42
Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin) Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle UPSI

Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

  • Upload
    others

  • View
    50

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

• Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle

• UPSI

Page 2: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

Definisi Manahij al-Muhaddithin

• Manahij Muhaddithin ialah metod atau cara yang digunakan oleh ulama hadis dalam kitab mereka ketika menyusun kitab, memilih riwayat dan mengetahui syarat mereka di dalam kitab mereka.

Page 3: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

Kepentingan mengetahui ilmu manahij al-Muhaddithin

• Mengetahui syarat mereka di dalam kitab. Iaitu cara mereka memilih hadis.

• Tidak memetik mana-mana hadis kecuali setelah kita mengetahui metod penulisnya. Ini penting supaya kita tidak mengatakan setiap hadis yang berada dalam kitab hadis sebagai sahih kerana tidak semua muhaddithin mensyaratkan syarat sahih ketika menulis kitab.

• Membezakan metod penulisan hadis. Maka kita dapat membezakan antara musnad, jami’, sunan dan seumpamanya.

• Menghargai kesungguhan ulama dalam mengumpulkan hadis-hadis Nabi saw.

• Memudahkan proses pencarian hadis dalam kitab hadis dengan mengtahui cara mereka menyusun kitab mereka.

Page 4: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

Sejarah Pengumpulan Ilmu Hadith

1. Zaman Nabi:

- Abu Hurairah

- Abdullah bin Amru bin al-Aas

- Ali bin Abi Talib (HR Bukhari)

- Tulisan hadis untuk Abu Syah (HR Bukhari)

Page 5: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

- Nabi sendiri menulis kepada maharaja sekitar.

- Manakala larangan Nabi ke atas sahabat untuk menulis sebenarnya kerana takutkan hadis bercampur dengan al-Qur’an.

Page 6: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

• Zaman sahabat

- Nabi telah wafat dan peristiwa pembunuhan Uthman menjadikan pengumpulan hadith semakin rancak.

- Zaid bin Tsabit menulis hadis-hadis faraidh.

- Sahifah Jabir.

Page 7: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

• Zaman Tabien

- Penulisan semakin rancak. Nafi’ melakukan majlis imla’ hadith kepada anak muridnya.

- Qatadah juga menggalakkan anak muridnya menulis hadith.

Page 8: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

Pengumpulan Rasmi Bagi Hadith

• Umar bin Abdul Aziz mengarahkan agar hadith dihimpunkan.

أو سنة ماضية، أو انظر ما كان من حديث رسول الله "•

حديث عمرة بنت عبد الرحمن، فاكتبه؛ فإني قد خفت "دروس العلم وذهاب أهله

Page 9: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

Pengumpulan Ulama Hadith

• Ibn Juraij di Mekah.

• Ma’mar bin Rasyid juga menulis

• Abdullah bin al-Mubarak.

Page 10: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

Jenis-jenis Kitab Hadith

• Al-Jawami’ (al-Jami’)

• Al-Sunan

• Al-Muwatta’: Kitab yang menghimpunkan hadith dan athar dari sahabat dan tabien dan pengarang menyebut pandangan beliau sendiri dalam beberapa isu fiqh.

• Al-Masanid (al-Musnad)

• Al-Musannafat: Kitab yang menghimpunkan hadith dan athar dari sahabat dan tabien.

Page 11: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

• Al-Ajza’ (al-Juzu’): mengumpulkan hadis dalam satu isu.

• Al-Mustadrak:

• Al-Mustakhraj

• Al-Zawaid

• Al-Ma’ajim

Page 12: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

Metodologi Imam Bukhari dan Muslim

Dr Muhamad Rozaimi Ramle

Page 13: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

Sebab Penulisan Sahih Bukhari

• Cadangan dari gurunya Ishaq bin Rahuyah.

• Beliau bermimpi bahawa beliau memeang kipas dan menghalau lalat dari menghinggapi baginda dengan kipas tersebut. Setelah bertanya pentakwil mimpi, beliau menyatakan bahawa imam bukhari akan menafikan pendustaan golongan pemalsu hadis dari baginda.

Page 14: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

Mengapa Sahih Bukhari Lebih Sahih Dari Sahih Muslim?

• Imam Bukhari lebih berhati-hati memilih perawi. Ini jelas kerana sebab berikut:

1. Perawi sahih Bukhari yang tidak ada dalam sahih Muslim seramai 435 orang. Yang dikiritik oleh ulama Jarh wa Taadil dari mereka seramai 80 orang. Manakala perawi sahih Muslim yang terdapat dalam sahih Muslim yang tidak terdapat dalam sahih Bukhari seramai 620 orang. Perawi yang dikritik dari mereka oleh ulama seramai 120 orang. Ini menunjukkan sahih Bukhari lebih sahih.

Page 15: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

2. Perawi yang dikritik dalam sahih Bukhari tersebut kebanyakan mereka adalah guru Imam Bukhari sendiri dan sudah pastinya murid lebih mengenali gurunya sendiri dan boleh membezakan hadisnya yang sahih dan yang daif .

3. Imam Bukhari meriwayatkan hadis perawi yang dikritik ini dalam mutabaat dan syawahid sebaliknya Imam Muslim banyak meriwayatkan hadis mereka dalam usul.

Page 16: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

Pandangan sebahagian Ulama Magharibah

• Sebahagian ulama magharibah (Morocco dan Andalus) menyatakan sahih Muslim lebih utama dari sahih Bukhari. Ibn Hajar cuba mencari alasan bagi pandangan ini. Alasan yang dikemukakan oleh Ibn Hajar ialah pandangan ini tidak melihat kepada kesahihan sebaliknya melihat kepaada aspek lain iaitu:

1. Sahih Muslim meletakkan hadis di suatu tempaat dan tidak mengulangnya di tempat lain dalam sahihnya.

2. Imam Bukhari menulis sahihnya sewaktu beliau bermusafir sebaliknya Imam Muslim menulisnya ketika tidaak bermusafir daan rujukannya masih ada di sisinya.

3. Imam Muslim tidak meriwayatkan dengan makna dan tidak meringkaskan lafaz hadis. Ini berbeza dengan Imam Bukhari.

Page 17: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

Cara Bukhari menulis Sahih

• Intiqa’ dari 600,000 hadis yang beliau hafal.

هذا الكتاب يعنى الصحيح من زهاء أخرجت : قال البخاري• حديثستمائة ألف

• Solat dan berdoa sebelum memasukkan mana-mana hadis ke dalam sahih al-Bukhari.

• Kata Imam Bukhari:

ما وضعت في كتاب الصحيح حديثا الا اغتسلت قبل ذلك • وصليت ركعتي

Page 18: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

Sahih Muslim

صنفت هذا المسند الصحيح من ثلاثمائة ألف حديث "• "مسموعة

عرضت كتابي هذا على أبي زرعة الرازي، فكل ما أشار، "•أن له علة تركته، وكل ما قال إنه صحيح وليس له علة

"خرجته

Page 19: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

ليس كل شيء عندي صحيح وضعته ههنا ، إنما وضعت " • "ههنا ما أجمعوا عليه

:معنى الإجماع هنا من وجهين•

الأحاديث التي تحققت فيها الشروط التي أجمع عليها • .العلماء

الأحاديث التي أجمع عليه أبو زرعة وأحمد بن حنبل وابن • معين وعثمان بن أبي شيبة

Page 20: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

• Imam Muslim menulis selama 15 tahun.

Page 21: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

Kedudukan Sahihain

الصنعة مجمعون على أهل : قال أبو إسحاق الإسفراييني•أن الأخبار التي اشتمل عليها الصحيحان مقطوع بصحة

ومتونهاأصولها

اتفقت على أن كل ما أسنده الأمة : قال الحافظ العلائي•البخاري ومسلم في كتابيهما الصحيحين، فهو صحيح لا

فيهينظر

Page 22: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

، كتابيهما العلماء وتلق ي :حجر ابن قال• التلق ي وهذا بالقبول القاصرة الطرق كثرة مجرد من العلم إفادة في أقوى وحده الحفاظ من أحد ينقده لم بما مختص هذا أن إلا .التواتر عن

الكتابين في [مما]

Page 23: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

Metodologi Pemilihan Hadis

• Jika perawi yang mempunyai ramai murid dan banyak hadis seperti al-Zuhri maka Imam Bukhari dan Muslim membahagikan anak murid perawi itu kepada 5 martabat:

Martabat pertama: Perawi bertaraf huffaz dan tekun dan bersama dengan al-Zuhri untuk tempoh masa yang lama seperti Malik, ‘Uqail, Syuaib dan Ma’mar.

Page 24: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

Martabat kedua: Perawi bertaraf huffaz dan tekun tetapi tidak bersama al-Zuhri untuk tempoh masa yang lama seperti al-Auza’ie dan Laith bin Sa’ad.

Martabat ketiga: Perawi yang dipertikaikan sedikit hafazan mereka terhadap hadis tetapi mereka melazimi al-Zuhri untuk tempoh masa yang lama seperti Sufyan bin Husain dan Jaafar bin Burqan.

Page 25: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

• Martabat keempat: Perawi yang dipertikaikan sedikit hafazan mereka dan tidak melazimi al-Zuhri untuk tempoh masa yang lama seperti Ishaq bin Abi Farwah.

• Martabat kelima: Perawi daif dan matrukin (ditinggalkan riwayatnya) seperti Muhammad bin Said al-Maslub.

Page 26: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

• Imam Bukhari akan memilih perawi martabat pertama untuk dimuatkan dalam hadis usul.

• Manakala hadis mutabaat dan syawahid Imam Bukhari akan memilih perai martabat kedua.

• Manakala Imam Muslim, beliau akan memilih perawi martabat pertama dan kedua untuk dimuatkan dalam usul.

• Manakala dalam mutabaat dan syawahid, Imam Muslim akan memilih ketiga.

Page 27: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

Syarat Bukhari dan Muslim Dalam Ittisal al-Sanad

• Ittisal al-Sanad ialah salah satu syarat hadis sahih. Maksudnya ialah sanad yang bersambung. Untuk menjadikan sanad yang bersambung, Imam Bukhari dan Muslim mempunyai pandangan yang berbeza:

• Imam Bukhari mensyaratkan tsubut al-Liqa’ iaitu pembuktian bahawa perawi mesti bertemu dengan orang yang dia riwayatkan hadis darinya walaupun sekali untuk menghukum sanadnya bersambung. Jika tidak Imam Bukhari akan hukumkan sanadnya terputus.

• Berbeza dengan Imam Muslim, beliau mensyaratkan untuk menjadikan sanad bersambung 3 syarat utama:

1. Perawi hidup sezaman dengan orang yang dia riwayatkan darinya.

2. Terdapat kemungkinan untuk beliau bertemu gurunya (mereka hidup dalam 1 negara yang sama)

3. Perawi tersebut tidak dikategorikan sebagai mudallis.

Ini menunjukkan syarat Imam Bukhari lebih ketat.

Page 28: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

Kritikan Dalam Sahih Bukhari dan Muslim

• Walaupun sahih Bukhari dan Muslim dianggap kitab paling sahih tetapi terdapat ulama hadis mengkritik beberapa hadis dalam kedua-dua kitab ini seperti al-Daraqutni dan Au Ali al-Jiyani. Walaubagaimana pun kritikan ini telah dijawab oleh Ibn Hajar dalam Hady al-Sari dan Imam Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim. Namun, kritikan al-Daraqutni ini boleh disifaatkan sebagai berikut:

Page 29: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

1. Kritikan ulama silam kebanyakannya adalah disebabkan mereka menganggap beberapa hadis riwayat Bukhari dan Muslim tidak mencapai piawaiaan Bukhaari dan Muslim.

2. Kritikan mereka berasaskan ilmu ilal hadith bukannya hawa nafsu semata seperti kritikan moden yang hanya menggunakan akal.

3. Kritikan ulama silam adakalanya tertumpu kepada beberapa lafaz dalam hadis yang kurang tepat tetapi tidak untuk menolak keseluruhan hadis tersebut. Ia berbeza dengan kritikan moden yang ingin menolak keseluruhan hadis dengan hawa nafsu.

Page 30: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

Tarajim Sahih Bukhari

• Tarajim ialah tajuk-tajuk bab dalam sahih Bukhari. Ia menunjukkan pandangan fiqh yang dipilih oleh Imam Bukhari jika berlaku khilaf dalam masalah fiqh. Jenis-jenis tarajim dalam sahih Bukhari:

1. Tarajim zahirah ialah tarajim yang jelas. Iaitu kaitan tajuk bab dengan hadis yang dibawakan dalam bab tersebut mempunyai kaitan yang jelas.

Page 31: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

2. Tarajim mustanbatah: Iaitu tajuk bab kaitannya dengan hadis dalam bab sedikit tersembunyi sehinggakan perlu untuk berfikir untuk mengetahui kaitan antara keduanya. Contohnya hadis berkaitan niat yang Imam Bukhari letakkan di bab permulaan wahyu. Kaitannya agak tersembunyi. Setelah diteliti barulah kita nampak kaitannya iaitu wahyu berkaitan dengan amalan manusia. Amalan manusia tidak akan jadi sahih melainkan dengan niat yang betul. Maka kaitannya ada Cuma agak tersembunyi.M

Page 32: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

3. Tarajim mursalah: Iaitu bab yang tidak mempunyai tajuk. Imam Bukhari Cuma meletakkan kalimah “Bab” sahaja pada bab seperti ini. Bab seperti ini Imam Bukhari letak padanya hadis-hadis yang berkaitan dengan bab yang sebelumnya. Cuma kaitannya hanya kaitan umum sahaja.

Page 33: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

Hadis Muallaq Dalam Sahih Bukhari dan Muslim

• Hadis muallaq ialah hadis yang dipadam dari pangkal sanadnya seorang perawi atau lebih secara berturut-turut.

• Hadis muallaq termasuk dalam kategori hadis daif kerana sanadnya terputus kecuali jika kita menjumpai sanadnya yang bersambung dalam kitab hadis lain. Maka ketika itu, jika sanad itu sahih kita akan hukumkan ia sahih.

Page 34: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

• Hadis muallaq dalam sahih Muslim

- Hadis muallaq dalam sahih Muslim hanya 12 hadis sahaja. Tetapi imam Muslim bawakan hadis-hadis ini setelah membawakan hadis dengan sanad yang bersambung. Maka hadis muallaq ini Imam Muslim bawakan sebagai mutabaat sahaja.

Page 35: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

Muallaq dalam sahih Bukhari

• Tujuan Imam Bukhari membawakan hadis muallaq:

1. Menjadikan ia sebagai dalil sokongan bagi pandangan fiqh yang dipilih oleh Imam Bukhari.

2. Memberitahu pembaca tentang wujudnya percanggahan pada sanad dan matan hadis dan riwayat yang sahih ialah riwayat yang beliau bawakan dengan sanad yang penuh.

3. Menguatkan hadis yang beliau bawakan dengan sanad penuh.

4. Menyebut beberapa faedah dalam sanad seperti menyebut lafaz حدثنا atau أخبرنا untuk membuktikan perawi itu mendengar dari gurunya. Ini penting jika hadis dengan sanad bersambung yang Imam Bukhari bawakan dalam sahihnya mengandungi perawi mudallis.

5. Jika Imam Bukhari mengulang hadis yang sama dengan sanad yang sama dalam sahihnya di dua tempat yang berbeza. Jika Imam Bukhari tidak menjumpai sanad lain bagi hadis yang sama maka beliau akan buang sanad jika mengulang hadis itu sekali lagi dengan tujuan untuk meringkaskan.

Page 36: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

Status Hadis Muallaq Dalam Sahih Bukhari

1. Jika hadis muallaq itu terdapat sanad yang bersambung dalam bab yang lain dalam sahih Bukhari maka statusnya sahih. Tujuan Imam Bukhari padamkan sanadnya ialah kerana beliau tidak mahu mengulang hadis yang dengan sanad yang sama dalam sahihnya.

2. Jika hadis muallaq itu tidak terdapat dalam bab lain dalam sahih Bukhari dengan sanad yang penuh maka statusnya seperti berikut:

Page 37: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

• Jika Imam Bukhari bawakan dengan sighah Jazam maka hukumnya ialah juzuk sanad yang dipadam itu sahih. Cuma kita perlu mengkaji sanad yang tidak dipadam oleh Imam Bukhari. Jika yang tidak dipadam itu sanadnya bersambung maka statusnya sahih. Jika terputus maka ia dikategorikan sebagai daif.

• Jika Imam Bukhari bawakan muallaq tersebut dengan sighah tamridh (tidak pasti seperti diriwayatkan dan dihikayatkan) maka sebahagiannya sahih, sebahagiannya hasan dan sebahagiannya daif mengikut kepada penilaian ulama hadis. Ibn Hajar telah menilai hadis-hadis muallaq sahih Bukhari ini dalam kitabnya Taghliq al-Ta’liq. (تغليق التعليق)

Page 38: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

Keistimewaan Sahih Muslim

• Keistimewaan sahih Muslim ialah seperti berikut:

1. Meletakkan hadis di satu tempat sahaja dan tidak mengulangnya di tempat yang berbeza seperti yang dilakukan oleh Imam Bukhari.

2. Beliau membezakan antara lafaz gurunya dalam sanad. Jika beliau mengumpulkan 2 sanad atau lebih di satu tempat beliau akan nyatakan perbezaan lafaz gurunya dalam sanad seperti حدثنا atau أخبرنا.

Page 39: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

• Contohnya:

• ثنا أبو الطاهر وحرملة بن يحيى وأحمد بن وحدثنا وقال الآخران أخبرنا عيسى ابن قال أحمد حد

ثنى وهب قال أخبرنى يونس عن ابن شهاب قال حدسعيد بن المسيب أن أبا هريرة أخبره أن رسول الله

أمرت أن أقاتل الناس » قال -صلى الله عليه وسلم-حتى يقولوا لا إله إلا الله فمن قال لا إله إلا الله ه وحسابه على الله عصم من ى ماله ونفسه إلا بحق

».

Page 40: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

3. Jika terdapat nama perawi dalam sanadnya tidak disebut secara penuh (muhmal) maka imam Muslim akan perkenalkannya dengan lebih terperinci supaya dapat membezakannya dengan perawi lain. Contohnya:

ثنا ثنا إسحاق بن موسى بن عبد الله بن موسى بن عبد الله بن يزيد الأنصارى حد حدثنى الحارث بن أبى ذباب عن وعبد الرحمن -وهو ابن هرمز -يزيد أنس بن عياض حداحتج آدم » -صلى الله عليه وسلم-الأعرج قالا سمعنا أبا هريرة قال قال رسول الله

لام عند رب هما فحج آدم موسى قال موسى أنت آدم الذى خلقك وموسى عليهما السالله بيده ونفخ فيك من روحه وأسجد لك ملائكته وأسكنك فى جنته ثم أهبطت الناس بخطيئتك إلى الأرض فقال آدم أنت موسى الذى اصطفاك الله برسالته وبكلامه وأعطاك الألواح فيها تبيان كل شىء وقربك نجي ا فبكم وجدت الله كتب

ا وعصى آدم )قال آدم فهل وجدت فيها . التوراة قبل أن أخلق قال موسى بأربعين عامقال أفتلومنى على أن عملت عملا كتبه الله على أن أعمله . قال نعم ( ربه فغوى

فحج آدم » -صلى الله عليه وسلم-قبل أن يخلقنى بأربعين سنة قال رسول الله .«موسى

Page 41: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

Maksud: Sahih menurut Syarat Bukhari dan Muslim

• Maksudnya ialah perawi hadis tersebut mencapai taraf perawi dis yang dihujahkan dalam sahihain secara jama’ selamat dari al-ilal.

• Seperti Sufyan bin Husain dan al-Zuhri. Sahihain memasukkan riwayat Sufyan bin Husain jika dia meriwayatkan dari guru selain al-Zuhri. Namun, jika dia meriwayatkan dari al-Zuhri maka dia dianggap daif kerana beliau mendengar dari al-Zuhri waktu haji.

Page 42: Manahij al-Muhaddithin (metodologi Muhaddithin)

• Adapun jika perawi tersebut hanya mencapai tahap al-Istisyhad semata maka tidak layak digelar mencapai syarat sahihain seperti riwayat al-’Ala’ bin Abdil Rahman dari ayahnya dari Abu Hurairah. Imam Muslim hanya mengeluarkan satu sahaja hadisnya melalui jalur ini itu pun dengan wujudnya mutabaat.