebaik mungkin walaupun terdapat isu yang dibangkitkan telah dijawab dalam pertanyaan lisan dan bertulis yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini.

Sebelum saya mengulas isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, secara ringkas saya ingin memperjelaskan kepada Dewan yang mulia ini berhubung pelaksanaan projek-projek pembangunan pendidikan sepanjang Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Page 34: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

26 DN 29.6.2015

Secara keseluruhannya kerajaan telah memperuntukkan kepada Kementerian

Pendidikan Malaysia sebanyak RM28.330 bilion iaitu RM15.553 bilion untuk sektor pelajaran dan RM12.786 bilion untuk sektor pendidikan tinggi.

Daripada jumlah yang diperuntukkan kepada sektor pelajaran, sebanyak 3,927 projek telah dilaksanakan. Sehingga 30 Mei 2015, 89 peratus atau 3,497 projek telah berjaya disiapkan. 430 projek masih dalam peringkat pelaksanaan dan akan diteruskan dalam RMke-11. Manakala, bagi sektor pendidikan tinggi pula, 218 projek atau 48.1 peratus telah berjaya disiapkan. Sebanyak 110 projek masih dalam peringkat akhir pelaksanaan dan 55 projek dijangka akan dapat disempurnakan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Daripada segi prestasi perbelanjaan pula, sehingga 30 Mei 2015, Kementerian Pendidikan telah membelanjakan sebanyak RM22.96 bilion iaitu 81 peratus daripada keseluruhan siling peruntukan yang diluluskan dan dijangkakan akan dapat dibelanjakan keseluruhannya menjelang akhir tahun ini.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tan Sri Datuk Kadzim bin Haji M. Yahya kemukakan isu yang berkaitan dengan graduan tidak bersedia untuk menghadapi alam pekerjaan atau industri disebabkan kurang pendedahan praktikal. Tuan Yang di-Pertua, usaha melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dan mampu memenuhi keperluan negara melalui pendidikan dan latihan teknikal atau TVET telah pun dimulakan oleh kementerian melalui Pelan Pembangunan Pendidikan pada tahun 2013 hingga 2025 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk pengajian tinggi yang mula pada tahun 2015 hingga 2025.

Melalui Lonjakan 1, PPPM untuk pengajian tinggi iaitu graduan holistik berciri keusahawanan dan seimbang. Penekanan khusus kepada program keusahawanan bagi semua graduan terutamanya graduan TVET turut diberi perhatian bagi memastikan modal insan yang dibangunkan mampu berdikari. Matlamatnya adalah untuk menganjakkan minda generasi baru ini daripada sebagai pencari pekerjaan, job seekers dengan izin, kepada penjana pekerjaan, job creators, dengan izin.

Kementerian Pendidikan Malaysia juga memperkasakan program TVET untuk menambah baik kebolehan pasaran graduan melalui model kerjasama baharu dengan pihak industri. Model kerjasama ini termasuk perantisan latihan amali, penempatan praktikal dan program berasaskan pekerjaan. Model pembelajaran berasaskan masalah, projek atau hasil yang melibatkan pelajar dalam dunia pekerjaan sebenar akan juga diterapkan dalam kurikulum.

■1210

Di negeri Sabah- ini maklumat tambahan. Jadi sekiranya katalah ada soalan yang berkaitan dengan negeri Sabah dan saya akan sentuh.

Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Hou Kok Chung kemukakan isu yang berkaitan dengan masih ramai termasuk golongan pemberian pendidikan tinggi yang masih keliru mengenai TVET yang tidak terhad kepada bidang-bidang kejuruteraan dan teknologi sahaja. Isu yang dibangkitkan juga ada permohonan yang berkaitan dengan kerajaan menyediakan peluang pekerjaan kepada lulusan TVET berdasarkan kursus yang diambil.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kementerian telah merancang pelaksanaan berkenaan TVET dengan mentransformasikan TVET untuk memenuhi permintaan industri iaitu dengan beberapa langkah. Pertama, mengukuhkan tadbir urus TVET untuk pengurusan yang lebih baik menerusi pemantapan kerangka kelayakan nasional dan pengharmonian pelbagai sistem penarafan bagi institusi TVET awam dan swasta. Antaranya menubuhkan sistem akreditasi yang berdasarkan kerangka kelayakan Malaysia iaitu MQF. Mengharmonikan sistem penarafan institusi seperti sistem penarafan politeknik dan sistem penarafan kolej komuniti menjadi sistem yang bersepadu.

Kedua, memperkasa kualiti dan penyampaian program TVET untuk menambah baik kebolehpasaran graduan melalui pendekatan seperti membolehkan industri menerajui pembangunan kokurikulum. Model kerjasama industri termasuklah perantisan, latihan amali, penempatan praktikum dan program berasaskan pekerja. Perlu saya tegaskan sekali lagi maklumat semua strategi TVET adalah untuk menganjak minda generasi baru ini seperti yang saya sudah beritahu bahawa ini adalah untuk menjadikan graduan TVET sebagai job creators, dengan izin, atau penjana pekerja.

Page 35: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 27

Yang Berhormat Senator Datuk Yoo Wei How ingin mengetahui berapakah tenaga pengajar teknik dan vokasional yang sedia ada sekarang dan berapakah tenaga pengajar yang bakal dilatih? Langkah utama yang telah diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk melatih dan memberi kemahiran kepada guru-guru tersebut melalui program kolaboratif bersama Institut Latihan Kemahiran Awam dan Swasta. Melalui program latihan ini, guru-guru vokasional (KV) dilatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Institut Kemahiran Belia Negara, Institut Latihan Perindustrian, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan lain-lain pusat kemahiran peringkat negeri. Hal ini dilaksanakan bagi memastikan bilangan guru-guru serta pensyarah KV mencukupi dan mempunyai kompetensi untuk melayakkan mereka menganjur di KV. Buat masa sekarang, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang giat melaksanakan latihan kemahiran guru serta pensyarah KV untuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 4 dan 5.

Yang Berhormat Senator Datuk Yoo Wei How isu yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator adalah untuk KPM dicadangkan melaksanakan konsep “satu daerah, satu SMT” atau KV bagi memudahkan penyertaan murid yang menyeluruh. Kementerian amat mengalu-alukan dan sentiasa mengambil berat cadangan tersebut. Walau bagaimanapun, cadangan penubuhan sebuah sekolah menengah teknik atau kolej vokasional memerlukan kajian yang terperinci dengan mengambil kira pelbagai faktor seperti keperluan masyarakat, catch up area, dengan izin, dan industri setempat serta

syarat-syarat lain yang ditempatkan dan tertakluk kepada kedudukan kewangan kerajaan.

Yang Berhormat Senator Datuk Yoo Wei How juga mencadangkan perluasan rangkaian MTUN bagi menampung lepasan diploma vokasional. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempat yang ditawarkan oleh Malaysia Technical University Network (MTUN) dengan izin masih mampu menampung keperluan graduan tersebut. Hal ini kerana program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) hanya ditawarkan Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja dan sasaran graduan DVM yang melanjutkan pengajian sebanyak 20 peratus. Walau bagaimanapun, kursus berkaitan TVET turut ditawarkan oleh IPT lain selain MTUN.

Yang Berhormat Senator Datuk Yoo Wei How mengemukakan isu yang berkaitan untuk mengadakan sebuah jawatankuasa induk TVET perlu merangkumi semua jawatan kerajaan yang bertanggungjawab pihak pendidikan swasta, pihak industri dan NGO serta peranannya dalam perancangan TVET dan pengiktirafan sijil dan diploma. Jawatankuasa Induk TVET bertanggungjawab mengawal selia dan menentukan dasar pendidikan TVET sementara Jawatankuasa Kerja TVET pula bertanggungjawab terhadap penyelarasan dan pelaksanaan TVET di Institusi TVET di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu kolej vokasional, kolej komuniti, politeknik dan Malaysia Technical University Network (MTUN)

dengan izin.

Kementerian Pendidikan Malaysia juga bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia (KSM) dengan mewujudkan Jawatankuasa Pengurusan Pembangunan Latihan Vokasional dan Kemahiran untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program yang dikenal pasti melalui Program Pembangunan Sumber Manusia. Perkara dalam perkara ini adalah berikut:

(i) melaksanakan sistem Persijilan Kemahiran Malaysia dalam bidang vokasional dan kemahiran;

(ii) ada berkaitan dengan membangunkan bersama Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan kurikulum latihan dalam bidang vokasional dan kemahiran;

(iii) mengiktiraf Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM);

(iv) melaksanakan Program Pembangunan Tenaga Pengajar Berkemahiran;

(v) melaksanakan Program Pertandingan Kemahiran; dan

Page 36: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

28 DN 29.6.2015

(vi) mempromosikan latihan dalam bidang vokasional dan

kemahiran.

Yang Berhormat Senator Datuk Yoo Wei How juga ada cadangkan kepada pihak kerajaan mewajibkan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan TVET perlu memenuhi kriteria pengalaman bekerja di industri berkaitan sekurang-kurangnya tiga tahun supaya mereka mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk mengajar pelajar-pelajar baru. Pelantikan tenaga pengajar di politeknik dan kolej komuniti dilaksanakan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.

■1220

Antara kriteria pelantikan tenaga pengajar ialah mereka perlu mempunyai kelayakan dalam bidang pengajaran masing-masing. Kriteria ini seiring dengan standard program Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang menetapkan tenaga pengajar perlu mempunyai tahap kelayakan yang lebih tinggi berbanding tahap kelayakan program yang diajar. Di samping itu, sekiranya tenaga pengajar tersebut mengajar pada kelayakan yang sama, mereka perlu mempunyai lima tahun pengalaman kerja di industri.

Yang Berhormat Senator Datuk Yoo Wei How mencadangkan kepada pihak kerajaan mempertimbangkan untuk melantik pesara yang berpengalaman untuk dijadikan sebagai tenaga pengajar dalam institusi TVET awam dan swasta. Untuk maklumat Yang Berhormat Senator, kementerian berpandangan bahawa tenaga pengajar sedia ada dan yang sedang dilatih oleh kementerian mampu memenuhi keperluan semasa institusi TVET. Hal ini kerana tenaga pengajar sedia ada turut mempunyai pengalaman dalam industri bagi membantu pelajaran dan pembelajaran.

Yang Berhormat Senator Datuk Yoo Wei How mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk mempergiatkan satu program yang dipanggil perakuan dan pengiktirafan terhadap pengalaman teknikal dan pencapaian terdahulu atau lebih dikenali sebagai PPT yang akan memberikan pengiktirafan kepada golongan pekerja mahir yang tidak mempunyai sebarang sijil kelayakan.

Cadangan Yang Berhormat berkaitan pengiktirafan tersebut adalah baik. Namun, hal ini di luar bidang kuasa kementerian. Walau bagaimanapun, melalui PPM untuk pengajian tinggi, sebuah laluan alternatif telah disediakan kepada pekerja mahir di bawah Akreditasi Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu atau Accreditation of Prior Experiential Learning, dengan izin, atau APEL bagi mereka yang tiada kelayakan formal untuk melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi berasaskan pengalaman pekerja dahulu.

Yang Berhormat Senator Dato’ Adam bin Abdul Hamid mengemukakan isu yang berkaitan dengan usaha memperkukuh TVET perlu diberi fokus kerana ini menjadi kayu ukur pencapaian Rancangan Malaysia Kesebelas. Agenda mentransformasikan sistem pendidikan negara memang menjadi keutamaan kerajaan termasuk mengarusperdanakan pendidikan dan latihan teknik dan vokasional atau TVET dengan sasaran untuk meningkatkan 2.5 kali ganda keseluruhannya enrolment TVET kepada 650,000 orang pelajar menjelang tahun 2025, 300,000 orang daripadanya didaftar dalam program di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Tanggungjawab ini bukan sahaja digalas oleh Kementerian Pendidikan Malaysia tetapi memerlukan usaha secara komprehensif dan kolaboratif oleh semua pihak termasuk pihak swasta.

Yang Berhormat Senator Dato’ Adam bin Abdul Hamid juga ada mencadangkan muafakat antara kementerian supaya matlamat RMKe-11 tercapai. Contohnya, Kementerian Perdagangan dan Industri menentukan kemahiran TVET yang diperlukan oleh negara dan Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan sumber manusia yang mempunyai kemahiran tersebut.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam tempoh RMKe-11, kerajaan akan menubuhkan Majlis Pembangunan Modal Insan Negara (MPMIN) dan majlis ini ditubuhkan berdasarkan modul Majlis Ekonomi yang akan menetapkan hala tuju, dasar pembangunan modal insan, menentukan keutamaan inisiatif dan menyelaras tindakan merentasi semua pihak berkepentingan dalam sektor awam, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Keanggotaan majlis ini bukan sahaja terdiri daripada beberapa orang Menteri dan pelaksana daripada agensi berkaitan tetapi akan terus diwakili oleh pihak swasta dan industri utama.

Page 37: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 29

Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah mengemukakan isu yang berkaitan dengan isu menyemak semula dan menaiktaraf kolej vokasional, kolej komuniti dan lain-lain kolej. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) mulai tahun 2011. Salah sebuah komponen utama dalam Transformasi Pendidikan Vokasional adalah menaiktaraf sekolah menengah vokasional (SMV) kepada kolej vokasional (KV). Mulai tahun 2012, sebanyak 15 buah KV telah diwujudkan diikuti dengan 72 buah pada tahun 2013 dan sebanyak 80 buah KV telah beroperasi pada tahun 2014.

Yang Berhormat Senator Tuan Chong Sin Woon membangkitkan satu isu yang berkaitan dengan TVET merupakan perkara penting dalam pendidikan negara dan sepatutnya lebih prasarana dibina dan software, dengan izin, TVET dipertingkatkan. Sepatutnya penekanan kepada praktikal 70 peratus dan teori 30 peratus.

Kursus-kursus yang ditawarkan di kolej vokasional industry driven, dengan izin, yang telah mengambil kira keperluan tenaga mahir yang diperlukan oleh industri mengikut kajian keperluan tenaga mahir melalui koridor ekonomi negara oleh EPU. Kurikulum yang diguna pakai di kolej vokasional ialah Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) dan ini terdiri daripada komponen akademik dan komponen vokasional dengan nisbah peratusan 30 peratus dan 70 peratus. Pembangunan KSKV memenuhi National Occupational Skills Standard (NOSS), dengan izin, yang dikawal selia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Kementerian Sumber Manusia.

Di peringkat pendidikan tinggi, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dalam lonjakan empat iaitu graduan TVET berkualiti telah menggariskan empat strategi iaitu;

(i) kurikulum berlandaskan industri;

(ii) struktur tadbir yang bersepadu dan terselaras;

(iii) penjajaran kelayakan; dan

(iv) penjenamaan semula TVET.

Yang Berhormat Senator Tuan Chong Sin Woon juga ada mengemukakan satu isu yang berkaitan dengan usaha perlu dibuat untuk mengubah pandangan ibu bapa supaya menggalakkan anak-anak mereka memilih TVET. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan usaha untuk mengubah pandangan masyarakat supaya memilih TVET sebagai pilihan utama bagi anak-anak mereka dengan melaksanakan promosi dan jerayawara yang bertujuan untuk meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap program kolej vokasional dan seterusnya menggalakkan murid lepasan PT3 memasuki kolej vokasional.

■1230

Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah kemukakan isu yang berkaitan dengan menukar dasar pinjaman PTPTN kepada biasiswa untuk pelajar Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak yang mencapai CGPA 3.00 ke atas. Pada masa ini, Kementerian Pendidikan Malaysia masih kekal dengan pelaksanaan dasar dan kaedah sedia ada. Hal ini termasuk dasar pinjaman boleh ubah, pengecualian bayaran balik kepada peminjam PTPTN telah diberikan kepada pelajar yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama. Sehingga 31 Mei 2015, seramai 25,486 orang peminjam PTPTN telah mendapat manfaat yang melibatkan amaun pengecualian bayaran balik sebanyak RM693.6 juta. Sungguhpun demikian, pandangan dan cadangan Ahli Yang Berhormat akan tetap diberi perhatian sewajarnya.

Yang Berhormat Senator Tuan Chong Sin Woon mencadangkan kaum lain turut diberi peluang sama rata dalam pemberian biasiswa. Bahagian biasiswa Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan 21 bentuk penajaan biasiswa bantuan kewangan, pinjaman kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat sijil hingga pasca kedoktoran.

Page 38: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

30 DN 29.6.2015

Pemberian biasiswa dan bantuan kewangan ini mengambil kira faktor kelayakan

yang kerajaan sentiasa memastikan pemberian biasiswa di peringkat pengajian tinggi ini diberikan kepada pelajar yang benar-benar berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan seperti merit akademik, kokurikulum dan latar belakang sosioekonomi keluarga pemohon dari seluruh Malaysia. Langkah ini dipraktikkan bagi memastikan keadilan bagi semua kumpulan sasaran yang berkelayakan dan pembangunan modal insan yang seimbang di seluruh Malaysia.

Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Johari Bin Mat ada membangkitkan isu berkaitan dengan pembelajaran sepanjang hayat perlu dilaksanakan secara berterusan. Untuk makluman Dewan yang mulia, agenda Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) telah diberi pendekatan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 hingga 2025 untuk bahagian Pendidikan Tinggi melalui lonjakan ketiga iaitu menghayati pembelajaran sepanjang hayat. Di bawah PSH ini, pelbagai program telah dilaksanakan mengikut permintaan orang awam dan memenuhi keperluan komuniti setempat dilaksanakan secara berterusan.

Yang Berhormat Senator Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam kemukakan isu yang berkaitan kerjasama dengan kolej komuniti dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya Orang Kurang Upaya dan warga emas dikhususkan supaya mereka produktif. Sehingga kini, Kolej Komuniti telah membuka peluang dan memperluaskan akses pendidikan dan latihan kepada masyarakat mencakupi pelajar lepasan sekolah, Orang Kurang Upaya (OKU) dan pekerja di industri. Bagi OKU seperti pelajar berkeperluan khas atau masalah pembelajaran, Kolej Komuniti telah menyediakan ruang dan peluang untuk mengikuti pembelajaran di 12 Kolej Komuniti di seluruh negara yang menawarkan tujuh program yang khusus bagi OKU.

Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah sama dengan Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Hou Kok Chung kemukakan isu yang berkaitan dengan memperkasakan ranking universiti daripada segi kualiti dan usaha KPM menambah baik ranking universiti dan mencadangkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia menyertai Times, atau R World Shanghai University sebagai sasaran. Pencapaian

universiti-universiti awam dalam ranking dunia menunjukkan satu peningkatan yang berterusan, souring outwards, dengan izin. Sebagai contohnya, dalam QS University Rankings Asia 2015, UM telah meningkat dari tangga 22 ke-29. USM telah meningkat dari tangga 57 ke-49. UTM meningkat dari tangga 66 ke-61 dan UPM meningkat dari tangga 76 ke-66. QS Ranking merupakan agensi penarafan yang diiktiraf oleh International Ranking Expert Group (REC), dengan izin, berbanding dengan penarafan ranking yang lain.

Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pengajian Tinggi) pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi meningkatkan ranking dan antaranya seperti berikut:

(i) penanda aras atau benchmarking dengan IPT di negara yang mempunyai pemetaan sosioekonomi dan sosiobudaya yang hampir sama;

(ii) menyerlahkan bidang kepintaran atau niche area, dengan izin, dan kecemerlangan di IPT tempatan;

(iii) memantapkan aktiviti penyelidikan, penerbitan, Pembelajaran dan Pengajaran (PdP), pembangunan pelajar serta jaringan industri dan komuniti di IPT;

(iv) memperkasa Malaysian Research University Network (MRUN), dengan izin, secara kolektif bagi mengenal pasti kekuatan niche area dan saling melengkapi dalam pelbagai bidang.

Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Hou Kok Chung mengemukakan isu yang berkaitan dengan dana penyelidikan pada Universiti Malaya untuk meningkatkan ranking universiti terbaik. Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberikan dana khas pada Universiti Malaya (UM) berdasarkan kebolehan dan kepakaran universiti tersebut sebagai universiti penyelidikan terkemuka negara. Pelan penyelidikan berimpak tinggi atau high impact research, dengan izin, tersebut dikhususkan untuk membiayai projek-projek yang akan menghasilkan penerbitan manuskrip dalam tahap satu ISI Rap Jurnal Sains. Pelan ini bertujuan untuk meningkatkan penyelidikan berimpak tinggi yang secara tidak langsung memberi kesan kepada ranking.

Page 39: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 31

Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin mengemukakan isu berkaitan dengan mengembalikan autonomi universiti dan cadangan yang dikemukakan atau berkaitan dengan sumber kewangan disalurkan kepada Suruhanjaya Universiti dan universiti bebas menentukan sumber kewangan sendiri.

■1240

Menerusi Lonjakan 6 PPPM untuk pengajian tinggi, pemantapan tadbir urus universiti, institusi pendidikan tinggi telah diberikan status autonomi dan beroperasi secara bebas dengan kawal selia kerajaan yang minimum. Oleh yang demikian, autonomi ini perlu diimbang menerusi keupayaan dalaman yang tepat dan juga mekanisme kebertanggungjawaban yang sewajarnya. Justeru, struktur tadbir urus yang mantap, hak membuat keputusan yang jelas dan pengurusan pihak berkepentingan yang berkesan telah diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada pentadbir universiti untuk dilaksanakan. Pada masa ini, universiti masih diberi geran peruntukan oleh kerajaan pada setiap tahun. Namun, kementerian masih perlu memantau prestasi perbelanjaan universiti dan universiti perlu mematuhi segala peraturan kewangan yang berkuat kuasa. Dalam masa yang sama, sumber kewangan dalaman perlu dijana dan boleh diurus sendiri oleh universiti masing-masing.

Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah kemukakan isu yang berkaitan dengan kemasukan ke IPTA iaitu untuk menambahkan kuota kemasukan ke universiti awam bagi pelajar bumiputera Melayu dalam bidang-bidang kritikal. Kemasukan pelajar ke IPTA adalah berdasarkan prinsip meritokrasi iaitu maka, merit calon yang berjaya untuk ditawarkan tempat pengajian adalah berasaskan 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum. Berdasarkan prinsip ini, calon atau pemohon yang memperoleh markah merit tinggi layak dipertimbangkan dan ditawarkan tempat di IPT tanpa mengira kaum, agama, jantina, keturunan, negeri, sosial ekonomi dan tempat tinggal. Calon atau pemohon yang juga mestilah memenuhi syarat am universiti, syarat khas program pengajian dan kriteria-kriteria pemilihan yang telah ditetapkan oleh senat universiti. Penawaran pengajian juga tertakluk kepada bilangan tempat yang mampu disediakan oleh IPTA, kemudahan prasarana, nisbah pelajar dan pensyarah serta kuota yang telah ditetapkan oleh badan-badan profesional untuk kursus-kursus yang komprehensif.

Berkaitan dengan kebebasan bersuara dan akademik, Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali mengemukakan isu bahawa mahasiswa diberi kebebasan supaya dapat memupuk fikiran bebas dan kritikal. Mahasiswa telah diberikan kebebasan dan tiada sebarang sekatan yang dikenakan. Walau bagaimanapun, mereka masih tertakluk kepada undang-undang negara dan peraturan-peraturan yang telah digariskan oleh universiti masing-masing. Bagi perkara yang berkaitan dengan politik, seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej (Pindaan) 2012 membenarkan pelajar universiti untuk terlibat dalam aktiviti politik kepartian di luar kampus dan mengekalkan keberkecualian, neutrality, dengan izin, di dalam kampus sebagai sebuah pusat ilmu selaras dengan falsafah pendidikan negara.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, ada yang hendak mencelah.

Dr. Syed Husin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tahu sama

ada, ada undang-undang atau tidak yang tidak membenarkan pelajar menjemput atau mengundang penceramah dari luar berceramah di universiti, terutama apabila mereka ini daripada parti pembangkang. Pengalaman saya sendiri misalnya, saya telah tidak dibenarkan masuk ke universiti untuk bercakap, berceramah kepada student selama 24

tahun. Adakah ini undang-undang? Terima kasih.

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin: Terima kasih Yang Berhormat

Senator. Berkaitan dengan soalan, seperti yang saya sudah nyatakan tadi dalam ucapan saya, mengikut seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti, kita membenarkan pelajar universiti untuk terlibat dalam aktiviti politik kepartian di luar kampus. Jadi saya rasa ini adalah jelas.

Dr. Syed Husin Ali: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya ada ceramah-ceramah itu

yang tidak ada kait-mengait sama sekali dengan soal politik dalam kampus, bahkan berkaitan dengan akademik. Terima kasih.

Page 40: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

32 DN 29.6.2015

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin: Saya rasa saya tidak mahu

membahaskan ini dan politicize isu ini. Jadi saya akan teruskan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali dan isu yang dibangkitkan ini ada berkaitan dengan mewujudkan kebebasan akademik iaitu semua hal akademik peringkat tahun atau peringkat semester syllabus serta kurikulum ditentukan oleh fakulti dan senat universiti tanpa campur tangan kementerian.

Kebebasan akademik dilihat sebagai kebebasan untuk mengendalikan cara dan bentuk pengajaran dan pembelajaran, menjalankan apa jua kajian dengan menyatakan pendapat, mengeluarkan pandangan, kritikan terhadap apa jua isu berasaskan pandangan intelektual hasil daripada kajian pemerhatian dan penilaian mereka sama ada di dalam atau di luar universiti. Pindaan AUKU 1971 pada tahun 2009 dan 2012 telah banyak memberi kelebihan dan memanfaatkan kepada IPTA dalam mendukung konteks kebebasan akademik.

Yang Berhormat Senator Datuk Ng Chiang Chin mengemukakan cadangan mengkaji semula kebenaran pelajar Tingkatan 6 tidak memakai uniform sekolah kerana dibimbangi boleh menimbulkan isu gengsterisme dan isu sosial yang lain. Keputusan untuk memberi kelonggaran kepada pelajar Tingkatan 6 berpakaian kemas dan sopan dibuat oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia setelah membuat tinjauan kepada murid Tingkatan 6 tentang perkara-perkara yang dapat menarik minat mereka untuk meneruskan pengajian di Tingkatan 6. Tidak timbul masalah gengsterisme atau isu sosial yang lain kerana murid Tingkatan 6 merupakan murid yang lebih matang dan mempunyai tahap disiplin yang lebih tinggi.

Cadangan kedua yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Ng Chiang Chin ada berkaitan dengan- bukan satu cadangan tetapi tanya, apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperkasakan Tingkatan 6 yang dianggap sebagai prauniversiti? Dalam usaha untuk memperkasakan Tingkatan 6, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjadikan penjenamaan semula Tingkatan 6 sebagai salah satu daripada inisiatif PPPM 2013 hingga 2025 melalui yang pertama; peningkatan imej, sistem dan kualiti pendidikan setaraf dengan pendidikan lepasan menengah yang lain selepas SPM seperti matrikulasi atau pusat asasi sains. Hal ini kerana dilihat sebagai laluan utama murid-murid untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

■1250

Langkah yang kedua ada berkaitan dengan mengubah persepsi masyarakat terhadap pendidikan Tingkatan 6 dan langkah yang ketiga adalah berkaitan dengan membangun dan memupuk nilai kepimpinan yang tinggi dalam kalangan murid Tingkatan 6. Lima fokus utama penjenamaan semula Tingkatan 6 adalah seperti berikut:

(i) fokus imej dan anjakan minda;

(ii) fokus info dan infrastruktur;

(iii) fokus pengurusan dan pentadbiran;

(iv) fokus mode pengajaran dan pelajaran; dan

(v) fokus kurikulum yang akan dijalankan secara berperingkat sehingga tahun 2025.

Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad mengemukakan isu yang berkaitan dengan subjek keusahawanan wajar di wajib kepada semua pelajar di Institusi Pendidikan Tinggi untuk menjadikan mereka pencipta kerja. Pada masa ini telah terdapat beberapa buah universiti yang menawarkan program pengajian berkaitan keusahawanan di pelbagai peringkat seperti Sarjana Muda Keusahawanan di Universiti Utara Malaysia dan Sarjana Muda Keusahawanan Perdagangan di Universiti Malaysia Kelantan.

Yang Berhormat Puan Hajah Mariany binti Mohd. Yit mengemukakan isu yang berkaitan dengan bahasa kedua perlu ditingkatkan di semua peringkat persekolahan. Sistem Pendidikan Malaysia melalui PPPM 2013 hingga 2025 berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya melalui aspirasi murid termasuk kemahiran dwi-bahasa. Setiap murid akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi antarabangsa.

Page 41: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 33

Setiap murid juga akhirnya akan berpeluang mempelajari bahasa tambahan. Murid akan terus berpeluang untuk mempelajari bahasa Cina dan Tamil di sekolah jenis kebangsaan dan kini sesetengah sekolah kebangsaan juga menyediakan peluang untuk mempelajari bahasa ketiga seperti bahasa Cina, Tamil, Arab, Iban, KadazanDusun. Pada peringkat menengah peluang ini diperluaskan untuk meliputi bahasa antarabangsa lain. Selepas jangka masa tertentu semua pelajar akan digalakkan untuk belajar sekurang-kurangnya tiga bahasa bagi membolehkan mereka bekerjasama dan berkomunikasi secara berkesan dengan rakan dalam kalangan rakyat Malaysia dan juga negara jiran dalam dunia global masa ini.

Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Hou Kok Chung memohon kelulusan UEC diberi peluang untuk pelajar di universiti tempatan. Seperti yang Ahli Yang Berhormat sedia maklum, bahawa Unified Examination Certificate atau UEC, dengan izin, menggunakan

kurikulum yang dibangunkan sendiri dan tidak selari dengan kurikulum kebangsaan seperti yang ditetapkan oleh Akta Pendidikan 1996. Sebaliknya dasar kemasukan ke universiti awam memerlukan seseorang calon memiliki sijil yang selaras, yang selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Oleh yang demikian, selaras dengan jawapan penggulungan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat pada 10 Jun 2015, baru-baru ini, UEC perlu mematuhi dan selari dengan dasar-dasar sedia ada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membolehkan kementerian membuat pertimbangan untuk kemasukan ke universiti awam. Pada masa ini berdasarkan Surat Pekeliling Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004, kelulusan sijil UEC diiktiraf sebagai kelayakan masuk ke Institusi Pendidikan Tinggi Swasta.

Yang Berhormat Senator Hajah Khairiah binti Mohamed mengemukakan isu berkaitan dengan dasar wajib lulus bahasa Inggeris SPM. Golongan murid bandarkah atau luar bandar yang paling terkesan apabila dasar ini dilaksanakan pada SPM 2016? Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2025 telah menggariskan pelaksanaan bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus SPM pada tahun 2016.

Sehubungan itu Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Malaysia dalam kalangan guru dan murid terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Antara Program LINUS 2.0, penutur jati bahasa Inggeris, ETA, program Oral Proficiency in English for Secondary School,

dengan izin, guru kontrak Bahasa Inggeris, Sistem Set dan Program Pemantapan Tahap Pengajaran dan Pembelajaran, English Professional Up-skilling of English Language Teachers atau ProELT, dengan izin, untuk guru sudah dijalankan.

Yang Berhormat Senator Hajah Khairiah binti Mohamed juga ada mengemukakan satu isu yang berkaitan dengan apakah kerajaan tidak bersedia untuk menjadikan pendidikan agama dan pendidikan moral sebagai wajib lulus SPM bagi memastikan kecemerlangan murid tidak diukur dengan jumlah gred ‘A’ sahaja tetapi juga sahsiah yang berpaksikan agama, nilai dan moral. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, walaupun mata pelajaran Pendidikan Islam tidak dijadikan mata pelajaran wajib lulus dan mana-mana peperiksaan awam di negara ini namun mata pelajaran tersebut mata pelajaran teras dan wajib dipelajari oleh murid Islam sebagaimana yang termaktub di dalam Akta Pendidikan Malaysia 1996. Di samping itu melalui subjek ini murid-murid akan menjalani aktiviti kerohanian sebagai kokurikulum.

Yang Berhormat Senator Datuk Lihan Jok mengemukakan isu berkaitan dengan perbandingan sistem sekolah sekarang tidak mampu melatih kemahiran bahasa Inggeris secara menyeluruh. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam usaha memperbaiki pembelajaran Bahasa Inggeris melalui Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, memperkukuhkan Bahasa Inggeris atau MBM-MBI dengan melipatgandakan program peningkatan pengurusan dan penguasaan bahasa Inggeris seperti yang saya sebut tadi dan inisiatif juga diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memberi pendedahan atau the continuing professional development, dengan izin, kepada guru-guru Bahasa Inggeris.

Page 42: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

34 DN 29.6.2015

■1300

Yang Berhormat Senator Tuan Zali bin Mat Yasin kemukakan isu berkaitan dengan kandungan buku teks tidak mengikut peredaran zaman. Dicadangkan buku teks diperbaharui dengan memasukkan isu-isu semasa.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kandungan buku teks sememangnya ditulis berdasarkan fakta sejarah mengikut peredaran zaman. Penulisan dan pendidikan sejarah adalah berdasarkan kepada kaca mata, aspirasi dan pandangan masyarakat Malaysia secara umum yang telah diiktiraf oleh panel pakar rujuk kurikulum buku teks sejarah yang terdiri daripada tokoh pelbagai latar belakang sama ada ahli akademik, universiti dan persatuan sejarah.

Yang Berhormat Senator Tuan Zali bin Mat Yasin mengemukakan isu berkaitan dengan kelas peralihan masih gagal meningkatkan penguasaan bahasa Melayu pelajar. Apakah tindakan KPM?

Pada peringkat menengah, kurikulum Bahasa Malaysia dan amalan Bahasa Malaysia bagi kelas peralihan telah disemak semula supaya pembelajaran dalam tahun berkenaan dapat mengukuhkan kecekapan berbahasa murid dan membantu mereka mengikuti mata pelajaran dalam pengantar Bahasa Malaysia dengan baik. Pada masa yang sama, pendekatan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia diperkukuhkan dengan mengambil kira profil bahasa utama murid bukan Melayu. Pendekatan komunikatif untuk membina keyakinan berinteraksi dapat dijalankan sebagai strategi utama dan dijalinkan dengan pendekatan lain yang berkesan.

Kelas dan kem di luar jadual waktu akan dijalankan sebagai strategi pemulihan. Yang Berhormat Senator Tuan Zali bin Mat Yasin juga ada bertanya berkaitan dengan streaming class merupakan diskriminasi kepada pelajar lemah sebab kelas baik mempunyai pelajar yang baik dengan guru cemerlang. Sementara, kelas belakang sebaliknya. Tindakan ini tidak patut dilaksanakan.

Untuk makluman Dewan yang mulia, kurikulum standard sekolah rendah (KSSR) yang diperkenalkan pada tahun 2011 tidak menggalakkan pengurusan kelas streaming sebagai prosedur menyusun murid sewaktu pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, pihak sekolah diberi kelulusan untuk melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian untuk meningkatkan potensi dan prestasi murid.

Yang Berhormat Senator Tuan Zali bin Mat Yasin juga ada cadangkan memperluaskan subjek sukan di sekolah bermula di sekolah rendah hingga sekolah menengah supaya bidang sukan menjadi lebih maju. Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mewujudkan pendidikan sukan melalui sistem pendidikan formal dan tidak formal untuk mempertingkatkan ilmu sains sukan di sekolah rendah dan menengah.

Sistem Pendidikan Sains Sukan disampaikan secara formal seperti melalui subjek Pendidikan Jasmani untuk sekolah menengah dan sekolah rendah, sains sukan untuk menengah secara elektif sahaja waktu persekolahan. Di semua Sekolah Sukan Malaysia atau SSM, mata pelajaran Sains Sukan adalah wajib diambil oleh semua murid.

Yang Berhormat Senator Dato' Jaspal Singh, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator berapakah bilangan yang gagal UPSR 2014? Dan apakah rancangan intervensi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengatasi masalah tersebut?

Bilangan calon yang menduduki UPSR 2014 berjumlah 460 ribu orang pelajar dan jumlah calon di bawah tahap penguasaan minimum iaitu semua gred ‘D’ dan ‘E’ atau kombinasi kedua-dua - 13,211. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan pelbagai langkah bagi memastikan prestasi murid dalam peperiksaan awam termasuk UPSR meningkat, antaranya mengadakan Program Transformasi Daerah iaitu SIP+ dengan menempatkan pembimbing pakar atau SIC+ bagi membantu guru dan rakan, pemimpin SIP partner bagi membantu guru besar atau pengetua di sekolah.

Yang Berhormat Senator Dato' Jaspal Singh ada mengemukakan isu yang berkaitan dengan meningkatkan waktu sekolah sehingga 3.00 atau 4.00 petang supaya boleh menambah masa pelajaran Bahasa Inggeris.

Page 43: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 35

Bermula tahun 2011, peruntukan waktu pengajaran bahasa Inggeris dalam kurikulum standard sekolah rendah (KSSR) telah ditambah kepada 300 minit. Sebelumnya 210 minit, 300 minit seminggu bagi sekolah kebangsaan iaitu SK dan kepada 180 minit sebelum itu 120 minit seminggu bagi sekolah jenis kebangsaan. Peruntukan tambahan waktu bahasa Inggeris bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 sebanyak 40 minit iaitu 240 minit seminggu untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Yang Berhormat Senator Dato’ Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg mengemukakan isu yang berkaitan dengan mempertingkatkan komunikasi bahasa Inggeris dalam kalangan murid sekolah rendah bandar dan luar bandar, cadangan untuk mewujudkan sudut khas koleksi bacaan bahasa Inggeris di sekolah. Mengenai cadangan yang wujudkan sudut khas koleksi bacaan bahasa Inggeris di sekolah, perkara ini memang telah dilaksanakan di peringkat sekolah.

Pusat Sumber Sekolah atau PSS telah pun mempunyai koleksi bacaan bahasa Inggeris. Melalui program Nadi Ilmu Amalan atau membaca iaitu NILAM, pihak sekolah telah digalakkan mewujudkan sudut khas bacaan Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam kelas yang berkaitan dengan cara untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, saya sudah menjawab soalan ini.

Yang Berhormat Senator Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah, isu yang berkaitan dengan apakah kita mengambil kira perpaduan dalam perancangan sistem pendidikan sebab sistem sekarang ada SK, SJK, SJK(T), SJK(C). Penyata Razak 1956 telah memperakukan bahawa Bahasa Melayu digunakan sebagai medium di semua sekolah. Buat masa ini Kementerian Pendidikan Malaysia masih mengekalkan sistem pendidikan sedia ada. Memandangkan penekanan terhadap budaya integrasi nasional dan perpaduan dalam pendidikan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sekarang masih relevan.

Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali mengemukakan isu berkaitan dengan kemudahan pembelajaran bagi pelajar disleksia. Tiada sekolah khas untuk disleksia di Malaysia, kelengkapan tidak memadai dan tidak digunakan secara optimum. Guru terlatih tidak mencukupi, perlu ada perubahan baru dalam pendidikan untuk keperluan pelajar yang bermasalah.

■1310

Pada masa ini Kementerian Pendidikan Malaysia masih belum menyediakan sekolah khas bagi murid disleksia. Namun langkah-langkah telah dilaksanakan seperti mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kondusif melalui Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran. Kaedah pengajaran guru turut dipertingkatkan secara khusus supaya guru dapat memfokuskan permasalahan kanak-kanak termasuk kanak-kanak tersebut melalui kursus khas yang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan persatuan berkenaan. Kini terdapat 116 buah kelas khas bagi murid masalah pembelajaran spesifik disleksia dan bilangan murid seramai 1,316 orang.

Yang Berhormat Senator Puan Siti Aishah binti Shaik Ismail kemukakan isu yang berkaitan dengan sistem pembelajaran pendidikan khas tidak sistematik daripada segi kurikulum dan kaedah pelaksanaannya. Sekolah pendidikan khas yang disediakan tidak menyeluruh dan menyebabkan ada ibu bapa terpaksa menghantar ke sekolah pendidikan khas swasta yang memerlukan perbelanjaan yang mahal. Kebanyakan guru pendidikan khas yang ditempatkan tidak mempunyai latihan pendidikan khas, tidak terlatih dan contoh yang diberikan di sini Sungai Buloh, Taman Melawati Seksyen 5, Wangsa Maju.

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha untuk meningkatkan prasarana dan kelengkapan di Sekolah Pendidikan Khas (SPK). Program Pendidikan Khas Integrasi selari Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang memberi fokus terhadap pendidikan inclusive. Pada tahun 2015 Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperuntukkan sebanyak RM20.34 juta bagi tujuan menaik taraf kelas pendidikan khas di PPKI. Pada September 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia menyalurkan peruntukan sebanyak RM50,000 kepada 1,000 buah sekolah yang menawarkan PPKI. Peruntukan ini bertujuan untuk meningkatkan prasarana dan perolehan aset.

Page 44: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

36 DN 29.6.2015

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Meysuarat.]

Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki kemukakan isu ini bersama dengan Yang Berhormat Senator Tuan Zali bin Mat Yasin. Ia ada berkaitan dengan tugas-tugas perkeranian yang terpaksa dilakukan oleh guru telah mengganggu tugas hakiki guru untuk mendidik dan mengajar. Mohon Kementerian Pendidikan ambil tindakan wajar akan hal ini. Kementerian Pendidikan Malaysia bersama-sama Jabatan Perkhidmatan Awam telah melaksanakan satu inisiatif dalam NBOS kelapan iaitu repositioning of teacher core duties, dengan izin, yang merangkumi empat skop kajian itu teacher administrative workload, Teacher options mismatch, multiple data entry and overcrowded classrooms, dengan izin.

Yang Berhormat Senator Datuk Kadzim bin Haji M. Yahya...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ada seorang bangun Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebenarnya persoalan saya lebih menjurus kepada sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang rata-rata saya sebutkan dalam perbahasan saya, saya tidak jumpa mana-mana guru yang berfikiran positif berkenaan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah kerana ia meninggalkan beban seperti terpaksa menanggung kerja-kerja perkeranian. Kalau dalam penghujahan saya di negara-negara barat yang menggunakan sistem PBS, Finland, Amerika Syarikat nisbah guru dengan pelajar 1:15, 1:18 tetapi kita di Malaysia adalah bernisbah 1:40. Bahkan seorang guru mengajar beberapa buah kelas dan mengajar beberapa subjek. Sehinggakan seorang guru bernisbahkan 400 ke-500 orang. Ini yang saya ingin penjelasan daripada pihak kementerian. Terima kasih.

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin: Yang Berhormat seperti yang saya

sudah jelaskan satu inisiatif atau usaha sudah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk review the workload guru-guru. Apabila Yang Berhormat berkata bahawa tidak ada guru yang bersikap positif atau mengadakan pandangan yang positif yang berkaitan dengan konsep PBS. Saya rasa ini adalah persepsi yang Yang Berhormat Senator kerana memang apabila saya turun padang untuk melihat pelaksanaan PT3 dengan menggunakan konsep PBS memang ada guru memberitahu kepada saya bahawa mereka dapat mengesan cara untuk memberi penilaian kepada adik-adik pelajar itu adalah satu peningkatan daripada apa yang kita selalu menggunakan untuk menilai adik pelajar secara tradisional. Jadi saya rasa itu satu pandangan.

Kementerian Pendidikan Malaysia memang sedar tentang perkara ini dan sekiranya katalah Kementerian Pendidikan Malaysia tidak mengambil tindakan atau inisiatif susulan itu. Makanya Kementerian Pendidikan is not doing anything tetapi saya sudah

jelaskan bahawa bersama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam sekarang kita sudah melaksanakan salah satu inisiatif. Hal ini memang ada berkaitan dengan review the workload of the teachers, saya sudah sebut repositioning of teacher core duties. Sekian, terima kasih.

Saya akan teruskan dengan isu yang sudah dikemukakan. Isu yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Kadzim bin Haji M. Yahya berkaitan dengan pengambilan guru dari Sabah untuk mengatasi masalah kekerapan pertukaran guru dari Semenanjung. Jadi secara prinsipnya penempatan dan pertukaran guru dilaksanakan berdasarkan keperluan, opsyen dan kekosongan perjawatan. Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberi keutamaan bagi menempatkan guru kelahiran dari negeri Sabah untuk mengisi kekosongan jawatan di negeri asal mereka. Berdasarkan rekod bagi tempoh tahun 2012 hingga tahun 2015 didapati lebih 80 peratus orang guru sekolah rendah dan lebih 71 peratus orang guru sekolah menengah yang berkhidmat di negeri Sabah merupakan guru kelahiran Sabah.

Yang Berhormat Senator Datuk Kadzim bin Haji M. Yahya juga ada kemukakan isu yang berkaitan dengan elaun guru yang diberikan kepada guru Sabah mesti seragam, sama dengan elaun yang diberikan kepada guru Semenanjung.

Page 45: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 37

Semua penjawat awam yang bertukar wilayah termasuk guru sama ada dari Semenanjung ke Wilayah Sabah atau Sarawak dan Wilayah Labuan atau sebaliknya akan menerima elaun dan kemudahan mengikut dasar dan pelaksanaan pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

■1320

Yang Berhormat Senator Tuan Zali bin Mat Yasin ada mengemukakan cadangan penubuhan pusat sukan atau pusat kokurikulum di setiap sekolah yang mempunyai pegawai khusus yang berkelayakan untuk membantu peningkatan kualiti sukan kokurikulum. Jadi penubuhan pusat kokurikulum (PKN) di setiap Jabatan Pendidikan Negeri dan Pusat Kokurikulum, Pusat Pendidikan Daerah adalah bertujuan untuk menyediakan tempat dan kemudahan aktiviti dan peralatan aktiviti, jurulatih yang terlatih dan bertauliah serta program yang sistematik dan terancang bagi warga pendidik menjalankan aktiviti kokurikulum.

Yang Berhormat Senator Tuan Zali bin Mat Yasin, kepayahan dan kesusahan guru dalam kokurikulum. Guru terpaksa mengajar dan menjalankan kokurikulum waktu petang. Guru juga tidak ada kemahiran dalam aktiviti kokurikulum.

Jadi mendidik anak di bangku sekolah menggunakan dua pendekatan iaitu melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan aktiviti kokurikulum. Di antara lain objektif pelaksanaan aktiviti kokurikulum adalah untuk memperkaya dan memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran.

Justeru, tugas guru bukan sahaja terbatas kepada kegiatan pengajaran dan pembelajaran tetapi juga melaksanakan kegiatan kokurikulum bagi memenuhi pendidikan yang menyeluruh.

Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas bin Umbul, Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Johari Bin Mat, Yang Berhormat Senator Tuan Chia Song Cheng, Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah, Yang Berhormat Senator Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Berhormat Senator Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh sama-sama kemukakan satu cadangan untuk menyediakan kemudahan infrastruktur institusi pendidikan termasuk di kawasan luar bandar dan penekanan terhadap pemantauan projek yang dilaksanakan.

Kementerian memang memandang serius isu-isu berkaitan pembangunan institusi pendidikan termasuk naik taraf institusi sedia ada atau pembinaan yang baru. Kementerian Pendidikan Malaysia akan meneliti perkara-perkara tersebut termasuk permohonan spesifik dari Ahli-ahli Yang Berhormat dan akan menerangkan secara berperingkat-peringkat mengikut kesesuaian dan keutamaan serta kemampuan kewangan semasa kerajaan.

Menyentuh tentang pemantauan projek, setiap projek yang dilaksanakan, kementerian, agensi pelaksanaan yang dilantik iaitu JKR atau KPM sendiri dipantau rapi pembangunan perkembangan projek tersebut. Pemantauan akan melibatkan pengurusan tertinggi kementerian dan juga aspek kerajaan yang berkaitan.

Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas bin Umbul isu yang berkaitan dengan penekanan terhadap pemantauan projek yang dilaksanakan, saya rasa saya sudah jelaskan. Tak perlu hendak sebut lagi. Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas bin Umbul, ada kemukakan isu yang berkaitan dengan perancangan pembangunan di luar bandar. Jadi, memang Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha merancang dan melaksanakan projek bangunan gantian bagi menggantikan bangunan sekolah yang daif di seluruh Malaysia khasnya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Walau bagaimanapun, pelaksanaan projek tersebut tertakluk kepada kelulusan agensi pusat dan kemampuan kewangan.

Yang Berhormat Senator Tuan Chia Song Cheng, mengemukakan permohonan satu bidang tanah rizab sekolah kebangsaan di Taman Bukit Indah, Johor ditukar kepada sekolah kebangsaan jenis kebangsaan. Kementerian Pendidikan Malaysia menyedari keperluan membina sekolah untuk keperluan penduduk setempat. Namun perancangan kementerian adalah untuk digunakan sebagai tapak sekolah.

Page 46: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

38 DN 29.6.2015

Selaras dengan dasar memperkasakan sekolah kebangsaan untuk kegunaan

semua kaum, keutamaan adalah dengan membina sekolah kebangsaan.

Yang Berhormat Senator Tuan Chia Song Cheng, juga ada mengemukakan isu berkaitan dengan penaiktarafan atau pengubahsuaian SJK(T) di Muar. Kementerian sentiasa berhubung dengan JPN bagi mendapat senarai sekolah-sekolah yang perlu diselenggarakan berdasarkan keutamaan kerana peruntukan kewangan yang ada adalah terhad berbanding dengan keperluan sebenar. Selaras dengan penurunan peruntukan melalui pakej rangsangan khas, SJK(T) bantuan kerajaan boleh membuat permohonan untuk dipertimbangkan.

Yang Berhormat Senator Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam mengemukakan isu berkaitan dengan penubuhan Universiti Pertanian yang memberi fokus terhadap pembangunan pertanian di Malaysia. Penubuhan sesebuah universiti awam mahupun cawangannya dibuat berdasarkan keperluan strategik negara. Hal ini dibuat dengan mengambil kira kemampuan pembiayaan kerajaan, kepentingan bidang tujahan terutamanya terhadap pembangunan sosial, ekonomi negara, sumber manusia yang mencukupi serta keperluan sumber tenaga yang diperlukan dalam pasaran kerja.

Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah ada mengemukakan isu yang berkaitan dengan memperkasakan SK daripada segi prasarana, peralatan dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Dalam usaha untuk memperkasakan sekolah kebangsaan, jawatankuasa meningkatkan kualiti sekolah kebangsaan di bawah Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan telah pun ditubuhkan. Tumpuan untuk meningkatkan kualiti sekolah kebangsaan khasnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Isu yang kedua yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah adalah berkaitan dengan mengadakan satu semakan semula untuk naik taraf dan memperkasakan kolej komuniti dan lain-lain kolej. Melalui kedua-dua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, sudah pasti kolej berkaitan seperti dengan TVET seperti kolej vokasional, kolej komuniti, politeknik dinaik taraf. Melalui transformasi dalam bidang kemahiran teknik dan vokasional, kita memastikan bahawa ada pelajar mendapat ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang berkenaan.

Yang Berhormat Senator Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh kemukakan satu isu yang berkaitan dengan status pembinaan SJK(T) RRI Sungai Buloh. SJK(T) RRI Sungai Buloh sekolah bantuan kerajaan yang tanah untuk tapak sekolah di bawah urusan Lembaga Pengelola tersebut. Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Malaysia berusaha mendapat tapak di kawasan pemaju, kawasan sekolah yang ada sekarang perlu dipindahkan kerana kawasan tersebut milik Lembaga Getah Malaysia (LGM) yang akan dimajukan.

SJKT RRI Sungai Buloh dan beberapa buah sekolah lain yang terletak di atas tapak hak milik LGM. LGM mempunyai perancangan untuk membangunkan infrastruktur yang akan dijalankan di atas tapak hak milik LGM tersebut iaitu di RRI Sungai Buloh. Memandangkan terdapat beberapa buah sekolah yang terletak di kawasan yang akan dibangunkan, maka syarikat yang telah dilantik iaitu Kwasa Land Sdn. Bhd. telah memohon untuk memindahkan sekolah sedia ada ke tapak yang telah disediakan oleh pihak Kwasa Land Sdn. Bhd tersebut.

Yang Berhormat Senator Dato’ Boon Som A/L Inong mengemukakan isu yang berkaitan dengan memohon kurikulum bahasa Siam perlu dikaji oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk murid Siam, belajar bahasa Siam yang mempunyai murid Siam.

■1330

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjalankan tinjauan tentang pelaksanaan bahasa Siam di sekolah seluruh Malaysia. Hasil tinjauan mendapati bahawa terdapat hanya 2,295 orang murid yang mengikuti pembelajaran bahasa Siam di enam buah negeri di 65 buah wat terpilih seluruh negara dan tenaga pengajar terdiri daripada 159 orang guru sukarelawan. Pelajaran dan pembelajaran menggunakan kurikulum dan buku teks diperoleh daripada pihak... [Berucap dalam bahasa Siam]

Maafkan saya kalau saya sebut salah dan Kementerian Pendidikan Malaysia mendapatkan tinjauan secara lebih terperinci bagi menganalisis keperluan pelaksanaan kurikulum bahasa Siam akan diteruskan.

Page 47: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 39

Tinjauan ini bagi mengenal pasti kesediaan kokus bahasa Siam yang lengkap, kesediaan bahan sokongan, kesediaan guru dan kesediaan pengoperasian serta kemampuan. Maklumat yang diperoleh akan dijadikan dokumen utama untuk menggubal kurikulum bahasa Siam.

Yang Berhormat Senator Dato' Boon Som juga ada meminta kerjasama pihak Kementerian Pendidikan untuk mendapatkan senarai nama kesemua 33 orang pelajar terbabit lengkap dengan nama kursus pengajian yang diikuti tahun pengajian mereka, UiTM cawangan mana yang mereka ditempatkan serta alamat lengkap keluarga mereka dan berikan sebelum 7 September 2015.

Maklumat peribadi pelajar maklumat yang sulit dan untuk makluman, semua pelajar tersebut belajar di UiTM pelbagai cawangan iaitu UiTM Kampus Arau, UiTM Kampus Bukit Mertajam, UiTM Kampus Dungun, UiTM Kampus Jengka, UiTM Kampus Kota Bharu, UiTM Kampus Kuala Terengganu, UiTM Kampus Puncak Alam, UiTM Kampus Sri Iskandar dan UiTM Shah Alam.

Yang Berhormat Senator Dato' Boon Som juga ada menyebut bahawa di Hungary terkenal dengan pendidikan dalam bidang perubatan, farmasi dan kejuruteraan. Malangnya, tidak ada satu pun universiti di Hungary yang mendapat akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia. Pada hemat Yang Berhormat Senator, Kementerian Pendidikan dan MQA patut melihat perkara ini. Hungary negeri yang terkenal dengan penguasaan matematik mereka yang terbaik di dunia.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, MQA menjalankan penilaian akreditasi terhadap program-program pengajian tinggi yang ditawarkan oleh pemberian pendidikan tinggi. Maafkan saya, saya akan ulang.

Untuk makluman, MQA menjalankan penilaian akreditasi terhadap program-program pengajian tinggi yang ditawarkan oleh PPT tempatan termasuk program kerjasama dari luar negara yang ditawarkan oleh PPT tempatan. Manakala bagi program pengajian tinggi yang dijalankan di luar negeri, pengiktirafannya terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertindak sebagai urus setia Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan. Walau bagaimanapun, MQA tiada halangan sekiranya mendapat permohonan dari PPT luar negara untuk membuat penilaian akreditasi.

Yang Berhormat Senator...

Dato' Boon Som A/L Inong: Boleh saya mencelah?

Tuan Yang di-Pertua: Ya, silakan.

Dato' Boon Som A/L Inong: Terima kasih menteri kerana menjawabnya. Berbalik

pada soalan kemasukan masyarakat Siam, pelajar Siam ke UiTM, sehingga kini tak ada seorang pun pelajar Siam yang masuk ke UiTM. Bermakna jawapan yang diberi oleh Kementerian Pelajaran tidak betul. Saya telah meneliti, saya telah meninjau dan saya telah check semua masyarakat Siam di perkampungan Siam, tak ada pun seorang masyarakat Siam yang enrolled dalam UiTM. Maknanya jawapan itu tak betul. Terima kasih.

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin: Yang Berhormat, jawapan ini akan

disemak semula. Terima kasih.

Yang Berhormat Senator Siti Aishah mengemukakan isu yang berkaitan dengan pengangguran siswazah. Kebanyakan kursus program yang ditawarkan di universiti awam tidak menjurus kepada keperluan pekerjaan semasa mengakibatkan kesukaran mendapat pekerjaan setelah menamatkan pengajian.

Bagi membantu graduan mendapat pekerjaan setelah menamatkan pengajian, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan program kebolehpasaran graduan iaitu graduate employability atau GE, dengan izin. Program GE merupakan program bagi meningkatkan nilai tambah graduan daripada aspek kelayakan profesional, keterampilan diri dan sahsiah untuk membantu pelajar-pelajar memperoleh pekerjaan yang relevan dengan keperluan majikan dalam pelbagai sektor.

Page 48: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

40 DN 29.6.2015

Program ini memberi tumpuan kepada pelajar pada peringkat semester atau tahun

akhir yang mempunyai purata nilaian gred kumulatif atau PNGK 3.00 dan ke bawah serta pelajar daripada bidang pengajian yang kurang mendapat permintaan daripada industri.

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed ada mengemukakan isu yang berkaitan dengan pelaksanaan 1BestariNet dan adakah peningkatan pelaksanaan ICT di sekolah bandar dan luar bandar tanpa memikirkan kesediaan prasarana guru dan pelajar adalah satu yang realistik. Hal ini kerana hasrat capaian jalur lebar 4G, penggunaan chromebook dan VLE tidak tercapai seperti yang diharapkan.

Capaian internet jalur lebar 4G, penggunaan chromebook dan VLE adalah merupakan sebahagian daripada infrastruktur peralatan dan aplikasi ICT yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia juga melatih guru bagi meningkatkan kompetensi mereka dalam ICT dan dapat menyepadukan ICT dalam amalan pengajaran dan pembelajaran. Langkah yang sedang dilaksanakan ini adalah diteruskan dan dimantapkan dalam gelombang dua yang mula pada 2014 hingga 2020 dan gelombang tiga iaitu pada 2021 hingga 2025 yang merupakan transformasi pendidikan bagi menyediakan murid dengan kemahiran dan pengetahuan untuk belajar dengan berkesan dan menyediakan murid dengan kemahiran abad ke-21.

Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Noriah binti Mahat mengemukakan isu berkaitan dengan apakah statistik terkini enrolmen pelajar India dan Cina ke sekolah kebangsaan dan mengapakah statistiknya menurun. Sasaran jangka panjang Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk menjadikan sekolah kebangsaan sebuah pusat kecemerlangan pendidikan. Teras memperkasakan sekolah kebangsaan (SK) diperkenalkan supaya SK kekal sebagai sekolah pilihan utama masyarakat Malaysia. Tumpuan memperkasakan SK diberikan kepada sekolah rendah kerana sekolah ini mempunyai peranan penting sebagai tapak untuk menyemai dan memupuk perpaduan di antara kaum daripada peringkat awal persekolahan.

■1340

Yang Berhormat Senator Hajah Noriah binti Mahat mengemukakan isu yang berkaitan dengan sejauh mana kerjasama sektor kerajaan dan sektor swasta untuk menjalankan program perpaduan seperti Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan. Kajian pembinaan modal integrasi dalam kalangan pelajar pelbagai kaum yang mengikuti Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia. Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan RIMUP dalam membentuk modal integrasi dalam kalangan murid pelbagai kaum dan telah melibatkan 271 buah sekolah di tujuh buah negara.

Yang Berhormat Senator Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian mengemukakan isu berkaitan dengan satu cadangan untuk membina sebuah sekolah sukan di Sarawak untuk mencungkilkan bakat di peringkat awal. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat sementara ini bilangan enam buah sekolah sukan Malaysia yang terdapat di seluruh Malaysia iaitu empat buah SSM sedia ada sedang beroperasi serta dua buah lagi sedang dalam pembinaan berkeupayaan untuk menampung keperluan semasa menempatkan atlet-atlet cemerlang sukan di negara ini. Di samping itu, Kementerian Pendidikan Malaysia juga sedang memantapkan 15 buah sekolah sukan negeri yang berfungsi sebagai pusat kecemerlangan sukan bagi melahirkan lebih ramai atlet murid berbakat sukan di peringkat negeri masing-masing termasuk di negeri Sarawak.

Yang Berhormat Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian ada mengemukakan isu berkaitan dengan sekolah-sekolah swasta aliran Cina juga perlu diberikan perhatian yang serius dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, kekurangan guru di sekolah ini harus ditangani segera dan diharapkan kerajaan dapat memberi lebih peruntukan kepada sekolah-sekolah ini dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Untuk makluman, sekolah swasta Cina merupakan sekolah swasta. Sehubungan ini Kementerian Pendidikan Malaysia tidak menyediakan peruntukan kewangan dan juga tenaga pengajar kepada sekolah berkenaan.

Yang Berhormat Senator Puan S. Bagiam mengemukakan isu yang berkaitan dengan apakah dasar dalam pemilihan peserta MDAB dan dicadangkan agar diperluaskan kepada semua bangsa. Mohon kerajaan memberi jumlah terkini pelajar mengikut kaum dan jantina dalam program ini.

Page 49: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 41

Program mengubah destinasi anak bangsa atau MDAB adalah bertujuan untuk memberi peluang pendidikan kepada golongan bumiputera warganegara Malaysia di bandar dan luar bandar yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan. Melalui program ini pelajar diberi peluang untuk melanjutkan pengajian di peringkat pra diploma dalam bidang sains dan perdagangan dengan syarat kemasukan minimum dalam tiga mata pelajaran iaitu kepujian Bahasa Malaysia dan dua kepujian dalam subjek lain serta lulus Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik.

Yang Berhormat Senator Puan S. Bagiam juga ada mengemukakan isu yang berkaitan dengan apakah kedudukan sebenar pengambilan pelajar India bagi matrikulasi yang kerajaan telah memberi kuota sebanyak 1,500 untuk pelajar kaum India. Berapakah jumlah pelajar yang benar-benar diambil dan mengapakah kuota ini tidak dicapai atau diisi sepenuhnya? Pengambilan dan penempatan pelajar ke program matrikulasi adalah berdasarkan kepada sistem meritokrasi iaitu 90 peratus akademik, 10 peratus kokurikulum.

Untuk makluman Yang Berhormat, penawaran tempat ke program matrikulasi kepada pelajar India lepasan SPM adalah selaras dengan keputusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang bersetuju untuk menawarkan sebanyak 1,500 buah tempat kepada pelajar India yang layak. Berdasarkan kepada rekod bagi sesi pengambilan tahun 2015 dan 2016 sejumlah 1,854 tawaran telah dikeluarkan kepada semua pelajar yang layak untuk ditempatkan di seluruh negara. Namun demikian, sekiranya pelajar tersebut tidak melaporkan diri pada tarikh pendaftaran yang ditetapkan, pelajar dikira menolak tawaran.

Tuan Yang di-Pertua setakat ini sahaja saya dapat jelaskan mengenai perkara-perkara yang menyentuh Kementerian Pendidikan Malaysia yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Perkara-perkara yang tidak sempat dijelaskan akan tetap diambil perhatian dan tindakan sewajarnya. Sekali lagi Kementerian Pendidikan Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan, perhatian, teguran, dan sokongan yang berterusan oleh ahli-ahli Yang Berhormat Senator terhadap usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan. Sekian terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Izinkan saya menarik

perhatian semua Ahli Yang Berhormat dan juga kementerian kerana yang kita bahaskan ialah perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas berkaitan dengan kementerian-kementerian. Bermakna Yang Berhormat semua kena membahaskan RMKe-11 mengikut kementerian masing-masing. Apabila menjawab, saya mohon kementerian ambil isu-isu yang common yang dibangkitkan dan buat ulasan dalam menjurus ke Rancangan Malaysia

Kesebelas. Itu tajuk yang saya fikir yang perlu.

Jangan jawab sesuatu soalan kadang-kadang ada Yang Berhormat membangkitkan soal yang spesifik. Itu bukan tujuan kita. Cuba pihak kementerian menjawab isu-isu yang umum. Contohnya yang banyak saya dapati mengikuti berkaitan sama ada boleh tidak mencapai tujuan kita menjelang tahun 2020 dalam tempoh lima tahun dengan keadaan semasa begini. Jawapan itu pun agaknya kita hendak melihat apa jawapan kepada kementerian.

Daripada segi perumahan contohnya, rumah rakyat dan sebagainya, pengangkutan dan sistem sekarang. Menjelang tahun 2020, dengan keadaan kapasiti sekarang itu saya rasa perlu kita tumpukan dalam konteks membahaskan RMKe-11 dan jangan jawab satu-satu bergantung kepada soalan. Kalau spesifik, itu dalam Titah Diraja boleh dibangkitkan apabila membahaskan belanjawan bolehlah, tetapi kalau ini fokus kepada RMKe-11. Saya harap kementerian berpandukan itu. Jangan jawab seorang-seorang punya soalan.

Kalau katalah beberapa orang membangkitkan berkenaan keadaan sekarang, itu boleh jawab dengan tujuan saya fikir kalau dapat kita amati, agak itu tujuan kita RMKe-11 ini. Konsep tujuan, matlamat apa kelemahan-kelemahan itu. Bagaimana kementerian hendak atasi menjelang. Kita tahu sekarang ini bagaimana. Itu yang kita hendak dengar jawapan. Bukan jawapan satu-satu daripada ahli-ahli itu, tidak. Saya harap dapat kerjasama daripada semua pihak. Sekarang tanpa membuang masa saya persilakan Kementerian Pengangkutan.

Page 50: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

42 DN 29.6.2015

1.49 ptg.

Timbalan Menteri Pengangkutan [Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan selamat berpuasa kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang beragama Islam.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi kepada lima orang Ahli Yang Berhormat Senator yang mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas yang menyentuh perkara-perkara di bawah bidang tugas Kementerian Pengangkutan iaitu Yang Berhormat Senator Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian, Yang Berhormat Senator Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin, Yang Berhormat Senator Tuan Koh Chin Han, Yang Berhormat Senator Dato’ Hoh Khai Mun dan Yang Berhormat Senator Tuan Wilfred Yong Chen Leong.

■1350

Terima kasih atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap kementerian ini. Bagi menjawab isu-isu pertanyaan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Pertamanya, saya ingin menyentuh berkenaan isu lapangan terbang. Di sini ada beberapa isu lapangan terbang. Pertama, Lapangan Terbang Miri. Yang Berhormat Senator Prof. Dr. Sim Kui Hian telah memohon pertimbangan supaya menaik taraf dan membesarkan Lapangan Terbang Miri.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kementerian Pengangkutan telah pun mengemukakan permohonan kepada Unit Perancang Ekonomi untuk mendapatkan siling peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas bagi melaksanakan projek menaik taraf Lapangan Terbang Miri.

Seterusnya Yang Berhormat Senator Tuan Koh Chin Han telah memohon pertimbangan pihak kementerian supaya menaik taraf Lapangan Terbang Melaka. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kerajaan negeri Melaka melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka (UPEN Melaka) telah mengemukakan permohonan kepada EPU berhubung projek menaik taraf Lapangan Terbang Melaka di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Kementerian Pengangkutan tiada halangan terhadap permohonan UPEN Melaka dan akan menyokong perkembangan industri penerbangan awam di Melaka.

Seterusnya Yang Berhormat Senator Dato’ Hoh Khai Mun juga telah membangkitkan mengenai cadangan pembinaan sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa di Kuantan. Menjawab isu ini, kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk menjadikan Lapangan Terbang Kuantan sebagai lapangan terbang berstatus antarabangsa. Pada masa sekarang, Malaysia telah mempunyai enam buah lapangan terbang antarabangsa iaitu KLIA, Kota Kinabalu, Kuching, Pulau Pinang, Langkawi dan Johor Bahru.

Lapangan terbang-lapangan terbang lain termasuk Kuantan adalah berperanan sebagai feeder kepada lapangan terbang-lapangan terbang antarabangsa ini. Untuk makluman, kerajaan sedang dalam proses menaik taraf Lapangan Terbang Kuantan untuk meningkatkan tahap keselesaan penumpang yang menggunakan lapangan terbang tersebut. Sekarang ini ada lebih kurang RM16.7 juta, kalau tidak silap saya telah diperuntukkan oleh kerajaan untuk tujuan tersebut.

Seterusnya isu drone. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Ng Chiang Chin telah memohon penjelasan mengenai kawalan terhadap pencerobohan drone di kawasan lapangan terbang seperti kes yang telah berlaku baru-baru ini. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, berhubung dengan tindakan kerajaan terhadap penggunaan kenderaan udara tanpa pemandu oleh peminat-peminat hobi berkenaan baru-baru ini di lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pihak Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) telah membuat laporan polis dan hasil siasatan tersebut sedang diteliti sebelum tindakan seterusnya diambil.

Dalam pada itu, pihak DCA dan MAHB telah mengambil beberapa langkah proaktif untuk mengetatkan lagi kawalan terhadap aktiviti yang dijalankan di kawasan controlled airspace dan Aerodrome Traffic Zones. Di antara langkah tersebut adalah seperti berikut:

(i) pengawasan ruang udara oleh Air Traffic Controller; dan

(ii) rondaan oleh pihak Aviation Security.

Page 51: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 43

Kementerian Pengangkutan juga sedang mengkaji untuk meminda perundangan sedia ada bagi tujuan penambah baikkan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan penjualan drone kepada pihak-pihak tertentu sahaja. Pihak kementerian melalui Jabatan

Penerbangan Awam hanya boleh mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan melanggar akta di bawah seksyen 24(o) Akta Penerbangan Awam 1969 [Akta 3].

Buat masa ini, semua aktiviti drone memerlukan kelulusan daripada DCA. Kelulusan ini termaktub di dalam Aeronautical Information Circulars (AIC 04/2008) yang dikeluarkan di bawah seksyen 24O Akta Penerbangan Awam 1969 [Akta 3]. Sekiranya disabit kesalahan, individu boleh dikenakan saman tidak lebih daripada RM50,000 atau dipenjara selama tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Badan korporat pula boleh dikenakan saman tidak melebihi RM100,000.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Hoh Khai Mun dalam perbahasan telah membangkitkan mengenai pembinaan landasan kereta api berkembar yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kuantan. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, pada masa sekarang, kerajaan melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sedang melaksanakan kajian kemungkinan atau feasibility study, bagi melaksanakan pembangunan sambungan rel dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Hoh Khai Mun juga turut telah mencadangkan supaya Pelabuhan Kuantan dinaik taraf. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, pihak kerajaan dengan Kuantan Port Konsortium Sdn Bhd iaitu pengendali Pelabuhan Kuantan sedang menjalankan kerja-kerja pembesaran dengan membina sebuah deep water terminal di Pelabuhan Kuantan sepanjang 400 meter pertama daripada keseluruhan panjang 2,000 meter dermaga yang dirancang, dijangka beroperasi pada tahun 2017.

Seterusnya Yang Berhormat senator Tuan Wilfred Yong Chen Leong telah mencadangkan supaya pihak kerajaan dapat menaik taraf pelabuhan-pelabuhan di Sabah bagi meningkatkan fungsi pelabuhan, sekali gus dapat mengurangkan kos harga barang di Sabah. Menjawab isu ini, Kerajaan Persekutuan bersedia membantu Kerajaan Negeri Sabah dalam pembangunan pelabuhan-pelabuhan di Sabah. Dalam pada itu, Kerajaan Negeri Sabah telah baru selesai menjalankan satu kajian strategi dan pelan perancangan menjadikan Pelabuhan Sepanggar sebagai hub transshipment. Kementerian pengangkutan

dimaklumkan bahawa laporan kajian ini akan dibentangkan kepada pihak berkuasa Kerajaan Negeri Sabah terlebih dahulu sebelum dikemukakan kepada Kementerian Pengangkutan bagi membolehkan sebarang tindakan susulan diambil.

Seterusnya, Yang Berhormat Senator Tuan Koh Chin Han telah memohon pertimbangan pihak kementerian supaya menjadikan Melaka sebagai pusat maritim selaras dengan inisiatif laluan Sutera Maritim.

■1400

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, setakat ini kementerian ini tidak menerima sebarang cadangan pembangunan pusat maritim di Melaka. Walau bagaimanapun, kementerian ini difahamkan bahawa satu projek iaitu Melaka Gateway sedang dibangunkan di Melaka di mana antaranya termasuk pembinaan pangkalan Cruise serta Marina.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin telah mohon penjelasan sama ada kerajaan mempunyai cadangan untuk menurunkan kadar cukai jalan. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Lesen Kenderaan Motor (LKM) diperuntukkan di bawah seksyen 15 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Manakala kadar LKM ataupun kadar Lesen Kenderaan Motor di Malaysia ditetapkan di bawah Jadual Keempat, Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959, kadar cukai jalan sedia adalah berdasarkan kepada kawasan penggunaan kenderaan, kelas kegunaan, kapasiti enjin, serta bahan bakar yang digunakan serta berbeza mengikut kriteria-kriteria ini.

Page 52: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

44 DN 29.6.2015

Berhubung dengan pindaan kadar lesen kenderaan motor, pindaan yang terbaru telah dilaksanakan pada pembentangan Bajet 2009. Pindaan kadar LKM ataupun Lesen Kenderaan Motor perlu dikaji dan diteliti oleh Kementerian Kewangan selaku penggubal dasar kutipan hasil negara bagi mendapatkan kesan pengurangan cukai jalan terhadap hasil negara.

Pada tahun 2014, Jabatan Pengangkutan Jalan selaku agensi pemungut hasil negara telah memperoleh sebanyak RM2,518,993,189.67 daripada pembaharuan Lesen Kenderaan Motor. Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak kementerian saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Pengangkutan dan saranan yang di kemukakan. Saya dan seluruh warga Kementerian Pengangkutan akan terus komited dan beriltizam untuk memastikan sistem pengangkutan sebagai mod yang cekap, bersepadu, selamat, mampan dan mesra pengguna di negara Malaysia ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih. Yang

Berhormat, tadi saya telah menerima dan membenarkan permohonan dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang telah bersetuju untuk menukar giliran menjawab dengan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi seperti nombor lima dan nombor 12 dalam jadual susunan giliran Menteri-Menteri menjawab ke atas perbahasan Usul Rancangan Malaysia Kesebelas 2015.

Saya sekarang menjemput Menteri Komunikasi, sebelum itu saya pergi kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dahulu. Saya menjemput Menteri Alam Sekitar dahulu. Minta maaf. Itu untuk makluman sebentar tadi itu.

2.04 ptg.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Dato’ Dr. James Dawos Mamit]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya ingin mengucapkan terima

kasih kepada beberapa orang Ahli-ahli Yang Berhormat Senator kerana telah pun membahaskan isu-isu dan perkara yang berkaitan dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Pertama, Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali, beliau menyentuh tentang perubahan cuaca dan kesan buruknya kepada rakyat, lebih-lebih lagi rakyat di negara kita yang menyebabkannya ia juga sebut aktiviti-aktiviti manusia yang sembarangan seperti penebangan hutan, pengondolan bukit, pembangunan pertanian yang tidak mengikut garis panduan dan sebagainya.

Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana sentuh perkara ini iaitu perubahan iklim. Saya ingin menjelaskan di sini bahawa perubahan iklim berlaku di seluruh dunia. Suasananya semakin teruk seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Senator, ini disebabkan kerakusan aktiviti-aktiviti manusia. Ia berlaku disebabkan gas-gas rumah kaca ataupun Greenhouse Gases (GHG) yang semakin bertambah setiap tahun.

Akan tetapi negara manakah yang menyumbangkan terbanyak gas-gas ini, lebih-lebih lagi gas karbon dioksida. Penyumbang yang terbesar di dunia ini ialah negara China, 28 peratus. Kedua ialah Amerika Syarikat, 15.8 peratus. Ketiga ialah negara-negara Eropah, ini combine semua negara Europe 12 peratus. Selepas itu, Rusia, tujuh peratus dan India lima peratus.

Di manakah kita di dalam penyumbang ini? Negara kita hanya menyumbang, 0.62 peratus. Walaupun ia yang demikian, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah pun mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan karbon intensiti di negara kita. Semua route map ini sudah pun dirancang dan sebahagiannya telah dilaksanakan tetapi di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas akan dilaksanakan sepenuhnya route map untuk mengurangkan karbon intensiti.

Yang Berhormat juga menyentuh tentang empangan di tiga buah negeri iaitu Empangan Telom, di Pahang, Empangan Kaiduan, di Sabah dan Empangan Baram di negeri Sarawak.

Page 53: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 45

Empangan Telom, di Pahang walaupun sudah dilulus dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Alam Sekitar telah pun memberi arahan agar DEIA iaitu Detail Environmental Impact Assessment dijalankan. Setakat ini belum dibuat lagi, belum terima laporan lagi.

Jadi, oleh itu empangan ini belum dapat dilaksanakan. Empangan Kaiduan di Sabah, ini dalam peringkat pelaksanaan oleh Kerajaan Negeri Sabah. Dalam peringkat perancangan- sorry, bukan pelaksanaan, dalam peringkat perancangan kerajaan negeri di Sabah berbincang dengan penduduk-penduduk setempat dan dengan NGO untuk memastikan bahawa Empangan Kaiduan ini semata-mata untuk menyimpan air iaitu water receiver. Ini kalau NGO dan penduduk-penduduk setempat sudah setuju maka ia akan dilaksanakan.

Empangan Baram, di Sarawak yang disebut oleh Yang Berhormat dengan begitu mendalam, sekarang perkembangan kerajaan negeri bukannya untuk mega dam project bukannya untuk empangan mega, tidak lagi. Sebab Ketua Menteri Sarawak dan pegawai-pegawai kerajaan atasan di negeri Sarawak telah pun mendengar taklimat oleh pakar-pakar tenaga di dunia ini yang mencadangkan hanya mini hydro dan solar energy seharusnya

diguna pakai.

■1410

Yang Berhormat Ketua Menteri Sarawak sudah pun menerima cadangan ini dan cadangan untuk Empangan Baram ini kemungkinan akan ditinggalkan atau tidak diteruskan di Baram. Oleh sebab yang penting penjagaan alam sekitar dan kualiti alam sekitar untuk rakyat di negara kita dan negeri-negeri mana-mana.

Seterusnya, Yang Berhormat Senator Datuk Kadzim telah pun menyebut sokongan beliau kepada RMKe-11 dan Projek Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Monyong. Beliau juga berbahas tentang perubahan iklim dan bagaimanakah Kerajaan Negeri Sabah menguruskan biodiversiti ataupun pemuliharaan biodiversiti dan usaha-usaha Kerajaan Negeri Sabah untuk menguruskan hutan dan sebagainya. Saya menerima perbahasan itu dengan senang hati. Sememangnya maklumat itu maklumat yang baik-baik belaka. Oleh itu saya hanya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Senator dan tahniahlah kerana maklumat yang diberi oleh Yang Berhormat itu adalah penting juga kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Seterusnya, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mariany binti Mohd Yit. Dia menyentuh tentang daya tahan sungai-sungai yang mengalir disebabkan perubahan iklim semakin teruk sekarang. Bagaimanakah banjir berlaku pada bulan Disember tahun 2014 dan projek-projek RTB Rancangan Malaysia Kesebelas? Pertamanya, pada bulan Disember, banjir berlaku semasa musim Monsun Timur Laut (Northeast Monsoon) di utara negara kita iaitu di tiga buah negeri- Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Ia berlaku sebab hujan lebat dan hujan berpanjangan di dalam suatu tempoh semacam itu. Hujan lebat berlaku disebabkan awan daripada- bukan sebab awan. Oleh sebab angin sejuk daripada Siberia yang meniup awan dari utara hingga ke negeri-negeri di utara negara kita. Selain daripada itu, awan hujan juga dibawa oleh angin dari Laut Hindi, daripada Barat bawa ke Timur. Jadi, kombinasi awan-awan inilah yang menyebabkan hujan lebat berpanjangan dan banjir besar berlaku di negeri-negeri itu.

Di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, projek-projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) adalah:

(i) Pembangunan Lembangan Sungai di Sungai Kelantan Bersepadu iaitu Integrated River Basin Management Fasa 1. Ini sudah pun masuk dalam senarai RMKe-11.

(ii) Projek Kestabilan Tebing Sungai - Sungai Golok Fasa 1 (phase 1). Ini juga sudah termasuk dalam senarai projek RMKe-11.

(iii) Pembangunan Lembangan Bersepadu Sungai Kuantan. Ini juga Integrated River Basin Management dalam RMKe-11.

Page 54: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

46 DN 29.6.2015

(iv) Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, ini untuk Sungai

Semantan di Daerah Temerloh, Pahang Fasa 1.

(v) Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kemaman dan RTB Kemasik di Terengganu, dan;

(vi) Integrated River Basin Management masuk juga untuk Projek Sungai Perak Fasa 1.

Projek Integrated River Basin Management (IRBM) perlu dibuat sebab kajian untuk semua sungai bukan hanya untuk sebuah tempat sahaja. Oleh sebab banjir boleh berlaku di mana-mana tempat. Oleh itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Pengaliran dan Saliran telah pun membuat kajian dan mengguna pakai lembangan sungai untuk projek-projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).

Yang Berhormat Senator juga menyentuh tentang pemuliharaan aset sumber asli negara yang berkaitan dengan hutan, hutan lipur, taman negara dan bertanya bajet untuk penyelenggaraan hutan lipur dan taman negara. Beliau juga menyebut bahawa lawatan beliau ke Hutan Lipur di Chamang dan Hutan Lipur Lentang di Pahang bahawa ia tidak begitu selenggarakan dengan sebaik-baiknya. Saya mengucapkan terima kasih Yang Berhormat kerana semuanya ini Yang Berhormat turun ke padang melihat dan memberi cadangan. Maknanya, kepada kementerian supaya kementerian dapat seterusnya menyelenggarakan hutan lipur, taman negara dan aset-aset sumber asli yang lain di negara kita.

Untuk makluman Yang Berhormat, bajet Taman Negara Pahang penyelenggaraannya ialah RM4.4 juta pada tahun 2014 sahaja. Pada Rancangan Malaysia Kesebelas, ia akan diteruskan sebab Taman Negara Pahang semasa banjir hujung tahun lepas sememangnya teruk juga, banyak infrastruktur dan prasarana di dalam taman negara itu rosak. Maka, diperlukan untuk baik pulih dan sebagainya. Bajet untuk hutan lipur di negara kita ialah RM19.16 juta pada tahun 2014 untuk semua hutan lipur di negara kita. Keseluruhan hutan lipur, bilangan hutan lipur di negara kita 123 dan 17 buah hutan Taman Negara, bukan Taman Negara, taman hutan lipur utama di negara kita.

■1420

Dalam RMKe-11, kementerian sudah pun memohon lebih banyak lagi bajet daripada yang 19 itu supaya kita boleh meneruskan penyelenggaraan hutan lipur. Sememangnya pada tahun 2015, sudah ada juga perbelanjaan yang diperlukan iaitu RM11.59 juta untuk penyelenggaraan hutan lipur di negara kita. Bagi Hutan Lipur Chamang dan Hutan Lipur Lentang, di dalam apa yang dikatakan tahap kebersihan yang tidak begitu tinggi. Apabila Jabatan Perhutanan Negeri Pahang pergi memeriksa hutan-hutan lipur tersebut, ia dalam tahap bersih dan keselamatannya juga sememangnya sedia ada.

Yang Berhormat juga bertanya tentang kenapa tidak ada fee kalau orang masuk

ke hutan lipur untuk melawat ke dalam itu. Pada bulan Jun tahun ini yang sebenarnya Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia sudah pun mencadangkan bahawa caj masuk untuk rakyat Malaysia ke hutan lipur RM2 hingga RM10 dan untuk rakyat asing, hutan lipur cajnya ialah sebanyak RM5 hingga ke RM10 juga. Jadi dengan adanya caj sebegini maka Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia nanti akan mendapat wang lebih banyak untuk meneruskan kerja-kerja penyelenggaraan hutan lipur dan sebagainya. Untuk hutan lipur Chamang dan Lentang, cajnya RM2 sahaja untuk masuk ke hutan lipur tersebut, ini untuk rakyat tempatan dan untuk pelancong asing RM5 Yang Berhormat Senator.

Seterusnya Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed, beliau menyentuh tentang hakisan di Sungai Pinang, Pulau Pisang dan sebagainya sehingga ke pantai-pantai seperti Pantai Mek Mas di DUN Kijang. Ini telah pun menjejaskan pendapatan penduduk di situ. Tindakan Jabatan Pengairan dan Saliran sememangnya sudah sedia ada dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini.

Keseluruhan bajet untuk hakisan pantai di negeri Kelantan ialah RM25.05 juta yang akan disediakan di RMKe-11. Pertamanya Pantai Mek Mas, pantai ini akan di baik pulih di mana hakisan berlaku. Kedua, Pantai Sabak juga sudah pun masuk di dalam RMKe-11. Ketiga, muara Sungai Golok. Untuk muara Sungai Golok, survey kerajaan sudah pun dibuat dan di dalam RMKe-11, struktur akan terus dibina dengan peruntukan yang sedia ada. Keempat, muara sungai Kemasin juga survey akan terus dibuat.

Page 55: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 47

Selain dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di dalam RMKe-11 akan membuat kajian juga untuk meneliti bagaimanakah hakisan pantai berlaku dan supaya Integrated Financial Plan akan dibuat nanti supaya apa yang berlaku sekarang tidak akan berlaku lagi atau pun kalau berlaku disebabkan perubahan iklim ia tidak begitu teruk.

Itulah empat orang Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah pun menyentuh tentang perkara dan isu yang berkaitan dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Semua pandangan dan saranan akan diambil kira dan dipertimbangkan dalam komitmen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sebagaimana yang saya

sebut sebentar tadi kerana ada persetujuan antara dua kementerian maka sekarang saya persilakan Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia.

2.28 ptg.

Menteri Komunikasi dan Multimedia [Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek]:

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai Rancangan Malaysia Kesebelas. Izinkan saya menyebut nama-nama Yang Berhormat. Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas bin Umbul, Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Johari Bin Mat, Yang Berhormat Senator Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Berhormat Senator Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin, Yang Berhormat Senator Dato’ Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Haji Openg dan Yang Berhormat Senator Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih di atas semua Ahli Yang Berhormat yang sudi mengambil bahagian dalam perbahasan yang berkaitan dengan Rancangan Malaysia Kesebelas khususnya mengenai kementerian kami.

Satu perkara yang saya minta izin daripada Tuan Yang di-Pertua untuk saya menjawab satu persatu apa yang diutarakan lebih-lebih lagi perbahasan mengenai Rancangan Malaysia Kesebelas saya lihat mestilah dilihat dengan cara berbeza. Kalau kita banding perbahasan mengenai belanjawan dan perbahasan mengenai Titah Diraja..

Tuan Yang di-Pertua: Saya sudah sebut Yang Berhormat. Saya setuju yang itu.

Silakan.

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek: Ya, sebab itu dalam soal ini Tuan Yang di-

Pertua, perlu dilihat bahawa Rancangan Malaysia Kesebelas ini adalah merupakan suatu yang saya sebutkan dalam istilah lain the last push bagi negara kita untuk mencapai matlamat wawasan 2020 menjadikan negara Malaysia sebagai negara maju sepenuhnya sebagaimana yang diimpikan sebelum ini. Jadi salah satu daripada aspek yang kita kaitkan dengan kementerian kami ialah tentang soal bagaimanakah penembusan jalur lebar merupakan satu asas yang penting untuk kita mencapai matlamat yang disebutkan tadi.

■1430

Ini kerana, selalu disebutkan misalnya di dalam apa yang disebut oleh International Telecommunication Union (ITU) telah melihat terdapatnya korelasi antara penembusan jalur

lebar dengan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Di mana disebutkan bahawa setiap 10 peratus penembusan akan memberikan impak sehingga 1.38 peratus kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Ini suatu perkara yang penting.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]

Keduanya, kalau kita berbelanja, 10 peratus perbelanjaan ataupun investment, pelaburan dalam jalur lebar, ia akan memberikan kesan 1 peratus kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Page 56: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

48 DN 29.6.2015

Ini hubungan yang tak perlu saya huraikan tetapi perlu saya nyatakan tentang pentingnya apabila kita katakan bahawa jalur lebar ada hubungan kait yang begitu rapat dengan soal pertumbuhan ekonomi negara untuk kita mencapai matlamat Wawasan 2020, yang mana pada satu ketika dahulu apabila disebut 30 tahun dahulu, kita memerlukan pertumbuhan ekonomi sebanyak 7 peratus setahun untuk mencapai matlamat yang disebutkan tadi.

Oleh sebab itu kalau kita lihat di dalam apa yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai Rancangan Malaysia Kesebelas ini ialah, disebut agar matlamat kita ataupun disebutkan KPI yang terpaksa kami tanggung di kementerian ini ialah untuk memberikan kesempatan kepada rakyat Malaysia untuk mendapat akses Internet sepantas 100 Mbps bagi kawasan bandar dan kawasan yang mempunyai impak ekonomi yang tinggi, dan bagi kawasan pinggir bandar dan luar bandar ialah selaju 20 Mbps.

Ini kerana sekarang ini kita tidak lagi melihat tentang soal coverage ataupun liputan tetapi kelajuan yang dikaitkan dengan quality of service ataupun mutu perkhidmatan adalah sebagai satu perkara yang menjadi asas untuk penting untuk menjadikan negara kita mencapai matlamat negara maju.

Ertinya dalam kata lain, apa makna kita kata negara maju tetapi internetnya tidak ada. Apa makna negara kita maju kalau Internet kita perlahan. Apa makna kita katakan kita maju tetapi terdapat pelbagai perbezaan antara bandar, luar bandar, antara orang kaya dan tidak kaya daripada segi kemampuan untuk memiliki perkhidmatan internet ini.

Jadi, ini merupakan satu asas yang kita anggap penting untuk kita mencapai matlamat RMKe-11 yang dimaksudkan sebagai last push untuk kita sampai ke situ.

Oleh sebab itu saya ingin berkongsi dengan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bahawa untuk mencapai matlamat tersebut, kalau kita selak lembaran dalam Rancangan Malaysia Kesebelas untuk mencapai matlamat yang besar, 1000 Mbps kawasan bandar, 20 Mbps kawasan pinggir bandar dan luar bandar, mendapat liputan 95 peratus bagi seluruh negara kita, berapakah pelaburan ataupun peruntukan yang diberikan oleh kerajaan untuk mencapai matlamat tersebut?

Di mana kalau kita perhatikan, tidak banyak, sekitar RM300 juta. Sedangkan kita tahu bahawa untuk mencapai matlamat tersebut, perhitungannya ialah berapa kilometerkah fiber optic yang perlu disambung, yang memerlukan jumlah sambungan yang panjang sekali? Berapakah menara-menara telekomunikasi yang perlu dibina? Sekarang ini pun kita katakan antara menara telekomunikasi yang ada antara 15,000 hingga 20,000 termasuk stesen-stesen yang kecil dalam bangunan dan sebagainya. Kita memerlukan tambahan, kalau melalui projek luar bandar, dipanggil “times three project”, sudah ada 1,000 tambah lagi 1,000 dan kita perlukan tambahan 3,000 buah lagi menara telekomunikasi.

Kita tahu bahawa satu buah menara telekomunikasi itu, terutama di kawasan luar bandar, kosnya sekitar RM1.09 juta. Ini termasuk kos penyelenggaraan. Keseluruhannya menuntut perbelanjaan kira-kira RM40 bilion ringgit. Sedangkan kalau kita lihat di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, peruntukan kerajaan adalah sekitar RM300 juta. Ini yang disebutkan tadi.

Oleh sebab itulah di peringkat kementerian ini, perkara yang perlu kita lihat, bagaimanakah untuk mencapai matlamat tadi sedangkan pelaburan kerajaan sedikit? Jawabnya ialah, kita perlukan kerjasama yang rapat dengan pihak swasta, pihak industri itu semua. Kita tahu sekarang ini pencapaian kita yang disebutkan antara pencapaian yang boleh dibanggakan sekarang ialah sumbangan besar datangnya daripada industri. Ertinya peranan yang perlu diberikan perhatian kepada pihak kementerian kerajaan ialah bagaimana untuk menjadikan negara kita mempunyai hubungan yang rapat antara kerajaan dengan industri dan memastikan industri kita ialah industri yang sihat supaya mereka terus melabur dalam sektor ini.

Kita tahu bahawa antara pelaburan yang besar dalam mana-mana sektor, sektor komunikasi merupakan sektor yang bersifat capital intensive iaitu pelaburan capital ataupun

pelaburan modal yang sagat besar. Dalam sejarah, untuk memastikan pelaburan, kita mendapatkan bekalan 2G, kita boleh bercakap menggunakan telefon mudah alih, pelaburannya RM40 bilion. Masuk 3G, RM40 bilion lagi. Sekarang kita pergi LTE, kita memerlukan sejumlah yang sama. Oleh sebab itu ini satu perkara yang menjadi pokok yang penting.

Page 57: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 49

Namun begitu, kita tahu bahawa soalan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, bertanyakan tentang hal-hal yang berkaitan dengan affordable. Rakyat bagaimana untuk membayar, cukup dan sebagainya.

Saya tidak mengatakan kita yang termurah, daripada segi rakyat, paling murah di Malaysia. Akan tetapi murah itu juga mesti dilihat affordable. Mampu milik itu mesti dilihat daripada perspektif yang besar. Kalau murah di satu buah tempat tetapi tidak dapat perkhidmatan, itu pun dianggap tidak baik.

Oleh sebab itu, kita perlu benchmark, menanda araskan negara kita dengan negara-negara lain. Antara benchmark ataupun penanda aras yang baik ialah sebagaimana yang ditanda araskan oleh suatu badan antarabangsa yang bernama Alliance of Affordable Internet yang terdiri- kita boleh Google, tengok apa dia. Meletakkan Malaysia, sudah dua tahun berturut-turut berada di Top 5, lima yang tertinggi antara negara-negara lain.

Satu ketika kita pernah yang tertinggi tetapi negara lain cepat mencapai. Costa Rica, Colombia, Turkey, Malaysia berada di tempat kelima yang tertinggi daripada segi menyediakan kemudahan internet yang affordable. Mungkin tidak termurah lagi, kalau boleh kita hendak murah lagi, hendak turunkan. Jadi isu-isu yang berkaitan dengan top-up dan

sebagainya, kita tahu hendak murah. Akan tetapi dalam masa yang sama, kita mahu juga, industri yang sihat ia dapat melabur kembali dalam sektor ini supaya dapat mengembangkan apa yang kita hendak tadi. Tidak guna kalau murah sahaja tetapi banyak tempat tidak dapat, tower baru tidak boleh dipasang dan kemudahan-kemudahan yang lain

tidak dapat dibina. Kita tahu bahawa setiap infrastruktur baru memerlukan kos yang sangat tinggi sekali.

Oleh sebab itu apabila Yang Berhormat Senator Dato’ Mohd. Suhaimi ada menyebutkan isu-isu lain yang berkaitan dengan misalnya, Notebook 1Malaysia. Ini merupakan perkara-perkara yang tercetus daripada pemikiran pada waktu itu. Misalnya pada tahun 2006, kalau kita kembali kepada perbincangan-perbincangan pada waktu tersebut, di peringkat antarabangsa, World Economic Forum pernah membincangkan sesebuah negara yang baik menyediakan projek yang dinamakan One Laptop per Child (OLPC). Oleh sebab dia kata, kalau dahulunya, menyediakan buku merupakan satu asas yang penting. Zaman saya kecil dahulu, menyediakan papan hitam. Setiap pelajar, masuk sekolah diberikan satu buah papan hitam kecil. Dia bawak balik rumah hendak mengulang apa yang diajar.

■ 1440

Akan tetapi zaman sekarang dia kata kalau negara yang baik itu menyediakan satu laptop seorang pelajar dan ini merupakan perbincangan yang berterusan, berbahas sekarang ini konsep one-to-one, disediakan satu laptop ataupun dipanggil BYOD atau bring your own device kerana dikatakan baik dibawa sendiri nanti orang lain pakai. Akan tetapi isunya affordable, siapakah yang mampu hendak bayar? Negara mana yang mampu hendak bayar?

Oleh sebab itu perkara ini terus dibahaskan. Misalnya banyak syarikat seperti Google, Gmail, eBay, Nortel, banyak lagi duduk sekali membincangkan bagaimana untuk menyediakan device ataupun alat-alat ini yang murah, yang tidak perlu mempunyai spesifikasi yang terlalu tinggi. Kalau skrinnya tidak perlulah semua mesti menggunakan kristal clear ataupun menggunakan resolution yang terlalu tinggi tetapi sekurang-kurangnya asas yang dapat dibuat.

Oleh sebab itu pada waktu itu digerakkan dengan menggunakan peruntukan yang diambil daripada sumbangan syarikat-syarikat telco, bukan wang cukai tetapi yang disumbangkan oleh syarikat-syarikat telco yang dipotong 6 peratus dipanggil USP Fund daripada revenue ataupun hasil yang diperolehi untuk membeli laptop pada waktu itu untuk

diberikan kepada pelajar.

Page 58: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

50 DN 29.6.2015

Saya tahu sebagaimana Yang Berhormat menyebut, ada masalah kerana ada

pelajar dapat tetapi untuk disambungkan dengan broadband ada tempat yang broadband belum ada. Akan tetapi sekurang-kurangnya ia ada komputer pada waktu itu yang boleh digunakan bagi keperluan lain pada waktu tersebut.

Ada isu pada waktu tersebut untuk kita memastikan bahawa sebelum 3G dapat sampai ke seluruh tempat ataupun Unifi sampai di seluruh tempat yang menggunakan pelaburan yang besar, maka diwujudkan kampung-kampung tanpa wayar ataupun hotspot di peringkat kampung dan kita tahu bahawa pada waktu tersebut menyediakan hotspot

yang dapat membekalkan 2 megabait per saat sudah adalah mencukupi kerana pada waktu itu disebutkan internet, definisi broadband yang dibuat ITU sekitar 256k sudah dianggap internet kerana bagi waktu tersebut internet hanyalah untuk email sahaja, bagi kita dapat email cukup dan sedikit melayari. Akan tetapi sekarang ini sudah tidak cukup.

Oleh sebab itu beberapa infra yang dibina pada waktu tersebut mungkin tidak sesuai lagi termasuk kampung tanpa wayar yang disebutkan tadi kerana teknologi yang digunakan, kalau teknologi yang terbaik, kalau ada dipanggil hotspot misalnya di Parlimen kita ada hotspot, kita dapat WiFi tetapi backhoenya apa? Ada fiber, fiber yang dipasang

terus kepada port-port yang disambung terus kepada ibu sawat Telekom kita.

Akan tetapi di kampung, hendak sambung fiber ini berat. Maka menggunakan teknologi satelit. Satelit menggunakan VSET atau very small aperture terminal yang kalau ada gangguan cuaca, ada halilintar, ada petir ia akan terganggu dan tidak dapat kualiti yang dikehendaki. Akan tetapi kita menganggap bahawa kampung tanpa wayar, Pusat Internet 1Malaysia adalah merupakan temporary measure ataupun merupakan infra-infra sementara yang tidak boleh kita katakan bahawa kejayaan kalau hendak tambah lagi, ia seumpama menyediakan public phone atau telefon awam satu ketika dahulu yang dianggap kampung itu bagus kerana ada empat buah telefon awam, lima buah telefon awam, sebuah balai polis, dekat sekolah, dekat hospital, klinik dan sebagainya.

Akan tetapi siapa lagi hendak bercakap tentang telefon awam? Kita pergi KLIA, airport pun tidak jumpa telefon awam ataupun pondok-pondok telefon awam kerana semua orang sudah ada telefon di tangannya. Orang sudah ada kemampuan. Jadi kalau orang hendak minta banyakkan lagi kampung tanpa wayar kita katakan ia ada hadnya yang tidak perlu untuk diteruskan sekiranya liputan cellular, telefon komunikasi dan broadband kita sudah menyeluruh itu adalah tidak perlu lagi. Ia perlu pada waktu tersebut dan tidak perlu kita kembangkan di masa yang akan datang sekiranya tidak perlu. Ia merupakan infrastruktur sementara.

Dalam sistem telekomunikasi inilah masalahnya satu-satu teknologi itu ada hadnya, ada had umurnya ataupun dikatakan ia ada life span. Satu ketika dahulu kita anggap bahawa orang yang mempunyai alat diletak di pinggang dia dipanggil ‘pager’ itu adalah orang yang hebat. Doktor-doktor sahaja yang pakai. Bunyi sahaja pager dia akan berlari pergi telefon awam untuk buat panggilan, itu orang hebat. Akan tetapi siapa pakai pager lagi? Pelaburan besar tetapi sekarang ini orang ketawa kalau ada orang pakai pager. Pager hanya memberikan mesej satu ayat tolong telefon orang ini, berkejar mencari telefon awam itu dianggap hebat pada waktu tersebut. Sekarang kita boleh WhatApps, hantar gambar, bercerita dalam konteks yang lebih besar lagi. Tidak perlu pager tetapi pelaburan pernah dilaburkan. Adakah kita marah itu adalah bodoh, membazir kerana ia perlu pada waktu tersebut?

Jadi sebab itulah konsep-konsep yang disebutkan tadi kalau kita katakan masa depan akan ketawa tentang 3G, 2G kerana tidak lama akan datang teknologi baru yang lebih hebat lagi dan terpaksa kita berpindah ke situ dan kita terpaksa menerima bahawa pelaburan yang lepas sudah tidak berguna lagi.

Jadi sebab itu dalam kita menghuraikan beberapa perbahasan yang disebutkan tadi, ia semua berkaitan dengan yang disebutkan teknologi itu sendiri mempunyai life span, waktu jangka hayat. Ingat tak pada satu ketika dahulu kalau ada orang yang pakai ATUR, bawa telefon sebesar briefcase yang berat letak atas meja, dia rasa orang itu paling hebat?

Harga RM15,000. Dipasang dalam kereta bunyi hon kereta, berkejar dia, sayalah orang yang paling penting. Kalau sekarang anak kita dengar dia akan ketawa tentang perkara ini semua. Ia merupakan suatu teknologi yang tertentu habis hayat tidak ada orang pakai. Dalam sistem ini juga adalah merupakan suatu business yang cruel, yang dianggap kejam.

Page 59: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 51

Kita pernah dengar nama Mobicom, kita pernah dengar nama Sapura, Adam, habis begitu sahaja kalau mereka tidak mampu untuk cope dengan teknologi-teknologi baru yang datang, mereka akan habis, pelaburannya besar tetapi datang teknologi baru ia tidak berguna lagi. Jadi sebab itu kita katakan bahawa selain daripada ...

Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Ada yang hendak mencelah Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek: Ya.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Mohon laluan Tuan Yang di-Pertua sebelum

Yang Berhormat Menteri pergi ke tajuk lain. Tadi Yang Berhormat Menteri menyebutkan bahawa USP Fund ini digunakan untuk infrastruktur. Adakah notebook tadi digolongkan dalam infrastruktur kepada anak-anak sekolah ini? Terima kasih.

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek: Ia kedua-duanya, USP Fund tujuannya ialah

untuk memberikan akses kepada internet ataupun telekomunikasi kepada mereka yang kawasan luar bandar dan disebutkan under surf, orang yang dan tidak dapat diberikan kemudahan tersebut oleh pihak-pihak syarikat telekomunikasi yang berdasarkan kepada mereka memikirkan pulangan yang diperoleh daripada pelaburan ini.

Misalnya banyak di kawasan-kawasan kampung kalau hendak suruh mereka bina infrastruktur seperti menara dan sebagainya, mereka tidak akan pergi kerana pulangannya sedikit. Itu satu daripada segi infrastruktur dan pada waktu itu antara perkaranya selain sehingga sekarang perkara yang dibenarkan untuk penggunaan USP Fund termasuk juga untuk membeli device kerana apabila device atau alat itu digunakan, mereka register dengan syarikat-syarikat telekomunikasi, mereka akan menggunakan, syarikat ini akan dapat kembali pulangan mereka dan mereka akan berikan kembali. Itu konsepnya.

Kita ingin memberikan penekanan juga satu masa nanti yang akan datang lebih besar penggunaan fund ini, dana ini bukan sahaja daripada segi infrastruktur membina menara ataupun membeli device yang kita rasakan ada hadnya kerana device makin lama semakin orang mampu milik tetapi perlu diberikan tumpuan sekarang ini kepada pembinaan content ataupun kandungan di dalam- kita ada telefon, kita ada broadband tetapi buka Youtube ia dipenuhi dengan content orang lain. Kita perlukan- untuk membuat content bukannya murah dan kita perlu gunakan duit itu juga untuk membantu pembangunan content termasuk membuat aplikasi-aplikasi mudah alih dan sebagainya untuk membantu di kalangan usahawan-usahawan kecil kita di dalam bidang content. Bagi kita, content ini sesuatu yang kita tidak membeli device dari luar. Ia membantu untuk mencernakan hasil dalaman dan boleh kita eksport ke luar negara. Ini antara perkara yang disebutkan tadi.

■1450

Lain-lain, saya kira apa yang telah disebutkan juga ialah tentang hal-hal yang sama sebagaimana yang disebutkan misalnya penyalahgunaan internet, jenayah siber. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Suhaimi yang banyak menyentuh perkara ini. Akan tetapi sebahagian perkara ini telah pun dibincangkan sebelum ini dan saya sedar bahawa inilah antara perkara-perkara yang akan kita sentuh untuk kita lihat dalam semakan kembali Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang berkaitan dengan penyalahgunaan internet.

Kita tahu bahawa pada tahun 1998 apabila akta ini diperkenalkan, isu-isu yang sebegini mendalam tidak ada pada waktu tersebut tetapi ini adalah antara perkara yang perlu diberikan perhatian termasuk online gambling, child pornography dan sebagainya. Ini

perkara-perkara yang akan diberikan perhatian dan saya ingin memberikan ucapan terima kasih dan saya ingin maklumkan peringkat sekarang dalam akta ini, kita telah membuat engagement dengan pelbagai pihak sekurang-kurangnya untuk melihat polisi framework, kerangka dasar kita. Ada 44 buah badan dan pihak yang telah pun kita hubungi dan kita berbincang untuk mendapatkan pandangan-pandangan mereka tentang perkara ini.

Page 60: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

52 DN 29.6.2015

Saya menyebut, saya beritahu bahawa, ada rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak

timbulkan, kita sebutkan bahawa kita komited untuk memberikan tanggungjawab menyediakan internet di peringkat luar bandar, Sabah, Sarawak dan sebagainya. Misalnya, antara perkara yang menjadi pokok utama menyediakan sistem backbone iaitu melalui

kabel dasar laut antara Semenanjung ke Sabah dan Sarawak yang menelan belanja kira-kira RM700 juta sudah pun di peringkat selesai daripada segi tender dan sebagainya dan inshaa-Allah tahun 2017, ia akan dapat disiapkan.

Pada waktu tersebut, segala kemudahan lain akan menjadi lebih mudah kerana banyak orang ingat ada menara sahaja cukup tetapi untuk memberikan laluan kepada menara tersebut, yang terbaik mestilah menggunakan kabel, kabel fiber optic dan kalau fiber optic hanya tersekat di pinggir pantai Sabah dan Sarawak tetapi tidak ada kabel yang terus datang ke mari, ia juga tidak akan memberikan impak yang baik. Jadi ini juga antara perkara yang kita rasakan perlu dan inshaa-Allah, kita tidak akan ketepikan keperluan Sabah dan Sarawak, hinggakan kita berfikir secara mendalam.

Kalau disebutkan bahawa untuk mencapai matlamat, untuk memberikan liputan broadband kepada 95 peratus buah kawasan berpenduduk, itu pun merupakan satu

kenyataan yang kita rasa tidak mencukupi. Satu masa nanti, bukan sahaja kawasan berpenduduk. Kawasan yang tidak berpenduduk tetapi ada jalan raya. Misalnya, Pan Borneo Highway merupakan satu gagasan besar yang perlu dilaksanakan. Sebahagian besar di kawasan yang dilalui oleh Pan Borneo ini kawasan yang tidak berpenduduk.

Akan tetapi, apakah kita hendak membenarkan? Kalau ada kereta rosak, orang memerlukan pertolongan dan sebagainya di sepanjang jalan, mereka tidak dapat berhubung? Jadi kita kena mengira kembali berapakah jumlah menara-menara baru, bagaimanakah kita hendak menghubungi antara menara dengan menara yang lain untuk memastikan bahawa di kawasan walaupun tidak berpenduduk tetapi boleh dihubungi? Jadi ini juga antara perkara-perkara yang kita sebutkan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Suhaimi yang menunjukkan keprihatinan beliau tentang bagaimanakah pengusaha-pengusaha bumiputera dalam urusan-urusan yang berkaitan dengan mendapatkan sokongan syarikat-syarikat telekomunikasi seperti TM dan sebagainya. Kontrak, saya difahamkan bahawa TM adalah sebuah GLC yang komited untuk membantu syarikat-syarikat bumiputera dan saya difahamkan bahawa peruntukan kira-kira 53 peratus daripada jumlah nilai perolehan, procurement syarikat diberikan kepada

syarikat-syarikat bumiputera. Nilai perbelanjaan perolehan TM yang telah diagihkan dikatakan bahawa tahun 2014 adalah lebih RM4.9 juta dan terdapat banyak lagi contoh-contoh yang diberikan daripada segi hubungan antara TM. Bukan RM4.9 juta tetapi RM4,934 juta. Maknanya RM4.9 bilion telah diberikan kepada syarikat-syarikat bumiputera.

Cuma, ada beberapa isu yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Pilihan yang terpaksa dibuat oleh syarikat-syarikat komunikasi yang kita tahu bahawa ia merupakan syarikat yang perlu bersaing, ia perlu berkompetitif untuk memberikan bekalan yang affordable, yang terbaik. Jadi sudah tentulah ada kalanya mereka terpaksa membuat keputusan-keputusan business, komersial, untuk memastikan bahawa kos mereka itu berada di tahap yang paling rendah kerana dalam masa yang sama rakyat mahukan broadband yang murah. Rakyat mahukan internet yang murah tetapi kalau melalui ejen dan sebagainya yang menjadikan kos mereka tinggi, maka sudah tentu mereka akan berhadapan dengan masalah yang sama.

Keduanya, mungkin ada beberapa buah syarikat bumiputera yang mempunyai kebiasaan dengan syarikat-syarikat yang satu masa dahulu secara tradisinya mereka mempunyai hubungan yang baik dengan syarikat yang besar seperti Nokia, seperti Ericson dan sebagainya tetapi peranan Nokia misalnya di dalam membekalkan barang-barang keperluan seperti hardware dan juga keperluan-keperluan consumer sekarang ini sudah berbeza dan ia berubah kepada syarikat-syarikat baru seperti Huawei, ZTE dan sebagainya. Jadi sudah tentulah syarikat bumiputera, cabarannya, sekiranya mereka ingin menjadi ejen dan sebagainya, terdapat syarikat-syarikat lain pula yang memainkan peranan ataupun menguasai industri pada waktu sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, itu sahajalah perkara yang perlu saya sebutkan di sini. Sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini dan saya percaya...

Page 61: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 53

Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam: [Bangun]

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek: Oh! Terima kasih.

Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam: Tuan Yang di-Pertua, saya ada tanya Yang

Berhormat Menteri berkaitan dengan kedudukan perjanjian di antara TNB dengan PLN pasang fiber optic bawah dasar laut dari Telok Gong, Masjid Tanah, Melaka ke Riau untuk fiber optic antarabangsa. Apakah kedudukan kabel yang telah pun dipasang? Adakah mendatangkan keuntungan setakat ini?

Kedua, saya ucapkan tahniah kerana kementerian telah mengambil banyak tindakan untuk menambah lagi bebanan kelajuan. Apa yang kita bimbangkan sekarang ini ialah isu fitnah termasuk siber porno ini semakin kuat. Bagaimanakah kerajaan mengawal keadaan demikian?

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek: Saya akan berikan jawapan secara spesifik

daripada segi keuntungan yang diperoleh kerana antara Telok Gong ke sebelah sana itu adalah antara infrastruktur yang dibina supaya kurangnya kebergantungan kita dengan negara jiran untuk mendapat laluan terus ke negara-negara yang berhampiran dengan kita.

Keduanya yang disebutkan tadi, kita tahu bahawa untuk mengendalikan alam siber, internet sekarang ini bukanlah satu perkara yang mudah. Kita boleh membuat pilihan misalnya menggunakan modul yang dibuat oleh negara China tetapi terlewat kerana kita bermula dengan konsep Bill of Guarantee, memberi jaminan tidak ada tapisan dan sebagainya. China, daripada awal tidak membenarkan kecuali apa yang mereka benarkan daripada awal. Jadi kita berada di dalam suatu dilema di mana keterbukaan internet kita membolehkan siapa sahaja melayari apa sahaja.

Sebab itu dalam undang-undang yang ada untuk mengukuhkan apa yang sudah pun sedia ada, misalnya setiap pembekal perkhidmatan seperti Maxis, Celcom, TM dan sebagainya, mereka membekalkan broadband, mereka mestilah mempunyai sebuah dasar dikatakan bahawa pengawalan kendiri, self censorship misalnya, untuk menyekat perkara-perkara tersebut. Kalau tidak, kita akan bertindak kepada mereka.

■1500

Yang keduanya, kita akan melihat kembali daripada segi undang-undang jumlah hukuman. Misalnya, sekiranya orang yang memuatkan ataupun mengendalikan laman-laman yang melanggar undang-undang tadi. Adakah maksimum RM50,000 yang ada sekarang mencukupi? Dan ramai yang berpendapat tidak mencukupi. Ini juga perkara yang akan dilihat kembali dalam penggubalan pindaan kepada akta yang akan berlaku sekarang ini.

Cumanya saya ingin menyebut Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, yang bertanya tentang hal-hal yang berkaitan dengan soal kenegaraan, disebutkan berkaitan dengan kementerian ini, inshaa-Allah perkara ini juga satu perkara yang perlu kita berikan

perhatian. Misalnya salah satu daripada aspek untuk kita membantu orang-orang untuk menghasilkan lebih banyak content. Kalau dulu menghasilkan content kita bergantung kepada misalnya kepada badan penyiar seperti RTM. RTM memberikan peruntukan untuk memuatkan content untuk memberikan peruntukan orang menyiarkan content di dalam

RTM ataupun melalui Media Prima, melalui Astro dan sebagainya.

Akan tetapi sekarang ini saya sebutkan tadi bahawa orang sudah kurang menonton televisyen, orang sudah kurang membaca akhbar. Bukan kata orang kurang membaca akhbar kerana Malaysia ini dikatakan mempunyai rejim penapisan yang kuat dan sebagainya tetapi sehinggakan Washington Post pun berhadapan dengan masalah yang sama, New York Times berhadapan dengan masalah yang sama, USA Today berhadapan dengan masalah yang sama. Di Amerika, banyak syarikat media mereka yang di peringkat negeri terpaksa menggulung tikar ataupun semua berubah kepada online. Itu yang berlaku

sekarang ini. Jadi sebab itu kita katakan bahawa ini merupakan era baru yang kita hadapi bahawa anak-anak kecil tidak baca surat khabar tetapi mereka tahu. Mereka menonton You Tube, mereka pergi kepada pelbagai kaedah dan sebagainya.

Page 62: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

54 DN 29.6.2015

Jadi sebab itu kita katakan bahawa kita akan memberikan fund yang disebutkan

tadi ialah untuk membina content bukan sahaja untuk tujuan dimasukkan dalam stesen-stesen televisyen kita tetapi juga untuk tujuan-tujuan online tadi termasuk You Tube, termasuk pelbagai lagi kaedah dalam online dan mereka memerlukan fund dan kita

bersedia untuk membantunya terutama daripada segi hal-hal yang berkaitan dengan soal kenegaraan yang mesti dipelbagaikan. Terima kasih.

3.03 ptg.

Timbalan Menteri Pertahanan [Datuk Abdul Rahim bin Bakri]: Tuan Yang di-

Pertua, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli Senator yang terlibat dalam perbahasan berkaitan dengan Rancangan Malaysia Kesebelas berkaitan dengan Kementerian Pertahanan.

Antara Ahli-ahli Senator yang terlibat dalam perbahasan ini iaitu Yang Berhormat Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Mohd Anwar bin Haji Mohd. Nor (B), Yang Berhormat Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman, Yang Berhormat Dr. Lucas bin Umbul, Yang Berhormat Datuk Norliza binti Abdul Rahim dan Yang Berhormat Datuk Chin Su Phin. Kelima-lima Ahli Parlimen ini telah membangkitkan beberapa saranan-saranan dan juga cadangan-cadangan dan pertanyaan-pertanyaan yang berkait dengan Kementerian Pertahanan dan kita sebagai kementerian akan mengambil maklum terhadap pandangan-pandangan ini untuk membolehkan kita menambah baik dan menambahkan keberkesanan lagi Kementerian Pertahanan sebagai penyampai perkhidmatan kepada rakyat secara keseluruhannya.

Rancangan Malaysia Kesebelas ini merupakan sesuatu yang penting kerana ia merupakan penentu bagi kita mencapai Wawasan 2020. Jadi oleh sebab itu, dalam usaha kita mencapai sebuah negara maju tahun 2020, beberapa concern yang telah dibangkitkan

oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Senator dalam perbahasan ini, kita akan mengambil maklum dan misalnya dalam berkait dengan Kementerian Pertahanan, salah seorang yang begitu mengambil perhatian berat dalam perbahasan ini iaitu Yang Berhormat Senator Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Mohd Anwar bin Haji Mohd. Nor (B) iaitu yang juga Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia dan juga bekas ataupun Mantan Panglima Angkatan Tentera. Sudah tentulah dengan kedudukan beliau dan juga pengalaman beliau sebagai bekas Panglima Angkatan Tentera akan dapat memberikan input-input yang berguna kepada Kementerian Pertahanan untuk membolehkan kita memberikan tumpuan terhadap cadangan-cadangan ini dan memastikan bahawa Kementerian Pertahanan akan dapat memenuhi hasrat rakyat khususnya dan mencapai matlamat Wawasan 2020 seperti yang termaktub di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini.

Beberapa concern yang telah dibangkitkan oleh Laksamana Tan Sri Dato’ Sri

Mohd Anwar saya dapat bahagikan kepada tiga elemen. Yang pertama berkaitan dengan kebajikan veteran tentera, kebajikan anggota tentera dan juga berkaitan dengan penyelarasan pencen kepada anggota-anggota tentera. Isu yang kedua yang dibangkitkan yang juga tidak kurang pentingnya iaitu berkaitan dengan isu transformasi Angkatan Tentera Malaysia. Seperti mana yang kita tahu bahawa Angkatan Tentera Malaysia merupakan sebuah agensi yang penting untuk mempertahankan kedaulatan negara. Isu-isu yang dibangkitkan itu adalah sangat relevan untuk membolehkan kita dapat bergerak sederap dan selari dengan perkembangan semasa khususnya dalam dunia global yang semakin mencabar hari ini.

Selain daripada itu, Yang Berhormat juga ada membangkitkan berkaitan dengan isu procurement kerana isu procurement ini merupakan satu isu yang penting kerana sebagai satu kementerian yang bertanggungjawab dalam soal pertahanan negara, sudah tentulah kita terpaksa membeli peralatan-peralatan pertahanan negara yang sudah tentu dalam jumlah yang begitu besar dan mahal kerana sebahagian daripada persenjataan ini kita beli daripada negara-negara luar khususnya negara-negara maju untuk mempertahankan kedaulatan negara kita.

Yang Berhormat Tan Sri Anwar seperti mana saya katakan tadi telah membangkitkan berkaitan dengan kebajikan angkatan tentera. Memang seperti mana yang kita sedia maklum bahawa kerajaan semenjak berdekad yang lalu memberikan perhatian yang penuh terhadap kebajikan veteran tentera khususnya.

Page 63: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 55

Ini kerana Kementerian Pertahanan telah menubuhkan tiga buah agensi yang bertanggungjawab untuk mengambil perhatian terhadap isu ini iaitu yang pertama Jabatan Hal Ehwal Veteran, PERHEBAT atau Pertubuhan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera dan satu lagi iaitu Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia.

Ketiga-tiga agensi ini telah memainkan peranan yang begitu besar di dalam memastikan bahawa setiap anggota tentera dan veteran tentera mendapat perhatian yang sewajarnya. Misalnya dalam usaha untuk memberikan rumah kepada anggota-anggota tentera yang daif, veteran tentera yang daif. Kerajaan telah pun dengan murah hati mengumumkan memberikan peruntukan dan melaksanakan pembaikan rumah-rumah dan juga membina rumah baru berdasarkan kepada konsep NBOS ataupun National Blue Ocean Strategy. Setakat ini dari tahun 2012 hingga 2015, kita telah pun membelanjakan sebanyak RM13.85 juta dengan jumlah rumah yang telah pun dibina baru 259 buah dan rumah di baik pulih 245 buah.

Dari semasa ke semasa kita juga akan mengambil tindakan-tindakan untuk menambah jumlah tersebut bukan sahaja dengan menggunakan peruntukan yang dapat diberikan oleh kerajaan kepada Kementerian Pertahanan tetapi kita juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan KKLW dan juga ICU supaya lebih ramai lagi anggota-anggota veteran tentera kita mendapat bantuan pembaikan rumah dan juga pembinaan rumah kerana bukan semua anggota tentera kita khususnya mereka yang tidak berpencen mempunyai nasib yang baik. Memanglah mereka ini patut dibela kerana mereka telah pun berjasa banyak kepada negara kita khususnya dalam memastikan kedaulatan negara kita dapat dipertahankan semasa gelombang darurat komunis ataupun terrorisme komunis yang telah berlangsung beberapa dekad yang lalu.

Dalam soal kebajikan anggota tentera juga, seperti mana yang kita sedia maklum kita sedar bahawa ramai juga anggota-anggota tentera ini apabila mereka berkhidmat, mereka tinggal di rumah yang begitu selesa. Jadi sebab itu kita meminta mereka supaya apabila mereka berpencen sekurang-kurangnya mereka mempunyai rumah sendiri. Oleh sebab itu kita menggalakkan semua anggota yang telah pun berkhidmat dalam satu masa tertentu dapat mengambil peluang untuk membeli rumah-rumah sama ada yang dibina oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera ataupun beberapa buah agensi yang lain khususnya yang berkait dengan kerajaan seperti SPNB ataupun PR1MA.

■1510

Dengan ini, kita dapat memberikan sekurang-kurangnya galakan kepada mereka untuk memiliki rumah dengan pinjaman yang telah pun disediakan sama ada melalui pinjaman kerajaan ataupun mereka juga mendapat pinjaman dari bank-bank, khususnya Affin Bank iaitu merupakan sebuah bank yang dimiliki oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Jadi, sememangnya kita menggalakkan mereka untuk mendapatkan rumah. Ini kerana sekiranya mereka bersara dan mereka tidak mempunyai rumah, apatah lagi dalam keadaan sekarang dengan harga rumah yang semakin meningkat, maka sukarlah bagi mereka untuk mendapat kehidupan yang selesa selepas mereka bersara nanti. Koperasi Angkatan Tentera juga yang akan diperbadankan sebagai Bank Koperasi dalam masa terdekat ini, akan juga digembleng untuk memastikan bahawa mereka dapat membina rumah-rumah yang bersesuaian yang boleh dibeli oleh anggota-anggota tentera supaya mereka dapat membeli rumah-rumah yang sesuai. Dengan program-program kerajaan seperti PR1MA dan SPNB yang telah dilaksanakan dengan begitu intensif sekarang, kita juga berharap lebih ramai anggota tentera yang akan dapat memiliki rumah.

Selain daripada itu, ada juga dibangkitkan dengan penyelarasan pencen. Sememangnya seorang anggota tentera yang berpencen mungkin dua atau tiga dekat yang lalu, memang memiliki jumlah pencen yang sedikit. Malah saya dapat menemu duga seorang bekas Panglima Angkatan Tentera, yang beliau hanya dibayar pencen lebih kurang RM6,000 atau RM7,000 sahaja. Itu pun pembayaran itu adalah setara dengan mereka yang mungkin berpangkat jauh lebih rendah daripada beliau.

Page 64: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

56 DN 29.6.2015

Beliau seorang pesara 4 Bintang- 4 Stars, tetapi pencen yang diperolehnya itu

hanya mungkin setara dengan seorang yang pencen 1 Bintang ataupun mungkin lebih rendah daripada itu.

Oleh sebab itu, kita memang mengharapkan supaya satu penyelarasan dapat dibuat. Akan tetapi apabila penyelarasan dibuat, ia melibatkan satu exercise yang besar yang melibatkan semua anggota penjawat awam. Apabila exercise itu dibuat, penyelarasan ini dibuat, ada juga di sektor awam yang lain yang juga menghadapi masalah yang sama, apabila berlaku penyelarasan secara menyeluruh seperti mana yang dicadangkan, ini akan menyebabkan kos yang begitu besar kepada kerajaan. Sekiranya di masa akan datang kita berkemampuan untuk melakukannya, itu mungkin boleh dipertimbangkannya. Akan tetapi setakat ini kerajaan hanya memberikan pelarasan 2 peratus setiap tahun bagi membolehkan setiap anggota mendapat kenaikan 2 peratus pencen setiap tahun, kepada semua penjawat awam di negara kita termasuklah anggota tentera yang berpencen.

Yang Berhormat Tan Sri Anwar juga ada membangkitkan berkaitan dengan isu transformasi angkatan tentera. Seperti mana yang kita sedia maklum, bahawa Angkatan Tentera Malaysia haruslah melakukan perubahan dan transformasi selaras dengan keadaan semasa dan ancaman-ancaman yang berlaku dalam dunia hari ini. Jika suatu ketika dahulu dunia kita tidak seperti mana sekarang di mana sistem komunikasi, pengangkutan begitu efisien. Disebabkan sistem pengangkutan dan sistem komunikasi begitu efisien, maka jenayah juga telah menjadi lebih mudah. Bukan sahaja pergerakan manusia-manusia menjadi lebih mudah tetapi pergerakan jenayah ataupun tindakan-tindakan yang boleh menyebabkan mengancam keselamatan negara dan pertahanan negara juga boleh berlaku.

Sehingga dalam suasana hari ini, berlaku juga apa yang dipanggil sebagai cyber war dan ini pun menjadi suatu ancaman yang besar. Sekiranya kerajaan, khususnya

Angkatan Tentera Malaysia tidak mempunyai kemampuan untuk meningkatkan keupayaannya dalam soal ini, maka kita akan menghadapi masalah. Mungkin pada masa yang lalu, keupayaan kita hanya sekadar untuk menghadapi ancaman komunis di mana pada ketika itu keupayaan yang diperlukan adalah dalam sektor tentera darat kerana kita memerlukan anggota-anggota masuk ke hutan untuk memerangi anggota ataupun gerila komunis ini secara combat ataupun land combat.

Akan tetapi dalam suasana sekarang, perbezaannya telah pun berlaku begitu pesat. Seperti mana saya katakan tadi, perubahan-perubahan berlaku di mana penggunaan senjata-senjata canggih semakin menjadi suatu perkara yang biasa dan setiap negara berlumba-lumba untuk menguasai teknologi ini. Sekiranya kita tidak mempunyai keupayaan untuk sekurang-kurangnya setara dengan negara lain, kita tidak akan mampu untuk mempertahankan kedaulatan negara kita. Kita memerlukan aset-aset tertentu untuk memastikan bahawa wujudnya deterrent ataupun cegah rintang terhadap pertahanan negara kita kerana negara kita sebagai sebuah negara yang semakin maju, kita mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kedaulatan kita bukan sahaja di darat, di laut tetapi juga di udara dapat dipertahankan.

Dua buah laluan penting yang terdapat di negara kita. Pertama di Selat Melaka dan yang kedua adalah Laut China Selatan, ketiga Laut Sulu dan keempat berkait juga sedikit sebanyak Laut Sulawesi merupakan satu perkara yang menjadi satu yang kita harus lindungi kepentingan kita. Ini kerana lautan suatu ketika hanya tempat laluan perdagangan tetapi hari ini juga mempunyai khazanah-khazanah kekayaan yang besar, khususnya kekayaan hidrokarbon ataupun minyak yang merupakan sumber kekayaan yang begitu besar nilainya kepada negara kita dan kita harus berkeupayaan untuk melindungi negara kita.

Oleh sebab itu dalam 4D MAF ataupun Fourth Dimension Malaysian Armed Forces ataupun ringkasnya 4D MAF iaitu merupakan satu blue print bagi pembangunan Angkatan Tentera Malaysia. Kita telah memberikan tumpuan kepada perkara ini iaitu bukan sahaja untuk meningkatkan profesionalisme anggota tentera kita, tetapi yang penting kita juga dapat meningkatkan keupayaan kuasa tembakan, mobiliti dan reaction power yang kita boleh lakukan. Ini kerana sedikit sebanyak seperti mana yang kita tahu, ancaman ini bukan sahaja datangnya dari luar tetapi juga kita harus berkeupayaan untuk seperti mana yang saya katakan tadi, meningkatkan cegah rintang kita supaya ia tidak mudah, negara kita tidak mudah dimanipulasi oleh negara-negara lain.

Page 65: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 57

Dalam usaha ini, sebagai sebuah negara yang anggota ASEAN, kita juga sentiasa bekerjasama dengan negara-negara anggota ASEAN untuk memerangi bersama beberapa perkara yang berkait dengan keselamatan, khususnya untuk menangani beberapa kejadian, bukan sahaja kejadian-kejadian pencerobohan tetapi juga seperti mana yang berlaku di Lahad Datu, tetapi juga pencerobohan yang bersifat non-state actor. Ini kerana sekarang ini kebanyakan kejadian-kejadian ini melibatkan non-state actor iaitu kes-kes yang melibatkan pelanunan, terrorism ataupun jenayah rentas sempadan.

Ini harus dihadapi bersama, kerjasama harus wujud bukan sahaja di kalangan negara-negara anggota ASEAN tetapi juga melibatkan negara-negara berkepentingan yang lain. Seperti mana yang kita tahu bahawa perairan kita ini harus dilindungi, khususnya Selat Melaka dan Laut China Selatan. Oleh sebab itu kita memerlukan juga kerjasama daripada negara-negara lain seperti Jepun, China, demikian juga negara-negara berkepentingan negara Pasifik, negara-negara dari India untuk membantu memastikan bahawa jenayah rentas sempadan ini dapat dikekang.

Oleh sebab itu, kita harus mempertingkatkan keupayaan kita dan mengadakan latihan-latihan bersama dengan banyak negara-negara lain. Seperti mana yang kita tahu bahawa Malaysia mempunyai komitmen yang tinggi di dalam FPDA ataupun Five Powers Defense Agreement dengan negara-negara Britain, Singapore, Australia dan New Zealand. Ini merupakan sebuah platform yang di mana kita akan dapat sentiasa mengadakan latihan-latihan selain daripada mengadakan latihan-latihan dengan kuasa-kuasa besar, supaya memastikan bahawa anggota tentera kita keep a breath ataupun sentiasa mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi di dalam mempertahankan kedaulatan negara kita.

■1520

Sebab itu beberapa perkara yang dibangkitkan berkaitan dengan keupayaan fizikal, bukan saja keupayaan daripada segi keupayaan persenjataan, kesiapsiagaan kita tetapi juga kesiapsiagaan anggota-anggota kita. Beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Datuk Norliza ada membangkitkan ada juga anggota tentera kita yang obesiti. Kita pun mengambil perhatian dengan perkara-perkara ini, sebab itu saya sendiri pun telah mengurangkan berat badan. Ini kerana saya hendak memberikan contoh yang baik kepada anggota tentera kita supaya mereka sentiasa mempunyai fitness yang mencukupi untuk menghadapi sekiranya berlaku kerahan untuk mempertahankan negara.

Akan tetapi saya hendak nyatakan di sini bahawa memang anggota tentera kita mempunyai keupayaan yang mencukupi dan mereka anggota tentera yang begitu cukup terlatih. Kita sentiasa memberikan perhatian terhadap beberapa teguran tersebut dan memastikan mereka mempunyai latihan yang mencukupi. Tentera kita memang mempunyai keupayaan yang luar biasa seperti mana yang saya ingin jelaskan tidak ada negara yang dapat menghapuskan kumpulan gerila seperti komunis dahulu. Cuma negara Malaysia berkeupayaan melakukannya bukan hanya dengan memeranginya dengan cara peperangan konvensional tetapi juga kita telah memerangi mereka dengan heart and mind yang membolehkan mereka meletakkan senjata.

Jadi keupayaan itu merupakan sesuatu yang terbukti dan kita harus berbangga dengan Angkatan Tentera Malaysia kita. Kita sentiasa berusaha untuk memastikan Angkatan Tentera Malaysia kita sentiasa dalam keadaan profesionalisme yang tinggi dan mereka mempunyai keupayaan untuk menghadapi apa juga cabaran di masa akan datang. Yang Berhormat Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Mohd Anwar juga ada membangkitkan satu perkara yang penting iaitu berkait dengan procurement. Sememangnya isu procurement ini sentiasa menjadi kritikan di semua pihak khususnya di pihak yang bukan saja di Dewan Negara tetapi juga di Dewan Parlimen.

Cuma saya ingin menjelaskan di sini bahawa dalam melaksanakan procurement

ini sememangnya kerajaan mengambil pelbagai langkah-langkah untuk memastikan bahawa sistem procurement kita memanglah dapat dilaksanakan dengan baik dan memastikan bahawa setiap pembelian yang kita beli adalah berasaskan kepada value for money.

Page 66: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

58 DN 29.6.2015

Sebab itu kita ada- setiap pembelian ini haruslah melalui Defense Select Committee dan juga dipastikan bahawa setiap pembelian mematuhi arahan perbendaharaan dan tatacara prosedur perolehan kerajaan. Ini adalah merupakan manual penting yang harus dipatuhi oleh setiap perolehan aset ataupun peralatan yang diperlukan oleh angkatan tentera kita kerana sekiranya kita membeli dengan harga yang tidak berpatutan, ini akan memberikan kerugian kepada negara kita. Sebab itu saya juga jelaskan di sini selain mereka harus dipastikan untuk dapat mematuhi prosedur perolehan kerajaan dan arahan perbendaharaan ini, mereka juga haruslah melalui pemeriksaan audit.

Sebab itu sekarang audit telah pun mengadakan audit secara berkala dan memastikan bahawa sekiranya berlaku perkara-perkara yang dianggap sebagai tidak mematuhi tatacara perolehan kerajaan, maka siasatan akan dibuat dan ini telah pun menjadi satu amalan biasa sekarang. Akhir-akhir ini apabila KSU ataupun Ketua Setiausaha akan sentiasa berhadapan dengan audit Town Hall di mana mereka ini akan dipanggil untuk menjelaskan kepada PAC ataupun kepada Auditor General supaya memastikan bahawa perolehan mereka adalah sebenarnya mengikuti tatacara perolehan kerajaan dan arahan perbendaharaan seperti mana yang telah ditetapkan.

Kita mempunyai beberapa agensi-agensi yang terlibat misalnya Science and Technology Research Institute for Defense ataupun STRIDE iaitu merupakan satu agensi yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan bahawa semua perolehan kerajaan khususnya peralatan memenuhi spesifikasi-spesifikasi tertentu supaya ianya merupakan satu perolehan yang tidak defective ataupun memenuhi tahap kualiti tertentu mengikut seperti mana yang telah ditetapkan.

Ini, saya ingin menyatakan juga dalam usaha untuk memajukan lagi isu berkaitan dengan integriti di dalam procurement ini, kerajaan telah pun menubuhkan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus di setiap kementerian dan tidak terkecuali Kementerian Pertahanan. Kita mempunyai satu Jabatan Integriti yang diketuai oleh seorang Ketua Pengarah yang sebenarnya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan beliau berkhidmat di kementerian tersebut untuk melihat setiap perolehan tersebut haruslah dilakukan mengikut konsep, tatacara yang sebenar yang telah ditetapkan dan juga konsep ketelusan seperti mana yang telah ditetapkan dalam cara-cara perolehan kerajaan.

Yang Berhormat Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman, rakan saya dari Sabah telah membangkitkan berkaitan dengan ancaman yang berlaku di ESSCOM. Sememangnya apabila kita menubuhkan ESSCOM selepas tragedi Lahad Datu, ia merupakan usaha untuk memperkukuhkan pertahanan khususnya di kawasan Pantai Timur. Walaupun kita harus mengambil maklum bahawa Pantai Timur tersebut panjangnya adalah lebih kurang 1,700 kilometer. Jadi 1,700 kilometer tersebut sebenarnya kalau kita ukur adalah sama dengan kejauhannya sama dengan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur.

Jadi begitulah kalau mungkin menggunakan penerbangan dalam lebih kurang dua jam setengah kalau diikut penerbangan 1,700 kilometer tersebut. Inilah merupakan suasana yang wujud di kawasan ESSCOM dan seperti mana yang kita tahu bahawa sempadan di antara daratan Sabah dengan Filipina terlalu dekat.

Satu perkara lagi isu yang agak penting juga ialah kehadiran ramai pendatang-pendatang tanpa izin. Ada yang izin, ada yang diizin atas pemberian pas kerja dan sebagainya. Ada juga mereka ini yang menyeludup kerana mereka ini adalah berada di sempadan yang dekat. Kadang-kadang mereka juga memiliki keluarga di sebelah sini dan mereka ini juga menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara kita dan ini telah pun berlaku dalam tragedi di Lahad Datu. Nasib baik kita dapat mengambil tindakan yang segera dan kita telah dapat flush out mereka ini, selain daripada menumpaskan mereka di medan pertempuran, ada juga yang sempat lari.

Akan tetapi selepas daripada itu kerajaan telah pun menubuhkan ESSCOM dan beberapa inisiatif telah pun dibuat. Banyak perbelanjaan yang telah dicurahkan oleh kerajaan untuk menambah baik keupayaan kita di kawasan ESSCOM tersebut. Walaupun saya masih mengakui bahawa beberapa cabaran lain juga timbul, kes-kes penculikan yang berlaku baru-baru ini memanglah sesuatu yang kita harus memberikan perhatian yang lebih serius. Akan tetapi beberapa inisiatif yang dibuat misalnya mewujudkan, mengadakan misalnya Tentera Darat, Tentera Laut telah pun menepatkan banyak kapal di Pangkalan Tentera Laut di Sandakan dan juga menempatkannya di Lahad Datu.

Page 67: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 59

Selain daripada APMM, Polis Marin, PDRM, Tentera Laut juga berada di situ untuk memperkukuhkan pertahanan kita di kawasan perairan tersebut. Kita juga telah menempatkan selama ini beberapa orang anggota kita di pulau-pulau tertentu untuk memastikan setiap pulau kita mendapat diduduki dan memastikan tidak digunakan sebagai transit untuk mereka masuk ke negara kita.

Satu inisiatif yang paling progresif yang telah dibuat oleh kerajaan ialah mengadakan sea basing. Ini telah pun mendapat bantuan dan persetujuan daripada agensi-agensi seperti Petronas yang telah berjanji untuk membina pangkalan di laut atau pun sea basing yang akan dilengkapkan pelbagai kemudahan-kemudahan untuk membolehkan kita dapat memberikan reaksi yang lebih cepat untuk memastikan bahawa sekiranya berlaku pencerobohan ataupun tindakan-tindakan pelanunan, kita akan dapat mencegah mereka di kawasan-kawasan yang lebih strategik.

■1530

Tentera darat juga menempatkan banyak aset, khususnya 8x8 yang telah pun kita tempah dan kita telah letakkan first batch production 8x8 kita telah tempatkan di Tawau. Juga menyediakan peralatan-peralatan seperti military infantry fighting vehicle dan yang

terbaru kita juga telah menyediakan helikopter-helikopter Agusta yang dimiliki oleh tentera darat dengan dilengkapkan dengan gatling gun. Untuk membolehkan mereka mengadakan, menembak daripada jauh melalui udara. Ini merupakan inisiatif yang dilakukan selain daripada kita telah memperkukuhkan lagi Tentera Udara Diraja Malaysia di Labuan. Dengan mengadakan skuadron jet pejuang Hawk yang telah pun disediakan di Labuan dan beberapa buah helikopter yang sesuai, khususnya EC725. Untuk membolehkan kita menggerakkan trup kita sekiranya berlaku konflik ataupun berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Demikian juga untuk melakukan beberapa kerja bantuan ataupun search and rescue di situ.

Jadi, saya ingin jelaskan di sini bahawa dalam komitmen untuk memperkukuhkan ESSCOM ini kerajaan sememangnya memberikan tumpuan yang begitu banyak. Walaupun saya ingin menyatakan di sini bahawa ESSCOM melibatkan pelbagai agensi. Bukan sahaja melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tetapi juga melibatkan agensi-agensi seperti PDRM. Malah dalam agensi ESSCOM ini sebenarnya ia diketuai oleh PDRM iaitu daripada PDRM dan dibantu oleh Angkatan Tentera Malaysia, APMM dan juga daripada agensi-agensi yang lain. Ini kerana isu yang berkait di situ ialah berkait banyak kepada soal keselamatan, jadi soal keselamatan ini melibatkan soal polis. Kita adalah sebagai tentera kita terlibat dalam soal pertahanan negara. Kita menjaga perairan di laut, pertahanan ini mempunyai tanggungjawab yang spesifik. Walau bagaimanapun, dalam usaha untuk memperkukuhkan pertahanan dan keselamatan negara kita semua agensi digabungkan bersama dalam ESSCOM. Untuk memastikan bahawa keupayaan kita dapat dipertingkatkan untuk memastikan perkara-perkara yang tidak baik dapat dielakkan.

Cuma saya ingin nyatakan di sini bahawa dalam isu ESSCOM ini masalah yang besar sekali ialah masalah di Selatan Filipina. Berlaku pelbagai aktiviti jenayah, khususnya jenayah rentas sempadan, bukan sahaja penyeludupan, jenayah dadah ataupun penyeludupan dadah. Akan tetapi juga berlaku insurgensi di mana apabila berlaku pertempuran ataupun perkara-perkara yang tidak diingini, mereka juga kadang-kadang menggunakan datang ke Sabah sebagai shelter.

Jadi, ini pun menjadi satu masalah kerana jika ada kita berharap dengan perjanjian damai yang telah ditandatangani di Filipina sedikit sebanyak akan dapat memberikan keamanan dan memberikan peluang kepada mereka yang berada di Selatan Filipina tersebut. Menikmati keamanan dan kemajuan sehingga tidak ada lagi yang cuba untuk cross border untuk datang ke Sabah. Oleh sebab ini memberikan kesan yang buruk kepada

keselamatan di negara kita, khususnya di Sabah.

Terakhir iaitu Yang Berhormat Datuk Dr. Lucas bin Umbul ada membangkitkan berkaitan dengan kawalan sempadan di Utara Semenanjung. Seperti mana yang kita tahu bahawa baru-baru ini kita dikejutkan dengan beberapa tragedi berkaitan dengan human trafficking case di kawalan sempadan.

Page 68: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

60 DN 29.6.2015

Oleh sebab itu, sebenarnya dalam isu sempadan ini kita telah pun mempunyai empat buah batalion telah ditempatkan di situ. Cuma saya ingin menyatakan bahawa, sempadan Thailand-Malaysia ini adalah lebih kurang dalam 600 kilometer hingga 700 kilometer. Terrain dia pun ataupun kawasan tersebut pun berbukit-bukau. Oleh sebab itu

kita mengadakan rondaan sempadan di kawasan sempadan tersebut, cuma sebahagian daripada itu dikawal oleh polis.

Baru-baru ini PGA saya difahamkan Kabinet telah membuat keputusan untuk menyerahkan sebahagian daripada kerja-kerja tersebut kepada angkatan tentera dan kita bersedia untuk menggalas tanggungjawab. Mungkin juga kerana polis diperlukan untuk pencegah jenayah di bandar. Oleh sebab itu kerjasama ini akan dapat kita teruskan dan kita juga berharap sekiranya kita diberikan tanggungjawab keseluruhannya, kita akan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Untuk mengadakan rondaan-rondaan di sempadan dan mengadakan kerjasama perkongsian maklumat dengan rakan-rakan kita di Selatan Thailand. Ini kerana seperti mana yang kita tahu, tanpa kerjasama yang erat di antara kita dengan Thailand, kita juga tidak akan dapat melakukannya dengan berkesan.

Terakhir, Yang Berhormat Datuk Chin Su Phin ada membangkitkan tentang soal berkaitan dengan transformasi PLKN. Seperti mana yang kita tahu bahawa PLKN telah pun ditangguhkan buat sementara waktu dan dijangka akan memulakan sesinya tidak lama lagi. Selepas sahaja semua cadangan yang telah dikemukakan oleh makmal dapat diputuskan dalam masa terdekat ini dan akan dibawa ke Kabinet. Oleh sebab itu, beberapa pembaharuan diharap akan dapat dilaksanakan dalam PLKN ini. Akan dijelaskan oleh Menteri Pertahanan pada esok hari apabila beliau menjawab dalam sesi soal jawab esok berkaitan dengan PLKN untuk dijelaskan secara terperinci berkaitan dengan transformasi ini. Cuma yang saya ingin jelaskan sedikit sebanyak bahawa transformasi ini kalau mengikut cadangan lab ia dikurangkan daripada tiga bulan kepada dua bulan. Selebihnya

itu akan membolehkan sebahagian pelatih tersebut akan mengikuti latihan TVET ataupun latihan vokasional dan teknikal.

Ini kerana dalam usaha kita menjadi sebuah negara maju seperti mana yang dicita-citakan oleh Perdana Menteri kita ialah untuk membolehkan negara atau rakyat kita mempunyai pendapatan yang tinggi. Apabila mereka memiliki pendapatan yang tinggi, belia-belia kita haruslah terlatih dalam bidang TVET supaya mereka dapat memiliki kemahiran-kemahiran tertentu, kemahiran teknikal tertentu. Dengan itu, mereka dapat diemploy dengan jawatan yang lebih baik dan juga mendapat pendapatan yang lebih tinggi. Misalnya, dalam bidang oil and gas ataupun dalam bidang perkara-perkara teknikal yang dapat memberikan mereka pendapatan yang lebih lumayan.

Walau bagaimanapun, perkara-perkara asas yang terkandung di dalam Akta PLKN ini akan dikekalkan. Oleh sebab seperti mana yang kita tahu, PLKN ditubuhkan bagi maksud untuk mewujudkan beberapa objektif tertentu. Iaitu objektif berkaitan dengan patriotism, berkaitan dengan unity dan juga volunteerism yang menjadi asas kepada pertubuhan PLKN. Jadi, saya fikir itu sahaja jawapan yang telah saya kemukakan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya berharap jawapan tersebut dapat memberikan sedikit fahaman tentang fungsi-fungsi Kementerian Pertahanan dalam menjayakan RMKe-11. Perkara-perkara yang dibangkitkan tersebut adalah relevan kerana sekiranya perkara-perkara ini dapat diperbaiki dari semasa ke semasa seperti mana yang telah saya jelaskan tadi. Ini akan dapat menjayakan negara kita untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Ini kerana RMKe-11 ini adalah merupakan the last lap untuk kita mencapai Malaysia sebagai sebuah negara maju. Itu sahaja. Sekian, dan terima kasih.

■1540

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Begitulah tadi

jawapan yang telah diberikan oleh Kementerian Pertahanan. Seterusnya kita beralih ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Silakan Yang Berhormat Menteri.

3.40 ptg.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah [Datuk Alexander Nanta Linggi]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu

saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah sudi untuk membangkitkan isu-isu berkaitan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah semasa perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas tahun 2015 tempoh hari.

Page 69: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 61

Izinkan saya juga untuk menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat dalam sidang Dewan Negara ini.

Pertama sekali ialah soalan daripada Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki berkaitan keberkesanan program yang dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam usaha membasmi kemiskinan masyarakat luar bandar dan adakah kementerian ada melaksanakan kajian impak dalam membasmi kemiskinan masyarakat luar bandar.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Senator, kementerian ini telah dan sedang melaksanakan program-program pembasmian kemiskinan tegar luar bandar di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat, Program Lonjakan Mega Luar Bandar yang berkonsepkan agropolitan serta lain-lain program pembasmian kemiskinan di bawah Jabatan Orang Asli, Lembaga Kemajuan Tanah dan Lembaga Kemajuan Wilayah.

Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian telah melaksanakan tiga ke-lima kajian outcome pada setiap tahun. Kajian outcome ini telah dilaksanakan untuk program atau projek pembasmian kemiskinan masyarakat luar bandar seperti Program Bantuan Rumah Berkelompok, Program Peningkatan Pendapatan, Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya. Penambahbaikan kepada program-program ini diambil kira daripada dapatan kajian outcome tersebut.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, isu kedua adalah berkaitan pembangunan infrastruktur asas yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas bin Umbul di mana Yang Berhormat Senator menyeru agar pembangunan di Malaysia Timur khususnya di Sarawak dan di Sabah perlu diberi perhatian yang serius oleh Kerajaan Pusat di mana kerajaan perlu komited dalam membawa agenda pembangunan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air ke kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak bagi meningkatkan taraf ekonomi rakyat di sana.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat Senator, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sememangnya sentiasa komited dalam memastikan kemudahan infrastruktur asas luar bandar seperti jalan raya adalah selesa dan selamat untuk diguna masyarakat luar bandar.

Sepanjang Rancangan Malaysia Kesepuluh dari tahun 2011 hingga kini, di bawah Program Jalan Luar Bandar, kementerian ini telah membelanjakan sejumlah RM4.5 bilion di Sabah dan Sarawak serta telah berjaya menyiapkan jalan sepanjang 1,300 kilometer manakala untuk Rancangan Malaysia Kesebelas, kerja ini komited untuk menyiapkan jalan berturap sebanyak 3,000 kilometer untuk seluruh Malaysia dan ini boleh dibagikan kepada dua kategori:

(i) jalan penghubung desa - 1,800 kilometer; dan

(ii) jalan luar bandar - 1,200 kilometer

Dalam aspek kemudahan bekalan elektrik pula, kerajaan sememangnya komited untuk menyediakan kemudahan bekalan elektrik kepada semua penduduk di kawasan luar pedalaman Sabah dan di Sarawak. Di bawah inisiatif NKRA, kerajaan telah menetapkan sasaran untuk mencapai liputan bekalan elektrik, mencapai 95 peratus di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak. Sehingga akhir tahun 2014, liputan bekalan elektrik di kedua-dua negeri ini telah mencapai 92 peratus dan kementerian yakin sasaran ini akan dapat dicapai.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkaitan kemudahan bekalan air luar bandar bagi Sabah dan Sarawak. Kementerian sedia maklum akan keperluan infrastruktur asas yang sangat diperlukan di kawasan luar bandar termasuk di negeri Sabah dan Sarawak dan akan meneruskan pelaksanaan projek bekalan air luar bandar bagi memastikan penduduk di kawasan luar bandar dapat menikmati bekalan air yang sempurna.

Page 70: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

62 DN 29.6.2015

Isu berikutnya Tuan Yang di-Pertua ialah isu berkaitan Pusat Transformasi Luar

Bandar (RTC), atau Rural Transformation Centre. Yang Berhormat Senator Dato’ Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Haji Openg telah bertanya berapakah Rural Transformation Centre (RTC) yang telah dibina di Sarawak dan adakah cadangan penambahan RTC di

Sarawak. Yang Berhormat Senator juga mencadangkan agar Pusat Hemodialisis diwujudkan di RTC Sarawak.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, sehingga kini sebuah RTC telah diwujudkan di Sarawak iaitu di Pekan Sibuti, Bekenu di Miri.

Cadangan kedua lokasi RTC Sarawak Demit Layar atau Betung dan Kementerian Pendidikan Malaysia baru sahaja selesai melaksanakan feasibility study ke atas lokasi ini dan telah dibentangkan kepada pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sarawak untuk kelulusan kerajaan negeri. Bagi cadangan pengisian Pusat Hemodialisis oleh Yang Berhormat Senator amat baik dan akan dimaklumkan kepada Kementerian Kesihatan untuk dipertimbangkan.

Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya adalah berkaitan agensi di bawah kementerian iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA). Yang Berhormat Senator Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam bertanya apakah kedudukan saham-saham MARA yang telah kita beli dahulu dan apakah usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan lagi nilai saham berkenaan.

Untuk maklumat Yang Berhormat Senator Tan Sri, bagi amanah saham yang mungkin dimaksudkan oleh Yang Berhormat Senator Tan Sri iaitu ASM First Public Fund yang dilancar pada tahun 1992. Ia dikenali sebagai PNB Syariah Aggressive Fund sejak 7 Mac 2014 ini. Dana tersebut telah mengagihkan pendapatan sebanyak 18 kali daripada 25 tahun kewangannya. Walaupun harga seunit dana tersebut berada di bawah paras 30 sen sejak tahun 2004, dana tersebut telah mampu mengagih pendapatan pada setiap tahun sejak tahun 2008. Antara tahun kewangan terakhir April 2010 dan 2015, agihan pendapatan ialah di antara 4.4 peratus dan 6 peratus setahun berdasarkan kepada harga semasa. MARA telah melancarkan Pelan Transformasi 2011 ke tahun 2015.

Untuk anak syarikatnya Pelaburan MARA Berhad, dahulunya Amanah Saham Mara Berhad. Ini merangkumi anak syarikat pelaburan MARA iaitu PNB Investment Berhad, dahulunya ASM Investment Services Berhad yang mengurus dana-dana unit amanah. Inisiatif yang diperkenalkan pada tahun 2011 tersebut telah memberikan hasil yang positif kepada PNB Investment dengan prestasi dana-dana yang diurus mencatat pulangan yang memberangsangkan.

Sebagai contoh, PNB Syariah Aggressive Fund memenangi anugerah EDGE-Lipper untuk dana ekuiti patuh Syariah Malaysia bagi tiga tahun berakhir Disember tahun 2013. Ini ditambah pula dengan empat buah dana PNB Investment menduduki lima teratas, top five dalam ranking EDGE-Lipper bagi tempoh satu tahun berakhir 12 Jun 2015 ini iaitu PNB SAF di tempat pertama dan PNB Syariah Dividen Fund di tempat kedua, PNB Syariah Growth Fund di tempat ketiga dan PNB Syariah Premier Fund di tempat ke-lima.

PNB Investment juga sudah menjadi syarikat pengurusan pelaburan Islam atau Islamic Fund Management Company berkuat kuasa 28 November 2014. Selain

menawarkan 13 buah dana unit amanah dan dua buah dana borong, ia juga menawarkan perkhidmatan pengurusan portfolio dalam kelas aset ekuiti sukuk dan pasaran wang.

■1550

Syarikat juga mempunyai strategi-strategi dan pelan-pelan tindakan untuk menjadikannya sebuah syarikat pengurusan pelaburan Islam yang terulung di Malaysia. Seterusnya Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit menyatakan bahawa ada rungutan daripada pihak awam di mana Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) terdapat kes-kes di mana kemasukan ramai pelajar yang dapat skor 4A1B daripada kalangan kakitangan dan penjawat utama kumpulan pengurusan MARA yang mendapat tempat yang sepatutnya tempat ini diperuntukkan kepada pelajar miskin.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, MARA amat memberi perhatian terhadap pelajar-pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di bandar dan juga di luar bandar. MARA menawarkan program bantuan khas untuk pengambilan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dengan syarat kemasukan mendapat sekurang-kurangnya 3A2B, Matematik ‘A’ dan Sains ‘A’ dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Page 71: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 63

MARA juga menawarkan peluang kemasukan ke MRSM untuk calon di Sarawak dan di Sabah dengan syarat kemasukan memperoleh sekurang-kurangnya 3A2B, Matematik ‘A’ dan Sains ‘A’. Ini merupakan inisiatif MARA untuk memberi peluang kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat peluang mengikuti sistem pendidikan MRSM. Kemasukan MRSM dalam kalangan anak staf MARA merupakan insentif kepada kakitangan MARA dan memberikan kemudahan ini adalah dalam jumlah yang kecil sahaja.

Seterusnya Yang Berhormat Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus memohon agar MARA mengambil perhatian dan membuat kajian bagi premis-premis perniagaan di Labuan yang dikenakan kadar sewa yang tinggi yang tidak mampu ditanggung oleh anak muda tempatan yang mahu berniaga.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, seperti mana yang kita sedia maklum bahawa usahawan bumiputera tidak mampu secara pantas berkembang mengikut trend perniagaan kerana kekangan kewangan untuk membeli premises perniagaan terutamanya di Wilayah Persekutuan Labuan yang sedang membangun. Oleh itu, dalam meningkatkan jumlah ekuiti pemilikan premises perniagaan bumiputera di Labuan, MARA telah pun mengenal pasti premises perniagaan yang amat bersesuaian dan dalam proses pembelian lot premises perniagaan di Labuan Times Square sebanyak satu lot, tiga unit berjumlah RM2 juta setengah.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, cadangan dari Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah agar rancangan FELCRA diperluaskan lagi bagi meningkatkan peluasan kawasan milik bumiputera.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Senator, FELCRA Berhad merancang untuk membangunkan seluas 15,000 hektar tanah terbiar di seluruh negara untuk tempoh sepanjang Rancangan Malaysia Kesebelas ini. Seramai 7,800 orang pemilik tanah dijangkakan akan menyertai program pembangunan tanah FELCRA di bawah konsep penyatuan dan pemulihan. FELCRA Berhad juga membangunkan tanah-tanah kerajaan yang diluluskan oleh kerajaan negeri dan pemilik tanah dan peserta projek dipilih oleh kerajaan negeri.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, isu yang sering juga dibangkitkan iaitu masyarakat Orang Asli. Isu yang sering juga dibangkitkan berkaitan masyarakat Orang Asli ini adalah daripada Yang Berhormat Senator Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah yang telah membangkitkan isu berkaitan dengan pemilikan tanah supaya kawasan-kawasan penempatan masyarakat Orang Asli ditawarkan agar tidak berlaku pihak berkuasa negeri membuat tohmahan masyarakat Orang Asli menceroboh tanah kerajaan dan tidak timbul isu masyarakat Orang Asli menceroboh dan sebagainya apabila kawasan-kawasan penempatan mereka telah diwartakan seperti yang berlaku di Gunung Arong.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, tanggungjawab kementerian ini menerusi JAKOA adalah lebih tertumpu pada usaha-usaha mempermudah segala urusan berkaitan permohonan tanah kepada kerajaan negeri yang berkaitan khususnya permohonan pewartaan tanah bagi kawasan penempatan Orang Asli sebagaimana yang terkandung dalam Akta Orang Asli 1954, Akta 134.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kerajaan sentiasa memberi tumpuan dalam usaha-usaha bagi pewartaan tanah Orang Asli melalui rundingan dan kerjasama yang berterusan dengan pihak kerajaan negeri. Sasaran utama mendapatkan kerjasama daripada pihak kerajaan negeri untuk mewartakan tanah-tanah yang telah diluluskan oleh majlis mesyuarat kerajaan negeri untuk pewartaan. Selain itu, tumpuan turut diberi kepada kawasan penempatan Orang Asli yang berstatus dalam permohonan kepada kerajaan negeri yang dianggarkan seluas 75,181.4 hektar untuk kelulusan pewartaan.

Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian ini amat menyedari dan prihatin berhubung isu Orang Asli di Gunung Arong. Sehubungan itu, JAKOA telah mengadakan konsultasi dengan masyarakat Orang Asli serta beberapa buah agensi di peringkat kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu ini.

Page 72: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

64 DN 29.6.2015

Antara keputusan yang telah diambil ialah JAKOA telah menawarkan lapan buah

rumah Projek Bantuan Rumah (PBR) kepada ketua isi rumah masyarakat Orang Asli di Gunung Arong.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator juga, Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju untuk memberikan tempoh masa yang mencukupi kepada masyarakat Orang Asli sementara menunggu rumah kediaman mereka siap dibina oleh JAKOA. Kerajaan akan terus komited menjaga dan membela nasib masyarakat Orang Asli di situ dan melalui bantuan kebajikan, khemah dan makanan di samping bantuan perbelanjaan pendidikan anak-anak mereka yang meliputi bantuan wang saku serta tambang pengangkutan.

Yang Berhormat Senator Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah juga ada mencadangkan supaya Jabatan Kemajuan Orang Asli dijadikan badan berkanun persekutuan kerana pada pandangan Yang Berhormat Senator kalau ia masih di bawah jabatan kerajaan seperti yang sedia ada hari ini, sudah pasti tahun 2020, masyarakat Orang Asli masih lagi dikategorikan sebagai kumpulan yang termiskin walaupun negara kita menjadi negara maju.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kerajaan sentiasa mengkaji serta meneliti keperluan projek ataupun program pembangunan masyarakat Orang Asli daripada semasa ke semasa kerana isu-isu yang melibatkan masyarakat Orang Asli bukan sahaja tertumpu pada usaha-usaha ke arah pembangunan infrastruktur di kawasan penempatan malah pembangunan modal insan termasuk pendidikan dan kemahiran serta pelaksanaan projek-projek ekonomi yang berupaya meningkatkan pendapatan masyarakat Orang Asli juga perlu diberi keutamaan. Menerusi usaha-usaha kerajaan yang berterusan ini, ia akan dapat memastikan bahawa kumpulan minoriti ini dapat bergerak seiringan dengan masyarakat umum dalam arus perdana.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli juga sentiasa meningkatkan penyampaian perkhidmatan secara cekap dan berkesan dengan menjadikan pembangunan masyarakat Orang Asli sebagai agenda penting kerajaan ke arah memastikan mereka menikmati arus kemajuan negara seiring dengan masyarakat perdana juga.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, buat masa ini, pihak kerajaan belum bersedia lagi untuk menjadikan JAKOA sebagai badan berkanun persekutuan. Ini disebabkan kerajaan melalui JAKOA sedang menumpukan kepada perancangan dan pelaksanaan pembangunan prasarana serta sosioekonomi kepada masyarakat Orang Asli.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator juga, sekiranya JAKOA dijadikan badan berkanun persekutuan dalam masa terdekat ini, dikhuatiri boleh menjejaskan usaha-usaha pembangunan kepada masyarakat Orang Asli kerana memerlukan peruntukan dan perbelanjaan sendiri bagi membiayai operasi pengurusan. Malah, untuk mendapatkan hasil pendapatan dan kewangan buat masa ini adalah amat sukar dan masih memerlukan bantuan peruntukan dari kerajaan.

■1600

Sehubungan dengan ini, cadangan Yang Berhormat supaya JAKOA dijadikan badan berkanun persekutuan perlu dikaji keperluannya secara keseluruhan dengan mengambil kira maklum balas masyarakat Orang Asli sendiri, implikasi undang-undang, potensi perniagaan bagi menjana dana serta aspek tanggungjawab sosial yang masih perlu dimainkan oleh JAKOA pada masa kini.

Tuan Yang di-Pertua dan kesemua Ahli Yang Berhormat Senator sekalian, pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia akan meneruskan pelaksanaan projek-projek yang telah dibentangkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas tempoh hari. Kita juga sedia maklum bahawa masih banyak projek pembangunan dan kemajuan di kawasan luar bandar yang perlu kita laksanakan dan selesaikan. Kerajaan akan sentiasa komited dan akan menunaikan apa yang telah kita janjikan kepada rakyat khususnya penduduk di luar bandar.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]

Page 73: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 65

Akhir sekali, pihak kementerian sentiasa mengalu-alukan input dan maklum balas daripada semua Ahli Yang Berhormat Senator dan kita akan cuba untuk selesaikan sebarang isu dan masalah dengan sedaya upaya kita. Saya akhiri penggulungan ini dengan ucapan terima kasih dan salam hormat kepada semua dan selamat berpuasa dan tidak lama lagi kita akan bersama-sama menyambut perayaan Aidilfitri. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih bagi orang

yang bukan Muslim mengucapkan selamat berpuasa. Terima kasih Yang Berhormat.

Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Sekali lagi saya ingin menarik perhatian semua Ahli Yang Berhormat, hendak fokuskan- kalau pihak kementerian begitu juga. Kerana kita membincangkan soal RMKe-11, kementerian itu tidak semesti jawab satu persatu. Ambil isu-isu keseluruhannya menjurus ke RMKe-11 dan beri pandangan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang komen hari itu agak bermacam-macam, selepas itu apa pandangan jawapan kementerian. Contohnya macam hari itu isu perumahan dan sebagainya, dapat atau tidak kita capai RMKe-11. Pandangan itu yang kita hendak. Bukan soal peribadi, bukan. Itu masa perbincangan bajet baru kita boleh bincang. Ini khusus kepada RMKe-11. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Menteri. Silakan.

4.03 ptg.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Dato’ Lee Chee Leong]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih

kepada dua orang Ahli Yang Berhormat Senator yang telah menyentuh isu-isu di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri semasa perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas dari 22 hingga 25 Jun 2015. Antara isu yang telah dibangkitkan mengenai kementerian ini kesan kejatuhan nilai ringgit kepada industri perkilangan, pelaburan asing di Malaysia dan aktiviti-aktiviti promosi Pavilion Malaysia di Ekspo Milan 2015.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Norliza binti Abdul Rahim berpandangan bahawa kejatuhan nilai ringgit memberi kesan kepada industri perkilangan yang bergantung pada bahan mentah import. Beliau meminta kerajaan menjelaskan langkah-langkah yang diambil bagi membantu pekilang-pekilang yang terlibat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, pada masa kini tidak ada langkah-langkah khusus yang diambil oleh kerajaan untuk membantu pekilang-pekilang yang terjejas akibat kejatuhan nilai ringgit. Ini memandangkan kerajaan yakin nilai Ringgit akan meningkat semula berdasarkan asas-asas ekonomi negara yang kukuh.

Namun begitu, kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan bagi pengimportan bahan mentah untuk sektor perindustrian di Malaysia. Contohnya, dasar semasa yang menyokong pertumbuhan cluster teknologi dan ekosistem baru dapat menggalakkan lagi perbekalan bahan mentah yang diperlukan bagi pertumbuhan dan pembangunan sektor perindustrian. Ini boleh mengurangkan kos bahan mentah untuk pembekalan ke pasaran tempatan semasa kejatuhan nilai Ringgit. Langkah-langlah yang berterusan sedang dilaksanakan untuk mengurangkan kos pengeluaran dengan membuat semakan semula kadar duti import dan memperkasakan sistem penyampaian kerajaan.

Selain itu, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membantu industri yang terjejas ekoran daripada kejatuhan nilai Ringgit ialah dengan memperbanyakkan dan mempelbagaikan pengeluaran tempatan. Penambahan dan kepelbagaian pengeluaran akan memberi pilihan kepada syarikat yang terjejas untuk memperoleh bahan mentah daripada pasaran tempatan sebagai pengganti import. Syarikat-syarikat yang melakukan aktiviti-aktiviti bagi tujuan mempelbagaikan pengeluaran akan diberikan geran dan galakan insentif. Antara aktiviti-aktiviti berkaitan adalah:

(i) memodenisasi dan menaik taraf jentera dan peralatan bagi aktiviti perkilangan serta perkhidmatan seperti automation, dengan izin;

Page 74: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

66 DN 29.6.2015

(ii) melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk

mempelbagaikan keluaran syarikat yang boleh menghasilkan produk yang inovatif dan bernilai tambah tinggi;

(iii) memberi latihan intensif kepada pekerja untuk tujuan pemindahan teknologi dalam bentuk skill dan pengetahuan;

(iv) memperoleh lesen atau membeli teknologi daripada syarikat luar negara; dan

(v) memperoleh piawaian dan sijil antarabangsa seperti ISO dan standard-standard yang lain.

Selain itu, kerajaan juga turut menawarkan insentif bagi menggalakkan pembangunan aktiviti R&D di dalam syarikat; menarik pelaburan projek-projek strategik yang dapat memberi kesan spill off, dengan izin, kepada industri-industri tempatan; menggalakkan pembangunan rangkaian bekalan serta industri linkages, dengan izin, antara syarikat asing dan tempatan; dan menyediakan pelbagai insentif bagi membangunkan industri-industri tempatan termasuklah insentif bagi memajukan industri di kawasan yang kurang membangun.

Usaha-usaha ini diharap dapat membangunkan industri di dalam negara terutamanya industri-industri yang terlibat dengan pembekalan bahan mentah serta membantu melengkapkan rantaian bekalan sekali gus dapat membantu industri pengimport bahan mentah yang terjejas akibat kejatuhan nilai Ringgit.

Yang Berhormat Senator Datuk Norliza binti Abdul Rahim juga ingin mengetahui tindakan kerajaan dalam memastikan pelabur-pelabur asing terus kekal melabur di Malaysia tanpa perlu mengubah pelaburan ke negara lain.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, kerajaan sentiasa menambahbaik polis dan dasar pelaburan termasuk meliberalisasikan dasar-dasar pelaburan bagi memastikan pelabur asing sedia ada terus komited untuk mengekalkan pelaburan mereka di negara ini. Pelbagai usaha strategik dan langkah-langkah telah diambil bagi tujuan tersebut, antaranya adalah seperti berikut:

(i) memperkenalkan pakej-pakej insentif tambahan kepada sektor-sektor industri yang strategik dan bidang-bidang baru berteknologi tinggi seperti sektor sumber tenaga alternatif, bioteknologi, advance electronics photonic, dengan izin, peralatan perubatan, ICT, aeroangkasa dan petrokimia;

(ii) menawarkan galakan insentif tambahan seperti elaun pelaburan semula kepada syarikat-syarikat sedia ada dan galakan taraf perintis atau elaun cukai pelaburan kali kedua bagi industri berasaskan sumber untuk menggalakkan projek pembesaran dan kepelbagaian di Malaysia;

(iii) memberikan kelulusan automatik bagi permohonan lesen pengilang berkuat kuasa pada 1 Disember 2008 kecuali bagi aktiviti-aktiviti sensitif seperti keselamatan, kesihatan alam sekitar dan keagamaan;

(iv) melonggarkan syarat-syarat pemilikan ekuiti asing dalam 45 subsektor perkhidmatan. Antara subsektor yang liberalisasikan adalah dalam bidang perkhidmatan, kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan komputer dan yang berkaitan; dan

(v) memperbaiki peningkatan membangunkan kemudahan-kemudahan infrastruktur dan logistik yang sedia ada seperti kawasan-kawasan perindustrian, pelabuhan, rangkaian sistem pengangkutan darat, udara dan air, bekalan air dan elektrik, penubuhan Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan (PEMUDAH) bertujuan untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian kerajaan, dan juga untuk mengatasi isu birokrasi yang wujud dalam urusan di antara peniaga dan kerajaan.

Page 75: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 67

■ 1610

Penubuhan Jawatankuasa Nasional mengenai pelaburan-pelaburan yang membuat keputusan secara real time menerusi empowerment of MIDA, dengan izin, mengadakan enrich program, dengan izin, iaitu perundingan dengan para usahawan dan

ahli pengurusan atasan syarikat multinasional dan perusahaan kecil dan sederhana tempatan untuk mendapat maklum balas dan cadangan baru supaya menambah baik strategi dan suasana pelaburan.

Mewujudkan pusat sehenti, dengan izin, one-stop center di peringkat negeri dan

kerajaan tempatan bagi membantu pelabur dan menyokong dan bekerjasama rapat dengan institusi kemahiran dan universiti-universiti awam dan swasta untuk meningkatkan tahap pembangunan sumber manusia bagi memenuhi permintaan industri.

Yang Berhormat Senator Tuan Chong Sin Woon memberi pandangan bahawa aktiviti-aktiviti promosi yang dijalankan di Pavilion Malaysia Expo Milan 2015 adalah tidak bersesuaian dengan tema utama iaitu, “Feeding the Planet, Energy for Life”. Untuk Ahli Yang Berhormat Senator, pertama sekali kementerian ingin mengucapkan terima kasih atas maklum balas yang diberikan oleh semua pihak berkaitan Pavilion Malaysia di Expo Milan 2015.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, proses penambah baikkan Pavilion Malaysia sentiasa dibuat dari semasa ke semasa bagi menampilkan identiti Malaysia untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Pavilion tersebut. Expo Milan adalah merupakan ekspo dunia yang dianjurkan setiap lima tahun sekali. Pengunjung bukan sahaja terdiri daripada pelawat tempatan, tetapi turut menarik perhatian komuniti perniagaan dan pelabur daripada seluruh dunia untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai potensi sesebuah negara sebagai rakan dagang dan destinasi pelaburan.

Jemaah Menteri telah bersetuju supaya Malaysia menyertai Expo Milan dari 1 Mei hingga 31 Oktober 2015 yang merupakan inisiatif sektor awam dan swasta serta badan-badan bukan kerajaan. Tema penyertaan Malaysia iaitu, “Towards Sustainable Food Ecosystem” adalah selaras dengan tema utama Expo Milan iaitu “Feeding the Planet, Energy for Life”. Tema ini dipilih berdasarkan kedudukan negara sebagai salah sebuah

negara pengeluar utama minyak sawit dunia yang mempraktikkan pendekatan perladangan yang mampan.

Sehubungan dengan itu, Expo Milan platform terbaik bagi negara untuk menyampai dan memberikan maklumat yang tepat berkaitan industri minyak sawit negara agar dapat menangkis persepsi negatif masyarakat Eropah terhadap industri ini. Selain itu, Malaysia juga berpeluang meningkatkan pasaran barangan berasaskan minyak sawit di negara-negara Eropah. Bilangan pengunjung ke Pavilion Malaysia sehingga 25 Jun 2015 seramai 607,470 orang pengunjung dengan purata seramai 13,000 orang pengunjung pavilion ini pada setiap kali.

Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja jawapan saya terhadap isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Senator semasa perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas di Dewan Negara. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin mengambil

perhatian semua Ahli Yang Berhormat kerana dalam ucapan perbahasan Yang Berhormat tempoh hari, saya percaya Yang Berhormat masih ingat apa perkara-perkara Yang Berhormat bangkitkan. Apabila kementerian memberi jawapan, Yang Berhormat, dengar baik-baik sama ada mereka ada menjawab atau tidak perkara-perkara atau komen yang Yang Berhormat, minta untuk diberi penjelasan, khususnya menjelangnya tahun 2020, iaitu Rancangan Malaysia Kesebelas. Kementerian pun akan jawab fokus ke arah itu juga. Sekiranya Yang Berhormat tidak ada apa-apa, maknanya Yang Berhormat bersetuju lah semua. Esok jangan kata, kita agaknya pihak sana kementerian tak jawab. So, elok dengar baik-baik.

Page 76: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

68 DN 29.6.2015

Dan sekarang tanpa membuang masa, saya juga hendak menarik perhatian ya. Ada satu kementerian dah tiga kali berubah. Saya tak tahu apa sebab. Itu agaknya kalau boleh kementerian-kementerian itu buat ketetapan bila nak beri, sesekali dua itu, boleh lah saya ubah, tetapi sampai tiga kali itu, memang something wrong, dengan izin.

So samada, dia tak prepare ataupun dia tak larat nak jawab. I’m watching, saya memerhatikan semua. So, saya harap kementerian elok agaknya prihatin dalam perkara ini kerana saya selalu beri peringatan dulu, pegawai-pegawai masa apa itu, saya harap dia orang ambil catatan, dan kalau dia tak ambil catatan, macam mana Menteri nak jawab. Itu pun penting juga. Akan tetapi ada perkara dalam kepala saya sendiri boleh ingat, kalau Menteri kata dia kata tidak ada dibangkitkan. So, kementerian itu ada silap itu.

Oleh itu, saya harap ambil perhatian, saya nampak sekarang tanpa membuang masa saya persilakan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Silakan Yang Berhormat.

4.18 ptg.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air [Dato’ Seri Mahdzir Khalid]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya bagi pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun menyentuh mengenai dengan Kementerian KeTTHA dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas pada minggu lalu.

Saya mengambil kesempatan ini utk merakamkan penghargaan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Berhormat Datuk Professor Dr. Sim Kui Hian dan Yang Berhormat Senator Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah. Saya cuba memberi beberapa penjelasan isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang merangkumi sektor air, sektor tenaga dan sektor teknologi hijau.

Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Kesebelas telah menggariskan beberapa inisiatif yang bukan sahaja untuk memastikan kelangsungan pelaksanaan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, tetapi akan memperkasakan hasrat kerajaan untuk memastikan kepentingan dan kesejahteraan rakyat terus diberi tumpuan. Di bawah kementerian KeTTHA ini ada dua buah teras strategi yang menjadi tumpuan.

■1620

Pertama, teras strategi nombor empat iaitu menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemapanan dan daya tahan. Satu lagi teras strategi nombor lima, memperkukuhkan infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi.

Saya ingin menyebut teras nombor lima di sini iaitu memperkukuhkan infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi. Kementerian akan terus memberi tumpuan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini, projek-projek yang secara langsung memberi perkhidmatan kepada rakyat iaitu perkhidmatan bekalan air dan juga perkhidmatan pembetungan yang boleh ke arah mencapai kemapanan, kewangan jangka panjang dan bagi membolehkan penambahbaikan industri secara berterusan. Ini sudah tentulah melibatkan pembinaan prasarana yang baru ataupun memperbaiki loji-loji rawatan air yang sedia ada.

Yang Berhormat Senator Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam telah membangkitkan mengenai dengan Empangan Sungai Jernih di negeri Melaka. Sukalah saya memaklumkan di Dewan yang mulia ini, kerajaan telah pun bersetuju dan mempertimbangkan cadangan pembinaan Empangan Sungai Jernih ini dan telah diluluskan pelaksanaannya dalam Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Kesepuluh. Saya ingin memaklumkan bahawa projek ini sedang dalam pelantikan perunding dan juga pengambilan balik tanah-tanah yang terlibat dan tawaran tender terbuka sudah dikeluarkan di dalam media tempatan. Kita menjangkakan bahawa inshaa-Allah pada tahun hadapan, projek ini boleh dimulakan dan boleh beroperasi pada tahun 2018 dan projek ini menelan belanja RM120 juta. Ia boleh menampung sebanyak 90 mld atau 90 juta liter sehari. Itu yang berkaitan dengan salah satu daripada empangan dan empangan ini yang sebut oleh Yang Berhormat Senator Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam di Melaka.

Page 77: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 69

Di samping itu, Yang Berhormat Tan Sri juga membangkitkan mengenai dengan loji rawatan pembetungan berpusat di Batu Berendam, Melaka. Loji ini juga yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dan akan disambungkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas yang dikenali sebagai loji rawatan kumbahan dan rangkaian paip pembetungan bandar raya Melaka fasa dua yang turut meliputi kawasan pembetungan Batu Berendam. Pada ketika ini, penyediaan dokumen tender sedang dilakukan dan tender inshaa-Allah akan dilaksanakan sama ada pada awal Julai ataupun pertengahan Julai 2015. Dijangkakan projek ini akan dimulakan pada awal tahun 2016 dan siap keseluruhannya pada sebelum tahun 2020. Loji ini menelan belanja sebanyak RM200 juta dan untuk kegunaan 125,000 ataupun dikenali sebagai 125,000 p.e. Jadi, itu anggaran yang diberi oleh pihak Economy Planning Unit (EPU), dengan izin.

Bercakap mengenai dengan memperkukuhkan infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi, Yang Berhormat Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian juga membangkitkan mengenai dengan kemudahan bekalan air di negeri Sarawak untuk kesejahteraan rakyat, seimbang dengan negeri-negeri lain. Sukalah saya menyebut di Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, untuk negeri Sarawak, kita ada peruntukan daripada Kerajaan Pusat melalui kementerian ini yang disalurkan kepada negeri Sarawak untuk bekalan air terawat di kawasan bandar-bandar di negeri Sarawak. Manakala di kawasan-kawasan pedalaman negeri Sarawak, ia terletak di bawah yang dikenali sebagai Bekalan Air Luar Bandar (BALB). Projek ini diletakkan khusus di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Jadi, kita tumpu bekalan air di Sarawak ini di kawasan bandar.

Yang Berhormat Senator Datuk Prof. Dr. Sim membangkitkan mengenai kemudahan bekalan air di Sarawak. Sukalah saya memaklumkan kepada Dewan ini bahawa Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM453 juta bagi meningkatkan kemudahan air terawat di kawasan bandar di negeri Sarawak. Itu dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Bagi Rancangan Malaysia Kesebelas, dikenali sebagai Rolling Plan Pertama 2016. Maksudnya, Rancangan Malaysia Kesebelas, kerajaan telah menerima permohonan peruntukan bekalan air dari Kerajaan Negeri Sarawak. Ini kita terima permohonan dari Sarawak lebih kurang RM500 juta. Setakat ini, daripada apa yang kita kemukakan priority bekalan air ini kepada EPU adalah lebih kurang RM305 juta yang melibatkan kadar kehilangan air tidak berhasil, non-renewal water, dengan izin, penggantian paip-paip lama dan juga menaik taraf loji-loji di negeri Sarawak.

Seperti yang kita maklum bahawa di negeri Sarawak ini ia mempunyai banyak lembaga air. Misalnya di Kuching ia ada Kuching Water Board, kemudian di Miri, di Sibu. Di bandar-bandar ini, ia ada lembaga air sendiri yang menguruskan bekalan air. Sehingga kini di negeri Sarawak, infrastruktur bekalan air di negeri Sarawak telah memberi manfaat kepada negeri Sarawak dengan peningkatan liputan bekalan air terawat di kawasan bandar kepada 9.7 peratus pada tahun 2014, berbanding 9.9 peratus pada tahun 2010. Ini perkara yang dibangkitkan di Dewan inilah, sepanjang perbahasan yang berkaitan dengan infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi.

Perkara kedua Tuan Yang di-Pertua, adalah berkaitan dengan strategi yang berkaitan dengan tenaga yang disentuh di sini oleh Yang Berhormat Senator Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam yang berkaitan dengan sektor tenaga. Banyak soalannya, tetapi saya boleh rangkumkan di sini bahawa dalam salah sebuah komponen dalam sektor tenaga ini boleh saya katakan di negara kita ini, di Malaysia ini, kita power generation ya,

membekalkan tenaga ini datang yang pertamanya, datang daripada gas, kedua datang daripada arang batu, ketiganya datang daripada sumber jana kuasa hidro. Tiga buah komponen yang sudah lama kita gunakan. Akan tetapi yang baru kita masukkan ini dalam komponen baru, yang kita kenali sebagai tenaga boleh baharu ataupun dengan izin, renewable energy.

Renewable energy ini baru sahaja diluluskan dalam Parlimen ini pada tahun 2011 dan kita kenalinya sebagai Akta Tenaga Diperbaharui. Dalam Akta Tenaga Diperbaharui ini, kerajaan menggalakkan supaya banyak lagi sumber-sumber yang boleh diperbaharui ini digunakan untuk menjadi bekalan tenaga elektrik.

Page 78: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

70 DN 29.6.2015

Jadi, komponen yang telah ada dalam negara kita setakat ini, yang telah diterima

dan ada kesungguhan melihat public sector terlibat, yang pertama sekali ialah solar PV. Solarlah yang paling banyak. Keduanya adalah berasaskan kepada biogas.

■1630

Ketiganya adalah berasaskan kepada biomass. Kemudian, yang keempatnya adalah di Sabah ada satu unit komponen iaitu dikenali sebagai geothermal. Belum ada lagi ini berasaskan angin, belum ada lagi dipanggil wind turbine ini dan ada juga di sesetengah negara renewal energy ini berasaskan kepada ombak di laut. Jadi kita tidak ada yang itu,

yang kita ada ini yang saya sebut ini solar lah yang paling popular.

Jadi Yang Berhormat Senator Tan Sri Ali Rustam ada bertanya mengenai dengan kutipan FiT, Feed-in-Tariff dalam solar ini ataupun selain daripada solar ini ada kita- di negara kita sudah ada FiT. Akan tetapi saya hendak maklumkan di sinilah, FiT di negara Malaysia ini yang kita akan sambung dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini kutipan yang terkecil berbanding negara-negara lain. Dalam tarif Yang Berhormat Senator di rumah, kalau Yang Berhormat boleh tengok di bawah itu ia tulis 1.6 peratus dikutip untuk FiT. Kalau bil elektrik Yang Berhormat RM100, maknanya dikutip RM1.60. Kalau RM1,000 bil elektrik Yang Berhormat, maknanya bil elektrik itu FiT itu dikutip RM16, 1.6 peratus. Kita mula dengan satu peratus pada tahun 2011 dan pada tahun 2013, 2014 kita naik 0.6 peratus lagi jadi 1.6 peratus.

Akan tetapi di sesetengah negara yang maju macam di German, Korea, Sepanyol dan di Jepun FiT ini ia melebihi pada satu kadar yang cukup tinggilah. Akan tetapi kita di Malaysia ini 1.6 peratus ini pun kira sudah- kalau itu pun sudah kira macam-macam bunyi sudahlah. Jadi kalau kita ambil lebih daripada itu saya tidak tahulah. Akan tetapi niat dan tujuannya adalah untuk melihat bahawa dalam renewable energy ini, dalam tenaga yang boleh diperbaharui ini boleh dipertingkatkan. Yang Berhormat Tan Sri tanya berapakah jumlah kutipan wang daripada FiT ini? Saya sukalah saya sebut di sini bahawa sehingga 31 Mei 2015 sebanyak RM1.331 bilion dikutip dalam tempoh tiga tahun enam bulan, kita dapat RM1.331 bilion iaitu bermula pada tahun 2011.

Saya hendak sebut pada Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebut bunyinya RM1.331 bilion tetapi dalam sistem kutipan ini kita bayar balik kepada syarikat yang membekalkan tenaga elektrik kepada TNB. Sama ada individu, sama ada non individual, syarikat dan REPA ia sign dengan TNB itu selama 21 tahun. Yang Berhormat ada di atas bumbung rumah Yang Berhormat 10 kilowatt sign dengan TNB sebab 21 tahun. Makna setiap bulan dibayar dan pembayaran yang dikatakan FiT itu, Feed-in-Tariff adalah tariff yang dibayar oleh TNB kepada empunya solar itu lebih mahal daripada yang kita bayarkan kepada TNB. Itulah yang dikatakan FiT, Feed-in-Tariff.

Ini proses ini sedang berkembang, saya boleh jawab di sini antaranya ialah saya boleh maklum di sini solar PV untuk rumah persendirian yang telah dikomisenkan sebanyak RM3,695 sebuah rumah persendirian yang telah terpasang solar di atas bumbungnya dengan kapasiti yang telah dikutip oleh TNB sekarang ini 36.88 megawatt. Bagi entiti bukan individu, bagi entiti komersial yang telah pun jumlahnya- yang telah mendapat komisen ataupun bersambung ke TNB ialah 198 permohonan dengan kapasiti 30.92 megawatt.

Bagi premis kita jangkakan pada tahun 2020 bilangan rumah serta bangunan perniagaan dengan jumlah kapasiti lebih kurang 162.89 megawatt akan menggunakan solar roof ataupun rooftop, dengan izin, menjelang tahun 2020 untuk solar. Jadi kalau boleh saya nyatakan di sini bahawa untuk keseluruhan sehingga 31 Mei di bawah FiT and approval holder ini, yang telah kita buat pembayaran daripada wang yang saya sebut tadi RM278 juta. Ini yang berkaitan dengan FiT ataupun berkaitan dengan renewable energy.

Keduanya ditanya mengenai dengan kedudukan semasa Green Building Index (GBI) dan jumlah bangunan yang telah menggunakan Green Building Index. Green Building Index ini adalah satu daripada certificate yang diberi kepada bangunan yang telah mencapai tahap green technology ataupun aplikasi hijau yang digunakan di bangunan-bangunan. Kita telah memberi pengiktirafan kepada empat kategori.

Pertama dipanggil platinum. Di Malaysia ini platinum setakat ini yang telah diiktiraf yang pertamanya Bangunan Prime Minister Office (PMO), platinum. Kemudian bangunan Suruhanjaya Tenaga di Putrajaya juga platinum. Kemudian yang keduanya diiktiraf sebagai GBA gold kemudian yang ketiganya adalah silver dan yang keempatnya adalah certified atas certification, atas sijil.

Page 79: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 71

Jadi 261 buah bangunan telah mendapat pensijilan awal Green Building Index dan 46 buah bangunan lagi telah melalui Completion and Verification Assessment (CVA) dengan izin, bagi memperoleh pensijilan penuh GBI. Ini di bangunan itu ia ada water harvesting, makna kutipan air hujan pun ada dibuat di bangunannya- energy efficiency pun

dibuat di bangunannya.

Kemudian bukan setakat itu sahaja, malah di bangunannya ia pun ada sensor boleh tengok setiap floor berapa energy digunakan setiap hari dan pada setiap waktu, macam mana ia boleh mengurangkan bekalan tenaga elektrik di bangunan masing-masing. Ini boleh diletakkan, boleh dipohon untuk di bawah GBI. Dalam Green Building Index ini ia ada pula dipanggil Green Investment Tax Allowance. Jadi yang ini kalau ia hendak beli barang atas teknologi hijau untuk kegunaan Green Building Index, ia ada pula tax allowance diberi oleh kerajaan. Macam itu jugalah dipanggil Investment Tax Examine yang diberi oleh kerajaan atas Green Building Index ini.

Seterusnya, saya ingin tegaskan di sini bahawa Green Building Index ini ialah satu ukuran yang dibuat dan akan diteruskan buat ukuran ini dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, kita akan teruskan juga. Di samping itu, dalam satu lagi projek yang ada kaitan dengan pembekalan elektrik, penjanaan elektrik untuk masa depan bekalan elektrik di dalam negara kita. Sukalah saya menyebut di sini bahawa dalam ASEAN Ministers on Energy Meeting (AMEM) di Laos pada tahun lepas telah bersetuju supaya dapat melihat ASEAN ini secara keseluruhannya daripada segi dipanggil ASEAN Grade. Sekarang ini kita TNB ini kita National Grade.

Untuk tujuan itu kita ada usaha sama di antara Malaysia interconnected dengan Singapore, Malaysia interconnected dengan Thailand. Akan tetapi soalan di sini yang dibangkitkan adalah berkaitan dengan bagaimana hubungan TNB dengan Perusahaan Listrik Negara Indonesia atau PLN. Jual beli elektrik berdasarkan waktu siang dan malam. Ini juga soalan dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Tan Sri Mohd Ali Rustam, banyak soalan Tan Sri.

■1640

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pihak TNB dan pihak Perusahaan Listrik Negara (PLN) Indonesia, kedua-dua pihak sedang dalam proses perbincangan terma-terma perjanjian pembelian tenaga elektrik antara grid di Semenanjung dan grid di Sumatera.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan, hari ini pagi tadi pukul 9 pagi, Yang Berhormat Menteri Tenaga, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili berada di Jakarta dan bertemu dengan Ketua Eksekutif dan juga ahli-ahli Lembaga PLN untuk berbincang mengenai dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Senator Ali Rustam. Untuk tujuan ini, seperti yang saya sebut tadi bahawa ia amat penting untuk memperkasakan hubungan dua buah negara di samping untuk meningkatkan kestabilan dan keselamatan perbekalan elektrik di rantau ini.

Antara projek sambung tara Malaysia dan Indonesia yang telah dicadangkan adalah yang pertamanya dikenali sebagai Projek Sambung Tara Semenanjung-Sumatera yang diselia oleh Tenaga Nasional Berhad yang dijangka siap pada tahun 2021. Yang keduanya Projek Sambung Tara Sarawak-Kalimantan Barat yang diselia oleh Sabah Energy Berhad. Yang ketiganya Projek Sambung Tara Timur Sabah-Kalimantan Timur yang diselia oleh SESB. Bagi pelaksanaan Projek Sambung Tara Semenanjung-Sumatera yang melibatkan pemasangan talian high voltage direct current, dengan izin, dari Stesen Telok

Gong, Melaka ke Stesen Perawang, Sumatera. Pihak TNB telah menandatangani perjanjian pembangunan bersama dengan PT Perusahaan Listrik Negara untuk membangunkan projek ini.

Melalui Joint Development Agreement (JDA), TNB dan PTPLN Indonesia bersetuju

untuk melaksanakan kajian kemungkinan. Saya sebut ini sekali lagi, melaksanakan kajian kemungkinan untuk pelaksanaan projek ini. Jadi, itu yang berkaitan dengan projek perbekalan tenaga di antara Semenanjung dan Sumatera.

Page 80: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

72 DN 29.6.2015

Terakhirnya daripada sektor– tadi sektor perbekalan air, sektor tenaga dan yang

akhirnya adalah sektor teknologi hijau yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah yang membangkitkan isu yang berkaitan dengan...

Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam: Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh saya

minta bertanya kerana jawapan begitu komprehensif dan baik. Berkaitan dengan FIT, saya difahamkan komitmen kerajaan sudah melepasi tahun 2016. Bermakna, kalau kita minta sekarang, sudah tak ada lagi FIT itu, sudah diguna pakai. Betul kah begitu? Atau masih lagi ada FIT yang boleh orang ramai memohon untuk pasang solar atas bumbung rumah? Kalau tengok jawapan Yang Berhormat, kerajaan baru belanja RM200 juta lebih daripada RM1.3 bilion yang telah dikutip. Bermakna, banyak lagi duit itu yang kita boleh mohon.

Dato’ Seri Mahdzir Khalid: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya wang saya sebut

tadi sudah ada komitmen. Sudah ada komitmen tiap-tiap tahun ini sudah ada. Jadi maksud saya, kita ada program FIT ini untuk 2016-2017. Kita masih ada program FIT. Akan tetapi selepas itu terpulang kepada keputusan kerajaan. Sama ada kita hendak pergi– sebab ada lagi polisi lain yang belum keluar. Polisi kerajaan yang belum keluar ini yang boleh saya katakan sedikit di sini. Misalnya, kita belum keluar net metering system, maksudnya kita

pasang di rumah kita sistem solar, kita guna di rumah kita, baki itu kita jual kepada TNB. Polisi ini tak keluar lagi. Satu lagi polisi yang belum keluar, solar farm, maknanya yang buat secara 30MW, 40MW, itu pun polisi yang belum keluar.

Jadi, maknanya kalau itu dipakai, kita tak ada FIT. Itu tak ada FIT. Itu competitive bidding. Harga tarif yang ditawarkan oleh syarikat kepada TNB, berapa dia hendak jual. Berapa dia boleh jual kepada TNB. Jadi, ada macam-macam kaedah dibuat untuk membolehkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini program renewable energy ini, dengan izin, tenaga yang boleh diperbaharui ini boleh diteruskan Tuan Yang di-Pertua. Jadi, pergi kepada teknologi hijau yang dibangkitkan oleh Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah, beliau memohon untuk meminta kementerian memberi bagaimana kementerian dapat meningkatkan kefahaman, pendedahan? Akhirnya, membolehkan minat orang ramai untuk turut serta dalam gaya hidup hijau, aplikasi hijau, termasuklah penduduk di luar bandar.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, suka lah saya memaklumkan antara langkah awal kementerian dalam hal yang berkaitan dengan gaya hidup hijau ini, kementerian sendiri telah menubuhkan sebuah yayasan yang dikenali sebagai Yayasan Hijau Malaysia atau ringkasnya YaHijau, pada tahun 2014 yang diperbadankan sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan. Jadi, satu, yayasan ini ia punya kerja ialah membuat semua program communication plan untuk membolehkan pemahaman yang berlanjutan, berterusan mengenai dengan apakah yang dikatakan pertumbuhan hijau? Apakah yang dikatakan gaya hidup hijau? Dan apa yang dikatakan sebagai teknologi hijau? Kumpulan sasaran termasuklah kumpulan pelajar sekolah dengan kerjasama Kementerian Pendidikan. Kumpulan kedua, kumpulan mahasiswa di universiti. Kumpulan ketiga kumpulan NGO ataupun pertubuhan-pertubuhan belia.

Jadi, ia buat program ini melalui peningkatan pendidikan mengenai kecekapan tenaga, gaya hidup hijau dan juga mengamalkan perkara-perkara yang ada kaitan dengan kehidupan ataupun dengan aplikasi hijau. Di samping itu, kementerian juga mempunyai hubungan pintar secara langsung dengan agensi kerajaan dan swasta seperti Pusat Sains Negara, Center of Education Training and Research in Renewable Energy and Energy Efficiency (CETREE), sebuah center yang terletak di Universiti Sains Malaysia. Kita mempunyai hubungan langsung dengan TNB dan UNITEN. Kita bekerjasama dengan Malaysia Green Technology Corporation dan juga dengan industry players dalam teknologi hijau.

Salah satu program yang secara berterusan kita pergi yang kita kenali sebagai Outreach Teknologi Hijau, MyHijau Youth Camp, Green Youth Summit dan beberapa lagi program perkhemahan dan persidangan pelajar yang kita buat secara continuity dari bandar ke bandar, berasaskan kepada program yang sesuai dibuat sama ada 2 hari 1 malam, ataupun satu hari. Kita sudah ada program setakat ini dari utara, di kawasan tengah, di selatan, di Sabah dan kita akan pergi ke Sarawak, insyaAllah selepas Hari Raya ini untuk program di beberapa buah bandar di negeri Sarawak.

Program-program ini kita mengharapkan akan dapat kerjasama dari semua pihak. Akhirnya, boleh difahami oleh generasi muda, apakah yang dikatakan dengan aplikasi hijau?

Page 81: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 73

Ini kerana bila kita sebut tentang pertumbuhan hijau ini, green growth ini sebuah benda yang terlampau besar. Besar sangat kalau hendak diceritakan sebab ia ada dalam procurement, ia ada dalam transport, ia ada dalam renewable energy, ia ada dalam kebersihan, ia ada dalam alam sekitar, karbon. Jadi, banyak benda yang hendak disebut, jadi kita pergi satu persatu.

Di samping itu, salah satu juga komponen dalam gaya hidup hijau...

Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Minta laluan Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat, silakan

Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Yang Berhormat Menteri sebut tadi, “YaHijau”, “MyHijau” ini tak bimbangkah, takut disalah tafsirkan. Bayangkan pilihan raya kecil kita letak poster “YaHijau.”

Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Seri Mahdzir Khalid: Saya ingat Tuan Yang di-Pertua, perkataan “hijau” ini

untuk semua orang lah. Kita mesti ada keberanian untuk menggunakannyalah.

■1650

Tuan Yang di-Pertua: Orang Kedah tahu itu semua. Silakan Yang Berhormat

teruskan.

Dato’ Seri Mahdzir Khalid: Jadi yang satu lagi yang berkaitan dengan pertumbuhan hijau ini salah satu komponennya adalah dalam electric vehicle ataupun

kenderaan. Banyak negara di dunia ini sekarang ini telah bertukar daripada kenderaan atau bas yang menggunakan diesel, menggunakan petrol kepada hibrid; daripada hibrid mereka telah tukar kepada- ada yang menggunakan bateri dan ada yang menggunakan kuasa- ada yang menggunakan elektrik.

Jadi, di dalam negara kita ini kalau kita ambil kenderaan awam elektrik Tuan Yang di-Pertua, kita tidak sampai 50 buah yang daftar atas nama kereta elektrik individu. Akan tetapi sudah ada satu usaha dari sebuah syarikat, dia membeli lima buah bas elektrik dan dia panggil dia Bus Rapid Transit (BRT) – Bus Rapid Transit Sunway Malaysia.

Jadi dia menggunakan lima buah bas elektrik ini di Bandar Sunway dan juga Subang Jaya untuk kegunaan kawasan persekitaran pusingan dia itu, di situ lebih kurang 5.4 kilometer. Bas ini tidak ada bunyi pun tidak ada, enjin pun tiada- jadi dia pakai 100 peratus elektrik. BRT ini, ataupun Bus Rapid Transit ini sistem bas yang pertama di Malaysia yang menggunakan sistem teknologi hijau dalam perjalanan, mempunyai tujuh buat stesen dan satu kemudahan park and ride. Jadi ini antara usaha-usaha yang dibuat.

Di samping itu, pihak Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam juga menyediakan dana sebanyak RM70 juta bagi tujuan Sustainable Mobility Fund, dengan izin, iaitu untuk memperluaskan penggunaan bas elektrik bagi pengangkutan awam di Bandaraya Kuala Lumpur, Melaka dan Johor Bahru. Ini boleh dipinjam, wang ini diletakkan di bawah SME bank.

Setakat ini di Nadi Putra, Syarikat Rapid Putrajaya menggunakan 171 basnya daripada NGV daripada 175 buah bas. Jadi kita berharap bahawa dalam Rancangan Malaysia Kesebelas seperti yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa teras yang keempat iaitu menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemapanan dan daya tahan. Kita yakin bahawa banyak perkara yang ada kaitan dengan pertumbuhan hijau ini dapat kita laksanakan di bawah kementerian dengan sokongan daripada agensi yang lain dan sokongan dari private sector.

Kita juga berharap bahawa Ahli-ahli politik termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat Senator dapat terus memberi sokongan kepada gerakan kerajaan untuk memperkenalkan pertumbuhan hijau secara holistik.

Page 82: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

74 DN 29.6.2015

Jadi, di situ sahajalah Tuan Yang di-Pertua, ulasan daripada kementerian berhubung dengan perkara-perkara yang bersentuh dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Saya rakamkan sekali lagi penghargaan terima kasih pada Ahli-ahli Yang Berhormat dan pada semua Senator yang turut serta mengambil bahagian. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua: Waalaikumsalam. Terima kasih Yang Berhormat, terima

kasih. Sekarang saya mempersilakan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

4.54 ptg.

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Dato’ Noriah binti Kasnon: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan

Salam 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh isu-isu dan turut memberi pandangan berkaitan dengan perkara di bawah Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi semasa perbahasan RMKe-11 di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, isu berkaitan dengan kejatuhan harga komoditi terutamanya harga getah telah menjadi tumpuan perbahasan dan di sentuh secara umum oleh Yang Berhormat Senator Datuk Chin Su Phin, Yang Berhormat Senator Dato’ Boon Som A/L Inong, Yang Berhormat Senator Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah dan Yang Berhormat Senator Tuan Wilfred Yong Chen Leong.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sektor komoditi yang terdiri daripada produk-produk sawit, getah, kayu-kayan, koko, lada, kenaf, sagu merupakan antara tonggak ekonomi negara dan memberi sumbangan signifikan kepada pembangunan negara. Pada tahun 2014 Tuan Yang di-Pertua, sektor komoditi telah menyumbang pendapatan eksport sebanyak RM116.6 bilion atau 15.3 peratus daripada jumlah pendapatan eksport negara.

Keluasan tanaman komoditi di seluruh negara adalah seluas 6.55 juta hektar iaitu 85 peratus daripada jumlah guna tanah pertanian negara. Selain itu seramai 600 ribu orang pekebun kecil di seluruh negara bergantung pada sektor komoditi. Tuan Yang di-Pertua, di bawah dasar komoditi negara 2011 hingga 2020, kerajaan menyasarkan sumbangan sektor komoditi kepada pendapatan kepada pendapatan eksport negara mencapai sebanyak RM242.6 bilion menjelang tahun 2020 dan ini melibatkan usaha sepanjang tempuh Rancangan Malaysia Kesebelas.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, dalam usaha untuk meningkatkan prestasi dan sumbangan sektor komoditi kepada pencapaian visi negara terutama dalam mencapai sasaran tersebut, pelbagai isu dan cabaran perlu di tangani. Antara cabaran utama ketidaktentuan harga komoditi yang ditentukan oleh pertumbuhan ekonomi dunia, terutamanya di negara-negara pengimport utama serta faktor permintaan dan penawaran.

Dalam hal ini isu yang sering diperbahaskan kejatuhan harga komoditi yang memberi kesan kepada ekonomi negara dan pastinya kesejahteraan golongan pekebun-pekebun kecil. Maka dengan itu, pihak kerajaan akan melaksanakan beberapa strategi dan program dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas untuk memperkukuhkan harga komoditi serta meningkatkan daya saing dan kemapanan sektor komoditi di samping meningkatkan pendapatan pekebun kecil. Sasaran kita untuk mencapai RM242.6 bilion pendapatan eksport menjelang tahun 2020 serta membantu setiap keluarga pekebun kecil memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan.

Tuan Yang di-Pertua, antara strategi sektor komoditi dalam Rancangan Malaysia Kesebelas termasuklah:

(i) memperkasakan industri hiliran berasaskan komoditi iaitu, dengan izin, downstream sector;

(ii) menggalakkan penggunaan mekanisasi dan automasi bagi mengurangkan penggantungan pada tenaga buruh;

Page 83: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 75

(iii) meningkatkan produktiviti serta meningkatkan penggunaan domestik produk-produk komoditi; dan

(iv) kerajaan juga menggalakkan pekebun kecil komoditi menjalankan aktiviti-aktiviti integrasi tanaman pertanian dan ternakan.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah juga telah membuat cadangan supaya kerajaan mewujudkan jaringan keselamatan dan sosial atau, dengan izin, social safety net untuk membantu rakyat

Malaysia menghadapi kesan kejatuhan harga komoditi.

Untuk makluman ahli Yang Berhormat, pihak Kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa prihatin tentang masalah yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha tanaman komoditi terutamanya 320 ribu orang pekebun kecil akibat kejatuhan harga komoditi. Bagi membantu golongan ini, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah merangka social safety net, dengan izin.

Sebagai permulaan, kementerian telah melaksanakan Program Insentif Pengeluaran Getah atau pun dengan ringkasnya IPG mulai awal tahun 2015 dengan dana sebanyak RM100 juta. Insentif ini akan diaktifkan apabila harga purata bulanan SMR 20, Free on Board atau FOB, dengan izin, menurun ke paras RM4.60 sekilogram dan ke bawah. Di samping itu, kementerian juga sedang menimbang pemberian bantuan one-off sebanyak RM500 apabila harga purata tahunan SMR 20 berada di paras antara RM5.10 sehingga RM6.

■1700

Di samping itu juga pihak kementerian telah memperkenalkan mekanisme penetapan harga di ladang mulai bulan November 2014 untuk memendekkan rantaian pemasaran dan mengurangkan peranan orang tengah. Tujuannya adalah untuk memastikan harga yang diperoleh oleh pekebun kecil adalah berpatutan dan, dengan izin, remunerative. Kementerian juga telah mencadangkan supaya pemberian insentif tanam semula dan tanam baru kepada pekebun kecil di seluruh negara diteruskan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada bantuan-bantuan tersebut di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas, pihak kementerian bercadang menubuhkan kluster pekebun kecil getah menjelang tahun 2020 di mana di bawah program ini kawasan pekebun kecil sehingga 3,000 hektar akan diuruskan secara lebih profesional di bawah satu pengurusan bagi meningkatkan produktiviti dan keberkesanan pemasaran getah keluaran mereka.

Melalui penubuhan kluster ini, produktiviti pekebun kecil akan dipertingkatkan melalui amalan pertanian baik atau good agriculture practices yang lebih berkesan dan

sistematik. Dalam pada itu juga pihak kementerian sedang mengkaji juga kesesuaian meluaskan mekanisme social safety map, dengan izin, kepada sektor komoditi yang lain seperti sektor sawit bagi mengurangkan beban apabila harga komoditi berada diparas yang rendah.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia tidak boleh secara bersendirian mempengaruhi harga getah dalam pasaran dunia. Justeru, Malaysia menerusi negara-negara ANRPC atau, dengan izin, Association Natural Rubber Producing Countries yang mengeluarkan 92 peratus daripada pengeluaran getah asli dunia telah bermesyuarat di Kuala Lumpur pada 8 Mei 2015 yang lalu untuk membincangkan pendekatan bersama ke arah mencapai harga getah yang lebih kukuh.

Antara kaedah yang dipersetujui dalam mesyuarat ini mengimbangkan permintaan dan pengeluaran termasuk meningkatkan penggunaan domestik getah asli di negara-negara anggota.

Page 84: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

76 DN 29.6.2015

Sehubungan dengan itu Tuan Yang di-Pertua, pihak Lembaga Getah Malaysia

telah menandatangani juga satu Memorandum Perjanjian atau, dengan izin, Memorandum of Agreement dengan Jabatan Kerja Raya pada 25 Jun 2015 yang lalu untuk mengadakan kolaborasi dalam Projek Pembangunan Asphalt Pengubahsuai Menggunakan Getah Beku atau cup lumps, dengan izin, bagi turapan jalan raya.

Kerjasama penyelidikan ini akan menyediakan landasan untuk meningkatkan penggunaan getah bagi tujuan pembinaan jalan raya. Kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan melalui memorandum perjanjian tersebut juga akan diperluaskan kepada bidang-bidang lain selain daripada pembinaan jalan raya yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan termasuklah Jabatan Kerja Raya.

Sebagai contoh ialah kerjasama dalam pembinaan galas getah redaman tinggi atau, dengan izin, High Damping Rubber Bearings (HDRB) dan produk-produk getah lain

untuk pertumbuhan pembangunan jambatan dan juga struktur. Dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian juga telah mencadangkan supaya Kementerian Kerja Raya mengkaji penggunaan galas getah seismic untuk melindungi struktur bangunan-bangunan daripada kesan gempa bumi.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menangani isu kejatuhan harga sawit pula pihak kementerian telah mengambil beberapa langkah seperti berikut iaitu melaksanakan Program Biodiesel B7 mulai November 2014 di seluruh negara yang meningkatkan penggunaan minyak sawit serta mengurangkan stok bagi memberi impak yang positif kepada harga minyak sawit mentah (CPO), dengan izin, dan kementerian sedang juga menimbang untuk meningkatkan ke Program B10.

Selain daripada itu, kita juga turut meningkatkan permintaan dengan memperkukuh pasaran sedia ada dan meneroka pasaran-pasaran baru menerusi aktiviti-aktiviti promosi dan pengembangan pasaran di luar negara melalui penyertaan dalam pameran tempatan dan antarabangsa, ekspo perdagangan dan misi teknikal dan pembekal tempatan.

Pada puratanya pihak kementerian menganjurkan misi promosi ke luar negara ini dan menyertai ekspo perdagangan di peringkat tempatan dan antarabangsa dan juga kita mempergiatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan ataupun R&D, dengan izin, untuk memperbanyakkan produk nilai tambah untuk meningkatkan lagi penggunaan minyak sawit dan memperbanyak produk nilai tambah tinggi untuk pasaran eksport.

Selain daripada itu di bawah NKEA sawit, pihak kementerian menyediakan dana untuk menggalakkan industri sawit, menghasilkan produk-produk baru dan bernilai tambah. Ini termasuklah penghasilan produk nutraseutikal dan farmaseutikal. Bagi tempoh tahun 2011 hingga tahun 2014, sebanyak RM741.5 juta telah diluluskan dalam bentuk matching grant, ataupun geran padanan, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Seterusnya bagi membantu pekebun kecil, pihak kementerian juga akan meneruskan beberapa program seperti Skim Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK) dan Skim Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil (TBSPK). Skim Baja Sawit Pekebun Kecil juga akan dilaksanakan di mana para pekebun kecil yang tidak pernah menerima sebarang bantuan akan disediakan bantuan baja untuk tanaman sawit mereka dan bantuan baja ini adalah pada kadar RM3,000 bagi sehektar dan dihadkan kepada seluas tiga hektar seorang pekebun kecil.

Satu lagi Bantuan Penyelenggaraan Kebun (BPK). Mereka yang menerima bantuan ini terdiri daripada pekebun kecil yang menerima bantuan tanam semula sawit dan memiliki keluasan tanah tidak melebihi 2.5 hektar pada kadar bantuan RM500 sebulan selama dua tahun.

Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja antara perkara yang telah disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang dapat kita jawab di Dewan yang mulia ini yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Pihak kementerian akan mengambil tindakan susulan sewajarnya terhadap isu-isu ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua:Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya

mempersilakan Kementerian Dalam Negeri.

Page 85: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 77

5.07 ptg.

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam bahagia dan selamat berpuasa.

Saya mengucapkan terima kasih kepada seramai 12 orang Ahli-ahli Yang Berhormat Senator di Dewan yang mulia ini yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas daripada 22 Jun hingga 25 Jun 2015 lalu yang menyentuh berkenaan Kementerian Dalam Negeri.

Sebelum saya menjawab pertanyaan-pertanyaan secara spesifik, izinkan saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah membentangkan Rancangan Malaysia Kesebelas pada 21 Mei yang lalu. Ia termasuk semua perancangan yang melibatkan Kementerian Dalam Negeri dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri seperti yang dinyatakan dalam bidang Fokus ‘C’ hala tuju Rancangan Malaysia Kesebelas dan strategi-strategi yang terkandung di dalamnya.

Untuk itu, Kementerian Dalam Negeri telah mengemukakan permohonan kepada agensi pusat senarai projek-projek yang akan dilaksanakan oleh Rolling Plan Pertama RMKe-11 bagi tempoh tahun 2016 hingga 2017 bagi tujuan menyokong dan mencapai strategi-strategi berkenaan. Jumlah projek yang dipohon adalah sebanyak 196 buah projek dan anggaran siling peruntukan diperlukan sebanyak RM2.407 bilion. Bagi tempoh dua tahun pertama Rancangan Malaysia Kesebelas, projek-projek tersebut meliputi 88 projek fizikal dengan anggaran kos berjumlah RM996.3 juta dan 108 projek bukan fizikal atau kelengkapan dan peralatan dan sistem yang dianggarkan berjumlah RM1.441 bilion.

Fokus utama Kementerian Dalam Negeri menyenaraikan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas adalah untuk mempertingkatkan tahap keupayaan pasukan keselamatan dan penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri khasnya Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang serta melaksanakan program-program pencegahan yang berkesan.

■1710

Oleh itu, keperluan kepada peralatan-peralatan moden, canggih dan terkini amatlah penting dalam memastikan semua jabatan dan agensi berkenaan berada selangkah di hadapan dan mampu menangani apa jua cabaran dan ancaman keselamatan. Antara projek-projek utama yang telah dipohon dan akan dilaksanakan dalam projek pembangunan Advanced Passenger Screening System (APSS), Sistem Perintah, Kawalan, Komunikasi dan Integrasi Komputer atau Sistem C4i, projek peluasan pemasangan kawalan CCTV dan facial recognition system, projek menaik taraf peralatan dan kelengkapan persenjataan, peralatan forensik, peralatan-peralatan operasi dan tactical unit khas PDRM seperti Special Task Force on Organized Crime (STAFOC), Special Tactics and Intelligence Narcotics Group (STING) dan Special Task Force for Anti-vice, Gaming and Gangsterism (STAGG) serta memperkukuhkan semula peranan pasukan gerak am (PGA) khas di kawasan Eastern Sabah Security Zone (ESSZONE) dan sempadan-

sempadan negara.

Selain itu, kementerian turut memberi fokus kepada kebajikan para anggotanya dengan menyediakan kemudahan kuarters yang lengkap dan mencukupi serta penyelenggaraan menaik taraf kuarters-kuarters sedia ada demi keselesaan mereka dalam usaha ke arah mencapai world class policing dan world class service. Kementerian juga memohon membina bangunan-bangunan baru pejabat Polis Diraja Malaysia dan jabatan-jabatan lain di bawah KDN yang serba moden, lengkap dan canggih di samping menyokong semua penggunaan teknologi hijau atau green technology.

Page 86: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

78 DN 29.6.2015

Tuan Yang di-Pertua, dalam sesi perbahasan lalu, Yang Berhormat Senator Datuk

Dr. Lucas bin Umbul dan Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Johari bin Mat meminta agar lebih banyak anggota dan penambahan aset bagi membantu sempadan negara supaya tidak dicerobohi manakala Yang Berhormat Senator Tuan Ramli bin Shariff pula mencadangkan penubuhan unit border patrol.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian mengambil maklum semua cadangan yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat. Sememangnya kerajaan memberi perhatian yang khusus untuk mempertingkat dan memperketat lagi kawalan-kawalan di sempadan negara daripada dicerobohi oleh anasir luar dan juga untuk menyekat kes penyeludupan barang subsidi keluar negara di samping menyekat penyeludupan barang-barang terlarang ke dalam negara seperti dadah, senjata api, migran, bayi dan sebagainya.

Mesyuarat Jemaah Menteri telah meminta Kementerian Dalam Negeri membuat kajian yang terperinci dan komprehensif untuk memperketat lagi kawalan sempadan negara. Kementerian kini dalam proses untuk melantik jururunding bagi membuat kajian tentang aspek keselamatan dan sempadan negara termasuk cadangan membina pagar batu dan memperbaiki pagar yang sedia ada di samping memberikan cadangan kepada kerajaan amalan-amalan terbaik, the best practices untuk mengawal sempadan negara.

Kementerian ini telah menerima beberapa permohonan daripada universiti tempatan dan syarikat swasta yang berminat untuk menjalankan kajian tersebut. Untuk merealisasikan kajian tersebut, kementerian telah mengadakan bengkel pada 8 hingga 10 Jun 2015 yang lalu dan dihadiri oleh semua pihak yang berkepentingan dalam penugasan dan sempadan bagi merangka terma rujukan (terms of reference) bagi kajian yang akan dijalankan. Pelantikan jururunding akan diputuskan dalam masa yang terdekat ini.

Dalam masa yang sama, Kementerian Dalam Negeri mempunyai perancangan untuk menjenamakan semula peranan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) dalam usaha mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan negara. Perkara ini terkandung di dalam Pelan Transformasi UPP yang sedang digerakkan melalui penyediaan kertas cadangan yang akan dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN). Melalui cadangan Pelan Transformasi UPP, skop operasi UPP akan diperluaskan ke seluruh negara bagi menambah kekuatan dan memantapkan keupayaan penguatkuasaan ke atas aktiviti-aktiviti penyeludupan di seluruh negara.

Sementara menunggu laporan kajian diperoleh, kementerian melalui Polis Diraja Malaysia telah mengambil langkah-langkah segera untuk memperkemaskan aspek kawalan sempadan negara khususnya di Utara Semenanjung negara dengan membuat beberapa penambahbaikan dan tindakan susulan seperti berikut:

(i) kawasan operasi di bawah Ops Wawasan akan dibahagikan kepada tiga zon penugasan yang melibatkan negeri Kedah di Bukit Kayu Hitam hingga ke Perlis di Bukit Batu Puteh sepanjang 116.1 kilometer dengan tujuan mengecilkan lagi kawasan penugasan untuk memudahkan pengawasan tersebut kepada kawasan tanggungjawab (KTJ);

(ii) rondaan berjalan kaki, rondaan menggunakan kenderaan pacuan empat buah roda, bermotosikal dan ronda jarak jauh akan diadakan siang dan malam di kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan panas dan di kawasan yang berisiko tinggi digunakan untuk penyeludupan atau aktiviti haram yang lain;

(iii) pihak PDRM juga akan menggunakan Pasukan Gerak Udara (PGU) untuk membuat pemantauan melalui udara di kawasan yang sukar untuk dimasuki secara berjalan kaki atau berkereta;

(iv) anggota yang bertugas di pos-pos hadapan akan ditambah kepada satu seksyen penuh seramai 14 orang;

(v) aset-aset untuk penugasan seperti senjata api, baju kalis peluru, topi keselamatan, alat pandangan waktu malam (night vision goggle) akan dibuat perolehan segera untuk tujuan menambah kesiapsiagaan dan keupayaan anggota yang bertugas di sempadan;

Page 87: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 79

(vi) kementerian akan mengadakan perbincangan dalam Majlis Keselamatan Negara yang mengawal selia pagar keselamatan di sempadan untuk memperbaiki segera pagar-pagar yang telah rosak dan menggantikan yang telah uzur, mencadangkan perolehan kelengkapan seperti drone unmanned aerial vehicle (UAV) dan CCTV bagi bantuan kawalan sempadan dibuat secepat mungkin; dan

(vii) kementerian akan mengadakan rundingan dengan negara jiran di bawah pengajian General Border Committee untuk mengkaji semula aspek keselamatan di sempadan dan membuat penambahbaikan jika perlu.

Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas bin Umbul meminta agar tindakan serius dalam membanteras sindiket-sindiket penyeludupan warga asing.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, satu pasukan khas ditubuhkan oleh Unit Antipemerdagangan Orang, Jabatan Siasatan Jenayah D7, Bukit Aman untuk mengenal pasti sindiket-sindiket dan modus operandi dalam aktiviti penyeludupan migran di sempadan. Bagi membanteras aktiviti penyeludupan migran ini daripada berleluasa, beberapa tindakan yang akan diambil adalah seperti berikut:

(i) penguatkuasaan lemah di kawasan sempadan akan dipertingkatkan dengan setiap check point diketatkan kawalan

anggota Pasukan Gerak Am di sepanjang pos sempadan negeri Perlis;

(ii) membekalkan kemudahan kamera litar tertutup (CCTV) dan alat yang berteknologi tinggi di pintu pagar sempadan;

(iii) bahagian pagar yang usang dan rosak di kawasan sempadan akan dibaikpulih; dan

(iv) menyediakan lampu di sepanjang laluan jalan keselamatan dan pos kawalan oleh anggota PGA.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Boon Som A/L Inong bertanya, mengapa kegiatan penyeludupan masih berlaku di kawasan sempadan-sempadan negara terutamanya di Bukit Kayu Hitam, Wang Kelian dan Padang Besar sedangkan kawasan ini dipantau oleh anggota keselamatan?

■1720

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kegiatan penyeludupan masih lagi berlaku di kawasan sempadan khususnya di Utara Semenanjung negara adalah disebabkan oleh beberapa fakta seperti berikut:

(i) ada segelintir dalam masyarakat beranggapan bahawa tangkapan kegiatan tanpa kegiatan penyeludupan, ekonomi di kawasan sempadan kedua-dua negara akan lumpuh dan penduduk akan mengalami masalah dengan peluang pekerjaan yang terbatas dan ada juga pihak yang mendakwa bahawa penyeludupan adalah pekerjaan yang halal dan hanya haram di sisi undang-undang sahaja;

(ii) fakta lain adalah berkaitan undang-undang perairan dan sempadan antarabangsa. Pihak berkuat kuasa tidak mempunyai kuasa untuk merampas barang-barang yang ada dalam sungai ataupun berada di antara sempadan negara kerana berkait rapat dengan undang-undang antarabangsa walaupun lebar sungai dan kawasan sempadan hanya beberapa meter memisahkan kedua-dua negara;

Page 88: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

80 DN 29.6.2015

(iii) fakta tamak dan haloba serta ingin mendapatkan keuntungan

yang besar dan berlipat kali ganda yang mendorong sesetengah orang bergiat dalam aktiviti penyeludupan ini tanpa mengira risiko yang dihadapinya dan juga implikasi kepada keselamatan dan sosioekonomi negara;

(iv) walaupun lorong-lorong tikus sepanjang sempadan yang panjang dan luas digunakan oleh penduduk tempatan untuk menyeludup barang ke negara ini dan sungai yang sempit seperti Kelantan yang kelebaran hanya beberapa meter sahaja memudahkan penyeludupan berlaku; dan

(v) penyeludupan akan mengambil kesempatan seperti waktu puncak ketika pintu sempadan akan ditutup dan pada hari cuti am atau cuti umum yang menjadi tumpuan pengunjung keluar masuk ke sempadan di mana keadaan lalu lintas yang penuh sesak. Pemeriksaan secara menyeluruh sukar dilakukan pada waktu berkenaan.

Yang Berhormat Senator Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam menyatakan keperluan mewujudkan polis masyarakat yang mana setiap kawasan perumahan mempunyai satu atau dua orang anggota polis yang tinggal menjadi sebahagian daripada masyarakat di situ.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pihak...

Dato’ Dr. Johari bin Mat: Bolehkah saya mencelah sedikit?

Tuan Yang di-Pertua: Ya, ada seorang bangun Yang Berhormat. Silakan.

Dato’ Dr. Johari bin Mat: Tadi saya mendengar ada dorongan yang

penyeludupan ini dilakukan. Salah daripada segi undang-undang, tidak salah daripada segi hukum agama. Jadi saya rasa kefahaman ini juga mendorong ramai orang membuat kerja menyeludup ini. Saya rasa walaupun tidak salah daripada segi undang-undang agama tetapi saya rasa kena perhati biar betul-betul pemahaman seperti itu sebab kita bimbang apabila orang kata menyeludup beras tidak salah daripada segi agama tetapi salah daripada segi undang-undang. Memang perkara ini berlaku dalam masyarakat, kita tahu. Di sempadan ini, saya rasa antara Perlis sampai ke Kelantan ini memang berlakulah. Jadi orang-orang kita jugalah yang terlibat. Jadi kefahaman seperti ini saya rasa perlu dibetulkan sebab apabila penyeludupan berlaku, ia juga mengancam ketenteraman dan keselamatan negara dan ini merupakan tanggungjawab bersama.

Pada waktu yang sama kita melihat perlu diberi penjelasan. Kalau boleh minta Majlis Fatwa Kebangsaan memberi pandangan. Itu pandangan orang kampung sebenarnya. Pandangan orang kampung ini macam-macam, jadi saya rasalah perkara ini kalau sekiranya undang-undang telah dibuat, ia bukan sahaja menjejaskan keselamatan tetapi juga menjejaskan ekonomi dan menjejaskan ekonomi ini bukan sedikit, setiap hari. Saya tidak tahulah tetapi saya yakin banyak.

Jadi ini menjejaskan keamanan, keselamatan, ekonomi dan juga menjejaskan kedudukan perdagangan. Jadi saya rasa ini merupakan satu konflik dalam kehidupan masyarakat kita yang dia rasa daripada segi agama tidak salah, daripada segi undang-undang salah. Jadi bagi saya, salah kalau daripada segi agama, macam mana agama tidak salah sedangkan agama mengatakan undang-undang yang telah dibuat oleh kerajaan itu perlu dipatuhi. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, macam mana?

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Terima kasih Yang Berhormat

Senator Dato’ Dr. Johari bin Mat berhubung dengan pandangan itu. Saya mengambil baik pandangan, yang pertama supaya kita memberi penjelasan kepada masyarakat. Yang kedua supaya rujuk perkara ini kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mendapat jawapan yang sebenar. Akan tetapi apa yang kita sebut di sini ialah berlandaskan pendapat masyarakat di kampung. Saya sendiri pergi ke kawasan Kelantan yang mempunyai lebih 90 kilometer panjang sungai dan saya juga mengetahui beberapa puluh buah kereta yang digunakan untuk menyeludup minyak dan pelbagai lagi untuk menyeberang ke seberang.

Page 89: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 81

Jadi desas-desus yang kita dapati, risikan yang kita dapati ialah bahawa perkara ini tidak diperjelaskan kepada masyarakat umum bahawa kerja ini pendapat masyarakat bukanlah haram dari sudut agamanya, hanya salah dengan kerajaan.

Jadi tidak adalah, tidak kisahlah sangat oleh sebab undang-undang biasa sahaja tidak membawa kita ke neraka, tidak apalah itu. Ia bukan hanya bawa ke penjara sahaja. Jadi tidak jauh sangat, boleh keluar lepas itu. Jadi itu saya pernah berbincang dengan EXCO negeri Kelantan supaya kita meminta pihak negeri bekerjasama dengan kita supaya dibawa ke surau-surau dan masjid untuk memberi penjelasan. Hakikatnya walaupun perkara ini tidak menjadi satu perkara kesalahan agama tetapi oleh sebab ia menjadi satu kesalahan undang-undang, ia juga akan mendatangkan risiko kepada masyarakat kita yang terlibat dengan perkara ini dan juga akan menjejaskan soalan-soalan kekeluargaan, perhubungan kekeluargaan, perhubungan masyarakat dan pelbagai lagi. Jadi insya-Allah

perkara yang dua tadi saya akan ambil perhatian. Terima kasih Yang Berhormat Senator.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pihak kementerian pada masa ini tidak bercadang menempatkan anggota di setiap kawasan perumahan memandangkan tiada keperluan yang kritikal pada masa ini. Walau bagaimanapun, pihak PDRM telah mengambil pendekatan dengan menubuhkan 54 buah balai polis komuniti di negeri hotspot iaitu 4 buah balai di Johor, 21 buah balai di Selangor, 15 buah balai di Kuala Lumpur dan 14 buah balai di Pulau Pinang bagi tujuan untuk mendekatkan polis dengan masyarakat dan mengambil tindakan dengan segera.

Langkah-langkah lain yang telah diambil untuk melibatkan masyarakat membantu pihak polis melalui penyertaan dalam Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) yang dianggarkan seramai 10,000 pengambilan anggota SSP akan dibuat setiap tahun. Anggota sukarelawan polis ini diambil daripada kalangan penduduk tempatan dalam daerah polis berkenaan. Dengan penambahan kepada anggota sukarelawan ini dapat menjadi mata dan telinga kepada polis bagi mendapatkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah yang berlaku di daerah polis berkenaan.

Yang Berhormat Senator Datuk Norliza binti Abdul Rahim membangkitkan masalah obesiti ataupun gemuk di kalangan anggota polis dan meminta agar kementerian sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan kepada anggota polis.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pihak Polis Diraja Malaysia sentiasa menggalakkan anggotanya mengamalkan cara hidup yang sihat untuk kelihatan segak dan mengelakkan diri daripada mengalami penyakit yang tidak berjangkit seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis serta mengawal diri daripada menjadi obes ataupun gemuk. PDRM telah mengeluarkan arahan pentadbiran No. 14 kepada semua kontinjen pada tahun 2013 untuk mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat.

Pusat latihan dan maktab PDRM mempunyai program latihan dalam perkhidmatan secara berkala untuk pegawai yang mengalami obesiti yang keterlaluan. Sehingga kini, Maktab PDRM telah menganjurkan empat siri kursus gaya hidup sihat di mana kumpulan sasar seramai 30 orang peserta bagi setiap kursus telah mengikuti program tersebut selama dua minggu.

■1730

Antara silibus yang dikemukakan dalam kursus tersebut pemakanan yang betul, diet, kesihatan, latihan, kecerdasan dan permainan di samping kursus yang dianjurkan bagi pegawai yang berumur 40 tahun ke atas dikehendaki...

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]

Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat Menteri.

Page 90: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

82 DN 29.6.2015

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Dikehendaki membuat

pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya sekali setiap setahun selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Yang Berhormat Senator Dato’ Adam bin Abdul Hamid yang bertanya sama ada dengan penghapusan visa kepada pelancong dari negeri China dan negara ASEAN yang lain, adakah statistik jenayah akan meningkat memandangkan statistik jenayah warga asing pada tahun 2012 dan tahun 2013 telah menunjukkan peningkatan walaupun dikenakan visa.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, penghapusan visa kepada pelancong dari negara China dan negara ASEAN yang lain dapat meningkatkan lagi jumlah pelancong untuk melawat negara ini dan sekali gus dapat menambahkan lagi pendapatan negara. Kementerian Dalam Negeri akan berusaha untuk menentukan kadar jenayah dalam negara tidak akan meningkat dengan kehadiran pelancong China dan negara ASEAN yang lain, malah akan menentukan pelancong yang datang merasa selamat sepanjang berada di negara ini.

Kementerian mempunyai pendekatan tersendiri untuk mengawal pelancong yang datang dan terlibat dalam kegiatan jenayah atau aktiviti yang tidak bermoral. Antara langkah yang akan diambil adalah seperti berikut:

(i) pemantauan yang lebih kerap akan dibuat di pusat-pusat hiburan bagi menentukan tiada pelancong asing yang mengambil kesempatan untuk bekerja sebagai pelayan pelanggan ataupun GRO atau terlibat dalam aktiviti pelacuran; dan

(ii) semua pelancong yang datang akan ditentukan mempunyai wang yang mencukupi sepanjang tempoh mereka berada di negara ini dan mempunyai wang untuk tambang kembali semula ke negara asal mereka.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Datuk Dr. Lucas bin Umbul ingin mengetahui sama ada pembongkaran kubur besar dan kem transit etnik Rohingya di Perlis baru-baru ini akan menjejaskan kedudukan ranking negara Malaysia.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, laporan tahunan mengenai pemerdagangan orang oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat yang dikeluarkan setiap tahun adalah untuk menilai prestasi sebuah negara dalam menangani isu pemerdagangan orang sahaja.

Isu pembongkaran kubur besar dan kem tumpangan di sempadan Malaysia baru-baru ini merupakan isu penyeludupan migran. Walaupun terdapat perkaitan antara pemerdagangan orang dengan penyeludupan migran, golongan ini masih belum disahkan sebagai mangsa pemerdagangan orang. Justeru itu, penemuan kubur dan kem tumpangan di sempadan Malaysia tidak memberi kesan langsung kepada Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah bertanyakan sama ada statistik penurunan indeks jenayah yang dilaporkan dalam dokumen Rancangan Malaysia Kesebelas iaitu 22.7 peratus dari tahun 2011 hingga tahun 2014 tepat dan benar.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini, statistik penurunan indeks jenayah yang dilaporkan dalam dokumen RMKe-11 adalah tepat berdasarkan statistik kes iaitu 166,295 kes pada tahun 2011 dan 128,544 kes pada tahun 2014.

Ternyata bahawa rakyat merasakan tidak selamat hanya persepsi yang sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu bagi meraih sokongan untuk kepentingan peribadi. Hakikat keadaan keselamatan awam dan ketenteraman negara adalah terkawal. Ini dapat dilihat bahawasanya rakyat hidup dalam keadaan harmoni dan bebas bergerak ke mana-mana sahaja tanpa perasaan takut. Tidak dinafikan agak mustahil untuk menghapuskan sama sekali kejadian jenayah yang berlaku di negara ini. Bukti jelas bahawa hasil daripada transformasi yang diperkenalkan oleh kerajaan di bawah NKRA mengurangkan jenayah telah menunjukkan hasil positif di mana kadar jenayah telah menunjukkan penurunan.

Page 91: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 83

Secara keseluruhannya, kesalahan kes kesalahan indeks adalah menurun dan memberi impak yang positif ekoran daripada pelaksanaan NKRA sebagai kesimpulan inisiatif-inisiatif dan program-program yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan menjadi negara ini sebagai salah sebuah negara yang selamat di samping meningkatkan tahap keamanan dan kesejahteraan rakyat negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas bin Umbul mencadangkan undang-undang imigresen sedia ada mestilah dikuatkuasakan dan dipatuhi bagi menangani isu pendatang asing tanpa izin ataupun PATI di Sabah.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan memandang berat mengenai perkara yang banyak menimbulkan kerisauan masyarakat tempatan di Sabah. Oleh yang demikian, Jabatan Imigresen Malaysia sememangnya tidak akan membenarkan mana-mana orang yang tidak mempunyai pasport mahupun visa untuk memasuki negara ini.

Bagi memperluaskan kuasa ini, JIM telah membuat beberapa pos imigresen baru ini di Sabah seperti Kerakit di Pulau Banggi sebagai tambahan kepada pos sedia ada seperti di Sindumin dan Long Pasia di Sipitang dan Penggalungan di Keningau. JIM Sabah juga telah berjaya menambah jumlah operasi penguatkuasaan pendatang asing tanpa izin daripada 674 pada tahun 2014 kepada 1,207 dari bulan Januari hingga bulan Mei 2015. Manakala seramai 6,612 orang warga asing ditahan pada tahun 2014 meningkat kepada 9,220 orang dari bulan Januari hingga bulan Mei 2015.

Yang Berhormat Senator Datuk Chin Su Phin bertanya langkah yang strategik kerajaan dalam memastikan pendatang asing tanpa izin yang telah ditangkap dan diusir keluar Sabah tidak akan kembali semula. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, antara tindakan yang telah diambil oleh kementerian melalui Jabatan Imigresen Malaysia dalam menangani perkara ini memastikan rekod biometrik cap jari PATI diambil sebelum mereka diusir ke negara asal. Rekod ini akan digunakan semasa proses saringan warga asing di pintu masuk negara melalui Sistem Pangkalan Data Biometrik Warga Asing dan Sistem Sekuriti Nasional (NERS) yang merupakan meningkatkan keberkesanan kawalan dan pemeriksaan warga asing dengan membuat proses pengecaman terhadap data biometrik yang telah direkodkan sebagai senarai syak jabatan.

Di samping itu juga, sistem NERS dapat mengenal pasti ketulenan identiti individu berdasarkan semakan-semakan silang dengan maklumat biometrik yang terkandung dalam pangkalan data NERS.

Untuk makluman juga, sehingga Januari hingga 20 Jun 2015, seramai 11,628 orang telah diusir ke negara asal dengan warga Filipina yang direkodkan berjumlah 8,775 orang ataupun 75.5 peratus, akan diikuti oleh warga Indonesia seramai 2,811 ataupun 24.2 peratus.

Kerajaan telah mengambil tindakan memperketatkan kawalan dan pemeriksaan di pintu-pintu masuk negara serta mempertingkatkan pengawasan di sepanjang perairan negara iaitu kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti sebagai tempat pendaratan kemasukan PATI. Ini dijalankan dengan kerjasama Pasukan Gerakan Marin, PDRM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM)

■1740

Yang Berhormat Senator Datuk Chin Su Phin turut bertanya sama ada kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi permit kerja yang sah sekiranya PATI yang telah dihantar pulang ke negara asal mereka berminat untuk bekerja di negeri Sabah.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, setiap PATI yang diusir ke negara asal akan di senarai hitamkan dan tidak di benar untuk masuk semula ke Sabah. Walau bagaimanapun kerajaan tidak menafikan bahawa terdapat keperluan oleh majikan di Sabah untuk mengkaji pekerja asing dalam membantu syarikat atau perniagaan agar beroperasi seperti yang dirancang. Sehubungan dengan ini, majikan atau bakal majikan yang berhasrat untuk mengambil mereka sebagai pekerja boleh membuat rayuan untuk mengeluarkan nama pekerja tersebut daripada senarai hitam Jabatan Imigresen Malaysia.

Page 92: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

84 DN 29.6.2015

Seterusnya majikan boleh membuat permohonan permit untuk bekerja semula di Sabah melalui proses yang teratur. Kawalan dan pemantauan yang ketat di atas pekerja asing yang memasuki negara ini perlu dilaksanakan agar kehadiran pekerja asing ini bukan saja untuk membantu pertumbuhan ekonomi negara, tetapi dalam masa yang sama tidak memberi implikasi terhadap keselamatan dan ketenteraman negara. Umum diketahui bahawa sekiranya pendatang asing tanpa izin atau PATI yang ingin kembali dan bekerja di negara ini mereka perlu terlebih terdahulu melalui prosedur dan syarat-syarat gajian sedia ada di Malaysia. Antaranya ialah PATI perlu dikeluarkan daripada senarai syak Jabatan Imigresen Malaysia.

Pihak kerajaan pada ketika ini telah menyediakan satu sistem penyelesaian menyeluruh menerusi penyediaan perkhidmatan secara holistik dan ditambah baik dari semasa ke semasa. Yang Berhormat Senator Abdul Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan bertanya alasan pihak kementerian menutup free flow di Wang Kelian dan mencari jalan penyelesaian untuk membuka semula laluan tersebut.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Jabatan Imigresen Malaysia ataupun JIM tidak menutup pintu masuk Wang Kelian malah kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri hanya mengambil tindakan untuk memberhentikan the free flow, amalan angkat tangan iaitu masuk dan keluar Malaysia tanpa menggunakan pasport atau dokumen perjalanan.

Pemantauan keselamatan di sempadan yang dikatakan poros sering dilakukan

oleh pihak berkuasa tempatan mahupun badan antarabangsa dari semasa ke semasa sehingga Malaysia dilabelkan sebagai transit country kepada penjenayah antarabangsa. Oleh yang demikian, langkah pencegahan ini adalah lebih efektif daripada satu preventive measures yang proaktif daripada langkah-langkah punitif seperti mana yang diperuntukkan dalam hukuman dalam undang-undang. Ini adalah kerana para pelarian ataupun pendatang asing yang tidak dibenarkan masuk Malaysia akan melanjutkan perjalanan ke tempat lain seperti Kuala Lumpur untuk mencari nafkah.

Di samping itu negara kini juga diancam aktiviti-aktiviti keganasan dan jenayah rentas sempadan yang selain daripada pemerdagangan manusia dan penyeludupan imigran yang sering dilaporkan dalam media massa. Keputusan kerajaan untuk menarik balik free flow di Wang Kelian, Wang Prachan mulai 1 April 2015 sejajar dengan seksyen 55, Akta Imigresen 1959/63, bertujuan untuk menguatkuasakan akta dan peraturan berkaitan kawalan keluar dan masuk Malaysia bersesuaian dengan falsafah bahawa tiada negara dalam dunia ini yang membolehkan orang lain masuk negara mereka tanpa dokumen.

Free flow diperkenalkan pada masa dahulu untuk memajukan kawasan sekitar Wang Kelian. Walau bagaimanapun atas fakta keselamatan negara dengan mengambil kira perkembangan ekonomi dan connectivity pada masa kini, ia membawa kepada penyeludupan manusia dan jenayah rentas sempadan yang berleluasa. Buat masa ini Malaysia dikenal pasti sebagai transit penjenayah dan telah diletak di bawah tier tiga dalam Trafficking in Persons Report oleh US Department of State. Kerajaan tidak bercadang untuk menimbang balik free flow di Wang Kelian kerana jika jenayah ini tidak dibanteras, ia akan menjurus kepada far reaching effect on Malaysia, dengan izin, seperti trade embargo dan bantuan kewangan dari semasa ke semasa.

Pemantauan oleh kerajaan juga menunjukkan the Free Trade Zone yang

diwujudkan lebih menguntungkan pihak lain di mana ramai di antara peniaga di situ merupakan orang asing. Pada masa yang sama ramai orang asing datang untuk membeli belah atas fakta subsidi barangan. Yang Berhormat Senator Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff bertanyakan mengapa masih terdapat warga asing yang bekerja sebagai juruwang di kedai atau stesen minyak sedangkan kerajaan tidak membenarkan pengambilan warga asing sebagai front liner dan mencadangkan agar kerajaan menghentikan sementara pengambilan pekerja asing.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini, sebagaimana yang sedia maklum, dasar semasa kerajaan ialah tidak membenarkan pekerja asing bekerja sebagai barisan hadapan ataupun front liner. Sehubungan dengan ini kerajaan tidak membenarkan pengambilan pekerja asing sebagai juruwang sama ada di kedai ataupun di stesen minyak. Justeru itu kegagalan majikan dan pekerja asing yang tidak mematuhi dasar yang ditetapkan boleh tindakan di bawah Akta Imigresen 1959 dan 1963, Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Page 93: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 85

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada yang hendak mencelah.

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin mohon penjelasan daripada pihak kementerian kerana pada hari ini rata-rata kalau kita tengok sama ada di stesen minyak ataupun di kedai serbaneka 24 jam, masih ramai lagi terdapat juruwang yang terdiri daripada pekerja dari Bangladesh dan Filipina. Jadi saya mohon apakah tindakan kementerian? Terima kasih.

Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Terima kasih Yang Berhormat.

Sebenarnya undang-undang ada dan tindakan ada tetapi masalah yang sebenar kita mestilah menerima hakikat juga bahawa pegawai imigresen tidak boleh berada di semua kawasan dan tempat dan beribu-ribu tempat dan mungkin kedai yang ada mempunyai juruwang dan juga di stesen-stesen minyak di seluruh negara. Jadi dalam keadaan yang sedemikian itulah kenapa perkara ini berlaku. Bahkan saya sendiri ada jumpa dan pernah memberi laporan kepada pihak Imigresen untuk membuat serbuan dan apabila serbuan dibuat terdapat sebenarnya perkara ini memang masih berlaku.

Jadi soalannya di sini Yang Berhormat ialah bantuan daripada masyarakat supaya memberi laporan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua. Kita

menerima rata-rata rungutan daripada masyarakat terutama anak-anak muda kerana peluang-peluang pekerjaan seperti menjadi juruwang hak rakyat kita tetapi kalau tindakan tegas tidak diambil oleh kementerian saya bimbang pekerjaan ini pada suatu hari akan menjadi hak pekerja asing. Terima kasih.

Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Terima kasih, saya mengambil perhatian

komen daripada Yang Berhormat. Sebenarnya tindakan yang tegas diambil Yang Berhormat sebenarnya. Apa yang saya sebutkan tadi ialah realiti dia, kita tidak dapat berada di semua tempat juruwang dan stesen di seluruh negara. Itulah yang sebenarnya masalah kita, masalah praktikal bukan masalah yang kita tidak menguatkuasakan undang-undang. Umpamanya kalau kita memandu kereta di jalan raya, kalau kita tidak lihat polis, kita lakukan apa yang kita buat, siapa yang boleh mengatakan bahawa penguatkuasaan undang-undang tidak. Sebenarnya kita sendiri patut mengetahui bahawa tempat laluan ini tidak boleh berjalan kereta lebih daripada 90 kilometer, 120 kilometer dan sebagainya.

Jadi di sini masalahnya ialah majikan sebenarnya tidak patuh kepada arahan kerajaan dan undang-undang, walaupun mereka sebelum mereka mendapat pekerja-pekerja asing ini bekerja di tempat premis mereka, mereka telah diberitahu bahawa pekerja-pekerja asing mereka ini yang mungkin tidak ditugaskan pada hari-hari yang tertentu tidak boleh menjadi spare ataupun stand by juruwang kepada mereka.

■1750

Ini yang sebenarnya berlaku, kerajaan mengalu-alukan maklumat. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang awam yang mengetahui sebarang perlanggaran seperti di atas kepada pihak Imigresen Malaysia. Ini akan dapat membantu Jabatan Imigresen Malaysia untuk mengambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya.

Untuk makluman, sehingga 30 Mei 2015 seramai 1,815,407 orang pekerja asing memegang pas lawatan pekerja sementara (PLKS) yang masih sah dan aktif. Jumlah ini mewakili pekerja asing yang digaji secara sah dan dikeluarkan pas lawatan kerja sementara oleh Jabatan Imigresen di negara ini. Pada masa ini juga kerajaan tidak bercadang untuk menghentikan pengambilan pekerja asing kerana kemasukan pekerja asing ke negara ini adalah berdasarkan keperluan sebenar industri dan tertakluk kepada syarat-syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh agensi kawal selia.

Malahan, setiap majikan yang ingin mengambil pekerja asing diwajibkan untuk mendapatkan sijil Job Clearing System (JCS) di Jabatan Tenaga Kerja sebelum membuat permohonan pengambil pekerja asing setempat ataupun one-stop center. Jadi, di Jabatan Tenaga Kerja ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua ialah untuk meminta majikan itu membuat pengiklanan dahulu mencari pekerja tempatan.

Page 94: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

86 DN 29.6.2015

Jadi, kalau sudah membuat pengiklanan dan tidak mendapat pekerja tempatan,

barulah dia dibenarkan untuk meminta, memohon kepada one-stop center mendapatkan pekerja asing. Kementerian Dalam Negeri melalui penguatkuasaan JCS ini, pekerja dapat memastikan peluang dan keutamaan penggajian diberi kepada pekerja tempatan. Manakala, pekerja asing hanya akan mengisi jawatan yang tidak dapat diisi oleh pekerja tempatan sahaja. Sehubungan dengan ini, hanya majikan yang diperlukan melalui JCS sahaja akan dipertimbangkan untuk mengambil pekerja asing.

Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad bertanya langkah-langkah yang boleh diambil bagi menangani isu pekerja asing di sektor pembinaan hilang setelah tamat tempoh bekerja. Bagi menangani isu ini, kementerian melalui Jabatan Imigresen Malaysia membuat naziran di premis-premis yang terdapat warga asing seperti kawasan luar bandar, kawasan bandar, premis majikan yang mengajikan pekerja asing. Mana-mana pekerja asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara seperti di bawah Akta Imigresen 1959 atau Akta Pasport 1966 dan Peraturan Imigresen 1963 akan diambil tindakan serta tegas.

Yang Berhormat Senator Datuk Chin Su Phin pula memohon agar kerajaan menyemak semula dan menarik balik pemegang kad pengenalan yang diperolehi melalui Projek IC dan mengeluarkan semula kad pengenalan baru kepada semua rakyat Sabah yang tulen.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seperti mana yang dimaklumkan pada 3 Disember 2014, kerajaan telah mengumumkan hasil pendapat Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah. Susulan dari itu, kerajaan juga telah mempersetujui untuk menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah yang mempunyai dua peringkat, dua tier iaitu Jawatankuasa Induk Pengawasan Warga Asing di Sabah yang dipengerusi bersama oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah dan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri serta Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Warga Asing di Sabah yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Berhubung dengan cadangan untuk mengeluarkan semula kad pengenalan kepada semua penduduk Sabah, kerajaan mengambil maklum bahawa cadangan tersebut perlu ditangani secara berhemah. Hal ini kerana menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan bahawa apa jua pelaksanaan cadangan tidak akan menggugat keselamatan, ketenteraman awam, kelangsungan dan kesejahteraan rakyat negeri Sabah. Pandangan ini juga mengambil kira ulasan dan Laporan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah yang menyebut bahawa cadangan seumpamanya pernah dikemukakan oleh beberapa orang saksi sebelum ini dan tidak meneliti akibat daripada segi perundangan dan perlembagaan yang mungkin timbul daripada cadangan berkenaan.

Laporan tersebut turut menyentuh bahawa terdapat risiko seperti kerumitan daripada segi perundangan. Suruhanjaya Siasatan juga ada mengetengahkan pandangan bahawa terdapat di kalangan saksi-saksi yang memberikan cadangan seumpamanya tidak dapat menyediakan butiran-butiran terperinci bagi mekanisme melaksana cadangan tersebut. Walau bagaimanapun, selaras dengan tanggungjawab yang telah diberi kepada jawatankuasa ini, maka kerajaan terbuka untuk menerima cadangan-cadangan baru. Untuk menyelesaikan isu warga asing termasuk masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Sabah dan ia boleh dikemukakan melalui Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Warga Asing di Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, setiap negara berdaulat mempunyai undang-undang untuk mengawal dan memelihara ketenteraman rakyat dan kemakmuran negara. Prinsip keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang negara kita menetapkan setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara tanpa sebarang diskriminasi terhadap bangsa, agama, jantina mahupun kedudukan. Ini terdapat jaminan hak asasi dan kebebasan setiap individu. Namun, hak asasi dan kebebasan ini tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja sehingga melanggar perlembagaan negara dan undang-undang. Setiap kebebasan itu harus ada had di sisi undang-undang supaya hak seseorang individu tidak mengetepikan hak individu yang lain. Maka, berlandaskan prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan rang undang-undang, saya dan seluruh warga KDN terus komited dan beriltizam untuk memelihara keamanan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta negara yang menjadi teras utama kementerian ini.

Page 95: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 87

Setakat ini sahaja penjelasan-penjelasan yang dapat saya berikan mengenai isu yang telah dibangkit sepanjang tempoh perbahasan. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Dewan yang mulia yang telah mengemukakan pertanyaan dan berbangkit isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri. Kementerian akan mengambil perhatian dan tindakan ke atas perkara-perkara yang telah dibangkit. Saya memberi jaminan bahawa mana-mana pertanyaan yang tidak dapat dijawab pada hari ini akan diambil catatan untuk tindakan susulan. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya,

nampaknya kedua-dua kementerian ini telah berbincang dan bersetuju menukar giliran menjawab. Oleh yang demikian, saya ingin menjemput Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Silakan Yang Berhormat.

5.58 ptg.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Datin Paduka Chew Mei Fun]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan kepada tujuh Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan pelbagai perkara dan isu di bawah tanggungjawab Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa perbahasan RMKe-11. Kementerian amat menghargai segala pandangan, saranan, cadangan, keprihatinan dan teguran membina daripada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan dan akan meneliti tindakan sewajarnya ke atas semua input berkenaan. Secara ringkasnya, RMKe-11 yang bertemakan Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat. Ini memberi penekanan terhadap beberapa kumpulan sasar kementerian iaitu wanita, kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed membangkitkan isu mengenai kuota kerusi Wanita Parlimen dan ADUN. Secara keseluruhannya, terdapat perkembangan memberangsangkan dalam Pilihanraya Umum Ke-13. Perkara ini dapat dilihat melalui 81 Kerusi iaitu 58 Kerusi Dewan Undangan Negeri dan 23 Kerusi Parlimen yang telah dimenangi oleh wanita dalam PRU Ke-13 berbanding dengan hanya 63 Kerusi iaitu 40 Kerusi DUN dan 23 Parlimen pada Pilihanraya Umum Ke-12. Jumlah calon wanita yang bertanding dalam PRU Ke-13 turut meningkat kepada 168 orang berbanding 120 orang dalam PRU Ke-12

■1800

Perkembangan ini merupakan peningkatan sebanyak 40 peratus daripada jumlah keseluruhan yang bertanding dalam PRU Ke-13. Kerajaan telah meletakkan sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus orang wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor awam dan korporat.

Sehubungan itu, bagi memartabatkan peranan wanita dalam bidang politik, parti-parti politik perlu terlebih dahulu menghayati pelan tindakan pembangunan wanita. Kesediaan komitmen dan keyakinan pemimpin-pemimpin parti politik dalam membuka lebih banyak ruang dan peluang di peringkat entry point akan meningkatkan penyertaan wanita

dalam bidang politik dan seterusnya sebagai calon dalam pilihan raya serta Ahli Dewan Negara. Pelaksanaan sistem kuota wanita untuk Parlimen dan ADUN satu cadangan yang baik. Walau bagaimanapun, terdapat banyak faktor lain yang mempengaruhi pencalonan perwakilan di peringkat Parlimen dan ADUN serta penerimaan rakyat terhadap seseorang calon yang bertanding.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Chin Su Phin menyentuh masalah kajian semula kadar bantuan. Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa prihatin mengenai kos sara hidup yang semakin tinggi dan mengkaji kadar bantuan dari semasa ke semasa. Mulai tahun 2015, kadar bantuan yang melibatkan OKU iaitu elaun pekerja cacat telah dinaikkan daripada RM300 ke RM350 dan bantuan OKU tidak berupaya bekerja telah dinaikkan daripada RM150 ke RM200. Kenaikan kadar dua skim ini melibatkan pertambahan kos berjumlah RM66 juta.

Page 96: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

88 DN 29.6.2015

Untuk makluman, kadar bantuan am adalah berbeza-beza mengikut negeri yang

mana kadarnya ditentukan oleh kerajaan negeri masing-masing. Contohnya, bantuan am bagi negeri Selangor adalah antara RM100 hingga ke RM175 dan bantuan am bagi negeri Sabah adalah antara RM150 hingga ke RM300.

Pendapatan garis kemiskinan hanya merupakan salah satu kriteria kelayakan am permohonan bantuan kewangan JKM. Namun, terdapat juga kriteria-kriteria lain yang diambil kira bagi mempertimbangkan permohonan bantuan seperti bilangan anak, tanggungan yang tinggal bersama atau berasingan, tahap ketidakupayaan ketua keluarga atau ahli keluarga dan faktor-faktor lain yang munasabah yang boleh menggambarkan kedudukan kewangan dan perbelanjaan harian pemohon atau keluarga.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan sentuh mengenai masalah elaun RM8 kepada RM16 PEYATIM. Geran rangsum iaitu bantuan yang diberikan oleh kerajaan bagi menampung sebahagian kos perbelanjaan dan penyediaan makan dan minum penghuni yang tinggal berkediaman atau datang secara harian ke pertubuhan sukarela kebajikan. Kadar geran rangsum ini adalah seperti berikut:

(i) penghuni yang tinggal berkediaman di PSK diberikan RM8 sehari bagi setiap seorang; dan

(ii) penghuni datang secara harian ke PSK sebanyak RM4 sehari bagi setiap seorang;

Pembentangan Bajet 2015 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Parlimen pada 10 Oktober 2014 menyatakan bahawa menaikkan kadar makanan harian 8,700 orang penghuni di 63 buah institusi jabatan kebajikan masyarakat daripada RM8 kepada RM16. Berdasarkan ini, kenaikan kadar catuan makanan ini hanya melibatkan institusi-institusi di bawah JKM sahaja dan tidak melibatkan pertubuhan sukarela kebajikan di bawah kendalian pertubuhan sukarela kebajikan. Berkaitan kenyataan Yang Berhormat Senator bahawa kerajaan memperuntukkan sejumlah RM2 bilion. Pihak JKM hanya mendapat peruntukan berjumlah RM32.4 juta sahaja pada tahun 2015 bagi diagihkan kepada PSK yang layak, termasuklah PSK warga emas, OKU, kanak-kanak, keluarga dan wanita.

Permohonan bantuan kewangan kerajaan oleh PSK kepada KPWKM telah diluluskan termasuk daripada PEYATIM kecuali bagi PSK yang belum memulangkan bagi bantuan yang gagal dibelanjakan pada tahun semasa dan bagi PSK yang telah tamat tempoh kelulusan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993. Sejumlah 31 orang ahli gabungan PEYATIM seluruh negara telah diluluskan bantuan rangsum dan pentadbiran pada bulan Mac 2015 sebanyak RM3,214,826 termasuk PEYATIM Perlis yang telah diluluskan sebanyak RM190,960.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam menyentuh mengenai masalah kerjasama dengan kolej komuniti bagi warga emas dan OKU. Kerjasama JKM dengan kolej komuniti untuk menganjurkan program pembelajaran sepanjang hayat kepada warga emas telah diadakan semenjak tahun 2010.

Kursus yang dihadiri kursus-kursus pendek berkaitan masakan dan penghasilan produk makanan. Peserta kursus meliputi warga emas di Rumah Seri Kenangan dan juga di pusat aktiviti warga emas. Kerjasama ini turut ditekankan di dalam Pelan Tindakan Warga Emas Negara di bawah strategik kedua, pembelajaran sepanjang hayat. Strategi ini memberi peluang kepada setiap generasi terutamanya warga emas untuk melengkapkan dan meningkatkan potensi diri dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran untuk hidup secara aktif dan produktif dalam keluarga dan masyarakat. Sehingga kini, 26,942 orang warga emas telah menghadiri 29 kursus di kolej komuniti seluruh negara.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui JKM sentiasa komited dalam usaha meningkatkan kesejahteraan OKU berteraskan falsafah bahawa golongan ini juga mempunyai hak yang sama dengan orang lain serta turut bersama-sama menikmati arus pembangunan negara. Bagi memastikan penglibatan OKU lebih produktif dan inclusive, JKM telah menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti agensi, badan organisasi kolej atau institusi pengajian tinggi sama ada kerajaan atau swasta, terutama dalam menyediakan kursus yang memenuhi keperluan OKU. Dalam masa yang sama, ia diharap akan dapat mewujudkan pelbagai peluang kepada OKU bagi meningkatkan potensi kualiti diri dan kemahiran.

Page 97: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 89

JKM juga bercadang untuk menjalinkan kerjasama pintar atau National Blue Ocean Strategy dengan Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur dan Kolej Technology Park daripada segi kemahiran teknikal dan perkongsian kepakaran kursus-kursus untuk OKU. Pihak JKM juga akan mempertimbangkan cadangan, jalinan kerjasama dengan kolej komuniti bagi OKU pada masa akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff menyentuh masalah program pemadanan pekerjaan kepada OKU. Kerajaan telah memperkenalkan dasar 1 peratus peluang pekerjaan di sektor awam kepada OKU pada tahun 1988. Bagi memastikan keberkesanan pencapaian pelaksanaan ini, dasar 1 peratus peluang pekerjaan ini telah diperkukuhkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 16, Tahun 2010 yang mula berkuat kuasa pada 15 Disember 2010. Usaha ini merupakan inisiatif kerajaan untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor awam kepada golongan OKU yang berkelayakan.

■1810

Walaupun rekod dari Jabatan Perkhidmatan Awam hingga bulan Disember 2014 menunjukkan sasaran 1 peratus belum dicapai di mana hanya seramai 3,741 orang penjawat awam dalam kalangan OKU sedang berkhidmat di sektor awam. Namun kerajaan komited untuk memastikan sasaran 1 peratus OKU dalam perkhidmatan awam dapat dicapai di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas dengan mempergiatkan usaha untuk mengisi lebih 16,000 jawatan bagi golongan OKU dalam sektor awam melalui pertimbangan khas. Walau bagaimanapun, pencapaian dasar ini bergantung pada permohonan yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau melalui pengenalpastian oleh kementerian atau agensi di bawah kementerian.

Pelantikan OKU dibuat berdasarkan calon memenuhi syarat-syarat lantikan yang ditetapkan dalam suatu skim perkhidmatan. Kesesuaian calon dengan bidang tugas jawatan serta kemudahan yang disediakan oleh agensi yang berkenaan. Bagi meningkatkan peluang pekerjaan dan menggalakkan pengajian OKU dalam pasaran kerja, kerajaan melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Manusia juga telah mewujudkan sistem penempatan orang kurang upaya. Sistem ini membolehkan padanan pekerjaan dibuat antara calon OKU dengan jawatan yang bersesuaian di sektor swasta. Berdasarkan rekod JTK Semenanjung Malaysia bagi tempoh hingga Disember 2014, seramai 4,147 OKU telah berjaya mendapat pekerjaan dan ditempatkan di pelbagai sektor pekerjaan. Usaha untuk mempergiatkan pemadanan pekerjaan dengan sektor swasta juga akan dilaksanakan di bawah RMKe-11.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff juga menyentuh masalah Pusat Refleksologi 1Malaysia. Kementerian menyambut baik cadangan mewujudkan Pusat Refleksologi 1Malaysia dan akan mempertimbangkan cadangan tersebut bagi membantu OKU yang cacat penglihatan menambah sumber pendapatan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Bathmavathi A/P K.Krishnan menyentuh masalah penubuhan jabatan untuk OKU. Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya telah pun ditubuhkan di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2008, Akta 685 pada tahun 2009 bagi menjalankan tanggungjawab berkaitan pendaftaran, perlindungan, rehabilitasi, perkembangan dan kesejahteraan OKU. Justeru itu, Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya mempunyai peranan penting dalam usaha melaksanakan pelbagai dasar, program dan pemantauan bagi memastikan golongan OKU menikmati hak kepada peluang dan perlindungan serta bantuan sama rata dalam segala aspek.

Di samping itu, majlis kebangsaan bagi OKU telah diwujudkan di bawah seksyen 3, Akta Orang Kurang Upaya 2008 bagi memantau, menyelaras dan menilai pelaksanaan dasar-dasar dan pelan tindakan berkaitan OKU oleh agensi kerajaan yang berkaitan dan lain-lain penyedia perkhidmatan.

Page 98: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

90 DN 29.6.2015

Majlis ini juga berfungsi sebagai platform bagi merancang pelbagai program dan

aktiviti dalam usaha memastikan golongan OKU di negara ini menikmati kesaksamaan hak dan peluang sama seperti anggota masyarakat yang lain. Majlis ini dipengerusikan oleh...

Puan Bathmavathi A/P K. Krishnan: Minta pencelahan.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada yang hendak mencelah.

Puan Bathmavathi A/P K. Krishnan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Mengenai penubuhan bahagian bagi OKU, memang di bawah Akta Orang Kurang Upaya, Jabatan Pembangunan OKU telah pun ditubuhkan. Akan tetapi apabila Menteri menjawab mengenai tugas Majlis untuk memantau program-program, sejauh manakah majlis telah- sejak ditubuhkan? Adakah majlis memantau apa-apa program ataupun pengamalan dasar-dasar OKU setakat ini?

Datin Paduka Chew Mei Fun: Terima kasih kepada Yang Berhormat. Memang

majlis itu telah pun memainkan peranan. Inilah mengapa kita telah pun mengadakan rancangan supaya kita mencapai matlamat atau objektif atau sasaran yang telah pun ditetapkan. Di samping itu, baru-baru ini kementerian juga telah pun menubuhkan satu task force yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri yang seorang lagi untuk

menyemak balik apakah kelemahan dan ini semua akan dilaporkan kepada majlis yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Bathmavathi A/P K.Krishnan juga menyentuh mengenai sijil perakuan pengecualian GST. Menurut Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 yang disiarkan dalam warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 13 Oktober 2014, item barangan yang diberikan pengecualian cukai untuk golongan OKU anggota tiruan, kerusi roda, tempat tidur elektrik atau penyesuaian mekanikal yang direka untuk yang kurang upaya daripada segi fizikal, Braille, teks telefon untuk orang cacat pertuturan, cawan khas dan tongkat putih untuk cacat penglihatan, kasut khusus dan alat bantuan pendengaran dan penglihatan.

Walau bagaimanapun, untuk layak mendapatkan pelepasan tersebut, OKU perlu mengemukakan satu Sijil Perakuan yang ditandatangani oleh ketua pertubuhan berkaitan OKU yang berdaftar dengan JKM di bawah seksyen 6(B) Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan Pelepasan 2014. Sehubungan itu, KPWKM akan mengadakan perbincangan dengan golongan OKU bagi mendapatkan maklum balas dan masalah yang dihadapi berhubung isu ini. Sekiranya perlu, perbincangan lanjut dengan Jabatan Kastam Malaysia akan diadakan bagi memperkemaskan mekanisme pelepasan GST bagi peralatan OKU.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian menyentuh masalah pangkalan data warga emas. Pada masa ini, pangkalan data komprehensif berkaitan warga emas iaitu mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas melalui data banci penduduk dan perumahan Malaysia serta data warga emas yang mendapatkan rawatan dan perubatan daripada Kementerian Kesihatan. Walau bagaimanapun, data tersebut tidak memberikan gambaran yang tepat dan menyeluruh mengenai warga emas berikutan perpindahan warga emas dari kawasan ke kawasan yang lain mengikut anak dan keperluan semasa.

Sehubungan dengan itu, selaras dengan dasar dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara, KPWM akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan kementerian serta agensi lain yang berkaitan bagi membangunkan satu sistem pangkalan data yang lengkap dan komprehensif bagi semua warga emas di sebuah kawasan kediaman tertentu. Pembangunan sistem pangkalan data yang lengkap dan komprehensif ini kelak dapat menggambarkan locality warga emas mengikut kawasan bagi memudahkan penyediaan rancangan dan pelan tindakan jaringan sosial yang lebih berkesan kepada warga emas.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff juga menyentuh masalah gelandangan. Seramai 1,387 orang gelandangan sekitar ibu kota telah terlibat semasa kajian profiling yang dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2010. Data ini dikemas kini daripada semasa ke semasa berdasarkan operasi menyelamatkan orang papa yang dijalankan oleh JKM. Bagi tahun 2014 sehingga Oktober, seramai 1,116 orang papa telah diselamatkan dalam operasi ini, dan antara yang diselamatkan kes ulangan.

Page 99: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 91

Selain itu, data mengenai golongan ini juga boleh diperoleh daripada Anjung Singgah yang dikendalikan oleh Yayasan Kebajikan Negara. Sejak beroperasi dari tahun 2011 hingga Mei 2015, seramai 1481 orang gelandangan telah memanfaatkan kemudahan ini di Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, data daripada YKN merujuk kepada gelandangan yang mendaftarkan diri secara sukarela dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, maklumat tersebut tidak menggambarkan keseluruhan gelandangan di ibu kota.

■1820

KPWKM mengucapkan terima kasih atas cadangan menggunakan bangunan kerajaan yang tidak digunakan sebagai tempat golongan gelandangan berehat dan tidur pada waktu malam. Namun begitu, bangunan kerajaan tersebut adalah tidak semestinya sesuai atas kekurangan kelengkapan dan kemudahan yang diperlukan untuk dijadikan penempatan kepada golongan gelandangan mahupun golongan miskin.

Dalam hal ini, KPWKM sedang bekerjasama dengan Kementerian Wilayah Persekutuan yang telah memulakan usaha menubuhkan pusat-pusat gelandangan di ibu kota. Peranan KPWKM adalah lebih menjurus kepada memberi kaunseling dan nasihat serta membantu gelandangan mencari pekerjaan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Shahanim Mohd Yusoff menyentuh perkara mengenai Anjung Singgah. Pada awal penubuhan Anjung Singgah pada April 2011, Anjung Singgah hanya menumpukan kepada program penjodohan kerja kepada gelandangan. Bagi perancangan akan datang, KPWKM akan mencadangkan Anjung Singgah sebagai pusat khidmat sosial yang bukan sahaja memberi bantuan makanan dan tempat tinggal sementara tetapi sebagai pusat yang memberi khidmat kaunseling yang bersesuaian dengan permasalahan golongan gelandangan ini.

Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahaja penerangan yang dapat saya berikan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan. Saya berharap penjelasan ini dapat memberi gambaran yang lebih jelas terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang menyentuh bidang tugas dan peranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Jutaan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada setiap Ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu berkenaan.

Kementerian akan mengambil perhatian terhadap teguran dan pandangan yang telah diutarakan oleh setiap Ahli-ahli Yang Berhormat dan seterusnya diterjemahkan melalui tindakan sewajarnya. Saya juga ingin menyeru kepada semua Ahli Yang Berhormat untuk terus menyokong usaha-usaha kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi memastikan rakyat mendapat faedah dan menerima impak yang maksimum. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Sekarang kita beralih kepada Kementerian Kesihatan untuk menjawab. Silakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

6.22 ptg.

Timbalan Menteri Kesihatan [Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Yang di-

Pertua, terdahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Dewan Negara yang telah mengambil bahagian semasa perbahasan RMKe-11 yang telah membangkitkan isu-isu berkenaan dengan kesihatan. Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, saya bercadang untuk menjawab perkara-perkara yang umum sahaja, perkara-perkara yang spesifik saya bercadang untuk menjawab secara bertulis kerana kalau tidak, ia akan makan masa yang panjang, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Baik, Yang Berhormat.

Page 100: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

92 DN 29.6.2015

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator

Tuan Chandra Mohan membangkitkan isu berkenaan dengan penjagaan kesihatan dengan harga yang berpatutan dan juga Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional ataupun National Health Financial Scheme.

Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya memang kementerian memandang serius dan mengambil langkah yang boleh untuk memastikan agar rakyat mendapat akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Pada masa ini, banyak langkah dikenalkan dan diguna pakai untuk menangani isu-isu tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mempunyai 143 buah hospital dan 2,860 buah klinik kesihatan dan juga klinik desa di seluruh negara. Kita mengamalkan sistem rujukan. Kalau berlaku keperluan untuk rujuk, kita akan rujuk dari klinik ke hospital dan kalau hospital tidak ada pakar kita akan rujuk kepada hospital yang berpakar melalui sistem yang disebut sebagai cluster hospital dan rangkaian hospital pakar dan juga hospital yang tidak berpakar.

Caj rawatan adalah rendah, cuma RM1 kalau hendak jumpa doktor biasa dan RM5 untuk jumpa pakar. Kalau berlaku dikenakan prosedur-prosedur tertentu, dikenakan caj dan kalau tidak mampu juga dihapuskan caj itu, Tuan Yang di-Pertua. Bagi hospital swasta, memang pihak kementerian memantau caj yang dikenakan. Ini adalah di bawah Perintah Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) (Pindaan) 2013. Jadi bermakna juga kita memantau kes ini supaya caj tidak terlebih tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, kita memang tiap-tiap tahun kita memperluaskan dan menambahkan lagi perkhidmatan kita dan ini kita agak khuatir sedikit kerana ini akan mungkin menjadi tidak mampan ataupun tidak sustainable pada jangka masa panjang. Justeru, kementerian menerima baik cadangan Yang Berhormat Senator agar kerajaan mengkaji satu sistem pembiayaan kesihatan yang lestari ataupun sustainable bagi menangani isu peningkatan kos pembiayaan kesihatan seluruh negara.

Oleh itu, KKM telah pun memulakan satu kajian menyeluruh yakni Malaysia Health System Research (MHSR) dan kajian ini berjalan selama dua tahun, telah pun bermula, dan

ia akan mengkaji, pertama, sistem penyampaian perkhidmatan; kedua organisasi; dan ketiga, pembiayaan kesihatan. Setelah analisa MHSR dijalankan, dijangka beberapa opsyen untuk transformasi sistem kesihatan negara termasuk skim pembiayaan kesihatan dapat dijalankan untuk diperhalusi seterusnya sebelum sebarang keputusan perancangan jangka panjang dapat diambil.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Johari Mat berkenaan dengan masa menunggu yang lama. Ini memang kita alami masalah oleh sebab hari ini terdapat ramai pesakit yang suka memilih Klinik Kesihatan Kerajaan ataupun Hospital Kerajaan. Untuk mengurangkan masa menunggu, KKM telah memperkenalkan sistem temu janji secara berperingkat di mana pesakit dikehendaki datang pada masa-masa yang tertentu sahaja. Juga, diadakan laluan khas atau fast lane untuk warga emas dan OKU. Kerjasama networking seperti yang saya sebut tadi tentang hospital cluster, beberapa buah hospital dikumpulkan menjadi satu entiti. Juga, inisiatif lean healthcare iaitu meningkatkan kecekapan proses dengan menghapuskan langkah-langkah yang membazir dan mengurangkan kos, Tuan Yang di-Pertua.

Seterusnya Senator Datuk Hajah Noriah binti Mahat membangkitkan tentang MERS-CoV. Ini satu penyakit yang serius yang bermula daripada Timur Tengah dan sekarang sudah merebak kepada Korea, Thailand dan pada tahun lepas kita dapat satu kes di Malaysia. Sekarang ini terdapat 1,345 kes di seluruh dunia dan kematian sebanyak 479. Di Korea sahaja terdapat 174 kes dan yang mati ialah 27 kes.

Tuan Yang di-Pertua, di Malaysia, bermula daripada Januari 2013 sehingga kini, pihak KKM melalui CPRC ataupun National Crisis Preparedness and Response Centre di kementerian telah pun menerima sejumlah 818 notification kes yang suspected case, Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, tentang MERS-CoV tetapi semuanya telah dikaji dan didapati semuanya negatif kecuali di Batu Pahat iaitu pada April 2014 yang lalu di mana beliau telah meninggal.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, tiap-tiap pintu masuk antarabangsa di seluruh negara kita adakan periksa temperature, Tuan Yang di-Pertua.

Page 101: MALAYSIA -  · PDF fileRancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 ... pengakap, pandu puteri kerana ... Ini kerana mengikut laporan tahunan KWSP 2014,

DN 29.6.2015 93

Kita ada kamera di situ. Kalau didapati ada kes yang demam, temperature naik, kita akan panggil ke klinik, dibawa ke klinik di airport itu dan kita buat pemeriksaan lanjutan. Kita juga mengedarkan kad amaran kesihatan ataupun health alert card. Kita bagi dalam kad itu diberi nasihat tentang- sebab dia punya incubation period Tuan Yang di-Pertua, dua

minggu dan kita menasihatkan kalau mereka yang balik daripada umrah, haji ataupun daripada Middle East dan juga Korea dan Thailand, kalau didapati demam dalam jangka masa dua minggu, mereka hendaklah pergi ke klinik kerajaan ataupun swasta dan mendapat pemeriksaan yang rapi.

Tuan Yang di-Pertua, untuk management tentang MERS-CoV ini, pihak kementerian telah pun menentukan 52 buah hospital untuk rujukan kes-kes yang suspek, suspected case of MERS-CoV, dengan izin, dan kalau didapati positif, kita tentukan 23 buah hospital untuk membuat rawatan khas untuk MERS-CoV ini.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, waktu kita sekarang tepat

pukul 6.30 petang. Jadi Yang Berhormat Menteri boleh sambung esok menjawab.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Okey, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Esok kita ada 11 lagi kementerian yang hendak

menjawab kerana esok merupakan hari terakhir kementerian-kementerian menjawab. Dengan itu Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 30 Jun 2015.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.]