14

Manual Penjagaan Kesihatan & Perkembangan Remaja

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Slide presentation untuk Manual Penjagaan Kesihatan & Perkembangan Remaja

Citation preview

Page 1: Manual Penjagaan Kesihatan & Perkembangan Remaja
Page 2: Manual Penjagaan Kesihatan & Perkembangan Remaja

PENGENALAN

Ada 3 cara untuk mencapainya:

Amalkan cara hidup yang baik seperti pemakanan, penjagaan kebersihan dan kesihatan ( Emosi, mental dan fizikal- mulut & diri ) Gunakan perkhidmatan kesihatan mulut dengan bijak Buat keputusan secara kolektif dan secara individu untuk meningkatkan kesihatan mulut dan persekitaran.

Sedikit pengenalan pada gigi kita:

Mengenali set gigi manusia serta peringkat pertumbuhan:

Terdapat 2 set gigi iaitu – i) Set gigi susu (20 Batang) ii) set gigi kekal (32 batang)

Gigi susu yang terawal muncul pada umur 6 bulan dan terakhir 24 bulan Gigi kekal yang terawal muncul pada umur 6 tahun dan terakhir pada 21 tahun Gigi kekal boleh dan perlu dikekalkan seumur hidup kerana kepentingan fungsinya.

Skop Manual ini meliputi aspek-aspek :

i) Fungsi gigi. ii) Penyakit pergigian dan masalahnya. ■ Plak gigi ■ Penyakit gusi ■ Trauma ■ Karies gigi ■ Barah mulut ■ Maloklusi iii) Amalan kebersihan diri dan mulut. ■ Gigi dan mulut ■ Telinga ■ Tangan ■ Rambut ■ Hidung ■ Kuku ■ Mata ■ Badan ■ Kaki iv) Pemakanan secara sihat. ■ Nikmati pelbagai jenis makanan ■ Pilih makanan yang banyak mengandungi bijirin dan kekacang ■ Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran ■ Pilih makanan yang mengandungi kurang garam ■ Pilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol ■ Imbangkan makanan yang di makan dengan aktiviti fizikal ■ Banyakkan minum air kosong ■ Makanlah makanan yang bersih dan selamat ■ Kurangkan pengambilan gula v) Amalan cara hidup sihat. ■ Jangan mula merokok ■ Mari bersenam ■ Kekalkan berat badan unggul ■ Terapkan kehidupan yang bermaruah dan sihat

Kesihatan mulut yang baik adalah penting untuk kehidupan berkualiti. Penyakit mulut yang utama seperti karies gigi , penyakit gusi dan kanser mulut merupakan penyakit gaya hidup. Menjaga kesihatan mulut sebagai satu cara hidup sihat adalah jauh lebih baik daripada memulihkan kesihatan dengan merawat penyakit.

Page 3: Manual Penjagaan Kesihatan & Perkembangan Remaja

KANDUNGAN CERAMAH

1) PENGENALAN

Definisi Kesihatan : Kesihatan boleh ditakrifkan sebagai keadaan fizikal, mental dan sosial yang tidak berpenyakit serta berada di dalam keadaan yang sejahtera.

Definisi Kesihatan Pergigian : Aktiviti atau perlakuan memelihara kegigian, struktur-struktur penyokong gigi dan struktur mulut agar berada didalam keadaan yang membolehkannya berfungsi sebagai satu unit dengan baik dan tidak menjejaskan kualiti hidup individu.

2) FUNGSI GIGI

Kesihatan mulut yang baik adalah penting untuk kehidupan berkualiti. Set gigi yang berfungsi adalah penting untuk:

Mengunyah makananan dengan sempurna bagi memudahkan penghadaman Pertuturan yang jelas dan terang. Menyerikan senyuman dan paras rupa.

3) PENYAKIT PERGIGIAN DAN MASALAHNYA

Masalah pergigian yang biasa di Malaysia adalah karies gigi dan penyakit gusi. Menjaga kesihatan mulut sebagai satu cara hidup sihat adalah jauh lebih baik daripada memulihkan kesihatan dengan merawat penyakit.

Plak gigi

- Merupakan punca utama kejadian karies gigi dan penyakit gusi. - Plak adalah campuran air liur, sisa makanan dan bakteria yang melekit di permukaan gigi. - Plak yang dibiarkan akan mengeras membentuk karang gigi (kalkulus).

Karies gigi

- Plak yang mengandungi bakteria bertindak dengan gula dan akan menghasilkan asid. - Asid akan melemahkan gigi dan mengakibatkan gigi berlubang.

Air liur ( bakteria ) + Sisa makanan = PLAK

Plak ( bakteria ) + Makanan bergula = ASIDAsid + gigi = KARIES GIGI

Page 4: Manual Penjagaan Kesihatan & Perkembangan Remaja

Penyakit gusi ( Gingivitis )

- Berpunca daripada kuman yang menghasilkan toksin. - Gusi menjadi merah , bengkak dan mudah berdarah. - Lama-kelamaan akibatnya gigi akan menjadi longgar dan perlu dicabut. - Kurangnya pengambilan Vitamin C serta berlakunya perubahan hormon terutama ketika remaja.

Barah mulut

- Barah mulut adalah satu keadaan dimana sel-sel dari bahagian mulut tumbuh secara tidak teratur / luarbiasa dan tidak terkawal. - Penyakit malignant yang meliputi bibir , lantai mulut, bahagian dalam pipi, lidah dan gusi. - Barah mulut adalah ke enam tertinggi di dunia. Kadar pengidap lelaki dan perempuan adalah sama. - Di Malaysia merupakan barah kelima tertinggi semenjak 1967, 150 – 200 kes barah mulut dikesan setiap tahun. - Penyakit ini mudah dikesan tetapi kebiasaanya dikesan apabila sudah terlewat menyebabkan sering disalah tafsir sebagai penyakit bagi golongan pertengahan umur. - Berkait rapat dengan tabiat makan sirih, pinang, mengunyah tembakau, minum alkohol dan merokok. - Barah mulut seperti barah-barah yang lain memberikan kesan yang begitu mendalam terhadap kualiti kehidupan individu kerana ianya menganggu fungsi seseorang untuk makan,bercakap, bernafas, menelan dan mengakibatkan kesakitan. - Tanda-tanda barah ialah perubahan warna tisu mukosa iaitu tompok merah dan putih, ulser yang tidak pulih dalam masa 2 minggu ( tidak merasa sakit dan mudah berdarah ), bengkak, sakit serta ada benjolan atau ketumbuhan, perubahan deria rasa, kebas dan pedih. - Barah mulut boleh dicegah dengan dengan amalan cara hidup sihat

seperti:

• Kurangkan / berhenti daripada tabiat berisiko seperti merokok, makan sirih dan pinang, minum alkohol dan sebagainya. • Berkumur selepas mengunyah sirih pinang. • Melakukan pemeriksaan mulut sendiri. • Mendapatkan pemeriksaan mulut daripada anggota kesihatan pergigian secara berkala. • Dapatkan bantuan profesional seperti kaunseling untuk berhenti dari melakukan aktiviti berisiko.

Plak ( bakteria ) + Sisa makanan = TOKSINToksin + Gusi = PENYAKIT GUSI

Page 5: Manual Penjagaan Kesihatan & Perkembangan Remaja

Kemalangan melibatkan mulut dan gigi (Trauma)

- Biasanya ia terjadi di rumah, sekolah, padang permainan, jalanraya, pusat membeli-belah, stesyen bas, pusat rekreasi / riadah, panggung wayang, litar lumba, sungai, kolam renang dan sebagainya. - Antara kemalangan / kecederaan yang biasa terjadi ialah gigi patah, gigi tercabut dan kecederaan pada tisu mulut, kepala dan leher. - Antara aktiviti yang kerap terjadinya kemalangan / kecederaan seperti bersukan, berkenderaan, bermain, berenang, berbasikal, memanjat, berasak-asak, bergaduh, berjoging dan sebagainya. - Bagi mengelakkan berlakunya kemalangan / kecederaan, gunalah alat pelindung mulut terutamanya ketika melakukan aktiviti lasak serta pakailah pelindung kepala ( topi keledar ) ketika di jalanraya. - Sekiranya berlaku kemalangan, apa yang perlu kita lakukan ialah :

• Gigi tercabut – bersihkan gigi yang tercabut dengan air lalu ( air paip ) dengan cermat dan lembut. Simpan gigi yang tercabut didalam bekas yang berisi susu segar atau air liur. Bawa pesakit ke klinik bersama gigi dengan secepat mungkin. • Gigi patah - dapatkan rawatan pergigian di klinik berhampiran

dengan tampalan sewarna atau rawatan yang bersesuaian seperti rawatan akar atau ‘ Crown dan Bridge ’. Jika boleh, bawa bersama serpihan gigi yang patah. • Kecederaan pada tisu mulut - Hentikan pendarahan menggunakan kain yang bersih dan bawa segera ke klinik pergigian yang berdekatan / bahagian kecemasan ( hospital ).

Gigi tidak teratur ( maloklusi )

- Masalah ini merupakan satu keadaan gigi yang tidak teratur dari segi susunan atau gigitan seperti jongang dan gigi berlapis. - Ia disebabkan oleh beberapa faktor seperti :

• Bilangan gigi yang lebih atau kurang • Kehilangan gigi susu terlalu awal. • Keturunan ( saiz tulang rahang dan gigi ). • Tabiat menghisap jari dan menggigit pensel.

- Keadaan ini mengakibatkan :

• Gigi sukar diberus dengan berkesan. - makanan mudah melekat dan mengakibatkan karies. - Plak mudah terkumpul dan akibatnya masalah pergigian akan wujud.

• Bermasalah untuk mengunyah dengan sempurna. • Penampilan diri terjejas.

Page 6: Manual Penjagaan Kesihatan & Perkembangan Remaja

4) AMALAN KEBERSIHAN DIRI DAN MULUT

Amalan kebersihan diri dan mulut adalah satu amalan yang mudah tetapi sangat penting untuk kebersihan dan kesihatan. Amalan ini merupakan benteng yang paling kuat untuk menghindari jangkitan penyakit. Sumber penyakit seperti bakteria dan virus mudah membiak dalam persekitaran atau badan yang kotor dan tidak terurus. Amalan kebersihan diri dan mulut haruslah diamalkan setiap masa di mana - mana sahaja.

Gigi dan mulut

- Pemilihan berus gigi :

• Pilih berus gigi yang lembut dan selesa digunakan . • Pilih saiz berus gigi yang lebih kecil jika sukar untuk memberus gigi belakang. • Beli berus gigi mengikut peringkat umur / keadaan pengguna dan penyakit ( tidak semestinya mahal ).

- Penjagaan berus gigi :

• Bersihkan berus gigi selepas digunakan dan simpan ditempat yang kering. • Berus gigi boleh digantung atau disimpan didalam bekas yang bersih dengan kepala berus menghala keatas. • Jika bulu berus gigi sudah kembang, ia perlu ditukar sekurang – kurangnya 3 bulan sekali. • Elakkan berkongsi berus gigi dan jangan simpan berus gigi ahli

keluarga didalam satu bekas kerana cara ini boleh menyebarkan bakteria dari satu mulut ke satu mulut ahli keluarga melalui berus gigi .

- Pemilihan dan penggunaan ubat gigi :

• Pilih ubat gigi yang mengandungi fluorida kerana ia berfungsi untuk menguatkan gigi. • Jangan guna ubat gigi secara berlebihan ( hanya 1/3 daripada permukaan berus gigi ). • Memberus gigi sekurang-kurangnya selama 3 minit bagi membolehkan fluorida meresap kedalam permukaan gigi.

- Teknik pembersihan gigi yang betul :

• Memberus gigi dengan cara yang betul iaitu jangan berus gigi terlalu kuat. Gigi akan haus dan jadi ngilu serta sensitif khususnya semasa minum air sejuk dan panas. • Lihat cermin ketika memberus gigi dan pastikan semua permukaan gigi diberus. • Pastikan memberus permukaan atas lidah kerana lidah memerangkap sisa- sisa makanan.

Page 7: Manual Penjagaan Kesihatan & Perkembangan Remaja

- Penggunaan floss pergigian.

• Rupanya seakan-akan benang / tali halus dan terdapat 2 jenis flos iaitu jenis berlilin dan tidak berlilin. • Ia sangat efektif untuk menyingkirkan plak di bahagian interproksimal gigi atau kawasan yang tidak boleh dibersihkan oleh berus gigi.

- Berkumur.

• Kumur mulut setiap kali selepas makan jika berada diluar rumah / sekolah. • Boleh juga menggunakan cecair kumuran yang disyorkan. ( jika perlu )

- Waktu memberus gigi :

• Waktu yang digalakkan ialah setiap kali selepas makan dan sebelum tidur.

- Pemeriksaan pergigian :

• Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya setahun sekali. • Pemeriksaan awal dapat mengesan sebarang masalah pergigian di peringkat awal untuk rawatan yang berkesan. • Khidmat nasihat dan tunjukajar mengenai penjagaan kesihatan pergigian akan diberikan.

- Rawatan pergigian :

• Rawatan pergigian akan dijalankan sekiranya pesakit perlu mendapat rawatan pergigian. • Terdapat pelbagai rawatan disediakan diklinik pergigian seperti: i) Rawatan pencegahan - tunjuk ajar cara penjagaan kesihatan mulut, profilaksis dan pengapan fisur. ii)Rawatan tampalan - membuat tampalan pada gigi yang berkaries / berlubang. iii)Rawatan penskaleran - membuang karang gigi yang keras. iv)Rawatan cabutan - mengeluarkan gigi yang tidak dapat diselamatkan lagi. v) Rawatan gigi palsu - menggantikan gigi yang telah dicabut. vi)Rawatan orthodontik - menyusun semula gigi yang tidak teratur atau jongang. vii)Rawatan endodontik - rawatan salur akar pada gigi yang tercedera pulpanya dan tidak boleh ditampal dengan cara biasa. viii)Rawatan periodontik - merawat gusi yang bermasalah ix) Pembedahan mulut - kes kecederaan akibat kemalangan akan dirujuk kepada pakar pembedahan pergigian.

Page 8: Manual Penjagaan Kesihatan & Perkembangan Remaja

Rambut

- Rambut perlu dijaga supaya kelihatan bersih dan kemas. - Rambut yang tidak dijaga akan menyebabkan seseorang itu kelihatan tidak menarik, kemas dan sihat. - Kepala memerangkap debu, kotoran dan kuman yang ada diudara. Minyak dari kulit kepala membantu rambut memerangkap benda-benda itu. Ini menyebabkan rambut kotor, tidak sihat dan berkutu. - Jika berkutu, guna ubat kutu yang boleh diperolehi di klinik atau hospital berdekatan. - Kuman akan membiak dan mendatangkan penyakit kulit di kepala. - Rambut mestilah dicuci sekurang-kurangnya dua kali seminggu dengan menggunakan pencuci rambut ( syampu ). - Rambut terlalu berminyak mesti dicuci dengan lebih kerap atau sekurang- kurangnya tiga kali seminggu. - Semasa membilas rambut, gunakan air yang banyak supaya rambut

benar- benar bersih. - Keringkan rambut dengan tuala yang bersih. - Rambut perlu disikat supaya ia kelihatan lebih kemas.

Mata

- Mata hendaklah dibersihkan dengan air yang banyak. - Penyakit boleh berjangkit jika kita lalai atau membiarkan mata kita kotor. - Jangan menggosok mata dengan tangan atau tuala yang kotor apabila mata dimasuki sampah atau habuk. - Jika ada benda asing memasuki mata, hembus mata dan kerdipkan dalam air bersih. - Adakala remaja mengalami sakit mata, antara tanda-tandanya ialah :

• Mata merah dan berair. • Pedih dan silau apabila terkena cahaya matahari. • Gatal dibahagian kelopak mata. • Banyak tahi mata.

- Rawatannya ialah :

• Bersihkan kelopak mata dengan menekan kapas dan air suam. • Elakkan dari melihat cahaya matahari atau cahaya terang. • Elakkan dari mendekati orang lain. • Pakai cermin mata gelap dan dapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berdekatan.

Page 9: Manual Penjagaan Kesihatan & Perkembangan Remaja

Telinga

- Bersihkan telinga ketika mandi. - Basahkan sehelai tuala dan bersihkan telinga, cuping telinga dan bahagian belakang telinga. Dengan ini akan dapat menghilangkan debu dan kuman daripada telinga. - Jika telinga di masuki air, gunakan putik kapas yang bersih untuk mengeringkannya. Guna putik kapas baru bagi setiap telinga. - Adakala remaja mengalami telinga bernanah, antara tanda-tandanya

ialah : • Telinga berasa sakit. • Keluar nanah atau lelehan dari dalam telinga. • Lelehan berbau busuk. • Demam. - Jika berlaku tanda-tanda telinga bernanah, segeralah keklinik atau hospital yang berhampiran.

Hidung

- Udara masuk kedalam paru-paru melalui lubang hidung. - Apabila udara disedut melalui lubang hidung, habuk, kekotoran dan kuman akan terperangkap pada bulu hidung. - Oleh itu, hidung mestilah dibersihkan selalu untuk membuang habuk, kotoran dan kuman.

Badan

- Kita harus mandi tiap-tiap hari supaya kotoran dan peluh dapat dibersihkan. - Jika amalan ini tidak diendahkan, kuman akan menghinggap pada badan kita dan membiak serta menyebabkan badan kita berbau busuk dan

mudah mendapat penyakit kulit. - Mandi dengan air yang bersih dan gunakan sabun. - Gosok dengan berhati-hati keseluruh badan supaya semua daki dan kotoran dapat dibersihkan. - Selepas mandi, lap badan dengan tuala yang bersih. Jangan berkongsi tuala dengan orang lain. - Pakai pakaian yang bersih. Pakaian haruslah ditukar sekurang-kurangnya sekali setiap hari. Pakaian yang kotor mudah dijangkiti kuman yang boleh menyebabkan penyakit kulit.

Tangan

- Amalan ini sangat penting bagi mencegah penyakit. - Tangan yang tidak dicuci membawa kuman-kuman yang menghinggap pada kulit, celah-celah jari dan dibawah kuku. - Dengan mencuci tangan menggunakan sabun, kita boleh menyekat penyakit seperti taun, demam kepialu, jangkitan cacing dan keracunan makanan dari merebak. - Kita mesti mencuci tangan pada masa-masa tertentu seperti berikut : • Sebelum dan selepas makan. • Sebelum menyedia dan menghidang makanan. • Selepas ke tandas. • Selepas menyentuh sampah atau kotoran.

Page 10: Manual Penjagaan Kesihatan & Perkembangan Remaja

- Bagi memastikan tangan betul-betul bersih dan tidak mengandungi kuman yang berbahaya, ikutilah langkah-langkah berikut : i) Sabunkan tangan secukupnya. ii)Gosok kedua-dua tapak tangan dengan menggunakan jari. iii)Gosok setiap jari dan celah jari. iv)Gosok kuku di tapak tangan. v) Gosok di bahagian belakang kedua-dua tangan. vi)Basuh dengan air bersih secukupnya. vii)Keringkan tangan dengan kain bersih.

Kuku

- Kuku tangan dan kuku kaki yang panjang boleh mengumpul kotoran dan menjadi tempat pembiakan kuman. - Penyakit yang berkaitan dengan kuku yang kotor seperti jangkitan cacing, jangkitan kuku, penyakit kulit dan keracunan makanan. - Oleh itu, kuku mestilah dipotong supaya pendek dan bersih. - Gunakan pengetip kuku yang tajam untuk memotong kuku tangan dan

kuku kaki. - Berhati-hati semasa memotong kuku untuk mengelakkan kecederaan pada jari.

Kaki

- Kasut atau selipar hendaklah selalu dipakai apabila kita keluar dari rumah. - Kasut akan melindungi kaki dari luka atau cedera. Ia juga boleh melindungi dari jangkitan cacing kerawit yang masuk melalui kulit kaki. - Jika memakai sarung kaki, pastikan ia harus ditukar setiap hari dan dibasuh.

5) PEMAKANAN SECARA SIHAT

Punca masalah kesihatan bukan dari makanan tetapi tabiat makan seseorang. Tubuh badan memerlukan pelbagai zat makanan untuk memelihara kesihatan. Bagi remaja, nutrien amat diperlukan untuk perkembangan dan pertumbuhan tubuh badan.

Nikmati pelbagai jenis makanan.

- Makanan memberi kita tenaga dan zat-zat lain yang diperlukan untuk pertumbuhan, bergerak, bekerja, bermain, berfikir dan belajar. - Tubuh memerlukan pelbagai jenis zat seperti karbohidrat, lemak, protein, vitamin, mineral dan fiber dari makanan. i) Karbohidrat - untuk memberi tenaga kepada tubuh. ii)Protein - untuk membina sel-sel dalam tubuh, pembentukan sel darah merah serta pertumbuhan gigi dan tulang. iii)Vitamin dan Mineral - untuk menjauhkan penyakit. iv)Serat - untuk melawaskan saluran najis. - untuk mencegah sembelit, penyakit usus dan buasir. - mungkin dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetis, dan beberapa jenis kanser.

Page 11: Manual Penjagaan Kesihatan & Perkembangan Remaja

- Pilihlah makanan harian daripada gabungan makanan berasaskan Piramid Makanan. - Aras 1 : • Bijirin, hasil bijirin dan ubi-ubian - makan lebih banyak dari kumpulan ini. - Aras 2 : • Sayur-sayuran dan buah-buahan - makan banyak dari kumpulan ini. - Aras 3 : • Ikan, ayam, daging dan kekacang, susu dan hasil tenusu. - makan sederhana dari kumpulan ini. - Aras 4 : • Minyak, lemak, garam dan gula. - makan sedikit dari kumpulan ini.

Pilih makanan yang banyak mengandungi bijirin dan kekacang.

- Sumber tenaga utama haruslah diambil berasaskan bijirin. - Kacang kering dan kekacang adalah sumber serat dan protein yang baik.

Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

- Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber vitamin, mineral dan serat yang baik. - Buah-buahan dan sayur-sayuran perlu di makan pada setiap kali makan.

Pilih makanan yang mengandungi kurang garam.

- Kurangkan makan makanan segera dan diproses. - Gunakan garam secara sederhana. - Kurangkan pengambilan snek yang mengandungi banyak garam dan monosodium glutamat ( MSG ).

Pilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.

- Kurangkan pengambilan makanan bergoreng. - Pilih makanan yang rendah lemak. - Pilih makanan yang rendah kolesterol.

Imbangkan makanan yang dimakan dengan aktiviti fizikal.

- Umur, jantina dan aktiviti fizikal menentukan keperluan makanan kita. - Jika berlebihan berat badan, tingkatkan aktiviti fizikal dan kurangkan pengambilan makanan.

Banyakkan minum air kosong.

- Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas sehari. - Kurangkan minum minuman manis dan berkarbonat.

Makanlah makanan yang bersih dan selamat.

- Pilihlah makanan yang bersih dan selamat. - Makan hanya di premis yang bersih. - Amalkan cara penyediaan, penyimpanan dan penyajian makanan yang bersih.

Page 12: Manual Penjagaan Kesihatan & Perkembangan Remaja

Kurangkan pengambilan gula.

- Pengambilan gula dalam makanan dan minuman yang berlebihan boleh mendedahkan kita kepada pelbagai risiko kesihatan seperti karies gigi, kegemukan dan diabetis. - Kurangkan pengambilan gula di dalam minuman teh atau kopi. - Kurangkan makanan manis seperti kek, aiskrim, coklat, gula-gula, kuih- muih dan bijirin bersira. - Kurangkan pengambilan minuman manis dan bergas ( berkarbonat ).

6) AMALAN CARA HIDUP SIHAT

Remaja sihat terdiri daripada remaja yang sihat dari segi fizikal, psikologi, sosial dan kerohanian. Remaja yang sihat mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Jangan mula merokok.

- Merokok adalah penyebab utama penyakit dan membawa kepada kematian. - Asap rokok mengandungi 4000 bahan kimia yang mana 200 daripadanya adalah beracun dan 63 adalah penyebab kanser. - Merokok boleh mengakibatkan barah paru-paru, barah perut, barah pankreas, barah kolon, barah payu dara, barah serviks, penyakit salur darah, keguguran serta janin cacat dan sebagainya. - Merokok juga memberi kesan buruk kepada kesihatan pergigian seperti nafas berbau, gigi berwarna kuning, penyakit gusi, bibir menjadi hitam, kanser mulut, dan sebagainya. - Kesan merokok kepada remaja seperti :

• Kelihatan selekeh dan tidak sopan. • Mendorong melakukan kegiatan yang tidak baik seperti menghidu gam, menagih dadah dan minum minuman yang memabukkan. • Dilabelkan sebagai remaja bermasalah dan nakal. • Mengidap pelbagai jenis penyakit. • Membazirkan wang.

- Bilangan dan peratus perokok remaja di Malaysia bagi tahun 2000 :

• Lelaki remaja berumur <18 tahun ( 0.52 juta ) • Wanita remaja berumur <18 tahun ( 0.14 juta )

- Laporan statistik di Malaysia bagi tahun 1998 :

• 3.5 juta perokok -> berisiko kematian 3 kali ganda berbanding bukan perokok. • 11% dari 3,500,000 juta perokok adalah pelajar. • 45 – 50 remaja mula menghisap rokok setiap hari. • 350,000 remaja di bawah 20 tahun berisiko mati awal. • perokok remaja menghadapi risiko 50% akibat racun tembakau ->1/2 daripada mereka meninggal sebelum umur 50 tahun. • Semua penghisap dadah adalah perokok.

Page 13: Manual Penjagaan Kesihatan & Perkembangan Remaja

- Terdapat beberapa faedah sekiranya remaja tidak merokok seperti :

• Berketerampilan, segak, matang dan disegani. • Cemerlang dalam pelajaran. • Ceria dan mempunyai ramai kawan. • Sihat, cergas dan berstamina. • Gigi lebih putih. • Menjimatkan wang.

Mari bersenam.

- Senaman amat penting dalam mengawal berat badan, membantu menghindar penyakit serta menyihatkan tubuh badan. - Remaja boleh melakukan apa jua senaman yang diminati umpamanya berjoging, berbasikal, bola sepak, badminton, bola keranjang, berjalan dengan cepat, berenang dan sebagainya. - Antara langkah berjaga-jaga sebelum dan semasa bersenam ialah :

• Dapatkan nasihat doktor sebelum bersenam jika remaja menghidap penyakit tertentu seperti asma, masalah jantung atau buah pinggang. • Selalu lakukan ‘warm-up’ dan ‘cool-down’ yang mencukupi sebelum

dan selepas bersenam. • Pakailah kasut yang sesuai untuk bersenam. • Pakaian mestilah longgar dan selesa. • Jangan bersenam selepas makan. Tunggu sehingga 2 jam selepas makan. Ini kerana dalam tempoh 2 jam selepas makan utama, proses penghadaman masih berjalan. Darah diperlukan untuk tujuan penghadaman. Jika terusbersenam, darah terpaksa dibahagikan untuk proses penghadaman dan bersenam. Akibatnya remaja akan mengalami semput, sakit perut atau muntah. • Jangan bersenam di bawah cuaca terlalu panas. Panas yang

keterlaluan boleh mengakibatkan remaja pitam atau tidak sedarkan diri. Bersenamlah semasa cuaca redup atau di tempat yang teduh. • Jangan lakukan senaman semasa tercedera atau demam. Jumpalah doktor dengan segera. • Lakukan senaman dengan penuh keseronokan. Dengan ini remaja

akan berasa relaks dan puas. • Minum air dengan banyak selepas bersenam bagi menggantikan cecair badan yang hilang semasa bersenam.

Kekalkan berat badan unggul

- Berat badan unggul amat penting untuk mengurangkan risiko beberapa penyakit berbahaya seperti sakit jantung, diabetis, kegemukan dan sebagainya. - Berat badan yang unggul akan membuatkan seseorang remaja itu :

• Berketerampilan, segak dan cantik. • Sihat, cergas dan bertenaga. • Aktif dan langsing.

Page 14: Manual Penjagaan Kesihatan & Perkembangan Remaja

- Ukuran indeks jisim badan ( rujuk Lampiran A ). - Jika indeks jisim badan seseorang remaja berada lebih daripada tahap berat badan unggul, maka remaja ini boleh memilih cara mengawal berat badan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat digabung dengan senaman yang teratur. - Amalan pemakanan yang disarankan untuk remaja yang berlebihan berat badan ialah :

• Makan makanan berdasarkan piramid makanan. • Lebihkan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. • Kurangkan makanan yang berlemak, bergoreng dan berkalori tinggi. • Kurangkan pengambilan gula dalam makanan seperti minuman berkarbonat, kordial, kek, gula-gula, jem, ais krim dan sebagainya. • Makan mengikut masa yang tetap dan elakkan daripada makan snek di

antara masa makan.

- Amalan senaman yang disarankan untuk remaja yang berlebihan berat badan ialah :

• Bersenamlah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Contoh senaman ialah berjalan laju, joging, berbasikal, senamrobik atau bermain badminton. • Mulakan senaman secara perlahan mengikut keupayaan diri dan jika seseorang itu mengalami sesak nafas semasa bersenam bermakna dia telah melakukan senaman melebihi had keupayaan. • Bersenamlah sekurang-kurangnya selama 15 hingga 20 minit.

Terapkan kehidupan yang bermaruah dan sihat.

- Remaja mungkin menghadapi tekanan untuk memilih antara peraturan ibu bapa dengan kemahuan sendiri. Oleh itu jadilah remaja bermaruah serta menerapkan gaya hidup sihat. Amalan ini boleh membantu remaja :

• Hormatilah orang-orang yang lebih tua. • Hindari dari pengaruh rokok, dadah, arak, seks rambang ( yang boleh menjurus kepada jangkitan HIV/AIDS ). • Dekati diri dengan ajaran agama. • Pilih rakan sebaya yang berakhlak baik. • Menabung untuk masa depan. • Hormati dan sayangi diri serta tubuh badan sendiri.

7) PENUTUP

Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Zaman remaja bermula dari usia 10 hingga 19 tahun. Walaubagaimanapun, tempoh peralihan ini berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. Oleh itu lengkapkan diri untuk menjadi pelapis generasi akan datang kerana remaja masa kini merupakan harapan negara. Remaja yang sihat dari segi fizikal, mental dan sosial adalah prasyarat untuk mencapai matlamat wawasan 2020.