48
TERHAD TERHAD PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei Ilmiah) Penggal 3 PERINGATAN: Manual ini khusus untuk panduan sahaja. Calon tidak dibenarkan sama sekali menyalin atau meniru contoh esei yang terdapat dalam manual ini. Semua maklumat dalam manual ini tidak boleh diterbitkan semula tanpa kebenaran Majlis Peperiksaan Malaysia. Manual ini terdiri daripada 48 halaman bercetak. © Majlis Peperiksaan Malaysia 2013 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

Manual Panduan Penulisan Esei Ilmiah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh untuk menulis PBS/kerja Kursus Bahasa Melayu STPM penggal 3

Citation preview

  • TERHAD

    TERHAD

    PEPERIKSAAN

    SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)

    Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu

    (Penulisan Esei Ilmiah)

    Penggal 3

    PERINGATAN:

    Manual ini khusus untuk panduan sahaja. Calon tidak dibenarkan sama sekali

    menyalin atau meniru contoh esei yang terdapat dalam manual ini. Semua maklumat

    dalam manual ini tidak boleh diterbitkan semula tanpa kebenaran Majlis Peperiksaan

    Malaysia.

    Manual ini terdiri daripada 48 halaman bercetak.

    Majlis Peperiksaan Malaysia 2013

    MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

  • TERHAD

    2 TERHAD

    Panduan Penulisan Esei Ilmiah Bahasa Melayu

    Senarai kandungan

    Senarai kandungan mestilah lengkap, disusun mengikut turutan, dan menepati halaman.

    Penghargaan

    (a) Penghargaan mestilah mengandungi maklumat lengkap mengenai nama individu, badan-badan tertentu, atau pihak yang terlibat dalam proses penulisan esei ilmiah.

    (b) Maklumat berkenaan mestilah tersusun kemas mengikut turutan daripada yang paling penting kepada yang kurang penting.

    1.0 PENGENALAN

    Bahagian yang berikut menghuraikan aspek latar belakang kajian dan definisi konsep.

    1.1 Latar Belakang (a) Latar belakang kajian hendaklah berkaitan dengan tajuk. (b) Latar belakang kajian hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya satu pernyataan

    masalah atau isu kajian.

    (c) Panjang latar belakang kajian antara 1-1 halaman.

    1.2 Definisi Konsep Definisi konsep hendaklah diambil daripada rujukan yang berwibawa (termasuk pendapat

    tokoh). Definisi daripada kamus tidak diterima.

    2.0 OBJEKTIF KAJIAN (Setiap esei ilmiah mesti mengandungi objektif kajian)

    Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:

    (a) Pelajar mestilah menyatakan objektif kajian, bukan objektif penulisan. (b) Objektif mestilah khusus, boleh diukur, dan boleh dicapai. (c) Pelajar mestilah memberikan dua atau tiga objektif kajian sahaja. (d) Objektif yang ditulis mestilah menggunakan kata kerja berdasarkan

    Taksonomi Bloom, contohnya mengenal pasti, mengumpul dan mengelaskan, menjelaskan, menghuraikan, membincangkan,

    membandingkan, membezakan, menilai, memberi pandangan, mengkritik,

    mencipta/menghasilkan, merumus, dan sebagainya. (e) Penulisan objektif kajian mestilah menggunakan sistem abjad, iaitu (a), (b), (c) dan

    seterusnya.

    3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

    Hasil kajian ini adalah untuk...

    (a) Pelajar mesti mengemukakan dua atau tiga kepentingan kajian (bergantung kepada tajuk

    kajian)

    (b) Pelajar perlu menyatakan kegunaan hasil kajian, contohnya: (i) Untuk menambah dokumentasi (ii) Untuk menambah bahan kajian (iii) Untuk melihat masalah pelajar dalam mengkaji bahasa (iv) Untuk dijadikan panduan dalam pengajaran

    Apa kegunaan hasil kajian?

    Pernyataan objektif mesti mengandungi

    ayat pendahuluan

    Pernyataan kepentingan mesti mengandungi ayat pendahuluan

    Apa yang hendak dikaji?

  • TERHAD

    3 TERHAD

    4.0 SKOP KAJIAN

    Pernyataan tentang perkara yang difokuskan dalam kajian.

    Contohnya: Fokus kajian adalah pada aspek vokal.

    5.0 BATASAN KAJIAN

    (a) Pernyataan tentang had data (b) Batasan dari segi lokasi kajian (c) Batasan dari segi tempoh/masa (d) Batasan dari segi informan/responden/subjek:

    dari segi asal/jantina/tempat tinggal/pendidikan

    6.0 KAEDAH KAJIAN (bergantung kepada tajuk dan kesediaan pelajar)

    Bahagian ini akan menghuraikan kaedah kajian.

    6.1 Mendapatkan Bahan/Data

    (a) Kajian Kepustakaan

    Kaedah ini digunakan dengan cara merujuk buku teks dan buku rujukan di

    perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Di samping itu, calon juga boleh membuat rujukan Internet. Kaedah ini kebiasaannya menjadi kaedah tambahan

    kepada kajian. Hal ini berdasarkan kepada skop kajian.

    (b) Kajian Lapangan (i) Pemerhatian Kaedah ini boleh digunakan semasa lawatan ke kawasan kajian. Kaedah ini

    digunakan untuk memerhatikan perlakuan individu atau kumpulan orang atau kawasan yang dikaji.

    (ii) Temu Bual Kaedah ini melibatkan dua peringkat, iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah secara formal melibatkan individu yang mempunyai jawatan atau

    pangkat dalam sesebuah organisasi atau kelompok masyarakat. Temu bual ini

    menyentuh maklumat yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus. Temu bual secara tidak formal ialah temu bual yang diadakan dengan orang persendirian.

    Kaedah ini kebiasaannya menggunakan alat perakam suara untuk merakam

    perbualan dan kemudiannya hasil rakaman itu digunakan untuk menganalisis temu bual tersebut.

    (iii) Soal Selidik Kaedah soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk

    memudahkan calon menjalankan kajian mereka. Calon boleh mereka bentuk

    borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk kajian dan memenuhi objektif kajian. Borang itu boleh diedarkan secara rawak kepada responden di kawasan

    kajian.

    (c) Kajian Teks

    (i) Teks lama (klasik) (ii) Teks moden

    Apa yang ingin dibuat dalam kajian?

    Apa yang tidak ingin dibuat dalam kajian?

    Huraian kaedah kajian mesti mengandungi ayat pendahuluan.

  • TERHAD

    4 TERHAD

    (d) Rakaman Pelajar boleh mendapatkan data dengan cara merakam perbualan dengan responden/subjek.

    (e) Kajian Korpus

    6.2 Mengumpulkan Data

    Pelajar mestilah menjelaskan cara data dikumpulkan, contohnya: Merakamkan perbualan

    orang Negeri Sembilan

    6.3 Menganalisis Data

    Pelajar mestilah menjelaskan cara data dianalisis, contohnya: Data akan dianalisis dengan mempersembahkan perkataan-perkataan dalam jadual. Kekerapan dan min digunakan

    untuk menganalisis data.

    7.0 DAPATAN KAJIAN

    Bahagian ini akan menghuraikan dapatan kajian.

    (a) Persembahan dapatan kajian mestilah berdasarkan susunan objektif kajian (b) Pernyataan tentang dapatan yang di luar objektif kajian yang ditetapkan (c) Menyatakan sama ada objektif kajian itu dicapai atau tidak

    8.0 RUMUSAN KAJIAN

    Pelajar dikehendaki membuat kesimpulan tentang fakta daripada dapatan kajian. Pelajar

    seharusnya merumuskan fakta daripada dapatan kajian, bukannya menyenaraikan fakta itu semula.

    9.0 PENUTUP

    (a) Menyimpulkan kajian secara keseluruhannya (b) Menyatakan saranan untuk kajian selanjutnya/seterusnya

    BIBLIOGRAFI (tajuk ini tidak perlu diberikan nombor)

    (a) Penulisan bibliografi mestilah mengikut Gaya Dewan (rujuk Lampiran 1). (b) Pelajar hendaklah menyatakan tiga hingga lima rujukan sahaja. (c) Bibliografi boleh terdiri daripada

    (i) buku (ii) artikel

    (iii) sumber Internet

    (d) Pelajar boleh menggunakan sumber Internet yang berwibawa, iaitu mengandungi (i) nama penulis/pengarang (ii) tahun/tarikh

    *Contoh sumber Internet yang tidak berwibawa: Wikipedia

    (e) Penggunaan Internet terhad kepada dua sumber sahaja

    NOTA AKHIR (tajuk ini tidak perlu diberikan nombor) LAMPIRAN (tajuk ini tidak perlu diberikan nombor)

    Peringatan:

    Jika esei ilmiah calon tidak mengandungi komponen OBJEKTIF KAJIAN, METODOLOGI KAJIAN, dan DAPATAN KAJIAN, calon akan GAGAL.

    Catatan: Untuk contoh penulisan esei ilmiah, rujuk Lampiran 2 dan Lampiran 3.

    Huraian dapatan kajian mesti mengandungi ayat pendahuluan.

  • TERHAD

    5 TERHAD

    PANDUAN PENULISAN BIBLIOGRAFI

    1. Karya Penulis

    Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

    (a) Nama penulis, editor, atau penyusun (b) Tahun terbit

    (c) Judul

    (d) Bilangan jilid (e) Edisi dan terbitan

    (f) Tempat terbit

    (g) Nama penerbit

    Contoh: Oleh seorang penulis

    A. Samad Said, 1979. Dari Salina ke Langit Petang: Proses Mencipta Novel.

    Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Contoh: Oleh dua orang penulis

    Mohd Baidi Bahari dan Rahmat Awang, 1989. Panduan Mengguna Ubat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Contoh: Oleh tiga orang penulis

    Anderson, J., Durston, Berry H. dan Poole, Millicent, 1971. Thesis and

    Assigment. Edisi Kedua. New Delhi: Wiley Eastern Private Limited.

    Contoh: Oleh lebih daripada tiga orang penulis

    Nik Safiah Karim et al., 1985. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Cetakan

    Pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    2. Karya Terjemahan

    Maklumat dan susunan adalah seperti untuk karya asli dengan tambahan.

    (a) Nama penterjemah (b) Keterangan bahasa teks asal dalam tanda kurung

    Contoh:

    Arena Wati, 1992. Wheels Within Wheels. Diterjemah oleh Hawa Abdullah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Melayu)

    Morgan, Sally, 1992. Merunut Akar. Diterjemah oleh Ajikik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Inggeris)

    Lampiran 1

  • TERHAD

    6 TERHAD

    3. Kamus dan Ensiklopedia

    Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

    (a) Judul

    (b) Jilid

    (c) Tahun

    (d) Edisi dan cetakan (e) Tempat terbit

    Contoh: Kamus Dwibahasa, 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu Jilid 1, 1995. Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa dan Pustaka.

    4. Karya yang diusahakan oleh Badan, Institusi, atau Jawatankuasa

    Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

    (a) Nama negeri

    (b) Nama Badan atau Institusi atau Jawatankuasa

    (c) Tahun terbit (d) Judul

    (e) Tempat terbit

    (f) Nama penerbit

    Contoh:

    Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia, 1994. Laporan Ekonomi 1994/1995. Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan Malaysia.

    Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993. Laporan Tahunan 1993. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    5. Majalah

    Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

    (a) Nama penulis

    (b) Tajuk rencana (c) Kata singkatan dlm. (d) Judul majalah

    (e) Bilangan keluaran (f) Jilid

    (g) Halaman

    (h) Tarikh terbit

    Contoh:

    Kemala. Gagasan Hadiah Sastera ASEAN dlm. Dewan Sastera 21:3, hlm. 142-143, Mac 1977.

  • TERHAD

    7 TERHAD

    6. Jurnal

    Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

    (a) Nama penulis

    (b) Tajuk rencana

    (c) Kata singkatan dlm. (d) Judul jurnal atau kependekannya yang popular penggunaannya

    (e) Jilid

    (f) Bilangan keluaran (g) Halaman

    (h) Tarikh terbit

    Contoh:

    Abdullah Yusoff. Fikiran, Persekitaran, dan Pembentukan Isyarat Orang Pekak. Dlm. Jurnal Dewan Bahasa 39:7, hlm. 587-596, Julai 1995.

    Zaba, Modern Development dlm. JMBRAS 12:3, hlm. 142-162, 1940.

    7. Surat khabar atau Buletin

    Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

    (a) Nama penulis

    (b) Tajuk rencana

    (c) Kata singkatan dlm. (d) Nama surat khabar atau buletin (e) Tarikh terbit

    Contoh: Zaharuddin Mohd. Ali. PM: Maju Tanpa Mengorbankan Moral

    dlm. Utusan Malaysia, 21 April 1995.

    8. Monograf

    Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

    (a) Nama penulis, editor, atau penyusun (b) Tahun terbit

    (c) Judul

    (d) Nama siri (e) Jilid

    (f) Bilangan

    (g) Tempat terbit

    (h) Penerbit

    Contoh:

    Khalid M. Hussain dan N. Siahaan (ed.), 1979. Sumbangan Prof. J. Gonda terhadap Penyelidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    Pustaka. (Penerbitan Ilmiah no. 3).

  • TERHAD

    8 TERHAD

    8. Latihan Ilmiah

    Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

    (a) Nama penulis

    (b) Tahun

    (c) Tajuk (d) Peringkat pengajian

    (e) Tempat

    Contoh:

    Kamaruzzaman Abdul Kadir, 1975. Dunia Kemala dalam Timbang Terima dan Meditasi. Latihan Ilmiah Sarjana Muda Sastera. Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

    9. Kertas Data

    Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

    (a) Nama penulis

    (b) Tahun (c) Tajuk

    (d) Jenis bahan

    (e) Tempat (f) Bentuk bahan dalam tanda kurung

    Contoh:

    Sanat Md. Nasir, 1979. Bentuk Pasif Bahasa Malaysia: Satu Kajian Polar Keseringan dan Struktur. Kertas data. Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. (Stensilan).

    10. Kertas Kerja

    Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

    (a) Nama penulis (b) Tahun

    (c) Tajuk

    (d) Jenis bahan (e) Nama seminar, persidangan, kursus, bengkel

    (f) Tempat

    (g) Tarikh

    Contoh:

    Othman Putih, 1991. Cerpen-cerpen Karya Pengarang Pahang: Pencapaian dan Arah Masa Depan. Kertas kerja dalam Simposium Darul Makmur Dua. Bandar Pusat Jengka, Pahang, 1-2 Februari 1991.

  • TERHAD

    9 TERHAD

    11. Nota Ceramah, Kuliah, atau Syarahan

    Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

    (a) Nama pensyarah

    (b) Tahun

    (c) Tajuk (d) Sumber nota

    (e) Tempat

    (f) Tarikh

    Contoh:

    Artwood, Joyce, 1986. Editors in Publishing. Kumpulan nota ceramah yang disampaikan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 20-24 Mei 1986.

    12. Wawancara

    Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Bahan berakam

    Contoh:

    Wawancara secara rakaman antara penulis dengan Sdr. Usman Awang selaku Setiausaha Sekretariat Anugerah Sastera Negara di pejabatnya di Bahagian

    Pembinaan dan Pengembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka,

    pada jam 11 pagi, 15 Disember 1980.

    (b) Bahan tidak berakam

    Contoh:

    Wawancara secara bebas antar penulis dengan Sdr. Usman Awang selaku Setiausaha Sekretariat Anugerah Sastera Negara di pejabatnya di Bahagian

    Pembinaan dan Pengembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka,

    pada jam 11 pagi, 15 Disember 1980.

    13. Bahan Alat Pandang Dengar (APD)

    Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

    (a) Tajuk

    (b) Tahun

    (c) Bentuk bahan dalam tanda kurung (d) Nama pengarah

    (e) Tempat terbit

    (f) Penerbit (g) Bilangan bahan

    (h) Tempoh

    (i) Lokasi

    Contoh:

    Pentas Opera, 1989. (Pita video). Zakaria Ariffin (Pengarah). Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa dan Pustaka. 1 pita:130 min:VHS.

    Amok, 1995. (Filem). Adman Salleh (Pengarah). Kuala Lumpur: Nizarman (M)

    Sdn. Bhd.

    Lagu-lagu Nyanyian oleh Kumpulan Harmoni, 1981. (Pita kaset). Kuala Lumpur:

    EMI (Malaysia). 1 pita: 60 min.

  • TERHAD

    10 TERHAD

    14. Bahan Internet

    Penulisan rujukan bahan dari sumber Internet mestilah mengandungi maklumat seperti yang berikut:

    (a) Nama pengarang (b) Tahun (c) Tarikh dicapai (d) Alamat laman sesawang

    Contoh:

    Frazer, K. 1992. Tabu dalam bahasa Sunda. Diakses pada 10 Julai 2012,

    daripada http:// harjasaputra.wordpress.com/2007/03/26/tabu-dalam-

    bahasa-sunda-2/

    Wan Kamal Mujani dan Noranizah Yusuf. 2010. Islam dan missionari di

    Sarawak: Kesan terhadap pendidikan pada zaman Crown Colony 18411941. Sosiohumanika 3(2): 219242. Diakses pada 26 Mac 2012, daripada http://www.sosiohumanikajpssk.com/sh_files/File/05.wan.ukm.

    sosio.nov.2010.pdf

    15. Contoh Penulisan Bibliografi

    BIBLIOGRAFI

    Buku

    Anderson, J., Durston, Berry H. dan Poole, Millicent, 1971. Thesis and Assignment. Edisi Kedua.

    New Delhi: Wiley Eastern Private Limited.

    Arena Wati, 1992. Wheels Within Wheels. Diterjemah oleh Hawa Abdullah. Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Melayu)

    A. Samad Said, 1979. Dari Salina ke Langit Petang: Proses Mencipta Novel. Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

    Nik Safiah Karim et al., 1985. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Jurnal/Makalah dalam Jurnal:

    Noriah Mohamed dan Hasnida Chekha. 2009. Jenis dan penggunaan kata ganti nama diri

    dalam bahasa Urak Lawoi di Pulau Lipek, Thailand. Jurnal Bahasa 9(1): 7599.

    Bahan Internet:

    Frazer, K. 1992. Tabu dalam bahasa Sunda. Diakses pada 10 Julai 2012, daripada

    http:// harjasaputra.wordpress.com/2007/03/26/tabu-dalam-bahasa-sunda-2/

  • TERHAD

    11 TERHAD

    MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

    SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2013

    PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)

    PENGGAL 3 TAHUN 2013

    MATA PELAJARAN/KOD: BAHASA MELAYU 5 (910/5)

    TAJUK PENYEBUTAN VOKAL BAHASA MELAYU MENGIKUT DAERAH NEGERI SEMBILAN

    NAMA, NOMBOR KAD PENGENALAN,

    DAN ANGKA GILIRAN

    CALON

    2. HASNIDA BT HARON

    940115-04-5192/SJ1021 1001

    3. ARBAIYAH BT HJ ZULKIFLI

    940825-11-5432/SJ1021 1002

    4. HARON BIN ABU KASSIM

    940202-46-5431/SJ1021 1003

    5. KAMARIAH BT AHMAD

    940126-43-5664/SJ1021 1004

    ALAMAT SEKOLAH/ ALAMAT CALON

    SEKOLAH MENENGAH TANJUNG PUTERI,

    80500 JOHOR BAHRU

    NAMA GURU/PENILAI

    TANDATANGAN GURU/PENILAI

    TARIKH

    MARKAH

    Lampiran 2

    CONTOH ESEI 1

  • TERHAD

    12 TERHAD

    TAJUK KAJIAN:

    PENYEBUTAN VOKAL BAHASA MELAYU

    MENGIKUT DAERAH NEGERI SEMBILAN

  • TERHAD

    13 TERHAD

    SENARAI KANDUNGAN

    Penghargaan i

    1.0 Pengenalan 2

    1.1 Latar Belakang 2-3

    1.2 Definisi Konsep 3-4

    2.0 Objektif Kajian 4

    3.0 Kepentingan Kajian 4

    4.0 Skop Kajian 5

    5.0 Batasan Kajian 5

    6.0 Kaedah Kajian

    6.1 Mendapatkan Data

    6.2 Mengumpulkan Data

    6.3 Menganalis Data

    5

    6

    6-8

    7.0 Dapatan Kajian

    7.1 Vokal depan sempit [i]

    7.2 Vokal depan separuh sempit [e]

    7.3 Vokal depan luas [a]

    7.4 Vokal tengah []

    7.5 Vokal belakang sempit [u]

    7.6 Vokal belakang separuh sempit [o]

    9-10

    10

    11

    12

    12

    13

    8.0 Rumusan Kajian 13

    9.0 Penutup 14

    Bibliografi 15

    Lampiran

    Lampiran I

    Lampiran II

    Lampiran III

    16

    17

    18

    i

  • TERHAD

    14 TERHAD

    PENGHARGAAN

    Penyelidik mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerana atas limpah kurniaNya,

    penyelidik telah dapat menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna. Penyelidik juga ingin

    merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada guru Bahasa Melayu Tingkatan 6

    Atas Kelas Mawar, Encik Hassanuddin Othman, yang telah banyak meluangkan masa untuk

    membantu penyelidik menyiapkan kajian ini sehingga selesai. Kepada Allah penyelidik

    memohon agar beliau diberikan balasan yang sebaik-baiknya. Penyelidik juga mengucapkan

    terima kasih kepada informan-informan untuk kajian ini. Tidak lupa, penyelidik juga ingin

    mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa penyelidik yang telah memberikan

    sokongan moral dan kewangan untuk menyelesaikan latihan ilmiah ini. Semoga usaha ini

    dapat memberikan sumbangan kepada pertambahan dokumen kajian dalam bahasa Melayu,

    khususnya dalam bidang yang berkaitan dengan kajian dialek.

    Hasnida bt Haron

    Arbaiyah Hj Zulkifli

    Kamariah Ahmad

    Haron Abu Kassim

    September 2013

    ii

  • TERHAD

    15 TERHAD

    1.0 PENGENALAN

    Bahagian ini menjelaskan latar belakang kajian, iaitu keterangan tentang dialek dalam

    bahasa Melayu dan dialek Negeri Sembilan, serta definisi konsep-konsep penting yang

    digunakan dalam kajian ini.

    1.1 Latar Belakang

    Setiap bahasa mempunyai dialek daerahnya yang tersendiri. Dialek daerah

    merupakan kelainan daripada sesuatu bahasa yang wujud disebabkan kelainan

    pertuturan antara kumpulan masyarakat penutur sesuatu bahasa itu. Perbezaan atau

    kelainan itu dapat dilihat berdasarkan kawasan pemastautinan kumpulan penutur

    yang berbeza. Kelainan itu melibatkan beberapa aspek bahasa, termasuk aspek

    sebutan vokal dan konsonan yang ada dalam bahasa tersebut.

    Catatan: Lanjutkan bahagian ini dengan kutipan/petikan pendapat tokoh tentang

    perbezaan atau kelainan yang dimaksudkan dan juga tentang keterangan dialek

    Negeri Sembilan. Kemudian buat rumusan sendiri mengenainya.)

    Catatan: Bahagian ini perlu diakhiri dengan kenyataan yang menuju ke arah

    pernyataan masalah/isu/persoalan kajian.

    Contoh 1: Pada hakikatnya, dalam penggunaan bahasa yang sebenar, wujud

    percampuradukan antara sebutan bahasa Melayu baku dengan sebutan dialek. Untuk

    mengelakkan keadaan tersebut, penyelidik berpendapat bahawa wajar sekali dibuat

    kajian tentang perbezaan antara kedua-duanya agar penutur dapat mengetahui

    sebutan baku yang sebenar dan apabila bertutur dalam konteks formal, dia tidak

    terpengaruh oleh dialek daerah.)

    Contoh 2: Kelainan sebutan, sama ada antara dialek daerah dengan bahasa Melayu

    baku atau antara beberapa dialek itu sendiri merupakan sesuatu yang unik bagi

    bahasa Melayu. Oleh itu, penyelidik berpendapat bahawa wajar sekali kajian

    2

  • TERHAD

    16 TERHAD

    dilakukan untuk memperlihatkan kelainan-kelainan tersebut agar hasilnya dapat

    diketengahkan bagi makluman mereka yang berminat dalam bidang kajian dialek.)

    1.2 Definisi Konsep

    Menurut Asmah Hj Omar (2008), dialek dimaksudkan kepada variasi bagi sesuatu

    bahasa yang....

    Bahasa baku ialah satu variasi bahasa yang telah dikodifikasikan atau

    diseragamkan...

    Sebutan baku bahasa Melayu ialah satu bentuk sebutan yang telah diseragamkan,

    iaitu sebutan sesuatu bunyi atau fonem itu adalah sebagaimana lambang fonetiknya.

    Sebagai contoh, bunyi /u/ dalam perkataan /buluh/ dibunyikan sebagai [buluh],

    bukan [buloh].

    Menurut Raja Mukhtaruddin......bunyi vokal ialah....

    Menurut Yunus Maris pula, vokal....

    Mengikut....

    Berdasarkan pernyataan di atas, dapat disimpulkan bahawa vokal dapat didefinisikan

    sebagai bunyi yang dihasilkan dengan...

    (Catatan: Dapatkan kutipan definisi daripada tokoh dalam bidang fonologi sebelum

    membuat rumusan sendiri)

    3

  • TERHAD

    17 TERHAD

    Variasi bebas merujuk kepada dua bunyi vokal yang penggunaannya boleh bertukar

    ganti dalam satu pasangan minimal, misalnya bagi perkataan agama, ada penutur

    yang menyebutnya sebagai [agama], dan [ugama] tetapi maksudnya sama. Ini

    bermakna, dalam konteks itu vokal [a] dan [u] bervariasi bebas.

    2.0 OBJEKTIF KAJIAN

    Objektif kajian ini adalah untuk

    (a) mengumpul data tentang sebutan bunyi-bunyi vokal bahasa Melayu mengikut

    sebutan dialek Negeri Sembilan,

    (b) membandingkan sebutan sesuatu bunyi vokal mengikut sebutan bahasa Melayu baku

    dengan sebutan dialek Negeri Sembilan berdasarkan kehadirannya dalam suku

    kata/perkataan,

    (c) menentukan jumlah sebutan bunyi vokal dalam dialek Negeri Sembilan.

    3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

    Hasil kajian ini penting untuk

    (a) memperlihatkan kelainan sebutan vokal antara dialek Negeri Sembilan dengan

    sebutan bahasa Melayu baku,

    (b) menambah dokumentasi tentang kajian dialek,

    (c) dijadikan panduan dalam pengajaran, khususnya untuk membetulkan sebutan

    pelajar yang bertutur dalam bahasa Melayu secara formal tetapi memperlihatkan

    pengaruh dialek Negeri Sembilan.

    4

  • TERHAD

    18 TERHAD

    4.0 SKOP KAJIAN

    Kajian ini berfokus kepada penyebutan enam bunyi vokal bahasa Melayu baku

    mengikut sebutan dialek Negeri Sembilan. Sebutan kesemua vokal, iaitu vokal depan,

    vokal tengah, dan vokal belakang akan dikaji.

    5.0 BATASAN KAJIAN

    Kajian ini hanya berdasarkan sebutan informan yang berasal dari Seremban. Oleh itu,

    sebutan itu tidak menggambarkan cara sebutan seluruh penutur dialek Negeri Sembilan

    yang pada hakikatnya berbeza-beza mengikut daerah pemastautinan.

    Informan juga terdiri daripada golongan yang berpendidikan. Oleh itu, sebutan yang

    setulen sebutan penutur jati dialek Negeri Sembilan yang tidak terdedah kepada bahasa

    baku atau dialek lain, tidak dapat ditunjukkan oleh kajian ini kerana informan telah

    terdedah kepada sebutan baku dan juga dialek lain.

    6.0 KAEDAH KAJIAN

    Bahagian ini menjelaskan cara penyelidik mendapatkan data sebagai bahan kajian,

    kaedah pemprosesan/penganalisisan data dan cara persembahan dapatan kajian.

    6.1 Mendapatkan Data

    Kajian ini dibuat dengan menggunakan kaedah lapangan, iaitu penyelidik

    mendapatkan data primer daripada informan yang berasal dari Negeri Sembilan.

    Informan diminta menyebut beberapa perkataan yang penyelidik senaraikan, iaitu

    yang mengandungi vokal-vokal yang berbeza, dan sebutan itu mengikut dialek

    mereka. Mereka juga diminta berbual dalam dialek Negeri Sembilan. Penyelidik

    merakamkan sebutan dan juga perbualan itu.

    5

  • TERHAD

    19 TERHAD

    6.2 Mengumpulkan Data

    Untuk memudahkan penyelidik menganalisis data, penyelidik mencatatkan

    sebutan perkataan yang mengandungi vokal-vokal tersebut dalam bentuk ejaan

    Rumi dan dalam transkripsi fonetik.

    6.3 Menganalisis dan Mempersembahkan Data

    Data yang diperoleh itu dianalisis dengan memberikan tumpuan kepada sebutan

    semua vokal dalam bahasa Melayu, iaitu vokal [i], [e], [a], [], [u], dan [o].

    Huraian tentang vokal tersebut dan cara penghasilannya adalah seperti yang

    berikut.

    Rajah jenis-jenis vokal

    Rajah di atas menunjukkan keratan rentas lidah. Bahagian di sebelah kiri

    merupakan bahagian depan lidah manakala yang di sebelah kanan ialah belakang

    lidah. Bahagian yang bergaris horizontal menunjukkan ketinggian lidah diangkat

    dan bukaan antara rahang.

    6.3.1 Vokal depan sempit [i]

    Vokal ini dihasilkan dengan menaikkan hadapan lidah ke arah lelangit

    keras tetapi tidaklah sampai menyentuhnya. Udara dari paru-paru keluar

    sempit [i]

    separuh sempit [e]

    separuh luas []

    luas [a]

    Depan Tengah Belakang sempit [u]

    separuh sempit [o]

    separuh luas []

    6

  • TERHAD

    20 TERHAD

    melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sekatan. Bukaan rahang

    adalah sempit manakala keadaan bibir terhampar.

    6.3.2 Vokal depan separuh sempit [e]

    Vokal ini dihasilkan dengan menaikkan hadapan lidah ke arah lelangit

    keras tetapi tidak setinggi semasa menghasilkan bunyi [i]. Udara dari

    paru-paru keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sekatan.

    Bukaan rahang lebih luas berbanding dengan semasa menghasilkan bunyi

    [i] manakala keadaan bibir terhampar.

    6.3.3 Vokal depan luas [a]

    Vokal ini dihasilkan dengan menurunkan hadapan lidah serendah-

    rendahnya. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga tekak dan rongga

    mulut tanpa sekatan. Bukaan rahang lebih luas daripada semasa

    menghasilkan bunyi [] manakala keadaan bibir antara bundar dan

    terhampar.

    6.3.4 Vokal tengah []

    Vokal ini dihasilkan dengan meletakkan bahagian tengah lidah di antara

    kedudukan untuk menghasilkan vokal separuh luas dan separuh sempit.

    Udara dari paru-paru keluar tanpa sekatan, manakala keadaan bibir neutral.

    6.3.5 Vokal belakang sempit [u]

    Vokal ini dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah ke arah lelangit

    lembut tetapi tidak sampai menyentuhnya. Udara dari paru-paru keluar

    7

  • TERHAD

    21 TERHAD

    melalui rongga mulut dan rongga tekak tanpa sekatan. Keadaan bibir

    bundar, manakala rahang terbuka sedikit.

    6.3.6 Vokal belakang separuh sempit [o]

    Vokal ini dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah ke arah lelangit

    lembut tetapi tidak setinggi semasa menghasilkan vokal [u]. Udara dari

    paru-paru keluar melalui rongga mulut dan rongga tekak tanpa sekatan.

    Keadaan bibir bundar, manakala rahang terbuka sedikit.

    Hasil kajian akan dipersembahkan dalam bentuk jadual. Dalam jadual itu

    dicatatkan perkataan yang mengandungi vokal tertentu, iaitu mengikut

    susunan vokal depan, vokal tengah dan vokal belakang dalam kedudukan

    yang berbeza dalam perkataan. Bagi setiap perkataan itu dituliskan

    ejaannya, transkripsi fonetik sebutan bakunya dan sebutannya mengikut

    dialek daerah Negeri Sembilan. Dengan demikian, perbezaan sebutan itu

    dapat dilihat dengan jelas.

    8

  • TERHAD

    22 TERHAD

    7.0 DAPATAN KAJIAN

    Dalam bahagian ini diperlihatkan sebutan perkataan yang menjadi data kajian mengikut

    sebutan baku dan sebutan dialek Negeri Sembilan.

    7.1 Vokal depan sempit [i]

    Penyebutannya:

    Perkataan sebutan baku Sebutan dialek

    ikan [ikan]

    ikut [ikut]

    itu [itu]

    ini [ini]

    sakit [sakit]

    kulit [kulit]

    polis [polis]

    habis [habis]

    tulis [tulis]

    cili [cili]

    tapi [tapi]

    keli [keli]

    dia [dia]

    [ikan]

    [ikuit]

    [tu]

    [ni]

    [sakit]

    [kulit]

    [plih]

    [habeh]

    [tuleh]

    [lad]*

    [tapi]

    [semila]*

    [di]

    Jadual 1: Penyebutan perkataan yang mengandungi vokal depan sempit

    *Penutur dialek Negeri Sembilan menyebut cili sebagai lada dan ikan keli

    sebagai ikan semilang.

    Berdasarkan jadual di atas dapat dilihat bahawa (jelaskan dapatan kajian).

    Contoh : sebutan vokal [i] pada awal dan tengah suku kata dalam dialek N 9

    adalah sama dengan sebutan bahasa Melayu baku. Walau bagaimanapun, dalam

    suku kata tertutup pada akhir perkataan, sebutannya berbeza. Jika suku kata akhir

    tertutup itu diakhiri oleh bunyi [t] bunyi [i] disebut dengan artikulasi tambahan

    []. Jika suku kata itu diakhiri oleh bunyi [s], vokal [i] itu disebut sebagai [e],

    kecuali bagi kata pinjaman. Hal ini bermakna, vokal [i] dan [e] bervariasi bebas.

    9

  • TERHAD

    23 TERHAD

    Bagi vokal [i] yang terdapat pada awal sesetengah perkataan, bunyi itu gugur,

    misalnya [itu] disebut sebagai [tu] dan [ini] disebut sebagai [ni] sahaja.

    7.2 Vokal depan separuh sempit [e]

    Penyebutannya:

    Perkataan sebutan baku Sebutan dialek

    elak [ela]

    ekor [ekor]

    esok [eso]

    leher [leher]

    selekeh [slekeh]

    tengok [teo]

    boleh [boleh]

    kes [kes]

    kole [kole]

    tele [tele]

    ole-ole [oleole]

    [la]

    [k]

    [s]

    [lh]

    [slkh]

    [t]

    [buleh]

    [ks]

    [kl]

    [tl]

    [olol]

    Jadual 2: Penyebutan perkataan yang mengandungi vokal depan separuh sempit

    Jadual 2 menunjukkan bahawa (jelaskan dapatan kajian)

    10

  • TERHAD

    24 TERHAD

    7.3 Vokal depan luas [a]

    Penyebutannya:

    Perkataan sebutan baku Sebutan dialek

    air [air]

    abu [abu]

    tumbang [tumba]

    emak [ma]

    ombak [omba]

    tongkang [toka]

    ikan [ikan]

    engkau [kau]

    ubat [ubat]

    buat [buat]

    tempat [tmpat]

    sempat [smpat]

    ketua [ketua]

    kuda [kuda]

    lada [lada]

    apa [apa]

    bangsa [basa]

    [a]

    [abu]

    [tomba]

    [ma]

    [mba]

    [toka]

    [ikan]

    [kau]

    [ub]

    [bu]

    [tomp]

    [somp]

    [ktu]

    [kud]

    [lad

    [ap]

    [bas]

    Jadual 3: Penyebutan perkataan yang mengandungi vokal depan luas

    Berdasarkan jadual di atas nyata bahawa wujud perbezaan penyebutan vokal [a]

    dalam dialek Negeri Sembilan berbanding dengan sebutan baku dalam kedudukan

    tertentu, iaitu (jelaskan dapatan kajian)

    11

  • TERHAD

    25 TERHAD

    7.4 Vokal tengah []

    Penyebutannya:

    Perkataan sebutan baku Sebutan dialek

    engkau [kau]

    emak [ma]

    empat [mpat]

    beli [bli]

    pedas [pdas]

    perut [prut]

    ketua [ktua]

    bersih [brsih]

    semilang [smila]

    tempat [tmpat]

    kempis [kmpis]

    [kau]

    [ma]

    [mp]

    [bli]

    [pdh]

    [pot]

    [ktu]

    [bosh]

    [smila]

    [tmp]

    [kmpih]

    Jadual 4: Penyebutan perkataan yang mengandungi vokal tengah

    Berdasarkan jadual di atas (jelaskan dapatan kajian)

    7.5 Vokal belakang sempit [u]

    Penyebutannya:

    Perkataan sebutan baku Sebutan dialek

    ubat [ubat]

    ular [ular]

    juga [juga]

    buat [buat]

    dua [dua]

    rasuah [rasuah]

    bumbung [bumbu]

    salur [salur]

    perut [prut]

    ikut [ikut]

    batu [batu]

    sapu [sapu]

    itu [tu]

    [ub]

    [ula]

    [juga]

    [bu]

    [du]

    [rasuah]

    [bumb]

    [sal]

    [pot]

    [ikut]

    [batu]

    [sapu]

    [tu]

    Jadual 5: Penyebutan perkataan yang mengandungi vokal belakang sempit

    Hasil pemerhatian terhadap Jadual 5, didapati bahawa

    (jelaskan dapatan kajian)

    12

  • TERHAD

    26 TERHAD

    7.6 Vokal belakang separuh sempit [o]

    Penyebutannya:

    Perkataan sebutan baku Sebutan dialek

    ombak [omba]

    ole-ole [ole-ole]

    orang [ora]

    kotor [kotor]

    esok [eso]

    ekor [ekor]

    boleh [boleh]

    polis [polis]

    tolong [tolo]

    tengok [teo]

    bongkar [bokar]

    tongkang [toka]

    teko [teko]

    polo [polo]

    [mba]

    [ole-ole]

    [oa]

    [kot]

    [es]

    [k]

    [bulh]

    [plih]

    [tl]

    [t]

    [bka]

    [tka]

    [tk]

    [pl]

    Jadual 6: Penyebutan perkataan yang mengandungi vokal belakang separuh sempit

    Jadual 6 menunjukkan bahawa (jelaskan dapatan kajian)

    8.0 RUMUSAN KAJIAN

    Rumusannya, dapat dibuktikan bahawa wujud persamaan dan perbezaan penyebutan

    vokal-vokal bahasa Melayu mengikut sebutan baku dan mengikut sebutan dialek Negeri

    Sembilan. Perbezaan itu melibatkan vokal-vokaldalam kedudukan yang berbeza,

    seperti (Lanjutkan huraian dengan memberikan penjelasan dan contoh mengikut

    kedudukan dalam suku kata/perkataan)

    Ternyata bahawa terdapat .(jumlah vokal- tunjukkan vokalnya) dalam dialek Negeri

    Sembilan berbanding dengan hanya enam vokal dalam sebutan bahasa Melayu baku.

    13

  • TERHAD

    27 TERHAD

    9.0 PENUTUP

    Hasil kajian di atas dapat menunjukkan bahawa dialek yang dituturkan di Negeri

    Sembilan merupakan suatu variasi bahasa yang unik. Sebenarnya, setiap dialek

    mempunyai ciri keunikannya yang tersendiri dan dialek merupakan satu disiplin bahasa

    yang menarik untuk dikaji. Pelbagai kajian perlu dijalankan, misalnya dalam aspek

    penyebutan diftong dan konsonan-konsonan tertentu, bukan sahaja dalam dialek Negeri

    Sembilan, tetapi juga dalam dialek-dialek lain. Penyelidik berharap agar kajian yang

    seperti ini akan diteruskan.

    14

  • TERHAD

    28 TERHAD

    BIBLIOGRAFI

    Asmah Hj Omar...

    Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin, 2002. Bahasa Melayu STPM (Kertas 1&2).

    Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd.

    Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd Dain

    Yunus Maris

    Kamus Linguistik (senaraikan bibliografi lain yang digunakan dalam rujukan)

    15

  • TERHAD

    29 TERHAD

    Lampiran I

    Senarai nama informan

    Informan 1

    Nama: Siti Aminah binti Musa

    Umur: 19 tahun

    Pekerjaan: Pelajar IPTS

    Informan 2

    Nama: Adam Amin bin Samad

    Umur: 20 tahun

    Pekerjaan: Sendiri

    Informan 3:

    Nama: Salmi Aishah binti Ahmad Shuib

    Umur: 19 tahun

    Pekerjaan: Pelajar IPTS

    Informan 4:

    Nama: Khatijah binti Mohd Kamil

    Umur: 19 tahun

    Pekerjaan: Pelajar IPTS

    16

  • TERHAD

    30 TERHAD

    Lampiran II

    Senarai perkataan yang mengandungi bunyi vokal yang disebut oleh informan

    Vokal [i]

    ikan sakit cili

    ikat kulit keli

    Vokal [e]

    elak leher kole

    ekor selekeh tele

    Vokal [a]

    air bangsa ketua

    abu tumbang kuda

    Vokal [] engkau tempat

    emak lemas

    Vokal [u]

    ubat bumbung batu

    ular salur sapu

    Vokal [o]

    ombak bongkar teko

    ole-ole tongkang polo

    17

  • TERHAD

    31 TERHAD

    Lampiran III

    Transkripsi fonetik daripada rakaman perbualan informan

    Rakaman 1

    Rakaman 2

    Rakaman 3

    Rakaman 4

    [mak] [dn] [bli] [ikan] [smila] [tapi] [dn] [ta] [makan] [pdh] [baa] [lad] [sakit] [put] [nanti] [kn] [makan] [ubk] [dn] [ta] [suk] [mh] [maen] [pl] [dn] [ta] [pnah] [maen] [kau] [bas] [ap] [tu] [pn] [ta] [pnah] [maen] [kau] [la] [ktu]

    [man] [kl] [a] [salo] [bumbo] [bc] [kot] [tmpk] [ni] [sapu] [boseh] [boseh] [es] [dn] [bawa] [kau] [gi] [pantai] [kau[ [kan] [suk] [da] [mba] [bulh] [t] [tka]

    [di] [na] [bli] [du] [k] [kud] [gil] [abh] [tumba] [pk] [k] [dpan] [tu] [nanti] [dn] [nampa] [ula] [k] [tpi] [batu] [warne] [golap] [macam] [abu] [t] [sampai] [sakit] [lh] [ap] [pasal] [kau] [ta] [bawa] [bali] [bulh] [buwat] [ol] [ol] [mas] [dalam] [tk] [kau] [mma] [gil] [lph] [ni] [jaan] [ikut] [man] [dn] [na] [poi]

    [plih] [tu] [na] [bka] [juga] [ks] [rasuah] [kk] [tmpe] [di] [tapi] [ta] [smp] [di] [sakit] [kn] [bu] [oa] [abh] [kulit] [di] [kawan] [kawan] [sum] [cub] [la] [jump] [di] [dai] ] [tadi] [bcakap] [dn] [dahag] [tl] [bu] [a] [t] [ap] [ad] [dalam] [bg] [tu] [kmpih] [je]

    18

  • TERHAD

    32 TERHAD

    MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

    SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2013

    PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)

    PENGGAL 3 TAHUN 2013

    MATA PELAJARAN/KOD: BAHASA MELAYU 5 (910/5)

    TAJUK DEFINISI, TAHAP PERKEMBANGAN, DAN FUNGSI BAHASA MELAYU KLASIK

    NAMA,

    NOMBOR KAD PENGENALAN,

    DAN ANGKA GILIRAN

    CALON

    1. HAMZAH BIN ZULKIFLI 940530-09-5191/SP1053 1020

    2. ARMANDA ZARRA BT AHMAD ZAIN 940808-04-5402/SP1053 1021

    3. DANNIA BT MAHMUD 940610-46-5454/SP1053 1040

    4. FAIZAL BIN MOHD 940505-08-5033/SP1053 1045

    ALAMAT SEKOLAH/

    ALAMAT CALON SEKOLAH MENENGAH TELUK NIPAH,

    11800 PULAU PINANG

    NAMA GURU/PENILAI

    TANDATANGAN GURU/PENILAI

    TARIKH

    MARKAH

    CONTOH ESEI 2 Lampiran 3

  • TERHAD

    33 TERHAD

    TAJUK KAJIAN:

    DEFINISI, TAHAP PERKEMBANGAN,

    DAN

    FUNGSI BAHASA MELAYU KLASIK

  • TERHAD

    34 TERHAD

    SENARAI KANDUNGAN

    Halaman

    Penghargaan ii

    1.0 Pengenalan

    1.1 Latar Belakang 2

    1.2 Definisi Konsep 2

    2.0 Objektif Kajian 2

    3.0 Kepentingan Kajian 3

    4.0 Skop Kajian 3

    5.0 Batasan Kajian 4

    6.0 Kaedah Kajian

    6.1 Mendapatkan Data 4

    6.2 Mengumpulkan Data 5

    6.3 Menganalisis Data 6

    7.0 Dapatan Kajian

    7.1 Definisi Bahasa Melayu Klasik 6

    7.2 Tahap Perkembangan Bahasa Melayu Klasik 7-9

    7.3 Fungsi-fungsi Bahasa Melayu Klasik 9-12

    8.0 Rumusan Kajian 13

    9.0 Penutup 13

    Bibliografi 14

    Nota Akhir 14

    Lampiran

    Lampiran 1 14

    Lampiran 2 14

    i

  • TERHAD

    35 TERHAD

    PENGHARGAAN

    Kami mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya, kami telah

    dapat menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna. Kami ingin merakamkan ucapan setinggi-

    tinggi terima kasih kepada guru Bahasa Melayu Tingkatan Enam Atas Kelas Mawar,

    Encik/Puan... yang telah banyak meluangkan masa membantu kami menyiapkan kajian ini

    sehingga selesai. Kami memohon kepada Allah agar beliau diberikan balasan yang sebaik-

    baiknya. Kami juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua petugas dan

    individu di institusi yang dikunjungi oleh pihak kami sewaktu mendapatkan bahan untuk

    menyelesaikan penulisan ini. Tidak lupa juga kami ingin mengucapkan terima kasih kepada

    ibu bapa kami yang telah memberikan sokongan moral dan kewangan untuk menyelesaikan

    penulisan esei ilmiah ini. Semoga usaha ini dapat memberikan sumbangan kepada

    pertambahan dokumen kajian dalam bahasa Melayu, khususnya dalam bidang yang berkaitan

    dengan kajian laras bahasa Melayu lama.

    Hamzah bin Zulkifli

    Armanda Zarra bt Ahmad Zain

    Dannia bt Mahmud

    Faizal bin Mohd

    September 2013

    ii

  • TERHAD

    36 TERHAD

    1.0 PENGENALAN

    1.1 Latar Belakang

    Kajian ini berfokus terhadap bahasa Melayu Klasik, yakni sejenis variasi bahasa

    Melayu yang wujud akibat perkembangan masa. Bahasa Melayu mengalami

    evolusi tertentu sebelum mencapai tahap kewujudan bahasa Melayu kini. Salah

    satu tahap perkembangan bahasa Melayu ialah bahasa Melayu kuno yang beralih

    kepada bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu Klasik merupakan salah satu tahap

    perkembangan bahasa Melayu yang ... (salah satu permasalahan kajian ialah

    walaupun bahasa Melayu klasik sering dianggap sebagai salah satu tahap yang

    penting dalam perkembangan bahasa Melayu, namun begitu huraian bahasa ini

    secara terperinci tidak begitu banyak dibuat oleh pengkaji terdahulu).

    1.2 Definisi Konsep

    Bahasa Melayu ialah sejenis variasi bahasa yang dituturkan oleh ...

    Bahasa Melayu klasik ialah sejenis variasi kepada bahasa Melayu yang terhasil

    akibat perubahan masa. Bahasa ini ...

    2.0 OBJEKTIF KAJIAN

    Objektif kajian ini adalah untuk meninjau bahan bertulis, mengumpul data tentang

    bahasa Melayu klasik dan:

    (a) menghuraikan definisi bahasa Melayu klasik;

    (b) menghuraikan tahap perkembangan bahasa Melayu klasik; dan

    (c) mengenal pasti dan menganalisis fungsi-fungsi bahasa Melayu klasik.

    2

  • TERHAD

    37 TERHAD

    3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

    Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan. Antaranya adalah:

    (a) Untuk meninjau dan mendokumentasikan ruang lingkup, definisi dan fungsi

    bahasa Melayu klasik.

    (b) Untuk menyediakan satu profil lengkap berkaitan bahasa Melayu klasik sebagai

    rujukan kepada para pembaca dan pengkaji yang akan datang.

    (c) Untuk menyediakan panduan yang dapat dijadikan rujukan dalam proses

    pengajaran berkaitan bahasa Melayu klasik.

    (d) Untuk menambah dokumentasi kajian yang berkaitan dengan bahasa Melayu

    klasik.

    4.0 SKOP KAJIAN

    Fokus kajian ini ialah kepada bahasa Melayu klasik, iaitu salah satu laras bahasa

    Melayu yang wujud berdasarkan perkembangan masa. Aspek yang diberikan tumpuan

    ialah definisi, tahap perkembangan, dan fungsi-fungsi laras bahasa ini pada zamannya.

    Definisi bahasa Melayu klasik dihuraikan berdasarkan empat aspek, iaitu zaman,

    pengaruh, proses pengislaman dan aksara. Tahap perkembangan bahasa Melayu klasik

    akan meninjau dan mengupas perkembangan bahasa ini pada tahap permulaan,

    perkembangan, kegemilangan, dan peralihannya. Fungsi-fungsi bahasa Melayu klasik

    berfokus kepada perbincangan peranan bahasa Melayu klasik sebagai lingua franca,

    bahasa perhubungan, bahasa undang-undang, bahasa ilmu pengetahuan, bahasa

    penulisan dan kesusasteraan dan fungsi lain ...

    3

  • TERHAD

    38 TERHAD

    5.0 BATASAN KAJIAN

    Kajian ini dilaksanakan terhadap data teks bertulis yang berkaitan dengan bahasa

    Melayu klasik sahaja. Oleh itu, kajian ini tidaklah menggambarkan secara keseluruhan

    tahap perkembangan bahasa Melayu yang lain di Semenanjung Tanah Melayu.

    Tinjauan untuk memperoleh maklumat berkaitan dengan bahasa Melayu klasik ini juga

    hanya dilakukan terhadap sumber bertulis sebab mustahil untuk mendapatkan data lisan

    sebab kewujudan bahasa Melayu klasik yang sudah lama berlaku, iaitu sekitar abad ke-

    11 hingga abad ke-13.

    6.0 KAEDAH KAJIAN

    Kajian ini akan dijalankan menggunakan kaedah kualitatif. Pendekatan sebegini

    lazimnya digunakan dalam pelbagai disiplin ilmu, terutamanya sains sosial. Kajian yang

    menerapkan pendekatan kualitatif bertujuan untuk mentafsir dan mengupas fenomena

    sosial yang berlaku dalam kehidupan manusia dan masyarakat (Sarjit Singh & Zahid

    Emby, 2010:73). Pendekatan sebegini bermatlamat untuk mendapatkan pemahaman

    yang mendalam tentang tingkah laku manusia dan faktor yang mendorong manusia

    bertindak sebegitu. Berlatar belakangkan suasana dan keadaan semula jadi, pendekatan

    ini cuba mendapatkan gambaran menyeluruh sesebuah kajian.

    6.1 Mendapatkan Data

    Kaedah kualitatif yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kepustakaan.

    Kaedah ini akan memanfaatkan institusi, seperti perpustakaan, bilik sumber, arkib,

    laman sesawang, dan pelbagai tempat lain yang mengandungi bahan bertulis atau

    bukan bertulis untuk memperoleh maklumat.

    4

  • TERHAD

    39 TERHAD

    6.2 Mengumpulkan Data

    Kajian ini bermula dengan kerja pengumpulan maklumat melalui kajian

    kepustakaan, iaitu bermula dengan proses membaca bahan bertulis seperti buku,

    tulisan ilmiah, jurnal, makalah, akhbar, dan bahan bertulis lain yang terdapat di

    perpustakaan, bilik sumber, arkib, dan sumber lain. Pembacaan ini merupakan

    cara untuk memperoleh idea asas tentang kajian yang bakal dijalankan dan

    maklumat tentang bahasa Melayu klasik.

    Seterusnya, kajian pustaka secara maya dengan menggunakan laman sesawang

    yang berkaitan juga dilakukan untuk meninjau buku, tulisan ilmiah, jurnal,

    makalah, akhbar, dan bahan bertulis lain. Laman sesawang yang diakses untuk

    memperoleh maklumat ialah Yahoo, Googles, Scholar, Scopus, Directsciense dan

    laman lain yang berkaitan. Tinjauan terhadap laman sesawang juga dapat

    membantu pengkaji mendapatkan maklumat untuk melakukan kajian pustaka,

    seperti mendapatkan maklumat awal berkaitan sesuatu buku rujukan yang terdapat

    di pasaran. Hal ini demikian kerana tinjauan terhadap laman sesawang tidak

    terhad, yakni boleh merentasi sempadan dan masa. Maklumat yang diperoleh juga

    lebih luas dan terkini skopnya. Oleh itu, tinjauan laman sesawang ini akan

    dilakukan untuk mengetahui perkembangan dan kajian terkini berkaitan dengan

    bahasa Melayu klasik dan aspek lain yang berkaitan dengan kajian ini.

    Semua maklumat bertulis, khususnya maklumat tentang bahasa Melayu klasik

    yang diperoleh menerusi tinjauan terhadap bahan bertulis di perpustakaan, bilik

    sumber, arkib, tempat lain dan laman sesawang yang ditemui akan dijadikan

    sebagai asas kepada penulisan kajian ini.

    5

  • TERHAD

    40 TERHAD

    6.3 Menganalisis Data

    Semua maklumat yang dicari dan dikumpulkan melalui kaedah pustaka seperti

    yang dibincangkan di atas akan digunakan untuk menuliskan tiga aspek bahasa

    Melayu klasik yang dikaji, iaitu definisi bahasa Melayu klasik, tahap

    perkembangan bahasa Melayu klasik dan fungsi-fungsi bahasa Melayu klasik.

    7.0 DAPATAN KAJIAN

    Dapatan kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu definisi, tahap

    perkembangan, dan fungsi-fungsi bahasa Melayu klasik. Bahagian yang berikut

    memaparkan huraian berkaitan tiga aspek ini:

    7.1 Definisi Bahasa Melayu Klasik

    Ada empat cara untuk mendefinisikan bahasa Melayu klasik, iaitu:

    7.1.1 Definisi berdasarkan zaman kewujudannya

    7.1.2 Definisi berdasarkan pengaruh Arab dan Islam

    7.1.3 Definisi berdasarkan bahasa Melayu yang mengalami proses pengislaman

    (berkaitan dengan konsep jawi sama ada dari segi manusia atau tulisan)

    7.1.4 Definisi berdasarkan bahasa Melayu yang sudah mengenali huruf atau

    aksara dan kegiatan penulisan bertanggungjawab dalam menstabilkan

    sebutan yang membentuk konsep baku dalam bahasa Melayu.

    6

  • TERHAD

    41 TERHAD

    7.2 Tahap Perkembangan Bahasa Melayu Klasik

    7.2.1 Peringkat Permulaan Bahasa Melayu Klasik

    Pada abad ke-13 pengaruh agama Islam menjadi semakin dominan

    di Nusantara yang turut sama membawa kepada perkembangan

    penggunaan bahasa Arab. Zaman ini memperlihatkan kemasukan

    perkataan bahasa Arab dan penggunaan tulisan Jawi menggunakan huruf

    Arab. Akibatnya, berlaku satu lagi tahap evolusi terhadap bahasa Melayu,

    yakni bahasa Melayu berkembang pesat melalui peminjaman perkataan

    Arab dan Parsi malah bahasa-bahasa dari Barat, seperti Portugis, Belanda,

    dan Inggeris turut mempengaruhi perkembangan bahasa ini pada waktu

    itu. Bahasa Melayu pada ketika ini dikenali sebagai bahasa Melayu klasik

    kerana mempunyai aksara Jawi.

    Menurut Ismail Hussein (1984: 25), bahasa Melayu klasik bermula pada

    sekitar abad ke-13 dan ke-14, iaitu beliau menyebutnya sebagai zaman

    peralihan di seluruh Kepulauan Melayu dengan kedatangan Islam. Bahan

    bukti yang pertama menunjukkan penggunaan bahasa Melayu klasik di

    Nusantara ialah cacatan yang ditemui pada Batu Bersurat Sungai Teresat

    di Kampung Buloh, Kuala Berang (Batu Bersurat Terengganu). Menurut

    Syed Mohammad Naquid al-Attas, tarikh yang tercatat pada batu bersurat

    itu ialah 4 Rejab 702 H bersamaan dengan 22 Februari 1303 Masehi.

    Kebanyakan sarjana bahasa berpendapat bahawa bahasa yang terdapat

    pada prasasti ini menyemai bahasa Melayu klasik yang dimuatkan dalam

    Sejarah Melayu. Penggunaan tulisan ini menjadi titik tolak kepada

    permulaan zaman bahasa Melayu klasik. Selain itu, prasasti yang berkaitan

    dengan bahasa Melayu klasik juga ditemui di Kedah, Kelantan, Perak,

    7

  • TERHAD

    42 TERHAD

    Pahang, Negeri Sembilan, dan Sumatera, iaitu di Jambi, Riau, Acheh dan

    Sumatera Selatan (Amat Juhari Moain, 1994). Oleh itu, jelaslah bahawa

    bahasa Melayu klasik mula digunakan pada sekitar abad ke-14 sehingga

    ke awal abad ke-19.

    7.2.2 Peringkat Perkembangan Bahasa Melayu Klasik

    Pada tahap ini, perkembangan bahasa Melayu klasik yang bermula dengan

    penggunaan tulisan jawi dipengaruhi pula oleh bahasa dari Barat, seperti

    Portugis, Belanda dan Inggeris. Perkembangan ini menyebabakan bahasa

    Melayu sekali lagi bertembung dengan bahasa dan kebudayaan lain yang

    mendatangkan kesan terhadap perkembangan bahasa Melayu klasik.

    Perkembangan ini mula berlaku pada sekitar abad ke-15.

    Menurut Amat Juhari Moain (1992: 1062), tulisan rumi yang digunakan

    oleh David Barbosa pada tahun 1516 Masihi merupakan tulisan rumi yang

    digunakan pada kali pertama setelah Melaka ditawan Portugis. Pada tahun

    1521 seorang penggembara Itali, iaitu Antonio Pigafetta membuat cacatan

    perkataan Melayu dalam tulisan rumi dengan padanan bahasa Itali.

    7.2.3 Peringkat Kegemilangan Bahasa Melayu Klasik

    Bahasa Melayu klasik mengalami zaman kegemilangan menerusi tiga

    zaman, iaitu zaman kerajaan Melaka, Acheh dan kerajaan Johor-Riau.

    Terdapat beberapa pengaruh dan faktor yang menyebabkan pencapaian ini.

    Antaranya, ialah ...

    8

  • TERHAD

    43 TERHAD

    7.2.4 Peringkat Peralihan Bahasa Melayu Klasik ke Bahasa Melayu Moden

    Pada awal sekitar abad ke-19 bahasa Melayu Moden mula mengambil alih

    kedudukan dan fungsi bahasa Melayu klasik. Keadaan ini ditandai oleh

    hasil karangan tulisan Abdullah Munsyi. Zaman Abdullah Munsyi

    bolehlah dianggap sebagai zaman peralihan daripada bahasa Melayu klasik

    kepada bahasa Melayu moden. Zaman bahasa Melayu moden sebenarnya

    bermula pada awal abad ke-20, yakni setelah Tanah Melayu mencapai

    kemerdekaan pada tahun 1957. Menurut Perkara 152 Perlembagaan

    Malaysia bahasa Melayu ditetapkan sebagai bahasa kebangsaan.

    7.3 Fungsi-fungsi Bahasa Melayu Klasik

    7.3.1 Bahasa Melayu Klasik Sebagai Bahasa Lingua Franca

    Bahasa lingua franca ialah bahasa perantaraan atau bahasa perhubungan

    yang digunakan secara sistematik untuk tujuan berkomunikasi dalam

    kalangan masyarakat yang berlainan bahasa ibundanya. Di Melaka pada

    ketika ini mempunyai 84 bahasa dan bahasa Melayu klasik dijadikan

    sebagai bahasa lingua franca oleh penutur bahasa yang berlainan ini.

    Bahasa Melayu klasik menjadi lingua franca dalam pelbagai kegiatan

    penduduk pada masa ini. Contohnya, dalam aktiviti perniagaan,

    perdagangan, perbualan dan penyebaran agama Islam.

    Seterusnya, ketika zaman kerajaan Melaka bahasa Melayu klasik menjadi

    bahasa lingua franca dalam perhubungan Melaka dengan negeri lain yang

    mempunyai urusan dengannya. Dalam keadaan ini bahasa Melayu klasik

    menjadi lingua franca melalui pengunaannya dalam surat yang dihantar

    9

  • TERHAD

    44 TERHAD

    oleh negeri Melaka ke negeri lain. Dalam hubungan negeri Melaka dengan

    negeri yang lebih bertaraf, Melaka akan menghantar ufti dan surat sembah.

    Surat salam akan dikirimkan kepada negeri yang setaraf dengan Melaka

    dan Melaka akan menerima surat sembah dari negeri yang berada di

    bawah naungannya. Surat neutral akan diberikan kepada negeri yang

    bermusuhan dengan negeri Melaka.

    Selain itu, terdapat juga surat dalam bahasa Melayu klasik yang ditulis

    kepada pemerintah di luar dari Nusantara dan surat izin berdagang.

    Contohnya, surat Melayu terawal dari Ternate ialah dua pucuk surat

    daripada Sultan Ternate Sultan Abu Hayat kepada Raja Portugal John III

    yang bertarikh 1521 dan 1522. Kemudian surat Melayu ...

    7.3.2 Bahasa Melayu Klasik sebagai Bahasa Hubungan dalam Masyarakat

    Melayu

    Bahasa Melayu klasik sebagai bahasa perhubungan dalam masyarakat

    Melayu dikenali dengan wujudnya bahasa dalam dan bahasa luar. Hal ini

    bermakna wujudnya kelas bahasa tertentu dalam bahasa Melayu klasik,

    iaitu bahasa yang digunakan oleh golongan pemerintah atau bangsawan

    dan bahasa yang digunakan oleh rakyat biasa. Bahasa yang digunakan oleh

    pemerintah atau bangsawan dianggap sebagai bahasa dalam, bahasa istana

    atau bahasa tinggi. Bahasa yang digunakan oleh rakyat biasa pula dikenali

    sebagai bahasa luar, bahasa biasa atau bahasa rendah. Golongan rakyat

    biasanya menggunakan bahasa luar ini sesama rakyat sahaja ketika

    berkomunikasi. Lazimnya bahasa Melayu klasik yang dikenali sebagai

    10

  • TERHAD

    45 TERHAD

    bahasa luar terdiri daripada dialek Melayu tempatan di negeri-negeri

    Melayu. Bahasa dalam pula digunakan oleh raja untuk berkomunikasi

    dengan rakyat dan digunakan oleh rakyat untuk berkomunikasi dengan

    raja. Contohnya, di dalam Hukum Kanun Melaka telah termaktub undang-

    undang berkaitan dengan hal ini, iaitu seseorang yang hendak mengadap

    Sultan mestilah bercakap bahasa dalam (atau dikenali sebagai bahasa

    istana) .

    7.3.3 Bahasa Melayu Klasik Sebagai Bahasa Undang-undang Negeri

    Bahasa Melayu klasik sebagai bahasa undang-undang negeri terbahagi

    kepada dua, iaitu undang-undang tidak bertulis dan undang-undang

    bertulis. Undang-undang tidak bertulis yang menggunakan bahasa Melayu

    klasik ialah Adat Pepatih dan Adat Temenggung. Kedua-dua undang-

    undang adat ini dihafal oleh Ketua Adat masing-masing. Contoh undang-

    undang bertulis yang menggunakan bahasa Melayu klasik ialah Hukum

    Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Undang-undang Pahang,

    Undang-undang 99 Perak, Undang-undang Kedah dan lain-lain.

    7.3.4 Bahasa Melayu Klasik Sebagai Bahasa Ilmu Pengetahuan

    Bahasa Melayu klasik yang berfungsi sebagai bahasa ilmu pengetahuan

    terlihat pada zaman Acheh. Zaman tersebut merupakan zaman

    kegemilangan keintelektualan Melayu yang memperlihatkan cendekiawan

    Melayu menghasilkan karya ilmu dalam bahasa Melayu klasik. Bahasa

    Melayu klasik juga digunakan sebagai bahasa pengantar di institusi-

    institusi pendidikan tertentu dan digunakan untuk penyebaran agama

    11

  • TERHAD

    46 TERHAD

    Islam. Pada ketika ini juga bahasa Melayu klasik menjadi bahasa yang

    digunakan dalam kalangan sarjana dan cendekiawan. Antara tokoh yang

    menggunakan bahasa Melayu klasik pada ketika ini ialah Hamzah Fansuri

    dan Syed Nuruddin al-Raniri.

    7.3.5 Bahasa Melayu Klasik Sebagai Bahasa Penulisan dan Kesusasteraan

    Bertulis (Kitab dan Buku)

    Bahasa Melayu Klasik juga digunakan untuk menghasilkan kesusasteraan

    bertulis, seperti kitab dan buku tertentu. Hal ini terbukti dengan terhasilnya

    pelbagai karya sastera klasik dalam bahasa Melayu. Karya-karya bahasa

    Melayu klasik dihasilkan untuk tujuan tertentu, seperti digunakan untuk

    menguatkan semangat rakyat ketika menghadapi peperangan dan sebagai

    sumber hiburan kepada rakyat untuk melepaskan tekanan dan merehatkan

    diri mereka. Karya-karya sastera yang menggunakan bahasa Melayu klasik

    terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu karya sastera asli, karya saduran

    (lagenda Islam), karya terjemahan, cerita sezaman dengan Nabi

    Muhammad (Hikayat Muhammad Hanafiah), cerita berbingkai (Hikayat

    Bayan Budiman), ketatanegaraan (Taj-us Salatin), lagenda Islam, tokoh

    (Hikayat Zulkarnain) dan Nabi Muhammad dan keluarga (Hikayat Nabi

    Bercukur).

    7.3.6 Fungsi-fungsi Lain (jika ada)

    Pelajar boleh menghuraikan fungsi lain sekiranya mereka menemui

    maklumat tentang fungsi tersebut.

    12

  • TERHAD

    47 TERHAD

    8.0 RUMUSAN KAJIAN

    Kesimpulannya, bahasa Melayu klasik menunjukkan satu tahap perubahan dalam

    evolusi bahasa Melayu di Nusantara. Dari segi definisinya, bahasa Melayu klasik boleh

    dihuraikan berdasarkan pelbagai faktor sosial yang wujud sewaktu perkembangan

    bahasa ini. Dari segi tahap perkembangannya, dapat dikatakan bahawa sebagaimana

    perkembangan unsur lain, bahasa ini mengalami perkembangan pada tahap awal,

    puncak dan kemerosotannya. Fungsi yang dimainkan oleh bahasa Melayu klasik juga

    meluas, bukan sahaja dalam bidang lisan malah dalam bidang tulisan. Hal ini demikian

    kerana bahasa ini bukan sahaja diperlukan dalam perhubungan lisan malah disebabkan

    faktor wujudnya aksara jawi yang memainkan peranan yang besar dalam penghasilan

    karya bertulis maka bahasa ini juga diguna pakai dalam konteks penghasilan karya

    bertulis.

    9.0 PENUTUP

    Kajian ini telah memaparkan salah satu tahap perkembangan dalam bahasa Melayu,

    iaitu bahasa Melayu klasik. Huraian keseluruhan mendapati bahawa bahasa Melayu

    klasik merupakan bahasa yang penting bukan sahaja kerana bahasa ini mempunyai

    pelbagai fungsi malah bahasa ini juga menjadi tapak berkembangnya aksara awal dalam

    bahasa Melayu, iaitu aksara jawi.

    Semoga kajian ini dapat dijadikan titik tolak kepada pengkaji lain untuk melaksanakan

    kajian terhadap aspek penting lain bahasa ini, seperti teks-teks bertulis dalam bahasa

    Melayu klasik, cendekiawan yang menerajui perkembangan bahasa Melayu klasik,

    kata-kata unik dalam bahasa Melayu klasik yang tidak digunakan lagi, dan aspek lain

    secara lebih rinci dan khusus.

    13

  • TERHAD

    48 TERHAD

    BIBLIOGRAFI

    NOTA AKHIR

    LAMPIRAN

    Lampiran 1 Gambar-gambar batu bersurat

    Lampiran 2 Gambar-gambar lain (pelbagai surat awal, buku, dan bahan lain penulisan

    dalam bahasa Melayu klasik)

    14