Upload
ryan-alcantra
View
488
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
1/71
1
VISIMencapai budaya kerja cemerlang dan persekitaran berkualiti menerusi Amalan
5S selaras dengan imej JTM sebagai peneraju latihan kemahiran negara.
MISIMembudayakan Amalan 5S secara bersepadu dan berdisiplin berteraskan kualiti
kerja dan persekitaran yang kondusif menerusi Amalan 5S yang cekap dan
berterusan dengan mengutamakan kebersihan, kekemasan, kecekapan dan
keselamatan.
OBJEKTIFMemastikan pengurusan Amalan 5S yang cekap dan berkesan bagi mencapai ciri-
ciri kualiti seperti berikut :
i. Meningkatkan kebolehkerjaan dan pendapatan pelajar lepasan ILJTM;
ii. Meningkatkan kualiti perkhidmatan dan penyampaian yang berkesan dan
cekap;
iii. Meningkatkan keselamatan di persekitaran tempat kerja;
iv. Meningkatkan kecekapan penggunaan sumber;
v. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyelengaraan;
vi. Meningkatkan semangat kerjasama dan kerja berpasukan;
vii. Meningkatkan imej Institusi / Organisasi; dan
viii. Membudayakan kaizendi tempat kerja.
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
2/71
2
POLISI
Amalan 5S JTM bertujuan membentuk budaya persekitaran
berkualiti, dengan mengutamakan kebersihan, kekemasan,
keselamatan dan kecekapan, sesuai dengan peranan JTM sebagai
Peneraju Latihan Kemahiran Negara
Haji Romli Bin Haji Hassan
Ketua Pengarah
Jabatan Tenaga Manusia
Tarikh : ..................................
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
3/71
3
1. LATARBELAKANGKementerian Sumber Manusia (KSM) sentiasa berusaha untuk
menambahbaik sistem penyampaian latihan di institut latihan kendalian Jabatan
Tenaga Manusia (JTM) bagi memastikan graduan yang dihasilkan menepati
keperluan negara. Usaha-usaha penambahbaikan kepada penyampaian
perkhidmatan sentiasa diadakan seperti bekerjasama secara berterusan dengan
kerajaan Jepun melalui Japan International Cooperation Agency (JICA) ke arah
menghadapi persaingan dan mengekalkan ILJTM sebagai peneraju penyedia
latihan kemahiran negara.
Bagi merealisasikan usaha ini, satu perjanjian persefahaman di antara KSM
bagi mewakili Kerajaan Malaysia dengan JICA yang mewakili Kerajaan Jepun
telah ditandatangani pada 13 Oktober 2008. Tempoh kerjasama ini adalah selama
tiga (3) tahun, yang merangkumi empat (4) skop utama, iaitu:
i. Penjenamaan Latihan Kemahiran (Branding Skill Training);
ii. Kapasiti Penganalisaan (Analytical Capacity);
iii. Kapasiti Kerjasama (Collaboration Capacity); dan
iv. Kapasiti Latihan (Training Capacity).
Susulan perjanjian persefahaman tersebut, lapan (8) pegawai ILJTM telah
dihantar untuk mengikuti lawatan program-program penandarasan peningkatan
kebolehkerjaan yang diamalkan institusi latihan dan industri di Jepun. Antara
program-program penandarasan yang dikenalpasti ialah Amalan 5S, Career
Guidance, Employment Support Service (ESS) dan Curriculum Development
Based on Ability Structure(CUDBAS).
Seterusnya, pada 14 Februari 2009, seramai sembilan (9) pegawai ILJTM
dan seorang pegawai CIAST telah mengikuti lawatan susulan ke beberapa
industri di Jepun yang mengamalkan 5S di tempat kerja. Lawatan ini dibuat
dengan tujuan untuk mendalami kaedah pelaksanaan aktiviti berkenaan Amalan
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
4/71
4
5S supaya sesuai diaplikasikan di seluruh ILJTM dan juga CIAST. Hasil lawatan
ini, didapati pelaksanaan aktiviti Amalan 5S mampu meningkatkan motivasi
pekerja dan produktiviti sesebuah organisasi.
2. PENGENALANBagi melaksanakan program-program di bawah perjanjian kerjasama KSM dengan
JICA, Jabatan Tenaga Manusia (JTM) telah menubuhkan satu unit baru yang
dikenali sebagai Community And Employment Support Service (CESS) di setiap
ILJTM dan salah satu program berkenaan yang sedang dijalankan ialah Amalan
5S.
Amalan 5S telah dikenalpasti sebagai satu alat pengurusan (management tool)
bagi meningkatkan produktiviti, inovasi dan kreativiti serta daya saing sesebuah
organisasi. Ini dilakukan bagi mewujudkan suasana tempat kerja (Gemba)
bertaraf kelas pertama. Sesebuah organisasi perlu melalui proses penambahbaikan
yang berterusan dan sistematik dengan melaksanakan perkara-perkara berikut :
i. Mengenalpasti, mengurangkan dan menyingkirkan barang-barang yang
tidak diperlukan;
ii. Meningkatkan kerjasama berkumpulan (teamwork) di dalam organisasi;
iii. Meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan memperbaiki suasana
kerja;
iv. Memberi pendedahan dan membudayakan kaizen di kalangan warga
ILJTM;
v. Membentuk model asas bagi peningkatan produktiviti dan kualiti di tempat
kerja; dan
vi. Meningkatkan imej institut/jabatan bagi mendapatkan kepercayaan industri
dan pelanggan terhadap keluaran ILJTM.
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
5/71
5
Pelaksanaan aktiviti Amalan 5S ini bertujuan melengkapkan pelajar dengan
budaya kerja dan sikap yang cemerlang disamping kemahiran dan pengetahuan
yang tinggi sepertimana yang dikehendaki oleh industri.
3. DEFINISI 5S5S adalah satu akronim yang lahir daripada lima perkataan Jepun iaitu Seiri,
Seiton, Seisou, Seiketsu dan Shitsuke. Kelima-lima perkataan ini merupakan
langkah utama dalam menjalankan aktiviti 5S iaitu:
3.1 Seiri Sisih )Menyisih dan membuang barang-barang yang tidak diperlukan di
tempat kerja secara sistematik. Pada asasnya, kaedah Tag Merah
(Red-Tag) digunakan semasa proses menyisihkan barang.
3.2 Seiton Susun )Menyusun barang-barang yang diperlukan secara kemas dan
sistematik supaya ianya mudah dilihat, diambil dan dikembalikan ke
tempat asalnya selepas digunakan oleh sesiapa sahaja.
3.3 Seisou Sapu )Membersihkan dan memeriksa tempat kerja secara terperinci supaya
tiada kekotoran dan habuk di kawasan penyimpanan, peralatan,
persekitaran kerja.
3.4 Seiketsu Seragam )Memastikan tempat kerja berada dalam keadaan produktif dan selesa
dengan mengamalkan seiri-seiton-seisou secara berterusan agar
piawaian tinggi di tempat kerja dapat dikekalkan.
3.5 Shitsuke Sentiasa Amal )Melatih warga kerja sentiasa mengamal dan mengekalkan budaya
kerja yang berkualiti.
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
6/71
6
Perbezaan antara kelima-lima langkah utama Amalan 5S dapat dijelaskan seperti
Jadual di bawah:
BahasaJepun
BahasaInggeris
BahasaMelayu Erti Contoh
Seiri Sort Sisih Pengkelasan Buang Sampah
Seiton Set in order Susun Kekemasan
Mendapatkan
barangan/dokumen
dalam 30 saat
Seisou Shine Sapu BersihkanSetiap orang bersihkan
tempat kerjanya sendiri
Seiketsu Standardise Seragam PiawaiTempat penyimpanan
yang jelas dan mudah
Shitsuke SustainSentiasa
AmalDisiplin Lakukan 5S setiap hari
Jadual 1 : Apakah itu 5S
4. HUBUNGKAIT KAIZEN DENGAN AMALAN 5SPelbagai kaedah digunakan untuk membuat penambahbaikan pengurusan dalam
sesebuah organisasi, antaranya Amalan 5S, Kaizen Suggestion System (KSS),
Quality Control Circle (QCC), Total Quality Control (TQC), Total Productive
Management(TPM), Just In-Time Production(JIT) dan sebagainya.
Kaizen bermaksud penambahbaikan secara berterusan pada kadar perlahan dan
berdikit-dikit. Apabila penambahbaikan dilaksanakan di tempat kerja, Kaizen
akan melibatkan setiap warga kerja dari peringkat pengurusan sehinggalah ke
peringkat kakitangan bawahan.
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
7/71
7
5S melibatkan pembentukan sikap, disiplin dan budaya kerja cemerlang yang
menjadi asas kepada pelaksanaan Kaizen. Ini adalah kerana :
i. Pelaksanaannya adalah lebih ringkas dan mudah;
ii. Persekitaran kerja yang bersih dan teratur lebih disukai ramai dan bolehmenjadi pemangkin semangat kepada perubahan lain;
iii. Kesan pelaksanaannya dapat terus dilihat secara fizikal;
iv. Lebih banyak ruang kerja dapat dihasilkan;
v. Masa untuk carian dapat dikurangkan;
vi. Jarak capaian dipendekkan;
vii. Jangkahayat mesin dan peralatan dapat dipanjangkan;
viii. Tempat kerja berada dalam keadaan selamat dan sihat;ix. Kakitangan berada dalam keadaan lebih berdisiplin;
x. Prestasi organisasi dapat dipertingkatkan;
xi. Kesilapan dapat dikurangkan; dan
xii. Peruntukan yang tinggi tidak diperlukan untuk mengamalkannya.
Rajah 1: Hubungkait Kaizen dengan Amalan 5S
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
8/71
8
5. FAKTOR PENENTU KEJAYAAN 5SFaktor penentu kejayaan Amalan 5S terletak pada komitmen pengurusan,
lawatan, kerjasama berpasukan, latihan, pemantauan, pengiktirafan dan
matlamat yang jelas. Amalan 5S perlu dilaksanakan secara berterusan agarorganisasi dapat mengekalkan prestasi yang tinggi bagi mencapai kecemerlangan.
Rajah 2: Faktor Penentu Kejayaan 5S
6. FAEDAH PELAKSANAAN AKTIVITI 5S6.1 Persekitaran
i. Tempat kerja yang kemas dan bersih akan meningkatkan
tahap keselamatan di tempat kerja;
KUNCI
KEJAYAAN
AMALAN
5S
1. KOMITMEN
PENGURUSAN
2. LAWATAN
3. KERJASAMA
BERPASUKAN
4. LATIHAN5. PEMANTAUAN
6.
PENGIKTIRAFAN
7. MATLAMAT
YANG JELAS
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
9/71
9
ii. Tempat kerja yang bersih dan teratur akan menghasilkan
persekitaran kerja yang lebih selesa seterusnya menimbulkan
keseronokan untuk bekerja;
iii. Aktiviti 5S dapat meningkatkan kerjasama di kalangan rakansekerja dengan melibatkan setiap pekerja di dalam semua
aktivitinya; dan
iv. Persekitaran yang bersih dan teratur akan meningkatkan
keyakinan para pelanggan terhadap perkhidmatan yang
diberikan.
6.2 Penjimatan Masai. Persekitaran kerja yang terpelihara dapat mengurangkan masa
untuk mencari barang dengan itu mampu meningkatkan
produktiviti dan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti;
ii. Persekitaran kerja yang teratur memudahkan pekerja bekerja
secara konsisten dan bertindak pantas dalam situasi
kecemasan; dan
iii. Penurunan kadar kerosakan mesin dan peralatanmengurangkan gangguan terhadap masa dan perancangan
latihan.
6.3 Penjimatan Kosi. Pengurangan pembuangan dan pembaziran secara langsung
dapat menjimatkan kos dan menjadikan organisasi menjadi
lebih berdaya saing;
ii. Perancangan perbelanjaan dapat dibuat dengan lebih efisien;
dan
iii. Pengurangan kerosakan peralatan akan mengurangkan kos
penyelenggaraan.
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
10/71
10
7. KESAN PELAKSANAAN AMALAN 5S DI TEMPAT KERJA
Rajah 3: Kesan Pelaksanaan Amalan 5S di Tempat Kerja
Kesan5S
KesanLangsung
Kesan tidakLangsung
Pengurangan kitaran masa
Pengurangan masa menunggu(downtime) bagi mesin, peralatan,kemudahan dan alatulis
Meningkatkan kadar penggunaanmesin
Penjimatan perbelanjaan
Pengurangan masa logistik
Meningkatkan tahap kerjasamadalam kumpulan
Meningkatkan tahap kawalano erasi dan keselamatan
Meningkatkan moral dikalanganwarga ILJTM
Penambahbaikan 4MMan (pekerja)Machine (mesin)Material(bahan)Method(Kaedah)
Menghapuskan 3 Mu-Muda(loss- pembaziran),Mura(instability- ketidakstabilan)Muri(difficulty- kesulitan)
Penambahbaikan QCD (kualiti,kos en hantaran)
Kepuasan hati pelanggan
Meningkatkan kebolehkerjaanpelajar lepasan ILJTM
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
11/71
11
PENGERUSI
(KP JTM)
AHLI
(PENGERUSI ILJTMWILAYAH)
AHLI
(PENGARAH BAHAGIANJTM HQ)
AHLI
(PENGERUSI JK TEKNIKALAMALAN 5S JTM)
PENYELARAS
(KPP, BKT JTM)
TIMB. PENGERUSI
(TKP JTM)
8. PELAKSANAAN AMALAN 5S8.1 Persediaan
8.1.1 Pembentukan Jawatankuasa
a) Jawatankuasa Pemandu Amalan 5S JTM
Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JTM dan ahli-
ahlinya terdiri daripada Timbalan Ketua Pengarah, Pengerusi Wilayah
ILJTM, Pengarah Bahagian JTM dan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal 5S
JTM. Urusetia kepada jawatankuasa ini adalah KPP BKT, JTM
Jawatankuasa ini bertanggungjawab :i. Menetapkan polisi pelaksanaan 5S seperti sasaran, objektif, pelan
tindakan, keanggotaan jawatankuasa, dan sebagainya;
ii. Membuat perancangan pelaksanaan Amalan 5S di ILJTM;
iii. Menyeragamkan pelaksanaan Amalan 5S di ILJTM;
iv. Memantau pelaksanaan Amalan 5S di ILJTM;
v. Mengarahkan proses pengauditan Amalan 5S di antara ILJTM;
dan
vi. Mengadakan konvensyen 5S diperingkat Jabatan
Carta 1 : Jawatankuasa Pemandu Amalan 5S JTM
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
12/71
12
b) Jawatankuasa Teknikal Amalan 5S JTM
Jawatankuasa ini terdiri daripada pegawai-pegawai yang
dipertanggungjawabkan untuk memberikan nasihat teknikal berkaitan
pelaksanaan amalan 5S di ILJTM.Struktur jawatankuasa adalah seperti berikut :
Pengerusi : Pn Junnaina binti Hussin Chua
- Pengarah ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal
Timb. Pengerusi : Pn Ainin Nisak binti Ahmad Asnawi
- Penyelaras 5S ADTEC Shah Alam
Urusetia : Cik Hjh Noor Lisa Rahmat
- Penyelaras 5S Ibu Pejabat JTM
: Pn Norfariza binti Kamaruddin
- Pen. Penyelaras 5S Ibu Pejabat
Ahliahli :
1. En. Mohd Raris bin Mohamed Yusof
- Penyelaras 5S JMTI
2. En. Mohd Noor bin Ismail
- Penyelaras 5S ADTEC Melaka
3. En. Mohd Zakir Bin Mahmud
- Penyelaras 5S ADTEC Kulim
4. En. Mohd Azri bin Akhiak
- Penyelaras 5S ADTEC Batu Pahat
5. En. Joey Eriksen Teo
- Penyelaras 5S ILP Kota Kinabalu
6. En. Kamaruldzaman bin Mohamed
- Penyelaras 5S ILP Kota Samarahan
7. En. Zaid bin Zahari
- Penyelaras 5S ILP Kuantan
8. En. Shahrulnizam Bin Sharip
- Penyelaras 5S ILP Pedas
9. Pn Zuraidah Binti Perayatna
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
13/71
13
- Penyelaras 5S ILP Mersing
Jawatankuasa ini bertanggungjawab:
i. Memberikan nasihat teknikal berkaitan dengan pelaksanaan 5Sdi ILJTM;
ii. Membangun dan mengemaskini Manual Amalan 5S sebagai
rujukan kepada ILJTM;
iii. Mengemukakan cadangan pelaksanaan dan penyeragaman
amalan 5S kepada Jawatankuasa Pemandu Amalan 5S JTM.
c) Jawatankuasa Pemandu Amalan 5Si. Peringkat Ibu Pejabat
Di Ibu Pejabat, jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Timbalan
Ketua Pengarah JTM dan timbalannya adalah Pengarah (Khidmat
Pengurusan). Ahli-ahlinya terdiri daripada Pengarah dan
Timbalan Pengarah Bahagian, Ketua Penolong Pengarah (Tadbir)
dan pengerusi-pengerusi JKK. Urusetia kepada Jawatankuasa ini
adalah Penyelaras dan Penolong Penyelaras 5S Ibu Pejabat.
ii. Peringkat Institut
Di institut pula, jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Pengarah
ILJTM dan ahli-ahlinya terdiri daripada Timbalan Pengarah
Latihan, Timbalan Pengarah Sumber, Ketua Jabatan dan
Penolong Pegawai Tadbir. Urusetia kepada Jawatankuasa ini
adalah Pegawai CESS.(Mengikut keperluan institut).
Jawatankuasa pemandu ini dibantu oleh empat Jawatankuasa Kecil iaitu :
i. Jawatankuasa Kecil (JKK) Pelaksanaan Amalan 5S
ii. Jawatankuasa Kecil (JKK) Audit Dalaman
iii. Jawatankuasa Kecil (JKK) Latihan
iv. Jawatankuasa Kecil (JKK) Promosi
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
14/71
14
PENGERUSI
(TKP)
AHLI
(PENGARAH & T.PENGARAH BHGN)
AHLI
(KPP(T))
AHLI
(PENGERUSI JKKPELAKSANAAN)
AHLI
(PENGERUSI JKKPROMOSI)
AHLI
(PENGERUSI JKKLATIHAN)
AHLI
(PENGERUSI JKKAUDIT)
URUSETIA
(PENYELARAS 5S)
Pengerusi jawatankuasa kecil merupakan ahli kepada Jawatankuasa
Pemandu Amalan 5S insititut. Oleh itu, adalah dicadangkan lantikan
pengerusi jawatankuasa kecil dibuat di kalangan ahli-ahli JawatankuasaPemandu Amalan 5S Institut.
Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk :
i. Menetapkan polisi-polisi di peringkat institut (ie: Lokasi
pelaksanaan, keanggotaan jawatankuasa, sistem ganjaran dan
penalti di peringkat dalaman);
ii. Membuat perancangan pelaksanaan amalan 5S di peringkatinstitut;
iii. Menyeragamkan pelaksanaan amalan 5S di peringkat institut;
iv. Memantau pelaksanaan amalan 5S di peringkat institut;
v. Memantau proses audit dalaman amalan 5S di peringkat institut;
vi. Memantau aktiviti promosi amalan 5S di peringkat institut;
vii. Menyediakan belanjawan serta sumber-sumber kewangan; dan
viii. Menetapkan sistem pengiktirafan/ penghargaan.
Carta 2: Jawatankuasa Pemandu Amalan 5S Ibu Pejabat
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
15/71
15
PENGERUSI
(PENGARAH)
AHLI
(KETUA JABATAN)
AHLI
(PENGERUSI JKKPELAKSANAAN)
AHLI
(PENGERUSI JKKPROMOSI)
AHLI
(PENGERUSI JKKLATIHAN)
AHLI
(PENGERUSI JKKAUDIT)
URUSETIA
(CESS)
Carta 3 : Jawatankuasa Pemandu Amalan 5S Peringkat Institut
d) Jawatankuasa Kecil (JKK) Pelaksanaan Amalan 5S
Keahlian jawatankuasa ini terdiri daripada fasilitator dan ketua zon yang
mewakili bahagian masing-masing.
Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk :i. Melaksanakan amalan 5S sebagaimana yang dirancang oleh
Jawatankuasa Pemandu institut;
ii. Merekod dan menganalisa keadaan sebelum dan selepas serta
melakukan aktiviti penambahbaikkan selepas mendapat
kelulusan;
iii. Mempamerkan aktiviti amalan 5S di papan kenyataan (sudut 5S);
iv. Memaparkan perkembangan pelaksanaan amalan 5S;
v. Memastikan amalan 5S dilakukan secara berterusan;vi. Mengemukakan cadangan penambahbaikan kepada
jawatankuasa pemandu institut.
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
16/71
16
Carta 4 : Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Amalan 5S
e) Jawatankuasa Kecil (JKK) Audit DalamanJawatankuasa ini dianggotai oleh Ketua Audit dan Auditor yang dilantik
oleh Pengarah ILJTM.
Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk :
i. Merancang dan mengendalikan audit dalaman 5S sebanyak 2 kali
setahun;
ii. Mengenal pasti sebarang masalah dan mengarahkan tindakan
pembetulan diambil dengan memberi cadangan penambahbaikan;
iii. Lakukan pemeriksaan dan tindakan susulan jika perlu;
iv. Menyediakan laporan keseluruhan audit kepada jawatankuasa
pemandu amalan 5S peringkat institut;
v. Menyediakan kriteria senarai semak proses audit dan garis
panduan pelaksanaan audit;
vi. Memastikan aktiviti 5S dijalankan secara sistematik dan
berterusan.
PENGERUSI
KETUA ZON
AHLI AHLI
AHLI AHLI
KETUA ZON 2 KETUA ZON 3 KETUA ZON 4
SETIAUSAHAFASILITATOR
ZON 1
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
17/71
17
Carta 5 : Jawatankuasa Kecil Audit Dalaman
f) Jawatankuasa Kecil (JKK) LatihanJawatankuasa ini dianggotai oleh wakil institut yang merupakan ahli
didalam Jawatankuasa Teknikal Amalan 5S JTM ataupun mereka yang
telah mengikuti latihan/kursus pendedahan Amalan 5S yang dilantik oleh
pengarah Institut. Ianya terdiri daripada Pengerusi, setiausaha, dan ahli
jawatankuasa yang dilantik. Bilangan keanggotaannya ditentukan oleh
Pengarah institut mengikut kesesuaian dan keperluan.
Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk:
i. Mengenalpasti dan merancang program latihan dan kesedaran
kepada staf, pelajar dan pembekal/kontraktor; dan
ii. Memberikan latihan dan panduan kepada staf, pelajar dan
pembekal/kontraktor berkaitan dengan amalan 5S
Carta 6 : Jawatankuasa Kecil Latihan
KETUAAUDIT
AUDITOR AUDITOR AUDITOR AUDITOR
SETIAUSAHA
PENGERUSI
AHLI AHLI AHLI AHLI
SETIAUSAHA
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
18/71
18
g) Jawatankuasa Kecil (JKK) PromosiPengerusi Jawatankuasa ini dilantik oleh Pengarah dan ahlinya dilantik
oleh pengerusi berkenaan.
Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk :
i. Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti promosi amalan 5S;
ii. Merancang dan menganjurkan pertandingan 5S (Kaizen,
kebersihan, poster, bunting dll); dan
iii. Menganalisa keberkesanan aktiviti promosi yang telah
dilaksanakan
Carta 7 : Jawatankuasa Kecil Promosi
h) Peranan Ketua Zon
i. Mengadakan mesyuarat secara berkala dengan ahli-ahli
kumpulan
ii. Mendapatkan pelan lokasi serta susun atur tempat kerja secara
keseluruhan dan membahagikan setiap kawasan kepada zon-zon
yang lebih kecil.
iii. Menentukan kumpulan Small Group Activities (SGA) untuk
setiap zon dan memastikan setiap kumpulan mempunyai ketua
dan sekurang-kurangnya seorang ahli serta merancang aktiviti
kumpulan.
PENGERUSI
AHLI AHLI AHLI AHLI
SETIAUSAHA
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
19/71
19
iv. Mempamerkan carta organisasi kumpulan di setiap zon yang
telah ditetapkan.
8.1.2 Penetapan ZonJawatankuasa Pemandu 5S Institut akan membahagikan seluruh kawasan
institut kepada zon-zon tertentu serta melantik pegawai bertanggungjawab
bagi setiap zon. Tujuannya adalah untuk memudahkan pelaksanaan amalan
5S.
Gambar 1: Contoh Penetapan Zon Bagi Sebahagian Bengkel/Bahagian
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
20/71
20
Gambar 2: Contoh Penetapan Zon Berdasarkan SGA Bagi Satu Aras
Bengkel/Bahagian
Gambar 3: Contoh Penetapan Zon Bagi Satu Ruang Pejabat
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
21/71
21
8.1.3 Kesedaran dan Latihan Ke Arah Pelaksanaan Amalan 5S
Latihan bertujuan untuk menyebarkan metodologi amalan 5S kepada warga
organisasi hendaklah dilakukan secara berterusan. Latihan yang dijalankan
perlulah merangkumi:Kesedaran tentang 5S kepada peringkat pengurusan tertinggi,
kakitangan, pelajar dan pembekal/kontraktor yang bertugas di
dalam kawasan institut/pejabat
Kaedah melaksanakan amalan 5S
Kaedah melaksanakan audit dalaman 5S
Gambar 4 : Sesi Pembentangan Latih Amal Bengkel Amalan 5S
8.1.4 Gambar SEBELUM dan SELEPAS
Setiap aktiviti 5S yang dilaksanakan di setiap zon hendaklah direkodkan
gambar SEBELUM dan SELEPAS aktiviti. Kaedah mengambil gambar
mestilah daripada sudut pandangan yang samaserta mempunyai maklumattarikh gambardirakamkan. Penggunaan carta kemajuan adalah digalakkankerana melalui carta tersebut, penambahbaikan berterusan (kaizen) dapat
dilihat. (Rujuk Lampiran A - Contoh Penggunaan Carta Kemajuan.
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
22/71
22
Gambar 5: Contoh Gambar SEBELUM dan SELEPAS
8.1.5 Pengwujudan Sudut 5SSudut 5S perlu disediakan di Sudut Utama dan di setiap zon bagi memberi
maklumat terkini berkaitan amalan 5S kepada warga institut/pejabat bagi
memastikan keberkesanan pelaksanaan amalan 5S. Sudut 5S hendaklah
berimej korporat, objek hiasan yang tidak keterlaluan atau berlebih-lebihan,
serta perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
SEBELUM SELEPAS
Tarikh: 20 Nov 2010 Tarikh: 15 Dis 2010
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
23/71
23
Gambar 6 : Contoh Sudut 5S
ELEMEN-ELEMEN SUDUT 5S
NAMA BAHAGIAN/ZON
POLISI 5S (SAIZ A4)
STRUKTUR ORGANISASI
PELAN SUSUN ATUR ZON
GAMBAR SEBELUM DAN SELEPAS
INFO AKTIVITI AUDIT DALAMAN
BAHAN-BAHAN BERKAITAN 5S
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
24/71
24
8.1.6 Pelancaran 5S
Pelancaran dan perasmian 5S hendaklah diadakan untuk menyampaikan
hasrat dan komitmen pihak pengurusan bagi melaksanakan amalan 5S di
dalam organisasi. Antara perkara yang perlu diberi penekanan semasa
pelancaran amalan 5S adalah seperti berikut:
Dasar amalan 5S
Visi, Misi, Objektif Amalan 5S
Manual Pelaksanaan Amalan 5S
Penetapan zon-zon 5S
Logo dan slogan yang bersesuaian
Satu aktiviti yang melibatkan kakitangan secara keseluruhan hendaklah
dilaksanakan sewaktu pelancaran tersebut contohnya gotong royong
perdana dan sebagainya.
8.1.7 Dokumentasi Pelaksanaan Amalan 5S
Setiap aktiviti yang dijalankan perlu direkodkan. Oleh itu, perlu
diwujudkan fail berikut:
i. Jawatankuasa Pemandu (Induk) ringkasan aktiviti semua
J/kuasa
ii. Jawatankuasa Kecil Pelaksanaringkasan aktiviti semua zoniii. Jawatankuasa Kecil Promosisemua aktiviti promosi
iv. Jawatankuasa Kecil Latihansemua aktiviti latihan
v. Jawatankuasa Kecil Auditsemua aktiviti audit
vi. SETIAP Zonsemua aktiviti di zon berkenaan
Senarai Semak Kandungan Fail adalah seperti di Lampiran B.
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
25/71
25
Gambar 7: Contoh Pelaksanaan Pelancaran Amalan 5S
8.2S1 - SISIH Seiri)
8.2.1 Penerangan
Aktiviti ini perlu dilakukan oleh ahli-ahli SGA di kawasan tempat kerja
(gemba) bagi memfokuskan kepada penyisihan barangan/peralatan/dokumen
yang tidak digunakan atau diperlukan lagi.
8.2.2 Garis Panduan
Sebelum memulakan proses sisih ini, beberapa langkah perlu di ambil kira
seperti dibawah;
i. Apa yang diperlukan
ii. Kuantiti yang diperlukan
iii. Bila ia diperlukan
Untuk melaksanakan S yang pertama ini, Proses Tag Merah sering digunakan.
Strategi Tag Merah membantu untuk mengenal pasti
barangan/peralatan/dokumen yang tidak diperlukan dan tahap keperluannya.
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
26/71
26
Terdapat enam langkah yang perlu dipatuhi bagi memastikan proses seiri
dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Langkah 1: Melancarkan Projek Tag MerahJawatankuasa Pemandu Amalan 5S peringkat institut perlu
mewujudkan kawasan simpanan sementara (Akafuda) dan
merancang pembuangan atau pelupusan bagi
barangan/peralatan/dokumen yang tidak diperlukan dengan
menggunakan Borang Tag Merah (S01-01).
S01-01 Pindaan: 1 Tarikh Kuatkuasa:TAG MERAH
Nama
Barang
No.Daftar
Lokasi
Sebab
Sisa Atau Lebihan Rosak
Tidak Diperlukan LagiKegunaan Tidak
Diketahui
Tidak Diperlukan Segera Lain-lain ..
Tarikh Tag Dikeluarkan
Rajah 4 : Tag Merah (S01-01)
Langkah 2: Mengenal Pasti Sasaran Tag MerahMenentukan jenis barangan/peralatan/dokumen yang terdapat
di kawasan SGA/Zon yang perlu dinilai sama ada perlu atau
tidak di zon berkenaan.
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
27/71
27
Langkah 3 : Menentukan Kriteria Tag MerahTiga persoalan yang perlu ditanya bagi menentukan keperluan
sesuatu barangan/peralatan/dokumen;
i. Adakah ianya diperlukan atau tidak?
ii. Kekerapan penggunaan?
iii. Kuantiti penggunaan?
Langkah 4 : Penentuan Barangan Yang Ditanda Tag MerahKenalpasti barangan/peralatan/dokumen yang tidak diperlukan
di zon berkenaan dipindahkan ke kawasan akafuda sebelumtindakan penentuan Tag Merah diambil.
Rajah 5: Pelan Tindakan Aktiviti S Pertama (Seiri)
Barang/peralatan/
dokumen yang tiada nilai
Barang/peralatan/
dokumen yang boleh dijual
Barang/peralatan/dokumen
yang bernilai, rosak, tidak
ekonomik dibaiki
Barang/peralatan/dokumen
yang masih diperlukan tetapi
rosak
Buang serta merta
Cari pembeli yang
menawarkan harga
yang tinggi
Dibuat
penyelenggaraan
Dilupuskan
BARANGAN/ PERALATAN/ DOKUMEN
YANG TIDAK DIPERLUKANTINDAKAN
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
28/71
28
Langkah 5 : Melekatkan Tag MerahKerja-kerja melekatkan Tag Merah ini dilakukan setelah
mengenal pasti barangan/peralatan/dokumen yang tidak
diperlukan di kawasan SGA/Zon sebelum dibuang ataudiletakkan di kawasanAkafuda.
Langkah 6 : Rekodkan Barang/Peralatan/Dokumen Bertanda Tag MerahBarang/peralatan/dokumen yang telah ditanda dengan Tag
Merah perlulah direkod secara bertulis dan bergambar untuk
rujukan SGA/Zon lain sekiranya memerlukan barangan
tersebut. Rekod ini akan dijadikan panduan kepada organisasibagi mengukur sebarang penambahbaikan atau penjimatan
selepas aktiviti ini dilaksanakan.
Bagi memudahkan proses ini, gambar dan senarai
barangan/peralatan/dokumen bolehlah dipaparkan di papan kenyataan agar
boleh dilihat oleh orang lain. Barangan yang disimpan di tempat simpanan
sementara (Akafuda) perlulah disimpan selama 2 hingga 6 bulan (mengikutkesesuaian) sebelum dipindahkan ke tempat lain, dibuang atau dilupuskan.
Proses pelupusan barangan/peralatan/dokumen perlulah mematuhi tatacara
pelupusan yang ditetapkan oleh arahan atau pekeliling berkaitan.
8.2.3 Hasil Pelaksanaan Sisih (Seiri)
Dapat mengenal pasti barangan yang diperlukan dan barangan disusun
dengan betul.
Barangan yang tidak perlu dapat dilupuskan.
Penambahbaikan suasana tempat kerja
Penggunaan kawasan yang maksimum
Menjimatkan masa pencarian barangan.
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
29/71
29
Aktiviti Seiri Sisih) Di Kawasan Kerja Pejabat
Gambar 7: Keadaan di Kawasan Kerja Pejabat Sebelum Aktiviti Tag Merah
Gambar 8: Barangan ditanda Tag Merah Sebelum Dibuang Atau Dipindahkan
Ke Kawasan Akafuda
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
30/71
30
Aktiviti Seiri Sisih) Mesin Di Bengkel
Gambar 9: Keadaan Mesin di Bengkel Sebelum Aktiviti Tag Merah
Gambar 10: Barangan ditanda Tag Merah Sebelum Dibuang Atau Dipindahkan
Ke Kawasan Akafuda
Gambar 11 : Pengunaan Tag Merah pada barangan yang disisih
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
31/71
31
8.3 S2 SUSUN Seiton)8.3.1 Penerangan :
S yang kedua ini sesuai dengan satu kenyataan yang sangat popular, Setiapbarang ada tempatnya dan setiap tempat ada barangnya. Ia menekankan aspekkeselamatan, kecekapan dan keberkesan cara penyimpanan dan secara tidak
langsung dapat menambahbaik keadaan tempat kerja.
8.3.2 Garis Panduan:
Lakukan langkah ini setelah selesai langkah seiri dan mencapai tahap yang
ditetapkan dengan jayanya. Tindakan seterusnya adalah untuk memastikan
barangan perlu dapat disusun (Seiton) dengan kemas dan teratur agar mudah
diambil dan disimpan kembali ditempatnya sepertimana digambarkan dalam
Rajah 6.
Rajah 6: Proses Melaksanakan Seiton di Tempat Kerja
Peralatan yang perluTindakan
Peralatan yangselalu digunakan
Diletakkan dekatdengan kawasankerja yang utama
Peralatan yang
kadang kaladigunakan
Diletakkan jauh
sedikit dari kawasankerja
Peralatan yangjarang-jarang
digunakan
Disimpan di dalamstor dengan
pengenalan yangjelas
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
32/71
32
8.3.3 Aktiviti yang dilakukan untuk Proses Susun (Seiton)
Antaranya adalah :
i. Setiap barangan/dokumen perlu diletakkan menggunakan prinsip 3 fixed
keys,iaitu:
a. Semua barangan atau dokumen mempunyai tempat
penyimpannya sendiri;
b. Semua barangan atau dokumen diletakkan dilokasi yang tetap;
c. Semua barangan atau dokumen diletakkan dalam kuantiti yang
tetap dan nyatakan jumlah minimadan maksima.ii. Letakkan barangan/dokumen agar mudah dilihat, dicapai dan
dikembalikan bagi meminimakan masa pencarian dengan sasaran
tempoh masa pencarian adalah 30 saat;
iii. Garisan pembahagi digunakan untuk membezakan lokasi kawasan
peralatan/mesin/laluan kawasan kerja dengan menggunakan cat atau
pelekat;
iv. Membuat tanda yang jelas agar sebarang kesilapan dalam menyusunbarangan/dokumen dapat dikesan dengan jelas;
v. Menyusun fail dan menyimpan mengikut kod warna agar ianya mudah
dikenali dengan sekali imbas;
vi. Menyusun alatan yang berkaitan berdekatan dengan mesin agar mudah
digunakan;
vii. Jangan simpan semua peralatan/barangan di satu tempat, gunakan rak
atau para;viii. Gunakan bekas kecil untuk menyimpan barangan yang kecil seperti klip
kertas, skru dan lain-lain yang difikirkan perlu; dan
ix. Gunakan bekas yang lutsinar untuk memudahkan pencarian.
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
33/71
33
JENIS WARNA LEBARGARISANCM) CATATANGarisan pembahagi(Dividing Line)
Kuning 10Garisan penuh
Keluar/Masuk(Exits/Entrances)
Kuning 10
Garisan putus-putus
Bukaan Pintu(Door Opening)
Kuning 10
Garisan putus-putus
Arah Laluan(Traffic flow lines)
Kuning 10
Anak panah
Tempat berisikoHitam dan
kuning (TigerPattern)
5Stiker (Stripes)
Work in progress Putih 5 Garisan Penuh
Meja Kerja(Work Tables)
Putih 5 Garisan penuh
KawasanMesin/Peralatan
Putih 5 Garisan penuh
8.3.4 Panduan Membuat Garisan
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
34/71
34
Aplikasi Garisan
Gambar 12 : Bukaan Pintu dan Laluan
Gambar 13 : Pembahagi Kawasan
Gambar 14 : Kawasan Berisiko
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
35/71
35
Contoh Aktiviti Susun Seiton) di Bengkel
Gambar 15 : Hasil Aktiviti Seiton di Bengkel
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
36/71
36
Contoh Aktiviti Susun Seiton) di Pejabat
Gambar 16 : Hasil Seiton di Pejabat
8.3.5 Kesan Pelaksanaan Susun (Seiton)
Barangan/dokumen mudah disimpan ditempatnya selepas digunakan.
Memudahkan pencarian, penyimpanan dan pencarian semula
barangan/dokumen
First In First outdiamalkan.
Mengurangkan masa mencari barang.
4R diamalkan - Right Item, Right Place, Right Quantity dan Right
Method.
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
37/71
37
8.4 S3 - SAPU Seisou)
8.4.1 PeneranganSapu memberikan penekanan kepada penjagaan kebersihan bagi memastikan
tempat kerja yang selesa dan selamat untuk peningkatan kualiti kerja, produk dan
perkhidmatan. Pembersihan dilakukan secara berjadual sama ada ianya
berbentuk harian, mingguan atau bulanan disamping aktiviti gotong royong secara
tahunan.
8.4.2 Panduan melaksanakan pembersihanUntuk melaksanakan SAPU dengan jayanya sebagai satu aktiviti pembersihan
berterusan yang berkesan, langkah berikut perlu diamalkan:
Langkah 1: Pembahagian tugas pembersihanKebersihan kawasan kerja merupakan tanggungjawab bersama dan
ianya perlu dibahagikan mengikut zon yang ditetapkan seperti:
i) Mewartakan semua kawasan kebersihan (zon pembersihan)
dan mengenalpasti individu atau kumpulan yang ditugaskan
bagi kawasan tersebut (responsibility map)
Gambar 17 : Pegawai bertanggungjawab di zon masing-masing
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
38/71
38
ii) Mewujudkan jadual giliran (duty rosters) pembersihan di
zon pembersihan masing-masing secara harian,
mingguan atau bulanan
Langkah 2:Kenalpasti apa yang perlu dibersihkan
Tentukan peralatan atau barang-barang yang perlu dibersihkan dan
dikategorikan untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan
Langkah 3:Kenalpasti kaedah pembersihanKerja-kerja pembersihan perlu dilakukan mengikut keperluan dan
kesesuaian tanpa mengambil masa yang lama. Peralatan dan bahan
pembersihan perlu ditentukan mengikut jenis peralatan dan barang-
barang yang perlu dibersihkan. Satu standard piawaian juga perlu
diwujudkan bagi memastikan semua pekerja melakukan kerja-kerja
pembersihan dengan lebih berkesan.
Langkah 4:Sediakan alatan dan bahan pembersihanAlatan dan bahan mencuci perlu disediakan dan disusun supaya
mudah disimpan dan diambil apabila diperlukan.
Gambar 18 : Alatan Pembersihan Disusun Untuk Mudah
Diambil dan Disimpan
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
39/71
39
Langkah 5:Melaksanakan kerja-kerja pembersihanKerja pembersihan perlu dilaksanakan dengan mengambilkira
perkara berikut :i. Gambar sebelum aktiviti pembersihan dilaksanakan;
ii. Aktiviti pembersihan mengikut piawaian yang diwujudkan
iii. Aktiviti pembersihan meliputi pemeriksaan peralatan atau
mesin di kawasan kerja masing-masing serta melakukan
kerja-kerja penyelenggaraan kecil jika perlu
iv. Merekodkan kerosakan untuk tindakan penyelenggaraan
v. Peralatan dan mesin berada dalam keadaan yang bersih,baik dan berfungsi
vi. Gambar keadaan kawasan kerja diambil selepas aktiviti
pembersihan untuk direkodkan di carta kemajuan
Kebersihan perlu sentiasa dikekalkan dengan mengenalpasti punca
sebenar berlakunya kekotoran dengan menyoal Kenapa Ianya
Berlaku? sebanyak 5 kali kepada punca kekotoran.
Gambar 19 : Aktiviti Gotong Rotong Perdana
(Big Cleaning Day)
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
40/71
40
8.4.3 Pembersihan Berkala
Aktiviti pembersihan dan pemeriksaan secara berkala boleh dipraktikkan dengan
memperuntukkan selama 5 hingga 10 minit pada setiap hari sebelum atau selepas
kerja atau menggunakan sesuatu kawasan kerja atau peralatan.
Kaedah ini akan dapat mengekalkan sesuatu kawasan kerja atau peralatan dalam
sentiasa bersih dan kemas disamping mengesan kecacatan pada peralatan atau
mesin dengan lebih pantas.
Gambar 20 : Pembersihan Harian Mampu Mengesan Kerosakan Mesin Dengan
Lebih Pantas
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
41/71
41
8.5 S4 - SERAGAM Seiketsu)
8.5.1 Penerangan
Untuk merealisasikan amalan Seiketsu penerapan 3S yang pertama yangberterusan dapat menjamin kelancaran proses kerja yang berkesan. Peringkat ini
dapat dilaksanakan dengan cekap melalui pewujudan prosedur dan piawaian yang
sesuai. Oleh itu sebarang prosedur dan senarai semak kerja perlu dipamerkan di
setiap tempat kerja untuk memberi gambaran yang lebih jelas dan teratur.
Berikut ialah panduan untuk melaksanakannya.
i. Mewujudkan senarai semak tugasan menggunakan teknik (5W1H; (Who,
What, Where, Why, When, dan How)
ii. Mewujudkan senarai semak peraturan inventori;
iii. Mengadakan prosedur kerja pembersihan;
iv. Mengadakan Jadual Penyelenggaraan; dan
v. Bagi kawalan suis di kawasan yang tinggi, memadai dengan
menggunakan pelan susunatur lampu / kipas / penyaman udara.
Contohnya: Suis di Dewan Kuliah Utama, Dewan Besar dan lain-lain
yang berkaitan.
8.5.2 Kejayaan pelaksanaan Seiketsu diukur melalui:
Mempunyai piawaian tempat kerja yang lebih baik;
Mempunyai sistem kawalan visual yang lebih baik;
Mempunyai peraturan dan piawaian prosedur kerja (SOP);
Perkongsian maklumat mengenai piawaian yang diperlukan; dan
Penambahbaikan dari segi operasi dan aliran kerja.
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
42/71
42
Contoh Kawalan Visual
Gambar 21 : Tersusun Rapi Agar Mudah Digunakan
Gambar 22 : Penggunaan Kawalan Visual
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
43/71
43
Gambar 23 : Peraturan Mudah Untuk Diikuti dan Diamalkan Dalam Kerja Harian
8.6 S5 - SENTIASA AMAL Shitsuke)8.6.1 Penerangan
Sentiasa Amal (Shitsuke) ialah satu proses bagi memastikan kesemua 4S seperti
dijelaskan sebelum ini sentiasa dapat diamalkan dan dikekalkan secara
berterusan bagi tujuan kearah penambahbaikan. Komitmen dan disiplin serta
penyertaan semua pihak termasuk pengurusan tertinggi amat diperlukan bagi
memastikan Amalan 5S dapat dilaksanakan secara cekap dan berkesan.
8.6.2 Langkah-Langkah Mengekalkan Amalan 5S
i. Membina dan meneruskan program kesedaran serta aktiviti promosi
tentang kepentingan amalan 5S melalui latihan yang berterusan;
ii. Mewujudkan program pengiktirafan ke atas usaha pekerja dan pelajar;
iii. Mempamerkan program slogan dan poster 5S secara berterusan untuk
menarik minat dan penglibatan semua pihak.
iv. Menganjurkan pertandingan dalaman seperti pejabat dan persekitaran
tempat kerja terbaik, pekerja contoh dan sebagainya merupakan satu cara
untuk mendapatkan komitmen dan mengekalkan tanggungjawab
mengamalkan 5S.
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
44/71
44
v. Membuat pengukuran tahap pencapaian pelaksanaan aktiviti 5S dengan
menggunakan kaedah bersesuaian . Sebagai contoh senarai semak dan carta
radar;
vi. Mematuhi peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan.vii. Mematuhi panduan dan piawai yang telah ditentukan supaya budaya kerja
cemerlang itu dapat dibangunkan.
viii. Mengadakan Audit Dalaman di dalam organisasi. Audit ini adalah salah
satu elemen penting dalam menjayakan Amalan 5S. Ianya dapat memantau
piawai 5S yang sedia ada dan membuat penambahbaikan. Melalui audit ini
organisasi dapat mengukur tahap pencapaian amalan 5S.
ix. Mempamer serta mengumumkan pencapaian dan kemajuan aktiviti amalan5S berdasarkan petunjuk piawai dan prestasi di sudut 5S; dan
x. Menganjurkan lawatan ke organisasi contoh untuk melihat sendiri kejayaan
organisasi lain dalam melaksanakan 5S. Ini akan menyuntik semangat dan
menjana idea untuk menjalankan aktiviti ini.
8.6.3 Kesan Kepada Organisasi
i. Budaya Kaizen dapat diterapkan dikalangan warga kerja dan juga pelajar
dalam menyelesaikan sesuatu masalah;
ii. Semua pekerja, pelajar dan stake holderpatuh dengan peraturan di tempat
kerja;
iii. Dapat membentuk disiplin dan semangat kerja berpasukan terutamanya
pelajar apabila tamat latihan dan berkerja di industri; dan
iv. Meningkatkan produktiviti dan efisiensi organisasi dalam suasana dan
persekitaran tempat kerja yang selesa.
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
45/71
45
Aktiviti-aktiviti ke Arah Usaha Mengekalkan Amalan 5S
Anugerah kecemerlangan kepadaZon Pengamalan 5S yang terbaik
Pelekat Pengamalan 5S yang cemerlang.
Contoh Amalan 5S yang baikArahan atau peringatan sepanjang
masa.
Bunting/Poster sebagai langkahpromosi yang berterusan.
Akitiviti lawatan bertujuanmendapatkan idea untuk
penambahbaikan pelaksanaan.
Gambar 24 : Usaha Ke Arah Pengekalan 5S.
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
46/71
46
Aktiviti-aktiviti ke Arah Usaha Mengekalkan Amalan 5S
Sudut 5S mengandungi informasidan aktiviti-aktiviti Amalan 5S.
Akitivi Amalan 5S oleh pelajar.
Keputusan audit dalamanberbentuk Radar Cart melihat
sejauhmana pencapaian Amalan 5S
Aktiviti audit dijalankan.
Gambar 25 : Rekod dan Hebahkan Segala Aktiviti Yang Dijalankan
Sentiasa Amal (Shitsuke)yang memerlukan disiplin diri kerana tanpanya agak
sukar untuk mengekalkan kebersihan, keselamatan dan standard kualiti
secara kekal. Sentiasa Amal (Seiketsu) juga membolehkan panduan dibentuk
untuk digunakan oleh semua orang dan akan membantu mendisiplinkan diri
dan seterusnya menjadikan satu amalan yang cemerlang.
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
47/71
47
9. PIAWAIAN TINDAKAN PELAKSANAAN AMALAN 5S DI ILJTMCadangan piawaian tindakan pelaksanaan amalan 5S di ILJTM adalah berimej
korporat seperti berikut :
1. Persekitaran semua peringkat ruang pejabat, bengkel, makmal dan kelas
sentiasa berada pada tahap yang bersih, kemas dan selamat mengikut
piawaian yang ditetapkan.
2. Keseragaman perlabelan
Tidak keterlaluan dan memudahkan kecapaian semua maklumat
Tulisan (font) Arial dan di bold;
Saiz minimum tulisan (font) arial 18 (kesesuaian saiz mengikut
kategori pelabelan);
Saiz label : panjang x lebar minimum 1cm x 1cm;
Warna pelabelan (diperuntukan dalam garis panduan hitam
putih adalah digalakkan dan laminate bagi yang bersesuaian); dan
Material adalah bersesuaian.
3. Keseragaman warna penandaan;4. Keseragaman material; dan
5. Pastikan berimej korporat elakkan persepsi persekitaraan taska atau tadika)
9.1 Bengkel, makm al dan bilik kuliah
9.1.1 Lantai
i. Lantai tidak berminyak, tidak berdebu, tidak basah, dan bersih dari
sebarang kekotoran;
ii. Sampah-sarap tidak bertaburan di atas lantai sama ada di sudut-
sudut atau di bawah peralatan dan perabot;
iii. Lantai tiada berlubang/pecah/rekahan atau sebarang kecacatan yang
berpotensi mengancam keselamatan pekerja/pelajar; dan
iv. Tiada barang yang tidak diperlukan diletakkan di atas lantai.
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
48/71
48
9.1.2 Susun Atur bengkel, makmal dan bilik kuliah
i. Semua perabot dan peralatan tersusun kemas, berkeadaaan baik
serta tidak mengancam keselamatan dan kesihatan pekerja/pelajar;
ii. Kreativiti menyusun ruang pejabat, bengkel, makmal dan bilik kuliah
adalah digalakkan supaya dapat mewujudkan suasana yang lebih
selesa dan ceria serta tidak mengancam keselamatan dan kesihatan;
dan
iii. Teknik susunan peralatan boleh memendekkan masa memproses
sesuatu kerja. Contohnya: peralatan tangan diletakkan berhampiran
work stationpelajar
9.1.3 Peralatan Latihan
i. Semua peralatan sentiasa berkeadaan baik dan sentiasa boleh
digunakan dengan selamat;
ii. Mesin diletak di tempat yang sesuai dan selamat serta tidak
menghalang pergerakan proses kerja;
iii. Peralatan latihan sentiasa dilap supaya tidak berdebu, bersih dan
disusun supaya kelihatan kemas;
iv. Sentiasa memastikan mesin dalam keadaan bersih, tidak berhabuk,
berminyak, berkarat dan sebagainya kerana ia boleh memendekkan
jangka hayat mesin;
v. Pastikan tiada barang yang diletak di atas atau di bawah mesin
terutamanya bahan yang berbentuk cecair;
vi. Perlu meletakkan tanda berhati-hati seperti (AWAS) pada bahagian
yang merbahaya sebagai peringatan kepada pekerja lain;
vii. Pastikan setiap mesin mempunyai standard pengoperasian (StandardOperating Procedure - SOP)
viii. Mempunyai tanda maklumat pengenalan bagi setiap mesin mengikut
kesesuaian;
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
49/71
49
ix. Peralatan yang rosak perlu dilabelkan dengan jelas dan menyatakan
isu kerosakan serta tarikh penyelenggaraan (pelupusan/baikpulih)
dan diasingkan;
x. Mesin yang rosak hendaklah diletakkan berasingan untuk dibaikiatau dilupuskan;
xi. Jadual penyelenggaraan mesin perlu disediakan untuk pemantauan
mesin
9.2 Stor Rujukan:PP Bil.5 Tahun 2009 TPS)
9.2.1 Dalam stor dan simpanan barang
i. Pastikan stor sentiasa bersih, tidak berdebu dan tersusun kemas;
ii. Lantai bersih, tidak berdebu dan tiada sampah atau barang-barang
yang tidak diperlukan;
iii. Barang-barang disusun dengan teratur supaya tidak menghalang
kerja-kerja pemunggahan dan laluan kakitangan stor;
iv. Barang-barang disusun mengikut pengeluaran secara Masuk DuluKeluar Dulu (MDKD/FIFO);
v. Penggunaan ruang stor hendaklah dibahagi mengikut kumpulan
barang seperti bahan kimia, alat ganti dan sebagainya
vi. Terdapat tanda/label/abjad bersesuaian bagi tiap-tiap bahan/
komponen barangan (mengikut Tatacara Pengurusan Stor);
vii. Mempunyai ruang/garis pemisah antara barang yang berlainan jenis;
viii. Stok yang asalnya berada di dalam bekas, kotak, tin, peti dansebagainya hendaklah kekal penyimpanannya serta hendaklah
dilabel supaya mudah dikenalpasti;
ix. Setiap bekas hendaklah mengandungi satu jenis stok barang yang
sama;
x. Bagi barang-barang yang tercerai hendaklah diletakkan di dalam
bekas yang berukuran bersesuaian dan tidak boleh dibungkus tetapi
hendaklah disusun dengan kemas;
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
50/71
50
xi. Pastikan bahan-bahan yang rosak tidak bercampur dengan bahan
yang masih boleh digunakan;
xii. Barang-barang berharga dan menarik hendaklah disimpan di tempat
yang selamat dan dikawal oleh pegawai yang bertanggungjawab;xiii. Kad petak (bin card) mestilah berada bersama-sama dengan barang.
xiv. Tidak terdapat sampah/sisa/bahan tidak diperlukan berada di dalam
stor;
xv. Peralatan sokongan pengurusan stor dalam keadaan baik dan
berfungsi (contoh: tangga dan troli);
xvi. Boleh menggunakan unsur-unsur kreativiti (tertakluk kepada
peraturan dan garis panduan) dalam pengurusan, penjagaan danpenyelenggaraan stor tetapi melambangkan imej korporat;
xvii. Tanda arah, petunjuk dan peringatan perlu diletakkan di tempat
yang strategik serta mudah dilihat oleh orang ramai;
9.3 Ruang Pejabat9.3.1 Lantai
i. Lantai tidak berdebu, tidak basah dan bersih dari sebarang
kekotoran;
ii. Sampah-sarap tidak bertaburan di atas lantai sama ada di sudut-
sudut atau di bawah peralatan perabot dan perhiasan;
iii. Lantai tiada berlubang/pecah/rekahan atau sebarang kecacatan yang
berpotensi mengancam keselamatan pekerja; dan
iv. Tiada barang yang tidak diperlukan diletakkan di atas lantai.
9.3.2 Peralatan Pejabat
i. Peralatan pejabat sentiasa berkeadaan baik dan sentiasa boleh
digunakan dengan selamat;
ii. Cermin tingkap sentiasa dilap dan tidak berhabuk, manakala yang
pecah segera diganti;
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
51/71
51
iii. Peralatan pejabat sentiasa dilap supaya tidak berdebu, bersih dan
disusun supaya kelihatan kemas;
iv. Peralatan yang rosak perlu dilabelkan dengan jelas dan menyatakan
isu kerosakan serta tarikh penyelenggaraan (pelupusan/baikpulih)dan diasingkan; dan
v. Pastikan lampu dan plug elektrik sentiasa berfungsi dan dilabelkan
mengikut kesesuaian
9.3.3 Susun Atur Peralatan Pejabat
i. Semua perabot dan peralatan pejabat tersusun kemas, berkeadaaan
baik serta tidak mengancam keselamatan dan kesihatan pekerja;
ii. Kreativiti menyusun perabot dan peralatan adalah digalakkan supaya
dapat mewujudkan suasana yang lebih selesa dan keceriaan pejabat
serta tidak mengancam keselamatan dan kesihatan; dan
iii. Teknik susunan peralatan boleh memendekkan masa memproses
sesuatu kerja. Contohnya: Kabinet Fail diletakkan berhampiran
dengan work station pegawai.
9.3.4 Susunan Fail
i. Disusun dengan teratur, mudah diperoleh/disimpan dan bersistem;
ii. Sistem pengurusan fail yang memudahkan pencarian/pencapaian
dalam satu tempoh masa (contoh 30 saat per fail);
9.3.5 Hiasan Dalaman
i. Hiasan yang bersesuaian dengan imej jabatan, mudah dan jimat
diselenggarakan dan kedudukannya tidak mengancam keselamatan
dan kesihatan pekerja;
ii. Maklumat korporat boleh dipamerkan tetapi tidak keterlaluan dari
segi kuantiti dan sentiasa dikemaskini (contoh: carta organisasi,
piagam pelanggan, dasar kualiti dsb);
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
52/71
52
iii. Langsir/bidai cermin tingkap sentiasa kelihatan tersisir rapi dan
bersih serta ada penyelenggaraan berkala;
iv. Dinding yang kotor akibat kesan tampalan dibersihkan sebaiknya;
v. Penggunaan hiasan pokok bunga plastik dan pokok bunga hidup didalam kuantiti yang tidak keterlaluan;
vi. Hiasan seperti lanskap berkonsepkan water features dan akuarium
dalam ruang pejabat perlu sentiasa diselenggara dan berfungsi
dengan baik;
vii. Pastikan semua hiasan yang dibuat tidak berdebu, tidak kotor dan
sentiasa berada dalam keadaan baik supaya tidak mencacatkan
pemandangan;viii. Susunan hiasan sentiasa kemas, tersusun, menyenangkan
pergerakan, dan tidak mengancam keselamatan pekerja.
9.3.6 Tanda Arah/Petunjuk/Peringatan
i. Tanda nama Bahagian/Unit yang berkaitan dengan aktiviti
pentadbiran perlu dipamerkan di ruang yang sesuai supayamemudahkan urusan pekerja;
ii. Tanda peringatan yang sesuai diletakkan pada peralatan yang
berisiko seperti AWAS pada plug yang terdedah dan SILA PADAM
LAMPU SELEPAS DIGUNAKAN pada plug lampu yang terbabit;
9.4 Ruang kerja / Bilik Pegawai9.4.1 Lantai
i. Pastikan lantai tidak berdebu, tidak basah dan bersih dari sebarang
kekotoran; dan
ii. Tidak terdapat barang yang tidak diperlukan bertaburan di atas
lantai di sekitar ruang kerja.
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
53/71
53
9.4.2 Meja (Di atas Meja)
i. Satu (1) tray bertingkat (3 tingkat) sahaja dilabelkan
masuk/keluar/dalam tindakan;
ii. Alat tulis diletakkan di dalam pen stand dalam kuantiti yang
munasabah; dan
iii. Rubber stamp yang aktif dilabelkan dan disenaraikan (tidak
termasuk self-ink rubber stamp).
iv. Meletakkan fail meja pegawai/pekeliling;
v. Dibenarkan fail-fail aktif berada di atas meja pegawai pada satu
tempoh tugasan (mengikut prosedur pengurusan fail terperingkat).
Fail-fail tersebut hendaklah disusun dengan kemas dan teratur pada
setiap masa; dan
vi. Hiasan peribadi perlu diminimakan kepada kawasan sebesar saiz A4.
9.4.3 Meja (Di bawah/Tepi meja)
i. Bagi peralatan yang mudah dialihkan seperti bakul sampah, perlu
mempunyai parkir yang berlabel bakul sampah terletak di
bawahnya bagi memastikan ianya diletakkan kembali ke lokasi
berkenaan; dan
ii. Sediakan satu (1) ruang khas berparkir untuk meletak sepasang
kasut dan sepasang selipar (optional);
9.4.4 Laci Meja
i. Cadangan pembahagian ruang laci adalah seperti berikut:
Laci 1 dan 2 urusan rasmi dan Laci 3 urusan peribadi (dilabelkan di
penjuru atas sebelah kiri menggunakan warna hitam putih bersaiz 18
Arial).
ii. Dalam laci rasmi, hendaklah diwujudkan petak-petak alatan
mengikut kesesuaian bagi mengisi alat tulis;
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
54/71
54
iii. Barang-barang peribadi perlu diletakkan di dalam laci peribadi dan
disusun kemas; dan
iv. Pegawai hendaklah patuh kepada laci yang telah dilabel iaitu barang
yang berkaitan dengan urusan rasmi dan barang peribadi tidak bolehbercampur.
9.4.5 Dinding/partition pegawai
i. Dokumen yang perlu dipamerkan di dinding atau partition pegawai
adalah
a. Tanda Nama Penuh;
b. Jawatan;
c. Senarai Aset Alih Kerajaan (KEW. PA-7); (jika berkenaan)
d. Jadual pengajaranjika berkenaan
ii. Pastikan tiada pasu-pasu bunga (bunga hidup/hiasan) di laluan
sepanjangpartition;
9.4.6 Kerusi
i. Kerusi tetamu dan kerusi kerja hendaklah tersusun rapi ketika tidak
digunakan;
ii. Blazer dan selendang (jika ada) hendaklah disangkut dengan kemas
di dalam almari atau disangkut dengan kemas di belakang kerusi;
dan
iii. Pastikan kerusi berada pada tahap selamat untuk diduduk, tidak
bergoyang, selesa dan bersih.
9.4.7 Komputer dan pencetak
i. Komputer serta peralatan ICT yang berkaitan hendaklah sentiasa
tidak berhabuk dan sedia untuk diguna; dan
ii. Pastikan komputer ditutup sebelum pulang (shut down)
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
55/71
55
iii. CPU danpedestal bergerak perlu di tempatkan di bawah meja atau di
sisi meja; dan
iv. Wayar/kabel (untuk ICT dan elektrik) perlu dikemaskan dengan
menggunakan bahan-bahan yang sesuai seperti black tape/cabelcasing/conduit dan ianya hendaklah dipasang secara bersesiku dan
tersorok;
9.4.8 Bilik Pegawai
i. Semua perkara yang dinyatakan di atas (untuk workstation) adalah
juga diguna pakai untuk bilik pegawai mengikut kesesuaian;
ii. Tiada sebarang dokumen dan fail diletakkan di atas settee, coffee
table atau lain-lain tempat yang tidak sepatutnya;
iii. Hiasan perlulah berimej korporat dan tidak keterlaluan dari segi
kuantiti; dan
iv. Susun atur perabot dan bahan-bahan bacaan hendaklah kemas dan
teratur dan memastikan tiada habuk yang terperangkap.
9.4.9 Pelabelan dan pemakiran (Parking Lot)
i. Setiap peralatan yang digunasama dan mudah alih hendaklahdisediakan parkir yang bersesuaian pada tempat ianya disimpan;
ii. Setiap parkir hendaklah dilabelkan dengan nama alatan berkenaan;
dan
iii. Pelabelan dan juga pemakiran alatan perlu terselindung (contoh:bakul sampah label dan pemakiran terletak di bawah tapak bakul
sampah dengan saiz pelabelan dan pemakiran yang seragam).
9.4.10 Bilik Pencetakan/Dokumentasi
i. Pastikan lantai bilik sentiasa bersih, tidak berdebu, tidak terdapat
lubang, rekahan atau sebarang kecacatan lantai. Sekiranya ada, sila
pastikan ia dibaiki dengan cepat;
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
56/71
56
ii. Peralatan sentiasa berada dalam keadaan baik, berfungsi dan perlu
dilabelkan dengan nama alatan;
iii. Peralatan dan bahan kerja perlu disusun dengan teratur dan boleh
dilabelkan dengan nama alatan dan disimpan di tempat pemakiraniv. Kertas-kertas yang hendak dilupuskan boleh diletak dalam kotak
kitar semula dan tidak dibiarkan bertaburan di atas lantai;
9.4.11 Mesin dan Peralatan
i. Mesin diletak di tempat yang sesuai dan selamat serta tidak
menghalang pergerakan proses kerja;
ii. Sentiasa memastikan mesin dalam keadaan bersih, tidak berhabuk,
berminyak, berkarat dan sebagainya kerana ia boleh memendekkan
jangka hayat mesin;
iii. Pastikan tiada barang yang diletak di atas atau di bawah mesin
terutamanya bahan yang berbentuk cecair;
iv. Perlu meletakkan tanda berhati-hati seperti (AWAS) pada bahagian
yang merbahaya sebagai peringatan kepada pekerja lain;v. Mempunyai tanda maklumat pengenalan bagi setiap mesin mengikut
kesesuaian;
vi. Mesin yang rosak hendaklah diletakkan berasingan untuk dibaiki
atau dilupuskan;
vii. Jadual penyelenggaraan mesin perlu disediakan untuk pemantauan
mesin; dan
viii. Pegawai bertanggungjawab (pemunya/ownership) perlulah dilantikbagi menguruskan kebersihan di lokasi tersebut (nama pegawai dan
nombor telefon).
9.5 Tempat UmumRuang Umum/Kaunter/Lobi Utama merupakan ruang yang perlu
dititikberatkan dalam penjagaan kerana ruang ini sentiasa
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
57/71
57
dikunjungi pelanggan. Jadi, perkara berikut perlu sentiasa diamalkan
untuk menjamin keselesaan pelanggan:
9.5.1 Lobi Utama
i. Semua peralatan, barang, kerusi, meja hendaklah disusun kemas,
tidak berhabuk dan teratur;
ii. Pastikan peralatan/kemudahan yang disediakan dalam keadaan baik
dan boleh digunakan dengan sempurna;
iii. Boleh memaparkan pelbagai maklumat seperti Maklumat Kualiti,
Maklumat Korporat atau berita-berita yang bersesuaian untuk
disampaikan kepada pekerja dan pelanggan serta perlu sentiasa
dikemaskini;
iv. Laluan-laluan umum hendaklah kosong dan bebas daripada sebarang
peralatan dan barang yang menghalang laluan kecuali alat pemadam
api;
v. Pasu-pasu bunga diletakkan di tempat yang bersesuaian;
vi. Pastikan laluan umum sentiasa bersih dan bebas daripada kekotoran
dan bau yang tidak menyenangkan; dan
vii. Penyambut tetamu hendaklah sentiasa ada bertugas di kaunter Lobi
Utama dan mengamalkan layanan mesra pelanggan.
9.5.2 Ruang Menunggu Tetamu
i. Pastikan peralatan/kemudahan/perabot disusun dengan teratur dan
boleh digunakan dengan baik;
ii. Sentiasa memastikan kawasan sekitar bersih, tidak berhabuk, kemas
dan menyenangkan tetamu;
iii. Kemudahan tanda arah/petunjuk yang disediakan mencukupi,
informatif dan efektif; dan
iv. Pegawai bertanggungjawab dilantik bagi menguruskan kebersihan
bilik (nama pegawai dan nombor telefon).
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
58/71
58
9.5.3 Papan Notis / Papan Kenyataan
i. Pegawai bertanggungjawab dilantik bagi menguruskan kawasan ini
(nama pegawai dan nombor telefon);
ii. Bahan media atau bahan pameran yang dipamerkan di papan notisatau papan kenyataan di seluruh Bahagian perlu berada dalam
keadaan baik, tidak berdebu dan sentiasa bersih;
iii. Bahan-bahan tersebut perlu dikemaskini mengikut keadaan semasa;
iv. Penampilan media/bahan pameran yang dipamerkan perlu berkualiti,
berimej korporat, kemas dan teratur; dan
v. Penggunaan kreativiti mempamerkan bahan tersebut adalah
digalakkan supaya dapat menarik perhatian pelanggan.
9.5.4 Bilik Mesyuarat / Bilik Perbincangan
i. Maklumat berkaitan mesyuarat hendaklah dipamerkan di pintu
masuk bilik mesyuarat. Contoh: Penggunaan papan tanda (slot in
board);
ii. Sentiasa memastikan lantai bersih, tidak berdebu dan tiada
kekotoran;
iii. Peralatan/kemudahan dalam keadaan sempurna dan boleh digunakan
dengan baik;
iv. Pastikan peralatan/kemudahan sentiasa bersih, tidak berhabuk dan
disusun kemas ketika tidak digunakan;
v. Peralatan mempunyai sistem inventori dan penyelenggaraan;
vi. Hiasan berbentuk korporat boleh menaikkan suasana bilik dan perlu
ada penyelenggaraan yang berkala;
vii. White board (papan putih) hendaklah dibersihkan selepas mesyuarat
selesai;
viii. Pastikan pemadam dan marker pen berwarna merah, biru dan hitam
diletakkan di tempat yang disediakan;
ix. Pastikan terdapat bakul sampah di dalam bilik mesyuarat/bilikperbincangan
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
59/71
59
x. Jam dinding perlu diletak di tempat yang sesuai;
xi. Pastikan barang-barang elektronik seperti LCD Projector, mikrofon
danpower supply ditutup sebelum meninggalkan bilik mesyuarat.
xii. Makanan berat (contoh: makanan berkuah) hendaklah dielakkan; danxiii. Pegawai bertanggungjawab (pemunya/ownership) perlulah dilantik
bagi menguruskan kebersihan di lokasi tersebut (nama pegawai dan
nombor telefon).
9.5.5 Perpustakaan/Pusat Sumber
i. Bersih, susunan rapi dan kemas serta menyenangkan pelanggan;
ii. Mempunyai sistem susunan yang teratur dan mudah untuk
diambil/dicapai/dicari (seperti rak/ tanda/label/abjad/bahan) bila
diperlukan;
iii. Meja-meja dan peralatan mesti bersih dan tidak berhabuk, dalam
keadaan sempurna dan boleh digunakan dengan baik;
iv. Kemudahan tanda arah/maklumat keterangan petunjuk yang
disediakan mencukupi, informatif dan efektif;v. Peralatan mempunyai sistem inventori dan penyelenggaraan; dan
vi. Sistem kaunter yang berorientasikan pelanggan.
9.5.6 Surau/Bilik Solat
i. Pintu masuk hendaklah dilabelkan dengan perkataan Surau/Bilik
Solat;
ii. Pastikan semua peralatan/kemudahan dalam keadaan berfungsi;
iii. Penanda arah kiblat hendaklah ditandakan di siling dengan jelas;
iv. Pastikan terdapat cermin muka, bakul sampah dan jam dinding;
v. Jadual waktu solat dipamerkan di ruang yang disediakan;
vi. Selipar/kasut hendaklah tersusun rapi;
vii. Sentiasa memastikan lantai tidak berdebu, tidak basah dan sentiasa
bersih;
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
60/71
60
viii. Telekung, kain pelekat dan sejadah hendaklah disusun, dilipat atau
digantung dengan kemas;
ix. Buku-buku bacaan agama hendaklah disusun kemas di dalam
almari/kabinet/rak yang disediakan;x. Penggunaan pewangi (air freshner) digalakkan untuk mendapatkan
suasana yang sentiasa segar;
xi. Pegawai bertanggungjawab (pemunya/ownership) perlulah dilantik
bagi menguruskan kebersihan di lokasi tersebut (nama pegawai dan
nombor telefon).
9.5.7 Pantri
i. Lantai sentiasa bersih, kering dan tidak berbau;
ii. Semua peralatan/perabot dan perkakas disusun kemas dan teratur
setelah digunakan;
iii. Kerusi hendaklah dinomborkan mengikut bilangan;
iv. Kabinet/almari/rak dilabelkan dengan nama perkakas di luar pintu
dengan seragam (mengikut kesesuaian/optional);v. Tiada pinggan mangkuk/cawan/gelas diletak di atas meja dan sinki
selepas digunakan;
vi. Kain lap yang kotor dicuci dan disangkut kemas;
vii. Pastikan sinki bersih, tidak tersumbat dan tiada sisa makanan;
viii. Tong sampah disediakan dan ditutup supaya tidak berbau;
ix. Pantri hendaklah sentiasa bersih, kemas, tersusun dan bebas
daripada sebarang serangga, makhluk perosak, kekotoran dan bauyang tidak menyenangkan;
x. Penggunaan pewangi udara digalakkan bagi menghindarkan bau
yang tidak menyenangkan;
xi. Pastikan peralatan elektrik ditutup setelah digunakan;
xii. Menyediakan satu sudut informatif untuk mempamerkan jadual
tugasan, peraturan, pemberitahuan ataupun apa-apa arahan yang
berkaitan; dan
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
61/71
61
xiii. Pegawai bertanggungjawab (pemunya/ownership) perlulah dilantik
bagi menguruskan kebersihan di lokasi berkenaan (nama pegawai
dan nombor telefon).
9.5.8 Dewan Makan
i. Lantai sentiasa bersih, kering dan tidak berbau;
ii. Peralatan/kemudahan yang disediakan kepada pelanggan sentiasa
bersih dan tidak berhabuk;
iii. Peralatan yang disediakan mencukupi dan dalam keadaan sempurna
serta boleh digunakan dengan selamat;
iv. Penyediaan makanan kepada pelanggan bersih, kemas, teratur serta
memenuhi kriteria dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan
menitikberatkan ciri-ciri keselamatan dan kesihatan;
v. Jagaan/kawalan persekitaran (lantai, meja, kerusi, pinggan, cawan
gelas, sajian dan sebagainya) yang bersih, tidak berdebu dan
memenuhi ciri keselamatan dan kesihatan;
vi. Kaunter sentiasa yang bersih dan selesa untuk pelanggan;vii. Sinki basuh tangan sentiasa bersih, tidak tersumbat, tiada sisa
makanan dan sabun disediakan;
viii. Maklumat-maklumat yang ingin disampaikan kepada pekerja /
pelanggan boleh diletakkan di Papan Kenyataan di tempat yang
sesuai;
ix. Peniaga dan pelanggan dilarang merokok di sekitar kafeteria; dan
x. Kemudahan tanda arah/keterangan petunjuk yang disediakanmencukupi, informatif dan efektif
9.5.9 Dewan Serbaguna dan Auditorium
i. Lantai tidak berdebu, tidak basah dan bersih dari sebarang kekotoran
serta sampah;
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
62/71
62
ii. Peralatan/kemudahan adalah sesuai dan boleh digunakan dengan
selamat;
iii. Kemudahan seperti kerusi penonton sentiasa bersih dan memuaskan
keadaanya;iv. Lampu di dalam auditorium berfungsi dengan baik;
v. Penggunaan kawasan operasi dan peralatan/kemudahan yang
memenuhi ciri keselamatan dan kesihatan;
vi. Persekitaran bersih, kemas, teratur, tidak berhabuk dan sentiasa
dalam terkawal; dan
vii. Kemudahan tanda arah/keterangan petunjuk yang disediakan
mencukupi, informatif dan efektif.
9.5.10 Laluan Utama/ Laluan Awam
i. Lantai sentiasa bersih, tiada sisa buangan yang diletak di sepanjang
laluan;
ii. Hiasan seperti pokok bunga yang berada di sepanjang laluan (jika
ada) disusun dengan kemas, bersih dan teratur supaya tidakmenghalang laluan;
iii. Peralatan/perabot yang diletak di laluan utama/umum hendaklah
disusun dengan baik supaya tidak mengganggu aliran perjalanan;
iv. Pintu kecemasan tidak dihalang dan sentiasa ditutup; dan
v. Papan Notis yang diletakkan di sepanjang laluan hendaklah sentiasa
diselenggara dan dikemaskini maklumatnya
9.5.11 Tandas/Tandas OKU
i. Setiap pintu tandas (cubical), sinki dan paip air hendaklah ditanda
dengan nombor bilangannya;
ii. Permukaan lantai sentiasa bersih dan kering;
iii. Permukaan dinding keseluruhannya bersih termasuk dinding tiles
dan pintu utama;
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
63/71
63
iv. Keadaan siling yang sempurna, tiada kebocoran dan tidak bersawang;
v. Semua lampu berfungsi dengan baik;
vi. Pintu-pintu tandas berfungsi dengan sempurna lengkap dengan
penyelak, penyangkut seluar dan kelihatan bersih;vii. Mangkuk tandas berkeadaan sempurna dan boleh digunakan dengan
selamat;
viii. Mangkuk tandas bersih dan lengkap dengan pelapik serta flushing
system berfungsi dengan sempurna;
ix. Urinal bowl berkeadaan bersih dan flushing system berfungsi dengan
sempurna;
x. Sinki berkeadaan bersih, tidak tersumbat dan paip air berfungsidengan sempurna;
xi. Meja sinki dan cermin muka berkeadaan bersih dan kering;
xii. Tempat mengambil wuduk hendaklah bersih dan tidak berlaku floor
trap yang tersumbat dan semua paip air berfungsi dengan baik;
xiii. Bekas sabun (soap dispenser) berfungsi dengan sempurna dan
sentiasa ada sabun;
xiv. Tisu sentiasa ada di dalam tandas;
xv. Digalakkan menggunakan kreativiti untuk menceriakan tandas;
xvi. Senarai semak kerja-kerja penyelenggaraan pembersihan dilekatkan
di dalam bilik air;
xvii. Pegawai bertanggungjawab (pemunya/ownership) perlulah dilantik
bagi menguruskan kebersihan di lokasi tersebut (nama pegawai dan
nombor telefon).
9.6 Keselamatan dan Kebersihan9.6.1 Keselamatan persekitaran
i. Laluan utama tidak dihalang dengan barang-barang atau peralatan
yang tidak diperlukan;
ii. Pintu rintangan api dan pintu kecemasan hendaklah sentiasa ditutup
dan tidak dihalang;
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
64/71
64
iii. Pendawaian tambahan tidak dilakukan tanpa kebenaran;
iv. Tiada aktiviti memasak dilakukan di mana-mana ruang kecuali
pantri;
v. Tiada pasu bunga (bunga hidup/hiasan) di laluan sepanjangpartition;vi. Tanda-tanda amaran keselamatan yang dipamerkan hendaklah jelas;
vii. Tangga-tangga laluan kecemasan tidak dihalangi;
viii. Peralatan-peralatan rosak dilapor dan diselenggarakan dengan
segera;
ix. Prosedur dan latihan pengungsian/pengosongan bangunan (fire-drill)
hendaklah dilaksanakan sebagaimana Arahan Keselamatan; dan
x. Peruntukan Arahan Keselamatan dipatuhi sepenuhnya.
9.6.2 Keselamatan dan Kebersihan bengkel, makmal dan bilik kuliah
i. Alat pemadam api yang memenuhi kriteria berikut:
Mempunyai sijil yang masih berkuatkuasa dari pihak Bomba;
Prosedur operasi hendaklah diletakkan bersebelahan; dan
Digantung pada bracketyang dipasang di dinding dan berparkir;ii. Sistem Pencegahan Kebakaran (contoh: sistem water sprinkler dan
hose reel) berfungsi dengan baik dan pemeriksaan/penyelenggaraan
dilakukan secara berkala;
iii. Pencahayaan yang mencukupi;
iv. Sistem hawa dingin berfungsi dengan baik;
v. Emergency Lightdalam keadaan berfungsi;
vi. Pest controlhendaklah dilaksanakan secara berjadual;vii. Tanda amaran seperti Dilarang Merokok dan Mudah Terbakar
dipamerkan dengan jelas;
viii. Peralatan mudah alih seperti tangga, troli dan sebagainya hendaklah
diletakkan di tempat mudah dicapai dan berparkir;
ix. Pastikan lampu dan plug elektrik berfungsi dan dilabelkan mengikut
kesesuaian;
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
65/71
65
x. Tanda-tanda keselamatan seperti tanda EXIT, PINTU RINTANGAN
API tidak boleh diubah atau ditampal dengan apa-apa perkara yang
melindunginya; dan
xi. Pendawaian elektrik, telefon dan rangkaian komputer sentiasa dalamkeadaan baik, sempurna, teratur, tidak berserabut dan selamat.
10. PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN AMALAN 5S
Aktiviti sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal sepatutnya menunjukkan
peningkatan kemajuan dalam pergerakkan 5S. Oleh itu, penilaian perlu dibuat
bagi memastikan setiap bahagian dalam sesebuah organisasi mengetahui
kekuatan yang ada dan membuat penambahbaikan secara berterusan.
Audit dalaman 5S merupakan kaedah yang terbaik untuk membuat penilaian
kendiri 5S. Audit ini perlu dijadualkan secara berkala secara bulanan atau
mingguan dan ianya boleh disusuli dengan sistem ganjaran yang dikenalpasti
supaya mewujudkan persaingan yang sihat dalam organisasi.
10.1 Tujuan auditAudit dalaman 5S diadakan bertujuan untuk :
i. Mendapatkan maklumat berkenaan status pelaksanaan amalan 5S
berbanding dengan keperluan sebenar;
ii. Mendapatkan maklumat berkenaan kekuatan dan kelemahan amalan
5S untuk bahagian yang diaudit;
iii. Hasil daripada audit Amalan 5S akan digunakan sebagai asas untuk
cadangan penambahbaikkan serta pindaan terhadap sistem
pengurusan kualiti institut;
iv. Digunakan sebagai faktor motivasi untuk melaksanakan
penambahbaikan secara berterusan (KAIZEN) serta meningkat dan
menggalakkan aktiviti-aktiviti kreativiti dan inovasi;
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
66/71
66
v. Sebagai medium komunikasi bagi menyampaikan keperluan-
keperluan Amalan 5S kepada semua di tempat kerja;
vi. Memastikan aktiviti 5S dijalankan secara berterusan untuk
memupuk kesedaran dan menjadikannya sebagai satu budaya ditempat kerja.
10.2 Tatacara Audit Dalaman10.2.1 Lantikan Juruaudit
Juruaudit dilantik oleh Jawatankuasa Pemandu Amalan 5S Institut dan
menggangotai Jawatankuasa Kecil Audit Amalan 5S Institut. Jawatankuasa ini
bertanggungjawab untuk :
i. Merancang dan mengendalikan audit dalaman 5S sebanyak 2 kali
setahun;
ii. Mengenal pasti sebarang masalah dan mengarahkan tindakan
pembetulan diambil dengan memberi cadangan penambahbaikan;
iii. Lakukan pemeriksaan dan tindakan susulan jika perlu;iv. Menyediakan laporan keseluruhan audit kepada jawatankuasa pemandu
amalan 5S peringkat institut;
v. Menyediakan kriteria senarai semak proses audit dan garis panduan
pelaksanaan audit;
vi. Memastikan aktiviti 5S dijalankan secara sistematik dan berterusan.
10.2.2 Latihan audit amalan 5S
Tujuan latihan adalah untuk menyebarkan kaedah amalan 5S dan melatih
kumpulan juruaudit melaksanakan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan
dalam proses pengauditan.
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
67/71
67
10.2.3 Senarai semak / kriteria audit
Senarai semak perlu disediakan mengikut keperluan zon pelaksanaan auditseperti bengkel, bilik kuliah, makmal, bilik pengajar, ruang pejabat dan tempat-
tempat umum.
Senarai semak perlu didokumenkan sebagai borang audit yang digunakan semasa
proses pengauditan oleh semua juruaudit.
10.2.4 Proses audit
Proses audit perlu dirancang dan dijadualkan mengikut kesesuaian masa.
Perancangan audit perlu dimaklumkan kepada semua zon.
10.2.5 Analisa keputusan audit
Keputusan audit perlu dianalisa dan dibentangkan kepada Jawatankuasa
Pemandu Amalan 5S. Keputusan audit juga boleh dipaparkan pada sudut 5S di
setiap zon untuk makluman warga organisasi berhubung dengan prestasi
pelaksanaan amalan 5S di zon masing-masing.
Keputusan audit ini secara tidak langsung akan mewujudkan persaingan yang
sihat di antara zon dan menimbulkan rasa bangga pada kumpulan yang terbabit.
Penilaian dan persaingan ini boleh disusuli dengan sistem ganjaran yang boleh
ditawarkan secara bulanan pada setiap kumpulan yang berjaya dalam pelbagai
kategori contohnya susun atur bengkel terbaik.
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
68/71
68
11. PENUTUPAmalan 5S amat mudah difahami oleh individu kerana ianya hanya memerlukan
pengetahuan konvensional dan disiplin serta komitmen yang tinggi daripada
warga sesebuah organisasi yang menlaksanakannya. Amalan ini boleh
dilaksanakan di semua organisasi tanpa mengira jenis perkhidmatan yang
diberikan.
Selain daripada dapat mewujudkan persekitaran kerja yang produktif, bersih dan
selamat, amalan 5S dapat memupuk semangat kerja berpasukan, disiplin diri dan
dapat meningkatkan rasa tanggungjawab serta sayang kepada organisasi.
Komitmen yang berterusan daripada pihak pengurusan serta penglibatan semua
warga organisasi menjadi tunjang kepada kejayaan pelaksanaan Amalan 5S. Ianya
perlu dilaksanakan secara berterusan untuk mengekalkan prestasi penyampaian
perkhidmatan organisasi yang cemerlang.
Secara keseluruhan, kecekapan dan keberkesanan dalam pengurusan persekitaran
berkualiti akan menjadikan ILJTM sebagai sebuah organisasi yang bukan hanya
mampu melahirkan tenaga mahir yang berdaya saing tetapi juga mempunyai
persekitaran tempat kerja yang bersih, tersusun dan bersistematik serta selamat.
Amalan 5S juga akan membentuk budaya dan sikap yang positif di kalangan
pelajar ILJTM. Graduan yang dikeluarkan oleh ILJTM tidak hanya mempunyai
kemahiran dan pengetahuan yang tinggi tetapi juga dilengkapi dengan sahsiah
dan disiplin yang baik kesan daripada budaya yang diserapkan dalam
melaksanakan aktiviti 5S. Situasi ini akan meletakkan graduan ILJTM sebagai
pilihan utama oleh pihak indutri kerana mempunyai pakej yang lengkap iaitu
berkemahiran, berpengetahuan dan mempunyai personaliti yang cemerlang.
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
69/71
69
Melalui Amalan 5S, warga ILJTM akan membina disiplin dan etika kerja yang
baik bagi menghasilkan prestasi kerja yang lebih tinggi, hasil kerja berkualiti,
memupuk semangat berpasukan dan semangat tolong-menolong yang tinggi.
Persekitaran kerja yang selesa dan selamat membantu melancarkan lagi prosespengajaran dan pembelajaran dimana keadaan ini juga akan menyumbang kepada
penghasilan pelajar yang berkualiti.
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
70/71
69
Lampiran A
CARTA KEMAJUAN 5S
SEBELUMAMALAN
BAIK
AMALAN
BURUK
CADANGAN
PENAMBAHBAIKANPERKEMBANGAN KEMAJUAN CATATAN
TARIKH : TARIKH : TARIKH : TARIKH : TARIKH :
PROGRES (%): PROGRES (%): PROGRES (%): PROGRES (%):
TARIKH : TARIKH : TARIKH : TARIKH : TARIKH :
PROGRES (%): PROGRES (%): PROGRES (%): PROGRES (%):
TARIKH : TARIKH : TARIKH : TARIKH : TARIKH :
PROGRES (%): PROGRES (%): PROGRES (%): PROGRES (%):
S01-02 Pindaan: 1 Tarikh Kuatkuasa: Dec 2011
8/13/2019 Manual 5S Di Bengkel
71/71
Lampiran B
Senarai Semak Kandungan Fail Induk/ Pelaksana / Zon / Jkuasa Promosi, Auditdan Latihan
Kandungan FailIn P
aa
Lh
t
Pomo Zn
Pengenalan
Carta Organisasi
Polisi, Visi, Misi dan Objektif
Logo 5S
Senarai Zon / Sub-zon
Pelan Lantai Zon
Carta Perbatuan
Surat lantikan JK Kecil
Minit Mesyuarat
Piawaian Tindakan Pelaksanaan Amalan 5S
Kriteria Audit dalaman
Aktiviti Unit Promosi
Aktiviti Unit Latihan
Aktiviti Unit Audit
Impak Pelaksanaan.