12
Manfaat Diet Atkins Untuk Kesihatan Anda 25/12/2014 Atkins , Diet Jika anda masih berkira-kira nak berdiet Atkins untuk mengurangkan lebihan berat badan, mungkin ini akan mengubah persepsi anda. Diet Atkins secara ringkasnya adalah diet yang menekankan diet yang rendah karbohidrat, tinggi protein, yang juga dikenali sebagai diet ketogenik. Term ‘ketogenik’ ini datang dari ketones, iaitu bahan yang terhasil apabila kita mengurangkan kuantiti karbohidrat dalam makanan sehingga tubuh terpaksa menggunakan lemak yang tersimpan sebagai sumber tenaga. Diet jenis ini dihasilkan oleh pengasasnya Dr. Atkins dan telah dibuktikan oleh berpuluh kajian yang mengkaji keberkesan diet ini. Kebaikan Diet Atkins Untuk Anda Diet Ini ‘Membunuh’ Selera Anda Rasa lapar adalah salah satu sebab mengapa ramai orang tak sanggup untuk berdiet (atau secara khususnya, makan dengan lebih berkhasiat). Kajian dan pakar diet bersetuju jika anda mengurangkan karbo dan sebaliknya menambahkan protein dalam diet harian, anda kurang mengambil kalori dalam jumlah harian.

Manfaat Diet Atkins Untuk Kesihatan Anda

  • Upload
    eim

  • View
    26

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

atkins

Citation preview

Page 1: Manfaat Diet Atkins Untuk Kesihatan Anda

Manfaat Diet Atkins Untuk Kesihatan Anda

25/12/2014   Atkins, Diet

Jika anda masih berkira-kira nak berdiet Atkins untuk mengurangkan lebihan berat badan, mungkin ini

akan mengubah persepsi anda. 

Diet Atkins secara ringkasnya adalah diet yang menekankan diet yang rendah karbohidrat, tinggi

protein, yang juga dikenali sebagai diet ketogenik.

Term ‘ketogenik’ ini datang dari ketones, iaitu bahan yang terhasil apabila kita mengurangkan kuantiti

karbohidrat dalam makanan sehingga tubuh terpaksa menggunakan lemak yang tersimpan sebagai

sumber tenaga.

Diet jenis ini dihasilkan oleh pengasasnya Dr. Atkins dan telah dibuktikan oleh berpuluh kajian yang

mengkaji keberkesan diet ini.

Kebaikan Diet Atkins Untuk AndaDiet Ini ‘Membunuh’ Selera AndaRasa lapar adalah salah satu sebab mengapa ramai orang tak sanggup untuk berdiet (atau secara

khususnya, makan dengan lebih berkhasiat).

Kajian dan pakar diet bersetuju jika anda mengurangkan karbo dan sebaliknya menambahkan protein

dalam diet harian, anda kurang mengambil kalori dalam jumlah harian.

Page 2: Manfaat Diet Atkins Untuk Kesihatan Anda

Berkesan Untuk Mengurangkan Simptom MetabolismaSimptom ini sangat berkait dengan peningkatan risiko kencing manis dan penyakit jantung dan ia

sebenarnya merangkumi pelbagai simptom seperti:

– Tekanan darah tinggi,

– Gula dalam darah yang tinggi

– Lemak trigilserida yang tinggi

– Kolesterol tak bagus yang tinggi

– Kadar visceral fat yang tinggi.

Semua tinggi2 belaka kan? Yang menariknya, simptom2 ni akan kurang dengan drastik jika anda

mengamalkan diet harian yang rendah karbo.

Diet Rendah Karbo Akan Lebih Membantu Untuk Kurangkan Berat BadanSimple, lebih pantas, dan sangat berkesan berbanding diet jenis lain.

Ini kerana diet rendah karbo lebih cepat mengeluarkan lebihan air dalam tubuh, disebabkan insulin

yang rendah terhasil dari pengurangan jumlah karbo. Maka buah pinggang akan mudah

mengeluarkan lebihan garam – cepatlah kurus!

diet rendah karbo membantu anda untuk kurus

Page 3: Manfaat Diet Atkins Untuk Kesihatan Anda

Mengurangkan Paras Gula Dalam Darah Dan InsulinParas gula dalam darah adalah sebenarnya toksik, maka hormon insuline diperlukan untuk bawa

glukosa ke sel-sel untuk digunakan atau disimpan sebagai lemak.

Erk? Asal nak simpan pulak?

Kalau ada lebihan glukosa tubuh simpan terus buat standby. Ini fakta.

Kalau orang yang sihat dan mempunyai refleks insulin yang cepat, takpa lagi sebab insulin akan

melindungi tubuh kita. Bagaimana jika insulin anda lambat pickup?

Insulin ini yang dipanggil sebagai ketahanan insulin, di mana sel-sel lambat nak react dengan insulin,

maka sukar sket bagi tubuh nak bawak masuk glukosa ke sel – lambat-laun ini yang akan menjadi

diabetes jenis 2.

In a way, diet rendah karbo ini sangat bagus diamalkan untuk yang telah menghidap diabetes pun –

jika dilakukan dengan betul, anda tidak perlu bergantung sangat dengan ubat-ubatan yang kawal gula

dalam darah/insulin tu. Mudah kan?

sekadar selingan :P

Menyingkirkan Kedua-Dua Jenis Lemak Dan TrigilseridaAda berapa jenis lemak sebenarnya nih??

Ada dua je, dibezakan mengikut kedudukan lemak tersebut. Salah satu adalah lemak yang duduk di

bawah kulit manakala satu lagi ialah lemak yang menyaluti organ penting seperti jantung, hati, dan

buah pinggang (visceral fat).

Visceral fat ini bahaya kerana ia boleh menyebabkan inflamasi, ketahanan insuline (menyebabkan

anda kerap makan dan cenderung memilih yang manis2 sahaja).

Trigilserida pula adalah lemak yang menyempit dalam saluran darah. Pada jangka masa panjang,

ia boleh menyebabkan salur darah tersumbat, dan salur darah tersebut mengeras – punca sakit

jantung, strok, dan darah tinggi. Baca sini   cara terbaik untuk cara menyedut lemak dalam salur darah

dengan cepat.

Page 4: Manfaat Diet Atkins Untuk Kesihatan Anda

apa bila anda mengalami obesiti, ini yang risiko anda akan hadapi

Sebab tu, ada yang kurus pun boleh terkena sakit jantung. yang mengalaminya pun ada di kalangan

selebriti.

Meningkatkan Kolesterol Bagus (HDL)Ye..ada kolesterol bagus (hati kita sendiri hasilkan kolesterol, tapi yang cukup2 lah). Kolesterol bagus

ni kerja nya untuk tarik lemak tak elok ke hati untuk dicernakan. Kolesterol tak bagus (LDL) sifat dia

terbalik dan tinggi LDL ni akan meningkatkan risiko jantung.

Diet Yang ‘Clean’ Dan Cuci2 BadanBukan nak kata diet lain tu kotor ya. Tak maksud bersih di sini ialah ia berkhasiat untuk manfaat tubuh

(mat saleh kata ‘clean diet’ gitu).

Kerana karbo yang berlebihan tu sebenarnya tidak perlu untuk tubuh kita, instead, protein, lemak

sihat, dan sedikit karbo sahaja makronutrien yang sebenar-benarnya diperlukan.

Dengan diet clean ini, segala apa yang tak kena akan dibetulkan secara dalaman – ketahanan

badan meningkat, kulit jadi clean and clear, malah ada yang sampai boleh mengandung terus sebab

hormon dalaman dah dibetulkan. Best kan?

Tapi jangan tanya saya siapa tau. Saya tak boleh paste sini sebab privasi orang kot. Korang boleh

terjah Kelab Diet Atkins [Malaysia] dan tanya sendiri otai2 dalam kelab.

Page 5: Manfaat Diet Atkins Untuk Kesihatan Anda

Anda mungkin berminat dengan:

http://mommylotte.com/2014/12/25/manfaat-diet-atkins-untuk-kesihatan-anda/

http://profhariz.com/ulasan-5-diet-plan-paling-popular/

2. Diet Atkins

Diet Atkins adalah rendah-karbohidrat(carb), tinggi protein bagi menurunakan berat

badan. Anda bermula dengan diet rendah-karbohidrat yang direka untuk “rapid

weight loss”. Program ini harus dilakukan sekurang-kurangnya dua minggu dan

bergantung kepada berapa berat idaman anda. Semasa fasa ini, anda berada pada

diet protein, diet lemak dan sangat rendah karbohidrat termasuk daging, makanan

laut, telur, keju dan beberapa sayur-sayuran, mentega dan minyak.

Diet Atkins berbeza dengan Diet Dukan. Diet Atkins membolehkan lemak yang tidak

terhad dan beberapa sayur-sayuran, seperti lada, timun dan salad semasa fasa

pertama. Dalam tempoh tiga fasa seterusnya, penurunan berat badan itu

mungkin menjadi lebih beransur-ansur dan senaman yang kerap adalah digalakkan.

Lebih banyak karbohidrat, buah-buahan dan sayur-sayuran yang diperkenalkan ke

dalam diet anda dengan tujuan pengambilan karbohidrat yang ideal dengan anda

bagi mengekalkan berat badan yang sihat untuk hidup. Fasa satu direka untuk

Page 6: Manfaat Diet Atkins Untuk Kesihatan Anda

membantu anda kehilangan sehingga 6kg dalam masa 2 minggu, mengurangkan

kepada 1kg kepada 3 kg dalam fasa kedua.

Pro dan Kelebihan

Dapat mengurangkan berat badan dengan lebih cepat

Menggalakan untuk mengurangkan karbohidrat yang diproses dan alkohol

Tidak perlu kira kalori

Mudah untuk lelaki

Kontra dan Kekurangan

Pada permulaan diet mungkin mengalami kesan sampingan seperti nafas

berbau, mulut kering, keletihan, pening, insomnia.

Pengambilan lemak tepu yang tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit

jantung

Pengambilan protein yang tinggi boleh menjejaskan kesihatan tulang dalam

jangka masa panjang

. Balanced Diet

Jika di malaysia diet seimbang adalah diet yang disyorkan oleh Cikgu Fitness Kevin

Zahri dimana diet yang membekalkan nutrien. Ia mengandungi nutrisi yang

diperlukan oleh badan daripada semua kumpulan makan untuk organ, tisu dan

fungsi sel-sel badan. Diet ini dikenali sebagai piramid diet dimana

karbohidrat:protein:lemak nisbah kalorinya sebanyak 55-30-15. Kunci kejayaan diet

ini ialah merancang keperluan kalori seharian dan dapat membezakan saiz hidangan

yang diperlukan secara sederhana.

Pro dan Kelebihan

Meringankan masalah kesihatan seperti jantung, artritis, takan darah tinggi

dan kolestrol

Badan yang seimbang dari mental dan fizikal

Menjalani kehidupan yang lebih panjang dan sihat

Semua makanan boleh makan tetapi perlu di sukat.

Page 7: Manfaat Diet Atkins Untuk Kesihatan Anda

Kontra dan Kekurangan

Sukat Makanan

Kira kalori

Berat lambat turun

http://sususejat.com/diet-dari-barat-bukan-untuk-orang-malaysia/

Home  »  Diet • Weight Loss   »   Diet dari BARAT bukan untuk orang MALAYSIA

Diet dari BARAT bukan untuk orang MALAYSIAPosted in Diet, Weight Loss By Joy Kalonas On July 2, 2010

Hari ini aku ingin mengajak para pembaca Susu Sejat agar membuka minda seluas-

luasnya, untuk berfikir seketika apa yang bakal aku ceritakan sebentar lagi. Aku

pinta bacalah sehingga habis sebelum mengutarakan sebarang idea atau kritikan,

kerana ini hanyalah sekadar cebisan pendapat aku berdasarkan pengalaman dan

kajian aku berkenaan diet dan kesihatan selama hampir 2 tahun. Setiap individu itu

berhak untuk mengutarakan pendapat mereka, dan kalian, para pembaca juga boleh

berbuat demikian di akhir entri ini.

Aku perhatikan, ramai rakyat Malaysia (dan aku maksudkan lebih suku daripada

mereka yang berdiet) begitu berlumba-lumba untuk mengikuti diet-diet yang

diperkenalkan dan popular dari negara-negara barat, terutamanya Amerika Syarikat

(US). Antara diet-diet yang popular (juga dikenali sebagai kategorifad diet) ialah South

Beach Diet, Very Low Calorie Diet, dan yang paling popular, Atkins Diet.

Page 8: Manfaat Diet Atkins Untuk Kesihatan Anda

Memang semua diet-diet itu mampu untuk menurunkan berat badan, tetapi diet-diet

itu BUKAN direka untuk rakyat Malaysia. Nampak aku capitalize perkataan bukan

tersebut? Sesetengah diet direka khas oleh pakar pemakanan, doktor

dan physician khas untuk golongan tertentu, berdasarkan faktor intrinsik (dalaman,

seperti genetik) mahupun faktor entrisik (luaran, seperti faktor demography). Malah

sesetengah diet tersebut kurang bersesuaian dengan individu yang bukan tergolong

dalam kategori fokus.

Aku kecewa melihat rakyat kita yang terkapai-kapai mencari arah dalam berdiet, dan

akhirnya buku-buku sebegini (amalan diet dari barat) juga yang mereka cari. Aku

kecewa apabila ada sesetengah daripada mereka yang mempertikaikan konsep

kalori, mereka mendakwa konsep kalori ini merapu dan menyusahkan. Sedangkan

konsep kalori itu sudah diterima pakai dalam sains pemakanan dan dalam ilmu sains

keseluruhannya, adakah itu juga dikira sebagai merapu?

Ambil contoh seorang penulis bernama Jayden Chen, seorang pakar

dalam bidang kesihatan dan kecergasan di Malaysia. Beliau merupakan seorang

jurulatih kecergasan yang tersohor, meskipun beliau pernah melalui sejarah hitam

yang sama seperti aku – obesiti ketika alam remaja. Namun Jayden juga sesekali

berkeras mendakwa diet daripada barat bukan dicipta untuk rakyat Malaysia. Malah,

beliau sendiri sudah mencuba kesemua diet-diet yang berasal dari barat ini, dan

rata-rata kesemua diet tersebut mendatangkan penyeksaan dan ‘kurang

Page 9: Manfaat Diet Atkins Untuk Kesihatan Anda

bersesuaian’ dengan budaya kita – Ya, makanan kita sendiri merupakan sebuah

budaya. Kita dikenali di mata dunia luar sebagai ‘syurga makanan’ kerana kaya

dengan berbagai jenis makanan yang mewakili setiap etnik di negara kita.

Kesemua jenis diet yang wujud di dunia ini (untuk menguruskan badan) dan produk-

produk pelangsingan yang berharga ratusan ringgit di luar sana, hanya berpegang

pada satu konsep, iaitu ‘kurangkan pengambilan kalori’. Low-carb diet (nama pun

dah low), Cabbage soup diet (kobis rendah kalori), Detox-diet (fiber tidak mempunyai

kalori), Atkins diet, dan produk-produk pelangsingan yang tengah naik seperti pisang

goreng panas di luar sana (tak mahu sebut nama, kalian faham-fahamlah sendiri),

semuanya berpegang pada satu konsep, iaitu ‘KURANGKAN PENGAMBILAN KALORI’.

Untuk tujuan penulisan ini, aku akan fokus lebih kepada diet Atkins memandangkan

diet ini tersangatlah popular di Malaysia sekarang. Kalian hendak tahu mengapa diet

Atkins berkesan?

Mengapa diet Atkins mampu menurunkan berat badan?

Dalam amalan Atkins, karbohidrat disingkirkan daripada nutrisi. Perlu kita ingat

bahawa nilai kalori datang daripada 3 macronutrient asas, iaitu Karbohidrat, Lemak

dan Protein. Apabila salah satu daripadanya (karbohidrat) sudah di ‘keluarkan’ dari

senarai pengambilan seharian, bererti pengamalnya juga telah mengurangkan

pengambilan kalori dalam sehari, sekaligus membawa kepada penurunan berat

badan.

Apabila pengambilan karbohidrat dikurangkan, tinggal sama ada untuk bergantung

kepada makanan berasaskan protein ataupun lemak ke dalam diet. Tetapi secara

logiknya, tidak mungkin pengamalnya HANYA makan makanan berlemak seperti ais-

krim, kek keju atau coklat, kerana makanan-makanan berlemak seperti ini masih

mempunyai kandungan gula (karbohidrat ringkas) yang tinggi. Maka terpaksalah

mereka mengutamakan makanan berprotein seperti sumber kekacang, tofu/tauhu,

ayam, ikan, dan daging. Maka dengan itu hadirlah sebab yang kedua, iaitu protein.

Protein adalah lebih thermogenic berbanding karbohidrat dan lemak; bermaksud

protein mengambil masa yang lama untuk dicernakan dan diproses sebagai sumber

tenaga. Malah badan memerlukan banyak tenaga (kalori) untuk menukarkan protein

sebagai sumber tenaga, dan ini membawa kepada peningkatan kadar metabolisma,

sekaligus turun berat badan.

Page 10: Manfaat Diet Atkins Untuk Kesihatan Anda

Risiko diet Atkins

Konsep diet Atkins ini mudah, iaitu meletakkan tubuh badan kita dalam peringkat

‘ketosis’ – peringkat di mana tubuh badan menggunakan ketones bodies (ketones),

iaitu produk sampingan untuk metabolisma protein, sebagai sumber tenaga. Ketosis

mengurangkan selera makan dan membuatkan nafas berbau. Terdapat juga kajian

pakar yang menunjukkan ia mampu memberi kesan kepada ketumpatan tulang

(ostreoporosis) dan merosakkan buah pinggang, jika diamalkan secara berterusan,

untuk jangka masa panjang. Selain itu, ketosis juga membawa kepada

penghasilan Uric Acid, iaitu penyebab kepada penyakit-penyakit seperti gout (sakit

sendi) dan batu karang.

Kita mungkin mengambil terlalu banyak lemak dan kolestrol sekiranya terlalu

bergantung kepada sumber protein dan lemak. Meskipun makanan laut seperti

udang dan ikan adalah berprotein tinggi, namun hampir kesemuanya mengandungi

kolestrol. Pengambilan makanan berlemak secara berterusan juga akan memaksa

badan kita untuk menghasilkan lebih kolestrol di dalam badan kita. Kesan kolestrol?

Rasa-rasanya para pembaca sendiri mesti sudah mengetahui kesan paras kolestrol

yang tinggi di dalam darah.

Selain itu, tidak mustahil juga untuk turun berat badan dalam kadar yang pantas,

namun jangan terkejut jika hasilnya kelak adalah bentuk badan yang ‘skinny-fat-look‘

dan bukannya ‘ripped – nampak definisi otot’) kerana proses penurunan pantas itu

hanya melibatkan banyak penurunan berat air dan otot yang banyak.

Apabila sumber karbohidrat menjadi sangat kurang dan defisit, badan akan mula

merujuk kepada hati untuk mendapatkan glycogen sebagai sumber tenaga alternatif

(masih ingat 4 hierarki tenaga yang aku ceritakan dahulu?). Badan memerlukan 3g

air untuk setiap 1g glycogen yang disimpan, dan sebaliknya jika glycogen itu diguna

pakai (reverse process). Bayangkan berapa banyak air yang akan hilang untuk setiap

glycogen yang diguna pakai. Ramai yang mendakwa berat yang banyak turun ketika

fasa pertama Atkins (atau low-carb diet yang lain) adalah penurunan lemak, tetapi

Page 11: Manfaat Diet Atkins Untuk Kesihatan Anda

hakikatnya kehilangan air juga banyak berlaku. Dan untuk menampung jumlah air

yang hilang, pengamal Atkins juga harus minum jumlah air yang sangat banyak

untuk memastikan diri dihidratkan semula.

Dari segi ekonomi, Atkins diet memerlukan banyak belanja. Para pembaca perlu

ingat, harga pasaran untuk makanan berasaskan protein adalah mahal. Sebiji telur

saiz A yang mengandungi 6.3g protein(dalam 30 sen sebiji) adalah jauh LEBIH

MAHAL berbanding 2 sudu teh gula (berapa senlah sangat) yang mengandungi 8.4g

karbohidrat. Itu baru aku ambil contoh sumber protein termurah, bayangkan kalau

ayam, daging, ikan, dan makanan laut yang lain. Rasa-rasanya kalian mampu untuk

makan protein semata-mata sepanjang hayat? Bagaimana pula dengan golongan

yang berpendapatan rendah seperti aku?

Diet Atkins direka untuk orang barat

Atkins diet ini direka berdasarkan konsep hidangan makanan barat. Berbeza dengan

corak pemakanan di negara kita, di barat makanan utama mereka adalah berasaskan

sumber protein seperti ayam, daging, dan makanan-makanan laut, walhal corak

pemakanan negara kita dan negara-negara Asia yang lain adalah berasaskan sumber

karbohidrat seperti nasi, sebagai hidangan utama. Lihat sahaja contoh terdekat

seperti KFC, di mana ayam goreng merupakan hidangan utama, manakala sumber

karbohidrat seperti roti bun kecil dan kentang putar adalah sebagai makanan

sampingan (side-dish).

Ingat, makanan utama kita adalah nasi, makanan utama orang Asia itu adalah nasi!

Mengapa orang kita sering menyalahkan nasi, sedangkan nasi itu tidak bersalah.

Yang bersalah adalah nafsu kita – makan sepinggan nasi secara penuh membubu

walhal kerjanya bukanlah membanting tulang di sawah, mahupun bekerja kontrak di

bawah matahari terik. Malah, orang barat sendiri sebenarnya kagum dengan diet

orang Asia, terutamanya Asia Timur yang terbukti berkhasiat dan menyihatkan,

malah rata-rata di kalangan golongan veteran mereka yang berpegang pada

makanan tradisi hidup hampir 100 tahun! Makanan tradisi? Apa yang mereka

makan? Ya, mereka makan nasi sebagai hidangan utama, malah nasi mereka juga

Page 12: Manfaat Diet Atkins Untuk Kesihatan Anda

jauh lebih berkanji berbanding yang terdapat di negara kita. Namun berapa banyak

nasi yang mereka ambil dalam satu hidangan? Lihat sendiri dalam hidangan sushi itu

sendiri, berapa banyak nasi yang dipakai?

Jauh di sudut hati, aku ingin memohon seribu keampunan sekiranya entri aku kali ini

membuat segelintir rakyat Malaysia terasa. Namun niat aku tulus, aku tidak mahu

lagi rakyat kita terpengaruh dengan diet negara barat yang langsung tidak secocok

dengan pemakanan dan gaya hidup kita. Kita ada adat dan budaya kita sendiri.

Mengapa kita perlu hancurkan adat dan budaya itu (yakni pemakanan kita) semata-

mata kerana hendak kurus?

Kurus itu hanya persoalan jangka masa pendek, namun sampai bila kita harus

mengharamkan makanan tradisional kita? Kita ada Kevin Zahri, kita ada Jayden

Chen, dan ramai lagi pakar-pakar pemakanan tempatan yang punya strategi diet

tersendiri, bersesuaian dengan budaya pemakanan kita, namun mengapa kita tidak

mengikut tokoh-tokoh seperti ini? Mengapa kita sering terpedaya dengan iklan

produk pelangsingan? Mengapa kita mudah terpengaruh dengan budaya barat (diet)?

Mengapa? Dan Mengapa? Susu Sejat mahukan jawapan itu wahai para pembaca.

Tepuk dada tuan-tuan dan puan-puan, tepuklah dada, namun jangan sesekali

bertanyakan pada selera, tetapi bertanyalah pada hati.