20
KEHIDUPAN MALIK BENNABI Malek Bennabi merupakan penulis Algeria dan ahli falsafah, khusu menulis tentang masyarakat Islam dan meberikan tumpuan yang lebih kepada sebab-sebab di sebalik berlakunya kejatuhan Tamadun Islam. Beliau lahir pada tahun 1905 di Konstantin, Algeria dan meninggal dunia pada 31 Oktober 1973, sekitar umur 68 tahun. Antara nama lain bagi beliau ialah Seddik Bennabi. Beliau merupakan penulis, penceramah, ahli pemikir, pensyarah dan juga ahli teologi. Beliau terkenal dengan konsep yang dikemukakan oleh beliau yang membincangkan kitaran peradaban, Masalah budaya, empirical dan budaya peradaban, pergerakan dalam sejarah, masalah kepada ketandusan idea dalam tamadun, syarat kepada kebangkitan tamadun dan juga globalisasi masyarakat. Beliau mendapat pendidikan di Paris dan Algiers di dalam bidang kejuruteraan. Kemudiannya beliau menghabiskan masa beliau menulis di dalam bidan sejarah, falsafah dan juga sosiologi. Pada tahun 1963, sekembalinya beliau ke Algeria, beliau mengalami kejutan dengan perubahan budaya yang berlaku di pengaruhi oleh

Malek Bennabi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

THis is a Book Review of Malek Bennabi About the Origin of Human Society

Citation preview

KEHIDUPAN MALIK BENNABI

Malek Bennabi merupakan penulis Algeria dan ahli falsafah, khusu menulis tentang masyarakat Islam dan meberikan tumpuan yang lebih kepada sebab-sebab di sebalik berlakunya kejatuhan Tamadun Islam. Beliau lahir pada tahun 1905 di Konstantin, Algeria dan meninggal dunia pada 31 Oktober 1973, sekitar umur 68 tahun. Antara nama lain bagi beliau ialah Seddik Bennabi. Beliau merupakan penulis, penceramah, ahli pemikir, pensyarah dan juga ahli teologi. Beliau terkenal dengan konsep yang dikemukakan oleh beliau yang membincangkan kitaran peradaban, Masalah budaya, empirical dan budaya peradaban, pergerakan dalam sejarah, masalah kepada ketandusan idea dalam tamadun, syarat kepada kebangkitan tamadun dan juga globalisasi masyarakat.Beliau mendapat pendidikan di Paris dan Algiers di dalam bidang kejuruteraan. Kemudiannya beliau menghabiskan masa beliau menulis di dalam bidan sejarah, falsafah dan juga sosiologi. Pada tahun 1963, sekembalinya beliau ke Algeria, beliau mengalami kejutan dengan perubahan budaya yang berlaku di pengaruhi oleh sains moden dan teknologi tamadun. Hal ini mendorong beliau memikirkan lebih tentang budaya dan corak masyarakat di awal abad ke-19. Pendekatan yang beliau gunakan adalah mudah, iaitu tidak mengulang semula apa yang telah dikaji sebelum waktunya, tetapi sebaliknya beliau mencari apa yang menjadi intipati kepada budaya dan kelahiran tamadun.

Kerjaya Malek Bennabi bermula dengan bukunya yang sangat berpengaruh, iaitu Fenomena al-Quran. Kemunculan buku ini merupakan tindak balas kepada usaha halus para Orientalis yang cuba menjatuhkan Islam melalui cara Ilmiah. Metod Bennabi di dalam Fenomena al-Quran meletakkan asas bagi epistemology , iaitu falsafah berkenaan ilmu pengetahuan, merupakan langkah beliau di dalam menjawab persoalan masyarakat manusia dan budaya.

MALEK BENNABI: SUATU WARISAN YANG MESTI DIAMBIL KIRA

Di dalam buku ini, Bennabi secara umunya mengembangkan hujah beliau tentang tempat dan fungsi agama di dalam kehidupan manusia dan bagaimana kewujudannya. Agama merupakan fenomena semesta yang mengawal pemikiran dan peradaban manusia, sepertimana gravity mengawal kitaran alam semesta. Ini antara hujah beliau dalam menghuraikan dari segi analisa secara sosiologi konsep berkenaan manusia dan agama.Karya Bennabi pada mulanya amat sukar untuk diperolehi kerana tidak terkenal dalam kalangan ahli akademik. Walaupun pada akhir 1950, karya beliau mudah ditemui di dalam Bahasa Perancis dan Bahasa Arab, namun dalam membincangkan hal ehwal sosiobudaya manusia, karya ini kurang mendapat tempat dalam kalangan ahli pemikir. Bahkan ada juga berlaku salah faham dalam makna karya beliau, dan sering diterjemahkan sebagai konsep dari Sarjana Muslim yang bercanggahan dengan nilai dan Ideologi Islam.

Seperti contoh, Ghazi Tawba merupakan Pakar Kajian Gerakan islam di Jordan. Beliau juga merupakan penulis dan sumber budaya yang dihormati dalam kalangan belia gerakan Islam. Dalam bukunya Pemikiran islam Semasa, beliau mengkategorikan Bennabi ke dalam suatu aliran tajdid yang berlainan dan bercanggahan dengan gerakan Mujaddid Islam. Menurut Tawba, Bennabi bukannya mengadakan perubahan yang radikal di dalam masyarakat, namun beliau cuba mencari status quo dalam masyakarat, sebagaimana yang dilakukan oleh Muhammad Abduh. Bennabi juga dikatakan merupakan ahli di dalam aliran yang tidak menarik diri daripada kerjasama pemimpin yang zalim demi mencapai sebahagian daripada matlamat mereka.Contoh ini boleh merupakan bukti nyata bahawa sesuatu ideology baru itu sukar untuk diterima dalam masyarakat kerana berlakunya sekatan daripada Tokoh Pemikir dan Ahli Akademik yang mempunyai sudut pandang yang telah dipengaruhi oleh anutan ideology masing-masing. Penilaian yang dilakukan bukanlah bersifat neutral dan berat sebelah. Walaupun pada keitka itu tidak dinafikan bahawa Ghazi Tawba memberikan sumbangan dari sudut karya beliau di dalam masyarakat amatlah banyak. Namun rangka pemikiran beliau juga menyekat kepada pemikiran baharu yang ada pada Bennabi. Para penulis perserorangan yang memberi perspektif negate kepada pemikiran baru bolh menjadi kepada permulaan ketandusan idea dalam Masyarakat dan akhirnya melahirkan masyarakat yang mati.Hanya pada akhir tahun 1970 dikatakan karya Malik Bennabi menjadi bahan kajian dan sumber rujukan kepada pelajar. Bahkan karya beliau mendapat pujian daripada ahli akademik dengan menyatakan bahawa Karya Bennabi merupakan penyelidikan yang Unik dan Asli, walaupun ianya ringkas. Fahmi Jadan seorang Profesor Falsafah Jordan, menyatakan bahawa bennabi merupakan pemikir Arab yang hebat selepas zaman Ibn Khaldun, yang menumpukan kepada persoalan peradaban.AWALAN

Bennabi menyatakan bahawa bidang Sains Kemanusiaan belum lagi mencapai tahap kematangan sepertimana telah dicapai di dalam bidang sains tulen. Menurut Bennabi, istilah semasa yang digunakan masih lagi mentah dan sering kali disalahfahamkan apabila bertemunya dua ideology yang berlainan. Tiada satu istilah yang lebih universal yang boleh digunapakai oleh semua. Kesan daripada kecelaruan ini akan membawa kepasa suatu perdebatan yang bukan saintifik dari sudut bahasa dan persuratan sahaja. Seperti contoh, perdebatan yang masih timbul dalam kalangan intelektual Arab adalah berkenaan istilah kebudayaan dan juga peradaban.Dalam buku ini, Asal Usul Kelahiran Masyarakat Manuisia, perlu dijalankan penelitian dari perspektif sejagat dan sejarah. Terdapat pelbagai fenomena social dengan menggunakan istilah masyarakat. Namun, perlu ditunjukkan perbezaan asas antara Masyarakat Primitif atau Masyarakat Sejarah. Masyarakat Primititf atau sejarah adalah masyarakat yang tidak mengalami perubahan yang jelas pada sifatnya sejak awal kewujudannya. Masyarakat sejarah pula lahir dalam suasana seperti wujud di awal, kemudiannya ia mengubah sifat yang asas mengikut peraturan yang menentukan perkembangan. Masyarakat sejarah mewakili masyarakat yang lebih dinamik. Ia mengubah ciri dan sifatnya secara radikal, bergantung kepada undangundang perubahan.Terdapat dua cara membolehkan masyarakat sejarah muncul:1) Permulaannya terdiri daripada unsur yang baru, iaitu unsur yang tidak mengalami apa-apa perubahan dalam sejarah. 2) Masyarkat sejarah yang terbentuk daripada unsur yang ditinggalkan masyarakat terdahulu yang mengalami kepupusan akibat berlalu masa yang melemahkan. Unsur ini seperti acuan sedia yang hanya perlu digunapakai oleh masyarkat lain dalam proses pembentukan suatu masyarakat yang baru.Walaubagaimana pun, kemunculan masyarakat sejarah bukanlah suatu proses secare kebetulan. Ia adalah suatu hasil daripada proses perubahan yang berterusan. Berdasarkan teori, proses yang berlaku ini perlu mengandungi factor berikut:a) Sumber sejarah tentang proses yang berterusanb) Unsur yang mengalami perubahan, daripada tahan Pra-Masyarakat kepada tahap Masyarakatc) Undang-undang dan norma yang mengawal proses perubahan.Masyarakat sejarah tediri daripada dua jenis. Iaitu yang muncuk sebagai tindak balas kepada cabaran yang timbul daripada suasana tabii persekitaran mereka, sama ada ianya mendadak atau ia telah bersedia menghadapi perubahan keadaan sekitar. Masyarakat ini ialah masyarakat sejarah wujud berdasarkan geografi. Masyarakat sejarah yang kedua lahir daripada munculnya suatu idologi yang baru. Ianya wujud sebagai tindakbalas untuk memenuhi tuntutan ideologi.Masyarakat mempunyai sifat khusus yang membolehkan manusia menyimpan sifatnya dan memajukan p[eranannya dlaam sejarah. Bennabi menyatakan factor ini merupakan intisari bagi kewujudan masyarakat kerana mereka menentukan umur sesuatu masyarakat dan juga kestabilan dan kesepaduan sepanjang zaman. Intisari ini akan menghubungkan ahli masyarakat, dan ia akan memberikan bimbingan dan penyesuaian kepada pelbagai aspek kegiatan seseorang menunaikan tugas sebagai masyarakat

SPESIES DAN MASYARAKATApa itu masyarakat? Bennabi cuba memberikan takrif terhadap tajuk ini dari aspek fungsinya. Istilah masyarkat merujuk kepada satu penyatuan antara anggota yang mempunyai tabiat dan adat yang sama, hidup di bawah kawalan system undang-undang yang sama dan berkongsi minat yang sama. Namun, ini hanyalah makna bagi masyarakat secara lahiriah. Ia tidak memberikan apa-apa impak yang membolehkannya menunaikan sesuatu fungsi. Oleh itu, Bennabi mentakrifkan makna masyarakat itu perlu merujuk kepada factor Masa. Bennabi menyatakan tentang masa kerana bagi beliau penyatuan manusia, urusan dalaman dan aktiviti mereka tidak berubah mengikut perubahan masa tidak termasuk dalam kategori penyatuan khusus yang dimaksudkan dengan istilah masyarakat. Oleh kerana teori beliau ini, pendapat beliau disalahanggapkan oleh ahli akademik lain dengan menyatakan beliau bercanggahan dengan nilai-nilai Islam. Teori ini disalahertikan bahawa setiap masyarakat perlu mengikut perubahan semasa dan patuh kepada arus pemodenan. Namun Bennabi menyatakan bahawa perlu kepada perubahan yang sesuai kepada kemajuan semasa dan teknologi semasa yang ada. Ini bukanlah bermaskdu setiap masyarakat perlu memandang kepada proses pembaratan. Bennabi tidak menyatakan apa-apa tentang nilai pembaratan. Usaha mengikut kerangka masa bukanlah suatu proses pembaratan, kerana pemodenan boleh wujud dimana sahaja dengan institusi masyarakat yang hidup dan saling bekerja antara satu sama lain.

Kumpulan manusia yang dikenali dengan masyarakat primitif adalah masyarakat yang tidak berubah bentuknya. Contoh yang diberikan Bennabi ibarat sekelompok semut yang tetap dan tidak berubah bentuknya beribu-ribu tahun. Maka ianya tidak sesuai untuk ditakrifkan sebagai satu masyarakat. Kehidupan bagi kelompok ini masih lagi membayangkan tahap yang telah dilalui oleh manusia zaman prasejarah. Mereka merupakan masyarkaat yang beku dan susah untuk menerima atau berlakunya apa-apa perubahan di dalam masyarkat setempat. Ini boleh dikaji dengan corak kehidupan sesuatu masyarakat setelah beribu-ribu tahun. Jika corak yang terdapat dalam masyarkat itu hamper sama sahaja, ia digolongkan dalam masyarakat primitif atau prasejarah. Bennabi memberikan contoh iaitu seperti sesetengah Negara Afrika di kawasan tropika sekarang.Namun, patut diperhatikan bahawa kumpulan yang masih bergerakdan berada di dalam tahap perkembangan bergerak kea rah integrasi dengan masyarakat global. Pada zaman ini kita dipengaruhi oleh perkembangan teknologi yang memperkenalkan kita kepada konsep globalisme dan universalism ke dalam budaya masyarakat abad ke 20.masyarakat adalah satu kelompok manusia yang mula mengalami perkembangan dari satu noktah dalam perjalanan masa yang kita istilahkan sebagai kelahiran. Kelahiran menurut Bennabi adalah perkara khusus dalam sosiobudaya manusia, tentang berlakunya sesuatu peristiwa yang menandakan titik permulaan berlakunya perubahan bentuk hidup secara kolektif dalam kehidupan manusia. Namun bentuk kehidupan kolektif ini boleh bermula dengan hanya seorang lelaki, dan tidak semestinya ianya dimulakan oleh sekelompok mansuia atau masyarakat.

Konsep masyarakat manusia yang dibawa Bennabi bukan shaja perlu dilihat daripada penyatuan setiap individu menjadi sekelompok kumpulan manusia. Tetapi juga boleh dilihat sebagai satu organisma yang khusus berdasarkan pola yang menunjukkan tabiat manusia. Terdapat 3 faktor yang dibincangkan oleh Bennabi di dalam pola ini :a) Pergerakan yang berterusanb) Penciptaan sebab-sebabnya secara berterusanc) Tujuannya

PENTAFSIRAN BERBEZA MENGENAI GERAKAN SEJARAH

Alam manusia melibatkan sifat pegun dengan kadar yang tertentu. Pada peringkat individu, keadaan pegun biasanya dinyatakan dalam bentuk yang berlainan iaitu seperti sifat kemalasa, kurang tenaga, kurang keazaman dan lain-lain. Perkara ini juga boleh dirujuk dalam bentuk yang kolektif seperti, kebekuan, kemorosotan dan kemunduran yang berlaku dalam masyarakat.Bennabi memetik semula toeri yang dikemukakan oleh Hegel George Wilhelm Friedrich, yang menisbahkan sebab yang menentukan setiap pergerakan dalam sejarah iaitu perubahan dalam masyarakat. Teori yang dikemukakan adalah masyarakat thesis, anti-Thesis dan juga synthesis. Menurut Hegel tiga tahap ini mengawal pergerakan sejarah yang akhirnya merubah masyarakat. Dengan itu keadaan satu kelompok manusia yang berada pada satu masa dalam sejarah adalah tesis pada pendapatnya.Namun, kerana berlakunya tekanan ekonomi, tekanan moral atau berlaku perubahan iklim yang mungkin mengganggu aliran pergarakan dalam sejarah dan memberikan tekanan kepada masyarakat tamadun, menyebabkan mereka akan memberikan tindak balas yang sepatutnya kepada tekanan yang dikenakan ke atas mereka. Aliran masyarakat yang pada fasa tesis iaitu masyarakat yang beku, akan beransur-ansur berubah menjadi aliran yang lebih dinamik, dan ia akan melahirkan satu keadaan yang bertentangan kepada fasa tesis, iaitu anti-thesis.Sintesis pula merupakan gerakan yang kemuncak bagi titik pertemuan antara thesis dan anti-thesis. Ia memperbaharui pusingan kedua-dua tori ini dan apabila munculnya suatu konflik yang baru, ia akan memberikan keseimbangan kepada penyelesaian masalah.

SEJARAH DAN HUBUNGAN SOSIALKonsep gerakan sejarah ditafsrikan berbeza-beza mengikut sudut pandang seseorang ahli pemikir. Seorang pakar sejarah sperti Arnold Toynbee memberikan penekanan kepada pengaruh alam sekitar sebagai faktor utama yang menerangkan kepada perubahan yang berlaku dalam masyarakat. Namun Bennabi mendapati bahawa analisis yang lalu, perjalanan dan gerakan sejarah bersumberkan daripada factor psikologi yang berasal daripada tekanan rohani pada tahap tertentu. Maka tenaga rohani inilah yang menjadikan jiwa itu tenaga pemacu dalam sejarah umat manusia.

Walaubagaimanapun, sejarah adalah perubahan yang mendatangkan kesan ke atas diri manusia, dan juga persekitaran. Kejadiran sejarh boleh dikatakan berlaku hasil daripada interaksi tiga elemen masyarakat:a) Unsur pribadi manusiab) Unsur ideac) Unsur objek kehendakUnsur ini tidak bertidak secara berasingan. Semuanya bergerak secara gabungan dalam satu tindakan yang bersama susunannya, ditetapkan oleh corak ideologi hasil daripada unsur idea yang diterapkam melalui unsur objek kehendak dan bagi mencapai tujuan yang telah ditentukan oleh Unsur pribadi Manusia.

PENYAKIT SOSIAL

Apabila sesuatu masyarakat itu mulai mencapai tahap kemajuan, catatan sejarah terhadap masyarakat tersebut kebiasaannya akan dicatatkan sebagai berada di tahap yang baik.Apabila pertalian yang kemas pada jalinan hubungan itu menjadi longgar, ia merupakan petanda awal berlakunya penyakit di dalam masyarakat tersebut. Jika jaringan itu terungkai, ia akan membawa kepada kehancuran mutlak kepada masyakarat tersebut. Bennabi menyatakan bahawa kehancuran itu boleh terjadi tidak mengira bagaimanapun tahap kemajuan yang dicapai oleh masyarakat. Seperti contoh yang diberikan, iaitu Akhir zaman Abbasiah dan juga di barat pada akhir zaman kerajaan Muwahhidin. Kedua-dua kerajaan ini diserang oleh kehancuran walaupun masyarakat pada ketika itu sedang menikmati penduduk yang ramai, limpahan ideology, dan berlaku pelbagai pembangunan fizikal dalam masyarakat tersebut.Bennabi mengemukakan pendapat bahawa kehancuran tamadun tidak boleh dilihat dari sudut berlakunya peperangan sahaja. Ia juga harus dilihat dari keadaan masyarakat semasa taamadun itu mengalami kehancuran. Sebelum sesuatu masyarakat itu menjadi musnah sama sekali, penyakit social akan mula masuk dan menghancurkan sesuatu masyarakat itu dari dalam. Proses kehancuran yang berlaku adlah secara beransur-ansur.Sebab-sebab kehancuran secara khususnya adalah terletak kepada situasi keadaan rangkaian hubungan social pada masa itu. Masyarakat itu mungkin kelihatan pada lahirnya kaya rana dan berkembang, tetapi rangkaian hubungan antara masyarakat berada dalam keadaan tenat dan perasaan individualistic mula menonjol dalam diri manusia. Mula muncul perasaan takbur dan sikap ingin memuaskan keinginan nafsu yang berlaku ke atas diri manusia. Pada tahap ini, tidak ada orang yang peudli tentang bagaimana untuk menghadapi masalah ini sebenarnya. Bagaimana ahli fikah ingin menyelesaikan masalah yang dialami oleh masyarakat. Tetapi sebaliknya, ahli fikah sendiri sudah terseret jauh ke dalam penyelesaian masalah yang tidak penting dalam membina semula rangkaian social dalam masyarakat.

PENILAIAN TERHADAP KARYA MALIK BENNABI Pertamanya, ia merupakan karya yang sangat sofistikat yang membincangkan dengan khusus keadaan masyarakat dan apa yang sering berlaku di dalam masyakarat merujuk lebih kepada masyarkat abad 19 dan 20. Bennabi merupakan seorang penulis yang sangat komited di dalam menyelesaikan masalah masyarakat kerana keadaan persekitaran tabii yang dihadapi oleh Bennabi semasa perang dunia ke-2 di mana berlakunya penekanan oleh pihak Perancis kepada masyarakat Negara beliau, iaitu Algeria. Buku ini jelas membincangkan asal usul masyarakat manusia. Bennabi sering menekankan bahawa masalah umat manusia mempunyai sifatnya yang tersendiri. Ia sangat berlainan daripada peraturan kebendaan yang tidak bernyawa. Oleh itu, penyelesaian yang tidak dibincangkan bersama manusia, tidak boleh diaplikasikan kepada manusia. Oleh itu, ilmu tentang masyarakat manusia mempunyai kaedah yang berlainan dan tersendiri. Sedikit kepincangan akan membawa kepada kehancuran institusi masyarakat. Buku ini membincangkan input-inputnya secara mendalam. Namun terdapat bahasa-bahasa yang digunakan bercampur aduk dengan penulisan yang berbaur falsafah, dengan penulisan yang berbaur formula sains. Di dalam penulisannya, beliau ada mengemukakan beberapa formula tentang masyarakat dengan meng-interpretasikan formula tesebut di dalam bentuk equation. Ini kemungkinan kerana pembawaan beliau semasa pengajian peringkat Diploma, iaitu di dalam bidang Kejuruteraan.

Buku ini, tidak memberikan penyelesaian yang sempurna kepada apa masalah yang berlaku di dalam masyarakat. Namun, ianya lebih kepada konsep bagaimana sesuatu masalah itu hendak diselesaikan. Ia hanyalah satu langkah atau padnuan masa hadapan kepada corak pergerakan tamadun Islam seterusnya di dalam sejarah.Bennabi menekankan bahawa masyarakat Islam mempunyai ciri-cirinya yang unik dan tersendiri. Ciri ini akan memelihara ketahanan rangkaian social dalam masyarakat Islam. Masyarakat islam perlulah mengekalkan cirinya yang tersendiri. Jika tidak , ia akan mengundang kepada masalah sesame muslim, dan akhirnya ia membuka ruang kepada fahaman daripada masyarkat lain untuk diterapkan ke dalan masyarkat isla, dan akhirnya akan bercampur baur dan berlakunya kekeliruan antara nilai-nilai masyarakat Islam dan nilai-nilai masyarakat bukan Islam.