Upload
faris-fikri-zahari
View
68
Download
16
Embed Size (px)
Citation preview
Kursus Diploma Pembantu Peru-batan
“Kepimpinan/Leadership”
MAPM (PERKEMBANGAN PROFESIONAL)
Nama Mohd Faris Fikri B. Zahari
No. Matrik BPP2014-1922
Nama Pengajar Puan Norizan
Page 1 of 14
Definisi Kepimpinan
1. George R. Terry (yang dikutip dari Sutarto, 1998 : 17)
Kepemimpinan adalah hubungan yang ada dalam diri seseorang atau pemimpin, mempengaruhi
orang lain untuk bekerja secara sadar dalam hubungan tugas untuk mencapai tujuan yang di-
inginkan.
2. Ordway Tead (1929)
Kepemimpinan sebagai perpaduan perangai yang memungkinkan seseorang mampu mendorong pi-
hak lain menyelesaikan tugasnya.
3. Rauch & Behling (1984)
Kepemimpinan adalah proses mempengaruhi aktifitas-aktifitas sebuah kelompok yang diorganisasi
ke arah pencapaian tujuan.
4. Katz & Kahn (1978)
Kepemimpinan adalah peningkatan pengaruh sedikit demi sedikit pada, dan berada diatas kepatuhan
mekanis terhadap pengarahan-pengarahan rutin organisasi.
5. Hemhill & Coon (1995)
Kepemimpinan adalah perilaku dari seorang individu yang memimpin aktifitas-aktifitas suatu
kelompok kesuatu tujuan yang ingin dicapai bersama (shared goal).
Page 2 of 14
CIRI-CIRI KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI
Pengenalan
Kepemimpinan adalah merupakan satu topik yang diminati kerana ia menyentuh kehidupan
masyarakat dunia tanpa mengira budaya, sama ada dalam masyarakat primitif atau sebaliknya. Ia
juga diminati kerana kepemimpinan membawa konotasi kuasa, kedinamikan dan kejayaan individu
dalam lapangan masing-masing.
· Kepemimpinan juga menjadi penting kerana kita boleh memilih sesiapa sahaja untuk dijadikan
pemimpin tetapi kita tidak boleh memilih untuk tidak mempunyai pemimpin.
· Kepemimpinan menjadi penting kerana ia sering dikaitkan dengan keberkesanan dan kecekapan
sesebuah organisasi termasuklah sekolah. Berasaskan premis inilah maka timbulnya slogan:
"Pemimpinlah yang menjadikan organisasi itu berbeza dengan yang lain".
· Dalam alam pendidikan, Fred M. Hetchinger, Presiden New York Times pernah menulis:
"I have never seen a good school with a poor principal or a poor school with a good principal. I
have seen unsuccessful schools turned around into successful ones and, regrettably, outstanding
schools slide rapidly into decline. In each case the rise or fall could readily be traced to the qual-
ity of the principal".
Page 3 of 14
Pencarian Literatur
Definisi Kepemimpinan
2.1Kepemimpinan boleh dedefinisikan sebagai Satu proses bagaimanakah seseorang mempengaruhi
orang lain untuk mengikutnya dalam mencapai matlamat- matlamat organisasi.
2.2Daripada definisi di atas kunci utama kepemimpinan ialah pengaruh seseorang ke atas orang lain
yang menjadi pengikutnya akur. Semakin banyak pembolehubah yang terdapat di dalam organisasi,
semakin banyak pengaruh yang diperlukan.
2.3Daripada definisi ini juga, ia menjelaskan bahawa jika tiada pengikut tak mungkin wujudnya
pemimpin
2.4Persoalan yang timbul ialah dari manakah seseorang pemimpin itu memperolehi pengaruhnya?
Sumber-sumber Pengaruh Pemimpin
Kuasa Sah (Legitimate Power)
Kuasa ini merujuk kepada pengikut menetapkan bahawa pemimpin mempunyai hak yang sah untuk
mempengaruhinya dan dia sendiri mempunyai obligasi untuk menerima pengaruh itu atas sebab-se-
bab status atau jawatannya yang dilantik secara sah oleh pihak berkuasa yang lebih tinggi.
Kuasa Ganjaran
Kuasa ini berakar pada keupayaan seseorang pemimpin memberi ganjaran kepada pengikutnya.
Pengikut akan patuh kepada pemimpin jika sekiranya pengikut mengamati bahawa pemimpin beru-
paya memberi ganjaran. Misalnya Pengetua/Guru Besar yang boleh memperakukan kenaikan
pangkat guru- guru/stafnya dan perakuan ini dipakai oleh orang atas, Pengetua/Guru Besar ini akan
diamati sebagai mempunyai lebih kuasa ganjarannya.
Kuasa Paksaan
Page 4 of 14
Kuasa ini membabitkan kebolehan seseorang pemimpin mengenakan paksaan. Kuasa ini datang dari
jangkaan pengikut bahawa dia akan dihukum oleh pemimpin jika dia gagal untuk akur kepada
pemimpin hingga menyebabkan orang bawahan cuba mengelakkan dirinya daripada dikenakan tin-
dakan yang berupa hukuman. Misalnya, orang yang melibat pembuangan kerja/ditukar tempat kerja
sebagai sesuatu yang menyeksakan akan akur kepada permintaan pemimpin.
Kuasa Pakar
Kuasa ini berasaskan kepada kebolehan atau kepakaran seseorang dalam sesuatu bidang tertentu
hingga menyebabkan orang bawahannya patuh kerana percaya bahawa pemimpin mempunyai pen-
galaman, pengetahuan dan kemahiran konseptual, perhubungan manusia dan teknikal. Kuasa ini
berkesan jika pengikut memerlukan kepakarannya.
Kemahiran Konseptual
Iaitu kebolehan menganalisis, berfikir secara logik, kreatif dalam pengeluaran idea dan penyelesa-
ian masalah.
Kemahiran Teknikal
Iaitu pengetahuan tentang kaedah-kaedah prosedur-prosedur dan teknik- teknik untuk menjalankan
aktiviti khusus serta kebolehan menggunakan peralatan yang digunakan dalam menjalankan aktiviti
tersebut.
Kemahiran perhubungan manusia
Iaitu pengetahuan tentang gelagat manusia dan kemahiran hubungan perorangan, kebolehan mema-
hami perasaan dan sikap orang lain, kebolehan berkomunikasi dengan jelas dan berkesan.
Kuasa Rujukan (Referent Power)
Kuasa ini diasaskan kepada perasaan kesatuan di antara yang memiliki kuasa dengan yang
mengikutinya. Kalau seseorang itu tertarik, kagum dan hormat kerana pemimpin berkenaan adalah
model kepadanya, dia akan mempunyai keinginan untuk dikaitkan dengan pemimpin itu, dan akan
melakukan sesuatu keinginan untuk dikaitkan dengan pemimpin itu, dan akan melakukan sesuatu
bukan kerana apa-apa tetapi kerana hormat, tertarikh dan kagum, juga supaya dia diterima oleh
pemimpin berkenaan.
Kesan Penggunaan Kuasa Ke Atas Organisasi dan Orang Bawahan
Page 5 of 14
1. Kuasa paksaan mendorong ke arah penentangan yang kuat dibandingkan dengan kuasa gan-
jaran.
2. Pemimpin yang menggunakan kuasa ganjaran lebih diminati berbanding dengan pemimpin
yang menggunakan kuasa paksaan.
3. Orang-orang bawahan akan lebih patuh jika dendaan yang diterima itu berat.
4. Terdapat perkaitan yang tinggi di antara kuasa pakar dengan kepuasan dan prestasi orang
bawahan.
5. Kuasa sah bersama-sama dengan kuasa pakar didapati mempunyai kesan yang besar ke atas
kepatuhan orang-orang bawahan.
6. Kuasa rujukan mempunyai kesan yang besar ke atas kepatuhan orang bawahan dan prestasi
organisasi.
7. Kuasa paksaan ialah yang paling lemah untuk membuat kakitangan menurut perintah dan
mempunyai kaitan secara negatif dengan keberkesanan.
8. Kuasa pakar dan kuasa rujukan mempunyai perkaitan positif dengan kepuasan dan prestasi
orang bawahan.
9. Dapatan kajian tentang kuasa sah, ganjaran dan paksaan didapati tidak tekal, dan perkaitan
dengan kriteria keberkesanan adalah lebih kepada perkaitan yang negatif atau tidak sig-
nifikan.
10.Pemimpin yang berkesan banyak bergantung kepada kuasa pakar dan kuasa rujukan untuk mem-
pengaruhi orang bawahan.
Page 6 of 14
11.Rajah berikut menerangkan perkaitan di antara jenis-jenis kuasa yang digunakan dengan
kepuasan kerja dan prestasi orang-orang bawahan:
Bagaimana menggunakan kuasa dengan lebih berkesan.
Di bawah ini disertakan satu jadual garis panduan bagaimana mempertingkat dan mengekalkan
kuasa serta bagaimana menggunakan kuasa dengan lebih berkesan.
Page 7 of 14
Nota: Autoriti (kewibawaan) merupakan kuasa sah
Page 8 of 14
• Gaya dan Tingkah Laku
Ada 3 gaya yang sering dibincangkan iaitu:
a. Autokratik
o Merujuk kepada gaya mengarah yang melampau yang mempunyai ciri- ciri seperti:
o Pemimpin menetapkan semua polisi
o Teknik dan langkah melaksanakan tugas ditentukan oleh pemimpin o Tugas-tugas dan rakan kerja
ditentukan oleh pemimpin
o Tugas-tugas dan rakan kerja ditentukan oleh pemimpin
o Pemimpin akan mengkritik apabila dirasakan
Page 9 of 14
b. Demokratik
o Merujuk kepada gaya yang mempunyai ciri-ciri berikut:
o Polisi organisasi ditentukan oleh kelompok
o Teknik dan langkah pelaksanaan kerja dibincangkan sehingga semua
orang faham
o Pemimpin akan memberi nasihat kepada ahli dalam melaksanakan
tugas
o Anggota bebas bekerja dengan siapa yang dia suka
o Pembahagian tugas ditentukan oleh kelompok
o Pemimpin cuba bersikap objektif dalam memberi pujian dan kritikan
c. Laissez faire
Merujuk kepada gaya lepas-tangan di mana kebebasan diberi sepenuhnya kepada kelompok menen-
tukan matlamat, teknik dan kaedah bekerja. Pemimpin hanya campur tangan apabila diterima
pelanggan.
Walaupun gaya autokratik sering disebutkan sebagai gaya yang tidak popular, tetapi dalam
keadaan-keadaan tertentu gaya autokratik juga adalah perlu dan berkesan terutama apabila faktor
masa yang singkat serta orang bawahan yang tidak produktif. Gaya Laissez-faire pula adalah dise-
butkan sebagai gaya yang paling tidak berkesan. Pengalaman gaya ini sering menjadikan organisasi
tidak mempunyai arah. Namun begitu jika gaya ini dikenakan kepada orang-orang bawahan yang
matang dan bermotivasi tinggi, gaya Laissez-faire ini adalah antara yang sangat sesuai.
Kepemimpinan dan situasi
• Walaupun telah banyak kajian telah dilakukan untuk mengenal pasti tingkah laku kepemimpinan
yang berkesan, tetapi dapatannya tidak begitu memberangsangkan. Oleh itu timbullah proposisi
yang mengesyorkan bahawa pemimpin hendaklah mengenali situasi dan sesuaikannya mengikut
keadaan berkenaan. Umpamanya, menggunakan gaya autokratik kepada pengikut yang berpen-
didikan tinggi, bermotivasi, penuh keyakinan dan sering berusaha dengan gigih akan hanya mem-
bawa masalah. Namun begitu gaya autokratik ini juga mungkin sesuai jika diamalkan dalam situ-
asi di mana ahli- ahlinya tidak berkemahiran tinggi, tidak matang, dan belum disahkan dalam
Page 10 of 14
jawatannya. Gaya Leissez-Faire dikatakan berkesan jika dikenakan kepada orang-orang bawahan
yang matang dan bermotivasi tinggi.
• Salah satu teori yang popular dalam pendekatan ini ialah teori kepimpinan situasi yang dike-
mukakan oleh Hersey dan Blanchard. Teori ini mencadangkan bahawa:
- Orang yang rendah kematangannya perlu diberitahu atau dirah supaya menjalankan tugasnya.
- Orang yang memiliki sedikit kemampuan dan komitmennya yang rendah, hendaklah dibimbing.
- Orang yang tinggi keupayaan, tetapi komitmennya berubah- ubah hendaklah disokong.
- Orang yang tinggi kematangannya perlu dibanyakkan empowerment.
Semua kuasa, taktik, sifat, tingkah laku dan kemahiran-kemahiran tersebut adalah bertujuan
menjadikan seseorang pemimpin itu dapat memainkan peranan dan fungsinya dengan lebih
berkesan. Antara fungsi kepemimpinan ialah:
Sebagai eksekutif:
• Mentadbir, mendelegasi tugas dan menyelaras aktiviti organisasi
• Sebagai perancang:
o Menetapkan matlamat
o Mengawal supaya perancangan berjalan licin
• Sebagai pembuat polisi
• Sebagai pakar
• Sebagai jurucakap organisasi
• Sebagai pengawal hubungan dalaman
• Sebagai pemberi ganjaran dan denda
Page 11 of 14
• Sebagai orang tengah untuk menyelesaikan konflik
• Sebagai teladan
• Sebagai simbol organisasi
• Sebagai ahli ideologi
• Sebagai tokoh bapa
• Sebagai biri-biri hitam
o Tempat yang sering dikutuk kerana kecewa dan sebagainya
o Menerima kutukan walaupun puncanya daripada orang lain
• Di antara tingkah laku pengurus dan pemimpin, yang manakah tingkah laku yang harus diikuti?
Di dalam organisasi birokrtik, proses mengurus dan memimpin saling diperlukan. J.P. Kotter
menjelaskan:
"Indeed, any combination other than strong management and strong leadership has the poten-
tial for producing highly unsatisfactory results. When both are weak or nonezistent, it is like a
rudderless ship with a whole in the hull. But adding just one of the two does not necessarily
make the situation much better. Strong management without much leadership can turn bureau-
cratic and stifling, producing order for orfer’s sake. Strong leadership without much manage-
ment can become messianic and cult-like, producing change for change’s sake-even if movement
is in totally insane direction" (Kotter, 1990:7- 8).
Page 12 of 14
Rumusan
Melalui perbincangan mengenai ciri-ciri pemimpin berkesan di atas, beberapa kesimpulan dapat
dibuat. Diantaranya ialah kepimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang
lain untuk berfikir, merasa, bertindak dengan cara-cara tertentu. Dalam hal ini seorang pemimpin
harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang berkerja dengannya dan harus
menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Dia juga harus berjaya mengekalkan kekuatan
yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat masa depan.
Seseorang pemimpin boleh menonjolkan kepimpinannya hanya melalui penglibatannya dalam
kumpulan. Dalam kumpulan pula kekerapan interaksi bersama kakitangan membolehkan keberke-
sanan kepimpinannya. Kalau seorang pemimpin sentiasa “bersembunyi” dalam biliknya dan tidak
mempunyai masa untuk berinteraksi dengan kakitangannya, maka kepimpinannya kurang berkesan.
Kepimpinan bukan bergantung sepenuhnya kepada jawatan. Status jawatan yang disandang hanya
satu daripada punca potensi kepimpinan. Kejayaan kepimpinan adalah fungsi kedua-dua kuasa;
secara formal melalui jawatan dan secara tidak formal yang bukan kerana jawatan, iaitu penerimaan
orang-orang bawahan .
Page 13 of 14
Rujukan
16.1 Aminuddin Mohd. Yusoff (1990) Kepemimpinan, Kuala Lumpur: DBP
16.2 Hughes, R.L., Ginnett, R.C. & Curphy, G.J. (1993) Leadership: Enhancing the Lessons of ex-
perience. Boston, MA: Irwin.
16.3 Kotter, J.P. (1990). A force for change: How leadership differs from management. New York:
The Free Press.
16.4 Nahavandi, A. (1997). The art and science of leadership. New Jersey: Prentice-Hall Interna-
tional.
16.5 Yukl, G. (1994). Leadership in organizations (3rd. edition). New Jersey: Prentice-Hall Int.
Page 14 of 14