117
UNIT 1.0 1. SEJARAH PERKEMBANGAN DAN PENUBUHAN PERSEKUTUAN SEPAKRAGA MALAYA/MALAYSIA Sepertimana yang diceritakan dari satu sudut sejarah bahawa Persatuan Sepakraga Pulau Pinanglah yang bertanggungjawab untuk menganjurkan suatu persidangan di antara wakil-wakil negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu pada 28hb Januari 1960 bertempat di Bangunan Persatuan Melayu Pulau Pinang, 160 Jalan Perak. Persidangan itu telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah dan Singapura. Persidangan tersebut seterusnya mengambil keputusan untuk menubuhkan Persekutuan Sepakraga Malaya. Pegawai-pegawai sementara yang dilantik oleh persidangan untuk menguruskan pendaftaran Persekutuan ialah: Pengerusi : Encik Daud Meah Setiausaha : Encik Yusuf Latiff Serta beberapa orang ahli jawatankuasa. Akhirnya pada 25 Jun 1960 maka lahirlah Persekutuan Sepak Raga Malaya dengan rasminya di suatu persidangan yang diadakan di Balai Rakyat, Jalan Patani, Pulau Pinang. Persidangan tersebut telah dirasmikan oleh YAB 1

Manual Jurulatih Tahap i Sepak Takraw Jurulatih

Embed Size (px)

Citation preview

MANUAL JURULATIH TAHAP I SEPAK TAKRAW

UNIT 1.0

1.SEJARAH PERKEMBANGAN DAN PENUBUHAN

PERSEKUTUAN SEPAKRAGA MALAYA/MALAYSIA

Sepertimana yang diceritakan dari satu sudut sejarah bahawa Persatuan Sepakraga Pulau Pinanglah yang bertanggungjawab untuk menganjurkan suatu persidangan di antara wakil-wakil negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu pada 28hb Januari 1960 bertempat di Bangunan Persatuan Melayu Pulau Pinang, 160 Jalan Perak. Persidangan itu telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah dan Singapura. Persidangan tersebut seterusnya mengambil keputusan untuk menubuhkan Persekutuan Sepakraga Malaya. Pegawai-pegawai sementara yang dilantik oleh persidangan untuk menguruskan pendaftaran Persekutuan ialah:

Pengerusi:Encik Daud Meah

Setiausaha : Encik Yusuf Latiff

Serta beberapa orang ahli jawatankuasa.

Akhirnya pada 25 Jun 1960 maka lahirlah Persekutuan Sepak Raga Malaya dengan rasminya di suatu persidangan yang diadakan di Balai Rakyat, Jalan Patani, Pulau Pinang. Persidangan tersebut telah dirasmikan oleh YAB Datuk Wong Pow Nee, Ketua Menteri Pulau Pinang pada masa itu. Wakil-wakil yang hadir itu ialah daripada Negeri Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang telah dengan sebulat suara melantik YB. Encik Khir Johari sebagai Yang Dipertua bagi julung-julung kalinya. Lain-lain pegawai yang dilantik adalah seperti berikut :-

Naib Yang Dipertua

Encik Daud Meah (Pulau Pinang)

Encik Mohd. Said A. Rahman (Selangor)

Penghulu Zainal Abidin Mohd Latif (Negeri Sembilan)

Setiausaha:Encik Mohd Yusuf Latiff (Pulau Pinang)

Serta beberapa orang ahli jawatankuasa yang dilantik.

2.MENGGUBAL DAN MENYUSUN UNDANG-UNDANG

PERMAINAN SEPAKRAGA JARING

Satu persidangan di antara wakil-wakil negeri telah diadakan di Kelab Sultan, Jalan Hale, Kuala Lumpur pada hari Jumaat 15 April 1960 bagi menggubal dan menyusun undang-undang permainan sepakraga jaring. Wakil-wakil yang hadir telah membincangkan peraturan permainan dan bersetuju menggubal satu aturan peraturan permainan untuk disahkan dalam Mesyuarat Agung Pertama Persekutuan di Pulau Pinang pada 25 Jun 1960.

3. PERTANDINGAN SEPAKTAKRAW ANTARA NEGERI-NEGERI

Persekutuan Sepak Raga Jaring Melaya telah menjalankan usaha memberi penerangan kepada persatuan-persatuan negeri yang bergabung dengannya. Maka pada tahun 1962 bermulalah suatu babak baru dalam sejarah negara ini iaitu pada julung-julung kalinya menganjurkan satu pertandingan sepakraga jaring di peringkat kebangsaan bagi merebut Piala Emas Khir Johari. Pertandingan akhir telah berlangsung di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 27- 28 Disember 1962 di mana Negeri Pulau Pinang telah menjadi johan dan Singapura sebagai naib johan. Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebelum menyampaikan piala keagungan permainan ini telah memberi ucapan di antaranya ialah YTM Tunku berkata, Sepakraga bukanlah suatu permainan baru di negeri kita ini bahkan ianya telah dimainkan turun-temurun dari zaman datuk nenek kita. Maka kemajuan yang telah dibuat dalam permainan ini dengan menggunakan jaring dan kegemaran yang ditunjukkan oleh pemuda-pemuda kita kepada permainan ini sangatlah menggembirakan. Maka saya yakin sepakraga jaring ini akan bertambah maju dan akan menjadi satu daripada permainan kebangsaan yang utama di negara ini.Sebagaimana juga dengan pertandingan dalam permainan-permainan yang lain, maka pasukan yang lebih baik pasti akan berjaya menjadi johan. Tetapi kemenangan sahaja bukanlah menjadi tujuan utama dalam satu-satu pertandingan itu, kerana tujuan pertandingan diadakan ialah untuk membangkitkan kegemaran dan meninggikan mutu permainan.

4. PENUKARAN NAMA SEPAKRAGA JARING KEPADA SEPAK- TAKRAW DAN DIMAINKAN DALAM SUKAN ANTARABANGSA (SEAP GAMES)

Atas usaha yang gigih oleh Persekutuan di bawah pimpinan YB. Encik Mohd Khir Johari, maka permainan sepakraga jaring pada julung-julung kalinya dipertandingkan di peringkat antarabangsa iaitu SEAP Games yang mana Malaysia menjadi tuan rumah pada tahun 1965. Sebelum permainan diterima oleh Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP, satu perbincangan yang hangat telah berlaku di antara wakil-wakil Malaysia dan Singapura dengan wakil- wakil dari Thailand dan Burma mengenai dengan nama permainan ini. Jawatankuasa Sukan SEAP telah memutuskan pada akhirnya bahawa permainan ini hendaklah dinamakan permainan SEPAKTAKRAW.

5. PERMAINAN PERTUNJUKAN SEPAKTAKRAW DI SUKAN ASIA.

Pada tahun 1970 ketika Sukan Asia diadakan di Bangkok satu permainan pertunjukan Sepaktakraw telah diperkenalkan kepada negara-negara Asia. Permainan pertunjukan ini telah disertai oleh pasukan Malaysia dan Thailand.

Pada tahun 1975, pasukan Malaysia telah turut mengambil bahagian di Sukan SEA Bangkok. Pada tahun itu juga pasukan negeri Kedah telah melawat negara Jerman sempena dengan The Sports Press Feast 1975 di Wolfburg, Humberg untuk membuat pertunjukan permainan Sepaktakraw sebagai satu promosi.

Tahun 1976, pasukan Persatuan Sepakraga seluruh Indonesia telah melawat Malaysia dan beberapa pertandingan persahabatan telah dimainkan di Kuala Lumpur, Kedah dan Pulau Pinang. Pada 15 hingga 21 Mac, 1977 Pasukan Sepaktakraw Pulau Pinang tetah dibawa ke North Malaysian Week di Adelaide, Australia.

8. PERTUNJUKAN SEPAKTAKRAW DI NEGERI CHINA DAN KOREA SELATANDari 8 hingga 11 April, 1980 Pasukan Sepaktakraw Malaysia diketuai oleh YB Tan Sri Dato Samad Idris, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengadakan beberapa pertunjukan permainan Sepaktakraw di Republik Rakyat China, Korea Selatan dan Hong Kong yang disaksikan oleh ribuan penonton. Ini adalah satu kejayaan yang cemerlang dalam sejarah Sepaktakraw ke arah memperkenalkan permainan ini ke negara Asia Timur.9.SEMINARMENGKAJISEMULAUNDANG-UNDANG

PERMAINAN SEPAKTAKRAW

Dari 12 hingga 14 April, 1979 Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) telah menganjurkan satu Seminar Mengulangkaji Undang-undang Permainan dan Pertandingan Sepaktakraw di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Hasil dari seminar ini, undang-undang permainan yang baru dan telah dikemaskini (pindaan) dikeluarkan.

10. PERSIDANGAN ASEAN SEPAKTAKRAW FEDERATION (ASTAF) 25 SEPTEMBER, 1979ASTAF buat pertama kalinya telah mengadakan persidangan di Jakarta pada 25 September, 1979 sempena Sukan SEA dan telah mengkaji Undang-Undang Sepaktakraw yang dikemukakan oleh PSM. Jawatankuasa teknik ASTAF telah mengadakan mesyuarat keduanya di Singapura pada 27 hingga 30 Disember, 1979 bagi tujuan yang sama. 11. KEJAYAAN DAN PEMBAHARUAN DALAM ARENA SEPAKTAKRAW MALAYSIA PADA TAHUN 1980

PSM telah berjaya menganjurkan Kejohanan Antara Regu Terbuka dan Regu Bukan Melayu pertama kalinya di kejohanan Antara Regu Terbuka dan Regu-regu bukan Melayu di Kuala Lumpur dari 12 hingga 16 April, 1980 dengan jayanya.Bank Bumiputra Malaysia Berhad telah menaja kejohanan Sepaktakraw Asia Pertama yang berlangsung di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 25 hingga 28 Jun, 1980. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agung pada 25 Jun, 1980 telah mendapat sambutan yang hangat daripada segenap lapisan masyarakat. Pasukan-pasukan dari Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei dan Malaysia telah menyertai kejohanan tersebut. Pasukan Malaysia telah berjaya menjadi johan setelah mengalahkan pasukan Singapura di peringkat akhir pada 28 Jun, 1980. Manakala tempat ketiga disandang oleh negara Thailand.

12. PIALA THAI SPORT ASSOCIATION

Thailand telah menganjurkan Piala Thai Sport Association di Nakhon Sawan, Thailand dari 23 hingga 27 November, 1980. Pertandingan telah disertai oleh negara Thailand, Singapura, Malaysia dan Brunei. Pasukan Malaysia telah berjaya dalam kejohanan ini dengan mengalahkan pasukan Thailand.13. KURSUS KEJURULATIHAN BAGI NEGARA-NEGARA SUKAN SEA

1980

KKBS dan PSM buat pertama kalinya telah menganjurkan Kursus Kejurulatihan Lanjutan bagi 19 peserta dari negara-negara Sukan SEA mulai 11 hingga 25 November, 1980 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Seramai 14 peserta telah lulus dalam kursus jurulatih ini.

i. Malaysia- 9 peserta

ii.Thailand- I peserta

iii.Singapura- 2 peserta

iv.Indonesia-2 peserta14. KURSUS PENGADIL KEBANGSAAN 1981

PSM dengan kerjasama KKBS telah menganjurkan Kursus Pengadil Sepaktakraw Peringkat Kebangsaan dari 15 hingga 19 April, 1981 di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang yang dikelolakan oleh Jawatankuasa Pengadil PSM. Seramai 62 orang peserta yang mewakili 13 persatuan negeri telah mengambil bahagian termasuk PERSEWIP, ATM dan Singapura. Seramai 40 orang telah lulus dalam ujian teori dan praktikal serta telah diiktiraf sebagai Pengadil Kebangsaan Kelas 3.

15. PESTA SEPAKTAKRAW KEBANGSAAN 1981Persekutuan Sepak Raga Jaring Selangor (PSJS) telah diberi penghormatan untuk menganjurkan Pesta Sepaktakraw Kebangsaan bagi merebut Piala Emas Khir Johari, Piala Tunku Abd. Rahman dan Piala Tun Abdul Razak di Stadium Negara dari 8 hingga 13 April, 1981 yang telah dirasmikan pembukaannya oleh YAB Dato Hormat Rafie, Menteri Besar Selangor. PSJS telah mendapat tajaan sepenuhnya daripada TOSHIBA Malaysia sebanyak RM 40,000.16. KEJOHANAN BELIA KEBANGSAAN 1981

PSM telah menganjurkan kejohanan Belia Kebangsaan bagi merebut Piala Dato Ali Haji Ahmad dan Piala MILO (Regu Terbuka) dari 2Ohb hingga 25hb September, 1981 di Stadium Negara dengan tajaan sebanyak RM 1O,000. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh YB. Encik Mohd. Khir Johari selaku Presiden PSM.

UNIT 2

UNDANG-UNDANG PERMAINAN DAN PERATURAN PERTANDINGAN SEPAKTAKRAWRujuk kepada buku Undang-Undang Permainan Sepaktakraw yang berasingan Peraturan Pertandingan

Dalam satu-satu kejohanan atau pertandingan sepaktakraw, biasanya satu peraturan pertandingan ditentukan oleh pihak penganjur berdasarkan kepada aspek-aspek seperti berikut:

i. Tujuan dan matlamat pertandingan

ii. Peruntukan masa

iii. Bilangan penyertaan

iv. Kemudahan dan alatan

V. Jumlah peruntukan kewangan dan lain-lain.

Peraturan pertandingan biasanya menentukan sistem pertandingan seperti kalah mati, liga ataunpun separuh liga dan juga berlandaskan Undang-Undang sepaktakraw.

Peraturan pertandingan dapat membantu semua pihak yang terlibat dalam pengurusan dan penyertaan pertandingan memahami perjalanan kejohanan agar tidak timbul salah faham yang boleh mengganggu kelicinan pertandingan.UNIT 3 FALSAFAH KEJURULATIHANPeranan jurulatih

Instruktor

- Mengarah aktiviti

Guru

- Menyampai pengetahuan dan idea baru

Penggerak

- Menggerak perlakuan

Pendisiplin

- Mewujudkan ganjaran dan dendaan

Pengurus

- Mengetuai dan mengarah atlet

Agen publisiti

- Menghubungkan media dan orang awam

Pekerja sosial

- Membimbing, menasihat dan membantu atlet

Rakan

- Memberi ruang dan masa untuk eratkan

perhubungan

Saintis

- Menganalisis, menilai dan membuat

keputusan

Pelajar

- Mendengar, mempelajari dan berfikir

untuk kebaikan diriSelain itu, hubungan antara jurulatih dan atlet juga adalah penting untuk

mewujudkan suasana yang baik. Di antara perkara-perkara yang perlu dititik

beratkan adalah

Menjadi contoh yang baik

Jangan memalukan atlet

Persahabatan yang positif

Hormat-menghormati

Komunikasi dua hala

Bersikap objektif

Alasan bagi setiap arahan

Sama rata

Adil

Jurulatih yang baik juga harus menjalankan tugas yang tertentu dan

diantaranya adalah: Menyediakan program sebelum, semasa dan selepas pertandingan

Mengawal dan mengendalikan program latihan

Memberi nasihat mengenai latihan

Mengelola latihan seimbang

Menyimpan rekod atlet Mengendalikan kursus-kursus teknikal Mempengaruhi cara hidup pemain yang berkesanUntuk menjadikan seseorang jurulatih berjaya menyampaikan segala teknik & taktik permainan sesuatu sukan, jurulatih perlu:

i.Mengenali diri sendiri tentang

-Kekuatan dan kelemahan diri-Kejayaan yang diperolehi

-Kekecewaan yang dialami

-Ilmu pengetahuan dan pengalaman

ii.Mengenali atlet sendiri

-Perlu mengenali atlet dari segi pencapaian, komitmen, objektif,

kecerdasan dan emosi, pemikiran, rakan dan keluarga, pemakanan,

kesihatan dan masalah diri.

-Mengenal pasti bakat dan mengasah bakat

-Memahami batasan perhubungan di antara jurutatih dan atlet

iii.Pengetahuan tentang sukan yang diceburi

Meningkatkan pengetahuan tentang permainan, teknik dan strategi

sukan yang diceburi.iv. Sifat-sifat jurulatih yang baik

- Berpersonaliti- Keterampilan- Stabil emosi

- Tegas & berani

- Yakin diri- Berobjektif

- Demokratik

- Berfikiran terbuka dan jujur

- Fleksibel

- Futuristik

- Rasional

- Kreatif

- Boleh menyesuaikan diri- BerfalsafahJurulatih yang baik juga perlu berpengetahuan dan berkebolehan tentang

- teknik dan taktik permainan

- pembinaan program latihan

- kaedah pengajaran, menganalisis dan menilai

- struktur dan organ badan (anatomi)

- fungsi kesan tubuh manusia (fisiologi)

- kesan pemakanan terhadap atlet

- pencegahan dan rawatan kecederaan

- proses dan reaksi pembelajaran motor

- psikologi kemanusiaan dan sosialGaya-Gaya KejurulatihanSetiap jurulatih mempunyai daya kepimpinan tersendiri. Ia berbeza di antara seorang jurulatih dengan jurulatih yang lain. Terdapat beberapa jenis sifat kepiminpinan yang menonjolkan gaya seorang jurulatih. Gaya-gaya ini juga biasanya dipengaruhi oleh falsafah yang dipegang oleh jurulatih itu sendiri.

Di antara gaya-gaya yang biasa dikenal pasti ialah:-

i. Autokraktik kepimpinan yang berpusat kepada jurulatih

ii. Demokratik kepimpinan yang menekankan kepada proses dua

hala

iii. Laisse-faire kepimpinan yang banyak memberi kebebasan kepada pemain untuk membuat keputusan

UNIT 4.0

KEMAHIRAN ASAS4.1 SEPAKAN

4.1.1 SepakSila

Kegunaan

1.Mengawal dan menimang bola2.Membuat hantaran/ umpanan

3.Menyelamat serangan lawan.Teknik Lakuan

Sebelum

- Berdiri dalam keadaan selesa.

- Kaki utama di belakang dan kaki sokongan di hadapan.

- Tangan dalam keadaan bebas.

Semasa

- Lakukan lakuan bersila.

- Berat badan diimbang atas kaki sokongan.

- Mata memandang arah bola.

- Kontak bola pada bahagian dalam kaki.Selepas

- Selepas melakukan sepakan, ikut lajak pergerakan.

- Bersedia untuk lakuan seterusnya.Latih Tubi dan Ansur Maju

Statik

- Lambung bola dan lakukan sepak sila secara perseorangan.

- Gunakan kaki kiri / kanan.

- Mulakan sepak sila dengan bola rendah, sederhana dan tinggi.

Dinamik

- Menerima dan menghantar bola secara berpasangan.

- Lakukan dalam berbagai arah kiri/ kanan/ depan/ belakang.

- Gunakan kedua - dua kaki secara berselang-seli.

- Kawal bola dahulu kemudian buat hantaran tepat ke arah sasaran.

- Tingkatkan aras ketinggian bola dan kawal lakuan sepakan tersebut.

- Bergerak ke arah bola yang dilontar dan buat kawalan.

- Terima bola dari gelanggang lawan dan terus kawal.

- Gunakan kaki kiri kanan secara berselang-seli.

- Variasikan corak pergerakan melalul kreativiti jurulatih.

4.1.2

Sepak Kuda

Kegunaan

1. Untuk menyelamatkan bola yang jauh dan rendah. 2. Variasi melakukan servis.

Teknik Lakuan

Sebelum

- Berdiri dalam keadaan selesa.

- Kaki utama di belakang dan kaki sokongan di hadapan.

- Tangan dalam keadaan bebas.

Semasa

- Hayunkan kaki utama ke arah bola ke hadapan

- Lutut dibengkokkan sedikit.

- Berat badan dipindahkan kepada kaki sokongan.

- Kontak bola di atas kekura kaki.

Selepas

- Ikut lajak sepakan

- Bersedia untuk lakuan seterusnya

Latih Tubi dan Ansur Maju

Statik

- Lambung bola dan sepak dengan kekura kaki ke arah sasaran.

- Gunakan kaki kiri/ kanan secara berselang-seli.

Dinamik

- Sepak dengan menggunakan kekura kaki secara berpasangan.- Lakukan sepakan ke atas bola yang datang dari berbagai arah.

- Kelajuan bola dipelbagaikan.

4.1.3 Sepak Cungkil

1. Mengawal bola dalam keadaan laju dan rendahTeknik Lakuan

Sebelum

- Dirian dalam keadaan selesa.

- Buka kaki seluas bahu. Semasa

- Kaki utama digerakkan ke hadapan mengikut arah bola.

- Pergerakan menggunakan sendi pergelangan kaki.

- Flik bahagian hujung kaki semasa kontak.

- Pindahkan berat badan ke kaki utama.

Selepas

- Ikut lajak pergerakan/ sepakan

- Bersedia untuk lakuan seterusnya.Latih Tubi dan Ansur Maju

Statik

- Lambung bola dan cungkil gunakan hujung kekura kaki.

- Gunakan kaki kiri/kanan scara berselang-seli.- Lakukan berulang kali.

- Mulakan dengan bilangan sekali dan diteruskan dengan berkali- kali.

Dinamik

- Aktiviti mendapatkan bola yang jauh dari kaki

- Lakukan sepak cungkil dalam berbagai arah kiri/ kanan/ depan.

- Gunakan kaki kiri/ kanan secara berselang-seli.

- Tingkatkan kelajuan bola yang dilontar oleh rakan.

- Lakukan secara berterusan.

4.1.4 Sepak BadikKegunaan

1. Untuk menyelamatkan bola yang berada di sisi kanan/ kiri dan belakang.

2. Untuk menyelamatkan bola semasa mati Iangkah (off-position)Teknik Lakuan

Sebelum

- Dirian dalam keadaan selesa- Buka kaki seluas bahu.Semasa

- Hayun kaki utama keluar sambil lutut dibengkokkan.

- Kontak bola di bahagian luar kaki.

- Mata memandang ke arah bola.

- Berat badan di atas kaki sokongan.

- Rotasikan sedikit sendi pinggang.

- Gerakkan sedikit pinggang ke sisi.Selepas

- Selepas kontak balik kepada dirian asal.

- Bersedia untuk lakuan seterusnya.Latih Tubi dan Ansur Maju

Statik

- Lambung bola ke sisi kiri/ kanan dan lakukan badikan.

- Tingkatkan ketinggian bola yang dibadik.

- Lakukan badikan kiri dan kanan secara berselang-seli.

Dinamik

- Bergerak ke arah bola dari jarak yang berbeza-beza.

- Lakukan badikan kiri/ kanan.

- Tingkatkan kelajuan bola yang dihantar.

- Tingkatkan ketinggian bola yang dibadik - rendah/ sederhana/ tinggi

4.2 TANDUKAN

4.2.1 Tandukan DahiKegunaan

1. Mengawal mengumpan dan merejam.

Teknik Lakuan

Sebelum

- Dirian dalam keadaan selesa.

- Mata memandang ke arah bola.Semasa

- Lutut dibengkokkan sedikit.

- Tangan ikut keselesaan.

- Lembutkan sendi di bahagian leher. - Kepala didongakkan ke atas.

- Tumpuan mata sentiasa ke arah bola.

- Kontak bola di bahagian dahi.

- Tolakan bola daripada lakuan meluruskan lutut.

- Pergelangan leher dilembutkanSelepas

- Selepas kontak, balik kepada kedudukan asal.

- Bersedia untuk lakuan seterusnya.Latih Tubi dan Ansur Maju

Statik

- Lambung bola secara individu dan lakukan tandukan setempat.

- Lakukan secara berulang-kali.Dinamik

- Tanduk bola yang dilambung secara berpasangan tepat ke arah sasaran.

- Tingkatkan kelajuan bola yang dihantar untuk tandukan.

- Pastikan bola yang ditanduk berada pada ketinggian yang sesuai.

- Tanduk bola dari pelbagai arah dan kelajuan.

- Jarakkan bola secara beransur-ansur

4.2.2 Tandukan SisiKegunaan

1. Mengawal bola yang datang di sisi.

2. Merejam bola ke gelanggang pihak lawan.

Teknik Lakuan

Sebelum

- Dirian dalam keadaan selesa.

- Badan bongkok ke hadapan sedikit.

- Lutut dibengkokkan sedikit.Semasa

- Badan condong ke sisi mengikut arah bola kiri/kanan.

- Tampan bola di bahagian sisi kepala kiri/ kanan.Selepas

- Selepas kontak, balik kepada kedudukan asal.

- Bersedia untuk lakuan seterusnya.Latih Tubi dan Ansur Majui. Kawalan Statik- Lambung bola dan guna sisi kepala untuk kawalan kiri/kanan.

- Lakukan berulang-kaliDinamik (Kawalan)- Tanduk bola yang dilambung secara berpasangan

- Tingkatkan kelajuan bola dan pelbagaikan arah bolaii. Rejaman Statik

Melompat sambil melakukan rejaman tanpa bola

- Lambung dan rejam bola secara individu dengan lompatan.

- Lakukan berulang-kali.Dinamik- Lambung bola, lompat sambil merejam bola tersebut melintasi jaring- Rejam bola yang dihantar oleh rakan

- Tingkatkan daya rejaman.

4.2.3 Tandukan Belakang Kegunaan

1. Merejam

2. Mengelirukan pihak lawanTeknik Lakuan

Sebelum

- Dirian selesa di sisi jaring

- Mata memandang ke arah bolaSemasa

- Bergerak ke arah bola yang datang

- Melonjak sambil melenggokkan kepala

- Kontak bola di bahagian belakang kepalaSelepas

- Mendarat sambil menyerap daya untuk mendapatkan imbangan

- Bersedia untuk lakuan seterusnyaLatih Tubi dan Ansur Maju

Statik

- Lakuan tanpa bola ( menggayakan tandukan belakang)

- Lakuan tanpa bola (menggayakan tandukan belakang dengan lompatan)

-Bola digantung pada aras ketinggian mengikut kesesuaian, Iakukan tandukan

belakang seperti latih tubi tanpa bola

Dinamik

- Melakukan tandukan betakang kepada bola yang diumpan oleh rakan/jurulatih

-Jurulatih mempelbagaikan kedudukan bola umpanan untuk direjam secara

tandukan belakang.UNIT 5.0 KEMAHIRAN KHUSUS

5.1 SERVIS5.1.1 Hantaran/ Lambungan Bola ServisKegunaan

1. Memulakan permainan.

2. Memudahkan tekong membuat servis.

3. Mempastikan ketepatan tekong membuat servis. Teknik LakuanSebelum

- Kedudukan pemain di dalam suku bulatan

- Dirian ikut keselesaan

- Mata memandang ke arah tekong.

- Lambung/hantar bola ke arah sasaran yang dikehendaki.

Semasa

- Pegang bola dengan tapak tangan.

- Rendahkan badan sambil tangan dihayunkan ke belakang.- Hayunkan tangan ke hadapan untuk melambung bola.

- Gunakan pergelangan tangan semasa melepaskan bola untuk

mempastikan ketepatan.

Selepas

- Lakuan badan dan tangan mengikut lajakan.5.1.2 Servis Sepak Sila Kegunaan1. Mendapatkan ketepatan serta kelajuan ke arah sasaran.Teknik Lakuan

Sebelum

- Kaki sokongan di dalam bulatan. - Kaki utama di luar bulatan mengikut keselesaan.

- Tangan ikut keselesaan.

- Mata memandang ke arah bola yang datang.

- Imbangan badan di atas kaki sokongan.Semasa- Hayun kaki utama dan belakang ke sisi mengikut aras bola.

- Kontak bola di bahagian dalam kaki.

- Berat badan dipindahkan dari kaki sokongan ke kaki utama.

- Lakuan memerlukan kelembutan statik dan dinamik.Selepas

- Ikut lajak lakuan.

- Balik kepada kedudukan asal untuk lakuan seterusnya.Latih Tubi dan Ansur Maju

Statik

- Lakukan lakuan servis sepak sila tanpa bola (bayangan).

- Lakukan servis sepak sila kepada bola yang digantung pada satu aras.

Dinamik

- Lakukan servis kepada bola yang di lambung/ hantar melintasi jaring.

- Arahkan bola kepada sasaran yang berbeza.

- Tingkatkan kelajuan bola yang diservis.

- Lakukan berulang-kali.

- Lakuan variasi servis sepak sila bola dipelbagaikan dengan cara putaran (top-spin) atau dicantas (slice).5.1.3 Servis Sepak Kuda

Kegunaan

1. Mendapatkan ketajaman bola servis dan ketepatan menuju sasaran.Teknik Lakuan

Sebelum

- Kaki sokongan di dalam bulatan.

- Kaki utama di luar bulatan mengikut keselesaan.

- Tangan ikut keselesaan.

- Mata pandang arah bola yang datang.

- Imbangan badan di atas kaki sokongan.

Semasa

- Hayun kaki utama dan belakang ke sisi mengikut aras bola.

- Kontak bola di paras yang tertinggi

- Gunakan bahagian kekura kaki.

- Berat badan dipindahkan dan kaki sokongan ke kaki utamaSelepas

- Ikut lajak lakuan.

- Balik kepada kedudukan asal untuk lakuan seterusnya

Latih Tubi dan Ansur Maju

Statik

- Lakukan lakuan servis sepak kuda tanpa bola (bayangan).

- Lakukan servis sepak kuda kepada bola yang digantung pada satu aras.Dinamik

- Lakukan servis terhadap bola yang dilambung/hantar melintasi jaring.

- Arahkan bola kepada berbagai sasaran.

- Tingkatkan kelajuan bola yang diservis.

- Lakukan berulang-kali.

5.1.4 Servis Tapak Kaki

Kegunaan

1. Mengelirukan pihak lawan semasa servis

Teknik LakuanSebelum

- Kaki sokongan di dalam bulatan- Kaki utama di luar bulatan mengikut keselesaan.

- Tangan ikut keselesaan.

- Mata memandang ke arah bola yang datang.

- Imbangan badan di atas kaki sokongan.Semasa

- Hayun kaki utama dan belakang ke sisi mengikut aras bola.

- Kontak bola di paras yang tertinggi.

- Gunakan bahagian tapak kaki.

- Berat badan dipindahkan dan kaki sokongan ke kaki utama.Selepas

- Ikut lajak lakuan.

- Balik kepada kedudukan asal untuk lakuan seterusnyaLatih Tubi dan Ansur MajuStatik

- Lakukan lakuan servis tapak kaki tanpa bola (bayangan).

- Lakukan servis tapak kaki kepada bola yang digantung pada satu aras.Dinamik

- Lakukan servis terhadap bola yang dilambung/hantar melintasi jaring.

- Arahkan bola kepada berbagai sasaran di gelanggang pihak lawan.

- Lakukan berulang-kali

5.2 KAWALAN

5.2.1 Kawalan Kaki (Sepak Sila)Kegunaan

1. Untuk mengawal dan rnenyelamatkan serangan lawan.

Teknik Lakuan

Sebelum

- Berdiri dalam keadaan selesa.

- Kaki utama di belakang dan kaki sokongan di hadapan.

- Tangan dalam keadaan bebas.Semasa

- Lakukan lakuan bersila.

- Berat badan diimbang atas kaki sokongan.

- Mata memandang ke arah bola.

- Kontak bola pada bahagian dalam kaki.Selepas

- Selepas melakukan sepakan, ikut lajak pergerakan.

- Bersedia untuk lakuan seterusnya.Latih Tubi dan Ansur Maju

Statik

- Lakukan sepak sila tanpa bola.

- Lambung bola dan lakukan sepak sila secara perseorangan.

- Gunakan kaki kiri / kanan.

- Mulakan sepak sila dengan bola rendah, sederhana dan tinggi.Dinamik

- Menerima dan menghantar bola secara berpasangan.

- Lakukan dalam berbagai arah - kiri kanan/ depan/ belakang.

- Gunakan kedua - dua kaki secara berselang-seli.

- Kawal bola dahulu kemudian buat hantaran tepat ke arah sasaran.

- Tingkatkan aras ketinggian bola dan kawal lakuan sepakan tersebut.

- Terima bola dari gelanggang lawan dan terus kawal.

- Bergerak ke arah bola yang dilontar dan buat kawalan.- Lakukan umpanan ke arah perejam.

- Gunakan kaki kiri kanan secara berselang-seli.

- Tingkatkan kelajuan bola yang dilontar.5.2.2 Kawalan KepalaKegunaan

1. Untuk mengawal dan menyelamatkan bola daripada serangan lawan.Teknik Lakuan

Sebelum

- Dirian dalam keadaan selesa.

- Mata memandang ke arah bola.

Semasa

- Lutut dibengkokkan sedikit.

- Tangan ikut keselesaan.

- Lembutkan sendi di bahagian leher.

- Muka didongakkan sedikit.

- Mata sentiasa memandang ke arah bola.

- Kontak bola di bahagian dahi.- Tolakan bola daripada lakuan meluruskan lutut.Selepas

- Selepas kontak, balik kepada kedudukan asal- Bersedia untuk lakuan seterusnya.Latih Tubi dan Ansur MajuStatik

- Lakuan kawalan kepala tanpa bola.

- Lambung bola dan kawal secara perseorangan

dengan menggunakan kepala.

- Kawal bola yang sederhana tinggi di atas kepala.

- Lakukan berulang-kali

Dinamik

- Menerima dan mengawal bola secara berpasangan.

- Lakukan dalam berbagai arah kiri, kanan, depan dan belakang.

- Tingkatkan aras ketinggian bola dan buat kawalan kepala.

- Terima bola dari gelanggang lawan dan terus kawal dengan kepala.

- Bergerak ke arah bola yang dilontar dan buat kawalan dengan kepala.

- Tingkatkan kelajuan bola yang dilontar5.2.3 Kawalan PehaKegunaan

1. Mengawal bola dalam keadaan terdesak bola yang datang tepat ke paras di antara lutut dan pinggangTeknik Lakuan

Sebelum

- Kedudukan badan dalam keadaan selesa.

- Mata sentiasa pandang bola.Semasa

- Tampan bola di atas peha mengikut arah bola yang datang.

- Peha dinaikkan selari dengan permukaan lantai.

- Lutut utama dibengkokkan.

- Badan ditegakkan sedikit.Selepas

- Selepas kontak, balik kepada kedudukan asal.

- Bersedia untuk lakuan seterusnya.Latih Tubi dan Ansur MajuStatik

- Lambung bola dan memeha bola.

- Gunakan peha kiri dan kanan secara berselang-seli.

Dinamik

- Memeha bola yang dihantar oleh rakan.

- Tingkatkan kelajuan bola yang dihantar dari berbagai arah.

- Pelbagaikan ketinggian bola yang ditampan.

- Guna peha kiri dan kanan secara berselang-seli.5.3 HANTARAN ATAU UMPANAN5.3.1 Kaki (Sepak Sila)Kegunaan

1. Menghantar bola tepat ke arah sasaran mengikut keperluan perejam. Teknik Lakuan

Sebelum

- Berdiri dalam keadaan selesa.

- Kaki utama di belakang dan kaki sokongan di hadapan.

- Tangan dalam keadaan bebas.

- Mata memandang arah bolaSemasa

- Lakukan lakuan seperti bersila dengan kelembutan.

- Berat badan diimbang atas kaki sokongan.

- Kontak bola pada bahagian dalam kaki.

- Mata memandang arah sasaran- Kenakan daya pada bola mengikut kesesuaian umpanan.Selepas

-Selepas melakukan sepakan, ikut lajak pergerakan.

- Bersedia untuk lakuan seterusnyaLatih Tubi dan Ansur MajuStatik

- Lepaskan bola dari pegangan pada paras pinggang dan lakukan sepak sila serta sambut semula bola itu.

- Tingkatkan ketinggian bola yang disepak.

- Kawal bola sepakan pertama dan tinggikan sepakan kedua.

- Ulang aktiviti kawalan dan umpananDinamik

- Kawal bola yang dihantar oleh pengumpan dan tinggikan bola pada

sepakan kedua.

Pelbagaikan arah dan ketinggian bola.

5.3.2 KepalaKegunaan

1. Menghantar, mengawal dan mengumpan apabila bola berada di atas kepala.

Teknik Lakuan

Sebelum

- Dirian dalam keadaan se!esa.

- Mata memandang ke arah bola.Semasa

- Lutut dibengkokkan sedikit.

- Tangan ikut keselesaan.

- Semasa kontak, lonjakkan badan

- Tumpuan mata sentiasa ke arah bola.- Tolakan bola daripada lakuan meluruskan lutut.

- Berat badan berada di atas hujung kaki.

- Daya yang dikenakan ke atas bola mengikut kesesuaian umpanan.Selepas

- Ikut lajak perlakuan

- Selepas kontak, balik kepada kedudukan asal.

- Bersedia untuk lakuan seterusnya.Latih Tubi dan Ansur MajuStatik

- Lakuan menanduk tanpa bola ( Iembutkan pergerakan badan)

- Lambung dan tanduk bola tinggi.

- Kawal bola pertama dan umpan ke sasaran bola kedua.

- Ulang aktiviti mengawal dan mengumpan dengan kepala.Dinamik

- Kawal bola yang dihantar oleh pengumpan dan tanduk tinggi boIa yang diterima

ke arah sasaran.

Pelbagaikan arah dan ketinggian ke arah sasaran.5.4 REJAMAN

5.4.1 Rejaman Kaki KEGUNAAN

1. Mematikan bola ke gelanggang pihak IawanTeknik Lakuan

Sebelum

- Berdiri selesa bersedia untuk bertindak.

- Mata memandang ke arah bola. Semasa

- Bergerak sambil melonjak mengikut teknik rejaman.

- Kaki utama dihayun ke tahap ketinggian bola.

- Melibas kaki untuk kontak bola seterusnya.

Selepas

- Mendarat dengan menyerap daya sambil membengkokkan lutut.

- Bersedia untuk lakuan seterusnya.

Latih Tubi dan Ansur MajuStatik

- Lompat dan buat rejaman tanpa bola (bayangan) mengikut teknik rejaman.- Bola digantung mengikut paras ketinggian yang sesuai. Lompat dan lakukan

rejaman kaki mengikut teknik rejaman yang dipilih.Dinamik

- Lambung bola dengan tangan dan buat rejaman mengikut gaya rejaman- Variasikan kedudukan rejaman.

- Pelbagaikan arah rejaman.

5.4.2 Rejaman Kepala

KEGUNAAN

1. Mematikan bola yang berhampiran dengan jaring ke gelanggang pihak lawan.Teknik Lakuan

Sebelum

- Berdiri selesa di sisi jaring.

- Mata memandang ke arah bola.Semasa

- Bergerak ke arah bola.

- Lonjak sambil menghayun badan ke belakang.

- Dongakkan kepala.- Kontak bola menggunakan bahagian kepala mengikut gaya pilihan dengan

daya yang kuat.Selepas

- Mendarat sambil menyerap daya untuk mendapatkan imbangan.

- Bersedia untuk lakuan seterusnya.

Latih Tubi dan Ansur Maju

Statik

- Rejam dengan menggunakan kepala tanpa bola (bayangan) gaya mengikut

pilihan.

- BoIa digantung mengikut ketinggian yang sesuai. Lakukan rejaman kepala

berulang-ulang kali.Dinamik

- Rejam bola yang diumpan oleh rakan.

- Variasikan kedudukan semasa merejam.

- Pelbagaikan cara rejaman menggunakan sisi kiri ke hadapan dan belakang kepala.

5.5 HADANGAN5.5.1 Hadangan Kaki KEGUNAAN

1. Menghalang dan mematahkan rejaman pihak lawan daripada masuk ke gelanggang sendiri.Teknik LakuanSebelum

- Berdiri selesa di sisi jaring.

- Mata memandang ke arah bola. Semasa- Melangkah untuk mendapatkan daya lonjakan.

- Angkat kaki utama di atas paras jaring/selari dengan jaring.

- Tangan utama melindungi bahagian muka untuk mengelakkan kecederaan.

Selepas

- Mendarat dengan kaki sokongan untuk menyerap daya bagi mendapatkan

imbangan.

Bersedia untuk lakuan seterusnya.Latih Tubi dan Ansur Maju

Statik

- Lompat dan buat hadangan setempat.

- Lakukan berulang-kali.Dinamik

- Bergerak dari sisi untuk melakukan hadangan tanpa bola- Bergerak dari sisi melakukan hadangan kaki berkali-kali menyusur jaring.

- Bergerak dari sisi untuk menghadang bola yang dibaling dari arah bertentangan.

- Menghadang bola yang direjam oleh pihak lawan dari berbagai arah (kiri dan kanan).

- Lakukan berulang-kali.

5.5.2 Hadangan BadanKEGUNAAN

1. Menghalang dan mematahkan rejaman pihak lawan daripada masuk ke gelanggang sendiri apabila keadaan memaksa.Teknik Lakuan

Sebelum

- Berdiri selesa di sisi jaring.

- Mata memandang ke arah bola dan perejam.Semasa

- Melonjak sambil membelakangkan jaring.

- Sesuaikan lonjakan dengan arah bola.

Selepas

- Mendarat dengan kedua-dua kaki.

- Serap daya dan imbang badan.

Latih Tubi dan Ansur Maju Statik

- Lompat dan buat hadangan dengan menggunakan belakang badan

berhampiran dengan jaring .(tanpa bola atau lawan)

- Ulang lakuanDinamik- Menghalang bola yang dilontar oleh rakan- Variasikan arah balingan dan kedudukan.

- Menghadang bola yang direjam oleh pihak lawan.5.5.3 Hadangan KepalaKEGUNAAN

1. Menghadang bagi mematahkan rejaman pihak lawan daripada masuk ke

gelanggang sendiri secara terdesak.Teknik Lakuan

Sebelum- Mata memandang ke arah bola dan perejam.

- Berdiri menghadap jaring dengan selesaSemasa- Lompat sambil tundukkan kepala di atas aras jaring.

- Permukaan dahi menghadap arah lantai.

- Sesuaikan lonjakan mengikut pergerakan bola.Selepas

- Mendarat dengan kedua-dua belah kaki.

- Serap daya untuk imbangan.

Latih Tubi dan Ansur MajuStatik

- Menghadang dengan menggunakan bahagian atas kepala di hadapan jaring

sambil melompat.

- Lakukan berulang-kaIi.

- Kepala ditundukkan sepenuhnya.Dinamik

- Menghadang dengan kepala bola yang dibaling oleh rakan dari arah

bertentangan.

- Variasikan arah balingan dan kedudukan.

- Lakukan berulang-kali.UNIT 6.0 PENGURUSAN6.1 Pengurusan Teknikal

Pengurusan teknikal yang dimaksudkan adalah tugasan yang harus dilaksanakan oleh jurulatih dari awal perancangan sesuatu sesi latihan sehinggalah selesai mengenai hal-hal yang berkaitan dengan kemudahan dan peralatan latihan itu. Jurulatih hendaklah mempastikan persiapan dari segi teknikal ini telah dirancang lebih awal dan dilaksanakan.

Sebagai contoh, jurulatih perlu mempastikan segala kemudahan dan peralatan yang akan digunakan dalam sesi latihannya bertepatan dan mencukupi jumlahnya dengan keperluan latihan yang akan dijalankan. Pengurusan teknikal ini penting kerana jika ia tidak dirancang dengan cekap, jurulatih akan menghadapi masalah teknikal seperti kekurangan kemudahan atau peralatan yang boleh membazirkan masa dan mengganggu sesi latihan.

Dalam hal ini, jurulatih perlu memikirkan beberapa perkara misalnya tempat latihan, gelanggang, bola takraw, jaring, skitel, jam randik, pilihan peralatan yang bersesuaian dengan jenis latihan dan lain-lain aspek yang berkaitan dengannya.6.2 Pengurusan LatihanPengurusan latihan bermaksud persiapan dan perlaksanaan jurulatih mengendalikan sesi latihannya selain daripada persediaan teknikal. Pengurusan sesuatu sesi latihan memerlukan perancangan dan persiapan yang kemas. Jurulatih perlu mempunyai wawasan dalam mengendalikan sesi latihannya agar latihan mencapal objektifnya. Dalam konteks ini persediaan jurulatih hendaklah merangkumi aspek pengurusan gelanggang untuk mempastikan sesi latihan berjalan lancar dan menepati objektifnya. Sebagai contoh jika jurulatih hendak menjalankan sesi latihan kemahiran, dia mestilah merancang corak latihannya. Sekiranya Iatih tubi sesuatu kemahiran hendak dilaksanakan di manakah dia akan menempatkan pemain yang dilatih itu dan di mana pula pemain yang melambung bola akan berada atau berapa orangkah yang akan memungut dan mengumpul bola.Pengurusan masa dalam sesuatu sesi latihan amatlah penting supaya tidak berlaku pembaziran masa latihan. Adalah baik jika jurulatih mengetahui pelbagai corak menyusun pemain semasa sesi latih tubi misalnya corak sebaris, bintang, barisan selari, bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain. Pengurusan masa dikatakan kurang berkualiti apabila pada satu-satu masa latihan hanya seorang sahaja pemain dilatih manakala sebelas pemain yang lain hanya menonton tidak berbuat apa apa. Rancanglah bagaimana dapat dilaksanakan latihan agar masa tidak terbuang dengan cara menonton sahaja.Mengurus satu-satu sesi latihan memerlukan perancangan dan persiapan yang kemas. Jurulatih perlu mempunyai wawasan dalam mengendalikan sesi latihan agar latihan mencapai objektifnya.Persediaan jurulatih hendaklah merangkumi aspek Pengurusan Gelangganguntuk memastikan sesi latihan berjalan lancar dan menepati objektifnya. Contoh jika Jurulatih hendak menjalankan sesi latihan kemahiran beliau mestilah merancang corak latihannya. Sebagai contoh sekiranya latih tubi sesuatu kemhiran hendak dilaksanakan dimanakah dia akan meletakkan pemain yang dilatih itu dan dimana pula pembantu yang akan melambung bola. Pengurusan masa dalam sesuatu sesi latihan amatlah penting supaya tidak terdapat pembaziran masa latihanUNIT 7ANATOMI DAN FISIOLOGI ASAS

7.1 SistemTulang

Definisi:

Sistem tulang terdiri daripada 206 jenis tulang. Terdapat 2 bahagian

sistem tulang laitu axial dan appendicular.

7.1.1Fungsi.

i. Menyokong badan.

ii. Menghasilkan sel darah merah.

iii. Memberi perlindungan kepada organ dalaman.

iv. Menyimpan mineral (kalsium).

v. Menyambung otot kepada tulang untuk pergerakan.7.1.2

Jenis Tulang.

i. Tulang panjang, contohnya seperti Humerus, Radius, Ulna.

ii. Tulang pendek, contohnya seperti Carpals, Tarsal.

iii.Tulang leper, contohnya seperti Cranial, Sternum, Scapula.

iv. Tulang tidak sama bentuk, contohnya seperti Vertebra,

Sphenoid, Mandible.

7.1.3

SendiTulang-tulang bertemu di sendi. Segala pergerakan sendi ditentukan oleh struktur sendi.7.1.4 Bahagian dan Struktur Sendi.

i. Sendi Lesung (Bola dan Soket) contohnya, sendi bahu.

ii. Sendi Engsel contohnya, sendi siku.

iii. Sendi Paksi contohnya, sendi antara tulang atlas dan aksis.

iv. Sendi Pelana contohnya, sendi antara tulang tapak tangan dan ibu jari.

v. Sendi telangsar contohnya sendi di antara dua tulang pergelangan

tangan atau kaki.7.2 Sistem OtotKira-kira 40% dari berat badan adalah terdiri daripada otot. Terdapat kira-kira 600 otot rangka di dalam badan manusia.7.2.1 Fungsi Otot Rangkai. Otot rangka merupakan satu bahagian penting dalam mekanisma pergerakan.

ii. Tempat menyimpan tenaga (ATP)iii. Menyokong dan melindungi tulang.7.2.2 Jenis Ototi. Otot licin, contohnya seperti otot-otot di arteri dan Sistem Penghadaman.

ii. Otot rangka, contohnya seperti otot-otot di kaki seperti kuadriceps dan

tangan seperti biceps.

iii. Otot jantung.

7.3 Sistem Kardiovaskular

Tubuh badan memerlukan bahan nutrien untuk melakukan aktiviti atau senaman. Bahan-bahan ini perlu dibekalkan bagi membolehkan ia terus berfungsi.Di samping itu, bahan-bahan buangan perlu dikeluarkan dari sel untuk dibawa keluar dari badan73.1 Fungsi-fungsi Sistem Kardiovaskular

i. Mengepam darah ke seluruh badan yang bekerja.

ii. Mengangkut nutrien dan sistem penghadaman ke seluruh set

badan.

iii. Mengangkut oksigen melalui darah ke seluruh sel badan.

iv. Melindungi badan dari penyakit.

v. Menolong dalam pengimbangan tahap suhu badan.

vi. Menolong dalam pengimbangan cecair dan garam badan.

7.3.2 Organ-organ sistem Kardiovaskular

i. Jantung a adalah satu organ yang berfungsi untuk mengepam

darah ke seluruh badan.

ii. Arteri Saluran darah yang mana

digunakan untuk mengangkut darah keluar dari jantung.

iii. Vein Saluran darah yang mana digunakan

untuk mengangkut darah ke jantung.

iv. Kapilari Saluran halus yang terdapat dalam saluran darah. 7.4 Sistem RespiratoriSistem ini melibatkan organ peparu di dalam tubuh badan yang berfungsi untuk pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida di udara dan di sel badan semasa proses pernafasan berlaku.7.4.1 Fungsi Sistem Respiratorii. Membekalkan oksigen kepada semua sel di dalam badan.

ii.Membawa keluar karbon dioksida dari badan dan sel untuk

mengelakkan asidosis.7.4.2 Organ-organ Respiratorii. Hidung

ii. Pharynx

iii. Trakea

iv. Bronchus

v. Bronchiol

vi. Alveolar

UNIT 8.0 LATIHAN DAN SUAIAN FIZIKAL8.1 Komponen Kecergasan Fizikal

8.1.1 Kekuatan Otot

Kekuatan otot ialah keupayaan satu atau sekumpulan otot mengaplikasi daya. Daya yang diaplikasikan seterusnya akan menghasilkan kerja yang menyebabkan pergerakan pada sendi. Contohnya, penguncupan otot quadriceps akan meluruskan sendi lutut seterusnya memberi kekuatan untuk membuat servis.

8.1.2 Daya Tahan OtotDaya tahan otot ialah keupayaan otot atau sekumpul otot untuk melakukan sesuatu kerja atau aktiviti secara berulang-ulang tanpa merasa letih. Contohnya, daya tahan otot quadriceps membolehkan pemain membuat pukulan atau servis secara berterusan.

8. 1.3 Daya Tahan KardiovaskularDaya tahan kardiovaskular ialah keupayaan melakukan sesuatu aktiviti atau tugas secara berterusan untuk suatu jangka masa yang lama. Contohnya, pemain Sepaktakraw yang mempunyai daya tahan kardiovaskular yang tinggi mampu melakukan servis yang Iebih tajam dan konsisten serta mampu memulihkan tenaganya dengan cepat.8.1.4 Tahap Kandungan LemakTahap kandungan lemak merujuk kepada berat lemak yang terdapat kepada pemain Sepaktakraw. Formula yang digunakan adalah seperti berikut:

Jumlah Berat badan = Berat Badan Tanpa Lemak

+ Berat Lemak

Male

8-12 %

Female10-15 %

Junior

8-12 %

Kandungan lemak yang berlebihan akan menyebabkan atlet menanggung berat yang Iebih tinggi seterusnya menyebabkan cepat penat. Ia juga akan menyebabkan fleksibiliti pada sendi berkurangan.8.1.5 Fleksibiliti Kemampuan menggerakkan sendi badan melalui julat pergerakan yang maksimum tanpa merasa sebarang tekanan atau sakit. Ia bergantung kepada saiz badan, jantina, umur dan aktiviti fizikal. Contohnya, fleksibiliti yang tinggi akan memberikan kelebihan kepada altet untuk bergerak dengan efisien serta mengelakkan kecederaan.8.1.6 KepantasanKeupayaan individu untuk menggerakkan seluruh tubuh badan atau bahagian anggota badan dengan cepat. Contohnya, otot quadriceps yang dibantu oleh otot-otot fleksor pinggang yang pantas juga akan membantu pemain Sepaktakraw melakukan servis dengan Iebih baik.8.1.7 Ketangkasan

Keupayaan badan menukar arah dengan cepat dan berkesan sewaktu pergerakan pantas. Ia boleh diperbaiki dengan Iatih tubi yang mempraktikkan ketangkasan. Contohnya, atlet perlu mempunyai ketangkasan yang baik untuk menukar arah.

8.1.8 Koordinasi

Keupayaan menyelaras anggota badan semasa membuat sesuatu pergerakan dengan sempurna dan selamat. Biasanya koordinasi melibatkan deria seperti mata dan anggota badan yang terlibat. Contohnya, tekong melakukan servis dari bola yang dilambuang dengan tepat ke arah sasaran. 8.1.9 KuasaKeupayaan untuk menghasilkan daya yang maksimum dalam tempoh masa yang sengkat. Ia juga boleh diringkaskan kepada formula di bawah:

Kuasa = Daya (kekuatan otot) x Laju (kepantasan)Contohnya, otot quadriceps yang kuat akan mempunyai kuasa tinggi melalui pengucupan yang pantas.8.1.10 ImbanganKeupayaan atlet untuk mengekalkan kestabilan kedudukan badan. Sebagai contoh komponen ini adalah penting semasa mendarat selepas melakukan rejaman.

8.1.11 Masa TindakbalasKeupayaan untuk bertindak secara spontan dalam jangka masa yang singkat. Ia juga bermaksud keupayaan individu untuk menghasilkan reaksi daripada rangsngan. Contohnya, pemain Sepaktakraw yang mempunyai reaksi yang Iebih baik boleh menyelamatkan bola rejaman dari pihak lawan.

8.2 Jenis-jenis Latihan

8.2.1 Latihan JedaDefinasi:

Latihan jeda merupakan latihan yang melibatkan beberapa aktiviti tertentu yang dilakukan serta diselang selikan dengan waktu pulih dan waktu rehat.

Tujuan:

Memberi peluang kepada pemain melakukan latihan pada intensiti yang Iebih tinggi dan berulang-ulang kali dengan mempunyai masa rehat di antaranya.

8.2.2 Latihan Bebanan.Definasi:

Latihan yang dilakukan dengan menggunakan bebanan sebagai rintangan. Latihan ini juga boleh menggunakan berat badan sebagai beban.

Tujuan:

Latihan ini untuk menguat dan meningkatkan kekuatan, daya tahan dan kuasa otot. Contoh, latihan yang menggunakan bebanan ialah Chest Press. Push-up ialah latihan menggunakan berat badan sebagai beban.8.2.3 Latihan LitarDefinasi:

Latihan yang melibatkan lakuan aktiviti di beberapa stesyen dan setiap stesyen mempunyai aktiviti-aktiviti yang ditetapkan. Setiap aktiviti memerlukan atlet melakukan kerja pada intensiti atau ulangan yang telah ditetapkan.

Tujuan:

Latihan litar sesuai bagi meningkatkan kecergasan fizikal keseluruhan pemain. Contoh, biasanya susunan latihan litar adalah seperti berikut:Stesyen 1 - Burpee

Stesyen 2 - Lari uIang-alik

Stesyen 3 - Bangkit tubiStesyen 4 - Lompat Skip

Stesyen 5 - Lari zig-zag

UNIT 9

KONSEP LATIHAN 9.1 Prinsip-prinsip Latihan

9.1.1 Initensiti

Intensiti merujuk kepada sesuatu latihan itu perlu ditambah bebanannya dari semasa ke semasa. Contohnya, bagi menambah daya tahan kardiovaskular, kadar denyutan nadi semasa latihan perlu mencapai 70%-85% daripada kadar maksimum dalam seminit.

9.1.2 Kekerapan

Kekerapan merujuk kepada bilangan ulangan atau bilangan hari yang diperlukan bagi sesuatu program latihan. Contohnya, pemain sepaktakraw perlu melakukan latihan sebanyak 3 kali seminggu bagi meningkatkan kekuatan otot.

9.1.3 Tambah Beban

Tambah beban ialah tambahan beban yang dilakukan ke atas sesuatu aktiviti latihan dengan meningkatkan ulangan, rintangan atau bebanan. Contohnya, mengangkat rintangan atau bebanan yang lebih berat dari semasa ke semasa. Ia boleh dipecahkan kepada dua iaitu berdasarkan beban atau masa. Contohnya, seseorang atlet boleh meningkatkan bilangan ulangan tekan tubi minggu pertama sebanyak 50 kali dan meningkat pada minggu ketiga sebanyak 60 kali.9.1.4 Ansur Maju

Ansur maju ialah penambahan kesukaran atau beban latihan dari satu peringkat ke satu peringkat lain secara beransur-ansur. Prinsip ini juga melibatkan pengajaran teknik dan kemahiran yang ingin dikuasai. Contohnya, pengajaran kemahiran perlu dilakukan dan kemahiran mudah kepada kemahiran yang !ebih kompleks.

9.1.5 Pengkhususan

Pengkhususan ialah latihan ke atas sistem otot, sistem tenaga dan kemahiran bagi mendapatkan kesan yang terbaik. Contohnya, trisep, atlet harus menumpukan kepada meningkatkan kerja-kerja ulangan bagi otot tersebut.

9.2 Perancangan Program Latihan

Dalam pembelajaran kemahiran terdapat 3 peringkat:

i. Peringkat Pemikiran (Kognitif)

ii. Peringkat Pembelajaran (Penyatuan)

III. Peringkat Kemahiran (Autonomous)9.2.1 Peringkat Permikiran

Mendapatkan gambaran perlakuan sebelum mempelajari sesuatu, kanak-kanak perlu mendapatkan gambaran yang jelas terhadap perlakuan yang perlu dicapai. Kesilapan yang sering dilakukan oleh seseorang jurulatih yang kurang berpengalaman adalah memulakan latihan dengan memberitahu atau menujukkan sesuatu perlakuan tanpa menjelaskan terlebih dahulu apa yang cuba dicapai. Mereka mengandaikan bahawa kanak-kanak sedia maklum, andaian ini kurang tepat. Semasa peringkat ini, proses kemajuan mungkin agak perlahan bergantung kepada kemampuan kanak-kanak dan bentuk kemahiran itu sendiri.

9.2.2 Peringkat Pembelajaran

Peringkat ini memberi peluang kepada kanak-kanak mencuba perlakuan yang diarahkan. Kemahiran terbentuk daripada kemahiran asas yang sedia ada. Ia akan mengambil masa yang Iebih kompleks kerana kesulitan dalam mengkoordinasikan rangkaian pergerakan. Dalam fasa ini jurulatih perlu memberi tunjuk ajar untuk melakukan kemahiran yang berkaitan dengan pengalaman lepas kanak-kanak.9.2.3 Peringkat Kemahiran Peringkat ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyempurnakan perlakuan kemahiran. Pergerakan bukan sahaja Iebih terkawal serta automatik, bahkan kanak-kanak mampu menunjukkan keupayaan untuk melaksanakannya dengan baik pada masa yang diperlukan. Pada peringkat ini atlet akan mampu mempelajari teknik dan strategi yang boleh dikembangkan dan kemahiran yang dipelajari tadi.9.3 Langkah-Langkah Pengajarani. Mencatat mengapa kemahiran (tertutup) atau kemahiran (terbuka) itu penting.

ii. Pilih 2-5 bahan mengajar.

iii. Tentukan sama ada alat bantu mengajar diperlukan.

iv. PiIih formasi yang sesuai dan berkesan.

v. Tentukan pandangan dan sudut manakah peserta harus memerhati.

vi. Tentukan siapa yang membuat demonstrasi.9.3.1 Latihan Berkesan

Terdapat 7 prinsip yang membolehkan sesuatu latihan itu dapat dijalankan dengan berkesan iaitu:

i. Berlatih kemahiran yang betul.

ii. Berlatih kemahiran yang seakan-akan sama dengan keadaan

semasa hendak bertanding.

iii. Latihan hendaklah singkat dan kerap apabila mengajar

kemahiran baru.

iv. Gunakan peralatan dan kemudahan dengan maksimum.

v. Tentukan pemain mencapai kejayaan pada setiap latihan.

vi. Jadikan latihan itu menyeronokkan.9.3.2 Latihan Berkumpulan

Proses pengajaran sewajarnya mempertimbangkan pembentukan atau susunan yang sesuai bagi atlet supaya ia menjadi satu panduan yang balk terhadap pembelajaran dan pergerakan yang telah ditentukan. ini adalah penting kerana pembentukan yang berbeza adalah diperlukan dalam setiap sesi latihan.

9.3.3 ContohContoh Pembelajaran dan Susunan Latihan Berkumpulan

i. Pembentukan rapat atau bersepah

Dijalankan secara bebas supaya atlet mempunyai ruang untuk

bergerak ke semua arah dengan licin dan selamat.ii. Pasukan berjarak

Struktur pembentukan yang sesuai untuk latihan kemahiran asas. Ketua pasukan berdiri di hadapan seperti dalam gambarajah.

Biasa K PPPPPP

Berjarak K P P P P

iii. Berganti-ganti pusing balik9.4 Komponen Sesi Latihan

i.Perbincangan Pra-Latihan

ii. Memanaskan Badan

iii. Arahan Kemahiran

iv. Latihan Kemahiran

v. Suaian Fizikal

vi. Menyejukkan Badan

vii. Penilaian9.4.1 Perbincangan Pra-Latihan

Jurulatih memberikan suatu gambarajah yang menyeluruh terhadap sesi latihan yang akan dijalankan9.4.2 Memanaskan Badan (warming-up)

Aktiviti memanaskan badan mengambil masa kira-kira 15-20 mirtit. Jangkamasa dan struktur memanaskan badan mengikut peringkat umur atlet dan jenis sukan. Bagaimanapun, tujuan bagi semua jenis sukan adalah sama, ia diolah untuk menyediakan otot, meransang penghasilan asid lermak bebas, meningkatkan pengaliran darah ke seluruh badan, menyediakan minda untuk bertindak, mengelakkan kecederaan dan meningkatkan keupayaan otot untuk bekerja dengan Iebih licin. Aktiviti memanaskan badan merangkumi komponen aerobik, latihan kelembutan dan beberapa latihan spesifik yang mudah.9.4.3 Arahan Kemahiran

Selepas memanaskan badan, jurulatih Iazimnya memberi arahan yang berkaitan dengan kemahiran atau strategi yang akan dipelajari dan sesi tersebut. Arahan hendaklah pendek dan ringkas. Sekiranya arahan mengambil masa yang panjang, Ia akan menghilangkan kesan memanaskan badan tadi. Jika demikian, lebih elok sebahagian daripada arahan tersebut dibuat sebelum aktiviti memanaskan badan.9.4.4 Latihan Kemahiran

Latihan kemahiran mengambil masa kira-kira 45-60 minit daripada sesi latihan. Ia mempunyal 2 komponen. Komponen pertama melibatkan ulangkaji dan mengekalkan kemahiran atau strategi yang dipelajari di dalam sesi-sesi yang lepas. Komponen kedua ialah pengenalan kepada kemahiran atau strategi baru. Tidak semua sesi mempunyai kedua-dua komponen tersebut. Masa yang diperuntukkan bagi setiap komponen berbeza mengikut keupayaan atlet dan keperluan jurulatih.9.4.5 Suaian Fizikal

Setiap sesi perlu menumpukan 15-20 minit bagi suaian fizikal. Dengan memperuntukkan masa yang khas bagi suaian fizikal, atlet boleh memberi penumpuan kepada perkembangan keupayaan fizikal tanpa perlu melakukan kemahiran. Langkah ini bagi menge!akkan latihan kemahiran dan terjejas.9.4.6 Menyejukkan Badan

Aktiviti menyejukkan badan perlu selepas setiap latihan. Ia boleh dilakukan dengan mengerakkan badan secara beransur-ansur seperti berjoging, berjalan dan latihan regangan. Ia dilakukan selama 5-10 minit bagi membantu mengalirkan bahan buangan metabolik ke seluruh badan, seterusnya mengembalikan keadaan fisiologikal badan pada tahap rehat.9.4.7 PenilaianPenilaian sesuatu sesi perlu dijalankan sama ada sebelum atau selepas menyejukkan badan. Ia mengambil selama kira-kira 5 minit. Ia melibatkan perbincangan di antara jurulatih dengan atlet terhadap elemen-elemen yang penting serta objektif sesi latihan. Maklumat-maklumat yang diperolehi semasa sesi penilaian memberikan sumbangan yang bermakna kepada perancangan bagi sesi latihan berikutnya. Bagaimanapun, bahagian latihan yang paling penting ini sering diabaikan oleh jurulatih yang kurang berpengalaman.KESIMPULANBagi merancang sesi latihan, seseorang jurulatih perlu menilai keadaan semasa

atlet, sumber dan matlamat yang perlu dicapai. Adalah amat penting bagi

jurulatih merancang ke arah:1. aktiviti Optima2. demontrasi dan arahan yang tepat dan jelas3. ansur maju yang betul4. variasi/kepelbagaian5. latih mirip pertandingan6. perbezaan individu

7. fleksibiliti

Setiap sesi latihan perlu mengandungi sesi memanaskan badan, arahan kemahiran, suaian fizikal, menyejukkan badan dan penilaian.UNIT 1O

KESELAMATAN DAN PENGURUSAN KECEDERAAN SUKAN10.1 Jenis- jenis Kecederaan

10.1.1 Intrinsik (Kecederaan Tak Langsung)

Kecederan yang disebabkan oleh atlet sendiri. Kecederaan seperti overstretching dan muscle pull. Kecederaan yang melibatkan otot, tendon dan ligamen. Biasanya kecederaan ini tidak seteruk kecederaan ekstrinsik atau kecederaan langsung. Contoh sukan adalah seperti olahraga dan acara pecut, lompat tinggi, tarian aerobik, gimnastik,. badminton dan lain-lain.10.1.2 Ekstrinsik (Kecederaan Langsung)

Kecederaan yang disebabkan oleh pukulan atau hentakan ke badan, contohnya seperti pelanggaran dengan lawan, dipukul lawan dan terkena objek seperti bola , reket atau kayu pemukul. Contoh sukan seperti hoki, bolasepak, ragbi dan lain-lain.10.1.3 Kecederaan Lebih Guna (Overuse Injury)

Kecederaan yang disebabkan oleh tekanan yang kuat ke atas sesuatu tisu umpamanya tulang, ligamen dan tendon yang berpanjangan. Sekiranya tekanan yang dikenakan itu terlalu kerap dan banyak maka kerosakan yang berlaku dan melampaui tahap keupayaan biasanya perkara berikut mungkin berlaku; patah, terseliuh, kecederaan teruk pada ligamen mungkin tendon dan otot. Dalam keadaan ini mungkin menyebabkan kesakitan dan bengkak.10.1.4 Heat Injuries (Kecederaan Kepanasan)

Kepanasan boleh mengakibatkan pelbagai kecederaan atau membawa maut. Peningkatan tahap kepanasan akan berlaku berpunca dan radiasi matahari dan persekitaran. Badan akan kehilangan banyak air ini mungkin akan mengakibatkan heat exhaustion, heat cramp dan heatstroke.

i. Heat Cramp

Kekejangan otot disebabkan oleh kekurangan garam dan elektrolit dalam badan. Untuk menegakan kekejangan dengan meregangan, aplikasi rawatan ais dan urutan.

ii. Heat Exhaustion

Kepanasan yang melampau yang berlaku hasil daripada peripheral vasodilation, hilang kawalan sistem saraf dan berlaku tekanan dalam pembuluh darah. Disebabkan pembuluh darah tersumbat peredaran darah dalam badan menjadi perlahan.

Rawatan:Rehatkan mangsa, baringkan dan tinggikan kaki. Bukakan peralatan dan pakaian. Bagi proses cooling down boleh dilakukan dengan membasahkan badan mangsa dengan air sejuk. Jika mangsa dalam keadaan sedarkan diri beri mangsa minum air sejuk.

IiiHeatstroke

Sistem penyejukan badan terlebih guna atau tahap peredaran darah menjadi sangat perlahan. Oleh itu mekanisma perpeluhan terhad untuk mengatasi paras cecair. Rawatan:Basahkan badan dengan air sejuk ataupun rendam atlet ke dalam air sejuk. Sponging badan dengan air sejuk atau alkohol. Tanggal pakaian dan peralatan bagi mencegah penahan panas badan. Bagi atlet yang dalam keadaan sedarkan diri dibenarkan minum air.10.2 Pengurusan Kecederaan

10.2.1 Primary Survey (Permerhatian A wal)

Ia merupakan Iangkah mengesan berlakunya sebarang pendarahan atau pemerhatian ringkas bagi mengenal pasti sama ada atlet itu sedar atau tidak sedarkan diri.

10.2.2 Secondary Survey (Permerhatian Pertengahan)

Ia adalah Iangkah tanda-tanda kecederaan dan pemeriksaan penting tentang fizikal atlet. Terdapat skop utama bagi mengumpul maklumat iaitu:i. SimptomTermasuk sakit, pening, kesejukan, rasa mual, tekanan, keresahan, anggota badan Iemah dan tindakbalas pada bahagian tertentu.

ii. Tanda

Bukti-bukti fizikal yang dikumpul semasa memeriksa atlet. Contohnya, apa yang dilihat, rasa dengar, lebam dan bau.

iii. Tanda-tanda penting

Termasuk tahap kesedaran, denyutan nadi, pernafasan, suhu badan dan warna.10.2.3 Prinsip RICEdan NO HARMLangkah serta merta kecederaan sukan (RICE)Rest

Merehatkan atlet yang cedera.

Ice Letakkan ais selama kira-kira 20 minit. Ulangi setiap 2 jam sepanjang 48 jam. Jangan meletakkan ais terus ke atas kulit kerana akan mengakibatkan kulit terbakar, masukkan ais ke dalam beg plastik atau tuala. Ais boleh menyebabkan kapilasi darah mengecut dan akan mengurangkan pendarahan. Jangan mandi air panas atau sauna dalam masa dua hari selepas cedera.Compression Anggota yang cedera dibalut untuk mengawal bengkak dan bertambah besar. Balutan harus ketat tetapi jangan sehingga menggangu peredaran darah.Elevation Angkat bahagian yang cedera ini untuk membantu darah kembali ke jantung supaya mengurangkan tekanan cecair ke tisu di bahagian yang cedera.

NO HARMdalam masa 48- 72 jamHeat

Sebarang bahan kimia sama ada krim

atau minyak yang panas tidak boleh

digunakan untuk disapu ke bahagian

yang cedera.

Alkohol

Jangan minum alkohol atau diletak di

bahagian yang cedera.

Run & Exercise

Jangan melakukan apa-apa aktiviti ke

atas bahagian yang cedera.

Massage

Jangan diurut bahagian yang cedera

kerana akan menyebabkan semakin

bengkak.

10.2.4 Warm-up dan Cooling Down

Warm-up (memanaskan badan) adalah kumpulan senaman yang dilakukan sebelum aktiviti yang mana menyediakan badan untuk adaptasi daripada keadaan rehat kepada aktiviti. Ia dibentuk untuk meningkatkan prestasi dan mengurangkan peluang untuk mendapat kecederaan dengan menggerakkan fizikal dan mental. Cooling down (menyejukkan badan) merupakan kumpulan senaman yang dilakukan serta merta selepas menjalankan aktiviti bagi memberi ruang kepada badan untuk membuat penyesuaian daripada mengalami kesakitan dan melonggarkan anggota badan selepas melakukan aktiviti sukan.10.3 Mencegah kecederaan10.3.1

Memanaskan badan dan menyejukkan badanMemanaskan badan dan menyejukkan badan dengan sempurna akan mengurangkan peluang untuk mendapat kecederaan. Peruntukan 15 minit untuk senaman regangan dan 10 minit menyejukkan badan. Apabila dilakukan dengan sempurna akan dapat mengurangkan kesakitan otot dan melonggarkan sendi. Tahap kecergasan yang balk juga penting bagi mengelakkan berlakunya sebarang kecederaan.

i. Stamina Tingkatkan daya tahan anda

ii. Kepantasan Pastikan anda cukup pantas

iii. Kekuatan Anda perlu kuat

iv. Kuasa Kuat dan pantas

v. Kesesuaian Bertanding dengan lawan dalam kategori

dan jantina yang sama

vi. Kelenturan Kelembutan Julat pergerakkan sendi

vii. Kemahiran Perlu mempunyai kemahiran bagi

mengelakkan/mengurangkan kecederaan10.3.2 Berlatih tetapi jangan keterlaluan

Setiap program hendaklah sesuai, selamat dan memberi kesan yang baik untuk anda. Apa yang baik untuk orang lain tidak semestinya baik untuk anda.10.3.3 Dapatkan rehat yang cukup

Pemulihan otot selepas latihan yang berat mengambil masa Iebih kurang 24 jam. Latihan berselang hari adalah mencukupi dan Iebih efektif.10.3.4 Latihan pelaziman beransur dari aktiviti senang Contohnya berjalan, jogging dan regangan, kepada aktiviti yang Iebih berat dan cergas.10.3.5

Jangan bersenam jika anda kurang sihat atau demam10.3.6 Tempat latihan dan kemudahan hendaklah selamat dan sesuai termasuklah gelanggang, permukaan lantai, lampu dan sebagainya.10.3.7 Gunakan alatan perlindungan yang sempurna, contohnya pelindung alat sulit, gusi, bandage, pelindung kepala dan sebagainya apabila diperlukan10.3.8 Pemakaian pakaian sukan yang sesuai10.3.9 Mengetahui kaedah dan peraturan pemakanan dan perlu peka tentang persekitaran. Hindarkan kecederaan yang disebakan oleh terlalu panas (heat injuries) dengan selalu minum air mengantikan cecair yang hilang daripada badan.10.3.10 Panduan pengambilan air

i. Minum 100-200ml setiap 10-20 minit semasa

aktiviti atau kira-kira 500-1000 mI/jam.

Pengambilan maksima semasa aktiviti adalah

kira-kira 1000 mI/jam.

ii. Minum hendaklah

Mengandungi kurang dan 1 sudu teh gula

bagi setiap gelas.

Minum dalam kuantiti yang kecil setiap kali

Sejuk kira-kira 6-10 darjah celcius

Digemari oleh atlet

iii. Contoh komposisi minuman

20- 25 gm glukos/1 liter glukos

23 mg natrium/1 liter air

195 mg kalium/1liter air

50 1500 mg choloride/ 1 liter air

Komposisi minuman di atas dapat menggantikan

kehilangan elektrolit natrium dan kalium dalam 1

liter peluh. 1 liter peluh bersamaan kira-kira 1 kg

air/berat badan.iv.Bagi mengantikkan simpanan tenaga (glikogen) selepas pertandingan yang panjang, atlet dicadangkan mengambil karbohidrat walaupun dalam bentuk manisan seperti kueh, coklat dan sebagainya serta merta selepas bertanding/berlatih.Teruskan setiap 2 jam sehingga 6 jam. Ini akan membantu atlet untuk bersedia bagi latihan/pertandingan seterusnya.UNIT 11

MELATIH ATLET MUDA

11.1 Kanak-kanak dan LatihanSebagai seorang jurulatih, kita harus memahami bahawa kanak-kanak tidak boleh menerima latihan yang sama dengan orang dewasa. Mereka juga tidak mempunyai kemampuan untuk mengenalpasti limitasi dalam latihan. Contohnya kanak-kanak mungkin mengalami dehidrasi tetapi tidak mampu mengenalpasti simptomnya (rasa haus merupakan simptom yang kurang tepat). Kanak-kanak juga perlu berlatih dengan lebih keras berbanding dengan orang dewasa bagi menyediakan oksigen kepada tubuh badan bagi melakukan aktiviti. Contohnya kanak-kanak yang berumur 6 tahun, secara purata perlu mengambil 38 liter udara untuk rnendapatkan 1 liter oksigen. Manakala remaja yang berumur 18 tahun memerlukan 28 liter udara bagi mendapat jumlah oksigen yang sama. Sebelum akil baligh, kanak-kanak lazimnya memperolehi tenaga dan sistem aerobik berbanding dengan orang dewasa yang memperolehi tenaga dan kedua-dua sistem aerobik dan anaerobik. Secara amnya, kanak-kanak lebih selesa dengan latihan yang panjang, perlahan serta stabil

11.2 Panduan latihan bagi kanak-kanak

Bagi melahirkan bakal juara yang mantap pada masa akan datang, jurulatih perlu merancang dan menyediakan proses latihan jangka panjang. Melalui latihan yang memakan masa bertahun-tahun dan program yang terancang akan menyediakan persekitaran yang sesuai bagi membentuk kemahiran dan sahsiah atlet. Adalah menjadi satu kesilapan sekiranya jurulatih mengabaikan maklumat dan latarbelakang atlet seprti umur dan perkembangan biologikal. Makiumat ini penting bagi melaksanakan prinsip-prinsip latihan yang betul.11.3 Prinsip -prinsip latihan jangka panjang11.3.1 Perkembangan Holistik

Jurutatih perlu membantu membina kemahiran atlet supaya melalui kemahiran tersebut ia akan dapat membantu atlet selepas menamatkan kerjaya sukannya. Aspek-aspek seperti pengurusan kesihatan, komunikasi, kaedah membuat keputusan, pengurusan masa, organisasi, pengurusan kewangan, perancangan kerjaya serta amalan agama tidak diabaikan. Selain daripada pembangunan kemahiran hidup, atlet-atlet muda perlu digalakkan dan didedahkan dengan aspek-aspek teori latihan. Atlet perlu membina kefahaman asas dalam perkara-perkara seperti anatomi, perkembangan dan pertumbuhan, pemakanan, pembelajaran kemahiran, kaedah latihan, perubatan sukan, keselamatan dan pengurusan tekanan.Usaha mereka membentuk suatu program latihan holistik bukanlah mudah. Bagairnanapun kita perlu mengasaskan suatu sukan yang memenuhi keperluan holistik atlet.

11.3.2 Pelbagaian latihan

Kanak-kanak dan remaja perlu melalui ribuan jam untuk bertatih. Sesetengah senaman dan Iatih tubi kadang kala perlu dilakukan beribu kali, dengan itu program latihan perlu dipantau dan dipelbagaikan bagi mengurangkan tekanan fizikal dan psikologikal. Dalam sukan-sukan berpasukan, atlet lazimnya boleh didedahkan dengan kaedah latihan dan latih tubi yang pelbagai. Bagaimanapun dalam sukan-sukan individu seperti renang, tinju dan lumba basikal, ianya agak terhad. Contohnya seorang perenang sering didedahkan dengan jenis senaman, senaman teknikal dan latih tubi selama 2 hingga 3 jam sehari, 4 hingga 7 hari seminggu, 45 hingga 50 minggu setahun dalam jangka masa selama 20 tahun. Jenis latihan yang berulang-ulang boleh menyebabkan kecederaan Iebih guna dan masalah psikologikal. Kesannya sering berlaku burnout atau keciciran semasa muda.Contoh pelbagaian latihan sebagal persediaan jangka panjang dalam sukan olahragaSeseorang jurulatih perlu kreatif berpengetahuan dan imiginatif dalam mereka bentuk aktiviti dan senaman yang pelbagai. Setiap sesi latihan perlu direka bentuk dengan memperkenalkan peIbaga senaman dan Iatih tubi. Contohnya bagi membina daya tahan dan kecergasan, jurulatih boleh mengunakan kombinasi sukan-sukan lain seperti merentas desa, renang dan berbasikal.11.3.2 Ciri-ciri individu

Setiap individu mempunyai keunikan personaliti, ciri-ciri fizikal, tingkah sosial dan keupayaan intelek. Bagi mereka bentuk program latihan yang berkesan, jurulatih perlu memahami kekuatan dan limitasi setiap individu. Jurulatih pertu mengambil kira perbezaan setiap individu. Contohnya pada peringkat perkembangan dan pertumbuhan atlet, latarbelakang dan pengalaman latihan, status kesihatan dan kadar pemullhan di antara sesi latihan.a. Umur Morphologikal

Umur morphologikal merujuk kepada beberapa peringkat pertumbuhan anatomi. Ia dapat dikenalpasti melalui perkembangan bahagian tertentu. Perkembangan atlet pada peringkat 6 hingga 18 tahun merupakan peringkat yang paling penting. Pada peringkat ini atlet-atlet bagi kebanyakan sukan akan membentuk kemahiran dan keupayaan motor yang berbagai serta mengasaskan tapak yang kukuh bagi perkembangan seterusnya dalam sukan yang dipilih.b. Umur BiologikalUmur biologikal merujuk kepada perkembangan fisiologikal organ- organ dan sistem dalaman badan atlet. Perkembangan akan menentukan potensi fisiologikal atlet. Potensi ini akan menentukan keupayaan atlet untuk menjalani latihan dan pertandingan ke arah tahap prestasi yang tinggi.C.Umur Latihan

Umur latihan merujuk kepada bilangan tahun latihan yang dilalui oleh seseorang atlet. Jangkamasa ini akan mempengaruhi perbezaan tahap kecergasan dan pengalaman individu. Jadual berikut dapat menjelaskan pentingnya pertimbangan umur biologikal dan umur latihan disamping umur kronologikal.11.4 Perkembangan menyeluruh

Perkembangan menyeluruh merupakan prinsip yang paling penting dalam latihan kanak-kanak dan remaja. Ianya penting untuk membina asas yang kukuh bagi atlet muda sebelum mereka memilih dan mengkhususkan diri dalam suatu sukan. Asas multilateral bagi perkembangan fizikal yang kukuh adalah perlu bagi meningkatkan tahap pengkhususan dan pembentukan kemahiran teknikal.

Kesimpulannya tujuan pembangunan multilateral adalah bagi membolehkan atlet membina adaptasi menyeluruh. Kariak-kanak dan remaja yang mempunyal keupayaan, kemahiran dan kebolehan motor lebih mampu untuk menghadapi beban latihan yang lebih mencabar tanpa menghadapi risiko tekanan yang berkaitan dengan pengkhususan awal.UNIT 12

KOMUNIKASI DAN INTERAKSI

Pengenalan

Komunikasi yang berkesan merupakan faktor penting dalam kerjaya kejurulatihan. Jurulatih dituntut untuk berkomunikasi dalam pelbagai situasi. Tahap kemahiran komunikasi yang tinggi ini bo!eh mempengaruhi dan merangsang potensi atlet.

12.1 Motivasi dan Keperluan Atlet

Motivasi amat penting dalam mempengaruhi penglibatan atlet dalam sukan. Memahami keperluan seseorang atlet itu merupakan salah satu aspek penting dalam motivasi. Ia memberi ransangan kepada atlet untuk bertindak. Ransangan dan dorongan ini akan wujud dan motivasi intrinsic (dalaman) dan motivasi ekstrinsik (luaran). Walau bagaimanapun kehendak atlet berbeza mengikut matlamatnya. Di dapati 4 faktor utama yang menggerakkan penglibatan atlet dalam sukan:i. Untuk keseronokan.

ii. Untuk keperluan sosial dan berinteraksiiii. Untuk menunjukkan kebolehan dan kecekapan diri supaya mempunyai

harga diri.iv. Untuk mendapatkan ganjaran.12.2 Kaedah Meningkatkan Imej Kendiri Pemain Sepaktakraw12.2.1 Tunjukkan Penerimaan

Jurulatih perlu me!ayani atlet-atlet sebagai insan. Mereka perlu sedar untuk menghargai sumbangan atlet. Jurulatih juga perlu menunjukkan yang mereka sentiasa mengambil berat keadaan atlet walaupun di luar gelanggang sukan.

12.2.2 Beri Puji-Pujian IkhlasPujian diberikan kepada atlet yang menunjukkan usaha yang bersungguh-sungguh.

12.2.3 Beri Tumpuan Peribadi

Jurulatih perlu meluangkan lebih masa untuk berkomunikasi dengan atlet. Langkah ini merangkumi mengajar, membantu, memerhati, bercakap, memberi galakan dan memberi maklumbalas terhadap lakuan atlet.

12.2.4 Membina Rasa Tanggungjawab Kendiri

Jurulatih perlu membantu atlet membina rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri. Di antara amalan yang boleh dilakukan adalah memberi peluang kepada atlet untuk berfikir dan memberi pendapat terhadap latihan yang perlu dilakukan. Amalan-amalan ini juga boleh dikembangkan kepada aspek-aspek lain di luar dari bidang sukan. Contohnya dalam akademik dan sosial atlet.12.3 Langkah Berkomunikasi

Berkomunikasi dengan atlet anda mengandungi 6 Iangkah:

i. Kenalpasti apakah pemikiran(pengetahuan/maklumat) yang ingin

disampaikan. ii. Memikirkan kaedah bagi menyampaikan mesej-mesej tersebut.

iii. Apakah bentuk penyampaian dan alat bantuan yang perlu digunakan. Contohnya mikrofon, bola, flipchart, flashcard dan sebagainya.

iv. Atlet menerima mesej anda. Contohnya, daripada suara dan alat bantuan mengajar yang ditunjukkan seperti gambar atau cerita.

v. Altet menterjemahkan makna mesej. Terjemahan bergantung kepada pengetahuan dan pemahaman asas yang ada pada atlet. Ia juga bergantung kepada penyampaian kandungan dan objektif yang jelas dan tepat.

vi. Atlet akan mempelajari apa yang telah disampaikan. Kesan pembelajaran ini boleh berlaku secara dalaman atau ditunjukkan melalui perbuatan. Contohnya, apabila atlet faham makluman tersebut ia akan disimpan dalam fikiran mereka. Umpamanya sampah itu kotor atlet akan menunjukkan bentuk tingkah laku dengan membuang sampah ke dalam tong sampah.PAGE 64