32
MALAYSIAN ACADEMY OF SME & ENTREPRENEURSHIP DEVELOPMENT Edisi Tahunan 2018MAHASISWA TOWARDS THE MILLIONAIRE e-USAHAWAN UiTM JOHOR KEJAYAAN PROJEK USAHAWANAN SERAI JAUHAR DI IIDEX 2018 RAMADHAN CHARITY MARKET RUMAH PERTAMAKU PERNIAGAAN ATAS TALIAN : GAYA HIDUP MASA KINI TIPS MENGEMBANGKAN KAPASITI PERNIAGAAN MASMED BULETIN

MALAYSIAN ACADEMY OF SME & ENTREPRENEURSHIP … · malaysian academy of sme & entrepreneurship development edisi tahunan 2018 mahasiswa towards the millionaire e-usahawan uitm johor

  • Upload
    lamkhue

  • View
    255

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MALAYSIAN ACADEMY OF SME & ENTREPRENEURSHIP … · malaysian academy of sme & entrepreneurship development edisi tahunan 2018 mahasiswa towards the millionaire e-usahawan uitm johor

MALAYSIAN ACADEMY OF SME & ENTREPRENEURSHIP DEVELOPMENT

Edisi Tahunan

2018

MAHASISWA TOWARDS THE MILLIONAIRE

e-USAHAWAN UiTM JOHOR

KEJAYAAN PROJEK USAHAWANAN SERAI JAUHAR DI IIDEX 2018

RAMADHAN CHARITY MARKET

RUMAH PERTAMAKU

PERNIAGAAN ATAS TALIAN : GAYA HIDUP MASA KINI

TIPS MENGEMBANGKAN KAPASITI PERNIAGAAN

MASMEDBULETIN

Page 2: MALAYSIAN ACADEMY OF SME & ENTREPRENEURSHIP … · malaysian academy of sme & entrepreneurship development edisi tahunan 2018 mahasiswa towards the millionaire e-usahawan uitm johor

KANDUNGAN BULETIN

SIDANG REDAKSI

PENASIHAT

KETUA PENGARANG

PENYELARAS

PENYUNTING BAHASA I / SETIAUSAHA

PENOLONG KETUA PENGARANG

PROF. MADYA IR DR AHMAD RAFIZAN MOHAMAD DAUDPENOLONG REKTORUNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)CAWANGAN JOHOR, KAMPUS PASIR GUDANG

ZENO MICHAEL

SHARIFAH IZIUNA SAYED JAMALUDIN

SITI HAJAR ANAZIAH MUHAMAD

MUNIRAH ONN

PENULIS BULETIN

BAHAGIAN PENERBITAN

BAHAGIAN PENGIKLANAN/PENAJAAN

NOR FADILAH BINTI MOHAMADNOOR HIDAYU ABDUL RANI

SAZALI SELAMATNURRUL IZA IBRAHIM

MOHD NAZRI KHALIDNURAISYAH KAMARUN

MAISARAH NOREZAM

ARBANAH MOHAMADAINAA MAYA MUNIRA ISMAIL

JURU FORMAT / DESIGN

BAHAGIAN AKTIVITI

PENGARAH KREATIF

PENYUNTING BAHASA IIZATUL IFFAH ABDUL LATIF

SUHANA MOHAMEDSITI FAIRUZ SUJAKNORHISYAM JENALNOR FAZLIN UTEHNORBAITI TUKIMANAHMAD KHUDZAIRI HAJI KHALIDMAISARAH NOREZAMDR MAHFUZAH MOHD ZABIDIDR MOHD ALI MUHAMAD DONSUZAINAH RAHMAT ASMAWATI @ FATIN NAJIHAH BINTI ALIASSITI NOR HAFIZA BINTI MOHD YUSOFFILYA IZYAN SHAHRUL AZHARADILA NALISA MOHD ROSLAN

DARI TINTA KETUA PENGARANG

SIDANG REDAKSI

KARYA PENULISAN -

KARYA PENULISAN -

RUANG IKLAN

Unit KeusahawananIslam

KARYA PENULISAN - Unit Latihan

KARYA PENULISAN - Unit Pengajian

KARYA PENULISAN -

RUANG SANTAI

KARYA PENULISAN -

Unit Info Usahawan

1UiTM CAWANGAN JOHOR

KAMPUS PASIR GUDANG

Unit Jaringan & Pengusaha Kecil

Masmed & Anjuran Luar

1

2

3-4

5

26-27

8-11

23-25

28-30

12-22

6-7

Page 3: MALAYSIAN ACADEMY OF SME & ENTREPRENEURSHIP … · malaysian academy of sme & entrepreneurship development edisi tahunan 2018 mahasiswa towards the millionaire e-usahawan uitm johor

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah,bersyukur saya ke hadrat illahi dengan limpah kurnia dan hidayah-Nya dapat juga Majalah Buletin MASMED edisi ke 2 disempurnakan bagi tahun 2018. Majalah ini tampil dengan lebih matang berbanding edisi pertama dan menyemadikan banyak kenangan pahit dan manis aktivi-ti MASMED sepanjang tahun 2018.

Perniagaan adalah satu tarbiyyah terbaik. Islam dan perniagaan tidak dapat dipisahkan kerana orang yang berniaga ini tawakkal mereka sebenarnya lebih tinggi kerana mereka tidak tahu bila rezeki dalam berbentuk wang akan dapat dikecapi. Mereka hanya akan melakukan kerja dan terus berusaha dan tawakkal mereka mutlak kepada Allah Taa’la sahaja. Sunnah dalam perniagaan bukanlah semata-mata untuk mengecapi kekayaan tetapi sunnah dalam perniagaan adalah tarbi-yyah diri untuk menjadi hamba Allah Taa’la. Itulah cara Tuhan mengajar manusia. Tetapi sekiranya berniaga untuk mencari nafkah dan berbakti untuk memberi manfaat pada umat manusia, itulah matlamat asal perniagaan dalam agama.

Dengan mengambil semangat Profesor Dr. Azizan Abdullah, mantan Rektor UiTM Cawangan Johor yang telah dilantik sebagai Penolong Naib Canselor bahagian keusahawanan, maka terce-tuslah pelbagai idea dan aktiviti keusahawanan yang telah digiatkan dan dinukilkan dalam buletin kali ini. Warga kami berharap dapat melahirkan usahawan dan menanam sikap sukakan berniaga. Terima kasih di atas semua komitmen ahli Sidang Redaksi yang telah membantu menghasilkan majalah yang begitu bererti ini.

inta Tketua pengarang

2 UiTM CAWANGAN JOHOR

KAMPUS PASIR GUDANG

Page 4: MALAYSIAN ACADEMY OF SME & ENTREPRENEURSHIP … · malaysian academy of sme & entrepreneurship development edisi tahunan 2018 mahasiswa towards the millionaire e-usahawan uitm johor

3UiTM CAWANGAN JOHOR

KAMPUS PASIR GUDANG

Pre-loved Items for Sales Sempena Majlis Ramah Mesra PEWANI 2018

UNIT JARINGAN INDUSTRI DAN PENGUSAHA KECIL SEDERHANA

Penulis:Adila Nalisa Mohd RoslanNoor Hidayu Abdul RaniNorbaiti Tukiman

Barangan terpakai atau lebih dikenali sebagai Pre-loved item telah menjadi satu pendekatan yang kreatif dalam usaha menjana pendapatan untuk disalurkan semula kepada mereka yang memerlukan. Menjadi satu objektif kepada pihak MASMED untuk mengambil pendekatan ini sebagai salah satu usaha murni untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik sekaligus dapat membudayakan keusahawanan di kalangan staf dan juga pelajar dengan penganjuran program Pre-loved Item for Sales sempena Majlis Ramah Mesra PEWANI 2018 pada 28 Februari 2018 di Bilik Kelab Pens-yarah, UiTM Kampus Pasir Gudang.

Program yang julung kalinya dianjurkan oleh pihak MASMED UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang yang merupakan salah satu usaha kerjasama dengan pihak PEWANI, telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan lantas menjadi ‘pintu gerbang’ bagi mereka yang mahu bersedekah. Selain itu juga, program ini diibaratkan menjadi platform kepada kakitangan UiTMCJ Kampus Pasir Gudang menyumbangkan barangan terpakai untuk dijual. Kesemua barangan yang diterima dijual dengan harga serendah RM1 dan tidak melebihi dari RM50. Hasil kutipan jualan disalurkan terus kepada tabung Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) agar dapat diberikan kepada pelajar yang kurang berkemampuan.

Sehubungan dengan itu, program Preloved Item for Sales telah memberi impak yang besar kerana berjaya me- narik minat warga kampus untuk menyumbang apa jua bentuk barangan terpakai supaya dapat membantu pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan. Selain itu juga, pembudayaan keusahawanan sosial dikalangan warga kampus berjaya dilak-sanakan di mana barang-barang yang tidak digunapakai dikumpulkan dan dijual pada harga yang berpatutan. Melalui program ini juga, dana sebanyak RM905.05 berjaya dikumpulkan dan telah diagihkan kepada pelajar dan pihak yang terlibat. Oleh itu, program seumpama ini perlulah diteruskan di masa hadapan dengan membuka lebih banyak tapak atau ruang kepada warga UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang sama ada staf mahupun pelajar yang berminat dalam penjualan barangan terpakai.

PM Haji Kamel Taufiq,Timbalan Rektor UiTM Cawangan Johor diiringi oleh PM Ir. Dr. Ahmad Rafizan, Pen. Rektor

dan En. Mior, Timb. Pendaftar ke booth Preloved.

Perasmian booth oleh Pengerusi Pewani UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang diiringi oleh

Penyelaras Keusahawanan dan Ketua Unit PKS.

Staf UiTM teruja memilih baju yang dipamerkan untuk jualan.

Pekerja pembersihan konsesi teruja dan bersemangat memilih barangan terpakai untuk dibeli.

Barang yang dijual semasa program berlangsung. Penyerahan agihan hasil jualan kepada pihak PEWANI dan ACIS.

Menandatangani surat akuan penerimaan wang hasil jualan antara pihak ACIS, PEWANI dan Unit PKS.

Aktiviti tawar menawar di antara pembeli dan penjual.

Page 5: MALAYSIAN ACADEMY OF SME & ENTREPRENEURSHIP … · malaysian academy of sme & entrepreneurship development edisi tahunan 2018 mahasiswa towards the millionaire e-usahawan uitm johor

4 UiTM CAWANGAN JOHOR

KAMPUS PASIR GUDANG

UNITJARINGAN INDUSTRI DAN PENGUSAHA KECIL SEDERHANA

Ramadhan Charity Market

Penulis:Adila Nalisa Mohd RoslanNoor Hidayu Abdul RaniNorbaiti Tukiman

Ramadhan adalah bulan yang sentiasa dinantikan oleh seluruh umat Islam di mana umat Islam bukan sahaja mem-perbanyakkan amal ibadah, malahan ramai yang menantikan peluang untuk menambah pendapatan. Begitu juga dengan Unit Jaringan Industri dan PKS yang tidak ingin melepaskan peluang untuk menjana pendapatan di bulan yang mulia ini sambil beramal dengan menjalankan program Ramadhan Charity Market yang berlangsung selama 4 hari bermula 4 Jun dan berakhir pada 6 Jun 2018 yang bertempat di Bilik Kelab Pensyarah UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang.

Program ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di kalangan warga kampus UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang. Program ini adalah rentetan dari program Pre-loved Sales yang diadakan oleh Unit Jaringan Industri dan PKS pada awal tahun 2018. Program ini tercetus pada bulan Ramadhan memandangkan bulan ini diberi ganjaran besar apabila seseorang itu mengeluarkan infak atau membantu golongan yang kurang berkemam-puan. Justeru itu, unit ini mengambil inisiatif memberi bantuan dari segi menurunkan harga barang ke atas barangan jualan. Selain itu juga, program ini telah memberi kesedaran kepada warga kampus akan pentingnya menyumbang apa jua idea dan barangan terpakai dalam membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan sekaligus dapat melatih pembudayaan keusahawanan di kalangan warga kampus UiTMCJ, Kampus Pasir Gudang. Program ini turut memberi sumbangan dari segi penjanaan kewangan kepada UiTM menerusi agihan keuntungan yang diberikan.

Secara keseluruhan, program ini telah membantu golongan warga kampus yang kurang berkemampuan mem-beli barangan pada harga yang murah dan berpatutan. Pelajar dan staf yang menjalankan perniagaan ini dapat mem-pelajari ilmu keusahawanan menerusi jualan barangaan terpakai. Di samping itu juga, program ini telah dapat memu-puk semangat ingin menyumbang dan beramal pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan gandaan pahala. Hasil pendapatan juga dapat membantu pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan. Melalui program ini, penjanaan pendapatan sebanyak RM516 telah berjaya dikumpul dan telah diagihkan kepada pelajar dan pihak yang terlibat. Oleh itu, program seumpama ini perlu diteruskan di masa hadapan dengan membuka ruang dan peluang kepada pelajar dan staf untuk menyumbang dan membuat jualan amal pada bulan Ramadhan.

Antara barang-barang yang dijual dalam Program Ramadhan Charity Market.

Pelanggan di kalangan staf dan pekeja pembersihan UiTM Pasir Gudang sedang memilih barangan untuk dibeli.

Staf UiTM teruja memilih baju yang dipamerkan untuk jualan.

Staf UiTM teruja memilih baju yang dipamerkan untuk jualan.

Page 6: MALAYSIAN ACADEMY OF SME & ENTREPRENEURSHIP … · malaysian academy of sme & entrepreneurship development edisi tahunan 2018 mahasiswa towards the millionaire e-usahawan uitm johor

5UiTM CAWANGAN JOHOR

KAMPUS PASIR GUDANG

Jualan Juadah Aidilfitri, UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, 22-24 Mei 2018

KEUSAHAWANAN ISLAM

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1439H, Unit Keusahawanan Islam dan Unit Siswa Niaga MASMED telah menganjurkan program Jualan Juadah Aidilfitri. Dalam program jualan selama 3 hari ini, pelbagai juadah seperti aneka kerepek dan biskut raya telah dijual kepada semua warga UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang sebagai persediaan warga kampus untuk menyambut hari raya. Objektif program ini dijalankan adalah bagi memberi kesedaran untuk membudayakan keusahawanan dalam meningkatkan taraf hidup. Selain itu, ia memberi peluang kepada warga kampus untuk berkongsi produk-produk jualan mereka seterusnya mengeratkan hubungan silaturrahim. Program jualan ini berjaya menjana pendapatan keseluruhan sebanyak RM1400.50 dan keuntungan bersih yang diperolehi adalah RM 258.30. Sebanyak 80% dari hasil keuntungan dimasukkan ke dalam tabung MASMED, dan selebihnya 20% keuntungan disumbangkan kepada UiTM.

Secara keseluruhan, program Jualan Juadah Aidilfitri ini mendapat sambutan yang menggalakkan bukan sahaja di kalangan staf malah para pelajar. Para peserta mencadangkan supaya program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan menjual lebih variasi produk kuih raya dan kerepek. Mereka juga mencadangkan supaya memberi peluang berniaga kepada para pelajar bagi menggalakkan penglibatan pelajar di dalam bidang keusahawanan.

Alam sekitar bukan setakat perlu dipelihara malah perlu juga dipulihara. Bagi menyemai rasa cinta akan alam sekitar, Unit Keusahawanan Islam, MASMED mengambil inisiatif menganjurkan program “Bengkel Go Green UiTMPG”. Dalam bengkel ini, pensyarah Akademi Pengajian Bahasa yang juga merupakan salah seorang AJK MASMED iaitu Puan Nadzrah Sa’adan berkongsi tips mengenai teknik tanaman berkesan dan pengalaman beliau dalam menanam beberapa jenis sayuran di halaman rumah.

Objektif program ini diadakan adalah untuk memupuk perasaan cinta akan alam sekitar dan berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian. Selain mendapat ilmu teknik penanaman berkesan yang mudah dipraktikkan, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubun-gan sillaturrahim di kalangan staf. Maklum balas para peserta amat menggalakkan. Mereka sangat gembira dan mencadangkan agar program ini dijalankan pada masa akan datang dengan skala peserta yang lebih besar serta variasi tanaman yang lebih banyak. Rentetan daripada program ini, MASMED juga merancang untuk mengadakan program lanjutan tanaman berskala kecil tanpa menggunakan ruang yang besar di sekitar kampus. Hasil tanaman akan dijual kepada staf seterusnya menjana pendapatan UiTMCJ Kampus Pasir Gudang.

Go Green , UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, 10 Oktober 2018

Penulis:Siti Fairuz SujakNadzrah Sa’adanNor Fadilah MohamadAslina Moklas

Penulis:Siti Fairuz SujakAinaa Maya Munira IsmailNor Fadilah MohamadAslina Moklas

Page 7: MALAYSIAN ACADEMY OF SME & ENTREPRENEURSHIP … · malaysian academy of sme & entrepreneurship development edisi tahunan 2018 mahasiswa towards the millionaire e-usahawan uitm johor

6 UiTM CAWANGAN JOHOR

KAMPUS PASIR GUDANG

LATIHAN UNIT

MAHASISWA TOWARDS THE MILLIONAIRE 2018

Amalan keusahawanan di kalangan Mahasiswa UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang dapat dirumuskan melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan di kampus. Semua pelajar diwajibkan untuk mengambil kod subjek Entrepereneur-ship yang menekankan asas keusahawanan dan seterusnya ke arah penyediaan Perancangan Perniagaan (Business Plan). Misi melahirkan graduan UiTMCJ Kampus Pasir Gudang yang bergelar usahawan dan memiliki perniagaan sendiri akan direal-isasikan dengan kerjasama dari Keusahawanan (Unit Siswa Niaga dan Unit Latihan), Kelab Keusahawanan, Fakulti Penguru-san dan Perniagaan UiTMCJ Kampus Pasir Gudang bersa-ma-sama dengan Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) melalui program Pembiayaan Syariah Budding PUMA.

Hasil intipati dari perancangan ini, maka lahirlah seminar yang telah dijayakan dengan gemilang pada 10 Mac 2018 dengan penyertaan seramai 250 pelajar dari fakulti yang berbe-za. Pada sesi pagi seminar, satu forum bertajuk “The Secrets of the Millionaire Mind” telah diadakan dengan membincangkan tentang motivasi keusahawanan “kenapa perlu jalankan perniag-aan?” dan merungkai karakter usahawan millionaire. Para panel jemputan terdiri daripada usahawan latihan PUNB yang sudah berjaya menerokai dunia keusahawanan dengan cemerlang. Manakala sesi petang pula telah dihidangkan dengan makluman perkongsian perniagaan bersama PUNB, TERAJU dan MATRADE. Kemeriahan berganda dengan kehadiran Yang Berbahagia Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Rafizan Bin Mohamad Daud, Penolong Rektor dan Encik Zeno Michael, Penyelaras Keusahawanan ke majlis perasmian seminar diiringi Puan Nor Fazlin Uteh dan Puan Ainaa Maya Munira Ismail, ketua Unit Latihan dan Siswa Niaga UiTM CJ Kampus Pasir Gudang.

Penulis:Nurul Farhana MazlanNor Fazlin UtehHazriel Faizal Pahroraji Ainaa Maya Munira Ismail

Page 8: MALAYSIAN ACADEMY OF SME & ENTREPRENEURSHIP … · malaysian academy of sme & entrepreneurship development edisi tahunan 2018 mahasiswa towards the millionaire e-usahawan uitm johor

7UiTM CAWANGAN JOHOR

KAMPUS PASIR GUDANG

e-USAHAWAN UiTM JOHOR 2018“BUSINESS PROFIT AT YOUR FINGERTIPS”

LATIHAN UNIT

Program e-Usahawan merupakan ilham Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan telah dilancarkan pada tahun 2015. Program ini bertujuan memberi pendedahan terhadap perkembangan keusahawanan digital di kalangan belia Malaysia dan para usahawan mikro Perusahaan Kecil dan Sederhana. UiTM, sebagai salah sebuah Institut Pengajian Awam (IPTA) yang turut menyahut seruan kerajaan dalam mempertingkatkan kemahiran perniagaan di kalangan para pelajar demi melahirkan graduan yang mempunyai “Business Mind” telah bekerjasama dengan Malaysia Digital Economy Corportaion (MDEC) dan Speed Office Sdn. Bhd. untuk mengadakan program sehari e-Usahawan pada 18 April 2018. Penganjuran ini dikelola sepenuhnya oleh Unit Latihan Keusahawa-nan dan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPDP), UiTM Caw. Johor Kampus Pasir Gudang. Antara modul kemahiran pemasaran berkesan secara digital yang telah dikongsikan bersama 200 pelajar UiTM adalah merangkumi:

1) Kaedah mengenal pasti potensi perniagaan digital melalui kajian pasaran dan pesaing. 2) Kaedah meningkatkan permintaan dan jualan mengunakan media sosial seperti Facebook dan Instagram. 3) Kaedah membina laman sesawang asas dan memahami konsep SEO (Search Engine Optimization). 4) Kaedah menghasilkan ayat jualan berkesan untuk perniagaan digital (Copywriting). 5) Teknik “Close Sales” melalui Whatsapp dan Teknik Pemasaran Melalui Email.

Semoga perkongsian ini memberi gambaran secara jelas peranan teknologi yang perlu diambilkira dalam perancangan perniagaan agar lebih berkesan seiring dengan era perkembangan e-dagang dan globalisasi.

Penulis:Nurul Farhana MazlanNor Fazlin UtehHazriel Faizal Pahroraji Nurazlina Samsudin

Page 9: MALAYSIAN ACADEMY OF SME & ENTREPRENEURSHIP … · malaysian academy of sme & entrepreneurship development edisi tahunan 2018 mahasiswa towards the millionaire e-usahawan uitm johor

8 UiTM CAWANGAN JOHOR

KAMPUS PASIR GUDANG

PENGAJIAN UNIT

Dialog Bersama Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC)(International Youth Center, 30 MAC 2018)

Pihak MASMED UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang telah diberikan peluang untuk membuat lawatan dan mengadakan sesi dialog bersama Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC) yang telah berlangsung pada 30 Mac 2018. Lawatan ini disertai oleh 34 orang pelajar dan 4 orang pensyarah. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar dan pensyarah UiTMCJ Kampus Pasir Gudang untuk

mendapatkan input dan maklumat terkini menge-nai perkhidmatan yang ditawarkan oleh IYC. Di samping itu, para peserta juga dapat mempelajari konsep “urban farming” yang dijalankan oleh IYC serta mendapatkan maklumat mengenai peluang yang ditawarkan kepada para pelajar terutama belia yang boleh dimanfaatkan untuk menambah kemahiran keusahawanan pelajar.

Para pelajar telah memperolehi input dan mak-lumat terkini berkenaan peluang yang disediakan

oleh IYC. Maklumat terkini lebih-lebih lagi untuk belia amat diperlukan sekiranya para pelajar ini ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan di masa akan datang. Pembelajaran seperti ini tidak akan diperolehi dari pembelajaran langsung di dalam kelas melainkan dengan menghadiri lawatan dan sesi dialog seperti ini. Secara keseluruhan, para peserta menyedari bahawa ilmu keusahawanan di kalangan bumiputera perlu ditambah lagi melalui sesi dialog untuk membuka minda para pelajar dalam mencari peluang keusahawanan yang telah diperuntukan oleh kera-jaan kepada para belia. Dengan itu, program latihan ini telah berjaya menambah kesedaran pelajar terhadap peluang keusahawanan.

Kerjasama seperti ini memberi peluang kepada Unit Pengajian MASMED dan warga UiTM untuk menimba pengalaman dalam men-jalankan aktiviti keusahawanan di luar kampus serta merapatkan hubungan UiTM dengan International Youth Center (IYC).

Penulis: Doris Asmani Mat YusofSuhana MohamedRozi Rifin

Page 10: MALAYSIAN ACADEMY OF SME & ENTREPRENEURSHIP … · malaysian academy of sme & entrepreneurship development edisi tahunan 2018 mahasiswa towards the millionaire e-usahawan uitm johor

9UiTM CAWANGAN JOHOR

KAMPUS PASIR GUDANG

Kolaborasi Penanaman Serai Bersama Duta Jauhar 5.0 Di Kampung Sawah Pontian (26 April 2018)

UNIT PENGAJIAN

Pihak MASMED UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang telah diberikan peluang untuk berkolaborasi dalam penanaman serai bersama Duta Jauhar 5.0 di Kampung Sawah Pontian yang telah berlangsung pada 26 April 2018. Program ini disertai oleh 34 orang pelajar dan 8 orang pensyarah. Tujuan program kolaborasi ini adalah memberi pelu-ang kepada para pelajar dan pensyarah UiTMCJ Kampus Pasir Gudang mempelajari teknik penanaman serai yang betul untuk tujuan komersil. Di samping itu, para peserta juga dapat mempelajari konsep pertanian moden yang diajar oleh pegawai dari Pejabat Pertanian Pontian serta mendapatkan maklumat mengenai peluang dan geran yang ditawarkan kepada belia untuk menambah kemahiran keusahawanan pelajar.

Para pelajar telahmelaksanakan program ini bersama Duta Jauhar 5.0 UiTM Kampus Pasir Gudang, Jabatan Pertanian Daerah Pontian dan penduduk Kampung Sawah. Pelbagai maklumat terkini yang diperolehi semasa taklimat pertanian amat bermanfaat dan diperlukan sekiranya para pelajar berminat untuk menceburkan diri dalam bidang pertani-an pada masa akan datang. Pembelajaran seperti ini tidak akan diperolehi di dalam kelas melainkan dengan melibatkan diri dalam program seperti ini.

Secara keseluruhan, peserta menyedari bahawa walaupun budaya keusahawanan di kalangan bumiputera telah meningkat namun tanpa ilmu dalam bertani, seseorang itu mungkin tidak mampu kekal dalam keusahawan pertanian. Maka dengan adanya program penanaman serai ini, ia memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari teknik menanam serai yang betul di samping dapat beramah mesra dengan penduduk kampung dan tetamu jemputan. Program ini berjaya membuka minda para pelajar untuk terus men-cari dan menggunakan peluang yang diberikan oleh kerajaan kepada belia. Dengan pendedahan sebegini, program ini telah berjaya meningkatkan kese-daran pelajar terhadap peluang keusahawanan.

Kerjasama seperti ini turut memberi peluang kepada Unit Pengajian MASMED dan warga UiTM untuk menimba pengalaman dalam menjalankan aktiviti keusahawanan di luar kampus serta merapatkan hubungan UiTM dengan Jabatan Pertanian Daerah Pontian serta penduduk Kampung Sawah.

Para peserta bergambar di Tapak Projek Serai Jauhar sebelum memulakan kerja.

Sesi fotografi sebelum bergerak pulang ke kampus.

Para peserta bergambar di Tapak Projek Serai Jauhar sebelum memulakan kerja.

Simbolik penanaman serai di tapak projek oleh para jemputan

Penulis:Suhana MohamedDoris Asmani Mat YusofRozi Rifin

Page 11: MALAYSIAN ACADEMY OF SME & ENTREPRENEURSHIP … · malaysian academy of sme & entrepreneurship development edisi tahunan 2018 mahasiswa towards the millionaire e-usahawan uitm johor

10 UiTM CAWANGAN JOHOR

KAMPUS PASIR GUDANG

PENGAJIAN UNIT

Kejayaan Projek Komuniti Keusahawanan Sosial Serai Jauhar di IIDEX2018

Penulis: Suhana Mohamed

9 Disember 2017 merupakan tarikh keramat untuk 15 orang pelajar Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang kerana telah terpilih untuk menerima dana RM1,000 bagi membolehkan mereka menjalankan kajian untuk mendapatkan tempat bagi menyertai Duta Jauhar 5.0 (DJ5) tahun 2018. Pada 4 Februari 2018, secara rasminya mereka telah dinobatkan sebagai Duta Jauhar 5.0 dan berjaya menem-patkan kumpulan mereka dalam kelompok 30 kumpulan terbaik untuk menyertai pertandingan projek keusahawanan sosial di Negeri Johor Darul Takzim. Kumpulan mahasiswa ini merupa-kan wakil kepada universiti masing-masing dan pertandingan ini melibatkan penyertaan dari universiti awam dan swasta seluruh negara.

Program Duta Jauhar ini merupakan inisiatif Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin mantan Menteri Besar Johor dalam menjayakan transfor-masi masyarakat di Negeri Johor melalui pendekatan National Blue Ocean Strategy (NBOS). Program ini telah berjaya melibatkan sejumlah

160 agensi kerajaan dan swasta serta lebih 30,000 orang masyarakat tempatan melalui penganjuran Program Duta Jauhar Siri 1.0 hingga 4.0 yang lalu. Aspirasi ini diteruskan dalam menjayakan Program Duta Jauhar Siri 5.0 pada tahun 2018.

Kumpulan DJ5 UiTMCJ Kampus Pasir Gudang ini sedang menjalankan Projek Komuniti Serai Jauhar yang bertu-juan membantu meningkatkan taraf ekonomi masyarakat di Kampung Sawah, Pekan Nenas, Pontian, Johor. Objektif utama projek ini ialah membantu menambah pendapatan para belia, meningkatkan hasil serai di samping menjadikan kawasan Kam-pung Sawah sebagai pusat atau hub produk inovasi berasaskan serai. Projek ini diberi masa selama setahun untuk dilaksanakan dan para peserta dikehendaki menjalankan pelbagai aktiviti bersama golongan sasaran yang telah dipilih oleh kumpulan mereka. DJ5 UiTMPG telah melaksanakan 25 aktiviti sepanjang tempoh penyertaan bermula Mac sehingga Oktober 2018. Kesemua aktiviti ini telah dirangka bersama penasihat dan juga golongan sasaran bagi manfaat bersama.

Kumpulan DJ5 UiTMCJ Kampus Pasir Gudang juga telah berjaya menghasilkan produk inovasi serai untuk dikete ngahkan dalam membantu golongan sasaran mereka yang telah dinamakan Madame Sue Lemongrass Powder. Produk ini merupakan serbuk serai yang telah dikeringkan yang mana serai tersebut merupakan serai yang telah ditanam oleh golongan sasaran mereka dan produk tersebut telah dihasilkan dengan kerjasama salah sebuah kilang di Melaka.

Produk ini telah berjaya mendapat pengiktirafan di peringkat antara-bangsa apabila 4 orang ahli kumpu-lan DJ5 UiTMCJ Kampus Pasir Gudang telah menyertai pertandingan IIDEX 2018 dengan mengetengahkan produk mereka.

Tujuan menyertai pertandingan ini adalah untuk memperke-nalkan sekaligus mencari pasaran produk ini. Produk Madame Sue Lemongrass Powder telah memenangi Diamond Award – Innovation (Young Inventor Under Gradu-ate) dan Gold Medal – Innovation (Young Inventor Under Graduate). Perkongsian maklumat serta cadangan penam-bahbaikan yang telah diberikan oleh para juri dan orang awam telah dicatat untuk dijadikan rujukan pada masa hada-pan.

Apa yang lebih membanggakan, para pelajar yang terlibat dengan projek ini merupakan pelajar semester 3 dan 4 diploma daripada pelbagai fakulti di Kampus Pasir Gudang. Oleh kerana minat yang mendalam terhadap bidang keusahawanan di samping ingin mengambil peluang untuk membantu komuniti dan menjadi usahawan, mereka juga telah berjaya mendaftarkan perniagaan mereka meng-gunakan nama Herbalioza Resources Enterprise. Lebih manis lagi apabila golongan sasaran mereka juga turut mendaftarkan perniagaan mereka untuk terus menjalankan perniagaan ini menggunakan nama Rela Tani Enterprise. Produk yang telah dihasilkan merupakan jalinan kerjasama mereka, komuniti dan syarikat MyCuisine Cube Sdn Bhd

sebuah kilang p e m p r o s e s a n produk kering.

Perjalanan yang dilalui oleh para pelajar ini bukanlah mudah. Pelbagai halangan dan kekangan telah dihadapi sepanjang menyertai program

ini untuk menjayakan projek ini. Namun kerja keras, semangat yang kental dan sikap yang positif telah meletak-kan kumpulan ini ke tahap yang ada pada ketika ini. Semoga lebih banyak kejayaan akan dicapai oleh kumpulan pelajar ini menjelangnya majlis penutup dan penyampaian hadiah yang akan diadakan dalam masa 2 ke 3 bulan lagi.

Adalah diharapkan UiTMPG akan terus melahirkan bukan sahaja mahasiwa yang berdaya saing dalam bidang masing-masing malah mampu untuk membantu sebagai ejen transformasi masyarakat di Negeri Johor.

Page 12: MALAYSIAN ACADEMY OF SME & ENTREPRENEURSHIP … · malaysian academy of sme & entrepreneurship development edisi tahunan 2018 mahasiswa towards the millionaire e-usahawan uitm johor

11UiTM CAWANGAN JOHOR

KAMPUS PASIR GUDANG

Start-Up Weekend Johor Bahru @ UTM 2018 (26 – 28 Oktober 2018)

UNIT PENGAJIAN

Penulis:Rozi RifinSuhana MohamedDoris Asmani Mat Yusof

Pada 26 hingga 28 Oktober yang lalu, seramai 25 orang pelajar dan 5 orang pensyarah UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang telah menyertai program Start-Up Weekend Johor Bahru yang telah diadakan di UTM Skudai bersempena penganjuran Program Inno-vate Johor 2018. Tujuan utama program ini dilak-sanakan adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang memahami konsep keusahawanan sebenar dengan lebih mendalam dan mempelajari penjanaan idea yang unik serta kreatif bagi penyelesaian masalah.

Para pelajar telah berpeluang mempelajari teknik Business Model Canvas (BMC), Validation Board dan Business Pitching yang betul serta lebih mudah difahami dan digunakan. Disamping itu, para pelajar juga diajar untuk menggunakan Google Cloud Platform dan .CO domain secara percubaan percuma (free trial) di mana platform atas talian ini amat berguna kepada usahawan pada zaman digital ini. Para pelajar telah melaksanakan program ini bersama-sama dengan peserta lain di UTM dimana ianya dibantu oleh 15 orang mentor yang hebat dan berpengalaman luas dalam memulakan perniagaan (business start-up). Bertemakan Kampus Masa Depan (Future Campus), para pelajar dikehendaki untuk men-cadangkan idea inovatif yang mampan berteknologi hijau dari pelbagai perspektif.

Secara keseluruhannya, seramai 80 orang peser-ta telah terlibat dalam program ini. Pelajar amat teruja kerana dapat mempelajari teknik Business Model Canvas (BMC), Validation Board dan Business Pitching yang diperkenalkan. Sudah pasti pembelajaran seperti ini tidak akan diperolehi di dalam kelas melainkan dengan terlibat di dalam program seperti ini.

Pada akhir program, 2 kumpulan daripada UiTMCJ Kampus Pasir Gudang yang telah mencadang-kan idea perniagaan “automated fire alarm” dan “door lock open using phone” terpilih sebagai pemenang tempat ketiga dan membawa pulang hadiah istimewa (special prize). Mereka telah berjaya membawa balik wang tunai bernilai RM500.

Secara keseluruhan, para pelajar selaku peserta program amat seronok dengan program “Start-Up Week-end Johor Bahru @ UTM” yang disertai. Pengalaman membuat tugasan di dalam kumpulan yang turut disertai oleh pelajar universiti lain telah membuka minda mereka. Mereka juga dapat beramah mesra dan bertukar pendapat dengan peserta-peserta lain.

Program ini berjaya membuka minda untuk menggunakan peluang yang ada bagi mencapai matlamat dan hala tuju kehidupan selepas tamat pengaji-an. Dengan pendedahan sebegini, program ini telah berjaya meningkatkan kesedaran pelajar terhadap segala peluang keusahawanan yang terdapat bukan sahaja di dalam malah di luar negara.

Sesi fotografi sebelum bergerak pulang ke kampus.

Para Pemenang SWJB

Aktiviti Hari Ketiga SWJBSesi fotografi sebelum program bermula.

Page 13: MALAYSIAN ACADEMY OF SME & ENTREPRENEURSHIP … · malaysian academy of sme & entrepreneurship development edisi tahunan 2018 mahasiswa towards the millionaire e-usahawan uitm johor

12 UiTM CAWANGAN JOHOR

KAMPUS PASIR GUDANG

Menerap Minat Usahawan Di Kalangan Orang Asli

INFO USAHAWAN

Dilaporkan pada tahun 2018, pendapatan nelayan di Sungai Masai Pasir gudang menurun dari RM2,000 ke RM800. Ini adalah disebabkan pencemaran sungai dan laut dari sisa bahan buangan yang bahaya menyebabkan hidupan laut mati. Pendapatan mereka semakin berkurang terutama ketika musim tengkujuh di mana nelayan yang hanya mempuyai bot kecil tidak mampu pergi ke laut kerana arus gelombang laut yang kuat. Kebanyakan nelayan adalah terdiri dari kaum orang asli dan pelbagai aduan telah diutarakan namun tiada yang tampil men-gambil tindakan.

Satu program Clean La Jetee iaitu program bersama UiTM, para nelayan, isteri dan anak nelayan telah berlangsung pada 26 Oktober 2018, bertempat di Kampung Nelayan Orang Asli Pasir Putih, Pasir Gudang. Pada program ini, para peserta didedahkan dengan cara membuat mudball. EM Mudball merupakan campuran tanah liat dengan bahan organik, molases, minerals dan gabungan bakteria baik iaitu asid laktik, fototropik, yis dan antinomycetes. Kesemua bahan-bahan tersebut digump-al menjadi bentuk bola dan akan dibaling ke dalam sungai untuk membersihkan air sekaligus meningkatkan kualiti air. Para nelayan boleh menghasilkan mudball ini untuk menjana pendapatan di mana kos untuk membuat mudball ini hanyalah 10 hingga 20 sen bergantung kepada saiz. Penghasilan mudball sangat mudah dan boleh dijual di pasaran pada harga RM1.50 hingga RM2.00. Di samping menjana pendapatan, nelayan juga dapat menyelesaikan masalah air tercemar di kawasan mereka. Di program ini, sebanyak 60 biji mudball telah dihasilkan oleh penduduk kampung dan sebanyak RM120 telah diserahkan sebagai upah mereka menghasilkan mudball.

Selain menjadi usahawan mudball, penduduk kampung diajar membuat baja kompos iaitu baja yang diperbuat dari bahan buangan makanan. Baja ini boleh menggantikan baja kimia yang sedia ada dan juga boleh dijual. Ia adalah gabungan sisa makanan serta sisa daun dan rumput yang dapat membantu tumbesaran tanaman mereka. Sebelum pogram berakhir, penduduk diterangkan tentang program destini anak bangsa MDAB yang ditawarkan oleh pihak UiTM. MDAB ditubuhkan bagi memberi pendidikan kepada anak-anak miskin Melayu dan Bumi-putera dan luar bandar yang berpendapatan (gaji kasar) ibu bapa kurang dari RM4,000 sebulan. Pelajar yang lulus dalam MDAB layak ditawarkan ke program Diploma mengikut syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan oleh UiTM. Dengan ini, anak orang asli yang berhasrat untuk mengubah nasib keluarga mereka boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran. Program ini berakhir pada jam 5 petang dan diharap dapat memberi impak yang positif kepada masyarakat orang asli di sini.

Penulis:Munirah Binti OnnSuzainah Binti Rahmat

Page 14: MALAYSIAN ACADEMY OF SME & ENTREPRENEURSHIP … · malaysian academy of sme & entrepreneurship development edisi tahunan 2018 mahasiswa towards the millionaire e-usahawan uitm johor

13UiTM CAWANGAN JOHOR

KAMPUS PASIR GUDANG

INFO USAHAWAN

Brownies : Melonjak Nama Zurrin Cakehouse

Menjadi seorang usahawan merupakan impian semua orang kerana rezeki yang dijanjikannya. Bergelar usaha-wan berjaya bukanlah mudah kerana pelbagai liku-liku dalam perniagaan yang perlu ditempuhi. Namun itu bukan-lah pematah semangat bagi yang betul-betul minat untuk menceburkan diri dan memulakan sesuatu perniagaan.

Marina Omar, 30 tahun, telah mengambil satu lang-kah yang berani bagi mengubah masa depan kerjayanya. Graduan Ijazah Sains Komputer ini satu ketika dahulu merupakan seorang pensyarah di IPTA. Atas dorongan diri, suami dan keluarga, beliau mengambil keputusan untuk tidak lagi mengajar dan mula menguruskan perusahaan bakeri sepenuh masa.

Idea untuk memulakan perusahaan bakeri ini bukanlah asing baginya. Mewarisi bakat daripada ibunya yang juga seorang pembuat kek, Marina telah berjinak-jinak dalam perusahaan kek ini sejak dari sekolah menengah lagi. Kek lapis Sarawak hasil tangan ibunya menjadi permu-laan beliau dalam perusahaan kek. Sambil belajar beliau menjual kek lapis kepada pelanggan terdekat. Namun minat ini terhenti sementara bagi menumpukan perhatian dalam pelajaran sehingga ke peringkat universiti.

Setelah tamat pengajian, beliau ditawarkan menja-di seorang pensyarah di UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang di Jabatan Fakulti Sains Komputer dan Matematik. Atas dorongan semangat dan impiannya, beliau kembali menyambung perusahaan bakeri setelah 2 tahun

berada di UiTMCJ Kampus Pasir Gudang. Dari situlah, beliau terus mengembangkan sayap perusahaan keknya tanpa ragu-ragu lagi. Apabila ditanya kenapa perniagaan menjadi pilihan, bagi beliau, perniagaan merupakan punca rezeki yang menjanjikan pulangan rezeki sebanyak 9/10 berbanding perkerjaan lain selain minat mendalam beliau dalam bidang membuat kek dan pastri.

Mengimbas pengalaman Marina dalam memu-lakan perusahaan kek agak suram pada awal 3 bulan pertama. Pelbagai strategi diusahakan dalam mem-perkenalkan produk beliau. Group Facebook menjadi medium utama beliau dalam mempromosikan kek. Pelbagai teknik tarikan pelanggan dilakukan demi mencari pelanggan yang ramai. Ibarat pepatah, rezeki tidak pernah tersalah alamat, kek beliau iaitu brownies merupakan satu produk signature Marina, diminati ramai pelanggan dari hari ke saban hari tanpa putus. Pelanggannya bermula dengan kenalan rapat dan terus tersebar di kalangan rakan-rakan pelanggan setia beliau. Menggunakan media sosial seperti Face-book dan Instagram, dari situlah bertapaknya jualan dan promosi kek beliau disebarkan dan di bawah penjenamaan Zurrin_Cakehouse. Kek brownies beliau telah menjadi kegemaran bukan sahaja di kalangan masyarakat setempat malahan sehingga luar kawasan Pasir Gudang.

Proses menghias kek harilahir tempahan pelanggan dari awal sehingga selesai

Antara hasil tangan Zurrin Cakehouse

muka surat seterusnya..

Page 15: MALAYSIAN ACADEMY OF SME & ENTREPRENEURSHIP … · malaysian academy of sme & entrepreneurship development edisi tahunan 2018 mahasiswa towards the millionaire e-usahawan uitm johor

14 UiTM CAWANGAN JOHOR

KAMPUS PASIR GUDANG

INFO USAHAWAN USAHAWANINFO

Ditanya mengenai kenapa brownies menjadi produk pertama beliau, katan-ya, kek itu adalah kek kesukaan suaminya Shamsul Bin Diman. Beliau mula mencuba resipi daripada internet dan mengolah resipi mengikut citarasa mereka berdua berulangkali. Setelah satu resipi berjaya dicipta, Marina dan

suami terus menggunakan resipi kejayaan mereka dan mengekalkan kualiti kek brownies hingga ke hari ini. Tanpa membuat sebarang pinjaman kewangan, Marina memulakan perniagaan dengan modal sendiri seperti menggunakan segala bahan sedia ada dan tidak menggunakan sebarang mesin pengadun kek. Segala tempahan yang diterima dilaku-kan sendiri dengan dibantu oleh suaminya. Dengan keuntun-gan yang diperolehi barulah sedikit demi sedikit modal dikum-pulkan dan sebahagian dijadikan simpanan. Selepas 1 tahun beroperasi dari rumah, beliau akhirnya mampu membeli mesin pengadun dan ketuhar pembakar berkapasiti lebih besar, menggantikan ketuhar sedia ada.

Di bawah label Zurrin_ Cake-house, hingga ke hari ini, pelbagai kek sudah dicipta dan dijual oleh Marina seperti Brownies, Almond Nutella Brownies, Nutella Volcano, Congo Bar, Chocolate Brulee, Pecan Butterscotch, Hokkaido, tart pelbagai perisa menjadi pilihan pelanggan setia beliau. Selain kek, beliau turut memvariasikan produk lain seperti kuih talam, sandwich, cupcake, fancy cookies dan puding milo oreo. Atas permintaan ramai, tempahan untuk kek kahwin dan kek harijadi turut ditawarkan tetapi hanya diambil dalam jumlah terhad. Walaupun tidak pernah menghadiri mana-mana kelas memasak, bagi mereka ilmu membuat kek dan pastri boleh diambil dari mana-mana sama ada internet, buku, mahu pun resipi-resipi viral yang popular zaman kini.

Menghadiri kelas memasak merupakan satu peluang untuk mengenali pembuat-pembuat kek dan meningkatkan ilmu dalam mereka resipi yang berkualiti dan enak. Kelebihan mengikuti kelas membuat kek bagi mereka adalah untuk men-jadi satu platform networking di kalangan peserta. Kesunggu-han dan motivasi sesama sendiri merupakan penguat seman-gat dalam perusahaan kek ini. Yang penting bagi mereka adalah perancangan, kemahiran dan kekuatan dalam pemasa-ran produk mengatasi segala aspek. Jika tahu membuat kek tapi tidak pandai dalam mengatur strategi menjual dan mema-sarkan produk, perusahaan bakeri ini tidak akan bekembang dengan bagus.

Apabila ditanya berkenaan perancangan untuk melonjak perusahaan bakeri ini ke tahap seterusnya, beliau dan suami merancang untuk membuka kedai pada tahun hadapan. Sepanjang beroperasi, rumah mereka menjadi studio membuat dan membakar pel-bagai jenis kek. Sebelum mereka berpindah ke kedai baru, beliau ingin membuka peluang dan mendapatkan tenaga pekerja tetap kerana selama ini hanya mereka berdua sahaja yang menguruskan kesemua kerja dari membuat kek, menghantar dan memasarkan produk kek mereka. Mereka juga bakal menambah ejen-ejen bagi menggiatkan lagi perusahaan kek ini ke serata tempat. Sehingga kini, beliau mempunyai beberapa orang ejen di sekitar Kulai dan Skudai kerana tempah-an yang menggalakkan di kawasan tersebut. Selain itu, beliau berhasrat untuk menjadi sub-supplier produk orang luar. Mana-mana pembuat kek yang ingin men-jual produk mereka akan bernaung di bawah penyeliaan beliau, dan segala kek dan produk mereka akan dijual menggunakan label Zurrin_Cakehouse.

Tujuan beliau dalam mem-perkenalkan konsep ini adalah untuk membantu pembuat kek di luar yang bermasalah dari segi pemasaran produk.

Bagi yang ingin memulakan perniagaan bakeri ini, Marina menasihatkan agar bemula dengan membuat kek yang mudah dan senang tetapi sedap. Tidak perlu menjual dengan harga yang terlalu mahal dan dalam bentuk pek yang kecil. Fokus perlu diberi-kan kepada satu jenis dahulu dan kembangkan perniagaan

dengan mencari dan mendapatkan pelanggan setia terlebih dahulu. Setelah dikenali maka variasi kek dan produk boleh diperkenalkan kepada pelanggan utama sebelum ianya tersebar secara sendiri di kalangan rakan-rakan pelanggan setia.

Puan Marina dan suami

Menghasilkan berbagai jenis brownies bagi memenuhi permintaan pelanggan

Penulis:Siti Hajar Anaziah MuhamadSharifah Iziuna Sayed Jamaludin

Page 16: MALAYSIAN ACADEMY OF SME & ENTREPRENEURSHIP … · malaysian academy of sme & entrepreneurship development edisi tahunan 2018 mahasiswa towards the millionaire e-usahawan uitm johor

15UiTM CAWANGAN JOHOR

KAMPUS PASIR GUDANG

Kerap berlegar di fikiran setiap graduan sama ada mahu makan gaji dengan bekerja di bawah syarikat orang atau memulakan perniagaan sendiri dan menjadi usahawan. Jawa-pan bagi soalan tersebut bergantung kepada diri mereka sendiri kerana setiap pilihan mempunyai pro dan kontra tersendiri. Kita diberi pilihan untuk membuat keputusan untuk memilih sesuatu untuk kebaikan diri dalam jangka masa yang panjang.Bagi orang Islam, contoh terbaik ialah Rasulullah, merupakan seorang ahli perniagaan yang hebat. Pada suatu ketika di waktu berniaga, Rasulullah telah memperoleh keuntungan melebihi keuntungan usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang

sama. Baginda bersabda, “Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi). Bekerja dengan makan gaji bermaksud bekerja di bawah orang lain sama ada dalam sektor awam atau swasta. Sektor awam ialah seperti syarikat di bawah naungan kerajaan. Contoh bagi sektor swasta pula ialah seperti Sendirian Berhad atau Enterprise. Makan gaji bererti bekerja untuk majikan dan kerja yang dilakukan akan diberi upah oleh majikan setiap hujung bulan. Manakala menjadi usahawan bermaksud bekerja di bawah syarikat sendiri di mana gaji mereka tidak tetap dan bergantung kepada pendapatan syarikat itu sendiri. Faktor kecemasan dan kemalangan tidak akan menganggu situasi pekerja kerana ia dijamin oleh majikan. Akan tetapi majikan perlu mencari cara untuk membayar upah kepada pekerja yang bekerja untuknya. Kelebihan bagi yang bekerja makan gaji, mereka yang bekerja akan memperolehi gaji secara tetap setiap bulan mengikut jawatan masing-masing dalam pekerjaan tersebut. Mereka turut mampu mendapat pembiayaan pinjaman seperti rumah, kereta, kad kredit, dan sebagainya. Kemudahan perubatan di klinik panel dan juga rawatan di hospital turut dibiayai hospital, berpeluang mendapat bonus tahunan, kenaikan pangkat dan pembangu-nan kerjaya. Manakala, kebaikan bagi mereka yang menjalankan perniagaan sendiri pula ialah hasil pendapatan mampu mencecah angka yang jauh lebih lumayan daripada bekerja makan gaji. Bekerja sendiri turut dapat mem-beri peluang kepada diri sendiri untuk bercuti pada bila-bila masa. Selain itu, terdapat pro dan kontra dari segi tempat kerja dan masa bekerja. Mereka yang bekerja di bawah orang perlu berada di tempat kerja pada waktu yang telah ditetapkan oleh majikan tanpa mengira jarak perjalanan. Masa bekerja mereka turut ditetapkan setiap hari bermula jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang, pada kebiasannya. Bagi mereka yang bekerja sendiri pula, menjadi usahawan tidak perlu risau tentang masa dan tempat bekerja kerana masa dan tempat bekerja mereka ditetapkan sendiri dan banyak masa dapat diluangkan untuk perkara lain selain bekerja. Golongan peniaga juga dikatakan lebih diminati berbanding mereka yang bekerja sendiri. Hal ini kerana di alam perniagaan pulangan hasil bagi usahawan memang tidak dinafikan sangat bagus. Jika seseorang itu melabur sebanyak sera-tus ribu ringgit, mampu menghasilkan pulangan dua ratus ribu ringgit dalam masa kurang 12 bulan. Akan tetapi realiti alam perniagaan amat berbeza dengan apa yang disangkakan. Usahawan bagi setiap perniagaan sering berhadapan dengan risiko muflis sekiranya pelan yang dicadangkan untuk memajukan perniagaan tidak berhasil. Terlalu banyak keraguan dalam hasil daripada perancangan tersebut yang membuatkan para usahawan perlu lebih berusaha untuk memikirkan cara agar mereka mendapat hasil. Sudah menjadi tanggungjawab bagi mereka yang bernama majikan untuk sentiasa menjaga kebajikan para pekerja. Majikan mungkin tahu bahawa terdapat pekerja mereka menghadapi kesukaran untuk menghadapi kehidupan mereka lagi-lagi dengan suasana kos kehidupan yang semakin meningkat pada hari ini. Majikan perlu-lah mencari cara agar kehidupan para pekerja yang susah tidak memberi kesan kepada prestasi kerja mereka. Antara yang perlu diusahakan adalah meningkatkan hasil perniagaan agar beban pekerja ini diringankan dengan meningkatkan gaji mereka.

*Gambar hiasan

Makan Gaji Vs Menjadi Usahawan

INFO USAHAWAN

muka surat seterusnya..

Page 17: MALAYSIAN ACADEMY OF SME & ENTREPRENEURSHIP … · malaysian academy of sme & entrepreneurship development edisi tahunan 2018 mahasiswa towards the millionaire e-usahawan uitm johor

16 UiTM CAWANGAN JOHOR

KAMPUS PASIR GUDANG

USAHAWANINFO

TIPS MENGEMBANGKAN KAPASITI PERNIAGAAN

Semua orang ingin menceburi bidang perniagaan. Ini adalah salah satu bidang yang hampir semua orang mahu melakukannya di seluruh dunia sama ada di dalam atau di luar bandar. Tetapi, tahukah kita apakah definisi perniag-aan yang sebenar? Apabila disebut perniagaan, yang terlintas di fikiran adalah men-

jana wang. Apakah hubungan perniagaan dengan wang? Selalunya motivasi hendak berniaga datang daripada impian mahu “menjana kewangan”. Bukan sebarangan wang, tetapi memerlukan wang yang banyak. Paul Freet iaitu seorang usahawan dan pakar komersil barat menya-takan bahawa perniagaan adalah “satu proses yang berulang-ulang untuk menjana pendapatan. Selain daripa-da itu ia adalah hobi”. Jika difahami kenyataan daripada Paul Freet ini, jelaslah perniagaan sangatlah berkaitan dengan wang. Setelah memahami definisi mudah ini, maka, setiap orang yang ingin menceburkan diri atau yang sedang menceburkan diri perlu memahami asas pengenalan dan elemen dalam bidang perniagaan. Perniagaan yang dijalankan ini mampu memberi manfaat dan impak kepada peniaga mahupun kepada pelanggan. Setiap perniagaan yang dijalankan perlu dikekalkan dan perlu dikembangkan kapasitinya. Dalam perkongsian kali ini, Encik AKK akan kongsikan 5 Tips bagaimana untuk mengembangkan kapa-siti dalam perniagaan. Tips ini boleh diaplikasikan oleh semua warga UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang terutamanya para mahasiswa yang mempunyai minat dalam bidang perniagaan.

Pertama, setiap usahawan mestilah mempunyai minda jutawan. Benar, minda kena luas dan besar untuk meneri-ma lebih banyak perkara yang positif dan menarik. Kedua, setiap usahawan mestilah mempunyai jiwa yang bersih, kaya jiwa dan kaya hati dalam segenap perkara yang diceburinya dalam bidang perniagaan.Ketiga, perbuatan seperti senyum merupakan perkara yang perlu ada atau mesti ada pada semua usahawan ketika berhadapan dengan pelanggan. Senyuman ini dapat menarik pelanggan yang berpotensi tinggi datang kepada kita. Keempat, setiap usahawan mestilah mempunyai ilmu yang luas. Ilmu merupakan perkara yang sangat penting. Ilmu perlu dicari oleh setiap usahawan. Bagaimana seseorang itu ingin mendapatkan ilmu? Caranya mudah sahaja, kita hanya perlu membaca sebanyak yang mungkin terutamanya pada waktu awal pagi kerana pada waktu ini minda kita masih lagi segar untuk menerima ilmu-ilmu yang berguna.Kelima, tips bagaimana untuk mengembangkan kapasiti dalam perniagaan adalah dengan mewujudkan sistem. Setiap perniagaan yang melibatkan jual beli perlu ada sistem seperti laman sesawang (website). Website perniagaan ini akan memudahkan pelanggan untuk melakukan tempahan pembelian. Sistem ini juga dapat menjimatkan banyak masa dalam urusan perniagaan ini.Semoga kelima-lima tips yang dikongsikan oleh Encik AKK pada penulisan ini dapat memberi manfaat kepada pembaca buletin MASMED pada edisi kali ini.

Penulis:Munirah Onn, Muhammad Aiman bin Mohammad, Muhammad Hafiy bin Fardzlu, Muhammad Amir Saddam bin Azhar dan Muhammad Zaqwan bin A Halim

Penulis:Ahmad Khudzairi Khalid (Encik AKK)

Kesimpulannya, makan gaji atau menjadi usaha-wan bukanlah menjadi persoalan. Ia bukanlah perkara yang penting untuk menentukan yang mana lebih baik, asalkan individu tersebut berpuas hati dan gembira akan keputusan yang mereka lakukan dan itulah pilihan yang terbaik bagi mereka. Ramai yang suka bekerja makan gaji kerana mereka suka dan minat akan kerja yang mereka lakukan. Mereka turut gembira bekerja dengan rakan-rakan sekerja dan hidup bahagia dengan keadaan itu. Sesetengah orang pula suka untuk menjalankan perniagaan sendiri dan mereka bebas melakukan apa yang mereka suka dan mereka turut gembira dengan hasil pendapatan yang mereka perolehi.

Page 18: MALAYSIAN ACADEMY OF SME & ENTREPRENEURSHIP … · malaysian academy of sme & entrepreneurship development edisi tahunan 2018 mahasiswa towards the millionaire e-usahawan uitm johor

Memiliki rumah pasti menjadi idaman setiap orang tetapi kebanyakkan di antara kita takut untuk membuat keputusan untuk membuat pelaburan ke atas pembelian rumah. Selain daripada kurang pengetahuan terhadap proses jual beli rumah, pembeli juga risau dengan komitmen bulanan yang tinggi walhal rumah adalah aset yang penting di dalam kehidupan berbanding memiliki kereta baru. Ada yang juga menunggu pengesa-han jawatan atau mendapat kenaikan gaji walhal harga rumah sentiasa meningkat. Tetapi sampai bila kita mahu membayar rumah sewa yang pasti bukan milik kita?.Walaupun membeli rumah perlu disegerakan, beberapa perkara perlu difikirkan sebelum anda membuat keputusan untuk membeli rumah. Jangan terburu-buru, membeli rumah seolah-olah anda sedang membuat keputusan untuk berkahwin. Membeli rumah juga bukan seperti membeli gula-gula kerana ini adalah perjudian sepan-jang hidup anda. Oleh itu, saya gariskan beberapa panduan memiliki rumah berdasarkan pengalaman saya yang sedikit.

Sebelum Membeli Rumah

1. Kenalpasti rumah yang ingin dimiliki sama ada rumah dalam proses pembinaan, rumah baru, rumah untuk dijual balik (subsale) atau rumah lelong.2. Kenal pasti status pemaju rumah dalam pembinaan bagi mengelakkan kerugian kesan daripada projek terbengkalai.3. Kenalpasti jenis rumah: rumah atas tanah, rumah pangsa, strata, pegangan bebas (freehold), pajakan (leasehold).4. Mengkaji kelayakkan harga rumah yang mampu dimiliki. Anda boleh membawa slip gaji ke mana-mana bank untuk mengetahui kelayakkan maksimum membeli rumah.5. Memastikan rekod Central Credit Reference Information System (CCRIS) dari Bank Negara anda bersih (mempunyai nilai 0 iaitu tiada tunggakan) jika anda ingin membuat pinjaman bank.6. Mengkaji komitmen bayaran bulanan rumah. Sesetengah rumah memerlukan bayaran tambahan perkhidmatan seperti kos penyelenggaraan terutama rumah pangsa mahupun rumah “Gated and Guarded”.7. Kenalpasti kawasan rumah yang ingin dimiliki. Beberapa perkara perlu dikaji seperti: * Jarak rumah dari tempat kerja. * Jarak rumah dari sekolah. * Kenalpasti bakal jiran tetangga. * Lokasi terbit dan terbenam matahari. * Kawasan kurang tumpuan jenayah dan bukan tempat penagihan dadah. * Dekat dengan tempat ibadah (Masjid, Gereja & Kuil). * Keadaan lalulintas utama di kawasan perumahan. * Kedudukan rumah sama ada rumah lot ataupun rumah tengah. * Keluasan tempat meletak kenderaan. * Rumah yang mempunyai nilai harga yang tinggi selepas beberapa tahun untuk proses jual balik.

8. Mengkaji tempat untuk mencari rumah (Property Guru, Mudah, Sales di Facebook)9. Membawa rakan yang berpengalaman membeli rumah untuk melihat kawasan rumah dahulu sebelum membuat keputusan membeli rumah. Meninjau kaedaan kawasan persekitaran semasa siang dan malam bagi tujuan keselamatan.

INFO USAHAWAN

Rumah Pertamaku

17UiTM CAWANGAN JOHOR

KAMPUS PASIR GUDANG

muka surat seterusnya..

Page 19: MALAYSIAN ACADEMY OF SME & ENTREPRENEURSHIP … · malaysian academy of sme & entrepreneurship development edisi tahunan 2018 mahasiswa towards the millionaire e-usahawan uitm johor

18 UiTM CAWANGAN JOHOR

KAMPUS PASIR GUDANG

USAHAWAN INFO

Penulis:Arbanah Muhammad

Semasa Membeli Rumah

1. Rumah jenis secondhand@subsale, kenalpasti kos pembelian rumah melalui ejen atau tuan rumah (Biasanya caj akan dikenakan sekiranya membeli dari ejen rumah iaitu 1-3 % dari harga rumah).2. Soal selidik syarikat ejen rumah atau individu untuk mengelakkan penipuan.3. Kenalpasti bank pilihan dan tawaran yang dibuat (skim rumah pertama, kadar faedah, tahun pinjaman : 30, 25, 20 tahun)4. Pinjaman kerajaan atau bank (pinjaman 90%, 100%, 105%).5. Kemudahan yang disediakan dari pinjaman kerajaan atau bank.

* Skim Perumahan Belia BSN – Pembiayaan sehingga RM 100, 000- rm 500, 000. Bantuan ansuran bulanan RM 200. * Skim Rumah PR1MA * Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)-erumah.johor.gov.my

6. Rumah dalam pembinaan boleh mendapat diskaun sehingga 20%.7. Menyediakan wang 15-16% dari harga rumah untuk bayaran tempahan, deposit, perjanjian jual beli (SPA), bayaran guaman, bayaran penilaian rumah (valuation) dan duti stem. 8. Kenal pasti cara untuk membuat bayaran deposit seperti menggunakan wang KWSP.9. Menyediakan wang pengubahsuaian rumah dan wang untuk keperluan peralatan asas untuk rumah baru (Lampu, Kipas, Cat, Dapur dan sebagainya).10. Elakkan menggabungkan nama suami-isteri untuk membeli rumah.

Sekarang anda mempunyai sedikit ilmu untuk membuat keputusan membeli rumah. Pastinya anda boleh berbangga sekiranya dapat membeli rumah pertama dan teruja memasuki rumah baru. Anda bolehlah memikirkan tema hiasan rumah. Jangan tak tidur malam pula untuk bermimpi rumah pertamaku. Semoga Berjaya!

Page 20: MALAYSIAN ACADEMY OF SME & ENTREPRENEURSHIP … · malaysian academy of sme & entrepreneurship development edisi tahunan 2018 mahasiswa towards the millionaire e-usahawan uitm johor

19UiTM CAWANGAN JOHOR

KAMPUS PASIR GUDANG

Jom Berniaga Dengan ALLAH

Benarkah boleh berniaga dengan Allah? Apakah bentuk perniagaan yang boleh dilakukan? Bagaimana pula menge-nai laba dan keuntungan yang bakal diperoleh? Kesemua jawapan kepada persoalan ini terkandung dalam firman Nya yang bermaksud; “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergem-biralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.” Menurut al-Hafiz Ibnu Kathir dalam tafsirnya Allah SWT menggantikan segala pengorbanan jiwa dan harta yang dilakukan oleh para Mukminin kerana Allah dengan balasan Syurga. Oleh itu menurut al-Imam al-Hasan al-Basri mereka berniaga dengan Allah dan Allah meninggikan bala-sannya sehingga beroleh laba dan keuntungan berlipat kali ganda. Diceritakan ketika Nabi Muhammad SAW dijemput untuk menghadap Allah pada malam Israk dan Mikraj, bagin-da diperlihatkan dengan segolongan manusia yang mena-nam dan menuai pada masa yang sama. Lalu ditanya kepada Malaikat Jibril dan dijawab itulah balasan bagi golon-gan yang berjihad dijalan Allah sehingga dilipatgandakan pahala buat mereka setinggi 700 kali ganda. Untuk itu juga umat Islam diajak merealisasikan tuntutan jihad ini dalam kegiatan ekonomi semasa. Yang mana jihad dalam konteks ekonomi boleh dilaksanakan oleh kedua pihak pengeluar dan pengguna sekali gus. Sebagai pengeluar yang terlibat mengolah faktor-faktor pengeluaran umat Islam diajak untuk terlibat secara meluas dalam apa sahaja aktiviti pengeluaran yang mendatangkan manfaat kepada manusia. Ini termasuklah dengan menyediakan barangan dan perkhidmatan yang bersifat patuh Syariah untuk keperluan semua. Keperluan untuk berjihad dalam bidang ini nampak signifikan apabila aktiviti pengeluaran di negara ini masih dimonopoli oleh bukan Bumiputera sehing-ga mereka tidak mengerti soal halal dan haram selain hanya berharap keuntungan maksimum. Kepentingan menceburkan diri dalam bidang penge-luaran ini dikukuhkan lagi oleh Rasulullah SAW dengan sabdanya yang bermaksud; Adalah lebih molek seseorang kamu mencari seberkas kayu api lalu dipikul di atas belakangnya (untuk dijual) yang mana itu lebih baik dari

pada mengemis kepada orang lain yang kadang-kadang diberi ataupun tidak. Yang mana dalam hadis ini Baginda menyentuh mengenai aktiviti ekonomi seperti pengeluaran melalui usaha mencari mencari kayu api, aktiviti pengagihan dengan cara bersedekah kepada golongan memerlukan selain aktiviti penggunaan dengan berusaha untuk memenuhi keperluan diri sendiri dan orang yang di bawah tanggungan. Sebagai pengguna barangan dan perkhidmatan pula, masyarakat Islam dinasihatkan agar hanya meng-guna barangan yang berstatus halalan tayyiban (halal dan bermanfaat) sahaja. Yang kemungkinan tidak mudah untuk seseorang melaksanakannya. Apatah lagi apabila barangan tiada sijil halal lebih murah dan mudah diperoleh di pasaran. Konsep penggunaan barangan halal ini juga hendaklah diperluaskan bukan sahaja kepada produk makanan semata-mata. Produk kecantikan diri, produk kebersihan, produk kesihatan dan banyak lagi yang tidak diiktiraf oleh Lembaga Persijilan Halal, Jabatan Kema-juan Islam Malaysia (JAKIM). Ini ditambah lagi dengan produk kewangan dan perbankan yang juga hendaklah berstatus patuh syariah agar tidak terpalit dengan dosa besar makan riba’ yang dilaknat agama. Sehubungan dengan itu umat Islam sebagai pengguna terbesar diajak berjihad dengan hanya meng-guna barangan yang berstatus halal sekali gus menggu-nakan consumer power untuk mendesak pengeluar mendapatkan sijil halal yang kebaikannya kembali kepada pengguna itu sendiri. Perlu juga diingat betapa mencari yang halal itu suatu kewajipan sehingga soal halal dan haram ini suatu yang perlu dititik beratkan. Ingatlah juga betapa kedua-dua pihak pengeluar dan pengguna akan dipertanggungjawabkan terhadap segala kegiatan ekonomi yang dilaksanakan. Pengeluar akan dipersoalkan tentang sumber modal yang digu-nakan dalam aktiviti pengeluaran manakala pengguna akan ditanya ke mana segala perolehan dibelanjakan. Justeru itu berniaga dengan Allah SWT dengan berjihad fisabilillah adalah perniagaan yang paling men-guntungkan di dunia dan di hari akhirat sehingga tidak patut dikesampingkan. Jom berniaga dengan Allah dan bayarannya adalah Syurga yang tiada tolok bandingnya.

Dr. Mohd. Ali bin Muhamad DonPensyarah KananAkademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)UiTM Kampus Pasir Gudang, Johor Darul Takzim

INFO USAHAWAN

Page 21: MALAYSIAN ACADEMY OF SME & ENTREPRENEURSHIP … · malaysian academy of sme & entrepreneurship development edisi tahunan 2018 mahasiswa towards the millionaire e-usahawan uitm johor

20 UiTM CAWANGAN JOHOR

KAMPUS PASIR GUDANG

USAHAWANINFO

Pada abad ke-21, perniagaan secara atas talian telah menjadi satu fenomena bukan sahaja di Malaysia malahan di seantero dunia. Pembelian di atas talian merupakan proses pembelian atau urusniaga menggunakan aplikasi layan diri yang berasas-kan internet. Gaya hidup masyarakat sekarang yang sangat sibuk, menjadikan fenomena membeli secara atas talian adalah pilihan yang tepat berbanding kaedah konvensional. Pening-katan penggunaan internet yang boleh diakses di mana-mana dan tanpa had telah menawarkan satu pasaran baru dalam bidang perniagaan. Internet kini bukan sahaja suatu jaringan media tetapi ianya juga telah menjadi satu pilihan medium transaksi dalam pasaran global. Sistem perniagaan atas talian merupakan satu proses yang mana melibatkan hubungan secara langsung antara pengguna dan peniaga. Urusniaga barangan dan perkhidmatan melalui internet dilakukan tanpa melibatkan perkhidmatan perantara. Jika dilihat, bilangan pelanggan internet di Malaysia sendiri telah meningkat seramai 25 juta pelanggan dengan lebih 42 juta pengguna telefon mudah alih pada tahun 2015 berbanding hanya 18 juta pengguna pada tahun 2012. Kepesatan penggunaan internet ini menunjukkan satu peluang pasaran yang amat meluas untuk perniagaan secara atas talian. Selain itu, merujuk kepada statistik dan laporan yang dikeluarkan oleh Bernama pada tahun 2013 menunjukkan lebih ramai pengguna internet di Malaysia merupakan pembeli berbanding penjual dengan saiz pasaran urusniaga dalam talian mencecah 5 billion Ringgit Malaysia pada tahun 2014.

Konsep yang digunakan dalam perniagaan atas talian menggunakan internet adalah sama dengan konsep konven-sional yang mana ianya bertujuan untuk memperkenalkan produk dari segi penjenamaan, promosi dan menjana pendapatan. Perbezaannya ialah peniaga atas talian menjalankan perniagaan melalui dalam talian dan tidak berha-dapan secara langsung dengan pengguna. Bagi individu yang berminat untuk menjalankan perniagaan secara atas talian, terdapat banyak platfom yang boleh digunapakai bagi memu-lakan perniagaan. Antaranya ialah melalui Facebook, Instagram, Twitter, emel, blog-blog dan banyak lagi. Namun begitu, indivi-du tersebut perlulah mengenalpasti platfom yang mana paling sesuai digunakan dan mestilah sudah biasa dan tahu cara menggunakan platfom tersebut. Penggunaan teknologi maklumat, menjadikan operasi perniagaan atas talian adalah tidak terhad. Ianya boleh beroperasi selama 24 jam sehari mengikut kehendak pemilik. Ini jelas ianya dapat memberi kelebihan dalam perkhidmatan pelanggan kerana pelanggan boleh membuat urusniaga tanpa mengira halangan waktu dan

Penulis:Asmawati @ Fatin Najihah Binti Alias Siti Nor Ha�za Binti Mohd Yuso�

Perniagaan Atas Talian : Gaya Hidup Masa Kini

tempat. Perniagaan atas talian juga berupaya menjana keun-tungan yang lumayan kerana kekuatan internet meliputi pasaran yang luas. Pembelian secara atas talian kini menjadi satu alternatif langkah yang mudah kerana ianya bukan sahaja dapat menjimatkan masa malah dapat menjimatkan kos. Contohnya, pembeli boleh membuat perbandingan harga bagi produk atau servis yang sama sebelum membuat pilihan dan ianya boleh dilakukan secara atas talian. Selain itu, dengan adanya keterbukaan pasaran ini, pengguna juga berpeluang untuk membeli barangan dari luar negara pada harga yang lebih menjimatkan. Pengguna juga tidak perlu lagi bersesak dalam lalu lintas ataupun bersiap untuk keluar ke kedai bagi membeli keperluan mereka. Malah pengguna juga tidak perlu untuk membuang masa beratur panjang di kaunter pembayaran. Pengguna hanya perlu melayari laman sesawang untuk melihat dan menilai produk yang diperlu-kan, kemudian membuat pesanan seterusnya membuat bayaran yang juga melalui atas talian. Selepas pembayaran dilakukan, pengguna hanya perlu menunggu produk yang dibeli, dihantar ke alamat mereka. Secara tidak langsung, ianya turut menjana peningkatan terhadap industri pengangkutan negara.

Sebagaimana menurut laporan Suruhanjaya Komu-nikasi dan Multimedia Malaysia, peningkatan pengguna internet di Malaysia meningkat secara mendadak pada tahun 2011, ianya secara tidak langsung telah menunjukkan peningkatan urusniaga atas talian. Justeru itu, perniagaan atas talian ini juga boleh menjadi satu titik permulaan di kalangan mahasiswa universiti untuk menceburi bidang perniagaan. Kaedah perniagaan ini tidak memerlukan modal yang tinggi tetapi impak pasarannya sangat meluas. Selain itu, ianya juga mempunyai risiko yang lebih rendah berband-ing kaedah konvensional. Oleh itu, perniagaan atas talian boleh menjadi satu talian hayat bagi mahasiswa yang bermi-nat untuk mencari duit poket bagi menampung kos hidup sepanjang tempoh pengajian memandangkan kos taraf hidup kini semakin meningkat. Di samping dapat menjana pendapatan, tanpa sedar mereka juga dapat membina rangkaian dengan dunia luar, meningkatkan ilmu komunika-si, kepercayaan diri, kepimpinan yang mana meliputi kema-hiran insaniah (soft-skill) yang diterapkan oleh universiti. Secara tidak langsung universiti dapat melahirkan kelompok mahasiswa yang holistik seperti mana yang ditekankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 22: MALAYSIAN ACADEMY OF SME & ENTREPRENEURSHIP … · malaysian academy of sme & entrepreneurship development edisi tahunan 2018 mahasiswa towards the millionaire e-usahawan uitm johor

21UiTM CAWANGAN JOHOR

KAMPUS PASIR GUDANG

INFO USAHAWAN

Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Hashim adalah seorang tokoh yang semasa hidupnya gigih mengembang-kan nilai keusahawanan Islam dikalangan orang Melayu. Menurutnya, orang Melayu mesti berani berubah menjadi bangsa yang berniaga. Pemikiran takut menceburi bidang perniagaan kerana bimbang menjadi terlalu materialistik sehingga lupakan Tuhan harus diperbetulkan.

Rasulullah SAW adalah sumber inspirasi terbaik untuk seseorang menceburi bidang perniagaan. Bukan sahaja baginda, sahabat-sahabat baginda seperti Saiyidina Abu Bakar, Umar dan Usman juga adalah ahli perniagaan yang berjaya. Dalam masa yang sama, mereka semua mempunyai keimanan yang kental kepada Allah SWT.

Perniagaan yang berteraskan keimanan kepada Allah SWT bukan sahaja dapat menjaga hubungan baik dalam masyarakat khususnya terhadap golongan miskin dan kurang berkeupayaan, tetapi juga memelihara alam dari kerosakan.

Sebaliknya, perni-agaan yang tidak didasari nilai baik akan cenderung merosakkan sistem mas-yarakat yang harmoni dan kelestarian alam. Ahli perniagaan Barat yang terkenal, Rolf Oster-berg turut menyatakan bahawa “kehidupan

manusia moden dipenjara oleh nilai material sehingga kehidupan dan perniagaan yang diusahakan hilang makna yang sebenar.”

Meskipun tujuan utama menceburi perniagaan adalah untuk mendapat keuntungan, namun, bagi seseo-rang mukmin, keuntungan atau kekayaan yang ingin diper-oleh bukan didasarkan atas sikap rakus dan tamak. Sebali-knya, didorong oleh perasaan ingin berkhidmat dan menyumbang bakti kepada orang lain.

Sebagai contoh, Nabi SAW menguruskan perniagaan dan barang dagangan Khadijah dengan penuh berhemah, bertanggungjawab dan amanah. Tutur kata yang sopan dan penuh hormat kepada pelanggan, menceri-takan kebaikan dan keburukan setiap barangan yang dijual dengan jujur menyebabkan rasa orang suka dan mencari Nabi SAW untuk berurusniaga.

Kekayaan Saiyidina Abu Bakar RA pula menye-babkan Saiyidina Bilal bin Rabah RA dapat dimerdekakan. Begitu juga dengan kekayaan Saiyidina Usman yang dapat membeli telaga dari seorang Yahudi untuk diwakaf-kan demi kepentingan umat Islam pada zaman Rasulullah SAW.

Justeru, umat Melayu Islam tidak wajar berasa takut untuk menceburi bidang ini dan bersandar kepada alasan bimbang menjadi seorang yang materialistik atau individu-alistik. Sikap menjadikan agama sebagai satu cara untuk melarikan diri dari mencapai kecemerlangan dalam hidup adalah suatu sikap yang sangat buruk.

Islam adalah agama yang sangat menggalakkan usaha dan ketekunan untuk mencapai kejayaan. Ajaran Islam juga berpegang kepada prinsip tangan yang di atas adalah lebih baik dari tangan yang di bawah. Justeru, dorongan membabitkan diri dalam bidang perniagaan bukan bertujuan mengumpul kekayaan untuk kepentingan diri dan keluarga.

Memacu Budaya Bisnes Dalam Kalangan Umat Islam :Materialistik Dan Individualistik Bukan Alasan

Sumber : Steemit.com

Sumber : google

muka surat seterusnya..

Page 23: MALAYSIAN ACADEMY OF SME & ENTREPRENEURSHIP … · malaysian academy of sme & entrepreneurship development edisi tahunan 2018 mahasiswa towards the millionaire e-usahawan uitm johor

22 UiTM CAWANGAN JOHOR

KAMPUS PASIR GUDANG

USAHAWANINFO

Sebaliknya, perniagaan adalah satu jihad ekonomi yang menjadi senjata untuk membebaskan masyarakat dari belenggu kemiskinan. Perniagaan juga memerdekakan seseorang dari sikap bergantung harap kepada orang lain dan meningkatkan sikap tawakkal kepada Allah SWT.

Seterusnya, dalam buku “Khalifah Ganti Super-man” Allahyarham Tan Sri Ali Hashim turut mengutarakan keperluan untuk membisneskan budaya. Membisneskan budaya bermaksud membina kesanggupan dan ke-upayaan diri dengan tidak berasa segan untuk menang dalam persaingan.

Untuk membisneskan budaya Melayu dan nilai Islam, terdapat beberapa perkara yang perlu diubah oleh orang Melayu. Pertama adalah mengubah sikap cuai dan lengah dalam menghargai dan menguruskan masa. Beker-ja sambil lewa dan secara berlebih kurang perlu ditukar kepada bekerja bersungguh-sungguh dan menyiapkannya dalam masa yang ditetapkan. Gesaan untuk bertindak dengan pantas dan cekap harus disemai dalam nilai budaya hidup orang Melayu.

Kedua adalah mengikis sikap suka berbelanja tanpa tujuan dan membazir. Kedua-dua sikap ini menun-jukkan kelemahan dalam disiplin kewangan serta kejahilan dalam menghargai nilai guna wang yang sebenar. Keadaan kehidupan akan menjadi lebih teruk lagi apabila membazir dalam berbelanja ini disusuli dengan sikap suka berhutang tanpa perancangan dan komitmen untuk membayarnya semula. Apa yang dipentingkan adalah kelihatan hebat dan senang, meskipun terpaksa berhutang dan tidak mampu untuk membayarnya. Penya-kit bermewah, tidak menabung dan suka berhutang ini perlu digantikan dengan sikap berjimat cermat, menahan keinginan untuk sesuatu yang lebih utama dan penting serta menabung merupakan teras budaya dalam disiplin kewangan. Ketiga adalah memperbaiki layanan kepada pelanggan. Sikap kurang menghargai pelanggan dan

kurang berusaha untuk memberi khidmat yang paling baik kepada pelanggan perlu dihindarkan. Pelanggan adalah sumber rezeki yang perlu dilayani sebaiknya. Layanan yang dimaksudkan adalah memberi layanan dan perkhid-matan yang lebih baik dari wang yang diterima, memberi-kan layanan yang mesra dan menyenangkan, bertindak pantas menyelesaikan masalah pelanggan dan tidak mengambil kesempatan atau menganiayai pelanggan.

Keempat adalah membuang sikap pandang ringan terhadap pembentukan jaringan dan persepakatan bisnes. Perniagaan perlu diperluaskan lebih dari sekadar dalam lingkungan diri dan keluarga. Budaya kongsi adalah lebih bermanfaat untuk mengembangkan perniag-aan dengan cepat. Persaingan yang sihat dapat mening-katkan daya kreativiti dan inovasi khususnya dalam berlumba-lumba memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan. Kelima adalah menghindarkan sikap yang tidak mengutamakan pengurusan bisnes secara teratur dan berorganisasi. Segala sumber yang ada perlu dimanfaat seboleh mungkin untuk menjadikan usaha dalam bisnes membuahkan hasil yang dikehendaki.

Segala disiplin, cara dan teknik bersaing dengan sihat yang boleh menjamin kejayaan perniagaan haruslah diusahakan sedaya mungkin agar kekuatan ekonomi di kalangan umat Islam dapat direalisasikan. Semoga dengan kefahaman ini memberi semangat kepada usaha-wan yang baru, khususnya dalam dikalangan umat Islam dalam memulakan langkah untuk terus melakukan jihad ekonomi ini demi kebaikan dunia dan akhirat umat sejagat.

Penulis:Dr Mahfuzah Mohammed ZabidiAkademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)

Sumber : manyhelpinghands

Sumber : social entrepreneurship

Page 24: MALAYSIAN ACADEMY OF SME & ENTREPRENEURSHIP … · malaysian academy of sme & entrepreneurship development edisi tahunan 2018 mahasiswa towards the millionaire e-usahawan uitm johor

23UiTM CAWANGAN JOHOR

KAMPUS PASIR GUDANG

MASMED & ANJURAN LUAR

Program Marketing Fest merupakan program tradisi bagi Fakulti Pengurusan & Perniagaan (FPDP) dan diadakan setiap semester oleh mahaswa/i semester tiga. Ia merupa-kan program di bawah subjek Fundamental of marketing (MKT243) yang bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan aspek perniagaan secara umum. Ia juga sebagai latihan kemahiran kepada pelajar dalam mem-praktikan konsep pemasaran 4P’s iaitu produk, harga, promosi dan tempat (product, price, promotion, place). Pada hari pertama program, ia dimulakan dengan aktiviti zumba dan splash run oleh Kelab Dtrans. Ia berlansung meriah dengan penglibatan pelajar daripada sekolah berhampiran dan penduduk Bandar Seri Alam. Jualan daripada peniaga luar menggunakan food truck dan jualan daripada kelab-kelab pelajar seperti Kelab ENT, LPI, diadakan sepanjang hari sehingga pukul 11.00 malam. Pada sebelah malam pelajar FPDP semester empat telah melaksanakan program Food and Beverages Fashion Show. Ia merupakan program persembahan kreatif yang melibatkan 100 orang pelajar menggayakan pakaian mengikut tema yang diberikan iaitu makanan tradisonal, makanan barat, makanan korea dan makanan arab. Pada hari kedua pula, telah diadakan sesi motivasi bersama pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Alam 1 sera-mai 50 orang. Pada sebelah petang pula, Kelab IMAS telah mengadakan persembahan lagu-lagu terkini dan pertandingan Food Challenge. Majoriti peserta yang terlibat dengan aktiviti ini berasa seronok dan berpuashati kerana mendapat pendedahan langsung aspek perniag-aan dan pemasaran. Peniaga luar juga memuji penganju-

ran kali ini dan berpuashati dengan hasil jualan mereka. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Puan Nurazlina Samsudin, selaku Koordinator Kursus. Program seumpama ini perlu sentiasa dilaksanakan bagi memupuk kemahiran keusahawanan dikalangan mahasiwa/i UiTM kerana tidak semua perkara dapat dipelajari didalam bilik kuliah.

Marketing Fest “ Back To 70’s”

Penjualan T-Shirt & Peralatan Silat

Pihak MASMED UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang telah bekerjasama dengan Persatuan Pencak Silat untuk menjayakan aktiviti penjualan t-shirt dan peralatan silat. Aktiviti ini julung-julung kalinya dianjur-kan oleh Persatuan Pencak Silat UiTMCJ Pasir Gudang. Objektif utama aktiviti ini ialah untuk mengumpul dana untuk persatuan dan untuk membudayakan keusahawa-nan melalui latihan penjualan t-shirt dan peralatan silat.

Program penjualan t-shirt dan peralatan silat berlangsung sepanjang 2 minggu bermula 22 April hingga 6 Mei 2018. Penjualan ini dilaksanakan dalam bentuk tempahan (pre-order). Proses promosi dihebah-kan di kalangan sasaran pembeli seperti Ahli Persatuan Pencak Silat dan juga pelajar Kokurikulum Pencak Silat semester 2 dan semester 3. Proses promosi ini juga berlangsung melalui media sosial seperti ‘whatsapp’

dan ‘facebook’. Program ini berjalan dengan lancar dan sasa-ran awal penjualan sebanyak 50 helai t-shirt telah tercapai.

Secara keseluruhan program ini berjaya memenuhi objektif utama iaitu untuk menggalakan program keusahawa-nan kepada pelajar dan menjana pendapatan kepada persat-uan . Adalah diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan sasaran yang lebih meluas seperti persatuan silat luar dari kampus UiTMCJ Kampus Pasir Gudang. Dengan adanya program latihan keusahawa-nan, ia menambah kesedaran dan minat pelajar terhadap peluang keusahawanan dan potensi penjanaan kewangan dalam bidang perniagaan.

Penulis:Nor Fazlin Uteh

Penulis:Mohamed Khatif Tawaf

Page 25: MALAYSIAN ACADEMY OF SME & ENTREPRENEURSHIP … · malaysian academy of sme & entrepreneurship development edisi tahunan 2018 mahasiswa towards the millionaire e-usahawan uitm johor

24 UiTM CAWANGAN JOHOR

KAMPUS PASIR GUDANG

& ANJURAN LUARMASMED

Program Jualan Sempena Hari Pendaftaran PelajarInterim 14 Julai 2018

Gerai jualan anjuran MASMED sempena hari pendaftaran pelajar interim UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang sesi Julai 2018 telah berlangsung pada 14 Julai 2018. Jualan yang diadakan telah mendapat sambutan yang

memberangsangkan apabila tapak jualan tersebut dipenuhi dengan pengunjung seawal jam 8 pagi. Dianggarkan lebih 2,000 orang pelajar termasuk keluarga berkunjung ke UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang pada sesi pendaftaran tersebut. Kehadiran yang ramai ini sekaligus memberi peluang kepada pihak AJK MASMED untuk meran-cang aktiviti penjanaan pendapatan. Selain itu, penglibatan MASMED dalam program tersebut juga sekaligus dapat membantu mempelbagaikan lagi jenis jualan makanan dan minuman yang terdapat di Medan Selera Sri Mersing, UiTMCJ Kampus Pasir Gudang.

Program jualan ini bukan sahaja membuka ruang kepada peniaga luar untuk berniaga malah memberi peluang kepada pensyarah UiTMPG sendiri untuk turut terlibat dalam mengendalikan jualan makanan dan minuman. Turut serta dalam menjayakan

program jualan tersebut adalah pihak Persatuan Wanita UiTMCJ Kampus Pasir Gudang (PEWANI).

Lanjutan daripada kemeriahan dan sambutan yang menggalakkan, pihak MASMED akan mencadangkan agar aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang. Untuk aktiviti akan datang, para pelajar akan terlibat bersa-ma-sama dengan staf bagi membuka peluang untuk mera-sai pengalaman sebagai seorang usahawan.

Program Changemakers Mindset merupakan salah satu program yang dianjurkan khas bagi pelajar Interim. Program yang diadakan pada Sesi 2 2017/2018 dan Sesi 1 2018/2019 ini diharap mampu me- ngubah pemikiran pelajar supaya dapat mara ke satu tahap yang lebih matang berbanding zaman persekolahan.

Sebanyak enam (6) kandungan modul perlu dilengkapkan oleh pelajar seperti mana yang telah ditetap-kan oleh pihak universiti. Setiap aktiviti dilaksanakan secara berperingkat. Antara isi kandungan program tersebut adalah seperti berikut:

1. Module 1 - Introduction & Group Formation2. Module 2 - Empathizing & Defining3. Module 3 - Ideating4. Module 4 - Developing Prototype5. Module 5 - Market Testing 6. Module 6 - Pitching/Presentation/Competition

Pada permulaan aktiviti, pelajar yang terlibat diba-hagikan kepada beberapa kumpulan dan diakhiri dengan pembentangan. Setiap kumpulan perlu membentangkan hasil idea produk yang berkaitan dengan pengaplikasian

modul seperti mana yang telah dipelajari. Hasil pem-bentangan tersebut, pelbagai cadangan yang kreatif dan bernas serta berkonsepkan keusahawa-nan telah dibentangkan oleh pelajar.

Penulis:Zeno MichaelIlya Izyan binti Shahrul Azhar

Program Changemakers Mindset 2018

Page 26: MALAYSIAN ACADEMY OF SME & ENTREPRENEURSHIP … · malaysian academy of sme & entrepreneurship development edisi tahunan 2018 mahasiswa towards the millionaire e-usahawan uitm johor

25UiTM CAWANGAN JOHOR

KAMPUS PASIR GUDANG

MASMED & ANJURAN LUAR

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dengan kerjasama pihak Unit Keusahawanan (MASMED) UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang telah diberikan peluang oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk menjayakan Program Keusahawanan Mini Siswapreneur Showcase yang berlangsung pada 29 hingga 31 Oktober 2018. Program ini dijalankan di UTM Skudai bersempena penganjuran Program Innovate Johor 2018 dan Majlis Penutup Bulan Keusahawanan, Mini Siswapreneur Show-case. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta terutama mahasiswa untuk mempromosikan produk-produk inovasi dan keusahawanan pelajar IPT ke pasaran komersial. Selain daripada itu, melalui program ini Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dengan kerjasama MASMED telah berjaya mempromosikan dan memperke-nalkan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak fakulti kepada pihak industri dan pengunjung yang hadir sepan-jang program tersebut.

Mini SiswaPreneur Showcase 2018(Universiti Teknologi Malaysia, 29-31 Oktober 2018 )

Seramai 13 orang pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UiTM Kampus Pasir Gudang diselia oleh 9 orang pensyarah sepanjang program berlangsung. Jualan telah bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Produk-produk yang dijual dihasilkan menggunakan mesin “Engraver” seperti rantai kunci, potret kayu dan pelbagai jenis cenderamata. Pengunjung diberi peluang untuk menempah rantai kunci dan potret kayu mengikut citarasa masing-masing. Selain itu, program ini juga dapat menarik minat pengunjung untuk mengetahui dengan lebih mendalam perkhidmatan yang ditawarkan oleh Fakulti Kejuruteraan Mekanikal kepada pengunjung yang hadir.

Kerjasama seperti ini memberi peluang kepada pelajar, staf Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan MASMED untuk menimba pengalaman menjalankan aktiviti keusahawanan di luar kampus serta merapatkan hubungan UiTM dengan institusi-institusi pengajian tinggi lain yang turut sama terlibat. Selain daripada itu, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal juga telah berpeluang ditemubual oleh wakil pihak media sekaligus meningkatkan peluang promosi terhadap produk yang dihasilkan.

Pengunjung cilik yang turut berminat dalam produk yang dipamerkan

Antara produk yang ditawarkan untuk tempahan dan jualan

Lawatan dari Yang Berhormat

AJK Pameran sedang memberi penerangan kepada peserta yang hadir

Antara petugas yang terlibat dari kalangan mahasiswa

Penulis:Syidatul Akma SulaimanIlya Izyan Shahrul Azhar

Page 27: MALAYSIAN ACADEMY OF SME & ENTREPRENEURSHIP … · malaysian academy of sme & entrepreneurship development edisi tahunan 2018 mahasiswa towards the millionaire e-usahawan uitm johor

26 UiTM CAWANGAN JOHOR

KAMPUS PASIR GUDANG

RUANG SANTAI

1

6

543

2

7

+

+

+

+

+

+

PICTOWORD

TEKA TEKI KEUSAHAWANAN

2. Seorang usahawan yang berjaya mengimpikan .................yang besar di dalam perniagaannya5. ................sosial adalah salah satu cara untuk mengiklankan produk kepada masyarakat umum6. Perniagaan perlu membayar ............... kepada kerajaan untuk meningkatkan pendapatan negara7. Perniagaan hendaklah menyediakan perkhidmatan dan barangan yang pelbagai agar pengguna boleh membuat ............... yang bijak

melintang

menegak1. Perniagaan akan menyediakan ................ kepada pengguna3. Sesuatu perniagaan akan menyediakan perkhidmatan untuk memenuhi .............. penduduk setempat4. Seseorang usahawan perlu pandai merebut ................. untuk mencapai kejayaan5 .....................merupakan sumber kekayaan untuk hasilkan lebih kekayaan

Page 28: MALAYSIAN ACADEMY OF SME & ENTREPRENEURSHIP … · malaysian academy of sme & entrepreneurship development edisi tahunan 2018 mahasiswa towards the millionaire e-usahawan uitm johor

27UiTM CAWANGAN JOHOR

KAMPUS PASIR GUDANG

RUANG SANTAI

3

1

1

2

2

63

8

8

9

5

9

9

9

5

5

5

5

4

4

7

7

7

6

sudoku

3

3

3

3

3

32

1

1

1

8

2

8

89

9

4

4

5

5

5

5

7

7

6

6

3

HIDDENNUMBER

FIND

Page 29: MALAYSIAN ACADEMY OF SME & ENTREPRENEURSHIP … · malaysian academy of sme & entrepreneurship development edisi tahunan 2018 mahasiswa towards the millionaire e-usahawan uitm johor

28 UiTM CAWANGAN JOHOR

KAMPUS PASIR GUDANG

Dalam Islam, perniagaan dianggap sebagai satu aktiviti yang sangat mulia. Ia merupakan salah satu ibadah dan juga sunnah rasul. Kini, aktiviti perniagaan telah berkembang dengan pesat di Malaysia khususnya. Telah ramai anak-anak muda yang menceburi bidang perniagaan bagi menjana pendapatan tambahan. Kesabaran dan minat yang tinggi amat perlu bagi mereka yang ingin kekal dalam industri ini.

Minat mendalam terhadap bidang keusahawanan menjadi pemangkin semangat buat Hafizi Zuhari, 30 untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya dan memperoleh pendapatan tambahan. Minat berniaga ini telah hadir sejak dari universiti lagi. Ini kerana beliau kerap membantu di restoren ‘Sri Ketapang’ milik bapa mertuanya suatu masa dahulu. Pendedahan awal terhadap bidang perniagaan telah mencetuskan idea untuk graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, UiTM Shah Alam ini untuk memulakan perniagaan Tauhu Bege-dil “Frozen” miliknya dan isteri.

Inspirasi untuk memulakan perniagaan ini tercetus setelah mendapat galakan dari keluarga dan kenalan rapat yang telah mera-sai masakan beliau dan isteri. Atas dorongan dan sokongan isteri dan keluarga yang turut membantu dalam perniagaan ini, beliau mampu mengekalkan komitmen sepenuhnya sebagai seorang Pegawai di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Malaysia.

Didaftarkan dengan nama “Mummy Izz Kitchen”, Hafizi Zuhari menjadikan tauhu begedil sebagai produk utama beliau. Beliau dan keluarga yang berasal dari Johor, amat gemar menikmati juadah begedil bersama kuah cili kicap. Beliau dan isteri kemudiannya mendapat idea untuk menghasilkan tauhu begedil dicicah bersama kuah cili kicap yang amat sesuai dinikmati ketika sarapan pagi dan minum petang. Hafizi Zuhari dan isteri terus menggunakannya untuk mempromosikan produk “Mummy Izz Kitchen” di Johor Bahru dan Melaka.

Menurut Hafizi Zuhari, rezeki yang diperolehi sewajarnya dikongsi bersama. Oleh itu, beliau menyatakan tidak perlu berkira dengan pelanggan dari segi kuantiti dalam ramuan produk beliau. Sebagai contoh, beliau meletakkan kuantiti daging segar yang banyak di dalam setiap produk tauhu begedil “frozen” walaupun harga yang dijual tidak mencecah RM 1/sebiji. Sesuai dengan tradisi masyarakat Johor yang gemar menikmati kuah cili kicap bersama hidangan makanan seperti soto, pisang goreng dan tempe goreng, kuah cili kicap ini juga turut diberikan secara percuma untuk setiap pek tauhu begedil yang dipesan. Selain itu, beliau juga turut menerima tempahan tauhu begedil siap digoreng dan pek kuah cili kicap tambahan atas permintaan yang tinggi di kalangan pelanggan beliau. Selain mempromosikan di Johor Bahru, tauhu begedil turut mendapat sambutan yang hangat di Melaka. Setiap hujung minggu, beliau dan isteri akan menghantar stok tauhu begedil untuk pelang-gan-pelanggan di Melaka. Keluarga mertua dan rakan-rakan di Melaka turut membantu perniagaan beliau.

Media sosial seperti Instagram, Facebook dan laman internet seperti mudah.my menjadi medan dalam mempromosikan produk beliau.

Akhir kata, beliau berharap “Mummy Izz Kitchen” terus berkembang dengan maju dan produk tauhu begedil miliknya sentiasa mendapat tempat di hati semua. Beliau juga berazam untuk sentiasa memperbaiki dan meng-hasilkan produk yang berkualiti, bersih dan selamat untuk dinikmati. Semoga rezeki melalui perniagaan ini diberkati dan berkekalan. InshaAllah.

“IF YOU’RE NOT EMBARRASSED BY YOUR FIRST PRODUCT, YOU’VE LAUNCHED TOO LATE”

Penulis:Hairul Amiza Azman

IKLANRUANG

Page 30: MALAYSIAN ACADEMY OF SME & ENTREPRENEURSHIP … · malaysian academy of sme & entrepreneurship development edisi tahunan 2018 mahasiswa towards the millionaire e-usahawan uitm johor

29UiTM CAWANGAN JOHOR

KAMPUS PASIR GUDANG

RUANG IKLAN

Page 31: MALAYSIAN ACADEMY OF SME & ENTREPRENEURSHIP … · malaysian academy of sme & entrepreneurship development edisi tahunan 2018 mahasiswa towards the millionaire e-usahawan uitm johor

30 UiTM CAWANGAN JOHOR

KAMPUS PASIR GUDANG

IKLANRUANG

JALAN LEMBAH 19, BANDAR SERI ALAM 81750 MASAI

Page 32: MALAYSIAN ACADEMY OF SME & ENTREPRENEURSHIP … · malaysian academy of sme & entrepreneurship development edisi tahunan 2018 mahasiswa towards the millionaire e-usahawan uitm johor

Universiti Teknologi MARAUiTM Cawangan JohorKampus Pasir Gudang

visit us at https:// pasirgudang.uitm.edu.my